SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 23
Mereka itu merupakan ulama pakar di bidang feqah.Yakni yang mampu berijtihad di bidang hukum-
hakam atau syariat.Tapi tidak di dalam soal aqidah.Kerana bidang aqidah tidak boleh diijtihad dan
diikhtilafkan. Siapa yang menganut aqidah yang keluar dari aqidah asal, yakni Ahlil Sunnah Wal Jamaah
(aqidah Nabi dan para Sahabat), maka ia jadi kafir atau membuat bid’ah; berdasarkan sabda baginda:




"Demi diriku Muhammad di tangan-Nya, akan berpecah umatku kepada 73 puak.Satu puak masuk
Syurga dan 72 puak bakinya masuk Neraka.Siapa (yang masuk Syurga) wahai Rasulullah? Sabdanya:
Iaitulah Ahlus Sunnah Wal Jamaah." (Riwayat At Tabrani)




DALAM Islam, ilmu dipandang begitu tinggi dan penting. Kerana ilmulah yang akan membuka segala
rahsia dunia dan Akhirat. Dan yang paling tinggi nilainya ialah ilmu yang boleh membuatkan manusia
kenal Tuhan Penciptanya, tahu bagaimana berhubung dan menerima titah perintah dan larangan-
Nya.Kemudian barulah ilmu tentang tugas sebagai khalifah Tuhan di bumi, untuk mentadbir dunia ini
mengikut undang-undang ALLAH.Agar dunia mencapai tamadun insan dan material yang tinggi, indah
dan mulia.


Anjuran menuntut ilmu terlalu banyak sama ada oleh Al Quran mahupun Hadis. Pujian terhadap orang
berilmu juga begitu tinggi. Sehingga manusia disuruh belajar sampai ke liang lahad, sampai ke Negeri
China. Dan ilmu yang ALLAH bukakan untuk manusia melalui Quran dan Hadis itu bagaikan lautan
luasnya; siapa yang mencedok dan menggali tidak akan jumpa penghujungnya.


Maka untuk mentaati kehendak ALLAH, berlumba-lumbalah umat Islam mencari dan memburu
ilmu.Hingga mereka mencapai tahap ilmu yang begitu tinggi, yakni membolehkan mereka menjadi
mujtahid, iaitu orang yang mampu berijtihad dalam segala bidang.Sepanjang sejarah umat Islam, kita
lihat ada peringkat-peringkat mujtahid yang berbagai, yang dicapai oleh masing-masing mereka dalam
perlumbaan mendapat ilmu ini.


Saya akan menyenaraikan peringkat-peringkat mujtahid yang ada dalam Islam. Mereka itu merupakan
ulama pakar di bidang feqah.Yakni yang mampu berijtihad di bidang hukum-hakam atau syariat.Tapi
tidak di dalam soal aqidah.Kerana bidang aqidah tidak boleh diijtihad dan diikhtilafkan. Siapa yang
menganut aqidah yang keluar dari aqidah asal, yakni Ahlil Sunnah Wal Jamaah (aqidah Nabi dan para
Sahabat), maka ia jadi kafir atau membuat bid’ah; berdasarkan sabda baginda:




"Demi diriku Muhammad di tangan-Nya, akan berpecah umatku kepada 73 puak.Satu puak masuk
Syurga dan 72 puak bakinya masuk Neraka.Siapa (yang masuk Syurga) wahai Rasulullah? Sabdanya:
Iaitulah Ahlus Sunnah Wal Jamaah." (Riwayat At Tabrani)



Ertinya ikhtilaf atau perbezaan umat dalam soal aqidah tidak dibenarkan.Tapi dalam soal hukum-hakam
atau furu’iyah yang menjadi panduan kehidupan lahiriah dan duniawi manusia, Islam membuka pintu
ijtihad.Bahkan digalakkan berijtihad bagi mereka yang mampu, hinggakan kalaupun ijtihad itu salah,
diberi satu pahala.Sebab Islam bukan menyusahkan kehidupan tetapi menyelamatkan dan
memudahkan, selagi di atas jalan yang benar.(Bukan ambil mudah menurut nafsu dan syaitan).
Rasulullah SAW bersabda:




"Perselisihan pendapat di kalangan umatku itu satu rahmat."(Riwayat Al Baihaqi)
Ertinya dengan berijtihad itu masing-masing akan dapat laluan mudah untuk kehidupan masing-masing.
Sedangkan tanpa berijtihad, hal yang mudah bagi seseorang mungkin susah bagi seorang yang lain.


Maka dalam bidang feqah, lahirlah ulama-ulama besar feqah, yang masing-masing mempunyai ijtihad
yang tersendiri dalam soal hukum-hakam yang ada dalam Islam itu.Mereka ini lahir selepas Rasul dan
Sahabat sudah tidak ada.Warisan yang tinggal cuma Al Quran dan Hadis. Kitab-kitab yang menghurai
secara detail tentang bagaimana perlaksanaan hukum yang dimaksudkan oleh Al Quran dan Hadis pun
belum ada. Jadi mereka mesti cuba memahami sendiri Al Quran dan Hadis tanpa melihat praktikalnya.


Lalu berijtihadlah mereka tentang ayat-ayat hukum dari Al Quran dan Hadis berdasarkan ilmu, akal, hati,
pengalaman hidup mereka dan ilham dari ALLAH SWT. Masing-masing mempunyai tafsiran yang berbeza
dengan yang lain. Sebab itu lahir banyak mazhab feqah. Sepanjang sejarah lahirlah lima kategori
mujtahid dan ulama di kalangan umat Islam. Mereka ialah:



1. Mujtahid Mutlak


2. Mujtahid Mazhab


3. Mujtahid Fatwa


4. Mujtahid Tarjih


5. Ulama Muqallidin




1. MUJTAHID MUTLAK



Inilah peringkat ulama yang paling alim yakni paling tinggi dan hebat ilmunya dalam sejarah
Islam.Keupayaan luar biasa yang ALLAH berikan pada mereka ialah dapat memahami, mentafsir dan
mengeluarkan hukum-hakam (istinbat) dari Al Quran dan Hadis secara langsung tanpa bersandar dengan
mana-mana ulama dan tanpa merujuk pada mana-mana kitab.Memang pada awalnya mereka juga
belajar ilmu tentang Al Quran dan Hadis.Tapi dalam mengistinbat hukum dari ayat-ayat tentang hukum,
mereka ada ijtihad tersendiri dan masing-masing.
Mereka mampu mengeluarkan hukum sedangkan hal itu tidak terbuat oleh kebanyakan ulama.Mereka
ini ibarat pakar-pakar carigali yang dapat menemukan dan mengeluarkan emas-emas dari perut bumi
tanpa bersandar pada sesiapa atau tanpa membeli dengan sesiapa.Boleh dikatakan mereka adalah
tauke lombong emas.Fikiran dan ilmu mereka begitu tajam dan tinggi dalam memahami semua maksud
ALLAH melalui firman-firman-Nya dan Hadis-Hadis Nabi (di bidang hukum) yang terlalu tinggi dan luas
itu.Kemudian hasil penyelidikan itu dituliskan dan ada yang kekal sampai ke hari ini.


Kebanyakan ulama besar ini hidup di zaman salafussoleh (yakni sekitar 300 tahun sesudah
Rasulullah).Bilangan mereka tidak ramai.Sepanjang sejarah cuma ada sebelas orang sahaja.
Antaranya: Imam Hanafi, Imam Syafi’i, Imam Malik, Imam Ahmad Hambal, Imam Auza’i, Imam Sofian
As Sauri, Imam Daud Zohiri, Ibnu U’yaynah, dan Imam Ath Thabari.


Mereka inilah yang terkenal sebagai imam-imam mazhab. Kerana ilmu mereka melalui kitab-kitab
karangan mereka itu diambil sebagai ikutan oleh orang lain. Yakni orang-orang yang tidak mampu
menggali sendiri ilmu ALLAH itu.Maka diikutlah salah seorang dari ulama besar tadi.Sepatutnya ada
sebelas mazhab berdasarkan sebelas ulama yang boleh berdiri sendiri ini. Rasulullah membenarkan ini
dengan sabdanya:




"Perselisihan pendapat di kalangan umatku itu satu rahmat." (Riwayat Al Baihaqi)



Perbezaan dalam soal-soal hukum-hakam, feqah atau syariat, Islam membenarkan.Tetapi tidak dalam
soal-soal aqidah dan tauhid.Tapi sayang dari sebelas orang itu, cuma tinggal empat orang yang masyhur
dan diikuti sebagai imam mazhab.Sebab kitab mereka masih ada untuk rujukan dan panduan pengikut.
Sedangkan kitab-kitab karangan imam-imam yang lain itu semuanya sudah lenyap terutamanya
dimusnahkan oleh tentera Mongol yang menyerang Baghdad. Jadi yang tinggal cuma empat orang
sahaja. Di antara kitab-kitab mereka ialah:
a. Kitab Al Wasit oleh Imam Hanafi.



b. Kitab Al Muwuththo’ oleh Imam Malik.


c. Kitab Al Uum oleh Imam Syafi’i.


d. Sunun lmam Ahmad oleh Imam Hambali.



Dengan adanya kitab-kitab yang mereka tinggalkan, maka anak murid dan pengikut-pengikutnya dapat
mengembangkan ilmu dan kaedah untuk generasi di belakang, hingga ke zaman kita ini.Pengikut ajaran
Imam Hanafi disebut bermazhab Hanafi.Pengikut Imam Malik disebut bermazhab Maliki.Pengikut Imam
Syafi’i disebut bermazhab Syafi’i, dan pengikut Imam Ahmad Ibnu Hambal disebut bermazhab
Hambali.Perbezaan mazhab ini cumalah dalam soal-soal furuk (cabang), bukan dalam soal pokok
(aqidah). Dan ini dibenarkan sedangkan perbezaan aqidah itu terlarang sama sekali.Rasulullah bersabda:




"Demi diriku Muhammad di tangan-Nya akan berpecah umatku kepada 73 puak.Satu puak masuk Syurga
dan 72 puak bakinya masuk Neraka.Siapa (yang masuk Syurga) wahai Rusulullah? Sabdanya: Iaitulah
Ahlus Sunnah Wal Jamaah."(Riwayat At Tabrani)



Aqidah yang dibenarkan cuma aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.Sebab itu keempat-empat Imam Mazhab
menganut aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.Tanpa kitab yang ditinggalkan kepada murid-murid, maka
tidak bersambunglah satu-satu ajaran itu.Sedangkan sesudah mereka itu tidak ada lagi orang yang
mampu memahami keseluruhan maksud yang tersurat dan tersirat ayat-ayat Al Quran dan Hadis yang
ditinggalkan oleh Rasulullah dan para Sahabat.
2. MUJTAHID MAZHAB



Golongan para ilmuan dari kategori ini, tidak lagi mampu mengambil terus ilmu dari Al Quran dan
Hadis.Ertinya mereka tidak boleh berijtihad langsung tentang maksud-maksud ALLAH dan Rasul.Jadi
untuk memahami Al Quran dan Hadis, mereka merujuk dan belajar dari guru-guru yang bertaraf
Mujtahid Mutlak tadi. Yakni mereka mengkaji apa kata Imam-Imam Mazhab itu terhadap mana-mana
ayat Al Quran atau Hadis. Mereka kaji apa kata Imam Hanafi, Imam Maliki, Imam Syafi’i dan Imam
Hambali.


Hasil kajian itu mereka huraikan pula dalam kitab-kitab mereka.Mereka bagaikan tauke-tauke emas yang
mengambil emas yang sudah digali untuk diproses dan dipasarkan.Sedangkan Mujtahid Mutlak tadi ialah
tauke lombong yang mengeluarkan emas dari perut bumi.Kerja pertama adalah sulit, manakala yang
kedua pun masih sulit juga.Sebab bukan senang juga untuk memahami kitab-kitab besar dari empat
ulama besar itu.Sebab itu mujtahid yang boleh faham keempat-empat mazhab dan mengembangkan
kepada orang kemudian tidaklah ramai. Di antara mereka ialah:



a. Imam Abu Yusof (Mazhab Hanafi)


b. Imam Muhammad bin Hassan (Mazhab Hanafi)


c. Imam Abu Saur (Mazhab Syafi’i)


d. Imam Ar Rabi’ Sulaiman (Mazhab Syafi’i)


e. Imam Abu Ibrahim Ismail Al Muzani (Mazhab Syafi’i)




3. MUJTAHID FATWA
Ulama peringkat ini pula bukan saja tidak mampu memahami sendiri secara luas dan tersirat tentang Al
Quran dan Hadis, bahkan tentang keempat-empat mazhab pun tidak tercapai oleh ilmu
pengetahuannya. Ulama ini cuma mendalami salah satu mazhab dan mampu berijtihad menurut imam
mazhab yang dianutinya. Dengan kata lain mereka ini cuma mampu untuk berfatwa di atas ajaran mana-
mana satu mazhab yang empat itu. Namun peringkat ilmu ini pun sudah payah hendak dicapai oleh
ulama-ulama zaman ini.Yakni mengikut satu-satu mazhab dengan mempunyai dalil yang jelas diambil
dari imam mazhabnya. Antara contoh mereka adalah:



a. Imam Ath Thahawy (Mazhab Hanafi)


b. Imam Al Ghazali (Mazhab Syafi’i)




4. MUJTAHID TARJIH (MUJTAHID MENILAI)



Ulama ini kebolehannya ialah mentahqiqkan atau menentukan dalil dari tiap-tiap Imam Mazhab
terhadap sesuatu hukum. Dari sana, dinilailah dalil mana yang kuat dan mana yang lemah. Ulama ini
tidak mendalami satu-satu mazhab sedalam-dalamnya.Tapi bidangnya cuma mengkaji pendapat imam-
imani mazhab tentang dalil mengenai beberapa hal atau hukum-hakam.Kemudian ditentukan imam
mana yang lebih kuat hujahnya.


Biasanya dan sepatutnya ulama ini juga menganut mana-mana satu mazhab kerana mereka sendiri tidak
mampu membuat mazhab baru.Ilmu mereka bukan bertaraf mujtahid mutlak.Jadi tentu mereka malu
untuk menolak mana-mana mazhab kerana katanya mazhab itu lemah, sedangkan hakikatnya ilmu
mereka sendiri jauh lebih rendah dari ilmu imam-imam mazhab.Ibarat seorang lulusan SPM mahu
menolak ilmu seorang profesor dengan alasan hujah profesor itu lemah.Apa pendapat anda?


Ada pula mereka yang berpendapat, kita tidak mahu terikat dengan satu-satu mazhab tapi mahu
mengambil semua mazhab.Yakni dalam keadaan mazhab itu mempunyai hujah yang paling kuat dalam
satu-satu perkara itu.Maksudnya, kalau dalam hukum A, Mazhab Hanafi lebih kuat maka mereka
menganut ajaran Hanafi.Tetapi dalam hukum B, Syafi’i lebih kuat hujahnya, diambillah dari Mazhab
Syafi’i dan begitulah seterusnya yang lain-lainnya.Mereka mahu gabungkan hujah-hujah dari imam-
imam mazhab untuk mencipta mazhab baru.Teori ini memang menarik.Tapi mana dia ulama yang
mampu melakukannya?Sedangkan semua Mujtahid Mazhab itu pun tidak melakukan yang sedemikian
itu.Walhal merekalah orang yang paling tahu tentang keempat-empat mazhab.Mereka lihat ada empat
buah rumah yang sudah sempurna.Cuma tiap-tiap satu ada lebih kurangnya.Mereka cuma pilih salah
satu yang mereka minati.Mereka tidak pula berusaha membuat rumah kelima (konon dengan alasan
tiap-tiap rumah yang empat itu ada kurangnya).Sebab mereka bukan tukang buat rumah.Cuma
kebolehan mereka menilai-nilai dan mengkaji-kaji rumah yang sudah siap itu. Kalaulah dibuat rumah
kelima, sedangkan mereka bukan tukangnya, gambarkan apa hasilnya? Antara contoh-contoh mereka
adalah:



a. Imam Ar Rafi’


b. Imam An Nawawi


c. Imam Ibnu Hajar




5. ULAMA MUQALLIDIN



Peringkat ini tidak lagi disebut mujtahid kerana mereka tidak lagi pakar dalam mana-mana satu bidang
ilmu. Pengetahuan Islam mereka adalah secara umum, sama ada dalam semua bidang atau satu bidang
sahaja. Mereka tidak lagi mampu memberi hujah-hujah dan dalil terhadap mazhab anutan mereka.Tidak
juga boleh menilai dan menapis hujah-hujah yang berbangkit.Pendek kata, kalau hitam kata guru, hitam
kata mereka.Putih kata guru, putihlah kata mereka.Hujah dan dalil tidak ada.Sebab itu mereka
dikategorikan sebagai ulama muqallidin atau ulama taqlid.Mereka menganut satu-satu mazhab dengan
bertaqlid semata-mata.


Inilah golongan yang teramai sekali.Yang banyak dalam masyarakat biasanya ulama taqlid apalagi di
akhir zaman ini.Lulusan dari universiti Islam pun masih bertaraf taqlid pegangannya pada sesuatu
mazhab.Para profesor dengan PhD pun demikian juga.Apalagilah kalau lulusan universiti sekular yang
ilmu agama dikaji secara part-time iaitu tidak tersampai untuk keluar dari taqlid.Tapi agak pelik, di
zaman inilah kedengaran suara-suara lantang menolak mazhab, menolak tareqat dan hal-hal yang
bersangkutan.Bukan saja dari ulama Islam, ‘ulama’ sekular juga turut bersuara.Sedangkan ulama-ulama
mujtahid pun tidak seberani itu dalam perkara-perkara tersebut.Mengapa ini terjadi?
Agaknya itulah akibat dari tidak cukup ilmu.Seseorang biasanya menilai sesuatu mengikut
pengetahuannya. Sesuatu yang di luar pengetahuannya akan ditolak. Sesuai dengan pepatah Arab ada
berkata:




"Seseorang itu menjadi musuh dengan apa yang ia tidak tahu."




SYARAT-SYARAT MENJADI MUJTAHID



Perlu diingatkan bahawa di dalam Islam tidak semua orang boleh menjadi mujtahid. Bahkan para ulama
pun, sama ada ulama rasmi atau bukan, ada degri ataupun tidak, bukan semuanya layak berijtihad. Tidak
sepertimana yang kadang-kadang kita dengar orang berkata di akhir zaman ini, kononnya setiap orang
boleh berijtihad terus dari Al Quran dan Hadis. Kerana di dalam ajaran Islam, untuk menjadi mujtahid
itu, sama ada ada degri atau tidak, tidak menjadi syarat. Berjawatan rasmi ataupun tidak, juga tidak
menjadi syarat.


Untuk menjadi mujtahid, ada syarat-syaratnya yang tersendiri. Sepertimana yang akan saya senaraikan
di bawah ini. Bila seseorang itu mempunyai syarat-syarat yang cukup maka barulah dia diberi dua
pahala, kalau ijtihadnya betul.Kalau tersalah ijtihadnya, tetap diberi satu pahala. Tetapi jika seseorang
itu tidak mempunyai syarat-syarat untuk berijtihad kemudian ia cuba juga berijtihad sama ada betul
atau salah ijtihadnya, tetap ia berdosa.


Selain itu setiap orang yang hendak berijtihad tidak semestinya ia hafal semua Al Quran atau hafal
semua Hadis. Tetapi cukuplah ia mengetahui ayat-ayat ahkam yang ada di dalam Al Quran, yang
menurut ulama hanya ada 500 ayat semuanya. Dan cukuplah ia mengetahui Hadis-Hadis mengenai
hukum. Setelah ia mengetahui ayat-ayat Al Quran dan Hadis-Hadis yang berkaitan dengan hukum tadi,
kemudian dapat pula mengistinbadkan hukum-hukum daripada ayat-ayat dan Hadis itu melalui kaedah
ilmu nahu, ilmu saraf, ilmu balaghah serta faham tentang asbabun nuzul dan asbabul wurud dan lain-
lain lagi ilmu yang diperlukan, maka layaklah seseorang itu menjadi mujtahid.
Untuk menjelaskan lagi hal ini, di bawah ini disenaraikan syarat-syarat untuk seseorang itu menjadi
mujtahid, iaitu:



1. Beragama Islam.


2. Tahu ilmu nahu dan ilmu saraf (ilmu bahasa Arab).


3. Tahu ilmu balaghah (sastera Arab).


4. Tahu tentang asbabun nuzul.


5. Tahu tentang asbabul wurud.


6. Tahu tentang nasikh dan mansukh.


7. Bersifat adil (warak), atau dengan lain perkataan bersifat taqwa.


8. Mengetahui masalah-masalah yang diijmakkan oleh ulama-ulama yang terdahulu.


9. Memahami keseluruhan maksud ayat-ayat ahkam.


10. Mengetahui tentang makna ayat Quran dari segi khas dan amnya (mujmal dan mubaiyan).


11. Mengetahui Sunnah Nabi dari segi mujmal dan mubaiyan.


12. Mengetahui qias dan cara-caranya.


13. Mengetahui usul fiqh.


14. Mempunyai fahaman yang sahih sehingga ia dapat membezakan di antara pendapat yang sahih dan
yang salah.
15. Mengetahui tentang Hadis yang sahih, mana yang maudhu’(palsu), mana yang kuat dan mana yang
lemah.



Berdasarkan syarat-syarat yang disebutkan di atas, tidak semua orang mempunyai kelayakan untuk
berijtihad mengenai hukum-hakam. Kalau dilakukan juga oleh seseorang itu sedangkan ia tidak layak, ia
akan sesat lagi menyesatkan.


Bagaimanapun hal-hal selain dari hukum-hakam, setiap orang boleh ijtihadkan seperti tentang kaedah
(meted) perjuangan, strategi perjuangan, cara mempersembahkan kuliah dan ceramah, cara
berhadapan dengan masyarakat, cara membangunkan jemaah, cara menarik manusia kepada Islam,
cara mendidik manusia dan lain-lain lagi.


Hal yang selain hukum-hakam ini, semua orang dibenarkan berijtihad, kerana ia hanya menyentuh cara
dan teknik semata-mata. Kalau pandai berijtihad, bijak pula ia melaksanakannya, besarlah hasil yang ia
dapat. Atau lebih berjaya dalam perjuangannya. Di samping itu ia dapat pahala, kalau ia berbuat kerana
ALLAH. Kalau berlaku sebaliknya iaitu salah berijtihad dan salah caranya, maka ia tidak dapat hasil apa-
apa. Atau kurang hasilnya.Atau boleh jadi gagal terus di dalam perjuangannya. Tetapi selagi niatnya baik
dan tidak melanggar hukum syariat, tetap ia diberi pahala kecuali niatnya tidak betul dan menyalahi
syariat, maka barulah ia jatuh kepada dosa.


Demikianlah perbincangan peringkat ilmu ulama yang ada dalam Islam.Moga-moga dapatlah kita ukur di
mana kita ini.Dan supaya kita berhati-hati bila bercakap tentang sesuatu yang bukan bidang kita.
Bahagian Akhir : Qias ( Dalil Syara' Yg Di Sepakati )




Qias       bermaksud dari segi bahasa : Pengukuran /penyamaan


Istilah : Menyamakan masalah yg tidak dijelaskan hukumnya di dalam nas dengan masalah
yg dijelaskan hukumnya dalam nas kerana terdapat persamaan illah pada kedua masalah
tersebut




Autoriti

Disokong oleh 1- AlQuran ,
2- Hadis , 3-Amalan para sahabat dan 4- dalil akal
Disokong oleh 1- AlQuran :


Firman Allah s.w.t di dalam : SURAH AL HASR AYAT yg ke- 2




"Dia-lah yang mengeluarkan orang-orang kafir di antara ahli Kitab dari kampung-
kampung mereka pada saat pengusiran yang pertama[#]. kamu tidak menyangka, bahwa
mereka akan keluar dan merekapun yakin, bahwa benteng-benteng mereka dapat
mempertahankan mereka dari (siksa) Allah; Maka Allah mendatangkan kepada mereka
(hukuman) dari arah yang tidak mereka sangka-sangka. dan Allah melemparkan ketakutan
dalam hati mereka; mereka memusnahkan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka
sendiri dan tangan orang-orang mukmin. Maka ambillah (Kejadian itu) untuk menjadi
pelajaran, Hai orang-orang yang mempunyai wawasan.




# mula dikumpulkan untuk diusir keluar dari Madinah.




Pada mulanya ayat ini menerangkan tentang bencana yg menimpa kaum Bani Nadir iaitu
kaum Yahudi lantaran mereka memungkiri perjanjian dengan rasulallah .Allah
memerintahkan supaya umat Islam mengambil iktibar drp peristiwa itu ,ini menunjukkan
sesuatu bala' Allah s.w.t juga akan menimpa ke atas ummat Islam dan kepada kaum yg lain
sekiranya ummat islam /yg lain
mengingkari /mendustakan /melakukan maksiat terhadap Allah dan rasulnya .




Iktibar /pengajaran drp peristiwa di atas ialah AlQuran itu sendiri telah menunjuk cara
bagaimana qias boleh digunakan dan ini juga sebagai bukti kepada sesiapa ygbertanya
/ragu-ragu ,adakah qias itu wujud di dlm Islam ,kalau ada orang yg bertanya/ ragu , nah
ini lah dalilnya dan penerangannya.
Disokong oleh 2- As Sunnah

Sebelum Muaz bin Jabbal pergi ke Negeri Yaman untuk menjadi wakil rasulallah sebagai
rujukan kaum di sana terjadilah satu dialog di antara mereka berdua .


Rasulallah : Wahai Muaz bagaimanakah cara engkau akan menyelesaikan sesuatu masalah
yg timbul apabila di sana nanti ?


Muaiz : Saya akan menyelesaikan dengan merujuk Al Quran


Rasulallah : sekiranya tidak terdapat penyelesaiannya di dlm Al Quran?


Muaz : Saya akan menyelesaikan berdasarkan hadis


Rasulallah : Sekiranya tiada Juga penyelesaiannya ?


Muaz : Saya akan mengeluarkan ijtihad lalu rasulAllah pun mengurut dadanya
menunjukkan perbuatan Muaz itu betul dan benar .




Hadis di atas menjadi bukti bahawa Qias telah diakui sebagai salah satu dalil syarak yg
diakui oleh Islam dan rasul sekiranya timbul sesuatu masalah baru. Bagaimana seseorang
itu berijtihad ,jika tidak menggunakan Qias ,Qias adalah salah satu alat untuk
mengeluarkan ijtihad .




Disokong oleh 3- amalan para sahabat

Para sahabat juga telah beramal dengan Qias .cthnya Saidina Umar Al Khatab r.a pernah
menulis kepada Saidina Abu Musa Al Asy 'ari r.a sebagai gabenor Basrah supaya
menggunakan qias ketika bertugas di sana , di antara isi kandungannya surat itu ialah :



"Pastikan perkara-perkara yg sama dan banding serta qiaskan semua perkara (masalah) yg
                                  ada pada kamu dengannya "
Drp surat Saidina Umar r.a itu boleh kita simpulkan bahawa qias adalah amalan para
sahabat ,jika para sahabat yg dekat dengan rasulallah itu pun mengambil qias sebagai dalil
syarak inikan pula kita yg jauh drp rasulallah .alim sangat ke kita nie !? ,banyak sangatke
ilmu kita nie ?,berapa ribu ye kita hafal hadis , ade 4 ribu hadis..... atau 40 ribu hadis.... .




Disokong oleh 4- Dalil Akal

Al Quran tidak memperincikan semua perkara di dunia tetapi Al Quran memberikan
petunjuk yg asas setiap perkara .yang mana setiap asas –asas itu disokong oleh hadis dan
seterusnya boleh dikembangkan dengan cara menggunakan qias . Sekiranya qias tidak
diterima sebagai dalil syarak , maka setiap perkara baru ,yg akan timbul , tidak boleh
diselesaikan .maka agama Islam akan beku dan tidak berkembang dan tidak sesuai dengan
peredaran zaman .




Rukun qias 1- Al aslu 2-Al far 'u 3- Al illah 4 - Hukum asal

1-   Al aslu ialah perkara yg diqiaskan kepadanya cth arak .

2-   Al far'u ialah perkara yg diqiaskan cth air tapai yg telah lama diperam.

3-   llah ialah sifat yg sama antara al aslu dengan al far 'u arak illahnya memabukkan
begitu juga air tapai juga memabukkn sekiranya di minum


4-   Hukum asal ialah hukum asal yg sabit berdasarkan nas , hukum arak adalah haram
maka air tapai pun haram lah hukumnya .
Hukum arak jelas disebut di dalam Al Quran iaitu .

90. Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban
untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah[#], adalah termasuk perbuatan syaitan.
Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.




[#] Al Azlaam artinya: anak panah yang belum pakai bulu. orang Arab Jahiliyah
menggunakan anak panah yang belum pakai bulu untuk menentukan apakah mereka akan
melakukan suatu perbuatan atau tidak. Caranya ialah: mereka ambil tiga buah anak panah
yang belum pakai bulu. setelah ditulis masing-masing yaitu dengan: lakukanlah, Jangan
lakukan, sedang yang ketiga tidak ditulis apa-apa, diletakkan dalam sebuah tempat dan
disimpan dalam Ka'bah. bila mereka hendak melakukan sesuatu Maka mereka meminta
supaya juru kunci ka'bah mengambil sebuah anak panah itu. Terserahlah nanti apakah
mereka akan melakukan atau tidak melakukan sesuatu, sesuai dengan tulisan anak panah
yang diambil itu. kalau yang terambil anak panah yang tidak ada tulisannya, Maka undian
diulang sekali lagi.


Bersambung pada bab yg lain pula nanti ....
(a) Pengertian ijmak dan rukunnya.

Pengetian bahasa : Niat dan bersetuju dalam sesuatu perkara untuk melaksanakanya

Pengetian istilah : Sepakat ulamak mujtahid daripada umat Islam samada dalam bentuk i’tiqad,kata-
kata atau perbuatan untuk mengeluarkan hukum yang berlaku selepas kewafatan nabi. atau
persepakatan ulamak mujtahid daripada umat nabi Muhammad selepas kewafatan baginda dalam
perkara yang berhubung dengan hukum syarak

Rukun ijmak

1. Semua Ulamak mujtahid sepakat mengenai hukum syarak terhadap masalah yang berkaitan

2.Wujudnya sejumlah ulama mujtahid pada masa belakunya sesuatu masalah atau perkara.

3. Sepakat semua ulamk mujtahid mengenai hukum terbabit

4. Sepakat Ulamak-ulamak mujtahid mengeluarkan pendapat masing-masing secara tegas,samada
berupa perkataaan atau perbuatan, baik secara bersendirian atau berkumpulan


(b) Jelaskan pandangan ulamak tentang kehujahan ijmak sukuti sebagai sumber hukum

Pengetian ijmak: Sepakat ulamak mujtahid daripada umat Islam samada dalam bentuk i’tiqad,kata-
kata atau perbuatan untuk mengeluarkan hukum yang berlaku selepas kewafatan nabi.
Dalilnya:
 ‫اهلل وأط ي عىا ان ز سىل وأون ً األم ز م ن كم ( سىرة ان ن سآء اي ت 59ي ؤي ها ان ذي ن ءام نىا أط يىا‬

Ijmak soreh: Para mujtahid sependapat mengenai sesuatu hukum dalam sesuatu masalah dengan
menyatakan pendapat mereka dengan terang dan jelas atau melaui tulisan atau melaksanakan
hukum yang dibincangkan.

Ijmak sukuti atau ijmak i’tibari : ialah sebahagian ulamak mujtahid mengeluarkan pendapat melalui
fatwa ,sedangkan sebahagian ulamak mujtahid lain mendiamkan diri,tidak menyatakan pendapat
atau tidak sependapat.ia juga dikira ijmak i’tibari kerana dengan mengambil kira atau beranggapan
ulamak yang mendiamkan diri tersebut telah bersetuju.

Kehujahan ijmak sukuti
Ulamak berselisih pendapat tentang kehujahannya:

Ulamak Yang Menerima

1. Pendapat al-Kurkhi daripada mazhab Hanafi dan Imam Amidi daripada mazhab Syaf’i
menerimanya sebagai hujjah zanni.
Hujjah atau alasan mereka ialah,berdiam diri sebahagian daripada ahli mujtahid bukan semestinya
kerana muafakat dengan pendapat yang telah dikeluarkan,bahkan diam diri itu mungkin kerana
setuju dengan pendapat yang dikeluarkan atau gerun dengan kehebatan ulamak yang telah
mengeluarkan pendapatnya.Oleh itu,ijmak sukuti adalah hujah zanni.
2. PendapatUlamak Hanafi, Imam Ahmad dan sebahagian ulamak Syafi’i menerimanya sebagai
hujjah qat'ei.
Alasan mereka ialah,dalil yang menunjukkan kehujahan ijmak tidak membezakan di antara ijmak
soreh dan sukuti.Jika ditentukan dalil tersebut kepada ijmak yang soreh sahaja mungkin tidak
berlaku ijmak,sedangkan ijmak telah berlaku




Ulamak yang Menolak:

Imam Malik dan Imam Syafi’i
Alasan mereka ialah tidak boleh dikatakan orang yang diam itu bersetuju,kerana mungkin mereka
takut kepada kemudaratan diri atau harta atau berdiam diri untuk melakukan ijtihad.


Syarat Ijmak Sukuti

1. Mestilah melalui suatu masa yang cukup untuk berfikir atau membuatkajian dan rumusan tentang
masalah yang diputuskan itu

2. Tidak ada sebab untuk menakut-nakutkan mujtahid lain dalam mengeluarkan pendapat

3. Semata-mata diam,bukannya menolak

(c) Dengan mengemukakan alasan anda perihalkan tentang kemungkinan berlakunya ijmak pada
masa kini.

Jumhur ulamak – Boleh berlaku dan telah berlaku ijmak contohnya batal nikah perempuan Islam
dengan orang kafir.Alasan : Ada kemudahan komunikasi moden.
Pendapat lain – Tidak mungkin dan mustahil berlaku ijmak. Alasan : Kerana ulamak susah dikenali
dan mereka tinggal berjauhan.



(d) Huraikan jenis-jenis ijmak dan hukum mengingkari ijmak.

 1. Ijmak ahli Madinah ialah muafakat ulamak Madinah di dalam mengeluarkan pendapat terhadap
sesuatu masalah.

2. Ijmak ahli al-Bait ialah mufakat daripada kalangan keluarga Nabi Muhammad s.a.w seperti
Ali,Fatimah,Hassan dan Husain di dalam sesuatu masalah.

3. Ijmak sahabat ialah maufakat sahabat dan pendapat mereka terhadap sesuatu masalah.

4. Ijmak Khulafa’ ar Rasyidin : Ialah persepakatan sahabat rasul yang empat iaitu Abu
Bakar,Umar,Ali dan Uthman.

5. Ijmak ulamak ialah persepakatan pendapat di kalangan ulamak dalam masalah tertentu pada
masa tertentu.
(e) hukum mengingkari ijmak.

1. Sebahagian ulamak berpendapat mengingkari ijmak adalah kufur kerana ia termasuk dalam hujah
yang disepakati (qat'i)

2. Sebahagian ulamak lain seperti Imam al-Haramain mengatakan mengingkari hukum ijmak tidak
kufur kerana dalil kehujahan ijmak adalah zanni dan meningkari ke



hujahan dalil tidak kufur.
Soalan :

al ijmak ngan al Qias same ke...? adakah ke dua - dua nye berkait rapat dalam pembangunan
tamadun islam..

Jawapan :

Di dalam kaedah ilmu Islam ada disebut sebagai masodir syar3iyyah atau di dalam bahasa melayu
disebut sumber-sumber hukum Islam atau juga disebut sebagai dalil di dalam Islam..

Terdapat 4 sumber yang disepakati oleh ulamak;

1) Al-Quran

2) Al-Hadis

3) Ijmak

4) Qias

Merujuk kepada persoalan vanila90 saya cuba menjelaskan ta3rif ijmak dan qias sahaja yang saya
kutip di dalam kitab Syeikh Abdul Qadir Al-Mandili (Al-Mazhab atau tiada haram bermazhab).

Apa yang dimaksudkan dengan ijmak?

Ijmak ialah kesepakatan sekalian mujtahid kemudian daripada wafat Rasulullah SAW pada satu
masa di atas apa-apa pekerjaan samada daripada pekerjaan agama dan pekerjaan dunia atau
perkara yang dinisbahkan kepada aqal atau lughah.

Tidak disyaratkan ijmak itu dengan ijmak sahabat sahaja bahkan ijmak sekalian mujtahid yang lain
daripada sahabat juga wajib diikuti samada pekerjaan ibadah ataupun dunia kerana firman Allah
Ta’ala;

 ‫ومن ي ش قق ان ز سىل من ب عد ما ت ب ين نه ان هدي وي ت بع غ يز س ب يم ان مؤم ن ين ن ى نه ما ت ىن ً ما ت ىن ً ون صه ه جه نم‬
‫و ساءث م ص يزا‬

Maksudnya:

barangsiapa menyalahi akan Rasulullah SAW kemudian daripada nyata baginya yang sebenar
dengan sebab mukjizat dan mengikut yang lain daripada i3tiqad dan pekerjaan sekalian yang
beriman nescaya kami jadikan dia memerintah akan kesesatan yang dipilih oleh dia dan kami
masukkan dia ke dalam api neraka. (An-nisa’ ayat 115(


Berkata al-Baidhowi bermula ayat ini menunjuk atas HARAM menyalahi ijmak.Di dalam ayat al-
Quran di atas Allah menyebut sabilul Mukminin atau jalan orang yang beriman maka inilah syaahid
(petunjuk) yang menunjukkan kepada wajib mengikuti ijmak dan HARAM menyalahinya.Berkata
berkata musonnif tiada dalil yang menunjukkan al-Mukminin di dalam ayat ditujukan kepada sahabat
sahaja tetapi termasuk juga ulamak mujtahid. Dalil hadis yang menunjukkan haram menyalahi atau
keluar daripada ijmak ialah sabda Nabi SAW ;

‫رواه ال تزمذي وغ يزه –ا ت جمع أم تً ع لى ض الل ة ل‬

Mafhumnya :

Tiada berhimpun umat aku di atas kesesatan.Diriwayatkan daripada Imam Tirmizi dan lain-lain
imam.Hadis ini menjadi dalil yang menunjukkan ijmak merupakan hujjah Islam samada ijmak
sahabat atau imam mujtahid kerana lafaz ummati di dalam hadis umum merangkumi sekalian
sahabat dan mujtahid daripada umat Nabi Muhammad SAW.



Saya sebutkan perbandingan di antara ijmak sahabat dan ijmak ulama mujtahid kerana terdapat
dakwaan yang menyatakan ijmak sahabat sahaja yang wajib diikuti.Pandangan ini salah
berdasarkan dalil al-Quran dan al-hadis yang telah saya bahaskan di atas.

Adapun ijmak ulil amri (pemerintah) atau ustaz-ustaz atau mufti-mufti yang tidak mujtahid tiada ia
tidak menjadi dalil kerana syarat ijmak itu tertentu kepada mujtahid sahaja. Maka perlu difahami dan
dipelajari siapa yang dikatakan sebagai mujtahid?? Ana tidak berhajat untuk memberi penjelesan di
sini kerana mura3atan lissual..

Apa itu Qias?

Qias ialah mengembalikan furu3 (cabang) kepada usul dengan sebab illah (sebab) yang sama.

Mengembalikan bermaksud menyamakan keduanya yang diqias kepada yang usul (yg kena qias)
pada hukum. Jika hukum usul haram maka hukum yang diqiaskan juga haram seperi diqiaskan
beras dengan gandum di dalam hukum riba kerana illah (sebab) yang sama iaitu makanan. Walapun
di dalam hadis Nabi SAW menyebut gandum tetapi kerana illah beras iaitu makanan seperti gandum
maka hukumnya sama.

Adapun pandangan yang mengatakan tidak boleh qias di dalam ibadah hanya perlu berpegang
dengan al-Quran dan al-hadis sahaja maka pandangan ini jauh menyimpang daripada Al-Quran dan
Al-Hadis kerana firman Allah :

‫ف اع ت بزوا‬

Maksudnya : i3tibar oleh kamu.

Maksud i3tibar itu ialah mengqias sesuatu dengan sesuatu.Nabi SAW sendiri menggunakan qias
yang banyak sehingga an-Nasih al-hanbali telah menysun satu kitab yang kecil mengumpul semua
qias Rasulullah SAW seperti mengqias mengucup isteri kepada berkumur-kumur di dalam masalah
tidak membatalkan puasa.

Syarat qias mesti sabit dengan al-Quran atau al-Hadis atau ijmak.

Ijmak dan Qias sama?

Daripada satu sudut jmak dan Qias ada persamaan dan berbeza daripada sudut yang lain.

Berbeza kerana ijmak merupakan kesepakatan sahabat Nabi SAW dan ulama' mujtahid Islam di
dalam sesuatu permasalahan hukum yang warid (datang) daripada Al-Quran dan Al-Hadis adapun
qias merupakan suatu kaedah aqliyyah berdasarkan syarat-syarat tertentu dalam menetapkan
sesuatu hukum yang tidak wujud secara qot3ie di dalam Al-Quran dan Al-Hadis. Dengan kata lain
jika sesuatu hukum tidak ada nas di dalam Al-Quran dan Al-Hadis maka kaedah qias digunakan
untuk menentukan hukumnya seperti yang kita telah bincangkan di dalam pengertian di atas.

Persamaan keduanya daripada sudut keduanya merupakan sumber hukum yang digunakan oleh
ulama mujtahid di dalam menetapkan sesuatu permasalahan.

Kaitan dengan tamaddun Islam.

Persoalan kaitan ijmak dan qias dengan tamaddun Islam maka ana katakan ia mempunyai kaitan
yang rapat kerana jika kita mendalami falsafah Islam kita akan mendapati pemikiran-pemikiran yang
hebat yang membawa kepada ketinggian tamaddun Islam dengan menggunakan qawaid aqliyyah
yang salimah seperti ilmu mantiq. Qias merupakan salah satu cabang daripada ilmu mantiq yang
digunapakai oleh ulama dalam memahami al-Quran dan al-Hadis yang jawamiul jawaami3.Apa
makna jawamiul jawami3?? Secara mudah boleh difahami ialah perkataan yang sedikit tetapi
maknanya yang luas. Ayat al-Quran iejaz (ringkas) tetapi sangat luas pengertian begitu juga dengan
kalam Nabi SAW yang kita panggil sebagai hadis atau sunnah sehingga jika dikumpul tafsiran
Basmalah sahaja sudah tentu kita tidak mampu untuk menghabiskan dalam masa satu hari bahkan
sebulan

Tanpa ijmak dan qias hukum Islam menjadi jumud kerana terbatas kepada apa yang disebut secara
zahir di dalam al-Quran tanpa menilik kepada makna disebaliknya sedangkan al-Quran merupakan
panduan hidup sehingga hari kiamat. Setiap zaman akan ada hukum baru atau hukum kontemporari
maka qias memainkan peranan penting dalam menentukan halal dan haramnya. Walaupun qias
menggunakan akal tetapi ia disyaratkan selari dengan al-Quran dan al-Hadis kerana hukum asalnya
terdapat di dalam al-Quran tetapi diqiaskan perkara-perkara yang baru kepada hukum yang sudah
ada di dalam al-Quran dan al-hadis dan ijmak yang kita telah bincangkan tadi.
Agama

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Akidah ahlul kalam
Akidah ahlul kalamAkidah ahlul kalam
Akidah ahlul kalam
maleha lauto
 
tasawwuf dan ummah
tasawwuf dan ummahtasawwuf dan ummah
tasawwuf dan ummah
ana amnah
 
Method of Tafsir
Method of TafsirMethod of Tafsir
Method of Tafsir
Hakim Ahma
 
Pentingnya menuntut ilmu
Pentingnya menuntut ilmuPentingnya menuntut ilmu
Pentingnya menuntut ilmu
Tohar Latif
 
HUBUNGAN TASAUF DENGAN TAREKAT DAN HUBUNGAN TASAWUF DENGAN SYARI'AT
HUBUNGAN TASAUF DENGAN TAREKAT DAN HUBUNGAN TASAWUF DENGAN SYARI'ATHUBUNGAN TASAUF DENGAN TAREKAT DAN HUBUNGAN TASAWUF DENGAN SYARI'AT
HUBUNGAN TASAUF DENGAN TAREKAT DAN HUBUNGAN TASAWUF DENGAN SYARI'AT
Mutiara permatasari
 
Makalah sejarah perkembangan tasawuf salafi
Makalah sejarah perkembangan tasawuf salafiMakalah sejarah perkembangan tasawuf salafi
Makalah sejarah perkembangan tasawuf salafi
Asep Anwar Musadad
 
Mu'tazilah - Aliran dalam Ilmu Kalam
Mu'tazilah - Aliran dalam Ilmu KalamMu'tazilah - Aliran dalam Ilmu Kalam
Mu'tazilah - Aliran dalam Ilmu Kalam
ade orreo
 

Mais procurados (19)

Tarekat naqsabandiyah
Tarekat naqsabandiyahTarekat naqsabandiyah
Tarekat naqsabandiyah
 
tasawuf perbandingan syariat dan hakikat
tasawuf perbandingan syariat dan hakikattasawuf perbandingan syariat dan hakikat
tasawuf perbandingan syariat dan hakikat
 
sejarah dan perkembangan ilmu tauhid
sejarah dan perkembangan ilmu tauhidsejarah dan perkembangan ilmu tauhid
sejarah dan perkembangan ilmu tauhid
 
Agama 4 tarekat
Agama 4 tarekatAgama 4 tarekat
Agama 4 tarekat
 
3 urgensi belajar ilmu fiqih
3 urgensi belajar ilmu fiqih3 urgensi belajar ilmu fiqih
3 urgensi belajar ilmu fiqih
 
Semangat menuntut ilmu
Semangat menuntut ilmuSemangat menuntut ilmu
Semangat menuntut ilmu
 
Tugas makalah pendidikan agama islam
Tugas makalah pendidikan agama islamTugas makalah pendidikan agama islam
Tugas makalah pendidikan agama islam
 
Akidah ahlul kalam
Akidah ahlul kalamAkidah ahlul kalam
Akidah ahlul kalam
 
Semangat Menuntut Ilmu dan Menyampaikannya Kepada Sesama (PAI SMK KELAS X)
Semangat Menuntut Ilmu dan Menyampaikannya Kepada Sesama (PAI SMK KELAS X)Semangat Menuntut Ilmu dan Menyampaikannya Kepada Sesama (PAI SMK KELAS X)
Semangat Menuntut Ilmu dan Menyampaikannya Kepada Sesama (PAI SMK KELAS X)
 
Penelitian tarekat
Penelitian tarekatPenelitian tarekat
Penelitian tarekat
 
tasawwuf dan ummah
tasawwuf dan ummahtasawwuf dan ummah
tasawwuf dan ummah
 
Method of Tafsir
Method of TafsirMethod of Tafsir
Method of Tafsir
 
Pentingnya menuntut ilmu
Pentingnya menuntut ilmuPentingnya menuntut ilmu
Pentingnya menuntut ilmu
 
Tauhid di indonesia
Tauhid di indonesiaTauhid di indonesia
Tauhid di indonesia
 
HUBUNGAN TASAUF DENGAN TAREKAT DAN HUBUNGAN TASAWUF DENGAN SYARI'AT
HUBUNGAN TASAUF DENGAN TAREKAT DAN HUBUNGAN TASAWUF DENGAN SYARI'ATHUBUNGAN TASAUF DENGAN TAREKAT DAN HUBUNGAN TASAWUF DENGAN SYARI'AT
HUBUNGAN TASAUF DENGAN TAREKAT DAN HUBUNGAN TASAWUF DENGAN SYARI'AT
 
Makalah sejarah perkembangan tasawuf salafi
Makalah sejarah perkembangan tasawuf salafiMakalah sejarah perkembangan tasawuf salafi
Makalah sejarah perkembangan tasawuf salafi
 
pemikiran islam semasa Jabatan Usul FPI, UKM
pemikiran islam semasa Jabatan Usul FPI, UKMpemikiran islam semasa Jabatan Usul FPI, UKM
pemikiran islam semasa Jabatan Usul FPI, UKM
 
Mu'tazilah - Aliran dalam Ilmu Kalam
Mu'tazilah - Aliran dalam Ilmu KalamMu'tazilah - Aliran dalam Ilmu Kalam
Mu'tazilah - Aliran dalam Ilmu Kalam
 
SPPT 22Keberkesanan mempelajari ilmu qiraat muhammad hafiz salleh
SPPT 22Keberkesanan mempelajari ilmu qiraat muhammad hafiz sallehSPPT 22Keberkesanan mempelajari ilmu qiraat muhammad hafiz salleh
SPPT 22Keberkesanan mempelajari ilmu qiraat muhammad hafiz salleh
 

Semelhante a Agama

Makalah Hukum Shalat Jumat
Makalah Hukum Shalat JumatMakalah Hukum Shalat Jumat
Makalah Hukum Shalat Jumat
mujibzunari
 
Pgsd 3 memahami-mazhab_(munawar)
Pgsd 3 memahami-mazhab_(munawar)Pgsd 3 memahami-mazhab_(munawar)
Pgsd 3 memahami-mazhab_(munawar)
Bahagie Putra
 
Ilmu Kalam & Pemikiran Islam
Ilmu Kalam & Pemikiran IslamIlmu Kalam & Pemikiran Islam
Ilmu Kalam & Pemikiran Islam
dr2200s
 
Said Hawwa - Jundullah (ringkasan)
Said Hawwa - Jundullah (ringkasan)Said Hawwa - Jundullah (ringkasan)
Said Hawwa - Jundullah (ringkasan)
Nurul Ashwad
 
Pelajaran tentang-manhaj-salaf-2-2
Pelajaran tentang-manhaj-salaf-2-2Pelajaran tentang-manhaj-salaf-2-2
Pelajaran tentang-manhaj-salaf-2-2
Ra Hardianto
 

Semelhante a Agama (20)

IBANAH_AL_AHKAM_SYARAH_BULUGH_AL_MARAM B.pdf
IBANAH_AL_AHKAM_SYARAH_BULUGH_AL_MARAM B.pdfIBANAH_AL_AHKAM_SYARAH_BULUGH_AL_MARAM B.pdf
IBANAH_AL_AHKAM_SYARAH_BULUGH_AL_MARAM B.pdf
 
Bahaya anti mazhab
Bahaya anti mazhabBahaya anti mazhab
Bahaya anti mazhab
 
Aswaja Lakmud 2022 revisi.pptx
Aswaja Lakmud 2022 revisi.pptxAswaja Lakmud 2022 revisi.pptx
Aswaja Lakmud 2022 revisi.pptx
 
! Ulama pewaris para nabi www.islamterbuktibenar.net
! Ulama pewaris para nabi   www.islamterbuktibenar.net! Ulama pewaris para nabi   www.islamterbuktibenar.net
! Ulama pewaris para nabi www.islamterbuktibenar.net
 
Agama
AgamaAgama
Agama
 
Makalah Hukum Shalat Jumat
Makalah Hukum Shalat JumatMakalah Hukum Shalat Jumat
Makalah Hukum Shalat Jumat
 
Memilih pendapat agama
Memilih pendapat agamaMemilih pendapat agama
Memilih pendapat agama
 
Makalah fiqih kelompok 3 materi 5
Makalah fiqih kelompok 3 materi 5Makalah fiqih kelompok 3 materi 5
Makalah fiqih kelompok 3 materi 5
 
Pgsd 3 memahami-mazhab_(munawar)
Pgsd 3 memahami-mazhab_(munawar)Pgsd 3 memahami-mazhab_(munawar)
Pgsd 3 memahami-mazhab_(munawar)
 
Ijtihad dan Madzhab.docx
Ijtihad dan Madzhab.docxIjtihad dan Madzhab.docx
Ijtihad dan Madzhab.docx
 
kapita selekta.pptx
kapita selekta.pptxkapita selekta.pptx
kapita selekta.pptx
 
MAKALAH AIK V_KELOMPOK 3.docx
MAKALAH AIK V_KELOMPOK 3.docxMAKALAH AIK V_KELOMPOK 3.docx
MAKALAH AIK V_KELOMPOK 3.docx
 
Ilmu Kalam & Pemikiran Islam
Ilmu Kalam & Pemikiran IslamIlmu Kalam & Pemikiran Islam
Ilmu Kalam & Pemikiran Islam
 
Said Hawwa - Jundullah (ringkasan)
Said Hawwa - Jundullah (ringkasan)Said Hawwa - Jundullah (ringkasan)
Said Hawwa - Jundullah (ringkasan)
 
Keutamaan ilmu salaf atas ilmu khalaf
Keutamaan ilmu salaf atas ilmu khalafKeutamaan ilmu salaf atas ilmu khalaf
Keutamaan ilmu salaf atas ilmu khalaf
 
Ijtihad dan Madzhab .pdf
Ijtihad dan Madzhab .pdfIjtihad dan Madzhab .pdf
Ijtihad dan Madzhab .pdf
 
Ijtihad Ushul Fiqh dan Kaidah.pdf
Ijtihad Ushul Fiqh dan Kaidah.pdfIjtihad Ushul Fiqh dan Kaidah.pdf
Ijtihad Ushul Fiqh dan Kaidah.pdf
 
Ijtihad Ushul Fiqh dan Kaidah.docx
Ijtihad Ushul Fiqh dan Kaidah.docxIjtihad Ushul Fiqh dan Kaidah.docx
Ijtihad Ushul Fiqh dan Kaidah.docx
 
Sumber Ajaran Agama Islam
Sumber Ajaran Agama IslamSumber Ajaran Agama Islam
Sumber Ajaran Agama Islam
 
Pelajaran tentang-manhaj-salaf-2-2
Pelajaran tentang-manhaj-salaf-2-2Pelajaran tentang-manhaj-salaf-2-2
Pelajaran tentang-manhaj-salaf-2-2
 

Agama

  • 1. Mereka itu merupakan ulama pakar di bidang feqah.Yakni yang mampu berijtihad di bidang hukum- hakam atau syariat.Tapi tidak di dalam soal aqidah.Kerana bidang aqidah tidak boleh diijtihad dan diikhtilafkan. Siapa yang menganut aqidah yang keluar dari aqidah asal, yakni Ahlil Sunnah Wal Jamaah (aqidah Nabi dan para Sahabat), maka ia jadi kafir atau membuat bid’ah; berdasarkan sabda baginda: "Demi diriku Muhammad di tangan-Nya, akan berpecah umatku kepada 73 puak.Satu puak masuk Syurga dan 72 puak bakinya masuk Neraka.Siapa (yang masuk Syurga) wahai Rasulullah? Sabdanya: Iaitulah Ahlus Sunnah Wal Jamaah." (Riwayat At Tabrani) DALAM Islam, ilmu dipandang begitu tinggi dan penting. Kerana ilmulah yang akan membuka segala rahsia dunia dan Akhirat. Dan yang paling tinggi nilainya ialah ilmu yang boleh membuatkan manusia kenal Tuhan Penciptanya, tahu bagaimana berhubung dan menerima titah perintah dan larangan- Nya.Kemudian barulah ilmu tentang tugas sebagai khalifah Tuhan di bumi, untuk mentadbir dunia ini mengikut undang-undang ALLAH.Agar dunia mencapai tamadun insan dan material yang tinggi, indah dan mulia. Anjuran menuntut ilmu terlalu banyak sama ada oleh Al Quran mahupun Hadis. Pujian terhadap orang berilmu juga begitu tinggi. Sehingga manusia disuruh belajar sampai ke liang lahad, sampai ke Negeri China. Dan ilmu yang ALLAH bukakan untuk manusia melalui Quran dan Hadis itu bagaikan lautan luasnya; siapa yang mencedok dan menggali tidak akan jumpa penghujungnya. Maka untuk mentaati kehendak ALLAH, berlumba-lumbalah umat Islam mencari dan memburu ilmu.Hingga mereka mencapai tahap ilmu yang begitu tinggi, yakni membolehkan mereka menjadi mujtahid, iaitu orang yang mampu berijtihad dalam segala bidang.Sepanjang sejarah umat Islam, kita lihat ada peringkat-peringkat mujtahid yang berbagai, yang dicapai oleh masing-masing mereka dalam perlumbaan mendapat ilmu ini. Saya akan menyenaraikan peringkat-peringkat mujtahid yang ada dalam Islam. Mereka itu merupakan ulama pakar di bidang feqah.Yakni yang mampu berijtihad di bidang hukum-hakam atau syariat.Tapi tidak di dalam soal aqidah.Kerana bidang aqidah tidak boleh diijtihad dan diikhtilafkan. Siapa yang
  • 2. menganut aqidah yang keluar dari aqidah asal, yakni Ahlil Sunnah Wal Jamaah (aqidah Nabi dan para Sahabat), maka ia jadi kafir atau membuat bid’ah; berdasarkan sabda baginda: "Demi diriku Muhammad di tangan-Nya, akan berpecah umatku kepada 73 puak.Satu puak masuk Syurga dan 72 puak bakinya masuk Neraka.Siapa (yang masuk Syurga) wahai Rasulullah? Sabdanya: Iaitulah Ahlus Sunnah Wal Jamaah." (Riwayat At Tabrani) Ertinya ikhtilaf atau perbezaan umat dalam soal aqidah tidak dibenarkan.Tapi dalam soal hukum-hakam atau furu’iyah yang menjadi panduan kehidupan lahiriah dan duniawi manusia, Islam membuka pintu ijtihad.Bahkan digalakkan berijtihad bagi mereka yang mampu, hinggakan kalaupun ijtihad itu salah, diberi satu pahala.Sebab Islam bukan menyusahkan kehidupan tetapi menyelamatkan dan memudahkan, selagi di atas jalan yang benar.(Bukan ambil mudah menurut nafsu dan syaitan). Rasulullah SAW bersabda: "Perselisihan pendapat di kalangan umatku itu satu rahmat."(Riwayat Al Baihaqi)
  • 3. Ertinya dengan berijtihad itu masing-masing akan dapat laluan mudah untuk kehidupan masing-masing. Sedangkan tanpa berijtihad, hal yang mudah bagi seseorang mungkin susah bagi seorang yang lain. Maka dalam bidang feqah, lahirlah ulama-ulama besar feqah, yang masing-masing mempunyai ijtihad yang tersendiri dalam soal hukum-hakam yang ada dalam Islam itu.Mereka ini lahir selepas Rasul dan Sahabat sudah tidak ada.Warisan yang tinggal cuma Al Quran dan Hadis. Kitab-kitab yang menghurai secara detail tentang bagaimana perlaksanaan hukum yang dimaksudkan oleh Al Quran dan Hadis pun belum ada. Jadi mereka mesti cuba memahami sendiri Al Quran dan Hadis tanpa melihat praktikalnya. Lalu berijtihadlah mereka tentang ayat-ayat hukum dari Al Quran dan Hadis berdasarkan ilmu, akal, hati, pengalaman hidup mereka dan ilham dari ALLAH SWT. Masing-masing mempunyai tafsiran yang berbeza dengan yang lain. Sebab itu lahir banyak mazhab feqah. Sepanjang sejarah lahirlah lima kategori mujtahid dan ulama di kalangan umat Islam. Mereka ialah: 1. Mujtahid Mutlak 2. Mujtahid Mazhab 3. Mujtahid Fatwa 4. Mujtahid Tarjih 5. Ulama Muqallidin 1. MUJTAHID MUTLAK Inilah peringkat ulama yang paling alim yakni paling tinggi dan hebat ilmunya dalam sejarah Islam.Keupayaan luar biasa yang ALLAH berikan pada mereka ialah dapat memahami, mentafsir dan mengeluarkan hukum-hakam (istinbat) dari Al Quran dan Hadis secara langsung tanpa bersandar dengan mana-mana ulama dan tanpa merujuk pada mana-mana kitab.Memang pada awalnya mereka juga belajar ilmu tentang Al Quran dan Hadis.Tapi dalam mengistinbat hukum dari ayat-ayat tentang hukum, mereka ada ijtihad tersendiri dan masing-masing.
  • 4. Mereka mampu mengeluarkan hukum sedangkan hal itu tidak terbuat oleh kebanyakan ulama.Mereka ini ibarat pakar-pakar carigali yang dapat menemukan dan mengeluarkan emas-emas dari perut bumi tanpa bersandar pada sesiapa atau tanpa membeli dengan sesiapa.Boleh dikatakan mereka adalah tauke lombong emas.Fikiran dan ilmu mereka begitu tajam dan tinggi dalam memahami semua maksud ALLAH melalui firman-firman-Nya dan Hadis-Hadis Nabi (di bidang hukum) yang terlalu tinggi dan luas itu.Kemudian hasil penyelidikan itu dituliskan dan ada yang kekal sampai ke hari ini. Kebanyakan ulama besar ini hidup di zaman salafussoleh (yakni sekitar 300 tahun sesudah Rasulullah).Bilangan mereka tidak ramai.Sepanjang sejarah cuma ada sebelas orang sahaja. Antaranya: Imam Hanafi, Imam Syafi’i, Imam Malik, Imam Ahmad Hambal, Imam Auza’i, Imam Sofian As Sauri, Imam Daud Zohiri, Ibnu U’yaynah, dan Imam Ath Thabari. Mereka inilah yang terkenal sebagai imam-imam mazhab. Kerana ilmu mereka melalui kitab-kitab karangan mereka itu diambil sebagai ikutan oleh orang lain. Yakni orang-orang yang tidak mampu menggali sendiri ilmu ALLAH itu.Maka diikutlah salah seorang dari ulama besar tadi.Sepatutnya ada sebelas mazhab berdasarkan sebelas ulama yang boleh berdiri sendiri ini. Rasulullah membenarkan ini dengan sabdanya: "Perselisihan pendapat di kalangan umatku itu satu rahmat." (Riwayat Al Baihaqi) Perbezaan dalam soal-soal hukum-hakam, feqah atau syariat, Islam membenarkan.Tetapi tidak dalam soal-soal aqidah dan tauhid.Tapi sayang dari sebelas orang itu, cuma tinggal empat orang yang masyhur dan diikuti sebagai imam mazhab.Sebab kitab mereka masih ada untuk rujukan dan panduan pengikut. Sedangkan kitab-kitab karangan imam-imam yang lain itu semuanya sudah lenyap terutamanya dimusnahkan oleh tentera Mongol yang menyerang Baghdad. Jadi yang tinggal cuma empat orang sahaja. Di antara kitab-kitab mereka ialah:
  • 5. a. Kitab Al Wasit oleh Imam Hanafi. b. Kitab Al Muwuththo’ oleh Imam Malik. c. Kitab Al Uum oleh Imam Syafi’i. d. Sunun lmam Ahmad oleh Imam Hambali. Dengan adanya kitab-kitab yang mereka tinggalkan, maka anak murid dan pengikut-pengikutnya dapat mengembangkan ilmu dan kaedah untuk generasi di belakang, hingga ke zaman kita ini.Pengikut ajaran Imam Hanafi disebut bermazhab Hanafi.Pengikut Imam Malik disebut bermazhab Maliki.Pengikut Imam Syafi’i disebut bermazhab Syafi’i, dan pengikut Imam Ahmad Ibnu Hambal disebut bermazhab Hambali.Perbezaan mazhab ini cumalah dalam soal-soal furuk (cabang), bukan dalam soal pokok (aqidah). Dan ini dibenarkan sedangkan perbezaan aqidah itu terlarang sama sekali.Rasulullah bersabda: "Demi diriku Muhammad di tangan-Nya akan berpecah umatku kepada 73 puak.Satu puak masuk Syurga dan 72 puak bakinya masuk Neraka.Siapa (yang masuk Syurga) wahai Rusulullah? Sabdanya: Iaitulah Ahlus Sunnah Wal Jamaah."(Riwayat At Tabrani) Aqidah yang dibenarkan cuma aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.Sebab itu keempat-empat Imam Mazhab menganut aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.Tanpa kitab yang ditinggalkan kepada murid-murid, maka tidak bersambunglah satu-satu ajaran itu.Sedangkan sesudah mereka itu tidak ada lagi orang yang mampu memahami keseluruhan maksud yang tersurat dan tersirat ayat-ayat Al Quran dan Hadis yang ditinggalkan oleh Rasulullah dan para Sahabat.
  • 6. 2. MUJTAHID MAZHAB Golongan para ilmuan dari kategori ini, tidak lagi mampu mengambil terus ilmu dari Al Quran dan Hadis.Ertinya mereka tidak boleh berijtihad langsung tentang maksud-maksud ALLAH dan Rasul.Jadi untuk memahami Al Quran dan Hadis, mereka merujuk dan belajar dari guru-guru yang bertaraf Mujtahid Mutlak tadi. Yakni mereka mengkaji apa kata Imam-Imam Mazhab itu terhadap mana-mana ayat Al Quran atau Hadis. Mereka kaji apa kata Imam Hanafi, Imam Maliki, Imam Syafi’i dan Imam Hambali. Hasil kajian itu mereka huraikan pula dalam kitab-kitab mereka.Mereka bagaikan tauke-tauke emas yang mengambil emas yang sudah digali untuk diproses dan dipasarkan.Sedangkan Mujtahid Mutlak tadi ialah tauke lombong yang mengeluarkan emas dari perut bumi.Kerja pertama adalah sulit, manakala yang kedua pun masih sulit juga.Sebab bukan senang juga untuk memahami kitab-kitab besar dari empat ulama besar itu.Sebab itu mujtahid yang boleh faham keempat-empat mazhab dan mengembangkan kepada orang kemudian tidaklah ramai. Di antara mereka ialah: a. Imam Abu Yusof (Mazhab Hanafi) b. Imam Muhammad bin Hassan (Mazhab Hanafi) c. Imam Abu Saur (Mazhab Syafi’i) d. Imam Ar Rabi’ Sulaiman (Mazhab Syafi’i) e. Imam Abu Ibrahim Ismail Al Muzani (Mazhab Syafi’i) 3. MUJTAHID FATWA
  • 7. Ulama peringkat ini pula bukan saja tidak mampu memahami sendiri secara luas dan tersirat tentang Al Quran dan Hadis, bahkan tentang keempat-empat mazhab pun tidak tercapai oleh ilmu pengetahuannya. Ulama ini cuma mendalami salah satu mazhab dan mampu berijtihad menurut imam mazhab yang dianutinya. Dengan kata lain mereka ini cuma mampu untuk berfatwa di atas ajaran mana- mana satu mazhab yang empat itu. Namun peringkat ilmu ini pun sudah payah hendak dicapai oleh ulama-ulama zaman ini.Yakni mengikut satu-satu mazhab dengan mempunyai dalil yang jelas diambil dari imam mazhabnya. Antara contoh mereka adalah: a. Imam Ath Thahawy (Mazhab Hanafi) b. Imam Al Ghazali (Mazhab Syafi’i) 4. MUJTAHID TARJIH (MUJTAHID MENILAI) Ulama ini kebolehannya ialah mentahqiqkan atau menentukan dalil dari tiap-tiap Imam Mazhab terhadap sesuatu hukum. Dari sana, dinilailah dalil mana yang kuat dan mana yang lemah. Ulama ini tidak mendalami satu-satu mazhab sedalam-dalamnya.Tapi bidangnya cuma mengkaji pendapat imam- imani mazhab tentang dalil mengenai beberapa hal atau hukum-hakam.Kemudian ditentukan imam mana yang lebih kuat hujahnya. Biasanya dan sepatutnya ulama ini juga menganut mana-mana satu mazhab kerana mereka sendiri tidak mampu membuat mazhab baru.Ilmu mereka bukan bertaraf mujtahid mutlak.Jadi tentu mereka malu untuk menolak mana-mana mazhab kerana katanya mazhab itu lemah, sedangkan hakikatnya ilmu mereka sendiri jauh lebih rendah dari ilmu imam-imam mazhab.Ibarat seorang lulusan SPM mahu menolak ilmu seorang profesor dengan alasan hujah profesor itu lemah.Apa pendapat anda? Ada pula mereka yang berpendapat, kita tidak mahu terikat dengan satu-satu mazhab tapi mahu mengambil semua mazhab.Yakni dalam keadaan mazhab itu mempunyai hujah yang paling kuat dalam satu-satu perkara itu.Maksudnya, kalau dalam hukum A, Mazhab Hanafi lebih kuat maka mereka menganut ajaran Hanafi.Tetapi dalam hukum B, Syafi’i lebih kuat hujahnya, diambillah dari Mazhab Syafi’i dan begitulah seterusnya yang lain-lainnya.Mereka mahu gabungkan hujah-hujah dari imam- imam mazhab untuk mencipta mazhab baru.Teori ini memang menarik.Tapi mana dia ulama yang
  • 8. mampu melakukannya?Sedangkan semua Mujtahid Mazhab itu pun tidak melakukan yang sedemikian itu.Walhal merekalah orang yang paling tahu tentang keempat-empat mazhab.Mereka lihat ada empat buah rumah yang sudah sempurna.Cuma tiap-tiap satu ada lebih kurangnya.Mereka cuma pilih salah satu yang mereka minati.Mereka tidak pula berusaha membuat rumah kelima (konon dengan alasan tiap-tiap rumah yang empat itu ada kurangnya).Sebab mereka bukan tukang buat rumah.Cuma kebolehan mereka menilai-nilai dan mengkaji-kaji rumah yang sudah siap itu. Kalaulah dibuat rumah kelima, sedangkan mereka bukan tukangnya, gambarkan apa hasilnya? Antara contoh-contoh mereka adalah: a. Imam Ar Rafi’ b. Imam An Nawawi c. Imam Ibnu Hajar 5. ULAMA MUQALLIDIN Peringkat ini tidak lagi disebut mujtahid kerana mereka tidak lagi pakar dalam mana-mana satu bidang ilmu. Pengetahuan Islam mereka adalah secara umum, sama ada dalam semua bidang atau satu bidang sahaja. Mereka tidak lagi mampu memberi hujah-hujah dan dalil terhadap mazhab anutan mereka.Tidak juga boleh menilai dan menapis hujah-hujah yang berbangkit.Pendek kata, kalau hitam kata guru, hitam kata mereka.Putih kata guru, putihlah kata mereka.Hujah dan dalil tidak ada.Sebab itu mereka dikategorikan sebagai ulama muqallidin atau ulama taqlid.Mereka menganut satu-satu mazhab dengan bertaqlid semata-mata. Inilah golongan yang teramai sekali.Yang banyak dalam masyarakat biasanya ulama taqlid apalagi di akhir zaman ini.Lulusan dari universiti Islam pun masih bertaraf taqlid pegangannya pada sesuatu mazhab.Para profesor dengan PhD pun demikian juga.Apalagilah kalau lulusan universiti sekular yang ilmu agama dikaji secara part-time iaitu tidak tersampai untuk keluar dari taqlid.Tapi agak pelik, di zaman inilah kedengaran suara-suara lantang menolak mazhab, menolak tareqat dan hal-hal yang bersangkutan.Bukan saja dari ulama Islam, ‘ulama’ sekular juga turut bersuara.Sedangkan ulama-ulama mujtahid pun tidak seberani itu dalam perkara-perkara tersebut.Mengapa ini terjadi?
  • 9. Agaknya itulah akibat dari tidak cukup ilmu.Seseorang biasanya menilai sesuatu mengikut pengetahuannya. Sesuatu yang di luar pengetahuannya akan ditolak. Sesuai dengan pepatah Arab ada berkata: "Seseorang itu menjadi musuh dengan apa yang ia tidak tahu." SYARAT-SYARAT MENJADI MUJTAHID Perlu diingatkan bahawa di dalam Islam tidak semua orang boleh menjadi mujtahid. Bahkan para ulama pun, sama ada ulama rasmi atau bukan, ada degri ataupun tidak, bukan semuanya layak berijtihad. Tidak sepertimana yang kadang-kadang kita dengar orang berkata di akhir zaman ini, kononnya setiap orang boleh berijtihad terus dari Al Quran dan Hadis. Kerana di dalam ajaran Islam, untuk menjadi mujtahid itu, sama ada ada degri atau tidak, tidak menjadi syarat. Berjawatan rasmi ataupun tidak, juga tidak menjadi syarat. Untuk menjadi mujtahid, ada syarat-syaratnya yang tersendiri. Sepertimana yang akan saya senaraikan di bawah ini. Bila seseorang itu mempunyai syarat-syarat yang cukup maka barulah dia diberi dua pahala, kalau ijtihadnya betul.Kalau tersalah ijtihadnya, tetap diberi satu pahala. Tetapi jika seseorang itu tidak mempunyai syarat-syarat untuk berijtihad kemudian ia cuba juga berijtihad sama ada betul atau salah ijtihadnya, tetap ia berdosa. Selain itu setiap orang yang hendak berijtihad tidak semestinya ia hafal semua Al Quran atau hafal semua Hadis. Tetapi cukuplah ia mengetahui ayat-ayat ahkam yang ada di dalam Al Quran, yang menurut ulama hanya ada 500 ayat semuanya. Dan cukuplah ia mengetahui Hadis-Hadis mengenai hukum. Setelah ia mengetahui ayat-ayat Al Quran dan Hadis-Hadis yang berkaitan dengan hukum tadi, kemudian dapat pula mengistinbadkan hukum-hukum daripada ayat-ayat dan Hadis itu melalui kaedah ilmu nahu, ilmu saraf, ilmu balaghah serta faham tentang asbabun nuzul dan asbabul wurud dan lain- lain lagi ilmu yang diperlukan, maka layaklah seseorang itu menjadi mujtahid.
  • 10. Untuk menjelaskan lagi hal ini, di bawah ini disenaraikan syarat-syarat untuk seseorang itu menjadi mujtahid, iaitu: 1. Beragama Islam. 2. Tahu ilmu nahu dan ilmu saraf (ilmu bahasa Arab). 3. Tahu ilmu balaghah (sastera Arab). 4. Tahu tentang asbabun nuzul. 5. Tahu tentang asbabul wurud. 6. Tahu tentang nasikh dan mansukh. 7. Bersifat adil (warak), atau dengan lain perkataan bersifat taqwa. 8. Mengetahui masalah-masalah yang diijmakkan oleh ulama-ulama yang terdahulu. 9. Memahami keseluruhan maksud ayat-ayat ahkam. 10. Mengetahui tentang makna ayat Quran dari segi khas dan amnya (mujmal dan mubaiyan). 11. Mengetahui Sunnah Nabi dari segi mujmal dan mubaiyan. 12. Mengetahui qias dan cara-caranya. 13. Mengetahui usul fiqh. 14. Mempunyai fahaman yang sahih sehingga ia dapat membezakan di antara pendapat yang sahih dan yang salah.
  • 11. 15. Mengetahui tentang Hadis yang sahih, mana yang maudhu’(palsu), mana yang kuat dan mana yang lemah. Berdasarkan syarat-syarat yang disebutkan di atas, tidak semua orang mempunyai kelayakan untuk berijtihad mengenai hukum-hakam. Kalau dilakukan juga oleh seseorang itu sedangkan ia tidak layak, ia akan sesat lagi menyesatkan. Bagaimanapun hal-hal selain dari hukum-hakam, setiap orang boleh ijtihadkan seperti tentang kaedah (meted) perjuangan, strategi perjuangan, cara mempersembahkan kuliah dan ceramah, cara berhadapan dengan masyarakat, cara membangunkan jemaah, cara menarik manusia kepada Islam, cara mendidik manusia dan lain-lain lagi. Hal yang selain hukum-hakam ini, semua orang dibenarkan berijtihad, kerana ia hanya menyentuh cara dan teknik semata-mata. Kalau pandai berijtihad, bijak pula ia melaksanakannya, besarlah hasil yang ia dapat. Atau lebih berjaya dalam perjuangannya. Di samping itu ia dapat pahala, kalau ia berbuat kerana ALLAH. Kalau berlaku sebaliknya iaitu salah berijtihad dan salah caranya, maka ia tidak dapat hasil apa- apa. Atau kurang hasilnya.Atau boleh jadi gagal terus di dalam perjuangannya. Tetapi selagi niatnya baik dan tidak melanggar hukum syariat, tetap ia diberi pahala kecuali niatnya tidak betul dan menyalahi syariat, maka barulah ia jatuh kepada dosa. Demikianlah perbincangan peringkat ilmu ulama yang ada dalam Islam.Moga-moga dapatlah kita ukur di mana kita ini.Dan supaya kita berhati-hati bila bercakap tentang sesuatu yang bukan bidang kita.
  • 12. Bahagian Akhir : Qias ( Dalil Syara' Yg Di Sepakati ) Qias bermaksud dari segi bahasa : Pengukuran /penyamaan Istilah : Menyamakan masalah yg tidak dijelaskan hukumnya di dalam nas dengan masalah yg dijelaskan hukumnya dalam nas kerana terdapat persamaan illah pada kedua masalah tersebut Autoriti Disokong oleh 1- AlQuran , 2- Hadis , 3-Amalan para sahabat dan 4- dalil akal
  • 13. Disokong oleh 1- AlQuran : Firman Allah s.w.t di dalam : SURAH AL HASR AYAT yg ke- 2 "Dia-lah yang mengeluarkan orang-orang kafir di antara ahli Kitab dari kampung- kampung mereka pada saat pengusiran yang pertama[#]. kamu tidak menyangka, bahwa mereka akan keluar dan merekapun yakin, bahwa benteng-benteng mereka dapat mempertahankan mereka dari (siksa) Allah; Maka Allah mendatangkan kepada mereka (hukuman) dari arah yang tidak mereka sangka-sangka. dan Allah melemparkan ketakutan dalam hati mereka; mereka memusnahkan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri dan tangan orang-orang mukmin. Maka ambillah (Kejadian itu) untuk menjadi pelajaran, Hai orang-orang yang mempunyai wawasan. # mula dikumpulkan untuk diusir keluar dari Madinah. Pada mulanya ayat ini menerangkan tentang bencana yg menimpa kaum Bani Nadir iaitu kaum Yahudi lantaran mereka memungkiri perjanjian dengan rasulallah .Allah memerintahkan supaya umat Islam mengambil iktibar drp peristiwa itu ,ini menunjukkan sesuatu bala' Allah s.w.t juga akan menimpa ke atas ummat Islam dan kepada kaum yg lain sekiranya ummat islam /yg lain mengingkari /mendustakan /melakukan maksiat terhadap Allah dan rasulnya . Iktibar /pengajaran drp peristiwa di atas ialah AlQuran itu sendiri telah menunjuk cara bagaimana qias boleh digunakan dan ini juga sebagai bukti kepada sesiapa ygbertanya /ragu-ragu ,adakah qias itu wujud di dlm Islam ,kalau ada orang yg bertanya/ ragu , nah ini lah dalilnya dan penerangannya.
  • 14. Disokong oleh 2- As Sunnah Sebelum Muaz bin Jabbal pergi ke Negeri Yaman untuk menjadi wakil rasulallah sebagai rujukan kaum di sana terjadilah satu dialog di antara mereka berdua . Rasulallah : Wahai Muaz bagaimanakah cara engkau akan menyelesaikan sesuatu masalah yg timbul apabila di sana nanti ? Muaiz : Saya akan menyelesaikan dengan merujuk Al Quran Rasulallah : sekiranya tidak terdapat penyelesaiannya di dlm Al Quran? Muaz : Saya akan menyelesaikan berdasarkan hadis Rasulallah : Sekiranya tiada Juga penyelesaiannya ? Muaz : Saya akan mengeluarkan ijtihad lalu rasulAllah pun mengurut dadanya menunjukkan perbuatan Muaz itu betul dan benar . Hadis di atas menjadi bukti bahawa Qias telah diakui sebagai salah satu dalil syarak yg diakui oleh Islam dan rasul sekiranya timbul sesuatu masalah baru. Bagaimana seseorang itu berijtihad ,jika tidak menggunakan Qias ,Qias adalah salah satu alat untuk mengeluarkan ijtihad . Disokong oleh 3- amalan para sahabat Para sahabat juga telah beramal dengan Qias .cthnya Saidina Umar Al Khatab r.a pernah menulis kepada Saidina Abu Musa Al Asy 'ari r.a sebagai gabenor Basrah supaya
  • 15. menggunakan qias ketika bertugas di sana , di antara isi kandungannya surat itu ialah : "Pastikan perkara-perkara yg sama dan banding serta qiaskan semua perkara (masalah) yg ada pada kamu dengannya " Drp surat Saidina Umar r.a itu boleh kita simpulkan bahawa qias adalah amalan para sahabat ,jika para sahabat yg dekat dengan rasulallah itu pun mengambil qias sebagai dalil syarak inikan pula kita yg jauh drp rasulallah .alim sangat ke kita nie !? ,banyak sangatke ilmu kita nie ?,berapa ribu ye kita hafal hadis , ade 4 ribu hadis..... atau 40 ribu hadis.... . Disokong oleh 4- Dalil Akal Al Quran tidak memperincikan semua perkara di dunia tetapi Al Quran memberikan petunjuk yg asas setiap perkara .yang mana setiap asas –asas itu disokong oleh hadis dan seterusnya boleh dikembangkan dengan cara menggunakan qias . Sekiranya qias tidak diterima sebagai dalil syarak , maka setiap perkara baru ,yg akan timbul , tidak boleh diselesaikan .maka agama Islam akan beku dan tidak berkembang dan tidak sesuai dengan peredaran zaman . Rukun qias 1- Al aslu 2-Al far 'u 3- Al illah 4 - Hukum asal 1- Al aslu ialah perkara yg diqiaskan kepadanya cth arak . 2- Al far'u ialah perkara yg diqiaskan cth air tapai yg telah lama diperam. 3- llah ialah sifat yg sama antara al aslu dengan al far 'u arak illahnya memabukkan begitu juga air tapai juga memabukkn sekiranya di minum 4- Hukum asal ialah hukum asal yg sabit berdasarkan nas , hukum arak adalah haram maka air tapai pun haram lah hukumnya .
  • 16. Hukum arak jelas disebut di dalam Al Quran iaitu . 90. Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah[#], adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. [#] Al Azlaam artinya: anak panah yang belum pakai bulu. orang Arab Jahiliyah menggunakan anak panah yang belum pakai bulu untuk menentukan apakah mereka akan melakukan suatu perbuatan atau tidak. Caranya ialah: mereka ambil tiga buah anak panah yang belum pakai bulu. setelah ditulis masing-masing yaitu dengan: lakukanlah, Jangan lakukan, sedang yang ketiga tidak ditulis apa-apa, diletakkan dalam sebuah tempat dan disimpan dalam Ka'bah. bila mereka hendak melakukan sesuatu Maka mereka meminta supaya juru kunci ka'bah mengambil sebuah anak panah itu. Terserahlah nanti apakah mereka akan melakukan atau tidak melakukan sesuatu, sesuai dengan tulisan anak panah yang diambil itu. kalau yang terambil anak panah yang tidak ada tulisannya, Maka undian diulang sekali lagi. Bersambung pada bab yg lain pula nanti ....
  • 17. (a) Pengertian ijmak dan rukunnya. Pengetian bahasa : Niat dan bersetuju dalam sesuatu perkara untuk melaksanakanya Pengetian istilah : Sepakat ulamak mujtahid daripada umat Islam samada dalam bentuk i’tiqad,kata- kata atau perbuatan untuk mengeluarkan hukum yang berlaku selepas kewafatan nabi. atau persepakatan ulamak mujtahid daripada umat nabi Muhammad selepas kewafatan baginda dalam perkara yang berhubung dengan hukum syarak Rukun ijmak 1. Semua Ulamak mujtahid sepakat mengenai hukum syarak terhadap masalah yang berkaitan 2.Wujudnya sejumlah ulama mujtahid pada masa belakunya sesuatu masalah atau perkara. 3. Sepakat semua ulamk mujtahid mengenai hukum terbabit 4. Sepakat Ulamak-ulamak mujtahid mengeluarkan pendapat masing-masing secara tegas,samada berupa perkataaan atau perbuatan, baik secara bersendirian atau berkumpulan (b) Jelaskan pandangan ulamak tentang kehujahan ijmak sukuti sebagai sumber hukum Pengetian ijmak: Sepakat ulamak mujtahid daripada umat Islam samada dalam bentuk i’tiqad,kata- kata atau perbuatan untuk mengeluarkan hukum yang berlaku selepas kewafatan nabi. Dalilnya: ‫اهلل وأط ي عىا ان ز سىل وأون ً األم ز م ن كم ( سىرة ان ن سآء اي ت 59ي ؤي ها ان ذي ن ءام نىا أط يىا‬ Ijmak soreh: Para mujtahid sependapat mengenai sesuatu hukum dalam sesuatu masalah dengan menyatakan pendapat mereka dengan terang dan jelas atau melaui tulisan atau melaksanakan hukum yang dibincangkan. Ijmak sukuti atau ijmak i’tibari : ialah sebahagian ulamak mujtahid mengeluarkan pendapat melalui fatwa ,sedangkan sebahagian ulamak mujtahid lain mendiamkan diri,tidak menyatakan pendapat atau tidak sependapat.ia juga dikira ijmak i’tibari kerana dengan mengambil kira atau beranggapan ulamak yang mendiamkan diri tersebut telah bersetuju. Kehujahan ijmak sukuti Ulamak berselisih pendapat tentang kehujahannya: Ulamak Yang Menerima 1. Pendapat al-Kurkhi daripada mazhab Hanafi dan Imam Amidi daripada mazhab Syaf’i menerimanya sebagai hujjah zanni. Hujjah atau alasan mereka ialah,berdiam diri sebahagian daripada ahli mujtahid bukan semestinya kerana muafakat dengan pendapat yang telah dikeluarkan,bahkan diam diri itu mungkin kerana setuju dengan pendapat yang dikeluarkan atau gerun dengan kehebatan ulamak yang telah mengeluarkan pendapatnya.Oleh itu,ijmak sukuti adalah hujah zanni.
  • 18. 2. PendapatUlamak Hanafi, Imam Ahmad dan sebahagian ulamak Syafi’i menerimanya sebagai hujjah qat'ei. Alasan mereka ialah,dalil yang menunjukkan kehujahan ijmak tidak membezakan di antara ijmak soreh dan sukuti.Jika ditentukan dalil tersebut kepada ijmak yang soreh sahaja mungkin tidak berlaku ijmak,sedangkan ijmak telah berlaku Ulamak yang Menolak: Imam Malik dan Imam Syafi’i Alasan mereka ialah tidak boleh dikatakan orang yang diam itu bersetuju,kerana mungkin mereka takut kepada kemudaratan diri atau harta atau berdiam diri untuk melakukan ijtihad. Syarat Ijmak Sukuti 1. Mestilah melalui suatu masa yang cukup untuk berfikir atau membuatkajian dan rumusan tentang masalah yang diputuskan itu 2. Tidak ada sebab untuk menakut-nakutkan mujtahid lain dalam mengeluarkan pendapat 3. Semata-mata diam,bukannya menolak (c) Dengan mengemukakan alasan anda perihalkan tentang kemungkinan berlakunya ijmak pada masa kini. Jumhur ulamak – Boleh berlaku dan telah berlaku ijmak contohnya batal nikah perempuan Islam dengan orang kafir.Alasan : Ada kemudahan komunikasi moden. Pendapat lain – Tidak mungkin dan mustahil berlaku ijmak. Alasan : Kerana ulamak susah dikenali dan mereka tinggal berjauhan. (d) Huraikan jenis-jenis ijmak dan hukum mengingkari ijmak. 1. Ijmak ahli Madinah ialah muafakat ulamak Madinah di dalam mengeluarkan pendapat terhadap sesuatu masalah. 2. Ijmak ahli al-Bait ialah mufakat daripada kalangan keluarga Nabi Muhammad s.a.w seperti Ali,Fatimah,Hassan dan Husain di dalam sesuatu masalah. 3. Ijmak sahabat ialah maufakat sahabat dan pendapat mereka terhadap sesuatu masalah. 4. Ijmak Khulafa’ ar Rasyidin : Ialah persepakatan sahabat rasul yang empat iaitu Abu Bakar,Umar,Ali dan Uthman. 5. Ijmak ulamak ialah persepakatan pendapat di kalangan ulamak dalam masalah tertentu pada masa tertentu.
  • 19. (e) hukum mengingkari ijmak. 1. Sebahagian ulamak berpendapat mengingkari ijmak adalah kufur kerana ia termasuk dalam hujah yang disepakati (qat'i) 2. Sebahagian ulamak lain seperti Imam al-Haramain mengatakan mengingkari hukum ijmak tidak kufur kerana dalil kehujahan ijmak adalah zanni dan meningkari ke hujahan dalil tidak kufur.
  • 20. Soalan : al ijmak ngan al Qias same ke...? adakah ke dua - dua nye berkait rapat dalam pembangunan tamadun islam.. Jawapan : Di dalam kaedah ilmu Islam ada disebut sebagai masodir syar3iyyah atau di dalam bahasa melayu disebut sumber-sumber hukum Islam atau juga disebut sebagai dalil di dalam Islam.. Terdapat 4 sumber yang disepakati oleh ulamak; 1) Al-Quran 2) Al-Hadis 3) Ijmak 4) Qias Merujuk kepada persoalan vanila90 saya cuba menjelaskan ta3rif ijmak dan qias sahaja yang saya kutip di dalam kitab Syeikh Abdul Qadir Al-Mandili (Al-Mazhab atau tiada haram bermazhab). Apa yang dimaksudkan dengan ijmak? Ijmak ialah kesepakatan sekalian mujtahid kemudian daripada wafat Rasulullah SAW pada satu masa di atas apa-apa pekerjaan samada daripada pekerjaan agama dan pekerjaan dunia atau perkara yang dinisbahkan kepada aqal atau lughah. Tidak disyaratkan ijmak itu dengan ijmak sahabat sahaja bahkan ijmak sekalian mujtahid yang lain daripada sahabat juga wajib diikuti samada pekerjaan ibadah ataupun dunia kerana firman Allah Ta’ala; ‫ومن ي ش قق ان ز سىل من ب عد ما ت ب ين نه ان هدي وي ت بع غ يز س ب يم ان مؤم ن ين ن ى نه ما ت ىن ً ما ت ىن ً ون صه ه جه نم‬ ‫و ساءث م ص يزا‬ Maksudnya: barangsiapa menyalahi akan Rasulullah SAW kemudian daripada nyata baginya yang sebenar dengan sebab mukjizat dan mengikut yang lain daripada i3tiqad dan pekerjaan sekalian yang beriman nescaya kami jadikan dia memerintah akan kesesatan yang dipilih oleh dia dan kami masukkan dia ke dalam api neraka. (An-nisa’ ayat 115( Berkata al-Baidhowi bermula ayat ini menunjuk atas HARAM menyalahi ijmak.Di dalam ayat al-
  • 21. Quran di atas Allah menyebut sabilul Mukminin atau jalan orang yang beriman maka inilah syaahid (petunjuk) yang menunjukkan kepada wajib mengikuti ijmak dan HARAM menyalahinya.Berkata berkata musonnif tiada dalil yang menunjukkan al-Mukminin di dalam ayat ditujukan kepada sahabat sahaja tetapi termasuk juga ulamak mujtahid. Dalil hadis yang menunjukkan haram menyalahi atau keluar daripada ijmak ialah sabda Nabi SAW ; ‫رواه ال تزمذي وغ يزه –ا ت جمع أم تً ع لى ض الل ة ل‬ Mafhumnya : Tiada berhimpun umat aku di atas kesesatan.Diriwayatkan daripada Imam Tirmizi dan lain-lain imam.Hadis ini menjadi dalil yang menunjukkan ijmak merupakan hujjah Islam samada ijmak sahabat atau imam mujtahid kerana lafaz ummati di dalam hadis umum merangkumi sekalian sahabat dan mujtahid daripada umat Nabi Muhammad SAW. Saya sebutkan perbandingan di antara ijmak sahabat dan ijmak ulama mujtahid kerana terdapat dakwaan yang menyatakan ijmak sahabat sahaja yang wajib diikuti.Pandangan ini salah berdasarkan dalil al-Quran dan al-hadis yang telah saya bahaskan di atas. Adapun ijmak ulil amri (pemerintah) atau ustaz-ustaz atau mufti-mufti yang tidak mujtahid tiada ia tidak menjadi dalil kerana syarat ijmak itu tertentu kepada mujtahid sahaja. Maka perlu difahami dan dipelajari siapa yang dikatakan sebagai mujtahid?? Ana tidak berhajat untuk memberi penjelesan di sini kerana mura3atan lissual.. Apa itu Qias? Qias ialah mengembalikan furu3 (cabang) kepada usul dengan sebab illah (sebab) yang sama. Mengembalikan bermaksud menyamakan keduanya yang diqias kepada yang usul (yg kena qias) pada hukum. Jika hukum usul haram maka hukum yang diqiaskan juga haram seperi diqiaskan beras dengan gandum di dalam hukum riba kerana illah (sebab) yang sama iaitu makanan. Walapun di dalam hadis Nabi SAW menyebut gandum tetapi kerana illah beras iaitu makanan seperti gandum maka hukumnya sama. Adapun pandangan yang mengatakan tidak boleh qias di dalam ibadah hanya perlu berpegang dengan al-Quran dan al-hadis sahaja maka pandangan ini jauh menyimpang daripada Al-Quran dan Al-Hadis kerana firman Allah : ‫ف اع ت بزوا‬ Maksudnya : i3tibar oleh kamu. Maksud i3tibar itu ialah mengqias sesuatu dengan sesuatu.Nabi SAW sendiri menggunakan qias yang banyak sehingga an-Nasih al-hanbali telah menysun satu kitab yang kecil mengumpul semua qias Rasulullah SAW seperti mengqias mengucup isteri kepada berkumur-kumur di dalam masalah
  • 22. tidak membatalkan puasa. Syarat qias mesti sabit dengan al-Quran atau al-Hadis atau ijmak. Ijmak dan Qias sama? Daripada satu sudut jmak dan Qias ada persamaan dan berbeza daripada sudut yang lain. Berbeza kerana ijmak merupakan kesepakatan sahabat Nabi SAW dan ulama' mujtahid Islam di dalam sesuatu permasalahan hukum yang warid (datang) daripada Al-Quran dan Al-Hadis adapun qias merupakan suatu kaedah aqliyyah berdasarkan syarat-syarat tertentu dalam menetapkan sesuatu hukum yang tidak wujud secara qot3ie di dalam Al-Quran dan Al-Hadis. Dengan kata lain jika sesuatu hukum tidak ada nas di dalam Al-Quran dan Al-Hadis maka kaedah qias digunakan untuk menentukan hukumnya seperti yang kita telah bincangkan di dalam pengertian di atas. Persamaan keduanya daripada sudut keduanya merupakan sumber hukum yang digunakan oleh ulama mujtahid di dalam menetapkan sesuatu permasalahan. Kaitan dengan tamaddun Islam. Persoalan kaitan ijmak dan qias dengan tamaddun Islam maka ana katakan ia mempunyai kaitan yang rapat kerana jika kita mendalami falsafah Islam kita akan mendapati pemikiran-pemikiran yang hebat yang membawa kepada ketinggian tamaddun Islam dengan menggunakan qawaid aqliyyah yang salimah seperti ilmu mantiq. Qias merupakan salah satu cabang daripada ilmu mantiq yang digunapakai oleh ulama dalam memahami al-Quran dan al-Hadis yang jawamiul jawaami3.Apa makna jawamiul jawami3?? Secara mudah boleh difahami ialah perkataan yang sedikit tetapi maknanya yang luas. Ayat al-Quran iejaz (ringkas) tetapi sangat luas pengertian begitu juga dengan kalam Nabi SAW yang kita panggil sebagai hadis atau sunnah sehingga jika dikumpul tafsiran Basmalah sahaja sudah tentu kita tidak mampu untuk menghabiskan dalam masa satu hari bahkan sebulan Tanpa ijmak dan qias hukum Islam menjadi jumud kerana terbatas kepada apa yang disebut secara zahir di dalam al-Quran tanpa menilik kepada makna disebaliknya sedangkan al-Quran merupakan panduan hidup sehingga hari kiamat. Setiap zaman akan ada hukum baru atau hukum kontemporari maka qias memainkan peranan penting dalam menentukan halal dan haramnya. Walaupun qias menggunakan akal tetapi ia disyaratkan selari dengan al-Quran dan al-Hadis kerana hukum asalnya terdapat di dalam al-Quran tetapi diqiaskan perkara-perkara yang baru kepada hukum yang sudah ada di dalam al-Quran dan al-hadis dan ijmak yang kita telah bincangkan tadi.