Kertas kerja lawatan-sambil-belajar ke langkawi kini
1. KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR
SK. SULTAN ABU BAKAR (1)
JALAN JUNID , 84000 MUAR , JOHOR
KERTAS KERJA PROGRAM PENDIDIKAN LUAR BILIK DARJAH ( PBLD )
MURID-MURID PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
BERMASALAH PEMBELAJARAN (PPKIBP)
KE PULAU LANGKAWI , KEDAH DARUL AMAN DAN
NEGERI PERLIS INDERA KAYANGAN
A. PENDAHULUAN :
Program Pendidikan Luar Bilik Darjah (PLBD) iaitu Lawatan Sambil Belajar ke
Pulau Langkawi dan Negeri Perlis Indera Kayangan ini diadakan bertujuan untuk
memberi peluang kepada murid-murid melawat tempat-tempat yang menarik
disamping menimba pengetahuan dan pengalaman baru yang menggembirakan.
Disamping itu tujuan diadakan program ini adalah untuk mengeratkan lagi
hubungan silaturrahim di antara pentadbir , guru , Pembantu Pengurusan Murid
(PPM) dengan ibu/bapa/penjaga murid melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang.
Lawatan ini juga merupakan salah satu kaedah dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di luar bilik darjah.Murid-murid memperolehi pengetahuan melalui
pembelajaran masteri yang mana ia merupakan satu kaedah yang berkesan
dalam menyalurkan maklumat kepada murid-murid berkeperluan khas ini.
B. MATLAMAT :
Menganjurkan Program Pendidikan Luar Bilik Darjah (PLBD) yang
tersusun dan terancang ke arah meningkatkan keyakinan diri murid dan
mengembangkan semangat sosialisasi murid terhadap persekitaran luar.
Melalui lawatan ini Murid Pendidikan Khas SK. Sultan Abu Bakar 1 Muar
akan diberi pendedahan serta menimba pengalaman dan pengetahuan
secara langsung ke arah meningkatkan tahap pencapaian mereka dalam
bidang pendidikan khasnya dan kehidupan amnya.
Membina hubungan kasih sayang yang lebih intim antara ibubapa dan
murid istimewa melalui program lawatan. Ianya secara tidak langsung
dapat meningkatkan kesedaran ibubapa betapa pentingnya perhatian dan
belaian terhadap murid istimewa ini.
SK. SULTAN ABU BAKAR 1 MUAR JOHOR Page 1
2. KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR
C. OBJEKTIF :
1. Semua murid yang menyertai lawatan ini akan mendapat pengetahuan
mengenai dunia luar.
2. Merangsang minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran serta
mendedahkan murid dengan suasana sebenar, berdasarkan tema pembelajaran
yang disusun sepanjang tahun.
3. Mengeratkan hubungan silaturrahim di antara pentadbir , guru , Pembantu
Pengurusan Murid (PPM) dengan ibu/bapa/penjaga murid melalui aktiviti-aktiviti
yang dijalankan.
D. PESERTA :
Seramai 15 orang murid Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah
Pembelajaran ( PPKIBP ) diiringi oleh ibu/bapa/penjaga serta 10 orang tenaga
pengiring dari SK. Sultan Abu Bakar 1 Muar
E. JANGKAMASA :
Program ini dilaksanakan selama 3 hari 2 malam iaitu bermula dari 022 hingga 25 April
2013 ( Isnin ,Selasa , Rabu , Khamis dan Jumaat )
F. TEMPAT LAWATAN :
1. Sekitar Pulau Langkawi Kedah
2. Sekitar Padang Besar Perlis
G. TENTATIF PROGRAM
( Rujuk Lampiran 1 )
H. AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
( Rujuk Lampiran 2 )
SK. SULTAN ABU BAKAR 1 MUAR JOHOR Page 2
3. KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR
I. ANGGARAN PERBELANJAAN ( PAKEJ 1 )
BIL PERKARA PERINCIAN JUMLAH
1. Pakej Pengangkutan Bas dan
Penginapan ( 40 orang peserta )
Bas :
Sebuah bas pesiaran dari
sekolah ke Kuala Perlis dan
sebuah bas persiaran di Pulau
Langkawi .
Penginapan :
Resort di Pekan Kuah
Langkawi ( 2 malam )
RM 5200.00
2. Tambang Feri ( Pergi –Balik ) Kanak-kanak ( OKU )
RM20 x 15 = RM300
Dewasa :
RM36 x 25 = RM900
RM 1200.00
3. Makan dan minum Makan dan minum selama 3 hari
Anggaran untuk 40 orang
3 hari x RM300 = RM900.00
RM 900.00
4. Insuran Nyawa 40 orang peserta RM 250.00
5. Aktiviti lawatan
• Underwater World
• Makam Mahsuri
• Cable Car
Harga Tiket
RM 08 x 15 ( kanak-kanak )
RM 03 x 15 ( kanak-kanak )
RM 15 x 15 ( kanak-kanak )
RM 120.00
RM 45.00
RM 225.00
6. Ubat 1. Pil tahan muntah
2. Minyak angin
3. Pembalut luka
5. Ubat luka
RM 60.00
SK. SULTAN ABU BAKAR 1 MUAR JOHOR Page 3
4. KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Jumlah RM8000.00
J. ( PAKEJ 2)
BIL PERKARA PERINCIAN JUMLAH
1. Tambang Bas Bas :
Sebuah bas pesiaran dari
sekolah ke Kuala Perlis dan
sebuah bas persiaran di Pulau
Langkawi .
RM 3900.00
2. Tambang Feri ( Pergi –Balik ) Kanak-kanak ( OKU )
RM20 x 15 = RM300
Dewasa :
RM36 x 25 = RM900
RM 1200.00
3. Penginapan 4 buah homestay di Pantai
Chenang Langkawi ( RM 60
sebuah 1 malam )
RM60.00 x 4 buah x 2 malam
RM 480.00
4. Makan dan minum Makan dan minum selama 3 hari
Anggaran untuk 40 orang
RM300 x 3 = RM900.00
RM 900.00
5. Insuran Nyawa 40 orang peserta RM 250.00
6. Aktiviti lawatan
• Underwater World
• Makam Mahsuri
• Cable Car
RM 08 x 15 ( kanak-kanak )
RM 03 x 15 ( kanak-kanak )
RM 15 x 15 ( kanak-kanak )
RM 120.00
RM 45.00
RM 225.00
7. Ubat 1. Pil tahan muntah
2. Minyak angin
3. Pembalut luka
4. Ubat luka
RM 60.00
SK. SULTAN ABU BAKAR 1 MUAR JOHOR Page 4
5. KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Jumlah RM7180.00
K. SUMBER KEWANGAN / PENDAPATAN
BIL SUMBER PENDAPATAN JUMLAH
1.
2.
3.
Sumbangan YB :
Bayaran daripada ibu/bapa/penjaga murid
RM 200 x 15 orang
Bayaran daripada guru / PPM pengiring
RM 200 x 10 orang
RM3000.00
RM3000.00
RM2000.00
JUMLAH KESELURUHAN RM8000.00
L. PENUTUP
Program lawatan sambil belajar merupakan salah satu daripada program yang
dianjurkan oleh pihak sekolah. Selain mengisi masa terluang murid-murid, mereka juga
didedahkan dengan pengetahuan yang sepatutnya mereka perolehi melalui lawatan
dalam negara ini. Belajar melalui pengalaman sangat berkesan kerana mereka akan
dapat melihat, menyentuh dan juga mengalami sendiri segala pengetahuan. Di samping
itu, ia memberi kepuasan dan keseronokan belajar di luar berbanding di dalam kelas
sebelum itu. Diharap program pada kali ini memberi manfaat berguna dan pengalaman
yang tidak dapat dilupakan kepada semua peserta lawatan.
Pihak pengurusan lawatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang
telah banyak memberi kerjasama sepenuhnya untuk menjayakan lawatan ini. Tidak
dilupakan kepada pihak sekolah yang banyak memberi dorongan dan semangat serta
bantuan demi kejayaan murid-murid. Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh ;
( HALINA BINTI ALWEE )
SK. SULTAN ABU BAKAR 1 MUAR JOHOR Page 5
6. KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Penyelaras Program Lawatan Sambil Belajar
LAMPIRAN 1
JADUAL LAWATAN KE PULAU LANGKAWI
KEDAH DARUL AMAN DAN NEGERI PERLIS INDERA KAYANGAN
2013
TARIKH /
HARI
MASA PROGRAM
22.04.2013
( Isnin )
9.00 malam - Berkumpul di SK. Sultan Abu Bakar 1 Muar.
- Bertolak dari sekolah ke Kuala Perlis..
23.04.2013
( Selasa )
6.00 pagi
6.15 pagi
7.30 pagi
8.15 pagi
1.30 petang
3.00 petang
5.30 petang
7.00 malam
8.00 malam
- Dijangka tiba.
- Urus Diri / Solat Subuh / sarapan pagi
- Menaiki feri ke Jeti Kuah, Pulau Langkawi.
- Dijangka tiba.
- Naik bas untuk lawatan.
- Aktiviti ke tempat ilmiah
• Batik art village
• Galeria Perdana
• Bird Paradise
- Check in / Urus Diri / Solat / makan tengahari
- Menyambung aktiviti ke tempat ilmiah
• Makam Mahsuri
• Beras terbakar
• Dataran Lang
- Aktiviti membeli-belah
- Urus Diri / Solat / Makan malam
- Aktiviti bebas
SK. SULTAN ABU BAKAR 1 MUAR JOHOR Page 6
7. KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR
TARIKH /
HARI
MASA PROGRAM
24.04.2013
( Rabu )
7.30 pagi
8.00 pagi
9.00 pagi
10.00 pagi
11.00 pagi
12.00 tgh
2.00 ptg
4.00 ptg
7.00 ptg
8.00 mlm
- Sarapan pagi
- Melawat Langkawi Craf Complex
- Melawat Underwater World
- Melawat Telaga Tujuh
- Melawat Jeti Awana Porto Malai
- Makan tengahari / Solat
- Menaiki Cable Car
- Aktiviti Pantai ( Beach Fun ) untuk murid-murid/
Aktiviti bebas untuk ibu/bapa/penjaga
• Team Building
• Bola Baling Pantai
• Mencari gula-gula dalam pasir
- Urus Diri / Makan malam / Solat
- Membeli-belah / aktiviti bebas
25.04.2013
( Khamis )
7.00 pagi
8.00 pagi
9.00 pagi
10.00 pagi
12.00 tgh
12.00 malam
- Sarapan pagi
- Check out dan bertolak ke Jeti Kuala Kuah
- Menaiki feri ke Kuala Perlis
- Dijangka tiba di Kuala Perlis dan menaiki bas ke
Padang Besar , Perlis Indera Kayangan
- Aktiviti membeli-belah di Padang Besar
- Makan tengahari dan bertolak balik ke SK. Sultan
Abu Bakar 1 Muar
- Dijangka tiba di SK. Sultan Abu Bakar 1 Muar
SK. SULTAN ABU BAKAR 1 MUAR JOHOR Page 7
8. KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Lampiran 2
SK. SULTAN ABU BAKAR 1 MUAR JOHOR Page 8
PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI BERMASALAH PEMBELAJARAN (PPKIBP)
2013
JAWATANKUASA INDUK
Pengerusi : Puan Ramlah Binti Abd. Rahman
( Guru Besar )
Naib Pengerusi : Puan Sabariah Binti Kadri
( GPK Kokurikulum )
Penyelaras : Puan Halina Binti Alwee
( Penyelaras PPKIBP)
Setiausaha : Puan Ruzila Binti Jamiran
N. Setiausaha : Cik Rifikah Binti Jamian
Bendahari : Cik Zalina Binti Ayob
AJK : Cik Siti Rofikah Binti Jamian
Puan Siti Murni Binti Jantan
Puan Rozeha Binti Dali
JAWATANKUASA PELAKSANA
Penyelaras Perhubungan : Puan Halina Binti Alwee
Penyelaras Pengangkutan : Puan Rozeha Binti Dali
Penyelaras Penginapan : Cik Siti Rofikah Binti Jamian
Penyelaras Makanan : Cik Zalina Binti Ayob
Penyelaras Publisiti & Dokumentasi : Puan Ruzila Binti Jamiran
Penyelaras Pengurusan Murid : Puan Siti Murni Binti Jantan