1. 2
Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga atau empat pilihan jawapan iaitu A, B dan C atau A, B, C dan D.
Antaranya ada satu jawapan yang betul. Pilih jawapan itu.
Soalan 1 hingga Soalan 20
Pilih jawapan yang sesuai.
Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah
1. Mak Ani _______________ sebakul sayur-sayuran di atas kepalanya.
A mendukung
B menjunjung
C membimbit
2. Mereka menyelam ke _______________________ laut untuk mencari batu karang.
A tengah C atas
B dalam D tepi
3. ______________________ basikal Eiman yang patah itu telah dibaiki.
A Kekuda C Sesiku
B Kekisi D Jejari
2. 3
Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah
4. Kakak menghiris bawang itu ________________________ sebilah pisau.
A oleh B kepada C dengan
5. Ayah berasa ___________________________ akan sikap abang yang tidak mendengar kata
itu.
A bangga B kecewa C gembira
Soalan 6 berdasarkan gambar dibawah
6. Pak Dino membeli beberapa __________________ langsat di pasar.
A papan C gugus
B butir D biji
7. Matanya terasa _______________________ apabila terkena asap.
A pedih B gelap C hitam D merah
3. 4
8. “ _______________________ kamu bersedih lagi kerana yang pergi tidak akan kembali,”
kata Ita kepada Lina.
A Dilarang C Usahlah
B Silalah D Mintalah
9. Hasnita disukai oleh rakan-rakannya kerana dia _______________________________ .
A berat tulang
B ringan tulang
C tulang belakang
D membanting tulang
Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah
10. Hafiz menjadi _______________________ bagi pasukan bola sepak sekolahnya.
A anak emas
B anak tunggal
C ayam pemikat
D ayam tambatan
11. Pada musim tengkujuh, _____________________ tidak dapat turun ke laut untuk
menangkap ikan.
A pekebun B nelayan C penoreh D petani
12. Uda membeli beberapa ______________________ papan untuk dibuat reban ayam.
A buah B keping C helai
4. 5
13. Sejak kecil lagi, Faizal _________________________ oleh ibunya supaya bercakap benar.
A dikerah
B diguna
C dipaksa
D diajar
14. Zaidi menerima hadiah kecemerlangannya itu _________________ guru besar.
A dari B daripada C kepada
15. Letupan itu telah menyebabkan bangunan di sekitar bandar itu ___________________ .
A bergoyang
B berkocak
C berbuai
D bergegar
Soalan 16 hingga 17 berdasarkan gambar di bawah
16. Pesawah itu sedang ____________________ anak padi di dalam petak sawah
A membanting B menuai C mengubah
17. Emak mempunyai se ____________________ sawah yang sangat luas.
A kaki B bidang C buah D kajang
18. ___________________ seorang ketua kampung yang disegani oleh anak-anak buahnya.
A Dia B Kamu C Beliau D Mereka
5. 6
Soalan 19 berdasarkan gambar di bawah
19. Syafiq tinggal di sebuah rumah yang ___________________ di hujung kampung.
A baru B cantik C usang D buruk
Soalan 20 dan Soalan 21
Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris
20. Sofa itu sungguh empuk.
A enak B keras C reput D lembut
21. Matahari terbit di sebelah timur.
A timbul B lahir C mula D tumbuh
Soalan 22 dan Soalan 23
Pilih perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris
22. Baju itu dijual dengan harga yang amat mahal.
A rendah B mati C murah D tetap
23. Ibu berpesan kepada kami agar tidak boros berbelanja.
A sombong B cermat C kedekut D kotor
Soalan 24
Pilih simpulan bahasa yang tepat berdasarkan pernyataan diberikan.
24. Zaim tidak berpuas hati dengan sikap ayahnya yang sentiasa mengutamakan kehendak
adiknya.
A Naik darah B Panas hati C Pilih kasih D Patah hati
6. 7
25. _________________Permaisuri Johor akan berangkat mengiringi Sultan ke Kembara Johor.
A Dia B Mereka C Tuanku D Beliau
Soalan 26 berdasarkan gambar di bawah
Pilih soalan yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan.
26. A Bolehkah saya masuk ke dalam rumah, pak cik?
B Adakah, saya hendak boleh berjumpa Amin?
C Benarkan saya masuk boleh?
D Anak pak cik ada di dalam rumahkah?
Soalan 27
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi soalan yang diberikan.
27. Bilakah majlis hari lahir itu diadakan?
A Majlis itu akan dihadiri oleh kawan-kawan lamanya.
B Setahu saya majlis itu akan diadakan pada petang ini.
C Dia menyambut hari lahirnya yang ke-9 tahun.
D Majlis itu dianjurkan oleh keluarganya.
7. 8
Soalan 28 berdasarkan gambar di bawah.
28. Zaidie berlari _____________________________ apabila dikejar oleh anjing .
A simpang-siur B bengkang-bengkok C lintang-pukang
Soalan 29 dan Soalan 30
Pilih ayat yang betul.
29. A Syafiah pergi taman petang tadi.
B Ayah beli dua pucuk pensel.
C Sebelum makan, dia mencuci tangan.
30. A Ibu ke sekolah di hujung minggu.
B Kemalangan itu berlaku di waktu malam.
C Liza seorang murid yang pintar.
Soalan 31 hingga Soalan 35
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Kita tentu pernah melihat kemudahan awam yang disediakan. Kemudahan awam ini adalah
penting di dalam kehidupan kita. Akan tetapi banyak orang yang tidak menghiraukannya.
Sesetengah orang membuang sampah sesuka hati. Mereka tidak membuang sampah sarap
tersebut di tempat yang telah disediakan. Ada juga orang yang meletak kenderaan di tempat
yang salah dan tidak di tempat letak kenderaan. Sewaktu berlaku kebakaran, sudah tentu
kemudahan awam ini sukar digunakan. Oleh sebab itu, kebakaran sukar dikawal dengan cepat.
31. Apakah kemudahan awam yang dinyatakan itu?
A Balai bomba B Pili bomba C Tong sampah
8. 9
32. Siapakah yang bertanggungjawab untuk menggunakan kemudahan itu?
A Bomba B Polis C Tentera D Orang awam
33. Biasanya kemudahan awam ini terdapat di…………………………………..
A tepi bangunan B tepi lebuh raya C tepi pantai
34. Bolehkah orang awam menggunakan kemudahan ini?
A Boleh jika diizinkan
B Tidak digalakkan
C Tidak boleh
D Tidak pasti langsung
35. Apakah tujuan kemudahan awam itu disediakan?
A Untuk membantu orang awam semasa ketiadaan air
B Untuk membantu bomba memadamkan kebakaran
C Untuk digunakan oleh orang ramai.
9. 10
Soalan 36 hingga Soalan 40
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Kepada :
Puan Aisyah yang kami sayangi lagi dirindui.
Jasamu dan budimu amat kami hargai
Akan kami kenangi dan sanjungi
Ajaran dan nasihatmu
Akan kami semat di hati
Janji kami adalah usaha gigih
Mendapat kecemerlangan
Ke peringkat yang tertinggi
Demi keluarga, bangsa, dan Negara
Daripada ;
Murid-muridmu
Tahun 3 Nilam.
36. Kad ini merupakan sejenis kad
A ajakan B rasmi C ucapan D undangan
37. Bilakan kad ini selalu dikirimkan?
A Semasa Hari Kebangsaan
B Ketika sambutan Hari Guru
C Semasa hari-hari cuti umum
D Pada awal tahun
10. 11
38. Siapakah Puan Aisyah?
A Ibu murid 3 Nilam
B Guru Kelas 3 Nilam
C Kerani sekolah
D Pegawai Pelajaran
39. Apakah jenis puisi yang ditulis dalam kad itu?
A Sajak
B Pantun
C Syair
D Seloka
40. Bagaimana sikap pengirim kad itu terhadap penerima?
A Setia
B Ceria
C Amanah
D Menghargai
SOALAN TAMAT
11. ANALISA DAN JAWAPAN BAHASA MALAYSIA KEFAHAMAN TAHUN 3
NO SOALAN SISTEM BAHASA JAWAPAN BETUL SALAH CATATAN
1. KATA KERJA B
2. KATA ARAH B
3. KATA GANDA D
4. KATA SENDI C
5. KATA ADJEKTIF B
6. PENJODOH BILANGAN C
7. KATA ADJEKTIF A
8. KATA PERINTAH C
9. SIMPULAN BAHASA B
10. SIMPULAN BAHASA D
11. KATA NAMA B
12. PENJODOH BILANGAN B
13. IMBUHAN D
14. KATA SENDI B
15. IMBUHAN D
16. KATA KERJA C
17. PENJODOH BILANGAN B
18. KATA GANTI NAMA C
19. KATA ADJEKTIF C
20. SINONIM D
21. SINONIM A
22. ANTONIM C
23. ANTONIM B
24. SIMPULAN BAHASA C
25. KATA GANTI NAMA C
26. SOALAN YANG TEPAT A
27. JAWAPAN YANG TEPAT B
28. KATA GANDA C
29. AYAT YANG BETUL C
30. AYAT YANG BETUL C
31. PETIKAN 1 B
32. PETIKAN 1 A
33. PETIKAN 1 A
34. PETIKAN 1 C
35. PETIKAN 1 B
36. PETIKAN 2 C
37. PETIKAN 2 B
38. PETIKAN 2 B
39. PETIKAN 2 A
40. PETIKAN 2 D