SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 22
INSTITUT PERGURUAN PERSEKUTUAN PULAU PINANG




               PENDIDIKAN ALAM SEKITAR




 TAJUK TUGASAN : PENCEMARAN AIR, BUNYI DAN UDARA




                     DISEDIAKAN OLEH :


SITI MUSLIHA BINTI MUHAMMAD                     820226-07-5384


JEMILAH BINTI AWANG KECHIK                      660909-02-5634




                    DI SEDIAKAN UNTUK :


                EN. HJ. ANWAR BIN HJ SULAIMAN
                EN. ABD. RAHMAN BIN SULAIMAN
ISI KANDUNGAN

 Bil.                        Perkara                Muka Surat

1.      Pencemaran Air, Udara dan Bunyi
        1.0 Pengenalan                                  2
        1.1 Definisi                                    3


2.      Pencemaran Air
        2.0 Pengenalan                                  4
        2.1 Definisi                                    5
        2.2 Punca                                       5
        2.3 Kesan                                       7


3.      Pencemaran Bunyi
        3.0 Pengenalan                                  8
        3.1 Definisi                                    9
        3.2 Punca                                       9
        3.3 Kesan                                      10
        3.4 Langkah Mengawal Pencemaran Bunyi          12


4.      Pencemaran Udara
        4.0 Pengenalan                                 13
        4.1 Definisi                                   13
        4.2 Jenis Pencemaran Udara                     15
        4.3 Punca                                      15
        4.4 Kesan                                      16


5.      Langkah Mengatasi Pencemaran Alam Sekitar      17


6.      Rumusan                                        19


7.      Bibliografi                                    20



                                                                 2
PENCEMARAN AIR, UDARA DAN BUNYI


1.0    Pengenalan


Arus pembangunan ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju telah
mencetuskan pelbagai situasi . Pembangunan pesat sektor ekonomi dan perindustrian
serta kestabilan politik dan sosial telah memberikan taraf hidup yang selesa kepada
rakyat dan menaikkan imej negara di kaca mata dunia. Namun begitu, disebalik
keselesaan dan pembangunan tersebut timbulnya beberapa masalah sampingan yang
boleh memudaratkan kehidupan masyarakat.


Sebagai   sebuah     Negara    membangun,     Malaysia   sedang   mengalami   proses
pembangunan yang pesat. Pada penghujung abad ke-20 ini, banyak laporan
menunjukkan betapa keadaan alam sekitar di seluruh dunia semakin parah tercemar.
Pencemaran itu berlaku di segenap pelosok sama ada di Negara membangun apa lagi
di Negara maju. Krisis tersebut telah memberi kesan langsung yang negatif terhadap
seluruh komponen mikro serta makro alam sekitar. Masalah pencemaran bukanlah
suatu perkara yang baru di Malaysia. Berlakunya pencemaran telah menyebabkan
pelbagai masalah lain terutamanya masalah kesihatan dan ancaman terhadap manusia
dan alam sekitar.


Pada asasnya, kemerosotan kualiti udara, air dan kebisingan adalah berkait rapat
dengan pembangunan suatu jenis guna tanah. Contohnya pembangunan industri berat
yang berisiko tinggi berkemungkinan menjadi punca kepada pencemaran udara, air dan
kebisingan. Berbagai isu dan masalah alam sekitar sering dihadapi oleh penduduk di
terutamanya yang berkaitan dengan pencemaran air, udara dan kebisingan. Tanpa
melakukan pengawalan dan penyelesaian masalah pencemaran alam sekitar ia boleh
mengakibatkan kemudaratan dari segi kesihatan dan menjejaskan kualiti kehidupan kita.
Di sini, akan dibincangkan tentang salah satu isu alam sekitar yang berlaku di Negara
kita iaitu pencemaran air, bunyi dan udara.




                                                                                   3
1.1    Definisi


Menurut Zaini Ujang (2000), alam sekitar ialah gabungan keadaan luaran atau eksternal
yang mempengaruhi kehidupan setiap organisma. Keadaan luaran tersebut merangkumi
unsur-unsur dan hubungan bukan hidupan atau abiotik. Alam sekitar juga mencakupi
keadaan internal atau dalaman khususnya kimia dan biologi yang menjadi teras kepada
kehidupan setiap tumbuhan atau haiwan serta manusia.


Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2003), pencemaran adalah suatu
perbuatan yang mencemarkan atau mengotorkan. Pengotoran alam atau perbuatan
mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap.


Pencemaran mengikut definisi bermaksud: " merosakkan atau tidak bersih atau kotor”.
Definisi ini juga perlu dirujuk kepada kes-kes yang berlaku. Berlakunya pencemaran
apabila sesuatu yang mulia, baik, murni, bersih, dan sistematik dicerobohi oleh unsur-
unsur yang bertentangan dengan sistem, moral, tatacara, tabii dan nilai alam. Sikap
manusia yang tidak beretika (melanggar prinsip) akhirnya menyebabkan berlakunya
perubahan dan kerosakan dalam fenomena alam seperti yang disebutkan dalam Al
Quran yang mulia:

       "Telah nyatalah berbagai-bagai kerosakan dan bala bencana di darat dan
       di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia,
       kerana Allah hendak merasakan kepada mereka sebahagian dari
       balasan perbuatan buruk itu supaya mereka kembali (insaf dan
       bertaubat)"


                                                           (Surah Al-Rum : 41)

Pencemaran dan kerosakan ke atas sesuatu sistem ini perlu dihentikan segera menurut
amaran yang terkandung dalam Al Quran yang mulia :


       Dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi setelah Allah
       memperbaikinya, dan berdoalah kepadaNya dengan rasa takut (tidak




                                                                                    4
akan diterima) dan harapan (akan dimakbulkan). Sesungguhnya rahmat
       Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik.”
                                                                 (AI A'raaf: 56)
                                   PENCEMARAN AIR


2.0    Pengenalan


Air merupakan sumber yang penting bagi kehidupan manusia. Air merupakan sumber
semulajadi kedua terpenting selepas oksigen. Tanpa air dunia akan menjadi sebuah
planet yang tidak bernyawa. 3/4 bahagian bumi diliputi oleh air dan lebih 2/3 daripada
berat badan manusia adalah air. Pada amnya, seorang manusia menggunakan 1,000
liter air setahun sebagai minuman. Air memang mutlak diperlukan dalam kehidupan
manusia dan mahluk hidup lainnya. Tanpa air kehidupan tidak dapat berlangsung.
Demikian juga dalam kehidupan kita sehari-hari, air sangat diperlukan untuk berbagai
kegiatan di dalam rumah tangga, juga untuk pertanian, pengangkutan serta rekreasi.


Di dalam industri, air digunakan antara lain sebagai bahan pengolah, pendingin dan
janakuasa tenaga. Air merupakan pelarut yang baik tetapi selalu dicemar dengan
kandungan berbagai zat terlarut mahupun zat tidak terlarut serta mengandungi
mikroorganisme. Apabila kandungan berbagai zat mahupun mikroorganisme yang
terdapat di dalam air melebihi tahap yang diperbolehkan, maka kualiti air akan
terganggu sehingga tidak lagi boleh digunakan untuk kegunaan pelbagai keperluan
samada untuk air minum, mandi, mencuci atau keperluan lainya. Air yang terganggu
kualiti ini dikatakan sebagai air yang tercemar.


Sebenarnya, warna dan bau air dapat memberitahu kita apa yang sedang berlaku
terhadapnya. Misalnya seperti air berwarna hijau mengambarkan terdapatnya tumbuhan
kecil yang dinamakan rumpair yang tumbuh di dalamnya. Manakala air berlumpur
menunjukkan terdapat kandungan kelodakan atau mendapan yang tinggi menyebabkan
ikan sukar bernafas. Air yang mempunyai lapisan berkilau pula memberi gambaran
bahawa berlaku tumpahan minyak di permukaan air tersebut. Selain itu, kita juga dapat
melihat kadangkala air itu berbuih dan ini menunjukkan kemungkinan sabun dari rumah
atau kilang yang mengalir ke dalamnya. Kita juga sering kali melihat air yang mengalir




                                                                                     5
mempunyai lapisan kuning jingga atau kemerahan dan ini berkemungkinan disebabkan
oleh pembuangan bahan pencemar oleh kilang ke dalam sungai.



2.1     Definisi Pencemaran Air

Pencemaran air berlaku apabila perubahan berlaku dari segi kandungan, keadaan dan
warna sehingga tidak sesuai dan memberi kesan apabila digunakan. Pencemaran
berlaku sama ada dari segi biologi, kimia dan fizik (Jasiman Ahmad 1996). Pencemaran
air bukan hannya berlaku di sungai tetapi juga di laut dan ianya boleh berlaku secara
sengaja atau tidak. Pencemaran ini lebih kepada bahan pencemar dari kilang. Menurut
Wikipedia Bahasa Melayu pencemaran air adalah seperti kebocoran dan luahan bahan
kimia ke dalam sumber air atau fenomenon eutrofikasi.


Pencemaran air menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 didefinisikan sebagai apa-
apa perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat sifat fizikal, haba, biologi atau
radioaktif iaitu mana-mana bahagian alam sekeliling yang melepaskan, mengeluarkan
atau meletakkan buangan ini sehingga menjejaskan kegunaannya dan menyebabkan
suatu keadaan merbahaya atau memudaratkan kesihatan, keselamatan dan kebajikan
pihak awam atau kehidupan lain seperti burung, hidupan liar, ikan dan hidupan akuatik
serta tumbuh-tumbuhan air.

2.2 Punca Pencemaran Air


Sikap tidak bertanggungjawab dan mementingkan keuntungan semata-mata telah
membutakan hati dan perasaan manusia terhadap alam sekitar. Pelbagai faktor atau
punca   berlakunya   pencemaran     air.   Pengusaha    kilang   umpamanya,    berusaha
menjimatkan kos dengan mengambil jalan mudah,membuang sisa kilang ke dalam
sungai walaupun menyedari kesannya terhadap persekitaran. Selain itu, kekurangan
pengetahuan juga menyebabkan pemilik industri tidak mengambil berat serta cuba
mengelak piawaian keselamatan yang telah ditetapkan sama ada berhubung dengan
keselamatan manusia atau kestabilan alam sekitar. Masalah ini harus dipandang serius
kerana sungai merupakan sumber air yang paling utama. Kepesatan pembangunan
industri, perumahan dan pembukaan tanah baru menyebabkan banyak sungai yang




                                                                                       6
hilang keupayaan untuk memainkan peranan semula jadinya. Sekiranya fenomena ini
berterusan, tidak mustahil rangkaian sungai di seluruh negara turut tercemar .




Sisa bahan buangan kilang seperti sisatosid yang dibuang ke dalam sungai oleh pihak
yang tidak bertanggungjawab. Pembuangan ini dianggap mudah kerana tidak
memerlukan kos pelupusan.Kumuhan kilang - kebanyakan kumuhan kilang seperti sisa
toksid dibuang ke sungai atau laut. Sesetengah bandar dan kampung mengepam
pelbagai bahan buangan yang tidak dirawat dan kadang kala kilang juga membuang
bahan beracun ke dalam sungai. Baja dan racun perosak kimia yang digunakan oleh
petani juga akan dibawa oleh air hujan ke dalam sungai dan anak sungai. Bahan-bahan
ini boleh membunuh berbagai-bagai jenis hidupan air.




Sikap individu itu sendiri menjadi salah satu punca berlakunya pencemaran air di negara
kita. Pembuangan bahan-bahan buangan seperti sampah, minyak dan najis sering kali
dilakukan oleh sesetengah individu sehingga lupa tanggungjawab dan kepentingan
menjaga alam sekitar.




                                                                                     7
Penerokaan tanah untuk dijadikan kawasan pertanian juga menyebabkan hakisan tanah
berlaku dan ini seterusnya akan mengakibatkan mendakan berlaku. Mendakan ini akan
mencetekkan sungai dan air sungai menjadi keruh. Penerokaan juga membantu
menyumbang ke arah pencemaran air. Ini adalah kerana penerokaan yang dijalankan
sudah pasti menyebabkan hakisan tanah berlaku dan seterusnya tanah runtuh akan
masuk ke dalam sungai lalu mendakan berlaku. Mendakan ini bukan sahaja akan
mencetekkan lagi paras air sungai tetapi akan mengakibatkan berlakunya banjir.
Hakikatnya pelbagai punca berlakunya pencemaran adalah disebabkan oleh faktor
masyarakat kita sendiri mahupun dari pihak-pihak tertentu yang tidak peka pada
keadaan sekeliling dan hanya mementingkan diri sendiri tanpa mengambil kira sebab
dan akibat yang akan berlaku akibat tindakan mereka itu.

2.3    Kesan Pencemaran Air


Pencemaran air yang berlaku memberi kesan bukan sahaja akan dialami oleh manusia
bahkan turut memberi kesan kepada hidupan yang lain. Kesan kepada manusia adalah
terhadap kesihatan mereka sendiri. Dimana antara kesan yang dianggap kronik akaibat
pencemaran air yang berlaku adalah anomalia, iaitu pembesaran tubuh dan tingkahlaku
yang tidak normal, serta kurang daya ketahanan badan akibat penggunaan sumber air
tersebut.


Kesan pencemaran air ini juga memberi kesan yang banyak kepada organisma laut di
perairan cetek kesan daripada tumpahan minyak ke laut. Apabila tumpahan minyak
berlaku dengan banyak berhampiran persisiran pantai ia akan membentuk lapisan
minyak yang boleh mengancam hidupan laut serta burung. Tumpuhan tersebut juga
turut menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton. Hidupan air seperti ikan, siput,
udang atau ketam akan mati dengan tumpahan minyak, pembuangan sampah dan sisa
toksid yang dicemarkan. Selain dari itu pencemaran toksid yang masuk ke dalam air
akan menyebabkan simptom kebas-kebas, sakit kepala, kabur penglihatan dan




                                                                                   8
petuturan yang tidak betul. Sesetengahnya berakhir dengan kelumpuhan dan ada yang
menemui maut.




                               PENCEMARAN BUNYI


3.0    Pengenalan


Pencemaran bunyi adalah salah satu daripada pencemaran alam. Jika pencemaran
alam sekitar yang lain memberi impak kepada ekologi, ekosistem dan penghuni alam,
pencemaran bunyi memberi kesan langsung kepada manusia. Bunyi bising bukanlah
sesuatu perkara asing kepada kita. Kebisingan yang berlaku berbeza antara satu
sumber dengan sumber yang lain. Gangguan yang berlaku juga bergantung kepada
persepsi individu masing-masing sama ada boleh bertoleransi atau tidak.


Misalnya ada orang yang cepat melenting jika mendengar bunyi motor yang bising tetapi
ada orang yang masih boleh bertahan ke suatu tahap yang lebih tinggi. Seperti juga
pencemaran air dan udara, bunyi juga boleh dianggap sebagai suatu pencemaran
kerana ia menyebabkan gangguan. Walau bagaimanapun, pencemaran bunyi ini
biasanya tidak mendapat perhatian khusus seperti pencemaran air dan udara kerana
mungkin disebabkan sifat tidak boleh dilihat serta kehadiran yang biasanya akan lenyap
dalam suatu jangka masa yang singkat.


Pada masa kini, aktiviti manusia seharian dan perkembangan teknologi telah
menyebabkan paras bunyi menjadi semakin tinggi berbanding zaman dahulu. Sebagai
contoh, bilangan kenderaan di jalan raya telah semakin meningkat, bilangan penduduk
yang bertambah menyebabkan aktiviti-aktiviti sosial boleh menghasilkan bunyi bising
serta penciptaan kapal terbang dan jet merupakan antara beberapa contoh
pertambahan bunyi di persekitaran. Oleh yang demikian, menurut Hamidi Abdul Aziz
(2008), pencemaran bunyi pada masa ini telah mula diberi perhatian serius lebih-lebih
lagi apabila bunyi dikaitkan dengan kesihatan manusia. Keadaan kesihatan yang




                                                                                    9
dimaksudkan antaranya adalah kerosakan pendengaran pekerja di persekitaran yang
bising juga telah memungkinkan standard bunyi diperkenalkan.


Menurut OECD (1975), perhatian kurang diberikan kepada bunyi bising berbanding
pencemaran lain kerana beberapa faktor antaranya adalah bunyi bising merupakan
suatu masalah setempat. Dimana ia berlaku di kawasan yang berhampiran dengan
sumber bising sahaja. Ia tidak dipindahkan dalam jarak yang jauh sama ada melalui
udara mahu pun melalui air. Selain itu, faktor kesukaran untuk mengenalpasti kesan-
kesan kerosakan segera akibat terdedah kepada bunyi bising dalam keadaan normal.
Keadaan ini menyebabkan masyarakat kurang sedar akan bahaya pencemaran bising
dan seterusnya kurang memberikan perhatian terhadapnya.


3.1    Definisi Pencemaran Bunyi


Terdapat banyak istilah bising menurut Hamidi (2008), istilah paling mudah bagi bunyi
bising adalah bunyi yang tidak dikehendaki dan boleh diertikan juga sebagai sebarang
bunyi yang boleh memberi gangguan psikologi dan kesan sosial kepada seseorang atau
kumpulan. Contohnya seperti gangguan percakapan, kerja, berehat, rekreasi, tidur dan
sebagainya. Bunyi ini boleh tersebar melalui medium udara, air dan bahan pepejal yang
lain seperti kayu, besi dan sebagainya.


Menurut Bugliarello (1976) dan Freeman (1984), tidak terdapat seorang pun pada hari
ini yang boleh terlepas dari pencemaran bunyi bising. Ini adalah kerana bunyi bising
telah mengganggu kualiti kehidupan. Ia juga terjadi tanpa mengira batasan politik atau
sosial. Walau bagaimanapun, dalam perbincangan mengenai pencemaran didapati
pencemaran bunyi bising merupakan pencemaran yang seringkali dilupakan atau
diabaikan berbanding dengan pencemaran lain seperti air dan udara. Keadaan ini terjadi
mungkin disebabkan pencemaran bunyi bising merupakan suatu pencemaran yang tidak
meninggalkan sisa kepada alam sekitar.


3.2    Punca Bunyi Bising


Sumber utama pencemaran bunyi bising boleh dibahagikan kepada tiga sumber iaitu
kebisingan pengangkutan, industri dan pembinaan serta kebisingan dari manusia.



                                                                                   10
Kebisingan yang berpunca daripada pengangkutan boleh dibahagikan kepada tiga
punca utama iaitu lalulintas, kapal terbang dan keretapi. Lalu lintas merupakan punca
utama pencemaran kebisingan komuniti di bandar-bandar utama. Secara umumnya
terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi kebisingan lalu lintas antaranya
adalah permukaan jalan dan jenis jalan, kelajuan kenderaan, nisbah laluan lori,
kecerunan dan persimpangan jalan dan keadaan cuaca.
Kebisingan kapal terbang amat ketara bagi komuniti yang tinggal berhampiran dengan
lapangan terbang. Kebisingan kapal terbang bergantung kepada jenisnya, kuasa enjin
dan keadaan operasi di lapangan terbang. Masalah kebisingan dari sumber keretapi
lebih ketara di kawasan tertentu sahaja, misalnya di kawasan luar bandar yang biasanya
terdapat landasan keretapi yang melaluinya. Punca utama kebisingan adalah daripada
roda dan landasan keretapi.


Kebisingan daripada operasi industri adalah daripada mesin dan peralatannya. Paras
tekanan bising industri adalah sukar ditentukan disebabkan saiz dan bentuk pelbagai
industri di samping mempunyai gelombang pelbagai sumber kebisingan. Operasi
pembinaan pula bersifat sementara, namun untuk projek besar ia akan memakan masa
yang lama. Kebisingan ini biasanya dihasilkan oleh penggunaan jentera dalam proses
pembinaan. Penanaman cerucuk biasanya mengeluarkan bunyi yang kuat kerana
hentakan besi cerucuk dan enjin mesin hentakan. Kebisingan pembinaan juga
dihasilkan oleh mesin pembancuh simen, trak pengangkut dan janakuasa yang
digunakan.


Kebisingan daripada aktiviti harian manusia dan suara manusia juga menyebabkan
berlakunya pencemaran bunyi. Kebisingan ini termasuklah berpunca daripada radio,
televisyen dan sebagainya serta daripada binatang peliharaan seperti anjing. Kebisingan
ini amat ketara di kawasan-kawasan perumahan berkepadatan tinggi.




3.3 Kesan Pencemaran Bunyi


Apabila kita membincangkan tentang kebisingan, secara tidak langsung kesan-kesan
kebisingan juga perlu dibincangkan kerana kedua-duanya mempunyai kaitan yang rapat.
Kebisingan dikenal pasti meninggalkan kesan negatif kepada kesihatan manusia. Kesan



                                                                                    11
kebisingan boleh dibahagikan kepada dua iaitu kesan biologikal dan psikologi serta
kesan ke atas ekonomi. Kesan biologikal dan psikologi boleh dibahagikan kepada tiga
kategori utama iaitu gangguan komunikasi dan pendidikan, kesihatan dan habitaliti.
Manakala kesan kepada ekonomi pula ialah dari segi nilai harta benda.


Bunyi bising boleh mengganggu komunikasi misalnya percakapan secara langsung atau
melalui telefon. Kebisingan juga boleh mengganggu kenikmatan mendengar radio,
televisyen, waktu pembelajaran serta waktu rehat seseorang. Kebisingan yang
melampau juga boleh mengakibatkan kesan negatif kepada pendengaran. Kesan yang
nyata adalah seperti pekak dan pengurangan keupayaan pendengaran. Rosen (dalam
Mulholland, 1981) menyatakan bahawa bunyi bising boleh mengganggu pertumbuhan
kanak-kanak misalnya kulit menjadi pucat, selaput lendir menjadi kering, usus kejang
dan kerosakan buah pinggang.


Selain itu, gangguan dalam habiliti pula termasuklah perasaan terganggu, gangguan
tidur dan pekerjaan. Bunyi bising selalu dikatakan sebagai suatu tekanan dalam
kehidupan moden dan kemungkinan terjadinya sakit jiwa akibat bunyi bising tidak
diabaikan. Walaupun bunyi bising mempengaruhi jiwa seseorang, tetapi adalah sukar
untuk kita meramalkan sifat dan tahap kesannya kerana setiap individu mempunyai sifat
dan tahap penerimaan yang berbeza. Kebisingan juga boleh memberi kesan kepada
tahap kecekapan dalam melaksanakan pekerjaan. Kerja-kerja yang memerlukan daya
kreativiti, percakapan atau kerja-kerja rutin yang memerlukan kepantasan yang
berterusan amat mudah dipengaruhi oleh bunyi bising dan seterusnya mengakibatkan
terjadinya banyak kesilapan.


Kesan gangguan bising kepada nilai harta benda boleh menjatuhkan nilai harta benda
yang terletak berhampiran puncanya. Penyebab utama kepada kejatuhan nilai harta
benda biasanya adalah berpunca daripada bunyi bising kenderaan, tetapi kesan ini
hanya berkait dengan nilai tapak kediaman. Walau bagaimanapun, kesan ke atas
penurunan nilai harta tanah mungkin lebih dipengaruhi oleh faktor kemanusiaan sendiri.
Misalnya perletakan harta tanah di suatu lokasi yang dianggap istimewa seperti
berhampiran dengan pusat bandar atau kawasan yang mempunyai kemudahan awam
mungkin dianggap dapat mengatasi kerugian yang dialami akibat kebisingan. Oleh itu




                                                                                   12
nilainya tidak akan turun walaupun terdapatnya kebisingan kerana keutamaan yang
lebih tinggi diberikan kepada faktor kemudahan awam.




3.4      Langkah Mengawal Pencemaran Bunyi


Usaha pengawalan bunyi adalah sukar kerana bunyi memberi makna dan berkaitan
dengan     kehidupan.   Bunyi     yang    kerterlaluan   seperti   dari   kilang-kilang   pula
mendatangkan kesan tidak baik dan dalam masa yang sama negara menuntut
pembangunan yang menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat. Kerajaan
diharapkan dapat mewujudkan lebih banyak lagi kawasan dan taman industri yang jauh
dari kediaman. Ertinya zon pencemaran bunyi hanya berlaku di kawasan itu sahaja
sementara itu mewajibkan pengusaha kilang menyediakan alat penghadang bunyi
kepada pekerja yang sentiasa berada di kawasan bunyi bising.


Masyarakat boleh membantu pengurangan kadar bunyi bising walaupun tidak secara
keseluruhannya dengan memperlahankan bunyi radio, muzik karaoke dan bunyi
motorsikal yang telah diubah suai. Perkongsian kereta merupakan strategi serampang
”tiga” mata iaitu mengurangkan kesesakan lalulintas, mengurangkan kos dan
mengurangkan pencemaran bunyi. Bunyi empat buah kereta dan ruang jalanraya dan
tempat letak kereta bagi empat buah kereta telah diisi oleh sebuah kereta. Cara ini juga
sangat digalakkan oleh kerajaan dan rakyat harus menyokong dan mempraktikan
saranan itu.


Penggunaan alat dan jentera canggih dalam pembinaan mengurangkan kadar bunyi
bising    berbanding    jentera   lama.    Penggunaan      jentera    canggih    juga     lebih
mempercepatkan proses pembinaan terutamanya alat menanam cerucuk dan
mengerudi. Projek kawasan perumahan berfasa yang memakan masa dan berhampiran
dengan penduduk yang sedia ada amatlah perlu menggunakan jentera canggih
walaupun iannya dilihat melibatkan kos yang besar.




                                                                                            13
Malaysia kerap menganjurkan kempen-kempen kesedaran contohnya kempen berbudi
bahasa, kempen anti sumbang mahram dan kempen anti dadah. Kempen kesedaran
berkenaan anti pencemaran bunyi juga sangat wajar dianjurkan oleh Kementerian
Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. Masyarakat terutama golongan sasar perlu
diingatkan tentang nilai ”sepasang telinga”.




                                PENCEMARAN UDARA


4.0 Pengenalan


Udara merupakan faKtor yang penting dalam kehidupan, namun dengan meningkatnya
pembangunan Bandar-bandar dan pusat industri, kualiti udara telah mengalami
perubahan. Udara yang dulunya segar, kini telah kering dan kotor. Perubahan ini
berlaku adalah disebabkan kemasukkan bahan pencemar ke dalam udara.




                                  Pencemaran Udara


4.1    Definsi Pencemaran Udara


Pencemaran udara boleh didefinasikan sebagai terdapatnya gas, cecair atau zarah yang
terkandung di udara sehingga berlakunya perubahan dan menjejaskan kehidupan atau



                                                                                 14
bahan-bahan lain. Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan negatif
kepada manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Ini sebabkan bahan-bahan ini akan
masuk ke tubuh manusia melalui pernafasan dan berupaya menyekat pengaliran
oksigen ke dalam salur-salur darah. Ini boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti
penyakit kekejangangan, barah, asma, kekejangan dan anemia. Habuk, asap, kabus,
wap atau bahan-bahan lain yang boleh menghalang penglihatan mata merupakan
pelbagai bentuk pencemaran udara.


Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan kehadiran sebarang gas
atau zarah yang mengandungi toksik atau radioaktif dalam atmosfera, khususnya yang
terhasil menerusi kegiatan manusia. Biasanya pencemaran udara dikaitkan dengan
pelepasan asap atau bahan-bahan cemar lain daripada ekzos kenderaan, stesen
penjana kuasa, kilang, loji serta pembakaran bahan api fosil secara domestik di
kawasan bandar dan industri.


Namun demikian, bahan cemar udara juga boleh terhasil menerusi kegiatan di kawasan
pedalaman seperti penyemburan racun makhluk perosak, perlombongan yang
menghasilkan    habuk    ataupun    amalan    pertanian   seperti   pendebungaan    dan
penyemburan baja. Pencemaran udara juga boleh terjadi secara tabii menerusi
penyerakan habuk atau debu akibat tiupan angina, letusan gunung berapi, tiupan wap
air oleh ombak dan sebagainya.


Pencemaran udara dikatakan berlaku apabila sesuatu bahan ataupun kumpulan bahan-
bahan dimasukkan ke udara sehinggakan ia dapat mempengaruhi manusia, haiwan,
tumbuh-tumbuhan atau bahan lain (Chambers, 1962). Banyak lagi definisi yang boleh
diberikan tentang pencemaran udara ini. Menurut Wark dan Warner (1901), pencemaran
udara sebagai kehadiran satu atau lebih bahan cemar atau gabungannya di dalam
atmosfera   dalam    kuantiti   tertentu   pada   suatu   jangka    waktu   yang   boleh
berkecenderungan menyebabkan mudarat kepada kehidupan manusia, tumbuhan atau
haiwan atau harta benda yang akan menganggu suasana kehidupan yang tenteram.


Selain itu, pencemaran udara menurut Wikipedia Bahasa Melayu iaitu pelepasan bahan
kimia berbahaya ke dalam atmosfera. Contoh bahan pencemar termasuk karbon
monoksida, sulfur dioksida, klorofluorokarbon (CFC), nitrogen dioksida yang dikeluarkan



                                                                                     15
oleh kenderaan dan kilang industri. Dalam keadaan tertentu, pencemaran boleh berasal
dari sumber-sumber semula jadi seperti gunung berapi, pembakaran hutan ataupun ribut
debu. Tetapi pada keseluruhannya sumbangan dari sumber-sumber semula jadi ini
adalah kecil jika dibandingkan dengan bahan-bahan pencemaran yang dikeluar atau
digalakkan dari manusia sendiri.




4.2    Jenis Pencemaran Udara


Pencemaran udara terbahagi kepada dua bahagian iaitu pencemaran udara primer dan
pencemaran udara sekunder. Pencemaran udara primer adalah penghasilan sulfur
monoksida dan karbon monoksida akibat daripada proses pembakaran yang tidak
lengkap. Proses ini menyebabkan zarah-zarah yang halus terampai di udara dan
memberi kesan sampingan kepada kesihatan kita. Kebanyakan pencemaran udara
primer ini dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasan industri dan penggunaan dapur
arang atau kayu.


Pencemaran udara sekunder pula adalah tindakbalas sulfur dioksida yang bergabung
dan membentuk gas-gas yang tidak diperlukan oleh benda hidup. Sulfur dioksida
memerlukan gas seperti karbon monoksida dan sulfur monoksida untuk membentuk gas
yang lain. Sebagai contoh gabungan sulfur dioksida, sulfur monoksida dan wap air akan
menghasilkan asid sulfurik. Tindakbalas antara pencemar primer dengan gas-gas
terampai di atmosfera akan menghasilkan peroksidasetil nitrat (PAN).


4.3    Punca Pencemaran Udara


Pencemaran udara boleh berpunca daripada pelepasan asap kenderaan, penghasilan
bahan pencemar oleh kilang, pembakaran di tempat pelupusan dan pembakaran
terbuka di bandar. Selain itu pembakaran hutan yang berleluasa juga akan
menyebabkan pencemaran udara berlaku. Seperti yang kita dapat lihat kejadian jerebu
yang berlaku tidak lama dulu. Bahan-bahan sisa bandaran seperti sampah sarap, sisa-
sisa makanan dan sebagainya juga menjadi punca kepada pencemaran. Masyarakat
juga menyumbang kepada punca pencemaran berlaku akibat daripada aktiviti



                                                                                  16
membakar     sampah,   ada   juga   segelintir   masyarakat   yang   masih   memasak
menggunakan arang atau kayu, merokok dan sebagainya lagi.




4.4      Kesan Pencemaran Udara

Akibat daripada pencemaran alam sekitar, kesihatan manusia turut terjejas . Di negara
kita misalnya penggunaan kereta masa kini telah bertambah dengan begitu pesat
berbanding tahun 1950an dan 1960an dahulu. Malangnya kecanggihan teknologi
pembuatan kenderaan bermotor telah menimbulkan banyak masalah misalnya
pencemaran udara, pencemaran bunyi, kerosakan alam dan hidupan semulajadi.


Pengeluaran gas monoksida iaitu sejenis gas beracun yang boleh membunuh sekiranya
terkumpul dalam kawasan yang tertutup . Sejenis lagi unsur yang boleh terhasil melalui
penggunaan kenderaan bermotor ialah plumbum iaitu sejenis bahan kimia yang sangat
beracun dan boleh menyebabkan kerosakan otak terutamanya di kalangan kanak-
kanak.




                                                                                   17
LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN ALAM SEKITAR


Memandangkan dunia sekarang sedang diancam bahaya pencemaran, langkah-langkah
wajar dan berkesan patut diambil. Langkah untuk melindungi alam sekitar ini bukanlah
tanggungjawab pihak kerajaan sahaja. Ia adalah tanggungjawab semua pihak. Berikut
merupakan beberapa langkah yang boleh diambil oleh semua pihak dalam menangani
isu alam sekitar yang semakin berleluasa di negara kita.

Pertama, penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar
adalah amat penting. Sebagai contohnya, tanpa teknologi moden, adalah tidak mungkin
untuk membersihkan tumpahan minyak di laut. Dengan adanya teknologi moden, sisa
pepejal seperti surat khabar lama, majalah lama, kertas, kain, bahan plastik dan kaca
dapat dikitar semula. Ini sudah tentu dapat mengurangkan pencemaran yang
disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal yang tidak sempurna.

Selain itu, bahan-bahan buangan industri pertanian boleh diubah kepada bahan-bahan
yang berguna dan kurang bahaya. Sebagai contoh, sampah sarap boleh dijadikan
bahan api untuk menghasilkan tenaga elektrik. Hampas pertanian seperti hampas
kelapa sawit boleh digunakan untuk menghasilkan metana. Selain itu, dengan adanya
teknologi moden, penapis udara telah dicipta dan dipasang pada ekzos kenderaan dan
cerobong asap kilang-kilang perindustrian. Penggunaan petrol tanpa plumbum juga
merupakan satu hasil daripada penggunaan teknologi moden. Ini dapat mengurangkan
kandungan plumbum dalam atmosfera yang bahaya kepada kesihatan manusia.

Penyelidikan ke atas minyak kelapa sawit sebagai pengganti bahan api fosil adalah satu
usaha yang menggalakkan pengurangan pencemaran alam sekitar. Dengan adanya



                                                                                   18
teknologi moden jentera-jentera dan mesin-mesin dapat diubahsuaikan menjadi kurang
mencemarkan alam sekitar.

Kedua, melalui penerapan Ilmu Pendidikan Alam dalam Kurikulum. Tanggungjawab
untuk menjamin sebuah negara yang bersih bukan sahaja dipikul oleh kerajaan tetapi
patut dipikul oleh semua pihak. Untuk membentuk rakyat yang bertanggungjawab
kepada alam sekitar, mereka perlulah mempunyai kesedaran. Untuk memupuk
kesedaran di kalangan rakyat, cara yang terbaik ialah melalui pendidikan. Sebab-sebab
pendidikan alam sekitar ini perlu ialah kerana ia dapat membentuk sikap positif diri
terhadap alam sekitar. Dengan adanya kesedaran pada seseorang individu, dia akan
sedar tentang betapa pentingnya kualiti alam sekitar yang tinggi dikekalkan. Ini kerana
mereka sudah tahu apa masalah yang mungkin akan timbul akibat sesuatu perbuatan
yang tidak bertanggungjawab yang mencemarkan alam sekitar.

Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah
melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dalam mata pelajaran Alam dan
Manusia. Seterusnya adalah pada peringkat menengah melalui Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (KBSM), khususnya dalam mata pelajaran sains seperti Biologi.
Peringkat ketiga dan terakhir ialah pengajian tinggi melalui kursus Sains, Alam Sekitar
dan Biologi Persekitaran. Pendidikan alam sekitar kepada masyarakat umum pula
disampaikan melalui media massa. Antara media massa yang memainkan peranan
yang penting ialah surat khabar, majalah, televisyen dan radio. Selain itu, terdapat juga
agensi kerajaan dan swasta yang mengadakan kempen dan ceramah.

Ketiga, peranan yang dimainkan oleh pihak Media Massa. Pada hari ini media massa
memainkan peranan yang penting dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna.
Oleh itu, dengan adanya pendedahan media massa tentang isu pencemaran,
masyarakat umum akan berhati-hati dalam menanggani masalah pencemaran. Setakat
ini, media massa yang paling banyak membuat pendedahan tentang isu pencemaran
ialah majalah dan surat khabar. Televisyen juga ada membuat pendedahan ini contoh
TV3 dan TV7 tetapi adalah terlalu sedikit ditekankan keutamaanya.

Keempat, mengadakan kempen melindungi alam sekitar. Dengan menyertai sesuatu
kempen untuk melindungi alam sekitar, ia adalah sesuatu yang sihat dan amat
digalakkan. Antara kempen-kempen yang melindungi alam sekitar ialah kempen



                                                                                      19
cintailah sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam dan sebagainya. Kempen-
kempen ini dapat memberi kesan yang mendalam terhadap peserta-pesertanya.
Pameran tentang alam sekitar juga boleh diadakan untuk memberitahu kepada
masyarakat tentang isu-isu alam sekitar, sebab-sebab pencemaran, kesan-kesannya
dan apa yang boleh dibuat untuk mengurangkan kadar pencemaran. Pameran sebegini
boleh meningkatkan kesedaran dan mengajar masyarakat untuk melindungi alam
sekitar.




                                   KESIMPULAN


Malaysia sememangnya sebuah negara yang berkembang pesat serta maju dalam
pelbagai bidang. Namun dalam kepesatan pertumbuhannya itu, ramai yang tidak
menyedari bahawa ia juga membawa kesan sampingan terhadap alam sekitar.
Kegiatan-kegiatan perusahan atau perkilangan asap-asap menyebabkan pencemaran
udara dan pembuangan toksik menyebabkan pencemaran air. Selain itu,kegiatan
pembangunan dan penerokaan hutan telah mengganggu sistem ekologi bumi dan
mengakibatkan hakisan tanah. Terdapat punca-punca lain yang menyebabkan
pencemaran alam, seperti kegiatan pengangkutan yang mencemarkan udara dan air,
kegiatan perladangan dan sebagainya.

Kita sudah tentulah merasa jijik dan tidak selesa jika rumah kita berada dalam keadaan
berasap, kotor dan busuk. Konsep ini harus diperkembangkan dengan menganggapkan
bumi ini sebagai rumah kita. Bumi adalah satu-satunya planet yang membolehkan kita
dan hidupan lainnya hidup bebas. Perasaan hormat harus diberikan kepada semua
bentuk hidupan dan persekitaran yang menjadi jiran tetangga kita. Segala tindakan
manusia mempunyai kesan yang mendalam terhadap alam sekitar. Perasaan hormat
terhadap hidupan lain bermakna menghormati diri kita sendiri. Menjaga kesejahteraan
alam sekitar supaya tidak tercemar bermakna menghormati keperluan kita untuk
mendapatkan udara dan bekalan air yang bersih.


Memandangkan dunia sekarang sedang diancam bahaya pencemaran, langkah-langkah
wajar dan berkesan patut diambil. Langkah untuk melindungi alam sekitar ini bukanlah
tanggungjawab pihak kerajaan sahaja. Ia adalah tanggungjawab semua pihak.



                                                                                   20
Pengguna    memainkan       peranan   yang   terpenting    dalam   menangani   masalah
pencemaran. Jika semua pihak ini bekerjasama untuk menangani masalah pencemaran,
sudah tentu bumi akan di panjangkan usianya. Alam sekitar yang bersih dan terlindung
mencerminkan masyarakat yang harmonis dan sihat bagi menerajui pembangunan
sains dan teknologi negara di masa akan datang.




                                      BIBLIOGRAFI


Bugliarello,G. et.al, 1976. The Impact of Noise Pollution. New York : Pergamon Press.


Chambers L.A, 1962. Classification and Extent of air pollution problems. In Stern. A.C.
       (ed) Air Pollution, p.3-22.


Daryanto. 1995. Masalah Pencemaran. TARSITO, Bandung.


Dr. Ir Moestikahadi Soedomo. 1999. Pencemaran Udara. ITB, Jakarta.


Freeman, Hugh L. 1984. Mental Health and The Enviroment. Livingstone : Churchill.


Hamidi Abdul Aziz. 2008. Pencemaran Bunyi : Teori, Sumber, Perundangan dan
       Kawalan. Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.


Jasiman Ahmad. 1996. Pencemaran Alam Sekitar, Siri Pencemar Alam. Eddiplex
       Sdn.bhd, Kuala Lumpur.


Jasman Ahmad dan Siti Razmah Idris. 1996. Pencemaran Udara dan Bunyi. Mikamas.


Mansor Ibrahim dan Mohd Asri Abu Bakar. 1997. Pencemaran Bunyi Bising. Universiti
       Teknologi Malaysia, Johor.



                                                                                        21
Mulholland, K.A. 1981. Noise Assesment and Control. London : Construction Press.

OECD (1975). Reducing Noise in OECD Countries, A Report of The Ad-Hoc Group On
       Noise Abatement Policies. Paris.


Sham Sani. 1982. Pembandaran Iklim Bandar dan Pencemaran Udara. Dewan Bahasa
       dan Pustaka, Kuala Lumpur.


Wark,K. dan Warner,C.F. 1981. Air Pollution : Its Origin and Control. Edisi Kedua. New
       York : John Wiley and Sons.
Zaini Ujang. 2000. Pengenalan Pencemaran Udara. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
       Lumpur.


Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. 2003.



_________.2009. Sources Of Water Pollution http://www.doe.gov.my/ms/content/punca-
pencemaran-air-sungai. (dilayari 14 Januari 2009).



_________. 2008. Wikipedia Bahasa Melayu. http://ms.wikipedia.org/wiki/Pencemaran.
       (dilayari 7 Januari 2009).




                                                                                   22

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

BENCANA ALAM RIBUT TAUFAN
BENCANA ALAM RIBUT TAUFANBENCANA ALAM RIBUT TAUFAN
BENCANA ALAM RIBUT TAUFAN
aretool
 
Bahagian B Tema 3 Pembangunan Ekonomi dan Impak Alam Sekitar
Bahagian B Tema 3 Pembangunan Ekonomi dan Impak Alam SekitarBahagian B Tema 3 Pembangunan Ekonomi dan Impak Alam Sekitar
Bahagian B Tema 3 Pembangunan Ekonomi dan Impak Alam Sekitar
Asmawi Abdullah
 
STPM BAHARU : MP SAINS SOSIAL
STPM BAHARU : MP SAINS SOSIALSTPM BAHARU : MP SAINS SOSIAL
STPM BAHARU : MP SAINS SOSIAL
Sifu Kua
 
GLOBALISASI EKONOMI DAN SALING BERGANTUNG ANTARA KAWASAN
GLOBALISASI EKONOMI DAN SALING BERGANTUNG ANTARA KAWASANGLOBALISASI EKONOMI DAN SALING BERGANTUNG ANTARA KAWASAN
GLOBALISASI EKONOMI DAN SALING BERGANTUNG ANTARA KAWASAN
Asmawi Abdullah
 
SEKTOR PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN
SEKTOR PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGANSEKTOR PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN
SEKTOR PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN
Asmawi Abdullah
 
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PENCEMARAN UDARA, JEREBU DAN HUJAN ASID
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PENCEMARAN UDARA, JEREBU DAN HUJAN ASIDSISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PENCEMARAN UDARA, JEREBU DAN HUJAN ASID
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PENCEMARAN UDARA, JEREBU DAN HUJAN ASID
Asmawi Abdullah
 

Mais procurados (20)

BENCANA ALAM RIBUT TAUFAN
BENCANA ALAM RIBUT TAUFANBENCANA ALAM RIBUT TAUFAN
BENCANA ALAM RIBUT TAUFAN
 
GEOGRAFI TINGKATAN 1: SALIRAN
GEOGRAFI TINGKATAN 1: SALIRANGEOGRAFI TINGKATAN 1: SALIRAN
GEOGRAFI TINGKATAN 1: SALIRAN
 
Bahagian B Tema 3 Pembangunan Ekonomi dan Impak Alam Sekitar
Bahagian B Tema 3 Pembangunan Ekonomi dan Impak Alam SekitarBahagian B Tema 3 Pembangunan Ekonomi dan Impak Alam Sekitar
Bahagian B Tema 3 Pembangunan Ekonomi dan Impak Alam Sekitar
 
PERHUTANAN GEOGRAFI STPM PENGGAL 2
PERHUTANAN  GEOGRAFI STPM PENGGAL 2PERHUTANAN  GEOGRAFI STPM PENGGAL 2
PERHUTANAN GEOGRAFI STPM PENGGAL 2
 
Ekonomi asas f4 unit 1 - Pengenalan Kepada Ekonomi
Ekonomi asas f4  unit 1 - Pengenalan Kepada EkonomiEkonomi asas f4  unit 1 - Pengenalan Kepada Ekonomi
Ekonomi asas f4 unit 1 - Pengenalan Kepada Ekonomi
 
Kemarau
KemarauKemarau
Kemarau
 
Bandar dan pembandaran
Bandar dan pembandaranBandar dan pembandaran
Bandar dan pembandaran
 
STPM BAHARU : MP SAINS SOSIAL
STPM BAHARU : MP SAINS SOSIALSTPM BAHARU : MP SAINS SOSIAL
STPM BAHARU : MP SAINS SOSIAL
 
Kesan rumah hijau
Kesan rumah hijauKesan rumah hijau
Kesan rumah hijau
 
Pencemaran udara dan jerebu
Pencemaran udara dan jerebuPencemaran udara dan jerebu
Pencemaran udara dan jerebu
 
PENGKELASAN SEKTOR EKONOMI
PENGKELASAN SEKTOR EKONOMIPENGKELASAN SEKTOR EKONOMI
PENGKELASAN SEKTOR EKONOMI
 
Kuliah 10 - GEOMORFOLOGI PINGGIR PANTAI
Kuliah 10 - GEOMORFOLOGI PINGGIR PANTAIKuliah 10 - GEOMORFOLOGI PINGGIR PANTAI
Kuliah 10 - GEOMORFOLOGI PINGGIR PANTAI
 
Chapter 4 eksternaliti
Chapter 4 eksternalitiChapter 4 eksternaliti
Chapter 4 eksternaliti
 
Kumpulan 1 kebaikan dan keburukan alternatif
Kumpulan 1 kebaikan dan keburukan alternatifKumpulan 1 kebaikan dan keburukan alternatif
Kumpulan 1 kebaikan dan keburukan alternatif
 
GLOBALISASI EKONOMI DAN SALING BERGANTUNG ANTARA KAWASAN
GLOBALISASI EKONOMI DAN SALING BERGANTUNG ANTARA KAWASANGLOBALISASI EKONOMI DAN SALING BERGANTUNG ANTARA KAWASAN
GLOBALISASI EKONOMI DAN SALING BERGANTUNG ANTARA KAWASAN
 
SEKTOR PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN
SEKTOR PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGANSEKTOR PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN
SEKTOR PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN
 
Sem 3- Rantain Makanan dan Siratan Makanan
Sem 3- Rantain Makanan dan Siratan MakananSem 3- Rantain Makanan dan Siratan Makanan
Sem 3- Rantain Makanan dan Siratan Makanan
 
SEKTOR PERINDUSTRIAN
SEKTOR PERINDUSTRIANSEKTOR PERINDUSTRIAN
SEKTOR PERINDUSTRIAN
 
Penggunaan air domestik
Penggunaan air domestikPenggunaan air domestik
Penggunaan air domestik
 
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PENCEMARAN UDARA, JEREBU DAN HUJAN ASID
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PENCEMARAN UDARA, JEREBU DAN HUJAN ASIDSISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PENCEMARAN UDARA, JEREBU DAN HUJAN ASID
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PENCEMARAN UDARA, JEREBU DAN HUJAN ASID
 

Destaque

Bab 4 pencemaran hingar
Bab 4   pencemaran hingar Bab 4   pencemaran hingar
Bab 4 pencemaran hingar
MarlizaAshiqin
 
Perayaan deepavali
Perayaan deepavaliPerayaan deepavali
Perayaan deepavali
Azliah Maya
 
Pencemaran udara
Pencemaran udara Pencemaran udara
Pencemaran udara
Nur Syafika
 
Henrik S. Holck, Brøndsalen 2003, Power Point Diasfremvisning
Henrik S. Holck, Brøndsalen 2003, Power Point DiasfremvisningHenrik S. Holck, Brøndsalen 2003, Power Point Diasfremvisning
Henrik S. Holck, Brøndsalen 2003, Power Point Diasfremvisning
Henrik Holck
 
Tim Cummins, IACCM - Open Forum Events' NHS Commissioning and Procurement con...
Tim Cummins, IACCM - Open Forum Events' NHS Commissioning and Procurement con...Tim Cummins, IACCM - Open Forum Events' NHS Commissioning and Procurement con...
Tim Cummins, IACCM - Open Forum Events' NHS Commissioning and Procurement con...
Alexis May
 
perayaan berbilang kaum di malaysia.
perayaan berbilang kaum di malaysia.perayaan berbilang kaum di malaysia.
perayaan berbilang kaum di malaysia.
mandalina landy
 
Nivea branded content
Nivea branded content Nivea branded content
Nivea branded content
Madison Advertising LLC Dubai
 

Destaque (20)

Bab 4 pencemaran hingar
Bab 4   pencemaran hingar Bab 4   pencemaran hingar
Bab 4 pencemaran hingar
 
pencemaran udara
 pencemaran udara pencemaran udara
pencemaran udara
 
Pencemaran udara dan air (moral)
Pencemaran udara dan air (moral)Pencemaran udara dan air (moral)
Pencemaran udara dan air (moral)
 
PENCEMARAN BUNYI
PENCEMARAN BUNYIPENCEMARAN BUNYI
PENCEMARAN BUNYI
 
Perayaan deepavali
Perayaan deepavaliPerayaan deepavali
Perayaan deepavali
 
Kajian tentang perayaan tahun baru cina
Kajian tentang perayaan tahun baru cinaKajian tentang perayaan tahun baru cina
Kajian tentang perayaan tahun baru cina
 
Nilai murni alam sekitar
Nilai murni alam sekitarNilai murni alam sekitar
Nilai murni alam sekitar
 
Pencemaran udara
Pencemaran udara Pencemaran udara
Pencemaran udara
 
Diethylstilbestrol Studies with Ethical Violations
Diethylstilbestrol Studies with Ethical ViolationsDiethylstilbestrol Studies with Ethical Violations
Diethylstilbestrol Studies with Ethical Violations
 
Henrik S. Holck, Brøndsalen 2003, Power Point Diasfremvisning
Henrik S. Holck, Brøndsalen 2003, Power Point DiasfremvisningHenrik S. Holck, Brøndsalen 2003, Power Point Diasfremvisning
Henrik S. Holck, Brøndsalen 2003, Power Point Diasfremvisning
 
Tim Cummins, IACCM - Open Forum Events' NHS Commissioning and Procurement con...
Tim Cummins, IACCM - Open Forum Events' NHS Commissioning and Procurement con...Tim Cummins, IACCM - Open Forum Events' NHS Commissioning and Procurement con...
Tim Cummins, IACCM - Open Forum Events' NHS Commissioning and Procurement con...
 
perayaan berbilang kaum di malaysia.
perayaan berbilang kaum di malaysia.perayaan berbilang kaum di malaysia.
perayaan berbilang kaum di malaysia.
 
GreenRoad and CCJ Webinar on Fleet Management driver safety
GreenRoad and CCJ Webinar  on Fleet Management driver safetyGreenRoad and CCJ Webinar  on Fleet Management driver safety
GreenRoad and CCJ Webinar on Fleet Management driver safety
 
Lawyer in Vietnam Oliver Massmann Asean AEC
Lawyer in Vietnam Oliver Massmann Asean AEC Lawyer in Vietnam Oliver Massmann Asean AEC
Lawyer in Vietnam Oliver Massmann Asean AEC
 
Exploring and Mapping Autoimmune Disease Using Data and Digital Tools - Sources
Exploring and Mapping Autoimmune Disease Using Data and Digital Tools - SourcesExploring and Mapping Autoimmune Disease Using Data and Digital Tools - Sources
Exploring and Mapping Autoimmune Disease Using Data and Digital Tools - Sources
 
USE OF DIAGRAMS IN TECHNICAL WRITING
USE OF DIAGRAMS IN TECHNICAL WRITINGUSE OF DIAGRAMS IN TECHNICAL WRITING
USE OF DIAGRAMS IN TECHNICAL WRITING
 
Nivea branded content
Nivea branded content Nivea branded content
Nivea branded content
 
Technology trends in Higher Education
Technology trends in Higher EducationTechnology trends in Higher Education
Technology trends in Higher Education
 
Quizizz的操作方式
Quizizz的操作方式Quizizz的操作方式
Quizizz的操作方式
 
Modern Kanban Workflow Best Practices for Software Teams — Part 4 of "How to ...
Modern Kanban Workflow Best Practices for Software Teams — Part 4 of "How to ...Modern Kanban Workflow Best Practices for Software Teams — Part 4 of "How to ...
Modern Kanban Workflow Best Practices for Software Teams — Part 4 of "How to ...
 

Semelhante a Pencemaran air _bunyi_dan_udara

Makalah pencemaran lingkungan akibat industri
Makalah pencemaran lingkungan akibat industriMakalah pencemaran lingkungan akibat industri
Makalah pencemaran lingkungan akibat industri
Agus Adipura
 
Makalah pencemaran lingkungan
Makalah pencemaran lingkunganMakalah pencemaran lingkungan
Makalah pencemaran lingkungan
rayyanqisya
 
makalah Lingkungan
makalah Lingkunganmakalah Lingkungan
makalah Lingkungan
Endang Manik
 
Pencemaran Lingkungan
Pencemaran LingkunganPencemaran Lingkungan
Pencemaran Lingkungan
audi15Ar
 
Pencemaran alam sekitar
Pencemaran alam sekitarPencemaran alam sekitar
Pencemaran alam sekitar
gadz29
 

Semelhante a Pencemaran air _bunyi_dan_udara (20)

Makalah pencemaran lingkungan2
Makalah pencemaran lingkungan2Makalah pencemaran lingkungan2
Makalah pencemaran lingkungan2
 
Makalah pencemaran lngkungan
Makalah pencemaran lngkunganMakalah pencemaran lngkungan
Makalah pencemaran lngkungan
 
Makalah pencemaran lingkungan
Makalah pencemaran lingkunganMakalah pencemaran lingkungan
Makalah pencemaran lingkungan
 
Makalah pencemaran lingkungan2
Makalah pencemaran lingkungan2Makalah pencemaran lingkungan2
Makalah pencemaran lingkungan2
 
Makalah pencemaran lingkungan
Makalah pencemaran lingkunganMakalah pencemaran lingkungan
Makalah pencemaran lingkungan
 
Makalah pencemaran lingkungan
Makalah pencemaran lingkunganMakalah pencemaran lingkungan
Makalah pencemaran lingkungan
 
Makalah pencemaran lingkungan
Makalah pencemaran lingkunganMakalah pencemaran lingkungan
Makalah pencemaran lingkungan
 
Makalah pencemaran lingkungan
Makalah pencemaran lingkunganMakalah pencemaran lingkungan
Makalah pencemaran lingkungan
 
Makalah pencemaran lingkungan
Makalah pencemaran lingkunganMakalah pencemaran lingkungan
Makalah pencemaran lingkungan
 
Makalah pencemaran
Makalah pencemaranMakalah pencemaran
Makalah pencemaran
 
Makalah pencemaran lingkungan akibat industri
Makalah pencemaran lingkungan akibat industriMakalah pencemaran lingkungan akibat industri
Makalah pencemaran lingkungan akibat industri
 
Makalah pencemaran lingkungan
Makalah pencemaran lingkunganMakalah pencemaran lingkungan
Makalah pencemaran lingkungan
 
Makalah pencemaran lingkungan
Makalah pencemaran lingkunganMakalah pencemaran lingkungan
Makalah pencemaran lingkungan
 
makalah Lingkungan
makalah Lingkunganmakalah Lingkungan
makalah Lingkungan
 
Pencemaran Lingkungan
Pencemaran LingkunganPencemaran Lingkungan
Pencemaran Lingkungan
 
Pencemaran alam sekitar
Pencemaran alam sekitarPencemaran alam sekitar
Pencemaran alam sekitar
 
Pencemaran lingkungan dan kesehatan
Pencemaran lingkungan dan kesehatanPencemaran lingkungan dan kesehatan
Pencemaran lingkungan dan kesehatan
 
Pengetahuan lingkungan, Tentang pencemaran limbah oleh minyak bumi arief char...
Pengetahuan lingkungan, Tentang pencemaran limbah oleh minyak bumi arief char...Pengetahuan lingkungan, Tentang pencemaran limbah oleh minyak bumi arief char...
Pengetahuan lingkungan, Tentang pencemaran limbah oleh minyak bumi arief char...
 
Pencemaran
PencemaranPencemaran
Pencemaran
 
IPA_ BIOLOGI SMA_MA KLS.10_KM-Media Mengajar-Media Mengajar IPA Biologi SMA K...
IPA_ BIOLOGI SMA_MA KLS.10_KM-Media Mengajar-Media Mengajar IPA Biologi SMA K...IPA_ BIOLOGI SMA_MA KLS.10_KM-Media Mengajar-Media Mengajar IPA Biologi SMA K...
IPA_ BIOLOGI SMA_MA KLS.10_KM-Media Mengajar-Media Mengajar IPA Biologi SMA K...
 

Pencemaran air _bunyi_dan_udara

  • 1. INSTITUT PERGURUAN PERSEKUTUAN PULAU PINANG PENDIDIKAN ALAM SEKITAR TAJUK TUGASAN : PENCEMARAN AIR, BUNYI DAN UDARA DISEDIAKAN OLEH : SITI MUSLIHA BINTI MUHAMMAD 820226-07-5384 JEMILAH BINTI AWANG KECHIK 660909-02-5634 DI SEDIAKAN UNTUK : EN. HJ. ANWAR BIN HJ SULAIMAN EN. ABD. RAHMAN BIN SULAIMAN
  • 2. ISI KANDUNGAN Bil. Perkara Muka Surat 1. Pencemaran Air, Udara dan Bunyi 1.0 Pengenalan 2 1.1 Definisi 3 2. Pencemaran Air 2.0 Pengenalan 4 2.1 Definisi 5 2.2 Punca 5 2.3 Kesan 7 3. Pencemaran Bunyi 3.0 Pengenalan 8 3.1 Definisi 9 3.2 Punca 9 3.3 Kesan 10 3.4 Langkah Mengawal Pencemaran Bunyi 12 4. Pencemaran Udara 4.0 Pengenalan 13 4.1 Definisi 13 4.2 Jenis Pencemaran Udara 15 4.3 Punca 15 4.4 Kesan 16 5. Langkah Mengatasi Pencemaran Alam Sekitar 17 6. Rumusan 19 7. Bibliografi 20 2
  • 3. PENCEMARAN AIR, UDARA DAN BUNYI 1.0 Pengenalan Arus pembangunan ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju telah mencetuskan pelbagai situasi . Pembangunan pesat sektor ekonomi dan perindustrian serta kestabilan politik dan sosial telah memberikan taraf hidup yang selesa kepada rakyat dan menaikkan imej negara di kaca mata dunia. Namun begitu, disebalik keselesaan dan pembangunan tersebut timbulnya beberapa masalah sampingan yang boleh memudaratkan kehidupan masyarakat. Sebagai sebuah Negara membangun, Malaysia sedang mengalami proses pembangunan yang pesat. Pada penghujung abad ke-20 ini, banyak laporan menunjukkan betapa keadaan alam sekitar di seluruh dunia semakin parah tercemar. Pencemaran itu berlaku di segenap pelosok sama ada di Negara membangun apa lagi di Negara maju. Krisis tersebut telah memberi kesan langsung yang negatif terhadap seluruh komponen mikro serta makro alam sekitar. Masalah pencemaran bukanlah suatu perkara yang baru di Malaysia. Berlakunya pencemaran telah menyebabkan pelbagai masalah lain terutamanya masalah kesihatan dan ancaman terhadap manusia dan alam sekitar. Pada asasnya, kemerosotan kualiti udara, air dan kebisingan adalah berkait rapat dengan pembangunan suatu jenis guna tanah. Contohnya pembangunan industri berat yang berisiko tinggi berkemungkinan menjadi punca kepada pencemaran udara, air dan kebisingan. Berbagai isu dan masalah alam sekitar sering dihadapi oleh penduduk di terutamanya yang berkaitan dengan pencemaran air, udara dan kebisingan. Tanpa melakukan pengawalan dan penyelesaian masalah pencemaran alam sekitar ia boleh mengakibatkan kemudaratan dari segi kesihatan dan menjejaskan kualiti kehidupan kita. Di sini, akan dibincangkan tentang salah satu isu alam sekitar yang berlaku di Negara kita iaitu pencemaran air, bunyi dan udara. 3
  • 4. 1.1 Definisi Menurut Zaini Ujang (2000), alam sekitar ialah gabungan keadaan luaran atau eksternal yang mempengaruhi kehidupan setiap organisma. Keadaan luaran tersebut merangkumi unsur-unsur dan hubungan bukan hidupan atau abiotik. Alam sekitar juga mencakupi keadaan internal atau dalaman khususnya kimia dan biologi yang menjadi teras kepada kehidupan setiap tumbuhan atau haiwan serta manusia. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2003), pencemaran adalah suatu perbuatan yang mencemarkan atau mengotorkan. Pengotoran alam atau perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap. Pencemaran mengikut definisi bermaksud: " merosakkan atau tidak bersih atau kotor”. Definisi ini juga perlu dirujuk kepada kes-kes yang berlaku. Berlakunya pencemaran apabila sesuatu yang mulia, baik, murni, bersih, dan sistematik dicerobohi oleh unsur- unsur yang bertentangan dengan sistem, moral, tatacara, tabii dan nilai alam. Sikap manusia yang tidak beretika (melanggar prinsip) akhirnya menyebabkan berlakunya perubahan dan kerosakan dalam fenomena alam seperti yang disebutkan dalam Al Quran yang mulia: "Telah nyatalah berbagai-bagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia, kerana Allah hendak merasakan kepada mereka sebahagian dari balasan perbuatan buruk itu supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)" (Surah Al-Rum : 41) Pencemaran dan kerosakan ke atas sesuatu sistem ini perlu dihentikan segera menurut amaran yang terkandung dalam Al Quran yang mulia : Dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi setelah Allah memperbaikinya, dan berdoalah kepadaNya dengan rasa takut (tidak 4
  • 5. akan diterima) dan harapan (akan dimakbulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik.” (AI A'raaf: 56) PENCEMARAN AIR 2.0 Pengenalan Air merupakan sumber yang penting bagi kehidupan manusia. Air merupakan sumber semulajadi kedua terpenting selepas oksigen. Tanpa air dunia akan menjadi sebuah planet yang tidak bernyawa. 3/4 bahagian bumi diliputi oleh air dan lebih 2/3 daripada berat badan manusia adalah air. Pada amnya, seorang manusia menggunakan 1,000 liter air setahun sebagai minuman. Air memang mutlak diperlukan dalam kehidupan manusia dan mahluk hidup lainnya. Tanpa air kehidupan tidak dapat berlangsung. Demikian juga dalam kehidupan kita sehari-hari, air sangat diperlukan untuk berbagai kegiatan di dalam rumah tangga, juga untuk pertanian, pengangkutan serta rekreasi. Di dalam industri, air digunakan antara lain sebagai bahan pengolah, pendingin dan janakuasa tenaga. Air merupakan pelarut yang baik tetapi selalu dicemar dengan kandungan berbagai zat terlarut mahupun zat tidak terlarut serta mengandungi mikroorganisme. Apabila kandungan berbagai zat mahupun mikroorganisme yang terdapat di dalam air melebihi tahap yang diperbolehkan, maka kualiti air akan terganggu sehingga tidak lagi boleh digunakan untuk kegunaan pelbagai keperluan samada untuk air minum, mandi, mencuci atau keperluan lainya. Air yang terganggu kualiti ini dikatakan sebagai air yang tercemar. Sebenarnya, warna dan bau air dapat memberitahu kita apa yang sedang berlaku terhadapnya. Misalnya seperti air berwarna hijau mengambarkan terdapatnya tumbuhan kecil yang dinamakan rumpair yang tumbuh di dalamnya. Manakala air berlumpur menunjukkan terdapat kandungan kelodakan atau mendapan yang tinggi menyebabkan ikan sukar bernafas. Air yang mempunyai lapisan berkilau pula memberi gambaran bahawa berlaku tumpahan minyak di permukaan air tersebut. Selain itu, kita juga dapat melihat kadangkala air itu berbuih dan ini menunjukkan kemungkinan sabun dari rumah atau kilang yang mengalir ke dalamnya. Kita juga sering kali melihat air yang mengalir 5
  • 6. mempunyai lapisan kuning jingga atau kemerahan dan ini berkemungkinan disebabkan oleh pembuangan bahan pencemar oleh kilang ke dalam sungai. 2.1 Definisi Pencemaran Air Pencemaran air berlaku apabila perubahan berlaku dari segi kandungan, keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan memberi kesan apabila digunakan. Pencemaran berlaku sama ada dari segi biologi, kimia dan fizik (Jasiman Ahmad 1996). Pencemaran air bukan hannya berlaku di sungai tetapi juga di laut dan ianya boleh berlaku secara sengaja atau tidak. Pencemaran ini lebih kepada bahan pencemar dari kilang. Menurut Wikipedia Bahasa Melayu pencemaran air adalah seperti kebocoran dan luahan bahan kimia ke dalam sumber air atau fenomenon eutrofikasi. Pencemaran air menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 didefinisikan sebagai apa- apa perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat sifat fizikal, haba, biologi atau radioaktif iaitu mana-mana bahagian alam sekeliling yang melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan ini sehingga menjejaskan kegunaannya dan menyebabkan suatu keadaan merbahaya atau memudaratkan kesihatan, keselamatan dan kebajikan pihak awam atau kehidupan lain seperti burung, hidupan liar, ikan dan hidupan akuatik serta tumbuh-tumbuhan air. 2.2 Punca Pencemaran Air Sikap tidak bertanggungjawab dan mementingkan keuntungan semata-mata telah membutakan hati dan perasaan manusia terhadap alam sekitar. Pelbagai faktor atau punca berlakunya pencemaran air. Pengusaha kilang umpamanya, berusaha menjimatkan kos dengan mengambil jalan mudah,membuang sisa kilang ke dalam sungai walaupun menyedari kesannya terhadap persekitaran. Selain itu, kekurangan pengetahuan juga menyebabkan pemilik industri tidak mengambil berat serta cuba mengelak piawaian keselamatan yang telah ditetapkan sama ada berhubung dengan keselamatan manusia atau kestabilan alam sekitar. Masalah ini harus dipandang serius kerana sungai merupakan sumber air yang paling utama. Kepesatan pembangunan industri, perumahan dan pembukaan tanah baru menyebabkan banyak sungai yang 6
  • 7. hilang keupayaan untuk memainkan peranan semula jadinya. Sekiranya fenomena ini berterusan, tidak mustahil rangkaian sungai di seluruh negara turut tercemar . Sisa bahan buangan kilang seperti sisatosid yang dibuang ke dalam sungai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Pembuangan ini dianggap mudah kerana tidak memerlukan kos pelupusan.Kumuhan kilang - kebanyakan kumuhan kilang seperti sisa toksid dibuang ke sungai atau laut. Sesetengah bandar dan kampung mengepam pelbagai bahan buangan yang tidak dirawat dan kadang kala kilang juga membuang bahan beracun ke dalam sungai. Baja dan racun perosak kimia yang digunakan oleh petani juga akan dibawa oleh air hujan ke dalam sungai dan anak sungai. Bahan-bahan ini boleh membunuh berbagai-bagai jenis hidupan air. Sikap individu itu sendiri menjadi salah satu punca berlakunya pencemaran air di negara kita. Pembuangan bahan-bahan buangan seperti sampah, minyak dan najis sering kali dilakukan oleh sesetengah individu sehingga lupa tanggungjawab dan kepentingan menjaga alam sekitar. 7
  • 8. Penerokaan tanah untuk dijadikan kawasan pertanian juga menyebabkan hakisan tanah berlaku dan ini seterusnya akan mengakibatkan mendakan berlaku. Mendakan ini akan mencetekkan sungai dan air sungai menjadi keruh. Penerokaan juga membantu menyumbang ke arah pencemaran air. Ini adalah kerana penerokaan yang dijalankan sudah pasti menyebabkan hakisan tanah berlaku dan seterusnya tanah runtuh akan masuk ke dalam sungai lalu mendakan berlaku. Mendakan ini bukan sahaja akan mencetekkan lagi paras air sungai tetapi akan mengakibatkan berlakunya banjir. Hakikatnya pelbagai punca berlakunya pencemaran adalah disebabkan oleh faktor masyarakat kita sendiri mahupun dari pihak-pihak tertentu yang tidak peka pada keadaan sekeliling dan hanya mementingkan diri sendiri tanpa mengambil kira sebab dan akibat yang akan berlaku akibat tindakan mereka itu. 2.3 Kesan Pencemaran Air Pencemaran air yang berlaku memberi kesan bukan sahaja akan dialami oleh manusia bahkan turut memberi kesan kepada hidupan yang lain. Kesan kepada manusia adalah terhadap kesihatan mereka sendiri. Dimana antara kesan yang dianggap kronik akaibat pencemaran air yang berlaku adalah anomalia, iaitu pembesaran tubuh dan tingkahlaku yang tidak normal, serta kurang daya ketahanan badan akibat penggunaan sumber air tersebut. Kesan pencemaran air ini juga memberi kesan yang banyak kepada organisma laut di perairan cetek kesan daripada tumpahan minyak ke laut. Apabila tumpahan minyak berlaku dengan banyak berhampiran persisiran pantai ia akan membentuk lapisan minyak yang boleh mengancam hidupan laut serta burung. Tumpuhan tersebut juga turut menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton. Hidupan air seperti ikan, siput, udang atau ketam akan mati dengan tumpahan minyak, pembuangan sampah dan sisa toksid yang dicemarkan. Selain dari itu pencemaran toksid yang masuk ke dalam air akan menyebabkan simptom kebas-kebas, sakit kepala, kabur penglihatan dan 8
  • 9. petuturan yang tidak betul. Sesetengahnya berakhir dengan kelumpuhan dan ada yang menemui maut. PENCEMARAN BUNYI 3.0 Pengenalan Pencemaran bunyi adalah salah satu daripada pencemaran alam. Jika pencemaran alam sekitar yang lain memberi impak kepada ekologi, ekosistem dan penghuni alam, pencemaran bunyi memberi kesan langsung kepada manusia. Bunyi bising bukanlah sesuatu perkara asing kepada kita. Kebisingan yang berlaku berbeza antara satu sumber dengan sumber yang lain. Gangguan yang berlaku juga bergantung kepada persepsi individu masing-masing sama ada boleh bertoleransi atau tidak. Misalnya ada orang yang cepat melenting jika mendengar bunyi motor yang bising tetapi ada orang yang masih boleh bertahan ke suatu tahap yang lebih tinggi. Seperti juga pencemaran air dan udara, bunyi juga boleh dianggap sebagai suatu pencemaran kerana ia menyebabkan gangguan. Walau bagaimanapun, pencemaran bunyi ini biasanya tidak mendapat perhatian khusus seperti pencemaran air dan udara kerana mungkin disebabkan sifat tidak boleh dilihat serta kehadiran yang biasanya akan lenyap dalam suatu jangka masa yang singkat. Pada masa kini, aktiviti manusia seharian dan perkembangan teknologi telah menyebabkan paras bunyi menjadi semakin tinggi berbanding zaman dahulu. Sebagai contoh, bilangan kenderaan di jalan raya telah semakin meningkat, bilangan penduduk yang bertambah menyebabkan aktiviti-aktiviti sosial boleh menghasilkan bunyi bising serta penciptaan kapal terbang dan jet merupakan antara beberapa contoh pertambahan bunyi di persekitaran. Oleh yang demikian, menurut Hamidi Abdul Aziz (2008), pencemaran bunyi pada masa ini telah mula diberi perhatian serius lebih-lebih lagi apabila bunyi dikaitkan dengan kesihatan manusia. Keadaan kesihatan yang 9
  • 10. dimaksudkan antaranya adalah kerosakan pendengaran pekerja di persekitaran yang bising juga telah memungkinkan standard bunyi diperkenalkan. Menurut OECD (1975), perhatian kurang diberikan kepada bunyi bising berbanding pencemaran lain kerana beberapa faktor antaranya adalah bunyi bising merupakan suatu masalah setempat. Dimana ia berlaku di kawasan yang berhampiran dengan sumber bising sahaja. Ia tidak dipindahkan dalam jarak yang jauh sama ada melalui udara mahu pun melalui air. Selain itu, faktor kesukaran untuk mengenalpasti kesan- kesan kerosakan segera akibat terdedah kepada bunyi bising dalam keadaan normal. Keadaan ini menyebabkan masyarakat kurang sedar akan bahaya pencemaran bising dan seterusnya kurang memberikan perhatian terhadapnya. 3.1 Definisi Pencemaran Bunyi Terdapat banyak istilah bising menurut Hamidi (2008), istilah paling mudah bagi bunyi bising adalah bunyi yang tidak dikehendaki dan boleh diertikan juga sebagai sebarang bunyi yang boleh memberi gangguan psikologi dan kesan sosial kepada seseorang atau kumpulan. Contohnya seperti gangguan percakapan, kerja, berehat, rekreasi, tidur dan sebagainya. Bunyi ini boleh tersebar melalui medium udara, air dan bahan pepejal yang lain seperti kayu, besi dan sebagainya. Menurut Bugliarello (1976) dan Freeman (1984), tidak terdapat seorang pun pada hari ini yang boleh terlepas dari pencemaran bunyi bising. Ini adalah kerana bunyi bising telah mengganggu kualiti kehidupan. Ia juga terjadi tanpa mengira batasan politik atau sosial. Walau bagaimanapun, dalam perbincangan mengenai pencemaran didapati pencemaran bunyi bising merupakan pencemaran yang seringkali dilupakan atau diabaikan berbanding dengan pencemaran lain seperti air dan udara. Keadaan ini terjadi mungkin disebabkan pencemaran bunyi bising merupakan suatu pencemaran yang tidak meninggalkan sisa kepada alam sekitar. 3.2 Punca Bunyi Bising Sumber utama pencemaran bunyi bising boleh dibahagikan kepada tiga sumber iaitu kebisingan pengangkutan, industri dan pembinaan serta kebisingan dari manusia. 10
  • 11. Kebisingan yang berpunca daripada pengangkutan boleh dibahagikan kepada tiga punca utama iaitu lalulintas, kapal terbang dan keretapi. Lalu lintas merupakan punca utama pencemaran kebisingan komuniti di bandar-bandar utama. Secara umumnya terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi kebisingan lalu lintas antaranya adalah permukaan jalan dan jenis jalan, kelajuan kenderaan, nisbah laluan lori, kecerunan dan persimpangan jalan dan keadaan cuaca. Kebisingan kapal terbang amat ketara bagi komuniti yang tinggal berhampiran dengan lapangan terbang. Kebisingan kapal terbang bergantung kepada jenisnya, kuasa enjin dan keadaan operasi di lapangan terbang. Masalah kebisingan dari sumber keretapi lebih ketara di kawasan tertentu sahaja, misalnya di kawasan luar bandar yang biasanya terdapat landasan keretapi yang melaluinya. Punca utama kebisingan adalah daripada roda dan landasan keretapi. Kebisingan daripada operasi industri adalah daripada mesin dan peralatannya. Paras tekanan bising industri adalah sukar ditentukan disebabkan saiz dan bentuk pelbagai industri di samping mempunyai gelombang pelbagai sumber kebisingan. Operasi pembinaan pula bersifat sementara, namun untuk projek besar ia akan memakan masa yang lama. Kebisingan ini biasanya dihasilkan oleh penggunaan jentera dalam proses pembinaan. Penanaman cerucuk biasanya mengeluarkan bunyi yang kuat kerana hentakan besi cerucuk dan enjin mesin hentakan. Kebisingan pembinaan juga dihasilkan oleh mesin pembancuh simen, trak pengangkut dan janakuasa yang digunakan. Kebisingan daripada aktiviti harian manusia dan suara manusia juga menyebabkan berlakunya pencemaran bunyi. Kebisingan ini termasuklah berpunca daripada radio, televisyen dan sebagainya serta daripada binatang peliharaan seperti anjing. Kebisingan ini amat ketara di kawasan-kawasan perumahan berkepadatan tinggi. 3.3 Kesan Pencemaran Bunyi Apabila kita membincangkan tentang kebisingan, secara tidak langsung kesan-kesan kebisingan juga perlu dibincangkan kerana kedua-duanya mempunyai kaitan yang rapat. Kebisingan dikenal pasti meninggalkan kesan negatif kepada kesihatan manusia. Kesan 11
  • 12. kebisingan boleh dibahagikan kepada dua iaitu kesan biologikal dan psikologi serta kesan ke atas ekonomi. Kesan biologikal dan psikologi boleh dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu gangguan komunikasi dan pendidikan, kesihatan dan habitaliti. Manakala kesan kepada ekonomi pula ialah dari segi nilai harta benda. Bunyi bising boleh mengganggu komunikasi misalnya percakapan secara langsung atau melalui telefon. Kebisingan juga boleh mengganggu kenikmatan mendengar radio, televisyen, waktu pembelajaran serta waktu rehat seseorang. Kebisingan yang melampau juga boleh mengakibatkan kesan negatif kepada pendengaran. Kesan yang nyata adalah seperti pekak dan pengurangan keupayaan pendengaran. Rosen (dalam Mulholland, 1981) menyatakan bahawa bunyi bising boleh mengganggu pertumbuhan kanak-kanak misalnya kulit menjadi pucat, selaput lendir menjadi kering, usus kejang dan kerosakan buah pinggang. Selain itu, gangguan dalam habiliti pula termasuklah perasaan terganggu, gangguan tidur dan pekerjaan. Bunyi bising selalu dikatakan sebagai suatu tekanan dalam kehidupan moden dan kemungkinan terjadinya sakit jiwa akibat bunyi bising tidak diabaikan. Walaupun bunyi bising mempengaruhi jiwa seseorang, tetapi adalah sukar untuk kita meramalkan sifat dan tahap kesannya kerana setiap individu mempunyai sifat dan tahap penerimaan yang berbeza. Kebisingan juga boleh memberi kesan kepada tahap kecekapan dalam melaksanakan pekerjaan. Kerja-kerja yang memerlukan daya kreativiti, percakapan atau kerja-kerja rutin yang memerlukan kepantasan yang berterusan amat mudah dipengaruhi oleh bunyi bising dan seterusnya mengakibatkan terjadinya banyak kesilapan. Kesan gangguan bising kepada nilai harta benda boleh menjatuhkan nilai harta benda yang terletak berhampiran puncanya. Penyebab utama kepada kejatuhan nilai harta benda biasanya adalah berpunca daripada bunyi bising kenderaan, tetapi kesan ini hanya berkait dengan nilai tapak kediaman. Walau bagaimanapun, kesan ke atas penurunan nilai harta tanah mungkin lebih dipengaruhi oleh faktor kemanusiaan sendiri. Misalnya perletakan harta tanah di suatu lokasi yang dianggap istimewa seperti berhampiran dengan pusat bandar atau kawasan yang mempunyai kemudahan awam mungkin dianggap dapat mengatasi kerugian yang dialami akibat kebisingan. Oleh itu 12
  • 13. nilainya tidak akan turun walaupun terdapatnya kebisingan kerana keutamaan yang lebih tinggi diberikan kepada faktor kemudahan awam. 3.4 Langkah Mengawal Pencemaran Bunyi Usaha pengawalan bunyi adalah sukar kerana bunyi memberi makna dan berkaitan dengan kehidupan. Bunyi yang kerterlaluan seperti dari kilang-kilang pula mendatangkan kesan tidak baik dan dalam masa yang sama negara menuntut pembangunan yang menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat. Kerajaan diharapkan dapat mewujudkan lebih banyak lagi kawasan dan taman industri yang jauh dari kediaman. Ertinya zon pencemaran bunyi hanya berlaku di kawasan itu sahaja sementara itu mewajibkan pengusaha kilang menyediakan alat penghadang bunyi kepada pekerja yang sentiasa berada di kawasan bunyi bising. Masyarakat boleh membantu pengurangan kadar bunyi bising walaupun tidak secara keseluruhannya dengan memperlahankan bunyi radio, muzik karaoke dan bunyi motorsikal yang telah diubah suai. Perkongsian kereta merupakan strategi serampang ”tiga” mata iaitu mengurangkan kesesakan lalulintas, mengurangkan kos dan mengurangkan pencemaran bunyi. Bunyi empat buah kereta dan ruang jalanraya dan tempat letak kereta bagi empat buah kereta telah diisi oleh sebuah kereta. Cara ini juga sangat digalakkan oleh kerajaan dan rakyat harus menyokong dan mempraktikan saranan itu. Penggunaan alat dan jentera canggih dalam pembinaan mengurangkan kadar bunyi bising berbanding jentera lama. Penggunaan jentera canggih juga lebih mempercepatkan proses pembinaan terutamanya alat menanam cerucuk dan mengerudi. Projek kawasan perumahan berfasa yang memakan masa dan berhampiran dengan penduduk yang sedia ada amatlah perlu menggunakan jentera canggih walaupun iannya dilihat melibatkan kos yang besar. 13
  • 14. Malaysia kerap menganjurkan kempen-kempen kesedaran contohnya kempen berbudi bahasa, kempen anti sumbang mahram dan kempen anti dadah. Kempen kesedaran berkenaan anti pencemaran bunyi juga sangat wajar dianjurkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. Masyarakat terutama golongan sasar perlu diingatkan tentang nilai ”sepasang telinga”. PENCEMARAN UDARA 4.0 Pengenalan Udara merupakan faKtor yang penting dalam kehidupan, namun dengan meningkatnya pembangunan Bandar-bandar dan pusat industri, kualiti udara telah mengalami perubahan. Udara yang dulunya segar, kini telah kering dan kotor. Perubahan ini berlaku adalah disebabkan kemasukkan bahan pencemar ke dalam udara. Pencemaran Udara 4.1 Definsi Pencemaran Udara Pencemaran udara boleh didefinasikan sebagai terdapatnya gas, cecair atau zarah yang terkandung di udara sehingga berlakunya perubahan dan menjejaskan kehidupan atau 14
  • 15. bahan-bahan lain. Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan negatif kepada manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Ini sebabkan bahan-bahan ini akan masuk ke tubuh manusia melalui pernafasan dan berupaya menyekat pengaliran oksigen ke dalam salur-salur darah. Ini boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti penyakit kekejangangan, barah, asma, kekejangan dan anemia. Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain yang boleh menghalang penglihatan mata merupakan pelbagai bentuk pencemaran udara. Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan kehadiran sebarang gas atau zarah yang mengandungi toksik atau radioaktif dalam atmosfera, khususnya yang terhasil menerusi kegiatan manusia. Biasanya pencemaran udara dikaitkan dengan pelepasan asap atau bahan-bahan cemar lain daripada ekzos kenderaan, stesen penjana kuasa, kilang, loji serta pembakaran bahan api fosil secara domestik di kawasan bandar dan industri. Namun demikian, bahan cemar udara juga boleh terhasil menerusi kegiatan di kawasan pedalaman seperti penyemburan racun makhluk perosak, perlombongan yang menghasilkan habuk ataupun amalan pertanian seperti pendebungaan dan penyemburan baja. Pencemaran udara juga boleh terjadi secara tabii menerusi penyerakan habuk atau debu akibat tiupan angina, letusan gunung berapi, tiupan wap air oleh ombak dan sebagainya. Pencemaran udara dikatakan berlaku apabila sesuatu bahan ataupun kumpulan bahan- bahan dimasukkan ke udara sehinggakan ia dapat mempengaruhi manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan atau bahan lain (Chambers, 1962). Banyak lagi definisi yang boleh diberikan tentang pencemaran udara ini. Menurut Wark dan Warner (1901), pencemaran udara sebagai kehadiran satu atau lebih bahan cemar atau gabungannya di dalam atmosfera dalam kuantiti tertentu pada suatu jangka waktu yang boleh berkecenderungan menyebabkan mudarat kepada kehidupan manusia, tumbuhan atau haiwan atau harta benda yang akan menganggu suasana kehidupan yang tenteram. Selain itu, pencemaran udara menurut Wikipedia Bahasa Melayu iaitu pelepasan bahan kimia berbahaya ke dalam atmosfera. Contoh bahan pencemar termasuk karbon monoksida, sulfur dioksida, klorofluorokarbon (CFC), nitrogen dioksida yang dikeluarkan 15
  • 16. oleh kenderaan dan kilang industri. Dalam keadaan tertentu, pencemaran boleh berasal dari sumber-sumber semula jadi seperti gunung berapi, pembakaran hutan ataupun ribut debu. Tetapi pada keseluruhannya sumbangan dari sumber-sumber semula jadi ini adalah kecil jika dibandingkan dengan bahan-bahan pencemaran yang dikeluar atau digalakkan dari manusia sendiri. 4.2 Jenis Pencemaran Udara Pencemaran udara terbahagi kepada dua bahagian iaitu pencemaran udara primer dan pencemaran udara sekunder. Pencemaran udara primer adalah penghasilan sulfur monoksida dan karbon monoksida akibat daripada proses pembakaran yang tidak lengkap. Proses ini menyebabkan zarah-zarah yang halus terampai di udara dan memberi kesan sampingan kepada kesihatan kita. Kebanyakan pencemaran udara primer ini dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasan industri dan penggunaan dapur arang atau kayu. Pencemaran udara sekunder pula adalah tindakbalas sulfur dioksida yang bergabung dan membentuk gas-gas yang tidak diperlukan oleh benda hidup. Sulfur dioksida memerlukan gas seperti karbon monoksida dan sulfur monoksida untuk membentuk gas yang lain. Sebagai contoh gabungan sulfur dioksida, sulfur monoksida dan wap air akan menghasilkan asid sulfurik. Tindakbalas antara pencemar primer dengan gas-gas terampai di atmosfera akan menghasilkan peroksidasetil nitrat (PAN). 4.3 Punca Pencemaran Udara Pencemaran udara boleh berpunca daripada pelepasan asap kenderaan, penghasilan bahan pencemar oleh kilang, pembakaran di tempat pelupusan dan pembakaran terbuka di bandar. Selain itu pembakaran hutan yang berleluasa juga akan menyebabkan pencemaran udara berlaku. Seperti yang kita dapat lihat kejadian jerebu yang berlaku tidak lama dulu. Bahan-bahan sisa bandaran seperti sampah sarap, sisa- sisa makanan dan sebagainya juga menjadi punca kepada pencemaran. Masyarakat juga menyumbang kepada punca pencemaran berlaku akibat daripada aktiviti 16
  • 17. membakar sampah, ada juga segelintir masyarakat yang masih memasak menggunakan arang atau kayu, merokok dan sebagainya lagi. 4.4 Kesan Pencemaran Udara Akibat daripada pencemaran alam sekitar, kesihatan manusia turut terjejas . Di negara kita misalnya penggunaan kereta masa kini telah bertambah dengan begitu pesat berbanding tahun 1950an dan 1960an dahulu. Malangnya kecanggihan teknologi pembuatan kenderaan bermotor telah menimbulkan banyak masalah misalnya pencemaran udara, pencemaran bunyi, kerosakan alam dan hidupan semulajadi. Pengeluaran gas monoksida iaitu sejenis gas beracun yang boleh membunuh sekiranya terkumpul dalam kawasan yang tertutup . Sejenis lagi unsur yang boleh terhasil melalui penggunaan kenderaan bermotor ialah plumbum iaitu sejenis bahan kimia yang sangat beracun dan boleh menyebabkan kerosakan otak terutamanya di kalangan kanak- kanak. 17
  • 18. LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN ALAM SEKITAR Memandangkan dunia sekarang sedang diancam bahaya pencemaran, langkah-langkah wajar dan berkesan patut diambil. Langkah untuk melindungi alam sekitar ini bukanlah tanggungjawab pihak kerajaan sahaja. Ia adalah tanggungjawab semua pihak. Berikut merupakan beberapa langkah yang boleh diambil oleh semua pihak dalam menangani isu alam sekitar yang semakin berleluasa di negara kita. Pertama, penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah amat penting. Sebagai contohnya, tanpa teknologi moden, adalah tidak mungkin untuk membersihkan tumpahan minyak di laut. Dengan adanya teknologi moden, sisa pepejal seperti surat khabar lama, majalah lama, kertas, kain, bahan plastik dan kaca dapat dikitar semula. Ini sudah tentu dapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal yang tidak sempurna. Selain itu, bahan-bahan buangan industri pertanian boleh diubah kepada bahan-bahan yang berguna dan kurang bahaya. Sebagai contoh, sampah sarap boleh dijadikan bahan api untuk menghasilkan tenaga elektrik. Hampas pertanian seperti hampas kelapa sawit boleh digunakan untuk menghasilkan metana. Selain itu, dengan adanya teknologi moden, penapis udara telah dicipta dan dipasang pada ekzos kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang perindustrian. Penggunaan petrol tanpa plumbum juga merupakan satu hasil daripada penggunaan teknologi moden. Ini dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam atmosfera yang bahaya kepada kesihatan manusia. Penyelidikan ke atas minyak kelapa sawit sebagai pengganti bahan api fosil adalah satu usaha yang menggalakkan pengurangan pencemaran alam sekitar. Dengan adanya 18
  • 19. teknologi moden jentera-jentera dan mesin-mesin dapat diubahsuaikan menjadi kurang mencemarkan alam sekitar. Kedua, melalui penerapan Ilmu Pendidikan Alam dalam Kurikulum. Tanggungjawab untuk menjamin sebuah negara yang bersih bukan sahaja dipikul oleh kerajaan tetapi patut dipikul oleh semua pihak. Untuk membentuk rakyat yang bertanggungjawab kepada alam sekitar, mereka perlulah mempunyai kesedaran. Untuk memupuk kesedaran di kalangan rakyat, cara yang terbaik ialah melalui pendidikan. Sebab-sebab pendidikan alam sekitar ini perlu ialah kerana ia dapat membentuk sikap positif diri terhadap alam sekitar. Dengan adanya kesedaran pada seseorang individu, dia akan sedar tentang betapa pentingnya kualiti alam sekitar yang tinggi dikekalkan. Ini kerana mereka sudah tahu apa masalah yang mungkin akan timbul akibat sesuatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab yang mencemarkan alam sekitar. Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dalam mata pelajaran Alam dan Manusia. Seterusnya adalah pada peringkat menengah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), khususnya dalam mata pelajaran sains seperti Biologi. Peringkat ketiga dan terakhir ialah pengajian tinggi melalui kursus Sains, Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran. Pendidikan alam sekitar kepada masyarakat umum pula disampaikan melalui media massa. Antara media massa yang memainkan peranan yang penting ialah surat khabar, majalah, televisyen dan radio. Selain itu, terdapat juga agensi kerajaan dan swasta yang mengadakan kempen dan ceramah. Ketiga, peranan yang dimainkan oleh pihak Media Massa. Pada hari ini media massa memainkan peranan yang penting dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna. Oleh itu, dengan adanya pendedahan media massa tentang isu pencemaran, masyarakat umum akan berhati-hati dalam menanggani masalah pencemaran. Setakat ini, media massa yang paling banyak membuat pendedahan tentang isu pencemaran ialah majalah dan surat khabar. Televisyen juga ada membuat pendedahan ini contoh TV3 dan TV7 tetapi adalah terlalu sedikit ditekankan keutamaanya. Keempat, mengadakan kempen melindungi alam sekitar. Dengan menyertai sesuatu kempen untuk melindungi alam sekitar, ia adalah sesuatu yang sihat dan amat digalakkan. Antara kempen-kempen yang melindungi alam sekitar ialah kempen 19
  • 20. cintailah sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam dan sebagainya. Kempen- kempen ini dapat memberi kesan yang mendalam terhadap peserta-pesertanya. Pameran tentang alam sekitar juga boleh diadakan untuk memberitahu kepada masyarakat tentang isu-isu alam sekitar, sebab-sebab pencemaran, kesan-kesannya dan apa yang boleh dibuat untuk mengurangkan kadar pencemaran. Pameran sebegini boleh meningkatkan kesedaran dan mengajar masyarakat untuk melindungi alam sekitar. KESIMPULAN Malaysia sememangnya sebuah negara yang berkembang pesat serta maju dalam pelbagai bidang. Namun dalam kepesatan pertumbuhannya itu, ramai yang tidak menyedari bahawa ia juga membawa kesan sampingan terhadap alam sekitar. Kegiatan-kegiatan perusahan atau perkilangan asap-asap menyebabkan pencemaran udara dan pembuangan toksik menyebabkan pencemaran air. Selain itu,kegiatan pembangunan dan penerokaan hutan telah mengganggu sistem ekologi bumi dan mengakibatkan hakisan tanah. Terdapat punca-punca lain yang menyebabkan pencemaran alam, seperti kegiatan pengangkutan yang mencemarkan udara dan air, kegiatan perladangan dan sebagainya. Kita sudah tentulah merasa jijik dan tidak selesa jika rumah kita berada dalam keadaan berasap, kotor dan busuk. Konsep ini harus diperkembangkan dengan menganggapkan bumi ini sebagai rumah kita. Bumi adalah satu-satunya planet yang membolehkan kita dan hidupan lainnya hidup bebas. Perasaan hormat harus diberikan kepada semua bentuk hidupan dan persekitaran yang menjadi jiran tetangga kita. Segala tindakan manusia mempunyai kesan yang mendalam terhadap alam sekitar. Perasaan hormat terhadap hidupan lain bermakna menghormati diri kita sendiri. Menjaga kesejahteraan alam sekitar supaya tidak tercemar bermakna menghormati keperluan kita untuk mendapatkan udara dan bekalan air yang bersih. Memandangkan dunia sekarang sedang diancam bahaya pencemaran, langkah-langkah wajar dan berkesan patut diambil. Langkah untuk melindungi alam sekitar ini bukanlah tanggungjawab pihak kerajaan sahaja. Ia adalah tanggungjawab semua pihak. 20
  • 21. Pengguna memainkan peranan yang terpenting dalam menangani masalah pencemaran. Jika semua pihak ini bekerjasama untuk menangani masalah pencemaran, sudah tentu bumi akan di panjangkan usianya. Alam sekitar yang bersih dan terlindung mencerminkan masyarakat yang harmonis dan sihat bagi menerajui pembangunan sains dan teknologi negara di masa akan datang. BIBLIOGRAFI Bugliarello,G. et.al, 1976. The Impact of Noise Pollution. New York : Pergamon Press. Chambers L.A, 1962. Classification and Extent of air pollution problems. In Stern. A.C. (ed) Air Pollution, p.3-22. Daryanto. 1995. Masalah Pencemaran. TARSITO, Bandung. Dr. Ir Moestikahadi Soedomo. 1999. Pencemaran Udara. ITB, Jakarta. Freeman, Hugh L. 1984. Mental Health and The Enviroment. Livingstone : Churchill. Hamidi Abdul Aziz. 2008. Pencemaran Bunyi : Teori, Sumber, Perundangan dan Kawalan. Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Jasiman Ahmad. 1996. Pencemaran Alam Sekitar, Siri Pencemar Alam. Eddiplex Sdn.bhd, Kuala Lumpur. Jasman Ahmad dan Siti Razmah Idris. 1996. Pencemaran Udara dan Bunyi. Mikamas. Mansor Ibrahim dan Mohd Asri Abu Bakar. 1997. Pencemaran Bunyi Bising. Universiti Teknologi Malaysia, Johor. 21
  • 22. Mulholland, K.A. 1981. Noise Assesment and Control. London : Construction Press. OECD (1975). Reducing Noise in OECD Countries, A Report of The Ad-Hoc Group On Noise Abatement Policies. Paris. Sham Sani. 1982. Pembandaran Iklim Bandar dan Pencemaran Udara. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Wark,K. dan Warner,C.F. 1981. Air Pollution : Its Origin and Control. Edisi Kedua. New York : John Wiley and Sons. Zaini Ujang. 2000. Pengenalan Pencemaran Udara. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. 2003. _________.2009. Sources Of Water Pollution http://www.doe.gov.my/ms/content/punca- pencemaran-air-sungai. (dilayari 14 Januari 2009). _________. 2008. Wikipedia Bahasa Melayu. http://ms.wikipedia.org/wiki/Pencemaran. (dilayari 7 Januari 2009). 22