2. Pendahuluan
• Aqidah atau aqoi’id berasal dari ”aqoda” yang
berarti tali, janji, dan kesungguhan hati.
Sedangkan secara istilah sebagaimana
disampaikan oleh Imam Syahid Hasan al-Banna,
adalah ”perkara-perkara yang hati Anda
membenarkannya, jiwa Anda menjadi tenteram
karenanya, dan ia menjadikan rasa yakin pada
diri Anda tanpa tercampuri oleh keraguan dan
kebimbangan”.
4. Ahli Sunnah Wal Jama’ah
• Ahli Sunnah Waljamaah atau Ahli Sunnah
ialah mereka yang sentiasa tegak di atas Islam
berdasarkan Al-Quran dan hadis yang sahih
dengan pemahaman para sahabat, tabiin, dan
tabiut tabiin. Sekitar 90% umat Muslim sedunia
merupakan kaum Sunni, dan 8% menganut
aliran Syiah dan 2% lain-lain.
5. Dua aliran utama Mazhab Ahli Sunnah
• Al A’sya’irah : Diasaskan oleh Imam Abu Hassan
Al As’ari r.h.m,
• Al Maturidiah: Diasaskan oleh Imam Abu
Mansour Al Maturidi r.h.m.
6. Khawarij
• Khawarij adalah firqah pertama yang keluar dari
jama’ah kaum muslimin dan memiliki pengikut
yang tidak kecil serta memiliki sejarah berdarah
yang cukup panjang dengan kaum muslimin.
• Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah menyatakan:
“Yang pertama kelua dari jamaah kaum
muslimin, yang merupakan ahlul bid’ah, adalah
Khawarij Al-Maariqun”.
7. Khawarij
• Disamping itu, firqah ini masih eksis (ada) dan
memiliki kekuatan sampai saat ini di negara
Oman, Zanjibar (satu wilayah negara Tanzania),
timur Afrika dan di sekitar negara Moroko,
Tunisia, Libia dan Al Jaza’ir dengan madzhab
Ibadhiyah-nya. Demikian juga pemikiran dan
keyakinan mereka masih banyak mengotori
pemikiran dan keyakinan kaum muslimin
hingga saat ini.
8. Syiah
• Berasas dari pergolakan politik di
zaman para sahabat iaitu
pemtembungan di antara mereka yang
menyokong saidina Ali r.a dan Saidina
Muawiyah r.a.
• Ada pendapat seorang yahudi memeluk
Islam dan bersikap munafik bernama
Abdullah bin Saba’ yang menjadi penca
utama lahirnya fahaman ini.
9. Syiah
• Menurut Imam Abu Hasan Asy’ari dala,
bukunya Maqalaat Islamiyiin dan As-
Syahrastani di dalam bukunya Al Milal Wal
Nihal, Syiah adalah nama yang diberi
kepada mereka yang mengaku sebagai
pengikut Saidina Ali r.a dan percaya beliau
mempunyai kelebihan berbanding sahabat-
sahabat yang lain. Mereka lahir menjadi
suatu aliran selepas berlaku ketegangan
yang menjadi ukuran perperangan di antara
Sadina Ali r.a dan Saidina Muawiyah r.a.
10. Syiah
• Apabila Saidina Ali r.a dan generasi pertama Ahlul
Bait meninggal dunia, timbu di kalangan mereka
pendangan-padangan yang tersendiri berhubung
dengan akidah dan syariah. Antaranya mereka
berhujjah:
Kepimpinan negara adalah salah satu daripada
rukun dan prinsip Islam.
Tidak boleh bagi Nabi s.a.w membiarkan dan
menyerahkan kepadA ummat semata-mata.
Mereka percaya Imam itu bersifat Maksum (suci
dari dosa)
Mereka percaya kedudukan Saidina Ali r.a lebih
layak menjadi Khalifah dan bukannya melalui
proses syura sahaja
11. Syiah
• Oleh itu mereka percaya kempimpinan Negara Islam mesti diserahkan kepada
Saidina Ali r.a dan keturunannya. Melantik orang lain bermaksud merampas hak
dan melantik orang yang tidak layak. Ada di antara mereka menyifatkan perbuatan
itu zalim dan kafir.
• Akhirnya Syiah berpecah kepada fahaman-fahaman yang banyak. Ada yang bersikap
sederhana dan ada yang radikal. Antara mereka ialah:
12. Syiah
Syiah Zaidiah : Mereka ialah pengikut Imam Zaid bin Ali Zainal Abidin. Imam
Zaid dikenali sebagai Abu Muhammad bin Abu Hassan. Aliran ini dianggap
paling hampir dengan fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah.
Syiah Imamiah : Mereka adalah golongan Syiah kedua terbesarberusaha
supaya lebih hampir pada perpaduan dengan Ummat Islam seluruhnya.
Golongan syiah ini adalah yang paling ramai pengikutnya iaitu dua pertiga
penduduk Iran, separuh daripada penduduk Iraq, sebahagian penduduk
Lubnan, beberapa juta di India dan di Asa Tengah yang dijajah oleh komunis
Russia. Mereka juga dikenali dengan nama Jaafariah iaitu menyandarkan
kepada Imam Jaafar As Sadiq.
14. Syiah
Al Musawiyah dan lain-lain
Demikian sebahagian daripada beberapa
perkara yang lahir dalam fahaman Syiah. Selain
itu ada lagi dalamnya beberapa fahaman lain
yang juga mempunyai pengikut-pengikutnya
yang disebut secara khusus.
15. Muktazilah
• Muktazilah adalah satu dari cabang pemikiran
dalam Islamyang terkenal dengan sifat rasional
dan liberal.
• Ciri utama yang membezakan pemikiran ini dari
pemikiran teologi Islam lainnya adalah
pandangannya yang lebih banyak menggunakan
dalil 'aqliah (akal) sehingga sering disebut
sebagai aliran rasionalis Islam.
16. Tokoh-tokoh Muktazilah
• Wasil bin Ata, lahir di Madinah, pelopor ajaran
ini.
• Abu Huzail al-Allaf (751-849 M), penyusun lima
ajaran asas Muktaziliyah.
• an-Nazzam, murid Abu Huzail al-Allaf.
• Abu Ali Muhammad bin Abdul Wahab al-Jubba’i
(849-915 M).
• Meskipun Muktazilah tiada lagi, namun
pemikiran rasionalnya sering dibahas
cendekiawan muslim dan bukan muslim.
17. Jabariah
• Jabariah daripada perkataan jabar (terpaksa).
Maksudnya ialah terpaksa melakukan perbuatan
terhasil daripada perbuatannya. Sedangkan
perbuatan itu datang daripada Allah. Hamba itu
tidak berkuasa, tidak berkehendak dan tidak ada
ikhtiar baginya. Yang sebenarnya melakukan
perbuatan hamba ialah Allah.
18. Jabariah
• Jabariah ialah nama golongan yang berfahaman
begitu. Mereka melampau dengan menafikan
adanya kemampuan bagi seseorang hamba dan
menafikan ikhtiar. Mereka berkata manusia itu
sama seperti jamadat (benda yang kaku) seperti
batu, kayu dan seumpamanya . Pada zahirnya
sahaja kelihatan berbeza tetapi pada hakikatnya
sama sahaja.
19. Jabariah
• Kesimpulannya perbuatan manusia itu dicipta
oleh Allah seperti jasad mereka. Sekiranya
setengah dari sifat manusia itu dicipta Allah san
sebahagian darinya dicipta oleh manusia sendiri,
maka berlakulah syirik dalam perkara af’al
(perbuatan). Perkara ini bercanggah dengan
kehendak Allah dan ikhtiarNya.
20. Jabariah
• Benih fahaman ini berasal dari pegangan orang
Yahudi. Kemudian mereka mengajarkannya
kepada orang-orang Islam. Orang yang pertama
menyebarkan fahaman ini ialah Jaad bin
Darham.
21. Jabariah
• Apabila golongan Jabariah bertapak di
Nahawinah dan berleluasa di sana, Imam Abu
Mansur Al Maturidi yang lahir pada abad
keempat Hijrah berjaya mematahkan hujjah
Jabariah, Mazhab ini akhirnya berpecah kepada
tiga kumpulan iaitu:
▫ Al Jahmiah,
▫ Al Tabariah dan
▫ Al Dirariah
22. Qadariah
• Mereka adalah golongan yang menyatakan
perbuatan itu daripada hamba bukannya dari
Allah. Fahaman ini muncul apabila mereka
menyeleweng hadis Nabi Muhammad s.a.w yang
berpesan supaya jangan terlalu banyak
membicarakan mengenai qada dan qadar
sehingga dipengaruhi oleh syaitan.
23. Qadariah
• Apa yang dipesan oleh Nabi Muhammad itu
benar. Selepas Nabi Muhammad wafat,
sebahagian kecil ummat Islam membincangkan
perkara itu lalu mereka dipengaruhi oleh anasir-
anasir bukan Islam.
24. Qadariah
• Faktor lain yang mempengaruhi pemikiran umat
Islam adalah hasil percampuran umat Islam
dengan umat lain dan galakan menterjemah
buku-buku asing tanpa batasan.
25. Qadariah
• Menurut sarjana sejarah Islam, antara orang
pertama yang menimbulkan fahaman ini ialah:
Ma’abad Al Juhani
Ghilan Al Dimasyqi
• Golongan Qadariah berpecah kepada dua:
Al Khabitah. Mereka pengikut Ahmad bin Khabit
Al Hamariah. Mereka pada mulanya menjadi pengikut
Jaafar As Sadiq semasa Al Hassan yang menjadi salah
seorang imam mazhab Imamiah masih hidup.
26. Murji’ah
• Gelaran ini diberi kepada mereka merujuk makna
perkataan irjak dari segi bahasa mempunya dua makna:
1. Ta’akhir iaitu menangguhnya.
2. Ta’akhir iaitu memberi harapan.
• Ini kerana mereka menangguhkan amalan daripada
niat dan qasad (maksud dan tujuan). Apabila merujuk
pada makna yang kedua, mereka berkata, maksiat
tidak memberi mudarat kepada iman sebagaimana taat
tidak membawa mudarat kepada kufur. Kadang-
kadang mereka memberi harapan pahala kepada
pelaku maksiat.
27. Murji’ah
• Sebahagian sarjana Islam juga menghuraikan
makna murji’ah dengan maksud menangguhkan
hukuman kepada pelaku maksiat sehingga hari
kiamat bukannya dihukum di dunia ini. Segala
hukuman yang diwajibkan oleh Allah seperti qisas
dan hudud tidak perlu dilaksanakan.
• Golongan ini lahir kerana kesan daripada
kemunculan mazhab Khawarij yang mengkafirkan
orang beriman yang melakukan maksiat. Mazhab
muktazilah menghukum pelaku maksiat tidak
beriman dan tidak kafir sebaliknya mereka kekal
dalam neraka.
28. Murji’ah
• Golongan Murji’ah terbahagi kepada empat
kumpulan:
1. Murji’ah Jabariah
2. Murji’ah Qadariah
3. Murji’ah Khawarij
4. Murji’ah Khalisah
• Kemudian mereka berpecah mengikut pemimpin-
pemimpin antaranya Al Yunusiah, Al Ghasaniah,
Al Thaubaniah dan lain-lain.
29. Penutup
• Kumpulan-kumpulan tersebut adalah kumpulan
yang menyimpang dari akidah Ahli Sunnah Wal
Jama’ah.
• Kita wajar menuntut ilmu dengan bersungguh-
sungguh agar kita tidak terpengeruh dengan
kesesatan. Pilihlah guru-guru yang murshid
sebagai pembimbing.
• Wallahua’lam