SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 75
PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU




TAJUK           PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN TINGKAH LAKU                   2JAM
  1




        SINOPSIS


Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan definisi dan konsep
pengurusan tingkah laku, faktor-faktor yang mempengaruhi salah laku,
kesan salah laku terhadap pembelajaran dan kepentingan pengurusan
tingkah laku di kalangan murid-murid berkeperluan khas.


        HASIL PEMBELAJARAN


  i.      Memahami definisi dan konsep pengurusan tingkah laku secara
          mendalam.

 ii.      Menjelaskan pelbagai faktor yang menyebabkan salah laku dan
          menghuraikan kesan-kesan salah laku terhadap pembelajaran serta

 iii.     Mengenal pasti kepentingan pengurusan tingkah laku kepada
          murid-murid berkeperluan khas.




                                      1
PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU




    Kerangka Konsep Tajuk




                            1.1 Definisi dan Konsep Pengurusan Tingkah
                                Laku
                                1.1.1    Pengurusan Tingkah laku
                                1.1.2 Pengubahsuaian Tingkah
                                         laku



                            1.2   Konsep pengurusan tingkah laku
                                  1.2.1 Perspektif sejarah
                                  1.2.2 Perkembangan masa kini




Pengenalan Kepada       1.3       Faktor-faktor yang mempengaruhi salah laku
Pengurusan Tingkah                1.3.1 Keturunan
       Laku                       1.3.2 Persekitaran
                                  1.3.3 Pemakanan




                        1.4       Kesan salah laku terhadap pembelajaran
                                  1.4.1 Masalah disiplin
                                  1.4.2 Keciciran
                                  1.4.3 Gejala sosial




                        1.5.      Kepentingan pengurusan tingkah laku di
                                  kalangan murid-murid berkeperluan khas
                                  1.5.1 Pengurusan diri
                                  1.5.2 Pendtdikan
                                  1.5.3 Sosialisasi




                                      2
PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU




1.1   Definisi dan Konsep Pengurusan Tingkah Laku


Sebelum seseorang boleh memahami maksud pengurusan tingkah laku, ia
perlu memahami erti tingkah laku.          Apakah yang dimaksudkan dengan
tingkah laku?


1.1.1 Definisi Tingkah Laku
Pelbagai definisi Tingkah Laku telah diutarakan. Pada asasnya tingkah
laku merupakan apa yang seseorang cakapkan atau lakukan dan pada
keseluruhannya, tingkah laku merujuk kepada semua tindakan manusia yg
boleh diperhati, diukur & dinilai (Bear, Wolf and Risley, 1968)
.
Orang ramai mempunyai pandangan sendiri mengenai tingkah laku. Pada
umumnya         ada   berbagai-bagai         perkataan   digunakan   untuk
menggambarkan tingkah laku – „aktiviti‟, „aksi‟, „perubatan‟, „bergerak
balas‟, dan „reaksi‟ (Martin & Pear, 1996). Mengikut Miltenberger (2001),
terdapat beberapa ciri-ciri mengenai tingkah laku:



                         apa yang seseorang cakapkan
                         dan katakan

                         ada satu atau lebih dimensi
                         yang boleh diukur

                         boleh diperhati, diterangkan

                         member kesan kepada
                         persekitaran

                         dipengaruhi oleh peristiwa
                         dalam persekitaran

                         mungkin overt atau covert




                                       3
PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU


Ini bermaksud “Tingkah laku ada berbagai ragam dan berbagai laku.”
(Kamus Dewan, 1979). Walau bagaimanapun, pada keseluruhannya ada
dua jenis tingkah laku yang berbeza. Tingkah laku overt adalah tingkah
laku yang boleh diperhati dan dicatat oleh seseorang. Manakala tingkah laku
covert merupakan peristiwa peribadi dan tidak dapat diperhatikan oleh orang lain
(Bear, Wolf and Risley, 1968).


1.1.2 Definisi Pengubahsuaian Tingkah Laku


Apa pula maksud Pengurusan Tingkah Laku? “Pengurusan tingkah laku
adalah program tingkah laku yang berbentuk saintifik yang dibuat secara
analisis untuk menghasilkan perubahan tingkah laku social yang positif
bagi seorang individu”


Pengurusan tingkah laku adalah satu pendekatan intervensi aktif, di mana
pelaksana perlu melakukan beberapa perkara penting sebelum dan
semasa proses pengurusan tingkah laku dilaksanakan. Zirpoli dan Melloy
(1993) memberikan empat perkara yagn perlu dilakukan oleh pelaksana,
iaitu:


         a) Memerhati, mengukur dan menilai corak perlakuan semasa;
         b) Kenal pasti antecedent dan consequences persekitaran;
         c) Tentukan objektif tingkah laku baru; dan
         d) Bentuk pembelajaran tingkah laku baru atau baiki tingkah laku
            semasa melalui manipulasi antecedent dan consequences yang
            telah dikenal pasti.


1.2      Konsep Pengurusan Tingkah Laku
     Konsep asas pengurusan tingkah laku meliputi perkara-perkara
      berikut;
         perancangan yang rapi
         tentukan individu atau kumpulan yang bermasalah tingkah laku

                                       4
PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU


         teknik intervensi yang berkesan
         penialian secara objektif


   Beberapa perkara perlu diambil kira dengan teliti tentang murid khas
    sebelum program pengurusan tingkahlaku dilaksanakan, iaitu;
         Setiap murid adalah unik
         Tiada satu cara berkesan dalam semua keadaan bagi semua murid
         Proses intervensi akan dihadkan kecuali ianya berkaitan dengan
         keperluan dan kehendak murid.             Ini adalah disebabkan bahawa
         aspek kognitif, afektif dan psikomotor murid saling berkait.


1.2.1 Perspektif Sejarah
Pada peringkat awal, para pengkaji berpendapat bahawa tingkah laku
individu adalah disebabkan oleh kuasa dalaman seperti genetik,
kandungan kimia dalam badan dan pengalaman singkat tentang sesuatu
yang menyebabkan individu berkelakuan demikian.


Bermula dari tahun 1920-an, kajian-kajian berkaitan tingkah laku
menunjukkan faktor-faktor luaran atau persekitaran yang berlaku sebelum
atau     selepas      sesuatu    peristiwa       merangsang   seseorang   individu
mempamerkan sesuatu tingkah laku yang khusus. Pada umumnya, hasil
kajian    saintifik   pengurusan      tingkah      laku   mencadangkan    bahawa
“Kebanyakan tingkah laku adalah dipelajari. ”


Ini bermakna tingkah laku baru atau alternative boleh dipelajari pada bila-
bila masa.       Malah, tingkah laku yang negatif seperti agresif, suka
merosakkan harta benda boleh diubah kepada tingkah laku yang baru
yang lebih positif jika individu itu diberi intervensi yang dirancang dengan
teliti, sesuai dan sistematik.




                                             5
PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU


1.2.2 Perkembangan Masa Kini
      Kajian terkini yang dijalankan terhadap 'challenging behaviour'
      menunjukkan bahawa tingkah laku yang mencabar mempunyai
      fungsi dan berbentuk komunikatif.
      Carr and Durand (1985) mencadangkan bahawa seseorang perlu
      menganggap sesuatu tingkah laku itu sebagai suatu sistem
      komunikasi yang bermakna dan perlu mengkajinya dari sudut
      bentuk & kefungsiannya. Pendapat ini memberi implikasi kepada
      pengurusan dan pencegahan tingkah laku mencabar (Chalengging
      behaviour).
      Terdapat empat fungsi utama komunikasi tingkah laku mencabar.
      A. Pengelakan (avoidance)
      B. Perhatian (Attention seeking)
      C. Tingkah laku 'saya mahu' ('I want behaviour‟) dan
      D. Rangsangan Diri (Self-stimulation)




1.3   Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Salah laku

1.3.1 Keturunan

Faktor Psikologi – Individu yang mengalami tingkah laku obsesif dan
tingkah laku ayng sudah menjadi tabiatnya akan berasa senang dengan
tingkah laku tersebut. Mereka akan berasa tertekan apabila kebiasaan
tingkah laku itu diganggu atau dihalang. la dikaitkan dengan tingkah laku
yang berbentuk ritualistik dan obsessif.

      a.   Ketakutan dan Phobia - Phobia ialah ketakutan terhadap
           sesuatu yang melampau batas dan membahayakan nyawa.
           Conthonya seseorang yang takutkan anjing sanggup berlari
           melintas jalan tanpa memikirkan keselamatan diri.

      b.   Perhatian – Pada hakikatnya, apa sahaja perhatian yang

                                      6
PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU


           diberikan kapada kanak-kanak (samada negatif/positif) adalah
           lebih baik daripada tiada perhatian langsung. Walau begini,
           perhatian yang terlampau daripada seseorang yang signifikan
           mungkin adalah faktor utama penyebab berlakunya tingkah
           laku mencabar. Mengalih perhatian seseorang yang signifikan
           adalah rangsangan yang paling berkesan untuk kanak-kanak
           'misbehave' bagi mendapat perhatian walaupun perhatian yang
           diberikan adalah dalam bentuk teguran (reprimand).

      c.   Peneguhan - Peneguhan yang tidak bersesuaian boleh
           meningkatkankan lagi tingkah laku yang mencabar. Conthonya
           seorang murid yang tidak mendapat perhatian guru akan
           berpura-pura sakit dan memaksa dirinya untuk muntah untuk
           mendapat perhatian.     Sikap guru yang memberi peneguhan
           positif/perhatian apabila murid sakit ini akan menyebabkan
           murid ini akan sentiasa berpura-pura sakit untuk mendapat
           perhatian. Begitu juga dengan penggunaan 'time-out‟ yang tidak
           bersesuaian akan menggalakkan lagi tingkah laku yang mencabar.

      d.   Ketakutan - Menghadapi situasi/ objek yang menakutkan boleh
           menyebabkan berlaku tingkah laku agresif, mencederakan
           diri/tidak mengikut arahan. Bagaimanapun biasanya ketakutan
           itu sukar dipastikan kerana ia berbentuk 'idiosyncratic‟ dan
           tingkah laku yang dipamerkan kelihatan seperti orang hilang
           akal (crazy) & tiada kaitan dengan keadaan luaran.

1.3.2 Persekitaran

Stimulasi yang berlebihan dari sekeliling juga mungkin menjadi satu
masalah kepada tingkah laku seseorang. Jika persekitaran (Setting) itu
terlalu sibuk, bising, sesak dan ada murid lain 'misbehave' serta
menghasilkan tahap stimulasinya yang tinggi, murid berkenaan akan
hilang kawalan dan bertindak untuk melepaskan diri dari situasi yang tidak


                                    7
PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU


menyenangkan. Di antara faktor-faktor persekitaran spesifik adalah:

      a.   Penyelesaikan Tugasan (Task Difficulty) - Ada perkaitan
           yang jelas di antara masalah sukar menyiapkan tugasan,
           membuat kesilapan dan kegagalan dalam sesuatu dengan
           masalah tingkah laku yang mencabar.       Kajian menunjukkan
           bahawa tingkah laku agresif seperti mencederakan diri sendiri,
           agresif dan tidak mematuhi arahan ada berkaitan dengan
           masalah menyelesaikan tugasan.

      b.   Rutin - Perubahan dalam rutin harian - akan menyebabkan
           berlaku 'tantrums'.   Guru perlu pandai membuat ramalan
           tentang apa yang akan berlaku kerana tanpa komunikasi dan
           penjadualan aktiviti yang berstruktur perubahan dalam aktiviti
           yang diminati murid akan menyebabkan kekecewaan yang
           amat sangat.

      c.   Komunikasi dengan kanak-kanak - salah satu daripada
           punca kekecewaan ialah apabila tidak memahamai arahan
           orang lain. Adalah penting memastikan bahawa seseorang itu
           faham apa yang akan berlaku. Ini boleh dilakukan dengan
           kaedah komunikasi seperti pertuturan, isyarat, compiks atau
           demonstrasi.   Komunikasi yang jelas disertai dengan nada
           yang positif adalah penting untuk menghalang tingkah laku
           mencabar.

      d.   Kekecewaan - Dalam banyak situasi percubaan menyiapkan
           tugasan yang sukar, boleh mengakibatkan rasa kecewa. Dalam
           keadaan begini, perkara yang dianggap remeh yang mungkin
           berlaku di masa akan datang mungkin menimbulkan tingkah
           laku yang diluar jangkaan. Terhalang daripada melakukan atau
           mendapatkan sesuatu adalah satu kekecewaan yang amat
           besar. Perkara yang mudah seperti menunggu untuk sesuatu


                                    8
PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU


     aktiviti   yang      diminati      dijalankan     boleh    mengecewakan,
     terutama sekali apabila tiada rutin yang jelas.

e.   Tindakbalas pro negatif - Banyak kajian yang telah dijalankan
     menunjukkan bahawa kebanyakan ibubapa, guru, kakitangan
     sekolah & orang dewasa yang lain memberi lebih perhatian
     kepada tingkah laku negatif dan kurang kepadat tingkah laku
     positif.   Ini      boleh      mengakibatkan       seseorang     itu   lebih
     mempelajari tingkah laku yang tidak sesuai dan kurang
     mempelajari tingkah laku sebaliknya dalam usaha mendapat
     perhatian.

f.   Ketidak Konsistan - Orang dewasa seringkali tidak konsisten
     dalam memberi tindakbalas terhadap tingkah laku yang tidak
     sesuai.       Kadang-kadang 2 orang dewasa gagal untuk
     bekerjasama dan mencapai kata sepakat dalam tindakbalas
     yang sepatutnya diberikan terhadap tingkah laku yang
     mencabar.           Ini menyebabkan kanak-kanak keliru dengan
     arahan yang berbeza daripada dua orang dewasa yang
     berlainan.

g.   Provokasi – Ejekan, campurtangan dari orang lain mungkin
     adalah pencetus kepada tingkah laku mencabar. Ada yang
     bertindakbalas secara agresif, ada yang bertindak dengan
     mencederakan           diri     sendiri    dll.   Walaubagaimana        pun,
     adakalanya orang dewasa perlu melakukan provokasi untuk
     mendapat hasil yang positif.

h.   'Limit Testing' - Seseorang murid mungkin akan mengulangi
     tingkah      laku     –       tingkah     laku    yang    terdahulu    untuk
     menguasai/mengawal keadaan. Biasanya jika tiada/kurang
     komunikasi di antara guru & ibubapa / 'teamwork,' individu itu
     akan terus mencuba sehingga berjaya mengawal keadaan.
     „Limit Testing‟ sering berlaku di situasi baru atau dengan guru

                                       9
PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU


           baru.

      i.   'Stress Relief - Jika seseorang itu terlalu gembira atau
           'anxious'   dia    mungkin     perlu      melakukan     sesuatu   untuk
           mengurangkan        rasa     'stress'     dan   untuk    mendapatkan
           keselesaan. Tingkah laku yang berbentuk stimulasi diri seperti
           'flapping' 'rocking' boleh menenangkan individu itu.

      j.   'Demands’ - Kehendak/keperluan yang ditujukan kepada
           individu boleh menyebabkan kekecewaan, kemarahan atau
           kebosanan.        Ini disebabkan „demands‟ itu mungkin akan
           mengakibatkan kegagalan dan reprimands atau memerlukan
           pembetulan yang tidak disukai.

      k.   'Behavioural Expectations'           - la berkaitan dengan penjaga
           kanak-kanak yang memberi pelbagai alasan terhadap tingkah
           laku kanak-kanak dan tidak mempedulikan tingkah laku
           tersebut kerana menganggapnya adalah sebahagian dari ciri-
           ciri kanak-kanak itu dan tidak boleh diubah. Untuk mengatasi
           masalah ini penjaga perlu kerap bersama kanak-kanak di
           tempat      awam    supaya        lebih   sensitif   kepada   tatacara
           berkelakuan dalam masyarakat.

Tindakbalas individu adalah berbeza. Ada yang sensitif dan ada yang
menganggap teguran sebagai peneguh kerana mendapat perhatian.
Terdapat juga yang bertindakbalas secara negatif terhadap kegagalan dan
teguran walaupun ia ditujukan kepada orang lain. Cara atau teknik
bagaimana pembetulan dilakukan, menentukan samada seseorang itu
boleh menerimanya atau tidak.

1.3.3 Pemakanan

   Perubatan dan Rawatan        - Kesakitan dan kesedihan yang dikaitkan
   dengan rawatan perubatan yang diterima boleh.menjadikan seseorang


                                        10
PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU


itu tidak selesa dan kemungkinan berkelakuan tidak sesuai. Mereka
yang menghadapi masalah perkembangan tidak dapat menyatakan
dan memahami keadaan yang dialami. Contoh-contoh faktor perubatan
yang mempengaruhi tingkah laku ialah :

   a) Kesakitan yang dikaitkan dengan sembelit, haid, migraine,
        alahan dll.

   b) Sakit kepala akibat dari keadaan penglihatan

   c) Pengaruh hormon - 'pre-menstrual', memasuki alam remaja, dll.

   d) Faktor neurology - ada juga masalah sawan yang dikaitkan
        dengan tingkah laku agresif

   e) Ketagihan

   f)   Sensitif terhadap jenis makanan dan bahan kimia

   g) Kurang daya tumpuan untuk belajar. Akibat - rasa kecewa dan
        berkelakuan agresif

   h) Ketidakselesaan kerana lapar, dahaga atau diet yang tidak
        seimbang, dll,

   i)   Ezcema/Iain-lain      masalah    penyakit   kulit   yang   boleh
        menyebabkan tingkah laku mencederakan diri.




                                   11
PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU


FAKTOR-FAKTOR MENGATASI MASALAH SALAH LAKU

    a) Berpindah dari institusi ke dalam masyarakat dengan bantuan
         yang bersesuaian kadang-kadang membawa perubahan yang
         positif dalam tingkah laku dan kemahiran.

    b) Meningkatkan ruang untuk pergerakan fizikal boleh secara
         langsung mengurangkan tingkah laku yang agresif

    c) Menukarkan jumlah dan jenis makanan atau minuman boleh
         membantu mengurangkan tabiat suka merenung atau muntah.

    d) Mengkayakan persekitaran dengan orang dan objek yang
         bersifat manipulatif boleh mengurangkan tingkah laku yang
         stereotaip

    e) Susun atur perabot dan mengurangkan masalah ruang sekatan
         di dalam bilik darjah boleh mempengaruhi tingkah laku yang
         berlaku akibat dari gangguan, ejekan atau dorongan rakan-
         rakan .

    f)   Mengurangkan 'stress' akibat dari bunyi bising, cuaca yang
         terlalu panas atau terlalu sejuk mungkin membantu kanak-kanak
         autism yang sensitif dan takut.

    g) Dengan menggunakan taktik psikologi dapat mengurangkan
         rasa kebimbangan dan ketakutan terhadap sesuatu buat
         sementara waktu. Jika tingkah laku ini diberhentikan rasa
         kebimbangan dan ketakutan akan berulang semula.

    h) Kemahiran sosial dan komunikasi - Dengan kemahiran ini
         seseorang itu boleh bertindakbalas dengan cara yang selamat
         terhadap masalah persekitaran dan tekanan yang terhasil akibat
         darinya. Tanpa kemahiran-kemahiran ini murid-murid akan
         menggunakan tingkah laku yang agresif untuk mengatasi


                                   12
PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU


           tekanan yang dihadapi. Terdapat bukti yang menunjukkan
           bahawa lebih ramai murid-murid yang tiada kemahiran ini
           berkelakuan agresif berbanding dengan murid-murid yang ada
           kemahirsn sosial dan komunikasi

      i)   Aktiviti dan Tahap Stimulasi - Tambah aktiviti yang berbentuk
           konstruktif akan meningkatkan tingkah laku yang sesuai.            la
           bukanlah sekadar menyediakan aktiviti dan alatan sahaja tetapi
           juga mengajar semua kemahiran yang diperlukan untuk
           menjalankan aktiviti tersebut.

1.4   Kesan Salah Laku Terhadap Pembelajaran
Kesan masalah tingkah laku terhadap pembelajaran adalah jelas,
antaranya adalah:
      1.4.1 Masalah Disiplin - Mengganggu perjalanan pengajaran dan
              pembelajaran. Tingkah laku agresif, hiperaktif, dan disruptif
              sangat mengganggu perjalanan proses pengajaran dan
              pembelajaran dalam kelas.
      1.4.2 Keciciran - Murid tidak memberi tumpuan terhadap
              pengajaran guru. Tingkah laku hiperaktif dan kurang tumpuan
              menyebabkan pelajar tidak memberi tidak berminat terhadap
              pengajaran guru dan seterusnya menjejas pencapaiannya.
              Lama kelamaan akan ponteng sekolah dan akibatnya
              keciciran dari bangku sekolah.
      1.4.3 Gejala Sosial – Seseorang pemuda yang masuk bangku
              sosial terlalu awal mungkin akan memperolehi gejala sosial
              yang kurang baik dengan senang sebab pengaruh negatif dari
              dunia sana. Akibatnya, pusingan masalah masyarakat akan
              terus berlanjutan dengan kesan yang menghalang
              pembangunan negara.




                                      13
PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU


1.5   Kepentingan Pengurusan Tingkah Laku

      1.5.1 Pengurusan Diri - Bertindak balas kepada kehendak semula
      jadi kanak-kanak yang memerlukan perhatian dan penerimaan

      1.5.2 Pendidikan     -   Membolehkan       murid-murid       mengikuti
             pengajaran dan pembelajaran.

      1.5.3 Sosialisasi - Mengurangkan kemungkinan kanak-kanak
             memperlihatkan tingkah laku kurang baik dalam usaha
             mendapatkan perhatian.



Kesimpulan


Terdapat   persamaan   yang    nyata   di   antara   definisi-definisi   yang
dikemukakan. Secara umum, pengurusan tingkah laku sebenarnya lebih
merupakan rasional dan metodologi daripada satu set prosedur khusus
yang berasas kepada data khusus. Teknik-teknik pengurusan tingkah laku
senarai di atas merupakan pelaksanakan prosedur yang telah diuji (dan
diterima) dengan tujuan untuk mengubah sesuatu tingkah laku.


Interaksi sosial dan regulasi kendiri mungkin terjejas akibat daripada
masalah pembelajaran yang dialami oleh seorang kanak-kanak.




                                  14
PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU




Latihan    1   Untuk   menguji    kefahaman    konsep-konsep,    isu-isu
penting dengan membuat ulasan. Hubung kaitkan faktor-faktor yang
mempengaruhi tingkah laku manusia dengan masalah tingkah laku murid-
murid bermasalah pembelajaran. Sediakan senarai semak faktor-faktor
yang      mempengaruhi    tingkah    laku     murid-murid   berkeperluan
khas.Dapatkan maklumat di perpustakaan atau pusat sumber dan sila
layari laman web yang berkaitan




Syabas dan Tahniah!

  Anda telah mengikuti tajuk satu dengan tekun dan sabar. Selepas ini anda akan
  diperkenalkan dengan tajuk dua dan seterusnya.


  Berehatlah sebentar sambil minum secawan kopi.




                                    15
PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU




    TAJUK             TEORI DAN MODEL TINGKAH LAKU                             2JAM
      2



    Sinopsis

    Tajuk ini merupakan tajuk 2 daripada profoma kursus. Ia memberi
    pengetahuan asas tentang teori dan model                  tingkah laku manusia.
    Bahagian pertama membincangkan tentang teori-teori yang berkaitan
    dengan tingkah laku manusia seperti Teori Pelaziman Operan dan Teori
    Pembelajaran Sosial. Bahagian kedua pula memberi pendedahan kepada
    empat model tingkah laku          iaitu Model Psikodinamik, Model Biofizikal,
    Model Persekitaran dan Model Tingkah laku atau Model Behavioral.


     Hasil Pembelajaran


       i.    Memahami teori tingkah laku Pelaziman Operan dan Teori Pembelajaran
             Sosial

      ii.    Mengenal pasti empat model tingkah laku manusia

      iii.   Menjelaskan secara umum ciri-ciri setiap model tingkah laku manusia


    Kerangka Konsep Tajuk



                                 Teori Dan Model Tingkah
                                           Laku




2.1 Teori Tingkah Laku
                                                       2.2.     Model –model Tingkah Laku
    2.1.1 Teori Pelaziman Operan
    2.1.2 Teori Pembelajaran Sosial                             2.2.1   Model Psikodinamik
                                                                2.2.2   Model Biofizikal
                                              16                2.2.3   Model Persekitaran
                                          T                     2.2.4   Model Tingkah laku
                                          e
                                          o
PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU




2.1   Teori Tingkah laku


Dalam tajuk 1 anda telah diperkenalkan dengan maksud, definisi dan
konsep pengurusan tingkah laku.     Tahukah anda bahawa konsep dan
cara-cara pengurusan tingkah laku ini adalah didasarkan daripada teori-
teori tingkah laku yang telah dipelopori oleh ahli-ahli behavioris seperti
Skinner, Pavlov dan Bandura.


2.1.1 Teori Pelaziman Operan

Apakah itu Pelaziman Operant?

Teori Pelaziman Operant ini dipelopori oleh Edward Thorndike dan
Skinner (Walker& Shea, 1995). Pelaziman Operant ialah satu proses
pembelajaran di mana kemungkinan sesuatu gerak balas berlaku
ditingkatkan atau dikurangkan bergantung kepada peneguhan atau
hukuman. Thorndike menghasilkan prinsip ' the law of effect '. la
bermaksud, tingkah laku dibentuk oleh konsekuens atau akibat sesuatu
peneguhan. Jika konsekuensnya memuaskan maka tingkah laku itu akan
menjadi kukuh pada masa hadapan. Jika konsekuensnya tidak memuaskan
maka tingkah laku itu akan menjadi semakin lemah.               Thorndike
menganggap prinsip ' the law of effect 'sebagai prinsip utama pengajaran
dan pembelajaran. Untuk membantu anda, cuba lihat jadual yang
dipaparkan seterusnya.




                                   17
PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU


Pelaziman        Konsekuens sesuatu tingkah laku
Operant          cenderung untuk mengubahsuai
                 tingkah laku tersebut di masa hadapan.
                 Tingkah laku yang dikukuhkan cenderung
                 untuk dilakukan lagi. Tingkah laku yang
                 tidak diberi perhatian atau dihukum
                 kurang berkemungkinan untuk dilakukan lagi.

Peneguh          Apa juga yang mengukuhkan satu
                 gerak balas atau meningkatkan
                 sesuatu tingkah laku kemungkinan
                 ia akan berlaku lagi.




Pembentukan      Secara berperingkat membentuk
                 satu tingkah laku yang dikehendaki
                 dengan meneguhkan gerak balas
                 yang semakin hampir menjadi
                 tingkah laku yang dikehendaki tersebut.



Successive       Satu siri langkah latihan yang
Approximations   berperingkat dengan setiap langkah
                 semakin menyerupai gerak
                 balas yang dikehendaki.




                 Jadual 2.1: Sumber: Hamilton, K.R (2001)




                                     18
PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU


Bagaimana hendak menghasilkan gerak balas secara pelaziman
operant? Tiga perkara perlu kita laksanakan:

      a)    Tingkatkan motivasi klien kita.

      b)    Kurangkan peluang untuk gerak balas yang tidak relevan.

      c)    Guna successive approximations dalam latihan
            pengubahsuaian tingkah laku.

Guru mestilah selalu memotivasikan murid dengan memberi kata
perangsang, pujian, hadiah, senyuman dan sebagainya. Kita juga mesti
mengguna pelbagai kaedah dan teknik mengajar. Guru boleh bercerita,
menyanyi, menunjukkan tayangan video, berlakon, bermain dan
sebagainya seperti perlu pastikan objek dan keadaan persekitaran
yang boleh mengganggu pembelajaran dikurangkan atau lebih baik
dihapuskan.     Ini   semua    perlu     perancangan   pengajaran   dan
pembelajaran yang teliti. la perlu dilakukan secara berperingkat-
peringkat sehinggalah tercapai matalamat pengurusan tingkah laku.


2.1.2 Teori Pembelajaran Sosial

Siapakah pelopor teori ini?
Albert Bandura.

Apakah narna lain bagi teori ini?
Pembelajaran Melalui Pemerhatian (Observationa llearning).



Apakah idea utama teori ini?
Belajar Menerusi Peniruan. Belajar dengan memerhati tingkah laku
orang lain dan konsekuens tingkah lakunya.

Adakah terdapat istilah lain yang mesti diketahui?
Ya, tunjuk cara dan model. Tunjuk cara ialah nama lain bagi
Pembelajaran Melalui Pemerhatian yang menunjuk cara satu


                                    19
PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU


tingkah laku atau menjadi contoh dalam Pembelajaran Melalui
Pemerhatian.

Banyak perkara yang kita pelajari di dunia diperolehi menerusi
peniruan. Proses pemerolehan ini berlaku menerusi pemerhatian
tanpa melakukan tingkah laku tersebut dan tanpa peneguhan
luaran.   Tingkah     laku    dibuat    kemudiannya   mungkin     akan
memerlukan peneguhan. Contohnya dalam sukan Pendidikan Khas
pemain bola sepak mungkin bertingkah laku kasar kerana mereka
telah memerhati tingkah laku yang sama dan membuat peniruan
seterusnya menjadi tingkah laku mereka juga.



   a)     Perhatian - Nilai rangsangan dalam model yang
          digunakan perlu baik, menarik, pada tahap
          pembelajaran yang bersesuaian bagi menarik dan
          meneruskan penumpuan perhatian, dan mempunyai
          nilai kepada pelajar.


   b)     Penyimpanan - Untuk disimpan dalam ingatan, tingkah laku
          yang hendak ditiru perlu dikodkan secara simbolik sebagai
          imej atau perkataan dalam minda kita. Oleh itu, ia perlu
          tersusun dan diulang-ulangkan.


   c)     Penghasilan semula - Pelajar perlu mempunyai komponen
          gerak balas iaitu satu siri pergerakan yang tersedia ada.
          Pelajar itu juga perlu ada keupayaan melakukan gerak balas
          tersebut. Sebagai contoh, dalam proses belajar melukis, murid
          memerlukan kemahiran motor kasar, motor halus, mengenal
          warna dan alat lukisan sebagi komponennya. Pelajar juga
          perlu mempunyai keupayaan memantau prestasi sendiri dan
          menggunakan maklum balas.



                                   20
PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU


      d)      Motivasi     - Tingkah laku bergantung kepada motivasi yang
              diberikan. la berhubung kait dengan orang yang memberi
              motivasi dan sumber peneguhannya.


2.2        Model-model Tingkah laku


Tahukah anda bahawa setiap perlakuan manusia dipengaruhi oleh empat
model tingkah laku.
Apakah yang dimaksudkan dengan model tingkah laku? Teliti dan fahami
jenis-jenis model tingkah laku berikut:




           2.2.1 Model Psikodinamik
                 Teori-teori psikodinamik melihat punca tingkah laku manusia
           daripada faktor dalaman individu itu sendiri. Tingkah laku ditentukan
           secara dinamik melalui pendekatan intrapsychic. Melalui perspektif
           psikodinamik, perkembangan personailiti terjadi semasa kanak-
           kanak berkembang melalui siri tingkat perkembangan psikoseksual
           (oral stage, anal stage, phallic, latency, genital).


           2.2.2 Model Biofizikal
                Model ini menekankan bahawa           punca       tingkah laku adalah
           secara organik. Model ini melihat hubungan antara kecacatan fizikal,
           kekurangan zat makanan, dan penyakit dengan tingkah laku individu.


           2.2.3 Model Persekitaran
                Pengaruh persekitaran terhadap tingkah laku manusia pada
           masa kini sangat ketara.             Ahli-ahli mazhab persekitaran ini
           menekankan       bahawa      mengasingkan       kanak-kanak      daripada
           persekitaran yang boleh menyebabkan berlakunya tingkah laku itu


                                           21
PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU


      boleh mengelakkan fenomena tingkah laku negatif berlaku.


      2.2.4 Model Behavioral
      Punca tingkah laku manusia berlaku di luar diri manusia di dalam
      persekitarannya. Justeru tingkah laku manusia ditentukan             oleh
      faktor-faktor luaran di sekelilingnya.




Strategi pengurusan tingkah laku mengikut model

Apakah strategi yang       sesuai digunakan oleh guru untuk menangani
tingkah laku mengikut model seperti yang dinyatakan?                   Strategi
pengurusan      tingkah   laku   juga   dilaksanakan      berasaskan     model
pengurusan tingkah laku iaitu biofizikal, psikodinamik, behavioral, dan
persekitaran.


   a) Biofizikal - Model biofizikal melibatkan strategi penjagaan sebelum
      dan selepas lahir, pemakanan, perubatan, nutrisi, dan sebagainya.
      Strategi ini menekankan peranan guru dalam intervensi biofizikal
      tersebut.


   b) Psikodinamik - Strategi pengurusan tingkah laku mengikut model
      psikodinamik melibatkan teknik kaunseling seperti temu bual dan
      terapi realiti, teknik media ekspresif seperti lakonan bebas, puppet,
      main peranan, pergerakan kreatif,            tarian, dan aktiviti fizikal.
      Manakala teknik pengaruh tingkah laku adalah seperti                 tidak
      mengendahkan sesuatu tingkah laku yang dibuat secara terancang
      (planned ignore), mengurangkan ketegangan melalui gurauan dan
      sebagainya.


   c) Behavioral      -   Pengurusan     tingkah   laku   berasaskan     model
      behavioral berteraskan teori-teori tingkah laku yang melibatkan

                                        22
PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU


      rangsangan, ganjaran dan sebagainya.


   d) Persekitaran - Intervensi tingkah laku berasaskan model
      persekitaran termasuklah strategi yang berpusatkan kanak-kanak,
      berpusatkan persekitaran, berpusatkan kanak-kanak dan
      persekitaran dan ”interface-centered”.




Latihan 2. Untuk menguji kefahaman konsep dengan membuat
ulasan.
Dengan sokongan pengurusan grafik, banding     Bezakan penekanan
yang diberikan oleh model- model pengurusan Tingkah laku di atas.
          Layari laman web untuk mendapatkan maklumat.




       Sekarang anda boleh berehat sekejap sambil menikmati secawan
      kopi.




                                   23
PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU




TAJUK 3        JENIS-JENIS TINGKAH LAKU BERMASALAH                                   2 JAM


    Sinopsis


   Tajuk ini merupakan tajuk 3 daripada profoma kursus. Ia memberi pengetahuan
   asas tentang jenis-jenis tingkah laku bermasalah dalam kalangan kanak-kanak
   berkeperluan khas. Jenis-jenis tingkah laku yang akan dibincangkan ialah jenis-
   jenis tingkah laku positif seperti cepat belajar, suka mencuba, perasaan ingin tahu,
   suka bertanya, melibatkan diri dalam aktiviti dan lain-lain. Jenis-jenis tingkah laku
   negatif juga dibincangkan seperti agresif, disruptif, distruktif, temper problems,
   withdrawal, non-compliance dan lain-lain lagi. Peserta-peserta kursus juga
   didedahkan dengan penyelidikan mengenai tingkah laku yang bercorak Cross-
   sectional research dan Longitudinal research .


           Hasil Pembelajaran


   1   Menghuraikan jenis-jenis tingkah laku dalam kalangan kanak-kanak
       bermasalah pembelajaran.


   2. Mengenalpasti punca-punca berlakunya masalah tingkah laku negatif.


   3. Membezakan penyelidikan tingkah laku jenis longitudinal research dan
       cross-sectional research.




   Kerangka Konsep Tajuk

                                            24
PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU


                   Jenis-jenis Tingkah laku
                         Bermasalah




3.1 Tingkah laku     3.2 Tingkah laku          3.3 Penyelidikan
    Positif              Negatif                   Mengenai Tingkah
                                                   Laku
3.1.1 Cepat          3.2.1 Hiperaktif
      belajar                                      3.3.1 Cross-
                     3.2.2 Destruktif
3.1.2 Suka                                               sectional
                     3.2.3 Disruptif                     research
      mencuba        3.2.4 Agresif
3.1.3 Ingin tahu     3.2.5 Temper tantrums         3.3.2 Longitudinal
3.1.4 Suka                                               research
                     3.2.6 Separation
      bertanya
3.1.5 Melibatkan           problems
      diri dalam     3.2.7 Overdependency
      aktiviti       3.2.8 Withdrawal
3.1.6 Tekun          3.2.9 Noncompliance




                         25
PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU



3.1    Tingkah laku Positif


Pengenalan


Ramai guru yang merungut dan mengeluh tentang masalah tingkah laku
dalam kalangan kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Namun guru juga
perlu sedar bahawa terdapat juga tingkah laku positif yang ditunjukkan oleh
kanak-kanak. Tingkah laku positif ini perlu diberi pengiktirafan dan perhatian
oleh guru supaya tingkah laku ini dapat ditingkat dan dikekalkan. Aspek ini
seringkali diabaikan oleh guru kerana         guru lebih cenderung memberi
perhatian yang lebih kepada tingkah laku negatif.


Tingkah laku positif bermaksud tingkah laku yang ditunjukkan oleh kanak -
kanak tetapi tingkah laku itu akan menjadi bermasalah sekiranya dilakukan
secara berlebihan atau tanpa kawalan dan boleh menimbulkan masalah
kepadanya. Misalnya, sifat ingin tahu yang berlebihan kepada seorang kanak -
kanak boleh menyebabkannya bertindak keterlaluan sehingga menyusahkan
dirinya dan orang lain.


Renungkan, fikirkan dan senaraikan jenis-jenis tingkah laku positif yang
terdapat dalam kalangan kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Apakan
kaedah dan teknik-teknik yang guru boleh gunakan untuk meningkat dan
mengekalkan tingkah laku positif ini?
Anda seringkali berhadapan dengan masalah menguruskan tingkah laku
murid-murid yang mencabar? Apakah yang difahami dengan istilah tingkah
laku mencabar? Mengapakah tingkah laku mencabar ini berlaku?


Kaedah dan Teknik Untuk Meningkatkan Tingkah laku Positif


Tingkah laku baik atau yang diingin ditunjukkan oleh murid hendaklah
ditingkatkan lagi atau sekurang-kurangnya dikekalkan. Antara teknik yang boleh

                                        26
PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU


digunakan oleh guru adalah seperti berikut:


   a) Peneguhan positif
       Pemberian peneguhan selepas sesuatu tingkah laku yang diingini
       ditunjukkan supaya tingkah laku itu dikekalkan atau ditingkatkan lagi,


   b) Peneguhan negatif
       Merupakan penarikan rangsangan negatif (aversive stimulus) setelah
       tingkah      laku      sasaran   ditunjukkan   dan   akan   mengekalkan   atau
       meningkatkan lagi tingkah laku tersebut.


   c) Pembentukan (shaping)
       Pemberian pengukuhan kepada perlakuan-perlakuan yang dilakukan oleh
       murid yang menjurus kepada pembentukan perlakuan yang dikehendaki.


   d) Kontrak
       Persetujuan di antara dua pihak atau lebih (guru dan murid) secara lisan
       atau       bertulis.    Murid dipertanggungjawabkan terhadap perkara atau
       aktiviti yang          dipilih. Kontrak akan berjaya jika murid faham akan
       tingkah laku yang hendak diubah dan murid faham akan kesan yang akan
       berlaku.


   e) Ekonomi token
       Peneguhan diberi dalam bentuk token seperti syiling (coin) atau sticker,
       dan sebagainya apabila tingkah laku yang diingini ditunjukkan. Token ini
       boleh ditukarkan dengan benda-benda atau bentuk ganjaran lain yang
       disediakan oleh guru.


   f) Modeling
       Menggunakan watak-watak (murid, guru ) yang disukai dan dihormati
       untuk diteladani oleh murid.


                                            27
PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU


      g) Rantaian (chaining)
         Merujuk kepada siri tingkah laku yang ditunjukkan dalam bentuk rantaian
         atau berurutan. Pembentukan rantaian tingkah laku atau rantaian
         kemahiran lain, dikenali juga sebagai analisis tugasan.


      h) Pengaburan/pelunturan (fading)
         Mengurangkan tingkah laku atau ganjaran yang diterima secara perlahan-
         lahan.


3.2      Tingkah laku Negatif


Pengenalan
Anda seringkali berhadapan dengan masalah menguruskan tingkah laku
murid-murid yang mencabar? Apakah yang difahami dengan istilah tingkah
laku mencabar? Mengapakah tingkah laku mencabar ini berlaku?
Tingkah laku bermasalah negatif atau tingkah laku mencabar adalah tingkah laku
yang menimbulkan masalah kepada dirinya dan juga orang lain. Beberapa contoh
tingkah laku bermasalah negatif adalah seperti berikut:


3.2.1    Hiperaktif
Tingkah laku aktif yang terlampau. Tidak dapat duduk diam-diam seperti ada jarum
di punggung seseorang individu. Boleh tidak tidur beberapa hari dan melakukan
sesuatu yang disukai tanpa berhenti. Memanjat ke atas almari dan duduk di atas
sambil belajar.


3.2.2 Distruktif
Perlakuan yang suka merosakkan benda seperti kerusi meja, barangan kawan
sekelas, mengoyak poster atau notis di papan kenyataan dan sebagainya.


3.2.3    Disruptif/mengganggu


                                          28
PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU


Perlakuan sentiasa mengganggu perjalanan pengajaran dan pembelajaran dalam
kelas. Tingkah laku ini juga berlaku di luar kelas dan juga di rumah.


3.2.4   Agresif
Tingkah laku agesif adalah seperti suka memulakan pergaduhan, suka bergaduh,
suka memaki hamun dan sebagainya.


3.2.5   Temper Tantrums
Menunjukkan kemarahan yang kuat secara tiba-tiba. Tidak menerima pujukan atau
ajakkan orang lain walau pun telah diberikan apa yang diminta.


3.2.6   Seperation Problems
Kecenderungan mengasingkan diri dari kumpulan, asyik duduk di sudut dan tidak
berkerja sama


3.2.7 Pergantungan berlebihan
Kanak-kanak yang sangat bergantung kepada orang lain, tidak dapat berdikari dan
tidak berupaya membuat keputusan sendiri.


3.2.8   Pengasingan diri
Suka menjauhkan diri daripada orang lain yang kurang disenangi. Tingkah laku ini
juga dijadikan sebagai mekanisme helah bela diri untuk mengelakkan diri daripada
berkomunikasi dengan orang lain.


3.2.9 Noncompliance


a) Ponteng sekolah
Perlakuan yang sengaja dibuat iaitu tidak hadir ke sekolah tanpa pengetahuan ibu
bapa dengan membuang masa di tempat lain seperti pusat membeli belah atau

                                        29
PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU


taman permainan.


b) Enggan ke sekolah
Perasaan kurang senang atau takut akibat anggapan bahawa sesuatu yang tidak
diingini akan berlaku. Keadaan ini akibat daripada pengalaman emosi yang tidak
menggembirakan yang dialami oleh seseorang.             Contohnya enggan ke sekolah
akibat daripada perasaan fobia terhadap sekolah. Kanak-kanak ini berasa bimbang
untuk berpisah dengan keluarga dan bimbang meninggalkan kawasan rumahnya.


c) Mencuri
Mengambil hak orang lain tanpa kebenaran tuannya. Tabiat mencuri barang rakan
sekelas akan menyebabkan pertengkaran, pergaduhan, dan dipulaukan oleh rakan
sekelas.




Tingkah laku Spesifik Yang Mencabar

Ciri-ciri individu yang mengalami

(a)    Kecelaruan Tingkah Laku
       (i)     Tingkah laku yang agresif dan beraksi agresif terhadap orang lain

       (ii)    Mempamerkan tingkah laku membuli, mengugut, atau
               tingkah laku mengancam.
       (iii)   Berkemungkinan mendera secara fizikal
       (iv)    Menunjukkan sedikit empati, dan prihatin kepada perasaan.
       (v)     Menunjukkan tidak berperasaan terhadap orang lain, dan tiada
               rasa bersalah atau rasa kesal

                                           30
PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU



 (b)            Kecelaruan Penyesuaian
       (i)      Menunjukkan emosi dan tingkah laku apabila tidak dapat
                menyesuaikan diri pada masa tertentu atau tidak dapat membuat
                perubahan dalam hidup.

       (ii)     Tingkah laku cemas, atau takut, vandalisma atau bergaduh.



(c)    Kurang Tumpuan dan Hiperaktif

       (i)      Menunjukkan tingkah laku tidak konsisten pada

                Tahap perkembangan mereka.

       (ii)     Mudah lupa dengan aktiviti harian.

       (iii)    Lemah dalam memberi perhatian, lalai dalam kerja sekolah atau
                kerja rumah.

       (iv)     Tidak dapat mengikut arahan dan gagal menyudahkan

                kerja sekolah.


(d)    Engkar Arahan

       (i)       Tidak memberi perhatian dan tumpuan terhadap sesuatu arahan.

       (ii)      Sering mengabaikan kerja sekolah dan menganggap tidak
                penting.

       (iii)     Kurang bertanggngjawab.

       (iv)      Sukar menguruskan tugas dan aktiviti.


(e)    Tingkah Laku Mengganggu

       (i) Menunjukkan tingkah laku negatif defien, tidak taat, dan tingkah
               laku permusuhan terutama terhadap mereka yang berautoriti.

       (ii)    Menunjukkan tingkah laku agresif terhadap orang ramai dan


                                         31
PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU


              kejam terhadap binatang.



(f)   Impulsif

       (i)      Menunjukkan tingkah laku yang abnormal terutama

                yang berkaitan dengan interaksi sosial dan komunikasi.

      (ii)    Gagal membina perhubungan rakan sebaya dan yang sama

              umur dengan mereka.



(g)   Agresif

      (i)      Terdapat beberapa perubahan pada individu seperti tidak
               dapat tidur malam, dan mempi ngeri dan perasaan takut yang
               amat sangat.

      (ii)     Cepat naik marah
      (iii)    Tidak sabar menunggu giliran.
      (iv)     Tidak dapat menerima teguran atau komen dari orang lain
      (v)      Sering melawan dan menganggap dirinya yang terbaik.


(h)   Mengamuk

       (i)       Menunjukkan kecelaruan tingkah aku yang serius seperti
                hilang perhubungan dengan persekitaran.
      (iii)     Berlaku pertukaran personaliti cepat bosan dalam

                  menyudahkan tugasan

      (iv)     Mengalam halusinasi dan delusi percakapan yang tidak
               Terurus



(i)   Murung



                                         32
PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU


          (i)   Tingkah laku murung boleh ditunjukkan melalui simptom seperti
                sakit kepala

                 atau sakit perut dan kecelaruan dalam mengurus sesuatu tugas.

       (ii)      Gagal dalam melaksanakan kerja atau menunjukkan emosi yang
                 tidak menentu seperti ketawa seorang diri atau menangis.



(j)   Stereotaip
       (i)       Kurang keyakinan diri.
       (ii)      Menunjukkan pergantungan kepada orang lain.
       (iii)     Sering was-was apabila menjalankan tugas dan
                tanggungjawab.

       (iv)     Sering mengulang tugas yang sama kerana tidak puas hati dalam
                 menyudahkan tugasan tersebut.


Apakah punca-punca terjadinya tingkah laku yang mencabar?
Terdapat beberapa punca yang menyebabkan terjadinya tingkah laku mencabar
antaranya:




Fungsi dan struktur otak                  Kecederaan ketika lahir.


Genetik                                   Kesihatan mental ibu


Alergi makanan dan pengambilan gula
                                          Kurang berat badan sewaktu dilahirkan



Terdedah kepada persekiaran yang          Pengambilan rokok semasa mengandung
tercemar.



Punca-punca terjadinya tingkah laku yang mencabar


                                          33
PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU



Kaedah dan Teknik untuk Mengurang dan Menghapuskan Tingkah laku
Negatif


Pernahkah anda berhadapan dengan masalah tingkah laku negatif seperti yang
dinyatakan di atas? Apakah tindakan yang guru lakukan untuk menangani tingkah
laku negatif tersebut? Baca dan fahami teknik-teknik yang dinyatakan di bawah
yang boleh membantu guru mengurang dan menghapus tingkah laku negatif yang
tidak diingini.



    a) Penghapusan (Extinction)

          Memberhentikan atau menyekat murid murid daripada terus melakukan
          tingkah laku negatif secara beransur-ansur dengan menggantikan
          dengan tingkah laku baru yang positif.


    b) Pengasingan (Time-out)
          Menempatkan murid berasingan daripada kumpulan (penjuru bilik, bilik
         khas) atau mengeluarkan murid daripada aktiviti kumpulan,


    c)    Kejemuan (Satiation)
         Membiarkan murid melakukan tingkah laku itu hingga dia jemu
         melakukannya dan berhenti sendiri. “Over Correction” adalah satu teknik
         kejemuan,

    d) Hukuman/dendaan

         Contoh: tahanan kelas (lambat balik) , dendaan fizikal, ambil balik token
         yang diberi, menarik balik hak dan keistimewaan,


    e)    Disensitisasi
         Tindakan-tindakan secara beransur-ansur untuk menghilangkan rasa
         gugup atau takut yang berlebihan ( takut bercakap di depan kelas, fobia).

                                         34
PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU



    f) Pembetulan semula (overcorrection)
       Prosedur yang memerlukan pelajar memperbaiki keadaan atau kesalahan
    yang dilakukan melebihi keadaan sebelumnya.
       Cth: - membuat pembetulan kesalahan tulisan berulang kali
             - bukan hanya mengelap bahagian lantai yang ditumpahi
                 makanan tetapi diminta mengelap keseluruhan lantai bilik
                 itu
    g) ’Response cost’
        Suatu bentuk penarikan peneguh atau ganjaran secara sistematik
       terhadap sesuatu tingkah laku yang tidak sesuai.



Bagaimanakah kita mencegah tingkah laku mencabar di kalangan murid kita?
Pencegahan tingkah laku mencabar memerlukan kerjasama semua pihak yang
terlibat dengan pendidikan murid-murid. Pihak yang kita maksudkan ialah ibu
bapa, keluarga, pihak pentadbir sekolah, guru, agensi berkaitan, para pakar, badan
bukan kerajaan, komuniti dan masyarakat. Kerjasama dan kolaborasi pintar
kesemua pihak ynag prihatin dengan perkembanagan dan pendidikan murid-murid
akan memastikan sebarang strategi dan program pengubahan tingkah laku itu
berjaya. Bagi tujuan topik ini, kita akan membincangkan hanya strategi bilik darjah,
strategi untuk sekolah dan garis panduan melaksanakan program mencegah tingkah
laku mencabar.


Strategi di bilik darjah

Guru memainkan peranan yang penting dalam mengurus kelas dan tingkah laku
murid-muridnya. Guru bukan hanya mengajar tetapi guru juga mendidik murid-
murid. Guru perlu mengamalkan amalan terbaik (best practices) dalam kelasnya.
Bagi mengamalkan amalan terbaik ini, guru perlu sentiasa meningkatkan ilmu
pengetahuannya dan mengaplikasikan cara pengajaran yang baik. Guru perlu
memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut:


                                        35
PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU


   (a) Guru perlu sentiasa meningkatkan dirinya secara profesional iaitu selalu
       menghadiri kursus, latihan, ceramah terutamanya berkaitan pengurusan
       bilik darjah dan tingkah laku. Guru juga mesti sentiasa peka dengan
       perkembangan pendidikan semasa melalui pembacaan dan pencarian
       maklumat pelbagai sumber lain seperti majalah, jurnal dan internet.

   (b) Guru     perlu      tahu   mengurus     bilik     darjah    dengan    baik.
       Penyusunanpersekitaran, ruang, perabot, alatan, alat bantu mengajar dan
       bahan lain perlu dilakukan dengan bijaksana dengan mengambilkira
       keperluan dan kepelbagaian cara pembelajaran murid dalam bilik darjah.
       Pastikan bilik darjah selamat, ceria dan kondusif untuk pembelajaran murid.




   (c) Guru perlu menyokong tingkah laku murid secara yang positif iaitu
       dengan membanyakkan motivasi dan memberi ganjaran.

   (d) Guru perlu menetapkan peraturan bertingkah laku dalam bilik
       darjah.Peraturan ini perlu dipatuhi oleh semua orang termasuk guru,
       pembantu guru, ibu bapa, tetamu dan sebagainya.

   (e) Guru perlu       mengamalkan strategi pengubahsuain tingkah laku dan
       strategi pengajaran-pembelajaran yang berkesan.

   (f) Guru perlu banyak melibatkan keluarga dan ibu bapa dalam aktiviti
       pengajaran dan pembelajaran. Sentiasa berhubung dengan ibu bapa dan
       keluarga berkaitan perkembangan dan tingkah laku anak-anak mereka.



   (g) Guru perlu selalu membuat pemantauan dan penilaian terhadap proses
       pengajaran-pembelajaran dan program pengubahsuaian tingkah laku.

Kita semua pasti dapat lakukannya! Kalau kita dapat lakukannya sudah pasti
murid kita akan mendapat faedahnya.



                                        36
PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU


Strategi untuk sekolah

Seperti yang kita tegaskan sebelum ini, untuk mengubah tingkah laku kita perlu
mengubah diri kita sendiri dahulu. Kita juga nyatakan bahawa semua pihak
memiankan peranan yang penting dalam mencegah tingkah laku mencabar.
Pihak sekolah bererti semua warganya terutamanya pihak pentadbir sekolah iaitu
pengetua/guru besar, guru penolong kanak, penyelia, penyelaras kelas khas
bermasalah pembelajaran. Semua pihak ini perlu prihatin dan bertanggunjawab
dalam membantu program pencegahan tingkah laku mencabar berjaya di sekolah
mereka. Namun pendekatan 'whole school approach' atau seluruh sekolah perlu
diterapkan iaitu seluruh warga sekolah meliputi pihak pentadbir, para guru,
kakitangan lain, pengawal keselamatan, pihak kantin sekolah, ibi bapa dan
Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) perlu memainkan peranan masing-masing.
Saranan yang perlu dilakukan oleh sekolah:

   a) Membina iklim sekolah yang berdisiplin baik.

   b) Membuat peraturan yang jelas, adil dan bertimbang rasa yang boleh
       dilaksanakan.

   c) Memastikan pembangunan profesional di kalangan warga sekolah
       terutama para guru, kakitangan lain, ibu bapa dan PIBG.

   d) Memastikan murid disokong dengan cara-cara yang positif.

   e) Memastikan guru mengamalkan strategi yang berkesan.

   f) Memberikan sokongan kepada guru, murid, ibu bapa dan
       keluarga.

   g) Menyokong dan menggalakkan kejayaan murid.

Sekiranya pihak sekolah berperanan dengan sewajarnya sudah tentu kejayaan
mencegah tingkah laku mencabar dapat dicapai. Adakah anda bersetuju ?


 3.3   Penyelidikan Mengenai Tingkah laku




                                       37
PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU


    3.3.1       ’Cross-sectionall Research’
    Ialah satu kaedah penyelidikan di mana data-data dipungut pada satu
    jangkamasa tertentu dari individu yang berlainan latarbelakang. Kaedah ini
    seringkali digunakan di dalam bidang psikologi perkembangan dan boleh
    juga digunakan di dalam bidang-bidang lain seperti sains sosial, pendidikan
    dan lain-lain bidang sains.
    Dalam bidang psikologi perkembangan, pengkaji boleh memilih beberapa
    kumpulan subjek yang mempunyai banyak ciri persamaan tetapi hanya
    berbeza dari segi umur. Oleh itu ini sekiranya terdapat sebarang perbezaan di
    antara kumpulan ini ia diandaikan adalah kerana faktor perbezaan umur.


    3.3.2       ’Longitudinal Research’
    Kajian longitudinal research ialah satu kaedah penyelidikan bertujuan untuk
    melihat perkaitan di antara beberapa pembolehubah. Ia melibatkan kajian
    terhadap kumpulan individu yang sama dalam jangkamasa yang panjang.
    Data dipungut di peringkat permulaan dan juga di sepanjang tempoh kajian.
    Kebaikan kajian ‟londitudinal research‟ ialah ia membolehkan pengkaji
    melihat perubahan yang berlaku dalam tempoh tersebut. Contohnya untuk
    mendapatkan sebab-sebab berlakunya jenayah di kalangan remaja, pengkaji
    akan mengesan 50 remaja dalam tempoh 30 tahun untuk mendapatkan faktor
    utama kepada berlakunya jenayah tersebut.




Latihan 3

3.1 Perhatikan tingkah laku seorang kanak-kanak yang hiperaktif. Minta kanak-
kanak tersebut duduk diam. Berapa lama dia boleh duduk diam. Catatakan
masa, dan apa yang dilakukannya dalam pemerhatian anda.
3.2 Bincangkan kepentingan „longitudinal research‟ dan „cross-sectional
research‟ dalam bidang pengurusan tingkah laku kanak-kanak bermasalah
pembelajaran.


                                       38
PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU




Untuk maklumat lanjut sila layari laman web berikut :
             http://psychology.about.com
             http://www.alleydog.com
             http://www.enotes.com
             http://en.wikipedia.org




        Itu saja yang perlu anda lakukan.....SELAMAT BERJAYA




                                       39
PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU




TAJUK 4 ( PRINSIP-PRINSIP ASAS PENGURUSAN                             2JAM
        TINGKAH LAKU)

   SINOPSIS

   Dalam tajuk ini pelajar akan didedahkan kepada pengurusan peneguhan,
   dokumentasi dan prinsip pengurusan tingkah laku.

   HASIL PEMBELAJARAN

   Diakhir pengajaran tajuk ini anda akan dapat:

          i.     memahami konsep pengurusan peneguhan
          ii.    memahami aspek pendokumentasian
          iii.   memahami prinsip-prinsip pengurusan tingkah laku

   KERANGKA TAJUK-TAJUK


   Prinsip Peneguhan

   Jadual Peneguhan

   Prisip Peneguhan Pengurusan Tingkah Laku




   4.0 Pengenalan

   Mengurus tingkah laku memerlukan kemahiran guru yang
   khusus dalam bidang tersebut . Ianya berlandaskan kepada
   prinsi-prinsip yang perlu dihayati dan dipegang oleh guru.
   Antara yang perkara yang perlu diberi perhatian adalah prinsip
   peneguhan, jenis pemerhatian, dan prinsip-prinsip pengurusan


                                   40
PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU


tingkah laku.




4.1 Prinsip peneguhan


Peneguhan sangat penting untuk mengekal, meningkat, atau
mengurangkan tingkah laku. Dalam membuat peneguhan,
peneguh (ganjaran) yang diberi hendaklah sesuai dan berkesan.


Peneguhan merupakan sesuatu objek atau situasi yang dapat
meneguhkan / mengekalkan tindak balas atau kelakuan pada masa kini
atau memungkinkan peningkatan perlakuan pada masa akan datang.
Peneguh yang diberi mestilah sesuatu yang disukai oleh murid.


Jenis-jenis peneguh
      Terdapat empat jenis peneguh yang boleh diberikan kepada
      murid, iaitu:


      i.        Tangible yang dibahagi kepada dua iaitu;


                a. edible reinforcer-        merupakan makan / minum
                                             yang disukai murid seperti
                                             makanan (gula-gula, biskut,
                                             dll)
                b. non-edible-               merupakan     barangan
                                             seperti kereta mainan, pen,
                                             bola dan sebagainya.


      ii.       Sensory          merupakan sensasi yang disukai atau
      dapat       menggembirakan murid. Terdapat lima jenis sensory

                                  41
PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU


reinforcers iaitu;
       a. Sentuhan (tactile) – sentuhan dari kulit ke kulit antara
guru dan murid yang boleh menyebabkan murid             bertindak
balas. Contoh: sentuhan, pelukan, menepuk bahu, usap kepala,
dsb.


       b.   Penggetar (vibratory) – merupakan alat penggetar
(vibrator) yang letakkan di bahagian leher,


tangan atau kaki (sesuai untuk kanak-kanak spastik atau yang
mengalami pelbagai kecacatan)


       c.   Wangian (olfactory) – menggunakan bahan-bahan
yang menarik minat murid.


       d. visual – menggunakan alat-alat yang dapat menarik
dan menggembirakan murid seperti ”spinning colour wheel”


       e. auditory – bunyi-bunyi yang menarik minat murid
atau disukai murid


iii.   sosial – merupakan pujian, senyuman, beri perhatian,
kontak mata, tepukan, sentuhan, pelukan, dan tanda- tanda / air
muka     persahabatan      atau   kasih   sayang    yang    dapat
menggembirakan murid.


iv.    aktiviti      –   merupakan   lawatan,   ambil   bahagian,
mewarna, menonton televisyen, dll.




                          42
PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU




       Jadual peneguhan
       Peneguhan boleh diberi kepada murid mengikut jadual berikut:
i.     ‟Contigent‟     diberi setiap kali tingkah laku yang diingini (tingkah
                        laku sasaran) ditunjukkan untuk mengekalkan
                        tingkah laku tersebut

ii.    ‟Continuous‟    diberikan kepada setiap tindak balas yang murid
                       berikan. Kebiasaannya pada awal program untuk
                       membentuk / melatih perlakuan baru.
iii.   ‟Intermitten‟   diberi secara berkala tanpa dijangka, bukan kepada
                       setiap perlakuan berlaku.
iv.    Penjadualan     a. ’Fixed ratio‟ – penjadualan tetap nisbah
       nisbah (ratio                    perlakuan (bilangan)
       schedules)      b. ’variable ratio’ – bilangan perlakuan yang berbeza
                                          dalam tempoh tertentu (masa)
                       c. ’Fixed interval’ – penentuan jangka masa yang
                                           tetap (setiap 10 minit)
                       d. ’Variable interval’ – penentuan jangka masa yang
                       tidak tetap (5,4,9,15,13 minit)




 Jenis-jenis pemerhatian

Sebelum melaksanakan program pengurusan tingkah laku, guru perlu mengenal
pasti masalah tingkah laku yang hendak diubah atau ditingkatkan. Oleh itu guru
perlu membuat pemerhatian dan merekodkan pemerhatiannya secara sistematik.


Pendekatan pengurusan tingkah laku dibuat berdasarkan pemerhatian langsung
(direct observation) terhadap perlakuan kanak-kanak yang berkenaan. Melalui

                                     43
PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU


pemerhatian langsung ini guru akan dapat menentukan jenis perlakuan yang perlu
diperbaiki / diubah /dipupuk kepada diri kanak-kanak berkenaan, bila tingkah laku
itu terjadi, tempat tingkah laku itu dibuat, dan kekerapan tingkah laku itu diulangi.


Jenis-jenis pemerhatian boleh dikategorikan mengikut tujuan dan aspek yang
hendak dinilai / diperhati, ia itu:


        i.      memerhati sesuatu perlakuan tanpa membuat tafsiran
               (interpretation) dan tanggapan (judgement)
                        Melapor apa yang dilihat sahaja
                        Menggunakan tafsiran bukan untuk penilaian semasa tetapi
                        untuk    membuat       hipotesis   yang   diperolehi   selepas
                        menemubual individu yang berkenaan,


        ii.     memerhati apa yang telah dirancang dan secara ”open ended”


                        Iaitu menilai / memerhati kemahiran tertentu , pengetahuan,
                        perlakuan, atau sikap yang telah dikenal pasti, di samping
                        menilai sesuatu yang wujud tanpa dijangka / di luar
                        perancangan penilai / pemerhati, tetapi relevan dengan
                        objektif penilaian tersebut.


        iii.    memerhati untuk jangka pendek dan jangka panjang


                        Pemerhatian yang dilaksanakan mengikut urutan dalam
                        jangka masa yang berperingkat boleh         memberi dapatan
                        yang berkesan dan bermakna tentang perkembangan proses
                        atau peristiwa atau pendekatan terhadap sesuatu tugasan dan
                        masalah / kesukaran.




                                          44
PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU


Pelaksanaan pemerhatian boleh dilakukan mengikut pelbagai strategi dan cara
serta kriteria tertentu, antaranya;


        i.      pelaksanaan secara berterusan mengikut keperluan yang
               telah dikenal pasti atau dirancang,


        ii.     dengan menggunakan senarai semak atau alat lain seperti
               rekod anekdot.


        iii.    pemerhatian boleh dilaksanakan secara global atau analitik
               mengikut objektif atau tujuan pemerhatian,


        iv.     jangka masa pemerhatian hendaklah disesuaikan dengan
               keadaan dan keperluan,


        v.      maklum balas diperoleh melalui pemerhatian guru dan / atau
               tindak balas murid.




Prinsip pengurusan tingkah laku


Dalam melaksanakan program tingkah laku, guru perlu memahami prinsip-prinsip
pengurusan tingkah laku berikut:




        Kebanyakan tingkah laku boleh di pelajari (kenyataan ini bermaksud
        semua tingkah laku baru boleh dipelajari sepanjang masa)




        Semua tingkah laku adalah dirangsang secara khusus
        Tingkah laku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak adalaj akibat rangsangan


                                         45
PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU


 yang diterimanya. Prinsip ini sangat ditekankan dalam teori behavioris.
 Antecedent atau peristiwa sebelum sesuatu tingkah laku adalah rangsangan
 terhadap tingkah laku tersebut.

 Tingkah laku boleh diajar dan diubah
 Guru harus berpegang kepada prinsip ini apabila hendak mengajar tingkah
 laku baru kepada muridnya. Melalui teknik pengurusan tingkah laku yang
 sesuai, guru dapat mengubah tingkah laku bermasalah kepada tingkah laku
 baru yang diingini.


 Matlamat perlu jelas dan khusus
Objektif program pengurusan tingkah laku yang hendak dijalankan
perlu dinyatakan dengan jelas dan khusus.


 Program perlu secara individu
 Disebabkan masalah tingkah laku adalah berbeza bagi setiap murid, maka
 pelaksanaan program intervensi hendaklah dirancang untuk murid yang
 berkenaan sahaja.




 Program perlu fokus masa kini (semasa)
 Program pengurusan tingkah laku hendaklah tertumpu kepada masalah
 tingkah laku semasa yang ditujukkan oleh murid.




 Program perlu fokus pada persekitaran kanak-kanak
 Program intervensi dilaksanakan di dalam bilik darjah atau di rumah yang
 merupakan persekitaran sudah biasa kepada murid-murid.




                                   46
PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU




               Latihan 1: untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu
               penting dengan membut ulasan,


               Dengan merujuk bahan bacaan dan multimedia, huraikan
               pelbagai jenis peneguhan dan prinsip – prinsip peneguhan di
               atas. Layari laman web untuk mendapat maklumat tambahan


               Latihan 2:


               Pilih satu daripada prinsip pengurusan tingkah laku dalam
               tajuk 4 dan huraikan.




TAJUK 5   PROSES PERUBAHAN TINGKAH LAKU                              2JAM




    Sinopsis

    Dalam tajuk ini anda didedahkan kepada langkah-langkah dalam

                                   47
PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU


      pengurusan tingkah laku seperti memilih tingkah laku sasaran,
      mengumpul san merekod data serta melaksanakan intervensi


      Hasil Pembelajaran


      Pada akhir tajuk ini anda akan dapat:
      i.    mengenalpasti langkah-langkah dalam proses perubahan
            tingkah laku
      ii. menjelaskan pelbagai faktor yang menyebabkan salahlaku dan

           menghuraikan kesan-kesan salah laku terhadap pembelajaran

      Kerangka Model Tajuk


                                   5.1 Mengenal pasti dan memilih tingkah laku
                                        sasaran



                                  5.2 Mengumpul dan merekod data




  Langkah -langkah                5.3 Mengenal pasti dan menentukan peneguhan
  dalam                           peneguhan
                                      peneguhan

                                  5.4 Melaksanakan program intervensi



                                  5.5 Menilai keberkesanan intervensi
5.0 Pengenalan


Tingkah laku bermasalah yang ditunjukkan olenh murid perlu ditangani
segera oleh guru dengan merancang program intervensi yang sesuai.
Proses perubahan tingkah laku perlu dilakukan mengikut langkah-langkah
yang telah ditetapkan seperti memilih tingkah laku sasaran, mengumpul
dan merekod data serta melakdsanakan intervensi.

                                       48
PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU




5.1 Mengenal pasti dan memilih tihgkah laku sasaran


Tingkah laku sasaran adalah tingkah laku yang telah dipilih untuk diberi
keutamaan dalam proses perubahan tingkah laku.


Panduan memilih tingkah laku sasaran:


i) Pilih hanya satu tingkah laku sasaran pada satu-satu masa, iaitu tingkah
laku yang


      -     Membahayakan diri dan orang lain
      -     Boleh mengganggu pembelajaran dan lurid lain
      -     Merbahayakan keselamatan diri dan murid lain
      -     Tidak sesuai dengan umurnya
      -     Terlalu kerap berlaku
      -     Terjadi akibat kurang mahir dalam bidang-bidang tertentu
      -     Menyebabkan murid lain menjauhkan diri
                                                     (Zirpoli&Mellow, 2001)




ii) Analisis tingkah laku sasaran berdasarkan :


      -     Jenis tingkah laku
      -     Kekerapan tingkah laku
      -     Jangka masa barlaku
      -     Tahap keterukan (intensiti)
      -     Jumlah keseluruhan tingkah laku


                                      49
PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU


iii) Pertimbangan kemungkinan arah perubahan sama ada tingkah laku itu
  meningkat atau menurun
iv) Pastikan tingkah laku dapat dibuat pemerhatian
v) Pastikan tingkah laku dapat diukurperlakuannya.Misalnya ” Murid A
  bangun dari kerusi dan berjalan dalam kelas sebanyak lima kali dalam
  tempoh setengah jam.
vi) Nyatakan tingkah laku sasaran dengan jelas dan khusus sama ada
secara lisan atau bertulis.


5.2 Mengumpul dan merekod data


Sebelum       melaksanakan     program       pengurusan   tingkah   laku,   guru
seharusnya mengumpul maklumat tentang tingkah laku yang hendak di
ubah. Maklumat atau data        yang terkumpul dikenali sebagai ” baseline
data”.


Tujuan mengumpul data:


         -   Mengetahui jumlah tingkah lakutersebut dalam sehari.
         -   Mengetahui waktu tingkah laku paling banyak berlaku.
         -   Mengetahui sama ada tingkah laku ini mempunyai corak/pola
                tertentu.
         -   Mengetahui sebab-sebab berlaku keadaan tersebut.


Maklumat mengenai tingkah laku diperolehi melalui pemerhatian dan
maklumat direkod melalui teknik-teknik berikut:


         -   Rekod Naratif
         -   Rekod Anekdot
         -   Rekod Naratif berterusan
         -   Rekod Kejadian (Event Recording)
         -   Rekod Kekerapan

                                        50
PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU


       -   Rekod jangka masa (Duration)
       -   Rekod had masa (Interval)
       -   Rekod Sampel Masa


5.3 Mengenal pasti dan menentukan peneguhan




5.4 Melaksana Intervensi

Setelah guru mengumpul segala maklumat(baseline data) tentang tingkah
laku muridnya, barulah guru dapat melaksanakan program intervensi untuk
mengurus tingkah laku tersebut. Sebelum sesuatu tingkah laku dapat
diurus, beberapa perkara perlu diberi perhatian terlebih dahulu iaitu:


i)   Apakah jenis tingkah laku yang dapat diperhati?
ii) Tingkah laku yang mana satu harus di beri keutamaan?
iii) Bila tingkah laku itu berlaku?
iv) Kekerapan tingkah laku itu berlaku?
v) Apakah punca atau sebab tingkah laku itu berlaku?
vi) Bagaimana hendak mengurus tingkah laku tersebut?

Baseline data yang diperolehi hendaklah diteliti untuk melihat ciri-ciri,
keterukan dan corak tingkah laku itu berlaku. Dari sinilah guru dapat
merancang intervensi yang hendak dilaksanakan. Program intervensi
dilaksanakan dengan menggunakan strategi untuk meningkatkan atau
mengurangkan tingkah laku sasaran.

Program intervensi dijalankan dalam tiga fasa iaitu:

i) Fasa pra intervensi
ii) Fasa intervensi
iii) Fasa selepas intervensi


Fasa pra intervensi:

                                      51
PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU


Dikenali sebagai ”baseline period” iaitu guru akan mengumpul semua
maklumat tentang tingkah laku murid melalui pemerhatian tanpa sebarang
intervensi. Rekod ”baseline” ini akan dijadikan perbandingan dengan rekod
baselinedata selepas intervensi.




Fasa intervensi:

Setelah guru puas hati dengan data yang diperolehi dalam tempoh fasa
pra   intervensi,   guru   boleh   memulakan   program   intervensi   yang
dirancangkan. Sepanjang tempoh program intervensi ini tingkah laku
tersebut akan diperhati dan direkodkan (seperti dalam fasa pra intervensi)
ke dalam geraf bahagian fasa intervensi. Dicadangkan fasa intervensi ini
dijalankansekurang-sekurang selama dua minggu.



Fasa selepas intervensi:

Dalam fasa ini tingkah laku murid akan dinilai untuk menentukan tingkah
laku yang dipelajari dalam tempoh intervensi dapat dikekalkan. Tingkah
laku murid akan terus diperhati dan direkodkan kedalam bahagian geraf
fasa selepas intervensi.




5.5. Menilai keberkesanan intervensi

Intervensi yang dilaksanakan perlu direkod dan ditunjukkan melalui geraf
sama seperti rekod baseline data. Selepas program intervensi dijalankan
pemerhatian akan dilakukan sekali lagi untuk mendapatkan baseline data
yang kedua. Baseline data kedua merupakan pemerhatian susulan
program intervensi dilaksanakan. Sekiranya tidak ada perubahan tingkah
laku yang diingini ditunjukkan oleh murid, maka guru boleh melaksanakan

                                     52
PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU


intervensi susulan seterusnya dengan mencuba strategi dan teknik
pengubahsuaian tingkah laku yang lain.




             Latihan 1 untuk menguji kefahaman konsep-konsep,isu-isu
             penting dengan membuat rumusan.

              Dengan merujukbahan-bahan bacaan dan multimedia,
              huraikan setiap teknik pengumpulan data yang dinyatakan
             di
              atas denan menunjukkan contoh yang sesuai. Bentangkan
              untuk perbincangan dalam kelas.

             Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.




              Latihan 2 untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu
              penting dengan membuat rumusan.

              Dengan sokongan pengurusan grafik, banding bezakan
             antara
              rekod naratif dengan rekod anekdot.

              Layari laman web untuk mendapatkan maklumat
             tambahan.




TAJUK 6 STRATEGI PENGURUSAN TINGKAH LAKU                            2 JAM



      Sinopsis



                                  53
PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU


      Dalam tajuk ini anda didedahkan kepada cara-cara untuk
      meningkatkan serta mengurangkan tingkah laku yang diingini
      atau tidak diingini.


      Hasil Pembelajaran


      Pada akhir tajuk ini anda akan dapat:
      i.    mengenalpasti strategi-strategi untuk meningkatkan tingkah laku
            yang diingini.
      ii. mengenalpasti strategi-strategi untuk mengurangkan atau
            menghentikan tingkah laku yang tidak diingini.




           Kerangka Model Tajuk

      Strategi Pengurusan Tingkah laku
       -Peningkatan tingkah laku
       -Pengurangan Tingkah laku




6.0 Pengenalan


Dalam pengurusan tingkah laku, guru akan berusaha untuk mengekal atau
meningkatkan lagi tingkah laku yang diingini yang ditunjukkan oleh murid.
Manakala tingkah laku negatif pula akan dihentikan atau dikurangkan.
Kesemua ini dapat dilakukan melalui teknik-teknik tertentu.




6.1 Meningkatkan Tingkah Laku

Tingkah laku baik atau yang diingini yang ditunjukkan oleh murid
hendaklah ditingkatkan lagi atau sekurang-kurangnya dikekalkan. Antara

                                      54
PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU


teknik yang boleh digunakan oleh guru adalah seperti berikut:


      Peneguhan Positif:
             Pemberian peneguhan selepas sesuatu tingkah laku yang
             diingini ditunjukkan supaya tingkah laku itu dikekalkan atau
             ditingkatkan.


      Peneguhan Negatif:
             Merupakan penarikan rangsangan negatif (aversive stimulus)
             setelah tingkah laku sasaran ditunjukkan dan akan
             mengekalkan atau meningkatkan lagi tingkah laku tersebut.


      Pembentukan: (Shaping)
             Pemberian pengukuhan kepada perlakuan-perlakuan yang
             dilakukan oleh murid yang menjurus kepada pembentukan
             perlakuan yang dikehendaki.


      Kontrak:
              Persetujuan di antara dua pihak atau lebih (guru dan murid)
             secara lisan atau bertulis. Murid dipertanggungjawabkan
             terhadap perkara atau aktiviti yang dipilih. Kontrak akan
             berjaya jika murid faham akan tingkah laku yang hendak
             diubah dan murid faham akan kesan yang akan berlaku.




      Ekonomi Token:

      Peneguhan diberi dalam bentuk token seperti syiling atau stiker
     (pelekat) sebagainya apabila tingkah laku yang diingini ditunjukkan.
     Token ini boleh ditukarkan dengan benda-benda atau bentuk
      ganjaran lain yang disediakan oleh guru.

                                    55
PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU



        Modeling :


        Menggunakan watak-watak (murid atau guru) yang disukai dan
        dihormati untuk diteladani oleh murid.


       Rantaian (Chaining):

     Merujuk kepada siri tingkah laku yang ditunjukkan dalam bentuk
     rantaian atau berurutan. Pembentukan rantaian tingkah laku atau
     rantaian kemahiran lain juga dikenali sebagai analisis tugasan.


      Pengaburan/Pelunturan (Fading):
     Mengurangkan tingkah laku atau ganjaran yang diterima secara
     perlahan-perlahan.

6.2 Mengurangkan Tingkah Laku

    Penghapusan ( Extinction):
Memberikan atau menyekat murid - murid daripada terus melakukan
tingkah laku negatif secara beransur-ansur dengan menggantikan dengan
tingkah laku baru yang positif.


       ”Time-Out” :
    Menempatkan murid berasingan daripada kumpulan(penjuru kelas,
   atau bilik khas) atau mengeluarkan murid daripada aktiviti kumpulan.




       Kejemuan (Satiation):


       Murid melakukan tingkah laku itu sehingga dia jemu melakukannya
       dan berhenti sendiri. ”Over-correction” adalah satu teknik kejemuan
       yang tidak digalakkan.



                                    56
PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU


Hukuman/ Dendaan:
 Contoh: tahanan kelas (detention class), dendaan fizikal,
”response cost” iaitu menarik balik hak atau keistimewaan.


Disensitisasi:
Tindakan – tindakan secara beransur-ansur untuk menghilangkan
rasa gugup atau takut yang berlebihan (takut bercakap di depan
kelas atau fobia).


”Overcorrection”:
Prosedur yang menerlukan pelajar memperbaiki keadaan atau
kesalahan yang dilakukanmelebehi keadaan sebelumnya. Contoh
-     membuat pembetulan terhadap kesalahan tulisan berulang kali.
-     menulis ayat atau perkataan yang sama berulang kali mungkin
       seratus kali.


”Response cost ”:
    Suatu bentuk penarikan peneguh atau gtanjaran secara sistematik
    terhadap sesuatu tingkah laku yang tidak sesuai.




          Latihan 1 untuk menguji kefahaman konsep-konsep,isu-isu
          penting dengan membuat rumusan.

           Pilih satu daripada teknik meningkatkan tingkah laku dan
           huraikan bagaimana anda akan mengaplikasikan teknik
           tersebut dalam mengurus masalah tingkah laku dalam
           kalangan kanak-kanak bermasalah pembelajaran.

           Layari laman web untuk mendapatkan maklumat
          tambahan.




                                57
PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU



               Latihan 2 untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu
               penting dengan membuat rumusan.

               Pilih satu daripada teknik mengurangkan tingkah laku dan
               huraikan bagaimana anda akan mengaplikasikan teknik
               tersebut dalam mengurus masalah tingkah laku dalam
               kalangan kanak-kanak bermasalah pembelajaran.

                Layari laman web untuk mendapatkan maklumat
               tambahan.




     SELAMAT MENCUBA!




TAJUK 7   ISU DAN ETIKA PENGURUSAN TINGKAH LAKU                       2JAM


   Sinopsih

   Bagi meningkatkan pengetahuan anda, modul ini menyediakan
   perkara-perkara yang berkaitan dengan isu dan etika yang tedapat
   dalam program Pendidikan Khas.


   Hasil Pembelajaran


                                    58
PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU



      i)        Memahami hak asasi kanak-kanak seperti dari segi normalisasi,
                keadilan dan penghormatan.

      ii)       Menjelaskan tentang peranan penglibatan ibu bapa          dan
                kepentingan antara pihak ibu bapa dan sekolah.

      iii)      Mengenal pasti penglibatan komuniti dalam murid berkeperluan
                khas

   Kerangka Tajuk



                       Isu dan Etika Pengurusan Tingkah Laku




 Hak asasi                         Penglibatan                   Isu dan Etika
kanak-kanak                         Komuniti                     Pengurusan
                                                                 Tingkah Laku




             7.0 Pengenalan
             Bagi meningkatkan pengetahuan anda            tentang mobul ini,
             disediakan perkara-perkara yang berkaitan dengan isu, dan etika
             yang terdapat dalam pengurusan program pendidikan khas.
             Sebenarnya dalam melaksanakan program pengurusan tingkah
             laku, terdapat bayak isu yang mungkin timbul. Di antara yang
             diperkatakan ialah:




                                          59
PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU


Sulit (confidential)
Semua maklumat dan rekod murid dan ibu bapa adalah sulit.
”Zero reject” ( education for all )
Semua murid berhak mendapat pendidikan secara percuma
Penilaian tanpa diskriminasi (non-discriminatory evaluation).
Setiaporang murid perlu mendapat penilaian yang sesuai dengan
latar belakang budaya dan bahasa sebelum ditempatkan dalam
program pendidikan khas.
Rancangan Pengajaran ndividu (Individualized Educational
Plan)
Setiap murid berkeperluan khas perlu ada rancangan pendidikan
secara individu yang mencatatkan pecapaian semasa, matlamat,
perkhidmatan khusus, prosedur dan hasil (out come).
Persekitaran yang kurang terhad ( least restricted environment)
Seboleh-bolehnya murid perlu di berikan pendidikan dalam kelas
yang paling tidak terhad.
Due Proses
Satu set prosedur untuk memastikan keadilan dalam membuat
keputusan yang berkaitan pendidikan murid dan tanggungjawab
dipikul bersama-sama oleh pihak profesional (pakar) dan ibu bapa.




Penglibatan dan persetujuan ibu bapa
Ibu bapa bukan hanya terlibat dalam perancangan tetapi terlibat
juga dalam membina program dan berhak mendapat rekod
berkaitan pendidikan anaknya.


7.1 Hak Asasi Kanak-kanak
Allen (1969) dalam Walker & Shea (1995) telah menggariskan tiga
prinsip sebagai panduan:
        i)   Normalisasi


                             60
PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU


       Prinsip ini memberi peluang kepada mereka yang
       berkeperluan khas merasa kehadiran mereka
       hampir senormal mungkin. Perkara yang perlu
       diberikan perhatian:
       -Persekitaran sebenar kanak-kanak
       -Persamaan dan perbezaan di kalangan berbagai
       kumpulan dalam masyarakat
       -Pengetahuan tentang pertumbuhan dan
       perkembangan, keperluan, kehendak, kekuatan
       dan ketidakupayaan kanak-kanak.


ii)    Keadilan
       Prinsip keadilan berlandaskan `Due Process` yang
       menghendaki setiap tindakan berfokuskan kepada
       kebajikan kanak-kanak.Di antara contoh tindakan
       yang tidak adil:
       -Enggan mencuba pengurusan tingkah laku secara
       sistematik.
       -Menempatkan murid secara sembarangan tanpa
       usaha membantu.
       -Ketidaksediaan guru menyediakan perkhidmatan
       yang diperlukan.




iii)   Penghormatan
       Prinsip penghormatan menjelaskan tentang hak
       seseorang untuk dilayan sebagai manusia yang
       bermaruah          dan      bukan   dilayan   seperti
       haiwan.Contoh tindakan yang salah:
       -Hukuman fizika l- (tampar, ketuk-ketampi)
       -Hukuman psikologi (menyindir, memarahi dan

                          61
PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU


           memberi gelaran)
           -pengabaian - (menyekat kanak-kanak daripada
           Peluang untuk berjaya)
           -Pemisah - (salah penempatan dikelas khas)
           -pengasingan - (pengguanaan ‟time out‟ secara
           tidak konsistem dan lama)
           -Pengubatan- (salah guna ubatan)
           -Hukuman kejam - (sekatan, renjatan elektrik)




7.2 Penglibatan ibu bapa


     a) Peranan ibu bapa
     -Ibu bapa boleh trlibat dalam pengesanan,
      pengujian(assessment), membina program, mengajar
      dan penilaian (evaluation) (e.g.keberkesanan program).
     -harapan ibu bapa dan juga harapan profesional.


     b) Bentuk penglibatan
        -mengenalpasti dan merujuk
        -diberitahu dan mendapat kebenaran dari ibu bapa
        untuk membina program
        -temuduga sejarah hidup murid
        -pengujian secara formal
        -memerhati dan membuat carta
        -melibatkan murid dalam pengujian (assessment)




     c) Perbincangan dan percubaan dengan ibu bapa
        (conferencing)
         - persediaaan untuk perjumpaan
         -cara komunikasi

                            62
PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU


   -melaporkan keputusan
   -membentuk matalamat (goals) program
   -kelulusan untuk penempatan


d) Due Process
 Dalam Due proses hak dan tanggungjawab terhadap
 ibubapa diperjelaskan.


e) Memantau perlaksanaan.
 -merupakan proses yang berterusan


f) kerjasama ibu bapa
 Kerjasama ibu bapa dengan profesional akan dapat
 menjamin kejayaan program.


g) Pendidikan ibu bapa
 -Pendidikan kepada ibu bapa tentang pendidikan khas,
 keperluan khas anak
-latihan berkomunikasi, terapi, kaunseling, perundangan
-membina rangkaian (net working)-kelab sokongan ibu
 bapa.


h) Reaksi ibu bapa
 Reaksi ibu bapa dapat dilihat dalam 3 bentuk, iaitu
 - Redha dan bersyukur
 - Keliru-akibatnya timbul berbagai reaksi
     -salahkan diri
     -tidak gembira/murung
     -rasa bersalah
     -penafian
     -menyalahkan orang lain
     -menarik diri

                      63
PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU


                    -mengelak diri
                    -Pemarah dan memencilkan diri
                    -bermusuhan
                    -terlalu mengharap
                    -kecewa
                   -Tidak terima sama sekali


      i) Keperluan Latihan
      Ibu bapa memerlukan maklumat tentang prospek masa
      depan   anak-anak       mereka,     oleh   itu   merek   perlu   diberi
      pendedahan berikut:
      -sara menguruskan anak yang bermasalah/kurang upaya
      -penerangan      pakar      perubatan/psikologi/kaunseling        dan
      sebagainya
      -perbincangan dengan waris yang senasib tetapi telah berjaya
      -Peluang-peluang yang ada sama ada dari segi bantuan
      pendidikan, latihan dan sebagainya.


   j). Hubungan rumah dengan sekolah
     Para pelaksana perlulah berusaha menarik ibu bapa untuk
     melibatkan setiap aktiviti yang dijalankan agar mereka faham
    dapat sama-sama terlibat. Mereka juga boleh meneruskan aktiviti
     yang dijalankan dirumah supaya ada kesinambungan.


   7.3 Penglibatan Komuniti


   i) Agensi kerajaan dan swasta

         a)Kementerian Pelajaran Malaysia

Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan
melalui:

Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah

                                     64
PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU


pendengaran. Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid-
murid    berkeperluan    khas      bermasalah     pembelajaran,      bermasalah
pendengaran dan bermasalah penglihatan. la diwujudkan di sekolah
harian   biasa      rendah   dan    menengah       dan   sekolah     menengah
teknik/vokasional    yang    menggunakan        pendekatan      pengajaran   dan
pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif.



Program Pendidikan Khas Integrasi ini ditadbirkan sepenuhnya oleh Jabatan
Pendidikan Negeri manakala Jabatan Pendidikan Khas bertanggungjawab terhadap
perkara-perkara yang berkaitan dengan dasar dan pengisiannya.
Kurikulum Program Pendidikan Khas : Kurikulum yang diguna pakai di sekolah-
sekolah pendidikan khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi ialah kurikulum
kebangsaan dan kurikulum alternatif. Murid Pendidikan Khas menjalankan aktiviti
kokurikulum seperti murid biasa.
Pentaksiran Murid-Murid Pendidikan Khas: Semua pelajar pendidikan khas
mengambil peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR),
Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kecuali
mereka yang mengikuti kurikulum alternatif.
Bagi murid-murid yang mengikuti kurikulum alternatif iaitu Standard Kemahiran
Kebangsaan (SKK) akan ditauliahkan Sijil Kemahiran Malaysia, dan Kursus Seni
Lukis dan Seni Reka akan dianugerahkan Sijil Perakuan Sekolah dan Sijil Khas
Vokasional.



          b)Jabatan Kebajikan Masyarakat

i) Pendaftaran dan Kad Kenal Diri - Tujuan pendaftaran adalah untuk
mengumpul data dan statistic bagi maksud perancangan perkhidmatan / program
pemulihan, pencegahan, latihan dan pendidikan serta intervensi awal. Kad Kenal
Diri adalah suatu tanda pengenalan diri yang dikeluarkan kepada Orang Kurang
Upaya (OKU) yang berdaftar bagi memudahkan mereka berurusan dengan pihak-

                                      65
PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU


pihak yang berkenaan.

ii) Bantuan Alat Tiruan/Otortik - Bantuan ini bertujuan membantu OKU
membeli peralatan tiruan/sokongan seperti kerusi roda, kaliper, anggota tiruan dan
lain-lain peralatan yang tidak mampu dibeli oleh OKU. Dengan adanya alat ini
dapat membantu mereka bergerak dan meneruskan aktiviti kehidupan harian.

iii) Geran Pelancaran - Bertujuan membantu OKU yang ada pengetahuan
dan kemahiran tetapi tidak mempunyai modal (kewangan) dan peralatan bagi
menjalankan projek jaya diri / perniagaan kecil / pertanian. Peruntukkan geran
pelancaran berkadar maksimum RM2,700.

iv) Elaun Pekerja Cacat (EPC) - Skim ini bertujuan menggalakkan OKU
terus bekerja dan berdikari tanpa bergantung kepada ahli keluarga atau orang lain,
dan sebagai penyenggaraan pendapatan untuk memenuhi keperluan asas
kehidupan.

v)Bengkel Terlindung - Jabatan berusaha mendapatkan peluang
pekerjaan di sector awam/swasta atau menempatkan OKU di Bengkel Terlindung
seperti Bengkel Daya Klang, Bengkel Daya Sg. Petani atau di 13 buah bengkel
terlindung yang diuruskan oleh pertubuhan sukarela.

vi) Latihan Kemahiran Vokasional - Pusat Latihan Perindustrian dan
Pemulihan Bangi - kursus peringkat persijilan dan mendapat pengiktirafan MLVK
(Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan) ini ditawarkan kepada OKU anggota,
berumur antara 18-40 tahun, berkelulusan sekurang- kurangnya PMR atau setaraf
dengannya dan boleh berdikari. Kursus ditawarkan seperti komputer dan
kesetiausahaan, jahitan    dan rekaan fesyen,      unit   membuat    alat tiruan,
penyenggaraan komputer, pendawaian lektrik, elektronik, bengkel roti dan kek,
fotografi dan kelas memandu.
Kemasukan Ke Institusi Pemulihan ( Taman Sinar Harapan) -Latihan
Pemulihan diberikan kepada individu OKU kategori terencat akal sehingga ke

                                       66
PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU


tahap     sempurna   mengikut    kemampuan      dan    kebolehan   masing-masing.
Perlindungan dan jagaan juga diberi kepada OKU yang mengalami kecacatan yang
teruk. Aktiviti dijalankan ialah latihan pemulihan kehidupan harian, latihan pra
vokasional, kelas akademik tidak formal, pendidikan agama/moral, sukan/rekreasi,
dan aktiviti luar.


vii)Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) - PDK satu strategi dalam
pembangunan komuniti untuk golongan OKU menjalani pemulihan dalam
keluarga dan masyarakat sendiri di mana memberi peluang kepada OKU
menjalani pemulihan, mengecapi peluang yang sama rata dan
berinteraksi dengan masyarakat. Aktiviti yang dijalankan ialah kemahiran motor
kasar, kemahiran motor halus, perkembangan bahasa, perkembangan sosial,
pengurusan diri, pra-3M, kreativiti, sukan dan rekreasi.


         c)Kementerian Kesihatan Malaysia


Perkhidmatan: Penilaian awal oleh pasukan multidisiplin, Pemulihan carakerja,
Pemulihan anggota / fisioterapi, Pemulihan pertuturan, Pemulihan pendengaran,
Rawatan susulan, Penilaian pemakanan, dan Rawatan Psikologi.




    i)       Pertubuhan bukan kerajaan (NGO)

             Pendidikan khas juga dikendalikan oleh pelbagai organisasi, persatuan
             dan badanbadan sukarelawaan. Badan Bukan Kerajaan atau NGO
             (Non-Governmental Organisations), ditubuhkan oleh masyarakat
             setempat dan wujud di merata-rata tempat di negara kita.
             Peristiwa „Tahun Antarabangsa Orang-orang Cacat pada 1986‟
             telah membuka mata pelbagai pihak terhadap pendidikan untuk
             kanak-kanak berkeperluan khas. Ekoran daripada itu berbagai-
             bagai aktiviti dilaksanakan bagi menyedarkan ibu bapa dan
             masyarakat tentang hal-hal berkaitan dengan kanak-kanak
                                        67
PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU


  berkeperluan khas. Selepas tahun tersebut, bilangan kanak-
  kanak berkeperluan khas yang berdaftar di pusat tertentu serta
  guru pendidikan khas telah bertambah, yang memperlihatkan
  kesedaran pelbagai pihak terhadap keperluan pendidikan
  kepada golongan ini. Antara Badan Bukan Kerajaan yang
  terlibat dengan penyediaan pendidikan khas ialah:

  i).Persatuan Kanak-kanak Spastik (Spastic Children’s
  Assocation)


  Menyediakan intervensi awal untuk kanak-kanak kerencatan
  mental di antara umur 2-16 tahun.


  ii).Pusat Bimbingan Sinaran Matahari

   Mengajar kanak-kanak berkeperluan Khas kemahiran hidup
  serta kemahiran sosial



  iii).Pusat Harian Kanak-Kanak Istimewa

  Pusat ini terlibat dengan intervensi awal bagi kanak-kanak di
  antara 0-6 tahun serta kemahiran hidup untuk kanak- kanak
  diantara umur 6-16 tahun.


  iv) Yayasan Sindrom Down Kiwanis (Kiwanis Down
  Syndrome Foundation) yang komited kepada kebajikan kanak-
  kanak sindrom down dan tumpuan ialah kepada kanak-kanak di
  bawah 6 tahun. Kini Yayasan ini mengendalikan enam pusat
  pendidikan untuk kanak-kanak sindrom down di merata tempat
  dalam Malaysia


JAWAB SOALAN BERIKUT:
1.Berikan dua sebab mengapa pentingnyan penglibatan ibu bapa
                         68
  dalam program kanak-kanak khas.


2.Nyatakan apakah badan NGO yang terlibat dalam membantu
PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU




 Untuk maklumat lanjut sila layari laman web berikut :
             http://psychology.about.com
             http://www.alleydog.com
             http://www.enotes.com
             http://en.wikipedia.org


Itu saja yang perlu anda lakukan.....SELAMAT BERJAYA




                                       69
PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU




RUJUKAN :

  Axelrod, S. 1983. Behavior Modification for the Classroom Teacher, New
         York: McGraw-Hill Book Company.

  Hamilton, K. R. 2001. http://webhome.idirect.com/~kehamilt/psy4.html
         Jun 18, 2007.

  Harrop, A. 1987. Behavior Modification in the Classroom, London: Hodder
         & Stoughton Ltd.

  Martin, G. & Pear, J. 1993. Behavior Modification-What Is It and How to Do It 4th
          ed. New Jersey: Prentice Hall.

  Myint S. K.; Lourdusamy, A.,.Lang, Q. C. and Wong, A. F.L. 2005. Classroom
         Management: Facilitating Teaching and Learning. Singapore: Pearson.

  Sulzer, B. & Mayer, G. R. 1972. Behavior Modification Procedures for School
          Personnel. Illinois: The Dryden Press Inc.

  Walker, J. E. & Shea, T. M. 1995, Behavior Management:- A Practical Approach
        for Educators 6* ecf. New Jersey: Simon & Schuster Company.
                                       70
PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

    Wielkiewicz, R. M.. 1995. Behavior Management In The Schools: Principles and
           Procedure. Boston: Allyn and Bacon.

    Zirpoli, T. J. and Melloy, K. J. 1993. Behavior Management: Applications for
            Teachers and Parents. New York: Macmillan Publishing Company.


Greene, R.W. (2001). The explosive child: A new approach for
      understanding and parenting easily frustrated chronically
      inflexible children. New York: Harper Collins

Kazdin, A.E. (2002). Behavior Modification :       Applications for teachers. (6th.
     ed.). Belmont C.A.: Wadsworth.

Martin, G. & Pear, J. (2003). Behavior     modifications : What it is and
      how to do it. (7th. Ed.). New Jersey : Prentice-Hall


Jordan, D. (2001). A guidebook for parents of children with emotional
     or behavior disorders (3rd ed.). Minneapolis, MN: PACER.

Miltenberger, R.G. (2001). Behavior modification : Principles and
      procedures (2nd. Ed.). Belmont, C.A. : Wadsworth

Papolos, D., & Papolos, J. (2002). The bipolar child. New York:
     Broadway

Walker, J.W. & Shea, T.M. (2002). Behavior   management: A practical
     approach for educators (8th. Ed.). New Jersey : Merrill Prentice-
     Hall.

Zirpoli, T.J. & Melloy, K.J. (2001). Behavior             management :
      Applications for teachers (3rd. ed.). New Jersey : Merrill Prentice
      Hall




                                        71
Modul ppg 2_pkb_3103
Modul ppg 2_pkb_3103
Modul ppg 2_pkb_3103
Modul ppg 2_pkb_3103

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Teori kecerdasan
Teori kecerdasanTeori kecerdasan
Teori kecerdasan
firo HAR
 
Pengenalan kepada konsep pergerakan
Pengenalan kepada konsep pergerakanPengenalan kepada konsep pergerakan
Pengenalan kepada konsep pergerakan
firo HAR
 
Pengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah lakuPengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah laku
skke1
 
Teori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh VygotskyTeori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh Vygotsky
artyschatz
 
Penglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapaPenglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapa
Arra Asri
 
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifCiri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
Fauzan Zain
 
Model disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canterModel disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canter
dimidur
 

Mais procurados (20)

Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalah
 
Teori kecerdasan
Teori kecerdasanTeori kecerdasan
Teori kecerdasan
 
Masalah tingkahlaku
Masalah tingkahlakuMasalah tingkahlaku
Masalah tingkahlaku
 
Domain sosial
Domain sosial Domain sosial
Domain sosial
 
Tajuk 2 - Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
Tajuk 2 - Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanakTajuk 2 - Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
Tajuk 2 - Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
 
Teori jean piaget(perkembangan kanak-kanak)
Teori jean piaget(perkembangan kanak-kanak)Teori jean piaget(perkembangan kanak-kanak)
Teori jean piaget(perkembangan kanak-kanak)
 
Teori Behaviorisme
Teori BehaviorismeTeori Behaviorisme
Teori Behaviorisme
 
Pengenalan kepada konsep pergerakan
Pengenalan kepada konsep pergerakanPengenalan kepada konsep pergerakan
Pengenalan kepada konsep pergerakan
 
Topik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanak
Topik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanakTopik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanak
Topik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanak
 
Ciri ciri anak pintar cerdas
Ciri ciri anak pintar cerdasCiri ciri anak pintar cerdas
Ciri ciri anak pintar cerdas
 
Pengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah lakuPengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah laku
 
Teori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh VygotskyTeori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh Vygotsky
 
Penglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapaPenglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapa
 
Bab 7 pengurusan bilik darjah yang melibatkan murid berkeperluan khas
Bab 7 pengurusan bilik darjah yang melibatkan murid berkeperluan khasBab 7 pengurusan bilik darjah yang melibatkan murid berkeperluan khas
Bab 7 pengurusan bilik darjah yang melibatkan murid berkeperluan khas
 
Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
Rekod-Rekod Perkembangan dan PengesananRekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
 
Hubungan guru murid
Hubungan guru muridHubungan guru murid
Hubungan guru murid
 
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifCiri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
 
Beyond discipline (Bahasa Melayu) by Alfie Kohn
Beyond discipline (Bahasa Melayu) by Alfie KohnBeyond discipline (Bahasa Melayu) by Alfie Kohn
Beyond discipline (Bahasa Melayu) by Alfie Kohn
 
Model disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canterModel disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canter
 
psikologi pendidikan
psikologi pendidikanpsikologi pendidikan
psikologi pendidikan
 

Destaque

Slide show pengurusan tingkah laku
Slide show pengurusan tingkah lakuSlide show pengurusan tingkah laku
Slide show pengurusan tingkah laku
abe Ray
 
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKUCONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
cikgusuepkhas
 
Intervensi awal
Intervensi awalIntervensi awal
Intervensi awal
Nor Saroni
 
Nota teori pelaziman operan
Nota teori pelaziman operanNota teori pelaziman operan
Nota teori pelaziman operan
Eyzan Rashid
 
Laporan analisis kajian kes
Laporan analisis kajian kesLaporan analisis kajian kes
Laporan analisis kajian kes
fitri norlida
 
Kesan masalah tingkah laku terhadap p
Kesan masalah tingkah laku terhadap pKesan masalah tingkah laku terhadap p
Kesan masalah tingkah laku terhadap p
Eyzan Rashid
 
Model pengajaran behaviorisme disediakan oleh norhayati
Model pengajaran behaviorisme disediakan oleh norhayatiModel pengajaran behaviorisme disediakan oleh norhayati
Model pengajaran behaviorisme disediakan oleh norhayati
HELMIZAM
 
TEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlovTEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlov
Nahzatul Akma
 
Teori Belajar Sosial Albert Bandura
Teori Belajar Sosial Albert BanduraTeori Belajar Sosial Albert Bandura
Teori Belajar Sosial Albert Bandura
Alfiramita Hertanti
 
Laporan pembentangan intervensi awal kanak2
Laporan pembentangan intervensi awal kanak2Laporan pembentangan intervensi awal kanak2
Laporan pembentangan intervensi awal kanak2
Nur Kareena
 
Murid dan pembelajaran
Murid dan pembelajaranMurid dan pembelajaran
Murid dan pembelajaran
haslinda041770
 

Destaque (20)

Slide show pengurusan tingkah laku
Slide show pengurusan tingkah lakuSlide show pengurusan tingkah laku
Slide show pengurusan tingkah laku
 
Modifikasi tingkah laku
Modifikasi tingkah lakuModifikasi tingkah laku
Modifikasi tingkah laku
 
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKUCONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
 
Pp pengrsn t laku
Pp pengrsn t lakuPp pengrsn t laku
Pp pengrsn t laku
 
Pembelajaran Tingkahlaku Modifikasi
Pembelajaran Tingkahlaku ModifikasiPembelajaran Tingkahlaku Modifikasi
Pembelajaran Tingkahlaku Modifikasi
 
Intervensi awal
Intervensi awalIntervensi awal
Intervensi awal
 
teori pembelajaran sosial
teori pembelajaran sosialteori pembelajaran sosial
teori pembelajaran sosial
 
Pengurangan dan penghapusan perilaku
Pengurangan dan penghapusan perilakuPengurangan dan penghapusan perilaku
Pengurangan dan penghapusan perilaku
 
Langkah langkah dalam melaksana pengurusan tingkah laku
Langkah langkah dalam melaksana pengurusan tingkah lakuLangkah langkah dalam melaksana pengurusan tingkah laku
Langkah langkah dalam melaksana pengurusan tingkah laku
 
41404857 4-model-tl
41404857 4-model-tl41404857 4-model-tl
41404857 4-model-tl
 
Nota teori pelaziman operan
Nota teori pelaziman operanNota teori pelaziman operan
Nota teori pelaziman operan
 
Laporan analisis kajian kes
Laporan analisis kajian kesLaporan analisis kajian kes
Laporan analisis kajian kes
 
Kesan masalah tingkah laku terhadap p
Kesan masalah tingkah laku terhadap pKesan masalah tingkah laku terhadap p
Kesan masalah tingkah laku terhadap p
 
Hak Asasi Kanak Kanak
Hak Asasi Kanak KanakHak Asasi Kanak Kanak
Hak Asasi Kanak Kanak
 
Model pengajaran behaviorisme disediakan oleh norhayati
Model pengajaran behaviorisme disediakan oleh norhayatiModel pengajaran behaviorisme disediakan oleh norhayati
Model pengajaran behaviorisme disediakan oleh norhayati
 
TEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlovTEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlov
 
Teori Belajar Sosial Albert Bandura
Teori Belajar Sosial Albert BanduraTeori Belajar Sosial Albert Bandura
Teori Belajar Sosial Albert Bandura
 
Laporan pembentangan intervensi awal kanak2
Laporan pembentangan intervensi awal kanak2Laporan pembentangan intervensi awal kanak2
Laporan pembentangan intervensi awal kanak2
 
Murid dan pembelajaran
Murid dan pembelajaranMurid dan pembelajaran
Murid dan pembelajaran
 
Etika kaunselor
Etika kaunselorEtika kaunselor
Etika kaunselor
 

Semelhante a Modul ppg 2_pkb_3103

Makalah modifikasi perilaku
Makalah modifikasi perilakuMakalah modifikasi perilaku
Makalah modifikasi perilaku
Tiya Widiyanti
 
Makalah Ranah Perilaku
Makalah Ranah PerilakuMakalah Ranah Perilaku
Makalah Ranah Perilaku
uyunk93
 
Pendekatan konseling behavioral
Pendekatan konseling behavioralPendekatan konseling behavioral
Pendekatan konseling behavioral
misbakhulfirdaus
 
Social Learning Theory
Social Learning TheorySocial Learning Theory
Social Learning Theory
mankoma2013
 
lianiaulia-140508081256-phpapp02.pdf
lianiaulia-140508081256-phpapp02.pdflianiaulia-140508081256-phpapp02.pdf
lianiaulia-140508081256-phpapp02.pdf
01669230007
 
Konsep Perubahan (Teori dan Bentuk)
Konsep Perubahan (Teori dan Bentuk)Konsep Perubahan (Teori dan Bentuk)
Konsep Perubahan (Teori dan Bentuk)
Syaikhuna Al-Asyhi
 
Teori belajar sosial
Teori belajar sosialTeori belajar sosial
Teori belajar sosial
Tamami Kece
 
Perilaku dan Teori Perilaku Individu.pptx
Perilaku dan Teori Perilaku Individu.pptxPerilaku dan Teori Perilaku Individu.pptx
Perilaku dan Teori Perilaku Individu.pptx
MarioSatiri
 
Teori tingkah laku shamil 2002
Teori tingkah laku shamil 2002Teori tingkah laku shamil 2002
Teori tingkah laku shamil 2002
Shamil Damai
 

Semelhante a Modul ppg 2_pkb_3103 (20)

Konsep albert bandura (Belajar Sosial)
Konsep albert bandura (Belajar Sosial)Konsep albert bandura (Belajar Sosial)
Konsep albert bandura (Belajar Sosial)
 
Makalah modifikasi perilaku
Makalah modifikasi perilakuMakalah modifikasi perilaku
Makalah modifikasi perilaku
 
Makalah Ranah Perilaku
Makalah Ranah PerilakuMakalah Ranah Perilaku
Makalah Ranah Perilaku
 
social cognitif
social cognitifsocial cognitif
social cognitif
 
Pendekatan konseling behavioral
Pendekatan konseling behavioralPendekatan konseling behavioral
Pendekatan konseling behavioral
 
Social Learning Theory
Social Learning TheorySocial Learning Theory
Social Learning Theory
 
lianiaulia-140508081256-phpapp02.pdf
lianiaulia-140508081256-phpapp02.pdflianiaulia-140508081256-phpapp02.pdf
lianiaulia-140508081256-phpapp02.pdf
 
Konsep Perubahan (Teori dan Bentuk)
Konsep Perubahan (Teori dan Bentuk)Konsep Perubahan (Teori dan Bentuk)
Konsep Perubahan (Teori dan Bentuk)
 
Bab 7 Pendekatan Perilaku dan Kogntif Sosial.docx
Bab 7 Pendekatan Perilaku dan Kogntif Sosial.docxBab 7 Pendekatan Perilaku dan Kogntif Sosial.docx
Bab 7 Pendekatan Perilaku dan Kogntif Sosial.docx
 
Prinsip Perubahan Perilaku, PERUBAHAN PERILAKU ,Faktor Yang Mempengaruhi Peri...
Prinsip Perubahan Perilaku, PERUBAHAN PERILAKU ,Faktor Yang Mempengaruhi Peri...Prinsip Perubahan Perilaku, PERUBAHAN PERILAKU ,Faktor Yang Mempengaruhi Peri...
Prinsip Perubahan Perilaku, PERUBAHAN PERILAKU ,Faktor Yang Mempengaruhi Peri...
 
Teori belajar sosial
Teori belajar sosialTeori belajar sosial
Teori belajar sosial
 
Albert bandura
Albert banduraAlbert bandura
Albert bandura
 
Psikologi sosial makalah sikap
Psikologi sosial makalah sikapPsikologi sosial makalah sikap
Psikologi sosial makalah sikap
 
Perilaku dan Teori Perilaku Individu.pptx
Perilaku dan Teori Perilaku Individu.pptxPerilaku dan Teori Perilaku Individu.pptx
Perilaku dan Teori Perilaku Individu.pptx
 
Tugas Kelompok 1 Pedagogik.pptx
Tugas Kelompok 1 Pedagogik.pptxTugas Kelompok 1 Pedagogik.pptx
Tugas Kelompok 1 Pedagogik.pptx
 
Kecelaruan Tingkahlaku Kanak-Kanak
Kecelaruan Tingkahlaku Kanak-KanakKecelaruan Tingkahlaku Kanak-Kanak
Kecelaruan Tingkahlaku Kanak-Kanak
 
New makalah sikap psikologi sosial i kelompok 9
New makalah sikap psikologi sosial i kelompok 9New makalah sikap psikologi sosial i kelompok 9
New makalah sikap psikologi sosial i kelompok 9
 
Teori belajar sosial
Teori belajar  sosialTeori belajar  sosial
Teori belajar sosial
 
Teori tingkah laku shamil 2002
Teori tingkah laku shamil 2002Teori tingkah laku shamil 2002
Teori tingkah laku shamil 2002
 
Psikologi Pembelajaran dan Pengajaran
Psikologi Pembelajaran dan PengajaranPsikologi Pembelajaran dan Pengajaran
Psikologi Pembelajaran dan Pengajaran
 

Último

Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
novibernadina
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
JarzaniIsmail
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
IvvatulAini
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
JuliBriana2
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
pipinafindraputri1
 

Último (20)

power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
 
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
 
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptxTEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
 
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYSOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
 
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
 
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanProgram Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 

Modul ppg 2_pkb_3103

  • 1. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU TAJUK PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN TINGKAH LAKU 2JAM 1 SINOPSIS Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan definisi dan konsep pengurusan tingkah laku, faktor-faktor yang mempengaruhi salah laku, kesan salah laku terhadap pembelajaran dan kepentingan pengurusan tingkah laku di kalangan murid-murid berkeperluan khas. HASIL PEMBELAJARAN i. Memahami definisi dan konsep pengurusan tingkah laku secara mendalam. ii. Menjelaskan pelbagai faktor yang menyebabkan salah laku dan menghuraikan kesan-kesan salah laku terhadap pembelajaran serta iii. Mengenal pasti kepentingan pengurusan tingkah laku kepada murid-murid berkeperluan khas. 1
  • 2. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU Kerangka Konsep Tajuk 1.1 Definisi dan Konsep Pengurusan Tingkah Laku 1.1.1 Pengurusan Tingkah laku 1.1.2 Pengubahsuaian Tingkah laku 1.2 Konsep pengurusan tingkah laku 1.2.1 Perspektif sejarah 1.2.2 Perkembangan masa kini Pengenalan Kepada 1.3 Faktor-faktor yang mempengaruhi salah laku Pengurusan Tingkah 1.3.1 Keturunan Laku 1.3.2 Persekitaran 1.3.3 Pemakanan 1.4 Kesan salah laku terhadap pembelajaran 1.4.1 Masalah disiplin 1.4.2 Keciciran 1.4.3 Gejala sosial 1.5. Kepentingan pengurusan tingkah laku di kalangan murid-murid berkeperluan khas 1.5.1 Pengurusan diri 1.5.2 Pendtdikan 1.5.3 Sosialisasi 2
  • 3. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU 1.1 Definisi dan Konsep Pengurusan Tingkah Laku Sebelum seseorang boleh memahami maksud pengurusan tingkah laku, ia perlu memahami erti tingkah laku. Apakah yang dimaksudkan dengan tingkah laku? 1.1.1 Definisi Tingkah Laku Pelbagai definisi Tingkah Laku telah diutarakan. Pada asasnya tingkah laku merupakan apa yang seseorang cakapkan atau lakukan dan pada keseluruhannya, tingkah laku merujuk kepada semua tindakan manusia yg boleh diperhati, diukur & dinilai (Bear, Wolf and Risley, 1968) . Orang ramai mempunyai pandangan sendiri mengenai tingkah laku. Pada umumnya ada berbagai-bagai perkataan digunakan untuk menggambarkan tingkah laku – „aktiviti‟, „aksi‟, „perubatan‟, „bergerak balas‟, dan „reaksi‟ (Martin & Pear, 1996). Mengikut Miltenberger (2001), terdapat beberapa ciri-ciri mengenai tingkah laku: apa yang seseorang cakapkan dan katakan ada satu atau lebih dimensi yang boleh diukur boleh diperhati, diterangkan member kesan kepada persekitaran dipengaruhi oleh peristiwa dalam persekitaran mungkin overt atau covert 3
  • 4. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU Ini bermaksud “Tingkah laku ada berbagai ragam dan berbagai laku.” (Kamus Dewan, 1979). Walau bagaimanapun, pada keseluruhannya ada dua jenis tingkah laku yang berbeza. Tingkah laku overt adalah tingkah laku yang boleh diperhati dan dicatat oleh seseorang. Manakala tingkah laku covert merupakan peristiwa peribadi dan tidak dapat diperhatikan oleh orang lain (Bear, Wolf and Risley, 1968). 1.1.2 Definisi Pengubahsuaian Tingkah Laku Apa pula maksud Pengurusan Tingkah Laku? “Pengurusan tingkah laku adalah program tingkah laku yang berbentuk saintifik yang dibuat secara analisis untuk menghasilkan perubahan tingkah laku social yang positif bagi seorang individu” Pengurusan tingkah laku adalah satu pendekatan intervensi aktif, di mana pelaksana perlu melakukan beberapa perkara penting sebelum dan semasa proses pengurusan tingkah laku dilaksanakan. Zirpoli dan Melloy (1993) memberikan empat perkara yagn perlu dilakukan oleh pelaksana, iaitu: a) Memerhati, mengukur dan menilai corak perlakuan semasa; b) Kenal pasti antecedent dan consequences persekitaran; c) Tentukan objektif tingkah laku baru; dan d) Bentuk pembelajaran tingkah laku baru atau baiki tingkah laku semasa melalui manipulasi antecedent dan consequences yang telah dikenal pasti. 1.2 Konsep Pengurusan Tingkah Laku  Konsep asas pengurusan tingkah laku meliputi perkara-perkara berikut; perancangan yang rapi tentukan individu atau kumpulan yang bermasalah tingkah laku 4
  • 5. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU teknik intervensi yang berkesan penialian secara objektif  Beberapa perkara perlu diambil kira dengan teliti tentang murid khas sebelum program pengurusan tingkahlaku dilaksanakan, iaitu; Setiap murid adalah unik Tiada satu cara berkesan dalam semua keadaan bagi semua murid Proses intervensi akan dihadkan kecuali ianya berkaitan dengan keperluan dan kehendak murid. Ini adalah disebabkan bahawa aspek kognitif, afektif dan psikomotor murid saling berkait. 1.2.1 Perspektif Sejarah Pada peringkat awal, para pengkaji berpendapat bahawa tingkah laku individu adalah disebabkan oleh kuasa dalaman seperti genetik, kandungan kimia dalam badan dan pengalaman singkat tentang sesuatu yang menyebabkan individu berkelakuan demikian. Bermula dari tahun 1920-an, kajian-kajian berkaitan tingkah laku menunjukkan faktor-faktor luaran atau persekitaran yang berlaku sebelum atau selepas sesuatu peristiwa merangsang seseorang individu mempamerkan sesuatu tingkah laku yang khusus. Pada umumnya, hasil kajian saintifik pengurusan tingkah laku mencadangkan bahawa “Kebanyakan tingkah laku adalah dipelajari. ” Ini bermakna tingkah laku baru atau alternative boleh dipelajari pada bila- bila masa. Malah, tingkah laku yang negatif seperti agresif, suka merosakkan harta benda boleh diubah kepada tingkah laku yang baru yang lebih positif jika individu itu diberi intervensi yang dirancang dengan teliti, sesuai dan sistematik. 5
  • 6. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU 1.2.2 Perkembangan Masa Kini Kajian terkini yang dijalankan terhadap 'challenging behaviour' menunjukkan bahawa tingkah laku yang mencabar mempunyai fungsi dan berbentuk komunikatif. Carr and Durand (1985) mencadangkan bahawa seseorang perlu menganggap sesuatu tingkah laku itu sebagai suatu sistem komunikasi yang bermakna dan perlu mengkajinya dari sudut bentuk & kefungsiannya. Pendapat ini memberi implikasi kepada pengurusan dan pencegahan tingkah laku mencabar (Chalengging behaviour). Terdapat empat fungsi utama komunikasi tingkah laku mencabar. A. Pengelakan (avoidance) B. Perhatian (Attention seeking) C. Tingkah laku 'saya mahu' ('I want behaviour‟) dan D. Rangsangan Diri (Self-stimulation) 1.3 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Salah laku 1.3.1 Keturunan Faktor Psikologi – Individu yang mengalami tingkah laku obsesif dan tingkah laku ayng sudah menjadi tabiatnya akan berasa senang dengan tingkah laku tersebut. Mereka akan berasa tertekan apabila kebiasaan tingkah laku itu diganggu atau dihalang. la dikaitkan dengan tingkah laku yang berbentuk ritualistik dan obsessif. a. Ketakutan dan Phobia - Phobia ialah ketakutan terhadap sesuatu yang melampau batas dan membahayakan nyawa. Conthonya seseorang yang takutkan anjing sanggup berlari melintas jalan tanpa memikirkan keselamatan diri. b. Perhatian – Pada hakikatnya, apa sahaja perhatian yang 6
  • 7. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU diberikan kapada kanak-kanak (samada negatif/positif) adalah lebih baik daripada tiada perhatian langsung. Walau begini, perhatian yang terlampau daripada seseorang yang signifikan mungkin adalah faktor utama penyebab berlakunya tingkah laku mencabar. Mengalih perhatian seseorang yang signifikan adalah rangsangan yang paling berkesan untuk kanak-kanak 'misbehave' bagi mendapat perhatian walaupun perhatian yang diberikan adalah dalam bentuk teguran (reprimand). c. Peneguhan - Peneguhan yang tidak bersesuaian boleh meningkatkankan lagi tingkah laku yang mencabar. Conthonya seorang murid yang tidak mendapat perhatian guru akan berpura-pura sakit dan memaksa dirinya untuk muntah untuk mendapat perhatian. Sikap guru yang memberi peneguhan positif/perhatian apabila murid sakit ini akan menyebabkan murid ini akan sentiasa berpura-pura sakit untuk mendapat perhatian. Begitu juga dengan penggunaan 'time-out‟ yang tidak bersesuaian akan menggalakkan lagi tingkah laku yang mencabar. d. Ketakutan - Menghadapi situasi/ objek yang menakutkan boleh menyebabkan berlaku tingkah laku agresif, mencederakan diri/tidak mengikut arahan. Bagaimanapun biasanya ketakutan itu sukar dipastikan kerana ia berbentuk 'idiosyncratic‟ dan tingkah laku yang dipamerkan kelihatan seperti orang hilang akal (crazy) & tiada kaitan dengan keadaan luaran. 1.3.2 Persekitaran Stimulasi yang berlebihan dari sekeliling juga mungkin menjadi satu masalah kepada tingkah laku seseorang. Jika persekitaran (Setting) itu terlalu sibuk, bising, sesak dan ada murid lain 'misbehave' serta menghasilkan tahap stimulasinya yang tinggi, murid berkenaan akan hilang kawalan dan bertindak untuk melepaskan diri dari situasi yang tidak 7
  • 8. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU menyenangkan. Di antara faktor-faktor persekitaran spesifik adalah: a. Penyelesaikan Tugasan (Task Difficulty) - Ada perkaitan yang jelas di antara masalah sukar menyiapkan tugasan, membuat kesilapan dan kegagalan dalam sesuatu dengan masalah tingkah laku yang mencabar. Kajian menunjukkan bahawa tingkah laku agresif seperti mencederakan diri sendiri, agresif dan tidak mematuhi arahan ada berkaitan dengan masalah menyelesaikan tugasan. b. Rutin - Perubahan dalam rutin harian - akan menyebabkan berlaku 'tantrums'. Guru perlu pandai membuat ramalan tentang apa yang akan berlaku kerana tanpa komunikasi dan penjadualan aktiviti yang berstruktur perubahan dalam aktiviti yang diminati murid akan menyebabkan kekecewaan yang amat sangat. c. Komunikasi dengan kanak-kanak - salah satu daripada punca kekecewaan ialah apabila tidak memahamai arahan orang lain. Adalah penting memastikan bahawa seseorang itu faham apa yang akan berlaku. Ini boleh dilakukan dengan kaedah komunikasi seperti pertuturan, isyarat, compiks atau demonstrasi. Komunikasi yang jelas disertai dengan nada yang positif adalah penting untuk menghalang tingkah laku mencabar. d. Kekecewaan - Dalam banyak situasi percubaan menyiapkan tugasan yang sukar, boleh mengakibatkan rasa kecewa. Dalam keadaan begini, perkara yang dianggap remeh yang mungkin berlaku di masa akan datang mungkin menimbulkan tingkah laku yang diluar jangkaan. Terhalang daripada melakukan atau mendapatkan sesuatu adalah satu kekecewaan yang amat besar. Perkara yang mudah seperti menunggu untuk sesuatu 8
  • 9. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU aktiviti yang diminati dijalankan boleh mengecewakan, terutama sekali apabila tiada rutin yang jelas. e. Tindakbalas pro negatif - Banyak kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa kebanyakan ibubapa, guru, kakitangan sekolah & orang dewasa yang lain memberi lebih perhatian kepada tingkah laku negatif dan kurang kepadat tingkah laku positif. Ini boleh mengakibatkan seseorang itu lebih mempelajari tingkah laku yang tidak sesuai dan kurang mempelajari tingkah laku sebaliknya dalam usaha mendapat perhatian. f. Ketidak Konsistan - Orang dewasa seringkali tidak konsisten dalam memberi tindakbalas terhadap tingkah laku yang tidak sesuai. Kadang-kadang 2 orang dewasa gagal untuk bekerjasama dan mencapai kata sepakat dalam tindakbalas yang sepatutnya diberikan terhadap tingkah laku yang mencabar. Ini menyebabkan kanak-kanak keliru dengan arahan yang berbeza daripada dua orang dewasa yang berlainan. g. Provokasi – Ejekan, campurtangan dari orang lain mungkin adalah pencetus kepada tingkah laku mencabar. Ada yang bertindakbalas secara agresif, ada yang bertindak dengan mencederakan diri sendiri dll. Walaubagaimana pun, adakalanya orang dewasa perlu melakukan provokasi untuk mendapat hasil yang positif. h. 'Limit Testing' - Seseorang murid mungkin akan mengulangi tingkah laku – tingkah laku yang terdahulu untuk menguasai/mengawal keadaan. Biasanya jika tiada/kurang komunikasi di antara guru & ibubapa / 'teamwork,' individu itu akan terus mencuba sehingga berjaya mengawal keadaan. „Limit Testing‟ sering berlaku di situasi baru atau dengan guru 9
  • 10. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU baru. i. 'Stress Relief - Jika seseorang itu terlalu gembira atau 'anxious' dia mungkin perlu melakukan sesuatu untuk mengurangkan rasa 'stress' dan untuk mendapatkan keselesaan. Tingkah laku yang berbentuk stimulasi diri seperti 'flapping' 'rocking' boleh menenangkan individu itu. j. 'Demands’ - Kehendak/keperluan yang ditujukan kepada individu boleh menyebabkan kekecewaan, kemarahan atau kebosanan. Ini disebabkan „demands‟ itu mungkin akan mengakibatkan kegagalan dan reprimands atau memerlukan pembetulan yang tidak disukai. k. 'Behavioural Expectations' - la berkaitan dengan penjaga kanak-kanak yang memberi pelbagai alasan terhadap tingkah laku kanak-kanak dan tidak mempedulikan tingkah laku tersebut kerana menganggapnya adalah sebahagian dari ciri- ciri kanak-kanak itu dan tidak boleh diubah. Untuk mengatasi masalah ini penjaga perlu kerap bersama kanak-kanak di tempat awam supaya lebih sensitif kepada tatacara berkelakuan dalam masyarakat. Tindakbalas individu adalah berbeza. Ada yang sensitif dan ada yang menganggap teguran sebagai peneguh kerana mendapat perhatian. Terdapat juga yang bertindakbalas secara negatif terhadap kegagalan dan teguran walaupun ia ditujukan kepada orang lain. Cara atau teknik bagaimana pembetulan dilakukan, menentukan samada seseorang itu boleh menerimanya atau tidak. 1.3.3 Pemakanan Perubatan dan Rawatan - Kesakitan dan kesedihan yang dikaitkan dengan rawatan perubatan yang diterima boleh.menjadikan seseorang 10
  • 11. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU itu tidak selesa dan kemungkinan berkelakuan tidak sesuai. Mereka yang menghadapi masalah perkembangan tidak dapat menyatakan dan memahami keadaan yang dialami. Contoh-contoh faktor perubatan yang mempengaruhi tingkah laku ialah : a) Kesakitan yang dikaitkan dengan sembelit, haid, migraine, alahan dll. b) Sakit kepala akibat dari keadaan penglihatan c) Pengaruh hormon - 'pre-menstrual', memasuki alam remaja, dll. d) Faktor neurology - ada juga masalah sawan yang dikaitkan dengan tingkah laku agresif e) Ketagihan f) Sensitif terhadap jenis makanan dan bahan kimia g) Kurang daya tumpuan untuk belajar. Akibat - rasa kecewa dan berkelakuan agresif h) Ketidakselesaan kerana lapar, dahaga atau diet yang tidak seimbang, dll, i) Ezcema/Iain-lain masalah penyakit kulit yang boleh menyebabkan tingkah laku mencederakan diri. 11
  • 12. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU FAKTOR-FAKTOR MENGATASI MASALAH SALAH LAKU a) Berpindah dari institusi ke dalam masyarakat dengan bantuan yang bersesuaian kadang-kadang membawa perubahan yang positif dalam tingkah laku dan kemahiran. b) Meningkatkan ruang untuk pergerakan fizikal boleh secara langsung mengurangkan tingkah laku yang agresif c) Menukarkan jumlah dan jenis makanan atau minuman boleh membantu mengurangkan tabiat suka merenung atau muntah. d) Mengkayakan persekitaran dengan orang dan objek yang bersifat manipulatif boleh mengurangkan tingkah laku yang stereotaip e) Susun atur perabot dan mengurangkan masalah ruang sekatan di dalam bilik darjah boleh mempengaruhi tingkah laku yang berlaku akibat dari gangguan, ejekan atau dorongan rakan- rakan . f) Mengurangkan 'stress' akibat dari bunyi bising, cuaca yang terlalu panas atau terlalu sejuk mungkin membantu kanak-kanak autism yang sensitif dan takut. g) Dengan menggunakan taktik psikologi dapat mengurangkan rasa kebimbangan dan ketakutan terhadap sesuatu buat sementara waktu. Jika tingkah laku ini diberhentikan rasa kebimbangan dan ketakutan akan berulang semula. h) Kemahiran sosial dan komunikasi - Dengan kemahiran ini seseorang itu boleh bertindakbalas dengan cara yang selamat terhadap masalah persekitaran dan tekanan yang terhasil akibat darinya. Tanpa kemahiran-kemahiran ini murid-murid akan menggunakan tingkah laku yang agresif untuk mengatasi 12
  • 13. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU tekanan yang dihadapi. Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa lebih ramai murid-murid yang tiada kemahiran ini berkelakuan agresif berbanding dengan murid-murid yang ada kemahirsn sosial dan komunikasi i) Aktiviti dan Tahap Stimulasi - Tambah aktiviti yang berbentuk konstruktif akan meningkatkan tingkah laku yang sesuai. la bukanlah sekadar menyediakan aktiviti dan alatan sahaja tetapi juga mengajar semua kemahiran yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti tersebut. 1.4 Kesan Salah Laku Terhadap Pembelajaran Kesan masalah tingkah laku terhadap pembelajaran adalah jelas, antaranya adalah: 1.4.1 Masalah Disiplin - Mengganggu perjalanan pengajaran dan pembelajaran. Tingkah laku agresif, hiperaktif, dan disruptif sangat mengganggu perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. 1.4.2 Keciciran - Murid tidak memberi tumpuan terhadap pengajaran guru. Tingkah laku hiperaktif dan kurang tumpuan menyebabkan pelajar tidak memberi tidak berminat terhadap pengajaran guru dan seterusnya menjejas pencapaiannya. Lama kelamaan akan ponteng sekolah dan akibatnya keciciran dari bangku sekolah. 1.4.3 Gejala Sosial – Seseorang pemuda yang masuk bangku sosial terlalu awal mungkin akan memperolehi gejala sosial yang kurang baik dengan senang sebab pengaruh negatif dari dunia sana. Akibatnya, pusingan masalah masyarakat akan terus berlanjutan dengan kesan yang menghalang pembangunan negara. 13
  • 14. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU 1.5 Kepentingan Pengurusan Tingkah Laku 1.5.1 Pengurusan Diri - Bertindak balas kepada kehendak semula jadi kanak-kanak yang memerlukan perhatian dan penerimaan 1.5.2 Pendidikan - Membolehkan murid-murid mengikuti pengajaran dan pembelajaran. 1.5.3 Sosialisasi - Mengurangkan kemungkinan kanak-kanak memperlihatkan tingkah laku kurang baik dalam usaha mendapatkan perhatian. Kesimpulan Terdapat persamaan yang nyata di antara definisi-definisi yang dikemukakan. Secara umum, pengurusan tingkah laku sebenarnya lebih merupakan rasional dan metodologi daripada satu set prosedur khusus yang berasas kepada data khusus. Teknik-teknik pengurusan tingkah laku senarai di atas merupakan pelaksanakan prosedur yang telah diuji (dan diterima) dengan tujuan untuk mengubah sesuatu tingkah laku. Interaksi sosial dan regulasi kendiri mungkin terjejas akibat daripada masalah pembelajaran yang dialami oleh seorang kanak-kanak. 14
  • 15. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU Latihan 1 Untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting dengan membuat ulasan. Hubung kaitkan faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah laku manusia dengan masalah tingkah laku murid- murid bermasalah pembelajaran. Sediakan senarai semak faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah laku murid-murid berkeperluan khas.Dapatkan maklumat di perpustakaan atau pusat sumber dan sila layari laman web yang berkaitan Syabas dan Tahniah! Anda telah mengikuti tajuk satu dengan tekun dan sabar. Selepas ini anda akan diperkenalkan dengan tajuk dua dan seterusnya. Berehatlah sebentar sambil minum secawan kopi. 15
  • 16. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU TAJUK TEORI DAN MODEL TINGKAH LAKU 2JAM 2 Sinopsis Tajuk ini merupakan tajuk 2 daripada profoma kursus. Ia memberi pengetahuan asas tentang teori dan model tingkah laku manusia. Bahagian pertama membincangkan tentang teori-teori yang berkaitan dengan tingkah laku manusia seperti Teori Pelaziman Operan dan Teori Pembelajaran Sosial. Bahagian kedua pula memberi pendedahan kepada empat model tingkah laku iaitu Model Psikodinamik, Model Biofizikal, Model Persekitaran dan Model Tingkah laku atau Model Behavioral. Hasil Pembelajaran i. Memahami teori tingkah laku Pelaziman Operan dan Teori Pembelajaran Sosial ii. Mengenal pasti empat model tingkah laku manusia iii. Menjelaskan secara umum ciri-ciri setiap model tingkah laku manusia Kerangka Konsep Tajuk Teori Dan Model Tingkah Laku 2.1 Teori Tingkah Laku 2.2. Model –model Tingkah Laku 2.1.1 Teori Pelaziman Operan 2.1.2 Teori Pembelajaran Sosial 2.2.1 Model Psikodinamik 2.2.2 Model Biofizikal 16 2.2.3 Model Persekitaran T 2.2.4 Model Tingkah laku e o
  • 17. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU 2.1 Teori Tingkah laku Dalam tajuk 1 anda telah diperkenalkan dengan maksud, definisi dan konsep pengurusan tingkah laku. Tahukah anda bahawa konsep dan cara-cara pengurusan tingkah laku ini adalah didasarkan daripada teori- teori tingkah laku yang telah dipelopori oleh ahli-ahli behavioris seperti Skinner, Pavlov dan Bandura. 2.1.1 Teori Pelaziman Operan Apakah itu Pelaziman Operant? Teori Pelaziman Operant ini dipelopori oleh Edward Thorndike dan Skinner (Walker& Shea, 1995). Pelaziman Operant ialah satu proses pembelajaran di mana kemungkinan sesuatu gerak balas berlaku ditingkatkan atau dikurangkan bergantung kepada peneguhan atau hukuman. Thorndike menghasilkan prinsip ' the law of effect '. la bermaksud, tingkah laku dibentuk oleh konsekuens atau akibat sesuatu peneguhan. Jika konsekuensnya memuaskan maka tingkah laku itu akan menjadi kukuh pada masa hadapan. Jika konsekuensnya tidak memuaskan maka tingkah laku itu akan menjadi semakin lemah. Thorndike menganggap prinsip ' the law of effect 'sebagai prinsip utama pengajaran dan pembelajaran. Untuk membantu anda, cuba lihat jadual yang dipaparkan seterusnya. 17
  • 18. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU Pelaziman Konsekuens sesuatu tingkah laku Operant cenderung untuk mengubahsuai tingkah laku tersebut di masa hadapan. Tingkah laku yang dikukuhkan cenderung untuk dilakukan lagi. Tingkah laku yang tidak diberi perhatian atau dihukum kurang berkemungkinan untuk dilakukan lagi. Peneguh Apa juga yang mengukuhkan satu gerak balas atau meningkatkan sesuatu tingkah laku kemungkinan ia akan berlaku lagi. Pembentukan Secara berperingkat membentuk satu tingkah laku yang dikehendaki dengan meneguhkan gerak balas yang semakin hampir menjadi tingkah laku yang dikehendaki tersebut. Successive Satu siri langkah latihan yang Approximations berperingkat dengan setiap langkah semakin menyerupai gerak balas yang dikehendaki. Jadual 2.1: Sumber: Hamilton, K.R (2001) 18
  • 19. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU Bagaimana hendak menghasilkan gerak balas secara pelaziman operant? Tiga perkara perlu kita laksanakan: a) Tingkatkan motivasi klien kita. b) Kurangkan peluang untuk gerak balas yang tidak relevan. c) Guna successive approximations dalam latihan pengubahsuaian tingkah laku. Guru mestilah selalu memotivasikan murid dengan memberi kata perangsang, pujian, hadiah, senyuman dan sebagainya. Kita juga mesti mengguna pelbagai kaedah dan teknik mengajar. Guru boleh bercerita, menyanyi, menunjukkan tayangan video, berlakon, bermain dan sebagainya seperti perlu pastikan objek dan keadaan persekitaran yang boleh mengganggu pembelajaran dikurangkan atau lebih baik dihapuskan. Ini semua perlu perancangan pengajaran dan pembelajaran yang teliti. la perlu dilakukan secara berperingkat- peringkat sehinggalah tercapai matalamat pengurusan tingkah laku. 2.1.2 Teori Pembelajaran Sosial Siapakah pelopor teori ini? Albert Bandura. Apakah narna lain bagi teori ini? Pembelajaran Melalui Pemerhatian (Observationa llearning). Apakah idea utama teori ini? Belajar Menerusi Peniruan. Belajar dengan memerhati tingkah laku orang lain dan konsekuens tingkah lakunya. Adakah terdapat istilah lain yang mesti diketahui? Ya, tunjuk cara dan model. Tunjuk cara ialah nama lain bagi Pembelajaran Melalui Pemerhatian yang menunjuk cara satu 19
  • 20. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU tingkah laku atau menjadi contoh dalam Pembelajaran Melalui Pemerhatian. Banyak perkara yang kita pelajari di dunia diperolehi menerusi peniruan. Proses pemerolehan ini berlaku menerusi pemerhatian tanpa melakukan tingkah laku tersebut dan tanpa peneguhan luaran. Tingkah laku dibuat kemudiannya mungkin akan memerlukan peneguhan. Contohnya dalam sukan Pendidikan Khas pemain bola sepak mungkin bertingkah laku kasar kerana mereka telah memerhati tingkah laku yang sama dan membuat peniruan seterusnya menjadi tingkah laku mereka juga. a) Perhatian - Nilai rangsangan dalam model yang digunakan perlu baik, menarik, pada tahap pembelajaran yang bersesuaian bagi menarik dan meneruskan penumpuan perhatian, dan mempunyai nilai kepada pelajar. b) Penyimpanan - Untuk disimpan dalam ingatan, tingkah laku yang hendak ditiru perlu dikodkan secara simbolik sebagai imej atau perkataan dalam minda kita. Oleh itu, ia perlu tersusun dan diulang-ulangkan. c) Penghasilan semula - Pelajar perlu mempunyai komponen gerak balas iaitu satu siri pergerakan yang tersedia ada. Pelajar itu juga perlu ada keupayaan melakukan gerak balas tersebut. Sebagai contoh, dalam proses belajar melukis, murid memerlukan kemahiran motor kasar, motor halus, mengenal warna dan alat lukisan sebagi komponennya. Pelajar juga perlu mempunyai keupayaan memantau prestasi sendiri dan menggunakan maklum balas. 20
  • 21. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU d) Motivasi - Tingkah laku bergantung kepada motivasi yang diberikan. la berhubung kait dengan orang yang memberi motivasi dan sumber peneguhannya. 2.2 Model-model Tingkah laku Tahukah anda bahawa setiap perlakuan manusia dipengaruhi oleh empat model tingkah laku. Apakah yang dimaksudkan dengan model tingkah laku? Teliti dan fahami jenis-jenis model tingkah laku berikut: 2.2.1 Model Psikodinamik Teori-teori psikodinamik melihat punca tingkah laku manusia daripada faktor dalaman individu itu sendiri. Tingkah laku ditentukan secara dinamik melalui pendekatan intrapsychic. Melalui perspektif psikodinamik, perkembangan personailiti terjadi semasa kanak- kanak berkembang melalui siri tingkat perkembangan psikoseksual (oral stage, anal stage, phallic, latency, genital). 2.2.2 Model Biofizikal Model ini menekankan bahawa punca tingkah laku adalah secara organik. Model ini melihat hubungan antara kecacatan fizikal, kekurangan zat makanan, dan penyakit dengan tingkah laku individu. 2.2.3 Model Persekitaran Pengaruh persekitaran terhadap tingkah laku manusia pada masa kini sangat ketara. Ahli-ahli mazhab persekitaran ini menekankan bahawa mengasingkan kanak-kanak daripada persekitaran yang boleh menyebabkan berlakunya tingkah laku itu 21
  • 22. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU boleh mengelakkan fenomena tingkah laku negatif berlaku. 2.2.4 Model Behavioral Punca tingkah laku manusia berlaku di luar diri manusia di dalam persekitarannya. Justeru tingkah laku manusia ditentukan oleh faktor-faktor luaran di sekelilingnya. Strategi pengurusan tingkah laku mengikut model Apakah strategi yang sesuai digunakan oleh guru untuk menangani tingkah laku mengikut model seperti yang dinyatakan? Strategi pengurusan tingkah laku juga dilaksanakan berasaskan model pengurusan tingkah laku iaitu biofizikal, psikodinamik, behavioral, dan persekitaran. a) Biofizikal - Model biofizikal melibatkan strategi penjagaan sebelum dan selepas lahir, pemakanan, perubatan, nutrisi, dan sebagainya. Strategi ini menekankan peranan guru dalam intervensi biofizikal tersebut. b) Psikodinamik - Strategi pengurusan tingkah laku mengikut model psikodinamik melibatkan teknik kaunseling seperti temu bual dan terapi realiti, teknik media ekspresif seperti lakonan bebas, puppet, main peranan, pergerakan kreatif, tarian, dan aktiviti fizikal. Manakala teknik pengaruh tingkah laku adalah seperti tidak mengendahkan sesuatu tingkah laku yang dibuat secara terancang (planned ignore), mengurangkan ketegangan melalui gurauan dan sebagainya. c) Behavioral - Pengurusan tingkah laku berasaskan model behavioral berteraskan teori-teori tingkah laku yang melibatkan 22
  • 23. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU rangsangan, ganjaran dan sebagainya. d) Persekitaran - Intervensi tingkah laku berasaskan model persekitaran termasuklah strategi yang berpusatkan kanak-kanak, berpusatkan persekitaran, berpusatkan kanak-kanak dan persekitaran dan ”interface-centered”. Latihan 2. Untuk menguji kefahaman konsep dengan membuat ulasan. Dengan sokongan pengurusan grafik, banding Bezakan penekanan yang diberikan oleh model- model pengurusan Tingkah laku di atas. Layari laman web untuk mendapatkan maklumat. Sekarang anda boleh berehat sekejap sambil menikmati secawan kopi. 23
  • 24. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU TAJUK 3 JENIS-JENIS TINGKAH LAKU BERMASALAH 2 JAM Sinopsis Tajuk ini merupakan tajuk 3 daripada profoma kursus. Ia memberi pengetahuan asas tentang jenis-jenis tingkah laku bermasalah dalam kalangan kanak-kanak berkeperluan khas. Jenis-jenis tingkah laku yang akan dibincangkan ialah jenis- jenis tingkah laku positif seperti cepat belajar, suka mencuba, perasaan ingin tahu, suka bertanya, melibatkan diri dalam aktiviti dan lain-lain. Jenis-jenis tingkah laku negatif juga dibincangkan seperti agresif, disruptif, distruktif, temper problems, withdrawal, non-compliance dan lain-lain lagi. Peserta-peserta kursus juga didedahkan dengan penyelidikan mengenai tingkah laku yang bercorak Cross- sectional research dan Longitudinal research . Hasil Pembelajaran 1 Menghuraikan jenis-jenis tingkah laku dalam kalangan kanak-kanak bermasalah pembelajaran. 2. Mengenalpasti punca-punca berlakunya masalah tingkah laku negatif. 3. Membezakan penyelidikan tingkah laku jenis longitudinal research dan cross-sectional research. Kerangka Konsep Tajuk 24
  • 25. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU Jenis-jenis Tingkah laku Bermasalah 3.1 Tingkah laku 3.2 Tingkah laku 3.3 Penyelidikan Positif Negatif Mengenai Tingkah Laku 3.1.1 Cepat 3.2.1 Hiperaktif belajar 3.3.1 Cross- 3.2.2 Destruktif 3.1.2 Suka sectional 3.2.3 Disruptif research mencuba 3.2.4 Agresif 3.1.3 Ingin tahu 3.2.5 Temper tantrums 3.3.2 Longitudinal 3.1.4 Suka research 3.2.6 Separation bertanya 3.1.5 Melibatkan problems diri dalam 3.2.7 Overdependency aktiviti 3.2.8 Withdrawal 3.1.6 Tekun 3.2.9 Noncompliance 25
  • 26. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU 3.1 Tingkah laku Positif Pengenalan Ramai guru yang merungut dan mengeluh tentang masalah tingkah laku dalam kalangan kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Namun guru juga perlu sedar bahawa terdapat juga tingkah laku positif yang ditunjukkan oleh kanak-kanak. Tingkah laku positif ini perlu diberi pengiktirafan dan perhatian oleh guru supaya tingkah laku ini dapat ditingkat dan dikekalkan. Aspek ini seringkali diabaikan oleh guru kerana guru lebih cenderung memberi perhatian yang lebih kepada tingkah laku negatif. Tingkah laku positif bermaksud tingkah laku yang ditunjukkan oleh kanak - kanak tetapi tingkah laku itu akan menjadi bermasalah sekiranya dilakukan secara berlebihan atau tanpa kawalan dan boleh menimbulkan masalah kepadanya. Misalnya, sifat ingin tahu yang berlebihan kepada seorang kanak - kanak boleh menyebabkannya bertindak keterlaluan sehingga menyusahkan dirinya dan orang lain. Renungkan, fikirkan dan senaraikan jenis-jenis tingkah laku positif yang terdapat dalam kalangan kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Apakan kaedah dan teknik-teknik yang guru boleh gunakan untuk meningkat dan mengekalkan tingkah laku positif ini? Anda seringkali berhadapan dengan masalah menguruskan tingkah laku murid-murid yang mencabar? Apakah yang difahami dengan istilah tingkah laku mencabar? Mengapakah tingkah laku mencabar ini berlaku? Kaedah dan Teknik Untuk Meningkatkan Tingkah laku Positif Tingkah laku baik atau yang diingin ditunjukkan oleh murid hendaklah ditingkatkan lagi atau sekurang-kurangnya dikekalkan. Antara teknik yang boleh 26
  • 27. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU digunakan oleh guru adalah seperti berikut: a) Peneguhan positif Pemberian peneguhan selepas sesuatu tingkah laku yang diingini ditunjukkan supaya tingkah laku itu dikekalkan atau ditingkatkan lagi, b) Peneguhan negatif Merupakan penarikan rangsangan negatif (aversive stimulus) setelah tingkah laku sasaran ditunjukkan dan akan mengekalkan atau meningkatkan lagi tingkah laku tersebut. c) Pembentukan (shaping) Pemberian pengukuhan kepada perlakuan-perlakuan yang dilakukan oleh murid yang menjurus kepada pembentukan perlakuan yang dikehendaki. d) Kontrak Persetujuan di antara dua pihak atau lebih (guru dan murid) secara lisan atau bertulis. Murid dipertanggungjawabkan terhadap perkara atau aktiviti yang dipilih. Kontrak akan berjaya jika murid faham akan tingkah laku yang hendak diubah dan murid faham akan kesan yang akan berlaku. e) Ekonomi token Peneguhan diberi dalam bentuk token seperti syiling (coin) atau sticker, dan sebagainya apabila tingkah laku yang diingini ditunjukkan. Token ini boleh ditukarkan dengan benda-benda atau bentuk ganjaran lain yang disediakan oleh guru. f) Modeling Menggunakan watak-watak (murid, guru ) yang disukai dan dihormati untuk diteladani oleh murid. 27
  • 28. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU g) Rantaian (chaining) Merujuk kepada siri tingkah laku yang ditunjukkan dalam bentuk rantaian atau berurutan. Pembentukan rantaian tingkah laku atau rantaian kemahiran lain, dikenali juga sebagai analisis tugasan. h) Pengaburan/pelunturan (fading) Mengurangkan tingkah laku atau ganjaran yang diterima secara perlahan- lahan. 3.2 Tingkah laku Negatif Pengenalan Anda seringkali berhadapan dengan masalah menguruskan tingkah laku murid-murid yang mencabar? Apakah yang difahami dengan istilah tingkah laku mencabar? Mengapakah tingkah laku mencabar ini berlaku? Tingkah laku bermasalah negatif atau tingkah laku mencabar adalah tingkah laku yang menimbulkan masalah kepada dirinya dan juga orang lain. Beberapa contoh tingkah laku bermasalah negatif adalah seperti berikut: 3.2.1 Hiperaktif Tingkah laku aktif yang terlampau. Tidak dapat duduk diam-diam seperti ada jarum di punggung seseorang individu. Boleh tidak tidur beberapa hari dan melakukan sesuatu yang disukai tanpa berhenti. Memanjat ke atas almari dan duduk di atas sambil belajar. 3.2.2 Distruktif Perlakuan yang suka merosakkan benda seperti kerusi meja, barangan kawan sekelas, mengoyak poster atau notis di papan kenyataan dan sebagainya. 3.2.3 Disruptif/mengganggu 28
  • 29. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU Perlakuan sentiasa mengganggu perjalanan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Tingkah laku ini juga berlaku di luar kelas dan juga di rumah. 3.2.4 Agresif Tingkah laku agesif adalah seperti suka memulakan pergaduhan, suka bergaduh, suka memaki hamun dan sebagainya. 3.2.5 Temper Tantrums Menunjukkan kemarahan yang kuat secara tiba-tiba. Tidak menerima pujukan atau ajakkan orang lain walau pun telah diberikan apa yang diminta. 3.2.6 Seperation Problems Kecenderungan mengasingkan diri dari kumpulan, asyik duduk di sudut dan tidak berkerja sama 3.2.7 Pergantungan berlebihan Kanak-kanak yang sangat bergantung kepada orang lain, tidak dapat berdikari dan tidak berupaya membuat keputusan sendiri. 3.2.8 Pengasingan diri Suka menjauhkan diri daripada orang lain yang kurang disenangi. Tingkah laku ini juga dijadikan sebagai mekanisme helah bela diri untuk mengelakkan diri daripada berkomunikasi dengan orang lain. 3.2.9 Noncompliance a) Ponteng sekolah Perlakuan yang sengaja dibuat iaitu tidak hadir ke sekolah tanpa pengetahuan ibu bapa dengan membuang masa di tempat lain seperti pusat membeli belah atau 29
  • 30. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU taman permainan. b) Enggan ke sekolah Perasaan kurang senang atau takut akibat anggapan bahawa sesuatu yang tidak diingini akan berlaku. Keadaan ini akibat daripada pengalaman emosi yang tidak menggembirakan yang dialami oleh seseorang. Contohnya enggan ke sekolah akibat daripada perasaan fobia terhadap sekolah. Kanak-kanak ini berasa bimbang untuk berpisah dengan keluarga dan bimbang meninggalkan kawasan rumahnya. c) Mencuri Mengambil hak orang lain tanpa kebenaran tuannya. Tabiat mencuri barang rakan sekelas akan menyebabkan pertengkaran, pergaduhan, dan dipulaukan oleh rakan sekelas. Tingkah laku Spesifik Yang Mencabar Ciri-ciri individu yang mengalami (a) Kecelaruan Tingkah Laku (i) Tingkah laku yang agresif dan beraksi agresif terhadap orang lain (ii) Mempamerkan tingkah laku membuli, mengugut, atau tingkah laku mengancam. (iii) Berkemungkinan mendera secara fizikal (iv) Menunjukkan sedikit empati, dan prihatin kepada perasaan. (v) Menunjukkan tidak berperasaan terhadap orang lain, dan tiada rasa bersalah atau rasa kesal 30
  • 31. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU (b) Kecelaruan Penyesuaian (i) Menunjukkan emosi dan tingkah laku apabila tidak dapat menyesuaikan diri pada masa tertentu atau tidak dapat membuat perubahan dalam hidup. (ii) Tingkah laku cemas, atau takut, vandalisma atau bergaduh. (c) Kurang Tumpuan dan Hiperaktif (i) Menunjukkan tingkah laku tidak konsisten pada Tahap perkembangan mereka. (ii) Mudah lupa dengan aktiviti harian. (iii) Lemah dalam memberi perhatian, lalai dalam kerja sekolah atau kerja rumah. (iv) Tidak dapat mengikut arahan dan gagal menyudahkan kerja sekolah. (d) Engkar Arahan (i) Tidak memberi perhatian dan tumpuan terhadap sesuatu arahan. (ii) Sering mengabaikan kerja sekolah dan menganggap tidak penting. (iii) Kurang bertanggngjawab. (iv) Sukar menguruskan tugas dan aktiviti. (e) Tingkah Laku Mengganggu (i) Menunjukkan tingkah laku negatif defien, tidak taat, dan tingkah laku permusuhan terutama terhadap mereka yang berautoriti. (ii) Menunjukkan tingkah laku agresif terhadap orang ramai dan 31
  • 32. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU kejam terhadap binatang. (f) Impulsif (i) Menunjukkan tingkah laku yang abnormal terutama yang berkaitan dengan interaksi sosial dan komunikasi. (ii) Gagal membina perhubungan rakan sebaya dan yang sama umur dengan mereka. (g) Agresif (i) Terdapat beberapa perubahan pada individu seperti tidak dapat tidur malam, dan mempi ngeri dan perasaan takut yang amat sangat. (ii) Cepat naik marah (iii) Tidak sabar menunggu giliran. (iv) Tidak dapat menerima teguran atau komen dari orang lain (v) Sering melawan dan menganggap dirinya yang terbaik. (h) Mengamuk (i) Menunjukkan kecelaruan tingkah aku yang serius seperti hilang perhubungan dengan persekitaran. (iii) Berlaku pertukaran personaliti cepat bosan dalam menyudahkan tugasan (iv) Mengalam halusinasi dan delusi percakapan yang tidak Terurus (i) Murung 32
  • 33. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU (i) Tingkah laku murung boleh ditunjukkan melalui simptom seperti sakit kepala atau sakit perut dan kecelaruan dalam mengurus sesuatu tugas. (ii) Gagal dalam melaksanakan kerja atau menunjukkan emosi yang tidak menentu seperti ketawa seorang diri atau menangis. (j) Stereotaip (i) Kurang keyakinan diri. (ii) Menunjukkan pergantungan kepada orang lain. (iii) Sering was-was apabila menjalankan tugas dan tanggungjawab. (iv) Sering mengulang tugas yang sama kerana tidak puas hati dalam menyudahkan tugasan tersebut. Apakah punca-punca terjadinya tingkah laku yang mencabar? Terdapat beberapa punca yang menyebabkan terjadinya tingkah laku mencabar antaranya: Fungsi dan struktur otak Kecederaan ketika lahir. Genetik Kesihatan mental ibu Alergi makanan dan pengambilan gula Kurang berat badan sewaktu dilahirkan Terdedah kepada persekiaran yang Pengambilan rokok semasa mengandung tercemar. Punca-punca terjadinya tingkah laku yang mencabar 33
  • 34. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU Kaedah dan Teknik untuk Mengurang dan Menghapuskan Tingkah laku Negatif Pernahkah anda berhadapan dengan masalah tingkah laku negatif seperti yang dinyatakan di atas? Apakah tindakan yang guru lakukan untuk menangani tingkah laku negatif tersebut? Baca dan fahami teknik-teknik yang dinyatakan di bawah yang boleh membantu guru mengurang dan menghapus tingkah laku negatif yang tidak diingini. a) Penghapusan (Extinction) Memberhentikan atau menyekat murid murid daripada terus melakukan tingkah laku negatif secara beransur-ansur dengan menggantikan dengan tingkah laku baru yang positif. b) Pengasingan (Time-out) Menempatkan murid berasingan daripada kumpulan (penjuru bilik, bilik khas) atau mengeluarkan murid daripada aktiviti kumpulan, c) Kejemuan (Satiation) Membiarkan murid melakukan tingkah laku itu hingga dia jemu melakukannya dan berhenti sendiri. “Over Correction” adalah satu teknik kejemuan, d) Hukuman/dendaan Contoh: tahanan kelas (lambat balik) , dendaan fizikal, ambil balik token yang diberi, menarik balik hak dan keistimewaan, e) Disensitisasi Tindakan-tindakan secara beransur-ansur untuk menghilangkan rasa gugup atau takut yang berlebihan ( takut bercakap di depan kelas, fobia). 34
  • 35. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU f) Pembetulan semula (overcorrection) Prosedur yang memerlukan pelajar memperbaiki keadaan atau kesalahan yang dilakukan melebihi keadaan sebelumnya. Cth: - membuat pembetulan kesalahan tulisan berulang kali - bukan hanya mengelap bahagian lantai yang ditumpahi makanan tetapi diminta mengelap keseluruhan lantai bilik itu g) ’Response cost’ Suatu bentuk penarikan peneguh atau ganjaran secara sistematik terhadap sesuatu tingkah laku yang tidak sesuai. Bagaimanakah kita mencegah tingkah laku mencabar di kalangan murid kita? Pencegahan tingkah laku mencabar memerlukan kerjasama semua pihak yang terlibat dengan pendidikan murid-murid. Pihak yang kita maksudkan ialah ibu bapa, keluarga, pihak pentadbir sekolah, guru, agensi berkaitan, para pakar, badan bukan kerajaan, komuniti dan masyarakat. Kerjasama dan kolaborasi pintar kesemua pihak ynag prihatin dengan perkembanagan dan pendidikan murid-murid akan memastikan sebarang strategi dan program pengubahan tingkah laku itu berjaya. Bagi tujuan topik ini, kita akan membincangkan hanya strategi bilik darjah, strategi untuk sekolah dan garis panduan melaksanakan program mencegah tingkah laku mencabar. Strategi di bilik darjah Guru memainkan peranan yang penting dalam mengurus kelas dan tingkah laku murid-muridnya. Guru bukan hanya mengajar tetapi guru juga mendidik murid- murid. Guru perlu mengamalkan amalan terbaik (best practices) dalam kelasnya. Bagi mengamalkan amalan terbaik ini, guru perlu sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuannya dan mengaplikasikan cara pengajaran yang baik. Guru perlu memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut: 35
  • 36. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU (a) Guru perlu sentiasa meningkatkan dirinya secara profesional iaitu selalu menghadiri kursus, latihan, ceramah terutamanya berkaitan pengurusan bilik darjah dan tingkah laku. Guru juga mesti sentiasa peka dengan perkembangan pendidikan semasa melalui pembacaan dan pencarian maklumat pelbagai sumber lain seperti majalah, jurnal dan internet. (b) Guru perlu tahu mengurus bilik darjah dengan baik. Penyusunanpersekitaran, ruang, perabot, alatan, alat bantu mengajar dan bahan lain perlu dilakukan dengan bijaksana dengan mengambilkira keperluan dan kepelbagaian cara pembelajaran murid dalam bilik darjah. Pastikan bilik darjah selamat, ceria dan kondusif untuk pembelajaran murid. (c) Guru perlu menyokong tingkah laku murid secara yang positif iaitu dengan membanyakkan motivasi dan memberi ganjaran. (d) Guru perlu menetapkan peraturan bertingkah laku dalam bilik darjah.Peraturan ini perlu dipatuhi oleh semua orang termasuk guru, pembantu guru, ibu bapa, tetamu dan sebagainya. (e) Guru perlu mengamalkan strategi pengubahsuain tingkah laku dan strategi pengajaran-pembelajaran yang berkesan. (f) Guru perlu banyak melibatkan keluarga dan ibu bapa dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sentiasa berhubung dengan ibu bapa dan keluarga berkaitan perkembangan dan tingkah laku anak-anak mereka. (g) Guru perlu selalu membuat pemantauan dan penilaian terhadap proses pengajaran-pembelajaran dan program pengubahsuaian tingkah laku. Kita semua pasti dapat lakukannya! Kalau kita dapat lakukannya sudah pasti murid kita akan mendapat faedahnya. 36
  • 37. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU Strategi untuk sekolah Seperti yang kita tegaskan sebelum ini, untuk mengubah tingkah laku kita perlu mengubah diri kita sendiri dahulu. Kita juga nyatakan bahawa semua pihak memiankan peranan yang penting dalam mencegah tingkah laku mencabar. Pihak sekolah bererti semua warganya terutamanya pihak pentadbir sekolah iaitu pengetua/guru besar, guru penolong kanak, penyelia, penyelaras kelas khas bermasalah pembelajaran. Semua pihak ini perlu prihatin dan bertanggunjawab dalam membantu program pencegahan tingkah laku mencabar berjaya di sekolah mereka. Namun pendekatan 'whole school approach' atau seluruh sekolah perlu diterapkan iaitu seluruh warga sekolah meliputi pihak pentadbir, para guru, kakitangan lain, pengawal keselamatan, pihak kantin sekolah, ibi bapa dan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) perlu memainkan peranan masing-masing. Saranan yang perlu dilakukan oleh sekolah: a) Membina iklim sekolah yang berdisiplin baik. b) Membuat peraturan yang jelas, adil dan bertimbang rasa yang boleh dilaksanakan. c) Memastikan pembangunan profesional di kalangan warga sekolah terutama para guru, kakitangan lain, ibu bapa dan PIBG. d) Memastikan murid disokong dengan cara-cara yang positif. e) Memastikan guru mengamalkan strategi yang berkesan. f) Memberikan sokongan kepada guru, murid, ibu bapa dan keluarga. g) Menyokong dan menggalakkan kejayaan murid. Sekiranya pihak sekolah berperanan dengan sewajarnya sudah tentu kejayaan mencegah tingkah laku mencabar dapat dicapai. Adakah anda bersetuju ? 3.3 Penyelidikan Mengenai Tingkah laku 37
  • 38. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU 3.3.1 ’Cross-sectionall Research’ Ialah satu kaedah penyelidikan di mana data-data dipungut pada satu jangkamasa tertentu dari individu yang berlainan latarbelakang. Kaedah ini seringkali digunakan di dalam bidang psikologi perkembangan dan boleh juga digunakan di dalam bidang-bidang lain seperti sains sosial, pendidikan dan lain-lain bidang sains. Dalam bidang psikologi perkembangan, pengkaji boleh memilih beberapa kumpulan subjek yang mempunyai banyak ciri persamaan tetapi hanya berbeza dari segi umur. Oleh itu ini sekiranya terdapat sebarang perbezaan di antara kumpulan ini ia diandaikan adalah kerana faktor perbezaan umur. 3.3.2 ’Longitudinal Research’ Kajian longitudinal research ialah satu kaedah penyelidikan bertujuan untuk melihat perkaitan di antara beberapa pembolehubah. Ia melibatkan kajian terhadap kumpulan individu yang sama dalam jangkamasa yang panjang. Data dipungut di peringkat permulaan dan juga di sepanjang tempoh kajian. Kebaikan kajian ‟londitudinal research‟ ialah ia membolehkan pengkaji melihat perubahan yang berlaku dalam tempoh tersebut. Contohnya untuk mendapatkan sebab-sebab berlakunya jenayah di kalangan remaja, pengkaji akan mengesan 50 remaja dalam tempoh 30 tahun untuk mendapatkan faktor utama kepada berlakunya jenayah tersebut. Latihan 3 3.1 Perhatikan tingkah laku seorang kanak-kanak yang hiperaktif. Minta kanak- kanak tersebut duduk diam. Berapa lama dia boleh duduk diam. Catatakan masa, dan apa yang dilakukannya dalam pemerhatian anda. 3.2 Bincangkan kepentingan „longitudinal research‟ dan „cross-sectional research‟ dalam bidang pengurusan tingkah laku kanak-kanak bermasalah pembelajaran. 38
  • 39. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU Untuk maklumat lanjut sila layari laman web berikut : http://psychology.about.com http://www.alleydog.com http://www.enotes.com http://en.wikipedia.org Itu saja yang perlu anda lakukan.....SELAMAT BERJAYA 39
  • 40. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU TAJUK 4 ( PRINSIP-PRINSIP ASAS PENGURUSAN 2JAM TINGKAH LAKU) SINOPSIS Dalam tajuk ini pelajar akan didedahkan kepada pengurusan peneguhan, dokumentasi dan prinsip pengurusan tingkah laku. HASIL PEMBELAJARAN Diakhir pengajaran tajuk ini anda akan dapat: i. memahami konsep pengurusan peneguhan ii. memahami aspek pendokumentasian iii. memahami prinsip-prinsip pengurusan tingkah laku KERANGKA TAJUK-TAJUK Prinsip Peneguhan Jadual Peneguhan Prisip Peneguhan Pengurusan Tingkah Laku 4.0 Pengenalan Mengurus tingkah laku memerlukan kemahiran guru yang khusus dalam bidang tersebut . Ianya berlandaskan kepada prinsi-prinsip yang perlu dihayati dan dipegang oleh guru. Antara yang perkara yang perlu diberi perhatian adalah prinsip peneguhan, jenis pemerhatian, dan prinsip-prinsip pengurusan 40
  • 41. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU tingkah laku. 4.1 Prinsip peneguhan Peneguhan sangat penting untuk mengekal, meningkat, atau mengurangkan tingkah laku. Dalam membuat peneguhan, peneguh (ganjaran) yang diberi hendaklah sesuai dan berkesan. Peneguhan merupakan sesuatu objek atau situasi yang dapat meneguhkan / mengekalkan tindak balas atau kelakuan pada masa kini atau memungkinkan peningkatan perlakuan pada masa akan datang. Peneguh yang diberi mestilah sesuatu yang disukai oleh murid. Jenis-jenis peneguh Terdapat empat jenis peneguh yang boleh diberikan kepada murid, iaitu: i. Tangible yang dibahagi kepada dua iaitu; a. edible reinforcer- merupakan makan / minum yang disukai murid seperti makanan (gula-gula, biskut, dll) b. non-edible- merupakan barangan seperti kereta mainan, pen, bola dan sebagainya. ii. Sensory merupakan sensasi yang disukai atau dapat menggembirakan murid. Terdapat lima jenis sensory 41
  • 42. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU reinforcers iaitu; a. Sentuhan (tactile) – sentuhan dari kulit ke kulit antara guru dan murid yang boleh menyebabkan murid bertindak balas. Contoh: sentuhan, pelukan, menepuk bahu, usap kepala, dsb. b. Penggetar (vibratory) – merupakan alat penggetar (vibrator) yang letakkan di bahagian leher, tangan atau kaki (sesuai untuk kanak-kanak spastik atau yang mengalami pelbagai kecacatan) c. Wangian (olfactory) – menggunakan bahan-bahan yang menarik minat murid. d. visual – menggunakan alat-alat yang dapat menarik dan menggembirakan murid seperti ”spinning colour wheel” e. auditory – bunyi-bunyi yang menarik minat murid atau disukai murid iii. sosial – merupakan pujian, senyuman, beri perhatian, kontak mata, tepukan, sentuhan, pelukan, dan tanda- tanda / air muka persahabatan atau kasih sayang yang dapat menggembirakan murid. iv. aktiviti – merupakan lawatan, ambil bahagian, mewarna, menonton televisyen, dll. 42
  • 43. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU Jadual peneguhan Peneguhan boleh diberi kepada murid mengikut jadual berikut: i. ‟Contigent‟ diberi setiap kali tingkah laku yang diingini (tingkah laku sasaran) ditunjukkan untuk mengekalkan tingkah laku tersebut ii. ‟Continuous‟ diberikan kepada setiap tindak balas yang murid berikan. Kebiasaannya pada awal program untuk membentuk / melatih perlakuan baru. iii. ‟Intermitten‟ diberi secara berkala tanpa dijangka, bukan kepada setiap perlakuan berlaku. iv. Penjadualan a. ’Fixed ratio‟ – penjadualan tetap nisbah nisbah (ratio perlakuan (bilangan) schedules) b. ’variable ratio’ – bilangan perlakuan yang berbeza dalam tempoh tertentu (masa) c. ’Fixed interval’ – penentuan jangka masa yang tetap (setiap 10 minit) d. ’Variable interval’ – penentuan jangka masa yang tidak tetap (5,4,9,15,13 minit) Jenis-jenis pemerhatian Sebelum melaksanakan program pengurusan tingkah laku, guru perlu mengenal pasti masalah tingkah laku yang hendak diubah atau ditingkatkan. Oleh itu guru perlu membuat pemerhatian dan merekodkan pemerhatiannya secara sistematik. Pendekatan pengurusan tingkah laku dibuat berdasarkan pemerhatian langsung (direct observation) terhadap perlakuan kanak-kanak yang berkenaan. Melalui 43
  • 44. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU pemerhatian langsung ini guru akan dapat menentukan jenis perlakuan yang perlu diperbaiki / diubah /dipupuk kepada diri kanak-kanak berkenaan, bila tingkah laku itu terjadi, tempat tingkah laku itu dibuat, dan kekerapan tingkah laku itu diulangi. Jenis-jenis pemerhatian boleh dikategorikan mengikut tujuan dan aspek yang hendak dinilai / diperhati, ia itu: i. memerhati sesuatu perlakuan tanpa membuat tafsiran (interpretation) dan tanggapan (judgement) Melapor apa yang dilihat sahaja Menggunakan tafsiran bukan untuk penilaian semasa tetapi untuk membuat hipotesis yang diperolehi selepas menemubual individu yang berkenaan, ii. memerhati apa yang telah dirancang dan secara ”open ended” Iaitu menilai / memerhati kemahiran tertentu , pengetahuan, perlakuan, atau sikap yang telah dikenal pasti, di samping menilai sesuatu yang wujud tanpa dijangka / di luar perancangan penilai / pemerhati, tetapi relevan dengan objektif penilaian tersebut. iii. memerhati untuk jangka pendek dan jangka panjang Pemerhatian yang dilaksanakan mengikut urutan dalam jangka masa yang berperingkat boleh memberi dapatan yang berkesan dan bermakna tentang perkembangan proses atau peristiwa atau pendekatan terhadap sesuatu tugasan dan masalah / kesukaran. 44
  • 45. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU Pelaksanaan pemerhatian boleh dilakukan mengikut pelbagai strategi dan cara serta kriteria tertentu, antaranya; i. pelaksanaan secara berterusan mengikut keperluan yang telah dikenal pasti atau dirancang, ii. dengan menggunakan senarai semak atau alat lain seperti rekod anekdot. iii. pemerhatian boleh dilaksanakan secara global atau analitik mengikut objektif atau tujuan pemerhatian, iv. jangka masa pemerhatian hendaklah disesuaikan dengan keadaan dan keperluan, v. maklum balas diperoleh melalui pemerhatian guru dan / atau tindak balas murid. Prinsip pengurusan tingkah laku Dalam melaksanakan program tingkah laku, guru perlu memahami prinsip-prinsip pengurusan tingkah laku berikut: Kebanyakan tingkah laku boleh di pelajari (kenyataan ini bermaksud semua tingkah laku baru boleh dipelajari sepanjang masa) Semua tingkah laku adalah dirangsang secara khusus Tingkah laku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak adalaj akibat rangsangan 45
  • 46. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU yang diterimanya. Prinsip ini sangat ditekankan dalam teori behavioris. Antecedent atau peristiwa sebelum sesuatu tingkah laku adalah rangsangan terhadap tingkah laku tersebut. Tingkah laku boleh diajar dan diubah Guru harus berpegang kepada prinsip ini apabila hendak mengajar tingkah laku baru kepada muridnya. Melalui teknik pengurusan tingkah laku yang sesuai, guru dapat mengubah tingkah laku bermasalah kepada tingkah laku baru yang diingini. Matlamat perlu jelas dan khusus Objektif program pengurusan tingkah laku yang hendak dijalankan perlu dinyatakan dengan jelas dan khusus. Program perlu secara individu Disebabkan masalah tingkah laku adalah berbeza bagi setiap murid, maka pelaksanaan program intervensi hendaklah dirancang untuk murid yang berkenaan sahaja. Program perlu fokus masa kini (semasa) Program pengurusan tingkah laku hendaklah tertumpu kepada masalah tingkah laku semasa yang ditujukkan oleh murid. Program perlu fokus pada persekitaran kanak-kanak Program intervensi dilaksanakan di dalam bilik darjah atau di rumah yang merupakan persekitaran sudah biasa kepada murid-murid. 46
  • 47. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU Latihan 1: untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting dengan membut ulasan, Dengan merujuk bahan bacaan dan multimedia, huraikan pelbagai jenis peneguhan dan prinsip – prinsip peneguhan di atas. Layari laman web untuk mendapat maklumat tambahan Latihan 2: Pilih satu daripada prinsip pengurusan tingkah laku dalam tajuk 4 dan huraikan. TAJUK 5 PROSES PERUBAHAN TINGKAH LAKU 2JAM Sinopsis Dalam tajuk ini anda didedahkan kepada langkah-langkah dalam 47
  • 48. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU pengurusan tingkah laku seperti memilih tingkah laku sasaran, mengumpul san merekod data serta melaksanakan intervensi Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini anda akan dapat: i. mengenalpasti langkah-langkah dalam proses perubahan tingkah laku ii. menjelaskan pelbagai faktor yang menyebabkan salahlaku dan menghuraikan kesan-kesan salah laku terhadap pembelajaran Kerangka Model Tajuk 5.1 Mengenal pasti dan memilih tingkah laku sasaran 5.2 Mengumpul dan merekod data Langkah -langkah 5.3 Mengenal pasti dan menentukan peneguhan dalam peneguhan peneguhan 5.4 Melaksanakan program intervensi 5.5 Menilai keberkesanan intervensi 5.0 Pengenalan Tingkah laku bermasalah yang ditunjukkan olenh murid perlu ditangani segera oleh guru dengan merancang program intervensi yang sesuai. Proses perubahan tingkah laku perlu dilakukan mengikut langkah-langkah yang telah ditetapkan seperti memilih tingkah laku sasaran, mengumpul dan merekod data serta melakdsanakan intervensi. 48
  • 49. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU 5.1 Mengenal pasti dan memilih tihgkah laku sasaran Tingkah laku sasaran adalah tingkah laku yang telah dipilih untuk diberi keutamaan dalam proses perubahan tingkah laku. Panduan memilih tingkah laku sasaran: i) Pilih hanya satu tingkah laku sasaran pada satu-satu masa, iaitu tingkah laku yang - Membahayakan diri dan orang lain - Boleh mengganggu pembelajaran dan lurid lain - Merbahayakan keselamatan diri dan murid lain - Tidak sesuai dengan umurnya - Terlalu kerap berlaku - Terjadi akibat kurang mahir dalam bidang-bidang tertentu - Menyebabkan murid lain menjauhkan diri (Zirpoli&Mellow, 2001) ii) Analisis tingkah laku sasaran berdasarkan : - Jenis tingkah laku - Kekerapan tingkah laku - Jangka masa barlaku - Tahap keterukan (intensiti) - Jumlah keseluruhan tingkah laku 49
  • 50. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU iii) Pertimbangan kemungkinan arah perubahan sama ada tingkah laku itu meningkat atau menurun iv) Pastikan tingkah laku dapat dibuat pemerhatian v) Pastikan tingkah laku dapat diukurperlakuannya.Misalnya ” Murid A bangun dari kerusi dan berjalan dalam kelas sebanyak lima kali dalam tempoh setengah jam. vi) Nyatakan tingkah laku sasaran dengan jelas dan khusus sama ada secara lisan atau bertulis. 5.2 Mengumpul dan merekod data Sebelum melaksanakan program pengurusan tingkah laku, guru seharusnya mengumpul maklumat tentang tingkah laku yang hendak di ubah. Maklumat atau data yang terkumpul dikenali sebagai ” baseline data”. Tujuan mengumpul data: - Mengetahui jumlah tingkah lakutersebut dalam sehari. - Mengetahui waktu tingkah laku paling banyak berlaku. - Mengetahui sama ada tingkah laku ini mempunyai corak/pola tertentu. - Mengetahui sebab-sebab berlaku keadaan tersebut. Maklumat mengenai tingkah laku diperolehi melalui pemerhatian dan maklumat direkod melalui teknik-teknik berikut: - Rekod Naratif - Rekod Anekdot - Rekod Naratif berterusan - Rekod Kejadian (Event Recording) - Rekod Kekerapan 50
  • 51. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU - Rekod jangka masa (Duration) - Rekod had masa (Interval) - Rekod Sampel Masa 5.3 Mengenal pasti dan menentukan peneguhan 5.4 Melaksana Intervensi Setelah guru mengumpul segala maklumat(baseline data) tentang tingkah laku muridnya, barulah guru dapat melaksanakan program intervensi untuk mengurus tingkah laku tersebut. Sebelum sesuatu tingkah laku dapat diurus, beberapa perkara perlu diberi perhatian terlebih dahulu iaitu: i) Apakah jenis tingkah laku yang dapat diperhati? ii) Tingkah laku yang mana satu harus di beri keutamaan? iii) Bila tingkah laku itu berlaku? iv) Kekerapan tingkah laku itu berlaku? v) Apakah punca atau sebab tingkah laku itu berlaku? vi) Bagaimana hendak mengurus tingkah laku tersebut? Baseline data yang diperolehi hendaklah diteliti untuk melihat ciri-ciri, keterukan dan corak tingkah laku itu berlaku. Dari sinilah guru dapat merancang intervensi yang hendak dilaksanakan. Program intervensi dilaksanakan dengan menggunakan strategi untuk meningkatkan atau mengurangkan tingkah laku sasaran. Program intervensi dijalankan dalam tiga fasa iaitu: i) Fasa pra intervensi ii) Fasa intervensi iii) Fasa selepas intervensi Fasa pra intervensi: 51
  • 52. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU Dikenali sebagai ”baseline period” iaitu guru akan mengumpul semua maklumat tentang tingkah laku murid melalui pemerhatian tanpa sebarang intervensi. Rekod ”baseline” ini akan dijadikan perbandingan dengan rekod baselinedata selepas intervensi. Fasa intervensi: Setelah guru puas hati dengan data yang diperolehi dalam tempoh fasa pra intervensi, guru boleh memulakan program intervensi yang dirancangkan. Sepanjang tempoh program intervensi ini tingkah laku tersebut akan diperhati dan direkodkan (seperti dalam fasa pra intervensi) ke dalam geraf bahagian fasa intervensi. Dicadangkan fasa intervensi ini dijalankansekurang-sekurang selama dua minggu. Fasa selepas intervensi: Dalam fasa ini tingkah laku murid akan dinilai untuk menentukan tingkah laku yang dipelajari dalam tempoh intervensi dapat dikekalkan. Tingkah laku murid akan terus diperhati dan direkodkan kedalam bahagian geraf fasa selepas intervensi. 5.5. Menilai keberkesanan intervensi Intervensi yang dilaksanakan perlu direkod dan ditunjukkan melalui geraf sama seperti rekod baseline data. Selepas program intervensi dijalankan pemerhatian akan dilakukan sekali lagi untuk mendapatkan baseline data yang kedua. Baseline data kedua merupakan pemerhatian susulan program intervensi dilaksanakan. Sekiranya tidak ada perubahan tingkah laku yang diingini ditunjukkan oleh murid, maka guru boleh melaksanakan 52
  • 53. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU intervensi susulan seterusnya dengan mencuba strategi dan teknik pengubahsuaian tingkah laku yang lain. Latihan 1 untuk menguji kefahaman konsep-konsep,isu-isu penting dengan membuat rumusan. Dengan merujukbahan-bahan bacaan dan multimedia, huraikan setiap teknik pengumpulan data yang dinyatakan di atas denan menunjukkan contoh yang sesuai. Bentangkan untuk perbincangan dalam kelas. Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan. Latihan 2 untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting dengan membuat rumusan. Dengan sokongan pengurusan grafik, banding bezakan antara rekod naratif dengan rekod anekdot. Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan. TAJUK 6 STRATEGI PENGURUSAN TINGKAH LAKU 2 JAM Sinopsis 53
  • 54. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU Dalam tajuk ini anda didedahkan kepada cara-cara untuk meningkatkan serta mengurangkan tingkah laku yang diingini atau tidak diingini. Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini anda akan dapat: i. mengenalpasti strategi-strategi untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini. ii. mengenalpasti strategi-strategi untuk mengurangkan atau menghentikan tingkah laku yang tidak diingini. Kerangka Model Tajuk Strategi Pengurusan Tingkah laku -Peningkatan tingkah laku -Pengurangan Tingkah laku 6.0 Pengenalan Dalam pengurusan tingkah laku, guru akan berusaha untuk mengekal atau meningkatkan lagi tingkah laku yang diingini yang ditunjukkan oleh murid. Manakala tingkah laku negatif pula akan dihentikan atau dikurangkan. Kesemua ini dapat dilakukan melalui teknik-teknik tertentu. 6.1 Meningkatkan Tingkah Laku Tingkah laku baik atau yang diingini yang ditunjukkan oleh murid hendaklah ditingkatkan lagi atau sekurang-kurangnya dikekalkan. Antara 54
  • 55. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU teknik yang boleh digunakan oleh guru adalah seperti berikut: Peneguhan Positif: Pemberian peneguhan selepas sesuatu tingkah laku yang diingini ditunjukkan supaya tingkah laku itu dikekalkan atau ditingkatkan. Peneguhan Negatif: Merupakan penarikan rangsangan negatif (aversive stimulus) setelah tingkah laku sasaran ditunjukkan dan akan mengekalkan atau meningkatkan lagi tingkah laku tersebut. Pembentukan: (Shaping) Pemberian pengukuhan kepada perlakuan-perlakuan yang dilakukan oleh murid yang menjurus kepada pembentukan perlakuan yang dikehendaki. Kontrak: Persetujuan di antara dua pihak atau lebih (guru dan murid) secara lisan atau bertulis. Murid dipertanggungjawabkan terhadap perkara atau aktiviti yang dipilih. Kontrak akan berjaya jika murid faham akan tingkah laku yang hendak diubah dan murid faham akan kesan yang akan berlaku. Ekonomi Token: Peneguhan diberi dalam bentuk token seperti syiling atau stiker (pelekat) sebagainya apabila tingkah laku yang diingini ditunjukkan. Token ini boleh ditukarkan dengan benda-benda atau bentuk ganjaran lain yang disediakan oleh guru. 55
  • 56. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU Modeling : Menggunakan watak-watak (murid atau guru) yang disukai dan dihormati untuk diteladani oleh murid. Rantaian (Chaining): Merujuk kepada siri tingkah laku yang ditunjukkan dalam bentuk rantaian atau berurutan. Pembentukan rantaian tingkah laku atau rantaian kemahiran lain juga dikenali sebagai analisis tugasan. Pengaburan/Pelunturan (Fading): Mengurangkan tingkah laku atau ganjaran yang diterima secara perlahan-perlahan. 6.2 Mengurangkan Tingkah Laku Penghapusan ( Extinction): Memberikan atau menyekat murid - murid daripada terus melakukan tingkah laku negatif secara beransur-ansur dengan menggantikan dengan tingkah laku baru yang positif. ”Time-Out” : Menempatkan murid berasingan daripada kumpulan(penjuru kelas, atau bilik khas) atau mengeluarkan murid daripada aktiviti kumpulan. Kejemuan (Satiation): Murid melakukan tingkah laku itu sehingga dia jemu melakukannya dan berhenti sendiri. ”Over-correction” adalah satu teknik kejemuan yang tidak digalakkan. 56
  • 57. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU Hukuman/ Dendaan: Contoh: tahanan kelas (detention class), dendaan fizikal, ”response cost” iaitu menarik balik hak atau keistimewaan. Disensitisasi: Tindakan – tindakan secara beransur-ansur untuk menghilangkan rasa gugup atau takut yang berlebihan (takut bercakap di depan kelas atau fobia). ”Overcorrection”: Prosedur yang menerlukan pelajar memperbaiki keadaan atau kesalahan yang dilakukanmelebehi keadaan sebelumnya. Contoh - membuat pembetulan terhadap kesalahan tulisan berulang kali. - menulis ayat atau perkataan yang sama berulang kali mungkin seratus kali. ”Response cost ”: Suatu bentuk penarikan peneguh atau gtanjaran secara sistematik terhadap sesuatu tingkah laku yang tidak sesuai. Latihan 1 untuk menguji kefahaman konsep-konsep,isu-isu penting dengan membuat rumusan. Pilih satu daripada teknik meningkatkan tingkah laku dan huraikan bagaimana anda akan mengaplikasikan teknik tersebut dalam mengurus masalah tingkah laku dalam kalangan kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan. 57
  • 58. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU Latihan 2 untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting dengan membuat rumusan. Pilih satu daripada teknik mengurangkan tingkah laku dan huraikan bagaimana anda akan mengaplikasikan teknik tersebut dalam mengurus masalah tingkah laku dalam kalangan kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan. SELAMAT MENCUBA! TAJUK 7 ISU DAN ETIKA PENGURUSAN TINGKAH LAKU 2JAM Sinopsih Bagi meningkatkan pengetahuan anda, modul ini menyediakan perkara-perkara yang berkaitan dengan isu dan etika yang tedapat dalam program Pendidikan Khas. Hasil Pembelajaran 58
  • 59. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU i) Memahami hak asasi kanak-kanak seperti dari segi normalisasi, keadilan dan penghormatan. ii) Menjelaskan tentang peranan penglibatan ibu bapa dan kepentingan antara pihak ibu bapa dan sekolah. iii) Mengenal pasti penglibatan komuniti dalam murid berkeperluan khas Kerangka Tajuk Isu dan Etika Pengurusan Tingkah Laku Hak asasi Penglibatan Isu dan Etika kanak-kanak Komuniti Pengurusan Tingkah Laku 7.0 Pengenalan Bagi meningkatkan pengetahuan anda tentang mobul ini, disediakan perkara-perkara yang berkaitan dengan isu, dan etika yang terdapat dalam pengurusan program pendidikan khas. Sebenarnya dalam melaksanakan program pengurusan tingkah laku, terdapat bayak isu yang mungkin timbul. Di antara yang diperkatakan ialah: 59
  • 60. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU Sulit (confidential) Semua maklumat dan rekod murid dan ibu bapa adalah sulit. ”Zero reject” ( education for all ) Semua murid berhak mendapat pendidikan secara percuma Penilaian tanpa diskriminasi (non-discriminatory evaluation). Setiaporang murid perlu mendapat penilaian yang sesuai dengan latar belakang budaya dan bahasa sebelum ditempatkan dalam program pendidikan khas. Rancangan Pengajaran ndividu (Individualized Educational Plan) Setiap murid berkeperluan khas perlu ada rancangan pendidikan secara individu yang mencatatkan pecapaian semasa, matlamat, perkhidmatan khusus, prosedur dan hasil (out come). Persekitaran yang kurang terhad ( least restricted environment) Seboleh-bolehnya murid perlu di berikan pendidikan dalam kelas yang paling tidak terhad. Due Proses Satu set prosedur untuk memastikan keadilan dalam membuat keputusan yang berkaitan pendidikan murid dan tanggungjawab dipikul bersama-sama oleh pihak profesional (pakar) dan ibu bapa. Penglibatan dan persetujuan ibu bapa Ibu bapa bukan hanya terlibat dalam perancangan tetapi terlibat juga dalam membina program dan berhak mendapat rekod berkaitan pendidikan anaknya. 7.1 Hak Asasi Kanak-kanak Allen (1969) dalam Walker & Shea (1995) telah menggariskan tiga prinsip sebagai panduan: i) Normalisasi 60
  • 61. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU Prinsip ini memberi peluang kepada mereka yang berkeperluan khas merasa kehadiran mereka hampir senormal mungkin. Perkara yang perlu diberikan perhatian: -Persekitaran sebenar kanak-kanak -Persamaan dan perbezaan di kalangan berbagai kumpulan dalam masyarakat -Pengetahuan tentang pertumbuhan dan perkembangan, keperluan, kehendak, kekuatan dan ketidakupayaan kanak-kanak. ii) Keadilan Prinsip keadilan berlandaskan `Due Process` yang menghendaki setiap tindakan berfokuskan kepada kebajikan kanak-kanak.Di antara contoh tindakan yang tidak adil: -Enggan mencuba pengurusan tingkah laku secara sistematik. -Menempatkan murid secara sembarangan tanpa usaha membantu. -Ketidaksediaan guru menyediakan perkhidmatan yang diperlukan. iii) Penghormatan Prinsip penghormatan menjelaskan tentang hak seseorang untuk dilayan sebagai manusia yang bermaruah dan bukan dilayan seperti haiwan.Contoh tindakan yang salah: -Hukuman fizika l- (tampar, ketuk-ketampi) -Hukuman psikologi (menyindir, memarahi dan 61
  • 62. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU memberi gelaran) -pengabaian - (menyekat kanak-kanak daripada Peluang untuk berjaya) -Pemisah - (salah penempatan dikelas khas) -pengasingan - (pengguanaan ‟time out‟ secara tidak konsistem dan lama) -Pengubatan- (salah guna ubatan) -Hukuman kejam - (sekatan, renjatan elektrik) 7.2 Penglibatan ibu bapa a) Peranan ibu bapa -Ibu bapa boleh trlibat dalam pengesanan, pengujian(assessment), membina program, mengajar dan penilaian (evaluation) (e.g.keberkesanan program). -harapan ibu bapa dan juga harapan profesional. b) Bentuk penglibatan -mengenalpasti dan merujuk -diberitahu dan mendapat kebenaran dari ibu bapa untuk membina program -temuduga sejarah hidup murid -pengujian secara formal -memerhati dan membuat carta -melibatkan murid dalam pengujian (assessment) c) Perbincangan dan percubaan dengan ibu bapa (conferencing) - persediaaan untuk perjumpaan -cara komunikasi 62
  • 63. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU -melaporkan keputusan -membentuk matalamat (goals) program -kelulusan untuk penempatan d) Due Process Dalam Due proses hak dan tanggungjawab terhadap ibubapa diperjelaskan. e) Memantau perlaksanaan. -merupakan proses yang berterusan f) kerjasama ibu bapa Kerjasama ibu bapa dengan profesional akan dapat menjamin kejayaan program. g) Pendidikan ibu bapa -Pendidikan kepada ibu bapa tentang pendidikan khas, keperluan khas anak -latihan berkomunikasi, terapi, kaunseling, perundangan -membina rangkaian (net working)-kelab sokongan ibu bapa. h) Reaksi ibu bapa Reaksi ibu bapa dapat dilihat dalam 3 bentuk, iaitu - Redha dan bersyukur - Keliru-akibatnya timbul berbagai reaksi -salahkan diri -tidak gembira/murung -rasa bersalah -penafian -menyalahkan orang lain -menarik diri 63
  • 64. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU -mengelak diri -Pemarah dan memencilkan diri -bermusuhan -terlalu mengharap -kecewa -Tidak terima sama sekali i) Keperluan Latihan Ibu bapa memerlukan maklumat tentang prospek masa depan anak-anak mereka, oleh itu merek perlu diberi pendedahan berikut: -sara menguruskan anak yang bermasalah/kurang upaya -penerangan pakar perubatan/psikologi/kaunseling dan sebagainya -perbincangan dengan waris yang senasib tetapi telah berjaya -Peluang-peluang yang ada sama ada dari segi bantuan pendidikan, latihan dan sebagainya. j). Hubungan rumah dengan sekolah Para pelaksana perlulah berusaha menarik ibu bapa untuk melibatkan setiap aktiviti yang dijalankan agar mereka faham dapat sama-sama terlibat. Mereka juga boleh meneruskan aktiviti yang dijalankan dirumah supaya ada kesinambungan. 7.3 Penglibatan Komuniti i) Agensi kerajaan dan swasta a)Kementerian Pelajaran Malaysia Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan melalui: Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah 64
  • 65. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU pendengaran. Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid- murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. la diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif. Program Pendidikan Khas Integrasi ini ditadbirkan sepenuhnya oleh Jabatan Pendidikan Negeri manakala Jabatan Pendidikan Khas bertanggungjawab terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan dasar dan pengisiannya. Kurikulum Program Pendidikan Khas : Kurikulum yang diguna pakai di sekolah- sekolah pendidikan khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi ialah kurikulum kebangsaan dan kurikulum alternatif. Murid Pendidikan Khas menjalankan aktiviti kokurikulum seperti murid biasa. Pentaksiran Murid-Murid Pendidikan Khas: Semua pelajar pendidikan khas mengambil peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kecuali mereka yang mengikuti kurikulum alternatif. Bagi murid-murid yang mengikuti kurikulum alternatif iaitu Standard Kemahiran Kebangsaan (SKK) akan ditauliahkan Sijil Kemahiran Malaysia, dan Kursus Seni Lukis dan Seni Reka akan dianugerahkan Sijil Perakuan Sekolah dan Sijil Khas Vokasional. b)Jabatan Kebajikan Masyarakat i) Pendaftaran dan Kad Kenal Diri - Tujuan pendaftaran adalah untuk mengumpul data dan statistic bagi maksud perancangan perkhidmatan / program pemulihan, pencegahan, latihan dan pendidikan serta intervensi awal. Kad Kenal Diri adalah suatu tanda pengenalan diri yang dikeluarkan kepada Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar bagi memudahkan mereka berurusan dengan pihak- 65
  • 66. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU pihak yang berkenaan. ii) Bantuan Alat Tiruan/Otortik - Bantuan ini bertujuan membantu OKU membeli peralatan tiruan/sokongan seperti kerusi roda, kaliper, anggota tiruan dan lain-lain peralatan yang tidak mampu dibeli oleh OKU. Dengan adanya alat ini dapat membantu mereka bergerak dan meneruskan aktiviti kehidupan harian. iii) Geran Pelancaran - Bertujuan membantu OKU yang ada pengetahuan dan kemahiran tetapi tidak mempunyai modal (kewangan) dan peralatan bagi menjalankan projek jaya diri / perniagaan kecil / pertanian. Peruntukkan geran pelancaran berkadar maksimum RM2,700. iv) Elaun Pekerja Cacat (EPC) - Skim ini bertujuan menggalakkan OKU terus bekerja dan berdikari tanpa bergantung kepada ahli keluarga atau orang lain, dan sebagai penyenggaraan pendapatan untuk memenuhi keperluan asas kehidupan. v)Bengkel Terlindung - Jabatan berusaha mendapatkan peluang pekerjaan di sector awam/swasta atau menempatkan OKU di Bengkel Terlindung seperti Bengkel Daya Klang, Bengkel Daya Sg. Petani atau di 13 buah bengkel terlindung yang diuruskan oleh pertubuhan sukarela. vi) Latihan Kemahiran Vokasional - Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi - kursus peringkat persijilan dan mendapat pengiktirafan MLVK (Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan) ini ditawarkan kepada OKU anggota, berumur antara 18-40 tahun, berkelulusan sekurang- kurangnya PMR atau setaraf dengannya dan boleh berdikari. Kursus ditawarkan seperti komputer dan kesetiausahaan, jahitan dan rekaan fesyen, unit membuat alat tiruan, penyenggaraan komputer, pendawaian lektrik, elektronik, bengkel roti dan kek, fotografi dan kelas memandu. Kemasukan Ke Institusi Pemulihan ( Taman Sinar Harapan) -Latihan Pemulihan diberikan kepada individu OKU kategori terencat akal sehingga ke 66
  • 67. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU tahap sempurna mengikut kemampuan dan kebolehan masing-masing. Perlindungan dan jagaan juga diberi kepada OKU yang mengalami kecacatan yang teruk. Aktiviti dijalankan ialah latihan pemulihan kehidupan harian, latihan pra vokasional, kelas akademik tidak formal, pendidikan agama/moral, sukan/rekreasi, dan aktiviti luar. vii)Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) - PDK satu strategi dalam pembangunan komuniti untuk golongan OKU menjalani pemulihan dalam keluarga dan masyarakat sendiri di mana memberi peluang kepada OKU menjalani pemulihan, mengecapi peluang yang sama rata dan berinteraksi dengan masyarakat. Aktiviti yang dijalankan ialah kemahiran motor kasar, kemahiran motor halus, perkembangan bahasa, perkembangan sosial, pengurusan diri, pra-3M, kreativiti, sukan dan rekreasi. c)Kementerian Kesihatan Malaysia Perkhidmatan: Penilaian awal oleh pasukan multidisiplin, Pemulihan carakerja, Pemulihan anggota / fisioterapi, Pemulihan pertuturan, Pemulihan pendengaran, Rawatan susulan, Penilaian pemakanan, dan Rawatan Psikologi. i) Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pendidikan khas juga dikendalikan oleh pelbagai organisasi, persatuan dan badanbadan sukarelawaan. Badan Bukan Kerajaan atau NGO (Non-Governmental Organisations), ditubuhkan oleh masyarakat setempat dan wujud di merata-rata tempat di negara kita. Peristiwa „Tahun Antarabangsa Orang-orang Cacat pada 1986‟ telah membuka mata pelbagai pihak terhadap pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Ekoran daripada itu berbagai- bagai aktiviti dilaksanakan bagi menyedarkan ibu bapa dan masyarakat tentang hal-hal berkaitan dengan kanak-kanak 67
  • 68. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU berkeperluan khas. Selepas tahun tersebut, bilangan kanak- kanak berkeperluan khas yang berdaftar di pusat tertentu serta guru pendidikan khas telah bertambah, yang memperlihatkan kesedaran pelbagai pihak terhadap keperluan pendidikan kepada golongan ini. Antara Badan Bukan Kerajaan yang terlibat dengan penyediaan pendidikan khas ialah: i).Persatuan Kanak-kanak Spastik (Spastic Children’s Assocation) Menyediakan intervensi awal untuk kanak-kanak kerencatan mental di antara umur 2-16 tahun. ii).Pusat Bimbingan Sinaran Matahari Mengajar kanak-kanak berkeperluan Khas kemahiran hidup serta kemahiran sosial iii).Pusat Harian Kanak-Kanak Istimewa Pusat ini terlibat dengan intervensi awal bagi kanak-kanak di antara 0-6 tahun serta kemahiran hidup untuk kanak- kanak diantara umur 6-16 tahun. iv) Yayasan Sindrom Down Kiwanis (Kiwanis Down Syndrome Foundation) yang komited kepada kebajikan kanak- kanak sindrom down dan tumpuan ialah kepada kanak-kanak di bawah 6 tahun. Kini Yayasan ini mengendalikan enam pusat pendidikan untuk kanak-kanak sindrom down di merata tempat dalam Malaysia JAWAB SOALAN BERIKUT: 1.Berikan dua sebab mengapa pentingnyan penglibatan ibu bapa 68 dalam program kanak-kanak khas. 2.Nyatakan apakah badan NGO yang terlibat dalam membantu
  • 69. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU Untuk maklumat lanjut sila layari laman web berikut : http://psychology.about.com http://www.alleydog.com http://www.enotes.com http://en.wikipedia.org Itu saja yang perlu anda lakukan.....SELAMAT BERJAYA 69
  • 70. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU RUJUKAN : Axelrod, S. 1983. Behavior Modification for the Classroom Teacher, New York: McGraw-Hill Book Company. Hamilton, K. R. 2001. http://webhome.idirect.com/~kehamilt/psy4.html Jun 18, 2007. Harrop, A. 1987. Behavior Modification in the Classroom, London: Hodder & Stoughton Ltd. Martin, G. & Pear, J. 1993. Behavior Modification-What Is It and How to Do It 4th ed. New Jersey: Prentice Hall. Myint S. K.; Lourdusamy, A.,.Lang, Q. C. and Wong, A. F.L. 2005. Classroom Management: Facilitating Teaching and Learning. Singapore: Pearson. Sulzer, B. & Mayer, G. R. 1972. Behavior Modification Procedures for School Personnel. Illinois: The Dryden Press Inc. Walker, J. E. & Shea, T. M. 1995, Behavior Management:- A Practical Approach for Educators 6* ecf. New Jersey: Simon & Schuster Company. 70
  • 71. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU Wielkiewicz, R. M.. 1995. Behavior Management In The Schools: Principles and Procedure. Boston: Allyn and Bacon. Zirpoli, T. J. and Melloy, K. J. 1993. Behavior Management: Applications for Teachers and Parents. New York: Macmillan Publishing Company. Greene, R.W. (2001). The explosive child: A new approach for understanding and parenting easily frustrated chronically inflexible children. New York: Harper Collins Kazdin, A.E. (2002). Behavior Modification : Applications for teachers. (6th. ed.). Belmont C.A.: Wadsworth. Martin, G. & Pear, J. (2003). Behavior modifications : What it is and how to do it. (7th. Ed.). New Jersey : Prentice-Hall Jordan, D. (2001). A guidebook for parents of children with emotional or behavior disorders (3rd ed.). Minneapolis, MN: PACER. Miltenberger, R.G. (2001). Behavior modification : Principles and procedures (2nd. Ed.). Belmont, C.A. : Wadsworth Papolos, D., & Papolos, J. (2002). The bipolar child. New York: Broadway Walker, J.W. & Shea, T.M. (2002). Behavior management: A practical approach for educators (8th. Ed.). New Jersey : Merrill Prentice- Hall. Zirpoli, T.J. & Melloy, K.J. (2001). Behavior management : Applications for teachers (3rd. ed.). New Jersey : Merrill Prentice Hall 71