SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 5
KPT 6044
PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB
SESI 2013/2014

TUGASAN 1: ULASAN JURNAL

TAJUK:
PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PENGAJARANPEMBELAJARAN DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH
MENENGAH: SATU KAJIAN KES DI PULAU PINANG

NAMA PENSYARAH:
DR.JESSNOR ELMY BINTI MAT JIZAT

DISEDIAKAN OLEH:
MOHD FADLI BIN HASAN (M20122001390)
DATE: 25 OKT 2013 (JUMAAT)

1
Pengenalan
Perkembangan teknologi tinggi kini memungkinkan informasi bergerak tanpa had dan
sempadan. Segalan-galanya boleh didapati dengan segera dan pantas melalui media
elektronik.Kemajuan canggih yang mampu menjimatkan masa dan penggunaan tenaga malah
memudahkan pemindahan dan tranformasi maklumat ini bergerak dan berlaku dalam ruang
siber atau maya yang tiada lokasinya kini semakin menjadi realiti dalam dunia pendidikan di
Malaysia (Azwan dan Rozita, 2002).
Definisi ‘e-learning’ ini seringkali berubah-ubah selaras dengan kemajuan teknologi
pada masa kini.Bagaimanapun secara umumnya, ‘e-learning’ adalah sebarang pengajaran dan
pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN atau internet) untuk
penyampaian isi kandungan, interaksi ataupun permudahcaraan (Jaya Kumar, 2002).
Faharol Razi (1998) menyatakan istilah Komputer Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran diambil daripada istilah asalnya dalam Bahasa Inggeris iaitu Computer-Based
Instruction (CBI) yang bermaksud pengajaran terancang berasaskan komputer.
Criswell (1989) pula mendefinisikan Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan
Komputer (PPBK) sebagai penggunaan komputer dalam menyampaikan bahan pengajaran
dan melibatkan pelajar secara aktif serta membolehkan maklum balas.

Persoalan Kajian
Jurnal ini menjelaskan terdapat 12 persoalan yang hendak dikaji untuk kajian ini, iaitu :1. Adakah penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran berbeza mengikut
jantina?
2. Adakah penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran berbeza mengikut
umur?
3. Adakah penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran berbeza mengikut
mata pelajaran major?
4. Adakah pengetahuan mempengaruhi penggunaan komputer dalam pengajaran dan
pembelajaran?
5. Adakah sikap mempengaruhi penggunaan komputer dalam pengajaran dan
pembelajaran?
2
6. Adakah personaliti mempengaruhi penggunaan komputer dalam pengajaran dan
pembelajaran?
7. Adakah sokongan organisasi mempengaruhi penggunaan komputer dalam pengajaran
dan pembelajaran?
8. Adakah faedah relatif mempengaruhi penggunaan komputer dalam pengajaran dan
pembelajaran?
Kaedah Kajian
Jurnal ini mengulas bahawa pengkaji menggunakan kaedah tinjauan dimana borang
soal selidik berstruktur digunakan sebagai instrument utama kajian ini. Rekabentuk kajian
yang digunakan adalah berbentuk deskriptif dan kuantitatif.
Sampel kajian terdiri daripada guru-guru yang dipilih dari tiga buah sekolah
menengah dalam daerah Timur Laut Pulau Pinang iaitu SMK Datuk Hj. Mohd.Nor Ahmad
(Gelugor), SMK Bukit Gambir (Bukit Gambir) dan SMK Abdullah Munshi (Jalan P.
Ramlee).
Sebanyak 5 borang soal selidik telah ditolak oleh pengkaji kerana didapati tidak
lengkap menjadikan jumlah sampel sebenar ialah 161 daripada 184 borang soal selidik yang
diedarkan sebanyak 166 borang soal selidik telah dikembalikan.
Dapatan Kajian
Jurnal ini menjelaskan dapatan kajian yang telah dijalankan iaitu:Hasil kajian menunjukkan bahawa lebih ramai guru wanita berbanding lelaki dimana
bilangan responden perempuan ialah 109 orang manakala bilangan responden lelaki hanya 52
orang.
Taburan kekerapan tertinggi bagi umur adalah bagi kategori 26 hingga 35 tahun iaitu
seramai 68 orang diikuti oleh kategori umur antara 36-45 tahun iaitu seramai 56 orang dan
kategori umur lebih 45 tahun adalah seramai 28 orang. Cuma 9 orang yang berumur kurang
dari 26 tahun.
Taburan kekerapan bagi mata pelajaran major yang diajar pula menunjukkan
responden yang mengajar subjek Matematik dan Bahasa Inggeris mencatatkan bilangan
responden yang sama iaitu masing-masing seramai 23 orang diikuti dengan 22 responden
3
yang mengajar subjek sains, 19 responden yang mengajar subjek Bahasa Melayu dan 15
responden yang mengajar subjek sejarah. Baki 59 responden lagi merupakan mereka yang
dikategorikan sebagai mengajar subjek lain-lain seperti subjek Pendidikan Islam, Geografi,
Kemahiran Hidup, Ekonomi dan Pendidikan Jasmani.
Terdapat perhubungan yang signifikan antara pengetahuan dan penggunaan komputer
dalam pengajaran dan pembelajaran di mana nilai r = 0.534 dan P = 0.001. Korelasi antara
kedua-dua pembolehubah ini juga didapati positif. Berdasarkan Hair et al. (2003), tahap
kekuatan hubungan ini adalah pada tahap sederhana. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa
faktor

pengetahuan

mempengaruhi

penggunaan

komputer

dalam

pengajaran

dan

pembelajaran iaitu lebih tinggi pengetahuan seseorang, lebih tinggi penggunaan komputer
dalam pengajaran dan pembelajaran.Justeru itu, hipotesis H4 diterima.Dapatan ini juga
adalah selaras dengan kajian yang dijalankan oleh Kazlauskas (1995) yang mendapati faktor
pengetahuan dalam kalangan guru mempengaruhi penggunaan komputer di sekolah.
Terdapat perhubungan yang signifikan antara sikap dan penggunaan komputer dalam
pengajaran dan pembelajaran di mana nilai r = 0.433 dan P = 0.001. Di samping itu, korelasi
antara kedua-dua pembolehubah ini adalah positif.Berdasarkan Hair et al. 2003 dan Babin,
tahap kekuatan hubungan ini adalah pada tahap sederhana.Oleh itu, dapat disimpulkan
bahawa faktor sikap mempengaruhi penggunaan komputer dalam pengajaran dan
pembelajaran iaitu sikap yang positif terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran dan
pembelajaran mempengaruhi penggunaannya.Justeru itu, hipotesis H5 diterima. Selain itu, ini
juga adalah bertepatan dengan pendapat Zulkifli dan Raja Maznah (1994) yang mengatakan
sikap terhadap komputer adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada penerimaan
guru-guru terhadap penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Terdapat perhubungan yang signifikan antara personaliti dan penggunaan komputer
dalam pengajaran dan pembelajaran di mana nilai r = 0.495 dan P = 0.001. Di samping itu,
korelasi antara kedua-dua pembolehubah ini juga adalah positif. Berdasarkan Hair et al.
(2003), tahap kekuatan hubungan ini adalah padatahap sederhana. Oleh itu, dapat
disimpulkan bahawa faktor personaliti mempengaruhi penggunaan komputer dalam
pengajaran dan pembelajaran iaitu personaliti yang positif terhadap penggunaan komputer
dalam pengajaran dan pembelajaran mempengaruhi penggunaannya.Justeru itu, hipotesis H6
diterima. Keputusan ini juga adalah sejajar dengan dapatan kajian oleh Chin Yoon Poh et. al.

4
(2000) yang mendapati faktor personaliti mempengaruhi tahap persetujuan guru pelatih
terhadap penggunaan komputer.
Terdapat perhubungan yang signifikan antara sokongan organisasi dan penggunaan
komputer dalam pengajaran dan pembelajaran di mana nilai r = 0.463 dan P = 0.001. Di
samping itu, korelasi antara kedua-dua pembolehubah ini juga adalah positif. Berdasarkan
Hair et al. (2003), tahap kekuatan hubungan ini adalah pada tahap sederhana. Oleh itu, dapat
disimpulkan bahawa faktor organisasi mempengaruhi penggunaan komputer dalam
pengajaran dan pembelajaran iaitu sokongan organisasi yang positif terhadap penggunaan
komputer dalam pengajaran dan pembelajaran mempengaruhi penggunaannya.Justeru itu,
hipotesis H7 diterima.Ini adalah selaras dengan pandangan Lucas (1986) yang menyatakan
bahawa sokongan daripada pihak organisasi seperti daripada pengurusan atasan dan sumbersumber organisasi yang mencukupi mempunyai perkaitan dengan kejayaan untuk
melaksanakan penggunaan teknologi maklumat di dalam sesebuah organisasi.
Terdapat perhubungan yang signifikan antara faedah relatif dan penggunaan komputer
dalam pengajaran dan pembelajaran di mana nilai r = 0.359 dan P = 0.001. Di samping itu,
korelasi antara kedua-dua pembolehubah ini juga adalah positif. Berdasarkan Hair et al.
(2003), tahap kekuatan hubungan ini adalah pada tahap rendah. Namun begitu, dapat juga
disimpulkan bahawa faktor faedah relatif mempengaruhi penggunaan komputer dalam
pengajaran dan pembelajaran iaitu sikap positif terhadap faedah relatif komputer dalam
pengajaran dan pembelajaran mempengaruhi penggunaannya.Justeru itu, hipotesis H8
diterima.Keputusan ini adalah selaras dengan kajian oleh Hahn dan Schoch (1996) yang
mendapati sikap positif terhadap faedah relatif penerbitan elektronik mempengaruhi
penerimaan penggunaannya.
Kesimpulan
Secara umumnya dapatlah dirumuskan bahawa faktor pengetahuan, sikap, sifat-sifat
inovasi, personaliti guru, dan sokongan organisasi amat mempengaruhi penerimaan dan
penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru-guru.Di
samping itu faktor demografi seperti jantina, umur dan mata pelajaran major yang diajar
didapati tidak mempengaruhi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.

5

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Ulasan jurnal e learning
Ulasan jurnal e learningUlasan jurnal e learning
Ulasan jurnal e learningronaroni1706
 
blended learning.pdf
blended learning.pdfblended learning.pdf
blended learning.pdfdaniamri1982
 
Kajian mengenai penggunaan e pembelajaran di kalangan
Kajian mengenai penggunaan e pembelajaran di kalanganKajian mengenai penggunaan e pembelajaran di kalangan
Kajian mengenai penggunaan e pembelajaran di kalanganKatherine Kho Lin
 
Kepercayaan guru terhadap matematik
Kepercayaan guru terhadap matematikKepercayaan guru terhadap matematik
Kepercayaan guru terhadap matematikfae_eyzah
 
Slide presentasi karya ilmiah
Slide presentasi karya ilmiahSlide presentasi karya ilmiah
Slide presentasi karya ilmiahFeralia Eka Putri
 
Artikel Keefektifan Blended Learning
Artikel Keefektifan Blended LearningArtikel Keefektifan Blended Learning
Artikel Keefektifan Blended LearningMone Masyhudin
 

Mais procurados (7)

Ulasan jurnal e learning
Ulasan jurnal e learningUlasan jurnal e learning
Ulasan jurnal e learning
 
blended learning.pdf
blended learning.pdfblended learning.pdf
blended learning.pdf
 
Kajian mengenai penggunaan e pembelajaran di kalangan
Kajian mengenai penggunaan e pembelajaran di kalanganKajian mengenai penggunaan e pembelajaran di kalangan
Kajian mengenai penggunaan e pembelajaran di kalangan
 
Abstrak
AbstrakAbstrak
Abstrak
 
Kepercayaan guru terhadap matematik
Kepercayaan guru terhadap matematikKepercayaan guru terhadap matematik
Kepercayaan guru terhadap matematik
 
Slide presentasi karya ilmiah
Slide presentasi karya ilmiahSlide presentasi karya ilmiah
Slide presentasi karya ilmiah
 
Artikel Keefektifan Blended Learning
Artikel Keefektifan Blended LearningArtikel Keefektifan Blended Learning
Artikel Keefektifan Blended Learning
 

Semelhante a ULASAN JURNAL KPT 6044 (2013)

Pembinaan Instrumen Penilaian Pembelajaran Interaktif dalam Kalangan Tenaga P...
Pembinaan Instrumen Penilaian Pembelajaran Interaktif dalam Kalangan Tenaga P...Pembinaan Instrumen Penilaian Pembelajaran Interaktif dalam Kalangan Tenaga P...
Pembinaan Instrumen Penilaian Pembelajaran Interaktif dalam Kalangan Tenaga P...Mohd Azmir Mohd Nizah
 
Ulasan jurnal kpt6044
Ulasan jurnal kpt6044 Ulasan jurnal kpt6044
Ulasan jurnal kpt6044 zailaamir
 
Ulasan jurnal kpt6044
Ulasan jurnal kpt6044Ulasan jurnal kpt6044
Ulasan jurnal kpt6044zailaamir
 
Ulasan jurnal KPT6044
Ulasan jurnal KPT6044Ulasan jurnal KPT6044
Ulasan jurnal KPT6044zailaamir
 
Ulasan jurnal kpt6044
Ulasan jurnal kpt6044Ulasan jurnal kpt6044
Ulasan jurnal kpt6044zailaamir
 
Ulasan jurnal pendidikan
Ulasan jurnal pendidikanUlasan jurnal pendidikan
Ulasan jurnal pendidikanpeningla
 
TUGASAN 1 - ANALISIS JURNAL e-PEMBELAJARAN (KPT 6044)
TUGASAN 1 - ANALISIS JURNAL e-PEMBELAJARAN (KPT 6044)TUGASAN 1 - ANALISIS JURNAL e-PEMBELAJARAN (KPT 6044)
TUGASAN 1 - ANALISIS JURNAL e-PEMBELAJARAN (KPT 6044)zalizakpt6044
 
T8: Penulisan Dapatan Kajian e-learning
T8: Penulisan Dapatan Kajian e-learningT8: Penulisan Dapatan Kajian e-learning
T8: Penulisan Dapatan Kajian e-learningGovernment
 
Hubungan antara tahap kesediaan pembelajaran arahan kendiri dengan tahap peng...
Hubungan antara tahap kesediaan pembelajaran arahan kendiri dengan tahap peng...Hubungan antara tahap kesediaan pembelajaran arahan kendiri dengan tahap peng...
Hubungan antara tahap kesediaan pembelajaran arahan kendiri dengan tahap peng...Tembuakar Corp
 
(tugasan kumpulan) Artikel persepsi pelajar terhadap pembelajaran atas talian
(tugasan kumpulan) Artikel persepsi pelajar terhadap pembelajaran atas talian(tugasan kumpulan) Artikel persepsi pelajar terhadap pembelajaran atas talian
(tugasan kumpulan) Artikel persepsi pelajar terhadap pembelajaran atas talianAidaNabila7
 
THE IMPACT OF MOTIVATION AND SOCIAL INTERACTION ON THE E-LEARNING AT ARAB OPE...
THE IMPACT OF MOTIVATION AND SOCIAL INTERACTION ON THE E-LEARNING AT ARAB OPE...THE IMPACT OF MOTIVATION AND SOCIAL INTERACTION ON THE E-LEARNING AT ARAB OPE...
THE IMPACT OF MOTIVATION AND SOCIAL INTERACTION ON THE E-LEARNING AT ARAB OPE...nurulhudanasarrudin88
 
TAHAP PENGGUNAAN MEDIA KOMPUTER DALAM PENGAJARAN
TAHAP PENGGUNAAN MEDIA KOMPUTER DALAM PENGAJARAN TAHAP PENGGUNAAN MEDIA KOMPUTER DALAM PENGAJARAN
TAHAP PENGGUNAAN MEDIA KOMPUTER DALAM PENGAJARAN Shemila Elaine Ambrose
 
Model dan strategi Blended learning and flipped classroom
Model dan strategi Blended learning and flipped classroomModel dan strategi Blended learning and flipped classroom
Model dan strategi Blended learning and flipped classroomhimabioummy
 
Model dan strategi Blended learning and flipped classroom
Model dan strategi Blended learning and flipped classroomModel dan strategi Blended learning and flipped classroom
Model dan strategi Blended learning and flipped classroomhimabioummy
 
Kepercayaan guru terhadap matematik
Kepercayaan guru terhadap matematikKepercayaan guru terhadap matematik
Kepercayaan guru terhadap matematikfae_eyzah
 
Persepsi pelajar terhadap pembelajaran atas talian
Persepsi pelajar terhadap pembelajaran atas talianPersepsi pelajar terhadap pembelajaran atas talian
Persepsi pelajar terhadap pembelajaran atas talianAidaNabila7
 

Semelhante a ULASAN JURNAL KPT 6044 (2013) (20)

Pembinaan Instrumen Penilaian Pembelajaran Interaktif dalam Kalangan Tenaga P...
Pembinaan Instrumen Penilaian Pembelajaran Interaktif dalam Kalangan Tenaga P...Pembinaan Instrumen Penilaian Pembelajaran Interaktif dalam Kalangan Tenaga P...
Pembinaan Instrumen Penilaian Pembelajaran Interaktif dalam Kalangan Tenaga P...
 
Ulasan jurnal kpt6044
Ulasan jurnal kpt6044 Ulasan jurnal kpt6044
Ulasan jurnal kpt6044
 
Ulasan jurnal kpt6044
Ulasan jurnal kpt6044Ulasan jurnal kpt6044
Ulasan jurnal kpt6044
 
Ulasan jurnal KPT6044
Ulasan jurnal KPT6044Ulasan jurnal KPT6044
Ulasan jurnal KPT6044
 
Ulasan jurnal kpt6044
Ulasan jurnal kpt6044Ulasan jurnal kpt6044
Ulasan jurnal kpt6044
 
Ulasan jurnal pendidikan
Ulasan jurnal pendidikanUlasan jurnal pendidikan
Ulasan jurnal pendidikan
 
TUGASAN 1 - ANALISIS JURNAL e-PEMBELAJARAN (KPT 6044)
TUGASAN 1 - ANALISIS JURNAL e-PEMBELAJARAN (KPT 6044)TUGASAN 1 - ANALISIS JURNAL e-PEMBELAJARAN (KPT 6044)
TUGASAN 1 - ANALISIS JURNAL e-PEMBELAJARAN (KPT 6044)
 
Ringkasan article
Ringkasan articleRingkasan article
Ringkasan article
 
T8: Penulisan Dapatan Kajian e-learning
T8: Penulisan Dapatan Kajian e-learningT8: Penulisan Dapatan Kajian e-learning
T8: Penulisan Dapatan Kajian e-learning
 
Hubungan antara tahap kesediaan pembelajaran arahan kendiri dengan tahap peng...
Hubungan antara tahap kesediaan pembelajaran arahan kendiri dengan tahap peng...Hubungan antara tahap kesediaan pembelajaran arahan kendiri dengan tahap peng...
Hubungan antara tahap kesediaan pembelajaran arahan kendiri dengan tahap peng...
 
(tugasan kumpulan) Artikel persepsi pelajar terhadap pembelajaran atas talian
(tugasan kumpulan) Artikel persepsi pelajar terhadap pembelajaran atas talian(tugasan kumpulan) Artikel persepsi pelajar terhadap pembelajaran atas talian
(tugasan kumpulan) Artikel persepsi pelajar terhadap pembelajaran atas talian
 
THE IMPACT OF MOTIVATION AND SOCIAL INTERACTION ON THE E-LEARNING AT ARAB OPE...
THE IMPACT OF MOTIVATION AND SOCIAL INTERACTION ON THE E-LEARNING AT ARAB OPE...THE IMPACT OF MOTIVATION AND SOCIAL INTERACTION ON THE E-LEARNING AT ARAB OPE...
THE IMPACT OF MOTIVATION AND SOCIAL INTERACTION ON THE E-LEARNING AT ARAB OPE...
 
TAHAP PENGGUNAAN MEDIA KOMPUTER DALAM PENGAJARAN
TAHAP PENGGUNAAN MEDIA KOMPUTER DALAM PENGAJARAN TAHAP PENGGUNAAN MEDIA KOMPUTER DALAM PENGAJARAN
TAHAP PENGGUNAAN MEDIA KOMPUTER DALAM PENGAJARAN
 
Model dan strategi Blended learning and flipped classroom
Model dan strategi Blended learning and flipped classroomModel dan strategi Blended learning and flipped classroom
Model dan strategi Blended learning and flipped classroom
 
penulisan dapatan kajian e-learning
penulisan dapatan kajian e-learningpenulisan dapatan kajian e-learning
penulisan dapatan kajian e-learning
 
Model dan strategi Blended learning and flipped classroom
Model dan strategi Blended learning and flipped classroomModel dan strategi Blended learning and flipped classroom
Model dan strategi Blended learning and flipped classroom
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 
TUGASAN 5
TUGASAN 5 TUGASAN 5
TUGASAN 5
 
Kepercayaan guru terhadap matematik
Kepercayaan guru terhadap matematikKepercayaan guru terhadap matematik
Kepercayaan guru terhadap matematik
 
Persepsi pelajar terhadap pembelajaran atas talian
Persepsi pelajar terhadap pembelajaran atas talianPersepsi pelajar terhadap pembelajaran atas talian
Persepsi pelajar terhadap pembelajaran atas talian
 

Último

SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.pptSEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.pptAlfandoWibowo2
 
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxNurindahSetyawati1
 
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASMATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASbilqisizzati
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxJuliBriana2
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)MustahalMustahal
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptnabilafarahdiba95
 
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdfModul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdfKartiniIndasari
 
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfKanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfAkhyar33
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDNurainiNuraini25
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"baimmuhammad71
 
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfMAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfChananMfd
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxdeskaputriani1
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...pipinafindraputri1
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxSlasiWidasmara1
 
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxDEAAYUANGGREANI
 
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaIntegrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdfanitanurhidayah51
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxssuser35630b
 

Último (20)

SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.pptSEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
 
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
 
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASMATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
 
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdfModul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
 
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfKanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
 
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfMAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
 
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
 
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaIntegrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 

ULASAN JURNAL KPT 6044 (2013)

  • 1. KPT 6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB SESI 2013/2014 TUGASAN 1: ULASAN JURNAL TAJUK: PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PENGAJARANPEMBELAJARAN DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH: SATU KAJIAN KES DI PULAU PINANG NAMA PENSYARAH: DR.JESSNOR ELMY BINTI MAT JIZAT DISEDIAKAN OLEH: MOHD FADLI BIN HASAN (M20122001390) DATE: 25 OKT 2013 (JUMAAT) 1
  • 2. Pengenalan Perkembangan teknologi tinggi kini memungkinkan informasi bergerak tanpa had dan sempadan. Segalan-galanya boleh didapati dengan segera dan pantas melalui media elektronik.Kemajuan canggih yang mampu menjimatkan masa dan penggunaan tenaga malah memudahkan pemindahan dan tranformasi maklumat ini bergerak dan berlaku dalam ruang siber atau maya yang tiada lokasinya kini semakin menjadi realiti dalam dunia pendidikan di Malaysia (Azwan dan Rozita, 2002). Definisi ‘e-learning’ ini seringkali berubah-ubah selaras dengan kemajuan teknologi pada masa kini.Bagaimanapun secara umumnya, ‘e-learning’ adalah sebarang pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN atau internet) untuk penyampaian isi kandungan, interaksi ataupun permudahcaraan (Jaya Kumar, 2002). Faharol Razi (1998) menyatakan istilah Komputer Dalam Pengajaran dan Pembelajaran diambil daripada istilah asalnya dalam Bahasa Inggeris iaitu Computer-Based Instruction (CBI) yang bermaksud pengajaran terancang berasaskan komputer. Criswell (1989) pula mendefinisikan Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) sebagai penggunaan komputer dalam menyampaikan bahan pengajaran dan melibatkan pelajar secara aktif serta membolehkan maklum balas. Persoalan Kajian Jurnal ini menjelaskan terdapat 12 persoalan yang hendak dikaji untuk kajian ini, iaitu :1. Adakah penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran berbeza mengikut jantina? 2. Adakah penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran berbeza mengikut umur? 3. Adakah penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran berbeza mengikut mata pelajaran major? 4. Adakah pengetahuan mempengaruhi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran? 5. Adakah sikap mempengaruhi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran? 2
  • 3. 6. Adakah personaliti mempengaruhi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran? 7. Adakah sokongan organisasi mempengaruhi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran? 8. Adakah faedah relatif mempengaruhi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran? Kaedah Kajian Jurnal ini mengulas bahawa pengkaji menggunakan kaedah tinjauan dimana borang soal selidik berstruktur digunakan sebagai instrument utama kajian ini. Rekabentuk kajian yang digunakan adalah berbentuk deskriptif dan kuantitatif. Sampel kajian terdiri daripada guru-guru yang dipilih dari tiga buah sekolah menengah dalam daerah Timur Laut Pulau Pinang iaitu SMK Datuk Hj. Mohd.Nor Ahmad (Gelugor), SMK Bukit Gambir (Bukit Gambir) dan SMK Abdullah Munshi (Jalan P. Ramlee). Sebanyak 5 borang soal selidik telah ditolak oleh pengkaji kerana didapati tidak lengkap menjadikan jumlah sampel sebenar ialah 161 daripada 184 borang soal selidik yang diedarkan sebanyak 166 borang soal selidik telah dikembalikan. Dapatan Kajian Jurnal ini menjelaskan dapatan kajian yang telah dijalankan iaitu:Hasil kajian menunjukkan bahawa lebih ramai guru wanita berbanding lelaki dimana bilangan responden perempuan ialah 109 orang manakala bilangan responden lelaki hanya 52 orang. Taburan kekerapan tertinggi bagi umur adalah bagi kategori 26 hingga 35 tahun iaitu seramai 68 orang diikuti oleh kategori umur antara 36-45 tahun iaitu seramai 56 orang dan kategori umur lebih 45 tahun adalah seramai 28 orang. Cuma 9 orang yang berumur kurang dari 26 tahun. Taburan kekerapan bagi mata pelajaran major yang diajar pula menunjukkan responden yang mengajar subjek Matematik dan Bahasa Inggeris mencatatkan bilangan responden yang sama iaitu masing-masing seramai 23 orang diikuti dengan 22 responden 3
  • 4. yang mengajar subjek sains, 19 responden yang mengajar subjek Bahasa Melayu dan 15 responden yang mengajar subjek sejarah. Baki 59 responden lagi merupakan mereka yang dikategorikan sebagai mengajar subjek lain-lain seperti subjek Pendidikan Islam, Geografi, Kemahiran Hidup, Ekonomi dan Pendidikan Jasmani. Terdapat perhubungan yang signifikan antara pengetahuan dan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran di mana nilai r = 0.534 dan P = 0.001. Korelasi antara kedua-dua pembolehubah ini juga didapati positif. Berdasarkan Hair et al. (2003), tahap kekuatan hubungan ini adalah pada tahap sederhana. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa faktor pengetahuan mempengaruhi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu lebih tinggi pengetahuan seseorang, lebih tinggi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.Justeru itu, hipotesis H4 diterima.Dapatan ini juga adalah selaras dengan kajian yang dijalankan oleh Kazlauskas (1995) yang mendapati faktor pengetahuan dalam kalangan guru mempengaruhi penggunaan komputer di sekolah. Terdapat perhubungan yang signifikan antara sikap dan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran di mana nilai r = 0.433 dan P = 0.001. Di samping itu, korelasi antara kedua-dua pembolehubah ini adalah positif.Berdasarkan Hair et al. 2003 dan Babin, tahap kekuatan hubungan ini adalah pada tahap sederhana.Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa faktor sikap mempengaruhi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu sikap yang positif terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran mempengaruhi penggunaannya.Justeru itu, hipotesis H5 diterima. Selain itu, ini juga adalah bertepatan dengan pendapat Zulkifli dan Raja Maznah (1994) yang mengatakan sikap terhadap komputer adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada penerimaan guru-guru terhadap penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat perhubungan yang signifikan antara personaliti dan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran di mana nilai r = 0.495 dan P = 0.001. Di samping itu, korelasi antara kedua-dua pembolehubah ini juga adalah positif. Berdasarkan Hair et al. (2003), tahap kekuatan hubungan ini adalah padatahap sederhana. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa faktor personaliti mempengaruhi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu personaliti yang positif terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran mempengaruhi penggunaannya.Justeru itu, hipotesis H6 diterima. Keputusan ini juga adalah sejajar dengan dapatan kajian oleh Chin Yoon Poh et. al. 4
  • 5. (2000) yang mendapati faktor personaliti mempengaruhi tahap persetujuan guru pelatih terhadap penggunaan komputer. Terdapat perhubungan yang signifikan antara sokongan organisasi dan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran di mana nilai r = 0.463 dan P = 0.001. Di samping itu, korelasi antara kedua-dua pembolehubah ini juga adalah positif. Berdasarkan Hair et al. (2003), tahap kekuatan hubungan ini adalah pada tahap sederhana. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa faktor organisasi mempengaruhi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu sokongan organisasi yang positif terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran mempengaruhi penggunaannya.Justeru itu, hipotesis H7 diterima.Ini adalah selaras dengan pandangan Lucas (1986) yang menyatakan bahawa sokongan daripada pihak organisasi seperti daripada pengurusan atasan dan sumbersumber organisasi yang mencukupi mempunyai perkaitan dengan kejayaan untuk melaksanakan penggunaan teknologi maklumat di dalam sesebuah organisasi. Terdapat perhubungan yang signifikan antara faedah relatif dan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran di mana nilai r = 0.359 dan P = 0.001. Di samping itu, korelasi antara kedua-dua pembolehubah ini juga adalah positif. Berdasarkan Hair et al. (2003), tahap kekuatan hubungan ini adalah pada tahap rendah. Namun begitu, dapat juga disimpulkan bahawa faktor faedah relatif mempengaruhi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu sikap positif terhadap faedah relatif komputer dalam pengajaran dan pembelajaran mempengaruhi penggunaannya.Justeru itu, hipotesis H8 diterima.Keputusan ini adalah selaras dengan kajian oleh Hahn dan Schoch (1996) yang mendapati sikap positif terhadap faedah relatif penerbitan elektronik mempengaruhi penerimaan penggunaannya. Kesimpulan Secara umumnya dapatlah dirumuskan bahawa faktor pengetahuan, sikap, sifat-sifat inovasi, personaliti guru, dan sokongan organisasi amat mempengaruhi penerimaan dan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru-guru.Di samping itu faktor demografi seperti jantina, umur dan mata pelajaran major yang diajar didapati tidak mempengaruhi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. 5