SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 14
Baixar para ler offline
Ujian APTITUD - Tentukan Kerjaya Anda!112
Apakah Yang Anda Inginkan?
Apakah yang mendorong anda untuk menceburi
sesuatu bidang? Adakah kerana minat ataupun
motivasi daripada keluarga ataupun faktor sekeliling?
Sesetengahorangmempunyaikelulusanakademik
yang tinggi dan kemahiran yang baik tetapi tidak
berjaya dalam hidup. Ada juga orang yang tidak
mempunyai kelulusan yang tinggi, tetapi mempunyai
kemahiran dan kemahiran itu digunakan sehingga
membawa kejayaan kepada mereka.
Kejayaan seseorang itu banyak ditentukan oleh
motivasi. Motivasi dapat membakar semangat
seseorang untuk melakukan sesuatu pekerjaan dengan
bersungguh-sungguh sehinga berjaya. Motivasi
terdapat dalam beberapa bentuk, seperti kata nasihat
daripada orang yang disayangi atau mentor, faktor
material seperti wang ringgit,
kepuasan mental, meraih pujian
ataupun sebagai satu cabaran.
Motivasi sangat
penting!
Ujian Motivasi
Ujian APTITUD - Tentukan Kerjaya Anda! 113
Kadang-kadang kita menjadi keliru dengan
sumber motivasi yang ada, sama ada membawa
sesuatu yang baik pada diri kita atau tidak. Ujian
berikutnya akan menolong anda menilai motivasi
peribadi yang anda miliki dan hal ini bertujuan untuk
mencorakkan kerjaya dan hala tuju anda. Ujian ini
dapat memberikan panduan kepada anda tentang
kerjaya yang lebih sesuai untuk anda ikuti berdasarkan
minat anda.
Ujian ini akan mengemukakan soalan tentang
pekerjaan yang mungkin anda minati atau langsung
tidak anda minat.Ada juga pekerjaan yang tidak pernah
anda fikirkan tentangnya, tetapi jika diberikan peluang,
anda mungkin akan mempertimbangkannya.
Satu perkara yang harus anda ingat apabila anda
menjawab soalan-soalan tersebut ialah anda harus
bertanya kepada diri anda sama ada anda sesuai atau
tidak dengan aktiviti atau tugasan yang berkaitan
dengan kerjaya yang anda pilih.
Perkara penting yang harus diingat semasa
menjawab soalan ini adalah:
1. Mesti berfikiran terbuka.
2. Jangan fikirkan tentang pulangan atau status
sesuatu pekerjaan itu, tetapi fikirkan tentang latar
belakangpekerjaantersebutdantanggungjawabnya.
Untuk setiap soalan anda mesti berikan 3
markah.
Ujian APTITUD - Tentukan Kerjaya Anda!114
Contoh 1:
Penterjemah 3
Tukang kebun 0
Anda berikan 3 markah untuk penterjemah
kerana anda rasa anda lebih suka menjadi penterjemah
daripada seorang tukang kebun.
Contoh 2:
Pengurus hotel 1
Guru matematik 2
Anda tidak berapa pasti sama ada pengurus hotel
atau guru matematik lebih menarik bagi anda. Anda
merasakan bahawa bekerja sebagai pengurus hotel
lebih baik, dan pada masa yang sama menganggap
kerja sebagai guru matematik juga tidak kurang
menariknya. Jadi anda memilih untuk memberikan
markah sedemikian.
Seperti ujian yang sebelum ini, jangan hiraukan
huruf yang terdapat di atas soalan.
Ujian APTITUD - Tentukan Kerjaya Anda! 115
UJIAN MOTIVASI
1. (a) Agen publisiti
(b) Penulis
2. (a) Ahli geologi
(b) Jururawat
3. (a) Penganalisa kewangan
(b) Pengarah drama
4. (a) Ahli astronomi
(b) Pembuat senjata
5. (a) Juruaudit
(b) Tukang perak
6. (a) Juruukur bahan
(b) Penyajak
7. (a) Pegawai penjara
(b) Saintis marin
8. (a) Pengurus kakitangan
(b) Pembina perisian
9. (a) Penilai hartanah
(b) Penulis lagu
M K S E P F T
Ujian APTITUD - Tentukan Kerjaya Anda!116
M K S E P F T
10. (a) Pemandu traktor
(b) Jurulelong
11. (a) Guru pendidikan khas
(b) Pengukir
12. (a) Penganalisis perniagaan
(b) Doktor haiwan
13. (a) Ahli kimia
(b) Ahli statistik
14. (a) Ahli kelab belia
(b) Perunding kesatuan
pekerja
15. (a) Pakar pemakanan
(b) Ahli politik
16. (a) Arkitek
(b) Pendakwah
17. (a) Ejen hartanah
(b) Ketua rukun tetangga
18. (a) Pekerja sosial
(b) Editor
Ujian APTITUD - Tentukan Kerjaya Anda! 117
19. (a) Pereka hiasan dalaman
(b) Ahli kimia
20. (a) Ejen media
(b) Ahli nuklear fizik
21. (a) Wartawan
(b) Guru
22. (a) Akauntan
(b) Pegawai Perhubungan
Awam
23. (a) Jurujual kereta
(b) Pembuat perabot
24. (a) Jurugambar
(b) Pegawai kesihatan
25. (a) Pustakawan
(b) Kerani fail
26. (a) Juruhebah radio
(b) Ahli ekonomi
27. (a) Penulis novel
(b) Pegawai pertanian
M K S E P F T
Ujian APTITUD - Tentukan Kerjaya Anda!118
28. (a) Jurulatih sukan
(b) Pereka fesyen
29. (a) Penulis skrip drama
(b) Ahli psikologi
30. (a) Pegawai hutan
(b) Ahli kaji logam
31. (a) Pembuat mainan
(b) Pereka landskap
32. (a) Pereka grafik
(b) Pegawai perubatan
33. (a) Jurutera mekanikal
(b) Pengkritik buku
34. (a) Bakterialogis
(b) Pemuzik
35. (a) Pengarang
(b) Pereka pentas
36. (a) Ilustrator
(b) Model
M K S E P F T
Ujian APTITUD - Tentukan Kerjaya Anda! 119
37. (a) Pembuat peralatan
(b) Pegawai bank
38. (a) Penulis lagu
(b) Perunding iklan
39. (a) Ahli forensik
(b) Pelakon
40. (a) Juruelektrik
(b) Penjual hasil seni
41. (a) Peguam cara
(b) Eksekutif pemasaran
42. (a) Chef
(b) Pegawai kerjaya
M K S E P F T
Ujian APTITUD - Tentukan Kerjaya Anda!120
Jawapan
Kira berapa jumlah markah yang anda beri untuk setiap
kategori dan tulis di dalam kotak di bawah.
Takrifan Jawapan
Perhatikan jumlah markah bagi setiap jawapan anda
di dalam kotak yang disediakan. Kesemua markah
tersebut melambangkan kecenderungan anda terhadap
sesuatu bidang.
Mari kita lihat maksud di sebalik huruf-huruf
yang diberikan.
Sekiranya anda mendapat markah tertinggi bagi
L, maka deskripsi yang tepat bagi anda ialah anda
memang suka akan bidang penulisan dan pembacaan.
Jadi, anda mudah untuk menyesuaikan apa-apa yang
anda suka dengan kelulusan yang anda ada.
Huruf M – Mengarang
Anda sangat meminati bidang penulisan. Anda minat
membaca buku dan juga berkebolehan untuk
mengarang dengan baik. Anda banyak mempunyai
idea, pandai bermain dengan perkataan dan mampu
mengarang sesuatu artikel atau surat secara spontan.
Ujian APTITUD - Tentukan Kerjaya Anda! 121
Kemungkinan subjek kesukaan anda adalah
berkaitan dengan bahasa atau sejarah.Anda juga selalu
mendapat markah yang tinggi dalam ujian yang
melibatkan soalan esei.
Pekerjaan yang sesuai untuk
anda ialah pensyarah atau guru.
Anda juga boleh menjadi seorang
penulis atau editor yang baik.
Selain itu, pekerjaan lain seperti
pelakon, wartawan, pustakawan
dan penterjemah mungkin sesuai
dengan minat anda.
Huruf K – Kreatif
Anda seorang yang kreatif dan akan berasa puas
sekiranya anda dapat meluahkan perasaan anda
melalui seni tidak kira sama ada dari segi muzik
ataupun lukisan.Anda suka akan kecantikan dan amat
menghargai hasil seni.
Ramai orang tertarik dalam bidang ini, tetapi
tidak semua yang mampu untuk mendapat pulangan
yang baik untuk kerjaya seperti ini. Kecantikan itu
adalah subjektif dan apa-apa yang anda rasakan
menarik mungkin tidak mempunyai apa-apa kesan
pada orang lain.
Adakah anda berbakat? Apa buktinya? Sangat
susah untuk menjawab soalan ini. Namun ramai orang
Kumpulan M
Pekerjaan:
- Pensyarah
- Guru
- Penulis
- Editor
- Pelakon
- Wartawan
- Pustakawan
- Penterjemah
Ujian APTITUD - Tentukan Kerjaya Anda!122
yang menceburi bidang ini telah membuktikan bahawa
bidang ini dapat memberikan pulangan yang banyak
sekiranya kena pada tempat dan
masanya. Bidang professional
seperti sektor pembinaan dan
fesyen telah membuka peluang
yang baik untuk anda.
Sekiranya anda seorang yang
kreatif, kerjaya yang mungkin
menarik minat anda ialah arkitek,
artis, penari, pereka fesyen,
pengukir, juru solek, pemuzik, atau
pereka barang kemas.
Huruf S – Sosial
Andaseorangyangprihatin,penyayangdanmempunyai
kemahuan untuk menolong orang lain. Anda berasa
puas hati sekiranya anda dapat melihat keadaan orang
yang anda tolong menjadi lebih baik dan boleh
berdikari.
Sekiranya anda mahu menceburi bidang ini, anda
seharusnya mempunyai perwatakan penyayang,
lembut dan pada masa yang sama
bersemangat kental. Jiwa anda
sensitif, tetapi tidak mudah
menunjukkan perasaan sedih anda
kepada orang di sekeliling anda.
Kumpulan K
Pekerjaan:
- Arkitek
- Artis
- Penari
- Pereka fesyen
- Pengukir
- Juru solek
- Pemuzik
- Pereka
Kumpulan S
Pekerjaan:
- Doktor
- Jururawat
- Guru
- Psikologis
- Ahli terapi
Ujian APTITUD - Tentukan Kerjaya Anda! 123
Ada banyak kerjaya yang melibatkan kerja sosial
seperti dalam pendidikan, latihan, perubatan dan
kebajikan seperti doktor, jururawat, guru, ahli
psikologi dan ahli terapi.
Huruf E – Eksekutif
Anda seorang yang agresif, bermatlamat dan mampu
memikul tanggungjawab untuk menguruskan orang
lain atau menyelesaikan sesuatu tugasan.Anda seorang
yang bercita-cita tinggi dan
sanggup menghadapi pelbagai
cabaran demi mencapai keinginan
anda.
Lazimnya, individu yang
bersifat sebegini mempunyai tahap
akademik yang tinggi dan seorang
yang sistematik. Anda tidak suka
menunggu rezeki datang bergolek, tetapi anda
berusaha untuk mendapatkan sesuatu. Anda
mempunyai motivasi dalaman yang kuat dan tidak
memerlukan sokongan daripada orang lain.
Anda mempunyai semangat untuk berjaya dan
apa-apa yang anda lakukan pasti membuahkan hasil.
Jika anda salah seorang yang memiliki sifat ini, kerjaya
yang sesuai untuk anda adalah dalam bidang
penyelidikan, perniagaan dan pemasaran.
Kumpulan E
Pekerjaan:
- Perniagaan
- Pegawai
penyelidik
- Eksekutif
pemasaran
Ujian APTITUD - Tentukan Kerjaya Anda!124
Huruf P – Penyelidikan
Anda seorang yang dahagakan ilmu pengetahuan dan
sanggup menghabiskan banyak masa untuk tujuan
penyelidikan. Bidang yang lazimnya menjadi minat
anda ialah akademik dan professional.Anda tidak suka
berteka-teki kerana anda hanya mahukan sesuatu yang
pasti.
Di sekolah, anda meminati subjek sains dan
matematik. Anda suka soalan-soalan tentang
menyelesaikan masalah dan mampu membuat satu
rumusan berdasarkan maklumat yang diperoleh.
Anda mempunyai minat yang mendalam
terhadap penyelidikan. Oleh itu, anda harus
mempunyai tahap kesabaran dan disiplin yang tinggi
untuk menceburi bidang ini. Namun, tidak semua
orang mempunyai tahap kesabaran
dan disiplin yang tinggi.
Pekerjaan yang sesuai untuk
anda ialah saintis, ahli fizik, pakar
bedah dan ahli forensik.
Huruf F – Fizikal
Anda suka akan sesuatu kerja yang memerlukan anda
sentiasa bergerak. Anda lebih cenderung ke arah
sesuatu pekerjaan yang memerlukan penglibatan
fizikal seperti membina sesuatu objek. Anda juga
mempunyai kebolehan dalam bidang teknikal dan kraf
tangan.
Kumpulan P
Pekerjaan:
- Saintis
- Ahli fizik
- Pakar bedah
- Ahli forensik
Ujian APTITUD - Tentukan Kerjaya Anda! 125
Anda juga berminat dengan peralatan, enjin, dan
automotif. Kerjaya dalam bidang
ini banyak dan peluang untuk anda
juga terbuka luas. Walau
bagaimanapun, kerjaya dalam
bidang ini memerlukan banyak
interaksi dengan orang lain.
Huruf T – Pentadbiran
Kerjaya dalam bidang ini memerlukan anda
menguruskan pejabat, perniagaan dan hal-hal
berkaitan kewangan dan pentadbiran yang melibatkan
organisasi awam atau swasta. Untuk berjaya, anda
seharusnya bersikap sistematik dan mampu membuat
perancangan yang teratur.
Seseorang pentadbir harus tahu perkara yang
berlaku dalam satu-satu organisasi dan mampu
memberikan maklumat yang
berkaitan dengan perjalanan
operasi syarikat kepada sesiapa
yang memerlukannya.
Lazimnya, individu dalam
bidang ini mempunyai kelayakan
akademik yang baik dan agak
spesifiksepertiinsurans,perbankan,
guaman dan sebagainya.
Kumpulan F
Pekerjaan:
- Mekanik
- Jurutera
- Pereka
Kumpulan T
Pekerjaan:
- Pegawai
insurans
- Pegawai/
kerani bank
- Peguam
- Setiausaha
- Kerani

Mais conteúdo relacionado

Mais de Idea Bisnes Internet

Teknik kira keuntungan bisnes tudung
Teknik kira keuntungan bisnes tudungTeknik kira keuntungan bisnes tudung
Teknik kira keuntungan bisnes tudungIdea Bisnes Internet
 
4 Teknik Mengancam Menulis Ayat Jualan
4 Teknik Mengancam Menulis Ayat Jualan4 Teknik Mengancam Menulis Ayat Jualan
4 Teknik Mengancam Menulis Ayat JualanIdea Bisnes Internet
 
Laporan 4 teknik mengancam menulis ayat jualan
Laporan 4 teknik mengancam menulis ayat jualanLaporan 4 teknik mengancam menulis ayat jualan
Laporan 4 teknik mengancam menulis ayat jualanIdea Bisnes Internet
 
Inspirasi 9 formula pantas seru rezeki
Inspirasi 9 formula pantas seru rezekiInspirasi 9 formula pantas seru rezeki
Inspirasi 9 formula pantas seru rezekiIdea Bisnes Internet
 
Rahsia kejayaan Dato Fadzilah Kamsah
Rahsia kejayaan Dato Fadzilah KamsahRahsia kejayaan Dato Fadzilah Kamsah
Rahsia kejayaan Dato Fadzilah KamsahIdea Bisnes Internet
 

Mais de Idea Bisnes Internet (20)

Teknik kira keuntungan bisnes tudung
Teknik kira keuntungan bisnes tudungTeknik kira keuntungan bisnes tudung
Teknik kira keuntungan bisnes tudung
 
Rahsia Kumpul Database
Rahsia Kumpul DatabaseRahsia Kumpul Database
Rahsia Kumpul Database
 
Rahsia bisnes tudung
Rahsia bisnes tudungRahsia bisnes tudung
Rahsia bisnes tudung
 
Case study rm400++
Case study rm400++Case study rm400++
Case study rm400++
 
Tips Menjual di Facebook
Tips Menjual di FacebookTips Menjual di Facebook
Tips Menjual di Facebook
 
4 Teknik Mengancam Menulis Ayat Jualan
4 Teknik Mengancam Menulis Ayat Jualan4 Teknik Mengancam Menulis Ayat Jualan
4 Teknik Mengancam Menulis Ayat Jualan
 
Ebook Case Study Power Headline
Ebook Case Study Power HeadlineEbook Case Study Power Headline
Ebook Case Study Power Headline
 
Laporan 4 teknik mengancam menulis ayat jualan
Laporan 4 teknik mengancam menulis ayat jualanLaporan 4 teknik mengancam menulis ayat jualan
Laporan 4 teknik mengancam menulis ayat jualan
 
Fb affiliate income wokshop
Fb affiliate income wokshopFb affiliate income wokshop
Fb affiliate income wokshop
 
Fb affiliate income wokshop 2
Fb affiliate income wokshop 2Fb affiliate income wokshop 2
Fb affiliate income wokshop 2
 
Buat duit dengan murahnya.my
Buat duit dengan murahnya.myBuat duit dengan murahnya.my
Buat duit dengan murahnya.my
 
Rahsia usahawan internet
Rahsia usahawan internetRahsia usahawan internet
Rahsia usahawan internet
 
Skrol jurus bebas wang
Skrol jurus bebas wangSkrol jurus bebas wang
Skrol jurus bebas wang
 
Inspirasi 9 formula pantas seru rezeki
Inspirasi 9 formula pantas seru rezekiInspirasi 9 formula pantas seru rezeki
Inspirasi 9 formula pantas seru rezeki
 
Rahsia kejayaan Dato Fadzilah Kamsah
Rahsia kejayaan Dato Fadzilah KamsahRahsia kejayaan Dato Fadzilah Kamsah
Rahsia kejayaan Dato Fadzilah Kamsah
 
Laporan hukum tarikan
Laporan hukum tarikanLaporan hukum tarikan
Laporan hukum tarikan
 
27 sebab gagal ptd
27 sebab gagal ptd27 sebab gagal ptd
27 sebab gagal ptd
 
Tingkatkan pengaruh berucap
Tingkatkan pengaruh berucapTingkatkan pengaruh berucap
Tingkatkan pengaruh berucap
 
Urus wang
Urus wangUrus wang
Urus wang
 
10 petua membina sikap positif
10 petua membina sikap positif10 petua membina sikap positif
10 petua membina sikap positif
 

Último

KUASA DARAH YESUS.PPT menyelamatkan manusia dari kuasa dosa.
KUASA DARAH YESUS.PPT menyelamatkan manusia dari kuasa dosa.KUASA DARAH YESUS.PPT menyelamatkan manusia dari kuasa dosa.
KUASA DARAH YESUS.PPT menyelamatkan manusia dari kuasa dosa.MeidarLamskingBoangm
 
Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.
Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.
Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.KennayaWjaya
 
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6Adam Hiola
 
Pelajaran Masa Lalu (Sekolah Sabat Dewasa, 10 Mac 2024)
Pelajaran Masa Lalu (Sekolah Sabat Dewasa, 10 Mac 2024)Pelajaran Masa Lalu (Sekolah Sabat Dewasa, 10 Mac 2024)
Pelajaran Masa Lalu (Sekolah Sabat Dewasa, 10 Mac 2024)ErnestBeardly1
 
Panduan Liturgi untuk sekolah minggu 2024
Panduan Liturgi untuk sekolah minggu 2024Panduan Liturgi untuk sekolah minggu 2024
Panduan Liturgi untuk sekolah minggu 2024milliantefraim
 
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga Bahagia
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga BahagiaSEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga Bahagia
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga BahagiaRobert Siby
 
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .Ustadz Habib
 
Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syarat
Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syaratIhsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syarat
Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syaratpuji239858
 

Último (8)

KUASA DARAH YESUS.PPT menyelamatkan manusia dari kuasa dosa.
KUASA DARAH YESUS.PPT menyelamatkan manusia dari kuasa dosa.KUASA DARAH YESUS.PPT menyelamatkan manusia dari kuasa dosa.
KUASA DARAH YESUS.PPT menyelamatkan manusia dari kuasa dosa.
 
Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.
Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.
Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.
 
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6
 
Pelajaran Masa Lalu (Sekolah Sabat Dewasa, 10 Mac 2024)
Pelajaran Masa Lalu (Sekolah Sabat Dewasa, 10 Mac 2024)Pelajaran Masa Lalu (Sekolah Sabat Dewasa, 10 Mac 2024)
Pelajaran Masa Lalu (Sekolah Sabat Dewasa, 10 Mac 2024)
 
Panduan Liturgi untuk sekolah minggu 2024
Panduan Liturgi untuk sekolah minggu 2024Panduan Liturgi untuk sekolah minggu 2024
Panduan Liturgi untuk sekolah minggu 2024
 
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga Bahagia
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga BahagiaSEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga Bahagia
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga Bahagia
 
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .
 
Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syarat
Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syaratIhsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syarat
Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syarat
 

Ujian motivasi

  • 1. Ujian APTITUD - Tentukan Kerjaya Anda!112 Apakah Yang Anda Inginkan? Apakah yang mendorong anda untuk menceburi sesuatu bidang? Adakah kerana minat ataupun motivasi daripada keluarga ataupun faktor sekeliling? Sesetengahorangmempunyaikelulusanakademik yang tinggi dan kemahiran yang baik tetapi tidak berjaya dalam hidup. Ada juga orang yang tidak mempunyai kelulusan yang tinggi, tetapi mempunyai kemahiran dan kemahiran itu digunakan sehingga membawa kejayaan kepada mereka. Kejayaan seseorang itu banyak ditentukan oleh motivasi. Motivasi dapat membakar semangat seseorang untuk melakukan sesuatu pekerjaan dengan bersungguh-sungguh sehinga berjaya. Motivasi terdapat dalam beberapa bentuk, seperti kata nasihat daripada orang yang disayangi atau mentor, faktor material seperti wang ringgit, kepuasan mental, meraih pujian ataupun sebagai satu cabaran. Motivasi sangat penting! Ujian Motivasi
  • 2. Ujian APTITUD - Tentukan Kerjaya Anda! 113 Kadang-kadang kita menjadi keliru dengan sumber motivasi yang ada, sama ada membawa sesuatu yang baik pada diri kita atau tidak. Ujian berikutnya akan menolong anda menilai motivasi peribadi yang anda miliki dan hal ini bertujuan untuk mencorakkan kerjaya dan hala tuju anda. Ujian ini dapat memberikan panduan kepada anda tentang kerjaya yang lebih sesuai untuk anda ikuti berdasarkan minat anda. Ujian ini akan mengemukakan soalan tentang pekerjaan yang mungkin anda minati atau langsung tidak anda minat.Ada juga pekerjaan yang tidak pernah anda fikirkan tentangnya, tetapi jika diberikan peluang, anda mungkin akan mempertimbangkannya. Satu perkara yang harus anda ingat apabila anda menjawab soalan-soalan tersebut ialah anda harus bertanya kepada diri anda sama ada anda sesuai atau tidak dengan aktiviti atau tugasan yang berkaitan dengan kerjaya yang anda pilih. Perkara penting yang harus diingat semasa menjawab soalan ini adalah: 1. Mesti berfikiran terbuka. 2. Jangan fikirkan tentang pulangan atau status sesuatu pekerjaan itu, tetapi fikirkan tentang latar belakangpekerjaantersebutdantanggungjawabnya. Untuk setiap soalan anda mesti berikan 3 markah.
  • 3. Ujian APTITUD - Tentukan Kerjaya Anda!114 Contoh 1: Penterjemah 3 Tukang kebun 0 Anda berikan 3 markah untuk penterjemah kerana anda rasa anda lebih suka menjadi penterjemah daripada seorang tukang kebun. Contoh 2: Pengurus hotel 1 Guru matematik 2 Anda tidak berapa pasti sama ada pengurus hotel atau guru matematik lebih menarik bagi anda. Anda merasakan bahawa bekerja sebagai pengurus hotel lebih baik, dan pada masa yang sama menganggap kerja sebagai guru matematik juga tidak kurang menariknya. Jadi anda memilih untuk memberikan markah sedemikian. Seperti ujian yang sebelum ini, jangan hiraukan huruf yang terdapat di atas soalan.
  • 4. Ujian APTITUD - Tentukan Kerjaya Anda! 115 UJIAN MOTIVASI 1. (a) Agen publisiti (b) Penulis 2. (a) Ahli geologi (b) Jururawat 3. (a) Penganalisa kewangan (b) Pengarah drama 4. (a) Ahli astronomi (b) Pembuat senjata 5. (a) Juruaudit (b) Tukang perak 6. (a) Juruukur bahan (b) Penyajak 7. (a) Pegawai penjara (b) Saintis marin 8. (a) Pengurus kakitangan (b) Pembina perisian 9. (a) Penilai hartanah (b) Penulis lagu M K S E P F T
  • 5. Ujian APTITUD - Tentukan Kerjaya Anda!116 M K S E P F T 10. (a) Pemandu traktor (b) Jurulelong 11. (a) Guru pendidikan khas (b) Pengukir 12. (a) Penganalisis perniagaan (b) Doktor haiwan 13. (a) Ahli kimia (b) Ahli statistik 14. (a) Ahli kelab belia (b) Perunding kesatuan pekerja 15. (a) Pakar pemakanan (b) Ahli politik 16. (a) Arkitek (b) Pendakwah 17. (a) Ejen hartanah (b) Ketua rukun tetangga 18. (a) Pekerja sosial (b) Editor
  • 6. Ujian APTITUD - Tentukan Kerjaya Anda! 117 19. (a) Pereka hiasan dalaman (b) Ahli kimia 20. (a) Ejen media (b) Ahli nuklear fizik 21. (a) Wartawan (b) Guru 22. (a) Akauntan (b) Pegawai Perhubungan Awam 23. (a) Jurujual kereta (b) Pembuat perabot 24. (a) Jurugambar (b) Pegawai kesihatan 25. (a) Pustakawan (b) Kerani fail 26. (a) Juruhebah radio (b) Ahli ekonomi 27. (a) Penulis novel (b) Pegawai pertanian M K S E P F T
  • 7. Ujian APTITUD - Tentukan Kerjaya Anda!118 28. (a) Jurulatih sukan (b) Pereka fesyen 29. (a) Penulis skrip drama (b) Ahli psikologi 30. (a) Pegawai hutan (b) Ahli kaji logam 31. (a) Pembuat mainan (b) Pereka landskap 32. (a) Pereka grafik (b) Pegawai perubatan 33. (a) Jurutera mekanikal (b) Pengkritik buku 34. (a) Bakterialogis (b) Pemuzik 35. (a) Pengarang (b) Pereka pentas 36. (a) Ilustrator (b) Model M K S E P F T
  • 8. Ujian APTITUD - Tentukan Kerjaya Anda! 119 37. (a) Pembuat peralatan (b) Pegawai bank 38. (a) Penulis lagu (b) Perunding iklan 39. (a) Ahli forensik (b) Pelakon 40. (a) Juruelektrik (b) Penjual hasil seni 41. (a) Peguam cara (b) Eksekutif pemasaran 42. (a) Chef (b) Pegawai kerjaya M K S E P F T
  • 9. Ujian APTITUD - Tentukan Kerjaya Anda!120 Jawapan Kira berapa jumlah markah yang anda beri untuk setiap kategori dan tulis di dalam kotak di bawah. Takrifan Jawapan Perhatikan jumlah markah bagi setiap jawapan anda di dalam kotak yang disediakan. Kesemua markah tersebut melambangkan kecenderungan anda terhadap sesuatu bidang. Mari kita lihat maksud di sebalik huruf-huruf yang diberikan. Sekiranya anda mendapat markah tertinggi bagi L, maka deskripsi yang tepat bagi anda ialah anda memang suka akan bidang penulisan dan pembacaan. Jadi, anda mudah untuk menyesuaikan apa-apa yang anda suka dengan kelulusan yang anda ada. Huruf M – Mengarang Anda sangat meminati bidang penulisan. Anda minat membaca buku dan juga berkebolehan untuk mengarang dengan baik. Anda banyak mempunyai idea, pandai bermain dengan perkataan dan mampu mengarang sesuatu artikel atau surat secara spontan.
  • 10. Ujian APTITUD - Tentukan Kerjaya Anda! 121 Kemungkinan subjek kesukaan anda adalah berkaitan dengan bahasa atau sejarah.Anda juga selalu mendapat markah yang tinggi dalam ujian yang melibatkan soalan esei. Pekerjaan yang sesuai untuk anda ialah pensyarah atau guru. Anda juga boleh menjadi seorang penulis atau editor yang baik. Selain itu, pekerjaan lain seperti pelakon, wartawan, pustakawan dan penterjemah mungkin sesuai dengan minat anda. Huruf K – Kreatif Anda seorang yang kreatif dan akan berasa puas sekiranya anda dapat meluahkan perasaan anda melalui seni tidak kira sama ada dari segi muzik ataupun lukisan.Anda suka akan kecantikan dan amat menghargai hasil seni. Ramai orang tertarik dalam bidang ini, tetapi tidak semua yang mampu untuk mendapat pulangan yang baik untuk kerjaya seperti ini. Kecantikan itu adalah subjektif dan apa-apa yang anda rasakan menarik mungkin tidak mempunyai apa-apa kesan pada orang lain. Adakah anda berbakat? Apa buktinya? Sangat susah untuk menjawab soalan ini. Namun ramai orang Kumpulan M Pekerjaan: - Pensyarah - Guru - Penulis - Editor - Pelakon - Wartawan - Pustakawan - Penterjemah
  • 11. Ujian APTITUD - Tentukan Kerjaya Anda!122 yang menceburi bidang ini telah membuktikan bahawa bidang ini dapat memberikan pulangan yang banyak sekiranya kena pada tempat dan masanya. Bidang professional seperti sektor pembinaan dan fesyen telah membuka peluang yang baik untuk anda. Sekiranya anda seorang yang kreatif, kerjaya yang mungkin menarik minat anda ialah arkitek, artis, penari, pereka fesyen, pengukir, juru solek, pemuzik, atau pereka barang kemas. Huruf S – Sosial Andaseorangyangprihatin,penyayangdanmempunyai kemahuan untuk menolong orang lain. Anda berasa puas hati sekiranya anda dapat melihat keadaan orang yang anda tolong menjadi lebih baik dan boleh berdikari. Sekiranya anda mahu menceburi bidang ini, anda seharusnya mempunyai perwatakan penyayang, lembut dan pada masa yang sama bersemangat kental. Jiwa anda sensitif, tetapi tidak mudah menunjukkan perasaan sedih anda kepada orang di sekeliling anda. Kumpulan K Pekerjaan: - Arkitek - Artis - Penari - Pereka fesyen - Pengukir - Juru solek - Pemuzik - Pereka Kumpulan S Pekerjaan: - Doktor - Jururawat - Guru - Psikologis - Ahli terapi
  • 12. Ujian APTITUD - Tentukan Kerjaya Anda! 123 Ada banyak kerjaya yang melibatkan kerja sosial seperti dalam pendidikan, latihan, perubatan dan kebajikan seperti doktor, jururawat, guru, ahli psikologi dan ahli terapi. Huruf E – Eksekutif Anda seorang yang agresif, bermatlamat dan mampu memikul tanggungjawab untuk menguruskan orang lain atau menyelesaikan sesuatu tugasan.Anda seorang yang bercita-cita tinggi dan sanggup menghadapi pelbagai cabaran demi mencapai keinginan anda. Lazimnya, individu yang bersifat sebegini mempunyai tahap akademik yang tinggi dan seorang yang sistematik. Anda tidak suka menunggu rezeki datang bergolek, tetapi anda berusaha untuk mendapatkan sesuatu. Anda mempunyai motivasi dalaman yang kuat dan tidak memerlukan sokongan daripada orang lain. Anda mempunyai semangat untuk berjaya dan apa-apa yang anda lakukan pasti membuahkan hasil. Jika anda salah seorang yang memiliki sifat ini, kerjaya yang sesuai untuk anda adalah dalam bidang penyelidikan, perniagaan dan pemasaran. Kumpulan E Pekerjaan: - Perniagaan - Pegawai penyelidik - Eksekutif pemasaran
  • 13. Ujian APTITUD - Tentukan Kerjaya Anda!124 Huruf P – Penyelidikan Anda seorang yang dahagakan ilmu pengetahuan dan sanggup menghabiskan banyak masa untuk tujuan penyelidikan. Bidang yang lazimnya menjadi minat anda ialah akademik dan professional.Anda tidak suka berteka-teki kerana anda hanya mahukan sesuatu yang pasti. Di sekolah, anda meminati subjek sains dan matematik. Anda suka soalan-soalan tentang menyelesaikan masalah dan mampu membuat satu rumusan berdasarkan maklumat yang diperoleh. Anda mempunyai minat yang mendalam terhadap penyelidikan. Oleh itu, anda harus mempunyai tahap kesabaran dan disiplin yang tinggi untuk menceburi bidang ini. Namun, tidak semua orang mempunyai tahap kesabaran dan disiplin yang tinggi. Pekerjaan yang sesuai untuk anda ialah saintis, ahli fizik, pakar bedah dan ahli forensik. Huruf F – Fizikal Anda suka akan sesuatu kerja yang memerlukan anda sentiasa bergerak. Anda lebih cenderung ke arah sesuatu pekerjaan yang memerlukan penglibatan fizikal seperti membina sesuatu objek. Anda juga mempunyai kebolehan dalam bidang teknikal dan kraf tangan. Kumpulan P Pekerjaan: - Saintis - Ahli fizik - Pakar bedah - Ahli forensik
  • 14. Ujian APTITUD - Tentukan Kerjaya Anda! 125 Anda juga berminat dengan peralatan, enjin, dan automotif. Kerjaya dalam bidang ini banyak dan peluang untuk anda juga terbuka luas. Walau bagaimanapun, kerjaya dalam bidang ini memerlukan banyak interaksi dengan orang lain. Huruf T – Pentadbiran Kerjaya dalam bidang ini memerlukan anda menguruskan pejabat, perniagaan dan hal-hal berkaitan kewangan dan pentadbiran yang melibatkan organisasi awam atau swasta. Untuk berjaya, anda seharusnya bersikap sistematik dan mampu membuat perancangan yang teratur. Seseorang pentadbir harus tahu perkara yang berlaku dalam satu-satu organisasi dan mampu memberikan maklumat yang berkaitan dengan perjalanan operasi syarikat kepada sesiapa yang memerlukannya. Lazimnya, individu dalam bidang ini mempunyai kelayakan akademik yang baik dan agak spesifiksepertiinsurans,perbankan, guaman dan sebagainya. Kumpulan F Pekerjaan: - Mekanik - Jurutera - Pereka Kumpulan T Pekerjaan: - Pegawai insurans - Pegawai/ kerani bank - Peguam - Setiausaha - Kerani