SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 17
Baixar para ler offline
Top i k                        Penerokaan,
       7                       Memperoleh
                               Pengalaman
                               dan Ekspresi
    HASIL PEMBELAJARAN
   Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
   1. Menginterpretasi definisi penerokaan, pengalaman dan ekspresi
      berhubungkait dengan Seni dalam Pendidikan;
   2. Menjelaskan tentang penerokaan alat dan bahan, cara pengolahan dan
      manipulasi serta idea dan isi kandungan yang digunakan dalam seni;
   3. Menghuraikan tentang penggunaan           pelbagai   strategi   untuk
      memperoleh pengalaman;
   4. Menjelaskan bentuk-bentuk ekspresi diri; dan
   5. Mengenalpasti unsur-unsur dalam ekspresi diri kanak-kanak.




       PENGENALAN
Seni dalam Pendidikan memberi peluang kepada kanak-kanak dan remaja untuk
meneroka pelbagai sudut yang mereka lihat, dengar, sentuh, gerak dan fikir
dengan setiap aktiviti pembelajaran. Topik ini bukan sahaja menyediakan cara
tambahan untuk belajar membaca, menulis dan mengira, bahkan menggalakkan
mereka dengan memberi pelbagai pandangan dan bahasa untuk mereka berfikir
secara kreatif, imaginatif dan kritis. Bukan itu sahaja, bahkan Seni dalam
Pendidikan dapat memberikan kanak-kanak keseronokan dan kegirangan di
dalam bilik darjah.
136     TOPIK 7 PENEROKAAN, MEMPEROLEH PENGALAMAN DAN EKSPRESI



Antara lain, Seni dalam Pendidikan mengajar pelajar bagaimana untuk
menangani secara produktif terhadap sumber-sumber imaginasi, kreativiti dan
pemikiran serta emosi dan bagaimana untuk berkomunikasi dengan apa yang
mereka lihat. Seni dalam Pendidikan juga mengajar remaja untuk membuat
ekspresi diri terhadap apa yang mereka tanggap dan rasa melalui pelbagai
bahasa.


7.1       PENEROKAAN
Penerokaan membawa maksud, menyelidik untuk mengetahui sesuatu yang
belum diketahui lagi iaitu melaksanakannya dengan cara menjelajah. Dalam erti
kata yang lain, meneroka adalah bermaksud menggunakan pelbagai bahan dan
kaedah. Pengalaman meneroka merupakan suatu situasi pembelajaran. Semasa
proses ini berlaku, guru tidak digalakkan untuk menilai aktiviti yang sedang
dijalankan. Sebaliknya guru hanyalah berperanan sebagai fasilatator atau
pembimbing dan membimbing pelajar untuk menemui sesuatu yang lebih
spesifik tentang diri mereka. Anda digalakkan untuk meneroka dengan
membuat eksperimen, menyelidik dan mencipta dengan menggunakan pelbagai
idea dan bahan. Tujuannya adalah untuk menjadikan pelajar menjadi seorang
yang lebih berimaginatif. Rajah 7.1 menunjukkan pelbagai cara untuk mereka
melaksanakan penerokaan.




                     Rajah 7.1: Pelbagai cara untuk meneroka


7.1.1     Meneroka Alat dan Bahan
Apabila kanak-kanak sudah menguasai aktiviti-aktiviti lantai, pelajar juga
digalakkan untuk meneroka pengalaman peralatan seperti palang imbangan,
palang selari, peti pelana dan gelang. Sesetengah sekolah hanya menggunakan
bangku panjang, meja, kerusi, gegelang, tali panjat dan rangka-rangka panjat
sahaja untuk mendapatkan pengalaman peralatan.
TOPIK 7 PENEROKAAN, MEMPEROLEH PENGALAMAN DAN EKSPRESI            137



Biasanya peralatan yang diimprovisasikan atau dimanipulasikan menjadi
kegemaran pelajar untuk melakukannya. Mereka boleh diperkenalkan kepada
alatan tertentu dengan cara menggalakkan mereka meninjau dan meneliti alat
tersebut. Guru dilarang memaksa pelajar melakukan atau menggunakan sesuatu
peralatan. Pelajar di peringkat prakawalan boleh memulakan program latihan
dengan cara berjalan-jalan di sepanjang alang atau bangku yang rendah,
melompat dari atas kerusi atau meja yang rendah, bergayut pada tali panjat atau
bergerak di sepanjang rangka panjat. Pengenalan secara ini akan membawa
pelajar berjinak-jinak dan membiasakan diri dengan peralatan yang digunakan
dalam latihan sebenar. Ini akan dapat membina keyakinan diri pelajar.

Latihan-latihan berhalangan dirancang berpandukan penggunaan peralatan
yang mudah diperolehi seperti meja, bangku panjang, kerusi, gelung rotan, tali,
bongkah dan rotan. Ini semua adalah untuk menguatkan keyakinan pelajar
mempelajari konsep-konsep seperti di atas, iaitu menyimpang, menerusi dan
bawah.

Pelajar pada tahap kawalan boleh memulakan dirinya untuk membuat
penyesuaian menggunakan peralatan yang sebenar. Mereka boleh mencuba
pelbagai cara untuk bergerak di atas palang, bergayut di atas palang atau tali,
melompat dari atas meja atau kerusi, ataupun bergerak dari satu bahagian ke
satu bahagian lain di atas palang bertingkat. Kemudian setelah mahir
menggunakan peralatan, barulah pelajar digalakkan untuk berpindah ke aktiviti
menggunakan peralatan yang sebenarnya.

Pelajar pada tahap aplikasi bolehlah mencuba berbagai cara untuk masuk ke
dalam sesuatu ruang alat; melompat, melintasinya dan membuat bentuk-bentuk
dengan menggunakan anggota-anggota badan semasa beraksi. Pengalaman yang
melibatkan kebolehan memindah beban ke pelbagai bahagian anggota,
melakukan imbangan-imbangan bukan simetri serta imbangan-imbangan
terbalik adalah sesuai bagi pelajar yang berada di tahap ini.

Apabila pelajar telah meninjau pada tahap kecekapan, mereka perlulah pula
memberi perhatian kepada lakuan imbangan, bentuk, cara bergerak dan cara
menyokong beban anggota yang jauh lebih mencabar. Pelajar juga harus
digalakkan supaya memberi perhatian terhadap kualiti pergerakan mereka
semasa menjalani latihan pola-pola pergerakan dan mengadunkannya ke dalam
suatu bentuk urutan dengan sempurna. Tema-tema yang paling sesuai seperti
melompat, mendarat, mengguling, membongkok, melentur, memusing dan
mengayun bertujuan untuk membina tubuh yang mantap, kesedaran ruang dan
kesedaran kinestetik ketika berada di atas sesuatu peralatan.
138          TOPIK 7 PENEROKAAN, MEMPEROLEH PENGALAMAN DAN EKSPRESI




         SEMAK KENDIRI 7.1

        Senaraikan cara-cara untuk meneroka sesuatu aktiviti.



7.1.2         Meneroka Cara Pengolahan dan Manipulasi
Pelajar di tahap penggunaan dan kecekapan sudah bersedia untuk meneroka
cara pengolahan sesuatu aktiviti dan cuba memanipulasi tubuh mereka supaya
boleh melakukan aktiviti gimnastik atau pergerakan dengan lebih mencabar lagi.
Daripada pengalaman-pengalaman yang diperolehi itu pelajar seringkali akan
mencuba untuk melakukan lagak ngeri seperti aksi gimnastik artistik. Pelajar
akan melakukan aksi-aksi seperti:
(a)   Dirian tangan;
(b)   Roda kereta;
(c)   Gulingan;
(d)   Imbangan dan sebagainya.

Kemungkinan ada pelajar yang meminta bantuan guru untuk melaksanakan
sesuatu lakuan gimnastik atau memperbaiki gaya lakuan yang telah mereka
tonton atau yang sedang mereka pelajari. Untuk itu, bimbingan guru adalah
penting pada peringkat ini.


7.1.3         Meneroka Idea dan Isi Kandungan
Pelajar digalakkan untuk meneroka idea dan isi kandungan yang terdapat di
dalam pergerakan seperti aktiviti mengguling dan mengimbang.

(a)   Aktiviti Mengguling
      (i)     Mengguling ialah lakuan memindahkan beban berat bahagian-
              bahagian anggota yang lain di sekeliling sesuatu paksi. Pelajar boleh
              meningkatkan keupayaan mereka dengan menggabungkan lakuan-
              lakuan mengguling ke dalam aktiviti-aktiviti lain seperti pergerakan
              lokomotor atau lakuan-lakuan menangkap dan mengguling.
      (ii)    Pelajar juga boleh mempraktikkan lakuan mengguling dengan cara
              menjunam atau mempraktikkan lakuan mengguling dengan kadar
              pergerakan yang berbeza-beza, pantas atau perlahan mengikut
              pilihan individu.
TOPIK 7 PENEROKAAN, MEMPEROLEH PENGALAMAN DAN EKSPRESI           139



     (iii) Pelajar juga perlu bersedia untuk menggunakan kemahiran
           mengguling dengan spontan apabila berlaku kecemasan, seperti
           terjatuh dalam permainan bola sepak, bola jaring, bola keranjang,
           bola tampar ataupun dari alatan aras tinggi.


7.2       MEMPEROLEH PENGALAMAN
Pengalaman dalam seni visual, muzik dan pergerakan akan menjana
pembelajaran kanak-kanak dalam pelbagai bidang. Bagi perkembangan kognitif,
kanak-kanak menggunakan seni untuk meluahkan fikiran dan idea mereka.


7.2.1     Pelbagai Strategi Memperoleh Pengalaman
Pengalaman yang diperolehi dalam Seni dalam Pendidikan boleh melibatkan
kesedaran kinestetik yang mendalam, kepintaran menggunakan tubuh badan
dan pengalaman ini akan memberi peluang kepada kanak-kanak dan remaja
untuk menyelesaikan masalah, membuat eksperimentasi dan penerokaan,
mengambil risiko, mencipta secara kreatif, membuat penilaian dan bijak
membuat pilihan (Rajah 7.2).




              Rajah 7.2: Pelbagai cara untuk memperolehi pengalaman


7.2.2     Aktiviti Memperoleh Pengalaman
Terdapat pelbagai cara pelajar memperolehi pengalaman, antaranya ialah
melalui permainan. Permainan merupakan nilai riadah yang sungguh
menakjubkan, nilai kecergasan yang tinggi dan bertindak sebagai alat yang amat
ampuh untuk menyalurkan rasa ketahanan semula jadi di dalam jiwa pelajar di
pelbagai peringkat.
140      TOPIK 7 PENEROKAAN, MEMPEROLEH PENGALAMAN DAN EKSPRESI



Antara objektif permainan ialah:
(a)   Menyediakan aktiviti lasak yang secukupnya bagi kelompok otot besar
      dengan tujuan mengembangkan daya potensi yang memberi kesan kepada
      pengembangan dan pengawalan otot dengan baik;
(b)   Membina kebolehan-kebolehan berlari, bertindak, menyelinap, bermula
      dan berhenti;
(c)   Mempelajari cara-cara mengendali dan mengawal anggota semasa dalam
      keadaan tertekan;
(d)   Memupuk kecergasan mental dalam kerangka perancangan strategi
      permainan;
(e)   Membantu pelajar memahami dan mematuhi peratur-peraturan dan
      arahan-arahan;
(f)   Menggalakkan pelajar bermain dengan rakan-rakan sebaya mengikut
      peraturan dan tingkah laku yang positif seperti tidak bergaduh;
(g)   Menggalakkan pelajar bermain secara adil dan bersemangat kesukanan
      yang terpuji;
(h)   Memahami diri sendiri dan diri orang lain; dan
(i)   Kebanyakan aktiviti-aktiviti di dalam permainan dapat memberi kesan
      yang positif kepada perkembangan asas kemahiran motor yang
      berpadanan di samping dapat menyediakan asas untuk perkembangan dan
      pengekalan kecergasan fizikal.

Selain mempunyai potensi untuk menyuburkan kedua-dua asas yang
diperkatakan itu permainan mengandungi daya tarikan yang cukup berkesan
iaitu keseronokan. Terdapat banyak nilai-nilai pembentukan peribadi yang boleh
didapati di dalam aktiviti permainan. Antaranya ialah:
(a)   Kesukaran dalam permainan bukan sahaja melibatkan bentuk fizikal tetapi
      lebih menitik beratkan ketahanan nilai kognitif setiap pelajar seperti
      pemahaman tentang peraturan, pertanggungjawapan, pilihan dan strategi.
(b)   Apabila pelajar diberi peluang untuk mengubahsuai dan mereka cipta
      permainan-permainan, rangsangan kognitif mereka turut sama
      menggerakkan pemikiran dan kreativiti mereka.
(c)   Permainan boleh digunakan untuk mengajar dan memperkukuhkan
      konsep-konsep akademik yang khusus seperti yang terdapat dalam mata
      pelajaran sains, matematik, bahasa, muzik dan lain-lain.
(d)   Permainan dapat meningkatkan keupayaan lokomotor seperti berlari,
      melompat dan mengimbang.
TOPIK 7 PENEROKAAN, MEMPEROLEH PENGALAMAN DAN EKSPRESI          141



(e)   Permainan juga dapat memantapkan keupayaan manipulatif asas seperti
      melontar, membaling, menangkap, menendang, mengelak, menggelecek
      dan lain-lain lagi.
(f)   Permainan juga mempunyai potensi untuk meningkatkan tahap kecergasan
      seperti kekuatan, daya tahan, kelenturan dan ketahanan kardiovaskular.
(g)   Permainan membina kecergasan motor seperti kelajuan, ketangkasan,
      kordinasi, keseimbangan dan lain-lain.


7.2.3      Kepentingan Pengalaman Secara Langsung
Segala aktiviti yang dilakukan boleh didapati secara langsung berdasarkan
kepada pengalaman-pengalaman yang telah diperoleh. Antaranya adalah
berdasarkan kepada pengalaman permainan. Sebagai contoh, kemahiran
membaling dan menangkap pundi-pundi kacang bersama rakan mungkin dapat
dipindahkan dan dipraktikkan dalam kemahiran membaling dan menangkap
bola jaring atau bola lisut. Untuk itu rancangan-rancangan yang terdapat di
dalam permainan boleh disusun kepada tiga kategori pengalaman mengikut
tahap kemahiran pelajar. Antaranya ialah:

(a)   Pengalaman Kemahiran Permainan Tak Varian
      Sebagai pengalaman awal, pelajar akan diberi peluang melibatkan diri
      dengan kemahiran-kemahiran asas dalam situasi tertutup atau berubah.
      Pengalaman-pengalaman yang sedemikian memberi peluang kepada
      pelajar untuk mencapai keupayaan mengawal sesuatu objek melalui
      penggunaan pola motor yang khusus. Pengalaman itu dirancang sebegitu
      rupa agar latihan berkenaan menjadi semirip yang mungkin dengan situasi
      pengalaman sebenar.
      Dalam pengalaman tak varian, pelajar diperlukan untuk meramal arah tuju
      bola atau pundi-pundi kacang atau arah tuju pergerakan lawan.
      Pengalaman ini sesuai untuk pelajar berada di tahap prakawalan dan tahap
      pengawalan kecekapan kemahiran yang menghadapi kesulitan dalam
      melaksanakan sesuatu kemahiran yang menghadapi masalah dalam
      melaksanakan sesuatu kemahiran dalam situasi yang dinamik atau
      terbuka.
      Apabila kecekapan sesuatu kemahiran itu meningkat, kadar kesukaran
      tugas perlu juga ditingkatkan dan pada masa yang sama kebolehtelahan
      relatif kemahiran dikekalkan. Contohnya, semasa pelajar membaling bola
      ke sasaran yang tidak bergerak, jarak sasarannya bolehlah ditambah. Jika
      pelajar belajar berlari dan melompat melepasi halangan yang rendah,
      ketinggian halangan itu boleh ditambah.
142      TOPIK 7 PENEROKAAN, MEMPEROLEH PENGALAMAN DAN EKSPRESI



      Jangan paksa pelajar melakukan aktiviti jika dia tidak bersedia melakukan
      sesuatu kemahiran. Ini adalah disebabkan kebanyakan kemalangan yang
      berlaku adalah disebabkan kerana paksaan guru atau jika pelajar belum
      bersedia melakukannya.

(b)   Pengalaman Kemahiran Permainan Dinamik
      Apabila pelajar sudah memperoleh kemahiran yang membolehkan mereka
      bermain dengan cekap, mereka haruslah diberi peluang untuk
      mempraktikkan kemahiran mereka itu dalam keadaan serupa seperti
      dalam keadaan permainan yang sebenarnya.
      Pelajar perlu didedahkan kepada pengalaman sukan sebanyak mungkin
      terutamanya kepada permainan-permainan yang memerlukan gabungan
      pelbagai kemahiran.
      Pengalaman-pengalaman seperti ini menggalakkan pelajar untuk
      memajukan dan mengutarakan teknik yang telah dipelajari ke dalam
      situasi-situasi tertentu. Kemahiran permainan jenis dinamik melibatkan
      dua aspek kemahiran menggabungkan lebih daripada satu jenis kemahiran
      motor ke dalam permainan kerjasama.
      Peningkatan daripada pengalaman kemahiran permainan tak varian
      kepada pengalaman kemahiran permainan dinamik dan seterusnya kepada
      pengalaman bermain sebenar adalah agak logik dan merupakan
      perkembangan yang wajar. Contohnya, dalam kemahiran permainan
      dinamik, pelajar bermula dengan berlatih cara-cara menggelecek dan
      menjaring dalam permainan bola keranjang dan pada masa yang sama
      menghantar bola kepada rakan pemain; kemudian berlatih kemahiran yang
      sama itu dengan seorang rakan pemain yang bertindak sebagai pemain
      pertahanan.
      Implikasinya adalah, apabila kanak-kanak itu beransur-ansur mahir dalam
      menggunakan, sama ada sesuatu kemahiran motor atau gabungan
      beberapa jenis kemahiran motor, ia pada hakikatnya merangsang strategi-
      strategi bermain untuk mengiringi kemahirannya itu.

(c)   Pengalaman Bermain Permainan
      Pelajar banyak terdedah kepada permainan. Dengan adanya aktiviti
      bermain boleh membantu mereka menghayati rasa keseronokan, kepuasan,
      kegembiraan dan kejayaan.
      Pelbagai bentuk emosi akan tercetus daripada pengalaman bermain.
      Terdapat juga perkembangan kemahiran itu terbina hasil daripada
      pengalaman bermain. Namun, bermain sahaja bukanlah satu-satunya cara
      paling berkesan untuk meningkatkan keterampilan kemahiran motor
      pelajar. Adalah penting untuk membezakan antara pelajaran yang
TOPIK 7 PENEROKAAN, MEMPEROLEH PENGALAMAN DAN EKSPRESI          143



      bertujuan untuk meningkatkan kemahiran (pengalaman kemahiran
      permainan tak varian dan dinamik) dengan pelajaran yang bertujuan
      memupuk keghairahan untuk menimba pengetahuan bermain pelbagai
      jenis permainan.

Demi memastikan masa yang sesuai bagi menukarkan dari pengalaman
kemahiran tak varian ke situasi dinamik, guru hendaklah mengklasifikasikan
pelajar mengikut tahap generik kecekapan kemahiran mereka masing-masing.

Ciri-ciri generik tahap kemahiran adalah seperti berikut:

(a)   Tahap Prakawalan
      (i)     Pelajar menghadapi masalah mengulangi sesuatu pergerakan yang
              berkesan secara berturut-turut. Pola perlakuan mereka berubah-ubah
              dari satu percubaan ke satu percubaan.
      (ii)    Pelajar melakukan pergerakan secara keterlaluan dan tidak cekap
              semasa mempraktikkan kemahiran.
      (iii) Pergerakan pelajar nampak janggal dan lazimnya bertentangan
            dengan kaedah praktik kemahiran yang sebenar.
      (iv) Kejayaan sering dikaitkan dengan nasib dan bukan dengan
           kesungguhan usaha dan bimbingan.
      (v)     Apabila pelajar berlatih menggunakan peralatan, perlakuan mereka
              nampak seolah-olah dikuasai oleh peralatan.

(b)   Tahap Kawalan
      (i)     Pergerakan pelajar lebih tertib, terkawal dan nampak lebih mengikut
              kehendak mereka.
      (ii)    Pergerakan pelajar lebih tekal dan pola pengulangannya agak serupa.
      (iii) Pelajar lebih kerap mempraktikkan kemahiran dengan betul.
      (iv) Percubaan pelajar untuk menggabungkan antara satu jenis
           pergerakan dengan yang lain atau mempraktikkan sesuatu
           kemahiran dalam hubungannya dengan objek atau dengan rakan
           pemain, biasanya tidak terhasil.
      (v)     Oleh sebab sesuatu pergerakan itu masih belum dapat dipraktikkan
              secara automatik, pelajar perlu menumpukan perhatian yang lebih
              kepada apa yang sedang dilakukannya.
144          TOPIK 7 PENEROKAAN, MEMPEROLEH PENGALAMAN DAN EKSPRESI



(c)   Tahap Penggunaan
      (i)     Dengan penumpuan, lakuan-lakuan pergerakan dapat dipraktikkan
              dengan jaya.
      (ii)    Walaupun konteks tugas berubah-ubah, pelajar masih mampu
              melaksanakan kemahiran dengan betul
      (iii) Pelajar sudah berupaya untuk mengawal kemahiran mereka dalam
            situasi-situasi yang boleh diramal. Mereka boleh mempraktikkan
            secara tekal.
      (iv) Pelajar mampu mempraktikkan dengan baik kemahiran-kemahiran
           kompleks yang terdiri daripada gabungan beberapa kemahiran.

(d)   Tahap Kecekapan
      (i)     Kemahiran hampir dapat dipraktikkan secara automatik dan pola-
              pola perlakuan sudah menjadi hampir sama.
      (ii)    Pelajar berupaya memberi tumpuan ciri-ciri yang berada di luar
              jangkaan dalam konteks permainan, namun masih mampu
              mempraktikkan kemahiran mengikut hasrat hati.
      (iii) Pergerakan dilakukan dengan mudah dan bersahaja seolah-olah
            tanpa perlu banyak usaha.
      (iv) Pelajar memperlihatkan keupayaan mengubahsuai perlakuan mereka
           selaras dengan kehendak-kehendak situasi, baik yang terancang
           mahupun yang tidak terancang.


            AKTIVITI 7.1
      1.      Bincangkan cara-cara kita memperoleh pengalaman.
      2.      Jelaskan cara-cara untuk memperoleh pengalaman dengan
              mengemukakan contoh-contoh yang difikirkan relevan dengan
              pengajaran pembelajaran guru.



 7.3          EKSPRESI
Seni dalam Pendidikan menyediakan matlamat yang menarik dengan memberi
peluang kepada pelajar untuk menemui potensi ekspresif diri melalui pekataan,
bunyi, pergerakan dan visual mereka.
TOPIK 7 PENEROKAAN, MEMPEROLEH PENGALAMAN DAN EKSPRESI               145



Bahasa-bahasa simbol digunakan untuk membuat ekspresi dalam aktiviti-aktiviti
seni. Ini akan membantu para pelajar untuk merasa, menyentuh, mendengar dan
melihat secara langsung dunia mereka dengan cara tersendiri. Pelajar akan
meluahkan pandangan mereka dengan cara yang seakan-akan sama dengan apa
yang dialami dan difahami oleh orang lain.

Media-media ekspresi boleh dilihat dalam bentuk catan, tubuh badan, suara atau
bunyi. Apabila ianya digabungkan secara harmoni, ekspresi yang terhasil
menjadi estetik.


7.3.1      Bentuk Ekspresi
Terdapat pelbagai bentuk/cara ekspresi yang boleh dilahirkan oleh manusia
untuk meluahkan perasaannya. Antaranya ialah:

(a)   Perasaan
      Perasaan yang dilahirkan merupakan hasil luahan daripada hati. Ia
      merangkumi perasaan sedih, riang, dukacita dan sebagainya. Perasaan ini
      berkembang mengikut tahap umur dan pengalaman seseorang. Untuk itu,
      menjadi tanggungjawab seorang guru membantu pelajar supaya dapat
      mengawal perasaan apabila melakukan sesuatu perkara. Oleh yang demikian,
      beberapa latihan dan kemahiran perlu diadakan untuk mengawal perasaan
      terutamanya ketika sedang bermain. Memang menjadi adat pertandingan, ada
      yang menang dan ada yang kalah; yang menang akan bergembira, manakala
      yang kalah akan merasa kecewa. Latihan menahan kemarahan dan penerapan
      nilai-nilai murni yang lain perlu ditekankan dalam sesuatu aktiviti permainan
      sebelum menjurus ke perlawanan yang sebenar.

(b)   Lisan
      Arahan yang dikemukakan secara lisan perlulah difahami dengan sebaik
      mungkin agar dapat difahami dengan jelas dan tidak disalah ertikan.
      Kebanyakan pergaduhan atau perkelahian berlaku kerana arahan yang
      diterima secara lisan tidak jelas dan tidak difahami oleh penerima.

(c)   Reaksi
      Apabila melihat sesuatu masalah, pelajar akan dapat membuat tindakan yang
      tepat akibat daripada latihan dan pengalaman yang telah diterima. Reaksi
      pelajar perlulah di dalam tahap sentiasa bersedia dan segala tindakan yang
      dibuat hendaklah tepat dan betul.

(d)   Emosi
      Emosi memainkan peranan penting dalam luahan ekspresi diri pelajar.
      Perasaan atau emosi yang ditonjolkan oleh pelajar kadangkala dapat diterima
146          TOPIK 7 PENEROKAAN, MEMPEROLEH PENGALAMAN DAN EKSPRESI



      dan kadangkala dicemuh oleh individu-individu lain. Oleh itu, penting bagi
      guru untuk menggalakkan pelajar untuk menyertai aktiviti-aktiviti permainan
      supaya ia boleh mencetuskan suasana keriangan, bebas daripada tekanan
      emosi dan membina kecekalan dalam menghadapi persaingan dan cabaran.
      Konsep kendiri yang unggul berkait rapat dengan keupayaan kawalan fizikal
      dan emosi. Oleh itu, pengalaman-pengalaman jasmani bolehlah dianggap
      sebagai salah satu cara terbaik yang boleh dimanfaatkan untuk memantapkan
      ciri-ciri konsep kendiri yang unggul itu.

(e)   Bukan Lisan
      Segala arahan-arahan yang bukan lisan dan gambaran-gambaran yang
      diperolehi akan ditafsirkan dengan sebaik mungkin agar tidak disalah
      tafsirkan. Kebiasaannya segala bentuk arahan yang berbentuk bukan lisan
      mudah difahami dengan jelas dan si penerima akan mengikut kehendak
      arahan tersebut.

(f)   Idea
      Semua idea dan kebolehan menjana minda perlulah digunakan dalam
      melaksanakan ekspresi pelajar. Antara kebolehan yang perlu ditekankan ialah
      kemahiran berfikir. Untuk meluahkan idea-idea yang bernas, seseorang pelajar
      itu perlulah mengetahui kemahiran berfikir. Ciri-ciri kemahiran berfikir adalah
      seperti berikut:
      (i)     Membanding dan membeza;
      (ii)    Merumus, membuat inferens dan meramal;
      (iii) Mencetuskan atau menjanakan idea dalam sesi perbincangan;
      (iv) Menentukan sumber, sama ada boleh dipercayai atau tidak;
      (v)     Mengusul dan memeriksa andaian;
      (vi) Menimbang dan membuat keputusan;
      (vii) Mencipta metafora atau analogi;
      (viii) Menganalisis dan menilai; dan
      (ix)    Menyelesaikan masalah.

(g)   Menggambar
      Aktiviti menggambar adalah penting sebagai sebahagian daripada cara untuk
      mengawal emosi pelajar. Dengan mengadakan aktiviti menggambar, pelajar
      boleh mengalihkan tumpuannya kepada kertas yang ada di hadapannya.
      Semasa aktiviti menggambar, segala masalah yang ada akan dipindahkan dari
      dalam minda ke atas kertas. Manakala setiap hasilan menggambar itu boleh
      didefinisikan sebagai tafsiran terhadap tingkah lakunya.
TOPIK 7 PENEROKAAN, MEMPEROLEH PENGALAMAN DAN EKSPRESI            147



(h)   Menghasilkan
      Setiap apa yang dihasilkan baik berdasarkan aktiviti menggambar, kemahiran
      berfikir, arahan lisan dan bukan lisan serta perasaan adalah merupakan
      ekspresi diri pelajar dalam melaksanakan sesuatu perkara.


        AKTIVITI 7.2

       Bagaimanakah seseorang pelajar dapat meluahkan ekspresi diri
       dalam sesuatu aktiviti pembelajaran?




7.3.2      Unsur Perasaan dalam Ekspresi
Perasaan merupakan satu konsep yang susah hendak dihuraikan tetapi ia
hampir sama dengan pengkajian emosi. Perasaan merupakan sebagai reaksi
badan terhadap rangsangan yang seseorang itu tidak bersedia menghadapinya
atau yang mungkin memberikan manfaat atau kerugian kepadanya.

Contohnya, jika seseorang pelajar berhadapan dengan sesuatu situasi yang dia
tidak dapat bertindak balas dengan baik, maka ini akan menimbulkan suatu
gejala emosi atau perasaan yang membawa kepada rasa takut. Aliran ini
memberi penanda bahawa „perasaan‰ mungkin boleh diklasifikasikan kepada
dua kategori iaitu perasaan ceria atau perasaan marah. Misalnya, keriangan
boleh disifatkan sebagai pengalaman perasaan yang ceria dan menarik;
manakala marah digolongkan sebagai gejala perasaan yang negatif dan tidak
menarik.

Emosi dan perasaan kanak-kanak adalah lebih hebat sifatnya berbanding dengan
orang dewasa. Jika seorang dewasa tidak menyedari hakikat tingkah laku kanak-
kanak, dia mungkin tidak akan memahami kenapa seorang kanak-kanak itu
bersikap negatif terhadap sesuatu situasi yang dianggap remeh yang tidak
sewajarnya menimbulkan reaksi yang sedemikian.

Perasaan atau reaksi seseorang individu terhadap sesuatu situasi itu tidak sama
dengan individu-individu lain. Dengan erti kata lain, tidak ada dua individu
yang serupa dari segala segi.

Kematangan dari sudut perasaan merupakan satu ciri penting dalam
persekitaran Seni dalam Pendidikan. Kematangan perasaan merujuk kepada
kebolehan menyelesaikan masalah dan menyesuaikan diri dengan keadaan yang
tidak diduga tanpa membabitkan perasaan yang keterlaluan atau tekanan jiwa.
148       TOPIK 7 PENEROKAAN, MEMPEROLEH PENGALAMAN DAN EKSPRESI



Pada umumnya, kematangan perasaan dapat dicapai melalui percambahan
emosi yang ceria secara beransur-ansur. Emosi ceria serta sikap dan konsep
kendiri yang stabil kanak-kanak boleh dicorakkan oleh tingkah laku dan
perilaku ibu bapa dan guru-guru yang menjadi model, penguatkuasa dan penilai
terhadap pembentukan tingkah laku.


7.3.3       Penyampaian yang Berekspresif
Semua bentuk penyampaian oleh pihak guru mahupun sekolah perlulah yang
bersifat ekspresif. Pelajar akan cuba untuk meniru tingkah laku guru yang
dianggap sebagai model, fasilitator dan pemudahcara,. Secara tidak langsung,
pelajar akan dipengaruhi oleh guru berdasarkan konsep kendiri dan sahsiah
yang sedia ada.

Konsep kendiri bermaksud imej kendiri. Ia merangkumi gambaran rupa,
kesihatan, kebolehan dan kelemahan tingkah laku. Konsep kendiri terbentuk
hasil daripada interaksi pelajar dengan orang lain dan penyesuaian diri pelajar
dengan alam sekitar. Penyesuaian yang berjaya akan menghasilkan konsep
kendiri positif, manakala kegagalan akan membawa konsep kendiri yang negatif.

Pembentukan sahsiah juga boleh menyebabkan pelajar itu menjadi seorang
berekspresif. Untuk mempengaruhi pelajar supaya lebih menjadi berekspresif,
pengaruh personaliti terhadap pembelajaran perlu ditekankan.

Untuk itu, gaya pembelajaran perlulah dirangsangkan pada setiap pelajar
melalui:
(i)    Rangsangan persekitaran (cahaya, bunyi, suhu, susun atur bilik);
(ii)   Rangsangan emosi (motivasi, keazaman, tanggungjawab, struktur);
(iii) Rangsangan sosiologi (diri sendiri, pasangan, rakan sebaya, kelompok);
(iv) Rangsangan fisiologi (kekuatan persepsi yang merangkumi auditori, visual,
     kinestetik, makanan/minuman, waktu belajar, pergerakan); dan
(v)    Rangsangan psikologi (analitik atau global, pemproses otak kiri dan kanan,
       dan impulsif atau reflektif)

Dengan adanya pembentukan sahsiah yang positif dan konsep kendiri yang
positif oleh guru diharapkan dapat membolehkan pelajar bersifat lebih ekspresif
dalam melaksanakan mata pelajaran Seni dalam Pendidikan.
TOPIK 7 PENEROKAAN, MEMPEROLEH PENGALAMAN DAN EKSPRESI         149



7.3.4         Aktiviti
Antara aktiviti yang dilakukan dalam menggalakkan pelajar menjadi lebih
ekspresif ialah melalui permainan yang bersifat koperatif dan sukan.

Dalam permainan koperatif, konsep yang menjadi teras dalam permainan ini
ialah bermain bersama-sama, bukannya bermain untuk bersaing. Semasa
bermain, pelajar bebas mengubahsuai permainan mengikut kehendak situasi dan
daya kreativiti mereka.

Permainan jenis ini boleh dimainkan di mana-mana sahaja tanpa memerlukan
banyak peralatan. Terdapat perbezaan permainan koperatif dengan permainan
lain terutamanya pada struktur, bentuk dan objektifnya. Ini secara tidak
langsung akan membebaskan pelajar daripada sebarang tekanan persaingan
yang kerapkali membawa kesan tingkah laku yang merosakkan.

Aktiviti-aktiviti permainan:

(a)   Permainan Rekaan Guru
      (i)     Guru perlu memahami pelajar terutama dari segi kebolehan,
              kemahiran yang telah sedia ada dan minat pelajar.
      (ii)    Pendekatan berbentuk pendekatan terarah iaitu guru akan mengawal
              persekitaran penemuan.
      (iii) Guru boleh membuat pengubahsuaian aktiviti permainan seperti jenis
            permainan, ruang, bahan dan peralatan permainan.
      (iv) Permainan rekaan guru menjadikan kanak-kanak lebih seronok dan
           dapat menumpukan perhatian dengan penuh minat.

(b)   Permainan Rekaan Kanak-kanak
      (i)     Pemainan jenis ini boleh dikategorikan dalam spektrum pembelajaran
              yang berkaitan dengan kreativiti. Permainan dimainkan secara
              serentak.
      (ii)    Guru hanya bertindak sebagai fasilitator dan sama-sama berinteraksi
              dengan pelajar. Guru juga perlu mempercayai kebolehan setiap
              pelajar terutama dari sudut kognitif dan juga kemahiran motor.
      (iii) Pelajar yang tidak mempunyai pengalaman diberi masa secukupnya
            untuk memahirkan dirinya sehingga berjaya. Sekiranya peluang ini
            tidak diberi kepada mereka, minat mereka akan hilang dan
            seterusnya akan mencuba mencari permainan yang baru.
150         TOPIK 7 PENEROKAAN, MEMPEROLEH PENGALAMAN DAN EKSPRESI



      (iv) Peruntukan masa tiada hadnya kerana masa adalah berdasarkan
           kehendak dan persetujuan kumpulan.
      (v)    Satu kumpulan terdiri daripada dua atau tiga orang.


        SEMAK KENDIRI 7.2
       1.      Apakah yang dimaksudkan dengan ekspresi?
       2.      Bagaimanakah ekspresi dapat meningkatkan tahap penglibatan
               pembelajaran pelajar?




•   Penerokaan, memperoleh pengalaman dan luahan ekspresi merupakan satu
    aktiviti yang penting dalam mata pelajaran Seni dalam Pendidikan.

•   Pelajar diberi peluang pendedahan mengenai cara-cara meneroka, mengolah
    dan memanipulasi sesuatu aktiviti.

•   Di samping itu juga, pelajar telah diberi pendedahan mengenai unsur-unsur
    perasaan dan emosi pelajar dan tahu bagaimana untuk menguruskan emosi
    supaya boleh meluah perasaan terhadap ekspresi diri.




Rangsangan emosi                          Rangsangan persekitaran
Rangsangan fisiologi                      Rangsangan sosiologi




Isbell, R., & Raines, S. (2002). Creativity and the arts with young children. New
    York:Thomson Delmar Learning.
Mackey, S. (1993). Emotion and cognition in arts educations in Curriculum
  Studies pp. 245-256
Mayesky, M. (2001). Creative activities for young children. New York: Thomson
  Delmar Learning.
TOPIK 7 PENEROKAAN, MEMPEROLEH PENGALAMAN DAN EKSPRESI           151



Lowefeld, V., & Brittain, W. L. (1986). Creative and mental growth. New York:
   Macmillan
Penny, S. Ford, R. Price, L., & Young, S. (2002). Teaching arts in the primary
   schools. United Kingdom: Learning Matters Ltd.
Reiner, B., & Smith, R. A. (1992). The arts, education and aesthetic knowing.
   Chicago: The University of Chicago Press.

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...Santa Barbara
 
Model disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canterModel disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canterdimidur
 
Topik 3 visual untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 3 visual untuk pengajaran dan pembelajaranTopik 3 visual untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 3 visual untuk pengajaran dan pembelajaranNik Ibrahim Nik Mat
 
Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudayaKesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudayasitiaishahmohamad
 
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranImplikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranNoorezayu Mohd Said
 
Model akibat logikal dreikurs
Model akibat logikal dreikursModel akibat logikal dreikurs
Model akibat logikal dreikursdimidur
 
Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan
Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatanKanak kanak keperluan kha masalah penglihatan
Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatansyazwanie suhaimi
 
Teori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotskyTeori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotskyIzzat Najmi
 
Akauntabiliti guru
Akauntabiliti guruAkauntabiliti guru
Akauntabiliti guruibnussomad
 
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptxRefleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptxAishahSal
 
Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksirannurul syifaa'
 
Gaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & DunnGaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & DunnSALWANIERAZLI
 
Guru berjiwa pendidik
Guru berjiwa pendidikGuru berjiwa pendidik
Guru berjiwa pendidikROYALBERTM
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Profesion Keguruan
Profesion Keguruan Profesion Keguruan
Profesion Keguruan muhammad
 
Kepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayaKepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayamas preity
 

Mais procurados (20)

PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...
 
Model disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canterModel disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canter
 
Topik 3 visual untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 3 visual untuk pengajaran dan pembelajaranTopik 3 visual untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 3 visual untuk pengajaran dan pembelajaran
 
Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudayaKesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
 
Model sosial
Model sosialModel sosial
Model sosial
 
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranImplikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
 
Model akibat logikal dreikurs
Model akibat logikal dreikursModel akibat logikal dreikurs
Model akibat logikal dreikurs
 
Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan
Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatanKanak kanak keperluan kha masalah penglihatan
Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan
 
Teori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotskyTeori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotsky
 
Akauntabiliti guru
Akauntabiliti guruAkauntabiliti guru
Akauntabiliti guru
 
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptxRefleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
 
Bab 7 pengurusan bilik darjah yang melibatkan murid berkeperluan khas
Bab 7 pengurusan bilik darjah yang melibatkan murid berkeperluan khasBab 7 pengurusan bilik darjah yang melibatkan murid berkeperluan khas
Bab 7 pengurusan bilik darjah yang melibatkan murid berkeperluan khas
 
Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiran
 
Gaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & DunnGaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
 
Guru berjiwa pendidik
Guru berjiwa pendidikGuru berjiwa pendidik
Guru berjiwa pendidik
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
 
Profesion Keguruan
Profesion Keguruan Profesion Keguruan
Profesion Keguruan
 
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
 
Kepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayaKepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budaya
 
Komunikasi guru
Komunikasi guruKomunikasi guru
Komunikasi guru
 

Destaque

SDP: Meneroka, Memperoleh Pengalaman dan Ekspresi Melalui Seni
SDP: Meneroka, Memperoleh Pengalaman dan Ekspresi Melalui SeniSDP: Meneroka, Memperoleh Pengalaman dan Ekspresi Melalui Seni
SDP: Meneroka, Memperoleh Pengalaman dan Ekspresi Melalui SeniNurul Huda
 
Penerokaan, Pengalaman dan Ekspresi Melalui Seni (WAJ3073)
Penerokaan, Pengalaman dan Ekspresi Melalui Seni (WAJ3073)Penerokaan, Pengalaman dan Ekspresi Melalui Seni (WAJ3073)
Penerokaan, Pengalaman dan Ekspresi Melalui Seni (WAJ3073)Qiaisuramza Alni
 
Strategi pengajaran sains kanak kanak secara inkuiri
Strategi pengajaran sains kanak kanak secara inkuiriStrategi pengajaran sains kanak kanak secara inkuiri
Strategi pengajaran sains kanak kanak secara inkuiriIzny Atikah
 
Kepentingan Seni Dalam Pendidikan - Azrul & Hanif (IPGKSM)
Kepentingan Seni Dalam Pendidikan - Azrul & Hanif (IPGKSM)Kepentingan Seni Dalam Pendidikan - Azrul & Hanif (IPGKSM)
Kepentingan Seni Dalam Pendidikan - Azrul & Hanif (IPGKSM)IPG Kampus Sultan Mizan
 
Topik 3 deria dan seni
Topik 3 deria dan seniTopik 3 deria dan seni
Topik 3 deria dan seniWany Hardy
 
Kaedah Belajar Melalui Bermain
Kaedah Belajar Melalui BermainKaedah Belajar Melalui Bermain
Kaedah Belajar Melalui BermainIsmail Mamat
 
Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak
Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanakTugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak
Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanakAsrul Sani
 
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikanTopik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikanWany Hardy
 
Peranan guru dalam memupuk kreativiti pelajar mohsin 2008.ms 57-72
Peranan guru dalam memupuk kreativiti pelajar   mohsin 2008.ms 57-72Peranan guru dalam memupuk kreativiti pelajar   mohsin 2008.ms 57-72
Peranan guru dalam memupuk kreativiti pelajar mohsin 2008.ms 57-72Farihah Ha
 
Slaid seni dalam pendidikan
Slaid seni dalam pendidikanSlaid seni dalam pendidikan
Slaid seni dalam pendidikanNurfasiha Ismail
 
Seni dalam pendidikan tajuk 4
Seni dalam pendidikan tajuk 4Seni dalam pendidikan tajuk 4
Seni dalam pendidikan tajuk 4Amran Aris
 
topik 1 : latar belakang pendidikan seni
topik 1 : latar belakang pendidikan senitopik 1 : latar belakang pendidikan seni
topik 1 : latar belakang pendidikan seniFlorida Hunay
 
Tajuk 3 irama, warna dan ruang
Tajuk 3 irama, warna dan ruangTajuk 3 irama, warna dan ruang
Tajuk 3 irama, warna dan ruanglizwana
 
53662192 konstruktivisme-dalam-p-p-sains
53662192 konstruktivisme-dalam-p-p-sains53662192 konstruktivisme-dalam-p-p-sains
53662192 konstruktivisme-dalam-p-p-sainsNurilza Salleh
 
pengenalan kepada seni dalam pendidikan
pengenalan kepada seni dalam pendidikanpengenalan kepada seni dalam pendidikan
pengenalan kepada seni dalam pendidikanOnie Gi
 
Teknik-teknik mengajar
Teknik-teknik mengajarTeknik-teknik mengajar
Teknik-teknik mengajarcikgufoo
 

Destaque (20)

SDP: Meneroka, Memperoleh Pengalaman dan Ekspresi Melalui Seni
SDP: Meneroka, Memperoleh Pengalaman dan Ekspresi Melalui SeniSDP: Meneroka, Memperoleh Pengalaman dan Ekspresi Melalui Seni
SDP: Meneroka, Memperoleh Pengalaman dan Ekspresi Melalui Seni
 
Penerokaan, Pengalaman dan Ekspresi Melalui Seni (WAJ3073)
Penerokaan, Pengalaman dan Ekspresi Melalui Seni (WAJ3073)Penerokaan, Pengalaman dan Ekspresi Melalui Seni (WAJ3073)
Penerokaan, Pengalaman dan Ekspresi Melalui Seni (WAJ3073)
 
Peranan seni dalam pendidikan
Peranan seni dalam pendidikanPeranan seni dalam pendidikan
Peranan seni dalam pendidikan
 
Strategi pengajaran sains kanak kanak secara inkuiri
Strategi pengajaran sains kanak kanak secara inkuiriStrategi pengajaran sains kanak kanak secara inkuiri
Strategi pengajaran sains kanak kanak secara inkuiri
 
Kepentingan Seni Dalam Pendidikan - Azrul & Hanif (IPGKSM)
Kepentingan Seni Dalam Pendidikan - Azrul & Hanif (IPGKSM)Kepentingan Seni Dalam Pendidikan - Azrul & Hanif (IPGKSM)
Kepentingan Seni Dalam Pendidikan - Azrul & Hanif (IPGKSM)
 
Topik 3 deria dan seni
Topik 3 deria dan seniTopik 3 deria dan seni
Topik 3 deria dan seni
 
Kaedah Belajar Melalui Bermain
Kaedah Belajar Melalui BermainKaedah Belajar Melalui Bermain
Kaedah Belajar Melalui Bermain
 
Seni dalam pendidikan
Seni dalam pendidikanSeni dalam pendidikan
Seni dalam pendidikan
 
Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak
Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanakTugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak
Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak
 
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikanTopik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan
 
PENEROKAAN,
PENEROKAAN, PENEROKAAN,
PENEROKAAN,
 
Latihan Kata Sendi Sek Rendah
Latihan Kata Sendi Sek RendahLatihan Kata Sendi Sek Rendah
Latihan Kata Sendi Sek Rendah
 
Peranan guru dalam memupuk kreativiti pelajar mohsin 2008.ms 57-72
Peranan guru dalam memupuk kreativiti pelajar   mohsin 2008.ms 57-72Peranan guru dalam memupuk kreativiti pelajar   mohsin 2008.ms 57-72
Peranan guru dalam memupuk kreativiti pelajar mohsin 2008.ms 57-72
 
Slaid seni dalam pendidikan
Slaid seni dalam pendidikanSlaid seni dalam pendidikan
Slaid seni dalam pendidikan
 
Seni dalam pendidikan tajuk 4
Seni dalam pendidikan tajuk 4Seni dalam pendidikan tajuk 4
Seni dalam pendidikan tajuk 4
 
topik 1 : latar belakang pendidikan seni
topik 1 : latar belakang pendidikan senitopik 1 : latar belakang pendidikan seni
topik 1 : latar belakang pendidikan seni
 
Tajuk 3 irama, warna dan ruang
Tajuk 3 irama, warna dan ruangTajuk 3 irama, warna dan ruang
Tajuk 3 irama, warna dan ruang
 
53662192 konstruktivisme-dalam-p-p-sains
53662192 konstruktivisme-dalam-p-p-sains53662192 konstruktivisme-dalam-p-p-sains
53662192 konstruktivisme-dalam-p-p-sains
 
pengenalan kepada seni dalam pendidikan
pengenalan kepada seni dalam pendidikanpengenalan kepada seni dalam pendidikan
pengenalan kepada seni dalam pendidikan
 
Teknik-teknik mengajar
Teknik-teknik mengajarTeknik-teknik mengajar
Teknik-teknik mengajar
 

Semelhante a Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi

Assgmennt seni dalam pendidikan
Assgmennt seni dalam pendidikan Assgmennt seni dalam pendidikan
Assgmennt seni dalam pendidikan fitri norlida
 
5. rpp kd. 3.1dan kd 4.1 smt 1
5. rpp kd. 3.1dan kd 4.1 smt 15. rpp kd. 3.1dan kd 4.1 smt 1
5. rpp kd. 3.1dan kd 4.1 smt 1sitialifah6
 
Pengantar pendidikan
Pengantar pendidikanPengantar pendidikan
Pengantar pendidikanFKIP UHO
 
Buku Panduan PJ & TGfU
Buku Panduan PJ & TGfUBuku Panduan PJ & TGfU
Buku Panduan PJ & TGfUImran Ishak
 
SILABUS PJOK kelas 1 semester 1.docx
SILABUS PJOK kelas 1 semester 1.docxSILABUS PJOK kelas 1 semester 1.docx
SILABUS PJOK kelas 1 semester 1.docxARIFWIBOWO167243
 
2. POLA GERAK DASAR SENAM_PJOK_SD_FASE A_KELAS 2.docx
2. POLA GERAK DASAR SENAM_PJOK_SD_FASE A_KELAS 2.docx2. POLA GERAK DASAR SENAM_PJOK_SD_FASE A_KELAS 2.docx
2. POLA GERAK DASAR SENAM_PJOK_SD_FASE A_KELAS 2.docxYusufYusuf602991
 
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolahPendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolahNorulhuda Ahmad
 
pembelajaran yang menaruikERDIFERENSIASI NEW.pptx
pembelajaran yang menaruikERDIFERENSIASI NEW.pptxpembelajaran yang menaruikERDIFERENSIASI NEW.pptx
pembelajaran yang menaruikERDIFERENSIASI NEW.pptxEstyRokhyani3
 
Pptpergerakanasas pjm3102-121003002016-phpapp01
Pptpergerakanasas pjm3102-121003002016-phpapp01Pptpergerakanasas pjm3102-121003002016-phpapp01
Pptpergerakanasas pjm3102-121003002016-phpapp01Cikgu PJ
 
4. Aktivitas Senam_Fase B_Kelas 4.docx
4. Aktivitas Senam_Fase B_Kelas 4.docx4. Aktivitas Senam_Fase B_Kelas 4.docx
4. Aktivitas Senam_Fase B_Kelas 4.docxYusufYusuf602991
 
4. Pola Gerak Dasar NonLokomotor_Fase B_Kelas 4.docx
4. Pola Gerak Dasar NonLokomotor_Fase B_Kelas 4.docx4. Pola Gerak Dasar NonLokomotor_Fase B_Kelas 4.docx
4. Pola Gerak Dasar NonLokomotor_Fase B_Kelas 4.docxYusufYusuf602991
 
Salinan dari BAHAN 1.1.8 YOSE.pptxSalinan dari BAHAN 1.1.8 YOSE.pptx
Salinan dari BAHAN 1.1.8 YOSE.pptxSalinan dari BAHAN 1.1.8 YOSE.pptxSalinan dari BAHAN 1.1.8 YOSE.pptxSalinan dari BAHAN 1.1.8 YOSE.pptx
Salinan dari BAHAN 1.1.8 YOSE.pptxSalinan dari BAHAN 1.1.8 YOSE.pptxYoseSuprapman3
 
Salinan dari BAHAN 1.1.8 YOSE.pptxSalinan dari BAHAN 1.1.8 YOSE.pptxSalinan d...
Salinan dari BAHAN 1.1.8 YOSE.pptxSalinan dari BAHAN 1.1.8 YOSE.pptxSalinan d...Salinan dari BAHAN 1.1.8 YOSE.pptxSalinan dari BAHAN 1.1.8 YOSE.pptxSalinan d...
Salinan dari BAHAN 1.1.8 YOSE.pptxSalinan dari BAHAN 1.1.8 YOSE.pptxSalinan d...YoseSuprapman3
 
Modul Ajar PJOK SD Aktivitas Senam Fase B Kelas 4
Modul Ajar PJOK SD Aktivitas Senam Fase B Kelas 4Modul Ajar PJOK SD Aktivitas Senam Fase B Kelas 4
Modul Ajar PJOK SD Aktivitas Senam Fase B Kelas 4Modul Guruku
 
04 rpp permainan kasti 71
04 rpp permainan kasti 7104 rpp permainan kasti 71
04 rpp permainan kasti 71Dian Kardiansah
 
Gerak dasar bermain
Gerak dasar bermainGerak dasar bermain
Gerak dasar bermainIrma Miyanti
 

Semelhante a Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi (20)

Slt minggu 11
Slt minggu 11Slt minggu 11
Slt minggu 11
 
Hbef 1403
Hbef 1403  Hbef 1403
Hbef 1403
 
Assgmennt seni dalam pendidikan
Assgmennt seni dalam pendidikan Assgmennt seni dalam pendidikan
Assgmennt seni dalam pendidikan
 
5. rpp kd. 3.1dan kd 4.1 smt 1
5. rpp kd. 3.1dan kd 4.1 smt 15. rpp kd. 3.1dan kd 4.1 smt 1
5. rpp kd. 3.1dan kd 4.1 smt 1
 
Pengantar pendidikan
Pengantar pendidikanPengantar pendidikan
Pengantar pendidikan
 
Buku Panduan PJ & TGfU
Buku Panduan PJ & TGfUBuku Panduan PJ & TGfU
Buku Panduan PJ & TGfU
 
SILABUS PJOK kelas 1 semester 1.docx
SILABUS PJOK kelas 1 semester 1.docxSILABUS PJOK kelas 1 semester 1.docx
SILABUS PJOK kelas 1 semester 1.docx
 
2. POLA GERAK DASAR SENAM_PJOK_SD_FASE A_KELAS 2.docx
2. POLA GERAK DASAR SENAM_PJOK_SD_FASE A_KELAS 2.docx2. POLA GERAK DASAR SENAM_PJOK_SD_FASE A_KELAS 2.docx
2. POLA GERAK DASAR SENAM_PJOK_SD_FASE A_KELAS 2.docx
 
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolahPendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
 
pembelajaran yang menaruikERDIFERENSIASI NEW.pptx
pembelajaran yang menaruikERDIFERENSIASI NEW.pptxpembelajaran yang menaruikERDIFERENSIASI NEW.pptx
pembelajaran yang menaruikERDIFERENSIASI NEW.pptx
 
Pptpergerakanasas pjm3102-121003002016-phpapp01
Pptpergerakanasas pjm3102-121003002016-phpapp01Pptpergerakanasas pjm3102-121003002016-phpapp01
Pptpergerakanasas pjm3102-121003002016-phpapp01
 
[4] rpp pjok
[4] rpp pjok[4] rpp pjok
[4] rpp pjok
 
4. Aktivitas Senam_Fase B_Kelas 4.docx
4. Aktivitas Senam_Fase B_Kelas 4.docx4. Aktivitas Senam_Fase B_Kelas 4.docx
4. Aktivitas Senam_Fase B_Kelas 4.docx
 
4. Pola Gerak Dasar NonLokomotor_Fase B_Kelas 4.docx
4. Pola Gerak Dasar NonLokomotor_Fase B_Kelas 4.docx4. Pola Gerak Dasar NonLokomotor_Fase B_Kelas 4.docx
4. Pola Gerak Dasar NonLokomotor_Fase B_Kelas 4.docx
 
Salinan dari BAHAN 1.1.8 YOSE.pptxSalinan dari BAHAN 1.1.8 YOSE.pptx
Salinan dari BAHAN 1.1.8 YOSE.pptxSalinan dari BAHAN 1.1.8 YOSE.pptxSalinan dari BAHAN 1.1.8 YOSE.pptxSalinan dari BAHAN 1.1.8 YOSE.pptx
Salinan dari BAHAN 1.1.8 YOSE.pptxSalinan dari BAHAN 1.1.8 YOSE.pptx
 
Salinan dari BAHAN 1.1.8 YOSE.pptxSalinan dari BAHAN 1.1.8 YOSE.pptxSalinan d...
Salinan dari BAHAN 1.1.8 YOSE.pptxSalinan dari BAHAN 1.1.8 YOSE.pptxSalinan d...Salinan dari BAHAN 1.1.8 YOSE.pptxSalinan dari BAHAN 1.1.8 YOSE.pptxSalinan d...
Salinan dari BAHAN 1.1.8 YOSE.pptxSalinan dari BAHAN 1.1.8 YOSE.pptxSalinan d...
 
Modul Ajar PJOK SD Aktivitas Senam Fase B Kelas 4
Modul Ajar PJOK SD Aktivitas Senam Fase B Kelas 4Modul Ajar PJOK SD Aktivitas Senam Fase B Kelas 4
Modul Ajar PJOK SD Aktivitas Senam Fase B Kelas 4
 
04 rpp permainan kasti 71
04 rpp permainan kasti 7104 rpp permainan kasti 71
04 rpp permainan kasti 71
 
Gerak dasar bermain
Gerak dasar bermainGerak dasar bermain
Gerak dasar bermain
 
Tarian joget
Tarian jogetTarian joget
Tarian joget
 

Mais de Wany Hardy

Tugasan Modul 4.pptx
Tugasan Modul 4.pptxTugasan Modul 4.pptx
Tugasan Modul 4.pptxWany Hardy
 
Math y1 dlp paper 2
Math y1 dlp paper 2Math y1 dlp paper 2
Math y1 dlp paper 2Wany Hardy
 
Math y1 dlp paper 1
Math y1 dlp paper 1Math y1 dlp paper 1
Math y1 dlp paper 1Wany Hardy
 
Word card for English Year 1
Word card for English Year 1 Word card for English Year 1
Word card for English Year 1 Wany Hardy
 
Latihan/kuiz jenis pembiakan haiwan tahun2
Latihan/kuiz jenis pembiakan haiwan tahun2Latihan/kuiz jenis pembiakan haiwan tahun2
Latihan/kuiz jenis pembiakan haiwan tahun2Wany Hardy
 
Teka Silang Kata Sains Tahun 1&2
Teka Silang Kata Sains Tahun 1&2Teka Silang Kata Sains Tahun 1&2
Teka Silang Kata Sains Tahun 1&2Wany Hardy
 
Pendekatan komunikatif
Pendekatan komunikatifPendekatan komunikatif
Pendekatan komunikatifWany Hardy
 
3 tamadun islam
3   tamadun islam3   tamadun islam
3 tamadun islamWany Hardy
 
2 pembinaan dan kejatuhan tamadun
2   pembinaan dan kejatuhan tamadun2   pembinaan dan kejatuhan tamadun
2 pembinaan dan kejatuhan tamadunWany Hardy
 
1 pengenalan tamadun
1   pengenalan tamadun1   pengenalan tamadun
1 pengenalan tamadunWany Hardy
 
4 masyarakat jahiliah
4  masyarakat jahiliah4  masyarakat jahiliah
4 masyarakat jahiliahWany Hardy
 
Manual kajian tindakan edisi 2008
Manual kajian tindakan edisi 2008 Manual kajian tindakan edisi 2008
Manual kajian tindakan edisi 2008 Wany Hardy
 
Teori pembelajaran kognitif KOHLER
Teori pembelajaran kognitif KOHLERTeori pembelajaran kognitif KOHLER
Teori pembelajaran kognitif KOHLERWany Hardy
 
Topik 10 integrasi
Topik 10 integrasiTopik 10 integrasi
Topik 10 integrasiWany Hardy
 
Topik 9 pendekatan bertema
Topik 9 pendekatan bertemaTopik 9 pendekatan bertema
Topik 9 pendekatan bertemaWany Hardy
 
Topik 8 penghubungkaitan
Topik 8 penghubungkaitanTopik 8 penghubungkaitan
Topik 8 penghubungkaitanWany Hardy
 
Topik 5 pengetahuan asas dalam muzik
Topik 5 pengetahuan asas dalam muzikTopik 5 pengetahuan asas dalam muzik
Topik 5 pengetahuan asas dalam muzikWany Hardy
 
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visual
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visualTopik 4 pengetahuan asas dalam seni visual
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visualWany Hardy
 

Mais de Wany Hardy (20)

Tugasan Modul 4.pptx
Tugasan Modul 4.pptxTugasan Modul 4.pptx
Tugasan Modul 4.pptx
 
Math y1 dlp paper 2
Math y1 dlp paper 2Math y1 dlp paper 2
Math y1 dlp paper 2
 
Math y1 dlp paper 1
Math y1 dlp paper 1Math y1 dlp paper 1
Math y1 dlp paper 1
 
Word card for English Year 1
Word card for English Year 1 Word card for English Year 1
Word card for English Year 1
 
Latihan/kuiz jenis pembiakan haiwan tahun2
Latihan/kuiz jenis pembiakan haiwan tahun2Latihan/kuiz jenis pembiakan haiwan tahun2
Latihan/kuiz jenis pembiakan haiwan tahun2
 
Teka Silang Kata Sains Tahun 1&2
Teka Silang Kata Sains Tahun 1&2Teka Silang Kata Sains Tahun 1&2
Teka Silang Kata Sains Tahun 1&2
 
2 bahan audio
2   bahan audio2   bahan audio
2 bahan audio
 
1 asas grafik
1  asas grafik1  asas grafik
1 asas grafik
 
Pendekatan komunikatif
Pendekatan komunikatifPendekatan komunikatif
Pendekatan komunikatif
 
3 tamadun islam
3   tamadun islam3   tamadun islam
3 tamadun islam
 
2 pembinaan dan kejatuhan tamadun
2   pembinaan dan kejatuhan tamadun2   pembinaan dan kejatuhan tamadun
2 pembinaan dan kejatuhan tamadun
 
1 pengenalan tamadun
1   pengenalan tamadun1   pengenalan tamadun
1 pengenalan tamadun
 
4 masyarakat jahiliah
4  masyarakat jahiliah4  masyarakat jahiliah
4 masyarakat jahiliah
 
Manual kajian tindakan edisi 2008
Manual kajian tindakan edisi 2008 Manual kajian tindakan edisi 2008
Manual kajian tindakan edisi 2008
 
Teori pembelajaran kognitif KOHLER
Teori pembelajaran kognitif KOHLERTeori pembelajaran kognitif KOHLER
Teori pembelajaran kognitif KOHLER
 
Topik 10 integrasi
Topik 10 integrasiTopik 10 integrasi
Topik 10 integrasi
 
Topik 9 pendekatan bertema
Topik 9 pendekatan bertemaTopik 9 pendekatan bertema
Topik 9 pendekatan bertema
 
Topik 8 penghubungkaitan
Topik 8 penghubungkaitanTopik 8 penghubungkaitan
Topik 8 penghubungkaitan
 
Topik 5 pengetahuan asas dalam muzik
Topik 5 pengetahuan asas dalam muzikTopik 5 pengetahuan asas dalam muzik
Topik 5 pengetahuan asas dalam muzik
 
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visual
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visualTopik 4 pengetahuan asas dalam seni visual
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visual
 

Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi

  • 1. Top i k Penerokaan, 7 Memperoleh Pengalaman dan Ekspresi HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menginterpretasi definisi penerokaan, pengalaman dan ekspresi berhubungkait dengan Seni dalam Pendidikan; 2. Menjelaskan tentang penerokaan alat dan bahan, cara pengolahan dan manipulasi serta idea dan isi kandungan yang digunakan dalam seni; 3. Menghuraikan tentang penggunaan pelbagai strategi untuk memperoleh pengalaman; 4. Menjelaskan bentuk-bentuk ekspresi diri; dan 5. Mengenalpasti unsur-unsur dalam ekspresi diri kanak-kanak. PENGENALAN Seni dalam Pendidikan memberi peluang kepada kanak-kanak dan remaja untuk meneroka pelbagai sudut yang mereka lihat, dengar, sentuh, gerak dan fikir dengan setiap aktiviti pembelajaran. Topik ini bukan sahaja menyediakan cara tambahan untuk belajar membaca, menulis dan mengira, bahkan menggalakkan mereka dengan memberi pelbagai pandangan dan bahasa untuk mereka berfikir secara kreatif, imaginatif dan kritis. Bukan itu sahaja, bahkan Seni dalam Pendidikan dapat memberikan kanak-kanak keseronokan dan kegirangan di dalam bilik darjah.
  • 2. 136 TOPIK 7 PENEROKAAN, MEMPEROLEH PENGALAMAN DAN EKSPRESI Antara lain, Seni dalam Pendidikan mengajar pelajar bagaimana untuk menangani secara produktif terhadap sumber-sumber imaginasi, kreativiti dan pemikiran serta emosi dan bagaimana untuk berkomunikasi dengan apa yang mereka lihat. Seni dalam Pendidikan juga mengajar remaja untuk membuat ekspresi diri terhadap apa yang mereka tanggap dan rasa melalui pelbagai bahasa. 7.1 PENEROKAAN Penerokaan membawa maksud, menyelidik untuk mengetahui sesuatu yang belum diketahui lagi iaitu melaksanakannya dengan cara menjelajah. Dalam erti kata yang lain, meneroka adalah bermaksud menggunakan pelbagai bahan dan kaedah. Pengalaman meneroka merupakan suatu situasi pembelajaran. Semasa proses ini berlaku, guru tidak digalakkan untuk menilai aktiviti yang sedang dijalankan. Sebaliknya guru hanyalah berperanan sebagai fasilatator atau pembimbing dan membimbing pelajar untuk menemui sesuatu yang lebih spesifik tentang diri mereka. Anda digalakkan untuk meneroka dengan membuat eksperimen, menyelidik dan mencipta dengan menggunakan pelbagai idea dan bahan. Tujuannya adalah untuk menjadikan pelajar menjadi seorang yang lebih berimaginatif. Rajah 7.1 menunjukkan pelbagai cara untuk mereka melaksanakan penerokaan. Rajah 7.1: Pelbagai cara untuk meneroka 7.1.1 Meneroka Alat dan Bahan Apabila kanak-kanak sudah menguasai aktiviti-aktiviti lantai, pelajar juga digalakkan untuk meneroka pengalaman peralatan seperti palang imbangan, palang selari, peti pelana dan gelang. Sesetengah sekolah hanya menggunakan bangku panjang, meja, kerusi, gegelang, tali panjat dan rangka-rangka panjat sahaja untuk mendapatkan pengalaman peralatan.
  • 3. TOPIK 7 PENEROKAAN, MEMPEROLEH PENGALAMAN DAN EKSPRESI 137 Biasanya peralatan yang diimprovisasikan atau dimanipulasikan menjadi kegemaran pelajar untuk melakukannya. Mereka boleh diperkenalkan kepada alatan tertentu dengan cara menggalakkan mereka meninjau dan meneliti alat tersebut. Guru dilarang memaksa pelajar melakukan atau menggunakan sesuatu peralatan. Pelajar di peringkat prakawalan boleh memulakan program latihan dengan cara berjalan-jalan di sepanjang alang atau bangku yang rendah, melompat dari atas kerusi atau meja yang rendah, bergayut pada tali panjat atau bergerak di sepanjang rangka panjat. Pengenalan secara ini akan membawa pelajar berjinak-jinak dan membiasakan diri dengan peralatan yang digunakan dalam latihan sebenar. Ini akan dapat membina keyakinan diri pelajar. Latihan-latihan berhalangan dirancang berpandukan penggunaan peralatan yang mudah diperolehi seperti meja, bangku panjang, kerusi, gelung rotan, tali, bongkah dan rotan. Ini semua adalah untuk menguatkan keyakinan pelajar mempelajari konsep-konsep seperti di atas, iaitu menyimpang, menerusi dan bawah. Pelajar pada tahap kawalan boleh memulakan dirinya untuk membuat penyesuaian menggunakan peralatan yang sebenar. Mereka boleh mencuba pelbagai cara untuk bergerak di atas palang, bergayut di atas palang atau tali, melompat dari atas meja atau kerusi, ataupun bergerak dari satu bahagian ke satu bahagian lain di atas palang bertingkat. Kemudian setelah mahir menggunakan peralatan, barulah pelajar digalakkan untuk berpindah ke aktiviti menggunakan peralatan yang sebenarnya. Pelajar pada tahap aplikasi bolehlah mencuba berbagai cara untuk masuk ke dalam sesuatu ruang alat; melompat, melintasinya dan membuat bentuk-bentuk dengan menggunakan anggota-anggota badan semasa beraksi. Pengalaman yang melibatkan kebolehan memindah beban ke pelbagai bahagian anggota, melakukan imbangan-imbangan bukan simetri serta imbangan-imbangan terbalik adalah sesuai bagi pelajar yang berada di tahap ini. Apabila pelajar telah meninjau pada tahap kecekapan, mereka perlulah pula memberi perhatian kepada lakuan imbangan, bentuk, cara bergerak dan cara menyokong beban anggota yang jauh lebih mencabar. Pelajar juga harus digalakkan supaya memberi perhatian terhadap kualiti pergerakan mereka semasa menjalani latihan pola-pola pergerakan dan mengadunkannya ke dalam suatu bentuk urutan dengan sempurna. Tema-tema yang paling sesuai seperti melompat, mendarat, mengguling, membongkok, melentur, memusing dan mengayun bertujuan untuk membina tubuh yang mantap, kesedaran ruang dan kesedaran kinestetik ketika berada di atas sesuatu peralatan.
  • 4. 138 TOPIK 7 PENEROKAAN, MEMPEROLEH PENGALAMAN DAN EKSPRESI SEMAK KENDIRI 7.1 Senaraikan cara-cara untuk meneroka sesuatu aktiviti. 7.1.2 Meneroka Cara Pengolahan dan Manipulasi Pelajar di tahap penggunaan dan kecekapan sudah bersedia untuk meneroka cara pengolahan sesuatu aktiviti dan cuba memanipulasi tubuh mereka supaya boleh melakukan aktiviti gimnastik atau pergerakan dengan lebih mencabar lagi. Daripada pengalaman-pengalaman yang diperolehi itu pelajar seringkali akan mencuba untuk melakukan lagak ngeri seperti aksi gimnastik artistik. Pelajar akan melakukan aksi-aksi seperti: (a) Dirian tangan; (b) Roda kereta; (c) Gulingan; (d) Imbangan dan sebagainya. Kemungkinan ada pelajar yang meminta bantuan guru untuk melaksanakan sesuatu lakuan gimnastik atau memperbaiki gaya lakuan yang telah mereka tonton atau yang sedang mereka pelajari. Untuk itu, bimbingan guru adalah penting pada peringkat ini. 7.1.3 Meneroka Idea dan Isi Kandungan Pelajar digalakkan untuk meneroka idea dan isi kandungan yang terdapat di dalam pergerakan seperti aktiviti mengguling dan mengimbang. (a) Aktiviti Mengguling (i) Mengguling ialah lakuan memindahkan beban berat bahagian- bahagian anggota yang lain di sekeliling sesuatu paksi. Pelajar boleh meningkatkan keupayaan mereka dengan menggabungkan lakuan- lakuan mengguling ke dalam aktiviti-aktiviti lain seperti pergerakan lokomotor atau lakuan-lakuan menangkap dan mengguling. (ii) Pelajar juga boleh mempraktikkan lakuan mengguling dengan cara menjunam atau mempraktikkan lakuan mengguling dengan kadar pergerakan yang berbeza-beza, pantas atau perlahan mengikut pilihan individu.
  • 5. TOPIK 7 PENEROKAAN, MEMPEROLEH PENGALAMAN DAN EKSPRESI 139 (iii) Pelajar juga perlu bersedia untuk menggunakan kemahiran mengguling dengan spontan apabila berlaku kecemasan, seperti terjatuh dalam permainan bola sepak, bola jaring, bola keranjang, bola tampar ataupun dari alatan aras tinggi. 7.2 MEMPEROLEH PENGALAMAN Pengalaman dalam seni visual, muzik dan pergerakan akan menjana pembelajaran kanak-kanak dalam pelbagai bidang. Bagi perkembangan kognitif, kanak-kanak menggunakan seni untuk meluahkan fikiran dan idea mereka. 7.2.1 Pelbagai Strategi Memperoleh Pengalaman Pengalaman yang diperolehi dalam Seni dalam Pendidikan boleh melibatkan kesedaran kinestetik yang mendalam, kepintaran menggunakan tubuh badan dan pengalaman ini akan memberi peluang kepada kanak-kanak dan remaja untuk menyelesaikan masalah, membuat eksperimentasi dan penerokaan, mengambil risiko, mencipta secara kreatif, membuat penilaian dan bijak membuat pilihan (Rajah 7.2). Rajah 7.2: Pelbagai cara untuk memperolehi pengalaman 7.2.2 Aktiviti Memperoleh Pengalaman Terdapat pelbagai cara pelajar memperolehi pengalaman, antaranya ialah melalui permainan. Permainan merupakan nilai riadah yang sungguh menakjubkan, nilai kecergasan yang tinggi dan bertindak sebagai alat yang amat ampuh untuk menyalurkan rasa ketahanan semula jadi di dalam jiwa pelajar di pelbagai peringkat.
  • 6. 140 TOPIK 7 PENEROKAAN, MEMPEROLEH PENGALAMAN DAN EKSPRESI Antara objektif permainan ialah: (a) Menyediakan aktiviti lasak yang secukupnya bagi kelompok otot besar dengan tujuan mengembangkan daya potensi yang memberi kesan kepada pengembangan dan pengawalan otot dengan baik; (b) Membina kebolehan-kebolehan berlari, bertindak, menyelinap, bermula dan berhenti; (c) Mempelajari cara-cara mengendali dan mengawal anggota semasa dalam keadaan tertekan; (d) Memupuk kecergasan mental dalam kerangka perancangan strategi permainan; (e) Membantu pelajar memahami dan mematuhi peratur-peraturan dan arahan-arahan; (f) Menggalakkan pelajar bermain dengan rakan-rakan sebaya mengikut peraturan dan tingkah laku yang positif seperti tidak bergaduh; (g) Menggalakkan pelajar bermain secara adil dan bersemangat kesukanan yang terpuji; (h) Memahami diri sendiri dan diri orang lain; dan (i) Kebanyakan aktiviti-aktiviti di dalam permainan dapat memberi kesan yang positif kepada perkembangan asas kemahiran motor yang berpadanan di samping dapat menyediakan asas untuk perkembangan dan pengekalan kecergasan fizikal. Selain mempunyai potensi untuk menyuburkan kedua-dua asas yang diperkatakan itu permainan mengandungi daya tarikan yang cukup berkesan iaitu keseronokan. Terdapat banyak nilai-nilai pembentukan peribadi yang boleh didapati di dalam aktiviti permainan. Antaranya ialah: (a) Kesukaran dalam permainan bukan sahaja melibatkan bentuk fizikal tetapi lebih menitik beratkan ketahanan nilai kognitif setiap pelajar seperti pemahaman tentang peraturan, pertanggungjawapan, pilihan dan strategi. (b) Apabila pelajar diberi peluang untuk mengubahsuai dan mereka cipta permainan-permainan, rangsangan kognitif mereka turut sama menggerakkan pemikiran dan kreativiti mereka. (c) Permainan boleh digunakan untuk mengajar dan memperkukuhkan konsep-konsep akademik yang khusus seperti yang terdapat dalam mata pelajaran sains, matematik, bahasa, muzik dan lain-lain. (d) Permainan dapat meningkatkan keupayaan lokomotor seperti berlari, melompat dan mengimbang.
  • 7. TOPIK 7 PENEROKAAN, MEMPEROLEH PENGALAMAN DAN EKSPRESI 141 (e) Permainan juga dapat memantapkan keupayaan manipulatif asas seperti melontar, membaling, menangkap, menendang, mengelak, menggelecek dan lain-lain lagi. (f) Permainan juga mempunyai potensi untuk meningkatkan tahap kecergasan seperti kekuatan, daya tahan, kelenturan dan ketahanan kardiovaskular. (g) Permainan membina kecergasan motor seperti kelajuan, ketangkasan, kordinasi, keseimbangan dan lain-lain. 7.2.3 Kepentingan Pengalaman Secara Langsung Segala aktiviti yang dilakukan boleh didapati secara langsung berdasarkan kepada pengalaman-pengalaman yang telah diperoleh. Antaranya adalah berdasarkan kepada pengalaman permainan. Sebagai contoh, kemahiran membaling dan menangkap pundi-pundi kacang bersama rakan mungkin dapat dipindahkan dan dipraktikkan dalam kemahiran membaling dan menangkap bola jaring atau bola lisut. Untuk itu rancangan-rancangan yang terdapat di dalam permainan boleh disusun kepada tiga kategori pengalaman mengikut tahap kemahiran pelajar. Antaranya ialah: (a) Pengalaman Kemahiran Permainan Tak Varian Sebagai pengalaman awal, pelajar akan diberi peluang melibatkan diri dengan kemahiran-kemahiran asas dalam situasi tertutup atau berubah. Pengalaman-pengalaman yang sedemikian memberi peluang kepada pelajar untuk mencapai keupayaan mengawal sesuatu objek melalui penggunaan pola motor yang khusus. Pengalaman itu dirancang sebegitu rupa agar latihan berkenaan menjadi semirip yang mungkin dengan situasi pengalaman sebenar. Dalam pengalaman tak varian, pelajar diperlukan untuk meramal arah tuju bola atau pundi-pundi kacang atau arah tuju pergerakan lawan. Pengalaman ini sesuai untuk pelajar berada di tahap prakawalan dan tahap pengawalan kecekapan kemahiran yang menghadapi kesulitan dalam melaksanakan sesuatu kemahiran yang menghadapi masalah dalam melaksanakan sesuatu kemahiran dalam situasi yang dinamik atau terbuka. Apabila kecekapan sesuatu kemahiran itu meningkat, kadar kesukaran tugas perlu juga ditingkatkan dan pada masa yang sama kebolehtelahan relatif kemahiran dikekalkan. Contohnya, semasa pelajar membaling bola ke sasaran yang tidak bergerak, jarak sasarannya bolehlah ditambah. Jika pelajar belajar berlari dan melompat melepasi halangan yang rendah, ketinggian halangan itu boleh ditambah.
  • 8. 142 TOPIK 7 PENEROKAAN, MEMPEROLEH PENGALAMAN DAN EKSPRESI Jangan paksa pelajar melakukan aktiviti jika dia tidak bersedia melakukan sesuatu kemahiran. Ini adalah disebabkan kebanyakan kemalangan yang berlaku adalah disebabkan kerana paksaan guru atau jika pelajar belum bersedia melakukannya. (b) Pengalaman Kemahiran Permainan Dinamik Apabila pelajar sudah memperoleh kemahiran yang membolehkan mereka bermain dengan cekap, mereka haruslah diberi peluang untuk mempraktikkan kemahiran mereka itu dalam keadaan serupa seperti dalam keadaan permainan yang sebenarnya. Pelajar perlu didedahkan kepada pengalaman sukan sebanyak mungkin terutamanya kepada permainan-permainan yang memerlukan gabungan pelbagai kemahiran. Pengalaman-pengalaman seperti ini menggalakkan pelajar untuk memajukan dan mengutarakan teknik yang telah dipelajari ke dalam situasi-situasi tertentu. Kemahiran permainan jenis dinamik melibatkan dua aspek kemahiran menggabungkan lebih daripada satu jenis kemahiran motor ke dalam permainan kerjasama. Peningkatan daripada pengalaman kemahiran permainan tak varian kepada pengalaman kemahiran permainan dinamik dan seterusnya kepada pengalaman bermain sebenar adalah agak logik dan merupakan perkembangan yang wajar. Contohnya, dalam kemahiran permainan dinamik, pelajar bermula dengan berlatih cara-cara menggelecek dan menjaring dalam permainan bola keranjang dan pada masa yang sama menghantar bola kepada rakan pemain; kemudian berlatih kemahiran yang sama itu dengan seorang rakan pemain yang bertindak sebagai pemain pertahanan. Implikasinya adalah, apabila kanak-kanak itu beransur-ansur mahir dalam menggunakan, sama ada sesuatu kemahiran motor atau gabungan beberapa jenis kemahiran motor, ia pada hakikatnya merangsang strategi- strategi bermain untuk mengiringi kemahirannya itu. (c) Pengalaman Bermain Permainan Pelajar banyak terdedah kepada permainan. Dengan adanya aktiviti bermain boleh membantu mereka menghayati rasa keseronokan, kepuasan, kegembiraan dan kejayaan. Pelbagai bentuk emosi akan tercetus daripada pengalaman bermain. Terdapat juga perkembangan kemahiran itu terbina hasil daripada pengalaman bermain. Namun, bermain sahaja bukanlah satu-satunya cara paling berkesan untuk meningkatkan keterampilan kemahiran motor pelajar. Adalah penting untuk membezakan antara pelajaran yang
  • 9. TOPIK 7 PENEROKAAN, MEMPEROLEH PENGALAMAN DAN EKSPRESI 143 bertujuan untuk meningkatkan kemahiran (pengalaman kemahiran permainan tak varian dan dinamik) dengan pelajaran yang bertujuan memupuk keghairahan untuk menimba pengetahuan bermain pelbagai jenis permainan. Demi memastikan masa yang sesuai bagi menukarkan dari pengalaman kemahiran tak varian ke situasi dinamik, guru hendaklah mengklasifikasikan pelajar mengikut tahap generik kecekapan kemahiran mereka masing-masing. Ciri-ciri generik tahap kemahiran adalah seperti berikut: (a) Tahap Prakawalan (i) Pelajar menghadapi masalah mengulangi sesuatu pergerakan yang berkesan secara berturut-turut. Pola perlakuan mereka berubah-ubah dari satu percubaan ke satu percubaan. (ii) Pelajar melakukan pergerakan secara keterlaluan dan tidak cekap semasa mempraktikkan kemahiran. (iii) Pergerakan pelajar nampak janggal dan lazimnya bertentangan dengan kaedah praktik kemahiran yang sebenar. (iv) Kejayaan sering dikaitkan dengan nasib dan bukan dengan kesungguhan usaha dan bimbingan. (v) Apabila pelajar berlatih menggunakan peralatan, perlakuan mereka nampak seolah-olah dikuasai oleh peralatan. (b) Tahap Kawalan (i) Pergerakan pelajar lebih tertib, terkawal dan nampak lebih mengikut kehendak mereka. (ii) Pergerakan pelajar lebih tekal dan pola pengulangannya agak serupa. (iii) Pelajar lebih kerap mempraktikkan kemahiran dengan betul. (iv) Percubaan pelajar untuk menggabungkan antara satu jenis pergerakan dengan yang lain atau mempraktikkan sesuatu kemahiran dalam hubungannya dengan objek atau dengan rakan pemain, biasanya tidak terhasil. (v) Oleh sebab sesuatu pergerakan itu masih belum dapat dipraktikkan secara automatik, pelajar perlu menumpukan perhatian yang lebih kepada apa yang sedang dilakukannya.
  • 10. 144 TOPIK 7 PENEROKAAN, MEMPEROLEH PENGALAMAN DAN EKSPRESI (c) Tahap Penggunaan (i) Dengan penumpuan, lakuan-lakuan pergerakan dapat dipraktikkan dengan jaya. (ii) Walaupun konteks tugas berubah-ubah, pelajar masih mampu melaksanakan kemahiran dengan betul (iii) Pelajar sudah berupaya untuk mengawal kemahiran mereka dalam situasi-situasi yang boleh diramal. Mereka boleh mempraktikkan secara tekal. (iv) Pelajar mampu mempraktikkan dengan baik kemahiran-kemahiran kompleks yang terdiri daripada gabungan beberapa kemahiran. (d) Tahap Kecekapan (i) Kemahiran hampir dapat dipraktikkan secara automatik dan pola- pola perlakuan sudah menjadi hampir sama. (ii) Pelajar berupaya memberi tumpuan ciri-ciri yang berada di luar jangkaan dalam konteks permainan, namun masih mampu mempraktikkan kemahiran mengikut hasrat hati. (iii) Pergerakan dilakukan dengan mudah dan bersahaja seolah-olah tanpa perlu banyak usaha. (iv) Pelajar memperlihatkan keupayaan mengubahsuai perlakuan mereka selaras dengan kehendak-kehendak situasi, baik yang terancang mahupun yang tidak terancang. AKTIVITI 7.1 1. Bincangkan cara-cara kita memperoleh pengalaman. 2. Jelaskan cara-cara untuk memperoleh pengalaman dengan mengemukakan contoh-contoh yang difikirkan relevan dengan pengajaran pembelajaran guru. 7.3 EKSPRESI Seni dalam Pendidikan menyediakan matlamat yang menarik dengan memberi peluang kepada pelajar untuk menemui potensi ekspresif diri melalui pekataan, bunyi, pergerakan dan visual mereka.
  • 11. TOPIK 7 PENEROKAAN, MEMPEROLEH PENGALAMAN DAN EKSPRESI 145 Bahasa-bahasa simbol digunakan untuk membuat ekspresi dalam aktiviti-aktiviti seni. Ini akan membantu para pelajar untuk merasa, menyentuh, mendengar dan melihat secara langsung dunia mereka dengan cara tersendiri. Pelajar akan meluahkan pandangan mereka dengan cara yang seakan-akan sama dengan apa yang dialami dan difahami oleh orang lain. Media-media ekspresi boleh dilihat dalam bentuk catan, tubuh badan, suara atau bunyi. Apabila ianya digabungkan secara harmoni, ekspresi yang terhasil menjadi estetik. 7.3.1 Bentuk Ekspresi Terdapat pelbagai bentuk/cara ekspresi yang boleh dilahirkan oleh manusia untuk meluahkan perasaannya. Antaranya ialah: (a) Perasaan Perasaan yang dilahirkan merupakan hasil luahan daripada hati. Ia merangkumi perasaan sedih, riang, dukacita dan sebagainya. Perasaan ini berkembang mengikut tahap umur dan pengalaman seseorang. Untuk itu, menjadi tanggungjawab seorang guru membantu pelajar supaya dapat mengawal perasaan apabila melakukan sesuatu perkara. Oleh yang demikian, beberapa latihan dan kemahiran perlu diadakan untuk mengawal perasaan terutamanya ketika sedang bermain. Memang menjadi adat pertandingan, ada yang menang dan ada yang kalah; yang menang akan bergembira, manakala yang kalah akan merasa kecewa. Latihan menahan kemarahan dan penerapan nilai-nilai murni yang lain perlu ditekankan dalam sesuatu aktiviti permainan sebelum menjurus ke perlawanan yang sebenar. (b) Lisan Arahan yang dikemukakan secara lisan perlulah difahami dengan sebaik mungkin agar dapat difahami dengan jelas dan tidak disalah ertikan. Kebanyakan pergaduhan atau perkelahian berlaku kerana arahan yang diterima secara lisan tidak jelas dan tidak difahami oleh penerima. (c) Reaksi Apabila melihat sesuatu masalah, pelajar akan dapat membuat tindakan yang tepat akibat daripada latihan dan pengalaman yang telah diterima. Reaksi pelajar perlulah di dalam tahap sentiasa bersedia dan segala tindakan yang dibuat hendaklah tepat dan betul. (d) Emosi Emosi memainkan peranan penting dalam luahan ekspresi diri pelajar. Perasaan atau emosi yang ditonjolkan oleh pelajar kadangkala dapat diterima
  • 12. 146 TOPIK 7 PENEROKAAN, MEMPEROLEH PENGALAMAN DAN EKSPRESI dan kadangkala dicemuh oleh individu-individu lain. Oleh itu, penting bagi guru untuk menggalakkan pelajar untuk menyertai aktiviti-aktiviti permainan supaya ia boleh mencetuskan suasana keriangan, bebas daripada tekanan emosi dan membina kecekalan dalam menghadapi persaingan dan cabaran. Konsep kendiri yang unggul berkait rapat dengan keupayaan kawalan fizikal dan emosi. Oleh itu, pengalaman-pengalaman jasmani bolehlah dianggap sebagai salah satu cara terbaik yang boleh dimanfaatkan untuk memantapkan ciri-ciri konsep kendiri yang unggul itu. (e) Bukan Lisan Segala arahan-arahan yang bukan lisan dan gambaran-gambaran yang diperolehi akan ditafsirkan dengan sebaik mungkin agar tidak disalah tafsirkan. Kebiasaannya segala bentuk arahan yang berbentuk bukan lisan mudah difahami dengan jelas dan si penerima akan mengikut kehendak arahan tersebut. (f) Idea Semua idea dan kebolehan menjana minda perlulah digunakan dalam melaksanakan ekspresi pelajar. Antara kebolehan yang perlu ditekankan ialah kemahiran berfikir. Untuk meluahkan idea-idea yang bernas, seseorang pelajar itu perlulah mengetahui kemahiran berfikir. Ciri-ciri kemahiran berfikir adalah seperti berikut: (i) Membanding dan membeza; (ii) Merumus, membuat inferens dan meramal; (iii) Mencetuskan atau menjanakan idea dalam sesi perbincangan; (iv) Menentukan sumber, sama ada boleh dipercayai atau tidak; (v) Mengusul dan memeriksa andaian; (vi) Menimbang dan membuat keputusan; (vii) Mencipta metafora atau analogi; (viii) Menganalisis dan menilai; dan (ix) Menyelesaikan masalah. (g) Menggambar Aktiviti menggambar adalah penting sebagai sebahagian daripada cara untuk mengawal emosi pelajar. Dengan mengadakan aktiviti menggambar, pelajar boleh mengalihkan tumpuannya kepada kertas yang ada di hadapannya. Semasa aktiviti menggambar, segala masalah yang ada akan dipindahkan dari dalam minda ke atas kertas. Manakala setiap hasilan menggambar itu boleh didefinisikan sebagai tafsiran terhadap tingkah lakunya.
  • 13. TOPIK 7 PENEROKAAN, MEMPEROLEH PENGALAMAN DAN EKSPRESI 147 (h) Menghasilkan Setiap apa yang dihasilkan baik berdasarkan aktiviti menggambar, kemahiran berfikir, arahan lisan dan bukan lisan serta perasaan adalah merupakan ekspresi diri pelajar dalam melaksanakan sesuatu perkara. AKTIVITI 7.2 Bagaimanakah seseorang pelajar dapat meluahkan ekspresi diri dalam sesuatu aktiviti pembelajaran? 7.3.2 Unsur Perasaan dalam Ekspresi Perasaan merupakan satu konsep yang susah hendak dihuraikan tetapi ia hampir sama dengan pengkajian emosi. Perasaan merupakan sebagai reaksi badan terhadap rangsangan yang seseorang itu tidak bersedia menghadapinya atau yang mungkin memberikan manfaat atau kerugian kepadanya. Contohnya, jika seseorang pelajar berhadapan dengan sesuatu situasi yang dia tidak dapat bertindak balas dengan baik, maka ini akan menimbulkan suatu gejala emosi atau perasaan yang membawa kepada rasa takut. Aliran ini memberi penanda bahawa „perasaan‰ mungkin boleh diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu perasaan ceria atau perasaan marah. Misalnya, keriangan boleh disifatkan sebagai pengalaman perasaan yang ceria dan menarik; manakala marah digolongkan sebagai gejala perasaan yang negatif dan tidak menarik. Emosi dan perasaan kanak-kanak adalah lebih hebat sifatnya berbanding dengan orang dewasa. Jika seorang dewasa tidak menyedari hakikat tingkah laku kanak- kanak, dia mungkin tidak akan memahami kenapa seorang kanak-kanak itu bersikap negatif terhadap sesuatu situasi yang dianggap remeh yang tidak sewajarnya menimbulkan reaksi yang sedemikian. Perasaan atau reaksi seseorang individu terhadap sesuatu situasi itu tidak sama dengan individu-individu lain. Dengan erti kata lain, tidak ada dua individu yang serupa dari segala segi. Kematangan dari sudut perasaan merupakan satu ciri penting dalam persekitaran Seni dalam Pendidikan. Kematangan perasaan merujuk kepada kebolehan menyelesaikan masalah dan menyesuaikan diri dengan keadaan yang tidak diduga tanpa membabitkan perasaan yang keterlaluan atau tekanan jiwa.
  • 14. 148 TOPIK 7 PENEROKAAN, MEMPEROLEH PENGALAMAN DAN EKSPRESI Pada umumnya, kematangan perasaan dapat dicapai melalui percambahan emosi yang ceria secara beransur-ansur. Emosi ceria serta sikap dan konsep kendiri yang stabil kanak-kanak boleh dicorakkan oleh tingkah laku dan perilaku ibu bapa dan guru-guru yang menjadi model, penguatkuasa dan penilai terhadap pembentukan tingkah laku. 7.3.3 Penyampaian yang Berekspresif Semua bentuk penyampaian oleh pihak guru mahupun sekolah perlulah yang bersifat ekspresif. Pelajar akan cuba untuk meniru tingkah laku guru yang dianggap sebagai model, fasilitator dan pemudahcara,. Secara tidak langsung, pelajar akan dipengaruhi oleh guru berdasarkan konsep kendiri dan sahsiah yang sedia ada. Konsep kendiri bermaksud imej kendiri. Ia merangkumi gambaran rupa, kesihatan, kebolehan dan kelemahan tingkah laku. Konsep kendiri terbentuk hasil daripada interaksi pelajar dengan orang lain dan penyesuaian diri pelajar dengan alam sekitar. Penyesuaian yang berjaya akan menghasilkan konsep kendiri positif, manakala kegagalan akan membawa konsep kendiri yang negatif. Pembentukan sahsiah juga boleh menyebabkan pelajar itu menjadi seorang berekspresif. Untuk mempengaruhi pelajar supaya lebih menjadi berekspresif, pengaruh personaliti terhadap pembelajaran perlu ditekankan. Untuk itu, gaya pembelajaran perlulah dirangsangkan pada setiap pelajar melalui: (i) Rangsangan persekitaran (cahaya, bunyi, suhu, susun atur bilik); (ii) Rangsangan emosi (motivasi, keazaman, tanggungjawab, struktur); (iii) Rangsangan sosiologi (diri sendiri, pasangan, rakan sebaya, kelompok); (iv) Rangsangan fisiologi (kekuatan persepsi yang merangkumi auditori, visual, kinestetik, makanan/minuman, waktu belajar, pergerakan); dan (v) Rangsangan psikologi (analitik atau global, pemproses otak kiri dan kanan, dan impulsif atau reflektif) Dengan adanya pembentukan sahsiah yang positif dan konsep kendiri yang positif oleh guru diharapkan dapat membolehkan pelajar bersifat lebih ekspresif dalam melaksanakan mata pelajaran Seni dalam Pendidikan.
  • 15. TOPIK 7 PENEROKAAN, MEMPEROLEH PENGALAMAN DAN EKSPRESI 149 7.3.4 Aktiviti Antara aktiviti yang dilakukan dalam menggalakkan pelajar menjadi lebih ekspresif ialah melalui permainan yang bersifat koperatif dan sukan. Dalam permainan koperatif, konsep yang menjadi teras dalam permainan ini ialah bermain bersama-sama, bukannya bermain untuk bersaing. Semasa bermain, pelajar bebas mengubahsuai permainan mengikut kehendak situasi dan daya kreativiti mereka. Permainan jenis ini boleh dimainkan di mana-mana sahaja tanpa memerlukan banyak peralatan. Terdapat perbezaan permainan koperatif dengan permainan lain terutamanya pada struktur, bentuk dan objektifnya. Ini secara tidak langsung akan membebaskan pelajar daripada sebarang tekanan persaingan yang kerapkali membawa kesan tingkah laku yang merosakkan. Aktiviti-aktiviti permainan: (a) Permainan Rekaan Guru (i) Guru perlu memahami pelajar terutama dari segi kebolehan, kemahiran yang telah sedia ada dan minat pelajar. (ii) Pendekatan berbentuk pendekatan terarah iaitu guru akan mengawal persekitaran penemuan. (iii) Guru boleh membuat pengubahsuaian aktiviti permainan seperti jenis permainan, ruang, bahan dan peralatan permainan. (iv) Permainan rekaan guru menjadikan kanak-kanak lebih seronok dan dapat menumpukan perhatian dengan penuh minat. (b) Permainan Rekaan Kanak-kanak (i) Pemainan jenis ini boleh dikategorikan dalam spektrum pembelajaran yang berkaitan dengan kreativiti. Permainan dimainkan secara serentak. (ii) Guru hanya bertindak sebagai fasilitator dan sama-sama berinteraksi dengan pelajar. Guru juga perlu mempercayai kebolehan setiap pelajar terutama dari sudut kognitif dan juga kemahiran motor. (iii) Pelajar yang tidak mempunyai pengalaman diberi masa secukupnya untuk memahirkan dirinya sehingga berjaya. Sekiranya peluang ini tidak diberi kepada mereka, minat mereka akan hilang dan seterusnya akan mencuba mencari permainan yang baru.
  • 16. 150 TOPIK 7 PENEROKAAN, MEMPEROLEH PENGALAMAN DAN EKSPRESI (iv) Peruntukan masa tiada hadnya kerana masa adalah berdasarkan kehendak dan persetujuan kumpulan. (v) Satu kumpulan terdiri daripada dua atau tiga orang. SEMAK KENDIRI 7.2 1. Apakah yang dimaksudkan dengan ekspresi? 2. Bagaimanakah ekspresi dapat meningkatkan tahap penglibatan pembelajaran pelajar? • Penerokaan, memperoleh pengalaman dan luahan ekspresi merupakan satu aktiviti yang penting dalam mata pelajaran Seni dalam Pendidikan. • Pelajar diberi peluang pendedahan mengenai cara-cara meneroka, mengolah dan memanipulasi sesuatu aktiviti. • Di samping itu juga, pelajar telah diberi pendedahan mengenai unsur-unsur perasaan dan emosi pelajar dan tahu bagaimana untuk menguruskan emosi supaya boleh meluah perasaan terhadap ekspresi diri. Rangsangan emosi Rangsangan persekitaran Rangsangan fisiologi Rangsangan sosiologi Isbell, R., & Raines, S. (2002). Creativity and the arts with young children. New York:Thomson Delmar Learning. Mackey, S. (1993). Emotion and cognition in arts educations in Curriculum Studies pp. 245-256 Mayesky, M. (2001). Creative activities for young children. New York: Thomson Delmar Learning.
  • 17. TOPIK 7 PENEROKAAN, MEMPEROLEH PENGALAMAN DAN EKSPRESI 151 Lowefeld, V., & Brittain, W. L. (1986). Creative and mental growth. New York: Macmillan Penny, S. Ford, R. Price, L., & Young, S. (2002). Teaching arts in the primary schools. United Kingdom: Learning Matters Ltd. Reiner, B., & Smith, R. A. (1992). The arts, education and aesthetic knowing. Chicago: The University of Chicago Press.