1. ULASAN KRITIS
Cari artikel yang berkaitan dengan gejala sosial dan pengaruh perkembangan teknologi
maklumat dan komunikasi terhadap gejala sosial dalam kalangan murid.
Berdasarkan artikel tersebut, kupas isu dan cabaran yang dihadapi oleh guru dalam
menghadapi masalah gejala sosial dalam kalangan murid yang disebabkan oleh
perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang pesat serta tidak terkawal pada masa
ini. Kemukakan cara-cara mengadaptasikan strategi pengajaran inovatif dalam pendidikan
melalui aplikasi teknologi maklumat bagi mengatasi masalah gejala sosial dalam kalangan
murid.
Isu dan cabaran semasa yang dihadapi oleh guru
Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau ICT adalah suatu teknologi yang
digunakan untuk pemprosesan data. Dalam penggunaan teknologi maklumat ini, ruang
lingkup tajuknya sangat luas. Ia boleh meliputi pelbagai aspek dalam pengurusan dan
pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudahnya adalah penggunaan komputer dan
perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan
mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu. Menurut Kamus Dewan edisi
keempat mentakrifkan teknologi maklumat ini sebagai satu proses pengaliran, penyebaran,
pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi. Dalam dunia
hari ini, teknologi maklumat dan komunikasi ini sudah semakin berkembang pesat seiring
dengan perkembangan dunia. Kesan daripada perkembangan teknologi maklumat dna
komunikasi ini telah memberi suatu impak yang cukup besar dalam dunia pendidikan pada
masa kini. Begitu juag dengan perkembangan masyarakat di mana perkembangan teknologi
ini juga telah menyebabkan wujudnya beberapa perkara yang negatif dalam kalangan remaja
terutamanya murid-muri sekolah rendah. Oleh itu, situasi ini telah memberi satu tamparab
yang sangat kuat kepada para pendidik untuk berhadapan dengan cabaran perkembangan
dunia teknologi ini.
Antara cabaran yang dihadapi oleh para guru dan pendidik dalam menguruskan
perkembangan pendidikan ini adalah cabaran dari segi pengurusan murid yang semakin
mencabar. Kesan daripada perkembangan teknologi tanpa semapadan ini telah menyebabkan
berlakunya perkembangan dalam gejala sosial yang tidak terkawal. Murid-murid sekolah
2. sering terjebak dengan pelbagai kes-kes dan perkara yang tidak bermanfaat seperti buli,
ponteng sekolah, perag ugut dan sebagainya lagi. Murid-murid yang terjebak dengan masalah
ini biasanya mempunyai keruntuhan akhlak yang tidak baik dalam diri mereka. Ini kerean
mereka telah terpengaruh dengan akhlak-akhlak atau budaya kuning yang ditiru daripada
negara barat. Oleh itu, proses pembelajaran di sekolah menjadi lebih sukar kerana guru perlu
berdepan dengan kerenah dan akhlak-akhlak murid yang sebegini. Ini merupakan satu cabaran
yang perlu dipikul oleh guru dalam membentuk nilai murini dalam diri setiap murid. Tidak
hairan jika kita sering melihat kes-kes yang melibatkan guru dipukul atau murid semasa
disekolah. Kejadian ini jelas menunjukkan bahawa gejala sosial ini semakin meruncing dan
ianya telah mencabar kemampuan serta keupayaan guru dalam melaksanakan tugasa sebagai
seorang pendidik di sekolah.
Selain itu, guru juga menghadapi cabaran dalam pembentukan jati diri murid di
sekolah. Akibat daripada perkembangan dunia teknologi ini murid sekolah sangat mudah
untuk mengakses maklumat secara global. Dengan hanya dihujung jari sahaja mereka dapat
meneroka maklumat di serata dunia. Apa yang membimbangkan adalah usia murid di
peringkat sekolah rendah ini sangat mudah terpengaruh dengan anasir budaya luar yang
kebanyakanya tidak baik dan tidak sesuai untuk diamalkan dalam kehidupan kita seharian.
Contohnya terdapat kejadian di mana murid sekolah ini suka menggayakan pakaian mereka
mengikut gaya luar seperti gaya Korea. Melalui gaya ini, murid akan mengenakan satu set
pakaian sekolah yang telah diubahsuai dengan lebih ketat dan mengikut benntuk tubuh badan.
Jadi, dari sini menunjukkan bahawa permbangan aspek pemakaian murid ke sekolah telah
berubah ke arah yang tidak baik sedangkan di sekolah guru perlu menerapkan budaya
menutup aurat dan menjaga kehormatan diri.
Hussein Ahmad (2001) memberi penegasan bahawa proses perkembangan teknologi
maklumat dan komunikasi yang melanda dunia telah membawa perubahan yang mendadak
kepada perlakuan hidup dan norma kehidupan manusia di seluruh dunia. Sama ada sesebuah
negara itu kecil atau besar, pedalaman benua mahu pun di kepulauan kecil, di pergunungan
tinggi mahu pun di lereng, kaki dan lembah bukit, kesemuanya telah menerima tempias dan
pengaruh fenomena teknologi ini. Dalam aspek pendidikan di sekolah, murid-murid itu
sendiri turut mengalami perubahan norma kehidupan di mana mereka sering membawa
kemudaha teknologi ini ke dalam kelas. Contohnya penggunaan telefon pintar. Akibat
daripada penggunaan alatan ini maka proses pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas
akan terganggun. Ini kerana murid-murid di dalam kelas akan leka dan mencuri masa untuk
3. menggunakan kemudahan ini. Perkara ini berlaku disebabkan ketagihan menggunakan
teknologi. Oleh itu, proses pengajaran dan pembelajaran terganggu dan sukar untuk
dilaksanakan.
Peranan guru mengatasi masalah sosial dalam kalangan murid
Dalam menghadapi cabaran gejala sosial ini guru juga boleh menggunakan aplikasi
perkembangan dunia teknologi maklumat dan komunikasi ini bagi mengatasi masalah ini
daripada terus merebak menjadi lebih teruk. Antara peranan guru yang boleh dilaksanakan
adalah dengan mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan
kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi ini. Penggunaan elemen teknologi maklumat
dan komunikasi dalam pembelajaran sememangnya telah digalakkan oleh pihak Kementerian.
Melalui pendekatan ini dikatakan mampu mewujudkan minat dalam kalangan murid-murid di
sekolah. Sekiranya guru menggunakan pendekatan tradisional seperti talk and chalk sahaja
maka saya yakin murid-murid ini langsung tidak berminat untuk belajar malahan mereka akan
berasa bosan apabila guru melangkah masuk ke dalam kelas. Oleh kerana murid-murid di
sekolah telah didedahkan dengan teknologi maka guru juga perlu menggunakan kemudahan
ini untuk melaksanakan proses pengajaran bersama mereka. Jadi, proses pembelajaran di
dalam kelas ini akan menjadi lebih menarik dan berkesan.
Di samping itu, guru juga berperanan untuk mengawal penggunaan kemudahan
teknologi ini di sekolah. Sebagai guru, kita sememangnya digalakkan untuk mengadaptasikan
kemudahan ini namun ianya juga perlu dikawal dengan baik agar tidak mendatangkan
kemudaratan terhadap murid-murid di sekolah. Kawalan ini penting agar mereka tidak
terjebak dengan masalah gejala sosial yang sangat mudah berkembang kesan daripada
perkembanagn teknologi ini. Kawalan yang boleh dilakukan oleh guru seperti menyekat akses
maklumat terhadap laman sesawang yang tidak mendatangkan faedah seperti laman chat,
laman sosial facebook, twitter dan sebagainya lagi. Laman-laman sesawang ini terbukti
mampu menyebabkan murid ketagihan untuk bersembang sehingga mengabaikan pelajaran
mereka di sekolah. Jadi, murid hanya dibenarkan untuk melayari sesawang yang berinformasi
dan bermaklumat sahaja.
Dalam mengatasi masalah sosial ini, guru juga boleh mengaplikasikan teknologi
maklumat ini dengan mewujudkan program atau pun ruangan bimbingan secara atas talian
atau online bersama murid-murid sekolah. Bagi setiap sekolah dicadangkan perlu mempunyai
ruangan dan slot mereka tersendiri. Kemudahan bimbingan ini bertujuan untuk memberi satu
4. tunjuk ajar kepada murid-murid yang memerlukan bimbingan serta khidmat nasihat. Oleh
kerana murid-murid pada masa kini telah terdedah dengan kemudahan teknologi ini maka
sebagai guru kita perlu cuba menggunakan peluang ini untuk menarik minat murid ini kearah
perkara yang baik dan positif. Tindakan yang diambil oleh guru ini boleh mengelakkan murid
daripada terjebak dengan perkara yang negatif di internet. Bagi murid yang bermasalah,
mereka mempunyai tempat untuk mengadu dan mendapatkan khidmat nasihat. Jadi, guru
boleh mendekati murid ini sekali gus membantu mereka daripada terjerumus ke dalam gejala
sosial yang semakin meruncing ini.
Mengadaptasi strategi pengajaran inovatif dalam pendidikan
Menurut Kamus Dewan (2005), strategi bermaksud rancangan yang teratur untuk
mencapai matlamat atau kejayaan. Manakala pengajaran pula membawa maksud aktiviti atau
proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran tertentu. Begitu
juga dengan perkataan inovatif ditakrifkan sebagai suatu perubahan secara kreatif. Dari segi
kontek pendidikan pula, strategi pengajaran inovatif membawa maksud kebijaksanaan dalam
memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam satu-satu
pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan dengan menggunakan daya
kreativiti sedia ada. Dengan kata lain, strategi pengajaran inovatif ini merujuk kepada teknik
perancangan kaedah atau teknik mengajar berdasarkan sesuatu pendekatan untuk tujuan
mencapai objektif pelajaran dengan berkesan dengan menerapkan unsur-unsur kekreatifan
dalam penggunaan bahan.
Dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, guru perlulah
berusaha untuk mewujudkan suatu pembelajaran yang berinovatif. Ini kerana melalui
pendekatan pengajaran berinovatif ini maka proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas mampu menjadi lebih baik dan berkesan terhadap murid. Tambahan pula, dunia pada
hari ini sudah mencapai pelbagai perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dan
murid-murid di sekolah juga sudah semakin mengenali dan mendalami kemudahan teknologi
maklumat dan komunikasi yang disediakan ini. Oleh itu, guru wajarlah mengaplikasikan
pendekatan pengajaran berinovatif dengan aplikasi teknologi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas.
Antara cara untuk mengaplikasikan strategi pengajaran berinovatif ini adalah dengan
menggunakan kemudahan teknologi dalam pengajaran seharian. Guru merupakan tulang
belakang dalam perlaksanaan proses pengajaran sebegini. Guruboleh menggunakan
5. kemudahan teknologi seperti kemudahan internet, perisian komputer, kad digital, komputer
riba dan sebagainya semasa mengajar di dalam kelas. Dengan penggunaan bahan seperti ini,
maka proses pengajaran dan pembelajaran bersama murid menjadi lebih berkesan dan
menarik. Ini kerana murid-murid sememangnya sedia maklum sangat suka menggunakan
kemudahan teknologi. Jadi, apabila guru menggunakan kemudahan ini di dalam pengajaran
bersama mereka, maka mereka lebih bersemangat untuk mengikuti proses pembelajaran
tersebut.
Cara kedua dalam mengadaptasikan strategi pengajaran inovatif adalah dengan
menunjukan contoh menggunakan kemudahan teknologi digital seperti kad digital.
Penggunaan kad digital dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas ini masih
lagi baru dan tidak ramai guru yang menggunakan kemudahan ini. Semasa mengajar di dalam
kelas, guru juga boleh mempamerkan contoh-contoh gambarajah dengan menggunakan
kemudahan teknologi. Dengan aplikasi teknologi yang digunakan ini, bahan-bahan pengajaran
ini menjadi lebih cantik berbanding jika guru hanya menunjukkan gambar yang terdapat
dalam buku teks sahaja. Kemudahan teknologi yang sedia ada ini mampu menjadikan suatu
bahan pengajaran itu lebih menarik dengan pelbagai animasi, bunyi-bunyi yang unik serta
gabungan warna yang menarik. Jadi, murid-murid yang mengikuti proses pengajaran dan
pembelajaran ini akan menjadi lebih bersemangat dan mereka juga lebih mudah untuk
memahami pembelajaran tersebut.
Cara lain untuk mengaplikasikan strategi pengajatan inovatif yang berteraskan
teknologi maklumat adalah dengan menggalakkan murid untuk menggunakan kemudahan
teknologi ini dalam pembelajaran di dalam kelas. Semasa sesi pengajaran, galakan perlu
sentiasa diberikan kepada murid untuk menggunakan kemudahan ini kerana melalui tindakan
sebegini maka pembelajaran mereka lebih berkembang. Contohnya, mengadakan
persembahan atau pembentangan dengan menggunakan kemudahan teknologi seperti perisian
powerpoint, movie maker atau apa jua perisian lain. Proses pembelajaran sebegini
membolehkan murid berdikari untuk belajar dan pada masa yang sama mereka telah
menggunakan kemudahan teknologi yang ada ini.
6. ESEEI REFLEKTIF
Bincangkan kes-kes tekanan emosi yang dihadapi oleh rakan guru lain di sekolah dalam
melaksanakansesi pengajaran dan pembelajaran akibat daripada tahap penguasaan yang
rendah dalam kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi.
Bincangkan strategi-strategi yang boleh dilaksanakan terhadap rakan anda dalam
menguruskan tekanan emosi akibat daripada tahap penguasaan yang rendah dalam kemahiran
teknologi maklumat dan komunikasi.
Tekanan atau stress merupakan satu bentuk tindakbalas fisiologikal dan psikologikal
yang berlaku ke atas permintaan terhadap seseorang. Daripada ayat ini kita dapat mengetahui
bahawa tekanan yang melanda seseorang akan menyebabkan fikiran dan fizikal individu
tersebut bertindak balas mengikut keadaan dan tahap tekanan tersebut. Dalam menghadapi
situasi tekanan emosi ini, jika tahap tekanan tersebut adalah rendah maka tindakbalas individu
terbabit juga tidak terlalu besar dan begitu juga sebaliknya. Menurut satu pendapat yang
ditulis oleh Smither (1994), menyatakan bahawa tekanan emosi ini adalah sebagai satu proses
kebangkitan minda dan fizikal seseorang dalam memberi tindakbalas kepada sesuatu
permintaan terhadap diri seseorang. Selain itu, saya juga memetik satu pendapat yang di
berikan oleh Fontana (1989) yang menyatakan bahawa tekanan emosi ini adalah satu bentuk
permintaan yang dibuat ke atas keupayaan untuk menyesuaikan minda dan fizikal serta
seterusnya menjelaskan sekiranya seseorang itu dapat menerima dan menangani permintaan
tersebut, maka tekanan tersebut akan mendatangkan kesan yang positif. Dalam hal ini, kita
dapat mengetahui tentang cara seseorang menangani tekanan bergantung kepada tahap
kesediaan minda dan fizikal seseorang untuk menerima atau menyerap sesuatu tekanan yang
diterima. Sekiranya individu terbabit tidak bersedia dari segi fizikal dan mental, maka sudah
pastinya tekanan yang datang ini tidak mampu dihadapi dengan sempurna yang akhirnya akan
menyebabkan individu tersebut tertekan dan menghadapi masalah yang lebih besar.
Selain itu, tindakbalas yang berlaku dalam tekanan ini juga adalah satu perubahan
fisiologi dan perlakuan yang berlaku terhadap mereka yang menghadapi tekanan. Oleh itu,
boleh dikatakan bahawa, tekanan bukanlah satu perkara yang boleh diambil ringan kerana
seseorang itu akan menghadapi risiko untuk berubah perlakuannya dengan melakukan
7. perkara-perkara yang tidak sepatutnya seperti bercakap kasar, memulakan pertengkaran,
terlibat secara fizikal dalam pergaduhan, penyalahgunaan dadah, terlibat dalam jenayah dan
sebagainya yang membuktikan walau sekecil mana sekalipun tekanan tersebut sekiranya tidak
diuruskan dengan betul mampu membawa malapetaka yang lebih dahsyat lagi kepada mereka
yang terlibat. Namun semuanya bergantung kepada kekuatan mental dan fizikal seseorang
kerana ianya dapat membantu seseorang untuk menyerap tekanan dan dapat menerima
tekanan tersebut secara positif.
Dalam bidang pendidikan ini pula berbeza tekanannya. Guru-guru sering menghadapi
tekanan yang teruk akibat daripada daripada dasar pendidikan dan keperluan untuk memenuhi
matlamat pendidikan yang terlalu tinggi. Pada hari ini, pihak Kementerian telah mengeluarkan
dan melaksanakan satu dasar iaitu memperkenalkan kemudahan aplikasi teknologi dan
maklumat untuk dilaksanakan di sekolah. Kemudahan ini sangat bermanfaat dan mempunyai
banyak kebaikannya yang tersendiri. Semua guru tidak dapat menafikan akan keperluan
tersebut namun apa yang menjadi permasalahanya adalah proses untuk melaksanakan
kemudahan itu. Kita semua sedia maklum bahawa kemahiran teknologi ini merupakan suatu
perkara yang baharu lagi. Tidak semua guru mampu menguasai kemahiran terutamanya guru
yang telah berumur dan meningkat usia mereka. Ini kerana mereka tidak mendapat
pendedahan yang secukupnya semenjak dari zaman belajar lagi dan apabila tiba usia senja ini
mereka perlu belajar semula kemahiran ini. Situasi yang berlaku ini telah menimbulkan satu
tekanan emosi dalam kalangan guru di mana-mana sekolah sekali pun.
Tekanan emosi yang berpunca daripada kurangnya penguasaan dalam kemahiran
teknologi maklumat dan komunikasi ini telah mengakibatkan sesetengah guru menjadi tidak
bermotivasi atau burn out untuk menjalankan tugas serta tanggunagjawab mereka di sekolah.
Jika dulu guru akan datang ke sekolah dengan membawa satu semangat yang berkobar-kobar
dan mempunyai matlamat untuk mendidik murid agar menguasai bidang pembelajaran,
namun pada hari ini rata-rata guru mengeluh kerana mereka perlu menguasai kemahiran
teknologi ini untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Penggunaan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi ini mempunyai kekurangannya
yang tersendiri dan ia telah menjadi punca sebenar wujudnya tekanan emosi dalam kalangan
guru. Sebelum adanya penggunaan teknologi dalam pendidikan ini, guru tidak perlu fikir
untuk menguasai kemahiran tersebut. Apa yang berlegar di fikiran mereka hanyalah teknik-
teknik pengajaran agar mampu memberi kefahaman maksimum kepada murid di dalam kelas.
Guru tidak perlu memperuntukan masa pembelajaran mereka untuk menunggu kelemahan
8. jaringan internet bagi memasukkan markah ke dalam aplikasi yang di sediakan. Namun, kini
ia menjadi satu igauan buruk kepada guru. Jika mereka tidak menggunakan aplikasi tersebut
maka pelbagai tindakan akan di kenakan. Oleh itu, perkara ini telah menimbulkan satu
tekanan terhadap guru-guru yang kurang menguasai kemahiran teknologi ini. Lama-
kelamanan guru-guru menjadi kurang bermotivasi dan burn out untuk meneruskan tugas
mereka di sekolah.
Selain itu, terdapat juga kes kemurungan dalam kalangan guru apabila berada di
sekolah. Akibat daripada kurang penguasaan dalam bidang teknologi dan komunikasi ini
guru-guru menjadi murung dan kelihatan bermasalah. Situasi ini sering timbul dan dapat
diperhatikan semasa selesai menghadapi sesuatu ujian atau peperiksaan. Pada masa ini, guru-
guru dikehendaki untuk memasukkan markah setiap murid ke dalam satu aplikasi yang di
sediakan oleh pihak Kementerian Pendidikan. Aplikasi ini merupakan satu aplikasi atas talian
di mana ia memberi satu kemudahan kepada guru dan para ibu bapa untuk mengekses
keputusan anak-anak mereka walau di mana sahaja berada. Bagi guru yang kurang
penguasaan dalam bidang teknologi dan komunikasi ini, mereka akan merasa terbeban dengan
kemudahan aplikasi. Tambahan pula guru perlu memperuntukkan masa yang sangat lama
untuk memasukkan markah setiap murid ke dalam sistem aplikasi. Paling membebankan guru
adalah kelemahan sistem aplikasi ini di mana ia memerlukan rangkaian jalur lebar yang stabil
agar data-data yang di masukkan dapat di proses dengan baik. Kadang-kala guru terpaksa
bersengkang mata sehingga waktu pagi semata-mata untuk memenuhi kehendak dan matlamat
pihak Kementerian ini. Keadaaan guru yang kemurungan dan bermasalah ini kadang kala
akan terbawa-bawa ke dalam bilik darjah di mana guru tidak boleh menumpukan perhatian
mereka terhadap pengajaran murid-murid. Ini di sebabkan tekanan daripada bebanan tugas
tersebut. Oleh itu, situasi dan permasalahan sebeginilah yang menyumbang kepada masalah
tekanan emosi dalam kalangan guru di sekolah.
Bagi mengatasi masalah tekanan emosi akibat daripada tahap penguasaan yang rendah
dalam kemahiran teknologi dan maklumat ini, seorang guru mereka perlu mengetahui
strategi-strategi yang boleh diambil seperti mendapatkan sokongan yang kuat daripada rakan-
rakan sekerja yang mahir. Sokongan ini sangat penting dan perlu untuk meringankan bebanan
dan menghilangkan tekanan yang di hadapi oleh guru berkenaan. Apabila guru menghadapi
tekanan emosi, mereka sebenarnya mempunyai satu permasalahan yang tidak mampu
dikeluarkan dengan kata-kata. Namun, jika guru tidak meluahkan permasalahan tersebut, ia
akan menjadi semakin teruk serta mampu memberi kesan yang tidak baik kepada guru
9. tersebut. Bagi mengatasi masalah kurang penguasaan teknologi ini yang mengakibatkan
tekanan emosi, rakan-rakan setugas yang lain boleh memberi bantuan dan sokongan dengan
membantu guru untuk memberi tunjuk ajar serta latihan kepadanya. Melalui bantuan dan
sokongan ini maka guru dapat menyelesaikan masalahnya dengan baik dan berkesan. Sebagai
contoh guru yang menghadapai masalah untuk menggunakan perisian tersebut maka guru
boleh belajar dan menuntut ilmu daripada golongan rakan yang mahir. Oleh itu, sokongan
yang kukuh dari rakan setugas ini sangat penting untuk membolehkan guru tidak di belenggu
dengan masalah tekanan emosi.
Dari aspek dalaman pula sebagai seorang guru mereka perlu memperkukuhkan lagi
kekuatan dalaman agar mampu berhadapan dengan pelbagai masalah dan cabaran pada masa
hadapan kelak. Kekuatan dalam yang di maksudkan adalah keperluan rohani seperti solat,
sentiasa berdoa dan sentiasa yakin dengan kebolehan diri serta berfikiran positif. Kadang kala
kekuatan dalaman seperti ini menjadi tunjang dan benteng kepada pengaruh tekanan emosi
dalam diri. Guru-guru yang kurang menguasai kemahiran teknologi ini perlu yakin pada diri
mereka bahawa mereka mampu menguasai kemahiran tersebut. Pada masa yang sama guru
juga perlu menanamkan dalam diri mereka bahawa matlamat mereka untuk menguasai
kemahiran tersebut. Apabila minda dan fikiran guru tekah di set dengan aura positif tadi maka
tekanan dalam diri mereka dapat di hindarkan. Walau berhadapan dengan pelbagai masalah
namun guru akan sentiasa tenang dan menghadapi masalah tersebut dengan hati yang lapang.
Dengan cara sebegini, pengurusan tekanan guru tersebut dapat diuruskan dengan baik dan
berkesan.
Strategi seterusnya untuk mengatasi masalah tekanan akibat daripada kurang
penguasaan dalam kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi ini adalah dengan sentiasa
mengadakan perbincangan bersama rakan sekerja. Sesi perbincangan berkaitan dengan urusan
tugas dan tanggungjawab ini merupakan satu tindakan yang baik serta telah berkesan dalam
usaha untuk mengatasi masalah tekanan. Melalui perbincangan yang dilakukan ini guru boleh
saling bertukar idea dan pandangan masing-masing untuk mengatasi sesuatu masalah. Bagi
guru yang kurang penguasaan terhadap kemahiran teknologi ini maka mereka boleh
menggunakan masa ini untuk menuntut ilmu dan mendapatkan latihan daripada golongan
yang mahir. Bukan itu sahaja, sekiranya sesi ini dijalankan di sekolah guru-guru boleh
bersama-sama menggunakan kemudahan teknologi yang ada di sekolah sebagai satu sumber
pembelajaran. Jadi, bagi guru yang kurang mahir boleh di bantu oleh rakan sekerja yang lebih
mahir dan dari keadaan sebegini saya yakin bahawa proses pembelajaran dan penguasaan
10. terhadap teknologi maklumat dan komunikasi ini dapat dikuasai dengan baik oleh guru-guru
sekolah.
Sebagai pihak pentadbir di sekolah juga perlu memainkan peranannya di mana mereka
bertanggungjawab untuk memastikan penguasaan guru-guru ini dalam kemahiran teknologi
maklumat dan kemunikasi. Sekiranya terdapat guru-guru yang masih kurang menguasai
kemahiran tersebut, maka pihak sekolah perlu memberi satu latihan yang khusus kepada guru-
guru untuk memantapkan penguasaan mereka dalam bidang ini. Tidak di nafikan bahawa
penguasan kemahiran teknologi ini bukan suatu perkara yang mudah terutamanya bagi
golongan guru yang berusia. Ini kerana mereka tidak di dedahkan dengan penggunaan
teknologi semenjak dari kecil lagi. Oleh itu, penguasaan mereka agak terbatas dan
memerlukan masa yang sesuai. Jadi, latihan dan program yang berterusan perlu sentiasa
dilaksanakan oleh pihak sekolah sebagai satu usaha untuk membantu guru-guru ini dalam
menguasai kemahiran teknologi ini. Program sebegini sangat penting dan berfaedah sekiranya
semua guru dapat menguasai kemahiran ini maka matlamat pendidikan untuk menerapkan
unsur teknologi dapat di capai dengan baik dan sempurna.
Kesimpulannya, tekanan emosi ini sememangnya sentiasa wujud walau dalam apa jua
keadaan sekali pun. Ia bergantung terhadap diri setiap individu untuk menguruskan tekanan
emosi tersebut sama ada dengan cara yang baik atau sebaliknya. Bagi tekanan akibat daripada
penguasan kemahiran teknologi yang lemah ini masih boleh di atasi dengan langkah-langkah
yang di nyatakan dalam penulisan di atas. Walau bagaimanapun ianya bergantung kepada
setiap individu dan guru itu sendiri untuk memilih jalan atau strategi untuk menguruskan
tekanan berkenaan kerana setiap guru dan individu itu sendiri saling mempunyai perbezaan.
Pengurusan tekanan yang baik mampu memberi kehidupan yang baik dalam diri seseorang.
11. RUJUKAN
Fontana (1989). Managing Stress. Guardian LTD. London
Hussein Ahmad (2001). Mission of Public Education in Malaysia: The Challenge of
Transformation. Kuala Lumpur: UM Press.
Kamus Dewan (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Smither (1994). Information Systems Development. Univercity Press. US