SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 11
Baixar para ler offline
1
JPA(BGE)223/5/4-3 (63) Siri No.
KERAJAAN MALAYSIA
PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 14 TAHUN 2010
KEMUDAHAN CUTI BERSALIN
PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM
TUJUAN
1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk menjelaskan kelayakan dan kaedah
pelaksanaan peraturan mengenai kemudahan Cuti Bersalin bagi pegawai Perkhidmatan
Awam Persekutuan.
LATAR BELAKANG
2. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1998 telah menetapkan bahawa
kemudahan Cuti Bersalin kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan adalah
selama 60 hari yang dikira mulai dari tarikh pegawai bersalin. Surat Pekeliling
2
Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2009 pula membolehkan pegawai memilih tarikh
Cuti Bersalin pada bila-bila masa dalam tempoh 14 hari dari tarikh dijangka bersalin.
Pegawai hendaklah mengemukakan perakuan bersalin dan permohonan cuti kepada
Ketua Jabatan bagi tujuan diluluskan kemudahan Cuti Bersalin.
3. Kemudahan cuti bersalin telah diperuntukkan kepada pegawai warganegara
yang dilantik secara kontrak berdasarkan Perenggan 54.5 Pekeliling Perkhidmatan
Bilangan 2 Tahun 2008 – Dasar dan Prosedur Pelantikan Secara Kontrak (contract of
service) dan turut dipanjangkan kepada pegawai bukan warganegara melalui Surat
Pekeliling Bilangan 16 Tahun 2009 – Kemudahan Cuti Bersalin Kepada Pegawai
Kontrak Bukan Warganegara Yang Dilantik Secara Kontrak (contract of service).
4. Kemudahan Cuti Menjaga Anak (tanpa gaji) pula merupakan cuti yang diberi
kepada pegawai wanita untuk menjaga dan menyusukan bayinya sepertimana
diperuntukkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2007. Kadar
kelayakan adalah sebanyak 1,825 hari (5 tahun) bagi sepanjang tempoh perkhidmatan.
Namun Cuti Menjaga Anak boleh diberikan sebagai pilihan untuk menggantikan
Cuti Bersalin Tanpa Gaji bagi memenuhi tempoh Cuti Bersalin.
PELAKSANAAN
Tafsiran
5. Dalam Pekeliling Perkhidmatan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki
makna yang lain-
‘Cuti Bersalin’ adalah cuti yang diberikan kepada pegawai wanita untuk bersedia
dan pulih daripada bersalin;
‘Cuti Bersalin Bergaji Penuh’ adalah cuti bersalin yang dibayar emolumen penuh
mengikut kadar kelayakan yang telah ditetapkan;
3
‘Cuti Bersalin Separuh Gaji’ adalah cuti bersalin yang dibayar separuh emolumen
dan hanya diperuntukkan kepada guru selama 14 hari dalam penggal sekolah;
‘Cuti Bersalin Tanpa Gaji’ adalah cuti bersalin yang tidak dibayar sebarang
emolumen kepada pegawai yang telah menggunakan kelayakan Cuti Bersalin
Bergaji Penuh dan Cuti Bersalin Separuh Gaji;
‘Guru’ adalah merujuk kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah dan
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma wanita lantikan tetap
yang menjalankan tugas perguruan tidak termasuk Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan yang bertugas di pejabat dan menjalankan tugas-tugas
pentadbiran; dan
‘pegawai’ adalah merujuk kepada pegawai wanita Perkhidmatan Awam Persekutuan
yang dilantik secara tetap, sementara dan kontrak (contract of service).
Kelayakan
6. Selaras dengan hasrat Kerajaan yang mengambil berat terhadap kebajikan
pegawai, kelayakan dan peraturan kemudahan Cuti Bersalin ditetapkan seperti berikut:
6.1 seseorang pegawai yang bersalin layak mendapat Cuti Bersalin Bergaji
Penuh sebanyak 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatannya;
6.2 pegawai diberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh
Cuti Bersalin di antara 60 hari sehingga 90 hari bagi setiap kelahiran;
dan
6.3 Cuti Bersalin bermula pada tarikh pegawai bersalin. Walau
bagaimanapun, pegawai boleh memilih untuk menggunakan
Cuti Bersalin lebih awal dari tarikh bersalin iaitu pada bila-bila masa
dalam tempoh 14 hari dari tarikh dijangka bersalin.
4
7. Bagi pegawai yang mempunyai baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh kurang
daripada 90 hari, pegawai dikehendaki untuk memenuhi tempoh Cuti Bersalin
di antara 60 hari sehingga 90 hari dengan menggunakan turutan kemudahan seperti
berikut:
7.1 Bagi pegawai kecuali guru:
a. menghabiskan kesemua baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh yang
dilayaki; dan
b. mengambil Cuti Rehat yang berkelayakan; dan
c. mengambil Cuti Bersalin Tanpa Gaji setelah menggunakan
kemudahan di perenggan 7.1 (a) dan (b) di atas; atau
d. menggunakan Cuti Menjaga Anak (tanpa gaji) sehari selepas
tamat tempoh Cuti Bersalin Bergaji Penuh sepertimana yang
dijelaskan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan
15 Tahun 2007.
7.2 Bagi guru:
a. Semasa penggal sekolah, guru hendaklah:
i) menghabiskan kesemua baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh
yang dilayaki;
ii) mengambil Cuti Bersalin Separuh Gaji sehingga 14 hari;
dan
iii) mengambil Cuti Bersalin Tanpa Gaji setelah
menggunakan kemudahan di perenggan 7.2 (a)(i) dan (ii)
di atas; atau
5
iv) menggunakan Cuti Menjaga Anak sehari selepas tamat
tempoh Cuti Bersalin Bergaji Penuh sepertimana yang
dijelaskan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan
15 Tahun 2007 bagi memenuhi tempoh Cuti Bersalin.
b. Semasa cuti penggal sekolah, guru hendaklah:
i) menghabiskan kesemua baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh
yang dilayaki; dan
ii) bagi tempoh yang selebihnya dianggap dalam
Cuti Bergaji Penuh.
8. Bagi pegawai yang telah menggunakan kelayakan maksimum 300 hari
kemudahan Cuti Bersalin, pegawai dikehendaki untuk memenuhi tempoh Cuti Bersalin
di antara tempoh 60 hari sehingga 90 hari dengan menggunakan kemudahan seperti
berikut:
8.1 Bagi pegawai kecuali guru:
a. mengambil Cuti Rehat mengikut kelayakan pegawai mulai dari
tarikh bersalin; dan
b. mengambil Cuti Bersalin Tanpa Gaji setelah menggunakan
kemudahan di perenggan 8.1 (a) di atas; atau
c. menggunakan Cuti Menjaga Anak (tanpa gaji) mulai dari tarikh
bersalin sepertimana yang dijelaskan di dalam Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2007 bagi memenuhi tempoh
Cuti Bersalin.
6
8.2 Bagi guru:
a. Semasa penggal sekolah, guru boleh:
i) mengambil Cuti Bersalin Separuh Gaji sehingga 14 hari;
dan
ii) mengambil Cuti Bersalin Tanpa Gaji setelah
menggunakan kemudahan di perenggan 8.2 (a)(i) di atas;
atau
iii) menggunakan Cuti Menjaga Anak mulai dari tarikh
bersalin sepertimana yang dijelaskan di dalam Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2007 bagi memenuhi
tempoh Cuti Bersalin.
b. Semasa cuti penggal sekolah, guru yang bersalin dianggap
dalam Cuti Bergaji Penuh.
9. Cuti Bersalin Separuh Gaji dan Cuti Bersalin Tanpa Gaji yang diambil oleh
pegawai yang bersalin tidak akan menjejaskan kelayakan pegawai untuk
menggunakan Cuti Separuh Gaji di bawah Perintah Am 51 Bab C Tahun 1974 dan
Cuti Tanpa Gaji di bawah Perintah Am 14 dan 52 Bab C Tahun 1974.
10. Bagi pegawai lantikan kontrak (contract of service), kelayakan mereka adalah
sepertimana yang ditetapkan dalam perenggan 6, 7 dan 8 di atas. Walau bagaimanapun,
mereka tidak layak mengambil Cuti Menjaga Anak bagi menggantikan kelayakan
Cuti Bersalin. Kemudahan Cuti Bersalin Tanpa Gaji yang diambil tidak menjejaskan
kemudahan Cuti Tanpa Gaji sepertimana yang diperuntukkan dalam perenggan 54.4
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2008 dan peraturan lain yang berkuat kuasa.
Kemudahan Cuti Bersalin Tanpa Gaji ini juga tidak menyebabkan tempoh kontrak yang
berkuat kuasa terputus.
7
11. Cuti Sakit tidak boleh digunakan bagi maksud menggantikan tempoh
Cuti Bersalin kecuali Cuti Tibi, Kusta, Barah atau tempoh pegawai dimasukkan ke wad
hospital kerana sakit bukan atas sebab bersalin.
12. Bagi pegawai yang telah melahirkan anak selepas 22 minggu mengandung,
sama ada bayi itu hidup atau pun meninggal dunia adalah layak untuk diberi
Cuti Bersalin memandangkan tubuh badan pegawai telah mengalami perubahan fizikal
yang memerlukan Cuti Bersalin bagi tujuan pemulihan.
13. Tempoh perkhidmatan dengan Pihak Berkuasa Negeri, Pihak Berkuasa
Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan bagi seseorang pegawai yang diberi
pelepasan untuk berkhidmat dengan perkhidmatan awam Persekutuan hendaklah
diambilkira bagi maksud kelayakan kemudahan di bawah Pekeliling Perkhidmatan ini.
14. Tempoh perkhidmatan termasuk semasa pelantikan secara sementara atau
pelantikan secara kontrak hendaklah diambilkira bagi maksud kelayakan kemudahan
di bawah Pekeliling Perkhidmatan ini.
15. Urusan pentadbiran kemudahan Cuti Bersalin adalah seperti berikut:
15.1 pegawai hendaklah mengemukakan dokumen sokongan daripada
hospital/ klinik Kerajaan atau swasta yang mengesahkan tarikh dijangka
bersalin bagi membolehkan Ketua Jabatan meluluskan permohonan
Cuti Bersalin dengan menggunakan borang seperti di Lampiran A
Pekeliling Perkhidmatan ini;
15.2 Bagi memudahkan urusan pentadbiran, pegawai tidak boleh meminda
tempoh Cuti Bersalin yang telah diluluskan oleh Ketua Jabatan;
15.3 Ketua Jabatan hendaklah memastikan bilangan hari dan tempoh
Cuti Bersalin yang diluluskan direkod di dalam Rekod Perkhidmatan
pegawai;
8
15.4 bagi pegawai yang telah menggunakan kemudahan Cuti Bersalin
di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1998, kelayakan
kemudahan Cuti Bersalin yang telah digunakan sebelum ini hendaklah
ditolak daripada jumlah kelayakan di bawah Pekeliling Perkhidmatan ini
seperti contoh di Lampiran B; dan
15.5 Pegawai yang bermula Cuti Bersalin sebelum 15 Oktober 2010 adalah
masih tertakluk kepada tempoh Cuti Bersalin selama 60 hari dan
pelaksanaannya sepertimana dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan
2 Tahun 1998.
PEMBATALAN
16. Dengan berkuat kuasanya Pekeliling Perkhidmatan ini, maka Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1998, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan
5 Tahun 2009, perenggan 54.5 (i), (ii) dan (iii) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan
2 Tahun 2008 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 16 Tahun 2009 adalah
dibatalkan.
TARIKH KUAT KUASA
17. Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 15 Oktober 2010.
9
PEMAKAIAN
18. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing,
peruntukan Pekeliling Perkhidmatan ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada
semua Perkhidmatan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
( DATO’ SRI ABU BAKAR BIN HAJI ABDULLAH )
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Malaysia
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
MALAYSIA
PUTRAJAYA
02 DISEMBER 2010
Semua Ketua Setiausaha Kementerian
Semua Ketua Jabatan Persekutuan
Semua Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri
Semua Pihak Berkuasa Berkanun
Semua Pihak Berkuasa Tempatan
Lampiran A
BORANG PERMOHONAN CUTI BERSALIN
(Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2010)
…………………………………
…………………………………
…………………………………
(Ketua Jabatan)
1. Saya memohon menggunakan kemudahan Cuti Bersalin selama …………….. hari mulai
dari tarikh dijangka bersalin (EDD)*/ lebih awal dari tarikh dijangka bersalin iaitu mulai
………………………………. hingga …………………………. Tarikh dijangka bersalin
saya ialah pada …………………………………….
2. Jumlah Cuti Bersalin yang telah diambil sebelum ini adalah sebanyak
………………………. daripada jumlah maksimum 300 hari.
3. Bersama-sama ini disertakan dokumen sokongan daripada klinik/ hospital Kerajaan atau
swasta yang mengesahkan tarikh dijangka bersalin.
4. Saya mengesahkan bahawa segala maklumat yang diberikan di atas adalah benar.
Tandatangan pegawai : ………………………………………………………………………….
Nama pegawai : ………………………………………………………………………….
Tarikh : ………………………………………………………………………….
*EDD – expected delivery date
KEGUNAAN PEJABAT
LULUS/ TIDAK LULUS
Catatan : ................................................................................
Tandatangan Ketua Jabatan : …………………………………………………....
Nama : …………………………………………………....
Jawatan : ……………………………………………………
Tarikh : ……………………………………………………
Lampiran B
Pengiraan Kelayakan Kemudahan Cuti Bersalin Bagi Pegawai Yang Telah Menggunakan
Kemudahan Cuti Bersalin Di Bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1998
Pegawai telah menggunakan kemudahan Cuti Bersalin sebanyak 3 kali dengan setiap kali
sebanyak 60 hari sehingga 31 Ogos 2010. Sehubungan dengan itu, kelayakan kemudahan
Cuti Bersalin bagi pegawai dengan berkuat kuasanya Pekeliling Perkhidmatan Bilangan
14 Tahun 2010 adalah seperti berikut:
Kelayakan kemudahan Cuti Bersalin di bawah
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2010 300 hari
(tolak) Kelayakan kemudahan Cuti Bersalin yang telah digunakan
sehingga 31 Ogos 2010
60 hari x 3 kali (180 hari)
Kelayakan kemudahan Cuti Bersalin yang pegawai masih
berkelayakan 120 hari

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Arahan keselamatan
Arahan keselamatanArahan keselamatan
Arahan keselamatanIszwan Shah
 
Borang kaji selidik (2)
Borang kaji selidik (2)Borang kaji selidik (2)
Borang kaji selidik (2)Payeh NorMan
 
Kawalan dokumen terperingkat
Kawalan dokumen terperingkatKawalan dokumen terperingkat
Kawalan dokumen terperingkatsitiaminahsalleh7
 
LARANGAN TATATERTIB (INTEGRITI-1)
LARANGAN TATATERTIB (INTEGRITI-1)LARANGAN TATATERTIB (INTEGRITI-1)
LARANGAN TATATERTIB (INTEGRITI-1)fazrul
 
Panduan kemudahan rawatan perubatan
Panduan kemudahan rawatan perubatanPanduan kemudahan rawatan perubatan
Panduan kemudahan rawatan perubatanLee Oi Wah
 
Kertas Kerja Kem Kepimpinan Pengawas
Kertas Kerja Kem Kepimpinan Pengawas Kertas Kerja Kem Kepimpinan Pengawas
Kertas Kerja Kem Kepimpinan Pengawas Nadiah Mohammad
 
Perancangan Strategik Sekolah
Perancangan Strategik SekolahPerancangan Strategik Sekolah
Perancangan Strategik SekolahALSAFII
 
Susunan T.Duduk
Susunan T.DudukSusunan T.Duduk
Susunan T.Dudukaimm reka
 
Perintah Am Bab D (Kelakuan dan Tatatertib)
Perintah Am Bab D (Kelakuan dan Tatatertib)Perintah Am Bab D (Kelakuan dan Tatatertib)
Perintah Am Bab D (Kelakuan dan Tatatertib)Norhafiza Osman
 
Etika Berpakaian Bagi Penjawat Awam
Etika Berpakaian Bagi Penjawat AwamEtika Berpakaian Bagi Penjawat Awam
Etika Berpakaian Bagi Penjawat AwamINTAN Bukit Kiara
 
PERINTAH AM BAB D : Kelakuan dan Tatatertib
PERINTAH AM BAB D : Kelakuan dan TatatertibPERINTAH AM BAB D : Kelakuan dan Tatatertib
PERINTAH AM BAB D : Kelakuan dan TatatertibNorain Binti Jaafar
 
Kepimpinan tugas ketua kelas
Kepimpinan   tugas ketua kelasKepimpinan   tugas ketua kelas
Kepimpinan tugas ketua kelasmalaysia
 
Pengurusan Perolehan Kerajaan Tatacara Kaedah
Pengurusan Perolehan Kerajaan  Tatacara KaedahPengurusan Perolehan Kerajaan  Tatacara Kaedah
Pengurusan Perolehan Kerajaan Tatacara KaedahIszwan Shah
 
Sijil penghargaan penceramah
Sijil penghargaan penceramahSijil penghargaan penceramah
Sijil penghargaan penceramahNajihah Nazri
 
Garis panduan pemberhentian_pekerja_-_jtk_ns_2009
Garis panduan pemberhentian_pekerja_-_jtk_ns_2009Garis panduan pemberhentian_pekerja_-_jtk_ns_2009
Garis panduan pemberhentian_pekerja_-_jtk_ns_2009Zam Scar
 
Kertas kerja majlis persaraan Guru Besar 2018
Kertas kerja majlis persaraan Guru Besar 2018Kertas kerja majlis persaraan Guru Besar 2018
Kertas kerja majlis persaraan Guru Besar 2018norhabsah hamid
 

Mais procurados (20)

Arahan keselamatan
Arahan keselamatanArahan keselamatan
Arahan keselamatan
 
Borang kaji selidik (2)
Borang kaji selidik (2)Borang kaji selidik (2)
Borang kaji selidik (2)
 
Kawalan dokumen terperingkat
Kawalan dokumen terperingkatKawalan dokumen terperingkat
Kawalan dokumen terperingkat
 
LARANGAN TATATERTIB (INTEGRITI-1)
LARANGAN TATATERTIB (INTEGRITI-1)LARANGAN TATATERTIB (INTEGRITI-1)
LARANGAN TATATERTIB (INTEGRITI-1)
 
Panduan kemudahan rawatan perubatan
Panduan kemudahan rawatan perubatanPanduan kemudahan rawatan perubatan
Panduan kemudahan rawatan perubatan
 
Kertas Kerja Kem Kepimpinan Pengawas
Kertas Kerja Kem Kepimpinan Pengawas Kertas Kerja Kem Kepimpinan Pengawas
Kertas Kerja Kem Kepimpinan Pengawas
 
Contoh surat kebenaran ibu bapa
Contoh surat kebenaran ibu bapaContoh surat kebenaran ibu bapa
Contoh surat kebenaran ibu bapa
 
Perancangan Strategik Sekolah
Perancangan Strategik SekolahPerancangan Strategik Sekolah
Perancangan Strategik Sekolah
 
Susunan T.Duduk
Susunan T.DudukSusunan T.Duduk
Susunan T.Duduk
 
Perintah Am Bab D (Kelakuan dan Tatatertib)
Perintah Am Bab D (Kelakuan dan Tatatertib)Perintah Am Bab D (Kelakuan dan Tatatertib)
Perintah Am Bab D (Kelakuan dan Tatatertib)
 
Etika Berpakaian Bagi Penjawat Awam
Etika Berpakaian Bagi Penjawat AwamEtika Berpakaian Bagi Penjawat Awam
Etika Berpakaian Bagi Penjawat Awam
 
PERINTAH AM BAB D : Kelakuan dan Tatatertib
PERINTAH AM BAB D : Kelakuan dan TatatertibPERINTAH AM BAB D : Kelakuan dan Tatatertib
PERINTAH AM BAB D : Kelakuan dan Tatatertib
 
PERINTAH AM BAB F : Perubatan
PERINTAH AM BAB F : PerubatanPERINTAH AM BAB F : Perubatan
PERINTAH AM BAB F : Perubatan
 
Kepimpinan tugas ketua kelas
Kepimpinan   tugas ketua kelasKepimpinan   tugas ketua kelas
Kepimpinan tugas ketua kelas
 
kepimpinan
kepimpinankepimpinan
kepimpinan
 
Pengurusan Perolehan Kerajaan Tatacara Kaedah
Pengurusan Perolehan Kerajaan  Tatacara KaedahPengurusan Perolehan Kerajaan  Tatacara Kaedah
Pengurusan Perolehan Kerajaan Tatacara Kaedah
 
Sijil penghargaan penceramah
Sijil penghargaan penceramahSijil penghargaan penceramah
Sijil penghargaan penceramah
 
Panduan Pengurusan Majlis Rasmi
Panduan Pengurusan Majlis RasmiPanduan Pengurusan Majlis Rasmi
Panduan Pengurusan Majlis Rasmi
 
Garis panduan pemberhentian_pekerja_-_jtk_ns_2009
Garis panduan pemberhentian_pekerja_-_jtk_ns_2009Garis panduan pemberhentian_pekerja_-_jtk_ns_2009
Garis panduan pemberhentian_pekerja_-_jtk_ns_2009
 
Kertas kerja majlis persaraan Guru Besar 2018
Kertas kerja majlis persaraan Guru Besar 2018Kertas kerja majlis persaraan Guru Besar 2018
Kertas kerja majlis persaraan Guru Besar 2018
 

Semelhante a Pekeliling cuti bersalin

Pekeliling cuti bersalin
Pekeliling cuti bersalinPekeliling cuti bersalin
Pekeliling cuti bersalinNur Shiha
 
seminar pendidikan NUTP jom sebarkan......
seminar pendidikan NUTP jom sebarkan......seminar pendidikan NUTP jom sebarkan......
seminar pendidikan NUTP jom sebarkan......ssuser6e4cbb
 
13.4.2015 taklimat pengurusan cuti
13.4.2015 taklimat pengurusan cuti13.4.2015 taklimat pengurusan cuti
13.4.2015 taklimat pengurusan cutijkngalapayu
 
Copy of TAKLIMAT PERKHIDMATAN - PPD PEKAN 27.6.2023.pptx
Copy of TAKLIMAT PERKHIDMATAN - PPD PEKAN 27.6.2023.pptxCopy of TAKLIMAT PERKHIDMATAN - PPD PEKAN 27.6.2023.pptx
Copy of TAKLIMAT PERKHIDMATAN - PPD PEKAN 27.6.2023.pptxMOHDZAIDIBINHAMIDMoe
 
TAKLIMAT PERKHIDMATAN - PPD PEKAN 27.6.2023.pdf
TAKLIMAT PERKHIDMATAN - PPD PEKAN 27.6.2023.pdfTAKLIMAT PERKHIDMATAN - PPD PEKAN 27.6.2023.pdf
TAKLIMAT PERKHIDMATAN - PPD PEKAN 27.6.2023.pdfFaiZal653636
 
Cuti penjawat awam
Cuti penjawat awamCuti penjawat awam
Cuti penjawat awamnatasha2281
 
Bab A : Pelantikan, kenaikan pangkat dan penamatan perkhidma
Bab A : Pelantikan, kenaikan pangkat dan penamatan perkhidmaBab A : Pelantikan, kenaikan pangkat dan penamatan perkhidma
Bab A : Pelantikan, kenaikan pangkat dan penamatan perkhidmaNorain Binti Jaafar
 
Bab C (cuti) 12/01/2015 (Taklimat)
Bab C (cuti) 12/01/2015 (Taklimat)Bab C (cuti) 12/01/2015 (Taklimat)
Bab C (cuti) 12/01/2015 (Taklimat)fazrul
 
Perintah Am Bab C Cuti
Perintah Am Bab C CutiPerintah Am Bab C Cuti
Perintah Am Bab C Cutiguestb997e4
 
Pekeliling ppm
Pekeliling ppmPekeliling ppm
Pekeliling ppmAnum Aksan
 
PINDAAN PERATURAN BERKAITAN PENERIMAAN SIJIL SAKIT SWASTA UNTUK TUJUAN KEMUDA...
PINDAAN PERATURAN BERKAITAN PENERIMAAN SIJIL SAKIT SWASTA UNTUK TUJUAN KEMUDA...PINDAAN PERATURAN BERKAITAN PENERIMAAN SIJIL SAKIT SWASTA UNTUK TUJUAN KEMUDA...
PINDAAN PERATURAN BERKAITAN PENERIMAAN SIJIL SAKIT SWASTA UNTUK TUJUAN KEMUDA...Annis Salwa Tajudin
 
Kes halaman 1,2 & 3 tugasan wajib
Kes halaman 1,2 & 3 tugasan wajibKes halaman 1,2 & 3 tugasan wajib
Kes halaman 1,2 & 3 tugasan wajibElyna Wong
 
PERINTAH_AM BAB C (CUTI).ppt
PERINTAH_AM BAB C (CUTI).pptPERINTAH_AM BAB C (CUTI).ppt
PERINTAH_AM BAB C (CUTI).pptar-rifke.com
 
Pekeliling cuti bil 2 tahun 2009
Pekeliling cuti bil 2 tahun 2009Pekeliling cuti bil 2 tahun 2009
Pekeliling cuti bil 2 tahun 2009PKG Benut
 
Garis panduan kemudahan cuti belajar bergaji penuh pplv si bawah skills malaysia
Garis panduan kemudahan cuti belajar bergaji penuh pplv si bawah skills malaysiaGaris panduan kemudahan cuti belajar bergaji penuh pplv si bawah skills malaysia
Garis panduan kemudahan cuti belajar bergaji penuh pplv si bawah skills malaysiaذوالكفلى حاج حمدان
 

Semelhante a Pekeliling cuti bersalin (20)

Pekeliling cuti bersalin
Pekeliling cuti bersalinPekeliling cuti bersalin
Pekeliling cuti bersalin
 
Pp9802
Pp9802Pp9802
Pp9802
 
seminar pendidikan NUTP jom sebarkan......
seminar pendidikan NUTP jom sebarkan......seminar pendidikan NUTP jom sebarkan......
seminar pendidikan NUTP jom sebarkan......
 
13.4.2015 taklimat pengurusan cuti
13.4.2015 taklimat pengurusan cuti13.4.2015 taklimat pengurusan cuti
13.4.2015 taklimat pengurusan cuti
 
Perintah am bab_c
Perintah am bab_cPerintah am bab_c
Perintah am bab_c
 
Copy of TAKLIMAT PERKHIDMATAN - PPD PEKAN 27.6.2023.pptx
Copy of TAKLIMAT PERKHIDMATAN - PPD PEKAN 27.6.2023.pptxCopy of TAKLIMAT PERKHIDMATAN - PPD PEKAN 27.6.2023.pptx
Copy of TAKLIMAT PERKHIDMATAN - PPD PEKAN 27.6.2023.pptx
 
TAKLIMAT PERKHIDMATAN - PPD PEKAN 27.6.2023.pdf
TAKLIMAT PERKHIDMATAN - PPD PEKAN 27.6.2023.pdfTAKLIMAT PERKHIDMATAN - PPD PEKAN 27.6.2023.pdf
TAKLIMAT PERKHIDMATAN - PPD PEKAN 27.6.2023.pdf
 
Bab c cuti
Bab c   cutiBab c   cuti
Bab c cuti
 
Cuti penjawat awam
Cuti penjawat awamCuti penjawat awam
Cuti penjawat awam
 
Kemudahan Cuti.pdf
Kemudahan Cuti.pdfKemudahan Cuti.pdf
Kemudahan Cuti.pdf
 
Bab A : Pelantikan, kenaikan pangkat dan penamatan perkhidma
Bab A : Pelantikan, kenaikan pangkat dan penamatan perkhidmaBab A : Pelantikan, kenaikan pangkat dan penamatan perkhidma
Bab A : Pelantikan, kenaikan pangkat dan penamatan perkhidma
 
Bab C (cuti) 12/01/2015 (Taklimat)
Bab C (cuti) 12/01/2015 (Taklimat)Bab C (cuti) 12/01/2015 (Taklimat)
Bab C (cuti) 12/01/2015 (Taklimat)
 
Perintah Am Bab C Cuti
Perintah Am Bab C CutiPerintah Am Bab C Cuti
Perintah Am Bab C Cuti
 
Pekeliling ppm
Pekeliling ppmPekeliling ppm
Pekeliling ppm
 
PINDAAN PERATURAN BERKAITAN PENERIMAAN SIJIL SAKIT SWASTA UNTUK TUJUAN KEMUDA...
PINDAAN PERATURAN BERKAITAN PENERIMAAN SIJIL SAKIT SWASTA UNTUK TUJUAN KEMUDA...PINDAAN PERATURAN BERKAITAN PENERIMAAN SIJIL SAKIT SWASTA UNTUK TUJUAN KEMUDA...
PINDAAN PERATURAN BERKAITAN PENERIMAAN SIJIL SAKIT SWASTA UNTUK TUJUAN KEMUDA...
 
Kes halaman 1,2 & 3 tugasan wajib
Kes halaman 1,2 & 3 tugasan wajibKes halaman 1,2 & 3 tugasan wajib
Kes halaman 1,2 & 3 tugasan wajib
 
PERINTAH_AM BAB C (CUTI).ppt
PERINTAH_AM BAB C (CUTI).pptPERINTAH_AM BAB C (CUTI).ppt
PERINTAH_AM BAB C (CUTI).ppt
 
ptm
ptmptm
ptm
 
Pekeliling cuti bil 2 tahun 2009
Pekeliling cuti bil 2 tahun 2009Pekeliling cuti bil 2 tahun 2009
Pekeliling cuti bil 2 tahun 2009
 
Garis panduan kemudahan cuti belajar bergaji penuh pplv si bawah skills malaysia
Garis panduan kemudahan cuti belajar bergaji penuh pplv si bawah skills malaysiaGaris panduan kemudahan cuti belajar bergaji penuh pplv si bawah skills malaysia
Garis panduan kemudahan cuti belajar bergaji penuh pplv si bawah skills malaysia
 

Pekeliling cuti bersalin

  • 1. 1 JPA(BGE)223/5/4-3 (63) Siri No. KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 14 TAHUN 2010 KEMUDAHAN CUTI BERSALIN PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM TUJUAN 1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk menjelaskan kelayakan dan kaedah pelaksanaan peraturan mengenai kemudahan Cuti Bersalin bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan. LATAR BELAKANG 2. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1998 telah menetapkan bahawa kemudahan Cuti Bersalin kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan adalah selama 60 hari yang dikira mulai dari tarikh pegawai bersalin. Surat Pekeliling
  • 2. 2 Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2009 pula membolehkan pegawai memilih tarikh Cuti Bersalin pada bila-bila masa dalam tempoh 14 hari dari tarikh dijangka bersalin. Pegawai hendaklah mengemukakan perakuan bersalin dan permohonan cuti kepada Ketua Jabatan bagi tujuan diluluskan kemudahan Cuti Bersalin. 3. Kemudahan cuti bersalin telah diperuntukkan kepada pegawai warganegara yang dilantik secara kontrak berdasarkan Perenggan 54.5 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2008 – Dasar dan Prosedur Pelantikan Secara Kontrak (contract of service) dan turut dipanjangkan kepada pegawai bukan warganegara melalui Surat Pekeliling Bilangan 16 Tahun 2009 – Kemudahan Cuti Bersalin Kepada Pegawai Kontrak Bukan Warganegara Yang Dilantik Secara Kontrak (contract of service). 4. Kemudahan Cuti Menjaga Anak (tanpa gaji) pula merupakan cuti yang diberi kepada pegawai wanita untuk menjaga dan menyusukan bayinya sepertimana diperuntukkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2007. Kadar kelayakan adalah sebanyak 1,825 hari (5 tahun) bagi sepanjang tempoh perkhidmatan. Namun Cuti Menjaga Anak boleh diberikan sebagai pilihan untuk menggantikan Cuti Bersalin Tanpa Gaji bagi memenuhi tempoh Cuti Bersalin. PELAKSANAAN Tafsiran 5. Dalam Pekeliling Perkhidmatan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain- ‘Cuti Bersalin’ adalah cuti yang diberikan kepada pegawai wanita untuk bersedia dan pulih daripada bersalin; ‘Cuti Bersalin Bergaji Penuh’ adalah cuti bersalin yang dibayar emolumen penuh mengikut kadar kelayakan yang telah ditetapkan;
  • 3. 3 ‘Cuti Bersalin Separuh Gaji’ adalah cuti bersalin yang dibayar separuh emolumen dan hanya diperuntukkan kepada guru selama 14 hari dalam penggal sekolah; ‘Cuti Bersalin Tanpa Gaji’ adalah cuti bersalin yang tidak dibayar sebarang emolumen kepada pegawai yang telah menggunakan kelayakan Cuti Bersalin Bergaji Penuh dan Cuti Bersalin Separuh Gaji; ‘Guru’ adalah merujuk kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma wanita lantikan tetap yang menjalankan tugas perguruan tidak termasuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang bertugas di pejabat dan menjalankan tugas-tugas pentadbiran; dan ‘pegawai’ adalah merujuk kepada pegawai wanita Perkhidmatan Awam Persekutuan yang dilantik secara tetap, sementara dan kontrak (contract of service). Kelayakan 6. Selaras dengan hasrat Kerajaan yang mengambil berat terhadap kebajikan pegawai, kelayakan dan peraturan kemudahan Cuti Bersalin ditetapkan seperti berikut: 6.1 seseorang pegawai yang bersalin layak mendapat Cuti Bersalin Bergaji Penuh sebanyak 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatannya; 6.2 pegawai diberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh Cuti Bersalin di antara 60 hari sehingga 90 hari bagi setiap kelahiran; dan 6.3 Cuti Bersalin bermula pada tarikh pegawai bersalin. Walau bagaimanapun, pegawai boleh memilih untuk menggunakan Cuti Bersalin lebih awal dari tarikh bersalin iaitu pada bila-bila masa dalam tempoh 14 hari dari tarikh dijangka bersalin.
  • 4. 4 7. Bagi pegawai yang mempunyai baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh kurang daripada 90 hari, pegawai dikehendaki untuk memenuhi tempoh Cuti Bersalin di antara 60 hari sehingga 90 hari dengan menggunakan turutan kemudahan seperti berikut: 7.1 Bagi pegawai kecuali guru: a. menghabiskan kesemua baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh yang dilayaki; dan b. mengambil Cuti Rehat yang berkelayakan; dan c. mengambil Cuti Bersalin Tanpa Gaji setelah menggunakan kemudahan di perenggan 7.1 (a) dan (b) di atas; atau d. menggunakan Cuti Menjaga Anak (tanpa gaji) sehari selepas tamat tempoh Cuti Bersalin Bergaji Penuh sepertimana yang dijelaskan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2007. 7.2 Bagi guru: a. Semasa penggal sekolah, guru hendaklah: i) menghabiskan kesemua baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh yang dilayaki; ii) mengambil Cuti Bersalin Separuh Gaji sehingga 14 hari; dan iii) mengambil Cuti Bersalin Tanpa Gaji setelah menggunakan kemudahan di perenggan 7.2 (a)(i) dan (ii) di atas; atau
  • 5. 5 iv) menggunakan Cuti Menjaga Anak sehari selepas tamat tempoh Cuti Bersalin Bergaji Penuh sepertimana yang dijelaskan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2007 bagi memenuhi tempoh Cuti Bersalin. b. Semasa cuti penggal sekolah, guru hendaklah: i) menghabiskan kesemua baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh yang dilayaki; dan ii) bagi tempoh yang selebihnya dianggap dalam Cuti Bergaji Penuh. 8. Bagi pegawai yang telah menggunakan kelayakan maksimum 300 hari kemudahan Cuti Bersalin, pegawai dikehendaki untuk memenuhi tempoh Cuti Bersalin di antara tempoh 60 hari sehingga 90 hari dengan menggunakan kemudahan seperti berikut: 8.1 Bagi pegawai kecuali guru: a. mengambil Cuti Rehat mengikut kelayakan pegawai mulai dari tarikh bersalin; dan b. mengambil Cuti Bersalin Tanpa Gaji setelah menggunakan kemudahan di perenggan 8.1 (a) di atas; atau c. menggunakan Cuti Menjaga Anak (tanpa gaji) mulai dari tarikh bersalin sepertimana yang dijelaskan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2007 bagi memenuhi tempoh Cuti Bersalin.
  • 6. 6 8.2 Bagi guru: a. Semasa penggal sekolah, guru boleh: i) mengambil Cuti Bersalin Separuh Gaji sehingga 14 hari; dan ii) mengambil Cuti Bersalin Tanpa Gaji setelah menggunakan kemudahan di perenggan 8.2 (a)(i) di atas; atau iii) menggunakan Cuti Menjaga Anak mulai dari tarikh bersalin sepertimana yang dijelaskan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2007 bagi memenuhi tempoh Cuti Bersalin. b. Semasa cuti penggal sekolah, guru yang bersalin dianggap dalam Cuti Bergaji Penuh. 9. Cuti Bersalin Separuh Gaji dan Cuti Bersalin Tanpa Gaji yang diambil oleh pegawai yang bersalin tidak akan menjejaskan kelayakan pegawai untuk menggunakan Cuti Separuh Gaji di bawah Perintah Am 51 Bab C Tahun 1974 dan Cuti Tanpa Gaji di bawah Perintah Am 14 dan 52 Bab C Tahun 1974. 10. Bagi pegawai lantikan kontrak (contract of service), kelayakan mereka adalah sepertimana yang ditetapkan dalam perenggan 6, 7 dan 8 di atas. Walau bagaimanapun, mereka tidak layak mengambil Cuti Menjaga Anak bagi menggantikan kelayakan Cuti Bersalin. Kemudahan Cuti Bersalin Tanpa Gaji yang diambil tidak menjejaskan kemudahan Cuti Tanpa Gaji sepertimana yang diperuntukkan dalam perenggan 54.4 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2008 dan peraturan lain yang berkuat kuasa. Kemudahan Cuti Bersalin Tanpa Gaji ini juga tidak menyebabkan tempoh kontrak yang berkuat kuasa terputus.
  • 7. 7 11. Cuti Sakit tidak boleh digunakan bagi maksud menggantikan tempoh Cuti Bersalin kecuali Cuti Tibi, Kusta, Barah atau tempoh pegawai dimasukkan ke wad hospital kerana sakit bukan atas sebab bersalin. 12. Bagi pegawai yang telah melahirkan anak selepas 22 minggu mengandung, sama ada bayi itu hidup atau pun meninggal dunia adalah layak untuk diberi Cuti Bersalin memandangkan tubuh badan pegawai telah mengalami perubahan fizikal yang memerlukan Cuti Bersalin bagi tujuan pemulihan. 13. Tempoh perkhidmatan dengan Pihak Berkuasa Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan bagi seseorang pegawai yang diberi pelepasan untuk berkhidmat dengan perkhidmatan awam Persekutuan hendaklah diambilkira bagi maksud kelayakan kemudahan di bawah Pekeliling Perkhidmatan ini. 14. Tempoh perkhidmatan termasuk semasa pelantikan secara sementara atau pelantikan secara kontrak hendaklah diambilkira bagi maksud kelayakan kemudahan di bawah Pekeliling Perkhidmatan ini. 15. Urusan pentadbiran kemudahan Cuti Bersalin adalah seperti berikut: 15.1 pegawai hendaklah mengemukakan dokumen sokongan daripada hospital/ klinik Kerajaan atau swasta yang mengesahkan tarikh dijangka bersalin bagi membolehkan Ketua Jabatan meluluskan permohonan Cuti Bersalin dengan menggunakan borang seperti di Lampiran A Pekeliling Perkhidmatan ini; 15.2 Bagi memudahkan urusan pentadbiran, pegawai tidak boleh meminda tempoh Cuti Bersalin yang telah diluluskan oleh Ketua Jabatan; 15.3 Ketua Jabatan hendaklah memastikan bilangan hari dan tempoh Cuti Bersalin yang diluluskan direkod di dalam Rekod Perkhidmatan pegawai;
  • 8. 8 15.4 bagi pegawai yang telah menggunakan kemudahan Cuti Bersalin di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1998, kelayakan kemudahan Cuti Bersalin yang telah digunakan sebelum ini hendaklah ditolak daripada jumlah kelayakan di bawah Pekeliling Perkhidmatan ini seperti contoh di Lampiran B; dan 15.5 Pegawai yang bermula Cuti Bersalin sebelum 15 Oktober 2010 adalah masih tertakluk kepada tempoh Cuti Bersalin selama 60 hari dan pelaksanaannya sepertimana dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1998. PEMBATALAN 16. Dengan berkuat kuasanya Pekeliling Perkhidmatan ini, maka Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1998, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2009, perenggan 54.5 (i), (ii) dan (iii) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2008 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 16 Tahun 2009 adalah dibatalkan. TARIKH KUAT KUASA 17. Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 15 Oktober 2010.
  • 9. 9 PEMAKAIAN 18. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, peruntukan Pekeliling Perkhidmatan ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” ( DATO’ SRI ABU BAKAR BIN HAJI ABDULLAH ) Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA PUTRAJAYA 02 DISEMBER 2010 Semua Ketua Setiausaha Kementerian Semua Ketua Jabatan Persekutuan Semua Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Semua Pihak Berkuasa Berkanun Semua Pihak Berkuasa Tempatan
  • 10. Lampiran A BORANG PERMOHONAN CUTI BERSALIN (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2010) ………………………………… ………………………………… ………………………………… (Ketua Jabatan) 1. Saya memohon menggunakan kemudahan Cuti Bersalin selama …………….. hari mulai dari tarikh dijangka bersalin (EDD)*/ lebih awal dari tarikh dijangka bersalin iaitu mulai ………………………………. hingga …………………………. Tarikh dijangka bersalin saya ialah pada ……………………………………. 2. Jumlah Cuti Bersalin yang telah diambil sebelum ini adalah sebanyak ………………………. daripada jumlah maksimum 300 hari. 3. Bersama-sama ini disertakan dokumen sokongan daripada klinik/ hospital Kerajaan atau swasta yang mengesahkan tarikh dijangka bersalin. 4. Saya mengesahkan bahawa segala maklumat yang diberikan di atas adalah benar. Tandatangan pegawai : …………………………………………………………………………. Nama pegawai : …………………………………………………………………………. Tarikh : …………………………………………………………………………. *EDD – expected delivery date KEGUNAAN PEJABAT LULUS/ TIDAK LULUS Catatan : ................................................................................ Tandatangan Ketua Jabatan : ………………………………………………….... Nama : ………………………………………………….... Jawatan : …………………………………………………… Tarikh : ……………………………………………………
  • 11. Lampiran B Pengiraan Kelayakan Kemudahan Cuti Bersalin Bagi Pegawai Yang Telah Menggunakan Kemudahan Cuti Bersalin Di Bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1998 Pegawai telah menggunakan kemudahan Cuti Bersalin sebanyak 3 kali dengan setiap kali sebanyak 60 hari sehingga 31 Ogos 2010. Sehubungan dengan itu, kelayakan kemudahan Cuti Bersalin bagi pegawai dengan berkuat kuasanya Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2010 adalah seperti berikut: Kelayakan kemudahan Cuti Bersalin di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2010 300 hari (tolak) Kelayakan kemudahan Cuti Bersalin yang telah digunakan sehingga 31 Ogos 2010 60 hari x 3 kali (180 hari) Kelayakan kemudahan Cuti Bersalin yang pegawai masih berkelayakan 120 hari