1. Pengalaman Kena Denda di Sekolah
By admin | Published: January 29, 2012
Ramai kanak-kanak semasa di
alam persekolahan mempunyai pengalaman kena denda di sekolah atau hukuman yang
melibatkan jasmani seperti dirotan, ditengking dan dipukul sama ada di negara ini mahupun di
sekolah di luar negara. Begitupun, laporan oleh Dana Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (UNICEF) bertajuk Keganasan Terhadap Kanak-Kanak berpendapat, amalan itu hanya
akan memberikan kesan negatif kepada emosi serta pelajaran mereka.
Laporan tersebut menyebut, hukuman denda dalam bentuk fizikal sebenarnya tidak memberi
kesan positif kepada pelajar, malah lebih teruk lagi apabila mereka secara tidak langsung mula
beranggapan bahawa keganasan boleh diterima pakai ketika berhadapan dengan masalah.
“Tindak tanduk seperti menengking, memukul dan hukuman denda yang melibatkan fizikal dan
psikologi, berakhir dengan kesan kemarahan serta perasaan malu kepada pelajar tersebut,” ujar
wakil UNICEF di Malaysia, Youssouf Oomar.
Beliau menambah, terlalu sedikit nilai positif yang diperoleh oleh pelajar yang pernah menjalani
hukuman fizikal di sekolah
Sebaliknya, apa yang lebih merisaukan pelajar berkenaan hilang matlamat dalam akademik dan
kurang bermotivasi untuk berjaya.
2. Laporan tersebut dijalankan dalam tempoh lima tahun menerusi lawatan dan pemantauan intensif
daripada sembilan bahagian, termasuk kerajaan, orang awam dan kanak-kanak.
Di samping lawatan dan pemantauan, borang kaji selidik turut diedarkan kepada 133 kerajaan di
seluruh dunia termasuk Malaysia.
Laporan yang dikeluarkan dua tahun lalu mendedahkan skop yang mengejutkan ke atas
keganasan terhadap kanak-kanak , keluarga, komuniti terhampir mahupun komuniti yang lebih
meluas.
Kebanyakan kanak-kanak mempunyai pengalaman merasai hukuman jasmani oleh individu yang
sepatutnya melindungi mereka.
Dalam laporan yang sama, sekolah turut direkodkan sebagai kawasan hitam kepada pelajar yang
pernah menjalani hukuman jasmani mahupun mereka yang pernah merasai pengalaman dibuli.
Laporan tersebut turut memberitahu, kanak-kanak yang diberi hukuman jasmani di sekolah
mempunyai nilai moral yang lebih rendah dan cepat menjadi tertekan serta bersikap agresif.
“Hukuman jasmani mengikis kepercayaan pelajar terhadap guru dan sekolah mereka. Ia juga
boleh menyebabkan pelajar tersebut menjadi tidak hormat dan mempunyai perasaan marah
terhadap pendidik mereka, selain menyebabkan kanak-kanak itu menjadi kurang tindak balas
terhadap sesuatu perkara.
“Kanak-kanak yang mempunyai sikap anti sosial, agresif dan berasa tertekan biasanya akan
terbawa-bawa perangai tersebut sehingga mereka dewasa,” jelas Youssouf.
Di Malaysia, hukuman jasmani dilihat sebagai cara terbaik untuk mendisiplinkan pelajar yang
mempunyai masalah disiplin serta salah laku.
Manakala, untuk kesalahan yang lebih serius seperti mencuri, merokok, gangsterisme dan buli
menjadi penyebab mengapa rotan dan pembaris kayu panjang perlu ada dalam bilik darjah di
negara ini.
Ada kalanya kesalahan kecil seperti tidak melakukan kerja rumah turut berhadapan dengan
hukuman jasmani.
UNICEF percaya bahawa hukuman jasmani ini perlu dihapuskan kerana ia bersifat penganiayaan
dan tidak berkesan dalam mendidik pelajar menjadi lebih baik dan berdisiplin.
Untuk mengukuhkan lagi kajian tersebut, Konvensyen Hak Asasi Kanak-kanak turut
mengharamkan cara hukuman yang zalim, tidak berperikemanusiaan tanpa mengira apa jua
keadaan sekalipun.
3. Dalam hal ini, bagi memberi persekitaran yang baik untuk kanak-kanak, Youssouf
mencadangkan cara alternatif bagi menggantikan hukuman jasmani, sekali gus meningkatkan
prestasi pelajar dalam pelajaran dan keperluan psikologi mereka.
“Pelajar, pendidik, para guru dan ibu bapa mestilah bersama-sama berkongsi matlamat
menjadikan suasana kelas yang lebih berdisiplin.
“Ia secara tidak langsung menggalakkan pelajar untuk memiliki sikap kawalan diri yang tinggi,
keyakinan dan sifat hormat menerusi proses pembelajaran yang bukan bersifat keganasan.
“Kanak-kanak dengan sendirinya akan membetulkan tidak tanduk mereka sekiranya kita
memberikan satu panduan yang positif.
“Dengan sumber yang betul dan pendekatan yang berkesan, pihak sekolah akan dapat juga
mencari alternatif terbaik bagi menggantikan hukuman fizikal bagi memastikan generasi yang
lebih positif dan lebih berkualiti pada masa hadapan,” katanya
4. Persepsi negatif punca pelajar tidak minat sains
Oleh Sabri Ahmad
2012/03/29
MENTERI Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam Amanat Tahun Baru 2012, baru-
baru ini melahirkan kebimbangan mengenai kemerosotan bilangan pelajar yang mengambil mata
pelajaran sains di peringkat sekolah.
Masalah berkenaan perlu diberi perhatian serius kerana telah sampai ke tahap sangat kritikal walaupun
banyak inisiatif diperkenalkan oleh kerajaan untuk memajukan bidang sains.
Fenomena itu bukan saja berlaku di Malaysia, malah hampir di serata dunia, termasuk di negara maju
seperti Amerika Syarikat dan Eropah. Di Amerika contohnya, bilangan pelajar yang memohon untuk
mengikuti pengajian di universiti dalam bidang sains, matematik dan teknologi kurang berbanding
jumlah tempat yang ditawarkan kerana kekurangan pelajar dalam aliran berkenaan di peringkat sekolah
tinggi.
Masalah yang diperkatakan oleh Menteri Pengajian Tinggi itu berlaku disebabkan persepsi negatif
daripada kalangan pelajar terhadap subjek sains sejak mereka masih di bangku sekolah rendah lagi.
Pelajar beranggapan bahawa mata pelajaran sains dan matematik adalah sukar untuk lulus dengan
cemerlang dan boleh menjejas peluang melanjutkan pengajian di universiti.
Memandangkan sistem pembelajaran di negara ini berorientasikan peperiksaan, maka ramailah pelajar
beralih kepada aliran sastera atau agama berbanding sains dengan harapan lebih cemerlang dalam
peperiksaan supaya mereka dapat menyambung pengajian di universiti.
Walhal tempat melanjutkan pengajian dalam bidang yang memerlukan kelulusan mata pelajaran sains
lebih banyak disediakan oleh kerajaan berbanding aliran lain. Peluang pekerjaan yang tersedia juga lebih
luas dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan yang pasaran pekerjaannya melangkau sempadan
negara.
Bagaimanapun, pemilihan kursus yang tidak sejajar dengan kehendak semasa menyebabkan berlaku
lambakan graduan yang gagal mendapat pekerjaan bersesuaian dengan bidang pengajian yang mereka
ikuti.
Sebelum ini kerajaan telah menetapkan sasaran supaya 60 peratus pelajar sekolah menengah terdiri
daripada mereka yang belajar dalam aliran sains. Sekolah akan bertindak sebagai pembekal calon
mahasiswa kepada universiti untuk melahirkan modal insan terlatih dalam bidang sains dan teknologi
bagi menjayakan agenda pembangunan negara.
Bagaimanapun, agenda itu masih belum tercapai kerana berdasarkan kepada Kajian Hala Tuju Modal
5. Insan Sains dan Teknologi Tahun 2020 seperti yang diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi
menyaksikan peratusan pelajar yang mengambil jurusan sains sejak 2007 terus menunjukkan penurunan
sehingga 27 peratus pada 2012.
Oleh itu, impian kerajaan untuk melahirkan 200,000 jurutera menjelang 2020 masih jauh daripada
jangkauan kerana nisbah 60:40 pelajar sains dan teknologi berbanding aliran lain di universiti belum
tercapai.
Bagi mengatasi masalah kekurangan calon mahasiswa yang memohon mengikuti pengajian dalam
bidang sains, matematik dan teknologi di institusi pengajian tinggi (IPT), jumlah pelajar yang lulus
dengan cemerlang dalam subjek berkenaan di peringkat sekolah perlu diperbanyakkan.
Mahasiswa yang mempunyai asas sains dan matematik yang kukuh di peringkat sekolah mampu menjadi
graduan yang cemerlang dan menyumbang kepada penghasilan tenaga kerja profesional berkualiti.
Sebagai negara yang sedang menuju ke arah negara maju, Malaysia memerlukan ramai sumber tenaga
mahir dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan.
Oleh itu, pihak yang berkenaan perlu mencari alternatif baru agar dapat menarik minat pelajar terhadap
mata pelajaran sains, matematik dan teknologi. Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah
membangunkan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dapat menjadikan mata pelajaran
berkenaan lebih menarik dan menyeronokkan.
Masalah pelajar kurang meminati mata pelajaran sains, matematik dan teknologi turut mendapat
perhatian kalangan ahli akademik dan pembuat dasar di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Baru-baru ini, UTM dan Institut Teknologi Massachusetts (MIT) bekerjasama untuk menyediakan
program bagi membantu kerajaan menjadikan pendidikan sains, matematik dan teknologi lebih kreatif
dan inovatif.
Bagi tujuan itu, Pengarah Pusat Asas Sistem Kejuruteraan dan Konsortium Rangkaian Pembelajaran
Antarabangsa MIT, Prof Richard Larson telah dijemput untuk menyumbangkan idea. Beliau ialah
pengasas program Gabungan Pembelajaran Sains atau Matematik (Blended Learning Open Source
Science or Math - BLOSSOMS)) yang diperkenalkan pada 2002.
BLOSSOMS ialah sumber pembelajaran terbuka yang dibiayai oleh beberapa yayasan bukan kerajaan di
Amerika Syarikat membabitkan kaedah pembelajaran sains, matematik dan teknologi menggunakan
video yang diharap dapat mengatasi masalah pelajar kurang minat terhadap bidang sains dan teknologi
di negara ini.
Program berkenaan yang telah dilaksanakan di beberapa negara seperti Arab Saudi, Pakistan, Jordan,
Lebanon, India, China serta di sekitar Boston mampu melahirkan pelajar yang berfikir secara lateral dan
kreatif.
6. Dalam pada itu, pihak berkuasa di negara Scandinavia menjemput jurutera ke sekolah untuk mengajar
subjek berkaitan kejuruteraan bagi menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran berkenaan.
Sementara itu, Pemegang Kerusi Pembelajaran Berdasarkan Masalah dalam Pendidikan Kejuruteraan
Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO), Prof
Dr Anne Kolmos, berkata usaha perlu ditingkatkan bagi menarik lebih ramai pelajar, terutama wanita
agar tertarik kepada bidang kejuruteraan yang dianggap ‘kotor’.
Oleh itu, sebagai negara yang sedang berusaha melengkapkan diri menjadi negara maju, Malaysia
memerlukan ramai calon mahasiswa yang cemerlang dalam bidang sains, matematik dan teknologi.
Sesungguhnya, masalah pelajar kurang minat terhadap subjek berkenaan perlu diatasi segera kerana
seperti kata Menteri Pengajian Tinggi, sains adalah asas kepada inovasi dan inovasi pula menjadi asas
teknologi dan tranformasi ekonomi negara.
Penulis ialah Penolong Pendaftar Pejabat Hal Ehwal Korporat, Universiti Teknologi Malaysia
PROGRAM PENDIDIKAN UNTUK KANAK-KANAK PINTAR CERDAS
Memandangkan kanak-kanak pintar cerdas mempunyai kemahiran belajar yang
berlainan daripada kanak-kanak biasa maka para pendidik perlu merangka satu
program pendidikan khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak ini.
Menurut Nik Azis Nik Pa dan Noor Aini Khalifah (1982), program pendidikan kanak-
kanak pintar cerdas ini terbahagi kepada tiga bentuk umum iaitu pengayaan,
percepatan dan pengelompokan.
Program pengayaan terdiri daripada tiga jenis aktiviti iaitu pendedahan, latihan
berkelompok dan penyelidikan masalah sebenar.
PROGRAM PENGAYAAN
Aktiviti pendedahan
Murid diberi kebebasan atau ruang untuk mempelajari bidang yang diminati. Satu
sudut yang lengkap dengan pelbagai bahan pengayaan disediakan di bilik darjah.
Maklumat-maklumat pengayaan seperti apa yang menarik dalam bidang tersebut , dari
mana boleh mendapatkan maklumat tambahan, apakah isu-isu semasa dalam bidang
ini, disediakan. Selain daripada majalah, pampflet dan buku-buku, guru juga perlu
mengadakan aktiviti lawatan, ceramah, tayangan video dan sebagainya sebagai aktiviti
pendedahan.
Latihan berkelompok
7. Ini merupakan program latihan bagi meluaskan skim pemikiran kanak-kanak. Antara
aktiviti latihan ini termasuklah pemikiran kritis, penyelesaian masalah, kaedah projek
dan inkuiri-penemuan.
Penyelidikan masalah sebenar Kanak-kanak pintar cerdas diberi latihan secara
kumpulan kecil. Mereka diberi latihan dan bimbingan khusus untuk menyelidik masalah
sebenar. Aktiviti ini menggunakan teknik inkuiri-penemuan iaitu kanak-kanak pintar
cerdas tadi bermula dengan pembentukan sesuatu masalah, memahami masalah yang
dibentuk, menyediakan pelan tindakan, menjalankan rancangan penyelidikan, membuat
laporan dan membuat refleksi untuk membina skim penghayatan yang mantap.
Program Percepatan
Ini bermaksud kurikulum yang diajar kepada kanak-kanak pintar cerdas itu dihabiskan
dengan cepat. Ada beberapa cara untuk melaksanakan program ini seperti kanak-
kanak yang lebih muda memasuki tahun satu persekolahan, melangkaui kelas,
melangkaui sebahagian daripada masa kelas untuk mengikuti mata pelajaran tertentu
dalam kelas yang lebih tinggi (mengikut minat dan perkembangan intelek) dan
memendekkan tempoh pengajaran seperti kurikulum setahun diajar dalam tempoh 6
bulan dan lebihan masa iti digunakan untuk mempelajari kurikulum yang lebih tinggi.
Program Pengelompokan
Program ini menentukan bahawa kanak-kanak dalam kategori pintar cerdas ini
dikumpulkan dalam satu kelas dan diberi bimbingan yang sesuai oleh guru yang
terlatih. Program pengelompokan ini memerlukan satu penilaian yang standard untuk
menentukan tahap kanak-kanak pintar cerdas. Langkah ini juga dapat memberi peluang
kepada kanak-kanak pintar cerdas untuk menikmati pembelajaran yang lebih
sempurna.
Komputer dan Kanak-kanak Pontar Cerdas
Geoffrey Jones dalam artikelnya bertajuk, “Personal Computers Help Gifted Students
Work Smart” telah menggariskan kebolehan-kebolehan komputer dalam memenuhi
keperluan belajar kanak-kanak pintar cerdas. Antaranya ialah :
o Teknologi komputer yang fleksibel akan memudahkan gaya pembelajaran dan minat
individu untuk berinteraksi dengan gambar, perkataan, nombor atau sebarang medium
yang memberi keselesaan kepada pelajar.
o Struktur pengalaman yang direka oleh guru-guru terlatih akan membantu pelajar
untuk membina kekuatan dan mengatasi kelemahan-kelemahan mereka. Word
Processors dapat memperbaiki penulisan dan pengolahan idea-idea. Program-program
komputer yang berkaitan dengan data statistik boleh membantu pelajar menyelesaikan
pelbagai soalan yang mencabar minda mereka. Pelajar-pelajar akan bertambah yakin
membina pelbagai “skills” mereka.
o Komputer juga boleh digunakan untuk menyaingi kehendak pelajar. Komputer dapat
8. “bersabar” dan menguasai pada satu-satu idea untuk jangka masa yang panjang.
Komputer juga boleh melakukan kerja-kerja yang kompleks apabila para pelajar telah
bersedia untuk menggunakannya.
o Apabila para pelajar telah menerima sesuatu tanggungjawab dan menguasai
penggunaan komputer, mereka akan bekerja dengan lebih cekap. Komputer berkhidmat
untuk masyarakat. Semakin baik pemahaman pelajar tentang proses pembelajaran,
mereka akan dapat menggunakan teknologi ini dengan cekap.
o Masyarakat belajar daripada masyarakat. Maklumat dan idea daripada masyarakat
luar boleh didapati dari komputer. Para pelajar akan dapat dihubungkan melalui
“software”, papan buletin atau perbincangan dan projek kumpulan. Para pelajar akan
lebih terdedah kepada golongan masyarakat yang berilmu dan bijak menerusi teknologi
komputer ini.
Kesimpulan
Kanak-kanak pintar cerdas adalah satu anugerah yang diberikan oleh Allah kepada
makhluk-Nya. Peranan ibu bapa, pendidik, dan masyarakat amat diperlukan untuk
membentuk kanak-kanak pintar cerdas ini menjadi satu aset yang paling berharga
dalam masyarakat. Kepintaran dan kecerdasan kanak-kanak ini bukan hanya
dibangunkan dari aspek intelek semata-mata malah pembangunan akhlak atau spiritual
amatlah dipentingkan. Tidak hairan kepada kita sekiranya ada kanak-kanak pintar
cerdas ini yang hanya menjadi penjual rokok di tepi jalan atau penebar roti canai kerana
masalah kemiskinan atau mungkin disebabkan oleh ketidakprihatinan masyarakat pada
kebolehan yang ada pada kanak-kanak tadi.
http://reocities.com/jpmmpks/jurnal/01azman.htm
9. KANAK-KANAK PINTAR CERDAS: MASALAH
DAN PROGRAM PENDIDIKAN
oleh Azman Kanil @Konil
PENGENALAN
Satu hari hari semasa menyelia praktikum di dalam sebuah kelas, seorang murid mendekati
saya dan bertanya, “Cikgu, mengapa kanak-kanak tahun satu mesti diajar ABC walaupun saya
dah boleh membaca?” Kemudian murid tadi terus duduk di kerusinya setelah menerima
arahan daripada guru di hadapan kelas. Kemudian dia bangun dan bergerak lagi ke tempat
rakannya yang lain untuk membantu rakannya mengeja, pergi ke tempat yang lain mengusik
rakan dan menjawab soalan guru tanpa diminta. Saya dapat lihat bermacam-macam lagi
aktiviti yang dilakukannya sehingga guru pelatih tersebut kelihatan malas untuk melayan
kerenah murid tadi.
Ini satu fenomena yang sering terjadi di dalam sesebuah kelas yang mempunyai kanak-kanak
pintar cerdas. Kadangkala kanak-kanak pintar cerdas boleh mendatangkan gangguan kepada
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
KONSEP
Mengikut Kamus Dewan, istilah pintar membawa maksud cekap dan pandai. Cerdas pula
didefinisikan sebagai sempurna akal. Ahli biologi mendefinisikan pintar cerdas sebagai
kebolehan luar biasa yang dimiliki oleh seseorang individu untuk melakukan adaptasi dan
manipulasi terhadap keadaan dan perubahan persekitaran. Pakar psikologi mendefinisikan
istilah pintar cerdas sebagai kanak-kanak yang berupaya melakukan taakulan iaitu
mempunyai kebolehan berfikir dengan logik dan mempunyai fungsi kognitif yang hebat.
Kanak-kanak pintar ini berkebolehan mencari dan mengaitkan sebab musabab terhadap
sesuatu fenomena yang abstrak.
Menurut Nik Azis Nik Pa dan Noor Aini Khalifah (1982), kanak-kanak pintar cerdas adalah
mereka yang mempunyai interaksi tiga kelompok sifat manusia iaitu kebolehan intelek umum
yang atas purata (murid yang mempunyai IQ melebihi 120 dikategorikan sebagai kanak-kanak
pintar cerdas), aras yang tinggi dalam tanggungjawab kepada tugas dan aras kreativiti yang
tinggi.
10. Secara umumnya, Dr. Howard Gardner (1981) dalam bukunya Frames of Mind menyatakan bahawa
kepintaran seseorang kanak-kanak boleh dilihat melalui tujuh jenis kebolehan iaitu:
1. Kepintaran linguistik. Kebolehan memberikan makna; melakukan turutan sesuatu perkataan;
kebolehan mempelajari beberapa bahasa asing.
2. Kepintaran logikal (matematik). Kebolehan untuk mencari sebab musabab dalam sesuatu hal
atau perkara.
3. Kepintaran ruang. Kebolehan memberi pandangan tentang dunia dan persekitaran dengan
tepat; kebolehan membuat dan mengubah sesuatu persepsi, kemahiran kejuruteraan, artistik
dan memori secara visual.
4.Kinetik badan. Kemahiran bersukan (athletic) dan kemahiran melakukan koordinasi motor.
5. Kemahiran muzikal.
6. Kebolehan mengenal pasti irama, “pitch”, intonasi dan melakukan memori auditori.
7.Interaksi sosial (interpersonal skills).
8. Kemahiran memahami dan berkomunikasi dengan orang lain.
9.Hubungan dalaman (intrapersonal).
10. Kemahiran mengenal pasti emosi diri sendiri dan orang lain.
Menurutnya lagi, seseorang yang pintar cerdas mungkin mempunyai kemahiran luar biasa
dalam salah satu daripada tujuh perkara tersebut dan sederhana dalam bidang-bidang yang
lain.
Walau apa pun definisi yang diberikan oleh sarjana, namun kita amat sukar untuk memberi
definisi kepada maksud pintar cerdas. Sebagai contoh adakah individu berikut boleh
diklasifikasikan sebagai pintar cerdas?
o Seorang profesor yang pakar dalam bidang matematik tetapi kehidupan peribadi dan
keluarganya kacau bilau.
o Seorang ahli muzik yang terkenal dengan lagu-lagu ciptaannya tetapi menagih dadah.
o Seorang yang pakar dalam bidang kewangan tetapi melakukan pecah amanah.
11. Para pendidik telah sedar bahawa konsep pintar cerdas bukanlah merujuk
kepada markah IQ semata-mata tetapi juga melihat kepada
tanggungjawab dan perkembangan diri individu.
CIRI-CIRI KANAK-KANAK PINTAR CERDAS
Kanak-kanak pintar cerdas ini boleh dilihat beberapa ciri-ciri yang penting dari sudut emosi dan
sosialnya. Antara sifat positif yang ada pada kanak-kanak pintar ialah:
a. Mereka dapat mempelajari sesuatu perkara dengan cepat.
b. Mereka mempunyai tahap imaginasi yang tinggi dan kurang mengikut idea orang lain.
c.Mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi dan banyak bertanya soalan. Mereka juga berminat
mengetahui pelbagai hal.
d. Memerhati dengan teliti dan peka dengan persekitaran.
e. Mereka boleh memberi sebab, berfikir dengan jelas, mengenali perkaitan dan memahami
makna.
f. Mereka juga mempunyai sifat kelakar.
g. Boleh menggunakan alat-alat, perkataan dan idea dengan cara yang baru.
h. Sangat berminat dengan bahan-bahan bacaan terutama bahan di peringkat yang tinggi.
i. Mempunyai perbendaharaan kata yang luas dan dapat menggunakannya dengan tepat.
j. Boleh mencipta banyak generalisasi dan menggunakannya dalam situasi yang baru.
k.Mempunyai konsentrasi yang lama dalam satu-satu bahan yang menarik minat mereka.
l. Mempunyai kemahuan untuk mencapai yang terbaik.
m. Mempunyai watak kepimpinan dalam pelbagai aktiviti dan selalu meminta pendapat serta idea
orang lain
12. Antara ciri-ciri negatif kanak-kanak pintar cerdas pula ialah:
a. Mudah berasa bosan jika diberi tugasan yang sama sahaja.
b. Mahu membuat sesuatu perkara mengikut caranya sendiri. Sekiranya tidak dibenarkan mereka
akan mempersoalkan mengapa tidak boleh?
c. Kadangkala boleh menjadi seorang pengacau atau yang suka menimbulkan masalah.
d. Mereka juga dapat melihat sesuatu perkaitan yang orang lain tidak dapat lihat dan mahu
menggunakan masa yang banyak untuk membincangkan hal tersebut.
e. Kadangkala mereka tidak mahu memberhentikan sesuatu aktiviti dan memulakan aktiviti yang
lain.
f. Boleh terlalu bersikap autokratik.
g. Kadangkala terlalu inovatif.
h. Mereka juga biasanya tidak mendengar sesuatu arahan dengan teliti.
i. Mereka juga bersikap seolah-olah sentiasa tahu mengenai sesebuah buku tetapi pengetahuan
itu tidak berkaitan langsung dengan topik perbincangan di dalam kelas.
j. Mereka juga bersikap terlalu terganggu dengan sesuatu kegagalan yang diterima (tidak
menerima kegagalan).
k. Boleh menjadi terlalu mengarah dan tidak mahu mendengar pendapat orang lain.
l. Boleh menghasilkan kelakar yang boleh “mengena” pada orang dewasa tetapi tidak semua
menghargainya.
m. Apabila melihat seorang guru yang tidak konsisten dengan arahannya maka dia akan berkata,
“Tapi, cikgu selalu kata….”
Program Pendidikan
Memandangkan kanak-kanak pintar cerdas mempunyai kemahiran belajar yang berlainan daripada
kanak-kanak biasa maka para pendidik perlu merangka satu program pendidikan khas untuk
memenuhi keperluan kanak-kanak ini.
Menurut Nik Azis Nik Pa dan Noor Aini Khalifah (1982), program pendidikan kanak-kanak pintar cerdas
ini terbahagi kepada tiga bentuk umum iaitu pengayaan, percepatan dan pengelompokan.
Program pengayaan terdiri daripada tiga jenis aktiviti iaitu pendedahan, latihan berkelompok dan
13. penyelidikan masalah sebenar.
Program Pengayaan
Aktiviti pendedahan. Murid diberi kebebasan atau ruang untuk mempelajari bidang yang diminati.
Satu sudut yang lengkap dengan pelbagai bahan pengayaan disediakan di bilik darjah. Maklumat-
maklumat pengayaan seperti apa yang menarik dalam bidang tersebut , dari mana boleh mendapatkan
maklumat tambahan, apakah isu-isu semasa dalam bidang ini, disediakan. Selain daripada majalah,
pampflet dan buku-buku, guru juga perlu mengadakan aktiviti lawatan, ceramah, tayangan video dan
sebagainya sebagai aktiviti pendedahan.
Latihan berkelompok. Ini merupakan program latihan bagi meluaskan skim pemikiran kanak-kanak.
Antara aktiviti latihan ini termasuklah pemikiran kritis, penyelesaian masalah, kaedah projek dan inkuiri-
penemuan.
Penyelidikan masalah sebenar. Kanak-kanak pintar cerdas diberi latihan secara kumpulan kecil.
Mereka diberi latihan dan bimbingan khusus untuk menyelidik masalah sebenar. Aktiviti ini
menggunakan teknik inkuiri-penemuan iaitu kanak-kanak pintar cerdas tadi bermula dengan
pembentukan sesuatu masalah, memahami masalah yang dibentuk, menyediakan pelan tindakan,
menjalankan rancangan penyelidikan, membuat laporan dan membuat refleksi untuk membina skim
penghayatan yang mantap.
Program Percepatan
Ini bermaksud kurikulum yang diajar kepada kanak-kanak pintar cerdas itu dihabiskan dengan
cepat. Ada beberapa cara untuk melaksanakan program ini seperti kanak-kanak yang lebih
muda memasuki tahun satu persekolahan, melangkaui kelas, melangkaui sebahagian
daripada masa kelas untuk mengikuti mata pelajaran tertentu dalam kelas yang lebih tinggi
(mengikut minat dan perkembangan intelek) dan memendekkan tempoh pengajaran seperti
kurikulum setahun diajar dalam tempoh 6 bulan dan lebihan masa iti digunakan untuk
mempelajari kurikulum yang lebih tinggi
Program Pengelompokan
Program ini menentukan bahawa kanak-kanak dalam kategori pintar cerdas ini dikumpulkan dalam
satu kelas dan diberi bimbingan yang sesuai oleh guru yang terlatih. Program pengelompokan ini
memerlukan satu penilaian yang standard untuk menentukan tahap kanak-kanak pintar cerdas.
Langkah ini juga dapat memberi peluang kepada kanak-kanak pintar cerdas untuk menikmati
pembelajaran yang lebih sempurna.
14. Komputer dan Kanak-kanak Pontar Cerdas
Geoffrey Jones dalam artikelnya bertajuk, “Personal Computers Help Gifted Students Work Smart”
telah menggariskan kebolehan-kebolehan komputer dalam memenuhi keperluan belajar kanak-kanak
pintar cerdas. Antaranya ialah
o Teknologi komputer yang fleksibel akan memudahkan gaya pembelajaran dan minat individu
untuk berinteraksi dengan gambar, perkataan, nombor atau sebarang medium yang memberi
keselesaan kepada pelajar.
o Struktur pengalaman yang direka oleh guru-guru terlatih akan membantu pelajar untuk
membina kekuatan dan mengatasi kelemahan-kelemahan mereka. Word Processors dapat
memperbaiki penulisan dan pengolahan idea-idea. Program-program komputer yang berkaitan
dengan data statistik boleh membantu pelajar menyelesaikan pelbagai soalan yang mencabar
minda mereka. Pelajar-pelajar akan bertambah yakin membina pelbagai “skills” mereka.
o Komputer juga boleh digunakan untuk menyaingi kehendak pelajar. Komputer dapat “bersabar”
dan menguasai pada satu-satu idea untuk jangka masa yang panjang. Komputer juga boleh
melakukan kerja-kerja yang kompleks apabila para pelajar telah bersedia untuk
menggunakannya.
o Apabila para pelajar telah menerima sesuatu tanggungjawab dan menguasai penggunaan
komputer, mereka akan bekerja dengan lebih cekap. Komputer berkhidmat untuk masyarakat.
Semakin baik pemahaman pelajar tentang proses pembelajaran, mereka akan dapat
menggunakan teknologi ini dengan cekap.
o Masyarakat belajar daripada masyarakat. Maklumat dan idea daripada masyarakat luar boleh
didapati dari komputer. Para pelajar akan dapat dihubungkan melalui “software”, papan buletin
atau perbincangan dan projek kumpulan. Para pelajar akan lebih terdedah kepada golongan
masyarakat yang berilmu dan bijak menerusi teknologi komputer ini.
KESIMPULAN
Kanak-kanak pintar cerdas adalah satu anugerah yang diberikan oleh Allah kepada makhluk-Nya.
Peranan ibu bapa, pendidik, dan masyarakat amat diperlukan untuk membentuk kanak-kanak pintar
cerdas ini menjadi satu aset yang paling berharga dalam masyarakat. Kepintaran dan kecerdasan
kanak-kanak ini bukan hanya dibangunkan dari aspek intelek semata-mata malah pembangunan
akhlak atau spiritual amatlah dipentingkan. Tidak hairan kepada kita sekiranya ada kanak-kanak pintar
cerdas ini yang hanya menjadi penjual rokok di tepi jalan atau penebar roti canai kerana masalah
kemiskinan atau mungkin disebabkan oleh ketidakprihatinan masyarakat pada kebolehan yang ada
16. Ini merupakan program latihan bagi meluaskan skim pemikiran kanak-kanak. Antara
aktiviti latihan ini termasuklah pemikiran kritis, penyelesaian masalah, kaedah projek
dan inkuiri-penemuan.
Penyelidikan masalah sebenar Kanak-kanak pintar cerdas diberi latihan secara
kumpulan kecil. Mereka diberi latihan dan bimbingan khusus untuk menyelidik masalah
sebenar. Aktiviti ini menggunakan teknik inkuiri-penemuan iaitu kanak-kanak pintar
cerdas tadi bermula dengan pembentukan sesuatu masalah, memahami masalah yang
dibentuk, menyediakan pelan tindakan, menjalankan rancangan penyelidikan, membuat
laporan dan membuat refleksi untuk membina skim penghayatan yang mantap.
Program Percepatan
Ini bermaksud kurikulum yang diajar kepada kanak-kanak pintar cerdas itu dihabiskan dengan
cepat. Ada beberapa cara untuk melaksanakan program ini seperti kanak-kanak yang lebih
muda memasuki tahun satu persekolahan, melangkaui kelas, melangkaui sebahagian daripada
masa kelas untuk mengikuti mata pelajaran tertentu dalam kelas yang lebih tinggi (mengikut
minat dan perkembangan intelek) dan memendekkan tempoh pengajaran seperti kurikulum
setahun diajar dalam tempoh 6 bulan dan lebihan masa iti digunakan untuk mempelajari
kurikulum yang lebih tinggi.
Program Pengelompokan
Program ini menentukan bahawa kanak-kanak dalam kategori pintar cerdas ini dikumpulkan
dalam satu kelas dan diberi bimbingan yang sesuai oleh guru yang terlatih. Program
pengelompokan ini memerlukan satu penilaian yang standard untuk menentukan tahap kanak-
kanak pintar cerdas. Langkah ini juga dapat memberi peluang kepada kanak-kanak pintar cerdas
untuk menikmati pembelajaran yang lebih sempurna.
Komputer dan Kanak-kanak Pontar Cerdas
Geoffrey Jones dalam artikelnya bertajuk, “Personal Computers Help Gifted Students Work
Smart” telah menggariskan kebolehan-kebolehan komputer dalam memenuhi keperluan
belajar kanak-kanak pintar cerdas. Antaranya ialah :
o Teknologi komputer yang fleksibel akan memudahkan gaya pembelajaran dan minat individu
untuk berinteraksi dengan gambar, perkataan, nombor atau sebarang medium yang memberi
keselesaan kepada pelajar.
o Struktur pengalaman yang direka oleh guru-guru terlatih akan membantu pelajar untuk
membina kekuatan dan mengatasi kelemahan-kelemahan mereka. Word Processors dapat
memperbaiki penulisan dan pengolahan idea-idea. Program-program komputer yang berkaitan
dengan data statistik boleh membantu pelajar menyelesaikan pelbagai soalan yang mencabar
minda mereka. Pelajar-pelajar akan bertambah yakin membina pelbagai “skills” mereka.
o Komputer juga boleh digunakan untuk menyaingi kehendak pelajar. Komputer dapat
17. “bersabar” dan menguasai pada satu-satu idea untuk jangka masa yang panjang. Komputer juga
boleh melakukan kerja-kerja yang kompleks apabila para pelajar telah bersedia untuk
menggunakannya.
o Apabila para pelajar telah menerima sesuatu tanggungjawab dan menguasai penggunaan
komputer, mereka akan bekerja dengan lebih cekap. Komputer berkhidmat untuk masyarakat.
Semakin baik pemahaman pelajar tentang proses pembelajaran, mereka akan dapat
menggunakan teknologi ini dengan cekap.
o Masyarakat belajar daripada masyarakat. Maklumat dan idea daripada masyarakat luar boleh
didapati dari komputer. Para pelajar akan dapat dihubungkan melalui “software”, papan buletin
atau perbincangan dan projek kumpulan. Para pelajar akan lebih terdedah kepada golongan
masyarakat yang berilmu dan bijak menerusi teknologi komputer ini.
Kesimpulan
Kanak-kanak pintar cerdas adalah satu anugerah yang diberikan oleh Allah kepada makhluk-
Nya. Peranan ibu bapa, pendidik, dan masyarakat amat diperlukan untuk membentuk kanak-
kanak pintar cerdas ini menjadi satu aset yang paling berharga dalam masyarakat. Kepintaran
dan kecerdasan kanak-kanak ini bukan hanya dibangunkan dari aspek intelek semata-mata
malah pembangunan akhlak atau spiritual amatlah dipentingkan. Tidak hairan kepada kita
sekiranya ada kanak-kanak pintar cerdas ini yang hanya menjadi penjual rokok di tepi jalan atau
penebar roti canai kerana masalah kemiskinan atau mungkin disebabkan oleh ketidakprihatinan
masyarakat pada kebolehan yang ada pada kanak-kanak tadi.
Posted by KHADIJAH ISHAK at 5:29 PM
Email This
hadishak.blogspot.com/2011/04/masalah-sosio-emosi-kanak-kanak-pintar.html