1. LAMPIRAN 2- BAHAN BANTU MENGAJAR
BBM 1- Imej Rangsangan Set Induksi ( Bahan Maujud- tomato dan sayur kangkung)
BBM 2- Bahan untuk Input Pengajaran ( Slaid Powerpoint)
Makanan Segar
Maksud :
Makanan Segar
Makanan yang belum dimasak atau
diproses
SAYUR-SAYURAN
Klasifikasi Sayur-sayuran
Pemilihan dan Penyimpan Sayur-
Berdaun Bunga Kacang
sayuran
• Sawi •Bunga kantan
•Kacang buncis
• Kangkung •Brokoli
•Jantung pisang
•Kacang sepat Klasifikasi Pemilihan Penyimpan
• Kobis •Kacang panjang
• Bayam •Bunga kobis Sayur-sayuran
•Kacang botor
Berdaun •berwarna hijau segar •tidak perlu dicuci
•rangup pada daun dan sebelum disimpan
batangnya •simpan dalam beg
•tidak layu atau berlendir politena berlubang
Buah Akar Batang & Pucuk Bebawang •bersih •simpan dibahagian
•Labu •Akar teratai •Asparagus khas untuk
•Bawang merah
•Terung •Lobak •Saderi •sayuran di dalam
•Bawang putih
•Lada •Sengkuang •Taugeh peti sejuk pada
•Bawang besar
•Timun •Ubi keledek •Rebung •suhu 7◦C - 10◦C
2. Ubi •tidak diselaputi tanah •disimpan di rak yang
•tidak ada tunas mempunyai
•berwarna merah atau •simpan dalam beg •saiz sederhana pengudaraan yang
Bunga baik, di tempatyang
hijau yang segar dan politena yang •berkeadaan keras
cerah berlubang sejuk, gelap dan
atau pejal
kering
•tidak lembik •simpan di bahagian •tidak ada tanda
•tidak ada kesan khas untuk • jauhkan daripada
lebam makanan yang berbau
kekuningan •sayuran di dalam peti
•tidak kecut kuat
•berbau segar sejuk
Batang dan •berwarna segar dan •simpan dalam beg
muda politena yang Buah •bentuknya elok •simpan di dalam beg
Pucuk •rangup dan keras berlubang •tidak kecut atau politena yang
lebam berlubang di bahagian
•bentuknya elok •simpan di bahagian khas untuk sayuran di
khas untuk sayuran di •tidak calar di lapisan
•tidak berlendir atau
kulit dalam peti sejuk
layu dalam peti sejuk
•tidak bertukar warna
perang
Biji •segar dan rangup • simpan kacang
pea di dalam peti •segar dan rangup •simpan dalam beg
•tidak kecut
sejuk beku
Kacang
•muda dan segar •saiz sederhana dan muda politena yang
• simpan petai di berlubang
dalam beg •simpan di bahagian
politena atau khas untuk sayuran di
bekas kedap
dalam peti sejuk
udara
Bebawang •kulit luar berkilat •simpan di dalam
•tidak lembap atau bakul pada suhu bilik
berlendir •simpan di tempat
•tidak bertunas kering dan gelap
•pejal supaya tidak bertunas
•asingkan bawang
yang baru dengan
yang lama
3. BBM 3- Bahan untuk PBL ( Artikel daripada surat khabar)
Inovasi penjagaan produk segar
Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN
Gambar HAYAT SUEET
Gaya hidup moden menyebabkan semuanya harus mudah, ringkas dan cepat termasuklah tugasan
memasak. Ada yang gemar memasak tetapi masalahnya tugasan renyah seperti menyediakan bahan
mentah yang mengambil masa.
Malah, masalah berkenaan juga dihadapi oleh industri kecil dan sederhana (IKS) yang terlibat dalam
penyediaan makanan.
Biasanya IKS penyediaan makanan menghadapi masalah tenaga buruh bukan saja untuk menyediakan
bahan mentah yang banyak malah bahan mentah yang disimpan tidak tahan lama.
Dr. Zaulia Othman menunjukkan sayur-sayuran yang diproses secara minimum.
Bermula dengan kajian bagi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk membawa bahan mentah dalam
kapal bagi jangka masa lama, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah
mengujinya bagi diaplikasi di pasaran tempatan.
Pegawai Penyelidik Pusat Penyelidikan Hortikultur, MARDI, Dr. Zaulia Othman yang menjalankan
kajian berkenaan berkata, inovasi tersebut amat sesuai bagi mendapatkan bahan mentah berkualiti tinggi.
"Hampir semua sayuran sama ada berdaun, berbuah, berbunga, berubi atau rizom sesuai bagi
menghasilkan hirisan segar sayur-sayuran," katanya semasa ditemui di pejabatnya di Serdang, Selangor
baru-baru ini.
Dr. Zaulia menambah, hirisan segar sayur-sayuran merangkumi sayur-sayuran sedia dimakan segar
sebagai ulam, untuk hiasan, sedia dimasak atau diproses.
4. Kualiti dan kesegaran produk ini dikekalkan seperti keadaan asalnya jika disimpan dalam suhu dan
pembungkusan yang sesuai agar hirisan segar sayuran tidak cepat rosak berbanding kaedah penyimpanan
normal.
"Perubahan yang berlaku semasa operasi penyediaan menyebabkan sayur yang diproses secara minimum
tidak dapat disimpan lama dan boleh menyebabkan kerugian kepada para penjual dan juga pengguna,"
katanya.
Bagaimanapun, melalui kaedah penyediaan dan penyimpanan yang sesuai telah dikaji di MARDI
mendapati kesegaran produk dan keselamatan hirisan segar sayur terjamin.
Terdapat hirisan segar sayur-sayuran yang mempunyai jangka hayat simpanan yang panjang seperti
bawang besar sehingga enam minggu dan disimpan pada suhu 2 darjah Celcius.
Sementara hirisan segar cili, sawi, kubis dan kacang panjang boleh disimpan selama tiga minggu,
manakala timun hanya boleh bertahan selama dua minggu pada suhu 2 darjah Celcius.
Dr. Zaulia berkata, hayat simpanan bertambah pendek jika disimpan pada suhu lebih tinggi daripada 2
darjah Celcius manakala hirisan segar sayur-sayuran hanya bertahan dua hari pada suhu 25 Celcius.
Hirisan segar sayur-sayuran dilakukan melalui beberapa proses bermula dengan pemilihan bahan mentah
berkualiti tinggi terus dari ladang.
Sayuran yang dipilih akan menjalani proses pra kondisi dengan menyimpannya pada suhu lima hingga 10
darjah Celcius selama semalaman bagi membuang haba ladang dan menyediakan sayuran dalam keadaan
sejuk semasa diproses.
Selepas itu sayuran akan dibersihkan dengan air paip sebelum direndam sekejap dengan agen sanitasi,
dipotong secara manual atau menggunakan mesin.
Kemudian sayuran akan direndam dalam kalsium klorida dalam suhu dua darjah Celcius bagi
mengekalkan tekstur dan mengelakkannya menjadi warna perang.
Dr. Zaulia berkata, sayur-sayuran boleh disediakan dalam pelbagai bentuk hirisan mengikut kegunaan dan
kaedah penyediaan, bentuk dan saiz potongan berbeza mengikut jenis sayur dan kelaziman sayur tersebut
dimasak atau dimakan.
(Sumber: Utusan Malaysia Online- Agrobiz –Arkib 8 November 2010)
5. BBM 4- Bahan untuk Pendekatan Koperatif- Kecerdasan Pelbagai- Visual (Gambar sayur-
sayuran)
Gambar 1
Gambar 2
6. BBM 5- GO Banding Beza kosong
Nama sayuran
Persamaan
Perbezaan