Masyarakat Iban di Sarawak memiliki adat istiadat yang khas. Mereka tinggal di rumah panjang di bawah pimpinan tuai rumah, bermata pencaharian seperti bercucuk tanam dan berburu, dan merayakan hari raya seperti Gawai Dayak. Pakaian tradisional mereka memiliki hiasan yang indah, dan upacara seperti perkahwinan dan kematian diiringi berbagai ritual penting.
1. Adat Resam Masyarakat Iban
Pensyarah: Puan Sharifah Binti Said
Disediakan oleh:
Nurhidayah Binti Mohd Azman
Safiah Atikhah Binti Alang Ahmed
Siti Aishah Binti Mutazah
2. PENGENALAN
• Masyarakat Iban merupakan masyarakat
peribumi terbanyak di Sarawak.
• Masyarakat Iban juga dikenali sebagai
dayak laut atau Sea Dayak yang
mendiami semua kawasan di Sarawak.
• Dianggap sebagai masyarakat Pemotong
Kepala berikutan pada zaman dahulu
Iban terkenal dengan amalan ngayau
atau memotong kepala.(Chemaline
Usop,2006:1).
• Selalu berpindah randah atau bergerak
dari satu tempat ke satu tempat untuk
mencari makanan dan kehidupan baru.
3. CARA HIDUP
• Hidup dalam satu rumah panjang.
• Struktur organisasi dalam rumah
panjang itu diterajui oleh Tuai
Rumah kemudian beberapa orang
yang akan membantu beliau dalam
mengendalikan hal-hal pentadbiran
dalam rumahnya.
• Tuai Rumah akan berperanan dalam
undang-undang rumah panjang dan
juga mengendalikan adat-adat
dalam rumah panjang tersebut.
4.
5. EKONOMI
• Bercuuck tanam sayur-sayuran dan lada, membura,
menangkap ikan.
• Menanam padi-Tanaman padi ini akan diusahakan
setiap setahun sekali iaitu selepas penghujung bulan
Jun atau bulan 1 bagi masyarakat Iban, yang
menganggap bulan Jun sebagai bulan permulaan dalam
takwim mereka. Padi akan selesai dituai pada bulan
Februari.
• Pada 1 haribulan Jun, sambutan Hari Gawai Dayak akan
diadakan sebagai meraikan semangat padi yang telah
memberikan rezeki kepada mereka.
7. PAKAIAN: LELAKI
• Dikenali juga sebagai ngepan iban.
• Terkenal dengan tatu (pantang)-
menggambarkan seni masyarakat iban
yang unik
• Ukiran-ukiran yang sering diukir pada
badan mereka ialah seperti ukiran
bungai terong, binatang-binatang
buas,dan sebagainya.
• Pada zaman dahulu, lelaki juga
memakai kain sirat- sehelai kain yang
berukuran 50m X 500 cm, bahagian
hujung kain ini dihiasi dengan sulaman
atau tenunan yang indah. Manik dan
kulit siput juga kadang-kadang dijadikan
sebagai hiasan itu.
8. • Pakaian lelaki yang dijadikan sebagai baju pula
dikenali sebagai baju burung. Baju burung adalah
merupakan sejenis kain tenunan yang
mempunyai corak yang bermotifkan burung dan
coraknya sangat cantik.
• Baju burung masih lagi dipakai sehingga zaman
sekarang tetapi pemakaiannya hanyalah pada
hari-hari tertentu sahaja seperti musim perayaan,
majlis dan keramaian dan juga menyambut
tetamu atau pengabang.
PAKAIAN: LELAKI
9.
10. PAKAIAN: WANITA
- Pakaian wanita Iban dapat dilihat daripada bahagian kepala sehinggalah ke
bahagian kaki.
- Bahagian kepala akan dihiasi dengan sugu tinggi, yang merupakan hiasan yang
diperbuat daripada logam timah dan kelihatan cantik apabila wanita Iban
menggunakannya.
- Bahagian bahu pula akan dihiasi dengan marik empang,yang diperbuat daripada
manik-manik yang disusun mengikut corak.
- Bahagian pinggang pula akan dililit dengan ngepan yang diperbuat daripada timah
dan kelihatannya seperti syiling yang disusun berjuntai-juntai. Kaki juga
mempunyai perhiasan yang cantik dan setiap gelang kaki akan diletakkan gerunung
yang mengeluarkan bunyi-bunyian yang menarik perhatian sesiapa yang
mendengarnya.
- Pakaian dijadikan baju dinamakan selayah(bedong) yang merupakan sejenis kain
tenunan yang sangat panjang dan dilit di bahagian dada.
- Kain sarung pula dipakai separas lutut- ditenun dengan corak jalur yang berwarna-
warni. Malah ada diantaranya juga dihiasi dengan corak bermotif tradisional dan
disongketkan dengan benang emas atau perak di atas kain dasar yang berwarna
merah.
11.
12. PUA KUMBU
• Pua kumbu dikatakan mempunyai kuasa dan dijadikan bahan
penting di dalam upacara-upacara seperti perubatan,gawai dan
seumpamanya.
• Diperbuat daripada benang yang ditenun dengan pelbagai motif
atau corak yang sangat unik dan menarik.
• Pua kumbu digunakan juga dalam majlis perkahwinan dan dijadikan
sebagai mas kahwin.
• Semasa bersanding, pasangan pengantin duduk di bawah
‘sengkuap’ untuk mendapat restu daripada saudara tua. Seringkali
juga pua digunakan sebagai pelamin dan lain-lain kegunaan selain
digunakan sebagai pakaian.
• Namun pada masa sekarang, penggunaan pua kumbu ini adalah
sebagai hiasan dan merupakan hasil tangan yang sangat unik bagi
masyarakat Iban.
14. PANTANG LARANG: MENGANDUNG
• Tidak boleh menggali parit di kawasan padi
atau di mana-mana sahaja, tidak boleh
menyiang daging, membunuh binatang dan
juga tidak boleh menanam pokok pisang.
• Semua pantang larang ini mesti diamalkan
untuk menjamin kesempurnaan fizikal bayi
yang akan lahir dan juga menghalang kuasa-
kuasa ghaib yang tidak diingini daripada
mengganggu bayi tersebut.
15. PANTANG LARANG: KELAHIRAN BAYI
• Tempoh berpantang: 30 hari selepas melahirkan anak dan makanan akan dicampurkan dengan halia
supaya dapat memanaskan badan.
• Selepas bersalin, wanita kaum Iban akan menjalani satu amalan iaitu berdiang (selama 40 hari) , di
mana si ibu perlu dekat dengan unggun api. Kayu yang dijadikan unggun api pula ialah kayu malam,
langsat, dan sebagainya yang boleh menyembuhkan penyakit ibu yang baru lepas bersalin.
• Adat menanggalkan pusat bayi.
• Adat melihat matahari atau merasa garam dijalankan apabila bayi sudah tanggal pusat iaitu ketika
bayi berusia empat hari. Bayi itu akan dibawa ke tanju atau ke anjung untuk melihat matahari dan
diberi air garam.
• Selepas itu disusuli dengan pemberian nama kepada bayi yang baru lahir. Bayi yang baru lahir itu,
diberikan nama sempena nama nenek moyang mereka. Tujuannya adalah agar anak yang baru lahir
itu mewarisi jasa dan sumbangan datuk dan neneknya yang telah tiada.
• Selepas itu pula disusuli oleh adat mandi sungai. Adat ini dijalankan pada usia bayi berumur satu
bulan dan untuk membiasakan bayi dengan sungai. Bayi itu akan dipakaikan dengan kain pua
belantan dan diiringi dengan doa dan mantera meminta supaya bayi itu menjadi seorang yang
sempurna.
• Sebaik sahaja mantera dibaca,dua orang lelaki akan menetak air dan ayam disembelih; bayi lelaki:
sayap ayam akan diikat dengan benang merah yang digantung pada galah berayang. bayi
perempuan :benang tersebut digantung pada galah laletan.
• Selepas itu bayi dimandikan dan gendang akan dipalu untuk selepas itu jamuan ringan akan
diadakan.
16. ADAT PERKAHWINAN
1. Merisik
• Dikenali sebagai berbunga-bunga atau berjarum-jarum.
2. Bertunang
3. Berkahwin (melah pinang)
• Majlis perkahwinan dimulakan oleh pihak lelaki.
• Pengantin lelaki memakai pakaian tradisional Iban dan
disediakan tempat duduk. Paluan gong akan mengiringi
rombongan dan perarakan tersebut. Sebaik sahaja sampai
di rumah pengantin perempuan, akan dilepaskan satu
tembakan sebagai tanda tetamu sudah tiba. Penduduk di
rumah panjang pengantin perempuan akan bersiap sedia
untuk menyambut kedatangan rombongan pengantin
lelaki. Rombongan pengantin perempuan akan turun ke
sungai untuk mandi bersama-sama dengan pengantin
lelaki sebagai tanda permulaan silaturahim antara
pengantin rombongan pengantin lelaki dan pengantin
perempuan.
17. • Semasa perkahwinan itu hendak bermula, mereka akan mengadakan
perbincangan di ruai dan air tuak dihidangkan sekali lagi sebagai air peransang
kepada tetamu. Setelah mengetahui hubungan kekeluargaan,pengantin
perempuan akan meminta berian. Tetapi nilainya adalah mengikut yang telah
ditetapkan oleh masyarakat di situ sendiri. Pihak pengantin perempuan pula akan
meminta bayaran “pemecah tangga”iaitu sebilah beliung, bayaran “pembuka
pintu” iaitu sebatang lembing, bayaran “pembuka kelambu” iaitu sebilah pedang
dan bayaran-bayaran yang lain.
• Upacara membelah pinang adalah upacara menentukan tempoh jodoh antara
pengantin lelaki dan pengantin perempuan.
• Setelah dibelah, pinang itu akan diagihkan kepada tetamu yang datang. Upacara
perkahwinan telah dianggap tamat dan menunggu masa untuk bersanding di
sebelah malam sahaja.
• Sekiranya ada kesalahan atau kesilapan semasa majlis perkahwinan itu, pengantin
baru akan mandi di sungai untuk membersihkan diri. Mereka juga diminta untuk
memegang sehelai kain yang panjangnya tujuh ela supaya kesalahan mereka akan
hilang bagi setiap individu.
ADAT PERKAHWINAN
18. KEMATIAN
• Semasa kematian, sanak-saudara(kaban belayan) akan datang menghadirinya.
• Mayat si mati akan dimandikan dan dikenakan pakaian yang sebaik-baiknya dan diletakkan di
tengah-tengah rumah panjang(ruai). Di atasnya akan digantung pua kumbu.
• Semua barang-barang kepunyaan mayat akan dibekalkan di dunia selepas mati atau dunya
sebayan.
• Sepanjang malam dan siang akan ada orang yang ditugaskan untuk menangisi si mati selain
keluarga si mati. Tangisan itu adalah dalam doa yang menghantar si mati ke dunya sebayan.
• Pengebumian mayat pula akan dilaksanakan pada waktu subuh kira-kira pukul empat pagi.
Lubang mayat akan digali dan ditimbus bersama barang-barang yang dibawanya.
• Mayat juga dibuatkan rumah. Kemudian, apabila selepas kematian, upacara berkabung atau
ngulit dijalankan. Seisi rumah panjang dilarang membuat bising, memakai barang
kemas,pakaian yang cantik-cantik, dan digantung pinggan yang dibalut kain hitam pada pintu
rumah keluarga si mati menandakan ada kesusahan dan kesedihan menimpa.
• Tidak lama kemudian,upacara beserara bungai dijalankan untuk memastikan roh si mati tidak
lagi mengganggu mereka yang masih hidup.setelah genap tempoh yang ditetapkan oleh
keluarga si mati, maka upacara berkabung pun tamat.
• Selepas itu,gawai antu atau perayaan untuk meraikan si mati akan dijalankan( Bernedict
Sandin ,1994: 119)
19. TARIAN/NYANYIAN
• Tarian popular: Ngajat
• Antara jenis tarian yang diamalkan ialah tarian ngajat
lesong, ngajat bebunoh, ngajat pua kumbu, ngajat indu
dan banyak lagi. Semasa tarian ini ditarikan, gendang
akan dibunyikan dan penari akan menarikan tarian
mengikut paluan gendang.
• Nyanyian/leka main: Antara leka main yang masih
relevan lagi pada zaman sekarang ialah pantun,
ramban, renong, ganu, pengap, sampi,timang,bebiau,
naku antu pala,geliga dan banyak lagi. rasa kerinduan,
menyindir dengan cara yang halus,menyampaikan
rintihan dan keluhan, hiburan kanak-kanak dan juga
sebagai pembakar semangat atau motivasi.