SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 4
Baixar para ler offline
Ulasan Buku/Book Review
                    Akademika 64 (Januari) 2004: 157 - 160                   157

                     Ulasan Buku/Book Review

Penilaian Dampak Sosial (Social Apparent Evaluation) oleh Mohd Razali
Agus dan Yahaya Ibrahim (ed./Penyusun). 2003. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors. 319 halaman. Ulasan oleh Mohd Ekhwan
Hj. Toriman.

Di Malaysia, kajian mengenai penilaian dampak sosial (SIA) dalam pelaksanaan
sesuatu projek pembangunan bukanlah suatu yang baru. Kajian tersebut
dijalankan sebagai sebahagian daripada proses penilaian dampak alam sekitar
(EIA) yang telah diperkenalkan oleh kerajaan melalui Akta Kualiti Alam Sekeliling
(1974) pindaan 1985. Walaupun tidak diperincikan dari segi prosedur pelaksanaan
SIA, terdapat sekurang-kurangkan tiga tema kemanusiaan yang terkandung di
dalam EIA iaitu (i) Astetika dan kebudayaan, (ii) Kesihatan dan keselamatan dan
(iii) Sosial dan ekonomi. Justeru, lahirlah pelbagai pendekatan dan tatacara
pelaksanaan SIA dalam kajian-kajian EIA sehinggalah kadangkala menimbulkan
kekeliruan dan isu prioriti di kalangan ahli sains sosial. Selain itu, wujud juga
perdebatan antara ahi sains sosial dan sains tulen dan gunaan mengenai
kepentingan kajian SIA dan kajian EIA.
      Penghasilan buku Penilaian Dampak Sosial susunan Mohd Razali Agus
(UM) dan Yahaya Ibrahim (UKM) merupakan himpunan 26 kertas kerja yang
dibahagikan kepada tiga tema utama iaitu (i) Isu dan Perkembangan Penilaian
Dampak Sosial, (ii) Prosedur dan Pelaksanaan Penilaian Dampak Sosial, dan (iii)
Kajian-kajian Kes Dampak Sosial. Buku ini bolehlah dianggap sebagai antara
sumber rujukan asas dalam kajian penilaian dampak sosial memandangkan ruang
perbincangannya yang mencakupi konsep, prosedur dan penyediaan manual
dampak sosial dan aplikasinya di dalam konteks pembangunan negara. Walaupun
masih terdapat kekurangan dari segi pembentukan gagasan idea dampak sosial,
namun melalui beberapa perbincangan yang diutarakan, diyakini buku ini mampu
meminimumkan dampak negatif terutamanya dari aspek sosio ekonomi dan budaya
di samping terdapat juga cadangan mitigasi dalam aspek pembangunan fizikal.
      Dari segi penyusunan dan penekanan idea, buku ini terlebih dahulu
mengenengahkan kerelevanan penilaian dampak sosial dalam menangani isu
dan pembangunan sosial, kesejahteraan masyarakat dan justifikasi sosial dalam
bidang kejuruteraan. Dari segi aplikasinya, SIA berfungsi sebagai cara mengenal
pasti dampak sosial sebelum sesuatu cadangan projek ataupun program
dilaksanakan ke atas individu dan keseluruhan komuniti yang terlibat. Dalam
konteks ini, keberkesanan SIA telah dibincangkan secara terperinci oleh Asmah
dan Rahimah (hlm: 7-13) dengan mengambil kira kepentingan awam. Justeru itu,
pemahaman terhadap kumpulan sosial yang terlibat dengan mengambil kira latar
belakang pendidikan dan kesediaan menyesuaikan diri terhadap dampak
pembangunan boleh mempengaruhi keberkesanan SIA. Namun begitu, secara
praktisnya, ramalan ke atas SIA tidaklah semudah EIA. Hal ini disebabkan tindakan
158                                                                   Akademika 64

dan reaksi di kalangan anggota masyarakat yang terlibat adalah pelbagai
bergantung kepada darjah dampak yang diramalkan. Perkara ini telah dibahaskan
dengan lebih mendalam oleh Sharifah Norazizan (hlm: 14-22) yang menekankan
bahawa amalan baik dalam SIA seharusnya dilihat juga dari perspektif
pembangunan sosial, iaitu sensitiviti terhadap perasaan dan kebolehan manusia.
Dengan mengambil contoh pembangunan di sebuah bandaraya, beliau
menekankan konsep ‘mushawarah’ dan adil dengan penglibatan setiap wakil
masyarakat dalam apa juga perancangan yang dilaksanakan.
     Buku ini seterusnya mengemukakan perbincangan yang berkisar kepada
tata cara dan pelaksanaan SIA melalui pembentukan model inventori SIA (Abd
Main, hlm: 39-47). Penulis makalah ini mencadangkan prosedur SIA yang turut
mengambil kira kepuasan, keselesaan dan kesesuaian sesuatu projek yang ingin
dilaksanakan. Melalui model ini, beliau mencadangkan beberapa fasa yang
melibatkan struktur demografi, kemudahan sosial, keahlian institusi, keselamatan
dan kebebasan, kebudayaan dan etnik serta sifat-sifat psikologi penduduk.
Berdasarkan model yang beliau kemukakan, penyediaan laporan SIA seharusnya
tidak melibatkan kepentingan individu tetapi kepentingan kumpulan dan mengikut
garis panduan tertentu.
     Soalannya adakah semudah itu SIA dapat dilaksanakan dalam kerangka model
yang dikemukakan?. Soalan ini cuba diungkap melalui tajuk prosedur dan
pelaksanaan penilaian dampak sosial oleh Abdullah Sani (hlm: 48-61). Beliau
membataskan SIA dalam konteks Malaysia berdasarkan hanya 78 peratus daripada
50 laporan terkini EIA yang mengandungi pemerihalan latar belakang berkaitan
sosioekonomi. Beliau turut mempersoalkan sama ada SIA patut dilaksanakan
secara berasingan atau sebahagian daripada laporan EIA . Beliau turut
mencadangkan tata cara pelaksanaan SIA mengikut acuan EIA dengan memberi
tumpuan kepada aspek-aspek berikut, iaitu kajian latar belakang, mengenal pasti
dan menilai kesan dan langkah kawalan serta rancangan pengawasan dan odit.
Selain itu, aktiviti-aktiviti lain yang tidak tersenarai di dalam Perintah EIA, 1987
seharusnya juga turut diberi perhatian walaupun terpaksa meminda atau
menambah senarai projek dan takat ambang yang diwajibkan.
     Faktor pengawasan dan audit sekali lagi diberi tumpuan oleh Ahmad
Kamarulnajuib dan Che Ibrahim (hlm: 94-101). Memandangkan tiada mekanisme
dan pengalaman pengawasan audit di dalam SIA, penulis mencadangkan agar
kerja-kerja pengauditan SIA dilakukan mengikut amalan EIA yang sedia ada. Hal
ini adalah mustahak bagi memastikan setiap projek yang telah dilaksanakan
tidak mendatangkan dampak negatif kepada anggota masyarakat terlibat. Justeru,
pengawasan dan audit merupakan dua prosedur yang sangat penting dan Jabatan
Alam Sekitar merupakan agensi yang bertanggungjawab melaksanakannya.
     Jamilah pula (hlm 147-152) telah mengemukakan satu pelan penyediaan
“manual of the best practices” bagi SIA. Seperti juga EIA yang telahpun
mempunyai manual yang tersendiri, SIA seharusnya perlu dilengkapkan dengan
satu garis panduan yang boleh dijadikan rujukan oleh ahli-ahli sains sosial.
Ulasan Buku/Book Review                                                      159

Manual EIA sedia ada perlulah disusun dengan menerapkan elemen-elemen SIA.
Untuk itu, satu kumpulan yang terdiri daripada ahli-ahli sains sosial diperlukan.
Manual ini diharap dapat berperanan sebagai rujukan asas dalam mengenal
pasti, mengunjur, menilai dan mengawal dampak sosial yang mungkin terbit hasil
daripada pelaksanaan cadangan-cadangan pembangunan.
     Bahagian ketiga buku ini mengenengahkan kajian-kajian kes dampak sosial.
Kajian-kajian kes ini meliputi pelbagai dimensi seperti pembangunan, globalisasi
dan dampak sosiobudaya melibatkan pelbagai golongan masyarakat seperti
golongan Melayu (Wan Abd. Kadir, hlm:181-190), peserta/ peneroka FELDA
(Asan Ali dan Hassan Ali, hlm:191-202), penduduk bandar (Mohd Taib, hlm:
203-216), golongan nelayan (Yahaya, hlm: 248-270) dan Orang Asli (Siti Nor dan
Juli Edo, hlm: 278-290). Aspek agama yang diketengahkan oleh Wan Abd. Kadir
merupakan isu yang agak relevan dalam konteks keharmonian dan kesejahteraan
sosial. Aspek agama, khususnya Islam di kalangan orang Melayu sepatutnya
diberi penekanan dalam pelaksanaan sesuatu projek pembangunan. Hal ini
memandangkan agama itu sendiri adalah sebahagian daripada kesatuan sosial
dan budaya orang Melayu. Oleh itu, beliau mencadangkan agar usaha
memperkukuhkan pendidikan Islam, penekanan kepada moral dan akhlak melalui
kaedah-kaedah perancangan sosial adalah penting dan tidak harus
diketersampingkan dalam membina sebuah masyarakat Malaysia yang harmonis
dan sejahtera.
     Beberapa contoh kajian impirikal dampak sosial turut dimuatkan di bahagian
ketiga buku ini. Migrasi keluar generasi kedua peserta FELDA merupakan antara
perkara yang diberi tumpuan. Walaupun tidak dikaitkan secara langsung dengan
SIA, namun migrasi keluar generasi kedua FELDA yang sudah tentu tertarik dengan
pembangunan di kawasan bandar telah mengakibatkan kesan negatif kepada
sosioekonomi peserta FELDA. Hal ini boleh dilihat berdasarkan pelbagai masalah
yang wujud seperti rumah peneroka yang terbiar, tanah rancangan yang tidak
diusahakan, menggajikan buruh asing serta menjual tanah kepada orang luar.
     Dampak fizikal terhadap sosioekonomi penduduk Langkawi telah turut
dibincangkan oleh Moha Asri dll (hlm: 231-247). Terdapat perubahan
sosioekonomi positif jika dibandingkan Langkawi sebelum mencapai taraf
pelabuhan bebas. Perubahan dampak tersebut lebih mengarah kepada
peningkatan taraf hidup penduduk setempat melalui peluang pekerjaan yang
lebih baik, kemudahan asas yang sempurna dan peningkatan sektor perkhidmatan
dan perniagaan. Dalam kes yang hampir sama, Yahaya turut melihat dampak
sosial dan ekonomi aktiviti pelancongan ke atas golongan penduduk maritim di
Pulau Redang Terengganu. Dengan mengambil contoh-contoh dari dalam dan
luar negara, beliau membincangkan dengan terperinci bagaimana sektor
pelancongan mampu mengubah kualiti hidup penduduk setempat. Walaupun
masih jauh ketinggalan berbanding dengan pusat-pusat peranginan lain di
Malaysia, penduduk maritim di Pulau Redang sedang mengalami transformasi
kehidupan yang lebih baik. Hal ini dapat diperhatikan melalui penglibatan mereka
160                                                              Akademika 64

di dalam aktiviti-aktiviti berasaskan pelancongan. Namun begitu, beliau sekali
lagi menekankan bahawa arus pembangunan yang rancak di Pulau Redang tidak
seharusnya menghakis tradisi dan amalan turun temurun yang menjadi model
penduduk tempatan.
     Kepada ahli-ahli sains sosial, khususnya yang terlibat sama ada secara
langsung ataupun tidak dalam penyediaan laporan SIA, penerbitan buku ini amat
berguna sebagai maklumat tambahan ke arah penghasilan laporan yang lebih
bersistematik dan terfokus ke arah kehidupan sosial, ekonomi dan politik
masyarakat. Selain tu, banyak rujukan yang dilampirkan di setiap kertas kerja
boleh dijadikan sebagai maklumat tambahan bagi mengukuhkan rangka konsep
SIA. Secara keseluruhan, kedua-dua editor/ penyusun telah menggarap buku ini
dengan menarik dan sesuai dibaca di semua peringkat masyakarat-ahli akademik,
para pentadbir, teknokrat dan awam. Walaupun terdapat serba sedikit kesilapan
ejaan, namun ia tidaklah mencacatkan keseluruhan isi kandungan buku ini.
Dengan tiga tema saling kait yang dibincangkan, para pembaca tidak akan
menghadapi masalah bagi memahami konsep dan seterusnya melihat contoh-
contoh kajian kes dengan lebih mendalam lagi.

Mohd Ekhwan Hj. Toriman, PhD.
Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIPEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIAiisy Afifah
 
Perkembangan sistem pendidikan di malaysia
Perkembangan sistem pendidikan di malaysiaPerkembangan sistem pendidikan di malaysia
Perkembangan sistem pendidikan di malaysiaMohd Syafiq A. Ghani
 
Perkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolahPerkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolahshafidaosman
 
Bab 4 Konsep asas falsafah pendidikan
Bab 4 Konsep asas falsafah pendidikanBab 4 Konsep asas falsafah pendidikan
Bab 4 Konsep asas falsafah pendidikanVince Here
 
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Kalai Shan
 
Kaedah & teknik pengajaran
Kaedah & teknik pengajaranKaedah & teknik pengajaran
Kaedah & teknik pengajaranzaini mustaffa
 
Konsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumKonsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumAziyan Bakar
 
Pengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdPPengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdPAina Shafina
 
Analisis perkaitan antara fpk dengan fp islam, timur dan barat
Analisis perkaitan antara fpk dengan fp islam, timur dan baratAnalisis perkaitan antara fpk dengan fp islam, timur dan barat
Analisis perkaitan antara fpk dengan fp islam, timur dan baratYogeswary Ramuchandran
 
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang)
 
1. konsep mengajar sebagai satu profesion
1. konsep mengajar sebagai satu profesion1. konsep mengajar sebagai satu profesion
1. konsep mengajar sebagai satu profesionSairah Husin
 
Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21Fairus Razally
 
Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)
Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)
Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)Aina Azrina
 
Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...
Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...
Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...FaFai S.
 
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp) Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp) Nirwanah Snd
 
rancangan pengajaran harian
rancangan pengajaran harianrancangan pengajaran harian
rancangan pengajaran harianAeyn Solehah
 
Konsep pendidikan
Konsep pendidikanKonsep pendidikan
Konsep pendidikansha_macc
 
Mais procurados (20)

PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIPEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
 
Perkembangan sistem pendidikan di malaysia
Perkembangan sistem pendidikan di malaysiaPerkembangan sistem pendidikan di malaysia
Perkembangan sistem pendidikan di malaysia
 
Perkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolahPerkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolah
 
8.5 teori interaksionisme
8.5 teori interaksionisme8.5 teori interaksionisme
8.5 teori interaksionisme
 
Bab 4 Konsep asas falsafah pendidikan
Bab 4 Konsep asas falsafah pendidikanBab 4 Konsep asas falsafah pendidikan
Bab 4 Konsep asas falsafah pendidikan
 
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
 
Kaedah & teknik pengajaran
Kaedah & teknik pengajaranKaedah & teknik pengajaran
Kaedah & teknik pengajaran
 
Sahsiah guru
Sahsiah guruSahsiah guru
Sahsiah guru
 
Konsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumKonsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulum
 
Pengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdPPengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdP
 
Analisis perkaitan antara fpk dengan fp islam, timur dan barat
Analisis perkaitan antara fpk dengan fp islam, timur dan baratAnalisis perkaitan antara fpk dengan fp islam, timur dan barat
Analisis perkaitan antara fpk dengan fp islam, timur dan barat
 
Teori kognitif
Teori kognitifTeori kognitif
Teori kognitif
 
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
 
1. konsep mengajar sebagai satu profesion
1. konsep mengajar sebagai satu profesion1. konsep mengajar sebagai satu profesion
1. konsep mengajar sebagai satu profesion
 
Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21
 
Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)
Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)
Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)
 
Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...
Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...
Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...
 
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp) Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
 
rancangan pengajaran harian
rancangan pengajaran harianrancangan pengajaran harian
rancangan pengajaran harian
 
Konsep pendidikan
Konsep pendidikanKonsep pendidikan
Konsep pendidikan
 
Destaque

Cara membuat ulasan jurnal
Cara membuat ulasan jurnalCara membuat ulasan jurnal
Cara membuat ulasan jurnalsitimarlizah
 
Contoh ulasan jurnal
Contoh ulasan jurnalContoh ulasan jurnal
Contoh ulasan jurnalSayshare
 
Tugasan 1:ulasan jurnal
Tugasan 1:ulasan jurnalTugasan 1:ulasan jurnal
Tugasan 1:ulasan jurnalsuzanasaudin
 
Panduan menulis ulasan_kritis_critical_review_psikolgi_
Panduan menulis ulasan_kritis_critical_review_psikolgi_Panduan menulis ulasan_kritis_critical_review_psikolgi_
Panduan menulis ulasan_kritis_critical_review_psikolgi_bond82
 
Ulasan jurnal pembangunan sahsiah
Ulasan jurnal pembangunan sahsiahUlasan jurnal pembangunan sahsiah
Ulasan jurnal pembangunan sahsiahFarhana Ariffin
 
Contoh ulasan artikel dalam jurnal
Contoh ulasan artikel dalam jurnalContoh ulasan artikel dalam jurnal
Contoh ulasan artikel dalam jurnalanidurai59
 
Penulisan Ulasan Artikel
Penulisan Ulasan ArtikelPenulisan Ulasan Artikel
Penulisan Ulasan Artikelrambai7
 
Review Jurnal Budaya Organisasi
Review Jurnal Budaya OrganisasiReview Jurnal Budaya Organisasi
Review Jurnal Budaya OrganisasiArif Reza
 
185129911 jurnal-analisis-pengaruh-gaya-kepemimpinan-dan-kepuasan-kerja-terha...
185129911 jurnal-analisis-pengaruh-gaya-kepemimpinan-dan-kepuasan-kerja-terha...185129911 jurnal-analisis-pengaruh-gaya-kepemimpinan-dan-kepuasan-kerja-terha...
185129911 jurnal-analisis-pengaruh-gaya-kepemimpinan-dan-kepuasan-kerja-terha...ahmad bahaudin
 
KPT6044: TUGASAN 1 ULASAN JURNAL
KPT6044: TUGASAN 1 ULASAN JURNALKPT6044: TUGASAN 1 ULASAN JURNAL
KPT6044: TUGASAN 1 ULASAN JURNALSyirleen Othman
 
contoh Kritikan jurnal
contoh Kritikan jurnalcontoh Kritikan jurnal
contoh Kritikan jurnalRohana Hamid
 
134819243 tugasan-ulasan-kritikal-jurnal-dan-artikel
134819243 tugasan-ulasan-kritikal-jurnal-dan-artikel134819243 tugasan-ulasan-kritikal-jurnal-dan-artikel
134819243 tugasan-ulasan-kritikal-jurnal-dan-artikelnurinbatrisyia
 
Cut Zurnali - Hubungan Kepuasan Kerja dan Budaya Organisasi
Cut Zurnali - Hubungan  Kepuasan Kerja dan Budaya OrganisasiCut Zurnali - Hubungan  Kepuasan Kerja dan Budaya Organisasi
Cut Zurnali - Hubungan Kepuasan Kerja dan Budaya Organisasicutzurnali
 
ulasan sunnah vs bid'ah
ulasan sunnah vs bid'ahulasan sunnah vs bid'ah
ulasan sunnah vs bid'ahWan Syafawati
 
Destaque (20)

Cara membuat ulasan jurnal
Cara membuat ulasan jurnalCara membuat ulasan jurnal
Cara membuat ulasan jurnal
 
Contoh ulasan jurnal
Contoh ulasan jurnalContoh ulasan jurnal
Contoh ulasan jurnal
 
Tugasan 1:ulasan jurnal
Tugasan 1:ulasan jurnalTugasan 1:ulasan jurnal
Tugasan 1:ulasan jurnal
 
Panduan menulis ulasan_kritis_critical_review_psikolgi_
Panduan menulis ulasan_kritis_critical_review_psikolgi_Panduan menulis ulasan_kritis_critical_review_psikolgi_
Panduan menulis ulasan_kritis_critical_review_psikolgi_
 
Ulasan jurnal pembangunan sahsiah
Ulasan jurnal pembangunan sahsiahUlasan jurnal pembangunan sahsiah
Ulasan jurnal pembangunan sahsiah
 
Contoh ulasan artikel dalam jurnal
Contoh ulasan artikel dalam jurnalContoh ulasan artikel dalam jurnal
Contoh ulasan artikel dalam jurnal
 
Penulisan Ulasan Artikel
Penulisan Ulasan ArtikelPenulisan Ulasan Artikel
Penulisan Ulasan Artikel
 
Review Jurnal Budaya Organisasi
Review Jurnal Budaya OrganisasiReview Jurnal Budaya Organisasi
Review Jurnal Budaya Organisasi
 
185129911 jurnal-analisis-pengaruh-gaya-kepemimpinan-dan-kepuasan-kerja-terha...
185129911 jurnal-analisis-pengaruh-gaya-kepemimpinan-dan-kepuasan-kerja-terha...185129911 jurnal-analisis-pengaruh-gaya-kepemimpinan-dan-kepuasan-kerja-terha...
185129911 jurnal-analisis-pengaruh-gaya-kepemimpinan-dan-kepuasan-kerja-terha...
 
KPT6044: TUGASAN 1 ULASAN JURNAL
KPT6044: TUGASAN 1 ULASAN JURNALKPT6044: TUGASAN 1 ULASAN JURNAL
KPT6044: TUGASAN 1 ULASAN JURNAL
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 
contoh Kritikan jurnal
contoh Kritikan jurnalcontoh Kritikan jurnal
contoh Kritikan jurnal
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 
Contoh rumusan jurnal
Contoh rumusan jurnalContoh rumusan jurnal
Contoh rumusan jurnal
 
134819243 tugasan-ulasan-kritikal-jurnal-dan-artikel
134819243 tugasan-ulasan-kritikal-jurnal-dan-artikel134819243 tugasan-ulasan-kritikal-jurnal-dan-artikel
134819243 tugasan-ulasan-kritikal-jurnal-dan-artikel
 
Cut Zurnali - Hubungan Kepuasan Kerja dan Budaya Organisasi
Cut Zurnali - Hubungan  Kepuasan Kerja dan Budaya OrganisasiCut Zurnali - Hubungan  Kepuasan Kerja dan Budaya Organisasi
Cut Zurnali - Hubungan Kepuasan Kerja dan Budaya Organisasi
 
ViSTREET
ViSTREETViSTREET
ViSTREET
 
ulasan sunnah vs bid'ah
ulasan sunnah vs bid'ahulasan sunnah vs bid'ah
ulasan sunnah vs bid'ah
 
Artikel Asprisiasi Bil 1 2016
Artikel Asprisiasi Bil 1 2016Artikel Asprisiasi Bil 1 2016
Artikel Asprisiasi Bil 1 2016
 
Semelhante a Ulasan Buku-Contoh Ulasan Jurnal

1276 1-4245-3-10-20161225
1276 1-4245-3-10-201612251276 1-4245-3-10-20161225
1276 1-4245-3-10-20161225daythree
 
142736840 definisi-pentadbiran-dan-pengurusan-sekolah-2dhc8gv
142736840 definisi-pentadbiran-dan-pengurusan-sekolah-2dhc8gv142736840 definisi-pentadbiran-dan-pengurusan-sekolah-2dhc8gv
142736840 definisi-pentadbiran-dan-pengurusan-sekolah-2dhc8gvali ahmad
 
D) artikel zuri stress dalam kalangan guru pendidikan khas(medc)
D) artikel zuri stress dalam kalangan guru pendidikan khas(medc)D) artikel zuri stress dalam kalangan guru pendidikan khas(medc)
D) artikel zuri stress dalam kalangan guru pendidikan khas(medc)Saranya Selvadorai
 
Bahagian 12 - Rekabentuk Bandar Masa Depan
Bahagian 12 - Rekabentuk Bandar Masa DepanBahagian 12 - Rekabentuk Bandar Masa Depan
Bahagian 12 - Rekabentuk Bandar Masa DepanNasyitah Ghani
 
Keperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulumKeperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulumfirdaus1093
 
Hubungan Etnik UiTM 2017 - Pengenalan kepada Modul Hubungan Etnik
Hubungan Etnik UiTM 2017 - Pengenalan kepada Modul Hubungan EtnikHubungan Etnik UiTM 2017 - Pengenalan kepada Modul Hubungan Etnik
Hubungan Etnik UiTM 2017 - Pengenalan kepada Modul Hubungan EtnikMahyuddin Khalid
 
Templet hbhe 2103 pbss faudzi siap
Templet  hbhe 2103 pbss faudzi siapTemplet  hbhe 2103 pbss faudzi siap
Templet hbhe 2103 pbss faudzi siapZauhari Hussein
 
CTU555 Sejarah Malaysia - Pengenalan
CTU555 Sejarah Malaysia - PengenalanCTU555 Sejarah Malaysia - Pengenalan
CTU555 Sejarah Malaysia - PengenalanMahyuddin Khalid
 
Perlaksanaan kurikilum khsr
 Perlaksanaan kurikilum khsr Perlaksanaan kurikilum khsr
Perlaksanaan kurikilum khsrMohd Ridzuan
 
Laporan akhir
Laporan akhirLaporan akhir
Laporan akhirnuradiba
 
Laporan akhir
Laporan akhirLaporan akhir
Laporan akhirnuradiba
 
Hbef2703 780601025431001
Hbef2703 780601025431001Hbef2703 780601025431001
Hbef2703 780601025431001Mohd Hisham
 
Nota SPP Bab 7
Nota SPP Bab 7Nota SPP Bab 7
Nota SPP Bab 7Rainne Lee
 
kajian terhadap pelancongan belia
kajian terhadap pelancongan belia kajian terhadap pelancongan belia
kajian terhadap pelancongan belia Nadia Bohari
 
Semelhante a Ulasan Buku-Contoh Ulasan Jurnal (20)

1276 1-4245-3-10-20161225
1276 1-4245-3-10-201612251276 1-4245-3-10-20161225
1276 1-4245-3-10-20161225
 
Laporan cpe
Laporan cpeLaporan cpe
Laporan cpe
 
Viva PhD Mohd Adib Abd Muin 2017- 28 mac 2017
Viva PhD Mohd Adib Abd Muin 2017- 28 mac 2017Viva PhD Mohd Adib Abd Muin 2017- 28 mac 2017
Viva PhD Mohd Adib Abd Muin 2017- 28 mac 2017
 
142736840 definisi-pentadbiran-dan-pengurusan-sekolah-2dhc8gv
142736840 definisi-pentadbiran-dan-pengurusan-sekolah-2dhc8gv142736840 definisi-pentadbiran-dan-pengurusan-sekolah-2dhc8gv
142736840 definisi-pentadbiran-dan-pengurusan-sekolah-2dhc8gv
 
Paper_Jaflus
Paper_JaflusPaper_Jaflus
Paper_Jaflus
 
D) artikel zuri stress dalam kalangan guru pendidikan khas(medc)
D) artikel zuri stress dalam kalangan guru pendidikan khas(medc)D) artikel zuri stress dalam kalangan guru pendidikan khas(medc)
D) artikel zuri stress dalam kalangan guru pendidikan khas(medc)
 
Bahagian 12 - Rekabentuk Bandar Masa Depan
Bahagian 12 - Rekabentuk Bandar Masa DepanBahagian 12 - Rekabentuk Bandar Masa Depan
Bahagian 12 - Rekabentuk Bandar Masa Depan
 
Keperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulumKeperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulum
 
Keperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulumKeperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulum
 
Keperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulumKeperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulum
 
Hubungan Etnik UiTM 2017 - Pengenalan kepada Modul Hubungan Etnik
Hubungan Etnik UiTM 2017 - Pengenalan kepada Modul Hubungan EtnikHubungan Etnik UiTM 2017 - Pengenalan kepada Modul Hubungan Etnik
Hubungan Etnik UiTM 2017 - Pengenalan kepada Modul Hubungan Etnik
 
Bahan kesihatan ep14
Bahan kesihatan ep14Bahan kesihatan ep14
Bahan kesihatan ep14
 
Templet hbhe 2103 pbss faudzi siap
Templet  hbhe 2103 pbss faudzi siapTemplet  hbhe 2103 pbss faudzi siap
Templet hbhe 2103 pbss faudzi siap
 
CTU555 Sejarah Malaysia - Pengenalan
CTU555 Sejarah Malaysia - PengenalanCTU555 Sejarah Malaysia - Pengenalan
CTU555 Sejarah Malaysia - Pengenalan
 
Perlaksanaan kurikilum khsr
 Perlaksanaan kurikilum khsr Perlaksanaan kurikilum khsr
Perlaksanaan kurikilum khsr
 
Laporan akhir
Laporan akhirLaporan akhir
Laporan akhir
 
Laporan akhir
Laporan akhirLaporan akhir
Laporan akhir
 
Hbef2703 780601025431001
Hbef2703 780601025431001Hbef2703 780601025431001
Hbef2703 780601025431001
 
Nota SPP Bab 7
Nota SPP Bab 7Nota SPP Bab 7
Nota SPP Bab 7
 
kajian terhadap pelancongan belia
kajian terhadap pelancongan belia kajian terhadap pelancongan belia
kajian terhadap pelancongan belia
 
Mais de Awatif Atif

Leadership and Organisation
Leadership and OrganisationLeadership and Organisation
Leadership and OrganisationAwatif Atif
 
Pelancongan di Malaysia
Pelancongan di MalaysiaPelancongan di Malaysia
Pelancongan di MalaysiaAwatif Atif
 
Pelaksanaan pengajaran literasi BM: pendekatan alternatif
Pelaksanaan pengajaran literasi BM: pendekatan alternatifPelaksanaan pengajaran literasi BM: pendekatan alternatif
Pelaksanaan pengajaran literasi BM: pendekatan alternatifAwatif Atif
 
Snman utk warga tua
Snman utk warga tuaSnman utk warga tua
Snman utk warga tuaAwatif Atif
 
Pemakanan seimbang
Pemakanan seimbangPemakanan seimbang
Pemakanan seimbangAwatif Atif
 
Latihan kondisi otot tanpa bebanan
Latihan kondisi otot tanpa bebananLatihan kondisi otot tanpa bebanan
Latihan kondisi otot tanpa bebananAwatif Atif
 
Senaman untuk orang mengandung
Senaman untuk orang mengandungSenaman untuk orang mengandung
Senaman untuk orang mengandungAwatif Atif
 
Latihan bebanan untuk peningkatan otot
Latihan bebanan untuk peningkatan ototLatihan bebanan untuk peningkatan otot
Latihan bebanan untuk peningkatan ototAwatif Atif
 
Kepentingan senamrobik terhadap sistem kardiovaskular
Kepentingan senamrobik terhadap sistem kardiovaskularKepentingan senamrobik terhadap sistem kardiovaskular
Kepentingan senamrobik terhadap sistem kardiovaskularAwatif Atif
 
Etika dan peranan instruktor
Etika dan peranan instruktorEtika dan peranan instruktor
Etika dan peranan instruktorAwatif Atif
 
Budaya diet ekstrem & supplement untuk kurus
Budaya diet ekstrem & supplement untuk kurusBudaya diet ekstrem & supplement untuk kurus
Budaya diet ekstrem & supplement untuk kurusAwatif Atif
 
Warm up, stretching & injury prevention
Warm up, stretching & injury preventionWarm up, stretching & injury prevention
Warm up, stretching & injury preventionAwatif Atif
 
Urus Tadbir Bandar ( MDTM & MBI )
Urus Tadbir Bandar ( MDTM & MBI )Urus Tadbir Bandar ( MDTM & MBI )
Urus Tadbir Bandar ( MDTM & MBI )Awatif Atif
 
Pelajar Hiperaktif
Pelajar HiperaktifPelajar Hiperaktif
Pelajar HiperaktifAwatif Atif
 
Sosioemosi remaja
Sosioemosi remajaSosioemosi remaja
Sosioemosi remajaAwatif Atif
 
Komunikasi & Pemujukan dikaitkan dgn BULI
Komunikasi & Pemujukan dikaitkan dgn BULIKomunikasi & Pemujukan dikaitkan dgn BULI
Komunikasi & Pemujukan dikaitkan dgn BULIAwatif Atif
 
Masalah Setinggan bandar Johor Bahru
Masalah Setinggan bandar Johor BahruMasalah Setinggan bandar Johor Bahru
Masalah Setinggan bandar Johor BahruAwatif Atif
 
Model komunikasi (ahli politik dgn pengundi)
Model komunikasi (ahli politik dgn pengundi)Model komunikasi (ahli politik dgn pengundi)
Model komunikasi (ahli politik dgn pengundi)Awatif Atif
 
Teori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran Komunikasi
Teori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran KomunikasiTeori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran Komunikasi
Teori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran KomunikasiAwatif Atif
 
Mais de Awatif Atif (20)

Leadership and Organisation
Leadership and OrganisationLeadership and Organisation
Leadership and Organisation
 
Pelancongan di Malaysia
Pelancongan di MalaysiaPelancongan di Malaysia
Pelancongan di Malaysia
 
Pelaksanaan pengajaran literasi BM: pendekatan alternatif
Pelaksanaan pengajaran literasi BM: pendekatan alternatifPelaksanaan pengajaran literasi BM: pendekatan alternatif
Pelaksanaan pengajaran literasi BM: pendekatan alternatif
 
Snman utk warga tua
Snman utk warga tuaSnman utk warga tua
Snman utk warga tua
 
Pemakanan seimbang
Pemakanan seimbangPemakanan seimbang
Pemakanan seimbang
 
Latihan kondisi otot tanpa bebanan
Latihan kondisi otot tanpa bebananLatihan kondisi otot tanpa bebanan
Latihan kondisi otot tanpa bebanan
 
Senaman untuk orang mengandung
Senaman untuk orang mengandungSenaman untuk orang mengandung
Senaman untuk orang mengandung
 
Latihan bebanan untuk peningkatan otot
Latihan bebanan untuk peningkatan ototLatihan bebanan untuk peningkatan otot
Latihan bebanan untuk peningkatan otot
 
Kepentingan senamrobik terhadap sistem kardiovaskular
Kepentingan senamrobik terhadap sistem kardiovaskularKepentingan senamrobik terhadap sistem kardiovaskular
Kepentingan senamrobik terhadap sistem kardiovaskular
 
Etika dan peranan instruktor
Etika dan peranan instruktorEtika dan peranan instruktor
Etika dan peranan instruktor
 
Budaya diet ekstrem & supplement untuk kurus
Budaya diet ekstrem & supplement untuk kurusBudaya diet ekstrem & supplement untuk kurus
Budaya diet ekstrem & supplement untuk kurus
 
Warm up, stretching & injury prevention
Warm up, stretching & injury preventionWarm up, stretching & injury prevention
Warm up, stretching & injury prevention
 
Urus Tadbir Bandar ( MDTM & MBI )
Urus Tadbir Bandar ( MDTM & MBI )Urus Tadbir Bandar ( MDTM & MBI )
Urus Tadbir Bandar ( MDTM & MBI )
 
Model Disleksia
Model DisleksiaModel Disleksia
Model Disleksia
 
Pelajar Hiperaktif
Pelajar HiperaktifPelajar Hiperaktif
Pelajar Hiperaktif
 
Sosioemosi remaja
Sosioemosi remajaSosioemosi remaja
Sosioemosi remaja
 
Komunikasi & Pemujukan dikaitkan dgn BULI
Komunikasi & Pemujukan dikaitkan dgn BULIKomunikasi & Pemujukan dikaitkan dgn BULI
Komunikasi & Pemujukan dikaitkan dgn BULI
 
Masalah Setinggan bandar Johor Bahru
Masalah Setinggan bandar Johor BahruMasalah Setinggan bandar Johor Bahru
Masalah Setinggan bandar Johor Bahru
 
Model komunikasi (ahli politik dgn pengundi)
Model komunikasi (ahli politik dgn pengundi)Model komunikasi (ahli politik dgn pengundi)
Model komunikasi (ahli politik dgn pengundi)
 
Teori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran Komunikasi
Teori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran KomunikasiTeori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran Komunikasi
Teori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran Komunikasi
 
Último

KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfSandyItab
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINIZAINABAFINABINTISUHA
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdfNURULAFIFIBINTIROSLA
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikangipgp24202619
 
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxg46192627
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Último (12)

KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
 
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
Ulasan Buku-Contoh Ulasan Jurnal

  • 1. Ulasan Buku/Book Review Akademika 64 (Januari) 2004: 157 - 160 157 Ulasan Buku/Book Review Penilaian Dampak Sosial (Social Apparent Evaluation) oleh Mohd Razali Agus dan Yahaya Ibrahim (ed./Penyusun). 2003. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors. 319 halaman. Ulasan oleh Mohd Ekhwan Hj. Toriman. Di Malaysia, kajian mengenai penilaian dampak sosial (SIA) dalam pelaksanaan sesuatu projek pembangunan bukanlah suatu yang baru. Kajian tersebut dijalankan sebagai sebahagian daripada proses penilaian dampak alam sekitar (EIA) yang telah diperkenalkan oleh kerajaan melalui Akta Kualiti Alam Sekeliling (1974) pindaan 1985. Walaupun tidak diperincikan dari segi prosedur pelaksanaan SIA, terdapat sekurang-kurangkan tiga tema kemanusiaan yang terkandung di dalam EIA iaitu (i) Astetika dan kebudayaan, (ii) Kesihatan dan keselamatan dan (iii) Sosial dan ekonomi. Justeru, lahirlah pelbagai pendekatan dan tatacara pelaksanaan SIA dalam kajian-kajian EIA sehinggalah kadangkala menimbulkan kekeliruan dan isu prioriti di kalangan ahli sains sosial. Selain itu, wujud juga perdebatan antara ahi sains sosial dan sains tulen dan gunaan mengenai kepentingan kajian SIA dan kajian EIA. Penghasilan buku Penilaian Dampak Sosial susunan Mohd Razali Agus (UM) dan Yahaya Ibrahim (UKM) merupakan himpunan 26 kertas kerja yang dibahagikan kepada tiga tema utama iaitu (i) Isu dan Perkembangan Penilaian Dampak Sosial, (ii) Prosedur dan Pelaksanaan Penilaian Dampak Sosial, dan (iii) Kajian-kajian Kes Dampak Sosial. Buku ini bolehlah dianggap sebagai antara sumber rujukan asas dalam kajian penilaian dampak sosial memandangkan ruang perbincangannya yang mencakupi konsep, prosedur dan penyediaan manual dampak sosial dan aplikasinya di dalam konteks pembangunan negara. Walaupun masih terdapat kekurangan dari segi pembentukan gagasan idea dampak sosial, namun melalui beberapa perbincangan yang diutarakan, diyakini buku ini mampu meminimumkan dampak negatif terutamanya dari aspek sosio ekonomi dan budaya di samping terdapat juga cadangan mitigasi dalam aspek pembangunan fizikal. Dari segi penyusunan dan penekanan idea, buku ini terlebih dahulu mengenengahkan kerelevanan penilaian dampak sosial dalam menangani isu dan pembangunan sosial, kesejahteraan masyarakat dan justifikasi sosial dalam bidang kejuruteraan. Dari segi aplikasinya, SIA berfungsi sebagai cara mengenal pasti dampak sosial sebelum sesuatu cadangan projek ataupun program dilaksanakan ke atas individu dan keseluruhan komuniti yang terlibat. Dalam konteks ini, keberkesanan SIA telah dibincangkan secara terperinci oleh Asmah dan Rahimah (hlm: 7-13) dengan mengambil kira kepentingan awam. Justeru itu, pemahaman terhadap kumpulan sosial yang terlibat dengan mengambil kira latar belakang pendidikan dan kesediaan menyesuaikan diri terhadap dampak pembangunan boleh mempengaruhi keberkesanan SIA. Namun begitu, secara praktisnya, ramalan ke atas SIA tidaklah semudah EIA. Hal ini disebabkan tindakan
  • 2. 158 Akademika 64 dan reaksi di kalangan anggota masyarakat yang terlibat adalah pelbagai bergantung kepada darjah dampak yang diramalkan. Perkara ini telah dibahaskan dengan lebih mendalam oleh Sharifah Norazizan (hlm: 14-22) yang menekankan bahawa amalan baik dalam SIA seharusnya dilihat juga dari perspektif pembangunan sosial, iaitu sensitiviti terhadap perasaan dan kebolehan manusia. Dengan mengambil contoh pembangunan di sebuah bandaraya, beliau menekankan konsep ‘mushawarah’ dan adil dengan penglibatan setiap wakil masyarakat dalam apa juga perancangan yang dilaksanakan. Buku ini seterusnya mengemukakan perbincangan yang berkisar kepada tata cara dan pelaksanaan SIA melalui pembentukan model inventori SIA (Abd Main, hlm: 39-47). Penulis makalah ini mencadangkan prosedur SIA yang turut mengambil kira kepuasan, keselesaan dan kesesuaian sesuatu projek yang ingin dilaksanakan. Melalui model ini, beliau mencadangkan beberapa fasa yang melibatkan struktur demografi, kemudahan sosial, keahlian institusi, keselamatan dan kebebasan, kebudayaan dan etnik serta sifat-sifat psikologi penduduk. Berdasarkan model yang beliau kemukakan, penyediaan laporan SIA seharusnya tidak melibatkan kepentingan individu tetapi kepentingan kumpulan dan mengikut garis panduan tertentu. Soalannya adakah semudah itu SIA dapat dilaksanakan dalam kerangka model yang dikemukakan?. Soalan ini cuba diungkap melalui tajuk prosedur dan pelaksanaan penilaian dampak sosial oleh Abdullah Sani (hlm: 48-61). Beliau membataskan SIA dalam konteks Malaysia berdasarkan hanya 78 peratus daripada 50 laporan terkini EIA yang mengandungi pemerihalan latar belakang berkaitan sosioekonomi. Beliau turut mempersoalkan sama ada SIA patut dilaksanakan secara berasingan atau sebahagian daripada laporan EIA . Beliau turut mencadangkan tata cara pelaksanaan SIA mengikut acuan EIA dengan memberi tumpuan kepada aspek-aspek berikut, iaitu kajian latar belakang, mengenal pasti dan menilai kesan dan langkah kawalan serta rancangan pengawasan dan odit. Selain itu, aktiviti-aktiviti lain yang tidak tersenarai di dalam Perintah EIA, 1987 seharusnya juga turut diberi perhatian walaupun terpaksa meminda atau menambah senarai projek dan takat ambang yang diwajibkan. Faktor pengawasan dan audit sekali lagi diberi tumpuan oleh Ahmad Kamarulnajuib dan Che Ibrahim (hlm: 94-101). Memandangkan tiada mekanisme dan pengalaman pengawasan audit di dalam SIA, penulis mencadangkan agar kerja-kerja pengauditan SIA dilakukan mengikut amalan EIA yang sedia ada. Hal ini adalah mustahak bagi memastikan setiap projek yang telah dilaksanakan tidak mendatangkan dampak negatif kepada anggota masyarakat terlibat. Justeru, pengawasan dan audit merupakan dua prosedur yang sangat penting dan Jabatan Alam Sekitar merupakan agensi yang bertanggungjawab melaksanakannya. Jamilah pula (hlm 147-152) telah mengemukakan satu pelan penyediaan “manual of the best practices” bagi SIA. Seperti juga EIA yang telahpun mempunyai manual yang tersendiri, SIA seharusnya perlu dilengkapkan dengan satu garis panduan yang boleh dijadikan rujukan oleh ahli-ahli sains sosial.
  • 3. Ulasan Buku/Book Review 159 Manual EIA sedia ada perlulah disusun dengan menerapkan elemen-elemen SIA. Untuk itu, satu kumpulan yang terdiri daripada ahli-ahli sains sosial diperlukan. Manual ini diharap dapat berperanan sebagai rujukan asas dalam mengenal pasti, mengunjur, menilai dan mengawal dampak sosial yang mungkin terbit hasil daripada pelaksanaan cadangan-cadangan pembangunan. Bahagian ketiga buku ini mengenengahkan kajian-kajian kes dampak sosial. Kajian-kajian kes ini meliputi pelbagai dimensi seperti pembangunan, globalisasi dan dampak sosiobudaya melibatkan pelbagai golongan masyarakat seperti golongan Melayu (Wan Abd. Kadir, hlm:181-190), peserta/ peneroka FELDA (Asan Ali dan Hassan Ali, hlm:191-202), penduduk bandar (Mohd Taib, hlm: 203-216), golongan nelayan (Yahaya, hlm: 248-270) dan Orang Asli (Siti Nor dan Juli Edo, hlm: 278-290). Aspek agama yang diketengahkan oleh Wan Abd. Kadir merupakan isu yang agak relevan dalam konteks keharmonian dan kesejahteraan sosial. Aspek agama, khususnya Islam di kalangan orang Melayu sepatutnya diberi penekanan dalam pelaksanaan sesuatu projek pembangunan. Hal ini memandangkan agama itu sendiri adalah sebahagian daripada kesatuan sosial dan budaya orang Melayu. Oleh itu, beliau mencadangkan agar usaha memperkukuhkan pendidikan Islam, penekanan kepada moral dan akhlak melalui kaedah-kaedah perancangan sosial adalah penting dan tidak harus diketersampingkan dalam membina sebuah masyarakat Malaysia yang harmonis dan sejahtera. Beberapa contoh kajian impirikal dampak sosial turut dimuatkan di bahagian ketiga buku ini. Migrasi keluar generasi kedua peserta FELDA merupakan antara perkara yang diberi tumpuan. Walaupun tidak dikaitkan secara langsung dengan SIA, namun migrasi keluar generasi kedua FELDA yang sudah tentu tertarik dengan pembangunan di kawasan bandar telah mengakibatkan kesan negatif kepada sosioekonomi peserta FELDA. Hal ini boleh dilihat berdasarkan pelbagai masalah yang wujud seperti rumah peneroka yang terbiar, tanah rancangan yang tidak diusahakan, menggajikan buruh asing serta menjual tanah kepada orang luar. Dampak fizikal terhadap sosioekonomi penduduk Langkawi telah turut dibincangkan oleh Moha Asri dll (hlm: 231-247). Terdapat perubahan sosioekonomi positif jika dibandingkan Langkawi sebelum mencapai taraf pelabuhan bebas. Perubahan dampak tersebut lebih mengarah kepada peningkatan taraf hidup penduduk setempat melalui peluang pekerjaan yang lebih baik, kemudahan asas yang sempurna dan peningkatan sektor perkhidmatan dan perniagaan. Dalam kes yang hampir sama, Yahaya turut melihat dampak sosial dan ekonomi aktiviti pelancongan ke atas golongan penduduk maritim di Pulau Redang Terengganu. Dengan mengambil contoh-contoh dari dalam dan luar negara, beliau membincangkan dengan terperinci bagaimana sektor pelancongan mampu mengubah kualiti hidup penduduk setempat. Walaupun masih jauh ketinggalan berbanding dengan pusat-pusat peranginan lain di Malaysia, penduduk maritim di Pulau Redang sedang mengalami transformasi kehidupan yang lebih baik. Hal ini dapat diperhatikan melalui penglibatan mereka
  • 4. 160 Akademika 64 di dalam aktiviti-aktiviti berasaskan pelancongan. Namun begitu, beliau sekali lagi menekankan bahawa arus pembangunan yang rancak di Pulau Redang tidak seharusnya menghakis tradisi dan amalan turun temurun yang menjadi model penduduk tempatan. Kepada ahli-ahli sains sosial, khususnya yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak dalam penyediaan laporan SIA, penerbitan buku ini amat berguna sebagai maklumat tambahan ke arah penghasilan laporan yang lebih bersistematik dan terfokus ke arah kehidupan sosial, ekonomi dan politik masyarakat. Selain tu, banyak rujukan yang dilampirkan di setiap kertas kerja boleh dijadikan sebagai maklumat tambahan bagi mengukuhkan rangka konsep SIA. Secara keseluruhan, kedua-dua editor/ penyusun telah menggarap buku ini dengan menarik dan sesuai dibaca di semua peringkat masyakarat-ahli akademik, para pentadbir, teknokrat dan awam. Walaupun terdapat serba sedikit kesilapan ejaan, namun ia tidaklah mencacatkan keseluruhan isi kandungan buku ini. Dengan tiga tema saling kait yang dibincangkan, para pembaca tidak akan menghadapi masalah bagi memahami konsep dan seterusnya melihat contoh- contoh kajian kes dengan lebih mendalam lagi. Mohd Ekhwan Hj. Toriman, PhD. Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM Bangi Selangor Darul Ehsan Malaysia