SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 14
Baixar para ler offline
KBC 3023

 PERKEMBANGAN FIZIKAL, SOSIAL DAN EMOSI KANAK-KANAK
                        PINTAR CERDAS



                           TAJUK:

 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK
               PINTAR CERDAS DAN BERBAKAT




NAMA                                 NO. MATRIK

NURUL ASYIKIN BINTI ABU BAKAR        D20091034743

MASAZIATIE BINTI AZIZ                D20091034757



KUMPULAN      :A

PENSYARAH     : DR. MD. NASIR BIN MASRAN
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK PINTAR
                                CERDAS DAN BERBAKAT




1.0    Pengenalan

Definisi pembelajaran secara umumnya, “learning is about how we perceive and understand the
world, about making meaning” (Marton & Booth, 1997; dirujuk oleh Fry et al., 2003) dan oleh
itu pembelajaran merupakan prinsip abstrak, maklumat fakta, pemerolehan kaedah, teknik dan
pendekatan melakukan sesuatu, idea, perlakuan yang bersesuaian bagi situasi tertentu, mengenali
sesuatu, dan penaakulan (reasoning) (Fry et al., 2003). Pembelajaran dikatakan berlaku apabila
terdapat perubahan dalam perlakuan pelajar hasil daripada penglibatannya dalam suatu
pengalaman pendidikan (Nicholls, 2002).

       Strategi merujuk kepada kebolehan guru dalam memilih, menyusun dan mengurus
sesuatu rancangan dengan tujuan menghasilkan pencapaian yang optimum. Memahami
pendekatan dan gaya pembelajaran pelajar dapat membantu para guru ke arah menghasilkan
pengajaran berkesan. Kajian tentang kaitan antara pelajar dan tugasan pembelajaran yang
diberikan (Morton, 1975; Morton & Saljo, 1984, dalam Fry et al., 2003) mendapati bahawa
pendekatan pelajar terhadap tugasan mereka ditentukan oleh tahap penglibatan mereka dalam
subjek berkenaan iaitu menjurus kepada pendekatan pembelajaran yang dipilih oleh pelajar.

       Dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat, guru perlu
memainkan peranan yang penting dalam menentukan kaedah dan strategi pengajaran yang
efektif untuk memaksimakan pencapaian kanak-kanak mereka. Terdapat pelbagai kaedah yang
dapat digunakan antaranya kaedah pecutan, penggayaan, pengelompokan dan pembelajaran
koperatif. Oleh itu, setiap pendidik memerlukan pengetahuan dan kemahiran dalam
menyampaikan sesuatu isi pelajaran kepada anak didiknya melalui strategi berkesan.
2.0    Kurikulum Pelajar Pintar Cerdas

Mulai tahun 1999, satu kurikulum bestari dibentuk dan dilaksanakan secara berperingkat-
peringkat. Kurikulum bagi pelajar pintar cerdas adalah sama dengan kurikulum bagi pelajar
biasa. Perkara yang membezakan program pelajar pintar cerdas dengan pelajar biasa ialah
pengayaan kurikulum atau asas kaedah pengayaan yang merentas kurikulum dan yang berfokus
kepada bidang yang diminati pelajar.

       Tahap kecerdasan pelajar amat berperanan dalam menentukan keberhasilan pembelajaran
seseorang itu. Di dalam kelas mungkin terdapat satu atau dua orang pelajar yang tergolong dalam
kategori pelajar pintar atau pintar cerdas dan ada juga golongan pelajar yang tergolong dalam
kategori lemah.

       Dalam keadaan begini, pelajar yang cerdas akan merasa mereka tidak diberi perhatian
yang sewajarnya kerana guru mengajar pelajaran yang senang bagi mereka. Manakala pelajar
lemah pula akan merasa tertekan kerana sukar memahami apa yang diajar. Akibatnya, kedua-dua
golongan ini akan merasa bosan. Guru perlu peka dalam menangani masalah pelajar seperti ini
sama ada berusaha memberi pengayaan kepada pelajar pintar cerdas atau pemulihan kepada
pelajar lemah.


2.1    Ciri dan Keperluan Kanak-Kanak Pintar

Sally (2007) menyenaraikan tiga kaedah mengajar pelajar-pelajar pintar iaitu yang pertama
menyediakan bahan-bahan kandungan pengajaran yang sesuai dan memberi tugasan yang
mencabar, yang kedua memulakan unit pelajaran dengan memilih konsep dalam kurikulum atau
disiplin teras, mengenal pasti satu atau lebih generalisasi yang sesuai, dan mereka bentuk tingkat
pelajaran yang berkaitan dengan generalisasi tersebut. Tingkat pelajaran adalah strategi pelajaran
di mana guru-guru mentaksir tahap kesediaan minat, pengetahuan sedia ada dan tahap kemahiran
pelajar-pelajar dan mengumpulkan mereka mengikut pengajaran dan penghasilan yang
sewajarnya.

       Keperluan yang ketiga pula ialah, bagi pelajaran atau unit yang diberi, guru boleh
merancang dari tiga hingga enam latihan yang berlainan yang memfokuskan kepada konsep dan
generalisasi yang sama tetapi menggunakan bahan-bahan dan aktiviti-aktiviti pelajaran yang aras
kesukaran yang meningkat dan semakin kompleks. Disebabkan tahap kesediaan pelajar akan
berbeza bagi setiap topik, kumpulan pelajar dalam kelas akan berbeza bergantung pada
perubahan kurikulum. Tingkat pelajaran menyesuaikan semua pelajar dengan tahap kesediaan
individu dan tahap kandungan, dan menyediakan peluang kepada pelajar untuk mencabar diri
mereka sendiri.

        Kanak-kanak pintar cerdas memerlukan pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk
pengayaan, pecutan atau lebih terkehadapan berbanding pelajar biasa. Guru kelas perlu
mengetahui apakah keupayaan pelajar pintar cerdas mengenalpasti bentuk kecerdasannya
berdasarkan kepintarannya. Tugasan seperti salin-menyalin, menghafal fakta dan latih tubi tidak
akan dapat memenuhi keperluan pelajar pintar cerdas sebaliknya ia hanya akan melatih
kemahiran motor halus mereka sahaja. Mereka memerlukan cabaran dari segi kualiti bukannya
kuantiti.

        Kenal pasti keupayaan kecerdasan pelajar sama ada dari segi akademik, seni ataupun
kecerdasan dari segi lapangan lain seperti pengubahsuaian dari segi isi kandungan pelajaran,
kemahiran dan hasil pembelajaran yang diharapkan. Ini semua sukar untuk didapati dalam
konteks bilik darjah aliran perdana yang mana tidak semua kanak-kanak mempunyai keupayaan
untuk belajar secara pantas dan memahami konsep-konsep yang kompleks. Kanak-kanak yang
lebih pintar perlu diberikan peluang untuk mendapat kurikulum yang lebih laju mengikut tahap
keupayaan mereka berbanding rakan-rakan yang kurang pintar. Pembelajaran kanak-kanak pintar
cerdas perlu mengandungi aktiviti-aktiviti yang lebih mencabar dan lebih ke hadapan.




3.0     Kaedah Pecutan

Kaedah pecutan juga boleh dikenali sebagai acceleration atau memendekkan masa belajar.
Kaedah ini merupakan suatu kaedah di mana kanak-kanak diberi bahan dan tugasan yang
kebiasaanya diesediakan kepada kanak-kanak gred yang lebih tinggi. Kaedah pecutan ini
melibatkan penggunaan kurikulum sekolah yang sedia ada walaupun terdapat penggunaan bahan
tambahan dalam pembelajaran. Program pecutan lebih berkesan sekiranya sekolah mempunyai
kurikulum yang ditetapkan dan penglibatan sekolah berterusan.
3.1    Jenis Kaedah Pecutan

Kaedah pecutan melibatkan kanak-kanak pintar cerdas akedemik akan belajar dengan lebih
banyak dan kehadapan melalui sistem sekolah daripada pelajar lain. Ini bermakna kurikulum
penyesuaian (adapting curriculum) kepada kanak-kanak dinilai daripada penguasaan dan
bukannya menggunakan kurikulum yang seragam yang digunakan oleh semua kanak-kanak di
peringkat yang sama. Ini bermaksud, kanak-kanak yang menguasai tahap mata pelajaran yang
lebih tinggi akan menerima kredit akademik berdasarkan tahap penguasaan mereka dan
bukannya pencapaian dalam kurikulum tahap darjah atau tingkatan di sekolah.

       Kaedah ini dapat dicapai dalam beberapa langkah yang berbeza merangkumi mula
bersekolah fasa awal umur dan kelas lompat (grade skipping atau double promotion). Seterusnya
ialah kelas tidak bergred di mana kanak-kanak pelbagai umur dikumpulkan bersama dan
kurikulum yang digunakan adalah berdasarkan penguasaan individu dan bukan diambil kira
berdasarkan umur kanak-kanak. Selain itu, cara menyesuaikan kurikulum di mana bahan atau
topik yang telah dikuasai kanak-kanak dilangkau dan diteruskan dengan bahan atau topik yang
lain. Grade telescoping pula memerlukan kanak-kanak menyelesaikan sesuatu program dalam
masa yang singkat yang sepatutnya memerlukan masa beberapa tahun.

       Pecutan subjek (acceleration subject) pula menawarkan kanak-kanak yang menguasai
sesuatu subjek tertentu. Dalam subjek lain, mereka akan ditempatkan sama dengan rakan sekelas
mereka. Perubahan dalam sukatan pelajaran membolehkan pelajar pintar cerdas ini menyiapkan
program pendidikan biasa dalam masa yang singkat. Namun, kaedah ini memerlukan pendidikan
lanjutan yang baik agar kanak-kanak pintar ini dapat mengisi masa dengan produktif.

3.2    Kesan Kaedah Pecutan Terhadap Akademik

Banyak keterangan yang menyatakan bahawa manfaat terhadap akademik daripada kaedah
pecutan. Kemampuan pengelompokan dengan sendirinya telah dijumpai untuk menghasilkan
manfaat yang terhad bagi kanak-kanak berbakat kecuali disertai dengan kurikulum yang
diperkaya atau dipercepat.
Karen Rogers pada tahun 1991 dan Kulik pada tahun 1992 mendapati bahawa manfaat
dari kaedah pecutan bagi kanak-kanak tersebut secara keseluruhannya lebih besar daripada
pengayaan: apabila kanak-kanak berkebolehan diletakkan dalam kumpulan dan diberikan
kurikulum standard, mereka mengungguli kawalan bersamaan dengan satu bulan; dengan arahan
yang diubahsuai mereka mengungguli rakan-rakan mereka tiga atau lebih bulan, ketika mereka
yang ditawarkan kurikulum yang diperkaya mereka melebihi rakan sebaya di kelas campuran
empat hingga lima bulan, dan ketika mereka menawarkan kurikulum yang dipercepat (pecutan),
meraka mengungguli rakan-rakan mereka hampir setahun.

4.0    Kaedah Pengayaan

Kementerian Pendidikan Malaysia (1988) mendefinisikan program pengayaan sebagai aktiviti
asas pembelajaran yang mengandungi unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta
mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari. Kaedah ini juga merupakan satu kaedah yang
baik bagi memenuhi keperluan murid pintar cerdas ini dan didasarkan mengikut kemampuan dan
kekuatan mental seseorang pelajar itu. Ia memberi peluang murid mendalami dan meluaskan
pengetahuan dan pengalaman mereka dalam sesuatu tajuk yang diberi. Melalui aktiviti ini,
pelajar akan mendapat peluang tambahan untuk mengembangkan lagi minat, sifat ingin tahu dan
kebolehan yang ada pada diri mereka.

       Renzulli (1997) berpendapat guru sepatutnya melatih pelajar untuk mencari dan
menggunakan maklumat dengan memberikan kemahiran dalam kaedah penyelidikan. Antara
program yang sering dirujuk ialah program pengayaan Renzulli’s Schoolwide Enrichment Model
atau SEM yang sudah dilaksanakan di Maktab Rendah Sains mara (MRSM). Model ini direka
bagi menggalakkan pelajar didedahkan kepada pelbagai bidang melalui aktiviti seperti ceramah,
lawatan, pembacaan, penerokaan melalui internet dan aktiviti lain. Pengalaman yang dikutip
mampu membantu pelajar untuk mengenalpasti bidang dan minat bagi menjalankan penyelidikan
dan guru bertindak sebagai mentor.

       SEM ini bermula dari Aktiviti Jenis I, Jenis II dan Jenis III. Aktiviti Jenis I mendedahkan
pelajar kepada dunia luar dan pelajaran yang tidak diajar di dalam kelas formal. Pengalaman dan
penemuan yang diperolehi dapat membantu pelajar mengenalpasti minat dan bidang untuk
diteroka dan diselidik seterusnya. Aktiviti Jenis II bertujuan untuk memberikan pelajar
kemahiran-kemahiran asas bagi mengembangkan minat mereka. Antara kemahiran yang
diberikan ialah Kursus Kemahiran Berfikir yang memberikan pendedahan dan latihan kepada
pelajar untuk berfikir secara meluas, kreatif, analisis, inovatif, kritis dan bentuk pemikiran yang
lain lagi. Aktiviti Jenis III pula merupakan gerak kerja pelajar sama ada menjalankan
penyelidikan, mereka cipta atau aktiviti-aktiviti yang mencabar kepada mereka. Guru haruslah
sentiasa mengawal perjalanan kumpulan masing-masing.

       Terdapat dua bentuk pengayaan iaitu pengayaan yang mendalam dan pengayaan yang
meluas. Pengayaan yang mendalam bermaksud membuka peluang untuk pelajar belajar dengan
lebih mendalam berkaitan bidang yang menjadi sebahagian kurikulum biasa di sekolah.
Manakala pengayaan yang meluas ialah para pelajar akan dibimbing untuk mempelajari sesuatu
bidang yang di luar daripada aktiviti kurikulum biasa iaitu bidang yang tidak ada di dalam silibus
pelajaran mereka. Kaedah pengayaan adalah kaedah pendekatan pendidikan yang didasarkan
mengikut kemampuan dan kekuatan mental seseorang pelajar itu. Ini merupakan satu pendekatan
alternatif bagi model pendidikan luar biasa.

       Pendekatan ini melibatkan tugasan bagi mengetahui sejauh mana kebolehan pelajar dan
menggunakan maklumat tersebut sebagai titik tolak dalam mencipta lingkungan belajar.
Implikasi daripada program pengayaan ini antaranya ialah objektif bagi setiap mata pelajaran
dapat dicapai di samping menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik
dan bermakna. Kaedah ini juga dapat mengelakkan pelajar dari kebosanan. Penguasaan ilmu
yang lebih luas juga turut berlaku kerana pelbagai maklumat dapat disampaikan.

       Bagi memantapkan program pengayaan, guru boleh menerapkan nilai-nilai murni dalam
diri pelajar menerusi aktiviti seperti slot ceramah dan tazkirah supaya pelajar mempunyai nilai-
nilai semangat kewarganegaraan yang berlandaskan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Selain itu, semua pihak perlu melibatkan diri dalam membangunkan sistem pengurusan
kolaborasi di antara ibu bapa, guru, pihak sekolah dan pelajar. Ini penting supaya semua pihak
merasa bahawa diri mereka dihargai selain dapat membantu merancang aktiviti yang
bersesuaian.
4.1    Konsep dan Aktiviti Pengayaan

Kaedah ini merujuk kepada penyediaan pengalaman belajar yang berbeza oleh guru dalam kelas.
Konsep pengayaan ialah satu proses di mana aktiviti-aktiviti tambahan yang mempunyai aras
kesukaran yang lebih tinggi daripada aras aktiviti-aktiviti pembelajaran yang dijalankan di dalam
bilik darjah. Hal ini bertujuan dalam memperkembangkan kemahiran-kemahiran yang sedia ada
pada kanak-kanak, meluaskan pengetahuan dan pengalaman mereka, memberi ruang untuk
mengembangkan lagi daya kreatif, minat, sifat ingin tahu, sikap berdikari dan bakat kepimpinan
murid-murid dalam pelbagai bidang serta memperkembangkan potensi murid kepada tahap yang
paling maksimum.

       Aktiviti pengayaan dijalankan dengan keperluan kognitif kanak-kanak sama ada bercorak
belajar kendiri berdasarkan modul dan pembelajaran arah kendiri atau berbentuk lembaran kerja
atau projek. Aktivitinya pula dijalankan secara tidak formal dan tidak dimasukkan dalam jadual
waktu tetap sekolah Bimbingan guru adalah pada tahap minima kerana aktiviti pengayaan
bercorak belajar kendiri. Hasil aktiviti dibincangkan dengan guru atau rakan sebaya, kemudian
guru akan memberi ganjaran supaya murid-murid merasai yang semua usaha mereka dihargai

       Kaedah pengayaan mengisi masa kanak-kanak yang belajar lebih cepat dengan
menawarkan bahan atau kegiatan yang tidak membolehkan kemajuan cepat melalui kurikulum
yang ditetapkan. Kaedah pengayaan mungkin termasuk kanak-kanak diperkenalkan ke bidang
lain atau aktiviti lain seperti seni, muzik, menulis jurnal, kelab atau kunjungan lapangan atau
diberikan tanggungjawab seperti pembantu guru di dalam kelas.

       Sebagai contoh pengayaan program matematik untuk kanak-kanak berumur lapan tahun.
Kanak-kanak tersebut tidak diperkenalkan dengan kurikulum untuk umur yang lebih tinggi tetapi
kanak-kanak tersebut diberikan soalan yang lebih kompleks yang memerlukan kemahiran kanak-
kanak tersebut. Selain itu, aktiviti pengayaan dapat dijalankan dengan melibatkan aktiviti yang
tidak disediakan dalam bilik darjah seperti permainan catur, sudoku dan sebagainya.

       Kaedah ini mengambil kira bahawa kanak-kanak yang pintar cerdas adalah cepat dalam
menyiapkan latihan, kerja atau aktiviti yang diberikan kepada mereka. Konsep ini dilaksanakan
melalui aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas pembelajaran yang dijalankan di
dalam atau di luar bilik darjah.
Aktiviti ini mengandungi unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman
serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari oleh kanak-kanak. Aktiviti pengayaan juga
dapat membuka peluang kepada mereka untuk mengembangkan minat, daya kreativiti, sifat ingin
tahu, bakat kepimpinan serta dapat melibatkan diri dalam membuat keputusan untuk diri,
kumpulan dan juga masyarakat.

       Tujuan bagi kaedah pengayaan adalah untuk membolehkan kanak-kanak menjalani
aktiviti yang lebih mencabar kebolehan mereka serta menambahkan minat dan pengalaman yang
dapat membantu mereka ke arah perkembangan diri dan bakat mereka. Aktiviti ini juga dapat
menambahkan minat mereka untuk belajar sendiri dan mempunyai sifat berdikari bagi
membolehkan mereka meneruskan pembelajaran seumur hidup serta melahirkan daya kreativiti.

5.0    Kaedah Pengelompokan

Pengkelompokan merujuk kepada penempatan kanak-kanak yang mempunyai kebolehan yang
hampir sama dalam suatu kelas yang khusus. Sebuah tinjauan kajian utama daripada kumpulan
praktis oleh Karen Rogers pada tahun 1991 mendapati bahawa, pengelompokan sepenuh masa
(tracking) arahan rutin tidak memberi sebarang perbezaan dalam kemampuan pencapaian
akademik bagi pelajar biasa, tetapi pengelompokan ini memberi perbezaan besar dalam
pencapaian akademik pelajar yang berbakat. Rogers juga mendapati bahawa kemampuan
pengelompokan untuk pengayaan dan bentuk lain dari kemampuan pengelompokan, seperti
pengelompokan di dalam kelas juga memberi manfaat kepada pelajar berbakat.

       Pengelompokan untuk pecutan menghasilkan manfaat yang besar jika ianya dijalankan
dalam kelas tidak bergred, pemadatan kurikulum (curriculum compacting), grade telescoping
(menghabiskan sekolah menengah lebih awal), pecutan subjek atau mata pelajaran dan
kemasukkan ke peringkat lebih tinggi (kolej atau universiti) pada usia lebih muda. Kaedah
pecutan tidak memberi kesan langsung terhadap harga diri (self-esteem) mereka. Kaedah pecutan
bukan hanya mampu untuk mendapatkan keputusan akademik yang menakjubkan, tetapi juga
mampu untuk menyelesaikan masalah lain. Hal ini kerana kanak-kanak yang dikumpulkan
bersama akan lebih dekat antara rakan-rakan sekelas mereka yang mempunyai kemampuan,
minat dan tahap yang sama.
Kajian telah membuktikan keberkesanan kaedah pengelompokan yang membolehkan
kanak-kanak yang mempunyai tahap yang sama dan dikumpulkan bersama untuk mendapatkan
pembelajaran yang lebih mencabar. Kaedah pengelompokan merangkumi pengelompokan
sepenuh masa, pengelompkan kluster, pengelompkan dalam kelas, pengelompkan silang kelas
(cross-class/grade grouping) dan pull-out grouping.

       Kajian menunjukkan pencapaian akademik yang signifikan dicapai oleh kanak-kanak
pintar cerdas yang menjalankan kaedah pengelompokan dalam kumpulan yang mempunyai
minat dan kemampuan yang sama. Selain itu, pengelompokan juga mempunyai kesan positif
terhadap motivasi dan sikap terhadap pembelajaran, serta membantu kanak-kanak berbakat
untuk mengembangkan persepsi diri yang lebih realistik. Kajian mendapati bahawa jika strategi
ini digunakan secara fleksibel, ianya dapat memberi cabaran dalam pembelajaran kanak-kanak
dan memberi banyak kesan positif kepada mereka.

6.0    Kaedah Koperatif

Layanan di antara pelajar pintar cerdas dan pelajar biasa tidak boleh kelihatan terlalu ketara agar
pelajar pintar tidak merasa disisihkan oleh guru atau kawan-kawan. Bagi memastikan pelajar
pintar cerdas ini tidak diasingkan oleh kawan-kawan, guru boleh menggunakan kaedah
pembelajaran koperatif. Pembelajaran koperatif adalah satu strategi pengajaran umum yang
boleh dilaksanakan dalam kumpulan belajar yang kecil di mana pelajar berinteraksi sesama
sendiri bagi menyelesaikan tugasan untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Ianya
melibatkan perkongsian pembelajaran atau dapatan di antara ahli-ahli dalam kumpulannya.

       Jenis pembelajaran koperatif ada enam jenis iaitu yang pertama kaedah jigsaw. Setiap
ahli kumpulan menyumbangkan sekeping jigsaw dengan berkongsi maklumat yang mereka
perolehi. Idea dari aktiviti jigsaw ialah seorang akan menjadi ketua dalam bab tertentu dan
seterusnya membantu ahli kumpulan memahaminya. Jenis yang kedua pula ialah belajar bersama
iaitu semua ahli kumpulan berusaha keras untuk menyelesaikan tugasan yang diberi. Seterusnya
ialah Team Games Tournament yang dicipta oleh Robert Slavin. Ia berkonsepkan putaran biasa
seperti dalam pengajaran, guru menyampaikan pelajaran yang berkaitan dan pelajar cuba untuk
menyelesaikan lembaran kerja untuk menguasai konsep. Selepas itu pelajar akan bersaing dalam
satu pertandingan yang diwakili oleh pelajar yang berkebolehan akademik yang hampir sama.
Jenis pembelajaran koperatif yang keempat ialah Student Team Achievement Division
atau dikenali juga sebagai STAD. Ia diilhamkan oleh Hopkins. Menerusi kaedah ini,guru
mengikut satu pusingan mengajar, kumpulan pembelajaran dan juga penilaian secara individu.
Seterusnya ialah Team Accelerated Instruction Mathematics iaitu pendekatan secara menyeluruh
dalam bidang matematik. Menerusi jenis pembelajaran ini, murid ditentukan berdasarkan
kumpulan heterogenius iaitu mereka yang mempunyai latar belakang yang berbeza. Selain itu,
penyiasatan secara berkelompok antara kaedah koperatif yang membolehkan pelajar merancang
satu kursus pembelajaran.

       Pembelajaran koperatif boleh disesuaikan dengan sebarang kumpulan umur dan sebarang
matapelajaran. Ianya merupakan satu pendekatan yang baik dan perlu digunakan di dalam
pengajaran dan pembelajaran bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang sihat dan
bersemangat di kalangan pelajar-pelajar di samping mempertingkatkan lagi mutu prestasi pelajar
dalam peperiksaan. Ia sesuai digunakan apabila populasi mempunyai sifat yang hampir seragam.
Pembelajaran koperatif memerlukan interaksi dua hala yang baik. Pelajar ditempatkan di dalam
kumpulan yang kecil, iaitu seramai empat ke enam orang sahaja dan dikendalikan oleh guru yang
telah dilatih dalam bidang pintar cerdas.

       Jika terdapat lebih dari enam orang pelajar yang cerdas, kumpulan boleh dibesarkan atau
dua kumpulan dibentuk. Bagi pemilihan pelajar yang ingin ditempatkan dalam kumpulan
koperatif, kriteria yang paling penting ialah pelajar itu harus menunjukkan pencapaian yang
melebihi tahap umurnya. Di dalam amalan pembelajaran koperatif, guru yang cekap dan
berwibawa dapat mencorakkan pengajarannya dengan baik. Secara tidak langsung dapat
meningkatkan keyakinan pelajar, menjadikan pembelajaran menarik dan disukai pelajar,
menghidupkan semangat dan sentiasa memberi rangsangan kepada pelajar-pelajarnya untuk
berusaha dan bercita-cita tinggi.

       Secara umumnya guru akan sentiasa mempelbagaikan corak pengajarannya semasa
pembelajaran koperatif dilaksanakan yang bertujuan untuk menjadikan sesuatu pembelajaran
menarik dan disukai pelajar. Ianya akan menghidupkan semangat dan sentiasa memberi
rangsangan kepada pelajar-pelajarnya untuk terus mencapai kejayaan. Ini bermakna
pembelajaran koperatif wajar digunakan sebagai satu strategi pengajaran dan pembelajaran di
dalam pembelajaran bagi meningkatkan pencapaian pelajar. Guru yang ingin melaksanakan
strategi pembelajaran jenis ini perlu membuat perancangan pengajaran yang rapi dan teliti
supaya waktu pengajaran mencukupi. Selain itu juga, agihan tugas yang sesuai diberikan kepada
pelajar supaya pelajar berupaya melibatkan diri secara koperatif dan membentuk suasana
persaingan yang sihat.

       Guru yang melaksanakan kaedah pembelajaran koperatif hendaklah sentiasa berwaspada
supaya dapat memastikan bahawa pelajar menerima arahan yang boleh memberikan
perkembangan pelajaran yang lengkap, berpeluang untuk berinteraksi secara aktif di antara satu
sama lain. Komitmen guru amat dituntut dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu,
pendedahan kepada guru yang ingin melaksanakan pembelajaran secara koperatif amat perlu
sebagai panduannya semasa melaksanakannya.

       Persekitaran pembelajaran yang selesa dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan juga
perlu disediakan bagi peningkatan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Kini, kaedah
pembelajaran tidak hanya berkisar dalam bilik darjah sahaja dengan guru hanya menggunakan
buku teks tetapi diperluaskan ke seluruh dunia dengan menggunakan internet dan bahan
multimedia semasa sesi P&P sedang berlangsung. Kaedah pembelajaran koperatif adalah
berkesan dalam meningkatkan tahap pemahaman, kemahiran menyelesaikan masalah dan dapat
menimbulkan keseronokan untuk belajar di samping mengeratkan perhubungan sosial di antara
pelajar dengan guru.

       Terdapat pelbagai cadangan untuk membantu kanak-kanak pintar cerdas ini. Misalnya
dalam pengajaran matematik, pelajar pintar akan lebih berminat untuk mengetahui sejarah atau
asal usul sesuatu konsep matematik itu terjadi. Golongan pelajar pintar cerdas sukar untuk
mencari jawapan bagaimana wujudnya sesuatu konsep matematik itu walaupun mereka dapat
menguasai tajuk itu dengan mudahnya. Di sini, guru harus melakukan perubahan dalam teknik
pengajaran agar pembelajaran mudah diterima oleh pelajar pintar cerdas.
7.0    Penutup

Kaedah pengajaran yang berkesan merupakan tonggak kejayaan seseorang pelajar. Jika pelajar
merasakan kaedah pengajaran yang diterima adalah berkesan maka ini akan secara tidak
langsung mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Penggunaan kaedah dan strategi yang
pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang untuk
membolehkan pelajar terlibat secara aktif dan bergiat sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa
jemu dan bosan.

       Dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat, terdapat
beberapa kaedah dan teknik yang berkesan boleh digunakan oleh guru. Oleh yang demikian
pemilihan terhadap kaedah dan teknik pelulah dilakukan secara teliti supaya kanak-kanak dapat
mengembangkan potensi yang ada pada diri mereka.
Bibliografi

Buku

Noriah Mohd Ishak, Rosadah Abd majid & Siti Fatimah Mohd Yassin (2009). Permatapintar
       negara: pengalaman UKM. Selangor: Pusat PERMATApintar Negara, UKM.
Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim (2001). Pengurusan perkhidmatan personalia murid. Selangor:
      Cerdik Publications Sdn. Bhd.
Rogers, K. (2001). The relationship of grouping practices to the education of the gifted and
       talented learner: researchbased decision making. The National Research Center on the
       Gifted and Talented.
Salhah Abdullah (2009). Kecerdasan pelbagai: aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran.
       Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.


Internet

Sen Fa, N (2005). Rahsia individu pintar cerdas dan masalah mereka pada September 5 2010
       daripada http://www.freewebs.com/truesenfa/bab1.htm.
Intan Sapinas Binti Bahuri (2008). Tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar
       tingkatan dua Maktab Rendah Sains Mara Gerik, Perak pada September 5 2010 daripada
       http://eprints.utm.my/6039/1/FULL_THESIS.pdf.

Margaret DeLacy (1996). Acceleration for gifted students: a background paper created for the
      Portland public school district talented and gifted advisory committee pada September 6
      2010 daripada http://www.tagpdx.org/accelera.htm.

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

170968725 teori-joseph-renzulli
170968725 teori-joseph-renzulli170968725 teori-joseph-renzulli
170968725 teori-joseph-renzullinurul ain
 
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
Kurikulum Standard Prasekolah KebangsaanKurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
Kurikulum Standard Prasekolah KebangsaanNur Syafira
 
Beberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikut
Beberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikutBeberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikut
Beberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikutazimahbtomar
 
Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)
Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)
Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)Adilah Said
 
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanakPRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanakHon Shan Shan
 
Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanak
Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanakTopik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanak
Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanakHarshiny Renu
 
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...Cikgu Nurol
 
Konsep dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan 10
Konsep dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan   10Konsep dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan   10
Konsep dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan 10Laieela De Matematicer
 
Model model program luar negara dan kaitan dengan sistem
Model model program luar negara dan kaitan dengan sistemModel model program luar negara dan kaitan dengan sistem
Model model program luar negara dan kaitan dengan sistemRosnani Abu Bakar
 
Pak3013 (b1) (1)
Pak3013 (b1) (1)Pak3013 (b1) (1)
Pak3013 (b1) (1)Hemah Naidu
 
Definisi main
Definisi mainDefinisi main
Definisi mainJane Oon
 
Taklimat bersama ibubapa prasekolah 2014
Taklimat bersama ibubapa prasekolah 2014Taklimat bersama ibubapa prasekolah 2014
Taklimat bersama ibubapa prasekolah 2014Sarahandi Api Abdullah
 
Perancangan aktiviti pendidikan prasekolah
Perancangan aktiviti pendidikan prasekolahPerancangan aktiviti pendidikan prasekolah
Perancangan aktiviti pendidikan prasekolahawin awin
 
Assg pra 3109 c.rusini sem 5
Assg pra 3109 c.rusini sem 5Assg pra 3109 c.rusini sem 5
Assg pra 3109 c.rusini sem 5Hasmah Hamid
 
Kewajaran usia 4 tahun memasuki alam persekolahan
Kewajaran usia 4 tahun memasuki alam persekolahanKewajaran usia 4 tahun memasuki alam persekolahan
Kewajaran usia 4 tahun memasuki alam persekolahanAinalita Zazni Adnan
 
36760501 teori-dan-model-an-awal-kanak-kank
36760501 teori-dan-model-an-awal-kanak-kank36760501 teori-dan-model-an-awal-kanak-kank
36760501 teori-dan-model-an-awal-kanak-kankRozaidi Yusof
 
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khasUnit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khasMarina Masdar
 

Mais procurados (20)

170968725 teori-joseph-renzulli
170968725 teori-joseph-renzulli170968725 teori-joseph-renzulli
170968725 teori-joseph-renzulli
 
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
Kurikulum Standard Prasekolah KebangsaanKurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
 
Beberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikut
Beberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikutBeberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikut
Beberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikut
 
Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)
Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)
Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)
 
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
Kurikulum Standard Prasekolah KebangsaanKurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
 
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanakPRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
 
Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanak
Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanakTopik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanak
Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanak
 
Kepentingan bermain melalui belajar
Kepentingan bermain melalui belajarKepentingan bermain melalui belajar
Kepentingan bermain melalui belajar
 
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
 
Konsep dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan 10
Konsep dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan   10Konsep dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan   10
Konsep dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan 10
 
Model model program luar negara dan kaitan dengan sistem
Model model program luar negara dan kaitan dengan sistemModel model program luar negara dan kaitan dengan sistem
Model model program luar negara dan kaitan dengan sistem
 
Pak3013 (b1) (1)
Pak3013 (b1) (1)Pak3013 (b1) (1)
Pak3013 (b1) (1)
 
Definisi main
Definisi mainDefinisi main
Definisi main
 
Taklimat bersama ibubapa prasekolah 2014
Taklimat bersama ibubapa prasekolah 2014Taklimat bersama ibubapa prasekolah 2014
Taklimat bersama ibubapa prasekolah 2014
 
Perancangan aktiviti pendidikan prasekolah
Perancangan aktiviti pendidikan prasekolahPerancangan aktiviti pendidikan prasekolah
Perancangan aktiviti pendidikan prasekolah
 
Analisis pelajar
Analisis pelajarAnalisis pelajar
Analisis pelajar
 
Assg pra 3109 c.rusini sem 5
Assg pra 3109 c.rusini sem 5Assg pra 3109 c.rusini sem 5
Assg pra 3109 c.rusini sem 5
 
Kewajaran usia 4 tahun memasuki alam persekolahan
Kewajaran usia 4 tahun memasuki alam persekolahanKewajaran usia 4 tahun memasuki alam persekolahan
Kewajaran usia 4 tahun memasuki alam persekolahan
 
36760501 teori-dan-model-an-awal-kanak-kank
36760501 teori-dan-model-an-awal-kanak-kank36760501 teori-dan-model-an-awal-kanak-kank
36760501 teori-dan-model-an-awal-kanak-kank
 
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khasUnit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
 

Semelhante a Kolaboratif tpk

4807 937-11272-1-10-20170801 (1)
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)4807 937-11272-1-10-20170801 (1)
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)Norabza Abdullah
 
2064597 Corak Dan Gaya Pembelajarankajian Tindakan
2064597 Corak Dan Gaya Pembelajarankajian Tindakan2064597 Corak Dan Gaya Pembelajarankajian Tindakan
2064597 Corak Dan Gaya Pembelajarankajian Tindakanguest410d715
 
Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 3 SK.pdf
Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 3 SK.pdfModul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 3 SK.pdf
Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 3 SK.pdfHALIZAHBINTIRAMTHANM1
 
Mtm2203 laporan
Mtm2203 laporanMtm2203 laporan
Mtm2203 laporanSH Loh
 
Asuhan kanak kanak
Asuhan kanak kanakAsuhan kanak kanak
Asuhan kanak kanakD'ba Rosle
 
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdftoaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdfMUHAMADAIZATBINMDYUS
 
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjkt
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjktModul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjkt
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjktVijaen Cool
 
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sk (1)
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sk (1)Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sk (1)
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sk (1)Hemah Naidu
 
KSSR SK: MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS TAHUN 3
KSSR SK: MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS TAHUN 3KSSR SK: MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS TAHUN 3
KSSR SK: MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS TAHUN 3Rosell Roseliana Rusli
 
Guru sebagai agen perubahan atau tradisi
Guru sebagai agen perubahan atau tradisiGuru sebagai agen perubahan atau tradisi
Guru sebagai agen perubahan atau tradisirosieca
 
KUMPULAN !0 jpk.rph.doc
KUMPULAN !0 jpk.rph.docKUMPULAN !0 jpk.rph.doc
KUMPULAN !0 jpk.rph.docwanhafshah
 
KONSEP PROGRAM PEMULIHAN
KONSEP PROGRAM PEMULIHANKONSEP PROGRAM PEMULIHAN
KONSEP PROGRAM PEMULIHANNoor Syazwanni
 
Proposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifProposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifammart852
 
Modul kemahiran proses sains thn 4
Modul kemahiran proses sains thn 4Modul kemahiran proses sains thn 4
Modul kemahiran proses sains thn 4Jebat Melayu
 
Modul kemahiran proses sains thn 4
Modul kemahiran proses sains thn 4Modul kemahiran proses sains thn 4
Modul kemahiran proses sains thn 4FREE FILE DOWNLOAD
 

Semelhante a Kolaboratif tpk (20)

4807 937-11272-1-10-20170801 (1)
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)4807 937-11272-1-10-20170801 (1)
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)
 
2064597 Corak Dan Gaya Pembelajarankajian Tindakan
2064597 Corak Dan Gaya Pembelajarankajian Tindakan2064597 Corak Dan Gaya Pembelajarankajian Tindakan
2064597 Corak Dan Gaya Pembelajarankajian Tindakan
 
Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 3 SK.pdf
Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 3 SK.pdfModul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 3 SK.pdf
Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 3 SK.pdf
 
Mtm2203 laporan
Mtm2203 laporanMtm2203 laporan
Mtm2203 laporan
 
11 unit 7
11 unit 711 unit 7
11 unit 7
 
JURNAL SAIN 3
JURNAL SAIN 3JURNAL SAIN 3
JURNAL SAIN 3
 
Asuhan kanak kanak
Asuhan kanak kanakAsuhan kanak kanak
Asuhan kanak kanak
 
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdftoaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
 
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjkt
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjktModul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjkt
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjkt
 
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sk (1)
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sk (1)Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sk (1)
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sk (1)
 
KSSR SK: MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS TAHUN 3
KSSR SK: MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS TAHUN 3KSSR SK: MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS TAHUN 3
KSSR SK: MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS TAHUN 3
 
Modul dst t3
Modul dst t3Modul dst t3
Modul dst t3
 
Guru sebagai agen perubahan atau tradisi
Guru sebagai agen perubahan atau tradisiGuru sebagai agen perubahan atau tradisi
Guru sebagai agen perubahan atau tradisi
 
KUMPULAN !0 jpk.rph.doc
KUMPULAN !0 jpk.rph.docKUMPULAN !0 jpk.rph.doc
KUMPULAN !0 jpk.rph.doc
 
KONSEP PROGRAM PEMULIHAN
KONSEP PROGRAM PEMULIHANKONSEP PROGRAM PEMULIHAN
KONSEP PROGRAM PEMULIHAN
 
Modul 3 3 b (1)
Modul 3 3 b (1)Modul 3 3 b (1)
Modul 3 3 b (1)
 
Modul 3 3 b (1)
Modul 3 3 b (1)Modul 3 3 b (1)
Modul 3 3 b (1)
 
Proposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifProposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatif
 
Modul kemahiran proses sains thn 4
Modul kemahiran proses sains thn 4Modul kemahiran proses sains thn 4
Modul kemahiran proses sains thn 4
 
Modul kemahiran proses sains thn 4
Modul kemahiran proses sains thn 4Modul kemahiran proses sains thn 4
Modul kemahiran proses sains thn 4
 

Kolaboratif tpk

  • 1. KBC 3023 PERKEMBANGAN FIZIKAL, SOSIAL DAN EMOSI KANAK-KANAK PINTAR CERDAS TAJUK: STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK PINTAR CERDAS DAN BERBAKAT NAMA NO. MATRIK NURUL ASYIKIN BINTI ABU BAKAR D20091034743 MASAZIATIE BINTI AZIZ D20091034757 KUMPULAN :A PENSYARAH : DR. MD. NASIR BIN MASRAN
  • 2. STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK PINTAR CERDAS DAN BERBAKAT 1.0 Pengenalan Definisi pembelajaran secara umumnya, “learning is about how we perceive and understand the world, about making meaning” (Marton & Booth, 1997; dirujuk oleh Fry et al., 2003) dan oleh itu pembelajaran merupakan prinsip abstrak, maklumat fakta, pemerolehan kaedah, teknik dan pendekatan melakukan sesuatu, idea, perlakuan yang bersesuaian bagi situasi tertentu, mengenali sesuatu, dan penaakulan (reasoning) (Fry et al., 2003). Pembelajaran dikatakan berlaku apabila terdapat perubahan dalam perlakuan pelajar hasil daripada penglibatannya dalam suatu pengalaman pendidikan (Nicholls, 2002). Strategi merujuk kepada kebolehan guru dalam memilih, menyusun dan mengurus sesuatu rancangan dengan tujuan menghasilkan pencapaian yang optimum. Memahami pendekatan dan gaya pembelajaran pelajar dapat membantu para guru ke arah menghasilkan pengajaran berkesan. Kajian tentang kaitan antara pelajar dan tugasan pembelajaran yang diberikan (Morton, 1975; Morton & Saljo, 1984, dalam Fry et al., 2003) mendapati bahawa pendekatan pelajar terhadap tugasan mereka ditentukan oleh tahap penglibatan mereka dalam subjek berkenaan iaitu menjurus kepada pendekatan pembelajaran yang dipilih oleh pelajar. Dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat, guru perlu memainkan peranan yang penting dalam menentukan kaedah dan strategi pengajaran yang efektif untuk memaksimakan pencapaian kanak-kanak mereka. Terdapat pelbagai kaedah yang dapat digunakan antaranya kaedah pecutan, penggayaan, pengelompokan dan pembelajaran koperatif. Oleh itu, setiap pendidik memerlukan pengetahuan dan kemahiran dalam menyampaikan sesuatu isi pelajaran kepada anak didiknya melalui strategi berkesan.
  • 3. 2.0 Kurikulum Pelajar Pintar Cerdas Mulai tahun 1999, satu kurikulum bestari dibentuk dan dilaksanakan secara berperingkat- peringkat. Kurikulum bagi pelajar pintar cerdas adalah sama dengan kurikulum bagi pelajar biasa. Perkara yang membezakan program pelajar pintar cerdas dengan pelajar biasa ialah pengayaan kurikulum atau asas kaedah pengayaan yang merentas kurikulum dan yang berfokus kepada bidang yang diminati pelajar. Tahap kecerdasan pelajar amat berperanan dalam menentukan keberhasilan pembelajaran seseorang itu. Di dalam kelas mungkin terdapat satu atau dua orang pelajar yang tergolong dalam kategori pelajar pintar atau pintar cerdas dan ada juga golongan pelajar yang tergolong dalam kategori lemah. Dalam keadaan begini, pelajar yang cerdas akan merasa mereka tidak diberi perhatian yang sewajarnya kerana guru mengajar pelajaran yang senang bagi mereka. Manakala pelajar lemah pula akan merasa tertekan kerana sukar memahami apa yang diajar. Akibatnya, kedua-dua golongan ini akan merasa bosan. Guru perlu peka dalam menangani masalah pelajar seperti ini sama ada berusaha memberi pengayaan kepada pelajar pintar cerdas atau pemulihan kepada pelajar lemah. 2.1 Ciri dan Keperluan Kanak-Kanak Pintar Sally (2007) menyenaraikan tiga kaedah mengajar pelajar-pelajar pintar iaitu yang pertama menyediakan bahan-bahan kandungan pengajaran yang sesuai dan memberi tugasan yang mencabar, yang kedua memulakan unit pelajaran dengan memilih konsep dalam kurikulum atau disiplin teras, mengenal pasti satu atau lebih generalisasi yang sesuai, dan mereka bentuk tingkat pelajaran yang berkaitan dengan generalisasi tersebut. Tingkat pelajaran adalah strategi pelajaran di mana guru-guru mentaksir tahap kesediaan minat, pengetahuan sedia ada dan tahap kemahiran pelajar-pelajar dan mengumpulkan mereka mengikut pengajaran dan penghasilan yang sewajarnya. Keperluan yang ketiga pula ialah, bagi pelajaran atau unit yang diberi, guru boleh merancang dari tiga hingga enam latihan yang berlainan yang memfokuskan kepada konsep dan generalisasi yang sama tetapi menggunakan bahan-bahan dan aktiviti-aktiviti pelajaran yang aras
  • 4. kesukaran yang meningkat dan semakin kompleks. Disebabkan tahap kesediaan pelajar akan berbeza bagi setiap topik, kumpulan pelajar dalam kelas akan berbeza bergantung pada perubahan kurikulum. Tingkat pelajaran menyesuaikan semua pelajar dengan tahap kesediaan individu dan tahap kandungan, dan menyediakan peluang kepada pelajar untuk mencabar diri mereka sendiri. Kanak-kanak pintar cerdas memerlukan pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk pengayaan, pecutan atau lebih terkehadapan berbanding pelajar biasa. Guru kelas perlu mengetahui apakah keupayaan pelajar pintar cerdas mengenalpasti bentuk kecerdasannya berdasarkan kepintarannya. Tugasan seperti salin-menyalin, menghafal fakta dan latih tubi tidak akan dapat memenuhi keperluan pelajar pintar cerdas sebaliknya ia hanya akan melatih kemahiran motor halus mereka sahaja. Mereka memerlukan cabaran dari segi kualiti bukannya kuantiti. Kenal pasti keupayaan kecerdasan pelajar sama ada dari segi akademik, seni ataupun kecerdasan dari segi lapangan lain seperti pengubahsuaian dari segi isi kandungan pelajaran, kemahiran dan hasil pembelajaran yang diharapkan. Ini semua sukar untuk didapati dalam konteks bilik darjah aliran perdana yang mana tidak semua kanak-kanak mempunyai keupayaan untuk belajar secara pantas dan memahami konsep-konsep yang kompleks. Kanak-kanak yang lebih pintar perlu diberikan peluang untuk mendapat kurikulum yang lebih laju mengikut tahap keupayaan mereka berbanding rakan-rakan yang kurang pintar. Pembelajaran kanak-kanak pintar cerdas perlu mengandungi aktiviti-aktiviti yang lebih mencabar dan lebih ke hadapan. 3.0 Kaedah Pecutan Kaedah pecutan juga boleh dikenali sebagai acceleration atau memendekkan masa belajar. Kaedah ini merupakan suatu kaedah di mana kanak-kanak diberi bahan dan tugasan yang kebiasaanya diesediakan kepada kanak-kanak gred yang lebih tinggi. Kaedah pecutan ini melibatkan penggunaan kurikulum sekolah yang sedia ada walaupun terdapat penggunaan bahan tambahan dalam pembelajaran. Program pecutan lebih berkesan sekiranya sekolah mempunyai kurikulum yang ditetapkan dan penglibatan sekolah berterusan.
  • 5. 3.1 Jenis Kaedah Pecutan Kaedah pecutan melibatkan kanak-kanak pintar cerdas akedemik akan belajar dengan lebih banyak dan kehadapan melalui sistem sekolah daripada pelajar lain. Ini bermakna kurikulum penyesuaian (adapting curriculum) kepada kanak-kanak dinilai daripada penguasaan dan bukannya menggunakan kurikulum yang seragam yang digunakan oleh semua kanak-kanak di peringkat yang sama. Ini bermaksud, kanak-kanak yang menguasai tahap mata pelajaran yang lebih tinggi akan menerima kredit akademik berdasarkan tahap penguasaan mereka dan bukannya pencapaian dalam kurikulum tahap darjah atau tingkatan di sekolah. Kaedah ini dapat dicapai dalam beberapa langkah yang berbeza merangkumi mula bersekolah fasa awal umur dan kelas lompat (grade skipping atau double promotion). Seterusnya ialah kelas tidak bergred di mana kanak-kanak pelbagai umur dikumpulkan bersama dan kurikulum yang digunakan adalah berdasarkan penguasaan individu dan bukan diambil kira berdasarkan umur kanak-kanak. Selain itu, cara menyesuaikan kurikulum di mana bahan atau topik yang telah dikuasai kanak-kanak dilangkau dan diteruskan dengan bahan atau topik yang lain. Grade telescoping pula memerlukan kanak-kanak menyelesaikan sesuatu program dalam masa yang singkat yang sepatutnya memerlukan masa beberapa tahun. Pecutan subjek (acceleration subject) pula menawarkan kanak-kanak yang menguasai sesuatu subjek tertentu. Dalam subjek lain, mereka akan ditempatkan sama dengan rakan sekelas mereka. Perubahan dalam sukatan pelajaran membolehkan pelajar pintar cerdas ini menyiapkan program pendidikan biasa dalam masa yang singkat. Namun, kaedah ini memerlukan pendidikan lanjutan yang baik agar kanak-kanak pintar ini dapat mengisi masa dengan produktif. 3.2 Kesan Kaedah Pecutan Terhadap Akademik Banyak keterangan yang menyatakan bahawa manfaat terhadap akademik daripada kaedah pecutan. Kemampuan pengelompokan dengan sendirinya telah dijumpai untuk menghasilkan manfaat yang terhad bagi kanak-kanak berbakat kecuali disertai dengan kurikulum yang diperkaya atau dipercepat.
  • 6. Karen Rogers pada tahun 1991 dan Kulik pada tahun 1992 mendapati bahawa manfaat dari kaedah pecutan bagi kanak-kanak tersebut secara keseluruhannya lebih besar daripada pengayaan: apabila kanak-kanak berkebolehan diletakkan dalam kumpulan dan diberikan kurikulum standard, mereka mengungguli kawalan bersamaan dengan satu bulan; dengan arahan yang diubahsuai mereka mengungguli rakan-rakan mereka tiga atau lebih bulan, ketika mereka yang ditawarkan kurikulum yang diperkaya mereka melebihi rakan sebaya di kelas campuran empat hingga lima bulan, dan ketika mereka menawarkan kurikulum yang dipercepat (pecutan), meraka mengungguli rakan-rakan mereka hampir setahun. 4.0 Kaedah Pengayaan Kementerian Pendidikan Malaysia (1988) mendefinisikan program pengayaan sebagai aktiviti asas pembelajaran yang mengandungi unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari. Kaedah ini juga merupakan satu kaedah yang baik bagi memenuhi keperluan murid pintar cerdas ini dan didasarkan mengikut kemampuan dan kekuatan mental seseorang pelajar itu. Ia memberi peluang murid mendalami dan meluaskan pengetahuan dan pengalaman mereka dalam sesuatu tajuk yang diberi. Melalui aktiviti ini, pelajar akan mendapat peluang tambahan untuk mengembangkan lagi minat, sifat ingin tahu dan kebolehan yang ada pada diri mereka. Renzulli (1997) berpendapat guru sepatutnya melatih pelajar untuk mencari dan menggunakan maklumat dengan memberikan kemahiran dalam kaedah penyelidikan. Antara program yang sering dirujuk ialah program pengayaan Renzulli’s Schoolwide Enrichment Model atau SEM yang sudah dilaksanakan di Maktab Rendah Sains mara (MRSM). Model ini direka bagi menggalakkan pelajar didedahkan kepada pelbagai bidang melalui aktiviti seperti ceramah, lawatan, pembacaan, penerokaan melalui internet dan aktiviti lain. Pengalaman yang dikutip mampu membantu pelajar untuk mengenalpasti bidang dan minat bagi menjalankan penyelidikan dan guru bertindak sebagai mentor. SEM ini bermula dari Aktiviti Jenis I, Jenis II dan Jenis III. Aktiviti Jenis I mendedahkan pelajar kepada dunia luar dan pelajaran yang tidak diajar di dalam kelas formal. Pengalaman dan penemuan yang diperolehi dapat membantu pelajar mengenalpasti minat dan bidang untuk diteroka dan diselidik seterusnya. Aktiviti Jenis II bertujuan untuk memberikan pelajar
  • 7. kemahiran-kemahiran asas bagi mengembangkan minat mereka. Antara kemahiran yang diberikan ialah Kursus Kemahiran Berfikir yang memberikan pendedahan dan latihan kepada pelajar untuk berfikir secara meluas, kreatif, analisis, inovatif, kritis dan bentuk pemikiran yang lain lagi. Aktiviti Jenis III pula merupakan gerak kerja pelajar sama ada menjalankan penyelidikan, mereka cipta atau aktiviti-aktiviti yang mencabar kepada mereka. Guru haruslah sentiasa mengawal perjalanan kumpulan masing-masing. Terdapat dua bentuk pengayaan iaitu pengayaan yang mendalam dan pengayaan yang meluas. Pengayaan yang mendalam bermaksud membuka peluang untuk pelajar belajar dengan lebih mendalam berkaitan bidang yang menjadi sebahagian kurikulum biasa di sekolah. Manakala pengayaan yang meluas ialah para pelajar akan dibimbing untuk mempelajari sesuatu bidang yang di luar daripada aktiviti kurikulum biasa iaitu bidang yang tidak ada di dalam silibus pelajaran mereka. Kaedah pengayaan adalah kaedah pendekatan pendidikan yang didasarkan mengikut kemampuan dan kekuatan mental seseorang pelajar itu. Ini merupakan satu pendekatan alternatif bagi model pendidikan luar biasa. Pendekatan ini melibatkan tugasan bagi mengetahui sejauh mana kebolehan pelajar dan menggunakan maklumat tersebut sebagai titik tolak dalam mencipta lingkungan belajar. Implikasi daripada program pengayaan ini antaranya ialah objektif bagi setiap mata pelajaran dapat dicapai di samping menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan bermakna. Kaedah ini juga dapat mengelakkan pelajar dari kebosanan. Penguasaan ilmu yang lebih luas juga turut berlaku kerana pelbagai maklumat dapat disampaikan. Bagi memantapkan program pengayaan, guru boleh menerapkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar menerusi aktiviti seperti slot ceramah dan tazkirah supaya pelajar mempunyai nilai- nilai semangat kewarganegaraan yang berlandaskan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Selain itu, semua pihak perlu melibatkan diri dalam membangunkan sistem pengurusan kolaborasi di antara ibu bapa, guru, pihak sekolah dan pelajar. Ini penting supaya semua pihak merasa bahawa diri mereka dihargai selain dapat membantu merancang aktiviti yang bersesuaian.
  • 8. 4.1 Konsep dan Aktiviti Pengayaan Kaedah ini merujuk kepada penyediaan pengalaman belajar yang berbeza oleh guru dalam kelas. Konsep pengayaan ialah satu proses di mana aktiviti-aktiviti tambahan yang mempunyai aras kesukaran yang lebih tinggi daripada aras aktiviti-aktiviti pembelajaran yang dijalankan di dalam bilik darjah. Hal ini bertujuan dalam memperkembangkan kemahiran-kemahiran yang sedia ada pada kanak-kanak, meluaskan pengetahuan dan pengalaman mereka, memberi ruang untuk mengembangkan lagi daya kreatif, minat, sifat ingin tahu, sikap berdikari dan bakat kepimpinan murid-murid dalam pelbagai bidang serta memperkembangkan potensi murid kepada tahap yang paling maksimum. Aktiviti pengayaan dijalankan dengan keperluan kognitif kanak-kanak sama ada bercorak belajar kendiri berdasarkan modul dan pembelajaran arah kendiri atau berbentuk lembaran kerja atau projek. Aktivitinya pula dijalankan secara tidak formal dan tidak dimasukkan dalam jadual waktu tetap sekolah Bimbingan guru adalah pada tahap minima kerana aktiviti pengayaan bercorak belajar kendiri. Hasil aktiviti dibincangkan dengan guru atau rakan sebaya, kemudian guru akan memberi ganjaran supaya murid-murid merasai yang semua usaha mereka dihargai Kaedah pengayaan mengisi masa kanak-kanak yang belajar lebih cepat dengan menawarkan bahan atau kegiatan yang tidak membolehkan kemajuan cepat melalui kurikulum yang ditetapkan. Kaedah pengayaan mungkin termasuk kanak-kanak diperkenalkan ke bidang lain atau aktiviti lain seperti seni, muzik, menulis jurnal, kelab atau kunjungan lapangan atau diberikan tanggungjawab seperti pembantu guru di dalam kelas. Sebagai contoh pengayaan program matematik untuk kanak-kanak berumur lapan tahun. Kanak-kanak tersebut tidak diperkenalkan dengan kurikulum untuk umur yang lebih tinggi tetapi kanak-kanak tersebut diberikan soalan yang lebih kompleks yang memerlukan kemahiran kanak- kanak tersebut. Selain itu, aktiviti pengayaan dapat dijalankan dengan melibatkan aktiviti yang tidak disediakan dalam bilik darjah seperti permainan catur, sudoku dan sebagainya. Kaedah ini mengambil kira bahawa kanak-kanak yang pintar cerdas adalah cepat dalam menyiapkan latihan, kerja atau aktiviti yang diberikan kepada mereka. Konsep ini dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas pembelajaran yang dijalankan di dalam atau di luar bilik darjah.
  • 9. Aktiviti ini mengandungi unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari oleh kanak-kanak. Aktiviti pengayaan juga dapat membuka peluang kepada mereka untuk mengembangkan minat, daya kreativiti, sifat ingin tahu, bakat kepimpinan serta dapat melibatkan diri dalam membuat keputusan untuk diri, kumpulan dan juga masyarakat. Tujuan bagi kaedah pengayaan adalah untuk membolehkan kanak-kanak menjalani aktiviti yang lebih mencabar kebolehan mereka serta menambahkan minat dan pengalaman yang dapat membantu mereka ke arah perkembangan diri dan bakat mereka. Aktiviti ini juga dapat menambahkan minat mereka untuk belajar sendiri dan mempunyai sifat berdikari bagi membolehkan mereka meneruskan pembelajaran seumur hidup serta melahirkan daya kreativiti. 5.0 Kaedah Pengelompokan Pengkelompokan merujuk kepada penempatan kanak-kanak yang mempunyai kebolehan yang hampir sama dalam suatu kelas yang khusus. Sebuah tinjauan kajian utama daripada kumpulan praktis oleh Karen Rogers pada tahun 1991 mendapati bahawa, pengelompokan sepenuh masa (tracking) arahan rutin tidak memberi sebarang perbezaan dalam kemampuan pencapaian akademik bagi pelajar biasa, tetapi pengelompokan ini memberi perbezaan besar dalam pencapaian akademik pelajar yang berbakat. Rogers juga mendapati bahawa kemampuan pengelompokan untuk pengayaan dan bentuk lain dari kemampuan pengelompokan, seperti pengelompokan di dalam kelas juga memberi manfaat kepada pelajar berbakat. Pengelompokan untuk pecutan menghasilkan manfaat yang besar jika ianya dijalankan dalam kelas tidak bergred, pemadatan kurikulum (curriculum compacting), grade telescoping (menghabiskan sekolah menengah lebih awal), pecutan subjek atau mata pelajaran dan kemasukkan ke peringkat lebih tinggi (kolej atau universiti) pada usia lebih muda. Kaedah pecutan tidak memberi kesan langsung terhadap harga diri (self-esteem) mereka. Kaedah pecutan bukan hanya mampu untuk mendapatkan keputusan akademik yang menakjubkan, tetapi juga mampu untuk menyelesaikan masalah lain. Hal ini kerana kanak-kanak yang dikumpulkan bersama akan lebih dekat antara rakan-rakan sekelas mereka yang mempunyai kemampuan, minat dan tahap yang sama.
  • 10. Kajian telah membuktikan keberkesanan kaedah pengelompokan yang membolehkan kanak-kanak yang mempunyai tahap yang sama dan dikumpulkan bersama untuk mendapatkan pembelajaran yang lebih mencabar. Kaedah pengelompokan merangkumi pengelompokan sepenuh masa, pengelompkan kluster, pengelompkan dalam kelas, pengelompkan silang kelas (cross-class/grade grouping) dan pull-out grouping. Kajian menunjukkan pencapaian akademik yang signifikan dicapai oleh kanak-kanak pintar cerdas yang menjalankan kaedah pengelompokan dalam kumpulan yang mempunyai minat dan kemampuan yang sama. Selain itu, pengelompokan juga mempunyai kesan positif terhadap motivasi dan sikap terhadap pembelajaran, serta membantu kanak-kanak berbakat untuk mengembangkan persepsi diri yang lebih realistik. Kajian mendapati bahawa jika strategi ini digunakan secara fleksibel, ianya dapat memberi cabaran dalam pembelajaran kanak-kanak dan memberi banyak kesan positif kepada mereka. 6.0 Kaedah Koperatif Layanan di antara pelajar pintar cerdas dan pelajar biasa tidak boleh kelihatan terlalu ketara agar pelajar pintar tidak merasa disisihkan oleh guru atau kawan-kawan. Bagi memastikan pelajar pintar cerdas ini tidak diasingkan oleh kawan-kawan, guru boleh menggunakan kaedah pembelajaran koperatif. Pembelajaran koperatif adalah satu strategi pengajaran umum yang boleh dilaksanakan dalam kumpulan belajar yang kecil di mana pelajar berinteraksi sesama sendiri bagi menyelesaikan tugasan untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Ianya melibatkan perkongsian pembelajaran atau dapatan di antara ahli-ahli dalam kumpulannya. Jenis pembelajaran koperatif ada enam jenis iaitu yang pertama kaedah jigsaw. Setiap ahli kumpulan menyumbangkan sekeping jigsaw dengan berkongsi maklumat yang mereka perolehi. Idea dari aktiviti jigsaw ialah seorang akan menjadi ketua dalam bab tertentu dan seterusnya membantu ahli kumpulan memahaminya. Jenis yang kedua pula ialah belajar bersama iaitu semua ahli kumpulan berusaha keras untuk menyelesaikan tugasan yang diberi. Seterusnya ialah Team Games Tournament yang dicipta oleh Robert Slavin. Ia berkonsepkan putaran biasa seperti dalam pengajaran, guru menyampaikan pelajaran yang berkaitan dan pelajar cuba untuk menyelesaikan lembaran kerja untuk menguasai konsep. Selepas itu pelajar akan bersaing dalam satu pertandingan yang diwakili oleh pelajar yang berkebolehan akademik yang hampir sama.
  • 11. Jenis pembelajaran koperatif yang keempat ialah Student Team Achievement Division atau dikenali juga sebagai STAD. Ia diilhamkan oleh Hopkins. Menerusi kaedah ini,guru mengikut satu pusingan mengajar, kumpulan pembelajaran dan juga penilaian secara individu. Seterusnya ialah Team Accelerated Instruction Mathematics iaitu pendekatan secara menyeluruh dalam bidang matematik. Menerusi jenis pembelajaran ini, murid ditentukan berdasarkan kumpulan heterogenius iaitu mereka yang mempunyai latar belakang yang berbeza. Selain itu, penyiasatan secara berkelompok antara kaedah koperatif yang membolehkan pelajar merancang satu kursus pembelajaran. Pembelajaran koperatif boleh disesuaikan dengan sebarang kumpulan umur dan sebarang matapelajaran. Ianya merupakan satu pendekatan yang baik dan perlu digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang sihat dan bersemangat di kalangan pelajar-pelajar di samping mempertingkatkan lagi mutu prestasi pelajar dalam peperiksaan. Ia sesuai digunakan apabila populasi mempunyai sifat yang hampir seragam. Pembelajaran koperatif memerlukan interaksi dua hala yang baik. Pelajar ditempatkan di dalam kumpulan yang kecil, iaitu seramai empat ke enam orang sahaja dan dikendalikan oleh guru yang telah dilatih dalam bidang pintar cerdas. Jika terdapat lebih dari enam orang pelajar yang cerdas, kumpulan boleh dibesarkan atau dua kumpulan dibentuk. Bagi pemilihan pelajar yang ingin ditempatkan dalam kumpulan koperatif, kriteria yang paling penting ialah pelajar itu harus menunjukkan pencapaian yang melebihi tahap umurnya. Di dalam amalan pembelajaran koperatif, guru yang cekap dan berwibawa dapat mencorakkan pengajarannya dengan baik. Secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan pelajar, menjadikan pembelajaran menarik dan disukai pelajar, menghidupkan semangat dan sentiasa memberi rangsangan kepada pelajar-pelajarnya untuk berusaha dan bercita-cita tinggi. Secara umumnya guru akan sentiasa mempelbagaikan corak pengajarannya semasa pembelajaran koperatif dilaksanakan yang bertujuan untuk menjadikan sesuatu pembelajaran menarik dan disukai pelajar. Ianya akan menghidupkan semangat dan sentiasa memberi rangsangan kepada pelajar-pelajarnya untuk terus mencapai kejayaan. Ini bermakna pembelajaran koperatif wajar digunakan sebagai satu strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam pembelajaran bagi meningkatkan pencapaian pelajar. Guru yang ingin melaksanakan
  • 12. strategi pembelajaran jenis ini perlu membuat perancangan pengajaran yang rapi dan teliti supaya waktu pengajaran mencukupi. Selain itu juga, agihan tugas yang sesuai diberikan kepada pelajar supaya pelajar berupaya melibatkan diri secara koperatif dan membentuk suasana persaingan yang sihat. Guru yang melaksanakan kaedah pembelajaran koperatif hendaklah sentiasa berwaspada supaya dapat memastikan bahawa pelajar menerima arahan yang boleh memberikan perkembangan pelajaran yang lengkap, berpeluang untuk berinteraksi secara aktif di antara satu sama lain. Komitmen guru amat dituntut dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, pendedahan kepada guru yang ingin melaksanakan pembelajaran secara koperatif amat perlu sebagai panduannya semasa melaksanakannya. Persekitaran pembelajaran yang selesa dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan juga perlu disediakan bagi peningkatan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Kini, kaedah pembelajaran tidak hanya berkisar dalam bilik darjah sahaja dengan guru hanya menggunakan buku teks tetapi diperluaskan ke seluruh dunia dengan menggunakan internet dan bahan multimedia semasa sesi P&P sedang berlangsung. Kaedah pembelajaran koperatif adalah berkesan dalam meningkatkan tahap pemahaman, kemahiran menyelesaikan masalah dan dapat menimbulkan keseronokan untuk belajar di samping mengeratkan perhubungan sosial di antara pelajar dengan guru. Terdapat pelbagai cadangan untuk membantu kanak-kanak pintar cerdas ini. Misalnya dalam pengajaran matematik, pelajar pintar akan lebih berminat untuk mengetahui sejarah atau asal usul sesuatu konsep matematik itu terjadi. Golongan pelajar pintar cerdas sukar untuk mencari jawapan bagaimana wujudnya sesuatu konsep matematik itu walaupun mereka dapat menguasai tajuk itu dengan mudahnya. Di sini, guru harus melakukan perubahan dalam teknik pengajaran agar pembelajaran mudah diterima oleh pelajar pintar cerdas.
  • 13. 7.0 Penutup Kaedah pengajaran yang berkesan merupakan tonggak kejayaan seseorang pelajar. Jika pelajar merasakan kaedah pengajaran yang diterima adalah berkesan maka ini akan secara tidak langsung mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Penggunaan kaedah dan strategi yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan pelajar terlibat secara aktif dan bergiat sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan. Dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat, terdapat beberapa kaedah dan teknik yang berkesan boleh digunakan oleh guru. Oleh yang demikian pemilihan terhadap kaedah dan teknik pelulah dilakukan secara teliti supaya kanak-kanak dapat mengembangkan potensi yang ada pada diri mereka.
  • 14. Bibliografi Buku Noriah Mohd Ishak, Rosadah Abd majid & Siti Fatimah Mohd Yassin (2009). Permatapintar negara: pengalaman UKM. Selangor: Pusat PERMATApintar Negara, UKM. Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim (2001). Pengurusan perkhidmatan personalia murid. Selangor: Cerdik Publications Sdn. Bhd. Rogers, K. (2001). The relationship of grouping practices to the education of the gifted and talented learner: researchbased decision making. The National Research Center on the Gifted and Talented. Salhah Abdullah (2009). Kecerdasan pelbagai: aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Internet Sen Fa, N (2005). Rahsia individu pintar cerdas dan masalah mereka pada September 5 2010 daripada http://www.freewebs.com/truesenfa/bab1.htm. Intan Sapinas Binti Bahuri (2008). Tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar tingkatan dua Maktab Rendah Sains Mara Gerik, Perak pada September 5 2010 daripada http://eprints.utm.my/6039/1/FULL_THESIS.pdf. Margaret DeLacy (1996). Acceleration for gifted students: a background paper created for the Portland public school district talented and gifted advisory committee pada September 6 2010 daripada http://www.tagpdx.org/accelera.htm.