SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 14
Aspek Asas dalam Pendidikan Guru dan Murid, Strategi Pelaksanaan, dan

Kepentingan Pembelajaran Pelbagai Budaya.


PENGENALAN


Penjajahan British ke Tanah Melayu telah memberi kesan kepada kewujudan

kepelbagaian kaum di Malaysia. Hal ini adalah disebabkan pembawakan masuk

golongan Cina melalui sistem Kangcu dan golongan India melalui sistem Kangani.

Tambahan lagi, penggabungan Tanah Melayu dengan Sabah dan Sarawak pada

tahun 1963 menjadikan negara ini semakin berwarna-warni dengan kepelbagaian

kaum melalui pembentukan Malaysia. Sehingga hari ini, Malaysia dilihat sebagai

sebuah negara yang hidup aman dan harmoni dengan keunikan pelbagai kaum yang

berbilang bangsa dan agama di mata dunia. Dunia sangat mengagumi negara

bertuah ini kerana kebanyakan negara yang mempunyai kepelbagaian etnik dan

puak   ada   sahaja   permasalahan    seperti   berlakunya   penghapusan   etnik,

penyamarataan dan sebagainya.


       Namun begitu satu perkara yang perlu kita fahami apabila wujud

kepelbagaian kaum dalam sesebuah negara adalah bagaimana mereka boleh hidup

dalam keadaan yang sangat harmoni tanpa banyak perselisihan? Peri punca

keamanan ini adalah bersandarkan kefahaman yang mendalam mengenai budaya

sedia ada pada setiap individu. Melalui pendidikan ilmu mengenai kebudayaan dapat

diajar. Pendidikan amat penting untuk membentuk negara yang bersatu padu, stabil

dan progresif. Berasaskan konsep ini, Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah

termaktub dalam Akta Pendidikan 1961. Ia adalah berasaskan Laporan Razak 1956

dan Laporan Rahman Talib 1960. Sememangnya, Dasar Pendidikan Kebangsaan ini

telah dipengaruhi oleh dua faktor yang telah dibincangkan dalam pengenalan awal
iaitu penjajahan barat dan juga keadaan masyarakat yang berbilang kaum. Kita

dapat melihat bahawa dasar pendidikan negara di bawah penjajahan British dahulu

amat berbeza dengan dasar pendidikan pada hari ini.


DASAR PENDIDIKAN NEGARA SEBELUM MERDEKA


      Dasar pendidikan negara sebelum merdeka dahulu mewujudkan lima jenis

sistem persekolahan yang terasing antara satu sama lain seperti Sekolah Inggeris,

Sekolah Melayu, Sekolah Agama, Sekolah Cina, dan juga Sekolah Tamil. Akibat

sistem persekolahan ini, anak-anak Melayu, Cina dan India sukar untuk bergaul

sesama mereka dan kesempatan antara ketiga-tiga kaum ini untuk bersama

hanyalah di sekolah Inggeris sahaja. Kurikulum di sekolah pada ketika itu juga tidak

sehala kerana setiap jenis sekolah mempunyai kurikulum yang tersendiri.          Ini

menyebabkan jurang yang besar terhadap pelbagai kaum di Tanah Melayu ketika

itu. Sememangnya penjajahan British tidak berminat untuk membangunkan rakyat

melalui pendidikan. Pada ketika itu, persefahaman dan perpaduan dianggap tidak

penting untuk dipupuk melalui pendidikan.


PENYATUAN SISTEM PENDIDIKAN


      Sungguhpun begitu, Penubuhan Malayan Union pada tahun 1946 telah

membuka mata pihak British bahawa adalah penting untuk menyelaraskan sistem

pendidikan bagi menyatupadukan masyarakat berbilang kaum. Kesedaran ini

terbukti dalam Rancangan Cheeseman yang mencadangkan sekolah Inggeris

sebagai asas penyatuan sistem persekolahan. Penyatuan sistem persekolahan

dilaksanakan melalui beberapa jawatankuasa pendidikan yang dilantik khas oleh

kerajaan British untuk menkaji sistem persekolahan di Tanah Melayu. Pada 1950,

L.J. Barnes telah mengemukakan syor-syor untuk menuju kearah sistem pendidikan
kebangsaan yang akan membangkitkan semangat kebangsaan dalam kalangan

kanak-kanak sejak dari sekolah rendah lagi untuk mencapai perpaduan kebangsaan.

Penyata Barnes disediakan dan dikemukakan kepada kerajaan British pada tahun

1951 dengan mengemukakan syor seperti menutup sekolah vernakular dan

menggantikan dengan sekolah rendah yang dikenali sebagai sekolah kebangsaan,

membuka sekolah kebangsaan kepada semua kanak-kanak dari pelbagai kaum dan

menyediakan guru-guru dari pelbagai kaum untuk mengajar, menggunakan bahasa

pengantar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di sekolah rendah dan bahasa

Inggeris di sekolah menengah, serta menyediakan pendidikan percuma bagi sekolah

rendah selama 6 tahun. Sungguhpun penyata ini dianggap sebagai penyata yang

komprehensif, revolusioner dan paling berpengaruh yang pernah diterbitkan namun,

ia mengundang penentangan dari pelbagai kaum. Hal ini atas alasan, kaum Melayu

berpendapat ia sangat menitikberatkan Bahasa Inggeris, kaum Cina pula merasa ia

boleh mengancam kebudayaan dan bahasa Cina yang mereka banggakan serta

kaum India berkecil hati ekoran permintaan mereka supaya kedudukan sekolah

Tamil dikaji telah ditolak oleh kerajaan.


       Susulan daripada penyataan Barnes yang mewujudkan penentangan hebat

dari kaum Cina, golongan ini telah menuntut supaya sebuah jawatankuasa dilantik

bagi menkaji kedudukan sekolah-sekolah Cina. Hasilnya, Laporan Fenn-Wu

diwujudkan dengan mengemukakan usul menjadikan sekolah Cina sebagai sekolah

tiga aliran bahasa dengan menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris

sebagai bahasa pengantar dan bahasa Cina sebagai satu mata pelajaran pilihan.

Namun begitu, ia kelihatan sukar untuk dipraktikkan pada ketika itu langsung ia

ditolak oleh UMNO kerana ia tidak membawa keuntungan kepada orang Melayu.
Kedua-dua laporan ini telah menyebabkan Jawatankuasa Penasihat Pusat

ditubuhkan pada September 1951 untuk mengkaji kedua-dua penyata tersebut

langsung    mengesyorkan     penubuhan      dua   jenis    sistem     persekolahan     yang

menggunakan Bahasa Melayu dan Inggeris sebagai bahasa pengantar. Kemudian,

akan disediakan kemudahan pelajaran bahasa Cina dan Tamil jika ada sekurang-

kurangnya 15 orang murid yang ingin belajar bahasa tersebut dan sekolah

kebangsaan sebagaimana yang dicadangkan oleh Barnes akan dilaksanakan. Syor-

syor ini telah diterima oleh kerajaan dan diluluskan menjadi Ordinan Pelajaran 1952.

Namun, keadaan darurat ketika itu telah mengagalkan pelaksanaan ini.


      Dari sebelum merdeka lagi, kesedaran mengenai kepentingan perpaduan ini

ada. Ia terbukti bahawa sistem pendidikan merupakan medium utama untuk

mencapai perpaduan negara. Penyatuan murid-murid dari pelbagai kaum dalam

sebuah tempat belajar membenarkan proses pembelajaran budaya berlangsung dan

mereka mulai memahami kelainan yang ada antara setiap kaum dan belajar untuk

menghormati perbezaan yang ada. Namun begitu, kemahuan untuk mengekalkan

budaya     yang   menjadi   identiti   masing-masing      ketika    itu   sedikit   sebanyak

mengagalkan usaha membentuk sistem pendidikan yang boleh membantu

menyatupadukan rakyat.


PEWUJUDAN SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN


      Pada tahun 1955, Parti Perikatan yang ketika itu di bawah kepimpinan Tunku

Abdul Rahman telah menubuhkan kerajaan yang bertaraf pemerintahan sendiri.

Kerajaan Perikatan juga menyedari bahawa satu dasar pendidikan yang baru perlu

bagi mencapai perpaduan rakyat demi menjamin keteguhan dan keamanan negara.

Untuk mencapai tujuan ini, pendidikan kepelbagaian budaya adalah amat penting.
Oleh hal yang sedemikian, jawatankuasa Razak ditubuhkan untuk mengkaji Ordinan

Pelajaran 1952 untuk membuat pindaan yang dirasakan perlu. Menteri Pendidikan

ketika itu, Dato’ Abdul Razak bin Hussein telah mempengerusikan jawatankuasa ini.

Laporan Razak menyatakan bahawa:


      “Tujuan dasar pelajaran di dalam negara ini ialah bermaksud hendak

menyatukan kanak-kanak daripada semua bangsa di dalam negara ini dengan

memakai satu peraturan yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa

kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar, walaupun perkara ini tidak

dapat dilaksanakan serta-merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-

ansur.”


      Pada umumnya, Laporan Razak menitikberatkan aspek perpaduan negara

dengan mengesyorkan satu sistem pendidikan yang bercorak Tanah Melayu.

Sukatan Pelajaran yang sama isi kandungannya dianggap sebagai salah satu sistem

yang akan membantu mewujudkan perpaduan negara. Penggunaan bahasa Melayu

sebagai bahasa kebangsaan dapat mewujudkan perhubungan dan persefahaman di

antara kaum tanpa menimbulkan rasa curiga dari mana-mana pihak.         Langkah-

langkah yang disyorkan dalam Laporan Razak dilihat akan dapat mempercepatkan

lagi perpaduan dan rasa harmoni antara semua kaum di negara kita. Majlis

Perundangan Persekutuan telah meluluskan Laporan Razak pada bulan April 1957

dan menguatkuasakannya sebagai Ordinan Pelajaran 1957.


      Namun begitu, Laporan Razak telah mendapat tentangan kerana guru-guru

Melayu pada ketika itu tidak berpuas hati dengan pelaksanaan penggunaan bahasa

kebangsaan yang tidak tegas dan juga Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina yang

menentang    akibat   merasa   pengabaian   dalam    pendidikan   bahasa   Cina.
Jawatankuasa Penyemak Pelajaran telah ditubuhkan untuk mengkaji semula

pelaksanaan Laporan Razak dan langkah-langkah bagi mewujudkan sistem

pendidikan kebangsaan. Abdul Rahman bin Haji Talib, Menteri Pendidikan ketika itu

mengetuai Jawatankuasa Rahman Talib dan berpuas hati sebenarnya dengan

Laporan Razak juga menambah beberapa syor berkenaan bahasa kebangsaan,

kelas peralihan, kenaikan secara automatic, mata pelajaran akhlak,pendidikan teknik

dan vokasional serta penubuhan Jemaah-jemaah Nazir. Syor-syor Laporan Rahman

Talib akhirnya digubal menjadi Akta Pelajaran 1961.


      Sebenarnya, apa yang menjadi perkara utama dalam pembentukan

perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat adalah penetapan satu kurikulum

yang sama untuk semua sekolah yang berlainan aliran sebagaimana yang telah

termaktub Akta Pelajaran 1961. Bahasa Melayu adalah perkara pokok yang perlu

digunakan dengan sepenuhnya di semua peringkat pengajian sama ada dari

sekolah rendah hinggalah ke pusat pengajian tinggi. Penggunaan Bahasa Melayu

memudahkan proses penyampaian dan pertukaran maklumat antara guru dengan

pelajar dan juga pelajar dengan pelajar. Sungguhpun begitu, peranan guru sendiri

harus menyokong apa yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan untuk membentuk

sebuah negara yang bersatu-padu. Ini bermakna Pendidikan Pelbagai Budaya ini

bermula daripada pengajaran guru setelah kurikulum sekolah diselaraskan.


SISTEM PENDIDIKAN SELEPAS TAHUN 1961


      Sistem pendidikan selepas 1961 dapat dibahagikan kepada dua fasa iaitu

Fasa 1 (1961-1970) yang bertujuan memperluas peluang dan meningkatkan

penyertaan pelajar terutamanya pelajar luar bandar ke peringkat sekolah menengah.

Hal ini demikian kerana, pada ketika itu, adalah sukar bagi golongan luar bandar
untuk melanjutkan pelajaran pada peringkat sekolah menengah. Fasa 2 (selepas

tahun 1970) yang mana bertujuan mempertingkatkan mutu pelajaran dengan

mempelbagaikan matapelajaran yang diajar di sekolah supaya selaras dengan

pembangunan ekonomi. Sesungguhnya, pendidikan adalah terbuka kepada semua

supaya tidak kira lelaki mahupun perempuan dalam membentuk sebuah negara

yang bersatu padu dan saling menghormati antara satu sama lain.


      Selepas peristiwa 13 Mei 1969, kerajaan sedar kepentingan pendidikan yang

bermutu sebagai alat untuk membina rakyat yang bersatu padu dan merapatkan

jurang kemiskinan. Bagi mencapainya, sistem pendidikan mestilah menggabungkan

nilai setiap kaum untuk melahirkan perpaduan kaum dan integrasi nasional. Peranan

guru adalah amat penting dalam menjadikan ia satu realiti. Guru berperanan dalam

menerangkan perihal nilai setiap kaum dalam setiap pengajaran. Pengenalan mata

pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral di sekolah merupakan satu

medium yang baik untuk mengajarkan murid perihal nilai-nilai setiap kaum. Melalui

matapelajaran ini, pembelajaran secara langsung mengenai nilai boleh berlaku dan

memudahkan murid untuk memahami setiap perbezaan. Dalam mata pelajaran

Sejarah misalnya, murid boleh mengetahui sebab-sebab Malaysia menjadi sebuah

negara yang terdiri daripada kepelbagaian kaum melalui peristiwa- peristiwa lampau

dan mengetahui asal identiti dan budaya yang menjadi budaya pegangan mereka

hari ini. Seterusnya, guru boleh juga menerapkan Pendidikan Pelbagai Budaya

secara tidak langsung dalam pengajaran subjek-subjek lain. Penerapan ini boleh

diadakan jika guru memberi tugasan atau perbincangan dalam kumpulan yang

melibatkan penglibatan murid dari etnik atau kaum yang berbeza. Murid lelaki dan

perempuan juga perlu dicampurkan dengan pengawasan guru agar mereka dapat

memahami perbezaan antara satu sama lain.
FALSAFAH      PENDIDIKAN       KEBANGSAAN,        STRATEGI      PELAKSANAAN

PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA.


      Kita melihat bahawa hasrat dan falsafah pendidikan negara telah pun

digambarkan melalui perbincangan sebelum ini yang mana akhirnya membawa

kepada Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 yang menegaskan agar pentingnya

membentuk masyarakat Malaysia yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) telah pun menegaskan bahawa sistem

pendidikan negara perlu memberi penekanan kepada perkembangan potensi

individu secara menyeluruh dan bersepadu ke arah melahirkan insan yang

seimbang dan sempurna. FPK telah menggariskan tiga bidang utama bagi mencapai

tujuan pendidikan iaitu, (1) perkembangan potensi individu secara menyeluruh, (2)

perpaduan rakyat dan (3) kemakmuran negara. Ketiga-tiga bidang utama dalam FPK

adalah boleh dicapai jika diwujudkan sistem pendidikan yang merangkumi

kefahaman dan pengetahuan mengenai kepelbagaian budaya yang ada di Malaysia.


      Kementerian Pelajaran telah merangka beberapa strategi bagi mewujudkan

persekitaran yang mesra budaya selaras untuk menjayakan hasrat FPK. Kaedah

yang digunakan oleh pihak kementerian adalah dengan mengadakan program yang

diterima oleh masyarakat. Antara program yang dirancang adalah Program

Memperkasakan Bahasa Kebangsaan Sebagai Bahasa Perpaduan dan Program

Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP). Program Memperkasakan

Bahasa Kebangsaan Sebagai Bahasa Perpaduan merupakan satu program yang

menggalakkan murid untuk menggunakan Bahasa Kebangsaan bagi tujuan
komunikasi agar suasana faham memahami antara murid pelbagai budaya dapat

diwujudkan. RIMUP pula adalah program yang menggalakkan penglibatan komuniti

tempatan, guru dan murid di semua peringkat sekolah. Banyak aktiviti-aktiviti ko-

kurikulum yang menarik dengan menglibatkan penyertaan murid dan guru dari

pelbagai kaum telah dirancang.


KEPENTINGAN PENGAJARAN PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA


        Pada peringkat sekolah, pihak pentadbir dan guru perlu berganding bahu

untuk   melaksanakan    pelan    tindakan   demi   mewujudkan   satu   persekitaran

pembelajaran yang mesra budaya serta relevan budaya untuk semua murid.

Pemahaman tentang budaya semua kaum yang ada di sekolah amat penting supaya

murid mempunyai kesedaran dan saling menghormati kepelbagaian budaya yang

ada di sekolah masing-masing.


        Guru memainkan peranan utama dalam menyediakan pengajaran pendidikan

pelbagai budaya. Pengajaran Pendidikan Pelbagai Budaya di sini bermaksud guru

menyediakan bahan mengajar atau membuat perancangan pengajaran tetapi tidak

mengenepikan mana-mana murid yang sememangnya terdiri daripada kepelbagaian

kaum. Hal ini bermaksud, jika seseorang guru ingin menggunakan kaedah

pengajaran secara perbincangan berkumpulan ia haruslah melibatkan kumpulan

yang heteragenous yang bermaksud membina kumpulan perbincangan dengan

melibatkan semua gender, dan mempunyai pelbagai kaum dalam satu-satu

kumpulan. Bukan setakat itu sahaja, namun, perlu juga guru memastikan bahawa

dalam setiap kumpulan itu muridnya terdiri daripada standard pencapaian yang

berbeza. Apa yang cuba saya maksudkan di sini adalah, bersandarkan ujian

penilaian yang dibuat, guru akan menentukan standard atau tahap murid bersandar
kepada keputusan ujian sama ada lemah, sederhana atau cemerlang. Melalui

standard yang ditetapkan, maka guru boleh menetapkan kumpulan dengan

menggabungkan murid yang terdiri daripada ketiga-tiga standard ini bersama. Kita

perlu faham bahawa setiap murid yang berbeza tahap kecemerlangannya ini juga

mempunyai budaya belajar yang pelbagai. Oleh itu penggabungan mereka dalam

satu kumpulan perbincangan mampu mencipta satu budaya pembelajaran yang

berkesan dan mereka akan termotivasi dengan sendirinya apabila saling memahami

antara satu sama lain.


      Selain daripada itu, guru juga perlu bijak dalam menimbulkan sesuatu konflik

atau permasalahan yang ingin dibincangkan agar ia tidak menganggu atau

menyentuh sensitiviti setiap kaum yang pelbagai. Contohnya, dalam Pendidikan

Moral, guru tidak boleh membanding beza nilai-nilai yang dipegang oleh sesuatu

kaum sehingga menimbulkan sensitiviti tambahan lagi apabila ia melibatkan agama

dan kepercayaan mereka. Guru perlu berhati-hati dalam mewujudkan perbincangan

agar tidak wujud suasana kelas yang meminggirkan mana-mana kaum. Ketika sesi

soal jawab berlangsung juga, guru seharusnya memberi penuh penumpuan serta

melayan sebarang pertanyaan murid sama rata dengan tidak memilih latar belakang,

standard penilaian dan sebagainya. Jika guru bijak melayan murid-murid, maka

suasana kepelbagaian budaya dapat diwujudkan yang mana murid lebih selesa

untuk menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran.


      Pendidikan pelbagai budaya ini adalah penting untuk memahami matlamat

akademik dan tuntutan sosial murid-murid yang berlainan budaya. Bagi mencapai

tujuan ini, pedagogi relevan budaya (culturally relevant pedagogy), pada awalnya

diperkenalkan oleh Glorida Ladson Billings pada 1992, telah diperkenalkan. Kita

boleh melihat murid mempertahankan identiti budaya di samping mencapai
kecemerlangan akademik. Pedagogi ini juga mampu memaksimumkan peluang

pembelajaran murid apabila guru memahami perbezaan murid bersandarkan latar

belakang dan etnik, serta bagaimana setiap satunya mempunyai cara belajar yang

berbeza. Pemahaman guru itu akan membantu mengubah sikap murid terhadap

kepentingan pelajaran dalam kehidupan mereka. Sememangnya adalah penting

untuk seseorang guru memahami akan pedagogi relevan budaya kerana ia

mencakupi elemen adat resam, kompenan sastera, pemakanan dan alam sekitar.


      Dari itu, kita dapat menyimpulkan akan peranan guru ini amat besar untuk

menyediakan pengajaran pelbagai budaya yang sememangnya penting untuk

membentuk masa depan negara kerana ia mampu menjadikan pelajar saling mesra

antara satu sama lain serta bertoleransi dan menghormati antara mereka dalam

memacu negara ke arah transformasi yang cemerlang.


KESIMPULAN


Seorang guru yang baik adalah guru yang mampu mencipta susana pengajaran dan

pembelajaran yang mesra budaya dalam kelas. Guru seharusnya memahami akan

peranan dan tanggungjawab mereka dalam merealisasikan harapan dan hasrat

kerajaan yang telah termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FSK).


      Kita melihat bahawa dalam usaha untuk melahirkan satu suasana yang

mesra budaya, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah merangka pelbagai

strategi dan program untuk menyatupadukan rakyat agar mencapai matlamat

integrasi nasional. Program yang paling ketara adalah RIMUP yang menyediakan

pelbagai aktiviti akademik dan kokurikulum untuk dilaksanakan pada peringkat

sekolah dan daerah.
Kita seharusnya, melihat kembali pada sejarah negara kita sehingga

terbentuknya sebuah sistem pendidikan seperti hari ini. Pihak pentadbir, guru, ibu

bapa dan murid seharusnya memahami dan mengetahui sejarah negara agar kita

sentiasa beringat bahawa negara pernah bergolak akibat isu perkauman dan kita

tidak mahu lagi sejarah itu berulang kembali.


      Kesimpulannya, menerusi penulisan ini dapatlah kita mengetahui akan

peranan guru sendiri dalam mewujudkan suasana pembelajaran dan pengajaran

yang mesra budaya dan melihat akan kepentingan pengajaran pelbagai budaya.
Bibliografi




Abu Bakar Nordin. (1994). Reformasi Pendidikan dalam Menghadapi Cabaran 2020.


      Kuala Lumpur:Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.


Awang Had Salleh. (1980). Pendidikan ke Arah Perpaduan: Sebuah Perspektif


      Sejarah. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.


Ibrahim Saad. (1986). Pendidikan dan Politik di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan


      Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pelajaran Malaysia.


KPM [Kementerian Pelajaran Malaysia]. (2010a). Sekolah Wawasan di Malaysia:


      Konsep, Cabaran, dan Pelaksanaan. Putra Jaya: KPM.

Malik Bennabi (2009). Asal-usul Masyarakat Manusia:Rangkaian Hubungan Sosial.


      Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad: Kuala Lumpur.


Mok Soon Sang (2012). Prinsip Teras Guru Mata Pelajaran. Penerbitan Multimedia


      Sdn.Bhd:Puchong.


Noriati A. Rashid et.al (2011). Budaya dan Pembelajaran. Oxford Fajar. Sdn. Bhd:


      Shah Alam


Suppiah Nachiappan et.al (2009). Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar. Oxford
Fajar Sdn. Bhd: Shah Alam

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Kalai Shan
 
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah RendahPengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendahmisri bohari
 
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)Mohd Shirazi
 
Tajuk 5 peranan guru sr
Tajuk 5 peranan guru srTajuk 5 peranan guru sr
Tajuk 5 peranan guru srEsTee Wang
 
Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21Fairus Razally
 
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)FaFai S.
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknanoorfarahanahmohdnoo
 
Kepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayaKepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayamas preity
 
Profesion Keguruan
Profesion Keguruan Profesion Keguruan
Profesion Keguruan muhammad
 
Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudayaKesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudayasitiaishahmohamad
 
Mobiliti sosial melalui pendidikan
Mobiliti sosial melalui pendidikanMobiliti sosial melalui pendidikan
Mobiliti sosial melalui pendidikanElizabeth beth
 
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_syikin Mawaddah
 
Kertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermaknaKertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermaknaNorliza Ahmad
 
37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)
37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)
37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)Komalam Mariappan
 
Teori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivismeTeori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivismesahronzulkepli
 
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIPEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIAiisy Afifah
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Atifah Ruzana Abd Wahab
 

Mais procurados (20)

Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
 
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah RendahPengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah
 
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
 
Tajuk 5 peranan guru sr
Tajuk 5 peranan guru srTajuk 5 peranan guru sr
Tajuk 5 peranan guru sr
 
Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21
 
Ringkasan pppm 2013 2025
Ringkasan pppm 2013 2025Ringkasan pppm 2013 2025
Ringkasan pppm 2013 2025
 
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
 
Tunjuk cara moral fizah
Tunjuk cara moral fizahTunjuk cara moral fizah
Tunjuk cara moral fizah
 
Model taba
Model taba Model taba
Model taba
 
Kepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayaKepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budaya
 
Profesion Keguruan
Profesion Keguruan Profesion Keguruan
Profesion Keguruan
 
Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudayaKesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
 
Mobiliti sosial melalui pendidikan
Mobiliti sosial melalui pendidikanMobiliti sosial melalui pendidikan
Mobiliti sosial melalui pendidikan
 
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
 
Kertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermaknaKertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermakna
 
37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)
37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)
37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)
 
Teori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivismeTeori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivisme
 
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIPEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
 

Destaque

budaya dalam pembelajaran
budaya dalam pembelajaranbudaya dalam pembelajaran
budaya dalam pembelajaranNur Fateha
 
EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)
EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)
EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)Stephanie Unsil
 
Budaya dan pembelajaran (Pelan Tindakan Mewujudkan Persekitaran yang Mesra Bu...
Budaya dan pembelajaran (Pelan Tindakan Mewujudkan Persekitaran yang Mesra Bu...Budaya dan pembelajaran (Pelan Tindakan Mewujudkan Persekitaran yang Mesra Bu...
Budaya dan pembelajaran (Pelan Tindakan Mewujudkan Persekitaran yang Mesra Bu...Rafiza Diy
 
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaPembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaKanageswary Karunamoothei
 
tugasan Edu 3106 individu
tugasan Edu 3106 individu tugasan Edu 3106 individu
tugasan Edu 3106 individu fitri norlida
 
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranKumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranpikaosman
 
15 konsep kepelbagaian pelajar
15 konsep kepelbagaian pelajar15 konsep kepelbagaian pelajar
15 konsep kepelbagaian pelajarLinda Yius
 
Bab 5 pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya
Bab 5 pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budayaBab 5 pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya
Bab 5 pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budayasarenyah07
 
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHMASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHIzny Atikah
 
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCik BaCo
 
borang merentas desa
borang merentas desaborang merentas desa
borang merentas desamadzool
 
Laporan pertandingan merentas desa antara rumah sukan
Laporan pertandingan merentas desa antara rumah sukanLaporan pertandingan merentas desa antara rumah sukan
Laporan pertandingan merentas desa antara rumah sukanhome
 
Borang acara merentas desa 2015
Borang acara merentas desa 2015Borang acara merentas desa 2015
Borang acara merentas desa 2015Shima Arshad
 
Kajian masa depan
Kajian masa depanKajian masa depan
Kajian masa depanSky Putih
 
Profil sekolah smkmj 2015
Profil sekolah smkmj 2015Profil sekolah smkmj 2015
Profil sekolah smkmj 2015Khair Hazm
 
full-assignment edu
full-assignment edufull-assignment edu
full-assignment eduIrul Erul
 

Destaque (20)

budaya dalam pembelajaran
budaya dalam pembelajaranbudaya dalam pembelajaran
budaya dalam pembelajaran
 
Budaya dan pembelajaran
Budaya dan pembelajaranBudaya dan pembelajaran
Budaya dan pembelajaran
 
EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)
EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)
EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)
 
Budaya dan pembelajaran (Pelan Tindakan Mewujudkan Persekitaran yang Mesra Bu...
Budaya dan pembelajaran (Pelan Tindakan Mewujudkan Persekitaran yang Mesra Bu...Budaya dan pembelajaran (Pelan Tindakan Mewujudkan Persekitaran yang Mesra Bu...
Budaya dan pembelajaran (Pelan Tindakan Mewujudkan Persekitaran yang Mesra Bu...
 
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaPembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
 
tugasan Edu 3106 individu
tugasan Edu 3106 individu tugasan Edu 3106 individu
tugasan Edu 3106 individu
 
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranKumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
 
15 konsep kepelbagaian pelajar
15 konsep kepelbagaian pelajar15 konsep kepelbagaian pelajar
15 konsep kepelbagaian pelajar
 
Bab 5 pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya
Bab 5 pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budayaBab 5 pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya
Bab 5 pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya
 
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHMASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
 
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
 
Seni dan budaya dlm komuniti
Seni dan budaya dlm komunitiSeni dan budaya dlm komuniti
Seni dan budaya dlm komuniti
 
borang merentas desa
borang merentas desaborang merentas desa
borang merentas desa
 
Laporan pertandingan merentas desa antara rumah sukan
Laporan pertandingan merentas desa antara rumah sukanLaporan pertandingan merentas desa antara rumah sukan
Laporan pertandingan merentas desa antara rumah sukan
 
Borang acara merentas desa 2015
Borang acara merentas desa 2015Borang acara merentas desa 2015
Borang acara merentas desa 2015
 
Kajian masa depan
Kajian masa depanKajian masa depan
Kajian masa depan
 
Profil sekolah smkmj 2015
Profil sekolah smkmj 2015Profil sekolah smkmj 2015
Profil sekolah smkmj 2015
 
Modul pgsr budaya dlm pembelajaran
Modul pgsr budaya dlm pembelajaranModul pgsr budaya dlm pembelajaran
Modul pgsr budaya dlm pembelajaran
 
full-assignment edu
full-assignment edufull-assignment edu
full-assignment edu
 
Pengurusan kurikulum
Pengurusan kurikulumPengurusan kurikulum
Pengurusan kurikulum
 

Semelhante a Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelbagai budaya.

Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduan
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduanSistem pendidikan malaysia_dan_perpaduan
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduanxue er tui
 
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIASEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIANurul Hidayu Abd Halim
 
Tutorial 3.3
Tutorial 3.3Tutorial 3.3
Tutorial 3.3firo HAR
 
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan In...
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan In...Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan In...
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan In...Rosdi Ramli
 
PENDIDIKAN SEBAGAI ASAS PERPADUAN
PENDIDIKAN SEBAGAI ASAS PERPADUANPENDIDIKAN SEBAGAI ASAS PERPADUAN
PENDIDIKAN SEBAGAI ASAS PERPADUANAbdul aziz
 
Pengurusan pendidikan complete
Pengurusan pendidikan completePengurusan pendidikan complete
Pengurusan pendidikan completeAzman Hanafi
 
Sejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysiaSejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysiaSiti Rohayu Rohan
 
Pemerkasaan Pendidikan Ke Arah Kesepaduan Sosial
Pemerkasaan Pendidikan Ke Arah Kesepaduan SosialPemerkasaan Pendidikan Ke Arah Kesepaduan Sosial
Pemerkasaan Pendidikan Ke Arah Kesepaduan SosialRaihan Rosanizan
 
Sejarah Malaysia-Perubahan Sistem Pendidikan
Sejarah Malaysia-Perubahan Sistem PendidikanSejarah Malaysia-Perubahan Sistem Pendidikan
Sejarah Malaysia-Perubahan Sistem PendidikanQaseh Nur Husna
 
Bab 8 pemerkasaan pendidkan ke arah kesepaduan sosial
Bab 8   pemerkasaan pendidkan ke arah kesepaduan sosialBab 8   pemerkasaan pendidkan ke arah kesepaduan sosial
Bab 8 pemerkasaan pendidkan ke arah kesepaduan sosialMaizatul Akmal
 
hubungan etnik group 9
hubungan etnik group 9hubungan etnik group 9
hubungan etnik group 9Amelia Akmar
 
Bab 8(set18) pemerkasaan pendidikan ke arah kesepaduan sosial
Bab 8(set18) pemerkasaan pendidikan ke arah kesepaduan sosialBab 8(set18) pemerkasaan pendidikan ke arah kesepaduan sosial
Bab 8(set18) pemerkasaan pendidikan ke arah kesepaduan sosialAisyah Somkham Ismail
 

Semelhante a Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelbagai budaya. (20)

Tutorial sjh1102
Tutorial sjh1102Tutorial sjh1102
Tutorial sjh1102
 
Hubungan etnik 3102
Hubungan etnik 3102Hubungan etnik 3102
Hubungan etnik 3102
 
LAPORAN RAZAK
LAPORAN RAZAKLAPORAN RAZAK
LAPORAN RAZAK
 
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduan
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduanSistem pendidikan malaysia_dan_perpaduan
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduan
 
sistem pendididkan di sabah & sarawak sejarah SEM 3
sistem pendididkan di sabah & sarawak sejarah SEM 3sistem pendididkan di sabah & sarawak sejarah SEM 3
sistem pendididkan di sabah & sarawak sejarah SEM 3
 
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIASEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
 
Tutorial 3.3
Tutorial 3.3Tutorial 3.3
Tutorial 3.3
 
Penyata razak 1956
Penyata razak 1956Penyata razak 1956
Penyata razak 1956
 
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan In...
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan In...Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan In...
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan In...
 
Ctu dasar2
Ctu dasar2Ctu dasar2
Ctu dasar2
 
PENDIDIKAN SEBAGAI ASAS PERPADUAN
PENDIDIKAN SEBAGAI ASAS PERPADUANPENDIDIKAN SEBAGAI ASAS PERPADUAN
PENDIDIKAN SEBAGAI ASAS PERPADUAN
 
4.mior.usm.mei.2011
4.mior.usm.mei.20114.mior.usm.mei.2011
4.mior.usm.mei.2011
 
Sistem Pendidikan di Sabah & Sarawak
Sistem Pendidikan di Sabah & SarawakSistem Pendidikan di Sabah & Sarawak
Sistem Pendidikan di Sabah & Sarawak
 
Pengurusan pendidikan complete
Pengurusan pendidikan completePengurusan pendidikan complete
Pengurusan pendidikan complete
 
Sejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysiaSejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysia
 
Pemerkasaan Pendidikan Ke Arah Kesepaduan Sosial
Pemerkasaan Pendidikan Ke Arah Kesepaduan SosialPemerkasaan Pendidikan Ke Arah Kesepaduan Sosial
Pemerkasaan Pendidikan Ke Arah Kesepaduan Sosial
 
Sejarah Malaysia-Perubahan Sistem Pendidikan
Sejarah Malaysia-Perubahan Sistem PendidikanSejarah Malaysia-Perubahan Sistem Pendidikan
Sejarah Malaysia-Perubahan Sistem Pendidikan
 
Bab 8 pemerkasaan pendidkan ke arah kesepaduan sosial
Bab 8   pemerkasaan pendidkan ke arah kesepaduan sosialBab 8   pemerkasaan pendidkan ke arah kesepaduan sosial
Bab 8 pemerkasaan pendidkan ke arah kesepaduan sosial
 
hubungan etnik group 9
hubungan etnik group 9hubungan etnik group 9
hubungan etnik group 9
 
Bab 8(set18) pemerkasaan pendidikan ke arah kesepaduan sosial
Bab 8(set18) pemerkasaan pendidikan ke arah kesepaduan sosialBab 8(set18) pemerkasaan pendidikan ke arah kesepaduan sosial
Bab 8(set18) pemerkasaan pendidikan ke arah kesepaduan sosial
 

Último

Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfSandyItab
 
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdfNURULAFIFIBINTIROSLA
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINIZAINABAFINABINTISUHA
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikangipgp24202619
 

Último (12)

Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
 
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
 

Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelbagai budaya.

  • 1. Aspek Asas dalam Pendidikan Guru dan Murid, Strategi Pelaksanaan, dan Kepentingan Pembelajaran Pelbagai Budaya. PENGENALAN Penjajahan British ke Tanah Melayu telah memberi kesan kepada kewujudan kepelbagaian kaum di Malaysia. Hal ini adalah disebabkan pembawakan masuk golongan Cina melalui sistem Kangcu dan golongan India melalui sistem Kangani. Tambahan lagi, penggabungan Tanah Melayu dengan Sabah dan Sarawak pada tahun 1963 menjadikan negara ini semakin berwarna-warni dengan kepelbagaian kaum melalui pembentukan Malaysia. Sehingga hari ini, Malaysia dilihat sebagai sebuah negara yang hidup aman dan harmoni dengan keunikan pelbagai kaum yang berbilang bangsa dan agama di mata dunia. Dunia sangat mengagumi negara bertuah ini kerana kebanyakan negara yang mempunyai kepelbagaian etnik dan puak ada sahaja permasalahan seperti berlakunya penghapusan etnik, penyamarataan dan sebagainya. Namun begitu satu perkara yang perlu kita fahami apabila wujud kepelbagaian kaum dalam sesebuah negara adalah bagaimana mereka boleh hidup dalam keadaan yang sangat harmoni tanpa banyak perselisihan? Peri punca keamanan ini adalah bersandarkan kefahaman yang mendalam mengenai budaya sedia ada pada setiap individu. Melalui pendidikan ilmu mengenai kebudayaan dapat diajar. Pendidikan amat penting untuk membentuk negara yang bersatu padu, stabil dan progresif. Berasaskan konsep ini, Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah termaktub dalam Akta Pendidikan 1961. Ia adalah berasaskan Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960. Sememangnya, Dasar Pendidikan Kebangsaan ini telah dipengaruhi oleh dua faktor yang telah dibincangkan dalam pengenalan awal
  • 2. iaitu penjajahan barat dan juga keadaan masyarakat yang berbilang kaum. Kita dapat melihat bahawa dasar pendidikan negara di bawah penjajahan British dahulu amat berbeza dengan dasar pendidikan pada hari ini. DASAR PENDIDIKAN NEGARA SEBELUM MERDEKA Dasar pendidikan negara sebelum merdeka dahulu mewujudkan lima jenis sistem persekolahan yang terasing antara satu sama lain seperti Sekolah Inggeris, Sekolah Melayu, Sekolah Agama, Sekolah Cina, dan juga Sekolah Tamil. Akibat sistem persekolahan ini, anak-anak Melayu, Cina dan India sukar untuk bergaul sesama mereka dan kesempatan antara ketiga-tiga kaum ini untuk bersama hanyalah di sekolah Inggeris sahaja. Kurikulum di sekolah pada ketika itu juga tidak sehala kerana setiap jenis sekolah mempunyai kurikulum yang tersendiri. Ini menyebabkan jurang yang besar terhadap pelbagai kaum di Tanah Melayu ketika itu. Sememangnya penjajahan British tidak berminat untuk membangunkan rakyat melalui pendidikan. Pada ketika itu, persefahaman dan perpaduan dianggap tidak penting untuk dipupuk melalui pendidikan. PENYATUAN SISTEM PENDIDIKAN Sungguhpun begitu, Penubuhan Malayan Union pada tahun 1946 telah membuka mata pihak British bahawa adalah penting untuk menyelaraskan sistem pendidikan bagi menyatupadukan masyarakat berbilang kaum. Kesedaran ini terbukti dalam Rancangan Cheeseman yang mencadangkan sekolah Inggeris sebagai asas penyatuan sistem persekolahan. Penyatuan sistem persekolahan dilaksanakan melalui beberapa jawatankuasa pendidikan yang dilantik khas oleh kerajaan British untuk menkaji sistem persekolahan di Tanah Melayu. Pada 1950, L.J. Barnes telah mengemukakan syor-syor untuk menuju kearah sistem pendidikan
  • 3. kebangsaan yang akan membangkitkan semangat kebangsaan dalam kalangan kanak-kanak sejak dari sekolah rendah lagi untuk mencapai perpaduan kebangsaan. Penyata Barnes disediakan dan dikemukakan kepada kerajaan British pada tahun 1951 dengan mengemukakan syor seperti menutup sekolah vernakular dan menggantikan dengan sekolah rendah yang dikenali sebagai sekolah kebangsaan, membuka sekolah kebangsaan kepada semua kanak-kanak dari pelbagai kaum dan menyediakan guru-guru dari pelbagai kaum untuk mengajar, menggunakan bahasa pengantar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di sekolah rendah dan bahasa Inggeris di sekolah menengah, serta menyediakan pendidikan percuma bagi sekolah rendah selama 6 tahun. Sungguhpun penyata ini dianggap sebagai penyata yang komprehensif, revolusioner dan paling berpengaruh yang pernah diterbitkan namun, ia mengundang penentangan dari pelbagai kaum. Hal ini atas alasan, kaum Melayu berpendapat ia sangat menitikberatkan Bahasa Inggeris, kaum Cina pula merasa ia boleh mengancam kebudayaan dan bahasa Cina yang mereka banggakan serta kaum India berkecil hati ekoran permintaan mereka supaya kedudukan sekolah Tamil dikaji telah ditolak oleh kerajaan. Susulan daripada penyataan Barnes yang mewujudkan penentangan hebat dari kaum Cina, golongan ini telah menuntut supaya sebuah jawatankuasa dilantik bagi menkaji kedudukan sekolah-sekolah Cina. Hasilnya, Laporan Fenn-Wu diwujudkan dengan mengemukakan usul menjadikan sekolah Cina sebagai sekolah tiga aliran bahasa dengan menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dan bahasa Cina sebagai satu mata pelajaran pilihan. Namun begitu, ia kelihatan sukar untuk dipraktikkan pada ketika itu langsung ia ditolak oleh UMNO kerana ia tidak membawa keuntungan kepada orang Melayu.
  • 4. Kedua-dua laporan ini telah menyebabkan Jawatankuasa Penasihat Pusat ditubuhkan pada September 1951 untuk mengkaji kedua-dua penyata tersebut langsung mengesyorkan penubuhan dua jenis sistem persekolahan yang menggunakan Bahasa Melayu dan Inggeris sebagai bahasa pengantar. Kemudian, akan disediakan kemudahan pelajaran bahasa Cina dan Tamil jika ada sekurang- kurangnya 15 orang murid yang ingin belajar bahasa tersebut dan sekolah kebangsaan sebagaimana yang dicadangkan oleh Barnes akan dilaksanakan. Syor- syor ini telah diterima oleh kerajaan dan diluluskan menjadi Ordinan Pelajaran 1952. Namun, keadaan darurat ketika itu telah mengagalkan pelaksanaan ini. Dari sebelum merdeka lagi, kesedaran mengenai kepentingan perpaduan ini ada. Ia terbukti bahawa sistem pendidikan merupakan medium utama untuk mencapai perpaduan negara. Penyatuan murid-murid dari pelbagai kaum dalam sebuah tempat belajar membenarkan proses pembelajaran budaya berlangsung dan mereka mulai memahami kelainan yang ada antara setiap kaum dan belajar untuk menghormati perbezaan yang ada. Namun begitu, kemahuan untuk mengekalkan budaya yang menjadi identiti masing-masing ketika itu sedikit sebanyak mengagalkan usaha membentuk sistem pendidikan yang boleh membantu menyatupadukan rakyat. PEWUJUDAN SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pada tahun 1955, Parti Perikatan yang ketika itu di bawah kepimpinan Tunku Abdul Rahman telah menubuhkan kerajaan yang bertaraf pemerintahan sendiri. Kerajaan Perikatan juga menyedari bahawa satu dasar pendidikan yang baru perlu bagi mencapai perpaduan rakyat demi menjamin keteguhan dan keamanan negara. Untuk mencapai tujuan ini, pendidikan kepelbagaian budaya adalah amat penting.
  • 5. Oleh hal yang sedemikian, jawatankuasa Razak ditubuhkan untuk mengkaji Ordinan Pelajaran 1952 untuk membuat pindaan yang dirasakan perlu. Menteri Pendidikan ketika itu, Dato’ Abdul Razak bin Hussein telah mempengerusikan jawatankuasa ini. Laporan Razak menyatakan bahawa: “Tujuan dasar pelajaran di dalam negara ini ialah bermaksud hendak menyatukan kanak-kanak daripada semua bangsa di dalam negara ini dengan memakai satu peraturan yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar, walaupun perkara ini tidak dapat dilaksanakan serta-merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur- ansur.” Pada umumnya, Laporan Razak menitikberatkan aspek perpaduan negara dengan mengesyorkan satu sistem pendidikan yang bercorak Tanah Melayu. Sukatan Pelajaran yang sama isi kandungannya dianggap sebagai salah satu sistem yang akan membantu mewujudkan perpaduan negara. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dapat mewujudkan perhubungan dan persefahaman di antara kaum tanpa menimbulkan rasa curiga dari mana-mana pihak. Langkah- langkah yang disyorkan dalam Laporan Razak dilihat akan dapat mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa harmoni antara semua kaum di negara kita. Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan Laporan Razak pada bulan April 1957 dan menguatkuasakannya sebagai Ordinan Pelajaran 1957. Namun begitu, Laporan Razak telah mendapat tentangan kerana guru-guru Melayu pada ketika itu tidak berpuas hati dengan pelaksanaan penggunaan bahasa kebangsaan yang tidak tegas dan juga Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina yang menentang akibat merasa pengabaian dalam pendidikan bahasa Cina.
  • 6. Jawatankuasa Penyemak Pelajaran telah ditubuhkan untuk mengkaji semula pelaksanaan Laporan Razak dan langkah-langkah bagi mewujudkan sistem pendidikan kebangsaan. Abdul Rahman bin Haji Talib, Menteri Pendidikan ketika itu mengetuai Jawatankuasa Rahman Talib dan berpuas hati sebenarnya dengan Laporan Razak juga menambah beberapa syor berkenaan bahasa kebangsaan, kelas peralihan, kenaikan secara automatic, mata pelajaran akhlak,pendidikan teknik dan vokasional serta penubuhan Jemaah-jemaah Nazir. Syor-syor Laporan Rahman Talib akhirnya digubal menjadi Akta Pelajaran 1961. Sebenarnya, apa yang menjadi perkara utama dalam pembentukan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat adalah penetapan satu kurikulum yang sama untuk semua sekolah yang berlainan aliran sebagaimana yang telah termaktub Akta Pelajaran 1961. Bahasa Melayu adalah perkara pokok yang perlu digunakan dengan sepenuhnya di semua peringkat pengajian sama ada dari sekolah rendah hinggalah ke pusat pengajian tinggi. Penggunaan Bahasa Melayu memudahkan proses penyampaian dan pertukaran maklumat antara guru dengan pelajar dan juga pelajar dengan pelajar. Sungguhpun begitu, peranan guru sendiri harus menyokong apa yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan untuk membentuk sebuah negara yang bersatu-padu. Ini bermakna Pendidikan Pelbagai Budaya ini bermula daripada pengajaran guru setelah kurikulum sekolah diselaraskan. SISTEM PENDIDIKAN SELEPAS TAHUN 1961 Sistem pendidikan selepas 1961 dapat dibahagikan kepada dua fasa iaitu Fasa 1 (1961-1970) yang bertujuan memperluas peluang dan meningkatkan penyertaan pelajar terutamanya pelajar luar bandar ke peringkat sekolah menengah. Hal ini demikian kerana, pada ketika itu, adalah sukar bagi golongan luar bandar
  • 7. untuk melanjutkan pelajaran pada peringkat sekolah menengah. Fasa 2 (selepas tahun 1970) yang mana bertujuan mempertingkatkan mutu pelajaran dengan mempelbagaikan matapelajaran yang diajar di sekolah supaya selaras dengan pembangunan ekonomi. Sesungguhnya, pendidikan adalah terbuka kepada semua supaya tidak kira lelaki mahupun perempuan dalam membentuk sebuah negara yang bersatu padu dan saling menghormati antara satu sama lain. Selepas peristiwa 13 Mei 1969, kerajaan sedar kepentingan pendidikan yang bermutu sebagai alat untuk membina rakyat yang bersatu padu dan merapatkan jurang kemiskinan. Bagi mencapainya, sistem pendidikan mestilah menggabungkan nilai setiap kaum untuk melahirkan perpaduan kaum dan integrasi nasional. Peranan guru adalah amat penting dalam menjadikan ia satu realiti. Guru berperanan dalam menerangkan perihal nilai setiap kaum dalam setiap pengajaran. Pengenalan mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral di sekolah merupakan satu medium yang baik untuk mengajarkan murid perihal nilai-nilai setiap kaum. Melalui matapelajaran ini, pembelajaran secara langsung mengenai nilai boleh berlaku dan memudahkan murid untuk memahami setiap perbezaan. Dalam mata pelajaran Sejarah misalnya, murid boleh mengetahui sebab-sebab Malaysia menjadi sebuah negara yang terdiri daripada kepelbagaian kaum melalui peristiwa- peristiwa lampau dan mengetahui asal identiti dan budaya yang menjadi budaya pegangan mereka hari ini. Seterusnya, guru boleh juga menerapkan Pendidikan Pelbagai Budaya secara tidak langsung dalam pengajaran subjek-subjek lain. Penerapan ini boleh diadakan jika guru memberi tugasan atau perbincangan dalam kumpulan yang melibatkan penglibatan murid dari etnik atau kaum yang berbeza. Murid lelaki dan perempuan juga perlu dicampurkan dengan pengawasan guru agar mereka dapat memahami perbezaan antara satu sama lain.
  • 8. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN, STRATEGI PELAKSANAAN PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA. Kita melihat bahawa hasrat dan falsafah pendidikan negara telah pun digambarkan melalui perbincangan sebelum ini yang mana akhirnya membawa kepada Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 yang menegaskan agar pentingnya membentuk masyarakat Malaysia yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih. Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) telah pun menegaskan bahawa sistem pendidikan negara perlu memberi penekanan kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu ke arah melahirkan insan yang seimbang dan sempurna. FPK telah menggariskan tiga bidang utama bagi mencapai tujuan pendidikan iaitu, (1) perkembangan potensi individu secara menyeluruh, (2) perpaduan rakyat dan (3) kemakmuran negara. Ketiga-tiga bidang utama dalam FPK adalah boleh dicapai jika diwujudkan sistem pendidikan yang merangkumi kefahaman dan pengetahuan mengenai kepelbagaian budaya yang ada di Malaysia. Kementerian Pelajaran telah merangka beberapa strategi bagi mewujudkan persekitaran yang mesra budaya selaras untuk menjayakan hasrat FPK. Kaedah yang digunakan oleh pihak kementerian adalah dengan mengadakan program yang diterima oleh masyarakat. Antara program yang dirancang adalah Program Memperkasakan Bahasa Kebangsaan Sebagai Bahasa Perpaduan dan Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP). Program Memperkasakan Bahasa Kebangsaan Sebagai Bahasa Perpaduan merupakan satu program yang menggalakkan murid untuk menggunakan Bahasa Kebangsaan bagi tujuan
  • 9. komunikasi agar suasana faham memahami antara murid pelbagai budaya dapat diwujudkan. RIMUP pula adalah program yang menggalakkan penglibatan komuniti tempatan, guru dan murid di semua peringkat sekolah. Banyak aktiviti-aktiviti ko- kurikulum yang menarik dengan menglibatkan penyertaan murid dan guru dari pelbagai kaum telah dirancang. KEPENTINGAN PENGAJARAN PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA Pada peringkat sekolah, pihak pentadbir dan guru perlu berganding bahu untuk melaksanakan pelan tindakan demi mewujudkan satu persekitaran pembelajaran yang mesra budaya serta relevan budaya untuk semua murid. Pemahaman tentang budaya semua kaum yang ada di sekolah amat penting supaya murid mempunyai kesedaran dan saling menghormati kepelbagaian budaya yang ada di sekolah masing-masing. Guru memainkan peranan utama dalam menyediakan pengajaran pendidikan pelbagai budaya. Pengajaran Pendidikan Pelbagai Budaya di sini bermaksud guru menyediakan bahan mengajar atau membuat perancangan pengajaran tetapi tidak mengenepikan mana-mana murid yang sememangnya terdiri daripada kepelbagaian kaum. Hal ini bermaksud, jika seseorang guru ingin menggunakan kaedah pengajaran secara perbincangan berkumpulan ia haruslah melibatkan kumpulan yang heteragenous yang bermaksud membina kumpulan perbincangan dengan melibatkan semua gender, dan mempunyai pelbagai kaum dalam satu-satu kumpulan. Bukan setakat itu sahaja, namun, perlu juga guru memastikan bahawa dalam setiap kumpulan itu muridnya terdiri daripada standard pencapaian yang berbeza. Apa yang cuba saya maksudkan di sini adalah, bersandarkan ujian penilaian yang dibuat, guru akan menentukan standard atau tahap murid bersandar
  • 10. kepada keputusan ujian sama ada lemah, sederhana atau cemerlang. Melalui standard yang ditetapkan, maka guru boleh menetapkan kumpulan dengan menggabungkan murid yang terdiri daripada ketiga-tiga standard ini bersama. Kita perlu faham bahawa setiap murid yang berbeza tahap kecemerlangannya ini juga mempunyai budaya belajar yang pelbagai. Oleh itu penggabungan mereka dalam satu kumpulan perbincangan mampu mencipta satu budaya pembelajaran yang berkesan dan mereka akan termotivasi dengan sendirinya apabila saling memahami antara satu sama lain. Selain daripada itu, guru juga perlu bijak dalam menimbulkan sesuatu konflik atau permasalahan yang ingin dibincangkan agar ia tidak menganggu atau menyentuh sensitiviti setiap kaum yang pelbagai. Contohnya, dalam Pendidikan Moral, guru tidak boleh membanding beza nilai-nilai yang dipegang oleh sesuatu kaum sehingga menimbulkan sensitiviti tambahan lagi apabila ia melibatkan agama dan kepercayaan mereka. Guru perlu berhati-hati dalam mewujudkan perbincangan agar tidak wujud suasana kelas yang meminggirkan mana-mana kaum. Ketika sesi soal jawab berlangsung juga, guru seharusnya memberi penuh penumpuan serta melayan sebarang pertanyaan murid sama rata dengan tidak memilih latar belakang, standard penilaian dan sebagainya. Jika guru bijak melayan murid-murid, maka suasana kepelbagaian budaya dapat diwujudkan yang mana murid lebih selesa untuk menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan pelbagai budaya ini adalah penting untuk memahami matlamat akademik dan tuntutan sosial murid-murid yang berlainan budaya. Bagi mencapai tujuan ini, pedagogi relevan budaya (culturally relevant pedagogy), pada awalnya diperkenalkan oleh Glorida Ladson Billings pada 1992, telah diperkenalkan. Kita boleh melihat murid mempertahankan identiti budaya di samping mencapai
  • 11. kecemerlangan akademik. Pedagogi ini juga mampu memaksimumkan peluang pembelajaran murid apabila guru memahami perbezaan murid bersandarkan latar belakang dan etnik, serta bagaimana setiap satunya mempunyai cara belajar yang berbeza. Pemahaman guru itu akan membantu mengubah sikap murid terhadap kepentingan pelajaran dalam kehidupan mereka. Sememangnya adalah penting untuk seseorang guru memahami akan pedagogi relevan budaya kerana ia mencakupi elemen adat resam, kompenan sastera, pemakanan dan alam sekitar. Dari itu, kita dapat menyimpulkan akan peranan guru ini amat besar untuk menyediakan pengajaran pelbagai budaya yang sememangnya penting untuk membentuk masa depan negara kerana ia mampu menjadikan pelajar saling mesra antara satu sama lain serta bertoleransi dan menghormati antara mereka dalam memacu negara ke arah transformasi yang cemerlang. KESIMPULAN Seorang guru yang baik adalah guru yang mampu mencipta susana pengajaran dan pembelajaran yang mesra budaya dalam kelas. Guru seharusnya memahami akan peranan dan tanggungjawab mereka dalam merealisasikan harapan dan hasrat kerajaan yang telah termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FSK). Kita melihat bahawa dalam usaha untuk melahirkan satu suasana yang mesra budaya, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah merangka pelbagai strategi dan program untuk menyatupadukan rakyat agar mencapai matlamat integrasi nasional. Program yang paling ketara adalah RIMUP yang menyediakan pelbagai aktiviti akademik dan kokurikulum untuk dilaksanakan pada peringkat sekolah dan daerah.
  • 12. Kita seharusnya, melihat kembali pada sejarah negara kita sehingga terbentuknya sebuah sistem pendidikan seperti hari ini. Pihak pentadbir, guru, ibu bapa dan murid seharusnya memahami dan mengetahui sejarah negara agar kita sentiasa beringat bahawa negara pernah bergolak akibat isu perkauman dan kita tidak mahu lagi sejarah itu berulang kembali. Kesimpulannya, menerusi penulisan ini dapatlah kita mengetahui akan peranan guru sendiri dalam mewujudkan suasana pembelajaran dan pengajaran yang mesra budaya dan melihat akan kepentingan pengajaran pelbagai budaya.
  • 13. Bibliografi Abu Bakar Nordin. (1994). Reformasi Pendidikan dalam Menghadapi Cabaran 2020. Kuala Lumpur:Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Awang Had Salleh. (1980). Pendidikan ke Arah Perpaduan: Sebuah Perspektif Sejarah. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Ibrahim Saad. (1986). Pendidikan dan Politik di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pelajaran Malaysia. KPM [Kementerian Pelajaran Malaysia]. (2010a). Sekolah Wawasan di Malaysia: Konsep, Cabaran, dan Pelaksanaan. Putra Jaya: KPM. Malik Bennabi (2009). Asal-usul Masyarakat Manusia:Rangkaian Hubungan Sosial. Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad: Kuala Lumpur. Mok Soon Sang (2012). Prinsip Teras Guru Mata Pelajaran. Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd:Puchong. Noriati A. Rashid et.al (2011). Budaya dan Pembelajaran. Oxford Fajar. Sdn. Bhd: Shah Alam Suppiah Nachiappan et.al (2009). Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar. Oxford
  • 14. Fajar Sdn. Bhd: Shah Alam