3. Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Matematik
Matematik digunakan di seluruh dunia sebagai alat penting di dalam pelbagai bidang,
termasuklah sains semulajadi , kejuruteraan, perubatan dan sains sosial. Matematik gunaan satu
cabang matematik yang mengkaji aplikasi ilmu matematik ke dalam bidang lain, memberi
inspirasi dan memanfaatkan penemuan matematik yang baru dan kadangkala menjadi pencetus
kepada pembangunan disiplin matematik yang baru sepenuhnya seperti statistik dan teori
permainan. Ahli matematik juga terlibat dalam matematik tulen, satu cabang matematik yang
khusus untuk bidangnya sahaja, tanpa aplikasi ke dalam bidang yang lain, walaupun aplikasi
yang praktikal untuk apa yang bermula sebagai matematik tulen sering ditemui
Matematik sememangnya satu yang sukar dan memerlukan penelitian dan pemahaman
sehalus-halusnya terutamanya kepada segolongan pelajar yang lemah. Ia menjadii satu
kesulitan dalam proses penguasaannya apabila pelajar lemah dalam konsep dan fakta asasnya.
Fakta asas ini menjadi satu ketetapan yang harus dikuasai sebaik-baiknya sebelum pelajar
didedahkan kepada soalan-soalan yang mememerlukan dan melibatkan kaedah serta langkah
penyelesaian yang lebih rumit lagi secara keseluruhannya.
Dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik, tidak dapat dinafikan bahawa penguasaan
asas kemahiran adalah yang paling utama sekali. Pemahaman dan penguasaan asas yang
kukuh dan mantap sesungguhnya akan membantu pelajar untuk mengikuti dan seterusnya
memahami isi pelajaran atau kemahiran yang seterusnya yang nyata akan lebih sukar
berbanding pada yang asasnya. Justeru fakta asas yang mudah dalam empat operasi perlu
dikuasai sepenuhnya oleh para pelajar.
Matematik menjadi satu matapelajaran yang boleh dianggap sukar bagi segolongan pelajar.
Ketelitian dan kefahaman yang sebaiknya diperlukan dalam usaha untuk menguasai
pembelajaran Matematik. Bermula dari penguasaan satu kemahiran asas yang paling ringkas
sehingga kepada kemahiran yang semakin sukar. Asas yang kukuh dan mantap membantu
melancarkan proses pembelajaran pelajar yang seterusnya. Kemahiran yang telah dikuasai
memudahkan pelajar menerokai dan mendalami kemahiran yang lain.
Peranan dan tugas guru Matematik sememangnya sukar dan mencabar. Memerlukan
tahap kecekapan yang tinggi untuk menyampaikan yang terbaik kepada para pelajar. Perlu
sentiasa berusaha untuk menjadikan Matematik sesuatu yang seronok untuk dipelajari.
Menjadikan Matematik sebagai kesukaan dan kegemaran pelajar secara keseluruhannya.
Menggalakkan pelajar untuk berasa seronok dan teruja dalam mempelajari Matematik.
Pengajaran matematik yang berkesan akan menghasilkan pembelajaran matematik yang mudah
dan menyeronokan. Oleh yang demikian, pengetahuan tentang isi kandungan, kaedah mengajar
4. (pedagogi), dan gaya pembelajaran murid (psikologi) mestilah dikuasai sepenuhnya oleh para
pendidik matematik.
Sesungguhnya pendidik Matematik yang berjaya mestilah mampu untuk :
mengurus bilik darjah dengan berkesan tanpa gangguan yang boleh mencacatkan
proses pengajaran dan pembelajaran
menggalakkan penglibatan aktif di kalangan pelajar sama ada semasa pengembangan
konsep atau dalam aktiviti penyelesaian masalah.
mengatasi kelemahan dan masalah yang dihadapi oleh pelajar ( masalah pembelajaran,
emosi, fizikal, disiplin dan sebagainya )
menggunakan konsep matematik dengan tepat, sesuai dengan tahap pencapaian pelajar
mengubahsuai gaya serta teknik pengajaran kepada kumpulan pelajar yang berbeza dari
segi tahap pencapaian dan minat terhadap matematik
menjadikan kesalahan dan kesilapan pelajar sebagai sebahagian daripada proses
pengajaran dan pembelajaran agar pelajar merasa bebas, tidak tertekan serta berani
menjawab dan mengemukakan sebarang pandangan dan kemusykilan
memberi motivasi kepada pelajar agar mereka mempunyai minat dan semangat untuk
mempelajari matematik
mengembang sikap positif pelajar terhadap matematik serta menghayatinya dalam
kehidupan seharian
mengenalpasti teknik pengajaran terbaik yang mampu mencapai objektif yang digariskan.
menjadikan pembelajaran matematik lebih mudah dan menyeronokkan.
5.
6. Pengayaan dan Pemulihan Dalam Matematik
Sesungguhnya aktiviti pengayaan dan pemulihan perlu dilaksanakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran Matematik di sekolah. Aktiviti yang perlu dijalankan secara
berterusan dan berkesinambungan dalam meningkatkan tahap penguasaan dan pencapaian
pelajar dalam Matematik. Aktiviti pengayaan dan pemulihan yang dijalankan adalah sebagai
usaha yang berterusan untuk melihat tahap kebolehan pelajar dalam menguasai kemahiran-
kemahiran dalam Matematik.
Guru perlu melaksanakan aktiviti pengayaan dan pemulihan kepada para pelajar.
Dengan ini guru dapat menilai secara lebih jelas lagi keupayaan dari segir kekuatan dan
kelemahan pelajar dalam mempelajari Matematik ini. Guruboleh melakukan penegasan dan
penekanan secara lepbih terperinci apabila telah berjaya mengenalpasti dan mengesan
kekuatan ataupun kelemahan para pelajarnya.
Aktiviti pengayaan mestilah dapat:
Melatih pelajar meningkatkan kebolehan dalam penyelesaian masalah
Menggalakkan pelajar memahami sifat dan skop matematik yang luas lagi menyeluruh
Mengembangkan daya kreativiti pelajar
Menggalakkan pelajar menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam
kehidupan seharian.
Aktiviti pemulihan pula adalah perlu dilakukan apabila pelajar :
Tidak menghadiri kelas beberapa waktu / hari
Tidak dapat memberi tumpuan kepada isi pelajaran yang sedang diajar atau yang
sebelumnya
Sering melakukan kesilapan ( khususnya dalam proses mengira )
Kurang menguasai konsep dan kemahiran asas yang diperlukan bagi sesuatu topik /
konsep
Mempunyai masalah tidak tahu membaca atau kemahiran bahasa yang lain.
Menghadapi masalah lain yang agak serius seperti masalah peribadi, masalah mental
(IQ yang rendah), masalah fizikal dan masalah gangguan emosi (psikologi).
7.
8. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
1. Strategi Pemusatan Guru
2. Strategi Pemusatan Murid
3. Strategi Pemusatan Bahan Pelajaran
CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN GURU:
Guru memainkan peranan penting
Komunikasi sehala. Guru banyak bercakap.
Kepimpinan guru secara autokratik
Pencapaian objektif guru diutamakan
Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyuburan nilai
murni/perkembangan emosi.
Penyampaian fakta secara menghafal. Pembelajaran berbentuk mengingat/menghafal.
Interaksi di antara murid adalah pasif.
Kaedah keseluruhan kelas.
Murid-murid kurang kreatif/ tidak berinitiatif.
Kaedah & Teknik – penerangan, demonstrasi, syarahan, kumpulan/pasukan, bercerita,
keseluruhan kelas.
CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN MURID :
Murid memainkan peranan penting
Komunikasi dua hala. Guru menyoal/membimbing.
Kepimpinan guru secara demokratik. Perbincangan/galakan murid memberi pendapat,
objektif pencapaian murid diutamakan
perkembangan murid secara menyeluruh/seimbang ( j.e.r.i.)
Ujian formatif digunakan bagi membaiki kelemahan murid.
Penyampaian guru untuk pembelajaran bermakna, memahami & membuat kesimpulan,
Peluang interaksi di antara murid adalah positif (bekerjasama, bertolak ansur, tolong-
menolong)
Kaedah kumpulan/perbezaan & minat murid dipupuk,
Murid-murid bersifat kreatif/ berinitiatif.
Kaedah & Teknik – projek, inkuiri-penemuan, perbincangan, penyoalanan, penyelesaian
masalah, simulasi, main peranan, sumbangsaran, kumpulan kecil dsb.
9. CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN BAHAN PELAJARAN :
Bahan pelajaran memainkan peranan penting.Pergantungan kepada bahan untuk mencapai
objektif pengajaran.
Komunikasi/interaksi berlaku antara guru/bahan atau murid/bahan pembelajaran
Kecekapan/kemahiran penggunaan bahan pengajaran-pembelajaran diutamakan
Penekanan kepada jasmani, rohani, dan kognitif. Murid dilatih dalam kemahiran, kefahaman
dan berdikari.
Pengajaran bermakna, menarik dan berkesan.
Peluang interaksi antara muid banyak. Sifat social yang positif dapat dipupuk melalui kaedah
kumpulan kecil – ujikaji, projek, perbincangan dsb.
Pengetahuan abstrak dapat dijadikan konkrit dengan adanya bahan-bahan pelajaran
Kaedah & Teknik – komputer, bahan cetak, modul, buku teks, buku rujukan, kamus, perakam
pita, carta, peta, geraf, spesimen, slaid, video, televisyen, projektor, dsb.
PENDEKATAN DAN STRATEGI KESEPADUAN
Penggabungjalinan
o Proses penyampaian beberapa kemahiran
o Kecekapan melaksanakan aktiviti – membaca, menulis, menghurai, mengira,
mewarna, menyanyi, melukis, melabel, mengarang, becerita, berlakon dsb.
o Mendengar, lisan, membaca dan menulis secara bersepadu
o Kemahiran matematik digabungjalinkan dengan kemahiran bahasa
o Ciri-ciri gabugjalin:
Integrasi beberapa kemahiran
Prosesnya bersepadu dan menyeluruh
Aktiviti dipelbagaikan dengan menarik
Kemahiran utama menjadi fokus
Organisasi kemahiran fleksibel
Kemahiran diintegrasikan saling kukuh mengukuh antara satu sama lain.
o Cara mengguna gabungjalin
Mengenalpasti kemahiran utama & kemahiran sampingan
Kemahiran utama diberi fokus
Kemahiran-kemahiran sampingan dikuasai dahulu untuk kukuhkan
kemahiran utama
Kemahiran utama digunakan di peringkat perkembangan pelajaran,
kemahiran sampingan digunakan di semua peringkat pelajaran
10. Strategi penggabungjalinan kemahiran hendaklah dirancangkan
berdasarkan objektif pelajaran, kebolehan & pencapaian murid.
Kemahiran-kemahiran diintegrasikan dalam urutan yang sesuai. Setiap
kemahiran hendaklah dikaitkan dengan kemahiran yang berikutnya secara
lojikal.
Penyerapan
o Proses mengintegrasikan unsur-unsur isi kandungan daripada dua atau lebih
mata pelajaran dalam sesuatu pelajaran
o Isi matapelajaran sains dan kajian tempatan diserap menjadi isi mata pelajaran
bahasa.
o Pendidikan moral, Pendidikan seni, Pendidikan jasmani & Muzik juga diserapkan
dalam program bahasa sebagai aktiviti sokongan.
o Geografi, Sejarah, Kesihatan dan pendidikan moral diserapkan secara bersepadu
dalam Sains /Kajian Tempatan.
o Penerapan Nilai murni , kurikulum akademik disepadukan dengan kokurikulum,
kurikulum formal disepadukan dengan kurikulum tak formal.
o Ciri-ciri penyerapan :
Mengandungi beberap unsur ilmu pengetahuan
Berbagai unsur diserapkan dalam satu matapelajaran
Bilangan mata pelajaran dalam penyerapan fleksibel
Organisasi isi kandungan - Unsur utama dan unsur sampingan
Proses penyerapan boleh berlaku serentak dengan proses
penggabungjalinan.
PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN INDUKTIF
Mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat kemudian membuat
generalisasi/kesimpulan
Bermula dengan memberi beberapa contoh yang khusus
Contoh-contoh mempunyai prinsip yang sama
Murid dibimbing memikir, mengkaji, mengenalpasti & mentafsir maklumat untuk membuat
generalisasi/kesimpulan
Matematik, bahasa dan sains banyak menggunakan pengajaran induktif
Kaedah inkuiri-penemuan diamalkan apabila mengajar sains
o Contoh kusus ikan emas, udang, sotong, berudu
o Memerhati & mengkaji – bernafas melalui insang
11. o Mentafsir dan membuat generalisasi – Haiwan hidup dalam air mempunyai insang
untuk bernafas.
Prinsip Penggunaan Strategi Pengajaran Induktif
o Sediakan contoh-contoh yang sesuai
o Soalan-soalan disediakan untuk membimbing membuat kesimpulan
o Guru tidak menghuraikan isi pelajaran, murid dibimbing untuk mencari kesimpulan
o Jenis contoh khusus dipelbagaikan tetapi mengandungi ciri yang sama
o Contoh-contoh khusus yang dipilih haruslah sesuai & mencukupi.
o Murid-murid digalakkan memberi contoh yang sama
o Guru tidak harus memberi contoh sekaligus
o Sediakan alat bantu mangajar
o Penggunaan deria-deria murid dalam aktiviti – lihat, dengar, hidu & sentuh.
o Pengajaran mengikut urutan yang tepat – contoh-contoh spesifik membawa
kepada kesimpulan umum.
PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN DEDUKTIF
Strategi Pengajaran Deduktif merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana murid
perlu memperolehi kefahaman yang mendalam /mencukupi serta berupaya memilih
rumus, hukum, teorem, peraturan yang telah dipelajari dengan tepat untuk diaplikasi
pada contoh-contoh khusus.
Bermula daripada berberapa rumus, prinsip, hukum, teorem/peraturan
Digunakan kesimpulan baru, generalisasi baru daripda rumus, hukum, peraturan
Proses pengajaran:
o Prinsip/rumus
o Kaedah deduktif
o Aplikasi rumus/prinsip
o Mendapat rumus baru, prinsip baru dsb.
o Guru memberi tahu murid objektif pelajaran pada peringkat awal,
o Murid dibimbing mengingat kembali hukum, prinsip, teori, peraturan bagi
mendapat kesimpulan yang baru/ menyelesaikan masalah.
PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN ELEKTIF
o Elektif bererti pemilihan, eklektik bermakna bercampur
12. o Gabungan pendekatan digunakan
o Menggabungkan pendekatan indukti dan deduktif
o Banyak digunakan dalam pengajaran sains dan matematik
o Boleh gunakan strategi Pusatan guru, Pusatan murid, Pusatan bahan
o Digunakan dalam aktiviti pemulihan dan pengayaan
PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN TEMATIK
Pokok perbicaraan/topic utama contoh tema alam semula jadi, tema perpaduan kaum
Tema dipecahkan kepada sub-topik untuk perbincangan
o kumpulan pelbagai kebolehan
o sama kebolehan
Tema yang sama dibincangkan oleh
o kumpulan pelbagai kebolehan
o sama kebolehan
Tema yang berbeza tetapi saling melengkapi
o kumpulan pelbagai kebolehan
o sama kebolehan
Selepas perbincangan, dapatan-dapatan dibentangkan oleh wakil kumpulan
Membuat rumusan
PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN MASTERI
Penguasaan, Kemahiran , Cekap, Lengkap
Maklumbalas pembelajaran, pengubahsuaian, meningkat keberkesanan
Faktor pencapaian murid:
o Kebolehan asas
o Kuantiti & kualiti pengajaran/pembelajaran
o Kebolehan memahami pengajaran
o Daya usaha pembelajaran berterusan
o Masa pembelajaran
Strategi pengajaran – adakan objektif yang jelas dan boleh diukur.
Pilih kaedah & teknik yng berkesan
Nilai hasil pembelajaran dengan ujian formatif (diagnostik) dan ujian sumatif berdasarkan
objektif pelajaran bagi melihat tahap penguasaan pelajaran.
Aktiviti pemulihan kepada yang belum menguasai sesuatu pelajaran
Yang lemah diberi pemulihan dan yang mencapaia objektif diberi aktiviti pengayaan.