Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Peraturan makmal dan Etika Penggunaan Internet
1. TrioBM2u.blogspot.com
Peraturan Makmal
Contoh Peraturan Makmal Komputer
Peraturan makmal diwujudkan untuk:
Memaksimumkan penggunaan
Meminimumkan risiko penyelewengan dan kerosakan
Mewujudkan suasana yang selamat dan selesa untuk pengajaran dan pembelajaran
Panduan untuk penggunaan ramai.
Berikut adalah beberapa peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua pengguna makmal
komputer:
Dilarang membawa beg, makanan atau minuman ke dalam makmal.
Dilarang membawa sebarang cakera perisian luar ke dalam makmal kecuali
dengan keizinan Penyelaras ICT.
Disket dari luar boleh dibawa masuk tetapi hendaklah diimbas terlebih dahulu.
Dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian dari makmal
kecuali dengan keizinan Penyelaras ICT.
Pelajar dilarang melaraskan pendingin hawa.
Tidak dibenarkan memakai kasut di dalam makmal.
Pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal tanpa guru pengawas.
Semua pengguna komputer adalah dilarang sama sekali mengusik atau
mengubah sebarang sambungan wayar pada komputer.
Jika terdapat sebarang bunyi yang ganjil, bau benda terbakar, bahagian
komputer terlalu panas atau sebarang yang disyaki tidak normal, laporkan
segera kepada guru yang bertugas. Padamkan mana-mana suis yang perlu.
Laporkan sebarang kerosakan perkakasan atau perisian kepada guru yang
bertugas.
Tidak dibenarkan membawa liquid paper.
2. TrioBM2u.blogspot.com
Dilarang membuat bising di dalam makmal.
Dilarang mencetak, mengedar dan menampal bahan yang mengandungi unsur
lucah, menghina atau menfitnah pihak tetrtentu.
Dilarang mengubah sebarang settings dalam komputer.
Dilarang mengubah atau menambah perisian dan perkakasan.
Semua hasil kerja hendaklah disimpan dalam disket dan tidak boleh disimpan
dalam cakera keras.
Peralatan seperti LCD dan printer hanya boleh dikendalikan oleh guru.
Guru yang bertanggungjawab membawa pelajar atau kelas ke makmal komputer
hendaklah merekod penggunaannya dalam buku log makmal.
Pengguna hendaklah merekod penggunaan buku log komputer.
Pengguna hendaklah sentiasa menjaga kebersihan Makmal Komputer.
Sistem Fail
Pekeliling
Pekeliling yang berkaitan dengan program ICT Kementerian Pelajaran Malaysia (
lihat folder Pekeliling )
Surat menyurat
Surat-surat yang berkaitan dengan ICT sekolah dari pihak kementerian, jabatan,
pejabat pelajaran daerah mahupun dari syarikat luar/swasta.
Surat dari sekolah hal-hal berkaitan ICT
Perkembangan Staff
Laporan perkembangan staff/’in-house training’ yang diadakan.
Senarai kehadiran perkembangan staff/’in-house training’
Jadual waktu penggunaan
Jadual waktu penggunaan makmal komputer untuk tahun semasa.
Fail mesyuarat
Minit mesyuarat yang dijalankan atau yang dihadiri.
Minit curai mesyuarat
3. TrioBM2u.blogspot.com
INVENTORI
Buku stok/rekod bekalan pejabat
Buku stok/rekod bekalan pejabat diperolehi dari pejabat sekolah
Kad inventori (kew312)
Semua peralatan yang berada dalam makmal komputer telah didaftarkan dalam
kad inventori
Semua kad inventori yang telah diisi dengan sempurna hendaklah dimasukkan di
dalam fail tegak
Senarai inventori
Senaraikan semua peralatan yang telah didaftarkan dan dicetak serta
dipamerkan dalam fail inventori
Buku laporan penyelenggaraan
Sediakan satu buku penyelenggaraan peralatan makmal komputer dan catatkan
sekiranya ada penyelenggaran dijalankan
(Pihak Syarikat Warisan Nusa juga ada membekalkan buku penyelenggaraan
peralatan ICT – sila pastikan buku tersebut berada dalam makmal komputer
sepanjang masa dan senang diakses.)
Buku pinjaman alatan
Sila sediakan buku pinjaman jika ada individu yang bercadang menggunakan
peralatan ICT di luar makmal komputer
Label
Labelkan semua peralatan ICT dalam makmal komputer mengikut daftar
inventori yang telah dibuat
PENGGUNAAN MAKMAL
Rekod penggunaan makmal
Sila pastikan rekod penggunaan makmal diisi oleh guru-guru dan
murid/pelajar sepanjang masa
Rekod penggunaan Komputer
Semua komputer diletakkan buku rekod penggunaan dan pengguna
dimestikan mengisi rekod
Rekod Penggunaan Bahan
Sediakan juga rekod penggunaan bahan yang berada dalam makmal
Rekod buku pelawat
Setiap pelawat yang mengunjungi makmal diminta mengisi buku pelawat
4. TrioBM2u.blogspot.com
KESELAMATAN
Peralatan
Dilarang memasang atau membaiki sendiri komputer atau peralatan
yang ada tanpa kebenaran dan penyeliaan penyelaras ICT
Dilarang memasang perisian pihak ketiga seperti screen servers,
perisian utility untuk mengelakan perubahan konfigurasi sistem.
Perubahan ini mungkin akan menjejaskan aplikasi yang dipasang.
Dilarang mematikan pelayan atau perkakasan rangkaian yang telah
dipasang supaya operasi tidak terganggu.
Dilarang mematikan penghawa dingin di Bilik Pelayan supaya tahap
kepanasan dan pemeluwapan tidak berlaku
Dilarang membuka atau mengalih perkakasan dari tempat asal tanpa
penyeliaan Penyelaras ICT untuk mengelakan kerosakan disebabkan
oleh salah pengendalian
Dilarang menyerkup komputer semasa kuasa dihidupkan untuk
mengelakan terlampau panas.
Plan kecemasan
Pelan pengosongan bangunan perlu dipamerkan dalam Makmal
Komputer.
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN
KESELAMATAN FIZIKAL SECARA UMUM
Kunci :
Setiap kunci perlu dilabel dengan jelas
Kunci disimpan oleh Pengetua atau Guru Besar dan Penyelaras
ICT sahaja.
Buku log untuk rekodkan pengguna kunci.
Akses Pelawat :
Hanya mereka yang diberi kuasa sahaja dibenarkan memasuki
bilik berkenaan, khasnya bilik Pelayan.
Penyelaras ICT mesti menemani pelawat mengunjungi bilik
bawah kawalan beliau.
Elektrik :
Pastikan Bilik Pelayan berada dalam bagunan perlindungan
pengalir kilat.
5. TrioBM2u.blogspot.com
Setiap komputer dan pelayan perlu dilindungi oleh satu alat
Uninterupted Power Supply
Peralatan ICT perlu dilindungi oleh pencegah kilat.
Label
Setiap peralatan dan kabel perlu dilabel.
Pencegahan Kebakaran
Setiap bilik pelayan, makmal, pusat sumber yang ada komputer
perlu mempunyai alat bantuan awal pemadam api jenis CO2.
Setiap pengesan kebakaran perlu dipasang dan sentiasa berada
dalam keadaan baik.
Makanan
Dilarang membawa masuk makanan dan minuman ke dalam
Bilik Pelayan.
KESELAMATAN FIZIKAL TAMBAHAN DI BILIK PELAYAN (SERVER ROOM)
Bilik
Bilik Pelayan hendaklah sentiasa berkunci
Kunci
Buku log untuk rekodkan pengguna kunci
Akses Pelawat
Hanya mereka yang diberi kuasa sahaja dibenarkan memasuki
bilik Pelayan.
Setiap pelawat dikehendaki mengisi buku log kawalan akses.
Contoh maklumat yang dicatat termasuk tarikh, masa, nama,
nombor Kad Pengenalan, jabatan, jawatan, tujuan lawatan,
masa masuk dan masa keluar serta masukan ruangan catatan
jika perlu.
Penyelaras ICT mesti menemani pelawat yang mengunjungi bilik
Pelayan setiap masa.
Elektrik
Setiap pelayan perlu dilindungi oleh satu alat Uninterupted
Power Supply.
Pastikan pelayan tidak berada betul-betul di bawah alat
penghawa dingin.
6. TrioBM2u.blogspot.com
Alat Penghawa Dingin
Setiap bilik pelayan perlu dipasang dengan sekurang-kurangnya
dua (2) unit alat penghawa dingin yang berfungsi secara bergilir-
gilir selama 24 jam. Sekiranya penghawa dingin tidak berfungsi
atau sekiranya dibekalkan dengan satu unit alat penghawa
dingin sahaja, pelayan hendaklah shutdown apabila tidak
diguna.
KESELAMATAN FIZIKAL TAMBAHAN DI MAKMAL KOMPUTER
Akses
Hanya mereka yang diberi kuasa sahaja dibenarkan memasuki Makmal
Komputer. Penggunaan makmal perlu diselia sepenuh masa dan
direkodkan dalam buku log termasuk penggunaan peralatan dan
internet.
Elektrik
Pastikan semua punca elektrik bagi semua peralatan dimatikan sebelum
meninggalkan makmal
Alat Penghawa Dingin
Setiap Makmal Komputer perlu dilengkapi alat penghawa dingin.
KECERIAAN
Plan Makmal
Sediakan pelan lokasi setiap komputer dan lain-lain peralatan di Makmal
Komputer
Gambarajah infrastruktur teknikal (Bilik Pelayan dan Makmal Komputer)
perlu didokumenkan dan dipamerkan. Susun atur perkakasan dalam
makmal hendaklah mengikut pelan lokasi yang dipamerkan. Sebarang
perubahan tidak dibenarkan kecuali dengan kebenaran pihak
pentadbiran sekolah.
Susun atur (kreativiti)
Susun atur perkakas dalam makmal komputer hendaklah mengikut
kreativiti sendiri dan tidak menghalang peralatan yang penting dalam
makmal tersebut.
Dilarang mengubah tempat dan kedudukan komputer sepertimana yang
telah ditetapkan dalam pelan asal makmal komputer.
7. TrioBM2u.blogspot.com
Sudut Pembelajaran
Terpulang kepada penyelaras untuk menyediakan Sudut Pembelajaran
mengikut subjek tertentu atau seperti yang diarahkan dalam subjek ICTL
(sekolah rendah sahaja)
Kebersihan
Kebersihan dalam makmal perlu diutamakan terutama peralatan-
peralatan komputer.
Boleh melantik murid/pelajar yang bertanggungjawab untuk
menguruskan kebersihan dalam makmal komputer.
ETIKA PENGGUNAAN INTERNET
Penggunaan Internet perlu mengambil maklum bahawa adalah menjadi kesalahan
untuk:
1. Menyalur sebarang bahan haram, lucah, mengancam, menekan, mengugut,
menghina, memfitnah atau menabur perasaan benci sesama rakyat Malaysia
atau luar negara.
2. Menggalakkan perilaku yang boleh menyebabkan kekacauan dan ketegangan
di dalam dan di luar negara serta perlanggaran undang-undang Malaysia dan
antarabangsa.
3. Menganjur perbuatan yang boleh membahayakan individu, organisasi atau
masyarakat secara keseluruhannya.
4. Menggalak, membangun atau menjalankan aktiviti haram seperti skim cepat
kaya, skim pyramid dan surat berantai dan lain-lain aktiviti yang dilarang oleh
Perlembagaan Malaysia.
5. E-mel
5.1 Menghantar iklan yang tidak dikehendaki ( unsolicited advertisement/
spam ) atau sebarang bentuk amalan perdagangan yang mengelirukan (
deceptive marketing).
5.2 Melakukan pengeboman e-mel ( mail bombing), iaitu secara sengaja
membenjiri e-mel seseorang dengan menghantar e-mel yang sama atau
bersaiz besar.
5.3 Menghantar mesej yang sama atau serupa kepada banyak kumpulan
berita ( newsgroup ). Perbuatan ini juga dikenali sebagai newsgroup
spam.
5.4 Memalsukan e-mel ( forged header ) bagi tujuan mengelirukan penerima.
5.5 Melakukan aktiviti haram seperti mengambil, menyimpan dan mengedar
harta intelek, paten, rahsia perdagangan atau bahan yang dilindungi hak
8. TrioBM2u.blogspot.com
ciptanya atau bahan yang salah di sisi undang-undang negara dan
antarabangsa.
5.6 Menceroboh ( hacking ) sistem pengguna individu, kumpulan atau
organisasi yang lain. Perbuatan berikut dianggap sebagai pencerohohan:
a) Memasuki secara haram atau menyebabkan kesulitan kepada
komputer atau rangkaian komputer milik orang lain.
b) Menghalang identity pengesahan pengguna atau cirri-ciri
keselamatan mana-mana komputer atau rangkaian milik orang lain.
c) Menyebabkan gangguan perkhidmatan kepada komputer host ( to
crash the host ).
5.7 Memberi maklumat yang salah dan tidak benar pada sebarang borang,
kontrak atau permohonan atas talian, termasuk memalsukan nombor kad
kredit.
5.8 Melaksanakan sebarang bentuk pemantauan rangkaian ( network
monitoring ) bagi mencuri atau memintas data yang bukan ditujukan
kepadanya.