SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 10
SMK CHIO MIN KULIM KEDAH
MESYUARAT PANITIA BIDANG KEMANUSIAAN KALI KEDUA TAHUN 2021
HARI : (SABTU)
MASA : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari
TEMPAT : LOKASI MASING-MASING
APPLIKASI : GOOGLE LINK https://meet.google.com/oek-dqzo-isk
Kehadiran :
Pengerusi : Tan Kooi Hwang (Guru Kanan Kemanusiaan)
Turut Hadir : Yong Chew Yeong (Penolong Kanan Petang)
Panitia Nama Guru
Sejarah Hadir
1. Noratiqah Binti Othman (Ketua Panitia)
2. Dhevasenapathy A/L Shanmugam
3. Mohd Azmi Bin Abdullah
4. Moganasundiri A/P Surianarayanan
5. Eurica A/P Arockiyasamy
6. Geeta A/P Kannasan
7. Nur Zulaikha Binti Abdullah
8. Lim Ahy Ling
Tidak Hadir
1. Muniandy A/L Gurusamy ( cuti sakit)
2. Fadzillah Binti Rosly ( Mesyuarat B. Melayu)
3. Wahieda Binti Mat ( Mesyuarat Geografi)
4. Vasantha Kumar A/L Subramonian
( Mesyuarat RBT)
Geografi Hadir
1. Valsa A/p Chellaiah ( Ketua Panitia)
2. Ramesh A/L Sinapyan
3. Muhammad Fuzail Bin Shukri
4. Norhasimah Binti Jaafar
5. Ooi Sze Yean
6. Noor Izhatul Husna Binti Nasshorudin
7. Sabariah Binti Ishak
8. Wahieda Binti Mat
Tidak Hadir
1. Kaleeswary A/P Sornam ( Mesyuarat B. Melayu)
Pendidikan Moral Hadir
1. Elamarin A/L Nadeson (Ketua Panitia)
2. Roshini Dewi A/P Monogaran
3. Najwa Binti Zubir
Tidak Hadir
1. Wong Chun Yee ( Mesyuarat RBT)
2. Dr.Motiakavandar Ramasamy
(Mesyuarat P. Perakaunan)
3. Zaviyah Ahmad ( Mesyuarat RBT)
4. Norshafina Che Said ( Mesyuarat Sains)
5. Mugiliswary Murugaya ( Mesyuarat B. Melayu)
6. Siti Hajar ( Mesyuarat ASK)
Pendidikan Islam Hadir
1. Mohd Najib Bin Mahamud (Ketua Panitia)
Pendidikan Seni Visual Hadir
1. Wan Mazura Binti Wan Salleh (Ketua Panitia)
2. Marliza Binti Ismail
3. Norlela Binti Abdul Gani
Tidak Hadir
1. Aida Rashila Binti Abu Bakar ( Mesyuarat ASK)
2. Santhira Vathani A/P Sannasi (cuti bersalin)
3. Siti Hajar Binti Abdul Razak ( Mesyuarat ASK)
4. Lim Ahy Ling ( Mesyuarat Sejarah)
Pendidikan Jasmani & Kesihatan Hadir
1. Mohd Khairil Azri Bin Subhi (Penolong Ketua
Panitia)
2. Mohd Faez Bin Mohd Fuaad
3. Muhammad Hafizul B Ab Rahman
4. Awang Kechik Bin Abdullah
5. Nik Shafirul Bin Nik Mad
6. Mohana Rani A/P Supurmaniam
Tidak Hadir
1. Wahieda Binti Mat ( Mesyuarat Geografi)
2. Mohd Saad Bin Hasan ( Mesyuarat B. Melayu)
3. Siti Hajar Binti Abdul Razak ( Mesyuarat ASK)
4. Nur Dalilah Binti Mohd Dain ( Mesyuarat Sains)
5. Muhamad Fitri Bin Ismail ( Mesyuarat RBT)
6. Suhaila Binti Ali (cuti bersalin)
I. Ucapan aluan pengerusi
1. Cik Tan Kooi Hwang mengalu-alukan kehadiran Pn Yong Chew Yeong dan guru- guru
ke mesyuarat panitia kali kedua. Beliau menyatakan kesyukuran atas kerjasama semua
guru yang bersungguh-sungguh memberikan kerjasama dalam melaksanakan tugas
yang diamanahkan.
II. Ucapan aluan Pemantau
2. Pn Yong Chew Yeong mengucapkan selamat pagi kepada semua guru-guru.
3. Beliau menyatakan tentang kepentingan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
dari rumah (PdPR). Guru-guru juga harus melaksanakan PdPR mengikut jadual yang
ditetapkan oleh pihak sekolah. Pelaporan PdPR perlu diisi setiap kali selesai
melaksanakan PdPR dengan memastikan jumlah kehadiran sama seperti jumlah
pelajar. Hal ini adalah kerana data tersebut dikutip oleh pihak Pejabat Pendidikan
Daerah Kulim (PPD Kulim).
4. Beliau juga menyatakan nama guru perlu diisi dengan betul semasa pelaporan.
Seterusnya beliau meminta guru-guru mengenalpasti faktor ketidakhadiran para pelajar.
Guru-guru boleh merujuk kounselor sekolah untuk tidakan lanjut.
Makluman : Semua ahli Panitia
III. Post mortem SPM 2020
5. Cik Tan Kooi Hwang menyatakan bahawa keputusan mata pelajaran yang terlibat
dalam peperiksaan SPM 2020 adalah seperti berikut :
Mata
pelajaran
Bil.
Daftar
Bil.
Ambil
Cemerlang
A,+A,-A
Kepujian
B+.,B,C+,C
Lulus
D,E
Jumlah
Lulus
GPMP Beza
GPMP
Sejarah 373 367 86 111 98 295 5.26 -0.69
P. Moral 354 346 86 146 37 269 5.05 0.00
P.Islam 19 19 2 12 3 17 4.95 0.42
P.Seni 125 111 8 42 51 101 6.30 0.08
6. Pn. Noratiqah Binti Othman ( Ketua Panitia Sejarah) menyatakan bahawa keputusan
lulus untuk subjek sejarah bagi kelas 5 A hingga D agak baik iaitu hampir separuh
daripada murid kelas tersebut lulus bagi subjek Sejarah.
7. Beliau menyatakan punca penurunan keputusan SPM 2020 boleh dibahagikan kepada
dua iaitu berpunca daripada pihak guru dan pelajar. Bagi pihak guru adalah kerana
tahun pertama pembelajaran dijalankan secara atas talian. Disamping itu, guru-guru
juga tidak dapat membuat latih tubi secara maksima kerana pembelajaran secara
bersemuka tidak dapat dilaksanakan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
8. Pn. Noratiqah Binti Othman menyatakan di pihak murid pula kekangan yang ada ialah
para pelajar tidak konsisten mengikuti kelas PdPR. Selain itu, ada pelajar yang tidak
mengambil Modul Galus yang disediakan oleh pihak panitia. Disamping itu, kehadiran
pelajar juga merosot sejak sekolah dibuka selepas PKP.
9. Pn. Noratiqah Binti Othman telah mencadangkan beberapa langkah intervensi iaitu,
Pemantapan Kertas 1 untuk kelas aliran kemanusiaan kerana pelajar kelas tersebut lebih
memberi kerjasama semasa menjawab soalan objektif berbanding soalan struktur.
Selain itu, beliau juga mencadangkan progam Masih Ada Yang Sayang diteruskan pada
tahun ini.
10. Pn. Noratiqah Binti Othman meneruskan cadangan intervensi beliau supaya
pengukuhan diberikan untuk Kertas 2. Hal ini akan dilakukan dengan menjemput Pn
Eurica (pemeriksa Kertas Dua) untuk membimbing pelajar memahami format Kertas
Dua dan menguasai soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
Makluman : Semua ahli Panitia
11. En. Elamarin (Ketua Panitia Pendidikan Moral) menyatakan bahawa keputusan lulus
SPM 2020 untuk subjek pendidikan moral menurun sedikit sebanyak 0.86% tetapi
GPMP kekal 5.05 % kerana bilangan pelajar yang mendapat A,+A,-A meningkat
daripada 60 orang pada 2019 ke 86 orang pada 2020.
12. Beliau menambah bahawa kebanyakan pelajar gagal adalah daripada kelas 5A hingga
5D yang tidak hadir ke sekolah semasa sesi persekolahan bersemuka antara Januari
hingga Febuari. Pelajar Galus juga tidak dapat memahami kehendak soalan. Selain itu
beliau menyatakan bahawa para pelajar pandang ringan dan kurang bersedia terhadap
isu-isu yang selalu disoal dalam peperiksaan. Contohnya isu patriotisme dan alam
sekitar.
13. En. Elamarin mencadangkan beberapa langkah intervensi dilaksanakan iaitu,
memberikan peruntukan masa untuk mendedahkan pelajar tentang teknik menjawab
dalam kelas PdPR. Selain itu, memperbanyakan latih tubi bagi semua unit
pembelajaran. Seterusnya melakukan pecutan akhir dengan menggunakan soalan-
soalan percubaan negeri lain. Berikutnya menyediakan modul yang lengkap dengan
soalan KBAT.
Makluman : Semua ahli Panitia
14. En. Mohd Najib Bin Mahamud ( Ketua panitia Pendidikan Islam) membentangkan
keputusan calon mengikut kelas. Empat orang calon dari kelas 5 Thomson dengan
keputusan A (1 calon), B+ (1 calon), B (2 calon). Manakala kelas 5SK3 A- (1 calon),
B+(3 calon), B (1 calon), C(2 calon). Sementara itu kelas 5C C(3 calon), D (2 calon), E
(1 calon), dan G (2 calon).
15. En. Mohd Najib Bin Mahamud menjelaskan kekuatan panitia ialah program
peningkatan berfokus kepada pelajar gagal, program luar kelas (mendekati calon), latih
tubi dari sektor SPI (Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah) dan sokongan rakan guru
serta pentadbir sekolah.
16. En. Mohd Najib Bin Mahamud menyatakan PKP menyebabkan guru tidak dapat
memberikan fokus kepada calon miss A, dan kebanyakan mereka mempunyai
kelemahan dalam menjawab soalan fakta.
17. En. Mohd Najib Bin Mahamud mencadangkan beberapa langkah intervensi iaitu
membeli buku latihan bertulis kepada pelajar tingkatan 4 tahun 2021, mencetak latihan
berfokus kepada pelajar 5 tahun 2021 mengikut format terkini, dan meneruskan
program mendekati calon di luar sekolah selepas PKP.
Makluman : Semua ahli Panitia
18. Pn. Wan Mazura ( Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual) membentangkan keputusan
calon SPM 2020. Seramai 125 orang calon mendaftar. 8 calon memperoleh keputusan
cemerlang A,+A,-A, 42 orang calon mendapat kepujian B+.,B,C+,C, dan seramai 52
lulus D,E.
19. Pn. Wan Mazura menyatakan punca kemerosotan keputusan SPM 2020 bagi pendidikan
seni visual ialah kekangan PKP menyebabkan pelajar tiada usaha menjawab Kertas 1.
Selain itu, soalan Kertas 2 telah dihantar seminggu awal namun pelajar tidak
bersungguh-sungguh menjawabnya. Kelemahan teknik melukis pelajar seperti
penggunaan ton warna juga menjadi punca pelajar tidak mendapat markah yang baik.
20. Seterusnya, para pelajar tidak bersungguh-sungguh menyiapkan Kertas 3 juga
menyumbang kepada kemerosotan keputusan SPM 2020. Kehadiran pelajar yang
mengambil kertas pendidikan seni visual juga mulai merosot bermula bulan Jun 2020.
Akhir sekali, program yang melibatkan jemputan penceramah luar tidak dapat
dilaksanakan kerana PKP.
21. Pn. Wan Mazura mencadangkan beberapa langkah intervensi iaitu menjalankan latih
tubi berfokus Kertas 1. Seterusnya membincangkan soalan percubaan dari negeri lain.
Selain itu, menjalankan program mahir melukis supaya dapat meningkatkan
pengetahuan. Sehubungan itu, Panitia Seni juga akan menjalankan Program Gemilang
Seni iaitu memberi fokus kepada tajuk terpilih.
Makluman : Semua ahli Panitia
IV. Dialog prestasi PdPR
22. Pn. Noratiqah Binti Othman menyatakan peratusan kehadiran bagi kelas PdPR sejarah
bagi kelas bestari adalah agak tinggi manakala bagi kelas bukan bestari kehadirannya
agak kurang memuaskan.
23. Pn. Noratiqah Binti Othman memberitahu ahli mesyuarat bahawa langkah-langkah yang
telah diambil oleh panitia sejarah ialah menghubungi pelajar dan ibu bapa. Bagi
sesetengah kes bantuan kaunselor sekolah telah diminta.
24. Pn. Noratiqah Binti Othman mencadangkan supaya guru-guru meletakkan senarai
kehadiran pelajar dalam group kelas apabila selesai sesuatu kelas PdPR. Hal ini akan
memberikan motivasi kepada para pelajar untuk menyertai kelas melalui google meet.
25. Cik Tan Kooi Hwang menyatakan apabila ada tindakan yang diambil oleh pihak sekolah
kehadiran kelas PdPR telah meningkat. Beliau mengucapkan tahniah kepada pihak
sekolah.
Makluman : Semua ahli Panitia
26. Pn. Valsa A/P Chellaiah ( Ketua Panitia Geografi) menyatakan peratusan kehadiran bagi
kelas PdPR geografi bagi kelas bestari adalah agak tinggi manakala bagi kelas bukan
bestari kehadirannya agak kurang memuaskan.
27. Pn. Valsa A/P Chellaiah menjelaskan antara kekangan yang dihadapi oleh para pelajar
ialah, masalah capaian internet, masalah peranti yang berkongsi dan sikap pelajar itu
sendiri.
28. Pn. Valsa A/P Chellaiah telah mencadangkan supaya memahami cara pembelajaran
pelajar iaitu sama ada pelajar berminat dengan paparan video (visual), minat
mendapatkan maklumat tambahan ataupun menyelitkan aktiviti untuk dikaitkan dengan
pembelajaran.
29. Seterusnya beliau mencadangkan guru-guru mata pelajaran geografi menghantar bahan-
bahan pembelajaran ke group sebelum PdPR berjalan. Hal ini membantu pelajar
memahami isi pelajaran.
30. Selain itu, Pn. Valsa A/P Chellaiah juga meminta supaya guru-guru geografi
mengaitkan pembelajaran dengan kehidupan seharian pelajar.
31. Berikutnya, beliau mencadangkan supaya guru memberikan ganjaran berbentuk pujian
dan kata-kata semangat kepada pelajar yang menyiapkan tugasan dan hadir ke kelas
PdPR.
32. Akhir sekali, Pn. Valsa A/P Chellaiah menyatakan guru-guru perlu tegas dan bukannya
garang. Perkara ini perlu supaya para pelajar bersemangat untuk mengikuti kelas PdPR.
33. Cik Tan Kooi Hwang menyatakan guru-guru perlu mengasah bakat pelajar dengan
mengaitkan pembelajaran mereka dengan kehidupan seharian.
Tindakan dan Makluman : Semua ahli Panitia
34. En. Elamarin menyatakan peratusan kehadiran bagi kelas PdPR pendidikan moral bagi
kelas bestari adalah agak tinggi manakala bagi kelas bukan bestari kehadirannya
memuaskan sahaja.
35. En. Elamarin menjelaskan antara kekangan yang dihadapi oleh para pelajar ialah,
masalah capaian internet, masalah peranti, sikap pelajar itu sendiri, dan terdapat pelajar
yang sudah bekerja.
36. En. Elamarin memaklumkan antara langkah yang telah diambil ialah menghubungi
pelajar, melalui waris dan rakan sekelas. Beliau juga mencadangkan supaya pelajar
perlukan sesi motivasi kerana terdapat pelajar yang stress dan sukar mengikuti PdPR.
37. Cik Tan Kooi Hwang, bersetuju dengan pernyataan En. Elamarin. Belaiu menyatakan
pihak sekolah perlu melakukan sesi motivasi untuk para pelajar supaya mereka terus
bersemangat menjalankan PdPR.
Makluman : Semua ahli Panitia
38. En. Mohd Najib bin Mahamud menjelaskan antara kekangan yang dihadapi oleh para
pelajar ialah, masalah capaian internet, masalah peranti, dan masalah keluarga.
39. Beliau mencadangkan untuk membeli buku latihan supaya pelajar lebih fokus membuat
latihan. Selain itu, beliau juga mencadangkan supaya bahan-bahan pengajaran dihantar
ke dalam group kelas selepas PdPR dilaksanakan melalui google meet.
40. Cik Tan Kooi Hwang, bersetuju dengan pernyataan En. Mohd Najib bin Mahamud,
kerana jumlah pelajar yang mengambil pendidikan Islam tidak ramai.
Makluman : Semua ahli Panitia
41. Pn. Wan Mazura menyatakan punca pelajar tidak hadir kelas PdPR ialah pelajar
tingkatan 1 dari kelas PA kebanyakan tiada kemudahan telefon atau kurang
kemampuan.
42. Selain itu, pelajar tingkatan 1 dan 2 mempunyai sikap malas untuk mengikuti kelas PSV
terutamanya pada awal pagi.
43. Berikutnya, Pn. Wan Mazura menyatakan pelajar kurang berminat dan menganggap
subjek PSV tidak penting dan menganggap guru tidak boleh mengambil sebarang
tindakan terhadap mereka.
44. Pn. Wan Mazura menyatakan punca terakhir ialah terdapat pelajar yang kurang
kemampuan untuk memiliki akses teknologi.
45. Pn. Wan Mazura mencadangkan cara untuk menarik minat pelajar mengikuti kelas
PdPR ialah menghubungi pelajar melalui ibu bapa atau pun waris.
46. Mempelbagaikan bahan sama ada dalam bentuk video, photo dan kuiz interaktif.
47. Mewujudkan kelas PdPR yang ceria dan menarik serta memberikan pujian dan galakan
kepada para pelajar.
48. Cik Tan Kooi Hwang, mencadangkan supaya para pelajar yang menyertai dan
menyiapkan kuiz online diberikan sijil digital sebagai galakan dan dorongan kepada
mereka.
49. En. Azri (Penolong Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan) menyatakan kehadiran
pelajar dari kelas bukan bestari adalah kurang memuaskan.
50. Hal ini menurut beliau adalah kerana pelajar menganggap mata pelajaran PJPK adalah
sekadar bermain dan perlu secara bersemuka.
Makluman : Semua ahli Panitia
51. Beliau mencadangkan supaya guru PJPK menghubungi ibu bapa pelajar yang ponteng
kelas PdPR. Selain itu juga beliau mencadangkan agar guru-guru menggunakan kaedah
yang lebih menarik seperti penggunaan video dalam pengajaran mereka.
Tindakan dan Makluman: Semua ahli Panitia PJPK
V. PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)
52. Taklimat perlaksanaan PBD telah disampaikan oleh Pn. Yong Chew Yeong selaku
Penolong Kanan Petang. Beliau mengatakan bahawa disebabkan tiada ujian dan
peperiksaan maka penilaian PBD secara atas talian wajar dilakukan.
53. Platform yang digunakan adalah Google Classroom dan Google Meet. Soalan PBD
perlu dimuat naik mengikut jadual masa dan tarikh yang telah ditetapkan. Pelajar perlu
klik pada soalan dan menjawab soalan tersebut.
54. Platform Google meet digunakan untuk mengawas pelajar-pelajar semasa pentaksiran
sedang dijalankan. Guru yang mengawas juga perlu mengambil kehadiran.
55. Medium Google Drive juga digunakan untuk menyimpan bank soalan PBD,
menyediakan folder PBD, memuat naik soalan PBD dan memuat naik bukti/evidence
selepas penilaian.
56. Strategik penyediaan soalan, antara cadangan yang dikemukakan ialah open book test,
masa menjawab ialah 30 minit, soalan berbentuk struktur lebih digalakkan berbanding
soalan objektif dan perlu di simpan dalam bentuk PDF file.
57. Perlaksanaan PBD, guru mata pelajaran tingkatan 3 hingga 5 perlu menyediakan dua
set soalan. Bagi Tingkatan 3 untuk kelas bestari, guru perlu menyediakan dua set soalan
manakala untuk kelas sederhana iaitu kelas 3A hingga 3F, guru juga perlu menyediakan
dua set soalan.
58. Bagi tingkatan 4 dan 5 , mata pelajaran yang terlibat ialah Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, Bahasa Cina, Sejarah, Moral, Matematik, Sains dan PJK
59. Soalan yang telah disediakan, dihantar kepada SU Peperiksaan secara softcopy. Guru-
guru perlu berbincang tentang agihan tugas penyediaan soalan.
60. Setiausaha Peperiksaan (SU) perlu menghantar fail soalan ke Google Classroom.
Apabila tiba waktu penilaian PBD, SU akan masukkan soalan ke dalam kelas masing-
masing di Google Classroom.
61. Pelajar perlu membaca arahan PBD, buka atau download soalan daripada Google
Classroom, pelajar menjawab soalan dan setelah selesai mereka perlu tangkap gambar
dan kemudian menghantar jawapan tersebut.
62. Cadangan masa perlaksaan PBD ialah selama 30 minit. Untuk sesi pagi contohnya, guru
hadir pada 7.45 pagi. Guru mengawas pada pukul 8.00 hingga 8.30 pagi. Jawapan
dikutip pada pukul 8.30 hingga 8.45 pagi. Pelajar diberi masa 30 minit untuk menjawab
dan diberi masa 15 minit untuk menangkap gambar dan memuat naik jawapan.
63. Peranan guru semasa pengawasan PBD, guru perlu masuk kelas atas talian mengikut
jadual waktu lebih awal. Guru masuk mengikut jadual waktu PDPR yang sedia ada.
Guru perlu mengambil kehadiran pelajar, guru yang memulakan penilaian PBD akan
membaca arahan kepada pelajar manakala guru yang mengutip soalan memberi arahan
berhenti dan pastikan pelajar memuat naik jawapan.
64. Sebagai persediaan pelajar, mereka perlu mempunyai aplikasi Google Meet dan aplikasi
Cam Scanner. Guru perlu menghantar video cara memuat turun aplikasi Cam Scanner.
Aplikasi ini digunakan untuk pelajar tangkap gambar dengan lebih jelas.
65. Pelajar juga perlu memastikan bateri telefon bimbit, komputer atau tablet penuh,
memastikan Wifi atau kelancaran internet stabil walau susah dijangka kestabilannya.
Suasana atau tempat yang digunakan semasa menjawab penilaian PBD haruslah sesuai
dan tiada sebarang gangguan. Pelajar perlu mendapat kerjasama dari keluarga masing-
masing untuk mengelakkan gangguan bising dan sebagainya. Pelajar juga perlu
menyediakan alat tulis, kertas A4 bergaris dan bahan rujukan kerana open book test.
Pelajar juga perlu membuka webcam dan mikrofon sepanjang PBD.
66. Pelajar perlu membuka webcam dan mikrofon kerana guru yang mengawas sepanjang
PBD dapat melihat apa yang pelajar sedang lakukan. Adakah pelajar menggunakan
telefon untuk bertanyakan soalan kerana apabila mikrofon dibuka, guru akan dapat
mendengar.
67. Pengambilan kertas soalan sebelum mula PBD, SU PBD akan menyimpan soalan
mengikut kelas. SU akan hantar ke Google Classroom mengikut ketetapan masa yang
ditetapkan. Guru yang mengawas perlu memastikan semua pelajar mendapat kertas
soalan dari Google Classroom.
68. Semasa PBD dijalankan, pelajar dikehendaki log masuk ke Google Classroom masing-
masing mengikut jadual PBD yang disediakan oleh SU Peperiksaan. Pelajar perlu
bersiap sedia dengan alat tulis dan sebagainya serta pasang kamera. Pelajar perlu
mengikut arahan guru pengawas. Soalan juga dihantar ke kelas Google Classroom
masing-masing. Pelajar dikehendaki menjawab soalan dalam masa yang diperuntukkan.
Pelajar boleh merujuk bahan atau buku semasa menjawab soalan. Selepas masa
menjawab tamat, pelajar dikehendaki menangkap gambar kertas jawapan dan memuat
naik ke Google Classroom. Masa muat naik jawapan adalah 15 minit sahaja. Jika pelajar
memuatnaik lebih dari 15 minit, Tindakan akan diambil dengan menolak markah.
69. Guru perlu mengajar pelajar bagaimana memasang kamera dari aspek jarak atau posisi
peranti dengan pelajar supaya boleh nampak posisi kiri, kanan dan depan serta tangan
pelajar supaya dapat melihat apa yang pelajar sedang lakukan. Dengan kata lain boleh
melihat secara keseluruhan apa yang pelajar sedang lakukan.
70. Pengulangan semula PBD, pelajar yang menghadapi masalah internet atau tidak dapat
hadir, akan mengambil semula PBD pada waktu yang akan ditentukan kemudian oleh
guru mata pelajaran. Guru mata pelajaran akan menghubungi pelajar dan mengenal pasti
masa ambil semula PBD. SU PBD akan menghantar soalan set kedua melalui Google
Classroom. Pelajar perlu muat turun soalan set 2 PBD. Guru pengawas akan kongsi link
di Google Meet semasa pengawasan.
71. Cara menyemak kertas soalan, kertas soalan boleh disemak secara online dan juga
offline. Bagi semakan secara offline, guru mata pelajaran perlu memuat turun dan cetak.
Bagi semakan secara online guru boleh menggunakan aplikasi KAMI extensions dan
Microsoft Edge. Dalam masa yang terdekat, satu LDP akan diadakan oleh Mr. Lim Pin
Kok untuk menerangkan tentang penggunaan aplikasi KAMI extensions untuk
menyemak jawapan pelajar secara online. Semakan kertas jawapan juga boleh
dilakukan dengan menggunakan komputer, tablet atau telefon bimbit. Kertas jawapan
dalam bentuk foto, PDF editor, Paint dan Aplikasi dalam tablet. Jika menggunakan
telefon bimbit atau tablet, terdapat satu butang pensel di bahagian atas, dan guru hanya
perlu menukarkan kepada warna merah sahaja. Jika guru yang menggunakan laptop
edisi lama mungkin kena muat turun KAMI extensions.
72. Pelaporan PBD, pengisian secara online oleh guru yang telah siap menyemak jawapan
perlu dilakukan melalui template yang disediakan oleh SU PBD. Ada dua perkara yang
perlu diisi iaitu yang pertama template PBD dan yang kedua template markah yang
disediakan oleh SU Peperiksaan.
Tindakan dan Makluman: Semua ahli panitia
VI. Hal-hal Lain
73. Pelaporan PDPR, teguran yang diberikan oleh Cik Tan selaku Guru Kanan
Kemanusiaan, beliau memberikan contoh kesilapan yang dilakukan oleh beberapa
orang guru sewaktu mengisi pelaporan PDPR. Antara contoh kesilapan yang dilakukan
ialah dari segi pelaksanaan PBD, tiada PBD yang dilaksanakan, tetapi di klik adanya
kaedah pentaksiran yang digunakan. Jadi ia menimbulkan konflik oleh pihak pemantau.
Yang kedua, adalah dari segi kehadiran, bilangan murid dalam APDM tidak seiring
dengan bilangan pelajar yang online, offline dan yang tidak hadir. Contohnya jika
bilangan pelajar 20, bilangan online 15, offline 5 dan tidak hadir 5. Maka bilangan
kehadiran yang dimasukkan akan menjadi konflik atau salah dan tak seiring dengan
bilangan pelajar asal dari APDM. Sepatutnya jika bilangan pelajar 20, bilangan online
15, offline 0 dan tidak hadir 5. Sebagai pengajarannya, guru perlu lebih berhati-hati
semasa mengisi pelaporan PDPR supaya tidak berlaku lagi konflik tersebut.
Tindakan dan Makluman: Semua ahli panitia
74. Pn Yong memberitahu pihak sekolah telah menghantar mesej kepada waris pelajar bagi
mereka yang tidak mengikuti PdPR. Pelajar yang tidak mengikuti PdPR akan dikenakan
dimerit. Guru diminta memberikan kerjasama untuk mengisi spreadsheet yang
diedarkan setiap kali kelas untuk dikenakan tindakan disiplin kepada pelajar yang tidak
hadir tanpa sebab. Guru juga diingatkan mengisi pelaporan kehadiran PdDR secara
kelas demi kelas. Gabungan kelas tidak dibenarkan kecuali matapelajaran PJPK yang
sememangnya kelas gabungan. Pn Yong juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada
guru-guru yang menggantikan guru yang cuti sakit supaya pelajar tidak ketinggalan di
dalam PDPR.
Tindakan dan Makluman: Semua ahli panitia
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.20 tengahari
Disediakan oleh: Disemak oleh:
1. ..................................... 1. .....................................
(Mohd Azmi Bin Abdullah) (Noratiqah Binti Othman)
Ketua Panitia Sejarah
2. ...................................... 2. ...................................
(Wahieda Binti Mat) (Valsa A/p Chellaiah)
Ketua Panitia Geografi

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Pengajian Malaysia: Cp c 240613 101940
Pengajian Malaysia: Cp c 240613 101940Pengajian Malaysia: Cp c 240613 101940
Pengajian Malaysia: Cp c 240613 101940
Brenda Rachel Marie
 
Minit mesyuarat disiplin bil 1 2013
Minit mesyuarat disiplin bil 1 2013Minit mesyuarat disiplin bil 1 2013
Minit mesyuarat disiplin bil 1 2013
Julia Anap
 
Minit curai kursus bm 5
Minit curai  kursus bm 5Minit curai  kursus bm 5
Minit curai kursus bm 5
zahorien
 

Mais procurados (19)

2013 prosiding jilid1
2013 prosiding jilid12013 prosiding jilid1
2013 prosiding jilid1
 
Peraturan tetap sekolah
Peraturan tetap sekolahPeraturan tetap sekolah
Peraturan tetap sekolah
 
Mesyuarat guru dan kakitangan
Mesyuarat guru dan kakitanganMesyuarat guru dan kakitangan
Mesyuarat guru dan kakitangan
 
Minit contact time keduabelas
Minit contact time keduabelasMinit contact time keduabelas
Minit contact time keduabelas
 
Pengajian Malaysia: Cp c 240613 101940
Pengajian Malaysia: Cp c 240613 101940Pengajian Malaysia: Cp c 240613 101940
Pengajian Malaysia: Cp c 240613 101940
 
Sekolah Agama Negeri (SAN)
Sekolah Agama Negeri (SAN)Sekolah Agama Negeri (SAN)
Sekolah Agama Negeri (SAN)
 
Minit mesy guru
Minit mesy guruMinit mesy guru
Minit mesy guru
 
Minit mesyuarat disiplin bil 1 2013
Minit mesyuarat disiplin bil 1 2013Minit mesyuarat disiplin bil 1 2013
Minit mesyuarat disiplin bil 1 2013
 
Mesyuarat bm 1 2014
Mesyuarat bm 1 2014Mesyuarat bm 1 2014
Mesyuarat bm 1 2014
 
Pengurusan tingkatan enam STAR 2017
Pengurusan tingkatan enam STAR 2017Pengurusan tingkatan enam STAR 2017
Pengurusan tingkatan enam STAR 2017
 
Panduan pengajaran PENDIDIKAN MUZIK tahun 4
Panduan pengajaran PENDIDIKAN MUZIK tahun 4Panduan pengajaran PENDIDIKAN MUZIK tahun 4
Panduan pengajaran PENDIDIKAN MUZIK tahun 4
 
Panduan pengajaran pend muzik thn 4
Panduan pengajaran pend muzik thn 4Panduan pengajaran pend muzik thn 4
Panduan pengajaran pend muzik thn 4
 
Panduan pengajaran pend muzik thn 4
Panduan pengajaran pend muzik thn 4Panduan pengajaran pend muzik thn 4
Panduan pengajaran pend muzik thn 4
 
Minit mesyuarat sains 2014 kedua doc
Minit mesyuarat sains 2014 kedua docMinit mesyuarat sains 2014 kedua doc
Minit mesyuarat sains 2014 kedua doc
 
PROFIL TERKINI
PROFIL TERKINIPROFIL TERKINI
PROFIL TERKINI
 
Minit curai kursus bm 5
Minit curai  kursus bm 5Minit curai  kursus bm 5
Minit curai kursus bm 5
 
DASAR KPM
DASAR KPMDASAR KPM
DASAR KPM
 
Minit meeting math2
Minit meeting math2Minit meeting math2
Minit meeting math2
 
Takwim sek
Takwim sekTakwim sek
Takwim sek
 

Semelhante a Minit_Mesyuarat_Panitia_Bidang_Kemanusiaan_Kali_Ke_2_Tahun_2021.docx

Cth minmesy
Cth minmesyCth minmesy
Cth minmesy
acupin
 
Perancg strategk p geo 10
Perancg strategk p geo 10Perancg strategk p geo 10
Perancg strategk p geo 10
Sal Lie
 
Minit mesyuarat ahli jawatankuasa pibg sesi 2015 (1)
Minit mesyuarat ahli jawatankuasa pibg sesi 2015 (1)Minit mesyuarat ahli jawatankuasa pibg sesi 2015 (1)
Minit mesyuarat ahli jawatankuasa pibg sesi 2015 (1)
Nurul Izyanti
 
Surat panggilan mesy.p. matematik 2015
Surat panggilan mesy.p. matematik 2015Surat panggilan mesy.p. matematik 2015
Surat panggilan mesy.p. matematik 2015
Norsazila Ab Rahman
 
Laporan refleksi ceramah
Laporan refleksi ceramahLaporan refleksi ceramah
Laporan refleksi ceramah
Fazil Aziz
 
Minit mesyuarat kurikulum sk rps banun bil 1 2021
Minit mesyuarat kurikulum sk rps banun bil 1 2021Minit mesyuarat kurikulum sk rps banun bil 1 2021
Minit mesyuarat kurikulum sk rps banun bil 1 2021
ismailriduan
 
Sme6044 kumpulan 3 jurang pencapaian
Sme6044 kumpulan 3 jurang pencapaianSme6044 kumpulan 3 jurang pencapaian
Sme6044 kumpulan 3 jurang pencapaian
DgMasniah
 
Kertas kerja bengkel menjawab soalan upsr
Kertas kerja bengkel menjawab soalan upsrKertas kerja bengkel menjawab soalan upsr
Kertas kerja bengkel menjawab soalan upsr
soulmoon
 
Big sem 5 ceramah - minit mesy
Big sem 5   ceramah - minit mesyBig sem 5   ceramah - minit mesy
Big sem 5 ceramah - minit mesy
Maryani Hashim
 

Semelhante a Minit_Mesyuarat_Panitia_Bidang_Kemanusiaan_Kali_Ke_2_Tahun_2021.docx (20)

MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL.1 2022skrp.docx
MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL.1 2022skrp.docxMINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL.1 2022skrp.docx
MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL.1 2022skrp.docx
 
minit mesy ajk pibg 2020.docx
minit mesy ajk pibg 2020.docxminit mesy ajk pibg 2020.docx
minit mesy ajk pibg 2020.docx
 
Minit mesyuarat jawatankuasa pemilihan murid prasekolah tahun 2018
Minit mesyuarat jawatankuasa pemilihan murid prasekolah tahun 2018Minit mesyuarat jawatankuasa pemilihan murid prasekolah tahun 2018
Minit mesyuarat jawatankuasa pemilihan murid prasekolah tahun 2018
 
minit ajkpibg 1.17 (2) (3).docx
minit ajkpibg 1.17 (2) (3).docxminit ajkpibg 1.17 (2) (3).docx
minit ajkpibg 1.17 (2) (3).docx
 
minit ajkpibg 1 2019.docx
minit ajkpibg 1 2019.docxminit ajkpibg 1 2019.docx
minit ajkpibg 1 2019.docx
 
Cth minmesy
Cth minmesyCth minmesy
Cth minmesy
 
Cth minmesy
Cth minmesyCth minmesy
Cth minmesy
 
Perancg strategk p geo 10
Perancg strategk p geo 10Perancg strategk p geo 10
Perancg strategk p geo 10
 
Kertas kerja program kembara lulus cemerlang upsr 2015
Kertas kerja program kembara lulus cemerlang upsr 2015Kertas kerja program kembara lulus cemerlang upsr 2015
Kertas kerja program kembara lulus cemerlang upsr 2015
 
Minit mesyuarat ahli jawatankuasa pibg sesi 2015 (1)
Minit mesyuarat ahli jawatankuasa pibg sesi 2015 (1)Minit mesyuarat ahli jawatankuasa pibg sesi 2015 (1)
Minit mesyuarat ahli jawatankuasa pibg sesi 2015 (1)
 
Surat panggilan mesy.p. matematik 2015
Surat panggilan mesy.p. matematik 2015Surat panggilan mesy.p. matematik 2015
Surat panggilan mesy.p. matematik 2015
 
Minit mesyuarat-mbmmbi-2-2013
Minit mesyuarat-mbmmbi-2-2013Minit mesyuarat-mbmmbi-2-2013
Minit mesyuarat-mbmmbi-2-2013
 
Laporan refleksi ceramah
Laporan refleksi ceramahLaporan refleksi ceramah
Laporan refleksi ceramah
 
Minit mesyuarat kurikulum sk rps banun bil 1 2021
Minit mesyuarat kurikulum sk rps banun bil 1 2021Minit mesyuarat kurikulum sk rps banun bil 1 2021
Minit mesyuarat kurikulum sk rps banun bil 1 2021
 
Laporan laporan khidmat bantu ps
Laporan laporan  khidmat bantu  psLaporan laporan  khidmat bantu  ps
Laporan laporan khidmat bantu ps
 
Sme6044 kumpulan 3 jurang pencapaian
Sme6044 kumpulan 3 jurang pencapaianSme6044 kumpulan 3 jurang pencapaian
Sme6044 kumpulan 3 jurang pencapaian
 
Sme6044 kumpulan 3 jurang pencapaian
Sme6044 kumpulan 3 jurang pencapaianSme6044 kumpulan 3 jurang pencapaian
Sme6044 kumpulan 3 jurang pencapaian
 
Kertas kerja bengkel menjawab soalan upsr
Kertas kerja bengkel menjawab soalan upsrKertas kerja bengkel menjawab soalan upsr
Kertas kerja bengkel menjawab soalan upsr
 
Big sem 5 ceramah - minit mesy
Big sem 5   ceramah - minit mesyBig sem 5   ceramah - minit mesy
Big sem 5 ceramah - minit mesy
 
Minit mesyuarat panatia bm 2014
Minit mesyuarat panatia bm 2014Minit mesyuarat panatia bm 2014
Minit mesyuarat panatia bm 2014
 

Minit_Mesyuarat_Panitia_Bidang_Kemanusiaan_Kali_Ke_2_Tahun_2021.docx

  • 1. SMK CHIO MIN KULIM KEDAH MESYUARAT PANITIA BIDANG KEMANUSIAAN KALI KEDUA TAHUN 2021 HARI : (SABTU) MASA : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari TEMPAT : LOKASI MASING-MASING APPLIKASI : GOOGLE LINK https://meet.google.com/oek-dqzo-isk Kehadiran : Pengerusi : Tan Kooi Hwang (Guru Kanan Kemanusiaan) Turut Hadir : Yong Chew Yeong (Penolong Kanan Petang) Panitia Nama Guru Sejarah Hadir 1. Noratiqah Binti Othman (Ketua Panitia) 2. Dhevasenapathy A/L Shanmugam 3. Mohd Azmi Bin Abdullah 4. Moganasundiri A/P Surianarayanan 5. Eurica A/P Arockiyasamy 6. Geeta A/P Kannasan 7. Nur Zulaikha Binti Abdullah 8. Lim Ahy Ling Tidak Hadir 1. Muniandy A/L Gurusamy ( cuti sakit) 2. Fadzillah Binti Rosly ( Mesyuarat B. Melayu) 3. Wahieda Binti Mat ( Mesyuarat Geografi) 4. Vasantha Kumar A/L Subramonian ( Mesyuarat RBT) Geografi Hadir 1. Valsa A/p Chellaiah ( Ketua Panitia) 2. Ramesh A/L Sinapyan 3. Muhammad Fuzail Bin Shukri 4. Norhasimah Binti Jaafar 5. Ooi Sze Yean 6. Noor Izhatul Husna Binti Nasshorudin 7. Sabariah Binti Ishak 8. Wahieda Binti Mat Tidak Hadir 1. Kaleeswary A/P Sornam ( Mesyuarat B. Melayu)
  • 2. Pendidikan Moral Hadir 1. Elamarin A/L Nadeson (Ketua Panitia) 2. Roshini Dewi A/P Monogaran 3. Najwa Binti Zubir Tidak Hadir 1. Wong Chun Yee ( Mesyuarat RBT) 2. Dr.Motiakavandar Ramasamy (Mesyuarat P. Perakaunan) 3. Zaviyah Ahmad ( Mesyuarat RBT) 4. Norshafina Che Said ( Mesyuarat Sains) 5. Mugiliswary Murugaya ( Mesyuarat B. Melayu) 6. Siti Hajar ( Mesyuarat ASK) Pendidikan Islam Hadir 1. Mohd Najib Bin Mahamud (Ketua Panitia) Pendidikan Seni Visual Hadir 1. Wan Mazura Binti Wan Salleh (Ketua Panitia) 2. Marliza Binti Ismail 3. Norlela Binti Abdul Gani Tidak Hadir 1. Aida Rashila Binti Abu Bakar ( Mesyuarat ASK) 2. Santhira Vathani A/P Sannasi (cuti bersalin) 3. Siti Hajar Binti Abdul Razak ( Mesyuarat ASK) 4. Lim Ahy Ling ( Mesyuarat Sejarah) Pendidikan Jasmani & Kesihatan Hadir 1. Mohd Khairil Azri Bin Subhi (Penolong Ketua Panitia) 2. Mohd Faez Bin Mohd Fuaad 3. Muhammad Hafizul B Ab Rahman 4. Awang Kechik Bin Abdullah 5. Nik Shafirul Bin Nik Mad 6. Mohana Rani A/P Supurmaniam Tidak Hadir 1. Wahieda Binti Mat ( Mesyuarat Geografi) 2. Mohd Saad Bin Hasan ( Mesyuarat B. Melayu) 3. Siti Hajar Binti Abdul Razak ( Mesyuarat ASK) 4. Nur Dalilah Binti Mohd Dain ( Mesyuarat Sains) 5. Muhamad Fitri Bin Ismail ( Mesyuarat RBT) 6. Suhaila Binti Ali (cuti bersalin)
  • 3. I. Ucapan aluan pengerusi 1. Cik Tan Kooi Hwang mengalu-alukan kehadiran Pn Yong Chew Yeong dan guru- guru ke mesyuarat panitia kali kedua. Beliau menyatakan kesyukuran atas kerjasama semua guru yang bersungguh-sungguh memberikan kerjasama dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. II. Ucapan aluan Pemantau 2. Pn Yong Chew Yeong mengucapkan selamat pagi kepada semua guru-guru. 3. Beliau menyatakan tentang kepentingan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR). Guru-guru juga harus melaksanakan PdPR mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Pelaporan PdPR perlu diisi setiap kali selesai melaksanakan PdPR dengan memastikan jumlah kehadiran sama seperti jumlah pelajar. Hal ini adalah kerana data tersebut dikutip oleh pihak Pejabat Pendidikan Daerah Kulim (PPD Kulim). 4. Beliau juga menyatakan nama guru perlu diisi dengan betul semasa pelaporan. Seterusnya beliau meminta guru-guru mengenalpasti faktor ketidakhadiran para pelajar. Guru-guru boleh merujuk kounselor sekolah untuk tidakan lanjut. Makluman : Semua ahli Panitia III. Post mortem SPM 2020 5. Cik Tan Kooi Hwang menyatakan bahawa keputusan mata pelajaran yang terlibat dalam peperiksaan SPM 2020 adalah seperti berikut : Mata pelajaran Bil. Daftar Bil. Ambil Cemerlang A,+A,-A Kepujian B+.,B,C+,C Lulus D,E Jumlah Lulus GPMP Beza GPMP Sejarah 373 367 86 111 98 295 5.26 -0.69 P. Moral 354 346 86 146 37 269 5.05 0.00 P.Islam 19 19 2 12 3 17 4.95 0.42 P.Seni 125 111 8 42 51 101 6.30 0.08 6. Pn. Noratiqah Binti Othman ( Ketua Panitia Sejarah) menyatakan bahawa keputusan lulus untuk subjek sejarah bagi kelas 5 A hingga D agak baik iaitu hampir separuh daripada murid kelas tersebut lulus bagi subjek Sejarah. 7. Beliau menyatakan punca penurunan keputusan SPM 2020 boleh dibahagikan kepada dua iaitu berpunca daripada pihak guru dan pelajar. Bagi pihak guru adalah kerana tahun pertama pembelajaran dijalankan secara atas talian. Disamping itu, guru-guru juga tidak dapat membuat latih tubi secara maksima kerana pembelajaran secara bersemuka tidak dapat dilaksanakan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 8. Pn. Noratiqah Binti Othman menyatakan di pihak murid pula kekangan yang ada ialah para pelajar tidak konsisten mengikuti kelas PdPR. Selain itu, ada pelajar yang tidak mengambil Modul Galus yang disediakan oleh pihak panitia. Disamping itu, kehadiran pelajar juga merosot sejak sekolah dibuka selepas PKP. 9. Pn. Noratiqah Binti Othman telah mencadangkan beberapa langkah intervensi iaitu, Pemantapan Kertas 1 untuk kelas aliran kemanusiaan kerana pelajar kelas tersebut lebih memberi kerjasama semasa menjawab soalan objektif berbanding soalan struktur.
  • 4. Selain itu, beliau juga mencadangkan progam Masih Ada Yang Sayang diteruskan pada tahun ini. 10. Pn. Noratiqah Binti Othman meneruskan cadangan intervensi beliau supaya pengukuhan diberikan untuk Kertas 2. Hal ini akan dilakukan dengan menjemput Pn Eurica (pemeriksa Kertas Dua) untuk membimbing pelajar memahami format Kertas Dua dan menguasai soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Makluman : Semua ahli Panitia 11. En. Elamarin (Ketua Panitia Pendidikan Moral) menyatakan bahawa keputusan lulus SPM 2020 untuk subjek pendidikan moral menurun sedikit sebanyak 0.86% tetapi GPMP kekal 5.05 % kerana bilangan pelajar yang mendapat A,+A,-A meningkat daripada 60 orang pada 2019 ke 86 orang pada 2020. 12. Beliau menambah bahawa kebanyakan pelajar gagal adalah daripada kelas 5A hingga 5D yang tidak hadir ke sekolah semasa sesi persekolahan bersemuka antara Januari hingga Febuari. Pelajar Galus juga tidak dapat memahami kehendak soalan. Selain itu beliau menyatakan bahawa para pelajar pandang ringan dan kurang bersedia terhadap isu-isu yang selalu disoal dalam peperiksaan. Contohnya isu patriotisme dan alam sekitar. 13. En. Elamarin mencadangkan beberapa langkah intervensi dilaksanakan iaitu, memberikan peruntukan masa untuk mendedahkan pelajar tentang teknik menjawab dalam kelas PdPR. Selain itu, memperbanyakan latih tubi bagi semua unit pembelajaran. Seterusnya melakukan pecutan akhir dengan menggunakan soalan- soalan percubaan negeri lain. Berikutnya menyediakan modul yang lengkap dengan soalan KBAT. Makluman : Semua ahli Panitia 14. En. Mohd Najib Bin Mahamud ( Ketua panitia Pendidikan Islam) membentangkan keputusan calon mengikut kelas. Empat orang calon dari kelas 5 Thomson dengan keputusan A (1 calon), B+ (1 calon), B (2 calon). Manakala kelas 5SK3 A- (1 calon), B+(3 calon), B (1 calon), C(2 calon). Sementara itu kelas 5C C(3 calon), D (2 calon), E (1 calon), dan G (2 calon). 15. En. Mohd Najib Bin Mahamud menjelaskan kekuatan panitia ialah program peningkatan berfokus kepada pelajar gagal, program luar kelas (mendekati calon), latih tubi dari sektor SPI (Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah) dan sokongan rakan guru serta pentadbir sekolah. 16. En. Mohd Najib Bin Mahamud menyatakan PKP menyebabkan guru tidak dapat memberikan fokus kepada calon miss A, dan kebanyakan mereka mempunyai kelemahan dalam menjawab soalan fakta. 17. En. Mohd Najib Bin Mahamud mencadangkan beberapa langkah intervensi iaitu membeli buku latihan bertulis kepada pelajar tingkatan 4 tahun 2021, mencetak latihan berfokus kepada pelajar 5 tahun 2021 mengikut format terkini, dan meneruskan program mendekati calon di luar sekolah selepas PKP. Makluman : Semua ahli Panitia 18. Pn. Wan Mazura ( Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual) membentangkan keputusan calon SPM 2020. Seramai 125 orang calon mendaftar. 8 calon memperoleh keputusan cemerlang A,+A,-A, 42 orang calon mendapat kepujian B+.,B,C+,C, dan seramai 52 lulus D,E.
  • 5. 19. Pn. Wan Mazura menyatakan punca kemerosotan keputusan SPM 2020 bagi pendidikan seni visual ialah kekangan PKP menyebabkan pelajar tiada usaha menjawab Kertas 1. Selain itu, soalan Kertas 2 telah dihantar seminggu awal namun pelajar tidak bersungguh-sungguh menjawabnya. Kelemahan teknik melukis pelajar seperti penggunaan ton warna juga menjadi punca pelajar tidak mendapat markah yang baik. 20. Seterusnya, para pelajar tidak bersungguh-sungguh menyiapkan Kertas 3 juga menyumbang kepada kemerosotan keputusan SPM 2020. Kehadiran pelajar yang mengambil kertas pendidikan seni visual juga mulai merosot bermula bulan Jun 2020. Akhir sekali, program yang melibatkan jemputan penceramah luar tidak dapat dilaksanakan kerana PKP. 21. Pn. Wan Mazura mencadangkan beberapa langkah intervensi iaitu menjalankan latih tubi berfokus Kertas 1. Seterusnya membincangkan soalan percubaan dari negeri lain. Selain itu, menjalankan program mahir melukis supaya dapat meningkatkan pengetahuan. Sehubungan itu, Panitia Seni juga akan menjalankan Program Gemilang Seni iaitu memberi fokus kepada tajuk terpilih. Makluman : Semua ahli Panitia IV. Dialog prestasi PdPR 22. Pn. Noratiqah Binti Othman menyatakan peratusan kehadiran bagi kelas PdPR sejarah bagi kelas bestari adalah agak tinggi manakala bagi kelas bukan bestari kehadirannya agak kurang memuaskan. 23. Pn. Noratiqah Binti Othman memberitahu ahli mesyuarat bahawa langkah-langkah yang telah diambil oleh panitia sejarah ialah menghubungi pelajar dan ibu bapa. Bagi sesetengah kes bantuan kaunselor sekolah telah diminta. 24. Pn. Noratiqah Binti Othman mencadangkan supaya guru-guru meletakkan senarai kehadiran pelajar dalam group kelas apabila selesai sesuatu kelas PdPR. Hal ini akan memberikan motivasi kepada para pelajar untuk menyertai kelas melalui google meet. 25. Cik Tan Kooi Hwang menyatakan apabila ada tindakan yang diambil oleh pihak sekolah kehadiran kelas PdPR telah meningkat. Beliau mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah. Makluman : Semua ahli Panitia 26. Pn. Valsa A/P Chellaiah ( Ketua Panitia Geografi) menyatakan peratusan kehadiran bagi kelas PdPR geografi bagi kelas bestari adalah agak tinggi manakala bagi kelas bukan bestari kehadirannya agak kurang memuaskan. 27. Pn. Valsa A/P Chellaiah menjelaskan antara kekangan yang dihadapi oleh para pelajar ialah, masalah capaian internet, masalah peranti yang berkongsi dan sikap pelajar itu sendiri. 28. Pn. Valsa A/P Chellaiah telah mencadangkan supaya memahami cara pembelajaran pelajar iaitu sama ada pelajar berminat dengan paparan video (visual), minat mendapatkan maklumat tambahan ataupun menyelitkan aktiviti untuk dikaitkan dengan pembelajaran. 29. Seterusnya beliau mencadangkan guru-guru mata pelajaran geografi menghantar bahan- bahan pembelajaran ke group sebelum PdPR berjalan. Hal ini membantu pelajar memahami isi pelajaran. 30. Selain itu, Pn. Valsa A/P Chellaiah juga meminta supaya guru-guru geografi mengaitkan pembelajaran dengan kehidupan seharian pelajar.
  • 6. 31. Berikutnya, beliau mencadangkan supaya guru memberikan ganjaran berbentuk pujian dan kata-kata semangat kepada pelajar yang menyiapkan tugasan dan hadir ke kelas PdPR. 32. Akhir sekali, Pn. Valsa A/P Chellaiah menyatakan guru-guru perlu tegas dan bukannya garang. Perkara ini perlu supaya para pelajar bersemangat untuk mengikuti kelas PdPR. 33. Cik Tan Kooi Hwang menyatakan guru-guru perlu mengasah bakat pelajar dengan mengaitkan pembelajaran mereka dengan kehidupan seharian. Tindakan dan Makluman : Semua ahli Panitia 34. En. Elamarin menyatakan peratusan kehadiran bagi kelas PdPR pendidikan moral bagi kelas bestari adalah agak tinggi manakala bagi kelas bukan bestari kehadirannya memuaskan sahaja. 35. En. Elamarin menjelaskan antara kekangan yang dihadapi oleh para pelajar ialah, masalah capaian internet, masalah peranti, sikap pelajar itu sendiri, dan terdapat pelajar yang sudah bekerja. 36. En. Elamarin memaklumkan antara langkah yang telah diambil ialah menghubungi pelajar, melalui waris dan rakan sekelas. Beliau juga mencadangkan supaya pelajar perlukan sesi motivasi kerana terdapat pelajar yang stress dan sukar mengikuti PdPR. 37. Cik Tan Kooi Hwang, bersetuju dengan pernyataan En. Elamarin. Belaiu menyatakan pihak sekolah perlu melakukan sesi motivasi untuk para pelajar supaya mereka terus bersemangat menjalankan PdPR. Makluman : Semua ahli Panitia 38. En. Mohd Najib bin Mahamud menjelaskan antara kekangan yang dihadapi oleh para pelajar ialah, masalah capaian internet, masalah peranti, dan masalah keluarga. 39. Beliau mencadangkan untuk membeli buku latihan supaya pelajar lebih fokus membuat latihan. Selain itu, beliau juga mencadangkan supaya bahan-bahan pengajaran dihantar ke dalam group kelas selepas PdPR dilaksanakan melalui google meet. 40. Cik Tan Kooi Hwang, bersetuju dengan pernyataan En. Mohd Najib bin Mahamud, kerana jumlah pelajar yang mengambil pendidikan Islam tidak ramai. Makluman : Semua ahli Panitia 41. Pn. Wan Mazura menyatakan punca pelajar tidak hadir kelas PdPR ialah pelajar tingkatan 1 dari kelas PA kebanyakan tiada kemudahan telefon atau kurang kemampuan. 42. Selain itu, pelajar tingkatan 1 dan 2 mempunyai sikap malas untuk mengikuti kelas PSV terutamanya pada awal pagi. 43. Berikutnya, Pn. Wan Mazura menyatakan pelajar kurang berminat dan menganggap subjek PSV tidak penting dan menganggap guru tidak boleh mengambil sebarang tindakan terhadap mereka. 44. Pn. Wan Mazura menyatakan punca terakhir ialah terdapat pelajar yang kurang kemampuan untuk memiliki akses teknologi. 45. Pn. Wan Mazura mencadangkan cara untuk menarik minat pelajar mengikuti kelas PdPR ialah menghubungi pelajar melalui ibu bapa atau pun waris. 46. Mempelbagaikan bahan sama ada dalam bentuk video, photo dan kuiz interaktif. 47. Mewujudkan kelas PdPR yang ceria dan menarik serta memberikan pujian dan galakan kepada para pelajar.
  • 7. 48. Cik Tan Kooi Hwang, mencadangkan supaya para pelajar yang menyertai dan menyiapkan kuiz online diberikan sijil digital sebagai galakan dan dorongan kepada mereka. 49. En. Azri (Penolong Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan) menyatakan kehadiran pelajar dari kelas bukan bestari adalah kurang memuaskan. 50. Hal ini menurut beliau adalah kerana pelajar menganggap mata pelajaran PJPK adalah sekadar bermain dan perlu secara bersemuka. Makluman : Semua ahli Panitia 51. Beliau mencadangkan supaya guru PJPK menghubungi ibu bapa pelajar yang ponteng kelas PdPR. Selain itu juga beliau mencadangkan agar guru-guru menggunakan kaedah yang lebih menarik seperti penggunaan video dalam pengajaran mereka. Tindakan dan Makluman: Semua ahli Panitia PJPK V. PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) 52. Taklimat perlaksanaan PBD telah disampaikan oleh Pn. Yong Chew Yeong selaku Penolong Kanan Petang. Beliau mengatakan bahawa disebabkan tiada ujian dan peperiksaan maka penilaian PBD secara atas talian wajar dilakukan. 53. Platform yang digunakan adalah Google Classroom dan Google Meet. Soalan PBD perlu dimuat naik mengikut jadual masa dan tarikh yang telah ditetapkan. Pelajar perlu klik pada soalan dan menjawab soalan tersebut. 54. Platform Google meet digunakan untuk mengawas pelajar-pelajar semasa pentaksiran sedang dijalankan. Guru yang mengawas juga perlu mengambil kehadiran. 55. Medium Google Drive juga digunakan untuk menyimpan bank soalan PBD, menyediakan folder PBD, memuat naik soalan PBD dan memuat naik bukti/evidence selepas penilaian. 56. Strategik penyediaan soalan, antara cadangan yang dikemukakan ialah open book test, masa menjawab ialah 30 minit, soalan berbentuk struktur lebih digalakkan berbanding soalan objektif dan perlu di simpan dalam bentuk PDF file. 57. Perlaksanaan PBD, guru mata pelajaran tingkatan 3 hingga 5 perlu menyediakan dua set soalan. Bagi Tingkatan 3 untuk kelas bestari, guru perlu menyediakan dua set soalan manakala untuk kelas sederhana iaitu kelas 3A hingga 3F, guru juga perlu menyediakan dua set soalan. 58. Bagi tingkatan 4 dan 5 , mata pelajaran yang terlibat ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Sejarah, Moral, Matematik, Sains dan PJK 59. Soalan yang telah disediakan, dihantar kepada SU Peperiksaan secara softcopy. Guru- guru perlu berbincang tentang agihan tugas penyediaan soalan. 60. Setiausaha Peperiksaan (SU) perlu menghantar fail soalan ke Google Classroom. Apabila tiba waktu penilaian PBD, SU akan masukkan soalan ke dalam kelas masing- masing di Google Classroom. 61. Pelajar perlu membaca arahan PBD, buka atau download soalan daripada Google Classroom, pelajar menjawab soalan dan setelah selesai mereka perlu tangkap gambar dan kemudian menghantar jawapan tersebut. 62. Cadangan masa perlaksaan PBD ialah selama 30 minit. Untuk sesi pagi contohnya, guru hadir pada 7.45 pagi. Guru mengawas pada pukul 8.00 hingga 8.30 pagi. Jawapan
  • 8. dikutip pada pukul 8.30 hingga 8.45 pagi. Pelajar diberi masa 30 minit untuk menjawab dan diberi masa 15 minit untuk menangkap gambar dan memuat naik jawapan. 63. Peranan guru semasa pengawasan PBD, guru perlu masuk kelas atas talian mengikut jadual waktu lebih awal. Guru masuk mengikut jadual waktu PDPR yang sedia ada. Guru perlu mengambil kehadiran pelajar, guru yang memulakan penilaian PBD akan membaca arahan kepada pelajar manakala guru yang mengutip soalan memberi arahan berhenti dan pastikan pelajar memuat naik jawapan. 64. Sebagai persediaan pelajar, mereka perlu mempunyai aplikasi Google Meet dan aplikasi Cam Scanner. Guru perlu menghantar video cara memuat turun aplikasi Cam Scanner. Aplikasi ini digunakan untuk pelajar tangkap gambar dengan lebih jelas. 65. Pelajar juga perlu memastikan bateri telefon bimbit, komputer atau tablet penuh, memastikan Wifi atau kelancaran internet stabil walau susah dijangka kestabilannya. Suasana atau tempat yang digunakan semasa menjawab penilaian PBD haruslah sesuai dan tiada sebarang gangguan. Pelajar perlu mendapat kerjasama dari keluarga masing- masing untuk mengelakkan gangguan bising dan sebagainya. Pelajar juga perlu menyediakan alat tulis, kertas A4 bergaris dan bahan rujukan kerana open book test. Pelajar juga perlu membuka webcam dan mikrofon sepanjang PBD. 66. Pelajar perlu membuka webcam dan mikrofon kerana guru yang mengawas sepanjang PBD dapat melihat apa yang pelajar sedang lakukan. Adakah pelajar menggunakan telefon untuk bertanyakan soalan kerana apabila mikrofon dibuka, guru akan dapat mendengar. 67. Pengambilan kertas soalan sebelum mula PBD, SU PBD akan menyimpan soalan mengikut kelas. SU akan hantar ke Google Classroom mengikut ketetapan masa yang ditetapkan. Guru yang mengawas perlu memastikan semua pelajar mendapat kertas soalan dari Google Classroom. 68. Semasa PBD dijalankan, pelajar dikehendaki log masuk ke Google Classroom masing- masing mengikut jadual PBD yang disediakan oleh SU Peperiksaan. Pelajar perlu bersiap sedia dengan alat tulis dan sebagainya serta pasang kamera. Pelajar perlu mengikut arahan guru pengawas. Soalan juga dihantar ke kelas Google Classroom masing-masing. Pelajar dikehendaki menjawab soalan dalam masa yang diperuntukkan. Pelajar boleh merujuk bahan atau buku semasa menjawab soalan. Selepas masa menjawab tamat, pelajar dikehendaki menangkap gambar kertas jawapan dan memuat naik ke Google Classroom. Masa muat naik jawapan adalah 15 minit sahaja. Jika pelajar memuatnaik lebih dari 15 minit, Tindakan akan diambil dengan menolak markah. 69. Guru perlu mengajar pelajar bagaimana memasang kamera dari aspek jarak atau posisi peranti dengan pelajar supaya boleh nampak posisi kiri, kanan dan depan serta tangan pelajar supaya dapat melihat apa yang pelajar sedang lakukan. Dengan kata lain boleh melihat secara keseluruhan apa yang pelajar sedang lakukan. 70. Pengulangan semula PBD, pelajar yang menghadapi masalah internet atau tidak dapat hadir, akan mengambil semula PBD pada waktu yang akan ditentukan kemudian oleh guru mata pelajaran. Guru mata pelajaran akan menghubungi pelajar dan mengenal pasti masa ambil semula PBD. SU PBD akan menghantar soalan set kedua melalui Google Classroom. Pelajar perlu muat turun soalan set 2 PBD. Guru pengawas akan kongsi link di Google Meet semasa pengawasan. 71. Cara menyemak kertas soalan, kertas soalan boleh disemak secara online dan juga offline. Bagi semakan secara offline, guru mata pelajaran perlu memuat turun dan cetak. Bagi semakan secara online guru boleh menggunakan aplikasi KAMI extensions dan Microsoft Edge. Dalam masa yang terdekat, satu LDP akan diadakan oleh Mr. Lim Pin Kok untuk menerangkan tentang penggunaan aplikasi KAMI extensions untuk
  • 9. menyemak jawapan pelajar secara online. Semakan kertas jawapan juga boleh dilakukan dengan menggunakan komputer, tablet atau telefon bimbit. Kertas jawapan dalam bentuk foto, PDF editor, Paint dan Aplikasi dalam tablet. Jika menggunakan telefon bimbit atau tablet, terdapat satu butang pensel di bahagian atas, dan guru hanya perlu menukarkan kepada warna merah sahaja. Jika guru yang menggunakan laptop edisi lama mungkin kena muat turun KAMI extensions. 72. Pelaporan PBD, pengisian secara online oleh guru yang telah siap menyemak jawapan perlu dilakukan melalui template yang disediakan oleh SU PBD. Ada dua perkara yang perlu diisi iaitu yang pertama template PBD dan yang kedua template markah yang disediakan oleh SU Peperiksaan. Tindakan dan Makluman: Semua ahli panitia VI. Hal-hal Lain 73. Pelaporan PDPR, teguran yang diberikan oleh Cik Tan selaku Guru Kanan Kemanusiaan, beliau memberikan contoh kesilapan yang dilakukan oleh beberapa orang guru sewaktu mengisi pelaporan PDPR. Antara contoh kesilapan yang dilakukan ialah dari segi pelaksanaan PBD, tiada PBD yang dilaksanakan, tetapi di klik adanya kaedah pentaksiran yang digunakan. Jadi ia menimbulkan konflik oleh pihak pemantau. Yang kedua, adalah dari segi kehadiran, bilangan murid dalam APDM tidak seiring dengan bilangan pelajar yang online, offline dan yang tidak hadir. Contohnya jika bilangan pelajar 20, bilangan online 15, offline 5 dan tidak hadir 5. Maka bilangan kehadiran yang dimasukkan akan menjadi konflik atau salah dan tak seiring dengan bilangan pelajar asal dari APDM. Sepatutnya jika bilangan pelajar 20, bilangan online 15, offline 0 dan tidak hadir 5. Sebagai pengajarannya, guru perlu lebih berhati-hati semasa mengisi pelaporan PDPR supaya tidak berlaku lagi konflik tersebut. Tindakan dan Makluman: Semua ahli panitia 74. Pn Yong memberitahu pihak sekolah telah menghantar mesej kepada waris pelajar bagi mereka yang tidak mengikuti PdPR. Pelajar yang tidak mengikuti PdPR akan dikenakan dimerit. Guru diminta memberikan kerjasama untuk mengisi spreadsheet yang diedarkan setiap kali kelas untuk dikenakan tindakan disiplin kepada pelajar yang tidak hadir tanpa sebab. Guru juga diingatkan mengisi pelaporan kehadiran PdDR secara kelas demi kelas. Gabungan kelas tidak dibenarkan kecuali matapelajaran PJPK yang sememangnya kelas gabungan. Pn Yong juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru yang menggantikan guru yang cuti sakit supaya pelajar tidak ketinggalan di dalam PDPR. Tindakan dan Makluman: Semua ahli panitia Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.20 tengahari
  • 10. Disediakan oleh: Disemak oleh: 1. ..................................... 1. ..................................... (Mohd Azmi Bin Abdullah) (Noratiqah Binti Othman) Ketua Panitia Sejarah 2. ...................................... 2. ................................... (Wahieda Binti Mat) (Valsa A/p Chellaiah) Ketua Panitia Geografi