1. KAJIAN FABRIK
Gentian dapat dikelaskan kepada:
1 Gentian asli
2 Gentian buatan
Gentian boleh diklasifikasi kepada dua kumpulan
Gentian asli daripada sumber semula jadi, ialah:
Gentian asli
Gentian tumbuhan Gentian haiwan
Gentian tumbuhan:
Gentian tumbuhan untuk fabric adalah gentian yang mengandungi 70 peratus hingga 80
peratus selulosa yang terkandung dalam biji, batang daun dan buah. Selulosa pada
gentian tumbuhan terdiri daripada unit glukosa. Setiap molekul glukosa mengandungi
unsure karbon, hydrogen, dan oksigen. Susunan molekul dalam selulosa padat dan
teratur. Susunan ini memberikan kekuatan pada batang tumbuhan.
Gentian Asli
Sintetik Terjana SemulaHaiwan(Protein
)
Tumbuhan(Selulosa)
Asas
Logam
Getah
Asas
PetroleumMineral
Gentian Buatan
SUMBER
GENTIAN
2. Kapas
Pokok kapas banyak ditanam di Negara India, Amerika Syarikat, Russia, China, dan
Mesir. Tinggi pokok kapas lebih kurang satu hingga satu setengah meter. Pada
peringkat awal, bunganya berwarna kuning muda kemudian selepas tiga hari bunga
akan menjadi merah dan gugur meninggalkan lenggai atau buah kapas.
Lenggai ini membesar sehingga sebesartelur ayam, terdapat tiga hingga lima garisan
yang membujur yang akan merekah apabila buah kapas matang. Setiap pokok yang
akan mengeluarkan sekurang-kurangnya 20 biji buah dan setiap buah pula
mengandungi 30 hingga 40 biji benih yang disalut dengan bebola gentian kapas.
Kapas dapat dikategorikan kepada empat jenis:
a) Kapas Sea Island b) Kapas Mesir c) Kapas Amerika d) Kapas India
Kapas Sea Island dan kapas Mesir digunakan untuk membuat benang kapas dan fabrik
yang ringan seperti Batiste. Kapas Amerika sesuai dijadikan fabrik yang tebal dan berat
untuk kegunaan artikel kelenkapan rumah tangga dan industry. Kapas India digunakan
untuk menhasilkan fabrik berkualiti rendah.
Struktur gentian kapas
Gentian kapas dibentuk daripada unit sel yang merupakan tiub yang pipih, berpintal dan
terdapat limen di tengahnya.
Ciri-ciri Gentian Kapas
kekukuhan - kukuh
- bertambah kukuh apabila basah kerana air yang
diserap mengembangkan gentian kapas dan
menyusun semula kawasan yang berhablur di
dalam selulosa.-kotoran dapat dikelurkan dengan
mudah
kekenyalan - Tidak kenyal
- dapat mengekalkan bentuknya
- pakaian mudah renyuk
3. Penyerapan
lembapan
-bersifat hidrofilik
-mudah menyerap lembapan
-mengandungi 7% lembapan dan dapat menerap
sehingga
21% air
-selesa dipakai
-contoh: tuala
-mudah menyerap warna
-tiada cas elektrostatik
Pengalir haba -Pengalir haba yang baik
-dapat memindahkan haba tubuh ketika panas buat
kita rasa sejuk
-diseterika pada suhu tinggi
Tindakan asid -asid hidroklorik dan asid sulfuric akan merosakkan
fabric
-asid asetik dan cuka tidak memberikan sebarang
kesan
Tindakan alkali -tahan kepada tindakan alkali seperti sabundan agen
pencuci
-perlu dibilas sehingga bersih
Ketahanan
terhadap cahaya
matahari
-tidak memberikan kesan
-warna pakaian menjadi pudar selepas dijemur adalah
kerana pewarna yang tidak berkualiti rendah.
Ujian Pembakaran Fabrik
6. Kelim ialah sejenis proses jahitan yang mencantumkan dua atau lebih kepingan fabrik.
Kelim juga digunakan untuk memberi bentuk dan stail pada pakaian. Terdapat beberpa
jenis kelim, antaranya ialah kelim belah kangkung, kelim betawi, kelim papan
mesin, kelim papan tangan dan kelim lipat tindih.
Kegunaan Kelim
1. Untuk menyambungkan dua atau lebih kepingan fabrik.
2. Untuk mengukuh dan mengemaskan tepi fabrik
3. Untuk memberi bentuk pada pakaian supaya lebih padan
4. Untuk perhiasan.
Pemilihan Kelim
Bergantung kepada;
1. Jenis fabrik - Kelim yang hendak dijahit mestilah sesuai dengan jenis
fabrik.Contohnya fabrik yang mudah berbulu, nipis dan halus sesuai dijahit
dengan kelim betawi.
2. Jenis pakaian – Pakaian yang kerap didobi memerlukan kelim yang lebih kukuh.
Contohnya pakaian kanan-kanak.Selain daripada itu kelim papan mesin sesuai
untuk jean tetapi tidak sesuai untuk gaun fabrik kapas.
3. Gaya dan kedudukan kelim – Sesuaikan jenis kelim dengan kedudukan kelim
pada pakaian.Contohnya Kelim Betawi sesuai dijahit pada rusuk skirt atau blaus
yang lurus tetapi tidaksesuai dan sukar untuk dijahit pada kelim yang
melengkung.
7. KELIM BETAWI
Kelim Betawi adalah kelim di dalam kelim. Kelim ini sesuai untuk fabrik nipis, jarang
dan mudah berjerumbai. Di samping itu juga ia adalah kemas kerana basinya
tersembunyi. . Kelim ini sesuai dijahit pada bahagian pakaian yang lurus kerana agak
sukar dijahit pada bahagian melengkung. Kelim ini sesuai digunakan pada pakaian
kanak-kanak, blaus, pajama, pakaian dalam dan pakaian bayi.
Ciri – ciri Kelim Betawi
1. Sesuai untuk banyak fabrik terutamanya yang berbulu.
2. Lebarrnya 6 mm atau kurang.
3. Kukuh kerana mempunyai dua kali jahitan.
Kebaikan menggunakan Kelim Betawi
1.1. Kelim ini kecil dan teguh kerana terdapat dua kali jahitan.
2.2. Kemas dan bahagian tepi fabrik tidak kelihatan
3.3. MMudah didobi.
4.4. Sesuai untuk fabrik nipis dan pakaian yang mudah berbulu.
Kelemahan menggunakan Kelim Betawi
1.1. Kelim ini tebal dan tidak sesuai untuk fabrik yang tebal.
2.2. Tidak boleh dibuka untuk membesar pakaian.
3.3. MMengambil masa yang lama untuk kering.
4.4. Lebar kelim yang siap ialah 6 mm
KELIM BELAH KANGKUNG
8. Kelim belah kangkung ialah kelim yang paling mudah dan amat sesuai untuk semua
jenis fabrik yang sederhana tebal dan tebal.Kelim ini rata dan mata jahitannya tidak
kelihatan di sebelah luar pakaian. Kelim belah kangkung terdiri daripada satu baris
mata jahitan yang dijahit pada dua keping kain yang dicantumkan.Kelim Belah
Kangkung digunakan pada bahu,rusuk , lengan dan sambungan jalur serong
Ciri-ciri Kelim Belah Kangkung
1. Lebarnya sekata iaitu sebaik-baiknya 13mm
2. Kedua-dua belah kelim ditekan terbuka dan rata
3. Basi kelim dikemaskan dengan elok. Kelim belah kangkung yang melengkung
hendaklah disnip supaya boleh ditekan
Kebaikan Kelim Belah Kangkung
1. Kelim ini rata
2. Jahitan tidak kelihatan di sebelah luar
3. Ia tidak tebal
4. Kelim boleh dibuka apabila badan bertambah besar
Kelemahan Kelim Belah Kangkung
1. kedua bahagian kelim mesti dibuka dan ditekan berasingan
2. tidak sesuai untuk fabrik yang nipis
3. Kurang teguh kerana ia hanya mempunyai satu baris jahitan
KELIM PAPAN MESIN
9. Kelim papan mesin adalah rata, kemas dan tidak berjerumbai. Kelim ini digunakan
untuk kain yang mudah berjerumbai dan sederhana tebal. Kelim ini juga boleh dijahit
menggunakan benang berwarna kontras untuk menjadi hiasan atau stail pada pakaian.
Kedudukan kelim ini didapati pada kemeja, blaus, pajama, seluar, jeans dan pakaian
kerja.
Ciri – ciri kelim Papan Mesin
1. Kelim ini kukuh kerana dijahit dengan menggunakan dua baris jahitan.
2. Boleh disiapkan di sebelah luar atau di sebelah dalam pakaian. Jika disiapkan di
sebelah luar, dua baris jahitan mesin akan kelihatan di sebelah luar dan satu
baris jahitan akan kelihatan di sebelah dalam. Jika disiapkan di sebelah dalam
maka dua baris jahitan mesin akan kelihatan di sebelah dalam dan satu baris
jahitan akan kelihatan di sebelah luar.
3. Lebar kelim yang telah siap ialah 6 mm.
Kebaikan Kelim Papan Mesin
1. Kukuh dan tahan lasak kerana dibuat dengan dua baris jahitan.
2. Rata, mudah didobi dan kemas kerana tepi fabric terkemas di dalam.
Kelemahan Kelim Papan Mesin
1. Agak tebal dan lambat kering.
2. Tidak sesuai fabrik yang jarang kerana basi kelim terlihat di luar fabric.
KELIM PAPAN TANGAN
10. Kelim papan tangan lebih halus buatannya daripada kelim papan mesin. Ia digunakan
untuk kain yang nipis dan lembut seperti kain sutera. Biasanya kelim papan tangan ini
digunakan pada pakaian bayi dan baju kurung johor.
Ciri – ciri Kelim Papan Tangan
1. Sama seperti Kelim Papan Mesin tetapi dijahit sebelah dalam fabrik dengan
jahitan tangan.
2. Kelim rata dan kukuh tetapi tidak sekuat kelim papan mesin.
Kebaikan Kelim Papan Tangan
1. Rata, kemas dan mudah didobi.
2 Terkemas sendiri.
Kelemahan Kelim Papan Tangan
1. Tidak sesuai untuk kain yang tebal.
2. Mengambil masa yang lama untuk menjahit dan jahitan sembat kelihatan di
sebelah luar pakaian..
KELIM LIPAT TINDIH
11. Kelim lipat tindih atau kelim tampal ialah kelim yang biasa digunakan untuk menjahit
bahagian dalam dan luar pakaian.Ia digunakan untuk stail dan perhiasan pada pakaian.
Kelim ini dijahit di sebelah luar pakaian dengan sebahagian kelim itu menindih yang
lain. Selalunya kelim lipat tindih digunakanuntuk melekat atau mencantumkan
bahagian atau kepingan-kepingan baju dan skirt, skirt mendatang, bahu
mendatang,ben-ben dan ropol-ropol. Kelim lipat tindih ini sesuai untuk baju kanak-
kanak, pijama, blaus dan baju ibu mengandung
Ciri – ciri Kelim Lipat Tindih
1. Kelim ini kukuh kerana dijahit dengan tiga lapisan fabrik.
2. Dikenali sebagai kelim tampal.
3. Jahitan dijahit disebelah luar pakaian.
Kebaikan Kelim Lipat Tindih
1. Kukuh kerana dijahit menerusi tiga lapisan fabrik.
2. Kelim ini rata dan mudah didobi.
3. Sangat sesuai untuk mencantum bahagian yang melengkung, cekung atau
pada bentuk yang sukar dijahit dengan kelim – kelim lain.
Kelemahan Kelim Lipat Tindih
1. Tidak sesuai pada fabrik yang tebal kerana terdiri daripada satu bahagian yang
bergelembung dan kelim ini dijahit melalui tiga lapisan fabrik.
2. Tidak sesuai pada fabrik yang jarang kerana basi kelimnya kelihatan di sebelah
pakaian.
BELAH
12. Belah ialah satu proses jahitan di pakaian dan artikel untuk senang dipakai dan
ditanggalkan.
Belah boleh dibuat di garis leher, di pinggang, di lenan, dan di rusuk dengan mengikut
fesyen pakaian.
Perhatian hendaklah diberi agar panjang belah bersesuaian dengan tujuan
mengadakannya.
Jenis Belah
• Belah kelepet sama lebar
• Belah slit berlapik
• Belah lapik kain selari
• Belah berkun
• Belah berplaket
Belah slit berlapik
• Dibuat di garis tengah hadapan atau di garis tengah belakang blaus, dan di
hujung lengan.
Ciri belah slit berlapik
• Garis belah rata.
• Pangkal belah kukuh dan tidak berkedut.
• Lapik atau fabric pakaian tidak kelihatan dari sebelah luar.
• Tidak ada alur di cantuman.
Belah berzip
• Berfungsi sebagai kancing dan belah pada pakaian dan artikel. Zip dapat
diperoleh dalam pelbagai jenis, saiz, dan warna.
13. Penggunaan dan pemilihan zip berdasarkan jenis fabrik, warna dan kedudukan.
Zip dipasang pada kelim belah kangkung dan belah slit berlapik.
Ciri belah berzip
• Kedua-dua tepi belah hendaklah sama panjang.
• Lebar belah sama pada keseluruhannya berukuran 7 mm hingga 10 mm.
• Gigi zip tidak kelihatan di sebelah luar pakaian apabila zip dikancingkan.
• Jahitan mesin hendaklah lurus dan kukuh keseluruhannya.
• Kelim tidak berkedut.
• Mata jahitan kelim di pangkal belah tidak tercabut