2. 9.0 LAPORAN PENGURUS KEWANGAN
9.1 Profil Pengurus Kewangan
CIK ILI FATINI SURIATI JAILANI
Pengurus Kewangan bermula 4 Februari 2011 sehingga 31 Okotober 2011
Cik Ili Fatini Suriati Jailani berusia16 tahun, telah dilantik ke
Lembaga Pengarah pada 4 Februari 2011. Beliau merupakan
Pengurus Kewangan Syarikat I’ExCeL Sdn. Bhd dari 4 Februari
2011 sehingga 30 Oktober 2011. Pada masa ini, beliau ialah
Pengurus Kewangan Syarikat.
Sebelum ini beliau memulakan karier selaku
bendahari bermula tahun 2008 setelah dilantik sebagai
Bendahari Majlis Tingkatan Dua. Kredibiliti beliau
sebagai bendahari telah dipilih untuk menimba
pengalaman sebagai Bendahari Majlis Rumah
Sukan. Beliau telah diberi kepercayaan menjawat
jawatan sebagai Bendahari Kehormat Pengawas Pusat
Sumber.
Sepanjang penglibatan beliau menjawat jawatan
selaku bendahari prestasi kewangan setiap organisasi
terurus dan terancang dengan sempurna. Dan telah
terbukti apabila dipilih sekali lagi untuk mengendalikan
Jabatan Kewangan Syarikat I’Excel Sdn. Bhd.
Penglibatannya sebagai Pengurus Kewangan membolehkan beliau mendalami dengan lebih
dekat lagi mengenai pengurusan kewangan serta menjadikan beliau lebih berakauntabiliti
dalam pengurusan kewangan.
Pengetahuan beliau dalam pengurusan kewangan juga telah memberi kepercayaaan
kepada ahli-ahli lembaga koperasi untuk melantik beliau sebagai bendahari koperasi
sekolah. Pada tahun 2011, kejayaan beliau sehingga ke peringkat antarabangsa dalam
penglibatannya dalam satu permainan cabaran menguji minda dalam bidang keusahawanan
membuktikan kemampuannya dalam pengurusan wang.
3. SIJIL DAN PENGHARGAAN YANG DIPEROLEHI
Sijil Penyertaan Kursus Kecemerlangan Ahli Lembaga Pengarah
Sijil Penyertaan Kursus Penyediaan Laporan dan Pembentangan Syarikat
5. 9.2 TINTA PENGURUS KEWANGAN
Alhamdulilllah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya saya dapat menjalankan
tanggungjawab dan kepercayaan yang diberikan dengan penuh komited dan teratur. Jutaan
terima kasih kepada pengurus-pengurus syarikat dan ahli-ahli syarikat yang lain atas
kerjasama yang diberikan dapat melicinkan segala pentadbiran kewangan. Komitmen
daripada semua ahli-ahli syarikat ini juga telah membantu dalam peningkatan jualan dan
pulangan wang seterusnya meningkatkan penerimaan saham bagi setiap pemegang saham.
Setiap syarikat yang ditubuhkan pasti ada halatuju dan sasaran syarikat masing-
masing dalam memastikan kejayaan dan kemajuan syarikat berada di tahap yang tinggi.
Sememangnya hasrat dan harapan ini juga adalah salah satu di bawah tugas Pegurus
Kewangan untuk memastikan sasaran ini tercapai mahupun tidak.
Alhamdulilllah, berkat usaha semua ahli syarikat, syarikat berjaya mencapai semua
sasaran yang diinginkan. Ini dapat dibuktikan apabila keuntungan yang diperoleh syarikat
melebihi sasaran yang ditetapkan pada mesyuarat agung tahunan. Selain itu, tiada kerugian
yang dicatatkan sepanjang perniagaaan dijalankan atas sebab pelaksanaan strategi
perniagaan yang mantap.
Saya ingin mengatakan bahawa penyertaan kami dalam Program Usahawan Muda
(PUM) adalah satu perlaksanaan yang seiring dengan harapan pihak Perbadanan Kemajuan
Negeri Perak (PKNP) untuk melahirkan generasi usahawan bumiputera yang cemerlang.
Oleh itu segala perhatian dan tunjuk ajar semua pihak kepada syarikat ini, amat saya hargai.
6. Akhir bicara, kejayaan tidak datang bergolek. Setiap pekerjaan perlu bermula dari
bawah dan untuk mencapai ke tahap yang tinggi perlukan usaha yang berterusan untuk
menggapai semua hasrat ini serta sikap berputus asa perlu dielak apabila menemui
kegagalan. Seperti kata seorang wanita yang paling dikagumi ramai wanita,
“ I am a woman in process. I’am just trying like everybody else. I try to take
every conflict, every experience and learn from it”-Oprah Winfrey
Selain itu, saya juga berpegang kepada kata Jamie Vanderberg iaitu,
“Before I create success, I must First visualize success”.
Wassalam.
Yang memegang amanah,
…………………………….
(Ili Fatini Suriati Jailani)
Pengurus Kewangan
Syarikat I’ExCeL Sdn.Bhd
7. 9.3 TANGGUNGJAWAB DAN TUGAS
Memikul tanggungjawab sebagai Pengurus Kewangan bukanlah satu tugas yang
mudah. Sebagai Pengurus Kewangan sikap jujur, amanah dan telus perlu diterap dalam diri
sepanjang menjalankan tugas dan tanggungjawab bagi mengelak masalah yang timbul
sepanjang pentadbiran pengurusan kewangan.
Selain itu, bagi memastikan tiada penipuan dan penyelewengan kewangan berlaku,
ketelitian dan kepekaaan perlu diambil kira semasa mengemaskini maklumat kewangan
syarikat agar prestasi syarikat meningkat dan sentiasa berada dalam keadaan stabil. Untuk
memastikan syarikat dan perniagaan yang dijalankan berjaya, beberapa strategi telah
digunakan bagi memastikan keuntungan yang diperoleh melebihi daripada sasaran syarikat.
Antaranya ialah mengggunakan modal yang minimum agar dapat menghasilkan
keuntungan yang optimum. Selain itu, pembelian modal yang cekap di mana tiada hutang
terkumpul semasa proses pembelian dan akhir sekali memastikan semua ahli lembaga
usahawan mendapat pembayaran gaji yang lumayan.
Selain daripada tanggungjawab-tanggungjawab tersebut, terdapat beberapa tugas-
tugas yang perlu dipukul sebagai Pengurus Kewangan. Antaranya ialah:
Merancang perbelanjaan wang dan keperluan syarikat.
Mengawal perbelanjaan syarikat dengan mencadangkan dan melaksanakan
kaedah -kaedah yang dirasakan perlu.
Merekod setiap wang keluar dan masuk bank.
Menyimpan wang dengan selamat mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
Memperoleh sumber kewangan melalui saham dan tajaan.
Mengemaskinikan lejar dan menyediakan penyata untung rugi serta kunci kira-kira
setiap bulan.
Menyediakan laporan kewangan syarikat.
Memegang kepercayaan yang diberi dengan amanah dan jujur.
Menyediakan belanjawan tunai.
Kesimpulannya, sebagai Pengurus Kewangan, tangguggungjawab dan kepercayaan
yang diberikan perlulah dipegang dengan amanah dan jujur agar segala kewangan syarikat
dapat berjalan dengan licin tanpa ada sebarang konflik yang boleh menggangu keutuhan
syarikat.
8. WAWASAN
Peranan sebagai Pengurus Kewangan bukanlah sekadar mengurus perbelanjaan
kewangan syarikat. Peranan tersebut juga meliputi tugas mentadbir dan memimpin pasukan
menjadi sebuah organisasi yang berdedikasi dalam melaksanakan tugas. Penubuhan
syarikat usahawan ini juga adalah untuk menghasilkan sebuah syarikat yang terkenal dan
maju di mata dunia dari segi pengurusan kewangan dan bukan setakat di kawasan yang
kecil. Selain itu, dalam melaksanakan tanggungjawab ini, sebagai Pengurus Kewangan juga
ingin membentuk model perkhidmatan tersendiri kepada ahli –ahli syarikat dalam kekayaan
dan kewangan peribadi berlandaskan prinsip syariah. Di samping menghasilkan sebuah
syarikat yang maju dan terkenal dalam masa yang singkat, menghasilkan individu yang
amanah dan berilmu dari segi kewangan juga adalah wawasan sebagai Pengurus
Kewangan. Antara wawasan beliau dalam memegang jawatan sebagai Pengurus Kewangan
dalam Syarikat I’ExCeL Sdn.Bhd ialah:
Menjadikan syarikat sebagai sebuah syarikat yang terkenal di iris dinia.
Membentuk pengaliran kewangan syarikat yang mantap.
Menghasilkan individu yang cemerlang dalam pengendalian wang.
Mewujudkan sebuah syarikat yang berpandukan syariat Islam.
Kewangan yang mantap dalam penjualan produk yang berinovatif.
9. 9.4 Penilaian Prestasi Syarikat
PENETAPAN KEY PERFORMANCE INDEX (KPI)
Sebagai seorang Pengurus Kewangan yang mempunyai wawasan dan matlamat sendiri,
beliau sentiasa menetapkan halatuju syarikat dan sasaran yang perlu dicapai di akhir
operasi syarikat. Melalui nasihat yang diberikan guru pengelola, beliau telah menetapkan
sasaran tertentu dalam Key Performance Index (KPI) seorang Pengurus Kewangan syarikat
sebagai Petunjuk Prestasi Utama yang perlu dicapai.Berikut adalah KPI yang ditetapkan
hasil perbincangan dengan guru pengelola.
Purata jualan sepanjang tahun mencapai RM 5,000
Kawalan kos dan keuntungan yang maksimum
Nilai sesaham meningkat
KEBERHASILAN KEY PERFORMANCE INDEX (KPI)
Melalui pengambilan salah satu prinsip umum yang yang diterapkan guru pengelola iaitu
“Cekal menghadapi masalah dan kesulitan (Preserverance in the face of adversity)”,
beliau telah berjaya melaksanakan segala tugas seorang Pengurus Kewangan. Berikut
merupakan rajah matlamat beserta keputusan Key Performance Index (KPI).
MATLAMAT KEPUTUSAN CATATAN
Purata jualan
sepanjang tahun Tercapai Untung bersih yang diperoleh syarikat melebihi RM 5,000
mencapai RM 5,000
Kawalan kos dan
Tiada sebarang kerugian yang dicatakan sepanjang
keuntungan yang Tercapai
perniagaaan.
maksimum
Nilai sesaham yang berakhir pada 30 Oktober 2010
Nilai sesaham
Tercapai melebihi daripada nilai seunit saham pada 4 Februari
meningkat
2010
10. 9.5 Laporan Kewangan Syarikat
Syarikat I’ExCeL Sdn. Bhd. mempunyai ahli seramai 25 orang yang merupakan ahli
pemegang saham. Dalam mesyuarat agung kali pertama syarikat, semua ahli pemegang
saham telah bersetuju untuk membeli saham syarikat sebanyak seunit seorang. Oleh yang
demikian semua ahli pemegang saham dikehendaki membeli saham yang berharga
RM12.00 seunit bagi ahli lembaga pengarah dan RM10.00 seunit bagi ahli syarikat yang
lain. Ini bermakna, semua ahli perlu membayar RM12.00 dan RM10.00 setiap masing-
masing dan wang ini dijadikan modal berbayar syarikat sebanyak RM260.00.
Selain itu, I’ExCeL Sdn. Bhd. juga telah membuka akaun syarikat di Bank Koperasi
Sek. Men Sains Raja Tun Azlan Shah yang merupakan bank sekolah sendiri. Langkah ini
diambil bagi melicinkan urusan pentadbiran serta mengelakkan sebarang masalah dan
penyelewengan. Nombor akaun syarikat ialah 4237 dengan menggunakan tiga penama iaitu
Pengurus Besar, Pengurus Pentadbiran dan Pengurus Kewangan.
Syarikat I’ExCeL Sdn.Bhd telah menjalankan berbagai jualan dan perkhidmatan bagi
menambahkan keuntungan syarikat. Antaranya ialah jualan harian, jualan mingguan, jualan
sampingan, perkhidmatan dan komisen. Selain itu, wang syarikat juga telah digunakan untuk
membeli barang-barang perniagaan, sumbangan dan lain-lain.
Antara projek-projek lain yang telah dijalankan oleh syarikat I’ExCeL Sdn. Bhd sepanjang
tahun 2010 yang telah menyumbang kepada kewangan syarikat ialah:
Projek Jualan hujung minggu dan penghabisan stok
Projek I’ExCeL Excess
Projek Jualan Hari sukan
Projek I’ExCeL Sport
Projek I’ExCeL IQ Challenge
Projek Jualan Sempena Hari Kebudayaan Islam
Projek Jualan Pizza dan Kek
Projek Hari Terbuka Asrama
Projek Ex’Design T-shirt
Projek produk kreatif (GREEN PLATE TECHNOLOGY)
Sudah menjadi lumrah tugas sebagai Pengurus Kewangan adalah untuk memastikan
prestasi kewangan syarikat sentiasa berada dalam keadaan stabil dan terurus. Berdasarkan
11. penilaian terhadap prestasi kewangan Syarikat I’ExCeL Sdn.Bhd hasil daripada titik peluh
usahawan-usahawan muda ini, sistem kawalan kewangan syarikat sentiasa berada dalam
keadaan kukuh dan tiada sebarang penyelewengan sepanjang pelaksaan tugas. Kewangan
syarikat juga sentiasa meningkat setiap kali aktiviti perniagaan dijalankan dan keuntungan
juga melebihi seperti yang disasarkan.
Peningkatan kewangan juga dibantu daripada ahli-ahli syarikat dalam melakukan
perkhidmatan yang memberikan hasil kepada syarikat. Walaupun sesetengah perniagaan
jualan tidak mencapai sasaran keuntungan namun tiada sebarang kerugiaan yang
dicatatkan sepanjang perniagaan syarikat.
Pendapatan dan Pembayaran syarikat dalam setahun
Berikut adalah pendapatan dan pembayaran syarikat setiap bulan sepanjang tahun
2010.
GRAF KOS DAN PENDAPATAN DALAM SETAHUN
Pendapatan dan Pembayaran Syarikat Tahun
2010
5000
4500
4000
3500
3000
2500
2000
1500
1000
500
0
Pembayaran Pendapatan
12. 9.6 Strategi Keuntungan
Dalam mendapatkan keuntungan yang tinggi bukan sahaja berdasarkan projek yang
dijalankan malah strategi-stategi yang bijak perlu dirancang dan disusun agar keuntungan
yang diperoleh melebihi daripada yang disasarkan. Modal permulaan yang minima telah
memastikan syarikat mendapat pulangan yang optimum. Selain itu, sasaran pelanggan
syarikat ialah daripada golongan muda untuk meningkatkan kewangan syarikat. Antara
strategi lain ialah:
13. 9.7 Pencapaian Matlamat
Berdasarkan Mesyuarat Agung penubuhan kali pertama yang diadakan pada 4 Februari
2010, ahli lembaga pengarah buat kali pertama pada 4 Februari telah bersepakat untuk
menetapkan sasaran pendapatan serta aktiviti-aktiviti perniagaan yang akan dijalankan.
Dalam perbincangan ini, pihak syarikat telah bersetuju mensasarkan pendapatan tahunan
syarikat sebanyak RM 5,000.
Syarikat I’ExCeL Sdn. Bhd telah berjaya merealisasikan matlamat dan sasaran
syarikat dengan memperoleh keuntungan yang memuaskan sebanyak RM 5,150.65 dalam
tempoh 10 bulan. Selain itu, kerjasama jitu yang diberikan oleh semua ahli syarikat telah
membantu menjayakan segala perancangan syarikat serta menjalankan aktiviti-aktiviti jualan
dan perkhidmatan dengan lancar.
Selain itu, saya selaku Pengurus Kewangan I’ExCeL Sdn. Bhd amat berbangga
dengan pencapaian syarikat kami yang telah berjaya melepasi sasaran awal syarikat.
Justeru itu, peratus hasil jualan telah menjangkau 1.03 % daripada sasaran awal iaitu RM 5
000 dengan keuntungan bersih pada 30 Oktober 2010 ialah RM5,150.65.
Ini dapat diringkaskan seperti berikut :
Lebihan Peratus
Perkara Target Pencapaian
pendapatan pencapaian
Jualan
RM 5000.00 RM 5,150.65 RM 150.65 1.03%
tahunan
14. 9.8 Pencapaian Pendapatan Syarikat Mengikut Projek-Projek Syarikat
Pendapatan Syarikat: Jualan Hujung Minggu
Pendapatan jualan dalam setahun: RM6481.20
Perbelanjaan jualan dalam setahun: RM4225.80
Keuntungan jualan dalam setahun RM2255.40
Kawalan Kos dan Keuntungan
Dengan bermodalkan saham yang dibayar oleh setiap ahli syarikat, pihak syarikat hanya
menggunakannya untuk perbelanjaan kos pembelian barang-barang mentah untuk jualan
hujung minggu. Di sini, syarikat telah dapat menjimatkan perbelanjaan kos kerana tiada kos
penghantaran barang yang dikenakan terhadap syarikat selain syarikat dapat membeli
barang-barang dengan pembelian harga yang berpatutan. Penggunaan kos yang minimum
ini telah menghasilkan kuntungan yang optimum kepada syarikat.
Pendapatan Syarikat: I’ExCeL IQ CHALLENGE
Pendapatan aktiviti RM 915.00
Perbelanjaan syarikat RM 595.00
Keuntungan aktiviti RM 320.00
Kawalan Kos Dan Keuntungan
Pihak syarikat telah menggunakan kos yang agak tinggi dalam melaksanakan projek ini. Ini
kerana syarikat memerlukan kos untuk membali barang-barang untuk menganjurkan
pertandingan ini. Walaubagaimanapun, sambutan yang hangat dari para pelanggan telah
menangani masalah kos yang tinggi malah mendapat keuntungan yang lebih daripada yang
disasarkan.
15. Pendapatan Syarikat: Jualan HARI SUKAN
Pendapatan syarikat RM 182.15
Perbelanjaan syarikat RM 155.30
Keuntungan syarikat RM 26.85
Kawalan Kos dan keuntungan
Pihak syarikat telah mendapat bekalan barangan yang agak murah pada penjualan hari
sukan ini kerana mendapat bekalan barangan daripada syarikat-syarikat pemborong.Oleh
itu, harga kos yang dikenakan juga agak rendah dan berpatutan. Namun, keuntungan yang
diperoleh adalah tidak begitu memberangsangkan kerana terlalu banyak penjualan yang
diadakan oleh pihak sekolah semasa temasya hari sukan tersebut bagi memeriahkan
suasana pada hari tersebut.
Pendapatan Syarikat:I’ExCeL SPORT
Pendapatan Syarikat RM585.10
Perbelanjaaan Syarikat Tiada kos
Keuntungan Syarikat RM 585.10
Kawalan Kos dan Keuntungan
I’ExCeL SPORT yang dianjurkan oleh syarikat I’ExCeL Sdn.Bhd ini, tidak memerlukan
sebarang kos dan perbelanjaan bagi mengadakan projek ini. Setiap alatan permainan sukan
sudah siap tersedia. Syarikat hanya memperoleh keuntungan daripada penyertaan oleh
peserta. Oleh itu, keuntungan yang diperoleh adalah agak lumayan kerana mendapat
sambutan yang hangat daripada setiap pelanggan.
16. Pendapatan Syarikat :I’ExCeL EXCESS
Pendapatan Syarikat RM 759.50
Perbelanjaan Syarikat Tiada kos
Keuntungan Syarikat RM 759.50
Kawalan Kos dan Keuntungan
Pihak syarikat tidak mengeluarkan sebarang kos dalam melaksanakan perkhidmatan ini. Ini
kerana semua peralatan IT bagi mengadakan perkhidmatan ini sudah disedidkan oleh pihak
sekolah dan tiada sebarang cas yang dikenakan kerana kebanyakan ahli-ahli syarikat
daripada Kelab Multimedia. Secara tidak langsung, syarikat mendapat keuntungan terus
daripada perkhidmatan ini dan sambutan yang hangat daripada para pelanggan telah
meningkatkan keuntungan syarikat.
17. Pendapatan Syarikat : Jualan Sempena Hari Kebudayaan Islam
Pendapatan Syarikat RM 1006.00
Perbelanjaan Syarikat RM 670.00
Keuntungan Syarikat RM 336.00
Kawalan Kos dan Keuntungan
Syarikat telah menjalankan projek ini dengan menggunakan kos yang agak rendah. Dengan
bilangan kuantiti pembelian yang banyak menyebabkan syarikat telah mendapat harga yang
murah daripada pihak pembekal. Selain itu, pembelian yang diperoleh terus daripada kilang
juga mengurangkan kos pembelian barangan daripada pihak pembekal. Hal ini
menyebabkan kos perbelanjaan tidak melebihi peruntukkan sebenar. Manakala dari segi
keuntungan, syarikat memperoleh keuntungan yang agak memberangsangkan kerana
strategi perniagaan yang berkesan bagi meningkatkan hasil jualan.
Sambutan hangat daripada para pelanggan
18. Pendapatan Syarikat : Jualan Delicious Pizza And Cakes
Pendapatan Syarikat RM 820.80
Perbelanjaan Syarikat RM 513.00
Keuntungan Syarikat RM 307.80
Kawalan Kos dan Keuntungan
Pihak syarikat mendapatkan bekalan makanan pizza dan kek dengan harga yang murah
kerana syarikat menempah dengan bekalan yang banyak .Lantaran itu,kos untuk projek ini
dapat dikurangkan.Memandangkan pelanggan kami adalah daripada kalangan para pelajar
yang tinggal di asrama maka ini adalah satu kelebihan kepada kami. Hasil sambutan yang
memberangsangkan daripada para pelajar memberikan keuntungan yang agak lumayan.
19. Pendapatan Syarikat : Jualan Hostel Open Day
Pendapatan syarikat RM750.00
Perbelanjaan syarikat RM 150.00
Keuntungan syarikat RM 600.00
Kawalan Kos dan Keuntungan
Syarikat telah bekerjasama dengan pihak sekolah untuk mengadakan pelbagai jualan. Oleh
itu,syarikat telah mengadakan pelbagai jualan dan permainan bagi mengeratkan
sitaturrahim.Setiap permainan juga dikenakan bayaran tetapi harga yang berpatutan. Jadi ini
dapat menarik ramai pelanggan untuk menyertainya. Sambutan yang hangat daripada para
pelanggan telah membantu dalam pendapatan syarikat malah jualan yang dilakukan oleh
syarikat juga memberangsangkan.
Pendapatan Syarikat: Perkhidmatan I’ExCeL Ex_Design
Pendapatan syarikat RM 3110.00
Perbelanjaan syarikat RM 2750.00
Keuntungan syarikat RM 360.00
Kawalan Kos dan Keuntungan
Pihak syarikat telah mendapat bekalan baju T-shirt daripada pembekal T-shirt dengan harga
yang murah kerana menempah dengan kuantiti yang banyak. Di samping itu, bekalan yang
diperoleh terus daripada kilang mengurangkan kos pembelian baju daripada pihak
pembekal. Oleh itu, keuntungan yang diperoleh juga agak lumayan kerana sambutan hangat
yang diberikan pelanggan dengan menggunakan strategi yang berkesan dalam menarik
perhatian pelanggan untuk membeli T-shirt syarikat iaitu I’ExCeL sdn.bhd.
21. GRAF KEUNTUNGAN PROJEK SYARIKAT I’EXCEL SDN.BHD
RM2,500.00 RM2,255.40 Keuntungan
RM2,000.00
RM1,500.00
RM600.00
RM759.50
RM1,000.00 RM585.10 RM336.00
RM360.00
RM320.00 RM307.80
RM500.00
RM26.85
RM0.00
Graf menunjukkan keuntungan yang diperoleh bagi setiap projek
22. GRAF KEUNTUNGAN JUALAN DALAM SETAHUN
untung/rugi
untung/rugi
1212.7
1204.8
1096.1
815.35
577.15
127.15
212.4
105 200
Feb Mac Apr Mei Jun Jul
Ogs
Sept
Okt
Graf menunjukkan keuntungan yang diperoleh dalam setiap bulan sepanjang tahun
2010
23. GRAF PENJUALAN PRODUK DALAM SETAHUN
Pendapatan diperoleh dalam setiap
perkhidmatan
Graf menunjukkan projek-projek dan perkhidmatan yang telah menyumbang kepada
pendapatan syarikat
25. 9.10 Penyata Pendapatan Syarikat I’ExCeL Sdn. Bhd.
26. 9.11 Kunci Kira-kira Syarikat I’ExCeL Sdn. Bhd.
Diaudit oleh :
EN.MOHD SAHARIZAL B. MOHD BAHARUDDIN EN. MD RADZI B. ABDULLAH
Juruaudit Dalaman Juruaudit Luaran
Syarikat I’ExCeL Sdn.Bhd Syarikat I’ExCeL Sdn.Bhd
27. 9.12 Modal Dan Pulangan Atas Modal
Pihak syarikat telah memulakan operasi dengan bermodalkan permulaan sebanyak RM 260
melalui 25 unit terbitan saham. Berbekalkan sejumlah modal ini, syarikat mampu
menjalankan segala jenis perkhidmatan dan perniagaan bermula dari perniagaan yang kecil
hingga yang besar dengan lancar dan terancang tanpa sebarang perumitan yang boleh
menjatuhkan syarikat. Segala masalah yang timbul dihadapi dengan cara yang positif tanpa
mengganggu kestabilan syarikat. Dengan perkhidmatan syarikat yang mantap dan hasil
kerja ahli-ahli syarikat berkualiti, perjalanan syarikat berjalan dengan licin dan terurus
disamping mendapat kerjasama yang baik daripada para pelanggan.
Bagi tahun akhir 30 Oktober 2010, pulangan atas modal bernilai:
= RM 20.81/unit
Hal ini menunjukkan, Syarikat I’ExCeL Sdn.Bhd. telah memperoleh sebanyak RM20.81 bagi
setiap unit yang dilaburkan sepanjang syarikat beroperasi.
Bermula dari permulaan operasi sehingga ke akhir operasi syarikat, jumlah pendapatan
keseluruhan yang diperoleh oleh syarikat sebanyak RM 14,609.75. Manakala perbelanjaan
syarikat sebanyak RM 9,459.10.
Dengan ini, untung bersih syarikat bagi tahun berakhir 30 Oktober 2010 adalah RM
5,150.65. Seterusnya, nilai setiap unit saham yang dilaburkan adalah RM10.00 dan
RM12.00 . Nilai dividen setiap pemegang saham bernilai RM 20.81.
28. 9.13 Notis Penutupan Akaun dan Bayaran Balik Saham
NOTIS PENUTUPAN AKAUN DAN BAYARAN BALIK SAHAM
Merujuk kepada kelulusan pemegang-pemegang saham pada mesyuarat Penajaan,
pembayaran balik saham dibuat pada 30 Oktober 2010 pada kesemua 25 orang
pemegang saham berdaftar dengan syarikat pada 04 Februari 2010.
Seperti mana semua pemegang saham maklum bahawa 25 unit saham telah dijual
pada awal penubuhan syarikat, maka syarikat tidak akan melayan sebarang
penambahan atau pengeluaran saham bagi kemudahan pengurusan syarikat
KECUALI mereka yang terlibat dalam kes-kes displin sepanjang tempoh
pengurusan Syarikat.
Sekian Harap Maklum.
Yang benar,
………………………………..
(DANIAL B TARMIZI)
Pengurus Besar,
Syarikat I’ExCeL Sdn. Bhd.
29. 9.14 Pengisytiharaan Harga Saham
Berikut dinyatakan harga nilai saham bagi Syarikat I’ExCeL Sdn. Bhd
NILAI SEUNIT SAHAM PADA
20 unit bernilai RM10.00
4 Februari 2010
5 unit bernilai RM12.00
MODAL BERBAYAR
25 unit saham ditawarkan RM 260.00
UNTUNG BERSIH PADA
30 Oktober 2010 RM 5,150.65
NILAI SAHAM PADA
30 Oktober 2010 RM 20.81
SENARAI PEMEGANG-PEMEGANG SAHAM SYARIKAT I’ExCeL Sdn.Bhd
Danial b Tarmizi
RM 12.00
Ashraf b Che Mansor Muzakkir Ihsan b Yang Razali
RM 12.00 RM 12.00
Nurulhuda bt Hashim Ili Fatini Suriati bt Jailani
RM12.00 RM 12.00
20 Ahli syarikat
RM 10.00
30. LAPORAN JURUAUDIT
Saya selaku juruaudit luaran telah mengaudit semua akaun-akaun yang telah
dibentangkan mengikut kadar perakaunan yang diselaraskan. Hasil pemerhatian
daripada rekod-rekod kewangan syarikat yang telah diaudit, tiada sebarang
kesilapan ketara yang dicatatkan. Kesilapan yang berlaku telah diperbetulkan
mengikut kadar yang ditetapkan.
Kami secara keseluruhannya bersepakat dan bersetuju mengatakan bahawa :
1. Akaun tersebut memberi gambaran yang benar dan saksama mengenai
keuntungan syarikat serta aliran tunai bagi tahun berakhir 2010
2. Rekod-rekod perakaunan dan rekod-rekod lain serta daftar-daftar yang
dikehendaki oleh akta untuk disimpan dengan wajar menurut peruntukan-
peruntukan akta tersebut.
Yang Menjalankan Tugas,
………………………………
(MD RADZI BIN ABDULLAH )
Juruaudit Luaran.
Syarikat I’ExCeL Sdn.Bhd.
31. PENGESAHAN LAPORAN KEWANGAN
AKUAN PENGURUS-PENGURUS
Bahawasanya kami pengarah-pengarah Syarikat I’ExCeL Sdn. Bhd yang
bertandatangan di bawah memperakukan bahawa pada pandangan kami segala
lejar dan penyata kewangan telah dinyatakan dengan tepat seperti yang tercatat dan
disahkan benar.
......................................... .........................................................................
(DANIAL B TARMIZI) (MUHAMAD ASHRAF B CHE MANSOR)
Pengurus Besar, Pengurus Pentadbiran
Syarikat I’ExCeL Sdn. Bhd Syarikat I’ExCeL Sdn. Bhd.
Disediakan oleh,
……………………………………
(ILI FATINI SURIATI JAILANI )
Pengurus Kewangan
Syarikat I’ExCeL Sdn. Bhd.
32. 9.15 PENUTUP
Syukur Alhamdulillah, akhirnya saya dapat melaksanakan tanggungjawab yang diberikan
dengan jayanya. Dengan sempurnanya Laporan Kewangan Syarikat I’ExCeL Sdn.Bhd ini
maka berakhirlah tugas saya sebagai Pengurus Kewangan syarikat ini bagi tahun 2010.
Dengan pembabitan saya dalam Program Usahawan Muda ini, banyak ilmu-ilmu yang telah
diperoleh dalam menjalankan sesuatu perniagaan. Malah tugas sebagai Pengurus
Kewangan ini juga, melahirkan sikap berdedikasi dalam melaksanakan tanggungjawab yang
diberikan. Pengurusan kewangan syarikat ini juga telah melatih diri untuk menjadi seorang
yang jujur dan telus dalam melaksanakan sesuatu tugasan.
PENGHARGAAN
Dengan kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pengetua
sekolah , Pn Rahimah bt Mohd Sura atas sokongan beliau selama ini dan tidak lupa kepada
guru pengelola , En. Mohd Saharizal b.Mohd Baharuddin dan pengurus-pengurus yang lain
atas kerjasama yang diberikan kepada pihak pengurusan kewangan. Terima kasih juga
kepada ahli-ahli syarikat yang lain dalam memastikan pengurusan wang berjalan lancar.
Dan juga tidak terlupa kepada rakan-rakan kongsi niaga yang lain kerana telah bekerjasama
dengan kami.
Disediakan oleh,
…………………………….
(ILI FATINI SURIATI JAILANI)
Pengurus Kewangan,
Syarikat I’ExCeL Sdn. Bhd