Abu Ubaidah Al-Jarrah R.A adalah salah seorang sahabat Nabi Muhammad SAW yang amanah dan dipercayai. Beliau berjuang dengan gagah melawan musuh-musuh Islam dan menolong Nabi SAW ketika terluka di Perang Uhud. Beliau juga dipercayai oleh Khalifah Umar Al-Khattab untuk memimpin penaklukan kota-kota Romawi. Abu Ubaidah dikenal taat kepada agama, rendah hati, dan tidak mengambil h
2. Maklumat
diri
Nama sebenar Amir
bin Abdullah bin
Jarrah
Lahir di
Mekah
Suku al-harith ibn Fihr
suku Quraisy terhormat.
Antara y terawal memeluk
islam bersama abdur rahman
bin auf, uthman bin mazun dan
arqam bin abu al- arqam
Calon Khalifah
bersama
Saidina Umar
Wafat pada tahun 18
Hijrah di Urdun
dalam wilayah Syam
(58thn)
4. Bukti Jihad Fisabilillah
Membunuh
ayahnya
ketika perang
Uhud
Turun surah
al- Mujadalah
(pengaduan)
(58:22)
Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang
beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak
berkasih-mesra dengan orang-orang yang
menentang (perintah) Allah dan RasulNya,
sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah
bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka atau
saudara-saudara mereka ataupun keluarga mereka.
Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan
iman dalam hati mereka dan telah menguatkan
mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya
dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga
yang mengalir di bawahnya beberapa sungai,
mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan
mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan
nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-
penyokong (agama) Allah. Ketahuilah!
Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah
itu ialah orang-orang yang berjaya.
5. Bukti Kesetiaan dan Kasih
Semasa peperangan Uhud, pada suatu ketika Rasulullah (s.a.w) telah diserang dengan
hebatnya oleh pihak musuh di mana dua lengkaran di topi besi baginda dipukul dengan
kerasnya lalu terlekat di kepala (atau muka) baginda. Abu Bakar dan Abu Ubaidah (r.a)
telah berkejar untuk menolong baginda. Abu Ubaidah segera menarik lengkaran -
lengkaran itu dengan gigi beliau. Semasa mengeluarkan lengkaran besi yang pertama itu
salah satu daripada gigi beliau telah tercabut. Tanpa mengindahkan giginya itu, beliau
sekali lagi menggunakan giginya untuk mengeluarkan lengkaran itu tetapi satu lagi
giginya tercabut semasa usaha ini. Sebaik sahaja lengkaran itu dapat dikeluarkan darah
mulai keluar dari tubuh Nabi (s.a.w). Malik bin Sanan (r.a) ayah kepada Abu Said Khudri
(r.a) menjilat darah itu dengan bibir-bibirnya. Ketika itu Rasulullah (s.a.w) bersabda:
" Api Neraka tidak akan menyentuh orang yang mempunyai darah saya bercampur
dengan darahnya "
6. Bukti Zuhud, Tidak Tamak Kuasa &
Harta
Di bawah pemerintahan khalifah Umar al Khattab, Abu Ubaidah al Jarrah dilantik
menjadi ketua pasukan tentera Islam bagi menakluk kota-kota besar yang
berada di bawah pemerintahan Rom seperti Kota Damsyik, Syria, Syam, Kota
Aleppo, Kota Hims, Kota Antakiah dan Kota al Quds di Baitul Maqdis.
Ketika khalifah Umar al Khattab berkunjung ke Baitul Maqdis, beliau singgah di
rumah Abu Ubaidah al Jarrah. Dilihatnya yang ada dalam rumah ketua
panglima Islam itu hanyalah pedang, perisai dan pelana kuda sahaja.
7. Bukti Zuhud, Tidak Tamak Kuasa &
Harta
“Wahai sahabatku, mengapa engkau tidak mengambil sesuatu dari harta
rampasan perang sebagaimana orang lain mengambilnya?” Tanya Umar al
Khattab.
“Wahai Amirul Mukminin, ini saja sudah cukup bagiku,” jawab Abu
Ubaidah al Jarrah.
Saidina Umar al Khattab melantik Abu Ubaidah al-Jarrah memimpin
tentera Islam bagi merebut kembali kawasan tanah Arab yang dijajah oleh
kerajaan Rom. Beliau berjaya dalam tugas yang diberikan itu sehingga
berjaya menakluk Baitul Maqdis.
.
8. Bukti Jujur dan Berani
Suatu hari datang satu rombongan dari Najran menemui Rasulullah saw lalu
meminta baginda menghantar seorang yang boleh dipercayai bagi
menyelesaikan pertengkaran di kalangan mereka serta mengajar agama
Islam. Rasulullah saw berjanji akan menghantar seorang sahabat yang gagah
dan jujur. Sehubungan dengan itu Umar al-Khattab berharap beliau yang
akan dipilih Rasulullah saw tetapi orang yang berani dan jujur yang
dimaksudkan itu ialah Abu Ubaidah al Jarrah.
.
9. Bukti Amanah dan dipercayai
Rasulullah saw pernah bersabda;
“Sesungguhnya dalam setiap kaum terdapat orang yang dipercayai. Orang
kepercayaan di kalangan umatku adalah Abu Ubaidah al Jarrah.”
Dalam hadis yang lain Rasulullah saw bersabda lagi.
“Tiap-tiap umat ada orang yang memegang amanah. Dan pemegang
amanah umat ini ialah Abu Ubaiodah al Jarrah.”
.
10. Pesanan Terakhir
“Dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat, puasalah di bulan
Ramadhan, berdermalah, tunaikanlah ibadah haji dan umrah, saling nasihat
menasihatilah. Berilah nasihat kepada pimpinan kamu, jangan menipu, jangan
terpesona dengan harta dunia. Sesungguhnya Allah telah menetapkan
kematian untuk setiap manusia, kerana itu semua manusia pasti akan mati.
Orang yang paling beruntung adalah orang yang paling taat kepada Allah dan
paling banyak bekalnya untuk akhirat.”