SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 5
HHHC9301
KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
SET 16 SESI 2013/2014
TAJUK:
LAPORAN GERAK KERJA PROGRAM ICT TALENT:PROJEK DOKUMENTARI
DISEDIAKAN UNTUK:
DR. NUR FAZIDAH BINTI ELIAS
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA : NUR SYAFIQ BIN ZAHIDIN
NO. MATRIK : A145689
PROGRAM : ICT TALENT:PROJEK DOKUMENTARI,KOLEJ IBRAHIM YAAKUB
TARIKH PROGRAM : 8 MAC 2014 – 9 MAC 2014
TEMPAT : DANGA BAY,JOHOR BAHRU
JAWATAN : PENGARAH PROTOKOL
ANJURAN : EKSEKUTIF PENERBITAN DAN ICT
Laporan Gerak Kerja Pengarah Protokol Bagi Program ICT Talent:Projek Dokumentari
1.0:PENDAHULUAN
Program ICT Talent:Projek dokumentari merupakan satu projek yang dianjurkan oleh Eksekutif Penerbitan
& ICT.Program ini dianjurkan selama dua hari satu malam yang bermula pada 8 Mac 2014 sehingga 9 Mac
2014 yang bertempat di Danga Bay,Johor Bahru. Tujuan Program ICT Talent : Documentary Project ini
diadakan adalah untuk menambah ilmu pengetahuan berkaitan proses penghasilan dokumentari kepada
mahasiswa/i dalam mengendalikan projek ini. Selain itu, program ini dirancang untuk memberi
pengetahuan baru kepada mahasiswa/i dan mendedahkan pengalaman tentang cara menghasilkan
dokumentari dengan baik. Program ini akan dijalankan oleh setiap ahli mengikut kumpulan bagi menarik
minat para pelancong dalam dan luar negara pada satu – satu tempat perlancongan melalui penghasilan
dokumentari yang menarik . Sebagai pengarah protokol dalam program ini,saya telah ditugaskan untuk
mengendalikan satu slot bagi perasmian penutup program tersebut.Oleh itu,saya telah meneliti dan
mendapatkan beberapa maklumat supaya perjalanan slot ini berjalan dengan lancar.Berikut merupakan
hasil kerja yang telah saya jalankan.
2.0:BIDANG TUGAS
Berikut merupakan gerak kerja yang harus saya lakukan:
 Menyediakan tentatif dan aturcara.
 Menyediakan teks ucapan perasmi
 Menentukan kedudukan bagi penyampaian cenderamata kepada perasmi
 Menyediakan Usher
 Mencari dan mendapatkan butiran penceramah
 Menyediakan aturcara slot ceramah
 Menyenaraikan keperluan barangan sepanjang program
3.0 Gerak kerja
Berdasarkan bidang tugas yang telah diberikan, sebagai pengarah saya perlulah memastikan
perjalanan program berjalan dengan lancar. Oleh itu, saya telah menyediakan senarai-senarai tugas
yang seharusnya perlu saya lakukan supaya perjalanan program berjalan dengan lancar.Saya telah
meneliti serta mendapatkan beberapa sumber maklumat bagi mengendalikan tugas-tugas yang
telah diberikan. Antaranya ialah mengumpulkan maklumat diri bagi para penceramah yang dipilih
, menyediakan aturcara dan tentatif program, menentukan kedudukan penyampaian hadiah kepada
perasmi, merangka teks ucapan, menentukan kedudukan para jemputan serta menyenaraikan
barangan yang diperlukan sewaktu program. Untuk mendapatkan maklumat-maklumat tersebut,
saya telah merujuk kepada Felo pemantau kolej kami iaitu En.Hussain Yusri bin Zawawi. Selain
itu, saya juga sentiasa berhubung dengan beberapa rakan-rakan yang lain yang lebih
berpengalaman dalam pengurusan protokol dan telah banyak mengendalikan majlis-majlis rasmi
seperti ini. Oleh itu, mereka lebih tahu akan tugasan yang perlu saya laksanakan dengan lebih
lanjut. Rakan-rakan ini juga telah banyak membantu saya dalam memberikan maklumat-maklumat
penting mengenai perjalanan program. Antaranya, mereka menerangkan kepada kami pelan
kedudukan para jemputan penceramah dan juga perasmi sewaktu perasmian penutup. Mereka juga
telah memberi tunjuk ajar dalam penyediaan teks ucapan perasmi dan bersetuju akan membantu
kami bersama-sama menjalankan tugas sewaktu program dijalankan. Setiap gerak kerja yang telah
dijalankan saya telah memaklumkan kepada ketua pengarah serta pengarah-pengarah sekretariat
yang lain. Oleh itu, satu perjumpaan telah dijalankan pada setiap hari selasa jam 9 malam
bertempat di Bilik Bankuasi Kolej Ibrahim Yaakub. Setiap sekretariat yang terlibat bagi program
ini akan membentangkan gerak kerja yang telah dilaksanakan.
4.1 Perancangan tugas
Bagi slot ceramah yang akan diadakan pada malam 21 Mac 2014, saya telah diarahkan untuk
mengendalikan slot tersebut sepenuhnya. Oleh itu saya perlulah menyediakan tentatif dan aturcara
slot ceramah selengkapnya serta memilih tajuk yang bersesuaian bagi slot tersebut. Oleh itu,saya
telah merancang untuk memilih tajuk “Bengkel Pengenalan Teknik Dokumentari” sebagai tajuk
bagi slot ceramah tersebut . Untuk slot tersebut , saya telah memberikan cadangan untuk
menjemput seorang wartawan sinar harian bagi mengajar serba sedikit mengenai dokumentari
serta pengeditan dalam membuat video.Slot ini bertujuan untuk mengajar peserta program bagi
memudahkan mereka dalam pengeditan video.Saya telah menyampaikan usul ini dalam
perjumpaan mingguan serta masa yang diperlukan untuk ceramah tersebut.
5.0 Pengumpulan Maklumat
Bagi melaksanakan beberapa bidang tugas yang berkaitan, saya perlulah mendapatkan maklumat-
maklumat yang penting supaya perjalanan program ini dapat berjalan dengan lancar. Antara maklumat
yang perlu diperolehi dan diteliti adalah kehadiran penceramah tersebut. Hal ini adalah kerana saya
haruslah menyediakan Usher iaitu pengiring jemputan sewaktu slot ceramah dan juga majlis penutupan
program dijalankan. Selain itu, saya juga perlu mendapatkan maklumat mengenai perancangan
kedudukan perasmi dan para jemputan. Maklumat yang paling penting adalah mendapatkan butiran diri
penceramah jemputan bagi slot ceramah yang akan dijalankan. Hal ini adalah kerana, untuk melihat
sejauh mana keberkesanan slot tersebut terhadap para peserta. Latar belakang penceramah amat penting
kerana ianya sedikit sebanyak mampu mempengaruhi tahap keberkesanan penyampaian yang
disampaikan dan bagi memastikan ianya bersesuaian dengan tajuk yang telah ditetapkan. Dengan
bantuan dan cadangan dari Felo penasihat kami En Hussain Yusri bin Zawawi , dalam perjumpaan
mingguan, kami telah bersepakat utuk memilih salah seorang wartawan dari Sinar Harian . Beliau adalah
En. Muhammad Shamsul bin Abd Ghani yang telah berkhidmat dalam bidang kewartawanan selama dua
tahun.
6.0 Permasalahan dan tindakan
Dalam melaksanakan tugas-tugas yang diberi, terdapat masalah yang telah saya hadapi. Antara
masalah yang saya hadapi ialah tempat untuk penceramah tersebut meletak kenderaan kerana
tempat meletak kenderaan yang terhad . Oleh itu , saya telah memilih seseorang untuk menunggu
di tempat letak kereta tersebut bagi memudahkan penceramah tersebut untuk meletakkan
kenderaan.
7.0 Penutup
Saya berharap Program ICT Talent : Documentary Project ini mencapai objektif yang
diharapkan iaitu dapat mengajar mahasiswa mendapatkan informasi dalam dokumentari
yang telah ditetapkan di sesuatu tempat.Selain itu , program ini diharapkan dapat membuka
minda mahasiswa/i dengan persekitaran sebenar kehidupan seorang pakar dokumentari
yang berjaya dan mampu membina jaringan teknologi yang dapat digunakan oleh
mahasiswa/i untuk membangunkan Kelab Penerbitan dan ICT. Oleh itu , segala kerjasama
dan perhatian yang telah diberikan saya hargai dengan ucapan ribuan terima kasih.
Disediakan oleh,
_______________________
(NUR SYAFIQ BIN ZAHIDIN)
Pengarah Protokol Program ICT Talent:Documentary Project
Kolej Ibrahim Yaakub

Mais conteúdo relacionado

Destaque

Conferência Ethos Internacional 2012 - TEEB
Conferência Ethos Internacional 2012 - TEEBConferência Ethos Internacional 2012 - TEEB
Conferência Ethos Internacional 2012 - TEEBinstitutoethos
 
Clase 9 regimen contrataciones y pagos
Clase 9 regimen contrataciones y pagosClase 9 regimen contrataciones y pagos
Clase 9 regimen contrataciones y pagosRoberto A. Pérsico
 
Yuzz 2013 - TOP 5 ERRORS DE L'EMPRENEDOR GIRONÍ
Yuzz 2013 - TOP 5 ERRORS DE L'EMPRENEDOR GIRONÍYuzz 2013 - TOP 5 ERRORS DE L'EMPRENEDOR GIRONÍ
Yuzz 2013 - TOP 5 ERRORS DE L'EMPRENEDOR GIRONÍQuim Pagans
 
Conclusion drenajes
Conclusion drenajesConclusion drenajes
Conclusion drenajesPedro Angulo
 
Calcula tu coeficiente de irracionalidad económica... y compite con los Premi...
Calcula tu coeficiente de irracionalidad económica... y compite con los Premi...Calcula tu coeficiente de irracionalidad económica... y compite con los Premi...
Calcula tu coeficiente de irracionalidad económica... y compite con los Premi...Cristina Carrillo
 
Quimica general 7th edicion
Quimica general 7th edicionQuimica general 7th edicion
Quimica general 7th edicionJason Vasco
 
Regalo de amor
Regalo de amorRegalo de amor
Regalo de amorPuriAldea
 
Base de datos
Base de datosBase de datos
Base de datosjhimyruss
 

Destaque (20)

Aula 01 net art
Aula 01 net artAula 01 net art
Aula 01 net art
 
Liderança profissional
Liderança profissionalLiderança profissional
Liderança profissional
 
Unidad 12 el bloque comunista
Unidad 12  el bloque comunistaUnidad 12  el bloque comunista
Unidad 12 el bloque comunista
 
Conferência Ethos Internacional 2012 - TEEB
Conferência Ethos Internacional 2012 - TEEBConferência Ethos Internacional 2012 - TEEB
Conferência Ethos Internacional 2012 - TEEB
 
Clase 9 regimen contrataciones y pagos
Clase 9 regimen contrataciones y pagosClase 9 regimen contrataciones y pagos
Clase 9 regimen contrataciones y pagos
 
Computación ubicua
Computación ubicuaComputación ubicua
Computación ubicua
 
Yuzz 2013 - TOP 5 ERRORS DE L'EMPRENEDOR GIRONÍ
Yuzz 2013 - TOP 5 ERRORS DE L'EMPRENEDOR GIRONÍYuzz 2013 - TOP 5 ERRORS DE L'EMPRENEDOR GIRONÍ
Yuzz 2013 - TOP 5 ERRORS DE L'EMPRENEDOR GIRONÍ
 
Conclusion drenajes
Conclusion drenajesConclusion drenajes
Conclusion drenajes
 
Calcula tu coeficiente de irracionalidad económica... y compite con los Premi...
Calcula tu coeficiente de irracionalidad económica... y compite con los Premi...Calcula tu coeficiente de irracionalidad económica... y compite con los Premi...
Calcula tu coeficiente de irracionalidad económica... y compite con los Premi...
 
Modelo microcuentos 2013
Modelo microcuentos 2013Modelo microcuentos 2013
Modelo microcuentos 2013
 
Unidad 11 elbloquecapitalista
Unidad 11 elbloquecapitalistaUnidad 11 elbloquecapitalista
Unidad 11 elbloquecapitalista
 
Plano de aula
Plano de aulaPlano de aula
Plano de aula
 
Control de Calidad
Control de Calidad Control de Calidad
Control de Calidad
 
Cultura estética
Cultura estéticaCultura estética
Cultura estética
 
Dofa
DofaDofa
Dofa
 
Los monos raros
Los monos rarosLos monos raros
Los monos raros
 
Somente Aldravias
Somente AldraviasSomente Aldravias
Somente Aldravias
 
Quimica general 7th edicion
Quimica general 7th edicionQuimica general 7th edicion
Quimica general 7th edicion
 
Regalo de amor
Regalo de amorRegalo de amor
Regalo de amor
 
Base de datos
Base de datosBase de datos
Base de datos
 

Laporan akhir hp3

  • 1. HHHC9301 KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT SET 16 SESI 2013/2014 TAJUK: LAPORAN GERAK KERJA PROGRAM ICT TALENT:PROJEK DOKUMENTARI DISEDIAKAN UNTUK: DR. NUR FAZIDAH BINTI ELIAS DISEDIAKAN OLEH: NAMA : NUR SYAFIQ BIN ZAHIDIN NO. MATRIK : A145689 PROGRAM : ICT TALENT:PROJEK DOKUMENTARI,KOLEJ IBRAHIM YAAKUB TARIKH PROGRAM : 8 MAC 2014 – 9 MAC 2014 TEMPAT : DANGA BAY,JOHOR BAHRU JAWATAN : PENGARAH PROTOKOL ANJURAN : EKSEKUTIF PENERBITAN DAN ICT
  • 2. Laporan Gerak Kerja Pengarah Protokol Bagi Program ICT Talent:Projek Dokumentari 1.0:PENDAHULUAN Program ICT Talent:Projek dokumentari merupakan satu projek yang dianjurkan oleh Eksekutif Penerbitan & ICT.Program ini dianjurkan selama dua hari satu malam yang bermula pada 8 Mac 2014 sehingga 9 Mac 2014 yang bertempat di Danga Bay,Johor Bahru. Tujuan Program ICT Talent : Documentary Project ini diadakan adalah untuk menambah ilmu pengetahuan berkaitan proses penghasilan dokumentari kepada mahasiswa/i dalam mengendalikan projek ini. Selain itu, program ini dirancang untuk memberi pengetahuan baru kepada mahasiswa/i dan mendedahkan pengalaman tentang cara menghasilkan dokumentari dengan baik. Program ini akan dijalankan oleh setiap ahli mengikut kumpulan bagi menarik minat para pelancong dalam dan luar negara pada satu – satu tempat perlancongan melalui penghasilan dokumentari yang menarik . Sebagai pengarah protokol dalam program ini,saya telah ditugaskan untuk mengendalikan satu slot bagi perasmian penutup program tersebut.Oleh itu,saya telah meneliti dan mendapatkan beberapa maklumat supaya perjalanan slot ini berjalan dengan lancar.Berikut merupakan hasil kerja yang telah saya jalankan. 2.0:BIDANG TUGAS Berikut merupakan gerak kerja yang harus saya lakukan:  Menyediakan tentatif dan aturcara.  Menyediakan teks ucapan perasmi  Menentukan kedudukan bagi penyampaian cenderamata kepada perasmi  Menyediakan Usher  Mencari dan mendapatkan butiran penceramah  Menyediakan aturcara slot ceramah  Menyenaraikan keperluan barangan sepanjang program 3.0 Gerak kerja Berdasarkan bidang tugas yang telah diberikan, sebagai pengarah saya perlulah memastikan perjalanan program berjalan dengan lancar. Oleh itu, saya telah menyediakan senarai-senarai tugas yang seharusnya perlu saya lakukan supaya perjalanan program berjalan dengan lancar.Saya telah meneliti serta mendapatkan beberapa sumber maklumat bagi mengendalikan tugas-tugas yang
  • 3. telah diberikan. Antaranya ialah mengumpulkan maklumat diri bagi para penceramah yang dipilih , menyediakan aturcara dan tentatif program, menentukan kedudukan penyampaian hadiah kepada perasmi, merangka teks ucapan, menentukan kedudukan para jemputan serta menyenaraikan barangan yang diperlukan sewaktu program. Untuk mendapatkan maklumat-maklumat tersebut, saya telah merujuk kepada Felo pemantau kolej kami iaitu En.Hussain Yusri bin Zawawi. Selain itu, saya juga sentiasa berhubung dengan beberapa rakan-rakan yang lain yang lebih berpengalaman dalam pengurusan protokol dan telah banyak mengendalikan majlis-majlis rasmi seperti ini. Oleh itu, mereka lebih tahu akan tugasan yang perlu saya laksanakan dengan lebih lanjut. Rakan-rakan ini juga telah banyak membantu saya dalam memberikan maklumat-maklumat penting mengenai perjalanan program. Antaranya, mereka menerangkan kepada kami pelan kedudukan para jemputan penceramah dan juga perasmi sewaktu perasmian penutup. Mereka juga telah memberi tunjuk ajar dalam penyediaan teks ucapan perasmi dan bersetuju akan membantu kami bersama-sama menjalankan tugas sewaktu program dijalankan. Setiap gerak kerja yang telah dijalankan saya telah memaklumkan kepada ketua pengarah serta pengarah-pengarah sekretariat yang lain. Oleh itu, satu perjumpaan telah dijalankan pada setiap hari selasa jam 9 malam bertempat di Bilik Bankuasi Kolej Ibrahim Yaakub. Setiap sekretariat yang terlibat bagi program ini akan membentangkan gerak kerja yang telah dilaksanakan. 4.1 Perancangan tugas Bagi slot ceramah yang akan diadakan pada malam 21 Mac 2014, saya telah diarahkan untuk mengendalikan slot tersebut sepenuhnya. Oleh itu saya perlulah menyediakan tentatif dan aturcara slot ceramah selengkapnya serta memilih tajuk yang bersesuaian bagi slot tersebut. Oleh itu,saya telah merancang untuk memilih tajuk “Bengkel Pengenalan Teknik Dokumentari” sebagai tajuk bagi slot ceramah tersebut . Untuk slot tersebut , saya telah memberikan cadangan untuk menjemput seorang wartawan sinar harian bagi mengajar serba sedikit mengenai dokumentari serta pengeditan dalam membuat video.Slot ini bertujuan untuk mengajar peserta program bagi memudahkan mereka dalam pengeditan video.Saya telah menyampaikan usul ini dalam perjumpaan mingguan serta masa yang diperlukan untuk ceramah tersebut.
  • 4. 5.0 Pengumpulan Maklumat Bagi melaksanakan beberapa bidang tugas yang berkaitan, saya perlulah mendapatkan maklumat- maklumat yang penting supaya perjalanan program ini dapat berjalan dengan lancar. Antara maklumat yang perlu diperolehi dan diteliti adalah kehadiran penceramah tersebut. Hal ini adalah kerana saya haruslah menyediakan Usher iaitu pengiring jemputan sewaktu slot ceramah dan juga majlis penutupan program dijalankan. Selain itu, saya juga perlu mendapatkan maklumat mengenai perancangan kedudukan perasmi dan para jemputan. Maklumat yang paling penting adalah mendapatkan butiran diri penceramah jemputan bagi slot ceramah yang akan dijalankan. Hal ini adalah kerana, untuk melihat sejauh mana keberkesanan slot tersebut terhadap para peserta. Latar belakang penceramah amat penting kerana ianya sedikit sebanyak mampu mempengaruhi tahap keberkesanan penyampaian yang disampaikan dan bagi memastikan ianya bersesuaian dengan tajuk yang telah ditetapkan. Dengan bantuan dan cadangan dari Felo penasihat kami En Hussain Yusri bin Zawawi , dalam perjumpaan mingguan, kami telah bersepakat utuk memilih salah seorang wartawan dari Sinar Harian . Beliau adalah En. Muhammad Shamsul bin Abd Ghani yang telah berkhidmat dalam bidang kewartawanan selama dua tahun. 6.0 Permasalahan dan tindakan Dalam melaksanakan tugas-tugas yang diberi, terdapat masalah yang telah saya hadapi. Antara masalah yang saya hadapi ialah tempat untuk penceramah tersebut meletak kenderaan kerana tempat meletak kenderaan yang terhad . Oleh itu , saya telah memilih seseorang untuk menunggu di tempat letak kereta tersebut bagi memudahkan penceramah tersebut untuk meletakkan kenderaan. 7.0 Penutup Saya berharap Program ICT Talent : Documentary Project ini mencapai objektif yang diharapkan iaitu dapat mengajar mahasiswa mendapatkan informasi dalam dokumentari yang telah ditetapkan di sesuatu tempat.Selain itu , program ini diharapkan dapat membuka minda mahasiswa/i dengan persekitaran sebenar kehidupan seorang pakar dokumentari yang berjaya dan mampu membina jaringan teknologi yang dapat digunakan oleh
  • 5. mahasiswa/i untuk membangunkan Kelab Penerbitan dan ICT. Oleh itu , segala kerjasama dan perhatian yang telah diberikan saya hargai dengan ucapan ribuan terima kasih. Disediakan oleh, _______________________ (NUR SYAFIQ BIN ZAHIDIN) Pengarah Protokol Program ICT Talent:Documentary Project Kolej Ibrahim Yaakub