SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 33
1.0    PENGENALAN

Bahasa Melayu telah digunakan di Kepulauan Melayu kira-kira abad ke tujuh. Pada
waktu itu terdapat dua ratus bahasa yang dituturkan di kepulauan tersebut.
Sebenarnya, bangsa Melayu merangkumi bukan sahaja Melayu Brunei, Indonesia,
Malaysia, Singapura dan Selatan Thailand, tetapi juga Melayu Campa di Vietnam dan
Kemboja, serta orang-orang Funan di Kemboja, Melayu Filipina, Madagaskar, Taiwan
dan pribumi di Papua New Guinea dan pulau-pulau di Asia-Pasifik. Bukti konkrit yang
pertama tentang bentuk dan sifat bahasa Melayu hanya terdapat sejak tahun 683,
dengan terjumpanya empat buah batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang, pada 683
Masihi, di Talang Tuwo, Palembang, pada 684 Masihi di Kota Kapur, Pulau Bangka,
pada 686 Masihi dan di Karang Brahi, Meringin, daerah hulu Jambi pada 686 Masihi.

      Perkataan "Melayu" sebenarnya berasal dari bahasa Sanskrit, Malaya atau
Malai, yang bermaksud "Gunung"; dan "Gunung" itu pula ialah perkataan Melayu
moden untuk perkataan purbanya "Pnom". Marko Polo (pengembara Itali 1254-1323)
merujuk bangsa atau bahasa Melayu sebagai Malaiur; catatan pegawai Portugis di
Melaka, de Eradia seorang ahli matematik keturunan Melayu pada sekitar 1600,
merujuk bahasa di Melaka sebagai Malaio; manakala catatan China sejak abad ke-6
lagi menyebutnya sebagai Mo-lo-yu, Molo-yoou dan Mo-lo-yeu. Satu daripada tinggalan
ilmu Melayu Funan (pada batu bersurat bertarikh 531 Syaka, tahun Melayu Purba yang
bermula pada tahun 78M (609M) yang terkenal ialah system angka perpuluhan yang
ada simbol sifar (yang sama sistemnya seperti angka sekarang). Sebelum abad ke-8M
lagi Melayu Campa ada mencatatkan di prasastinya tentang kemahiran mereka dalam
pelbagai bidang ilmu   dan budaya dengan mengelaskan ilmu-ilmu yang ada pada
mereka itu kepada enam bidang ilmu termasuklah bidang sainsnya yang diistilahkannya
sebagai horasastera iaitu astronomi, astrologi, kosmologi dan yang berhubung
dengannya seperti matematik dan fizik.

      Menurut Shahrir Mohamad Zain, 2005, unit-unit sukatan asasi ciptaan orang-
orang Melayu Campa dahulu juga cukup komprehensif, bersistem dan piawai, iaitu unit
panjang atau jarak, dinamai li dan chang (kira-kira 10 kaki, unit Inggeris-Melayu yang
berasal dari istilah Inggeris (feet) berasaskan panjang kaki seorang raja England abad
ke-16. Perkara yang menarik adalah ribuan tahun kemudian Inggeris mengambil istilah
dram atau dramma (Sanskrit) menjadi satu daripada istilah unit isi padunya, drum.
Dalam tamadun Melayu, pada abad ke-7M lagi, sudah wujud istilah imbuhan unit
bilangan seperti eka- (ekadasa=11, ekabahasa=satu bahasa), dwi-/bidwinmatra = dua
dimensi, bhineka=dua aneka, tri- (tribuana=tiga alam nyata,), panca- (pancaindera =
lima deria) polok/pulu/puluh, ratus, rivu/riwu/ribu, laksa (10 ribu), keti (100 ribu), dan
ayuta/juta. Pencatat Sepanyol bersama pengembara terkenalnya, Magellan, pada awal
abad ke-16M mencatat perkataan Melayu ini sebagai "iouta". Di Barat, sebahagaian
daripada unitnya yang setara dengan unit-unit Melayu di atas itu wujud hanya mulai
abad ke-13M sahaja dan sebahagian lagi dicipta dalam abad-abad selepasnya.

      Selain itu, pada abad ke-14M, selepas kedatangan Islam ke Alam Melayu
terdapat banyak manuskrip dan buku atau kitab Melayu berkenaan dengan ilmu SAKTI
(sains, kesihatan, kejuruteraan dan teknologi), selain daripada ilmu sakti biasa itu (ilmu
sihir dan ajaib). Manuskrip bidang perubatan dan bioteknologi mungkin menjadi
manuskrip Melayu yang terbanyak tetapi bidang ini dikenali sebagai tib atau mujarobat
dan ahlinya tabib. Sebahagian besarnya masih belum dikaji oleh ahli-ahli biokimia,
bioteknologi, bioperubatan dan perubatan kita sekarang. Oleh itu, dalam konteks sains
moden ilmu-ilmu yang ada dalam ribuan manuskrip ini banyaklah yang bersifat
hipotesis dan sesuatu hipotesis dalam sesuatu bidang ilmu amatlah diingini dan mahal
harganya kerana semua sains bermula dengan hipotesis. Satu lagi bidang kekuatan
orang Melayu dahulu ialah bidang ilmu mantik (lojik), kosmologi, astrologi (ilmu nujum),
kosmogeni dan falak (astronomi). Manuskrip Melayu yang tertua yang dijumpai setakat
ini ialah Kitab Abi Masyar al Falak oleh Ahmad Abdul Qadir Ibni Abdul Rahman pada
1209h/1794M.     Kesemua      ini   membuktikan    bahawa     bahasa    Melayu    pernah
mengungkapkan ilmu dalam zaman kegemilangannya, dan jika terus dimartabatkan dan
diberi kepercayaan, mampu menjadi bahasa ilmu yang dapat menjana minda
bangsanya.

      Penggunaan bahasa melayu semakin meluas kerana bahasa tersebut mudah
dituturkan berbanding dengan bahasa yang lain. Ciri-ciri keterbukaan yang terdapat
dalam bahasa      Melayu    yang    dapat menerima pengaruh bahasa-bahasa             lain
menyebabkan bahasa tersebut dapat berkembang dengan pesat dan menjadi lingua
franca dan bahasa ilmu bagi rantau kepulauan Melayu. Pada zaman kerajaan Sriwijaya
bahasa Melayu dijadikan bahasa pentadbiran, perdagangan dan sebagai bahasa ilmu.
Menurut catatan yang dibuat oleh seorang pendita Buddha yang bermastautin selama
enam bulan di ibu negeri Sriwijaya, menyatakan bahawa sudah ada sebuah pusat
pengajian agama Buddha menggunakan bahasa Melayu. Artikel Penyusunan Sejarah
Bahasa Melayu : imbasan dan harapan Dewan Bahasa, Jun 2006 oleh Awang Sariyan.
Bahasa Melayu juga telah mencapai zaman kegemilangannya di zaman Kesultanan
Melayu Melaka sebagai bahasa ilmu.

      Di Malaysia hari ini bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa kebangsaan
sepertiperenggan 152 para satu perlembagaan Malaysia, secara tidak langsung telah
mengiktiraf bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Menurut ensiklopedia
keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka, menjelaskan bahawa bahasa Melayu sebagai
bahasa ilmu ialah peranan bahasa Melayu itu sebagai bahasa pengantar ilmu
pengetahuan atau sebagai alat untuk menyampaikan ilmu pengetahuan moden seperti
fizik, kimia, kejuruteraan, perubatan, ekonomi, undang-undang, kesusasteraan, dan
agama.

      Menurut Nik Safiah Karim 2006, bahasa Melayu harus boleh berfungsi sebagai
bahasa akademik yang lengkap dengan laras-laras bahasa untuk memperkatakan
pelbagai hal baru dalam aneka bidang ilmu moden, misalnya dalam bidang
kejuruteraan, Bahasa Melayu harus mempunyai laras-laras bahasa yang khusus untuk
menerangkan hal-hal tentang kejuruteraan awam, kejururteran elektrik dan elektronik,
kejuruteraan mekanikal, dan kejuruteraan kimia. Laras-laras saintifik ini berbeza pula
dengan laras sains sosial dan kemanusiaan seperti laras kesusasteraan, sejarah, laras
seni ukir, laras sains rumah tangga dan sebagainya. Sebagai bahasa ilmu Bahasa
Malaysia harus mempunyai perbendaharaan kata, istilah dan laras bahasa yang sesuai
untuk mengungkapkan konsep dan pemikiran yang kompleks dan abstrak. Misalnya
apabila memperkatakan konsep ekonomi, maka perlulah Bahasa Melayu mempunyai
perbendaharaan kata, istilah dan laras bahasa yang cukup dan sesuai untuk
menyatakan konsep dan pemikiran tentang hal-hal perdagangan antarabangsa,
perindustrian ringan dan berat, perniagaan saham, pengurusan perakaunan dan
perangkaan. Bahasa Melayu perlu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan
bahasa-bahasa antarabangsa yang lain seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Jepun,
Bahasa Jerman, dan Bahasa Perancis, yang sudah lama berperanan sebagai bahasa
ilmu moden dengan jayanya. Menurut Ismail Hussein (1992) satu-satu bahasa yang
mencapai taraf sebagai bahasa ilmu, ia perlu mempunyai dua ciri penting, iaitu
keintelektualan bahasa dan kesempurnaan bahasa dalam bidang-bidang tertentu.
Dengan keintelektualan bahasa dimaksudkan bahasa itu harus mempunyai keupayaan
menyampaikan     buah   fikiran   dan   hujah   dengan   tepat   dan   berkesan,   iaitu
mengungkapkan kesinambungan dan kerumitan fikiran. Mengikut Ismail Hussein
(1992), kemuncak pencapaian taraf keintelektualan bahasa ialah penggunaan laras
saintifik yang berusaha menghasilkan bentuk bahasa yang tepat yang mencerminkan
kejelasan pemikiran yang logik.

      Keintelektualan bahasa dicapai, terutama melalui perbendaharaan kata, dan
sebagainya melalui sistem bahasa. Seterusnya, bahasa itu juga perlu mempunyai ciri
kesempurnaan, iaitu sifat-sifat yang menjadikan satu-satu bahasa itu sesuai, tepat,
tegas dan berkesan dalam situasi atau konteks penggunaanya. Bahasa yang sempurna
itu adalah bahasa yang memperlihatkan sifat-sifat kestabilan, kelenturan, kepelbgaian,
keberkesanan, dan keindahan. Akhir sekali bahasa itu harus mempunyai ciri bahasa.
Maksudnya bahasa yang digunakan untuk melahirkan perasaan, pendapat dan buah
fikiran itu harus mempunyai perkataan yang sedap didengar, bertenaga dan menarik
dan dapat menyentuh perasaan hati pembaca atau pendengar. Bahasa yang
mengandungi unsur-unsur ini banyak terdapat dalam laras sastera. (Yahya Don, 2007)

      Bahasa dan budaya merupakan dua perkara berbeza, tetapi tidak dapat
dipisahkan, kerana bahasa merupakan cermin budaya dan identiti diri penuturnya. Hal
ini bererti, apakah bahasa dapat mempengaruhi budaya masyarakat atau sebaliknya?
Sehingga bahasa dapat menentukan kemajuan dan “mematikan” budaya bangsa.
Bahasa adalah alat atau perwujudan budaya yang digunakan manusia untuk saling
berkomunikasi, baik dari segi tulisan, lisan, ataupun gerakan (bahasa isyarat), dengan
tujuan menyampaikan maksud hati atau kemahuan kepada lawan bicaranya atau orang
lain. Melalui bahasa, manusia dapat menyesuaikan diri dengan adat istiadat, tingkah
laku, tatacara masyarakat, dan sekaligus mudah membaurkan dirinya dengan segala
bentuk masyarakat. Bahasa memiliki beberapa fungsi yang dapat dibahagi menjadi
fungsi umum dan fungsi khusus. Fungsi bahasa secara umum adalah sebagai alat
untuk berekspresi, berkomunikasi, dan alat untuk mengadakan integrasi dan adaptasi
sosial. Bahasa penting dalam segala aspek kehidupan manusia, masyarakat dan
negara. Dalam budaya Melayu, misalnya, terdapat fenomena bahasa budaya yang
diungkapkan dalam bentuk kata-kata “budi bahasa”. Orang yang dikatakan “tidak tahu
bahasa” bererti orang itu tidak pandai berbudi bahasa, yakni tidak mengetahui adat
berbahasa menurut konteks sosialnya. Selain itu, bahasa mencakupi keseluruhan hidup
manusia sebagai alat pemikiran, alat budaya, sebagai sumber kemajuan dan tamadun
serta sumber kestabilan masyarakat dan negara. Bahasa juga sebagai pembentuk
keperibadian dan nilai manusia. (Hassan Ahmad, 2002)

      Kertas kerja ini akan membincangkan tentang bahasa Melayu sebagai bahasa
ilmu dengan memberi fokus tentang fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, sejauh
manabahasa Melayu dapat digunakan sebagai bahasa ilmu dalam konteks sistem
pelajaran hari ini, masalah atau punca yang membataskannya, dan langkah-langkah
yang dijalankan untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Dalam kajian
ini pengkaji akan menjelaskan tentang fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa yang
ekspresif dalam berbagai bidang ilmu, termasuk sains dan teknologi serta peranannya
dalam mendukung ilmu dan pemikiran bangsa. Kajian ini juga seterusnya menjelaskan
tentang masalah- masalah yang dihadapi dalam menjadikan bahasa Melayu sebagai
bahasa ilmu, iaitu halangan-halangan yang dihadapi oleh bahasa itu dalam cabaran
ledakan maklumat pada masa kini. Langkah-langkah perlu di ambil untuk menjamin
bahawa bahasa Melayu hari ini masih releven sebagai bahasa ilmu, juga akan dikupas
dalam kajian ini. Selain membincangkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, kertas
kerja ini juga turut membincangkan bagaimana bahasa digunakan hari-hari dalam
masyarakat dan bagaimana manusia membentuk makna berdasarkan konteks
sosialnya.
2.0   Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu di Malaysia




Ceraian 152 daripada Perlembagaan Negara baru yang pada ketika itu dikenali dengan
nama Persekutuan Tanah Melayu menyebut bahawa “ Bahasa Kebangsaan ialah
Bahasa Melayu(BM) ” dan bahawa bahasa ini akan mengambil alih Bahasa Inggeris
(BI) sebagai bahasa rasmi yang tunggal sepuluh tahun selepas merdeka yakni pada
tahun 1967. Apabila Sabah dan Sarawak memasuki Malaysia syarat yang sama juga
dikenakan, dan tarikh Bahasa Melayu mengambil alih Bahasa Inggeris ialah 1973.

      Ketika zaman penjajahan, Bahasa Inggeris merupakan bahasa pentadbiran yang
rasmi dan juga bahasa persekolahan, ini merupakan suatu keadaan yang umum bagi
semua daerah yang dijajah oleh Inggeris, dan juga kuasa-kuasa barat yang lain. Oleh
itu, Bahasa Inggeris mendapat kedudukan yang tinggi. Hal ini mendatangkan kesan
buruk ke atas perkembangan Bahasa Melayu. Penggunaan Bahasa Melayu menjadi
terbatas iaitu hanya digunakan sebagai bahasa perhubungan di rumah dan bahasa
pengantar pada peringkat sekolah rendah.

      Akibatnya, Bahasa Melayu tidak mempunyai peluang yang cukup untuk
berkembang menjadikan kedudukan sosialnya lebih rendah daripada Bahasa Inggeris,
dan dari segi fungsi, Bahasa Melayu dianggap kurang kerana ketiadaan istilah-istilah
yang lengkap dan bersifat khusus. Dorongan untuk mempelajari Bahasa Melayu juga
hampir tidak ada kerana kerana kemajuan sosial dan ekonomi seseorang individu tidak
bergantung kepada pengetahuan Bahasa Melayu tetapi sebaliknya bergantung kepada
pengetahuan Bahasa Inggeris yang ada dalam dirinya. Bahasa Melayu yang diketahui
olehkebanyakan penutur ialah “ Bahasa Melayu Pasar ”, bahasa yang digunakan untuk
perhubungan di pasar dan tempat-tempat seperti itu.




      Sewaktu Bahasa Melayu dipilih untuk diangkat sebgai bahasa kebangsaan
negara baru dan untuk mengambil alih Bahasa Inggeris sebgai bahasa rasmi yang
tunggal, berlakunya dua perkara iaitu:
(i)    Penubuhan satu badan untuk memproses perkembangan Bahasa Melayu
             bagi membolehkannya memikul tugas-tugas baru, dan



      (ii)   Proses melaksanakan Bahasa Melayu sebagai alat perhubungan rasmi
             dan bahasa pengantar di institut-institut pengajian.



      Majoriti daripada tugas pengembangan dan pembinaan Bahasa Melayu dipikul
oleh pihak Dewan Bahsa dan Pustaka iaitu badan perancangan bahasa yang telah
ditubuhkan pada tahun 1956. Dewan Bahasa dan Pustaka bergerak sebagai satu
badan yang menjalankan atau yang mengawasi tiga aktiviti perancangan bahasa yang
berkaitan iaitu perancangan, pelaksanaan dan penilaian. Pada peringkat pelaksanaan,
kegiatan-kegiatannya ialah yang terlibat dengan bahasa itu sendiri iaitu penentuan
norma misalnya norma melalui sistem tulisan, penyusunan tatabahasa dan kamus
sama ada secara teknikal atau bukan teknikal dan juga penyebaran norma-norma ini
kepada pengguna.




2.1   Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Melayu

      Selama berpuluh tahun Dewan Bahasa dan Pustaka telah mengendalikan
berbagai-bagai projek yang bertujuan untuk mengembangkn Bahasa Melayu. Wujudnya
usaha-usaha daripada Dewan Bahasa dan hasil daripada hakikat bahawa bahasa itu
telah digunakansebagai alat perhubungan, alat pentadbiran, alat teknologi dan juga alat
kebudayaan, Bahasa Melayu boleh dikatakan telah mengalami proses yang mendalam
dari segi pembinaan dan pengembangannya. Selain itu, dalam beberapa bidang,
kejayaan yang tinggi telah dicapai, misalnya dalam bidang kodifikasi dan penyebaran
sistem ejaan dan istilah-istilah teknikal. Demikian juga dengan kejayaan yangv agak
memuaskan yang telah dicapai dari aspek unsur saling menterjemah denga Bahasa
Inggeris dan beberapa bahasa moden yang lain. Kini, konsep kerjasama antarabangsa
telah dapat dibuktikan dalam perancangan bahasa dengan kerjasama yang telah wujud
di antara Indonesia dan Malaysia.
Oleh itu, dapat dikatakan bahawa Bahasa Melayu telah mengalami beberapa
peringkat pembinaan dan pemgembangan yang agak mendalam pada segenap
peringkat dan disertai oleh bilangan penuturnya yang semakin banyak dan yang terdiri
daripada berbagai-bagai jenis kumpulan etnik. Ini telah banyak membawa perubahan
dalam bahasa itu sendiri. Maka dengan ini juga bertujuan membicarakan aspek
pembinaan dan pengembangan bahasa dan aspek sifat multilingual penduduk-
penduduknya dari segi penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa pengantar.




2.2     Pelaksanaan Bahasa Melayu sabagai Bahasa Pengantar

        Dasar Pelajaran Kebangsaan, sebagaimana yang tercatat dalam Penyata Razak
telah dilaksanakan pada tahun 1957 dan dasar ini telah disokong lagi oleh Penyata
Rahman Talib pada tahun 1961. Di antara tahap-tahap yang penting dalam proses
pelaksaanan ini antaranya ialah penubuhan sekolah-sekolah menengah berpengantar
Bahasa Melayu pada tahun 1963, pelaksanaan Bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar bagi mata pelajaran tertentu di sekolah-sekolah rendah jenis kebangsaan
pada tahun 1968 dan permulaan pelaksanaan berperingkat Bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar tunggal di sekolah-sekolah rwndah jenis kebangsaan pada tahun
1971.

        Pada peringkat sekolah menengah pula, Bahasa Melayu menjadi salah satu
mata pelajaran pada tahun 1957 dan tidak lama kemudian menjadi satu mata pelajaran
dalam pepepriksaan Sijil Peperiksaan Seberang Laut. Pada tahun 1970, dengan
pengambilalihan Sijil Peperiksaan Seberang Laut oleh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),
Bahasa Melayu dijadikan sebagai mata pelajaran wajib atau teras bagi semua calon
yang mengambil peperiksaan tersebut. Kini, banyak mata pelajaran telah diajar dengan
menggunakan Bahasa Melayu dan pelaksanaan sepenuhnya dasar ini ialah pada tahun
1983.
Pada peringkat pengajian tinggi, pertukaran daripada Bahasa Inggeris kepada
Bahasa Melayu berlaku secara bernasur-ansur pada tahun-tahun enam puluhan di
beberapa maktab perguruan terutamanya di Maktab Perguruan Bahasa dan di
beberapa jabatan di Universiti Malaya khususnya di Jabatan Pengajian Bahasa Melayu.
Pada tahun 1970, Universiti9 Kebangsaan Malaysia ditubuhkan yang merupakan
sebuah universiti yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahsa pengantar yag
tunggal. Namun kini, kesemua pusat pengajian tinggi berada dalam berbagai-bagai
peringkat pelaksanaan dasar bahasa kebangsaan merelisasikan matlamat menjadikan
Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sekaligus menduduki peringkat Bahasa
Kebangsaan.




2.3     Bahasa Melayu sebagai Lambang Penyatuan

Garvin dan Mathiot (1968) berbicara tentang tiga fungsi simbolik sesuatu bahasa baku
itu iaitu:

        (i)     Fungsi penyatuan di mana bahasa baku bertindak sebagai alat yang
                menghubungkan penutur-penutur yang menuturkan berbagai-bagai dialek
                bahasa yang sama dan dengan demikian akan menyatukan mereka ke
                dalam satu masyarakat pertuturan atau bahasa.



        (ii)    Fungsi pengasingan iaitu di mana bahasa baku diajukan sebagai variasi
                yang terasing daripada dialek-dialek lain daripada bahasa yang sama,
                dengan demikian bertugas sebagai lambang identiti kebangsaan yang
                terasing, dan


        (iii)   Fungsi prestij iaitu di mana kewujudan atau kepunyaan satu bahasa baku
                menimbulkan perasaan atau semangat megah bagi Negara.
Di Malaysia bahasa kebangsaan atau bahasa baku iaitu Bahasa Melayu telah
berusaha untuk mecapai ketiga-tiga fungsi di atas. Walau bagaimanapun, seperti
kebanyakan negara-negara lain yang sedang membangun, fungsi utamanya ialah untuk
menjadi faktor penyatuan, satu lambang yang dicipta bagi menimbulkan satu identiti
yang menurut Fishman (1968):

      “ ... can lead to common mobilization and involvement above, beyond, and at the
      expense of pre-existing ethnic-cultural peculiarities … These languages may and
      has become a symbol of supra-local ethnic-cultural identification, that is, of
      ethniccultural identification at the nationality level.”

Peranan Bahasa Melayu sebagai factor penyatuan disalurkan menerusi dasar pelajaran
kebangsaan, sebgaimana tercatat dalam Akta Pelajaran 1961.




2.4   Bahasa Melayu sebagai Pengucapan Budaya



Bahasa Melayu secara umumnya merupakan bahasa komunikasi terutamanya dalam
kalangan masyrakat yang menggunkan Bahasa melayu sebagai bahasa ibunda dalam
komunikasi sehari-harian. Namun demikian, sekadar demikian adalah tidak memadai
bagi memartabatkan Bahasa Melayu ini dengan sekadar menjadikannya sebagai
bahasa pengantar kebangsaan. Oleh itu, penggunaan Bahasa Melayu ini diharap dapat
diperluaskan penggunaannya dalam masyarakat intelektual secara meluas terutamanya
selaras dengan perkembangan era moden ini. Ini merupakan satu usaha yang harus
dibina bagi menyatukan masyarakat Malaysia serta melaksanakan tanggungjawab
memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan..




3.0   CIRI-CIRI BAHASA ILMU

Terdapat dua ciri yang penting dalm menjadikan sesebuah bahasa itu sebagai bahasa
ilmu. Menururt Profesor     Dr. Abdul Hamid Mahmood (2007) dalam kertas kerjanya
Bahasa Melayu Sebagai Bahas Ilmu cabaran Dan Harapan menyatakan bahawa ciri
bahasa ilmu adlah keintelektualan bahasa dan kesempurnaan bahasa. Melalui ciri-ciri
ini, kita dapat mencetuskan persoalan iaitu adakah bahasa melayu telah mencapai
status bahasa ilmu berdasarkan ciri-ciri tersebut? Persoalan ini akan terjawab apabila
kita mengkaji secara lebih mendalam terhadap bahasa Melayu.




3.1   KEINTELEKTUALAN BAHASA

Keintelektuaan bahasa dapat dtakrifkan sebagai keupayaan untuk menyampaikan buah
fikiran dan hujah dengan tepat dan berkesan, iaitu mengungkap kesinambungan dan
kerumitan fikiran. Hal ini dapat dijelaskan lagi dengan keupayaan bahasa Melayu
menjadi bahasa saintifik yakni mempunyai kosa kata dalam bidang atau laras-laras
tertentu. Hal ini dapat juga dilihat melalui pengembangan perbendaharaan kata iaitu
menambahkan istilah-istilah baharu yang mempunyai sifat khusus yang mungkin sukar
difhami oleh penutur-penutur biasa.

        Bukti yang menunjukkan bahasa Mnelayu menjadi bhasa yang intelektual
adalah seperti dalam bidang undang-undang, ekonomi, perubatan, computer,
kejuruteraan,   pertanian,   dan      sains.   Setiap   bidang-bidang    ini    mempunyai
perbendaharaan kata bahasa Melayu yang khusus dan saintifik. Hal ini jelas
menunjukkan bahawa bahasa Melayu telah menjadi bahasa ilmu dan berintelektual.
Berikut merupakan contoh-contoh perbendaharaan kata bahasa melayu yang khusus
bagi setiapa bidang-bidang ilmu:

BIDANG ILMU                            CONTOH KOSA KATA/AYAT YANG KHUSUS
UNDANG-UNDANG                          Hal ehwal darurat ada terkandung dalam Perkara
                                       150 Perlembagaan Persekutuan. Mengikut Fasal
                                       1 perkara itu, apa yang dimaksudkan dengan
                                       darurat   adalah    satu   darurat      besar   yang
                                       mengancam        keselamatan     atau     kehidupan
                                       ekonomi Persekutuan atau mana-mana bahagian.
PERUBATAN                              Bakteria laktobasilus adalah bacteria bersifat gram
positif, tidak berbentuk spora dan berkembang
                                    biak…
EKONOMI                             Aliran pertalian antara organisasi perniagaan
                                    dengan pasaran ini disebut system pemasaran.
KOMPUTER                            Pangkalan Data Microsoft Acces, Memulakan
                                    Sistem.
KEJURUTERAAN                        Ada tiga sistem koordinat yang berlainan yang
                                    biasanya    digunakan     untuk     menentukan
                                    kedudukan zarah dalam ruang.
PERTANIAN                           Pembiakan    adalah   proses      memanjangkan
                                    kewujudan sesuatu sepsis tumbuhan.
SAINS                               Kolestrol adalah sebahagian daripada bahan
                                    sterol.


Jadual di atas jeals menunjukkan perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa yang
mempunyai keintelektualan bahasa dan seterusnya dianggap sebagai bahasa ilmu.




3.2     KESEMPURNAAN BAHASA

Ciri kedua dalam menjadikan sesuatu bahasa itu sebagai bahasa ilmu adalah
kesempurnaan bahasa. Kesempurnaan bahasa bermaksud sifat-sifat yang menjadikan
sesuatu bahasa itu sesuai, tepat, tegas dan berkesan dalam situasi dan konteks
penggunaannya. Menurut Prof. Dr. Abdul Hamid Mahmood (2007), kesempurnaan
bahasa mempunyai sifat-sifat kestabilan, kelenturan, kepelbagaian, keberkesanan dan
keindahan.

        Kestabilan bermaksud sesuatu bahasa itu harus mempunyai peraturan-peraturan
atau system seperti sebutan, peraturan pemakaian imbuhan, ayat dan frasa.
Contohnya, di dalam bahasa Melayu, perkataan rumah akan disebut rumah dan tidak
ruhma atau mahru. Hal ini bermakna kestabilan bahasa perlulah berdasarkan kepada
rumus atau peraturan tatabahasa terutamananya dari aspek ejaan, sebutan dan
sebagainya.
Manakala dari segi kelenturan pula, bahasa sepatutnya mempunyai kesesuaian
dengan alam sekitar dan pembaharuan-pembaharuan yang berlaku dalam masyarakat
bahasa tersebut. Contoh yang jelas adalah perkataan bahasa Inggeris yang terdapat
dalam bahasa Melayu telah dilenturkan apabila masayarakat bahasa Melayu
menyebutnya seperti university telah menjadi university dalam bahasa Melayu dengan
mngikut bunyi fonemnya.

      Begitu juga denan sifat-sifat lain dalam kesempuranaan bahasa iaitu
kepelbagaian yakni berfokuskan kepada sesuatu bahasa itu mempunyai kepelbagaian
dalam aspek penyampaiannya. Hal ini bermakna kepelbagaian ini barkait rapat dengan
aspek intonasi, jeda dan sebagainya. Manakala sifat keberkesanan pula merujuk
kepada bahasa yang sempurtna adalah bahasa yang tidak mempunyai kekeliruan
maksud atau erti. Hal ini bermakna, setiap penyampaiab yang menggunakan bahasa
tersebut haruslah jelas maknanya dan mesej yang ingin disampaikan.

      Sifat kesempurnaan bahasa yang terakhir sekali adalah bahasa indah atau
keindahan bahasa. Bangsa Melayu merupakans alahs atu daripada bahasa yang
terkenal dengan sikaop sopan santunnya serta berbudi bahasa yang tinggi.
Berdasarkan konteks ini, jelas memeperlihatkan bahawa bahasa melayu mempunyai
bahasa yang indah dan lembut dalam segenap hal perbincangan. Contohnya, untuk
menegur seseorang, kita boleh menggunakan bahasa yang halus dan penuh hemah
tanpa menyakiti hati invidu yang ditegur. Hal ini berlaku berdasarkan kebijaksaan
penutur tersebut untuk menggunakan kosa kata yang sesuai dan lembut dalam setiap
tutur bicaranya.

      Berdasarkan dua ciri bahasa ilmu yang telah dijelaskan iaitu keintelektualan
bahasa dan kesempurnaan bahasa, secara tuntasnya, bahasa Melayu mempunyai ciri-
ciri tersebut. Persoalan yang mungkin timbul berdasarkan kedua-dua ciri ini adalah
sejauh manakah kejayaan bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu pada hari ini?




3.3   KEJAYAAN BAHASA MELAYU SEBAGAI PENGUCAPAN ILMU DAN
      BUDAYA
Kejayaan bahasa Melayu sebagai pengucapan ilmu dan budaya dapat dilihat melalui
beberapa aspek tertentu. Apabila membincangkan mengenai bahaasa Melayus ebagai
pengucapan ilmu dan budaya, minda penutur jati bahasa Melayu akan melihat titik
fokus perbincangan yang akan menjurus kepada pendidikan. Hal ini demkian kerana
ilmu dan pendidikan saling berkait rapat antara satu sama lain. Bahasa Melayu sebagai
pengucapan ilmu dan budaya dapat dilihat menerusi bidang pendidikan. Kerajaan telah
menentapkan bahawa bahasa pengantar di sekolah adalah bahasa Melayu kecuali bagi
sekolah vernakular yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa
pengantar di sekolah.




3.4    BAHASA MELAYU DI SEKOLAH

       Pendidikan di Malaysia bermula dengan beberapa dasar yang penting yang
berkait rapat dengan ketetapan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar dalam
pendidikan. Contoh jawatankuasa yang memainkan peranan yang penting dalam
menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar adalah Jwatankuasa Pelajaran
1956, Jawatankuasa Penyemak Dasar Pelajaran 1960 dan sebagainya. Peranan yang
dimainkan dalam jawatankuasa ini amat penting dan terbukti berkesan dengan kerajaan
mewajibkan bahasa Melayu sebagai subjek wajib lulus dan perlu diambil oleh semua
pelajar di sekolah di Malaysia sehingga ke hari ini.

       Setelah bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar di sekolah, ia sekali
gus telah mewujudkan budaya yang seragam dalam kalangan pelajar di sekolah. Hal ini
bermakna setiap pelajar di sekolah kebangsaan akan menggunakan bahasa Melayu
dalam interaksi mereka. Selain itu juga, setiap subjek yang diajar di sekolah seperti
Sejarah, Geografi, Pendidikan Moral, Pendidikan Islam dan sebagainya diajar
menggunakan bahasa Melayu sebagai medium penyampaian dan proses Pengajaran
dan Pembelajaran. Secara tidak langsung, budaya di sekolah telah diwujudkan melalui
interaksi antara pelajar dan guru dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
pertuturan mereka.
Namun, terdapat beberapa ancaman yang berlaku terhadap bahasa Melayu di
sekolah. Perkara ini berlaku apabila terdapat pihak-pihak tertentu yang ingin mencapai
kemajuan dengan pantas tanpa mengambil kira kepentingan bahasa melayu sebagai
bahasa pengantar ilmu khususnya melibatkan subjek sains tulen seperti sains, biologi,
kimia, fizik dan matematik. Perkara yang berlaku mengambarkan masa depan bahasa
melayu sebagai bahasa pengantar ilmu kurang diberi perhatian. Walau bagaimanapun,
kesedaran para pemimpin dan rakyat akan kesan buruk pelaksanaan PPSMI
menunjukkan satu usaha memartabatkan bahasa melayu sebagai bahasa ilmu.




3.5   BAHASA MELAYU DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI

Usaha memartabatkan bahasa melayu di Malaysia bukan sahaja dapat dilihat pada
peringkat sekolah malah pada peringkat ‘universiti’ atau pusat-pusat pengajian tinggi
pun menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar dalam bilik-bilik kuliah.
Walaupun para pelajar digalakkan untuk menguasai bahasa asing khususnya bahasa
inggeris namun bahasa melayu menjadi bahasa pengantar utama dalam urusan
pentadbiran, perbincangan, ceramah dan kuliah.

      Di samping itu, bahasa melayu masih berada pada tahap yang tinggi kerana
menjadi teras untuk menentukan kelayakan calon memasuki universiti-universiti
tempatan. Dalam hal ini, para calon wajib lulus kepujian sebagai syarat minimum untuk
memohon melanjutkan pelajaran di peringkat universiti. Dalam sesi temuduga, bahasa
melayu digunakan sebagai medium komunikasi antara calon temuduga dengan
penemuduga. Selain kecekapan berbahasa inggeris, kecekapan berbahasa melayu
merupakan salah satu aspek yang paling penting dinilai dalam sesi temuduga. Hal ini
menunjukkan kepentingan penggunaan bahasa melayu dalam pengajian di peringkat
universiti sebagai medium penyebaran ilmu.

      Selain digunakan di sekolah dan universiti, kepentingan bahasa melayu juga
diambil perhatian oleh pemimpin dan masyarakat dengan adanya perlaksanaan
program-program intelektual. Contohnya, program Pertandingan Pidato Antarabangsa
Bahasa Melayu (PABM) telah berjaya mengangkat bahasa melayu sebagai bahasa ilmu
yang penting dipelajari. Jalinan usahasama antara Kementerian Pengajian Tinggi,
Kementerian Pelajaran, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, dan
Kementerian Pelancongan serta pihak swasta ini turut membayangkan betapa utuhnya
rasa cinta dan sayang kita terhadap bahasa Melayu. Program ini menjadi bukti bahawa
kerajaan selama ini tidak berdiam diri dalam memperkasa bahasa Melayu kepada
masyarakat sejagat.

      Pertandingan pidato ini membuktikan keupayaan bahasa Melayu untuk pergi
jauh ke peringkat global. Bahasa Melayu telah diterima baik di kebanyakan negara dan
perihal ini menggambarkan bahawa bahasa Melayu boleh memainkan peranan yang
penting dalam pembangunan tamadun saintifik dan prolifik di peringkat antarabangsa.
Pertandingan pidato ini juga memberi petunjuk yang jelas bahawa bahasa Melayu
bukanlah bahasa yang boleh diperkecilkan peranan dan pengaruhnya. Pada hari ini, di
seluruh dunia, terdapat 129 buah pusat pengajian tinggi yang menawarkan kursus
pengajian bahasa Melayu,       merangkumi 40 buah negara dari Amerika Syarikat
merentasi kesemua tujuh benua menganjur ke negara New Zealand.

      Pendedahan melalui pertandingan itu secara tidak langsung dapat menarik minat
bangsa lain untuk lebih mendalami keunikan dan keindahan bahasa Melayu berserta
budaya yang penuh dengan kesopanan. Kerana itu, rakyat tidak perlu malu bercakap
dalam bahasa Melayu apabila berkomunikasi dengan orang luar yang berkunjung ke
negara bertuah ini. Secara tidak langsung, tindakan berani itu mampu mengangkat
martabat bahasa Melayu bukan sahaja sebagai bahasa pengantara tetapi sebagai
bahasa ilmu.

      Dalam konteks dunia pada hari ini, bahasa Melayu telah diangkat sebagai salah
satu daripada 10 bahasa utama dunia. Dengan angka lebih 280 juta orang penutur,
bahasa Melayu diberi darjat yang tinggi sebagai bahasa kelima terbesar di dunia. Fakta
ini memberi gambaran jelas bahawa bahasa Melayu mempunyai pengaruh dan peranan
yang cukup besar dalam mewarnai landskap pembangunan tamadun dunia.
Sehubungan ini juga, kerajaan mahu keyakinan terhadap potensi bahasa Melayu dalam
segenap    bidang     terus   dipupuk   dan   diperteguhkan.    Kegigihan    kerajaan
memperkembang fungsi bahasa Melayu jelas menggambarkan hasrat kita untuk terus
memperkasa bahasa Melayu kepada kedudukan yang lebih tinggi.




3.7   Bahasa Melayu Dalam Pengucapan Budaya Masyarakat Melayu.

Bahasa dan budaya bergerak seiring. Seawal abad ke-14 bahasa melayu telah
digunakan sebagai lingua franca antara negeri-negeri melayu dengan dunia luar seperti
inggeris, china, portugis dan belanda. Sekaligus membentuk budaya di mana bangsa-
bangsa ini cuba berkomunikasi dan berinterksi dalam bahasa melayu. Bahasa melayu
bukan sahaja menjadi wahana pengucapan dalam ekonomi, ilmu, filsafat malah juga
digunakan dalam pengucapan sastera dan budaya. Sastera dan budaya dalam
sesebuah negara semestinya melibatkan bahasa sebagai medium komunikasi.

      Bahasa dan budaya mempunyai maksud yang berbeza tetapi sangat berkait
rapat antara satu sama lain. Hal ini demikian karena bahasa merupakan cerminan
budaya dan identiti diri penutur. Kebudayaan adalah sistem yang mengatur interaksi
manusia di dalam masyarakat dan bahasa adalah suatu sistem yang berfungsi sebagai
sarana berlangsungnya interaksi itu. Oleh yang demikian, hubungan bahasa dan
kebudayaan seperti anak kembar siam, dua fenomena tersebut sangat erat sekali
bagaikan dua sisi mata wang, sisi yang satu sebagai sistem kebahasaan dan sisi yang
lain sebagai sistem kebudayaan. Kerana itu bahasa tidak pernah lepas dari konteks
budaya dan keberadaannya selalu dibayangi oleh budaya. Bahasa sangat penting
kerana bahasa mampu mempengaruhi budaya sesebuah masyarakat selain menjadi
faktor jatuh dan bangunnya sesebuah negara bangsa.

      Perbincangan bahasa dalam kebudayaan masyarakat adalah tidak lengkap jika
huraian mengenai maksud atau konsep budaya tidak disentuh. Menurut Gooddenough
dalam buku Mudjia Rahardjo bertajuk ‘Relung-relung Bahasa’ mengatakan bahawa
budaya suatu masyarakat adalah semua perkara yang harus diketahui dan dipercayai
oleh seseorang sehingga dia boleh bertindak sesuai dengan norma dan nilai dalam
masyarakat. oleh itu, budaya merupakan “cara” yang harus dimiliki seseorang untuk
melaksanakan kegiatan sehari-hari dalam hidupnya. Tingkah laku manusia dalam suatu
kumpulan masyarakat juga disifatkan sebagai budaya bagi masyarakat tersebut. Dalam
erti kata lain, budaya merupakan sesuatu kebiasaan atau kelaziman. Budaya meliputi
pelbagai aspek termasuklah bahasa, adat dan perkahwinan, tingkah laku dan
seumpamanya. Komunikasi dan interaksi dalam sesebuah masyarakat semestinya
menggunakan satu bahasa yang difahami oleh seluruh kumpulan masyarakat tersebut.
Bahasa yang digunakan menjadi kebiasaan sebagai bahasa perhubungan, pergaulan
dan seterusnya menjadi bahasa kebudayaan.

            Seperti yang dikatakan sebelumnya, bahasa ialah alat pengucapan dalam
budaya kita. Melalui bahasa Melayu kita menghantar nilai-nilai, konsep-konsep budaya
bangsa Malaysia. Dalam bahasa itu terkandung nilai-nilai budaya, atau pandangan
dunia bangsa Melayu.         Kita dapat melihat satu contoh yang nyata.   Apabila Israel
kembali ke negara asalnya, pemimpinnya menghidupkan bahasa asalnya, Hebrew.
Tujuannya ialah mengembalikan jatidiri orang Israel.       Setiap kanak-kanak diajarkan
bahasa Hebrew itu.          Dengan demikian, mereka membina kembali bangsa Israel,
jatidirinya, budayanya, agamanya, sistem politiknya dan sistem pendidikannya. Dengan
mengembalikan semula bahasa Hebrew itu, bangsanya hidup semula sebagai bangsa
yang bermaruah.         Ini dibina kembali melalui bahasa Hebrew, Bahasa Kebangsaan
Regim Israel.

            Daripada bukti sejarah kita dapat melihat peristiwa hilang bahasa, hilanglah
maruah bangsa. Apabila bahasa Hawaii pupus, bangsanya juga pupus. Pada hari ini
usaha menghidupkan semula bahasa Hawaii mengalami kesukaran sebab bangsa
Hawaii pun sudah tidak tulen lagi. Berlainan dengan bangsa Israel, jatidirinya sangat
kukuh.        Apabila terpaksa merantau ke luar negara asalnya, mereka mengekalkan
jatidiri.     Semasa di perantauan, mereka mengalami perubahan dan penyesuaian
sehingga dapat menjadi kaum yang dominan dalam negara-negara yang didiaminya.
Tetapi jatidirinya kekal. Apabila pulang ke negaranya, mereka masih belum kehilangan
ciri jatidirinya yang penting, bahasa, nilai-nilai dan pandangan dunianya.    Sekarang
mereka mengembalikan maruah bangsanya setelah menghidupkan semula bahasa
Hebrew.         Survival budaya sesuatu bangsa itu hanya melalui bahasanya.        Pada
bahasanya itulah terletaknya maruah bangsa itu.
Dalam Seminar Pendidikan Kebangsaan di UKM yang lalu, Che Mazlan Saad,
dari JIM, menyampaikan sebuah kertas kerja bertajuk “Isu-Isu Amalan Agama, Moral
Dan Bahasa Melayu”. Beliau mengatakan, usaha-usaha pemantapan budaya, amalan
agama, moral dan nilai hendaklah dilakukan melalui bahasa Melayu. Ini juga perlu
diambil berat oleh IPT swasta. Kita dapat melihat bahawa istilah-istilah agama Islam
sudah sebati dalam bahasa Melayu. Penggunaan sebarang bahasa lain tidak akan
membawa isi yang sama. Survival agama dan nilai hanya dapat diteruskan melalui
bahasanya sendiri.

       Di negara Malaysia, bahasa Melayu merupakan bahasa yang dipersetujui untuk
dijadikan sebagai bahasa pengucapan kebudayaan. Bahasa melayu menjadi bahasa
komunikasi yang lazim digunakan oleh rakyat untuk berhubung antara satu sama lain.
Sebagai    rakyat    Malaysia   bahasa   Melayu   seharusnya   dikuasai    oleh   seluruh
warganegara kerana bahasa Melayu sudah menjadi bahasa lazim atau bahasa
kebudayaan orang Malaysia. Seiring dengan definisi kebudayaan itu sendiri, iaitu
bahasa    diwarisi    secara    kemasyarakatan.     Bahasa     melayu     bukan   sahaja
menggambarkan budaya berbahasa orang Malaysia malah dalam bahasa melayu juga
banyak terkandung budaya lain seperti norma-norma masyaakat melayu.

       Dalam masyarakat melayu, bahasa melayu bukan sahaja digunakan sebagai
medium pergaulan untuk berurusan sahaja malah masyarakat melayu suka bercerita,
bersyair, berpantun bernyanyi menggunakan bahasa melayu. Budaya masyarakat
melayu yang suka dengan keindahan sastera ini telah meningkatkan keupayaan
bahasa melayu menjadi bahasa pengantara, bahasa pergaulan dan bahasa ilmu secara
tidak lansungnya. Tambahan lagi puisi dan cerita-cerita rakyat lazimnya disampaikan
melalui lisan.




4.0    Cabaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu.
Walaupun kedudukan Bahasa Melayu sudah terjamin sebagai bahasa kebangsaan,
bahasa rasmi dan bahasa pengantar pendidikan dan Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP) Peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan juga asas perpaduan mula
menempuhi cabaranya yang tersendiri. Meskipun telah menjadi bahasa pengantar
utama dalam sistem pendidikan dan digunakan sebagai bahasa ilmu serta bahasa
perpaduan. Bahasa Melayu perlu disemarakkan dan diberi penghormatan bagi
memperkasakan kedudukannya. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan
kemerosotan Bahasa Melayu sebagai bahasa Ilmu. Kemerosotan inilah yang menjadi
cabaran kepada Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu dan menjadi budaya masyarakat
Melayu.

      Antara   faktor-faktor   yang   menjurus   kepada   kemerosotan     itu   ialah
kecenderungan dan kelaziman penggunaan bahasa Inggeris dalam pendidikan seperti
PPSMI, peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi seperti yang ditafsirkan dalam
Perlembagaan masih belum dilaksanakan sepenuhnya, penggunaan bahasa rojak,
bahasa dalam sistem pesanan ringkas (SMS) dan bahasa dalam sembang di internet,
yakni pencemaran bahasa, dan jumlah penerbitan buku dalam Bahasa Kebangsaan
yang secara relatifnya rendah, dan kadar penterjemahan karya daripada bahasa asing
kepada Bahasa Kebangsaan yang secara relatifnya juga rendah dan lambat.




4.1   PPSMI

Pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)
pernah menjadi satu cabaran kepada Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
Berdasarkan realiti dalam bidang pendidikan kedudukan Bahasa Melayu sebagai
bahasa ilmiah semakin tergugat sejak kebelakangan ini. Apatah lagi dengan
pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) dalam
Bahasa Inggeris dan Dasar Bahasa di IPTA dan IPTS yang mula berubah. Kedudukan
dan usaha untuk menyemarakkan penggunaan Bahasa Melayu menjadi tumpuan
melalui pelbagai program yang dirangka tetapi aspek untuk memperkasakan
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu tidak dinyatakan secara
langsung.

       Pelaksanaan PPSMI di peringkat sekolah tidak dapat tidak telah menggugat
kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa ilmu. Kedudukan
Bahasa Melayu sebagai bahasa sains dan matematik terjejas dengan pelaksanaan
dasar ini. Kesannya kelak ke atas budaya, semua mata pelajaran sains dan matematik
dari peringkat pendidikan rendah hingga ke pendidikan tinggi akan diajarkan dalam
Bahasa Inggeris sepenuhnya. Hasilnya, pelaksanaan dasar ini akan menjadikan
peranan Bahasa Melayu selanjutnya dalam bidang ilmu Sains dan teknologi akan
tersekat terus dan terbantut kecuali dalam bidang yang amat terhad, khususnya bagi
pendidikan tinggi (era selepas SPM) sedangkan bahasa Melayu telahpun banyak
meneroka bidang tersebut dengan lebih 800,000 istilah, 200,000 buah buku pelbagai
judul, dan sebagainya. Segala usaha tersebut hanya perlu disempurnakan serta dibaiki
dari semasa ke semasa. Dalam konteks ini juga kedudukan Bahasa Melayu sebagai
bahasa ilmiah juga semakin mengecil khususnya dalam bidang sains dan teknologi.
Keadaan ini akan terus terbudaya sekiranya tidak disekat. Seharusnya kita perlu berasa
bersyukur tatkala pengumuman PPSMI dimansuhkan dan diganti dengan dasar
Memperkasa Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBM-MBI) baru-
baru ini.




4.2    Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi Belum Terlaksana Sepenuhnya

 Selain itu, perubahan dasar bahasa di peringkat IPT juga telah menyebabkan
berlakunya perbezaan yang ketara antara dasar Bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar dalam sistem pendidikan. Hal ini diperakui oleh Jawatankuasa Mengkaji,
Menyemak dan Membuat Perakuan Tentang Perkembangan dan Hala Tuju Pendidikan
Tinggi Malaysia (2006) yang menjelaskan jawatankuasa mendapati bahawa walaupun
Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa pengantar di peringkat sekolah, keadaan di
peringkat tinggi adalah berbeza. Selama lebih satu dekad telah wujud dua sistem yang
berbeza dengan ketaranya di peringkat pendidikan tinggi: Bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar di IPTA dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di IPTS.
Keadaan ini semakin terbudaya, lebih-lebih lagi perkembangan ini berlaku selepas
pelaksanaan Akta IPTS 1996, banyak IPTS telah diberi pengecualian daripada
menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Bahasa Inggeris telah
dijadikan bahasa pengantar kerana institusi-institusi ini kebanyakannya menawarkan
kursus-kursus IPT luar Negara.

      Namun begitu, dalam laporan yang sama jawatankuasa ini turut memperakukan
supaya Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan digunakan sebagai bahasa rasmi
digunakan dalam semua urusan rasmi dan Bahasa Inggeris hendaklah digunakan
sebagai bahasa pengantar di IPT dalam semua mata pelajaran sains, matematik dan
professional, manakala mata pelajaran lain hendaklah diajar dalam bahasa yang paling
berkesan untuk menyampaikan ilmu yang terkandung di dalam mata pelajaran tersebut.
Natijahnya, kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar semakin terpinggir
dan sudah pasti untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmiah juga semakin
sukar apabila semakin dipinggirkan di dalam institusi ilmu.     Kerisauan terhadap
perkembangan ini turut dinyatakan oleh Datuk Dr. Hassan Ahmad (2004) iaitu dasar
bahasa dalam sistem pendidikan negara berhubung dengan bahasa Inggeris jelas, iaitu
bahasa ini hendaklah diajarkan sebagai bahasa kedua yang wajib di sekolah
kebangsaan. Dasar ini tidak berkata bahawa bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua
hendaklah dijadikan bahasa pengantar dalam apa jua mata pelajaran di sekolah. Maka
jika keadaan ini berterusan, budaya masyarakat Melayu dalam mengamalkan bahasa
Melayu Jati akan terus terpinggir.




4.3   Penerbitan buku dalam Bahasa Kebangsaan & penterjemahan karya
      daripada bahasa asing kepada Bahasa Kebangsaan rendah dan lambat

Perakuan dan saranan agar penggunaan Bahasa Inggeris diperluaskan dalam bidang
pendidikan ini juga seakan-akan berlawanan dengan pelaksanaan Dasar Buku Negara
yang terkandung dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Buku teks dan
buku-buku rujukan memainkan peranan penting di dalam pengajaran dan pembelajaran
dan sudah sepatutnya usaha menambah bilangan penerbitan bahan-bahan tersebut
dalam bahasa kebangsaan mendapat sokongan daripada pelbagai pihak. Namun jika
dilihat dalam pelaksanaan dasar pendidikan kebelakangan ini dengan pelaksanaan
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)
serta dasar penggunaan Bahasa Melayu di IPTA dan IPTS, keadaan sebaliknya yang
berlaku; sedang satu pihak berusaha untuk menterjemah karya asing kepada Bahasa
Melayu, satu pihak lagi beralih kepada buku-buku Bahasa Inggeris sebagai rujukan. Di
sini menampakkan pembaharuan yang dikemukakan dalam PIPP tidak sejajar dengan
situasi yang berlaku terhadap pelaksanaan dasar bahasa dalam sistem pendidikan di
peringkat Kementerian Pelajaran sendiri dan juga Kementerian pengajian Tinggi.

       Usaha untuk memperbanyakkan penerbitan buku-buku dalam Bahasa Melayu
dan juga penterjemahan karya asing kepada Bahasa Melayu sepatutnya akan lebih
terangsang dan bersemarak kerana adanya permintaan mendesak apabila bidang
sains, matematik dan professional ini diajarkan dalam Bahasa Melayu. Keadaan inilah
yang berlaku apabila Bahasa Melayu mula dijadikan Bahasa Pengantar sepenuhnya di
IPTA pada awal 1980-an, dalam tahun 1980 hingga 1983, DBP telah mencetak
sebanyak 47 buah senarai istilah yang boleh dikatakan dalam semua bidang kecuali
bidang-bidang khusus. Di samping itu usaha-usaha ini diperlengkap oleh masing-
masing universiti mengikut keupayaan mereka untuk bidang-bidang yang lebih khusus
dan tinggi sesuai dengan peringkat pengajian tinggi.

4.4    Pencemaran Bahasa

Seperti yang telah disaksikan kebelakangan ini, kesan kemajuan global telah banyak
mengubah cara hidup lama. Satu-satunya yang baru ialah hidup dengan komputer dan
internet. Orang kini mengirim berita pantas melalui e-mail dan sms – dua istilah yang
sudah pun menjadi sebahagian perbendaharaan kata kita, dan sehubungan itu ramai
yang   berurus   niaga   melalui   internet.   Perkataan   terbaru   sering   memasuki
perbendaharaan kata kita, kadangkala tanpa perlu ditapis atau dihalusi terlebih dahulu.
Kebelakangan ini sudah begitu banyak pihak memperkatakan tentang Bahasa Melayu.
Tetapi boleh dikatakan kesemuanya membuat rungutan atau dengusan yang negatif
tentang keadaan terumbang-ambing beberapa aspek bahasa Melayu itu. Keadaan ini
semakin terbudaya, bukti dari tahun 1999 hingga 2003 terdapat secara rambang sekitar
94 rencana utama termasuk kertas-kertas simposium dan konvensyen yang
memperkatakan tentang bahasa Melayu dari pelbagai sudut dan aspek.

      Kini kita sudah diserang penyakit campur-aduk seperti yang disebutkan di atas.
Penyakit campur-aduk inilah yang menyebabkan berkembangnya bahasa rojak yang
boleh mengancam budaya masyarakt Melayu khususnya. Bahasa rojak wujud dalam
sesuatu ayat yang diselang-selikan dengan bahasa asing sehingga campurannya itu
semacam hidangan rojak. Hanya yang berbeza ialah rojak lebih sedap dimakan tetapi
bahasa rojak menyebabkan kita sakit telinga mendengarnya dan paling parah, bangsa
Melayu malu dipalunya. Paling mudah bagi kita mendengar melalui radio atau TV
sekarang ungkapan-ungkapan seperti “e-mail”, “sms” “internet”, “software”, “hardware”,
“ISDN”, “html”, “computer” “website” dan sebagainya.

      Usaha-usaha untuk menyemarakkan penggunaan dan mengukuhkan kecintaan
terhadap   Bahasa     Melayu   sebagai   bahasa     kebangsaan    dan    bahasa   rasmi
sememangnya disokong tetapi untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa
ilmiah mestilah disokong kuat oleh penggunaan dan pemakaian Bahasa Melayu
sepenuhnya dalam menyampaikan ilmu. Barulah Bahasa Melayu akan terus
berkembang pesat dan usaha memperkayakan khazanah bahasa dalam bidang ejaan,
peristilahan, kosa kata umum, tatabahasa, sebutan dan laras bahasa akan terus
bercambah menjadi budaya masyarakat Melayu. Hal ini disebabkan, pelaksanaan
Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sepenuhnya menuntut agar langkah-
langkah yang lebih gigih dilakukan terhadap persoalan-persoalan yang ditimbulkan. Di
samping    itu,   usaha   memperkembangkan     Bahasa    Melayu    dan    meningkatkan
keupayaannya menjadi bahasa ilmiah bagi semua bidang ilmu perlu diselaraskan
dengan perubahan dasar pendidikan dan pelaksanaannya di peringkat Kementerian
Pelajaran dan juga Kementerian Pengajian Tinggi .
5.0   Langkah –     Langkah Menangani Cabaran Yang Dihadapi Oleh Bahasa
      Melayu Sebagai pengucapan Ilmu Dan Budaya.

      Apabila wujudnya cabaran, maka langkah – langkah untuk mengatasi cabaran itu
perlu ada dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Antara
cabaran – cabaran bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu seperti yang telah dikupas
sebelum ini ialah, isu PPSMI, pelaksanaan bahasa rasmi yang tidak secara
sepenuhnya, iklim penerbitan buku bahasa Melayu yang suram dan penterjemahan
buku bahasa asing ke dalam bahasa Melayu yang kurang serta isu – isu yang berkaitan
dengan pencemaran bahasa.

      Cabaran – cabaran ini perlu diatasi supaya tidak menjejaskan peranan bahasa
Melayu sebagai pengucapan ilmu dan budaya. Justeru itu, langkah – langkah segera
perlu diambil untuk menangani setiap cabaran yang berlaku. Cabaran – cabaran ini bisa
memberi impak kepada peranan bahasa Melayu jika tidak ditangani dengan
sewajarnya.




5.2   Pemansuhan PPSMI Dan Pengenalan Dasar MBMMBI Dapat Memartabatkan
Bahasa Melayu Sebagai Pengucapan Ilmu.

PPSMI sebenarnya gagal memberi manfaat kepada murid khususnya murid yang
berasal dari luar bandar, pedalaman dan dalam kalangan murid orang asli. Akibat dari
desakan – desakan pelbagai pihak, maka pihak kerajaan telah memutuskan bahawa
pemansuhan PPSMI pada tanggal 8 Julai 2009 oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dapatan kajian pada tahun 2007 mendapati, skor purata pencapaian murid Malaysia
dalam Matematik dan Sains telah merosot dengan ketara.

      Terdapat tujuh faktor pemansuhan PPSMI. Antaranya ialah dengan melihat
kepada sejarah lampau. Sejarah membuktikan, belajar dengan menggunakan bahasa
Melayu masih mampu membuatkan rakyat negara ini menjadi doktor dan ahli
profesional yang lain. Selain itu, kajian UNESCO ( 1958 ) jelas menunjukkan bahawa
pendidikan dalam bahasa ibunda lebih berkesan, dan penguasaan bahasa kedua boleh
didapati sekiranya sekolah bermula dengan bahasa ibunda sebagai perantaraan
pengajaran, berikutnya memperkenalkan bahasa kedua sebagai subjek yang dipelajari.

      Hasil kajian UNESCO ini jelas membuktikan betapa peranan bahasa ibunda itu
sangat penting dan lebih berkesan digunakan dalam dunia pendidikan. Serentak
dengan pemansuhan PPSMI, dasar Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuhkan
Bahasa Inggeris ( MBMMBI ) telah diperkenalkan dan bakal dilaksanakan pada tahun
2012. Dasar ini diperkenalkan untuk mengembalikan martabat bahasa Melayu sebagai
bahasa ilmu yakni bahasa pengantar di sekolah kebangsaan. Menurut bekas Ketua
Pengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP),Dr, Hassan Ahmad, PPSMI boleh
melemahkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Justeru, pemasuhan PPSMI ini
merupakan tindakan yang sangat wajar.

Keunggulan   bahasa   Melayu   sebagai   bahasa   ilmu   dibuktikan   oleh   Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) apabila berjaya melahirkan ramai siswazah dalam bidang
perubatan dan pelbagai bidang lain. Meskipun belajar dalam bahasa Melayu, ramai
golongan profesional yang dihasilkan oleh UKM mahir berbahasa Inggeris dengan baik.




5.3   Menggiatkan Usaha Memperkasakan Bahasa Melayu Sebagai Rasmi
      Terutamanya Dalam Bidang pendidikan.

      Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menjelaskan bahawa bahasa Melayu
merupakan bahasa rasmi yang tidak boleh dipertikaikan fungsi dan peranannya sebagai
bahasa kebangsaan. Kedudukan bahasa melayu dimantapkan lagi dengan adanya Akta
Bahasa Kebangsaan 1967. Menurut tafsiran Seksyen 2 dan seksyen berkenaan dalam
Akta 1966, bahasa Kebangsaan hendaklah dijadikan bahasa pengantar di semua
institusi pendidikan dalam sistem pendidikan kebangsaan. Namun, dalam seksyen 17
(1) menteri mempunyai kuasa mengecualikan penggunaan bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar di mana – mana institusi pendidikan yang lain. Perkara ini telah
menunjukkan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan telah
berubah.
Institusi pendidikan swasta mempunyai kebebasan untuk memilih bahasa
pengantar yang digunakan. Justeru, pihak institusi pendidikan swasta akan memilih
bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dan berterusan meminggirkan peranan
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pedidikan. Akta Pendidikan 1996 dan Akta
IPTS 1996 dilihat bertentangan dengan usaha – usaha meninggikan martabat bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu. Perkara inilah yang harus diberi perhatian
supaya martabat bahasa Melayu tidak dijatuhkan. Apa yang perlu dilakukan adalh
dengan meminda akta – akta berkaitan yang sedia ada supaya jangan terlalu memberi
kelongagran dan kebebesan kebebasan kepada institusi pendidikan swasta memilih
sendiri bahasa pengantarnya.

      Menurut sumber dalam Berita Harian bertarikh 29 Jun 1998, terdapat usaha –
usaha yang dilakukan berkaitan dengan perkara ini. Antaranya ialah, Kongres Bahasa
dan Persuratan Melayu v 1998 membuat resolusi agar Akta Pendidikan 1996 dan Akta
IPTS 1996 disemak dan diselaraskan tujuannya. Kongres beresolusi supaya Fasal 17
dalam Akta Pendidikan dan Fasal 41 Akta IPTS 1996 digugurkan. Kongres juga
meminta supaya dasar yang membenarkan bahasa Inggeris, Cina dan Tamil digunakan
sebagai bahasa pengantar di sekolah dan universiti dikaji da digugurkan. Selain itu,
gesaan turut dibuat supaya menggesa IPTS melaksanakan bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar.

      Menurut Nik Safiah karim (1984 ), pencapaian taraf keintelektualan bahasa
Melayu akan menjadi lebih nyata apabila bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa
ilmiah. Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Persatuan Lingusitik
Malaysia telah menganjurkan Seminar Tamadun Berbahasa Melayu Menjelang Tahun
2020. Seminar yang telah diadakan ini mengutarakan lima resolusi, iaitu bahasa Melayu
telah diterima secara sah dalam dokumen – dokumen perundangan negara, sebagai
bahasa Kebangsaan, bahasa Rasmi dan juga bahasa pengantar ilmu. Usaha – usaha
sebegini   mampu    mengembalikan    martabat   bahasa    Melayu   sebagai   bahasa
pengucapan ilmu yang unggul.
5.4   Memperbanyakkan Penerbitan Buku – Buku                Ilmiah dalam Bahasa
      Kebangsaan Dan Menggiatkan Usaha Penterjemahan Karya Asing Ke
      dalam Bahasa Melayu.

Dalam usaha menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengucapan ilmu, DBP perlu
memainkan peranannya dengan jitu. DBP perlu menerbitkan lebih banyak buku ilmiah.
Jika terdapat banyak buku – buku ilmiah diterbitkan dalam bahasa Melayu, dapat dilihat
betapa tekalnya bahasa Melayu sebagai bahasa pengucapan ilmu. Selain dari
menerbitkan buku yang mencakupi pelbagai bidang ilmu, DBP perlu menerbitkan lebih
banyak kamus, peristilahan dan buku glosari supaya dapat mengangkat keupayaan
bahasa Melayu sebagai bahasa pengucapan ilmu.

      Penerbitan buku dapat membantu menyelesaikan masalah ketandusan ilmu.
Perkara ini dapat emmpercepatkan proses percambahan sesuatu ilmu itu dalam
bahasa Melayu. Selain dari penerbitan, DBP dan Institut Terjemahan Negara perlu
melakukan kerja – kerja menterjemah buku dengan giat. Apabila, terdapat banyak buku
bahasa asing yang diterjemah ke dalam bahasa Melayu, perkara ini dapat
menampakkan kehebatan pada bahasa Melayu itu sendiri.

Ledakan    era teknologi maklumat kini banyak mempengaruhi manusia. Dunia kini
merupakan dunia teknologi. Terdapat banyak istilah – istilah khusus mengenai bidang
teknologi. Perkara inilah yang perlu diberi perhatian oleh DBP. DBP perlu menterjemah
istilah – istilah tersebut ke dalam bahasa Melayu. Perkara seperti ini dapat
mengembangkan bahasa Melayu itu sendiri. Kekuatan da status bahasa Melayu
terletak pada sifat – sifat asasi yang membolehkannya dikembangkan mengikut
peredaran zaman. Menurut pakar bahasa, Dr. Nik Safiah Karim, pemantapan sistem
bahasa sebagai persediaan menjadi bahasa yang cekap dan yang mempunyai daya
pengungkap hal ehwal ilmu, teknologi dan segala bidang untuk kehidupan moden telah
mencapai tahap yang kukuh, walaupun proses ini masih berterusan dan masih perlukan
pemantapan.
5.5     Menangani Isu Pencemaran Bahasa

Pencemaran bahasa merupakan isu yang semakin serius dan perlu ditangani secara
berkesan. Dalam usaha menangani masalah ini, undang – undang berkaitan bahasa
perlu diwujudkan. DBP pula diberi kuasa untuk menghukum sesiapa sahaja yang
melakuka kesalahan bahasa bagi tujuan yang formal. Iklan merupakan sesuatu yang
dapat mempengaruhi manusia. Justeru, kawalan terhadap bahasa iklan perlu dipantau
dan bahasanya tidak ditulis sesuka hati kerana ia mampu menjadi ikutan anak – anak
muda. Peggunaan bahasa standard dapat megatasi kesalahan peggunaan bahasa
Melayu. Peraturan seragam perlu diwujudkan supaya penggunaan bahasa Melayu
tinggi dapat diterapkan.

        Masalah pencemaran bahasa perlu ditangani sari peringkat sekolah lagi
khususnya sewaktu berlangsungnya pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
Guru perlu memainkan peranan dan prihatin semasa mengajar. Jika terdapat kesalahan
penggunaan bahasa, guru perlu menegur dan membetulkan bahasa murid-muridnya.
Setiap kesalahan perlu dibetulkan dan tidak boleh dibiar kerana ia boleh menyebabkan
ia menjadi suatu kebiasaan. Aktiviti kebahasaan perlu kerap diadakan supaya guru
dapat    mengenal   pasti   kesalahan   -   kesalahan   bahasa   yang   dilakukan   lalu
membetulkannya.

        Pokok pangkalnya adalah diri sendiri. Kesedaran dalam diri itu perlu wujud
dalam usaha menangani pencemaran bahasa. Misalnya, bahasa SMS, bahasa di
laman sembang dan sebagainya, undang – undang tidak boleh mengawal dan
menyekat mereka. Hanya mereka sahaja yang mampu mengawal kelakuan mereka.
Justeru, kesedaran dan kecintaan terhadap bahasa itu perlu wujud dalam diri sendiri.
Bila sudah cinta, pastinya mereka akan sayang akan bahasa ibunda mereka.Semua
golongan tidak kira kecil besar, tua dan muda, semuanya perlu belajar menggunakan
bahasa Melayu yang betul dalam pertuturan serta dalam urusan seharian.
6.0   KESIMPULAN

Martabat    dan   status    bahasa      Melayu   perlu    dipertahankan     dan     yang   akan
mempertahankannya atau tidak adalah kehendak kita sendiri. Dalam usaha kita
membina, tidak perlu ada usaha meruntuh supaya segala usaha kita tidak akan menjadi
sia-sia. Bahasa Melayu perlu terus dipertahankan agar tidak pupus. Bahasa Melayu
perlu terus dikembangkan supaya tidak hilang di dunia ini serta dapat mencerminkan
bangsa kita. Bahasa Melayu telah mencapai tahap kegemilangannya hingga menjadi
lingua frangca dan bahasa ilmu sewaktu pada suatu ketika dahulu, kerana sifat
keterbukaan yang ada padanya iaitu mudah menerima pengaruh bahasa asing. Para
sarjana barat berasa kagum dan mempelajarinya, buktinya terdapat sumbangan yang
dihasilkan oleh sarjana Belanda dan British. Bahasa Melayu telah mengalami tiga tahap
perkembangan iaitu pemupukan, pembinaan dan pemantapan bahasa. Perkara 152
Perlembagaan negara telah menjamin dan mengiktiraf bahawa bahasa Melayu sebagai
bahasa     kebangsaan      seterusnya    menjadikan      bahasa     ilmu.   Dasar   Pendidikan
Kebangsaan sebagai peneguhnya iaitu memberi halatuju kepada bahasa Melayu dalam
sistem pendidikan negara.

      Dalam kajian ini juga telah dihuraikan tentang fungsi iaitu ciri-ciri yang terdapat
dalam bahasa Melayu itu yang menjadikan ianya sebagai bahasa wahana ilmu kerana
kemantapan yang ada pada memudahkan ia menyerap pelbagai budaya ilmu.
Seterusnya dihuraikan masalah-masalah yang dihadapi oleh bahasa Melayu iaitu
perubahan dasar pendidikan negara, masalah perubahan kurikulum, guru yang kurang
proaktif, sektor swasta yang kurang menggunakan bahasa Melayu, ketiadaan
penguatkuasa undang-undang, tenaga pengajar Institusi Pengajian Tinggi Awam yang
mengagungkan bahasa Inggeris, wujudnya golongan tidak yakin dengan bahasa
Melayu,    dan    kekurangan     penerbitan      bahan    ilmiah.    Langkah-langkah       untuk
mengembalikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu juga dibincangkan iaitu desakan
kepada kerajaan oleh pewakilan UMNO menampakkan sedikit hasil, perancangan
kurikulum, memberi ganjaran kepada guru yang memberi sumbangan ilmu, Memberi
kuasa penguatkuasaan dan pendakwaan kepada DBP, perbanyakan penerbitan dan
penterjemahan karya asing, pendukung ilmu IPTA seharusnya yakin dengan
kemampuan bahasa Melayu, dan penghasilan cakera padat panduan bahasa isyarat
Malaysia satu sumbangan ilmu.

Sebagai rumusannya pengkaji berpendapat bahawa bahasa Melayu telah mencapai
tahap kesempurnaannya, mampu bersaing dan berdaya maju dalam mencapai bahasa
ilmu. Seharusnya kita sebagai rakyat Malaysia berbangga dengan pencapaiannya dan
bukan berasa sangsi hingga sanggup menganaktirikan bahasa sendiri, ini telah terbukti
yang mana Korea, dan Jepun disertai oleh China yang sangat mendaulatkan
bahasanya mampu menjadi gergasi ekonomi dunia. Terbukti bahawa sesuatu bahasa
tidak pernah menjadi penghalang kemajuan. Oleh yang demikian bahasa Melayu
mampu menjadi bahasa ilmu.       Di samping itu, kesemua ini membuktikan bahawa
bahasa Melayu pernah mengungkapkan ilmu dalam zaman kegemilangannya, dan jika
terus dimartabatkan dan diberi kepercayaan, mampu menjadi bahasa ilmu yang dapat
menjana minda bangsanya. Selain daripada wahana penyebaran ilmu, bahasa juga
adalah alat atau perwujudan budaya yang digunakan manusia untuk saling dengan
tujuan menyampaikan maksud hati atau kemahuan kepada orang lain. Melalui bahasa,
manusia dapat menyesuaikan diri dengan adat istiadat, tingkah laku, tatacara
masyarakat, dan sekaligus mudah menyesuaikan dirinya dengan segala bentuk
masyarakat. Bahasa memiliki beberapa fungsi yang dapat dibahagi menjadi fungsi
umum dan fungsi khusus. Fungsi bahasa secara umum adalah sebagai alat untuk
berekspresi, berkomunikasi, dan alat untuk mengadakan integrasi dan adaptasi sosial.
Bibliografi :

Abdul Hamid Mahmood (2007). Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu: Cabaran Dan
      Harapan. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Asmah Haji Omar (1992). Kajian dan Perkembangan Bahasa Melayu.
       Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka.
Awang Sariyan 1995. “Pengantarabangsaan Bahasa Melayu melalui Institusi Pengajian
     Tinggi: Pengalaman UIAM.” Kertas kerja Kongres Bahasa Melayu Sedunia.
                  Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 21-25 Ogos
Datuk Zainal Abidin Bin Abdul Wahid (2001). Siri Bicara Bahasa Bil. 5: Bahasa,
      Pendidikan Dan Pembangunan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Hassan Ahmad 16 Jun 2002: Mempertahankan nilai bahasa Melayu sebagai bahasa
       ilmu.

Ismail Hussein (1992). Sejarah Pertumbuhan Bahasa Kebangsaan Kita. Asal-usul
       Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 1-6.

Mohamed Pitchay Gani Mohamed Abdul Aziz (2007). Evolusi Bahasa Melayu 2000
     Tahun Dari Zaman Purba Ke Budaya Elektronik. Tanjong Malim: Penerbit
     Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Nik Safiah Karim (1992). Beberapa persoalan Sosiolinguistik Bahasa Melayu. Kuala
       Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim (2006). Kuasa DBP Mengembalikan Upaya Bahasa Melayu. Kuala
       Lumpur: Dewan Bahasa, hlm 10-13. .

Rustam A. Sani (1993). Politik dan Polemik Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. Utusan
       Publications & Distributors Sdn. Bhd..
Shahrir Mohamad Zain, Berita Harian Isnin, 17 Oktober 2005: Bahasa Melayu sebagai
       Bahasa Ilmu

Yahya Don (2007). Kepimpinan Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur :PTS
       Professional, (Halalman 70-71.)

.
Laman sesawang :

http://akumelayutulen.blogspot.com/2009/04/bahasa-melayu-sebagai-bahasa-ilmu_17.html
http://ummahonline.wordpress.com/2008/05/22/bahasa-melayu-sebagai-bahasa-ilmu/
http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayu
http://jurnalnajmu.wordpress.com/2007/11/15/24/
http://id.wikipedia.org/wiki/Budaya


http://www.jasa.gov.my/index.php/bm/media/koleksi-artikel/5-field-issues/412-isu-
    bahasa-memartabatkan-bahasa-melayu-sebagai-saluran-penguasaan-
    ilmu.htmlhttp://www.pkpim.net/modules/news/article.php?storyid=17

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiSejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiNURLIDYAWATI JASMIN
 
Pengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdPPengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdPAina Shafina
 
Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya noraidahyaakub1
 
CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS
CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERISCABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS
CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS CIKGU NAZARINANAWAWI
 
Unit 6 tokoh-tokoh bm.
Unit 6 tokoh-tokoh bm.Unit 6 tokoh-tokoh bm.
Unit 6 tokoh-tokoh bm.Noor Salina
 
Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti wan salleh
 
6 bentuk komunikasi di khalayak
6 bentuk komunikasi di khalayak6 bentuk komunikasi di khalayak
6 bentuk komunikasi di khalayakkhairul azlan taib
 
Pakatan belajar mengajar pengetahuan bahasa (p bm pb)
Pakatan belajar mengajar pengetahuan bahasa (p bm pb)Pakatan belajar mengajar pengetahuan bahasa (p bm pb)
Pakatan belajar mengajar pengetahuan bahasa (p bm pb)Nas Hafizah Nasrullah
 
Bahasa Melayu : Fonologi Dan Fonetik
Bahasa Melayu : Fonologi Dan Fonetik Bahasa Melayu : Fonologi Dan Fonetik
Bahasa Melayu : Fonologi Dan Fonetik Nazira M
 
BAHASA MELAYU PASCA MERDEKA
BAHASA MELAYU PASCA MERDEKABAHASA MELAYU PASCA MERDEKA
BAHASA MELAYU PASCA MERDEKAFitriah Gi Kwang
 
Model Prinsip Kerjasama Grice
Model Prinsip Kerjasama GriceModel Prinsip Kerjasama Grice
Model Prinsip Kerjasama GriceSiti Mardiah
 
Beberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologiBeberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologinelson fredoline
 
Definisi kesihatan
Definisi kesihatanDefinisi kesihatan
Definisi kesihatanraniastudio
 
Elemen - elemen komunikasi dalam bahasa melayu
Elemen - elemen komunikasi dalam bahasa melayuElemen - elemen komunikasi dalam bahasa melayu
Elemen - elemen komunikasi dalam bahasa melayuPANTHERSpeFITNESS
 
Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)
Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)
Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)STPMVi
 
BAB 7 - SEMANTIK & PERIBAHASA
BAB 7 - SEMANTIK & PERIBAHASABAB 7 - SEMANTIK & PERIBAHASA
BAB 7 - SEMANTIK & PERIBAHASAZakira Hafizah
 

Mais procurados (20)

Komunikasi bertulis
Komunikasi bertulisKomunikasi bertulis
Komunikasi bertulis
 
Sistem tulisan bahasa melayu kuno presentation
Sistem tulisan bahasa melayu kuno presentationSistem tulisan bahasa melayu kuno presentation
Sistem tulisan bahasa melayu kuno presentation
 
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiSejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
 
Pengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdPPengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdP
 
Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya
 
CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS
CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERISCABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS
CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS
 
Unit 6 tokoh-tokoh bm.
Unit 6 tokoh-tokoh bm.Unit 6 tokoh-tokoh bm.
Unit 6 tokoh-tokoh bm.
 
Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti
 
6 bentuk komunikasi di khalayak
6 bentuk komunikasi di khalayak6 bentuk komunikasi di khalayak
6 bentuk komunikasi di khalayak
 
Pakatan belajar mengajar pengetahuan bahasa (p bm pb)
Pakatan belajar mengajar pengetahuan bahasa (p bm pb)Pakatan belajar mengajar pengetahuan bahasa (p bm pb)
Pakatan belajar mengajar pengetahuan bahasa (p bm pb)
 
BAB 6 - SINTAKSIS
BAB 6 - SINTAKSISBAB 6 - SINTAKSIS
BAB 6 - SINTAKSIS
 
Bahasa Melayu : Fonologi Dan Fonetik
Bahasa Melayu : Fonologi Dan Fonetik Bahasa Melayu : Fonologi Dan Fonetik
Bahasa Melayu : Fonologi Dan Fonetik
 
BAHASA MELAYU PASCA MERDEKA
BAHASA MELAYU PASCA MERDEKABAHASA MELAYU PASCA MERDEKA
BAHASA MELAYU PASCA MERDEKA
 
Model Prinsip Kerjasama Grice
Model Prinsip Kerjasama GriceModel Prinsip Kerjasama Grice
Model Prinsip Kerjasama Grice
 
Beberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologiBeberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologi
 
Definisi kesihatan
Definisi kesihatanDefinisi kesihatan
Definisi kesihatan
 
Elemen - elemen komunikasi dalam bahasa melayu
Elemen - elemen komunikasi dalam bahasa melayuElemen - elemen komunikasi dalam bahasa melayu
Elemen - elemen komunikasi dalam bahasa melayu
 
Peranan mabbim
Peranan mabbimPeranan mabbim
Peranan mabbim
 
Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)
Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)
Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)
 
BAB 7 - SEMANTIK & PERIBAHASA
BAB 7 - SEMANTIK & PERIBAHASABAB 7 - SEMANTIK & PERIBAHASA
BAB 7 - SEMANTIK & PERIBAHASA
 

Semelhante a bahasa melayu sebagai bahasa ilmu

Bahasa melayu
Bahasa melayuBahasa melayu
Bahasa melayuazhar am
 
PERANAN BAHASA MELAYU DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA
PERANAN BAHASA MELAYU DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIAPERANAN BAHASA MELAYU DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA
PERANAN BAHASA MELAYU DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIAdini201550
 
Prof. dr awang sariyan hubungan etnik
Prof. dr awang sariyan   hubungan etnikProf. dr awang sariyan   hubungan etnik
Prof. dr awang sariyan hubungan etnikwafascha
 
Contoh kaedah membuat kutipan
Contoh kaedah membuat kutipanContoh kaedah membuat kutipan
Contoh kaedah membuat kutipansblm1053uum
 
pengantar linguistik
pengantar linguistikpengantar linguistik
pengantar linguistikfitri norlida
 
Tugasan bahasa melayu & komunikasi
Tugasan bahasa melayu & komunikasi Tugasan bahasa melayu & komunikasi
Tugasan bahasa melayu & komunikasi eliza72
 
Gambaran umum ilmu bahasa
Gambaran umum ilmu bahasaGambaran umum ilmu bahasa
Gambaran umum ilmu bahasaGills Sigam
 
Sejarah Perkembangan bahasa melayu sebagai bahasa indonesia
Sejarah Perkembangan bahasa melayu sebagai bahasa indonesiaSejarah Perkembangan bahasa melayu sebagai bahasa indonesia
Sejarah Perkembangan bahasa melayu sebagai bahasa indonesiaAbdul Wahab
 
Sejarah, fungsi, perkembangan, dan kedudukan bahasa indonesia
Sejarah, fungsi, perkembangan, dan kedudukan bahasa indonesiaSejarah, fungsi, perkembangan, dan kedudukan bahasa indonesia
Sejarah, fungsi, perkembangan, dan kedudukan bahasa indonesianoussevarenna
 
sejarah malaysia.ppt
sejarah malaysia.pptsejarah malaysia.ppt
sejarah malaysia.pptANISSAKINAH5
 
Sejarah - Peran bahasa
Sejarah - Peran bahasaSejarah - Peran bahasa
Sejarah - Peran bahasaIhzaya
 
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayuTugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayuAhmad NazRi
 
Sejarah, Fungsi, Kedudukan Ragam Bahasa Indonesia (2).pptx
Sejarah, Fungsi, Kedudukan  Ragam Bahasa Indonesia (2).pptxSejarah, Fungsi, Kedudukan  Ragam Bahasa Indonesia (2).pptx
Sejarah, Fungsi, Kedudukan Ragam Bahasa Indonesia (2).pptxsastraindonesia3
 
Sejarah bahasa melayu individu copy
Sejarah bahasa melayu individu   copySejarah bahasa melayu individu   copy
Sejarah bahasa melayu individu copyShaleh Vs Lampard
 
Pembinaan dan pengembangan bahasa melayu di malaysia 2011
Pembinaan dan pengembangan bahasa melayu di malaysia 2011Pembinaan dan pengembangan bahasa melayu di malaysia 2011
Pembinaan dan pengembangan bahasa melayu di malaysia 2011kartini16
 
Landasan Teori Rancang Bangun Aplikasi Kamus Bahasa Biak
Landasan Teori Rancang Bangun Aplikasi Kamus Bahasa BiakLandasan Teori Rancang Bangun Aplikasi Kamus Bahasa Biak
Landasan Teori Rancang Bangun Aplikasi Kamus Bahasa BiakHerman Kayai
 
Teks 2 kedudukan dan fungsi bahasa indonesia
Teks 2 kedudukan dan fungsi bahasa indonesiaTeks 2 kedudukan dan fungsi bahasa indonesia
Teks 2 kedudukan dan fungsi bahasa indonesiaTohir Haliwaza
 
Asal usul bahasa dan bangsa melayu (artikel)
Asal usul bahasa dan bangsa melayu (artikel)Asal usul bahasa dan bangsa melayu (artikel)
Asal usul bahasa dan bangsa melayu (artikel)ShirleyEu1
 
Gambaran umum ilmu bahasa
Gambaran umum ilmu bahasaGambaran umum ilmu bahasa
Gambaran umum ilmu bahasaAthirah Shazana
 
Kedudukan dan fungsi serta unsur bahasa
Kedudukan dan fungsi serta unsur bahasaKedudukan dan fungsi serta unsur bahasa
Kedudukan dan fungsi serta unsur bahasaRiski Hp
 

Semelhante a bahasa melayu sebagai bahasa ilmu (20)

Bahasa melayu
Bahasa melayuBahasa melayu
Bahasa melayu
 
PERANAN BAHASA MELAYU DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA
PERANAN BAHASA MELAYU DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIAPERANAN BAHASA MELAYU DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA
PERANAN BAHASA MELAYU DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA
 
Prof. dr awang sariyan hubungan etnik
Prof. dr awang sariyan   hubungan etnikProf. dr awang sariyan   hubungan etnik
Prof. dr awang sariyan hubungan etnik
 
Contoh kaedah membuat kutipan
Contoh kaedah membuat kutipanContoh kaedah membuat kutipan
Contoh kaedah membuat kutipan
 
pengantar linguistik
pengantar linguistikpengantar linguistik
pengantar linguistik
 
Tugasan bahasa melayu & komunikasi
Tugasan bahasa melayu & komunikasi Tugasan bahasa melayu & komunikasi
Tugasan bahasa melayu & komunikasi
 
Gambaran umum ilmu bahasa
Gambaran umum ilmu bahasaGambaran umum ilmu bahasa
Gambaran umum ilmu bahasa
 
Sejarah Perkembangan bahasa melayu sebagai bahasa indonesia
Sejarah Perkembangan bahasa melayu sebagai bahasa indonesiaSejarah Perkembangan bahasa melayu sebagai bahasa indonesia
Sejarah Perkembangan bahasa melayu sebagai bahasa indonesia
 
Sejarah, fungsi, perkembangan, dan kedudukan bahasa indonesia
Sejarah, fungsi, perkembangan, dan kedudukan bahasa indonesiaSejarah, fungsi, perkembangan, dan kedudukan bahasa indonesia
Sejarah, fungsi, perkembangan, dan kedudukan bahasa indonesia
 
sejarah malaysia.ppt
sejarah malaysia.pptsejarah malaysia.ppt
sejarah malaysia.ppt
 
Sejarah - Peran bahasa
Sejarah - Peran bahasaSejarah - Peran bahasa
Sejarah - Peran bahasa
 
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayuTugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
 
Sejarah, Fungsi, Kedudukan Ragam Bahasa Indonesia (2).pptx
Sejarah, Fungsi, Kedudukan  Ragam Bahasa Indonesia (2).pptxSejarah, Fungsi, Kedudukan  Ragam Bahasa Indonesia (2).pptx
Sejarah, Fungsi, Kedudukan Ragam Bahasa Indonesia (2).pptx
 
Sejarah bahasa melayu individu copy
Sejarah bahasa melayu individu   copySejarah bahasa melayu individu   copy
Sejarah bahasa melayu individu copy
 
Pembinaan dan pengembangan bahasa melayu di malaysia 2011
Pembinaan dan pengembangan bahasa melayu di malaysia 2011Pembinaan dan pengembangan bahasa melayu di malaysia 2011
Pembinaan dan pengembangan bahasa melayu di malaysia 2011
 
Landasan Teori Rancang Bangun Aplikasi Kamus Bahasa Biak
Landasan Teori Rancang Bangun Aplikasi Kamus Bahasa BiakLandasan Teori Rancang Bangun Aplikasi Kamus Bahasa Biak
Landasan Teori Rancang Bangun Aplikasi Kamus Bahasa Biak
 
Teks 2 kedudukan dan fungsi bahasa indonesia
Teks 2 kedudukan dan fungsi bahasa indonesiaTeks 2 kedudukan dan fungsi bahasa indonesia
Teks 2 kedudukan dan fungsi bahasa indonesia
 
Asal usul bahasa dan bangsa melayu (artikel)
Asal usul bahasa dan bangsa melayu (artikel)Asal usul bahasa dan bangsa melayu (artikel)
Asal usul bahasa dan bangsa melayu (artikel)
 
Gambaran umum ilmu bahasa
Gambaran umum ilmu bahasaGambaran umum ilmu bahasa
Gambaran umum ilmu bahasa
 
Kedudukan dan fungsi serta unsur bahasa
Kedudukan dan fungsi serta unsur bahasaKedudukan dan fungsi serta unsur bahasa
Kedudukan dan fungsi serta unsur bahasa
 

Último

Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024editwebsitesubdit
 
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXIksanSaputra6
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...pipinafindraputri1
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxdeskaputriani1
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptnovibernadina
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptPpsSambirejo
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxrizalhabib4
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHANTUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHANwawan479953
 
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMAE-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMAAmmar Ahmad
 
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYSOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYNovitaDewi98
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...Kanaidi ken
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptnabilafarahdiba95
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfEniNuraeni29
 
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxOPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxDedeRosza
 
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaPengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaAndreRangga1
 
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024ssuser0bf64e
 

Último (20)

Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
 
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHANTUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
 
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMAE-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
 
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYSOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
 
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxOPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
 
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaPengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
 
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
 

bahasa melayu sebagai bahasa ilmu

  • 1. 1.0 PENGENALAN Bahasa Melayu telah digunakan di Kepulauan Melayu kira-kira abad ke tujuh. Pada waktu itu terdapat dua ratus bahasa yang dituturkan di kepulauan tersebut. Sebenarnya, bangsa Melayu merangkumi bukan sahaja Melayu Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Selatan Thailand, tetapi juga Melayu Campa di Vietnam dan Kemboja, serta orang-orang Funan di Kemboja, Melayu Filipina, Madagaskar, Taiwan dan pribumi di Papua New Guinea dan pulau-pulau di Asia-Pasifik. Bukti konkrit yang pertama tentang bentuk dan sifat bahasa Melayu hanya terdapat sejak tahun 683, dengan terjumpanya empat buah batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang, pada 683 Masihi, di Talang Tuwo, Palembang, pada 684 Masihi di Kota Kapur, Pulau Bangka, pada 686 Masihi dan di Karang Brahi, Meringin, daerah hulu Jambi pada 686 Masihi. Perkataan "Melayu" sebenarnya berasal dari bahasa Sanskrit, Malaya atau Malai, yang bermaksud "Gunung"; dan "Gunung" itu pula ialah perkataan Melayu moden untuk perkataan purbanya "Pnom". Marko Polo (pengembara Itali 1254-1323) merujuk bangsa atau bahasa Melayu sebagai Malaiur; catatan pegawai Portugis di Melaka, de Eradia seorang ahli matematik keturunan Melayu pada sekitar 1600, merujuk bahasa di Melaka sebagai Malaio; manakala catatan China sejak abad ke-6 lagi menyebutnya sebagai Mo-lo-yu, Molo-yoou dan Mo-lo-yeu. Satu daripada tinggalan ilmu Melayu Funan (pada batu bersurat bertarikh 531 Syaka, tahun Melayu Purba yang bermula pada tahun 78M (609M) yang terkenal ialah system angka perpuluhan yang ada simbol sifar (yang sama sistemnya seperti angka sekarang). Sebelum abad ke-8M lagi Melayu Campa ada mencatatkan di prasastinya tentang kemahiran mereka dalam pelbagai bidang ilmu dan budaya dengan mengelaskan ilmu-ilmu yang ada pada mereka itu kepada enam bidang ilmu termasuklah bidang sainsnya yang diistilahkannya sebagai horasastera iaitu astronomi, astrologi, kosmologi dan yang berhubung dengannya seperti matematik dan fizik. Menurut Shahrir Mohamad Zain, 2005, unit-unit sukatan asasi ciptaan orang- orang Melayu Campa dahulu juga cukup komprehensif, bersistem dan piawai, iaitu unit panjang atau jarak, dinamai li dan chang (kira-kira 10 kaki, unit Inggeris-Melayu yang berasal dari istilah Inggeris (feet) berasaskan panjang kaki seorang raja England abad
  • 2. ke-16. Perkara yang menarik adalah ribuan tahun kemudian Inggeris mengambil istilah dram atau dramma (Sanskrit) menjadi satu daripada istilah unit isi padunya, drum. Dalam tamadun Melayu, pada abad ke-7M lagi, sudah wujud istilah imbuhan unit bilangan seperti eka- (ekadasa=11, ekabahasa=satu bahasa), dwi-/bidwinmatra = dua dimensi, bhineka=dua aneka, tri- (tribuana=tiga alam nyata,), panca- (pancaindera = lima deria) polok/pulu/puluh, ratus, rivu/riwu/ribu, laksa (10 ribu), keti (100 ribu), dan ayuta/juta. Pencatat Sepanyol bersama pengembara terkenalnya, Magellan, pada awal abad ke-16M mencatat perkataan Melayu ini sebagai "iouta". Di Barat, sebahagaian daripada unitnya yang setara dengan unit-unit Melayu di atas itu wujud hanya mulai abad ke-13M sahaja dan sebahagian lagi dicipta dalam abad-abad selepasnya. Selain itu, pada abad ke-14M, selepas kedatangan Islam ke Alam Melayu terdapat banyak manuskrip dan buku atau kitab Melayu berkenaan dengan ilmu SAKTI (sains, kesihatan, kejuruteraan dan teknologi), selain daripada ilmu sakti biasa itu (ilmu sihir dan ajaib). Manuskrip bidang perubatan dan bioteknologi mungkin menjadi manuskrip Melayu yang terbanyak tetapi bidang ini dikenali sebagai tib atau mujarobat dan ahlinya tabib. Sebahagian besarnya masih belum dikaji oleh ahli-ahli biokimia, bioteknologi, bioperubatan dan perubatan kita sekarang. Oleh itu, dalam konteks sains moden ilmu-ilmu yang ada dalam ribuan manuskrip ini banyaklah yang bersifat hipotesis dan sesuatu hipotesis dalam sesuatu bidang ilmu amatlah diingini dan mahal harganya kerana semua sains bermula dengan hipotesis. Satu lagi bidang kekuatan orang Melayu dahulu ialah bidang ilmu mantik (lojik), kosmologi, astrologi (ilmu nujum), kosmogeni dan falak (astronomi). Manuskrip Melayu yang tertua yang dijumpai setakat ini ialah Kitab Abi Masyar al Falak oleh Ahmad Abdul Qadir Ibni Abdul Rahman pada 1209h/1794M. Kesemua ini membuktikan bahawa bahasa Melayu pernah mengungkapkan ilmu dalam zaman kegemilangannya, dan jika terus dimartabatkan dan diberi kepercayaan, mampu menjadi bahasa ilmu yang dapat menjana minda bangsanya. Penggunaan bahasa melayu semakin meluas kerana bahasa tersebut mudah dituturkan berbanding dengan bahasa yang lain. Ciri-ciri keterbukaan yang terdapat dalam bahasa Melayu yang dapat menerima pengaruh bahasa-bahasa lain
  • 3. menyebabkan bahasa tersebut dapat berkembang dengan pesat dan menjadi lingua franca dan bahasa ilmu bagi rantau kepulauan Melayu. Pada zaman kerajaan Sriwijaya bahasa Melayu dijadikan bahasa pentadbiran, perdagangan dan sebagai bahasa ilmu. Menurut catatan yang dibuat oleh seorang pendita Buddha yang bermastautin selama enam bulan di ibu negeri Sriwijaya, menyatakan bahawa sudah ada sebuah pusat pengajian agama Buddha menggunakan bahasa Melayu. Artikel Penyusunan Sejarah Bahasa Melayu : imbasan dan harapan Dewan Bahasa, Jun 2006 oleh Awang Sariyan. Bahasa Melayu juga telah mencapai zaman kegemilangannya di zaman Kesultanan Melayu Melaka sebagai bahasa ilmu. Di Malaysia hari ini bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa kebangsaan sepertiperenggan 152 para satu perlembagaan Malaysia, secara tidak langsung telah mengiktiraf bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Menurut ensiklopedia keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka, menjelaskan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu ialah peranan bahasa Melayu itu sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan atau sebagai alat untuk menyampaikan ilmu pengetahuan moden seperti fizik, kimia, kejuruteraan, perubatan, ekonomi, undang-undang, kesusasteraan, dan agama. Menurut Nik Safiah Karim 2006, bahasa Melayu harus boleh berfungsi sebagai bahasa akademik yang lengkap dengan laras-laras bahasa untuk memperkatakan pelbagai hal baru dalam aneka bidang ilmu moden, misalnya dalam bidang kejuruteraan, Bahasa Melayu harus mempunyai laras-laras bahasa yang khusus untuk menerangkan hal-hal tentang kejuruteraan awam, kejururteran elektrik dan elektronik, kejuruteraan mekanikal, dan kejuruteraan kimia. Laras-laras saintifik ini berbeza pula dengan laras sains sosial dan kemanusiaan seperti laras kesusasteraan, sejarah, laras seni ukir, laras sains rumah tangga dan sebagainya. Sebagai bahasa ilmu Bahasa Malaysia harus mempunyai perbendaharaan kata, istilah dan laras bahasa yang sesuai untuk mengungkapkan konsep dan pemikiran yang kompleks dan abstrak. Misalnya apabila memperkatakan konsep ekonomi, maka perlulah Bahasa Melayu mempunyai perbendaharaan kata, istilah dan laras bahasa yang cukup dan sesuai untuk menyatakan konsep dan pemikiran tentang hal-hal perdagangan antarabangsa,
  • 4. perindustrian ringan dan berat, perniagaan saham, pengurusan perakaunan dan perangkaan. Bahasa Melayu perlu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bahasa-bahasa antarabangsa yang lain seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Jepun, Bahasa Jerman, dan Bahasa Perancis, yang sudah lama berperanan sebagai bahasa ilmu moden dengan jayanya. Menurut Ismail Hussein (1992) satu-satu bahasa yang mencapai taraf sebagai bahasa ilmu, ia perlu mempunyai dua ciri penting, iaitu keintelektualan bahasa dan kesempurnaan bahasa dalam bidang-bidang tertentu. Dengan keintelektualan bahasa dimaksudkan bahasa itu harus mempunyai keupayaan menyampaikan buah fikiran dan hujah dengan tepat dan berkesan, iaitu mengungkapkan kesinambungan dan kerumitan fikiran. Mengikut Ismail Hussein (1992), kemuncak pencapaian taraf keintelektualan bahasa ialah penggunaan laras saintifik yang berusaha menghasilkan bentuk bahasa yang tepat yang mencerminkan kejelasan pemikiran yang logik. Keintelektualan bahasa dicapai, terutama melalui perbendaharaan kata, dan sebagainya melalui sistem bahasa. Seterusnya, bahasa itu juga perlu mempunyai ciri kesempurnaan, iaitu sifat-sifat yang menjadikan satu-satu bahasa itu sesuai, tepat, tegas dan berkesan dalam situasi atau konteks penggunaanya. Bahasa yang sempurna itu adalah bahasa yang memperlihatkan sifat-sifat kestabilan, kelenturan, kepelbgaian, keberkesanan, dan keindahan. Akhir sekali bahasa itu harus mempunyai ciri bahasa. Maksudnya bahasa yang digunakan untuk melahirkan perasaan, pendapat dan buah fikiran itu harus mempunyai perkataan yang sedap didengar, bertenaga dan menarik dan dapat menyentuh perasaan hati pembaca atau pendengar. Bahasa yang mengandungi unsur-unsur ini banyak terdapat dalam laras sastera. (Yahya Don, 2007) Bahasa dan budaya merupakan dua perkara berbeza, tetapi tidak dapat dipisahkan, kerana bahasa merupakan cermin budaya dan identiti diri penuturnya. Hal ini bererti, apakah bahasa dapat mempengaruhi budaya masyarakat atau sebaliknya? Sehingga bahasa dapat menentukan kemajuan dan “mematikan” budaya bangsa. Bahasa adalah alat atau perwujudan budaya yang digunakan manusia untuk saling berkomunikasi, baik dari segi tulisan, lisan, ataupun gerakan (bahasa isyarat), dengan tujuan menyampaikan maksud hati atau kemahuan kepada lawan bicaranya atau orang
  • 5. lain. Melalui bahasa, manusia dapat menyesuaikan diri dengan adat istiadat, tingkah laku, tatacara masyarakat, dan sekaligus mudah membaurkan dirinya dengan segala bentuk masyarakat. Bahasa memiliki beberapa fungsi yang dapat dibahagi menjadi fungsi umum dan fungsi khusus. Fungsi bahasa secara umum adalah sebagai alat untuk berekspresi, berkomunikasi, dan alat untuk mengadakan integrasi dan adaptasi sosial. Bahasa penting dalam segala aspek kehidupan manusia, masyarakat dan negara. Dalam budaya Melayu, misalnya, terdapat fenomena bahasa budaya yang diungkapkan dalam bentuk kata-kata “budi bahasa”. Orang yang dikatakan “tidak tahu bahasa” bererti orang itu tidak pandai berbudi bahasa, yakni tidak mengetahui adat berbahasa menurut konteks sosialnya. Selain itu, bahasa mencakupi keseluruhan hidup manusia sebagai alat pemikiran, alat budaya, sebagai sumber kemajuan dan tamadun serta sumber kestabilan masyarakat dan negara. Bahasa juga sebagai pembentuk keperibadian dan nilai manusia. (Hassan Ahmad, 2002) Kertas kerja ini akan membincangkan tentang bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dengan memberi fokus tentang fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, sejauh manabahasa Melayu dapat digunakan sebagai bahasa ilmu dalam konteks sistem pelajaran hari ini, masalah atau punca yang membataskannya, dan langkah-langkah yang dijalankan untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Dalam kajian ini pengkaji akan menjelaskan tentang fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa yang ekspresif dalam berbagai bidang ilmu, termasuk sains dan teknologi serta peranannya dalam mendukung ilmu dan pemikiran bangsa. Kajian ini juga seterusnya menjelaskan tentang masalah- masalah yang dihadapi dalam menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, iaitu halangan-halangan yang dihadapi oleh bahasa itu dalam cabaran ledakan maklumat pada masa kini. Langkah-langkah perlu di ambil untuk menjamin bahawa bahasa Melayu hari ini masih releven sebagai bahasa ilmu, juga akan dikupas dalam kajian ini. Selain membincangkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, kertas kerja ini juga turut membincangkan bagaimana bahasa digunakan hari-hari dalam masyarakat dan bagaimana manusia membentuk makna berdasarkan konteks sosialnya.
  • 6. 2.0 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu di Malaysia Ceraian 152 daripada Perlembagaan Negara baru yang pada ketika itu dikenali dengan nama Persekutuan Tanah Melayu menyebut bahawa “ Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu(BM) ” dan bahawa bahasa ini akan mengambil alih Bahasa Inggeris (BI) sebagai bahasa rasmi yang tunggal sepuluh tahun selepas merdeka yakni pada tahun 1967. Apabila Sabah dan Sarawak memasuki Malaysia syarat yang sama juga dikenakan, dan tarikh Bahasa Melayu mengambil alih Bahasa Inggeris ialah 1973. Ketika zaman penjajahan, Bahasa Inggeris merupakan bahasa pentadbiran yang rasmi dan juga bahasa persekolahan, ini merupakan suatu keadaan yang umum bagi semua daerah yang dijajah oleh Inggeris, dan juga kuasa-kuasa barat yang lain. Oleh itu, Bahasa Inggeris mendapat kedudukan yang tinggi. Hal ini mendatangkan kesan buruk ke atas perkembangan Bahasa Melayu. Penggunaan Bahasa Melayu menjadi terbatas iaitu hanya digunakan sebagai bahasa perhubungan di rumah dan bahasa pengantar pada peringkat sekolah rendah. Akibatnya, Bahasa Melayu tidak mempunyai peluang yang cukup untuk berkembang menjadikan kedudukan sosialnya lebih rendah daripada Bahasa Inggeris, dan dari segi fungsi, Bahasa Melayu dianggap kurang kerana ketiadaan istilah-istilah yang lengkap dan bersifat khusus. Dorongan untuk mempelajari Bahasa Melayu juga hampir tidak ada kerana kerana kemajuan sosial dan ekonomi seseorang individu tidak bergantung kepada pengetahuan Bahasa Melayu tetapi sebaliknya bergantung kepada pengetahuan Bahasa Inggeris yang ada dalam dirinya. Bahasa Melayu yang diketahui olehkebanyakan penutur ialah “ Bahasa Melayu Pasar ”, bahasa yang digunakan untuk perhubungan di pasar dan tempat-tempat seperti itu. Sewaktu Bahasa Melayu dipilih untuk diangkat sebgai bahasa kebangsaan negara baru dan untuk mengambil alih Bahasa Inggeris sebgai bahasa rasmi yang tunggal, berlakunya dua perkara iaitu:
  • 7. (i) Penubuhan satu badan untuk memproses perkembangan Bahasa Melayu bagi membolehkannya memikul tugas-tugas baru, dan (ii) Proses melaksanakan Bahasa Melayu sebagai alat perhubungan rasmi dan bahasa pengantar di institut-institut pengajian. Majoriti daripada tugas pengembangan dan pembinaan Bahasa Melayu dipikul oleh pihak Dewan Bahsa dan Pustaka iaitu badan perancangan bahasa yang telah ditubuhkan pada tahun 1956. Dewan Bahasa dan Pustaka bergerak sebagai satu badan yang menjalankan atau yang mengawasi tiga aktiviti perancangan bahasa yang berkaitan iaitu perancangan, pelaksanaan dan penilaian. Pada peringkat pelaksanaan, kegiatan-kegiatannya ialah yang terlibat dengan bahasa itu sendiri iaitu penentuan norma misalnya norma melalui sistem tulisan, penyusunan tatabahasa dan kamus sama ada secara teknikal atau bukan teknikal dan juga penyebaran norma-norma ini kepada pengguna. 2.1 Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Melayu Selama berpuluh tahun Dewan Bahasa dan Pustaka telah mengendalikan berbagai-bagai projek yang bertujuan untuk mengembangkn Bahasa Melayu. Wujudnya usaha-usaha daripada Dewan Bahasa dan hasil daripada hakikat bahawa bahasa itu telah digunakansebagai alat perhubungan, alat pentadbiran, alat teknologi dan juga alat kebudayaan, Bahasa Melayu boleh dikatakan telah mengalami proses yang mendalam dari segi pembinaan dan pengembangannya. Selain itu, dalam beberapa bidang, kejayaan yang tinggi telah dicapai, misalnya dalam bidang kodifikasi dan penyebaran sistem ejaan dan istilah-istilah teknikal. Demikian juga dengan kejayaan yangv agak memuaskan yang telah dicapai dari aspek unsur saling menterjemah denga Bahasa Inggeris dan beberapa bahasa moden yang lain. Kini, konsep kerjasama antarabangsa telah dapat dibuktikan dalam perancangan bahasa dengan kerjasama yang telah wujud di antara Indonesia dan Malaysia.
  • 8. Oleh itu, dapat dikatakan bahawa Bahasa Melayu telah mengalami beberapa peringkat pembinaan dan pemgembangan yang agak mendalam pada segenap peringkat dan disertai oleh bilangan penuturnya yang semakin banyak dan yang terdiri daripada berbagai-bagai jenis kumpulan etnik. Ini telah banyak membawa perubahan dalam bahasa itu sendiri. Maka dengan ini juga bertujuan membicarakan aspek pembinaan dan pengembangan bahasa dan aspek sifat multilingual penduduk- penduduknya dari segi penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa pengantar. 2.2 Pelaksanaan Bahasa Melayu sabagai Bahasa Pengantar Dasar Pelajaran Kebangsaan, sebagaimana yang tercatat dalam Penyata Razak telah dilaksanakan pada tahun 1957 dan dasar ini telah disokong lagi oleh Penyata Rahman Talib pada tahun 1961. Di antara tahap-tahap yang penting dalam proses pelaksaanan ini antaranya ialah penubuhan sekolah-sekolah menengah berpengantar Bahasa Melayu pada tahun 1963, pelaksanaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar bagi mata pelajaran tertentu di sekolah-sekolah rendah jenis kebangsaan pada tahun 1968 dan permulaan pelaksanaan berperingkat Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar tunggal di sekolah-sekolah rwndah jenis kebangsaan pada tahun 1971. Pada peringkat sekolah menengah pula, Bahasa Melayu menjadi salah satu mata pelajaran pada tahun 1957 dan tidak lama kemudian menjadi satu mata pelajaran dalam pepepriksaan Sijil Peperiksaan Seberang Laut. Pada tahun 1970, dengan pengambilalihan Sijil Peperiksaan Seberang Laut oleh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Bahasa Melayu dijadikan sebagai mata pelajaran wajib atau teras bagi semua calon yang mengambil peperiksaan tersebut. Kini, banyak mata pelajaran telah diajar dengan menggunakan Bahasa Melayu dan pelaksanaan sepenuhnya dasar ini ialah pada tahun 1983.
  • 9. Pada peringkat pengajian tinggi, pertukaran daripada Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu berlaku secara bernasur-ansur pada tahun-tahun enam puluhan di beberapa maktab perguruan terutamanya di Maktab Perguruan Bahasa dan di beberapa jabatan di Universiti Malaya khususnya di Jabatan Pengajian Bahasa Melayu. Pada tahun 1970, Universiti9 Kebangsaan Malaysia ditubuhkan yang merupakan sebuah universiti yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahsa pengantar yag tunggal. Namun kini, kesemua pusat pengajian tinggi berada dalam berbagai-bagai peringkat pelaksanaan dasar bahasa kebangsaan merelisasikan matlamat menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sekaligus menduduki peringkat Bahasa Kebangsaan. 2.3 Bahasa Melayu sebagai Lambang Penyatuan Garvin dan Mathiot (1968) berbicara tentang tiga fungsi simbolik sesuatu bahasa baku itu iaitu: (i) Fungsi penyatuan di mana bahasa baku bertindak sebagai alat yang menghubungkan penutur-penutur yang menuturkan berbagai-bagai dialek bahasa yang sama dan dengan demikian akan menyatukan mereka ke dalam satu masyarakat pertuturan atau bahasa. (ii) Fungsi pengasingan iaitu di mana bahasa baku diajukan sebagai variasi yang terasing daripada dialek-dialek lain daripada bahasa yang sama, dengan demikian bertugas sebagai lambang identiti kebangsaan yang terasing, dan (iii) Fungsi prestij iaitu di mana kewujudan atau kepunyaan satu bahasa baku menimbulkan perasaan atau semangat megah bagi Negara.
  • 10. Di Malaysia bahasa kebangsaan atau bahasa baku iaitu Bahasa Melayu telah berusaha untuk mecapai ketiga-tiga fungsi di atas. Walau bagaimanapun, seperti kebanyakan negara-negara lain yang sedang membangun, fungsi utamanya ialah untuk menjadi faktor penyatuan, satu lambang yang dicipta bagi menimbulkan satu identiti yang menurut Fishman (1968): “ ... can lead to common mobilization and involvement above, beyond, and at the expense of pre-existing ethnic-cultural peculiarities … These languages may and has become a symbol of supra-local ethnic-cultural identification, that is, of ethniccultural identification at the nationality level.” Peranan Bahasa Melayu sebagai factor penyatuan disalurkan menerusi dasar pelajaran kebangsaan, sebgaimana tercatat dalam Akta Pelajaran 1961. 2.4 Bahasa Melayu sebagai Pengucapan Budaya Bahasa Melayu secara umumnya merupakan bahasa komunikasi terutamanya dalam kalangan masyrakat yang menggunkan Bahasa melayu sebagai bahasa ibunda dalam komunikasi sehari-harian. Namun demikian, sekadar demikian adalah tidak memadai bagi memartabatkan Bahasa Melayu ini dengan sekadar menjadikannya sebagai bahasa pengantar kebangsaan. Oleh itu, penggunaan Bahasa Melayu ini diharap dapat diperluaskan penggunaannya dalam masyarakat intelektual secara meluas terutamanya selaras dengan perkembangan era moden ini. Ini merupakan satu usaha yang harus dibina bagi menyatukan masyarakat Malaysia serta melaksanakan tanggungjawab memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.. 3.0 CIRI-CIRI BAHASA ILMU Terdapat dua ciri yang penting dalm menjadikan sesebuah bahasa itu sebagai bahasa ilmu. Menururt Profesor Dr. Abdul Hamid Mahmood (2007) dalam kertas kerjanya
  • 11. Bahasa Melayu Sebagai Bahas Ilmu cabaran Dan Harapan menyatakan bahawa ciri bahasa ilmu adlah keintelektualan bahasa dan kesempurnaan bahasa. Melalui ciri-ciri ini, kita dapat mencetuskan persoalan iaitu adakah bahasa melayu telah mencapai status bahasa ilmu berdasarkan ciri-ciri tersebut? Persoalan ini akan terjawab apabila kita mengkaji secara lebih mendalam terhadap bahasa Melayu. 3.1 KEINTELEKTUALAN BAHASA Keintelektuaan bahasa dapat dtakrifkan sebagai keupayaan untuk menyampaikan buah fikiran dan hujah dengan tepat dan berkesan, iaitu mengungkap kesinambungan dan kerumitan fikiran. Hal ini dapat dijelaskan lagi dengan keupayaan bahasa Melayu menjadi bahasa saintifik yakni mempunyai kosa kata dalam bidang atau laras-laras tertentu. Hal ini dapat juga dilihat melalui pengembangan perbendaharaan kata iaitu menambahkan istilah-istilah baharu yang mempunyai sifat khusus yang mungkin sukar difhami oleh penutur-penutur biasa. Bukti yang menunjukkan bahasa Mnelayu menjadi bhasa yang intelektual adalah seperti dalam bidang undang-undang, ekonomi, perubatan, computer, kejuruteraan, pertanian, dan sains. Setiap bidang-bidang ini mempunyai perbendaharaan kata bahasa Melayu yang khusus dan saintifik. Hal ini jelas menunjukkan bahawa bahasa Melayu telah menjadi bahasa ilmu dan berintelektual. Berikut merupakan contoh-contoh perbendaharaan kata bahasa melayu yang khusus bagi setiapa bidang-bidang ilmu: BIDANG ILMU CONTOH KOSA KATA/AYAT YANG KHUSUS UNDANG-UNDANG Hal ehwal darurat ada terkandung dalam Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan. Mengikut Fasal 1 perkara itu, apa yang dimaksudkan dengan darurat adalah satu darurat besar yang mengancam keselamatan atau kehidupan ekonomi Persekutuan atau mana-mana bahagian. PERUBATAN Bakteria laktobasilus adalah bacteria bersifat gram
  • 12. positif, tidak berbentuk spora dan berkembang biak… EKONOMI Aliran pertalian antara organisasi perniagaan dengan pasaran ini disebut system pemasaran. KOMPUTER Pangkalan Data Microsoft Acces, Memulakan Sistem. KEJURUTERAAN Ada tiga sistem koordinat yang berlainan yang biasanya digunakan untuk menentukan kedudukan zarah dalam ruang. PERTANIAN Pembiakan adalah proses memanjangkan kewujudan sesuatu sepsis tumbuhan. SAINS Kolestrol adalah sebahagian daripada bahan sterol. Jadual di atas jeals menunjukkan perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa yang mempunyai keintelektualan bahasa dan seterusnya dianggap sebagai bahasa ilmu. 3.2 KESEMPURNAAN BAHASA Ciri kedua dalam menjadikan sesuatu bahasa itu sebagai bahasa ilmu adalah kesempurnaan bahasa. Kesempurnaan bahasa bermaksud sifat-sifat yang menjadikan sesuatu bahasa itu sesuai, tepat, tegas dan berkesan dalam situasi dan konteks penggunaannya. Menurut Prof. Dr. Abdul Hamid Mahmood (2007), kesempurnaan bahasa mempunyai sifat-sifat kestabilan, kelenturan, kepelbagaian, keberkesanan dan keindahan. Kestabilan bermaksud sesuatu bahasa itu harus mempunyai peraturan-peraturan atau system seperti sebutan, peraturan pemakaian imbuhan, ayat dan frasa. Contohnya, di dalam bahasa Melayu, perkataan rumah akan disebut rumah dan tidak ruhma atau mahru. Hal ini bermakna kestabilan bahasa perlulah berdasarkan kepada rumus atau peraturan tatabahasa terutamananya dari aspek ejaan, sebutan dan sebagainya.
  • 13. Manakala dari segi kelenturan pula, bahasa sepatutnya mempunyai kesesuaian dengan alam sekitar dan pembaharuan-pembaharuan yang berlaku dalam masyarakat bahasa tersebut. Contoh yang jelas adalah perkataan bahasa Inggeris yang terdapat dalam bahasa Melayu telah dilenturkan apabila masayarakat bahasa Melayu menyebutnya seperti university telah menjadi university dalam bahasa Melayu dengan mngikut bunyi fonemnya. Begitu juga denan sifat-sifat lain dalam kesempuranaan bahasa iaitu kepelbagaian yakni berfokuskan kepada sesuatu bahasa itu mempunyai kepelbagaian dalam aspek penyampaiannya. Hal ini bermakna kepelbagaian ini barkait rapat dengan aspek intonasi, jeda dan sebagainya. Manakala sifat keberkesanan pula merujuk kepada bahasa yang sempurtna adalah bahasa yang tidak mempunyai kekeliruan maksud atau erti. Hal ini bermakna, setiap penyampaiab yang menggunakan bahasa tersebut haruslah jelas maknanya dan mesej yang ingin disampaikan. Sifat kesempurnaan bahasa yang terakhir sekali adalah bahasa indah atau keindahan bahasa. Bangsa Melayu merupakans alahs atu daripada bahasa yang terkenal dengan sikaop sopan santunnya serta berbudi bahasa yang tinggi. Berdasarkan konteks ini, jelas memeperlihatkan bahawa bahasa melayu mempunyai bahasa yang indah dan lembut dalam segenap hal perbincangan. Contohnya, untuk menegur seseorang, kita boleh menggunakan bahasa yang halus dan penuh hemah tanpa menyakiti hati invidu yang ditegur. Hal ini berlaku berdasarkan kebijaksaan penutur tersebut untuk menggunakan kosa kata yang sesuai dan lembut dalam setiap tutur bicaranya. Berdasarkan dua ciri bahasa ilmu yang telah dijelaskan iaitu keintelektualan bahasa dan kesempurnaan bahasa, secara tuntasnya, bahasa Melayu mempunyai ciri- ciri tersebut. Persoalan yang mungkin timbul berdasarkan kedua-dua ciri ini adalah sejauh manakah kejayaan bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu pada hari ini? 3.3 KEJAYAAN BAHASA MELAYU SEBAGAI PENGUCAPAN ILMU DAN BUDAYA
  • 14. Kejayaan bahasa Melayu sebagai pengucapan ilmu dan budaya dapat dilihat melalui beberapa aspek tertentu. Apabila membincangkan mengenai bahaasa Melayus ebagai pengucapan ilmu dan budaya, minda penutur jati bahasa Melayu akan melihat titik fokus perbincangan yang akan menjurus kepada pendidikan. Hal ini demkian kerana ilmu dan pendidikan saling berkait rapat antara satu sama lain. Bahasa Melayu sebagai pengucapan ilmu dan budaya dapat dilihat menerusi bidang pendidikan. Kerajaan telah menentapkan bahawa bahasa pengantar di sekolah adalah bahasa Melayu kecuali bagi sekolah vernakular yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa pengantar di sekolah. 3.4 BAHASA MELAYU DI SEKOLAH Pendidikan di Malaysia bermula dengan beberapa dasar yang penting yang berkait rapat dengan ketetapan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar dalam pendidikan. Contoh jawatankuasa yang memainkan peranan yang penting dalam menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar adalah Jwatankuasa Pelajaran 1956, Jawatankuasa Penyemak Dasar Pelajaran 1960 dan sebagainya. Peranan yang dimainkan dalam jawatankuasa ini amat penting dan terbukti berkesan dengan kerajaan mewajibkan bahasa Melayu sebagai subjek wajib lulus dan perlu diambil oleh semua pelajar di sekolah di Malaysia sehingga ke hari ini. Setelah bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar di sekolah, ia sekali gus telah mewujudkan budaya yang seragam dalam kalangan pelajar di sekolah. Hal ini bermakna setiap pelajar di sekolah kebangsaan akan menggunakan bahasa Melayu dalam interaksi mereka. Selain itu juga, setiap subjek yang diajar di sekolah seperti Sejarah, Geografi, Pendidikan Moral, Pendidikan Islam dan sebagainya diajar menggunakan bahasa Melayu sebagai medium penyampaian dan proses Pengajaran dan Pembelajaran. Secara tidak langsung, budaya di sekolah telah diwujudkan melalui interaksi antara pelajar dan guru dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan mereka.
  • 15. Namun, terdapat beberapa ancaman yang berlaku terhadap bahasa Melayu di sekolah. Perkara ini berlaku apabila terdapat pihak-pihak tertentu yang ingin mencapai kemajuan dengan pantas tanpa mengambil kira kepentingan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar ilmu khususnya melibatkan subjek sains tulen seperti sains, biologi, kimia, fizik dan matematik. Perkara yang berlaku mengambarkan masa depan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar ilmu kurang diberi perhatian. Walau bagaimanapun, kesedaran para pemimpin dan rakyat akan kesan buruk pelaksanaan PPSMI menunjukkan satu usaha memartabatkan bahasa melayu sebagai bahasa ilmu. 3.5 BAHASA MELAYU DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI Usaha memartabatkan bahasa melayu di Malaysia bukan sahaja dapat dilihat pada peringkat sekolah malah pada peringkat ‘universiti’ atau pusat-pusat pengajian tinggi pun menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar dalam bilik-bilik kuliah. Walaupun para pelajar digalakkan untuk menguasai bahasa asing khususnya bahasa inggeris namun bahasa melayu menjadi bahasa pengantar utama dalam urusan pentadbiran, perbincangan, ceramah dan kuliah. Di samping itu, bahasa melayu masih berada pada tahap yang tinggi kerana menjadi teras untuk menentukan kelayakan calon memasuki universiti-universiti tempatan. Dalam hal ini, para calon wajib lulus kepujian sebagai syarat minimum untuk memohon melanjutkan pelajaran di peringkat universiti. Dalam sesi temuduga, bahasa melayu digunakan sebagai medium komunikasi antara calon temuduga dengan penemuduga. Selain kecekapan berbahasa inggeris, kecekapan berbahasa melayu merupakan salah satu aspek yang paling penting dinilai dalam sesi temuduga. Hal ini menunjukkan kepentingan penggunaan bahasa melayu dalam pengajian di peringkat universiti sebagai medium penyebaran ilmu. Selain digunakan di sekolah dan universiti, kepentingan bahasa melayu juga diambil perhatian oleh pemimpin dan masyarakat dengan adanya perlaksanaan program-program intelektual. Contohnya, program Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) telah berjaya mengangkat bahasa melayu sebagai bahasa ilmu
  • 16. yang penting dipelajari. Jalinan usahasama antara Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pelajaran, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, dan Kementerian Pelancongan serta pihak swasta ini turut membayangkan betapa utuhnya rasa cinta dan sayang kita terhadap bahasa Melayu. Program ini menjadi bukti bahawa kerajaan selama ini tidak berdiam diri dalam memperkasa bahasa Melayu kepada masyarakat sejagat. Pertandingan pidato ini membuktikan keupayaan bahasa Melayu untuk pergi jauh ke peringkat global. Bahasa Melayu telah diterima baik di kebanyakan negara dan perihal ini menggambarkan bahawa bahasa Melayu boleh memainkan peranan yang penting dalam pembangunan tamadun saintifik dan prolifik di peringkat antarabangsa. Pertandingan pidato ini juga memberi petunjuk yang jelas bahawa bahasa Melayu bukanlah bahasa yang boleh diperkecilkan peranan dan pengaruhnya. Pada hari ini, di seluruh dunia, terdapat 129 buah pusat pengajian tinggi yang menawarkan kursus pengajian bahasa Melayu, merangkumi 40 buah negara dari Amerika Syarikat merentasi kesemua tujuh benua menganjur ke negara New Zealand. Pendedahan melalui pertandingan itu secara tidak langsung dapat menarik minat bangsa lain untuk lebih mendalami keunikan dan keindahan bahasa Melayu berserta budaya yang penuh dengan kesopanan. Kerana itu, rakyat tidak perlu malu bercakap dalam bahasa Melayu apabila berkomunikasi dengan orang luar yang berkunjung ke negara bertuah ini. Secara tidak langsung, tindakan berani itu mampu mengangkat martabat bahasa Melayu bukan sahaja sebagai bahasa pengantara tetapi sebagai bahasa ilmu. Dalam konteks dunia pada hari ini, bahasa Melayu telah diangkat sebagai salah satu daripada 10 bahasa utama dunia. Dengan angka lebih 280 juta orang penutur, bahasa Melayu diberi darjat yang tinggi sebagai bahasa kelima terbesar di dunia. Fakta ini memberi gambaran jelas bahawa bahasa Melayu mempunyai pengaruh dan peranan yang cukup besar dalam mewarnai landskap pembangunan tamadun dunia. Sehubungan ini juga, kerajaan mahu keyakinan terhadap potensi bahasa Melayu dalam segenap bidang terus dipupuk dan diperteguhkan. Kegigihan kerajaan
  • 17. memperkembang fungsi bahasa Melayu jelas menggambarkan hasrat kita untuk terus memperkasa bahasa Melayu kepada kedudukan yang lebih tinggi. 3.7 Bahasa Melayu Dalam Pengucapan Budaya Masyarakat Melayu. Bahasa dan budaya bergerak seiring. Seawal abad ke-14 bahasa melayu telah digunakan sebagai lingua franca antara negeri-negeri melayu dengan dunia luar seperti inggeris, china, portugis dan belanda. Sekaligus membentuk budaya di mana bangsa- bangsa ini cuba berkomunikasi dan berinterksi dalam bahasa melayu. Bahasa melayu bukan sahaja menjadi wahana pengucapan dalam ekonomi, ilmu, filsafat malah juga digunakan dalam pengucapan sastera dan budaya. Sastera dan budaya dalam sesebuah negara semestinya melibatkan bahasa sebagai medium komunikasi. Bahasa dan budaya mempunyai maksud yang berbeza tetapi sangat berkait rapat antara satu sama lain. Hal ini demikian karena bahasa merupakan cerminan budaya dan identiti diri penutur. Kebudayaan adalah sistem yang mengatur interaksi manusia di dalam masyarakat dan bahasa adalah suatu sistem yang berfungsi sebagai sarana berlangsungnya interaksi itu. Oleh yang demikian, hubungan bahasa dan kebudayaan seperti anak kembar siam, dua fenomena tersebut sangat erat sekali bagaikan dua sisi mata wang, sisi yang satu sebagai sistem kebahasaan dan sisi yang lain sebagai sistem kebudayaan. Kerana itu bahasa tidak pernah lepas dari konteks budaya dan keberadaannya selalu dibayangi oleh budaya. Bahasa sangat penting kerana bahasa mampu mempengaruhi budaya sesebuah masyarakat selain menjadi faktor jatuh dan bangunnya sesebuah negara bangsa. Perbincangan bahasa dalam kebudayaan masyarakat adalah tidak lengkap jika huraian mengenai maksud atau konsep budaya tidak disentuh. Menurut Gooddenough dalam buku Mudjia Rahardjo bertajuk ‘Relung-relung Bahasa’ mengatakan bahawa budaya suatu masyarakat adalah semua perkara yang harus diketahui dan dipercayai oleh seseorang sehingga dia boleh bertindak sesuai dengan norma dan nilai dalam masyarakat. oleh itu, budaya merupakan “cara” yang harus dimiliki seseorang untuk melaksanakan kegiatan sehari-hari dalam hidupnya. Tingkah laku manusia dalam suatu
  • 18. kumpulan masyarakat juga disifatkan sebagai budaya bagi masyarakat tersebut. Dalam erti kata lain, budaya merupakan sesuatu kebiasaan atau kelaziman. Budaya meliputi pelbagai aspek termasuklah bahasa, adat dan perkahwinan, tingkah laku dan seumpamanya. Komunikasi dan interaksi dalam sesebuah masyarakat semestinya menggunakan satu bahasa yang difahami oleh seluruh kumpulan masyarakat tersebut. Bahasa yang digunakan menjadi kebiasaan sebagai bahasa perhubungan, pergaulan dan seterusnya menjadi bahasa kebudayaan. Seperti yang dikatakan sebelumnya, bahasa ialah alat pengucapan dalam budaya kita. Melalui bahasa Melayu kita menghantar nilai-nilai, konsep-konsep budaya bangsa Malaysia. Dalam bahasa itu terkandung nilai-nilai budaya, atau pandangan dunia bangsa Melayu. Kita dapat melihat satu contoh yang nyata. Apabila Israel kembali ke negara asalnya, pemimpinnya menghidupkan bahasa asalnya, Hebrew. Tujuannya ialah mengembalikan jatidiri orang Israel. Setiap kanak-kanak diajarkan bahasa Hebrew itu. Dengan demikian, mereka membina kembali bangsa Israel, jatidirinya, budayanya, agamanya, sistem politiknya dan sistem pendidikannya. Dengan mengembalikan semula bahasa Hebrew itu, bangsanya hidup semula sebagai bangsa yang bermaruah. Ini dibina kembali melalui bahasa Hebrew, Bahasa Kebangsaan Regim Israel. Daripada bukti sejarah kita dapat melihat peristiwa hilang bahasa, hilanglah maruah bangsa. Apabila bahasa Hawaii pupus, bangsanya juga pupus. Pada hari ini usaha menghidupkan semula bahasa Hawaii mengalami kesukaran sebab bangsa Hawaii pun sudah tidak tulen lagi. Berlainan dengan bangsa Israel, jatidirinya sangat kukuh. Apabila terpaksa merantau ke luar negara asalnya, mereka mengekalkan jatidiri. Semasa di perantauan, mereka mengalami perubahan dan penyesuaian sehingga dapat menjadi kaum yang dominan dalam negara-negara yang didiaminya. Tetapi jatidirinya kekal. Apabila pulang ke negaranya, mereka masih belum kehilangan ciri jatidirinya yang penting, bahasa, nilai-nilai dan pandangan dunianya. Sekarang mereka mengembalikan maruah bangsanya setelah menghidupkan semula bahasa Hebrew. Survival budaya sesuatu bangsa itu hanya melalui bahasanya. Pada bahasanya itulah terletaknya maruah bangsa itu.
  • 19. Dalam Seminar Pendidikan Kebangsaan di UKM yang lalu, Che Mazlan Saad, dari JIM, menyampaikan sebuah kertas kerja bertajuk “Isu-Isu Amalan Agama, Moral Dan Bahasa Melayu”. Beliau mengatakan, usaha-usaha pemantapan budaya, amalan agama, moral dan nilai hendaklah dilakukan melalui bahasa Melayu. Ini juga perlu diambil berat oleh IPT swasta. Kita dapat melihat bahawa istilah-istilah agama Islam sudah sebati dalam bahasa Melayu. Penggunaan sebarang bahasa lain tidak akan membawa isi yang sama. Survival agama dan nilai hanya dapat diteruskan melalui bahasanya sendiri. Di negara Malaysia, bahasa Melayu merupakan bahasa yang dipersetujui untuk dijadikan sebagai bahasa pengucapan kebudayaan. Bahasa melayu menjadi bahasa komunikasi yang lazim digunakan oleh rakyat untuk berhubung antara satu sama lain. Sebagai rakyat Malaysia bahasa Melayu seharusnya dikuasai oleh seluruh warganegara kerana bahasa Melayu sudah menjadi bahasa lazim atau bahasa kebudayaan orang Malaysia. Seiring dengan definisi kebudayaan itu sendiri, iaitu bahasa diwarisi secara kemasyarakatan. Bahasa melayu bukan sahaja menggambarkan budaya berbahasa orang Malaysia malah dalam bahasa melayu juga banyak terkandung budaya lain seperti norma-norma masyaakat melayu. Dalam masyarakat melayu, bahasa melayu bukan sahaja digunakan sebagai medium pergaulan untuk berurusan sahaja malah masyarakat melayu suka bercerita, bersyair, berpantun bernyanyi menggunakan bahasa melayu. Budaya masyarakat melayu yang suka dengan keindahan sastera ini telah meningkatkan keupayaan bahasa melayu menjadi bahasa pengantara, bahasa pergaulan dan bahasa ilmu secara tidak lansungnya. Tambahan lagi puisi dan cerita-cerita rakyat lazimnya disampaikan melalui lisan. 4.0 Cabaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu.
  • 20. Walaupun kedudukan Bahasa Melayu sudah terjamin sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pengantar pendidikan dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan juga asas perpaduan mula menempuhi cabaranya yang tersendiri. Meskipun telah menjadi bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan dan digunakan sebagai bahasa ilmu serta bahasa perpaduan. Bahasa Melayu perlu disemarakkan dan diberi penghormatan bagi memperkasakan kedudukannya. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kemerosotan Bahasa Melayu sebagai bahasa Ilmu. Kemerosotan inilah yang menjadi cabaran kepada Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu dan menjadi budaya masyarakat Melayu. Antara faktor-faktor yang menjurus kepada kemerosotan itu ialah kecenderungan dan kelaziman penggunaan bahasa Inggeris dalam pendidikan seperti PPSMI, peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi seperti yang ditafsirkan dalam Perlembagaan masih belum dilaksanakan sepenuhnya, penggunaan bahasa rojak, bahasa dalam sistem pesanan ringkas (SMS) dan bahasa dalam sembang di internet, yakni pencemaran bahasa, dan jumlah penerbitan buku dalam Bahasa Kebangsaan yang secara relatifnya rendah, dan kadar penterjemahan karya daripada bahasa asing kepada Bahasa Kebangsaan yang secara relatifnya juga rendah dan lambat. 4.1 PPSMI Pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pernah menjadi satu cabaran kepada Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Berdasarkan realiti dalam bidang pendidikan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmiah semakin tergugat sejak kebelakangan ini. Apatah lagi dengan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) dalam Bahasa Inggeris dan Dasar Bahasa di IPTA dan IPTS yang mula berubah. Kedudukan dan usaha untuk menyemarakkan penggunaan Bahasa Melayu menjadi tumpuan melalui pelbagai program yang dirangka tetapi aspek untuk memperkasakan
  • 21. pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu tidak dinyatakan secara langsung. Pelaksanaan PPSMI di peringkat sekolah tidak dapat tidak telah menggugat kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa ilmu. Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa sains dan matematik terjejas dengan pelaksanaan dasar ini. Kesannya kelak ke atas budaya, semua mata pelajaran sains dan matematik dari peringkat pendidikan rendah hingga ke pendidikan tinggi akan diajarkan dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya. Hasilnya, pelaksanaan dasar ini akan menjadikan peranan Bahasa Melayu selanjutnya dalam bidang ilmu Sains dan teknologi akan tersekat terus dan terbantut kecuali dalam bidang yang amat terhad, khususnya bagi pendidikan tinggi (era selepas SPM) sedangkan bahasa Melayu telahpun banyak meneroka bidang tersebut dengan lebih 800,000 istilah, 200,000 buah buku pelbagai judul, dan sebagainya. Segala usaha tersebut hanya perlu disempurnakan serta dibaiki dari semasa ke semasa. Dalam konteks ini juga kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmiah juga semakin mengecil khususnya dalam bidang sains dan teknologi. Keadaan ini akan terus terbudaya sekiranya tidak disekat. Seharusnya kita perlu berasa bersyukur tatkala pengumuman PPSMI dimansuhkan dan diganti dengan dasar Memperkasa Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBM-MBI) baru- baru ini. 4.2 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi Belum Terlaksana Sepenuhnya Selain itu, perubahan dasar bahasa di peringkat IPT juga telah menyebabkan berlakunya perbezaan yang ketara antara dasar Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan. Hal ini diperakui oleh Jawatankuasa Mengkaji, Menyemak dan Membuat Perakuan Tentang Perkembangan dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi Malaysia (2006) yang menjelaskan jawatankuasa mendapati bahawa walaupun Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa pengantar di peringkat sekolah, keadaan di peringkat tinggi adalah berbeza. Selama lebih satu dekad telah wujud dua sistem yang berbeza dengan ketaranya di peringkat pendidikan tinggi: Bahasa Melayu sebagai
  • 22. bahasa pengantar di IPTA dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di IPTS. Keadaan ini semakin terbudaya, lebih-lebih lagi perkembangan ini berlaku selepas pelaksanaan Akta IPTS 1996, banyak IPTS telah diberi pengecualian daripada menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Bahasa Inggeris telah dijadikan bahasa pengantar kerana institusi-institusi ini kebanyakannya menawarkan kursus-kursus IPT luar Negara. Namun begitu, dalam laporan yang sama jawatankuasa ini turut memperakukan supaya Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan digunakan sebagai bahasa rasmi digunakan dalam semua urusan rasmi dan Bahasa Inggeris hendaklah digunakan sebagai bahasa pengantar di IPT dalam semua mata pelajaran sains, matematik dan professional, manakala mata pelajaran lain hendaklah diajar dalam bahasa yang paling berkesan untuk menyampaikan ilmu yang terkandung di dalam mata pelajaran tersebut. Natijahnya, kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar semakin terpinggir dan sudah pasti untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmiah juga semakin sukar apabila semakin dipinggirkan di dalam institusi ilmu. Kerisauan terhadap perkembangan ini turut dinyatakan oleh Datuk Dr. Hassan Ahmad (2004) iaitu dasar bahasa dalam sistem pendidikan negara berhubung dengan bahasa Inggeris jelas, iaitu bahasa ini hendaklah diajarkan sebagai bahasa kedua yang wajib di sekolah kebangsaan. Dasar ini tidak berkata bahawa bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua hendaklah dijadikan bahasa pengantar dalam apa jua mata pelajaran di sekolah. Maka jika keadaan ini berterusan, budaya masyarakat Melayu dalam mengamalkan bahasa Melayu Jati akan terus terpinggir. 4.3 Penerbitan buku dalam Bahasa Kebangsaan & penterjemahan karya daripada bahasa asing kepada Bahasa Kebangsaan rendah dan lambat Perakuan dan saranan agar penggunaan Bahasa Inggeris diperluaskan dalam bidang pendidikan ini juga seakan-akan berlawanan dengan pelaksanaan Dasar Buku Negara yang terkandung dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Buku teks dan buku-buku rujukan memainkan peranan penting di dalam pengajaran dan pembelajaran
  • 23. dan sudah sepatutnya usaha menambah bilangan penerbitan bahan-bahan tersebut dalam bahasa kebangsaan mendapat sokongan daripada pelbagai pihak. Namun jika dilihat dalam pelaksanaan dasar pendidikan kebelakangan ini dengan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) serta dasar penggunaan Bahasa Melayu di IPTA dan IPTS, keadaan sebaliknya yang berlaku; sedang satu pihak berusaha untuk menterjemah karya asing kepada Bahasa Melayu, satu pihak lagi beralih kepada buku-buku Bahasa Inggeris sebagai rujukan. Di sini menampakkan pembaharuan yang dikemukakan dalam PIPP tidak sejajar dengan situasi yang berlaku terhadap pelaksanaan dasar bahasa dalam sistem pendidikan di peringkat Kementerian Pelajaran sendiri dan juga Kementerian pengajian Tinggi. Usaha untuk memperbanyakkan penerbitan buku-buku dalam Bahasa Melayu dan juga penterjemahan karya asing kepada Bahasa Melayu sepatutnya akan lebih terangsang dan bersemarak kerana adanya permintaan mendesak apabila bidang sains, matematik dan professional ini diajarkan dalam Bahasa Melayu. Keadaan inilah yang berlaku apabila Bahasa Melayu mula dijadikan Bahasa Pengantar sepenuhnya di IPTA pada awal 1980-an, dalam tahun 1980 hingga 1983, DBP telah mencetak sebanyak 47 buah senarai istilah yang boleh dikatakan dalam semua bidang kecuali bidang-bidang khusus. Di samping itu usaha-usaha ini diperlengkap oleh masing- masing universiti mengikut keupayaan mereka untuk bidang-bidang yang lebih khusus dan tinggi sesuai dengan peringkat pengajian tinggi. 4.4 Pencemaran Bahasa Seperti yang telah disaksikan kebelakangan ini, kesan kemajuan global telah banyak mengubah cara hidup lama. Satu-satunya yang baru ialah hidup dengan komputer dan internet. Orang kini mengirim berita pantas melalui e-mail dan sms – dua istilah yang sudah pun menjadi sebahagian perbendaharaan kata kita, dan sehubungan itu ramai yang berurus niaga melalui internet. Perkataan terbaru sering memasuki perbendaharaan kata kita, kadangkala tanpa perlu ditapis atau dihalusi terlebih dahulu. Kebelakangan ini sudah begitu banyak pihak memperkatakan tentang Bahasa Melayu. Tetapi boleh dikatakan kesemuanya membuat rungutan atau dengusan yang negatif
  • 24. tentang keadaan terumbang-ambing beberapa aspek bahasa Melayu itu. Keadaan ini semakin terbudaya, bukti dari tahun 1999 hingga 2003 terdapat secara rambang sekitar 94 rencana utama termasuk kertas-kertas simposium dan konvensyen yang memperkatakan tentang bahasa Melayu dari pelbagai sudut dan aspek. Kini kita sudah diserang penyakit campur-aduk seperti yang disebutkan di atas. Penyakit campur-aduk inilah yang menyebabkan berkembangnya bahasa rojak yang boleh mengancam budaya masyarakt Melayu khususnya. Bahasa rojak wujud dalam sesuatu ayat yang diselang-selikan dengan bahasa asing sehingga campurannya itu semacam hidangan rojak. Hanya yang berbeza ialah rojak lebih sedap dimakan tetapi bahasa rojak menyebabkan kita sakit telinga mendengarnya dan paling parah, bangsa Melayu malu dipalunya. Paling mudah bagi kita mendengar melalui radio atau TV sekarang ungkapan-ungkapan seperti “e-mail”, “sms” “internet”, “software”, “hardware”, “ISDN”, “html”, “computer” “website” dan sebagainya. Usaha-usaha untuk menyemarakkan penggunaan dan mengukuhkan kecintaan terhadap Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi sememangnya disokong tetapi untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmiah mestilah disokong kuat oleh penggunaan dan pemakaian Bahasa Melayu sepenuhnya dalam menyampaikan ilmu. Barulah Bahasa Melayu akan terus berkembang pesat dan usaha memperkayakan khazanah bahasa dalam bidang ejaan, peristilahan, kosa kata umum, tatabahasa, sebutan dan laras bahasa akan terus bercambah menjadi budaya masyarakat Melayu. Hal ini disebabkan, pelaksanaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sepenuhnya menuntut agar langkah- langkah yang lebih gigih dilakukan terhadap persoalan-persoalan yang ditimbulkan. Di samping itu, usaha memperkembangkan Bahasa Melayu dan meningkatkan keupayaannya menjadi bahasa ilmiah bagi semua bidang ilmu perlu diselaraskan dengan perubahan dasar pendidikan dan pelaksanaannya di peringkat Kementerian Pelajaran dan juga Kementerian Pengajian Tinggi .
  • 25. 5.0 Langkah – Langkah Menangani Cabaran Yang Dihadapi Oleh Bahasa Melayu Sebagai pengucapan Ilmu Dan Budaya. Apabila wujudnya cabaran, maka langkah – langkah untuk mengatasi cabaran itu perlu ada dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Antara cabaran – cabaran bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu seperti yang telah dikupas sebelum ini ialah, isu PPSMI, pelaksanaan bahasa rasmi yang tidak secara sepenuhnya, iklim penerbitan buku bahasa Melayu yang suram dan penterjemahan buku bahasa asing ke dalam bahasa Melayu yang kurang serta isu – isu yang berkaitan dengan pencemaran bahasa. Cabaran – cabaran ini perlu diatasi supaya tidak menjejaskan peranan bahasa Melayu sebagai pengucapan ilmu dan budaya. Justeru itu, langkah – langkah segera perlu diambil untuk menangani setiap cabaran yang berlaku. Cabaran – cabaran ini bisa memberi impak kepada peranan bahasa Melayu jika tidak ditangani dengan sewajarnya. 5.2 Pemansuhan PPSMI Dan Pengenalan Dasar MBMMBI Dapat Memartabatkan Bahasa Melayu Sebagai Pengucapan Ilmu. PPSMI sebenarnya gagal memberi manfaat kepada murid khususnya murid yang berasal dari luar bandar, pedalaman dan dalam kalangan murid orang asli. Akibat dari desakan – desakan pelbagai pihak, maka pihak kerajaan telah memutuskan bahawa pemansuhan PPSMI pada tanggal 8 Julai 2009 oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin. Dapatan kajian pada tahun 2007 mendapati, skor purata pencapaian murid Malaysia dalam Matematik dan Sains telah merosot dengan ketara. Terdapat tujuh faktor pemansuhan PPSMI. Antaranya ialah dengan melihat kepada sejarah lampau. Sejarah membuktikan, belajar dengan menggunakan bahasa Melayu masih mampu membuatkan rakyat negara ini menjadi doktor dan ahli profesional yang lain. Selain itu, kajian UNESCO ( 1958 ) jelas menunjukkan bahawa pendidikan dalam bahasa ibunda lebih berkesan, dan penguasaan bahasa kedua boleh
  • 26. didapati sekiranya sekolah bermula dengan bahasa ibunda sebagai perantaraan pengajaran, berikutnya memperkenalkan bahasa kedua sebagai subjek yang dipelajari. Hasil kajian UNESCO ini jelas membuktikan betapa peranan bahasa ibunda itu sangat penting dan lebih berkesan digunakan dalam dunia pendidikan. Serentak dengan pemansuhan PPSMI, dasar Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuhkan Bahasa Inggeris ( MBMMBI ) telah diperkenalkan dan bakal dilaksanakan pada tahun 2012. Dasar ini diperkenalkan untuk mengembalikan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu yakni bahasa pengantar di sekolah kebangsaan. Menurut bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP),Dr, Hassan Ahmad, PPSMI boleh melemahkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Justeru, pemasuhan PPSMI ini merupakan tindakan yang sangat wajar. Keunggulan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dibuktikan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) apabila berjaya melahirkan ramai siswazah dalam bidang perubatan dan pelbagai bidang lain. Meskipun belajar dalam bahasa Melayu, ramai golongan profesional yang dihasilkan oleh UKM mahir berbahasa Inggeris dengan baik. 5.3 Menggiatkan Usaha Memperkasakan Bahasa Melayu Sebagai Rasmi Terutamanya Dalam Bidang pendidikan. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menjelaskan bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi yang tidak boleh dipertikaikan fungsi dan peranannya sebagai bahasa kebangsaan. Kedudukan bahasa melayu dimantapkan lagi dengan adanya Akta Bahasa Kebangsaan 1967. Menurut tafsiran Seksyen 2 dan seksyen berkenaan dalam Akta 1966, bahasa Kebangsaan hendaklah dijadikan bahasa pengantar di semua institusi pendidikan dalam sistem pendidikan kebangsaan. Namun, dalam seksyen 17 (1) menteri mempunyai kuasa mengecualikan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di mana – mana institusi pendidikan yang lain. Perkara ini telah menunjukkan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan telah berubah.
  • 27. Institusi pendidikan swasta mempunyai kebebasan untuk memilih bahasa pengantar yang digunakan. Justeru, pihak institusi pendidikan swasta akan memilih bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dan berterusan meminggirkan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pedidikan. Akta Pendidikan 1996 dan Akta IPTS 1996 dilihat bertentangan dengan usaha – usaha meninggikan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu. Perkara inilah yang harus diberi perhatian supaya martabat bahasa Melayu tidak dijatuhkan. Apa yang perlu dilakukan adalh dengan meminda akta – akta berkaitan yang sedia ada supaya jangan terlalu memberi kelongagran dan kebebesan kebebasan kepada institusi pendidikan swasta memilih sendiri bahasa pengantarnya. Menurut sumber dalam Berita Harian bertarikh 29 Jun 1998, terdapat usaha – usaha yang dilakukan berkaitan dengan perkara ini. Antaranya ialah, Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu v 1998 membuat resolusi agar Akta Pendidikan 1996 dan Akta IPTS 1996 disemak dan diselaraskan tujuannya. Kongres beresolusi supaya Fasal 17 dalam Akta Pendidikan dan Fasal 41 Akta IPTS 1996 digugurkan. Kongres juga meminta supaya dasar yang membenarkan bahasa Inggeris, Cina dan Tamil digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah dan universiti dikaji da digugurkan. Selain itu, gesaan turut dibuat supaya menggesa IPTS melaksanakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Menurut Nik Safiah karim (1984 ), pencapaian taraf keintelektualan bahasa Melayu akan menjadi lebih nyata apabila bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa ilmiah. Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Persatuan Lingusitik Malaysia telah menganjurkan Seminar Tamadun Berbahasa Melayu Menjelang Tahun 2020. Seminar yang telah diadakan ini mengutarakan lima resolusi, iaitu bahasa Melayu telah diterima secara sah dalam dokumen – dokumen perundangan negara, sebagai bahasa Kebangsaan, bahasa Rasmi dan juga bahasa pengantar ilmu. Usaha – usaha sebegini mampu mengembalikan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa pengucapan ilmu yang unggul.
  • 28. 5.4 Memperbanyakkan Penerbitan Buku – Buku Ilmiah dalam Bahasa Kebangsaan Dan Menggiatkan Usaha Penterjemahan Karya Asing Ke dalam Bahasa Melayu. Dalam usaha menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengucapan ilmu, DBP perlu memainkan peranannya dengan jitu. DBP perlu menerbitkan lebih banyak buku ilmiah. Jika terdapat banyak buku – buku ilmiah diterbitkan dalam bahasa Melayu, dapat dilihat betapa tekalnya bahasa Melayu sebagai bahasa pengucapan ilmu. Selain dari menerbitkan buku yang mencakupi pelbagai bidang ilmu, DBP perlu menerbitkan lebih banyak kamus, peristilahan dan buku glosari supaya dapat mengangkat keupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengucapan ilmu. Penerbitan buku dapat membantu menyelesaikan masalah ketandusan ilmu. Perkara ini dapat emmpercepatkan proses percambahan sesuatu ilmu itu dalam bahasa Melayu. Selain dari penerbitan, DBP dan Institut Terjemahan Negara perlu melakukan kerja – kerja menterjemah buku dengan giat. Apabila, terdapat banyak buku bahasa asing yang diterjemah ke dalam bahasa Melayu, perkara ini dapat menampakkan kehebatan pada bahasa Melayu itu sendiri. Ledakan era teknologi maklumat kini banyak mempengaruhi manusia. Dunia kini merupakan dunia teknologi. Terdapat banyak istilah – istilah khusus mengenai bidang teknologi. Perkara inilah yang perlu diberi perhatian oleh DBP. DBP perlu menterjemah istilah – istilah tersebut ke dalam bahasa Melayu. Perkara seperti ini dapat mengembangkan bahasa Melayu itu sendiri. Kekuatan da status bahasa Melayu terletak pada sifat – sifat asasi yang membolehkannya dikembangkan mengikut peredaran zaman. Menurut pakar bahasa, Dr. Nik Safiah Karim, pemantapan sistem bahasa sebagai persediaan menjadi bahasa yang cekap dan yang mempunyai daya pengungkap hal ehwal ilmu, teknologi dan segala bidang untuk kehidupan moden telah mencapai tahap yang kukuh, walaupun proses ini masih berterusan dan masih perlukan pemantapan.
  • 29. 5.5 Menangani Isu Pencemaran Bahasa Pencemaran bahasa merupakan isu yang semakin serius dan perlu ditangani secara berkesan. Dalam usaha menangani masalah ini, undang – undang berkaitan bahasa perlu diwujudkan. DBP pula diberi kuasa untuk menghukum sesiapa sahaja yang melakuka kesalahan bahasa bagi tujuan yang formal. Iklan merupakan sesuatu yang dapat mempengaruhi manusia. Justeru, kawalan terhadap bahasa iklan perlu dipantau dan bahasanya tidak ditulis sesuka hati kerana ia mampu menjadi ikutan anak – anak muda. Peggunaan bahasa standard dapat megatasi kesalahan peggunaan bahasa Melayu. Peraturan seragam perlu diwujudkan supaya penggunaan bahasa Melayu tinggi dapat diterapkan. Masalah pencemaran bahasa perlu ditangani sari peringkat sekolah lagi khususnya sewaktu berlangsungnya pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Guru perlu memainkan peranan dan prihatin semasa mengajar. Jika terdapat kesalahan penggunaan bahasa, guru perlu menegur dan membetulkan bahasa murid-muridnya. Setiap kesalahan perlu dibetulkan dan tidak boleh dibiar kerana ia boleh menyebabkan ia menjadi suatu kebiasaan. Aktiviti kebahasaan perlu kerap diadakan supaya guru dapat mengenal pasti kesalahan - kesalahan bahasa yang dilakukan lalu membetulkannya. Pokok pangkalnya adalah diri sendiri. Kesedaran dalam diri itu perlu wujud dalam usaha menangani pencemaran bahasa. Misalnya, bahasa SMS, bahasa di laman sembang dan sebagainya, undang – undang tidak boleh mengawal dan menyekat mereka. Hanya mereka sahaja yang mampu mengawal kelakuan mereka. Justeru, kesedaran dan kecintaan terhadap bahasa itu perlu wujud dalam diri sendiri. Bila sudah cinta, pastinya mereka akan sayang akan bahasa ibunda mereka.Semua golongan tidak kira kecil besar, tua dan muda, semuanya perlu belajar menggunakan bahasa Melayu yang betul dalam pertuturan serta dalam urusan seharian.
  • 30. 6.0 KESIMPULAN Martabat dan status bahasa Melayu perlu dipertahankan dan yang akan mempertahankannya atau tidak adalah kehendak kita sendiri. Dalam usaha kita membina, tidak perlu ada usaha meruntuh supaya segala usaha kita tidak akan menjadi sia-sia. Bahasa Melayu perlu terus dipertahankan agar tidak pupus. Bahasa Melayu perlu terus dikembangkan supaya tidak hilang di dunia ini serta dapat mencerminkan bangsa kita. Bahasa Melayu telah mencapai tahap kegemilangannya hingga menjadi lingua frangca dan bahasa ilmu sewaktu pada suatu ketika dahulu, kerana sifat keterbukaan yang ada padanya iaitu mudah menerima pengaruh bahasa asing. Para sarjana barat berasa kagum dan mempelajarinya, buktinya terdapat sumbangan yang dihasilkan oleh sarjana Belanda dan British. Bahasa Melayu telah mengalami tiga tahap perkembangan iaitu pemupukan, pembinaan dan pemantapan bahasa. Perkara 152 Perlembagaan negara telah menjamin dan mengiktiraf bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan seterusnya menjadikan bahasa ilmu. Dasar Pendidikan Kebangsaan sebagai peneguhnya iaitu memberi halatuju kepada bahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara. Dalam kajian ini juga telah dihuraikan tentang fungsi iaitu ciri-ciri yang terdapat dalam bahasa Melayu itu yang menjadikan ianya sebagai bahasa wahana ilmu kerana kemantapan yang ada pada memudahkan ia menyerap pelbagai budaya ilmu. Seterusnya dihuraikan masalah-masalah yang dihadapi oleh bahasa Melayu iaitu perubahan dasar pendidikan negara, masalah perubahan kurikulum, guru yang kurang proaktif, sektor swasta yang kurang menggunakan bahasa Melayu, ketiadaan penguatkuasa undang-undang, tenaga pengajar Institusi Pengajian Tinggi Awam yang mengagungkan bahasa Inggeris, wujudnya golongan tidak yakin dengan bahasa Melayu, dan kekurangan penerbitan bahan ilmiah. Langkah-langkah untuk mengembalikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu juga dibincangkan iaitu desakan kepada kerajaan oleh pewakilan UMNO menampakkan sedikit hasil, perancangan kurikulum, memberi ganjaran kepada guru yang memberi sumbangan ilmu, Memberi kuasa penguatkuasaan dan pendakwaan kepada DBP, perbanyakan penerbitan dan penterjemahan karya asing, pendukung ilmu IPTA seharusnya yakin dengan
  • 31. kemampuan bahasa Melayu, dan penghasilan cakera padat panduan bahasa isyarat Malaysia satu sumbangan ilmu. Sebagai rumusannya pengkaji berpendapat bahawa bahasa Melayu telah mencapai tahap kesempurnaannya, mampu bersaing dan berdaya maju dalam mencapai bahasa ilmu. Seharusnya kita sebagai rakyat Malaysia berbangga dengan pencapaiannya dan bukan berasa sangsi hingga sanggup menganaktirikan bahasa sendiri, ini telah terbukti yang mana Korea, dan Jepun disertai oleh China yang sangat mendaulatkan bahasanya mampu menjadi gergasi ekonomi dunia. Terbukti bahawa sesuatu bahasa tidak pernah menjadi penghalang kemajuan. Oleh yang demikian bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu. Di samping itu, kesemua ini membuktikan bahawa bahasa Melayu pernah mengungkapkan ilmu dalam zaman kegemilangannya, dan jika terus dimartabatkan dan diberi kepercayaan, mampu menjadi bahasa ilmu yang dapat menjana minda bangsanya. Selain daripada wahana penyebaran ilmu, bahasa juga adalah alat atau perwujudan budaya yang digunakan manusia untuk saling dengan tujuan menyampaikan maksud hati atau kemahuan kepada orang lain. Melalui bahasa, manusia dapat menyesuaikan diri dengan adat istiadat, tingkah laku, tatacara masyarakat, dan sekaligus mudah menyesuaikan dirinya dengan segala bentuk masyarakat. Bahasa memiliki beberapa fungsi yang dapat dibahagi menjadi fungsi umum dan fungsi khusus. Fungsi bahasa secara umum adalah sebagai alat untuk berekspresi, berkomunikasi, dan alat untuk mengadakan integrasi dan adaptasi sosial.
  • 32. Bibliografi : Abdul Hamid Mahmood (2007). Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu: Cabaran Dan Harapan. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. Asmah Haji Omar (1992). Kajian dan Perkembangan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka. Awang Sariyan 1995. “Pengantarabangsaan Bahasa Melayu melalui Institusi Pengajian Tinggi: Pengalaman UIAM.” Kertas kerja Kongres Bahasa Melayu Sedunia. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 21-25 Ogos Datuk Zainal Abidin Bin Abdul Wahid (2001). Siri Bicara Bahasa Bil. 5: Bahasa, Pendidikan Dan Pembangunan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hassan Ahmad 16 Jun 2002: Mempertahankan nilai bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Ismail Hussein (1992). Sejarah Pertumbuhan Bahasa Kebangsaan Kita. Asal-usul Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 1-6. Mohamed Pitchay Gani Mohamed Abdul Aziz (2007). Evolusi Bahasa Melayu 2000 Tahun Dari Zaman Purba Ke Budaya Elektronik. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. Nik Safiah Karim (1992). Beberapa persoalan Sosiolinguistik Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim (2006). Kuasa DBP Mengembalikan Upaya Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa, hlm 10-13. . Rustam A. Sani (1993). Politik dan Polemik Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.. Shahrir Mohamad Zain, Berita Harian Isnin, 17 Oktober 2005: Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu Yahya Don (2007). Kepimpinan Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur :PTS Professional, (Halalman 70-71.) .