SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 31
Baixar para ler offline
1
BAB 4
LITAR AKHIR
4.1. Pengenalan
Pendawaian elektrik merupakan satu sistem rangkaian pengalir elektrik bagi
mengangkut arus elektrik ke beban (litar akhir). Di Malaysia, sistem pendawaian
elektrik adalah tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya
Tenaga Malaysia sebagaimana ternaktub di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990.
Sistem pendawaian yang digunakan di Malaysia adalah hamper sama dengan
piawaan pendawaian elektrik yang digunakan oleh United Kingdom.
4.2. Litar Kawalan Akhir
Mengikut Peraturan IEE setiap pemasangan pengguna mestilah mempunyai alat
kawalan yang mudah dicapai oleh pengguna bagi tujuan pengasingan, perlindungan
lebihan arus dan perlindungan kebocoran ke bumi.
4.2.1. Cara Pengasingan
Pengasingan ialah sebarang alat yang boleh memutuskan bekalan pengagihan
kepada pengguna dengan membukakan salah satu bekalan itu tidak berbumi.
Tujuan mengadakan pengasingan ialah untuk melindungi pengguna daripada
mendapat renjatan elektrik yang berterusan.
Pengasingan boleh dilakukan dengan 3 kaedah iaitu seperti berikut:
(i) Bagi litar satu fasa dua dawai dimana neutralnya dibumikan, suis kutub
tunggal digunakan
2
(ii) Bagi litar satu fasa dua dawai dimana neutralnya tidak dibumikan, suis kutub
berhubung digunakan
(iii) Bagi litar tiga fasa empat dawai, suis empat kutub berhubung atau suis tiga
kutub berhubung digunakan.
4.2.2. Cara Perlindungan Lebihan Arus
Arus lebih boleh diertikan dalam dua makna, iaitu arus beban lebih dan arus litar
pintas.Tujuan perlindungan arus lebih ini ialah untuk melindungi pertambahan suhu
dikabel yang boleh mengakibatkan kerosakkan pada penebat kabel. Arus beban
lebih bermaksud pertambahan arus litar yang disebabkan oleh pertambahan beban
sama ada beban mekanik kepada motor atau beban elektrik dimana semua
pertambahan beban ini memerlukan arus lebih untuk membolehkan ia bekerja.
Pertambahan arus ini menyebabkan alatan mesin atau perkakasan itu rosak kerana
menerima arus lebih dari hadnya selain mengakibatkan kebakaran.
Tiga kaedah perlindungan arus adalah seperti berikut:
(i) Bagi litar satu fasa dua dawai dimana neutralnya dibumikan, fius kutub
tunggal atau pemutus litar digunakan
(ii) Bagi litar satu fasa dua dawai dimana kedua-duanya kutub tidak dibumikan,
fius dua kutub atau pemutus digunakan
(iii) Bagi litar tiga fasa empat dawai, fius tiga kutub atau pemutus litar digunakan.
4.2.3. Cara Perlindungan Arus Bocor ke Bumi
Arus dalam litar biasanya mengalir dalam kabel fasa neutral dan bahagian peralatan
yang ditugaskan membawa arus.Apabila arus mengalir ke bahagian logam terdedah
peralatan elektrik yang tidak ditugaskan membawa arus, arus itu dikatakan telah
bocor daripada aliran biasanya.Oleh itu, alat-alat elektrik dan pemasangannya
mestilah dilindungi daripada bahaya ini dengan menyambungkan bahagian logam
itu ke bumi bagi mengelakkan bahaya arus yang bocor itu. Arus ini akan dialirkan
dengan selamat ke bumi tanpa melalui orang yang menyentuhnya kerana bumi
dianggapkan berkeupayaan sifar berbanding dengan badan manusia atau haiwan
yang mempunyai rintangan. Cara pembumian terus ini kadangkala tidak berkesan
3
kerana rintangan bumi yang rendah tidak mudah diperolehi terutamanya kawasan
tinggi. Arus bocor tidak mengalir sepenuhnya ke bumi.
Dua kaedah perlindungan kebocoran ke bumi adalah seperti berikut:
(i) Bagi melindungi dari berlaku arus bocor ke bumi, pemutus litar bocor bumi
digunakan
(ii) Dua jenis kendalian pemutus litar yang biasa digunakan ialah kendalian arus
dan kendalian voltan.
4.2.4. Turutan Kawalan
Turutan alat-alat kawalan dan perlindungan yang terdapat pada litar pengguna, ini
termasuk pengasingan, perlindungan lebihan arus dan perlindungan kebocoran ke
bumi.Mengikut peraturan IEE susunan alat-alat kawalan dan perlindungan mengikut
turutan adalah seperti jadual 4.1.
4.3. Litar Kecil Akhir
Litar akhir ialah litar yang keluar dari papan agihan untuk membekalkan tenaga
elektrik terus kepada peralatan elektrik. Tujuan pembahagian litar utama ke litar
akhir ialah untuk mengelakkan bahaya apabila berlaku kerosakan, memastikan
bahawa bahagian-bahagian dalam pemasangan boleh diputuskan bekalan bagi
tujuan pemeriksaan, pengujian atau kerja-kerja membaiki tanpa mengganggu litar
lain serta untuk mengelakkan kerosakan yang berlaku pada sesuatu litar itu
merebak ke litar yang lain.
Rajah 4.1 Turutan Litar Kawalan
4
4.3.1. Peraturan IEE (Keperluan Umum)
Peraturan IEE untuk keperluan umum adalah seperti berikut:
(i) Bagi sesuatu pemasangan yang mempunyai lebih dari satu litar kecil akhir,
setiap litar kecil akhir mestilah disambung kepada fius atau pemutus litar
yang berasingan dalam peti fius agihan.
(ii) Pendawaian bagi setiap litar kecil mestilah diasingkan (secara elektrik) dari
litar kecil akhir yang lain, Bagi memudahkan tujuan pemeriksaan, pengalir
neutral hendaklah disambung di dalam peti fius agihan sama seperti pengalir
hidup.
4.4. Litar Pencahayaan
Pendawaian litar pencahayaan biasanya diagihkan untuk bekalan ke punca lampu
filamen atau lampu discas. Beban lain juga disambungkan dari litar lampu seperti
kipas siling dengan syarat arus beban penuh kurang daripada yang ditetapkan.
Pengalir kabel litar akhir lampu yang diagihkan dari papan fius agihan akan berakhir
di terminal siling ros atau pemegang lampu. Pendawaian litar pengcahayaan
menggunakan MCB (Miniature Circuit Breaker) 6 ampere.Bagi penggunaan 1 unit
MCB 6 ampere jumlah unit peralatan elektrik ialah sepuluh unit.
Peraturan IEE bagi litar pencahayaan
Peraturan IEE bagi litar pencahayaan adlah seperti berikut:
(i) Bagi menentukan litar akhir lampu, jumlah permintaan arus mestilah sesuai
dengan alat perlindungan litar.
(ii) Setiap litar akhir lampu mestilah dilindungi dengan alat perlindungan yang
arus nominalnya 5A dan bilangan maksimum beban yang boleh disambung
ialah 10unit.
(iii) Setiap unit yang disambung permintaan arusnya dinilaikan 100W per
pemegang lampu.
5
(iv) Bagi menentukan litar akhir lampu dicas jumlah permintaan arus mestilah
didarabkan dengan 1.8 dan sesuai dengan alat perlindungan litar.
(v) Kapasiti membawa arus kabel mestilah tidak boleh kurang daripada kadaran
alat perlindungan
(vi) Pengiraan berapa unit lampu yang boleh dipasang bagi setiap 1 unit
Miniature Circuit Breaker (MCB) 6ampere
Secara amnya setiap satu beban lampu memerlukan 100watt, maka arus bagi
sebuah lampu ialah
I=P/V, 100W/240V=0.4A
Maka setiap lampu hanya memerlukan arus 0.4A sahaja, Miniature Circuit Breaker
yang dihadkan bagi litar pencahayaan adalah 6A maka jumlah unit lampu yang
boleh dipasang bagi MCB 6A adalah
Jumlah lampu = Nilai MCB/ Nilai arus digunakan sebuah lampu.
6A/0.4A=15 buah lampu.
Namun peraturan IEE hanya membenarkan 10 buah lampu sahaja kerana bagi
mengelak sebarang masalah seperti lebihan beban dan sebagainya.
Pendawaian litar pencahayaan
Terdapat pelbagai kaedah dalam melakukan kerja pendawai litar pencahayaan
diantaranya adalah seperti berikut:
4.4.1. Sistem ‘Looping In’.
Sistem ini adalah panggilan yang digunakan dalam melakukan kerja pendawaian.
‘Looping in’ boleh dimaksudkan dengan sumber yang sama digunakan semula
kepada poin yang lain. Sistem “looping in” adalah seperti Rajah 4.2.
6
Kabel life pada Lampu 2 yang ditunjukkan melalui anak panah di ‘looping in’ ke
Lampu 1 (sumber yang sama digunakan semula kepada poin yang lain).
4.4.2. Pensuisan 1 Hala
Litar ini biasa digunakan untuk mengawal lampu di bilik kecil yang hanya memadai
dengan sebuah lampu untuk menerangi bilik seperti bilik mandi, bilik tidur dan
sebagainya. Pensuisan 1 hala adalah seperti Rajah 4.3.
Rajah 4.2 Sistem 'Looping In'
Rajah 4.3 Pensuisan 1 Hala
7
Kendalian
Suis 1 Mengawal lampu 1 serta merta. Apabila suis dihidupkan iaitu terminal 1W
menyentuh terminal C maka lampu satu akan menyala.
4.4.3. Pensuisan 2 Hala
Litar ini biasanya digunakan untuk mengawal beberapa buah lampu secara serentak
iaitu di bilik-bilik yang besar seperti dewan, ruang tamu, bilik darjah dan sebagainya.
Satu suis lampu sudah memadai untuk mengawal beberapa buah lampu.
Pensuisan 2 hala boleh dilihat pada Rajah 4.4.
Kendalian
Suis 1 dan suis 2 ialah suis dua kutub untuk mengawal Lampu 1 dan Lampu 2
secara serentak. Kendalian suis 2 hala adalah seperti jadual 4.1.
Rajah 4.4 Pensuisan 2 Hala
8
Jadual 4.1 : Kendalian Suis 2 Hala
Kendalian Kedudukan Suis Hasil
Lampu 1 dan
Lampu 2
Suis 1 Suis 2
1 1W 1W Menyala
2 2W 2W Menyala
3 1W 2W Tidak Menyala
4 2W 1W Tidak Menyala
4.4.4. Suis Perantaraan
Litar ini biasanya digunakan untuk mengawal lampu dari dua tempat yang
berasingan seperti di kaki lima bangunan, di tangga dan sebagainya. Suis
perantaraan adalah seperti Rajah 4.5.
Rajah 4.5 Suis Perantaraan
Kendalian
Suis 1 dan suis 3 adala suis dua hala manakala suis 2 adalah suis perantaraan.
Ketiga-tiga suis ini boleh mengawal Lampu 1, Lampu 2 dan Lampu 3 secara
serentak sama ada menghidupkan atau mematikan lampu. Kendalian suis
perantaraan adalah seperti jadual 4.2.
9
Jadual 4.2 : Kendalian Suis Perantaraan
Kendalian Kedudukan Suis Hasil Lampu 1,2
dan 3
Suis 1 Suis 2 Suis 3
1 1W 1W-4W
3W-2W
1W Menyala
2 2W 1W-4W
3W-2W
1W Tidak Menyala
3 2W 1W-2W
3W-4W
1W Tidak Menyala
4 2W 1W-2W
3W-4W
2W Menyala
5 1W 1W-2W
3W-4W
2W Tidak Menyala
6 1W 1W-4W
3W-2W
2W Menyala
7 2W 1W-4W
3W-2W
2W Menyala
8 2W 1W-2W
3W-4W
2W Tidak Menyala
9 2W 1W-2W
3W-4W
1W Menyala
10 2W 1W-2W
3W-4W
2W Tidak Menyala
4.4.5. Pemalap Lampu
Litar ini sama dengan litar pendawaian suis mengawal satu hala, namun terdapat
pelaras iaitu pemalap lampu yang bertujuan lampu boleh dilaras kecerahannya.
Pendawaian pemalap lampu adalah seperti Rajah 4.6.
10
Rajah 4.6: Pendawaian Pemalap Lampu
4.4.6. Kipas Siling
Perhatikan kabel hidup yang masuk dimana ia perlu melalui suis terlebih dahulu
sebelum memasuki pelaras laju. Kabel hidup tersebut akan melalui pula suis
pelaras yang akan menghubungkan kepada kelajuan. Kemudian barulah litar keluar
ke kipas. Kabel bumi jangan sesekali tidak dipasang pada kipas kerana kipas
gelungan yang tebal ini mungkin akan melebihi tahap kepanasan sekirannya
capasitor lemah. Sekiranya berlaku kebakaran gegelung, maka wayar bumi inilah
yang bertindak memutuskan bekalan. Pendawaian kipas siling adalah seperti Rajah
4.7
Rajah 4.7: Pendawaian Kipas Siling
11
4.5. Litar Akhir Kuasa
Litar akhir ialah litar yang keluar dari papan agihan untuk membekalkan tenaga
elektrik terus kepada Soket Alur Keluar. Terdapat pelbagai kaedah dalam
melakukan kerja pendawai litar pencahayaan diantaranya adalah seperti berikut:
4.5.1. Litar Jejari
Litar jejari adalah litar kuasa yang keluar melalui satu atau lebih soket alur keluar 13
A.Kabel hidup, neutral dan bumi yang keluar dari kotak agihan akan memalui soket
alur keluar dan tamat pada soket alur keluar yang akhir. Peraturan IEE ke 16
menetapkan bilangan soket alir keluar bergantung kepada keluasan lantai bilik saiz
pengalir dan kadaran perlindungan. Litar ini mestilah dikawal oleh alat pelindungan
sama ada fius atau MCB. Kabel yang digunakan ialah kabel jenis tembaga bersalut
PVC dan saiz kabel mestilah tidak kurang daripada 2.5 mm. Sistem litar jejari dan
system litar gelang adalah seperti Rajah 4.8.
Rajah 4.8: Sistem litar jejari dan litar gelang
12
Rajah 4.9: Pendawaian Litar Jejari
Kadaran arus kabel ditentukan oleh
kadaran arus perlindungan (iaitu 30
A atau 32 A – Fius atau MCB ) .
Kabel jenis tembaga tidak kurang
daari 4 mm boleh digunakan dan
luas maksimum lantai untuk
pemasangan jenis ini ialah 50 meter
persegi.
Rajah 4.10: Litar Jejari A2
Kadaran arus kabel ditentukan oleh
kadaran arus perlindungan iaitu 20
A atau 32 A. Kabel jenis tembaga
tidak kurang daripada 2.5 mm
boleh digunakan dan luas
maksimum lantai untuk
pemasangan jenis ini ialah 20
meter persegi.
Rajah 4.11: Litar Jejari A3
13
4.5.2. Litar Gelang
Litar gelang adalah litar di mana pangkal dan hujung pendawaiannya disambung
pada MCB yang sama. Pendawaian litar jejari hendaklah meliputi jumlah kawasan
bersaiz 100m². Tiada had bilangan soket alir keluar 13A (soket plug) untuk litar ini,
tetapi mengikut pengalaman jurutera elektrik dan juruelektrik, 10 unit soket plug
adalah bilangan yang ideal untuk kawasan seluas 100m². Biasanya litar gelang
digunakan untuk pendawaian soket plug di luar bilik seperti ruang tamu, ruang
berehat dan dapur. Saiz minimum wayar untuk litar ini adalah 2.5mm² bertebat PVC
dan ia disambung pada MCB bersaiz 32A.
Peraturan IEE telah menetapkan Litar Gelang hanya boleh di pasang pada
kawasan yang tidak melebihi 100 meter persegi. Jumlah bilangan soket yang
boleh di pasang pada satu Litar Gelang tidak terhad. Walau bagaimanapun jumlah
arus yang digunakan mestilah tidak melebihi kadaran arus
fius yang mengawal litar berkenaan. Jumlah taji atau sulur bagi satu Litar Gelang
tidak melebihi bilangan soket. Kadaran alat perlindungan arus lebih
ialah 30 Amp. / 32 Amp. Saiz kabel yang digunakan mestilah tidak kurang daripada
2.5mm. Konduktor litar membentuk suatu gelang berterusan bermula dari
punca bekalan ( litar akhir ) ke beberapa poin soket alir keluar dan balik semula ke
punca bekalan.
Rajah 4.12: Soket Alur Keluar - Disambung secara litar
gelang
14
Peraturan IEE Bagi Litar Jejari Dan Litar Gelang
Antara peraturan IEE bagi litar jejari dan litar gelang adalah seperti berikut:
(i) Bagi menentukan jumlah litar akhir yang perlu diagihkan dan saiz pengalir
kabel yang digunakan ia hendaklah mematuhi Jadual 4.3 atau jadual 4.4
(ii) Bilangan soket alur keluar yang hendak disambung adalah tidak terhad
tetapi dengan syarat ia mampu mengendalikan perlindungan arus lebihan
dan luas lantai kurang daripada yang ditetapkan.
(iii) Kelonggaran kepelbagaian tidak boleh digunakan bagi menentukan litar
akhir soket alur keluar BS 3036.
(iv) Bagi sistem punca bekalan kuasa jenis TT (Punca bumi yang tidak
disediakan oleh pihak pembekal), kesemua soket alur mestilah dilindungi
oleh alat arus residual dengan arus kendaliannya tidak melebihi 30 mA.
Jadual 4.3: Permintaan Arus Mengikut Kelengkapan Titik Pengguna
BIL KELENGKAPAN TITIK
PENGGUNA
PERMINTAAN ARUS
1. Litar akhir soket alur keluar selain
soket alur keluar 2A
Mengikut kadar arusnya
2. Litar akhir soket alur keluar 2A (BS
546)
Sekurang-kurangnya 0.5 A
3. Litar akhir lampu Sama dengan arus beban dengan kadar
minimum 100 W bagi setiap pemegang
lampu
4. Litar akhir jam, pencukur, soket
alur keluar, pengubah loceng dan
kelengkapan yang menggunakan
kuasa tidak melebihi daripada 5W
Diabaikan (dianggap tiada kerana terlalu
rendah)
5. Perkakas memasak elektrik di
rumah
10 A pertama + 30 % baki arus + 5 A jika
terdapat soket alur keluar di unit
kawalannya.
6. Kelengkapan pengguna yang lain Arus biasa atau kadaran arus mengikut
piawaian British.
15
Jadual 4.4: Saiz Minimum Pengalir
4.5.3. Taji / Sulur
Lampu akhir sulur merupakan soket alur keluar yang dipasang keluar dari litar
gelang atau jejari untuk sambungan tambahan ke soket alur keluar atau peralatan
tetap. Taji ini boeh disambung dari litar gelang atau jejari pada tiga tempat iaitu
pada papan agihan, soket alur keluar dan pada kotak sambungan. Taji merupakan
pendawaian tetap yang terakhir bagi litar gelang atau jejari . terdapat dua jenis taji
iaitu taji tidak berfius dan taji berfius
JENIS
LITAR
PELINDUNG
ARUS LEBIH
SAIZ MINIMUM PENGALIR
Kabel
pengalir
kuprum
bertebat
PVK
atau
getah
(mm2
)
Kabel
pengalir
aluminium
berlapis
kuprum
bertebat
PVK (mm2
)
Kabel
pengalir
kuprum
bertebat
bahan
galian
(mm2
)
Luas
maksimu
m lantai
yang
boleh
dibekalkan
(mm2
)
A1
Gelang
Kadaran dan
jenis (A) 2.5 4 1.5 100
30 /
32
Sebarang
jenis
A2
Jejari
30 /
32
Fius katrij
atau
pemutus
litar
4 6 2.5 50
A3
Jejari
20
Sebarang
jenis
2.5 4 1.5 20
16
Taji Tidak Berfius
Bilangan taji tidak berfius yang boleh disambung ke dalam sesuatu litar gelang atau
jejari mestilah tidak melebihi bilangan soket alur keluar 13 A atau kelengkapan tetap
yang dipasangkan pada litar gelang atau jejari itu. Setiap taji itu boleh disambung
sama ada dengan satu soket alur keluar atau satu soket alur keluar kembar atau
satu peralatan tetap (kekal) sahaja. Saiz kabel bagi menyuap taji tidak berfius ini
mestilah sama dengan saiz kabel litar akhir itu. Rajah 4.13 adalah contoh taji tidak
berfius.
(i) Sulur tidak berfius mestilah disambung pada:
(a) Punca soket alur keluar
(b) Peti sambungan
(c) Papan agihan
(ii) Kapasiti membawa arus kabel sulur mestilah lebih atau sama dengan
pengalir litar gelang.
(iii) Bilangan yang boleh disambung adalah seperti berikut:
(a) 1 soket alur keluar
(b) 1 soket alur keluar kembar
(c) 1 alat pegun
Rajah 4.13: Taji tidak berfius
17
Taji Berfius
Taji ini disambung ke litar gelang melalui kotak atau unit sambungan fius. Kadaran
fius taji ini mestilah tiak melebihi 13 A. Bilangan taji yang boleh disambung tidak
dihadkan, tetapi pada praktiknya tidak melebihi bilangan soket alur keluar atau
peralatan kekal yang disambungkan dalam litar akhir gelang, ketetapan ini sama
seperti taji tak berfius. Saiz kabel PVK ialah 1.5 mm dengan pengalir kuprum, atau
1.0 mm jika menggunakan kabel berpenebat bahan galian dengan pengalir kuprum.
Rajah 4.14 adalah contoh bagi taji berfius.
Antara ciri-ciri taji berfius adalah seperti berikut:
(i) Jumlah bilangan sulur berfius tidak terhad
(ii) Suhu berfius mestilah disambung pada peti berfius
(iii) Kadar arus nominal fius tidak boleh melebihi kapasiti membawa arus kabel
sulur dan jika ada persamaan ia mestilah tidak melebihi 13A
(iv) Saiz minimum bagi pengalir kabel sulur berfius adalah seperti berikut:
(a) 1.5mm² - Kabel penebat PVK pengalir kuprum
(b) 2.5mm² - Kabel penebat PVK pelapik kuprum pengalir aluminium
(c) 1.0mm² - Kabel penebat mineral pengalir kuprum
Rajah 4.14: Taji berfius
18
4.5.4. Litar Akhir Kuasa Peralatan
Litar yang mengambil bekalan terus dari sumber bekalan. Menggunakan peralatan
kawalan tertentu bagi mengawal bekalan seperti pemula, unit kawalan pemasak dan
suis dwi kutub. Menggunakan saiz kabel tidak kurang dari 4mm. Litar yang
disambungkan pada peralatan elektrik tertentu seperti pemanas air, pemasak dan
unit penyaman udara dipanggil litar akhir kuasa peralatan. Alat kawalan tertentu
digunakan untuk mengawal bekalan kuasa elektrik pada litar ini. Contohnya, pemula
digunakan untuk unit pendingin udara, suis pemanas air untuk alat
pemanas air dan unit pemasak untuk pemasak elektrik. Nilai kadaran arusnya ialah
20 A ke atas. Jenis litar akhir yang disambung terus daripada kotak agihan adalah
seperti Rajah 4.15.
4.5.5. Pemasak dan Pemanas Air
Dalam peraturan IEE Edisi ke -15 pada peraturan 540-20 hingga 554-30 dinyatakan
dengan jelas cara litar akhir dipasang. Secara amnya litar akhir masih diikuti,
sebagai contoh dalam peraturan ada menyatakan bahawa pemanas peredaman
melebihi 15 liter atau peralatan pemanas yang besar. Pemanas ini hendaklah
mempunyai litar akhir sendiri (tidak berkongsi dengan litar lain).
Rajah 4.15: Litar akhir yang disambung terus daripada
Kotak Agihan
19
Bagi litar akhir pemasak dan pemanas air perlu mematuhi peraturan-peraturan
berikut:
(i) C.39 – Pemutus litar yang dikawal dari jauh iaitu dari pemanas/dandang
hendaklah mempunyai lampu penunjuk yg dipasang berdekatan pemanas.
(ii) C.40 – Pembumian pemanas/dandang hendaklah mengikut peraturan IEE
rangka pemanas diikat ke penyalut kabel.
(iii) C.41 – Pemasangan perlu mempunyai pelindung arus bocor ke bumi yang
beroperasi 10% daripada arus pemanas.
(iv) C.44 – setiap pemanas air 1 fasa perlu mempunyai elemen pemanas tidak
bertebat diantara elemen dan air dan hendaklah mematuhi peraturan
C.45,C.50.
(v) C.50 – Alat pemanas dipasang tetap ke bekalan melalui suis dua kutub
berangkai yang terpisah dengan alat pemanas.
Rajah 4.16: Pemanas Air 1 - Fasa Atau Dandang 1 Fasa
20
4.6. Litar Akhir Khas
Litar yang dipasang secara berasingan dari litar akhir lampu dan kuasa disebabkan
oleh penggunaan arus yang rendah dan tidak termasuk dalam jadual peraturan
faktor kepelbagaian. Jenis-jenis litar yang memerlukan pengasingan adalah seperti
berikut :
4.6.1. Loceng dan Penggera
Litar loceng dan penggera biasanya menggunakan nilai voltan lampau rendah.
Pengubah langkah turun digunakan untuk menurunkan voltan bekalan 240 V ke
voltan sekunder 12 V.
Rajah 4.17: Alat Pemanas 3-Fasa atau dandang 3-fasa
21
4.6.2. Pencukur
Satu litar yang dipasang di dalam bilik air. Litar akhir kuasa bagi pencukur mesti
menggunakan unit dwi voltan. Saiz kabel yang digunakan ialah 1.5 mm dan kadaran
alat perlindungannya ialah 6 A.
4.6.3. Lampu Kecemasan
Menurut Peraturan IEE 537-12. Sambungan suis kecemasan mestilah berupaya
memutuskan arus beban penuh pada keseluruhan peasangan. Lampu kecemasan
diperlukan apabila berlaku kegagalan pada bekalan utama. Jenis litar akhir khas ini
selalu dipasang di tempat yang dapat memberikan kecerahan cahaya yang
menyeluruh untuk satu jangka masa yang terhad. Litar lampu kecemasan biasanya
tidak mempunyai suis kawalan. Bekalan biasa digunakan untok mengecas bateri
lampu secara automatik apabiladalam keadaan normal. Saiz kabel yang digunakan
ialah 1.5 mm dan dilindungi oleh pemutus litar 6 Amp. Biasanya di kategorikan
kepada jenis Senggara dan Tak senggara. Dalam sistem senggara lampu
Rajah 4.18: Litar Loceng dan penggera elektrik
22
kecemasan akan sentiasa dihidupkan melalui pengubah langkah turun dan jika
berlaku kegagalan bekalan ianya akan terus menyala melalui bekalan bateri. Dalam
sistem tak senggara pula lampu kecemasan akan hanya menyala apabila berlaku
kegagalan bekalan utama.
4.6.4. Kipas Ekzos
Litar kipas ekzos termasuk dalam litar lampu. Biasanya litar kipas ini dipasang di
dalam bilik air, dapur dan bilik yang tidak mempunyai peredaran udara yang baik.
4.7. Faktor Kepelbagaian
Faktor kepelbagaian ialah satu pengiraan anggaran pengurangan kadaran arus bagi
kabel dan alat-alat dari kadaran arus yang sebenar, pengurangan ini disebabkan
anggapan bahawa tidak semua beban digunakan serentak. Oleh sebab itu kadaran
arus alat-alat atau kabel tidak semestinya mengikut kadaran arus keseluruhan
beban disesuatu pemasangan itu.
Penggunaannya
Walaupun kadaran arus bagi kabel dan alat-alat boleh dikurangkan daripada
kadaran yang sepatutnya, tetapi kadaran arus ini tidaklah menyeluruh pada semua
alat dan tempat. Faktor kepelbagaian tidak boleh digunakan untuk mengira saiz
pengalir litar akhir dan suis peralatannya, kecuali untuk litar akhir alat pemasak.
Faktor kepelbagaian boleh juga digunakan untuk mengira saiz pengalir dan suiz
peralatan litar kecuali untuk litar akhir.
Mengira Faktor Kepelbagaian
Bagi memudahkan pengiraan, formula amnya dapat dinyatakan seperti berikut :
Faktor Kepelbagaian = Jumlah Beban yang digunakan serentak / jumlah beban
yang digunakan.
23
Faktor ini boleh juga ditentukan oleh perancang elektrik dan pihak tertentu yang
berkelayakan. Pihak IEEE telah mengadakan satu contoh jadual khas tentang
anggaran kepelbagaian bagi setiap jenis beban dan tempat pemasangan, iaitu
seperti dirumah kediaman biasa, rumah pangsa dan sebagainya (Rujuk Jadual 4.5).
Di Negara ini faktor kepelbagaian dikira mengikut keadaan, tempat dan beban
disamping kehendak pembekal tenaga elektrik.
Mengira Faktor Kepelbagaian Berdasarkan Peraturan IEE
Pihak IEE telah menyediakan satu jadual panduan untuk mengira keperluan
(permintaan ) arus di pemasangan yang kecil. Jadual ini dikenali sebagai jadual
Faktor Kepelbagaian. Ada dua cara untuk mengira faktor kepelbagaian iaitu :
Cara I
Menghitung permintaan arus setiap beban dan menggunakan faktor
kepelbagaiannya berdasarkan Jadual 4.5. Jumlah kesemua permintaan arus bagi
setiap beban yang telah dikira kepelbagaiannya, dijadikan dasar permintaan arus di
pemasangan itu, dan seterusnya digunakan sebagai panduan untuk menetapkan
kadaran arus kabel dan alat-alat kawalan. Di sini, pengetahuan dan pengalaman
perancang memainkan peranan penting untuk menentukan litar yang mana yang
tidak digunakan serentak.
Cara II
Cara kedua lebih rumit, kerana kita memerlukan pengalaman dan pengetahuan
yang mendalam tentang pemasangan yang hendak dikira itu. Secara kasar cara ini
masih mengambil kira keperluan arus setiap litar dan mengurangkannya dengan
menggunakan Jadual Faktor Kepelbagaian serta tambahan faktor kepelbagaian
pada litar-litar yang difikirkan tidak digunakan secara serentak. Oleh sebab itu
perancang mestilah betul-betul memahami penggunaan litar yang dihitung agar
tidak tersalah anggap dan boleh membawa kemudaratan pada pemasangan dan
pengguna. Bagi perancang yang kurang pengalaman, pengetahuan dan kemahiran
tentang sesebuah litar lebih baiklah tidak menggunakan cara ini.
24
Jadual 4.5: Faktor kepelbagaian bagi beberapa jenis pemasangan
Penggunaan
kepelbagaian bagi litar
akhir yang disuapkan
dari pengalir atau
peralatan suis
JENIS PEMILIK BANGUNAN
Pemasangan rumah
persendirian termasuk
blok penginapan
persendirian.
Kedai kecil, stor,
pejabat dan bangunan
perniagaan
persendirian.
Hotel kecil, pertemuan,
rumah tamu dan
sebagainya.
1. Lampu 66% daripada jumlah
permintaan arus
90% daripada jumlah
permintaan arus
75% daripada jumlah
permintaan arus
2. Bekalan kuasa dan
pemanas
100% daripada jumlah
permintaan arus yang
melebihi 10 Amp.
Tambah 50% daripada
permintaan arus yang
melebihi 100 Amp.
100% beban penuh
perkakas yang terbesar
tambah 75% beban
penuh perkakas baki.
100% beban penuh
perkakas yang terbesar
tambah tambah 80%
beban penuh perkakas
yang kedua terbesar
tambah 60% beban
penuh perkakas baki.
3. perkakas memasak 10 Amp yang pertama
tambah 30 % beban
penuh perkakas
memasak yang
melebihi 10 Amp jika
unit itu menyediakan
soket alur keluar.
100% beban penuh perkakas yang terbesar
tambah 20% beban penuh perkakas yang kedua
terbesar tambah 60% beban penuh perkakas
baki.
4. Motor (selain
daripada motor
pengangkut yang
memerlukan
pemerhatian khusus)
100% beban penuh
motor yang terbesar
tambah 80% beban
penuh motor kedua
terbesar tambah 60%
beban penuh motor
baki.
100% beban penuh
motor yang terbesar
tambah 50% beban
penuh motor baki.
5. pemanas air (jenis
ketika)
100% beban penuh
perkakas yang terbesar
tambah 100% beban
penuh perkakas
tambah 25% beban
penuh baki.
100% beban penuh
perkakas yang terbesar
tambah 100% beban
penuh perkakas kedua
terbesar tambah 25%
beban penuh baki.
100% beban penuh
perkakas yang terbesar
tambah 100% beban
penuh perkakas kedua
terbesar tambah 25%
beban penuh baki.
25
4.8. Susut Voltan
Kejatuhan voltan menerangkan bagaimana tenaga yang dibekalkan daripada
sumber voltan dikurangkan sebagai langkah arus elektrik melalui unsur-unsur pasif
(unsur-unsur yang tidak membekalkan voltan) sesuatu litar elektrik. Susut Voltan di
seluruh punca rintangan, seluruh konduktor, seluruh penyentuh, dan di seluruh
penyambung adalah yang tidak diingini, tenaga dibekalkan hilang (hilang). Susut
voltan merentasi beban dan lain-lain di seluruh unsur litar aktif yang dikehendaki;
tenaga yang dibekalkan melakukan kerja yang berguna. Ingat bahawa voltan
mewakili tenaga setiap pertuduhan unit. Sebagai contoh, pemanas ruang elektrik
mungkin mempunyai rintangan sepuluh ohm, dan wayar yang membekalkan ia
mungkin mempunyai rintangan 0.2 ohm , kira-kira 2% daripada rintangan litar
keseluruhan. Ini bermakna bahawa kira-kira 2% daripada voltan yang dibekalkan
hilang dalam wayar itu sendiri. Kejatuhan voltan berlebihan boleh menyebabkan
operasi yang tidak memuaskan, dan kerosakan kepada peralatan elektrik dan
elektronik.
Kod elektrik nasional dan tempatan boleh menetapkan garis panduan bagi
kejatuhan voltan maksimum yang dibenarkan dalam pendawaian elektrik, untuk
memastikan kecekapan pengedaran dan operasi yang betul peralatan elektrik.
Kejatuhan voltan maksimum yang dibenarkan berbeza dari satu negara ke negara
lain. Dalam reka bentuk elektronik dan penghantaran kuasa, pelbagai teknik yang
digunakan untuk mengimbangi kesan kejatuhan voltan pada litar panjang atau di
mana tahap voltan mesti dikekalkan dengan tepat. Cara yang paling mudah untuk
mengurangkan kejatuhan voltan adalah untuk meningkatkan diameter pengalir
antara sumber dan beban, yang mengurangkan rintangan keseluruhan. Seterusnya
kita akan melhat jadual bagaiman untuk menetukan susutan voltan dalam kabel-
kabel tertentu. Dalam jadual 4.6 dan jadual 4.7 kita boleh lihat penilaian semasa dan
susut voltan bersarung teras tunggal kabel PVC terlindung dan susut voltan
berbilang kabel PVC terlindung.
26
Jadual 4.6: Penilaian Semasa Dan Susut Voltan Bersarung Teras Tunggal Kabel PVC Terlindung
Luas keratan
rentas
Dalam saluran
dalam penebat
haba
Dalam saluran
dalam penebat
haba
Dalam konduit
di dinding
Dalam konduit
di dinding
klip secara
langsung
klip secara
langsung
Susut voltan Susut voltan
(mm²) (A) (A) (A) (A) (A) (A) (mV/A/m) (mV/A/m)
- 2 cables
3 or 4
cables
2 cables
3 or 4
cables
2 cables
3 or 4
cables
2 cables
3 or 4
cables
1.0 11.0 10.5 13.5 12.0 15.5 14.0 44.0 38.0
1.5 14.5 13.5 17.5 15.5 20.0 18.0 29.0 25.0
2.5 19.5 18.0 24.0 21.0 27.0 25.0 18..0 15.0
4.0 26.0 24.0 32.0 28.0 37.0 33.0 11.0 9.5
6.0 34.0 31.0 41.0 36.0 47.0 43.0 7.3 6.4
10.0 46.0 42.0 57.0 50.0 65.0 59.0 4.4 3.8
16.0 61.0 56.0 76.0 68.0 87.0 79.0 2.8 2.4
27
Jadual 4.7: Penilaian Semasa Dan Susut Voltan Bersarung Berbilang Teras Kabel PVC Terlindung
Luas keratan
rentas
Dalam saluran
dalam
penebat haba
Dalam saluran
dalam
penebat haba
Dalam konduit
di dinding
Dalam konduit
di dinding
klip secara
langsung
klip secara
langsung
Susut voltan Susut voltan
(mm²) (A) (A) (A) (A) (A) (A) (mV/A/m) (mV/A/m)
- 2 core 3 or 4 core 2 core 3 or 4 core 2 core 3 or 4 core 2 core 3 or 4 core
1.0 11.0 10.0 13.0 11.5 15.0 13.5 44.0 38.0
1.5 14.0 13.0 16.5 15.0 19.5 17.5 29.0 25.0
2.5 18.5 17.5 23.0 20.0 27.0 24.0 18.0 15.0
4.0 25.0 23.0 30.0 27.0 36.0 32.0 11.0 9.5
6.0 32.0 29.0 38.0 34.0 46.0 41.0 7.3 6.4
10.0 43.0 39.0 52.0 46.0 63.0 57.0 4.4 3.8
16.0 57.0 52.0 69.0 62.0 85.0 76.0 2.8 2.4
28
Contoh untuk mencari susut voltan
Hitung susut voltan bagi suatu pemasangan yang dibekalkan dengan 240 V dan saiz
kabel yang digunakan adalah 16 mm2
jenis teras tunggal bersalut pvc satu teras digunakan
dalam koduit yang panjangnya adalah 23 m dan arus yang melalui pada beban adalah 33 A.
Penyelesaian:
Cari nilai susut voltan dengan menggunakan saiz kabel dari Jadual 4.6
Saiz kabel = 16 mm2
Daripada Jadual 4.6
∴ Susut voltan = 2.8 mV/A/m
Vd = Mv x Ib x L
1000
Vd = 2.8 x 33 x 23
1000
= 2.125 volt
Susut voltan pada kabel ini adalah 2.125 Volt apabila menggunakan kabel 16 mm2
.Oleh itu,
susut voltan ini tidak melebihi 9.6 Volt seperti yang ditetapkan. Maka saiz yang paling
sesuai ialah 16 mm2
.
.
4.9. Pengalir Pelindung
Pengalir perlindungan yang dulunya dikenali sebagai pengalir keterusan bumi. Ia adalah
suatu pengalir yang menghubungkan semua bahagian pengalir (logam) dalam pemasangan
ke terminal utama pembumian. Ini termasuklah pengalir pembumian dan pengalir ikatan.
Terdapat dua cara untuk menentukan saiz luas keratan rentas pengalir perlindungan litar
dalam sesuatu pemasangan pengguna.
29
Cara I
Dengan menggunakan Jadual 4.8 di bawah ini.
Cara II
Dengan membuat perkiraan bagi menentukan luas keratan rentas pengalir perlindungan
litar.
Formula:
Luas keratan rentas, mm2 =
*j2
ditukarkan kepada (garis pusat/ 2)2
kerana garis pusat adalah separuh
daripada jejari.
Luas keratin rentas (area) =
Contoh
Sekiranya saiz kabel diberi 7/ 1.04mm dan tukarkan saiz tersebut dalam bentuk luas
keratan rentas.
Luas keratan rentas (area) =
= 3.142 x (1.04/2 )2
x 7
= 3.142 x (1.08/4 ) x 7
= 5.94 mm2
@ 6mm2
Jadual 4.8: Menentukan Saiz Luas Keratan Rentas Pengalir Perlindungan
30
Bahan-bahan logam yang digunakan sebagai sistem pendawaian seperti paip, kotak sesalur
atau salur, boleh dijadikan sebagai pengalir perlindungan tetapi mestilah mematuhi
peraturan IEE yang berikut:
(i) Sekiranya luas keratan rentas pengalir kurang daripada 6 mm2
, ia mestilah bertebat
serta kuat dan kukuh.
(ii) Bagi pengalir perlindungan yang tidak bertebat, ia mestilah dilindungi daripada tindak
balas kimia.
(iii) Setiap sambungan pengalir perlindungan mestilah dibuat supaya mematuhi
kekuatan mekanikal dan elektrikal.
Konduit logam boleh lentur tidak boleh digunakan sebagai pengalir perlindungan. Pengalir
perlindungan berasingan perlu diadakan. Rintangan pengalir perlindungan adalah seperti
berikut:
(i) Bagi pengalir jenis kumprum dan aluminium, mestilah tidak melebihi 1 ohm.
(ii) Bagi pengalir jenis seperti paip kondit, kotak sesalur atau sulur mestilah tidak
melebihi 0.5 ohm.
Perkara-perkara yang menyebabkan rintangan tinggi
Perkara-perkara yang menyebabkan rintangan pengalir perlindungan menjadi tinggi adalah
seperti berikut:
(i) Punca “earth lug” karat
(ii) Sambungan dawai longgar.
(iii) Lapisan cat pada alat-alat elektrik.
(iv) Sambungan kabel bumi pada palam dan soket keluaran longgar.
(v) Sambungan di antara konduit dan kotak terminal longgar.
31
4.10. Kesimpulan
Secara keseluruhannya, dalam topik ini kita dapat mengetahui bahawa litar akhir ialah litar
yang keluar dari papan agihan untuk membekalkan tenaga elektrik terus kepada peralatan
elektrik. Tujuan pembahagian litar utama ke litar akhir ialah untuk mengelakkan bahaya
apabila berlaku kerosakan, memastikan bahawa bahagian-bahagian dalam pemasangan
boleh diputuskan bekalan bagi tujuan pemeriksaan, pengujian atau kerja-kerja membaiki
tanpa mengganggu litar lain serta untuk mengelakkan kerosakan yang berlaku pada
sesuatu litar itu merebak ke litar yang lain. Didalam peraturan IEE setiap litar kecil akhir
mestilah disambung kepada fius atau pemutus litar yang berasingan dalam peti fius agihan
dan setiap litar kecil mestilah diasingkan (secara elektrik) dari litar kecil akhir yang lain, Bagi
memudahkan tujuan pemeriksaan, pengalir neutral hendaklah disambung di dalam peti fius
agihan sama seperti pengalir hidup (life).
Didalam tugasan ini dilampirkan persembahan elektronik (Power Point) untuk
kegunaan bersama supaya dapat melihat dengan lebih jelas lagi tentang isi kandungan
yang terdapat dalam laporan ini. Persembahan Elektronik tersebut boleh dirujuk pada
LAMPIRAN B1 hingga LAMPIRAN B9.

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

PENYELENGGARAAN PEMASANGAN SATU FASA copy
PENYELENGGARAAN PEMASANGAN SATU FASA   copyPENYELENGGARAAN PEMASANGAN SATU FASA   copy
PENYELENGGARAAN PEMASANGAN SATU FASA copyAridsuria2002
 
Papan suis utama (psu)
Papan suis utama (psu)Papan suis utama (psu)
Papan suis utama (psu)Ezuan Atok
 
126515918 kabel-bawah-tanah
126515918 kabel-bawah-tanah126515918 kabel-bawah-tanah
126515918 kabel-bawah-tanahPok Nik
 
A2 PPT ASAS PEMASANGAN KONDUIT PVC FASA TUNGGAL
A2 PPT ASAS PEMASANGAN KONDUIT PVC FASA TUNGGALA2 PPT ASAS PEMASANGAN KONDUIT PVC FASA TUNGGAL
A2 PPT ASAS PEMASANGAN KONDUIT PVC FASA TUNGGALAridsuria2002
 
Komponen dalam litar kawalan
Komponen dalam litar kawalanKomponen dalam litar kawalan
Komponen dalam litar kawalanPeterus Balan
 
Papan suis utama
Papan suis utamaPapan suis utama
Papan suis utamaEzuan Atok
 
PEMASANGAN DB TIGA FASA
PEMASANGAN DB TIGA FASAPEMASANGAN DB TIGA FASA
PEMASANGAN DB TIGA FASAAridsuria2002
 
UJIAN RINTANGAN ELEKTROD BUMI
UJIAN RINTANGAN ELEKTROD BUMIUJIAN RINTANGAN ELEKTROD BUMI
UJIAN RINTANGAN ELEKTROD BUMIshrim shaharin
 
Pengenalan motor
Pengenalan motorPengenalan motor
Pengenalan motorEncik Mirul
 
Pengenalan Kepada Pendawaian Satu Fasa.pdf
Pengenalan Kepada Pendawaian Satu Fasa.pdfPengenalan Kepada Pendawaian Satu Fasa.pdf
Pengenalan Kepada Pendawaian Satu Fasa.pdfMohd Shahril
 
Bengkel elektrik
Bengkel elektrikBengkel elektrik
Bengkel elektriksppj1415
 
Ujian Rintangan Penebatan
Ujian Rintangan PenebatanUjian Rintangan Penebatan
Ujian Rintangan Penebatanshrim shaharin
 
Buku papan suis utama
Buku papan suis utama Buku papan suis utama
Buku papan suis utama Ezuan Atok
 
asas pendawaian elektrik fasa tunggal.pdf
asas pendawaian elektrik fasa tunggal.pdfasas pendawaian elektrik fasa tunggal.pdf
asas pendawaian elektrik fasa tunggal.pdfTs Norazah Abdullah
 

Mais procurados (20)

PENYELENGGARAAN PEMASANGAN SATU FASA copy
PENYELENGGARAAN PEMASANGAN SATU FASA   copyPENYELENGGARAAN PEMASANGAN SATU FASA   copy
PENYELENGGARAAN PEMASANGAN SATU FASA copy
 
Ujian Rintangan Penebatan
Ujian Rintangan PenebatanUjian Rintangan Penebatan
Ujian Rintangan Penebatan
 
Papan suis utama (psu)
Papan suis utama (psu)Papan suis utama (psu)
Papan suis utama (psu)
 
Penyentuh dan geganti
Penyentuh dan gegantiPenyentuh dan geganti
Penyentuh dan geganti
 
UJIAN KEKUTUBAN
UJIAN KEKUTUBANUJIAN KEKUTUBAN
UJIAN KEKUTUBAN
 
126515918 kabel-bawah-tanah
126515918 kabel-bawah-tanah126515918 kabel-bawah-tanah
126515918 kabel-bawah-tanah
 
A2 PPT ASAS PEMASANGAN KONDUIT PVC FASA TUNGGAL
A2 PPT ASAS PEMASANGAN KONDUIT PVC FASA TUNGGALA2 PPT ASAS PEMASANGAN KONDUIT PVC FASA TUNGGAL
A2 PPT ASAS PEMASANGAN KONDUIT PVC FASA TUNGGAL
 
Komponen dalam litar kawalan
Komponen dalam litar kawalanKomponen dalam litar kawalan
Komponen dalam litar kawalan
 
Papan suis utama
Papan suis utamaPapan suis utama
Papan suis utama
 
PEMASANGAN DB TIGA FASA
PEMASANGAN DB TIGA FASAPEMASANGAN DB TIGA FASA
PEMASANGAN DB TIGA FASA
 
UJIAN RINTANGAN ELEKTROD BUMI
UJIAN RINTANGAN ELEKTROD BUMIUJIAN RINTANGAN ELEKTROD BUMI
UJIAN RINTANGAN ELEKTROD BUMI
 
Pengenalan motor
Pengenalan motorPengenalan motor
Pengenalan motor
 
Pengenalan Kepada Pendawaian Satu Fasa.pdf
Pengenalan Kepada Pendawaian Satu Fasa.pdfPengenalan Kepada Pendawaian Satu Fasa.pdf
Pengenalan Kepada Pendawaian Satu Fasa.pdf
 
Pendawaian industri
Pendawaian industriPendawaian industri
Pendawaian industri
 
Pemeriksaan Dan Pengujian Dalam Pendawaian elektrik
Pemeriksaan Dan Pengujian Dalam Pendawaian elektrikPemeriksaan Dan Pengujian Dalam Pendawaian elektrik
Pemeriksaan Dan Pengujian Dalam Pendawaian elektrik
 
Bengkel elektrik
Bengkel elektrikBengkel elektrik
Bengkel elektrik
 
Ujian Rintangan Penebatan
Ujian Rintangan PenebatanUjian Rintangan Penebatan
Ujian Rintangan Penebatan
 
Pemasangan elektrik
Pemasangan elektrikPemasangan elektrik
Pemasangan elektrik
 
Buku papan suis utama
Buku papan suis utama Buku papan suis utama
Buku papan suis utama
 
asas pendawaian elektrik fasa tunggal.pdf
asas pendawaian elektrik fasa tunggal.pdfasas pendawaian elektrik fasa tunggal.pdf
asas pendawaian elektrik fasa tunggal.pdf
 

Semelhante a Bab 4 litar akhir

Sistem pendawaian
Sistem pendawaianSistem pendawaian
Sistem pendawaianafiqvto2012
 
Pendawaian elektrik
Pendawaian elektrikPendawaian elektrik
Pendawaian elektrikydry rdya
 
Bekalan kuasa
Bekalan kuasaBekalan kuasa
Bekalan kuasaKEN KEN
 
Pengenalan kepada lukisan elektrik satu fasa
Pengenalan kepada lukisan elektrik satu fasaPengenalan kepada lukisan elektrik satu fasa
Pengenalan kepada lukisan elektrik satu fasalinangabi
 
5 sistem bekalan elektrik latest
5 sistem bekalan elektrik latest5 sistem bekalan elektrik latest
5 sistem bekalan elektrik latestZurainah MS
 
Esei rbt elktronik aku
Esei rbt elktronik akuEsei rbt elktronik aku
Esei rbt elktronik akuSy Asyikin
 
Bab 6 keelektrikan & kemagnetan kssm f3
Bab 6 keelektrikan & kemagnetan kssm f3Bab 6 keelektrikan & kemagnetan kssm f3
Bab 6 keelektrikan & kemagnetan kssm f3NOR ILYANI
 
Jenis-jenis Papan Suis Utama ( Main Switch Board)
Jenis-jenis  Papan Suis Utama ( Main Switch Board) Jenis-jenis  Papan Suis Utama ( Main Switch Board)
Jenis-jenis Papan Suis Utama ( Main Switch Board) Akilan36
 
LV switch Board( LV ).ppt
LV switch Board( LV ).pptLV switch Board( LV ).ppt
LV switch Board( LV ).pptHamizanCr
 

Semelhante a Bab 4 litar akhir (20)

Litar pengguna
Litar penggunaLitar pengguna
Litar pengguna
 
Litar pengguna
Litar penggunaLitar pengguna
Litar pengguna
 
Laporan elektrik
Laporan elektrikLaporan elektrik
Laporan elektrik
 
Pendawaian elektrik
Pendawaian elektrikPendawaian elektrik
Pendawaian elektrik
 
Sistem pendawaian
Sistem pendawaianSistem pendawaian
Sistem pendawaian
 
4. relay
4. relay4. relay
4. relay
 
LITAR PENGGUNA 1 FASA
LITAR PENGGUNA 1 FASALITAR PENGGUNA 1 FASA
LITAR PENGGUNA 1 FASA
 
Pendawaian elektrik
Pendawaian elektrikPendawaian elektrik
Pendawaian elektrik
 
Bekalan elekrik
Bekalan elekrikBekalan elekrik
Bekalan elekrik
 
Bekalan kuasa
Bekalan kuasaBekalan kuasa
Bekalan kuasa
 
Pengenalan kepada lukisan elektrik satu fasa
Pengenalan kepada lukisan elektrik satu fasaPengenalan kepada lukisan elektrik satu fasa
Pengenalan kepada lukisan elektrik satu fasa
 
Alat kawalan turutan
Alat kawalan turutanAlat kawalan turutan
Alat kawalan turutan
 
5 sistem bekalan elektrik latest
5 sistem bekalan elektrik latest5 sistem bekalan elektrik latest
5 sistem bekalan elektrik latest
 
Esei rbt elktronik aku
Esei rbt elktronik akuEsei rbt elktronik aku
Esei rbt elktronik aku
 
8.4
8.48.4
8.4
 
Relay dan contactor
Relay dan contactorRelay dan contactor
Relay dan contactor
 
Bab 6 keelektrikan & kemagnetan kssm f3
Bab 6 keelektrikan & kemagnetan kssm f3Bab 6 keelektrikan & kemagnetan kssm f3
Bab 6 keelektrikan & kemagnetan kssm f3
 
Jenis-jenis Papan Suis Utama ( Main Switch Board)
Jenis-jenis  Papan Suis Utama ( Main Switch Board) Jenis-jenis  Papan Suis Utama ( Main Switch Board)
Jenis-jenis Papan Suis Utama ( Main Switch Board)
 
LV switch Board( LV ).ppt
LV switch Board( LV ).pptLV switch Board( LV ).ppt
LV switch Board( LV ).ppt
 
Kawalan utama
Kawalan utamaKawalan utama
Kawalan utama
 

Mais de Azman Hanafi

JD GA DG41-DG54 (29092020).docx
JD GA DG41-DG54 (29092020).docxJD GA DG41-DG54 (29092020).docx
JD GA DG41-DG54 (29092020).docxAzman Hanafi
 
1. penyenggaraan motor elektrik satu fasa copy
1. penyenggaraan motor elektrik satu fasa   copy1. penyenggaraan motor elektrik satu fasa   copy
1. penyenggaraan motor elektrik satu fasa copyAzman Hanafi
 
Six hat report cni
Six hat report cniSix hat report cni
Six hat report cniAzman Hanafi
 
Full report car design creative and innovative
Full report car design creative and innovativeFull report car design creative and innovative
Full report car design creative and innovativeAzman Hanafi
 
Pengurusan pendidikan complete
Pengurusan pendidikan completePengurusan pendidikan complete
Pengurusan pendidikan completeAzman Hanafi
 
Isu isu keselamatan komputer present latest
Isu isu keselamatan komputer present latestIsu isu keselamatan komputer present latest
Isu isu keselamatan komputer present latestAzman Hanafi
 

Mais de Azman Hanafi (8)

DPSK.pdf
DPSK.pdfDPSK.pdf
DPSK.pdf
 
JD GA DG41-DG54 (29092020).docx
JD GA DG41-DG54 (29092020).docxJD GA DG41-DG54 (29092020).docx
JD GA DG41-DG54 (29092020).docx
 
1. penyenggaraan motor elektrik satu fasa copy
1. penyenggaraan motor elektrik satu fasa   copy1. penyenggaraan motor elektrik satu fasa   copy
1. penyenggaraan motor elektrik satu fasa copy
 
Six hat report cni
Six hat report cniSix hat report cni
Six hat report cni
 
Full report car design creative and innovative
Full report car design creative and innovativeFull report car design creative and innovative
Full report car design creative and innovative
 
Pengurusan pendidikan complete
Pengurusan pendidikan completePengurusan pendidikan complete
Pengurusan pendidikan complete
 
Isu isu keselamatan komputer present latest
Isu isu keselamatan komputer present latestIsu isu keselamatan komputer present latest
Isu isu keselamatan komputer present latest
 
Bab5 penyiasatan
Bab5 penyiasatanBab5 penyiasatan
Bab5 penyiasatan
 

Último

Slaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysia
Slaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysiaSlaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysia
Slaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysiaLUKTZECHINMoe
 
Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.
Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.
Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.gs69955
 
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptxBab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptxFarid Salleh
 
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptxBahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptxkedekut1
 
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaanBab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaanErnaKasran1
 
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1nurulaidahashim1
 

Último (6)

Slaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysia
Slaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysiaSlaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysia
Slaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysia
 
Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.
Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.
Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.
 
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptxBab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
 
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptxBahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
 
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaanBab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
 
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
 

Bab 4 litar akhir

  • 1. 1 BAB 4 LITAR AKHIR 4.1. Pengenalan Pendawaian elektrik merupakan satu sistem rangkaian pengalir elektrik bagi mengangkut arus elektrik ke beban (litar akhir). Di Malaysia, sistem pendawaian elektrik adalah tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga Malaysia sebagaimana ternaktub di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990. Sistem pendawaian yang digunakan di Malaysia adalah hamper sama dengan piawaan pendawaian elektrik yang digunakan oleh United Kingdom. 4.2. Litar Kawalan Akhir Mengikut Peraturan IEE setiap pemasangan pengguna mestilah mempunyai alat kawalan yang mudah dicapai oleh pengguna bagi tujuan pengasingan, perlindungan lebihan arus dan perlindungan kebocoran ke bumi. 4.2.1. Cara Pengasingan Pengasingan ialah sebarang alat yang boleh memutuskan bekalan pengagihan kepada pengguna dengan membukakan salah satu bekalan itu tidak berbumi. Tujuan mengadakan pengasingan ialah untuk melindungi pengguna daripada mendapat renjatan elektrik yang berterusan. Pengasingan boleh dilakukan dengan 3 kaedah iaitu seperti berikut: (i) Bagi litar satu fasa dua dawai dimana neutralnya dibumikan, suis kutub tunggal digunakan
  • 2. 2 (ii) Bagi litar satu fasa dua dawai dimana neutralnya tidak dibumikan, suis kutub berhubung digunakan (iii) Bagi litar tiga fasa empat dawai, suis empat kutub berhubung atau suis tiga kutub berhubung digunakan. 4.2.2. Cara Perlindungan Lebihan Arus Arus lebih boleh diertikan dalam dua makna, iaitu arus beban lebih dan arus litar pintas.Tujuan perlindungan arus lebih ini ialah untuk melindungi pertambahan suhu dikabel yang boleh mengakibatkan kerosakkan pada penebat kabel. Arus beban lebih bermaksud pertambahan arus litar yang disebabkan oleh pertambahan beban sama ada beban mekanik kepada motor atau beban elektrik dimana semua pertambahan beban ini memerlukan arus lebih untuk membolehkan ia bekerja. Pertambahan arus ini menyebabkan alatan mesin atau perkakasan itu rosak kerana menerima arus lebih dari hadnya selain mengakibatkan kebakaran. Tiga kaedah perlindungan arus adalah seperti berikut: (i) Bagi litar satu fasa dua dawai dimana neutralnya dibumikan, fius kutub tunggal atau pemutus litar digunakan (ii) Bagi litar satu fasa dua dawai dimana kedua-duanya kutub tidak dibumikan, fius dua kutub atau pemutus digunakan (iii) Bagi litar tiga fasa empat dawai, fius tiga kutub atau pemutus litar digunakan. 4.2.3. Cara Perlindungan Arus Bocor ke Bumi Arus dalam litar biasanya mengalir dalam kabel fasa neutral dan bahagian peralatan yang ditugaskan membawa arus.Apabila arus mengalir ke bahagian logam terdedah peralatan elektrik yang tidak ditugaskan membawa arus, arus itu dikatakan telah bocor daripada aliran biasanya.Oleh itu, alat-alat elektrik dan pemasangannya mestilah dilindungi daripada bahaya ini dengan menyambungkan bahagian logam itu ke bumi bagi mengelakkan bahaya arus yang bocor itu. Arus ini akan dialirkan dengan selamat ke bumi tanpa melalui orang yang menyentuhnya kerana bumi dianggapkan berkeupayaan sifar berbanding dengan badan manusia atau haiwan yang mempunyai rintangan. Cara pembumian terus ini kadangkala tidak berkesan
  • 3. 3 kerana rintangan bumi yang rendah tidak mudah diperolehi terutamanya kawasan tinggi. Arus bocor tidak mengalir sepenuhnya ke bumi. Dua kaedah perlindungan kebocoran ke bumi adalah seperti berikut: (i) Bagi melindungi dari berlaku arus bocor ke bumi, pemutus litar bocor bumi digunakan (ii) Dua jenis kendalian pemutus litar yang biasa digunakan ialah kendalian arus dan kendalian voltan. 4.2.4. Turutan Kawalan Turutan alat-alat kawalan dan perlindungan yang terdapat pada litar pengguna, ini termasuk pengasingan, perlindungan lebihan arus dan perlindungan kebocoran ke bumi.Mengikut peraturan IEE susunan alat-alat kawalan dan perlindungan mengikut turutan adalah seperti jadual 4.1. 4.3. Litar Kecil Akhir Litar akhir ialah litar yang keluar dari papan agihan untuk membekalkan tenaga elektrik terus kepada peralatan elektrik. Tujuan pembahagian litar utama ke litar akhir ialah untuk mengelakkan bahaya apabila berlaku kerosakan, memastikan bahawa bahagian-bahagian dalam pemasangan boleh diputuskan bekalan bagi tujuan pemeriksaan, pengujian atau kerja-kerja membaiki tanpa mengganggu litar lain serta untuk mengelakkan kerosakan yang berlaku pada sesuatu litar itu merebak ke litar yang lain. Rajah 4.1 Turutan Litar Kawalan
  • 4. 4 4.3.1. Peraturan IEE (Keperluan Umum) Peraturan IEE untuk keperluan umum adalah seperti berikut: (i) Bagi sesuatu pemasangan yang mempunyai lebih dari satu litar kecil akhir, setiap litar kecil akhir mestilah disambung kepada fius atau pemutus litar yang berasingan dalam peti fius agihan. (ii) Pendawaian bagi setiap litar kecil mestilah diasingkan (secara elektrik) dari litar kecil akhir yang lain, Bagi memudahkan tujuan pemeriksaan, pengalir neutral hendaklah disambung di dalam peti fius agihan sama seperti pengalir hidup. 4.4. Litar Pencahayaan Pendawaian litar pencahayaan biasanya diagihkan untuk bekalan ke punca lampu filamen atau lampu discas. Beban lain juga disambungkan dari litar lampu seperti kipas siling dengan syarat arus beban penuh kurang daripada yang ditetapkan. Pengalir kabel litar akhir lampu yang diagihkan dari papan fius agihan akan berakhir di terminal siling ros atau pemegang lampu. Pendawaian litar pengcahayaan menggunakan MCB (Miniature Circuit Breaker) 6 ampere.Bagi penggunaan 1 unit MCB 6 ampere jumlah unit peralatan elektrik ialah sepuluh unit. Peraturan IEE bagi litar pencahayaan Peraturan IEE bagi litar pencahayaan adlah seperti berikut: (i) Bagi menentukan litar akhir lampu, jumlah permintaan arus mestilah sesuai dengan alat perlindungan litar. (ii) Setiap litar akhir lampu mestilah dilindungi dengan alat perlindungan yang arus nominalnya 5A dan bilangan maksimum beban yang boleh disambung ialah 10unit. (iii) Setiap unit yang disambung permintaan arusnya dinilaikan 100W per pemegang lampu.
  • 5. 5 (iv) Bagi menentukan litar akhir lampu dicas jumlah permintaan arus mestilah didarabkan dengan 1.8 dan sesuai dengan alat perlindungan litar. (v) Kapasiti membawa arus kabel mestilah tidak boleh kurang daripada kadaran alat perlindungan (vi) Pengiraan berapa unit lampu yang boleh dipasang bagi setiap 1 unit Miniature Circuit Breaker (MCB) 6ampere Secara amnya setiap satu beban lampu memerlukan 100watt, maka arus bagi sebuah lampu ialah I=P/V, 100W/240V=0.4A Maka setiap lampu hanya memerlukan arus 0.4A sahaja, Miniature Circuit Breaker yang dihadkan bagi litar pencahayaan adalah 6A maka jumlah unit lampu yang boleh dipasang bagi MCB 6A adalah Jumlah lampu = Nilai MCB/ Nilai arus digunakan sebuah lampu. 6A/0.4A=15 buah lampu. Namun peraturan IEE hanya membenarkan 10 buah lampu sahaja kerana bagi mengelak sebarang masalah seperti lebihan beban dan sebagainya. Pendawaian litar pencahayaan Terdapat pelbagai kaedah dalam melakukan kerja pendawai litar pencahayaan diantaranya adalah seperti berikut: 4.4.1. Sistem ‘Looping In’. Sistem ini adalah panggilan yang digunakan dalam melakukan kerja pendawaian. ‘Looping in’ boleh dimaksudkan dengan sumber yang sama digunakan semula kepada poin yang lain. Sistem “looping in” adalah seperti Rajah 4.2.
  • 6. 6 Kabel life pada Lampu 2 yang ditunjukkan melalui anak panah di ‘looping in’ ke Lampu 1 (sumber yang sama digunakan semula kepada poin yang lain). 4.4.2. Pensuisan 1 Hala Litar ini biasa digunakan untuk mengawal lampu di bilik kecil yang hanya memadai dengan sebuah lampu untuk menerangi bilik seperti bilik mandi, bilik tidur dan sebagainya. Pensuisan 1 hala adalah seperti Rajah 4.3. Rajah 4.2 Sistem 'Looping In' Rajah 4.3 Pensuisan 1 Hala
  • 7. 7 Kendalian Suis 1 Mengawal lampu 1 serta merta. Apabila suis dihidupkan iaitu terminal 1W menyentuh terminal C maka lampu satu akan menyala. 4.4.3. Pensuisan 2 Hala Litar ini biasanya digunakan untuk mengawal beberapa buah lampu secara serentak iaitu di bilik-bilik yang besar seperti dewan, ruang tamu, bilik darjah dan sebagainya. Satu suis lampu sudah memadai untuk mengawal beberapa buah lampu. Pensuisan 2 hala boleh dilihat pada Rajah 4.4. Kendalian Suis 1 dan suis 2 ialah suis dua kutub untuk mengawal Lampu 1 dan Lampu 2 secara serentak. Kendalian suis 2 hala adalah seperti jadual 4.1. Rajah 4.4 Pensuisan 2 Hala
  • 8. 8 Jadual 4.1 : Kendalian Suis 2 Hala Kendalian Kedudukan Suis Hasil Lampu 1 dan Lampu 2 Suis 1 Suis 2 1 1W 1W Menyala 2 2W 2W Menyala 3 1W 2W Tidak Menyala 4 2W 1W Tidak Menyala 4.4.4. Suis Perantaraan Litar ini biasanya digunakan untuk mengawal lampu dari dua tempat yang berasingan seperti di kaki lima bangunan, di tangga dan sebagainya. Suis perantaraan adalah seperti Rajah 4.5. Rajah 4.5 Suis Perantaraan Kendalian Suis 1 dan suis 3 adala suis dua hala manakala suis 2 adalah suis perantaraan. Ketiga-tiga suis ini boleh mengawal Lampu 1, Lampu 2 dan Lampu 3 secara serentak sama ada menghidupkan atau mematikan lampu. Kendalian suis perantaraan adalah seperti jadual 4.2.
  • 9. 9 Jadual 4.2 : Kendalian Suis Perantaraan Kendalian Kedudukan Suis Hasil Lampu 1,2 dan 3 Suis 1 Suis 2 Suis 3 1 1W 1W-4W 3W-2W 1W Menyala 2 2W 1W-4W 3W-2W 1W Tidak Menyala 3 2W 1W-2W 3W-4W 1W Tidak Menyala 4 2W 1W-2W 3W-4W 2W Menyala 5 1W 1W-2W 3W-4W 2W Tidak Menyala 6 1W 1W-4W 3W-2W 2W Menyala 7 2W 1W-4W 3W-2W 2W Menyala 8 2W 1W-2W 3W-4W 2W Tidak Menyala 9 2W 1W-2W 3W-4W 1W Menyala 10 2W 1W-2W 3W-4W 2W Tidak Menyala 4.4.5. Pemalap Lampu Litar ini sama dengan litar pendawaian suis mengawal satu hala, namun terdapat pelaras iaitu pemalap lampu yang bertujuan lampu boleh dilaras kecerahannya. Pendawaian pemalap lampu adalah seperti Rajah 4.6.
  • 10. 10 Rajah 4.6: Pendawaian Pemalap Lampu 4.4.6. Kipas Siling Perhatikan kabel hidup yang masuk dimana ia perlu melalui suis terlebih dahulu sebelum memasuki pelaras laju. Kabel hidup tersebut akan melalui pula suis pelaras yang akan menghubungkan kepada kelajuan. Kemudian barulah litar keluar ke kipas. Kabel bumi jangan sesekali tidak dipasang pada kipas kerana kipas gelungan yang tebal ini mungkin akan melebihi tahap kepanasan sekirannya capasitor lemah. Sekiranya berlaku kebakaran gegelung, maka wayar bumi inilah yang bertindak memutuskan bekalan. Pendawaian kipas siling adalah seperti Rajah 4.7 Rajah 4.7: Pendawaian Kipas Siling
  • 11. 11 4.5. Litar Akhir Kuasa Litar akhir ialah litar yang keluar dari papan agihan untuk membekalkan tenaga elektrik terus kepada Soket Alur Keluar. Terdapat pelbagai kaedah dalam melakukan kerja pendawai litar pencahayaan diantaranya adalah seperti berikut: 4.5.1. Litar Jejari Litar jejari adalah litar kuasa yang keluar melalui satu atau lebih soket alur keluar 13 A.Kabel hidup, neutral dan bumi yang keluar dari kotak agihan akan memalui soket alur keluar dan tamat pada soket alur keluar yang akhir. Peraturan IEE ke 16 menetapkan bilangan soket alir keluar bergantung kepada keluasan lantai bilik saiz pengalir dan kadaran perlindungan. Litar ini mestilah dikawal oleh alat pelindungan sama ada fius atau MCB. Kabel yang digunakan ialah kabel jenis tembaga bersalut PVC dan saiz kabel mestilah tidak kurang daripada 2.5 mm. Sistem litar jejari dan system litar gelang adalah seperti Rajah 4.8. Rajah 4.8: Sistem litar jejari dan litar gelang
  • 12. 12 Rajah 4.9: Pendawaian Litar Jejari Kadaran arus kabel ditentukan oleh kadaran arus perlindungan (iaitu 30 A atau 32 A – Fius atau MCB ) . Kabel jenis tembaga tidak kurang daari 4 mm boleh digunakan dan luas maksimum lantai untuk pemasangan jenis ini ialah 50 meter persegi. Rajah 4.10: Litar Jejari A2 Kadaran arus kabel ditentukan oleh kadaran arus perlindungan iaitu 20 A atau 32 A. Kabel jenis tembaga tidak kurang daripada 2.5 mm boleh digunakan dan luas maksimum lantai untuk pemasangan jenis ini ialah 20 meter persegi. Rajah 4.11: Litar Jejari A3
  • 13. 13 4.5.2. Litar Gelang Litar gelang adalah litar di mana pangkal dan hujung pendawaiannya disambung pada MCB yang sama. Pendawaian litar jejari hendaklah meliputi jumlah kawasan bersaiz 100m². Tiada had bilangan soket alir keluar 13A (soket plug) untuk litar ini, tetapi mengikut pengalaman jurutera elektrik dan juruelektrik, 10 unit soket plug adalah bilangan yang ideal untuk kawasan seluas 100m². Biasanya litar gelang digunakan untuk pendawaian soket plug di luar bilik seperti ruang tamu, ruang berehat dan dapur. Saiz minimum wayar untuk litar ini adalah 2.5mm² bertebat PVC dan ia disambung pada MCB bersaiz 32A. Peraturan IEE telah menetapkan Litar Gelang hanya boleh di pasang pada kawasan yang tidak melebihi 100 meter persegi. Jumlah bilangan soket yang boleh di pasang pada satu Litar Gelang tidak terhad. Walau bagaimanapun jumlah arus yang digunakan mestilah tidak melebihi kadaran arus fius yang mengawal litar berkenaan. Jumlah taji atau sulur bagi satu Litar Gelang tidak melebihi bilangan soket. Kadaran alat perlindungan arus lebih ialah 30 Amp. / 32 Amp. Saiz kabel yang digunakan mestilah tidak kurang daripada 2.5mm. Konduktor litar membentuk suatu gelang berterusan bermula dari punca bekalan ( litar akhir ) ke beberapa poin soket alir keluar dan balik semula ke punca bekalan. Rajah 4.12: Soket Alur Keluar - Disambung secara litar gelang
  • 14. 14 Peraturan IEE Bagi Litar Jejari Dan Litar Gelang Antara peraturan IEE bagi litar jejari dan litar gelang adalah seperti berikut: (i) Bagi menentukan jumlah litar akhir yang perlu diagihkan dan saiz pengalir kabel yang digunakan ia hendaklah mematuhi Jadual 4.3 atau jadual 4.4 (ii) Bilangan soket alur keluar yang hendak disambung adalah tidak terhad tetapi dengan syarat ia mampu mengendalikan perlindungan arus lebihan dan luas lantai kurang daripada yang ditetapkan. (iii) Kelonggaran kepelbagaian tidak boleh digunakan bagi menentukan litar akhir soket alur keluar BS 3036. (iv) Bagi sistem punca bekalan kuasa jenis TT (Punca bumi yang tidak disediakan oleh pihak pembekal), kesemua soket alur mestilah dilindungi oleh alat arus residual dengan arus kendaliannya tidak melebihi 30 mA. Jadual 4.3: Permintaan Arus Mengikut Kelengkapan Titik Pengguna BIL KELENGKAPAN TITIK PENGGUNA PERMINTAAN ARUS 1. Litar akhir soket alur keluar selain soket alur keluar 2A Mengikut kadar arusnya 2. Litar akhir soket alur keluar 2A (BS 546) Sekurang-kurangnya 0.5 A 3. Litar akhir lampu Sama dengan arus beban dengan kadar minimum 100 W bagi setiap pemegang lampu 4. Litar akhir jam, pencukur, soket alur keluar, pengubah loceng dan kelengkapan yang menggunakan kuasa tidak melebihi daripada 5W Diabaikan (dianggap tiada kerana terlalu rendah) 5. Perkakas memasak elektrik di rumah 10 A pertama + 30 % baki arus + 5 A jika terdapat soket alur keluar di unit kawalannya. 6. Kelengkapan pengguna yang lain Arus biasa atau kadaran arus mengikut piawaian British.
  • 15. 15 Jadual 4.4: Saiz Minimum Pengalir 4.5.3. Taji / Sulur Lampu akhir sulur merupakan soket alur keluar yang dipasang keluar dari litar gelang atau jejari untuk sambungan tambahan ke soket alur keluar atau peralatan tetap. Taji ini boeh disambung dari litar gelang atau jejari pada tiga tempat iaitu pada papan agihan, soket alur keluar dan pada kotak sambungan. Taji merupakan pendawaian tetap yang terakhir bagi litar gelang atau jejari . terdapat dua jenis taji iaitu taji tidak berfius dan taji berfius JENIS LITAR PELINDUNG ARUS LEBIH SAIZ MINIMUM PENGALIR Kabel pengalir kuprum bertebat PVK atau getah (mm2 ) Kabel pengalir aluminium berlapis kuprum bertebat PVK (mm2 ) Kabel pengalir kuprum bertebat bahan galian (mm2 ) Luas maksimu m lantai yang boleh dibekalkan (mm2 ) A1 Gelang Kadaran dan jenis (A) 2.5 4 1.5 100 30 / 32 Sebarang jenis A2 Jejari 30 / 32 Fius katrij atau pemutus litar 4 6 2.5 50 A3 Jejari 20 Sebarang jenis 2.5 4 1.5 20
  • 16. 16 Taji Tidak Berfius Bilangan taji tidak berfius yang boleh disambung ke dalam sesuatu litar gelang atau jejari mestilah tidak melebihi bilangan soket alur keluar 13 A atau kelengkapan tetap yang dipasangkan pada litar gelang atau jejari itu. Setiap taji itu boleh disambung sama ada dengan satu soket alur keluar atau satu soket alur keluar kembar atau satu peralatan tetap (kekal) sahaja. Saiz kabel bagi menyuap taji tidak berfius ini mestilah sama dengan saiz kabel litar akhir itu. Rajah 4.13 adalah contoh taji tidak berfius. (i) Sulur tidak berfius mestilah disambung pada: (a) Punca soket alur keluar (b) Peti sambungan (c) Papan agihan (ii) Kapasiti membawa arus kabel sulur mestilah lebih atau sama dengan pengalir litar gelang. (iii) Bilangan yang boleh disambung adalah seperti berikut: (a) 1 soket alur keluar (b) 1 soket alur keluar kembar (c) 1 alat pegun Rajah 4.13: Taji tidak berfius
  • 17. 17 Taji Berfius Taji ini disambung ke litar gelang melalui kotak atau unit sambungan fius. Kadaran fius taji ini mestilah tiak melebihi 13 A. Bilangan taji yang boleh disambung tidak dihadkan, tetapi pada praktiknya tidak melebihi bilangan soket alur keluar atau peralatan kekal yang disambungkan dalam litar akhir gelang, ketetapan ini sama seperti taji tak berfius. Saiz kabel PVK ialah 1.5 mm dengan pengalir kuprum, atau 1.0 mm jika menggunakan kabel berpenebat bahan galian dengan pengalir kuprum. Rajah 4.14 adalah contoh bagi taji berfius. Antara ciri-ciri taji berfius adalah seperti berikut: (i) Jumlah bilangan sulur berfius tidak terhad (ii) Suhu berfius mestilah disambung pada peti berfius (iii) Kadar arus nominal fius tidak boleh melebihi kapasiti membawa arus kabel sulur dan jika ada persamaan ia mestilah tidak melebihi 13A (iv) Saiz minimum bagi pengalir kabel sulur berfius adalah seperti berikut: (a) 1.5mm² - Kabel penebat PVK pengalir kuprum (b) 2.5mm² - Kabel penebat PVK pelapik kuprum pengalir aluminium (c) 1.0mm² - Kabel penebat mineral pengalir kuprum Rajah 4.14: Taji berfius
  • 18. 18 4.5.4. Litar Akhir Kuasa Peralatan Litar yang mengambil bekalan terus dari sumber bekalan. Menggunakan peralatan kawalan tertentu bagi mengawal bekalan seperti pemula, unit kawalan pemasak dan suis dwi kutub. Menggunakan saiz kabel tidak kurang dari 4mm. Litar yang disambungkan pada peralatan elektrik tertentu seperti pemanas air, pemasak dan unit penyaman udara dipanggil litar akhir kuasa peralatan. Alat kawalan tertentu digunakan untuk mengawal bekalan kuasa elektrik pada litar ini. Contohnya, pemula digunakan untuk unit pendingin udara, suis pemanas air untuk alat pemanas air dan unit pemasak untuk pemasak elektrik. Nilai kadaran arusnya ialah 20 A ke atas. Jenis litar akhir yang disambung terus daripada kotak agihan adalah seperti Rajah 4.15. 4.5.5. Pemasak dan Pemanas Air Dalam peraturan IEE Edisi ke -15 pada peraturan 540-20 hingga 554-30 dinyatakan dengan jelas cara litar akhir dipasang. Secara amnya litar akhir masih diikuti, sebagai contoh dalam peraturan ada menyatakan bahawa pemanas peredaman melebihi 15 liter atau peralatan pemanas yang besar. Pemanas ini hendaklah mempunyai litar akhir sendiri (tidak berkongsi dengan litar lain). Rajah 4.15: Litar akhir yang disambung terus daripada Kotak Agihan
  • 19. 19 Bagi litar akhir pemasak dan pemanas air perlu mematuhi peraturan-peraturan berikut: (i) C.39 – Pemutus litar yang dikawal dari jauh iaitu dari pemanas/dandang hendaklah mempunyai lampu penunjuk yg dipasang berdekatan pemanas. (ii) C.40 – Pembumian pemanas/dandang hendaklah mengikut peraturan IEE rangka pemanas diikat ke penyalut kabel. (iii) C.41 – Pemasangan perlu mempunyai pelindung arus bocor ke bumi yang beroperasi 10% daripada arus pemanas. (iv) C.44 – setiap pemanas air 1 fasa perlu mempunyai elemen pemanas tidak bertebat diantara elemen dan air dan hendaklah mematuhi peraturan C.45,C.50. (v) C.50 – Alat pemanas dipasang tetap ke bekalan melalui suis dua kutub berangkai yang terpisah dengan alat pemanas. Rajah 4.16: Pemanas Air 1 - Fasa Atau Dandang 1 Fasa
  • 20. 20 4.6. Litar Akhir Khas Litar yang dipasang secara berasingan dari litar akhir lampu dan kuasa disebabkan oleh penggunaan arus yang rendah dan tidak termasuk dalam jadual peraturan faktor kepelbagaian. Jenis-jenis litar yang memerlukan pengasingan adalah seperti berikut : 4.6.1. Loceng dan Penggera Litar loceng dan penggera biasanya menggunakan nilai voltan lampau rendah. Pengubah langkah turun digunakan untuk menurunkan voltan bekalan 240 V ke voltan sekunder 12 V. Rajah 4.17: Alat Pemanas 3-Fasa atau dandang 3-fasa
  • 21. 21 4.6.2. Pencukur Satu litar yang dipasang di dalam bilik air. Litar akhir kuasa bagi pencukur mesti menggunakan unit dwi voltan. Saiz kabel yang digunakan ialah 1.5 mm dan kadaran alat perlindungannya ialah 6 A. 4.6.3. Lampu Kecemasan Menurut Peraturan IEE 537-12. Sambungan suis kecemasan mestilah berupaya memutuskan arus beban penuh pada keseluruhan peasangan. Lampu kecemasan diperlukan apabila berlaku kegagalan pada bekalan utama. Jenis litar akhir khas ini selalu dipasang di tempat yang dapat memberikan kecerahan cahaya yang menyeluruh untuk satu jangka masa yang terhad. Litar lampu kecemasan biasanya tidak mempunyai suis kawalan. Bekalan biasa digunakan untok mengecas bateri lampu secara automatik apabiladalam keadaan normal. Saiz kabel yang digunakan ialah 1.5 mm dan dilindungi oleh pemutus litar 6 Amp. Biasanya di kategorikan kepada jenis Senggara dan Tak senggara. Dalam sistem senggara lampu Rajah 4.18: Litar Loceng dan penggera elektrik
  • 22. 22 kecemasan akan sentiasa dihidupkan melalui pengubah langkah turun dan jika berlaku kegagalan bekalan ianya akan terus menyala melalui bekalan bateri. Dalam sistem tak senggara pula lampu kecemasan akan hanya menyala apabila berlaku kegagalan bekalan utama. 4.6.4. Kipas Ekzos Litar kipas ekzos termasuk dalam litar lampu. Biasanya litar kipas ini dipasang di dalam bilik air, dapur dan bilik yang tidak mempunyai peredaran udara yang baik. 4.7. Faktor Kepelbagaian Faktor kepelbagaian ialah satu pengiraan anggaran pengurangan kadaran arus bagi kabel dan alat-alat dari kadaran arus yang sebenar, pengurangan ini disebabkan anggapan bahawa tidak semua beban digunakan serentak. Oleh sebab itu kadaran arus alat-alat atau kabel tidak semestinya mengikut kadaran arus keseluruhan beban disesuatu pemasangan itu. Penggunaannya Walaupun kadaran arus bagi kabel dan alat-alat boleh dikurangkan daripada kadaran yang sepatutnya, tetapi kadaran arus ini tidaklah menyeluruh pada semua alat dan tempat. Faktor kepelbagaian tidak boleh digunakan untuk mengira saiz pengalir litar akhir dan suis peralatannya, kecuali untuk litar akhir alat pemasak. Faktor kepelbagaian boleh juga digunakan untuk mengira saiz pengalir dan suiz peralatan litar kecuali untuk litar akhir. Mengira Faktor Kepelbagaian Bagi memudahkan pengiraan, formula amnya dapat dinyatakan seperti berikut : Faktor Kepelbagaian = Jumlah Beban yang digunakan serentak / jumlah beban yang digunakan.
  • 23. 23 Faktor ini boleh juga ditentukan oleh perancang elektrik dan pihak tertentu yang berkelayakan. Pihak IEEE telah mengadakan satu contoh jadual khas tentang anggaran kepelbagaian bagi setiap jenis beban dan tempat pemasangan, iaitu seperti dirumah kediaman biasa, rumah pangsa dan sebagainya (Rujuk Jadual 4.5). Di Negara ini faktor kepelbagaian dikira mengikut keadaan, tempat dan beban disamping kehendak pembekal tenaga elektrik. Mengira Faktor Kepelbagaian Berdasarkan Peraturan IEE Pihak IEE telah menyediakan satu jadual panduan untuk mengira keperluan (permintaan ) arus di pemasangan yang kecil. Jadual ini dikenali sebagai jadual Faktor Kepelbagaian. Ada dua cara untuk mengira faktor kepelbagaian iaitu : Cara I Menghitung permintaan arus setiap beban dan menggunakan faktor kepelbagaiannya berdasarkan Jadual 4.5. Jumlah kesemua permintaan arus bagi setiap beban yang telah dikira kepelbagaiannya, dijadikan dasar permintaan arus di pemasangan itu, dan seterusnya digunakan sebagai panduan untuk menetapkan kadaran arus kabel dan alat-alat kawalan. Di sini, pengetahuan dan pengalaman perancang memainkan peranan penting untuk menentukan litar yang mana yang tidak digunakan serentak. Cara II Cara kedua lebih rumit, kerana kita memerlukan pengalaman dan pengetahuan yang mendalam tentang pemasangan yang hendak dikira itu. Secara kasar cara ini masih mengambil kira keperluan arus setiap litar dan mengurangkannya dengan menggunakan Jadual Faktor Kepelbagaian serta tambahan faktor kepelbagaian pada litar-litar yang difikirkan tidak digunakan secara serentak. Oleh sebab itu perancang mestilah betul-betul memahami penggunaan litar yang dihitung agar tidak tersalah anggap dan boleh membawa kemudaratan pada pemasangan dan pengguna. Bagi perancang yang kurang pengalaman, pengetahuan dan kemahiran tentang sesebuah litar lebih baiklah tidak menggunakan cara ini.
  • 24. 24 Jadual 4.5: Faktor kepelbagaian bagi beberapa jenis pemasangan Penggunaan kepelbagaian bagi litar akhir yang disuapkan dari pengalir atau peralatan suis JENIS PEMILIK BANGUNAN Pemasangan rumah persendirian termasuk blok penginapan persendirian. Kedai kecil, stor, pejabat dan bangunan perniagaan persendirian. Hotel kecil, pertemuan, rumah tamu dan sebagainya. 1. Lampu 66% daripada jumlah permintaan arus 90% daripada jumlah permintaan arus 75% daripada jumlah permintaan arus 2. Bekalan kuasa dan pemanas 100% daripada jumlah permintaan arus yang melebihi 10 Amp. Tambah 50% daripada permintaan arus yang melebihi 100 Amp. 100% beban penuh perkakas yang terbesar tambah 75% beban penuh perkakas baki. 100% beban penuh perkakas yang terbesar tambah tambah 80% beban penuh perkakas yang kedua terbesar tambah 60% beban penuh perkakas baki. 3. perkakas memasak 10 Amp yang pertama tambah 30 % beban penuh perkakas memasak yang melebihi 10 Amp jika unit itu menyediakan soket alur keluar. 100% beban penuh perkakas yang terbesar tambah 20% beban penuh perkakas yang kedua terbesar tambah 60% beban penuh perkakas baki. 4. Motor (selain daripada motor pengangkut yang memerlukan pemerhatian khusus) 100% beban penuh motor yang terbesar tambah 80% beban penuh motor kedua terbesar tambah 60% beban penuh motor baki. 100% beban penuh motor yang terbesar tambah 50% beban penuh motor baki. 5. pemanas air (jenis ketika) 100% beban penuh perkakas yang terbesar tambah 100% beban penuh perkakas tambah 25% beban penuh baki. 100% beban penuh perkakas yang terbesar tambah 100% beban penuh perkakas kedua terbesar tambah 25% beban penuh baki. 100% beban penuh perkakas yang terbesar tambah 100% beban penuh perkakas kedua terbesar tambah 25% beban penuh baki.
  • 25. 25 4.8. Susut Voltan Kejatuhan voltan menerangkan bagaimana tenaga yang dibekalkan daripada sumber voltan dikurangkan sebagai langkah arus elektrik melalui unsur-unsur pasif (unsur-unsur yang tidak membekalkan voltan) sesuatu litar elektrik. Susut Voltan di seluruh punca rintangan, seluruh konduktor, seluruh penyentuh, dan di seluruh penyambung adalah yang tidak diingini, tenaga dibekalkan hilang (hilang). Susut voltan merentasi beban dan lain-lain di seluruh unsur litar aktif yang dikehendaki; tenaga yang dibekalkan melakukan kerja yang berguna. Ingat bahawa voltan mewakili tenaga setiap pertuduhan unit. Sebagai contoh, pemanas ruang elektrik mungkin mempunyai rintangan sepuluh ohm, dan wayar yang membekalkan ia mungkin mempunyai rintangan 0.2 ohm , kira-kira 2% daripada rintangan litar keseluruhan. Ini bermakna bahawa kira-kira 2% daripada voltan yang dibekalkan hilang dalam wayar itu sendiri. Kejatuhan voltan berlebihan boleh menyebabkan operasi yang tidak memuaskan, dan kerosakan kepada peralatan elektrik dan elektronik. Kod elektrik nasional dan tempatan boleh menetapkan garis panduan bagi kejatuhan voltan maksimum yang dibenarkan dalam pendawaian elektrik, untuk memastikan kecekapan pengedaran dan operasi yang betul peralatan elektrik. Kejatuhan voltan maksimum yang dibenarkan berbeza dari satu negara ke negara lain. Dalam reka bentuk elektronik dan penghantaran kuasa, pelbagai teknik yang digunakan untuk mengimbangi kesan kejatuhan voltan pada litar panjang atau di mana tahap voltan mesti dikekalkan dengan tepat. Cara yang paling mudah untuk mengurangkan kejatuhan voltan adalah untuk meningkatkan diameter pengalir antara sumber dan beban, yang mengurangkan rintangan keseluruhan. Seterusnya kita akan melhat jadual bagaiman untuk menetukan susutan voltan dalam kabel- kabel tertentu. Dalam jadual 4.6 dan jadual 4.7 kita boleh lihat penilaian semasa dan susut voltan bersarung teras tunggal kabel PVC terlindung dan susut voltan berbilang kabel PVC terlindung.
  • 26. 26 Jadual 4.6: Penilaian Semasa Dan Susut Voltan Bersarung Teras Tunggal Kabel PVC Terlindung Luas keratan rentas Dalam saluran dalam penebat haba Dalam saluran dalam penebat haba Dalam konduit di dinding Dalam konduit di dinding klip secara langsung klip secara langsung Susut voltan Susut voltan (mm²) (A) (A) (A) (A) (A) (A) (mV/A/m) (mV/A/m) - 2 cables 3 or 4 cables 2 cables 3 or 4 cables 2 cables 3 or 4 cables 2 cables 3 or 4 cables 1.0 11.0 10.5 13.5 12.0 15.5 14.0 44.0 38.0 1.5 14.5 13.5 17.5 15.5 20.0 18.0 29.0 25.0 2.5 19.5 18.0 24.0 21.0 27.0 25.0 18..0 15.0 4.0 26.0 24.0 32.0 28.0 37.0 33.0 11.0 9.5 6.0 34.0 31.0 41.0 36.0 47.0 43.0 7.3 6.4 10.0 46.0 42.0 57.0 50.0 65.0 59.0 4.4 3.8 16.0 61.0 56.0 76.0 68.0 87.0 79.0 2.8 2.4
  • 27. 27 Jadual 4.7: Penilaian Semasa Dan Susut Voltan Bersarung Berbilang Teras Kabel PVC Terlindung Luas keratan rentas Dalam saluran dalam penebat haba Dalam saluran dalam penebat haba Dalam konduit di dinding Dalam konduit di dinding klip secara langsung klip secara langsung Susut voltan Susut voltan (mm²) (A) (A) (A) (A) (A) (A) (mV/A/m) (mV/A/m) - 2 core 3 or 4 core 2 core 3 or 4 core 2 core 3 or 4 core 2 core 3 or 4 core 1.0 11.0 10.0 13.0 11.5 15.0 13.5 44.0 38.0 1.5 14.0 13.0 16.5 15.0 19.5 17.5 29.0 25.0 2.5 18.5 17.5 23.0 20.0 27.0 24.0 18.0 15.0 4.0 25.0 23.0 30.0 27.0 36.0 32.0 11.0 9.5 6.0 32.0 29.0 38.0 34.0 46.0 41.0 7.3 6.4 10.0 43.0 39.0 52.0 46.0 63.0 57.0 4.4 3.8 16.0 57.0 52.0 69.0 62.0 85.0 76.0 2.8 2.4
  • 28. 28 Contoh untuk mencari susut voltan Hitung susut voltan bagi suatu pemasangan yang dibekalkan dengan 240 V dan saiz kabel yang digunakan adalah 16 mm2 jenis teras tunggal bersalut pvc satu teras digunakan dalam koduit yang panjangnya adalah 23 m dan arus yang melalui pada beban adalah 33 A. Penyelesaian: Cari nilai susut voltan dengan menggunakan saiz kabel dari Jadual 4.6 Saiz kabel = 16 mm2 Daripada Jadual 4.6 ∴ Susut voltan = 2.8 mV/A/m Vd = Mv x Ib x L 1000 Vd = 2.8 x 33 x 23 1000 = 2.125 volt Susut voltan pada kabel ini adalah 2.125 Volt apabila menggunakan kabel 16 mm2 .Oleh itu, susut voltan ini tidak melebihi 9.6 Volt seperti yang ditetapkan. Maka saiz yang paling sesuai ialah 16 mm2 . . 4.9. Pengalir Pelindung Pengalir perlindungan yang dulunya dikenali sebagai pengalir keterusan bumi. Ia adalah suatu pengalir yang menghubungkan semua bahagian pengalir (logam) dalam pemasangan ke terminal utama pembumian. Ini termasuklah pengalir pembumian dan pengalir ikatan. Terdapat dua cara untuk menentukan saiz luas keratan rentas pengalir perlindungan litar dalam sesuatu pemasangan pengguna.
  • 29. 29 Cara I Dengan menggunakan Jadual 4.8 di bawah ini. Cara II Dengan membuat perkiraan bagi menentukan luas keratan rentas pengalir perlindungan litar. Formula: Luas keratan rentas, mm2 = *j2 ditukarkan kepada (garis pusat/ 2)2 kerana garis pusat adalah separuh daripada jejari. Luas keratin rentas (area) = Contoh Sekiranya saiz kabel diberi 7/ 1.04mm dan tukarkan saiz tersebut dalam bentuk luas keratan rentas. Luas keratan rentas (area) = = 3.142 x (1.04/2 )2 x 7 = 3.142 x (1.08/4 ) x 7 = 5.94 mm2 @ 6mm2 Jadual 4.8: Menentukan Saiz Luas Keratan Rentas Pengalir Perlindungan
  • 30. 30 Bahan-bahan logam yang digunakan sebagai sistem pendawaian seperti paip, kotak sesalur atau salur, boleh dijadikan sebagai pengalir perlindungan tetapi mestilah mematuhi peraturan IEE yang berikut: (i) Sekiranya luas keratan rentas pengalir kurang daripada 6 mm2 , ia mestilah bertebat serta kuat dan kukuh. (ii) Bagi pengalir perlindungan yang tidak bertebat, ia mestilah dilindungi daripada tindak balas kimia. (iii) Setiap sambungan pengalir perlindungan mestilah dibuat supaya mematuhi kekuatan mekanikal dan elektrikal. Konduit logam boleh lentur tidak boleh digunakan sebagai pengalir perlindungan. Pengalir perlindungan berasingan perlu diadakan. Rintangan pengalir perlindungan adalah seperti berikut: (i) Bagi pengalir jenis kumprum dan aluminium, mestilah tidak melebihi 1 ohm. (ii) Bagi pengalir jenis seperti paip kondit, kotak sesalur atau sulur mestilah tidak melebihi 0.5 ohm. Perkara-perkara yang menyebabkan rintangan tinggi Perkara-perkara yang menyebabkan rintangan pengalir perlindungan menjadi tinggi adalah seperti berikut: (i) Punca “earth lug” karat (ii) Sambungan dawai longgar. (iii) Lapisan cat pada alat-alat elektrik. (iv) Sambungan kabel bumi pada palam dan soket keluaran longgar. (v) Sambungan di antara konduit dan kotak terminal longgar.
  • 31. 31 4.10. Kesimpulan Secara keseluruhannya, dalam topik ini kita dapat mengetahui bahawa litar akhir ialah litar yang keluar dari papan agihan untuk membekalkan tenaga elektrik terus kepada peralatan elektrik. Tujuan pembahagian litar utama ke litar akhir ialah untuk mengelakkan bahaya apabila berlaku kerosakan, memastikan bahawa bahagian-bahagian dalam pemasangan boleh diputuskan bekalan bagi tujuan pemeriksaan, pengujian atau kerja-kerja membaiki tanpa mengganggu litar lain serta untuk mengelakkan kerosakan yang berlaku pada sesuatu litar itu merebak ke litar yang lain. Didalam peraturan IEE setiap litar kecil akhir mestilah disambung kepada fius atau pemutus litar yang berasingan dalam peti fius agihan dan setiap litar kecil mestilah diasingkan (secara elektrik) dari litar kecil akhir yang lain, Bagi memudahkan tujuan pemeriksaan, pengalir neutral hendaklah disambung di dalam peti fius agihan sama seperti pengalir hidup (life). Didalam tugasan ini dilampirkan persembahan elektronik (Power Point) untuk kegunaan bersama supaya dapat melihat dengan lebih jelas lagi tentang isi kandungan yang terdapat dalam laporan ini. Persembahan Elektronik tersebut boleh dirujuk pada LAMPIRAN B1 hingga LAMPIRAN B9.