3. Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
www.zoom-a.com
1
Di pinggir hutan, terdapat sebuah
kolam. Air di dalam kolam itu sudah
hampir kering kerana musim
kemarau.
4. Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
www.zoom-a.com
Semua ikan di dalam kolam itu
berasa bimbang. “Matilah kita kalau
air ini kering,” kata mereka.
Beberapa hari kemudian, datanglah
seekor burung bangau ke tempat itu.
2
5. Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
www.zoom-a.com
3
Bangau itu berkata, “Wahai ikan,
tidak lama lagi, air di dalam kolam
ini akan kering! Aku boleh menolong
kamu berpindah ke sebuah kolam
lain. Kolam itu tidak kering.”
6. Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
www.zoom-a.com
4
Semua ikan bersetuju. Bangau lalu
terbang berulang-alik membawa
ikan itu berpindah dari situ.
7. Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
www.zoom-a.com
5
Kemudian, tibalah pula giliran
ketam. Bangau segera membawa
ketam berpindah.
8. Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
www.zoom-a.com
Apabila tiba, di tempat itu
rupa-rupanya tiada kolam. Ketam
melihat di situ terdapat banyak
tulang ikan.
6
9. Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
www.zoom-a.com
Tahulah ketam bahawa bangau
itu penipu. Bangau telah makan
semua ikan itu.
7
10. Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
www.zoom-a.com
8
“Ha! Ha! Ha!” Bangau ketawa.
“Engkau juga akan menjadi
makananku,” kata bangau pada
ketam.
11. Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
www.zoom-a.com
Tetapi ketam dengan pantas terus
menyepit leher bangau.
Matilah bangau itu disepit oleh ketam.
Setiap perbuatan jahat tentu akan
menerima padahnya.
9