BAB 1 membahaskan kepentingan reka bentuk dan teknologi terhadap pengguna, masyarakat, dan negara. Ia juga menjelaskan peranan reka bentuk, etika reka bentuk, dan kerjaya yang terdapat dalam bidang reka bentuk.
2. 1.2.1 Menyenaraikan kepentingan reka bentuk
dan teknologi
1.2.2 Mengenalpasti peranan reka bentuk
1.2.3 Menerangkan etika reka bentuk
1.2.4 Meneroka kerjaya dalam bidang reka
bentuk
OBJEKTIF
3. KEPENTINGAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
Tujuan utama reka bentuk adalah untuk dijadikan asas
dalam penghasilan produk sebenar yang bermanfaat
untuk kehiduoan manusia.
Reka bentuk produk sepatutnya boleh memberi kebebasan
kepada pengguna untuk memilih menggunakan produk
atau perkhidmatan mengikut cita rasa, kemampuan, dan
keinginan
Kepentingan reka bentuk banyak tertumpu kepada
1. Pengguna
2. Masyarakat
3. Negara.
4. SENARAI KEPENTINGAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
Menyumbang kepada perkembangan teknologi moden
Menyumbang kepada pembangunan sosial,sains dan
perniagaan.
Memenuhi kehendak individu dan masyarakat.
Memudahkan urusan kerja melalui pengubahsuaian.
Memupuk nilai invensi, inovasi dan kreatif.
Membuka laluan kerjaya dan pekerjaan.
7. ETIKA DALAM REKA BENTUK
Etika ialah nilai murni yang menjadi pegengan dan amalan
seseorang pereka bentuk supaya hasil ciptaanya itu tidak
memudaratkan dirinya dan pengguna.
A. Keaslian
• bukan plagiat/ tiru
B. Jujur
• jujur menentukan harga/ tidak
membebankan pengguna
C. Bermanfaat
• produk beri manfaat kepada pengguna
D. Mesra alam sekitar
• menggunakan sumber semula jadi / kitar
semula
E. Selamat digunakan
• tidak ada kesan sampingan kepada
pengguna