Majlis ini memperingati kejayaan murid-murid dalam bidang akademik. Pelbagai ucapan telah disampaikan oleh pegawai sekolah dan tetamu kehormat. Acara ini mengandungi persembahan oleh murid dan penyampaian hadiah kepada pelajar cemerlang.
1. Mengumumkan ketibaan pegawai _____________________________
Terima kasih kepada semua hadirin dan hadirat sekalian. Hadirin dan hadirat
semua dijemput duduk di tempat masing-masing.
Pagi yang indah penuh ceria.
hari yang berbahagia penuh bermakna
kita raikan,
Majlis hari anugerah kecemerlangan SK US 2013
BismilLahir Rahmanir Rahim . Assalamu `Alaikum W.B.T
Yang Berusaha ______________________________
Yang Berusaha ______________________________
Yang Dihormati ________________________________
Yang Dihormati Tuan Haji Mohd Nor B. Ibrahim, Yang Dipertua PIBG SK US.
Guru-guru SK US murid-murid,
seterusnya hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.
Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara
Hari ini menanam jagung,
Dibawa ke Perlis bersama peria,
Hari ini kita berkampung,
Meraikan majlis penuh ceria
Selamat datang ke :
Majlis hari anugerah kecemerlangan SK US 2013.
Sarung ketupat berisi inti
Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri
2. Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan
limpah dan kurniaNya maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi ini
untuk meraikan kejayaan anak-anak kita dalam bidang pelajaran.
Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua hadirin
sekalian kerana sudi menghadirkan diri ke majlis ini terutamanya kepada Yang
Berusaha _________________________________, kerana sudi meluangkan masa
dan memilih untuk menghadirkan diri ke majlis kami ini walaupun banyak urusan
rasmi lain yang lebih memerlukan perhatian dan kehadiran beliau. Ucapan terima
kasih juga kepada semua ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk memberi
sokongan kepada anak-anak dan pihak sekolah. Semoga usaha kita semua diberkati
Allah.
Hadirin yang dimuliakan,
Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini,
marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan
dibacakan oleh____________________. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
*********** (Doa)
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz
_____________ atas bacaan doa itu tadi.
Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati
Tangan ditadah penuh inayah,
Majlis dibuka penuh rahmatNya,
Mohon keberkatan serta hidayah,
Moga tercerna minda kelas pertama.
3. Majlis diteruskan dengan menjemput yang dihormati _____________ YDP PIBG
untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.
************(Ucapan YDP.)
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Dihormati,
___________selaku Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa Dan Guru-guru Sekolah
ULU SAPI atas ucapan tersebut.
Kini, majlis mempersilakan pula Yang Berusaha _________ Guru Besar Ulu Sapi
untuk menyampaikan ucapan . Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
************(Ucapan GB.)
Ucapan terima kasih kepada Pn Hjjh Rokiah bt Ismail Guru Besar SK Pdg Besar
(S) atas ucapan tadi.
Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berusaha ___________ untuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis Anugerah
Kecemerlangan Pelajar bagi seisi 2010. Majlis dengan segala hormatnya
dipersilakan.
***********(Ucapan JPN )
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada
_____________, atas ucapan dan perasmian majlis ini tadi.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
(persembahan)
Kita teruskan lagi acara kita pada pagi ini, marilah bersama-sama kita
menyaksikan persembahan daripada murid-murid. Dipersilakan.
************(Persembahan).
Terima kasih kepada murid-murid pra sekolah yang telah membuat persembahan
sebentar tadi.
4. Hadirin yang dihormati,
Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih dan berterusan.
Usaha yang tidak mengenal erti jemu pasti membuahkan kejayaan dan
kecemerlangan. Oleh itu, murid-murid yang berjaya sepatutnya diberi
penghargaan. Semoga ini akan menjadi pencetus semangat untuk terus berjaya
dalam mengejar ilmu dan cita-cita.
Acara yang seterusnya adalah penyampaian hadiah dan sijil penghargaan untuk
prestasi pelajar terbaik bagi tahap 1.