SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 31
1
SYARIKAT BUKU POPULAR (M) SDN BHD : Kajian Tentang Campuran
Pemasaran
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji campuran pemasaran sebuah perniagaan
yang dipilih oleh penyelidik iaitu Syarikat Buku Popular Sdn Bhd. Kaedah kajian utama
yang akan digunakan oleh penyelidik dalam kajian ini ialah melalui pengumpulan data
primer dan data sekunder. Penyelidik akan mendapatkan maklumat melalui
pemerhatian, bukurujukan,kamusdan laman web. Objektif kajianini dijalankanadalah
untuk menjelaskan campuran pemasaran yang digunakan oleh Syarikat Buku Popular
Sdn Bhd yang meliputi elemen produk, pengedaran, harga dan promosi. Bagi elemen
produk, penyelidik akan menyenaraikan produk yang ditawarkan oleh syarikat
berkenaan. Bagi elemen pengedaran pula, penyelidik akan menyatakan saluran agihan
yang digunakan oleh syarikat tersebut. Elemen yang seterusnya iaitu harga, penyelidik
akan menyatakan cara penetapan harga oleh syarikat tersebut. Di samping itu, elemen
promosi yang dikaji oleh penyelidik adalah meliputi kaedah yang digunakan oleh
Syarikat Buku Popular Sdn Bhd untuk mempromosikan produk yang telah ditawarkan.
2
ISI KANDUNGAN
PERKARA HALAMAN
ABSTRAK 1
ISI KANDUNGAN 2
1.0 PENGENALAN 3 - 4
2.0 0BJEKTIF KAJIAN 5
3.0 LATAR BELAKANG 6 - 7
4.0 KAEDAH KAJIAN 8 - 10
4.1 Data Primer 8
4.2 Data Sekunder 8
4.3 Produk 9
4.4 Pengedaran 9
4.5 Harga 10
4.6 Promosi 10
5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN 11 - 25
5.1 Produk 11 - 16
5.2 Pengedaran 16 - 20
5.3 Harga 20 - 21
5.4 Promosi 21 - 25
6.0 RUMUSAN DAN CADANGAN 26 - 27
RUJUKAN 28
LAMPIRAN 29 - 31
3
SYARIKAT BUKU POPULAR (M) SDN BHD : Kajian Tentang Campuran
Pemasaran
1.0 PENGENALAN
Pengkaji telah memilih sebuah perniagaan iaitu Syarikat Buku Popular Sdn Bhd
untuk mengkaji dan menganalisis campuran pemasaran yang digunakan oleh syarikat
ini untuk menarik minat para pelanggan. Kajian ini dilakukan adalah untuk menjelaskan
dan menganalisis campuran pemasaran yang digunakan di dalam Syarikat Buku Popular
Sdn Bhd.
Menurut Sabri Hj Hussin Pengenalan Kepada Perniagaan (2002), campuran
pemasaran merupakan satu elemen penting yang digunakan oleh sesebuah perniagaan
untuk menarik minat dan perhatian para pelanggan terhadap produk yang ditawarkan
oleh perniagaan tersebut. Pembentukan campuran pemasaran yang berkesan melibatkan
penumpuan usaha pemasar untuk memuaskan kehendak dan keinginan pelanggan.
Aktiviti pemasaran dibentuk daripada campuran pemasaran, iaitu kombinasi pemboleh
ubah yang menentukan strategi pemasaran yang akan digunakan oleh sesebuah syarikat
pemasaran. Campuran pemasaran terdiri daripada empat pemboleh ubah atau elemen
iaitu elemen produk, elemen pengedaran,elemen harga (price) dan elemen promosi.
Bagi elemen yang pertama iaitu harga, ianya berkaitan dengan penetapan harga atau
penawaran harga yang selaras dengan matlamat sesebuah syarikat. Strategi penentuan
harga adalah seperti memberikan diskaun dan memberikan ganjaran atau hadia
berdasarkan harga yang ditawarkan.
Elemen yang kedua ialah pengedaran. Pengedaran atau pengagihan merujuk kepada
aktiviti menentukan lokasi agihan dan waktu pengagihan. Pembuatan keputusan
pengedaran melibatkan pemilihan, penilaian dan penyelarasan saluran pengagihan
termasuk cara penghantaran kaedah pengangkutan, cara penyimpanan stok dan
pengawalan inventori.
Seterusnya elemen produk yang melibatkan proses pembuatan keputusan mengenai
penyelidikan dan pembangunan produk baharu, ujian penghasilan produk baharu,
perancangan pengurusan produk, pembungkusan dan jaminan produk.
4
Elemen yang terakhir ialah elemen promosi yang merujuk kepada aktiviti
penyebaran maklumat berkenaan produk kepada pengguna bagi tujuan membuat
keputusan pembelian. Aktiviti promosi yang boleh dijalankan adalah seperti
pengiklanan, publisiti, jualan langsung dan demonstrasi produk.
5
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
2.1 Menjelaskan klasifikasi produk, strategi keputusan produk dan keputusan
campuran produk Syarikat Buku Popular Sdn Bhd
2.2 Menjelaskan reka bentuk saluran agihan produk iaitu saluran pengagihan
mendatar dan saluran pengagihan menegak di Syarikat Buku Popular Sdn
Bhd
2.3 Menjelaskan pendekatan harga secara umum iaitu penentuan harga
berasaskan persaingan di Syarikat Buku Popular Sdn Bhd
2.4 Menjelaskan campuran promosi iaitu pengiklanan, promosi jualan dan
publisiti, Syarikat Buku Popular Sdn Bhd
6
3.0 LATAR BELAKANG KAJIAN
Pada tahun 1924, Syarikat Popular dikenali sebagai Syarikat Cheng Hing yang
diasaskan oleh En. Chou Sing Chu dimana syarikatnya membuat pengeluaran khusus
dalam bidang pembukuan dengan menghasilkan pelbagai buku komik. Syarikat tersebut
diasaskan dan beribu pejabat di Singapura. Kini, Syarikat Buku Popular telah
mempunyai sejumlah 156 kedai runcit di Singapura, Malaysia dan Hong Kong.
Di Malaysia, Syarikat Buku Popular ini ditubuhkan pada Januari 1984 di Kuala
Lumpur. Ia disenaraikan dalam Malaysia Book of Records sebagai rangkaian kedai buku
terbesar di Malaysia dengan lebih 700,000 kaki persegi ruang runcit. Syarikat ini
mengeluarkan pelbagai jenis buku seperti buku rujukan untuk pelajaran, buku bagi
kanak-kanak, novel, majalah, CD-RAMA, multimedia dan lain-lain. Syarikat ini
berkembang di seluruh Semenanjung Malaysia dan akhirnya ke Malaysia Timur pada
tahun 1996. Syarikat Buku Popular Malaysia membuka ‘Mega Store’ yang pertamanya
di Damansara, Petaling Jaya pada tahun 2003. Sehingga kini, Syarikat Popular Malaysia
mempunyai 4 buah ‘Mega Store’ iaitu di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bharu
untuk menyokong permintaan pelanggan yang semakin meningkat di Malaysia.
Pengkaji telah memilih kedai buku Popular di Queensbay Mall, Pulau Pinang. Hari ini,
Syarikat Popular Malaysia ialah rantaian kedai buku terbesar dengan 75 buah cawangan
di seluruh negara.
Syarikat Popular Sdn Bhd mempunyai nilai teras dengan menggunakan nama
syarikat mereka sendiri iaitu POPULAR. Huruf P merujuk kepada ‘People’ iaitu orang
atau pelanggan yang dianggap sebagai sebab kewujudan syarikat tersebut. Huruf O pula
merujuk kepada ‘Objectivity’ yang bermaksud pekerja syarikat ini menjalankan tugas
dengan berfikiran positif melalui penyertaan pro-aktif dan komunikasi terbuka. Huruf
P yang kedua ialah ‘Product’ dengan mementingkan pengeluaran produk yang berkualiti
dan harga yang bersesuaian. Seterusnya ialah huruf U iaitu ‘Unity’ yang membawa
maksud perpaduan dalam kalangan pekerja dan semangat berpasukan yang tinggi. Huruf
L pula ialah ‘Leadership’ iaitu kepimpinan yang berwibawa dengan kecekapan, integriti
dan komitmen yang tinggi. Huruf A iaitu ‘Action’ yang bererti tindakan yang diambil
oleh para pekerja dalam berusaha mencapai kejayaan dan kecemerlangan. Huruf yang
terakhir iaitu huruf R yang membawa perkataan ‘Reward and Recognition’ iaitu
ganjaran dan pengiktirafan kepada para pekerja untuk meningkatkan prestasi dan
7
semangat pekerja dalam memajukan lagi syarikat ini. Maklumat ini diperoleh dari laman
web Syarikat Buku Popular itu sendiri iaitu di
http://www.popularworld.com/en/CoreValues.php .
Syarikat Buku Popular menjalankan pelbagai promosi bagi meningkatkan jualan
dan keuntungan dan turut meluaskan pasaran. Antara promosi yang dijalankan ialah
Ramadhan @ Popular, BB1M Promotion, Readers’ Choice Awards 2015, Annual
Bookfest dan sebagainya. Mereka turut menyediakn perkhidmatan pembelian buku
secara online di https://www.popular.com.sg/. Penggunaan media massa seperti
facebook, instagram dan twitter juga dimanfaatkan oleh Syarikat Buku Popular. Syarikat
ini juga menghadapi persaingan yang hebat dari syarikat buku yang lain misalnya
Syarikat Hasani Books Sdn Bhd, MPH Bookstore Sdn Bhd, Borders Books Inc. dan lain-
lain.
8
4.0 KAEDAH KAJIAN
Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), kaedah kajian merupakan cara
atau aturan dalam memproses sesuatu perkara untuk kajian. Kaedah kajian merujuk
kepada kaedah yang dilihat paling sesuai untuk digunakan dalam melaksanakan sesuatu
penyelidikan dan menentukan tatacara yang efektif bagi menjawab permasalahan kajian.
Kaedah kajian ini terbahagi kepada dua iaitu data primer dan data sekunder.
4.1 Data Primer
Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), data primer bermaksud
maklumat pertama yang dikumpul dalam membuat sesuatu kajian. Antara
kaedah mengumpul data primer ialah melalui pengukuran, pencerapan, soal
selidik, temu bual dan pemerhatian. Dalam kajian ini, penyelidik tidak
menggunakan kaedah data primer ketika menjalankan kajian ke atas Syarikat
Buku Popular Sdn Bhd.
4.2 Data Sekunder
Berdasarkan Sabitha Merican (2005), data sekunder merupakan data yang
dikumpul oleh pengkaji lain yang pada awalnya dikumpul untuk tujuan lain
tetapi sesuai digunakan untuk menjawab persoalan kajian yang dijalankan oleh
pengkaji masa kini. Dalam menjalankan kajian ini, penyelidik telah
menggunakan data sekunder bagi mendapatkan kesemua maklumat yang
diperlukan iaitu melalui buku rujukan, laman sesawang dan laporan tahunan
syarikat.
4.2.1 Buku rujukan
Dalam kajian ini, penyelidik telah menggunakan beberapa buah buku,
antaranya ialah buku rujukan Pengenalan Kepada Perniagaan yang ditulis
oleh Sabri Haji Husin, buku Marketing : An Intoduction, Tenth Edition
yang ditulis oleh Armstrong, Gary & Kotler, buku Asas Pemasaran yang
ditulis oleh Nik Rahimah Nik Yacob (1992) dan buku Pengenalan Kepada
Perniagaan yang ditulis oleh Sabri Haji Hussin (2002).
9
4.2.2 Laman Sesawang
Laman sesawang ialah dokumen ‘HTML’ pada World Wide Web
yang mengandungi hubungan hiperteks dengan dokumen lain pada world
wide web. Dalam kajian ini, penyelidik telah melayari laman web
bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan Syarikat Buku Popular
Sdn Bhd.
Antara laman sesawang yang dikunjungi ialahlaman web rasmi
Syarikat Buku Popular Sdn Bhd (Malaysia) melalui pautan
https://www.popular.com.my/. Penyelidik melayari laman web tersebut
bagi mendapatkan maklumat berkaitan latar belakang, jenis produk yang
ditawarkan. Selain itu, penyelidik juga melayari laman web Syarikat
Popular Antarabangsa melalui pautan https://www.popular.com.sg bagi
mendapatkan maklumat tentang perkhidmatan penghantaran ke rumah
pengguna.
4.3 Produk
Bagi objektif pertama iaitu menjelaskan klasifikasi produk, strategi
keputusan produk dan keputusan campuran produk Syarikat Buku Popular Sdn
Bhd, penyelidik telah menggunakan data primer dan data sekunder. Bagi data
primer, penyelidik telah membuat pemerhatian di Syarikat Buku Popular Sdn
Bhd di Queensbay Mall, Persiaran Bayan Indah untuk membandingkan harga
produk popular dengan produk di kedai buku lain. Bagi mengkaji keputusan
campuran produk, penyelidik telah menggunakan data sekunder iaitu dengan
melayari laman web Syarikat Buku Popular Sdn Bhd melalui pautan
https://www.popular.com.sg.
4.4 Pengedaran
Bagi objektif kedua pula, penyelidik telah menggunakan data sekunder
iaiti dengan menggunakan buku rujukan bagi mencari definisi produk. Buku
yang digunakan ialah Asas Pemasaran yang ditulis oleh Nik Rahimah Nik Yacob
(1992). Penyelidik telah menggunakan laman sesawang Syarikat Buku Popular
bagi mengetahui tentang lokasi cawangan kedai buku ini.
10
4.5 Harga
Bagi objektif ketiga iaitu menjelaskan pendekatan harga secara umum iaitu
penentuan harga berasaskan persaingan di Syarikat Buku Popular Sdn Bhd.
Penyelidik telah menggunakan data sekunder iaitu laman web bagi
membandingkan harga buku di kedai buku Popular dan kedai buku MPH.
4.6 Promosi
Bagi objektif keempat iaitu menjelaskan campuran promosi iaitu
pengiklanan, promosi jualan dan publisiti Syarikat Buku Popular Sdn Bhd.
Penyelidik telah menggunakan data sekunder iaitu laman web Syarikat Buku
Popular Sdn Bhd bagi mencari maklumat tentang promosi yang telah diadakan
di kesemua cawangan lokasi kedai buku ini.
11
5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Bahagian ini membincangkan tentang hasil kajian yang diperoleh berdasarkan
aspek – aspek yang berikut iaitu jenis produk yang ditawarkan, penetapan harga,
pengedaran dan pengagihan serta promosi yang digunakan oleh Syarikat Buku Popular
Sdn Bhd (Popular Bookstore).
5.1 PRODUK
Menurut Armstrong, Gary & Kotler dengan yang bukunya yang bertajuk
Marketing : An Introduction, Tenth Edition, produk ialah barang, perkhidmatan atau
idea yang ditawarkan oleh peniaga dan dibeli oleh pelanggan serta produk akan
dibangunkan bertujuan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan.
Usahaawan harus menghasilkan produk secara fizikal yang boleh menarik perhatian
dan menepati kehendak pengguna meliputi aspek kepelbagaian produk, kualiti, reka
bentuk, ciri – ciri, jenama, pembungkusan, saiz, perkhidmatan, jaminan dan
pulangan.
5.1.1 Klasifikasi Produk
Secara umumnya, terdapat dua jenis produk dalam pasaran, iaitu
produk pengguna dan produk industri. Pemasar lazimnya akan
mengklasifikasikan produk berdasarkan kaedah produk tersebut dibeli,
kuantiti produk yang akan dibeli, dan jangka masa yang digunakan oleh
pengguna untuk membuat pilihan.
Dalam kajian ini, pengkaji mendapati bahawa Syarikat Buku Popular
Sdn Bhd menawarkan pelbagai jenis produk fizikal mahupun perkhidmatan
kepada pelanggan bagi memenuhi keperluan dan cita rasa para penggunanya
agar mereka dapat membuat pilihan dan keputusan yang tepat. Produk
fizikal ataupun barang meliputi pelbagai kategori buku iaitu English Books,
Malay Books, Chinese Books dan Revision Books. Antara barang lain yang
ditawarkan oleh syarikat ini selain buku ialah alat tulis, CD – RAMA dan
multimedia. Syarikat Buku Popular Sdn Bhd bukan sahaja menawarkan
barangan jenama luar malah syarikat ini turut menyediakan dan
menghasilkan barangan jenama popular sendiri.
12
Kebanyakan produk yang dihasilkan oleh Syarikat Buku Popular Sdn
Bhd ialah produk pengguna. Ianya boleh diklasifikasikan kepada barangan
mudah beli, barangan beli belah, barangan istimewa dan barangan tidak
dicari. Barangan mudah beli ialah barangan yang boleh diperoleh dalam
jangka masa yang singkat dan kerap dibeli oleh pengguna. Ianya meliputi
barangan asas, barangan kecemasan dan barangan gerak hati. Antara
barangan mudah beli di Syarikat Buku Popular Sdn Bhd ialah alat tulis
seperti pen, pensel, pemadam, pensel warna, pengasah pensel, beg sekolah,
foolscap paper, fail, kertas A4 dan sebagainya. Barangan beli – belah
merujuk kepada barangan yang boleh didapati di pusat beli – belah dan
menjadi tumpuan pengguna semasa membuat pilihan. Antara barang beli –
belah yang ditawarkan oleh Syarikat Buku Popular Sdn Bhd ialah barangan
multimedia seperti beg laptop PowerLogic Citi-Exec 15”, kabel USB
Cliptec USB Micro, pembesar suara X-Mini Capsule Speaker – Hello Kitty,
Pendrive Sandisk Cruzer Blade 8gb, mesin pencetak Canon Single Function,
Kingston Data Traveler, tetikus Logitech M185 Wireless dan sebagainya.
5.1.2 Strategi Keputusan Produk
Menurut http://pusattesis.com/strategi-produk/, strategi keputusan
produk adalah strategi yang diarahkan untuk dapat memodifikasi produk
yang sudah ada menjadi lebih menarik atau menciptakan produk baru.
Strategi produk biasanya bermula dari penciptaan logo dan moto yang dibuat
semenarik mungkin, disertai dengan penciptaan merek terhadap produk
yang ditawarkan.
a) Penjenamaan
Jenama merupakan istilah, tanda nama, atau symbol yang dikaitkan
dengan identiti sesebuah produk. Jenama lazimnya menggambarkan janji
pengeluar untuk menghasilkan produk yang berprestij dan berkualiti tinggi.
Sesuatu jenama produk yang terkenal memiliki kelebihan dari segi
peruntukan undang – undang, pengedaran, langganan tetap dan pemetakan
pasaran.
13
Antara jenama yang ditawarkan di dalam sesebuah kedai Syarikat
Buku Popular Sdn Bhd ialah EPH, Oxford Fajar, Nusamas, Pelangi, SAP
dan sebagainya. Syarikat Buku Popular Sdn Bhd turut menawarkan barang
jenama mereka sendiri iaitu barangan alat tulis seperti Pop Kids colour
pencils, Pop Bazic white board, examination paper, Pop Bazic correction
tape, Pop Urban foldable sport bag, Popular white school socks dan banyak
lagi. Antara nama yang digunakan ialah Pop Bazic, Pop Urban, Pop Kids
dan Pop Artz.
b) Pembungkusan
Pembungkusan amat penting dalam proses pembuatan keputusan
produk. Pembungkusan yang menarik dapat menambahkan nilai sesuatu
produk. Oleh itu, pembungkusan merupakan salah satu strategi yang sering
digunakan oleh pengeluar untuk menghadapi persaingan yang sengit dan
mencabar dalam pasaran. Pembuatan keputusan pembungkusan harus
mengambil kira kesan terhadap alam sekitar yang amat dititikberatkan oleh
semua organisasi pemasaran pada masa kini. Aktiviti pembungkusan juga
harus mengambil kira aspek keselamatan bagi mengelakkan sebarang
kerosakan semasa proses penghantaran.
Syarikat Buku Popular Sdn Bhd menyediakan pembungkusan dengan
meletakkan logo popular yang berwarna merah dan berbentuk seperti bukit
pada setiap keluaranya. Terdapat tulisan “POPULAR” di sebelah tepi logo
tersebut. Logo dan tulisan ini biasanya akan diletakkan di bahagian belakang
produk popular.
c) Pelabelan
Label juga berkaitan dengan identiti sesebuah produk. Pelabelan
membolehkan penggredan dilakukan terhadap produk. Label memuatkan
maklumat penting mengenai sesebuah produk seperti tarikh pengeluaran,
tarikh luput, kandungan produk, alamat pengeluar atau pengimport dan cara
penggunaan serta penyimpanan. Pelabelan juga merupakan suatu bentuk
promosi tidak langsung untuk memperkenalkan produk kepada pengguna.
14
Syarikat Buku Popular Sdn Bhd meletakkan kod bar di setiap produk
yang dikeluarkan oleh mereka. Kod bar ini berfungsi untuk memudahkan
pekerja di kedai buku popular untuk mengetahui harga sesebuah produk
popular dengan cepat iaitu hanya dengan menyemak harga di mesin semak
harga yang terdapat di kaunter pembayaran. Syarikat ini turut memaparkan
harga dan jenama sesebuah produk pada kesemua barang hasil keluaran
syarikat tersebut.
d) Khidmat Sokongan
Penawaran khidmat sokongan dapat menambahkan nilai produk sedia
ada. Sebagai contoh, perkhidmatan pelanggan merupakan suatu dimensi
baharu dalam bidang pemasaran yang diperkenalkan untuk mengawal mutu
produk dan memastikan usaha pemasaran berjalan lancar. Selain membuat
kajian terhadap produk yang telah dipasarkan, perkhidmatan pelanggan juga
merangkumi pengendalian aduan pengguna, pengubahsuaian perkhidmatan,
pengumpulan idea dan cadangan baharu daripada pengguna.
Antara khidmat sokongan yang disediakan oleh Syarikat Buku
Popular Sdn Bhd ialah menjual produk Popular secara online di laman web
https://www.popular.com.sg/ bagi memudahkan pelanggan untuk membeli
di mana – mana dan pada bila – bila masa sahaja. Selain itu, Syarikat Buku
Popular Sdn Bhd turut menyediakan penghantaran percuma di kawasan
tempatan di Singapura bagi pembelian yang melebihi S$50. Syarikat ini juga
mempunyai laman web sendiri iaitu https://www.popular.com.my/. Syarikat
ini juga mempunyai laman facebook sendiri iaitu
https://www.facebook.com/popularmalaysia.
5.1.3 Keputusan Campuran Produk
Campuran produk terdiri daripada beberapa lini atau barisan produk
yang dihasilkan dan ditawarkan kepada pengguna. Terdapat tiga aspek yang
perlu diambi kira dalam keputusan campuran produk iaitu kelebaran,
kedalaman dan ketekalan.
Produk Syarikat Buku Popular Sdn Bhd terdiri daripada empat barisan
produk utama iaitu buku, alat tulis, multimedia dan CD – RAMA.
15
Buku Alat tulis CD - RAMA Multimedia
Buku Bahasa Melayu Pensel Hi - fi CD Kabel USB
Buku Bahasa Inggeris Pemadam DVD Mesin Pencetak
Buku Bahasa Cina Pen CD Pembesar Suara
Buku Rujukan Pensel Warna Tetikus
Majalah Fail Pendrive
Komik Kertas A4 Beg Laptop
Buku Nota Beg Sekolah Hard Disk
Novel Nota Lekat Earphone
Al – Quran Klip Kertas Data Traveller
Kertas Mahjong Travel Adapter
Pita Lekat
a) Kelebaran
Kelebaran campuran produk bermaksud bilangan lini produk yang
dipasarkan kepada pengguna dalam sesuatu pasaran. Campuran produk yang
besar dapat menarik perhatian pengguna pelbagai segmen pasaran. Syarikat
Buku Popular Sdn Bhd mempunyai empat barisan produk utama yang terdiri
daripada buku – buku, alat tulis, CD – RAMA dan multimedia.
16
b) Kedalaman
Kedalaman campuran produk merujuk pada bilangan item produk
yang dihasilkan dan bilangan versi yang ditawarkan oleh setiap produk
utama tersebut.
Syarikat Buku Popular Sdn Bhd telah menawarkan pelbagai jenis buku
bagi produk utama yang pertama iaitu buku – buku. Antaranya ialah buku
Bahasa Melayu, buku Bahasa Inggeris, buku Bahasa Cina, buku rujukan,
majalah, komik, buku nota, novel, Al – Quran dan lain – lain. Produk
seterusnya yang disediakan oleh Syarikat Buku Popular ialah alat tulis.
Antara barangnya ialah pen, pensel, fail, pemadam, pensel warna, beg
sekolah, nota lekat, klip kertas dan banyak lagi. Bagi produk multimedia
yang ditawarkan oleh Syarikat Buku Popular Sdn Bhd mempunyai sepuluh
kedalaman. Antaranya ialah tetikus, pendrive, mesin pencetak, pembesar
suara, data traveller, beg laptop dan sebagainya. Produk CD – RAMA
mempunyai Hi – fi CD, DVD dan CD.
c) Ketekalan
Ketekalan dikenali sebagai konsistensi campuran produk yang
mengehadkan pengeluaran produk yang pelbagai. Produk yang mempunyai
hubung kait antara satu sama lain sahaja yang akan dikeluarkan. Syarikat
Buku Popular Sdn Bhd hanya mengeluarkan pelbagai jenis produk yang
berkaitan barangan untuk belajar sahaja yang digunakan oleh pelajar
bermula dari peringkat bawah iaitu pelajar pra sekolah (tadika) hingga ke
peringkat atas iaitu mahasiswa.
5.2 PENGEDARAN
Menurut Nik Rahimah Nik Yacob dengan buku yang bertajuk Asas Pemasaran,
pengedaran merupakan sekumpulan organisasi atau individu yang bergabung dalam
proses penyediaan atau pemindahan barang dan perkhidmatan dari pengeluar dan
pembekal untuk kegunaan pengguna akhir atau industri. Bagi membentuk strategi
pemasaran yang berkesan bagi elemen ini, pengurusan saluran agihan harus
17
menitikberatkan pemilihan orang tengah sama ada menggunakan khidmat
pemborong, ejen, peruncit atau menjual terus kepada pengguna akhir. Perhubungan
yang baik antara pengeluar dengan organisasi pengedaran akan membawa kebaikan
kepada semua pihak termasuk pengguna.
5.2.1 Reka Bentuk Saluran Pengagihan
Reka bentuk saluran pengagihan merujuk pada tindakan seseorang
pemasar membentuk pelbagai saluran pengagihan untuk menampung
peningkatan jualan sesuatu produk atau pembukaan cawangan baharu. Ia
bergantung kepada jumlah modal yang dimiliki pemasar. Jika pemasar
mempunyai modal yang kecil, organisasi pemasar akan menjual produknya
kepada pemborong dan peruncit. Sebaliknya, organisasi besar akan menjual
produknya kepada pengedar. Terdapat dua jenis reka bentuk saluran
pengagihan iaitu saluran pengagihan mendatar dan saluran pengagihan
menegak.
a) Saluran pengagihan mendatar
Saluran ini menekankan bilangan ahli yang terlibat dalam sesuatu
saluran pengagihan. Sekiranya bilangan ahli yang terlibat adalah ramai, reka
bentuk saluran pengagihan harus lebar dan luas. Saluran pengagihan
mendatar ini mempunya tiga reka bentuk iaitu pengagihan intensif,
pengagihan selektif dan pengagihan ekslusif.
Pengagihan yang digunakan oleh Syarikat Buku Popular Sdn Bhd
ialah pengagihan eksklusif. Kegiatan pengedaran dihadkan kepada sebuah
kedai tunggal sahaja di satu – satu kawasan tertentu. Syarikat Buku Popular
Sdn Bhd menyediakan beberapa kedai sebagai kedai cawangan di setiap
negeri. Bilangan cawangan kedai buku Popular di setiap negeri tidak sama.
Cawangan utama Syarikat Buku Popular Sdn Bhd di Malaysia ialah di Jalan
Radin Taman Sri Petaling, Kuala Lumpur yang ditubuhkan pada tahun 1984.
Terdapat 10 cawangan kecil lain di sekitar Kuala Lumpur antaranya
ialah di Avenue K Jalan Ampang, Pearl Point Shopping Centre Jalan Kelang
Lama, Cheras Leisure Mall Jalan Cheras, Wangsa Walk Mall di Jalan
Wangsa Perdana dan lain – lain. Kedai Buku Popular di Johor pula ialah
18
sebanyak 11 buah kedai. Antaranya ialah di Johor Bahru City Square di Jalan
Wong Ah Fook, Plaza Pelangi di Jalan Kuning Taman Pelangi, Batu Pahat
Mall di Jalan Kluang, Johor One Segamat di Jalan Kolam Air dan banyak
lagi. Negeri Kedah pula mempunya 8 buah kedai cawangan popular iaitu di
Tesco Mergong Alor Setar, Central Square di Jalan Kampung Baru, City
Plaza di Jalan Tengku Ibrahim, Kompleks Star Parade di Jalan Teluk
Wanjah, Jerai Plaza di Taman Jerai Maju Gurun dan banyak lagi. Kelantan
pula hanya mempunyai sebuah kedai Popular iaitu di KB Mall di Jalan
Hamzah Kota Bahru.
Manakala di negeri Melaka, terdapat 5 buah Kedai iaitu di Mahkota
Parade Jalan Merdeka, Aeon Bandaraya Melaka di Jalan Lagenda, Plaza
Melaka di Jalan Gajah Berang dan lain- lain. Syarikat Buku Popular
menyediakan 3 buah cawangan iaitu di 9 Avenue Nilai di Taman Korporat,
Seremban Terminal One Shopping Plaza di Jalan Lintang dan Jusco
Seremban Shopping Centre di Persiaran S2 B1 Seremban 2. Pahang hanya
mempunyai 2 buah cawangan iaitu di Berjaya Mega Mall di Jalan Tun Ismail
Sri Dagangan dan Mentakab Star Mall di Mukim Mentakab Daerah
Temerloh. Popular turut menyediakan beberapa buah cawangan di Perak
contohya ialah Di Perak Seri Manjung di Pusat Perniagaan Manjung, Ipoh
Kinta City di Jalan Sultan Azlan Shah Utara, Wisma Palaniappa di Jalan
Idris Taiping dan banyak lagi. Di Sarawak terdapat 7 buah cawangan
antaranya ialah di Delta Mall di Jalan Pedada Sibu, Cityone Megamall di
Jalan Song, Tun Jugah Centre di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Boulevard
Shopping Mall di Jalan Datuk Tawi Sli dan lain – lain.
Selain itu, di kawasan negeri Selangor terdapat 17 buah cawangan
kedai buku Popular yang disediakan antaranya ialah di Sunway Pyramid di
Jalan PJS Bandar Sunway, Aeon Anggun Rawang di Persiaran Anggun, 1
Utama Shopping Centre Lebuh Bandar Utama dan lain – lain. Di
Terengganu pula, hanya sebuah cawangan yang disediakan iaitu di Mesra
Mall Kerteh. Sabah mempunyai 4 buah cawangan iaitu di Imago Shopping
Mall di Coastal Highway, City Mall Sabah di Jalan Lintas dan lain – lain.
Akhir sekali di kawasan kajian pengkaji iaitu di pulau Pinang. Terdapat 8
buah cawangan di sekitar Pulau Pinang. Antaranya ialah di Aeon Bukit
19
Mertajam di Jalan Rozhan Alma, Komtar di Arked Ria 2, Sunway Carnival
Mall di Jalan Todak Pusat Bandar Seberang Jaya dan banyak lagi.
Lokasi kajian pengkaji ialah di Queensbay Mall Persiaran Bayan
Indah Sungai Nibong Bayan Lepas. Dengan adanya cawangan di seluruh
negara, ia dapat memudahkan urusan jual beli antara Syarikat Buku Popular
Sdn Bhd dengan para pengguna.
b) Saluran pengagihan menegak
Dalam saluran pengagihan ini, pemasar akan mengedarkan produk
dengan menggunakan saluran pengagihan yang berbeza berdasarkan
keperluan dan kehendak pengguna pasaran. Saluran pengagihan menegak
melibatkan penggunaaan satu atau lebih orang tengah untuk mengedarkan
sesuatu produk. Saluran pengedaran ini boleh dibahagikan kepada saluran
terus atau langsung dan saluran tidak terus atau tidak langsung.
Syarikat Buku Popular Sdn Bhd telah menggunakan saluran tidak
terus atau tidak langsung dengan melibatkan penggunaan orang tengah iaitu
peruncit. Hal ini kerana produk yang dihasilkan oleh Syarikat Buku Popular
Sdn Bhd meruapakan barangan mudah beli yang lebih sesuai diedarkan
dengan menggunakan saluran pengedaran tidak terus. Ia juga kerana
Syarikat Buku Popular Sdn Bhd ini melibatkan peruncit secara besar –
besaran.
Berikut merupakan saluran agihan yang digunakan oleh syarikat ini :
Saluran ini mengggunakan peruncit sebagai pengantara bagi proses
pengagihan produk kepada pengguna. Orang tengah atau peruncit ini
mempunyai peranan yang amat besar kepada pengeluar. Hal ini kerana
peruncit dapat membantu dalam menyampaikan maklumat tentang
pengguna kepada pengeluar.
Syarikat Buku Popular Sdn Bhd mempunyai lebih 80 buah cawangan
di serata Malaysia sebagai peruncit bagi memudahkan para pengguna.
Bukan sahaja di Malaysia, Syarikat Buku Popular Sdn Bhd turut mempunyai
Pengeluar → Peruncit → Pengguna
20
cawangan ke luar negara misalnya di negara Singapura. Produk popular
diedarkan ke pasaran domestik dan antarabangsa.
5.2.2 Peruncit
Peruncit merupakan orang tengah yang menjual barang daripada
pengeluar kepada pengguna secara langsung dan besar – besaran. Peruncit
terbahagi kepada beberapa jenis kedai iaitu kedai berjabatan, pasar raya,
kedai mudah beli, superstore, pasar raya hiper dan kedai istimewa.
Kedai cawangan Syarikat Buku Popular Sdn Bhd merupakan kedai
istimewa yang menjual produk yang khusus dan terhad. Hal ini kerana
produk yang dijual adalah pelbagai jenis buku, alat tulis, CD – RAMA,
multimedia dan barangan yang diperlukan oleh seorang pelajar dari semua
peringkat sama ada dari peringkat tadika hingga ke peringkat universiti dan
sebagainya.
5.3 HARGA
Menurut Sabri (2002) dengan buku yang bertajuk Pengenalan Kepada
Perniagaan, harga ialah sebahagian daripada maklumat produk dan harga
merupakan strategi terpenting untuk melariskan jualan. Sesebuah perniagaan perlu
menetapkan harga untuk sesuatu produk berasaskan matlamat – matlamat tertentu
seperti memaksimumkan untung, meningkatkan syer pasaran, menghabiskan stok
dan meningkatkan imej syarikat. Harga juga merupakan nilai yang ditetapkan bagi
sesuatu produk dalam pasaran dan harusdibayar oleh pengguna dengan wang
sekiranya pengguna memilih untuk membeli produk tersebut.
5.3.1 Pendekatan Harga Secara Umum
Secara umunya, terdapat tiga pendekatan yang boleh digunakan untuk
menentukan harga umum terhadap produk yang dihasilkan oleh pengeluar,
iaitu penentuan harga berasaskan kos, penentuan harga berasaskan nilai dan
penentuan harga berasaskan persaingan.
21
a) Penentuan harga berasaskan persaingan
Penentuan harga berasaskan persaingan boleh dibahagikan kepada dua
kaedah iaitu penentuan harga kadar lini dan penentuan harga bida. Syarikat
Buku Popular Sdn Bhd memilih penentuan harga bida iaitu pemasar akan
sentiasa peka terhadap tindak – tanduk pesaing dalam menentukan harga
bida untuk sesuatu kontrak, pemasar akan menawarkan harga yang lebih
rendah daripada harga yang ditawarkan oleh pesaing. Namun, harga yang
ditawarkan tidak boleh kurang daripada jumlah kos yang terlibat kerana ia
akan menjejaskan operasi dan kedudukan kewangan organisasi.
Terdapat beberapa produk yang harganya diletak lebih murah di kedai
buku popular berbanding kedai buku lain seperti MPH Bookstore.
Contohnya ialah buku latihan “Kertas Model Aktual SPM”. Di kedai buku
popular harganya ialah RM 6.30 manakala di kedai buku MPH buku tersebut
berharga RM 7.50. Syarikat Buku Popular Sdn Bhd telah mempunyai
hubungan yang baik dengan penerbit buku tersebut iaitu Sasbadi. Dengan
ini, Syarikat Buku Popular Sdn Bhd telah mendapat kelebihan dengan
hubungan baik ini.
5.4 PROMOSI
Promosi merujuk kepada cara yang akan digunakan oleh pemasar untuk
memberitahu, memberi penerangan, memujuk dan mempengaruhi pengguna untuk
membeli sesuatu produk. Menurut laman sesawang
http://www.scribd.com/doc/38794346/PROMOSI#scribd, promosi ialah proses
memberitahu atau mengumumkan kepada orang ramai tentang wujudnya sesuatu
jenama barang dan perkhidmatan di pasaran serta menggalakkan mereka membeli
dan menggunakan jenama tersebut. Ideanya adalah untuk mewujudkan kesedaran,
perhatian dan menimbulkan keinginan untuk membeli produk yang pengguna sukai
tanpa perlu berfikir panjang.
22
5.4.1 Campuran Promosi : Pengiklanan
Campuran promosi sesebuah syarikat dikenali sebagai campuran
promosi yang di integrasikan penggunaanya bersama – sama. Terdapat
empat elemen penting di dalam campuran promosi iaitu pengiklanan,
promosi jualan, publisiti dan perhubungan awam dan jualan bersemuka.
Menurut http://www.slideshare.net/JAGATHISWARY/campuran-
pemasaran-promosi , pengiklanan dapat didefinisikan sebagai sebarang
bentuk persembahan atau komunikasi berbayar, bersifat tidak peribadi yang
ditujukan kepadakumpulan sasaran dengan tujuan untuk mempromosi,
memperkenal dan meningkatkan atau melariskan jualan sesuatu produk,
perkhidmatan ataupun idea oleh pengeluar.
Terdapat lima ciri pengiklanan yang penting. Antaranya ialah
pengiklanan yang melibatkan persembahan awam bagi memastikan semua
individu mendapat mesej yang sama dan maklumat yang disebarkan dapat
mengesahkan kedudukan sesuatu produk dalam pasaran. Ciri kedua ialah
penyebaran dan pengulangan mendedahkan pengguna kepada mesej yang
sama beberapa kali berbanding kaedah lain. Ciri seterusnya ialah,
pengenalan produk dengan bantuan suara, gambar, ilustrasi dan warna.
Pengiklanan juga hendaklah satu bentuk komunikasi bukan peribadi dan
hanya melibatkan komunikasi sehala daripada pengeluar atau pemasar
kepada pengguna. Ciri yang terakhir ialah pengiklanan yang akan
mewujudkan imej jangka panjang bagi sesuatu produk.
Antara promosi pengiklanan yang telah dilakukan oleh syarikat Buku
Popular Sdn Bhd ialah jualan “Promosi Berapi Popular” di Perda City Mall,
Megamall Pinang dan Komtar yang berlangsung selama 17 hari bermula dari
17 Julai 2015 hingga 2 ogos 2015. Syarikat ini turut membuat pengiklanan
apabila cawangan baru dibuka di sesebuah kawasan. Contohnya ialah di 1
Borneo Hypermall, Kota Kinabalu mereka telah membuat jualan “Popular
Grand Opening Promotion” yang bermula dari 24 Julai 2015 hingga 2 Ogos
2015. Mereka juga membuat pengiklanan “Popular’s Choice” di kesemua
cawangan di sebelah barat Malaysia yang bermula daripada 3 Julai 2015
hingga 3 September 2015.
23
5.4.2 Campuran Promosi : Promosi Jualan
Promosi jualan merupakan aktiviti – aktiviti yang boleh meningkatkan
jualan pemasar dalam jangka pendek. Oleh sebab itu, beberapa tawaran
insentif jangka pendek dilakukan untuk mendorongkan pengguna membuat
keputusan pembelian. Promosi ini menarik perhatian pengguna,
menawarkan insentif untuk membeli dan dapat menaikkan semangat
pengguna untuk membeli seterusnya dapat meningkatkan jualan.
Promosi jualan merupakan satu strategi promosi yang terdapat
campuran promosi. Tujuan promosi ialah menyediakan produk yang
pelbagai, mewujudkan pembelian ulangan oleh pengguna setia, mendorong
pengguna mencuba produk baharu, mewujudkan jualan tanpa dirancang dan
kesedaran kewujudan jenama produk dalam pasaran oleh pengguna. Antara
jenis promosi jualan bagi pengeluar boleh menggunakan alat promosi yang
dapat menarik perhatian pengguna untuk membuat keputusan pembelian.
Antara alat tersebut ialah sampel, kupon, premium, rebat, tawaran istimewa,
peraduan dan potongan harga.
a) Kupon
Kupon merupakan satu alat yang digunakan oleh pemasar untuk
membuat jualan dengan memberi potongan harga. Kupon ini boleh
diperoleh oleh pengguna melalui pemberian secara percuma jika pengguna
membeli produk mereka dalam jumlah yang telah ditetapkan, melalui edaran
atau dilekatkan di dalam majalah tertentu. Kupon tersebut akan digunakan
oleh pengguna untuk mendapat harga tawaran yang rendah.
Syarikat Buku Popular Sdn Bhd menggunakan kupon sebagai alat
penarik pengguna dengan menerima pembelian buku oleh pengguna dengan
menggunakan baucer buku 1 Malaysia. Jika pengguna menggunakan
kesemua baucer yang dimiliki iaitu dengan jumlah RM 200, maka pihak
Syarikat Buku Popular Sdn Bhd akan memberikan baucer popular sebanyak
RM 20. Bagi pengguna yang hanya menggunakan baucer buku 1 Malaysia
dengan nilai RM 150, mereka akan memberikan baucer popular sebanyak
24
RM 10. Hal ini menarik pengguna yang memiliki baucer ini terutamanya
golongan pelajar university dan sebagainya.
b) Rebat
Rebat merupakan satu strategi pengeluar kepada pengguna dalam
bentuk pemberian seperti kupon. Pengguna boleh mengguna kupon tersebut
untuk mendapat pengurangan harga produk.
Syarikat Buku Popular Sdn Bhd turut menggunakan alat ini untuk
meningkatkan jualan produk mereka. Misalnya ialah syarikat ini memberi
20% rebat kepada pelanggan di hampir semua lokasi kedai yang sedang
mempunyai promosi secara besar – besaran seperti di Kota Kinabalu yang
sedang mempunyai “Popular Grand Opening Promotion” , “Pilihan Popular”
di kesemua cawangan sebalah barat Malaysia turut menawarkan 20% rebat
kepada pemegang kad ahli popular dan banyak lagi.
c) Potongan harga
Potongan harga merupakan strategi yang sesuai dilaksanakan pada
sesuatu musim dan berupaya meningkatkan jualan sesuatu produk.
Pengeluar akan menawarkan potongan harga terhadap produk tertentu. Hal
ini telah mendorong pengguna untuk datant ke sesebuah kedai itu dan akan
menyebabkan peningkatan dalam jualan produk.
Syarikat Buku Popular Sdn Bhd turut menggunakan alat ini untuk
melariskan jualanya dengan menjual 500 000 English Books dengan harga
terendah iaitu RM 5 sahaja. Promosi “Popular RM5 Fiesta” ini dilakukan di
Midlands Park Centre, Pulau Pinang yang bermula dari 29 May 2015 hingga
7 Jun 2015. Selain itu, Syarikat Buku Popular Sdn Bhd turut memberi
potongan harga kepada setiap pemegang kad ahli popular.
5.4.3 Campuran Promosi : Publisiti
Publisiti merupakan satu komunikasi yang disampaikan kepada
pengguna melalui cerita dan berita yang ada kaitan dengan produk yang
dikeluarkan oleh sesebuah perniagaan melalui media massa seperti media
25
elektronik dan cetak. Publisiti yang diperoleh sesebuah perniagaan tidak
perlu dibayar.
Publisiti juga melibatkan penghebahan mengenai sesuatu produk baru
dalam pasaran melalui siaran berita di televisyen dan radio. Tiga cirri utama
publisiti ialah mempunyai kredibiliti yang tinggi kerana maklumat yang
disiarkan tiada tokok tambah, tidak melibatkan interaksi antara pemasar
dengan pengguna, mesej yang disampaikan berbentuk berita benar dan
bukan iklan dan berita yang disiarkan tidak boleh dikawal oleh sesebuah
syarikat perniagaan.
Syarikat Buku Popular telah menerima Anugerah Emas daripada PTS.
Hal ini kerana kedai buku popular telah berjaya mencatat jualan tertinggi
bagi jualan buku Chef Hanieliza. Menurut Roziyah Mahamad (2011) di
laman web http://pts.com.my/index.php/berita/kedai-buku-popular-terima-
anugerah-emas-pts/#, kedai buku Popular seluruh Malaysia telah berjaya
melariskan dengan catatan tertinggi sebanyak 35 ribu naskah buku 1 Hari 1
Resepi Istimewa Chef Hanieliza ini.
26
6.0 RUMUSAN DAN CADANGAN
Pengkaji telah memilih sebuah perniagaan iaitu Syarikat Buku Popular Sdn Bhd
untuk mengkaji dan menganalisis campuran pemasaran yang digunakan. Berdasarkan
dapatan yang diperolehi, Syarikat Buku Popular Sdn Bhd telah mengamalkan campuran
pemasaran yang meliputi kesemua elemen berikut iaitu produk, harga, pengedaran dan
promosi dalam membantu penjualan produk syarikat berkenaan.
Bagi elemen produk, Syarikat Buku Popular Sdn Bhd menawarkan pelbagai jenis
produk dalam bentuk fizikal mahupun perkhidmatan kepada pelanggan. Produk fizikal
meliputi kesemua buku, alat tulis, CD – RAMA dan multimedia. Manakala, bagi produk
berbentuk perkhidmatan yang ditawarkan oleh Syarikat Buku Popular Sdn Bhd ialah
penghantaran buku ke rumah bagi pengguna yang gemar menggunakan internet sebagai
medium untuk membeli produk mereka.
Syarikat Buku Popular Sdn Bhd telah menggunakan kedua – dua reka bentuk
saluran agihan iaitu saluran agihan mendatar dan menegak bagi memudahkan
pengedaran produk kepada pengguna. Terdapat banyak cawangan kedai buku Popular
di serata Malaysia yang beribu pejabat di Kuala Lumpur. Bukan sahaja di Malaysia,
Syarikat Buku Popular Sdn Bhd turut mempunyai cawangan di luar negara misalnya
Singapura.
Bagi elemen ketiga iaitu penetapan harga berasaskan persaingan. Syarikat Buku
Popular Sdn Bhd berusaha untu mendapatkan harga yang lebih murah bagi produk yang
dijual di kedai buku Popular untuk melariskan jualan di kedai tersebut, Syarikat ini telah
mengadakan hubungan yang baik dengan beberapa penerbit buku agar mereka mendapat
kelebihan daripada hubungan baik tersebut.
Pelbagai promosi yang telah dilakukan oleh Syarikat Buku Popular Sdn Bhd.
Antaranya ialah pengiklanan, promosi jualan dan publisiti. Syarikat Buku Popular Sdn
Bhd telah mengiklankan bahawa terdapat jualan “Promosi Berapi Popular” di Perda City
Mall. Syarikat ini turut mengiklankan pembukaan cawangan baharu di sesuatu kawasan
untuk memberitahu kepada pengguna. Promosi jualan yang telah dilakukan ialah kupon,
rebat dan potongan harga.
Kesimpulanya, penyelidik mendapati bahawa semua elemen dalam campuran
pemasaran Syarikat Buku Popular Sdn Bhd adalah sangat penting. Oleh itu, penyelidik
27
mencadangkan bahawa Syarikat Buku Popular Sdn Bhd perlu sentiasa mempelbagaikan
produknya agar dapat sentiasa membekalkan barangan bagi memenuhi keperluan dan
kehendak pengguna. Syarikat Popular Sdn Bhd juga haruslah membuka lebih banyak
cawangan bukan sahaja di kawasan bandar malah di kawasan luar bandar agar pengguna
lebih mudah untuk pergi ke kedai buku Popular jika disediakan di kawasan yang lebih
dekat dengan rumah mereka. Promosi juga mesti dipergiatkan untuk melariskan produk
keluaranya agar sentiasa mendapat tempat di hati pengguna. Penyelidik juga
menyarankan agar Syarikat Buku Popular Sdn Bhd membuat lebih banyak perhubungan
awam dengan masyarakat sekeliling agar syarikat ini lebih dikenali ramai.
28
7.0 RUJUKAN
Armstrong, Gary & Kotler. Marketing : An Introduction, Tenth Edition. England :
Person Education Limited
http://pts.com.my/index.php/berita/kedai-buku-popular-terima-anugerah-emas-pts/#
diakses pada 16 Ogos 2015
https://www.popular.com.sg/ diakses pada 7 Julai 2015
Kamus Dewan Edisi Ketiga, 2002. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Laman Web Rasmi Syarikat Buku Popular Sdn Bhd. https://www.popular.com.my/
diakses pada 23 Julai 2015
Nik Rahimah Nik Yacob, 1992. Asas Pemasaran, Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti
Sdn Bhd
Sabitha Merican, 2005. Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Kuala Lumpur : Prentice Hall
/ Pearson Malaysia
Sabri Hj. Hussin, 2002. Pengenalan Kepada Perniagaan. Kuala Lumpur: Thomson
Learning.
Zahari Ab. Hamid, 2014. Promosi. Diakses pada 10 Julai 2015, daripada
http://www.scribd.com/doc/38794346/PROMOSI#scribd
29
LAMPIRAN
Foto : Logo Syarikat Buku Popular Sdn Bhd
Foto : Laman Web Rasmi Syarikat Buku Popular Sdn Bhd
30
Foto : Antara produk yang ditawarkan oleh Syarikat Buku Popular Sdn Bhd
Foto : Promosi yang dijalankan oleh Syarikat Buku Popular Sdn Bhd pada musim
perayaan
31
Foto : Antara promosi lain yang dijalankan oleh Syarikat Buku Popular Sdn Bhd
Foto : Laman web untuk pelanggan membeli secara online

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Persatuan negara negara asia tenggara (ASEAN)
Persatuan negara negara asia tenggara (ASEAN)Persatuan negara negara asia tenggara (ASEAN)
Persatuan negara negara asia tenggara (ASEAN)
nasywah79
 
Modul mikroekonomi ( penggal 1 ) edit by cikgu HASNI KOLEJ TING 6 SMKTAT
Modul mikroekonomi ( penggal 1 ) edit by cikgu HASNI KOLEJ TING 6 SMKTATModul mikroekonomi ( penggal 1 ) edit by cikgu HASNI KOLEJ TING 6 SMKTAT
Modul mikroekonomi ( penggal 1 ) edit by cikgu HASNI KOLEJ TING 6 SMKTAT
hasnirusli
 
Menentukan strategi & objektif pemasaran STPM PP P1
Menentukan strategi & objektif pemasaran STPM PP P1Menentukan strategi & objektif pemasaran STPM PP P1
Menentukan strategi & objektif pemasaran STPM PP P1
Ashraf Azim
 

Mais procurados (20)

BAB 6: KIASAN
BAB 6: KIASANBAB 6: KIASAN
BAB 6: KIASAN
 
SEKTOR PERIKANAN
SEKTOR PERIKANANSEKTOR PERIKANAN
SEKTOR PERIKANAN
 
Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( ...
Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( ...Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( ...
Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( ...
 
Persatuan negara negara asia tenggara (ASEAN)
Persatuan negara negara asia tenggara (ASEAN)Persatuan negara negara asia tenggara (ASEAN)
Persatuan negara negara asia tenggara (ASEAN)
 
Kegiatan penyeludupan
Kegiatan penyeludupanKegiatan penyeludupan
Kegiatan penyeludupan
 
Geografi fizikal- faktor yang mempengaruhi hakisan permukaan
Geografi fizikal- faktor yang mempengaruhi hakisan permukaanGeografi fizikal- faktor yang mempengaruhi hakisan permukaan
Geografi fizikal- faktor yang mempengaruhi hakisan permukaan
 
Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makanan
Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makananKerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makanan
Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makanan
 
Modul mikroekonomi ( penggal 1 ) edit by cikgu HASNI KOLEJ TING 6 SMKTAT
Modul mikroekonomi ( penggal 1 ) edit by cikgu HASNI KOLEJ TING 6 SMKTATModul mikroekonomi ( penggal 1 ) edit by cikgu HASNI KOLEJ TING 6 SMKTAT
Modul mikroekonomi ( penggal 1 ) edit by cikgu HASNI KOLEJ TING 6 SMKTAT
 
Segi 3 pertumbuhan
Segi 3 pertumbuhanSegi 3 pertumbuhan
Segi 3 pertumbuhan
 
Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 2016
Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 2016Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 2016
Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 2016
 
Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...
Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...
Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...
 
E-dagang
E-dagang E-dagang
E-dagang
 
PRAGMATIK STPM SEM3
PRAGMATIK STPM SEM3PRAGMATIK STPM SEM3
PRAGMATIK STPM SEM3
 
Geografi STPM-Bahagian B-Penduduk
Geografi STPM-Bahagian B-PendudukGeografi STPM-Bahagian B-Penduduk
Geografi STPM-Bahagian B-Penduduk
 
Format Esei kERJA kURSUS BM 2016
Format Esei kERJA kURSUS BM 2016Format Esei kERJA kURSUS BM 2016
Format Esei kERJA kURSUS BM 2016
 
IMBANGAN AIR
IMBANGAN AIRIMBANGAN AIR
IMBANGAN AIR
 
LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING
LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING
LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING
 
Ekonomi - Hutang Kerajaan Persekutuan
Ekonomi - Hutang Kerajaan PersekutuanEkonomi - Hutang Kerajaan Persekutuan
Ekonomi - Hutang Kerajaan Persekutuan
 
Menentukan strategi & objektif pemasaran STPM PP P1
Menentukan strategi & objektif pemasaran STPM PP P1Menentukan strategi & objektif pemasaran STPM PP P1
Menentukan strategi & objektif pemasaran STPM PP P1
 
SEKTOR PELANCONGAN
SEKTOR PELANCONGANSEKTOR PELANCONGAN
SEKTOR PELANCONGAN
 

Semelhante a Ful kk pp

Bab 2 rancangan_pemasaran
Bab 2 rancangan_pemasaranBab 2 rancangan_pemasaran
Bab 2 rancangan_pemasaran
Aenhamdan_
 
Pp p1 perniagaan
Pp  p1 perniagaanPp  p1 perniagaan
Pp p1 perniagaan
dabneyluang
 
Pp p1 perniagaan
Pp  p1 perniagaanPp  p1 perniagaan
Pp p1 perniagaan
dabneyluang
 
Nota 3 Kajian Kes
Nota 3 Kajian KesNota 3 Kajian Kes
Nota 3 Kajian Kes
syahums
 
Anugerah guru pembimbing
Anugerah  guru pembimbingAnugerah  guru pembimbing
Anugerah guru pembimbing
aynNUR
 
Apakah yang dimaksudkan dengan mencari idea baru
Apakah yang dimaksudkan dengan mencari idea baruApakah yang dimaksudkan dengan mencari idea baru
Apakah yang dimaksudkan dengan mencari idea baru
Pensil Dan Pemadam
 
Bab 1 memahami pasaran
Bab 1 memahami pasaranBab 1 memahami pasaran
Bab 1 memahami pasaran
Zariff Rafael
 
Bab 1 memahami pasaran
Bab 1 memahami pasaranBab 1 memahami pasaran
Bab 1 memahami pasaran
Zariff Rafael
 
Bab 1 memahami pasaran
Bab 1 memahami pasaranBab 1 memahami pasaran
Bab 1 memahami pasaran
Zariff Rafael
 
Kertas penerangan pemasaran m1 k1.2
Kertas penerangan pemasaran m1 k1.2Kertas penerangan pemasaran m1 k1.2
Kertas penerangan pemasaran m1 k1.2
zXQxd6ru
 

Semelhante a Ful kk pp (20)

Bab 2 rancangan_pemasaran
Bab 2 rancangan_pemasaranBab 2 rancangan_pemasaran
Bab 2 rancangan_pemasaran
 
Pp p1 perniagaan
Pp  p1 perniagaanPp  p1 perniagaan
Pp p1 perniagaan
 
Pp p1 perniagaan
Pp  p1 perniagaanPp  p1 perniagaan
Pp p1 perniagaan
 
Nota 3 Kajian Kes
Nota 3 Kajian KesNota 3 Kajian Kes
Nota 3 Kajian Kes
 
KOLEJ KOMUNITI - Pengajian Am
KOLEJ KOMUNITI - Pengajian AmKOLEJ KOMUNITI - Pengajian Am
KOLEJ KOMUNITI - Pengajian Am
 
perbandingan laras bahasa iklan produk dan perkhidmatan
perbandingan laras bahasa iklan produk dan perkhidmatanperbandingan laras bahasa iklan produk dan perkhidmatan
perbandingan laras bahasa iklan produk dan perkhidmatan
 
Anugerah guru pembimbing
Anugerah  guru pembimbingAnugerah  guru pembimbing
Anugerah guru pembimbing
 
1. identify sales & marketing requirement
1. identify sales & marketing requirement1. identify sales & marketing requirement
1. identify sales & marketing requirement
 
Contoh Presentation PBS Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 ( Ker...
Contoh Presentation PBS Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 ( Ker...Contoh Presentation PBS Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 ( Ker...
Contoh Presentation PBS Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 ( Ker...
 
anime shop.pptx
anime shop.pptxanime shop.pptx
anime shop.pptx
 
Apakah yang dimaksudkan dengan mencari idea baru
Apakah yang dimaksudkan dengan mencari idea baruApakah yang dimaksudkan dengan mencari idea baru
Apakah yang dimaksudkan dengan mencari idea baru
 
Bab 1 memahami pasaran
Bab 1 memahami pasaranBab 1 memahami pasaran
Bab 1 memahami pasaran
 
Bab 1 memahami pasaran
Bab 1 memahami pasaranBab 1 memahami pasaran
Bab 1 memahami pasaran
 
Bab 1 memahami pasaran
Bab 1 memahami pasaranBab 1 memahami pasaran
Bab 1 memahami pasaran
 
Bab 1 Pengenalan Kepada Pemasaran
Bab 1 Pengenalan Kepada PemasaranBab 1 Pengenalan Kepada Pemasaran
Bab 1 Pengenalan Kepada Pemasaran
 
KK PP ainarazak (5)(3) PENGAJIAN PERNIAGAAN
KK PP ainarazak (5)(3) PENGAJIAN PERNIAGAANKK PP ainarazak (5)(3) PENGAJIAN PERNIAGAAN
KK PP ainarazak (5)(3) PENGAJIAN PERNIAGAAN
 
Kertas penerangan pemasaran m1 k1.2
Kertas penerangan pemasaran m1 k1.2Kertas penerangan pemasaran m1 k1.2
Kertas penerangan pemasaran m1 k1.2
 
Slide pp
Slide ppSlide pp
Slide pp
 
Pengenalan Keusahawanan - RBT
Pengenalan Keusahawanan - RBTPengenalan Keusahawanan - RBT
Pengenalan Keusahawanan - RBT
 
Ringkasan Jurnal "IDENTIFYING THE FACTORS INFLUENCING THE FEELING OF LOVE TOW...
Ringkasan Jurnal "IDENTIFYING THE FACTORS INFLUENCING THE FEELING OF LOVE TOW...Ringkasan Jurnal "IDENTIFYING THE FACTORS INFLUENCING THE FEELING OF LOVE TOW...
Ringkasan Jurnal "IDENTIFYING THE FACTORS INFLUENCING THE FEELING OF LOVE TOW...
 

Ful kk pp

  • 1. 1 SYARIKAT BUKU POPULAR (M) SDN BHD : Kajian Tentang Campuran Pemasaran ABSTRAK Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji campuran pemasaran sebuah perniagaan yang dipilih oleh penyelidik iaitu Syarikat Buku Popular Sdn Bhd. Kaedah kajian utama yang akan digunakan oleh penyelidik dalam kajian ini ialah melalui pengumpulan data primer dan data sekunder. Penyelidik akan mendapatkan maklumat melalui pemerhatian, bukurujukan,kamusdan laman web. Objektif kajianini dijalankanadalah untuk menjelaskan campuran pemasaran yang digunakan oleh Syarikat Buku Popular Sdn Bhd yang meliputi elemen produk, pengedaran, harga dan promosi. Bagi elemen produk, penyelidik akan menyenaraikan produk yang ditawarkan oleh syarikat berkenaan. Bagi elemen pengedaran pula, penyelidik akan menyatakan saluran agihan yang digunakan oleh syarikat tersebut. Elemen yang seterusnya iaitu harga, penyelidik akan menyatakan cara penetapan harga oleh syarikat tersebut. Di samping itu, elemen promosi yang dikaji oleh penyelidik adalah meliputi kaedah yang digunakan oleh Syarikat Buku Popular Sdn Bhd untuk mempromosikan produk yang telah ditawarkan.
  • 2. 2 ISI KANDUNGAN PERKARA HALAMAN ABSTRAK 1 ISI KANDUNGAN 2 1.0 PENGENALAN 3 - 4 2.0 0BJEKTIF KAJIAN 5 3.0 LATAR BELAKANG 6 - 7 4.0 KAEDAH KAJIAN 8 - 10 4.1 Data Primer 8 4.2 Data Sekunder 8 4.3 Produk 9 4.4 Pengedaran 9 4.5 Harga 10 4.6 Promosi 10 5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN 11 - 25 5.1 Produk 11 - 16 5.2 Pengedaran 16 - 20 5.3 Harga 20 - 21 5.4 Promosi 21 - 25 6.0 RUMUSAN DAN CADANGAN 26 - 27 RUJUKAN 28 LAMPIRAN 29 - 31
  • 3. 3 SYARIKAT BUKU POPULAR (M) SDN BHD : Kajian Tentang Campuran Pemasaran 1.0 PENGENALAN Pengkaji telah memilih sebuah perniagaan iaitu Syarikat Buku Popular Sdn Bhd untuk mengkaji dan menganalisis campuran pemasaran yang digunakan oleh syarikat ini untuk menarik minat para pelanggan. Kajian ini dilakukan adalah untuk menjelaskan dan menganalisis campuran pemasaran yang digunakan di dalam Syarikat Buku Popular Sdn Bhd. Menurut Sabri Hj Hussin Pengenalan Kepada Perniagaan (2002), campuran pemasaran merupakan satu elemen penting yang digunakan oleh sesebuah perniagaan untuk menarik minat dan perhatian para pelanggan terhadap produk yang ditawarkan oleh perniagaan tersebut. Pembentukan campuran pemasaran yang berkesan melibatkan penumpuan usaha pemasar untuk memuaskan kehendak dan keinginan pelanggan. Aktiviti pemasaran dibentuk daripada campuran pemasaran, iaitu kombinasi pemboleh ubah yang menentukan strategi pemasaran yang akan digunakan oleh sesebuah syarikat pemasaran. Campuran pemasaran terdiri daripada empat pemboleh ubah atau elemen iaitu elemen produk, elemen pengedaran,elemen harga (price) dan elemen promosi. Bagi elemen yang pertama iaitu harga, ianya berkaitan dengan penetapan harga atau penawaran harga yang selaras dengan matlamat sesebuah syarikat. Strategi penentuan harga adalah seperti memberikan diskaun dan memberikan ganjaran atau hadia berdasarkan harga yang ditawarkan. Elemen yang kedua ialah pengedaran. Pengedaran atau pengagihan merujuk kepada aktiviti menentukan lokasi agihan dan waktu pengagihan. Pembuatan keputusan pengedaran melibatkan pemilihan, penilaian dan penyelarasan saluran pengagihan termasuk cara penghantaran kaedah pengangkutan, cara penyimpanan stok dan pengawalan inventori. Seterusnya elemen produk yang melibatkan proses pembuatan keputusan mengenai penyelidikan dan pembangunan produk baharu, ujian penghasilan produk baharu, perancangan pengurusan produk, pembungkusan dan jaminan produk.
  • 4. 4 Elemen yang terakhir ialah elemen promosi yang merujuk kepada aktiviti penyebaran maklumat berkenaan produk kepada pengguna bagi tujuan membuat keputusan pembelian. Aktiviti promosi yang boleh dijalankan adalah seperti pengiklanan, publisiti, jualan langsung dan demonstrasi produk.
  • 5. 5 2.0 OBJEKTIF KAJIAN 2.1 Menjelaskan klasifikasi produk, strategi keputusan produk dan keputusan campuran produk Syarikat Buku Popular Sdn Bhd 2.2 Menjelaskan reka bentuk saluran agihan produk iaitu saluran pengagihan mendatar dan saluran pengagihan menegak di Syarikat Buku Popular Sdn Bhd 2.3 Menjelaskan pendekatan harga secara umum iaitu penentuan harga berasaskan persaingan di Syarikat Buku Popular Sdn Bhd 2.4 Menjelaskan campuran promosi iaitu pengiklanan, promosi jualan dan publisiti, Syarikat Buku Popular Sdn Bhd
  • 6. 6 3.0 LATAR BELAKANG KAJIAN Pada tahun 1924, Syarikat Popular dikenali sebagai Syarikat Cheng Hing yang diasaskan oleh En. Chou Sing Chu dimana syarikatnya membuat pengeluaran khusus dalam bidang pembukuan dengan menghasilkan pelbagai buku komik. Syarikat tersebut diasaskan dan beribu pejabat di Singapura. Kini, Syarikat Buku Popular telah mempunyai sejumlah 156 kedai runcit di Singapura, Malaysia dan Hong Kong. Di Malaysia, Syarikat Buku Popular ini ditubuhkan pada Januari 1984 di Kuala Lumpur. Ia disenaraikan dalam Malaysia Book of Records sebagai rangkaian kedai buku terbesar di Malaysia dengan lebih 700,000 kaki persegi ruang runcit. Syarikat ini mengeluarkan pelbagai jenis buku seperti buku rujukan untuk pelajaran, buku bagi kanak-kanak, novel, majalah, CD-RAMA, multimedia dan lain-lain. Syarikat ini berkembang di seluruh Semenanjung Malaysia dan akhirnya ke Malaysia Timur pada tahun 1996. Syarikat Buku Popular Malaysia membuka ‘Mega Store’ yang pertamanya di Damansara, Petaling Jaya pada tahun 2003. Sehingga kini, Syarikat Popular Malaysia mempunyai 4 buah ‘Mega Store’ iaitu di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bharu untuk menyokong permintaan pelanggan yang semakin meningkat di Malaysia. Pengkaji telah memilih kedai buku Popular di Queensbay Mall, Pulau Pinang. Hari ini, Syarikat Popular Malaysia ialah rantaian kedai buku terbesar dengan 75 buah cawangan di seluruh negara. Syarikat Popular Sdn Bhd mempunyai nilai teras dengan menggunakan nama syarikat mereka sendiri iaitu POPULAR. Huruf P merujuk kepada ‘People’ iaitu orang atau pelanggan yang dianggap sebagai sebab kewujudan syarikat tersebut. Huruf O pula merujuk kepada ‘Objectivity’ yang bermaksud pekerja syarikat ini menjalankan tugas dengan berfikiran positif melalui penyertaan pro-aktif dan komunikasi terbuka. Huruf P yang kedua ialah ‘Product’ dengan mementingkan pengeluaran produk yang berkualiti dan harga yang bersesuaian. Seterusnya ialah huruf U iaitu ‘Unity’ yang membawa maksud perpaduan dalam kalangan pekerja dan semangat berpasukan yang tinggi. Huruf L pula ialah ‘Leadership’ iaitu kepimpinan yang berwibawa dengan kecekapan, integriti dan komitmen yang tinggi. Huruf A iaitu ‘Action’ yang bererti tindakan yang diambil oleh para pekerja dalam berusaha mencapai kejayaan dan kecemerlangan. Huruf yang terakhir iaitu huruf R yang membawa perkataan ‘Reward and Recognition’ iaitu ganjaran dan pengiktirafan kepada para pekerja untuk meningkatkan prestasi dan
  • 7. 7 semangat pekerja dalam memajukan lagi syarikat ini. Maklumat ini diperoleh dari laman web Syarikat Buku Popular itu sendiri iaitu di http://www.popularworld.com/en/CoreValues.php . Syarikat Buku Popular menjalankan pelbagai promosi bagi meningkatkan jualan dan keuntungan dan turut meluaskan pasaran. Antara promosi yang dijalankan ialah Ramadhan @ Popular, BB1M Promotion, Readers’ Choice Awards 2015, Annual Bookfest dan sebagainya. Mereka turut menyediakn perkhidmatan pembelian buku secara online di https://www.popular.com.sg/. Penggunaan media massa seperti facebook, instagram dan twitter juga dimanfaatkan oleh Syarikat Buku Popular. Syarikat ini juga menghadapi persaingan yang hebat dari syarikat buku yang lain misalnya Syarikat Hasani Books Sdn Bhd, MPH Bookstore Sdn Bhd, Borders Books Inc. dan lain- lain.
  • 8. 8 4.0 KAEDAH KAJIAN Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), kaedah kajian merupakan cara atau aturan dalam memproses sesuatu perkara untuk kajian. Kaedah kajian merujuk kepada kaedah yang dilihat paling sesuai untuk digunakan dalam melaksanakan sesuatu penyelidikan dan menentukan tatacara yang efektif bagi menjawab permasalahan kajian. Kaedah kajian ini terbahagi kepada dua iaitu data primer dan data sekunder. 4.1 Data Primer Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), data primer bermaksud maklumat pertama yang dikumpul dalam membuat sesuatu kajian. Antara kaedah mengumpul data primer ialah melalui pengukuran, pencerapan, soal selidik, temu bual dan pemerhatian. Dalam kajian ini, penyelidik tidak menggunakan kaedah data primer ketika menjalankan kajian ke atas Syarikat Buku Popular Sdn Bhd. 4.2 Data Sekunder Berdasarkan Sabitha Merican (2005), data sekunder merupakan data yang dikumpul oleh pengkaji lain yang pada awalnya dikumpul untuk tujuan lain tetapi sesuai digunakan untuk menjawab persoalan kajian yang dijalankan oleh pengkaji masa kini. Dalam menjalankan kajian ini, penyelidik telah menggunakan data sekunder bagi mendapatkan kesemua maklumat yang diperlukan iaitu melalui buku rujukan, laman sesawang dan laporan tahunan syarikat. 4.2.1 Buku rujukan Dalam kajian ini, penyelidik telah menggunakan beberapa buah buku, antaranya ialah buku rujukan Pengenalan Kepada Perniagaan yang ditulis oleh Sabri Haji Husin, buku Marketing : An Intoduction, Tenth Edition yang ditulis oleh Armstrong, Gary & Kotler, buku Asas Pemasaran yang ditulis oleh Nik Rahimah Nik Yacob (1992) dan buku Pengenalan Kepada Perniagaan yang ditulis oleh Sabri Haji Hussin (2002).
  • 9. 9 4.2.2 Laman Sesawang Laman sesawang ialah dokumen ‘HTML’ pada World Wide Web yang mengandungi hubungan hiperteks dengan dokumen lain pada world wide web. Dalam kajian ini, penyelidik telah melayari laman web bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan Syarikat Buku Popular Sdn Bhd. Antara laman sesawang yang dikunjungi ialahlaman web rasmi Syarikat Buku Popular Sdn Bhd (Malaysia) melalui pautan https://www.popular.com.my/. Penyelidik melayari laman web tersebut bagi mendapatkan maklumat berkaitan latar belakang, jenis produk yang ditawarkan. Selain itu, penyelidik juga melayari laman web Syarikat Popular Antarabangsa melalui pautan https://www.popular.com.sg bagi mendapatkan maklumat tentang perkhidmatan penghantaran ke rumah pengguna. 4.3 Produk Bagi objektif pertama iaitu menjelaskan klasifikasi produk, strategi keputusan produk dan keputusan campuran produk Syarikat Buku Popular Sdn Bhd, penyelidik telah menggunakan data primer dan data sekunder. Bagi data primer, penyelidik telah membuat pemerhatian di Syarikat Buku Popular Sdn Bhd di Queensbay Mall, Persiaran Bayan Indah untuk membandingkan harga produk popular dengan produk di kedai buku lain. Bagi mengkaji keputusan campuran produk, penyelidik telah menggunakan data sekunder iaitu dengan melayari laman web Syarikat Buku Popular Sdn Bhd melalui pautan https://www.popular.com.sg. 4.4 Pengedaran Bagi objektif kedua pula, penyelidik telah menggunakan data sekunder iaiti dengan menggunakan buku rujukan bagi mencari definisi produk. Buku yang digunakan ialah Asas Pemasaran yang ditulis oleh Nik Rahimah Nik Yacob (1992). Penyelidik telah menggunakan laman sesawang Syarikat Buku Popular bagi mengetahui tentang lokasi cawangan kedai buku ini.
  • 10. 10 4.5 Harga Bagi objektif ketiga iaitu menjelaskan pendekatan harga secara umum iaitu penentuan harga berasaskan persaingan di Syarikat Buku Popular Sdn Bhd. Penyelidik telah menggunakan data sekunder iaitu laman web bagi membandingkan harga buku di kedai buku Popular dan kedai buku MPH. 4.6 Promosi Bagi objektif keempat iaitu menjelaskan campuran promosi iaitu pengiklanan, promosi jualan dan publisiti Syarikat Buku Popular Sdn Bhd. Penyelidik telah menggunakan data sekunder iaitu laman web Syarikat Buku Popular Sdn Bhd bagi mencari maklumat tentang promosi yang telah diadakan di kesemua cawangan lokasi kedai buku ini.
  • 11. 11 5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Bahagian ini membincangkan tentang hasil kajian yang diperoleh berdasarkan aspek – aspek yang berikut iaitu jenis produk yang ditawarkan, penetapan harga, pengedaran dan pengagihan serta promosi yang digunakan oleh Syarikat Buku Popular Sdn Bhd (Popular Bookstore). 5.1 PRODUK Menurut Armstrong, Gary & Kotler dengan yang bukunya yang bertajuk Marketing : An Introduction, Tenth Edition, produk ialah barang, perkhidmatan atau idea yang ditawarkan oleh peniaga dan dibeli oleh pelanggan serta produk akan dibangunkan bertujuan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan. Usahaawan harus menghasilkan produk secara fizikal yang boleh menarik perhatian dan menepati kehendak pengguna meliputi aspek kepelbagaian produk, kualiti, reka bentuk, ciri – ciri, jenama, pembungkusan, saiz, perkhidmatan, jaminan dan pulangan. 5.1.1 Klasifikasi Produk Secara umumnya, terdapat dua jenis produk dalam pasaran, iaitu produk pengguna dan produk industri. Pemasar lazimnya akan mengklasifikasikan produk berdasarkan kaedah produk tersebut dibeli, kuantiti produk yang akan dibeli, dan jangka masa yang digunakan oleh pengguna untuk membuat pilihan. Dalam kajian ini, pengkaji mendapati bahawa Syarikat Buku Popular Sdn Bhd menawarkan pelbagai jenis produk fizikal mahupun perkhidmatan kepada pelanggan bagi memenuhi keperluan dan cita rasa para penggunanya agar mereka dapat membuat pilihan dan keputusan yang tepat. Produk fizikal ataupun barang meliputi pelbagai kategori buku iaitu English Books, Malay Books, Chinese Books dan Revision Books. Antara barang lain yang ditawarkan oleh syarikat ini selain buku ialah alat tulis, CD – RAMA dan multimedia. Syarikat Buku Popular Sdn Bhd bukan sahaja menawarkan barangan jenama luar malah syarikat ini turut menyediakan dan menghasilkan barangan jenama popular sendiri.
  • 12. 12 Kebanyakan produk yang dihasilkan oleh Syarikat Buku Popular Sdn Bhd ialah produk pengguna. Ianya boleh diklasifikasikan kepada barangan mudah beli, barangan beli belah, barangan istimewa dan barangan tidak dicari. Barangan mudah beli ialah barangan yang boleh diperoleh dalam jangka masa yang singkat dan kerap dibeli oleh pengguna. Ianya meliputi barangan asas, barangan kecemasan dan barangan gerak hati. Antara barangan mudah beli di Syarikat Buku Popular Sdn Bhd ialah alat tulis seperti pen, pensel, pemadam, pensel warna, pengasah pensel, beg sekolah, foolscap paper, fail, kertas A4 dan sebagainya. Barangan beli – belah merujuk kepada barangan yang boleh didapati di pusat beli – belah dan menjadi tumpuan pengguna semasa membuat pilihan. Antara barang beli – belah yang ditawarkan oleh Syarikat Buku Popular Sdn Bhd ialah barangan multimedia seperti beg laptop PowerLogic Citi-Exec 15”, kabel USB Cliptec USB Micro, pembesar suara X-Mini Capsule Speaker – Hello Kitty, Pendrive Sandisk Cruzer Blade 8gb, mesin pencetak Canon Single Function, Kingston Data Traveler, tetikus Logitech M185 Wireless dan sebagainya. 5.1.2 Strategi Keputusan Produk Menurut http://pusattesis.com/strategi-produk/, strategi keputusan produk adalah strategi yang diarahkan untuk dapat memodifikasi produk yang sudah ada menjadi lebih menarik atau menciptakan produk baru. Strategi produk biasanya bermula dari penciptaan logo dan moto yang dibuat semenarik mungkin, disertai dengan penciptaan merek terhadap produk yang ditawarkan. a) Penjenamaan Jenama merupakan istilah, tanda nama, atau symbol yang dikaitkan dengan identiti sesebuah produk. Jenama lazimnya menggambarkan janji pengeluar untuk menghasilkan produk yang berprestij dan berkualiti tinggi. Sesuatu jenama produk yang terkenal memiliki kelebihan dari segi peruntukan undang – undang, pengedaran, langganan tetap dan pemetakan pasaran.
  • 13. 13 Antara jenama yang ditawarkan di dalam sesebuah kedai Syarikat Buku Popular Sdn Bhd ialah EPH, Oxford Fajar, Nusamas, Pelangi, SAP dan sebagainya. Syarikat Buku Popular Sdn Bhd turut menawarkan barang jenama mereka sendiri iaitu barangan alat tulis seperti Pop Kids colour pencils, Pop Bazic white board, examination paper, Pop Bazic correction tape, Pop Urban foldable sport bag, Popular white school socks dan banyak lagi. Antara nama yang digunakan ialah Pop Bazic, Pop Urban, Pop Kids dan Pop Artz. b) Pembungkusan Pembungkusan amat penting dalam proses pembuatan keputusan produk. Pembungkusan yang menarik dapat menambahkan nilai sesuatu produk. Oleh itu, pembungkusan merupakan salah satu strategi yang sering digunakan oleh pengeluar untuk menghadapi persaingan yang sengit dan mencabar dalam pasaran. Pembuatan keputusan pembungkusan harus mengambil kira kesan terhadap alam sekitar yang amat dititikberatkan oleh semua organisasi pemasaran pada masa kini. Aktiviti pembungkusan juga harus mengambil kira aspek keselamatan bagi mengelakkan sebarang kerosakan semasa proses penghantaran. Syarikat Buku Popular Sdn Bhd menyediakan pembungkusan dengan meletakkan logo popular yang berwarna merah dan berbentuk seperti bukit pada setiap keluaranya. Terdapat tulisan “POPULAR” di sebelah tepi logo tersebut. Logo dan tulisan ini biasanya akan diletakkan di bahagian belakang produk popular. c) Pelabelan Label juga berkaitan dengan identiti sesebuah produk. Pelabelan membolehkan penggredan dilakukan terhadap produk. Label memuatkan maklumat penting mengenai sesebuah produk seperti tarikh pengeluaran, tarikh luput, kandungan produk, alamat pengeluar atau pengimport dan cara penggunaan serta penyimpanan. Pelabelan juga merupakan suatu bentuk promosi tidak langsung untuk memperkenalkan produk kepada pengguna.
  • 14. 14 Syarikat Buku Popular Sdn Bhd meletakkan kod bar di setiap produk yang dikeluarkan oleh mereka. Kod bar ini berfungsi untuk memudahkan pekerja di kedai buku popular untuk mengetahui harga sesebuah produk popular dengan cepat iaitu hanya dengan menyemak harga di mesin semak harga yang terdapat di kaunter pembayaran. Syarikat ini turut memaparkan harga dan jenama sesebuah produk pada kesemua barang hasil keluaran syarikat tersebut. d) Khidmat Sokongan Penawaran khidmat sokongan dapat menambahkan nilai produk sedia ada. Sebagai contoh, perkhidmatan pelanggan merupakan suatu dimensi baharu dalam bidang pemasaran yang diperkenalkan untuk mengawal mutu produk dan memastikan usaha pemasaran berjalan lancar. Selain membuat kajian terhadap produk yang telah dipasarkan, perkhidmatan pelanggan juga merangkumi pengendalian aduan pengguna, pengubahsuaian perkhidmatan, pengumpulan idea dan cadangan baharu daripada pengguna. Antara khidmat sokongan yang disediakan oleh Syarikat Buku Popular Sdn Bhd ialah menjual produk Popular secara online di laman web https://www.popular.com.sg/ bagi memudahkan pelanggan untuk membeli di mana – mana dan pada bila – bila masa sahaja. Selain itu, Syarikat Buku Popular Sdn Bhd turut menyediakan penghantaran percuma di kawasan tempatan di Singapura bagi pembelian yang melebihi S$50. Syarikat ini juga mempunyai laman web sendiri iaitu https://www.popular.com.my/. Syarikat ini juga mempunyai laman facebook sendiri iaitu https://www.facebook.com/popularmalaysia. 5.1.3 Keputusan Campuran Produk Campuran produk terdiri daripada beberapa lini atau barisan produk yang dihasilkan dan ditawarkan kepada pengguna. Terdapat tiga aspek yang perlu diambi kira dalam keputusan campuran produk iaitu kelebaran, kedalaman dan ketekalan. Produk Syarikat Buku Popular Sdn Bhd terdiri daripada empat barisan produk utama iaitu buku, alat tulis, multimedia dan CD – RAMA.
  • 15. 15 Buku Alat tulis CD - RAMA Multimedia Buku Bahasa Melayu Pensel Hi - fi CD Kabel USB Buku Bahasa Inggeris Pemadam DVD Mesin Pencetak Buku Bahasa Cina Pen CD Pembesar Suara Buku Rujukan Pensel Warna Tetikus Majalah Fail Pendrive Komik Kertas A4 Beg Laptop Buku Nota Beg Sekolah Hard Disk Novel Nota Lekat Earphone Al – Quran Klip Kertas Data Traveller Kertas Mahjong Travel Adapter Pita Lekat a) Kelebaran Kelebaran campuran produk bermaksud bilangan lini produk yang dipasarkan kepada pengguna dalam sesuatu pasaran. Campuran produk yang besar dapat menarik perhatian pengguna pelbagai segmen pasaran. Syarikat Buku Popular Sdn Bhd mempunyai empat barisan produk utama yang terdiri daripada buku – buku, alat tulis, CD – RAMA dan multimedia.
  • 16. 16 b) Kedalaman Kedalaman campuran produk merujuk pada bilangan item produk yang dihasilkan dan bilangan versi yang ditawarkan oleh setiap produk utama tersebut. Syarikat Buku Popular Sdn Bhd telah menawarkan pelbagai jenis buku bagi produk utama yang pertama iaitu buku – buku. Antaranya ialah buku Bahasa Melayu, buku Bahasa Inggeris, buku Bahasa Cina, buku rujukan, majalah, komik, buku nota, novel, Al – Quran dan lain – lain. Produk seterusnya yang disediakan oleh Syarikat Buku Popular ialah alat tulis. Antara barangnya ialah pen, pensel, fail, pemadam, pensel warna, beg sekolah, nota lekat, klip kertas dan banyak lagi. Bagi produk multimedia yang ditawarkan oleh Syarikat Buku Popular Sdn Bhd mempunyai sepuluh kedalaman. Antaranya ialah tetikus, pendrive, mesin pencetak, pembesar suara, data traveller, beg laptop dan sebagainya. Produk CD – RAMA mempunyai Hi – fi CD, DVD dan CD. c) Ketekalan Ketekalan dikenali sebagai konsistensi campuran produk yang mengehadkan pengeluaran produk yang pelbagai. Produk yang mempunyai hubung kait antara satu sama lain sahaja yang akan dikeluarkan. Syarikat Buku Popular Sdn Bhd hanya mengeluarkan pelbagai jenis produk yang berkaitan barangan untuk belajar sahaja yang digunakan oleh pelajar bermula dari peringkat bawah iaitu pelajar pra sekolah (tadika) hingga ke peringkat atas iaitu mahasiswa. 5.2 PENGEDARAN Menurut Nik Rahimah Nik Yacob dengan buku yang bertajuk Asas Pemasaran, pengedaran merupakan sekumpulan organisasi atau individu yang bergabung dalam proses penyediaan atau pemindahan barang dan perkhidmatan dari pengeluar dan pembekal untuk kegunaan pengguna akhir atau industri. Bagi membentuk strategi pemasaran yang berkesan bagi elemen ini, pengurusan saluran agihan harus
  • 17. 17 menitikberatkan pemilihan orang tengah sama ada menggunakan khidmat pemborong, ejen, peruncit atau menjual terus kepada pengguna akhir. Perhubungan yang baik antara pengeluar dengan organisasi pengedaran akan membawa kebaikan kepada semua pihak termasuk pengguna. 5.2.1 Reka Bentuk Saluran Pengagihan Reka bentuk saluran pengagihan merujuk pada tindakan seseorang pemasar membentuk pelbagai saluran pengagihan untuk menampung peningkatan jualan sesuatu produk atau pembukaan cawangan baharu. Ia bergantung kepada jumlah modal yang dimiliki pemasar. Jika pemasar mempunyai modal yang kecil, organisasi pemasar akan menjual produknya kepada pemborong dan peruncit. Sebaliknya, organisasi besar akan menjual produknya kepada pengedar. Terdapat dua jenis reka bentuk saluran pengagihan iaitu saluran pengagihan mendatar dan saluran pengagihan menegak. a) Saluran pengagihan mendatar Saluran ini menekankan bilangan ahli yang terlibat dalam sesuatu saluran pengagihan. Sekiranya bilangan ahli yang terlibat adalah ramai, reka bentuk saluran pengagihan harus lebar dan luas. Saluran pengagihan mendatar ini mempunya tiga reka bentuk iaitu pengagihan intensif, pengagihan selektif dan pengagihan ekslusif. Pengagihan yang digunakan oleh Syarikat Buku Popular Sdn Bhd ialah pengagihan eksklusif. Kegiatan pengedaran dihadkan kepada sebuah kedai tunggal sahaja di satu – satu kawasan tertentu. Syarikat Buku Popular Sdn Bhd menyediakan beberapa kedai sebagai kedai cawangan di setiap negeri. Bilangan cawangan kedai buku Popular di setiap negeri tidak sama. Cawangan utama Syarikat Buku Popular Sdn Bhd di Malaysia ialah di Jalan Radin Taman Sri Petaling, Kuala Lumpur yang ditubuhkan pada tahun 1984. Terdapat 10 cawangan kecil lain di sekitar Kuala Lumpur antaranya ialah di Avenue K Jalan Ampang, Pearl Point Shopping Centre Jalan Kelang Lama, Cheras Leisure Mall Jalan Cheras, Wangsa Walk Mall di Jalan Wangsa Perdana dan lain – lain. Kedai Buku Popular di Johor pula ialah
  • 18. 18 sebanyak 11 buah kedai. Antaranya ialah di Johor Bahru City Square di Jalan Wong Ah Fook, Plaza Pelangi di Jalan Kuning Taman Pelangi, Batu Pahat Mall di Jalan Kluang, Johor One Segamat di Jalan Kolam Air dan banyak lagi. Negeri Kedah pula mempunya 8 buah kedai cawangan popular iaitu di Tesco Mergong Alor Setar, Central Square di Jalan Kampung Baru, City Plaza di Jalan Tengku Ibrahim, Kompleks Star Parade di Jalan Teluk Wanjah, Jerai Plaza di Taman Jerai Maju Gurun dan banyak lagi. Kelantan pula hanya mempunyai sebuah kedai Popular iaitu di KB Mall di Jalan Hamzah Kota Bahru. Manakala di negeri Melaka, terdapat 5 buah Kedai iaitu di Mahkota Parade Jalan Merdeka, Aeon Bandaraya Melaka di Jalan Lagenda, Plaza Melaka di Jalan Gajah Berang dan lain- lain. Syarikat Buku Popular menyediakan 3 buah cawangan iaitu di 9 Avenue Nilai di Taman Korporat, Seremban Terminal One Shopping Plaza di Jalan Lintang dan Jusco Seremban Shopping Centre di Persiaran S2 B1 Seremban 2. Pahang hanya mempunyai 2 buah cawangan iaitu di Berjaya Mega Mall di Jalan Tun Ismail Sri Dagangan dan Mentakab Star Mall di Mukim Mentakab Daerah Temerloh. Popular turut menyediakan beberapa buah cawangan di Perak contohya ialah Di Perak Seri Manjung di Pusat Perniagaan Manjung, Ipoh Kinta City di Jalan Sultan Azlan Shah Utara, Wisma Palaniappa di Jalan Idris Taiping dan banyak lagi. Di Sarawak terdapat 7 buah cawangan antaranya ialah di Delta Mall di Jalan Pedada Sibu, Cityone Megamall di Jalan Song, Tun Jugah Centre di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Boulevard Shopping Mall di Jalan Datuk Tawi Sli dan lain – lain. Selain itu, di kawasan negeri Selangor terdapat 17 buah cawangan kedai buku Popular yang disediakan antaranya ialah di Sunway Pyramid di Jalan PJS Bandar Sunway, Aeon Anggun Rawang di Persiaran Anggun, 1 Utama Shopping Centre Lebuh Bandar Utama dan lain – lain. Di Terengganu pula, hanya sebuah cawangan yang disediakan iaitu di Mesra Mall Kerteh. Sabah mempunyai 4 buah cawangan iaitu di Imago Shopping Mall di Coastal Highway, City Mall Sabah di Jalan Lintas dan lain – lain. Akhir sekali di kawasan kajian pengkaji iaitu di pulau Pinang. Terdapat 8 buah cawangan di sekitar Pulau Pinang. Antaranya ialah di Aeon Bukit
  • 19. 19 Mertajam di Jalan Rozhan Alma, Komtar di Arked Ria 2, Sunway Carnival Mall di Jalan Todak Pusat Bandar Seberang Jaya dan banyak lagi. Lokasi kajian pengkaji ialah di Queensbay Mall Persiaran Bayan Indah Sungai Nibong Bayan Lepas. Dengan adanya cawangan di seluruh negara, ia dapat memudahkan urusan jual beli antara Syarikat Buku Popular Sdn Bhd dengan para pengguna. b) Saluran pengagihan menegak Dalam saluran pengagihan ini, pemasar akan mengedarkan produk dengan menggunakan saluran pengagihan yang berbeza berdasarkan keperluan dan kehendak pengguna pasaran. Saluran pengagihan menegak melibatkan penggunaaan satu atau lebih orang tengah untuk mengedarkan sesuatu produk. Saluran pengedaran ini boleh dibahagikan kepada saluran terus atau langsung dan saluran tidak terus atau tidak langsung. Syarikat Buku Popular Sdn Bhd telah menggunakan saluran tidak terus atau tidak langsung dengan melibatkan penggunaan orang tengah iaitu peruncit. Hal ini kerana produk yang dihasilkan oleh Syarikat Buku Popular Sdn Bhd meruapakan barangan mudah beli yang lebih sesuai diedarkan dengan menggunakan saluran pengedaran tidak terus. Ia juga kerana Syarikat Buku Popular Sdn Bhd ini melibatkan peruncit secara besar – besaran. Berikut merupakan saluran agihan yang digunakan oleh syarikat ini : Saluran ini mengggunakan peruncit sebagai pengantara bagi proses pengagihan produk kepada pengguna. Orang tengah atau peruncit ini mempunyai peranan yang amat besar kepada pengeluar. Hal ini kerana peruncit dapat membantu dalam menyampaikan maklumat tentang pengguna kepada pengeluar. Syarikat Buku Popular Sdn Bhd mempunyai lebih 80 buah cawangan di serata Malaysia sebagai peruncit bagi memudahkan para pengguna. Bukan sahaja di Malaysia, Syarikat Buku Popular Sdn Bhd turut mempunyai Pengeluar → Peruncit → Pengguna
  • 20. 20 cawangan ke luar negara misalnya di negara Singapura. Produk popular diedarkan ke pasaran domestik dan antarabangsa. 5.2.2 Peruncit Peruncit merupakan orang tengah yang menjual barang daripada pengeluar kepada pengguna secara langsung dan besar – besaran. Peruncit terbahagi kepada beberapa jenis kedai iaitu kedai berjabatan, pasar raya, kedai mudah beli, superstore, pasar raya hiper dan kedai istimewa. Kedai cawangan Syarikat Buku Popular Sdn Bhd merupakan kedai istimewa yang menjual produk yang khusus dan terhad. Hal ini kerana produk yang dijual adalah pelbagai jenis buku, alat tulis, CD – RAMA, multimedia dan barangan yang diperlukan oleh seorang pelajar dari semua peringkat sama ada dari peringkat tadika hingga ke peringkat universiti dan sebagainya. 5.3 HARGA Menurut Sabri (2002) dengan buku yang bertajuk Pengenalan Kepada Perniagaan, harga ialah sebahagian daripada maklumat produk dan harga merupakan strategi terpenting untuk melariskan jualan. Sesebuah perniagaan perlu menetapkan harga untuk sesuatu produk berasaskan matlamat – matlamat tertentu seperti memaksimumkan untung, meningkatkan syer pasaran, menghabiskan stok dan meningkatkan imej syarikat. Harga juga merupakan nilai yang ditetapkan bagi sesuatu produk dalam pasaran dan harusdibayar oleh pengguna dengan wang sekiranya pengguna memilih untuk membeli produk tersebut. 5.3.1 Pendekatan Harga Secara Umum Secara umunya, terdapat tiga pendekatan yang boleh digunakan untuk menentukan harga umum terhadap produk yang dihasilkan oleh pengeluar, iaitu penentuan harga berasaskan kos, penentuan harga berasaskan nilai dan penentuan harga berasaskan persaingan.
  • 21. 21 a) Penentuan harga berasaskan persaingan Penentuan harga berasaskan persaingan boleh dibahagikan kepada dua kaedah iaitu penentuan harga kadar lini dan penentuan harga bida. Syarikat Buku Popular Sdn Bhd memilih penentuan harga bida iaitu pemasar akan sentiasa peka terhadap tindak – tanduk pesaing dalam menentukan harga bida untuk sesuatu kontrak, pemasar akan menawarkan harga yang lebih rendah daripada harga yang ditawarkan oleh pesaing. Namun, harga yang ditawarkan tidak boleh kurang daripada jumlah kos yang terlibat kerana ia akan menjejaskan operasi dan kedudukan kewangan organisasi. Terdapat beberapa produk yang harganya diletak lebih murah di kedai buku popular berbanding kedai buku lain seperti MPH Bookstore. Contohnya ialah buku latihan “Kertas Model Aktual SPM”. Di kedai buku popular harganya ialah RM 6.30 manakala di kedai buku MPH buku tersebut berharga RM 7.50. Syarikat Buku Popular Sdn Bhd telah mempunyai hubungan yang baik dengan penerbit buku tersebut iaitu Sasbadi. Dengan ini, Syarikat Buku Popular Sdn Bhd telah mendapat kelebihan dengan hubungan baik ini. 5.4 PROMOSI Promosi merujuk kepada cara yang akan digunakan oleh pemasar untuk memberitahu, memberi penerangan, memujuk dan mempengaruhi pengguna untuk membeli sesuatu produk. Menurut laman sesawang http://www.scribd.com/doc/38794346/PROMOSI#scribd, promosi ialah proses memberitahu atau mengumumkan kepada orang ramai tentang wujudnya sesuatu jenama barang dan perkhidmatan di pasaran serta menggalakkan mereka membeli dan menggunakan jenama tersebut. Ideanya adalah untuk mewujudkan kesedaran, perhatian dan menimbulkan keinginan untuk membeli produk yang pengguna sukai tanpa perlu berfikir panjang.
  • 22. 22 5.4.1 Campuran Promosi : Pengiklanan Campuran promosi sesebuah syarikat dikenali sebagai campuran promosi yang di integrasikan penggunaanya bersama – sama. Terdapat empat elemen penting di dalam campuran promosi iaitu pengiklanan, promosi jualan, publisiti dan perhubungan awam dan jualan bersemuka. Menurut http://www.slideshare.net/JAGATHISWARY/campuran- pemasaran-promosi , pengiklanan dapat didefinisikan sebagai sebarang bentuk persembahan atau komunikasi berbayar, bersifat tidak peribadi yang ditujukan kepadakumpulan sasaran dengan tujuan untuk mempromosi, memperkenal dan meningkatkan atau melariskan jualan sesuatu produk, perkhidmatan ataupun idea oleh pengeluar. Terdapat lima ciri pengiklanan yang penting. Antaranya ialah pengiklanan yang melibatkan persembahan awam bagi memastikan semua individu mendapat mesej yang sama dan maklumat yang disebarkan dapat mengesahkan kedudukan sesuatu produk dalam pasaran. Ciri kedua ialah penyebaran dan pengulangan mendedahkan pengguna kepada mesej yang sama beberapa kali berbanding kaedah lain. Ciri seterusnya ialah, pengenalan produk dengan bantuan suara, gambar, ilustrasi dan warna. Pengiklanan juga hendaklah satu bentuk komunikasi bukan peribadi dan hanya melibatkan komunikasi sehala daripada pengeluar atau pemasar kepada pengguna. Ciri yang terakhir ialah pengiklanan yang akan mewujudkan imej jangka panjang bagi sesuatu produk. Antara promosi pengiklanan yang telah dilakukan oleh syarikat Buku Popular Sdn Bhd ialah jualan “Promosi Berapi Popular” di Perda City Mall, Megamall Pinang dan Komtar yang berlangsung selama 17 hari bermula dari 17 Julai 2015 hingga 2 ogos 2015. Syarikat ini turut membuat pengiklanan apabila cawangan baru dibuka di sesebuah kawasan. Contohnya ialah di 1 Borneo Hypermall, Kota Kinabalu mereka telah membuat jualan “Popular Grand Opening Promotion” yang bermula dari 24 Julai 2015 hingga 2 Ogos 2015. Mereka juga membuat pengiklanan “Popular’s Choice” di kesemua cawangan di sebelah barat Malaysia yang bermula daripada 3 Julai 2015 hingga 3 September 2015.
  • 23. 23 5.4.2 Campuran Promosi : Promosi Jualan Promosi jualan merupakan aktiviti – aktiviti yang boleh meningkatkan jualan pemasar dalam jangka pendek. Oleh sebab itu, beberapa tawaran insentif jangka pendek dilakukan untuk mendorongkan pengguna membuat keputusan pembelian. Promosi ini menarik perhatian pengguna, menawarkan insentif untuk membeli dan dapat menaikkan semangat pengguna untuk membeli seterusnya dapat meningkatkan jualan. Promosi jualan merupakan satu strategi promosi yang terdapat campuran promosi. Tujuan promosi ialah menyediakan produk yang pelbagai, mewujudkan pembelian ulangan oleh pengguna setia, mendorong pengguna mencuba produk baharu, mewujudkan jualan tanpa dirancang dan kesedaran kewujudan jenama produk dalam pasaran oleh pengguna. Antara jenis promosi jualan bagi pengeluar boleh menggunakan alat promosi yang dapat menarik perhatian pengguna untuk membuat keputusan pembelian. Antara alat tersebut ialah sampel, kupon, premium, rebat, tawaran istimewa, peraduan dan potongan harga. a) Kupon Kupon merupakan satu alat yang digunakan oleh pemasar untuk membuat jualan dengan memberi potongan harga. Kupon ini boleh diperoleh oleh pengguna melalui pemberian secara percuma jika pengguna membeli produk mereka dalam jumlah yang telah ditetapkan, melalui edaran atau dilekatkan di dalam majalah tertentu. Kupon tersebut akan digunakan oleh pengguna untuk mendapat harga tawaran yang rendah. Syarikat Buku Popular Sdn Bhd menggunakan kupon sebagai alat penarik pengguna dengan menerima pembelian buku oleh pengguna dengan menggunakan baucer buku 1 Malaysia. Jika pengguna menggunakan kesemua baucer yang dimiliki iaitu dengan jumlah RM 200, maka pihak Syarikat Buku Popular Sdn Bhd akan memberikan baucer popular sebanyak RM 20. Bagi pengguna yang hanya menggunakan baucer buku 1 Malaysia dengan nilai RM 150, mereka akan memberikan baucer popular sebanyak
  • 24. 24 RM 10. Hal ini menarik pengguna yang memiliki baucer ini terutamanya golongan pelajar university dan sebagainya. b) Rebat Rebat merupakan satu strategi pengeluar kepada pengguna dalam bentuk pemberian seperti kupon. Pengguna boleh mengguna kupon tersebut untuk mendapat pengurangan harga produk. Syarikat Buku Popular Sdn Bhd turut menggunakan alat ini untuk meningkatkan jualan produk mereka. Misalnya ialah syarikat ini memberi 20% rebat kepada pelanggan di hampir semua lokasi kedai yang sedang mempunyai promosi secara besar – besaran seperti di Kota Kinabalu yang sedang mempunyai “Popular Grand Opening Promotion” , “Pilihan Popular” di kesemua cawangan sebalah barat Malaysia turut menawarkan 20% rebat kepada pemegang kad ahli popular dan banyak lagi. c) Potongan harga Potongan harga merupakan strategi yang sesuai dilaksanakan pada sesuatu musim dan berupaya meningkatkan jualan sesuatu produk. Pengeluar akan menawarkan potongan harga terhadap produk tertentu. Hal ini telah mendorong pengguna untuk datant ke sesebuah kedai itu dan akan menyebabkan peningkatan dalam jualan produk. Syarikat Buku Popular Sdn Bhd turut menggunakan alat ini untuk melariskan jualanya dengan menjual 500 000 English Books dengan harga terendah iaitu RM 5 sahaja. Promosi “Popular RM5 Fiesta” ini dilakukan di Midlands Park Centre, Pulau Pinang yang bermula dari 29 May 2015 hingga 7 Jun 2015. Selain itu, Syarikat Buku Popular Sdn Bhd turut memberi potongan harga kepada setiap pemegang kad ahli popular. 5.4.3 Campuran Promosi : Publisiti Publisiti merupakan satu komunikasi yang disampaikan kepada pengguna melalui cerita dan berita yang ada kaitan dengan produk yang dikeluarkan oleh sesebuah perniagaan melalui media massa seperti media
  • 25. 25 elektronik dan cetak. Publisiti yang diperoleh sesebuah perniagaan tidak perlu dibayar. Publisiti juga melibatkan penghebahan mengenai sesuatu produk baru dalam pasaran melalui siaran berita di televisyen dan radio. Tiga cirri utama publisiti ialah mempunyai kredibiliti yang tinggi kerana maklumat yang disiarkan tiada tokok tambah, tidak melibatkan interaksi antara pemasar dengan pengguna, mesej yang disampaikan berbentuk berita benar dan bukan iklan dan berita yang disiarkan tidak boleh dikawal oleh sesebuah syarikat perniagaan. Syarikat Buku Popular telah menerima Anugerah Emas daripada PTS. Hal ini kerana kedai buku popular telah berjaya mencatat jualan tertinggi bagi jualan buku Chef Hanieliza. Menurut Roziyah Mahamad (2011) di laman web http://pts.com.my/index.php/berita/kedai-buku-popular-terima- anugerah-emas-pts/#, kedai buku Popular seluruh Malaysia telah berjaya melariskan dengan catatan tertinggi sebanyak 35 ribu naskah buku 1 Hari 1 Resepi Istimewa Chef Hanieliza ini.
  • 26. 26 6.0 RUMUSAN DAN CADANGAN Pengkaji telah memilih sebuah perniagaan iaitu Syarikat Buku Popular Sdn Bhd untuk mengkaji dan menganalisis campuran pemasaran yang digunakan. Berdasarkan dapatan yang diperolehi, Syarikat Buku Popular Sdn Bhd telah mengamalkan campuran pemasaran yang meliputi kesemua elemen berikut iaitu produk, harga, pengedaran dan promosi dalam membantu penjualan produk syarikat berkenaan. Bagi elemen produk, Syarikat Buku Popular Sdn Bhd menawarkan pelbagai jenis produk dalam bentuk fizikal mahupun perkhidmatan kepada pelanggan. Produk fizikal meliputi kesemua buku, alat tulis, CD – RAMA dan multimedia. Manakala, bagi produk berbentuk perkhidmatan yang ditawarkan oleh Syarikat Buku Popular Sdn Bhd ialah penghantaran buku ke rumah bagi pengguna yang gemar menggunakan internet sebagai medium untuk membeli produk mereka. Syarikat Buku Popular Sdn Bhd telah menggunakan kedua – dua reka bentuk saluran agihan iaitu saluran agihan mendatar dan menegak bagi memudahkan pengedaran produk kepada pengguna. Terdapat banyak cawangan kedai buku Popular di serata Malaysia yang beribu pejabat di Kuala Lumpur. Bukan sahaja di Malaysia, Syarikat Buku Popular Sdn Bhd turut mempunyai cawangan di luar negara misalnya Singapura. Bagi elemen ketiga iaitu penetapan harga berasaskan persaingan. Syarikat Buku Popular Sdn Bhd berusaha untu mendapatkan harga yang lebih murah bagi produk yang dijual di kedai buku Popular untuk melariskan jualan di kedai tersebut, Syarikat ini telah mengadakan hubungan yang baik dengan beberapa penerbit buku agar mereka mendapat kelebihan daripada hubungan baik tersebut. Pelbagai promosi yang telah dilakukan oleh Syarikat Buku Popular Sdn Bhd. Antaranya ialah pengiklanan, promosi jualan dan publisiti. Syarikat Buku Popular Sdn Bhd telah mengiklankan bahawa terdapat jualan “Promosi Berapi Popular” di Perda City Mall. Syarikat ini turut mengiklankan pembukaan cawangan baharu di sesuatu kawasan untuk memberitahu kepada pengguna. Promosi jualan yang telah dilakukan ialah kupon, rebat dan potongan harga. Kesimpulanya, penyelidik mendapati bahawa semua elemen dalam campuran pemasaran Syarikat Buku Popular Sdn Bhd adalah sangat penting. Oleh itu, penyelidik
  • 27. 27 mencadangkan bahawa Syarikat Buku Popular Sdn Bhd perlu sentiasa mempelbagaikan produknya agar dapat sentiasa membekalkan barangan bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Syarikat Popular Sdn Bhd juga haruslah membuka lebih banyak cawangan bukan sahaja di kawasan bandar malah di kawasan luar bandar agar pengguna lebih mudah untuk pergi ke kedai buku Popular jika disediakan di kawasan yang lebih dekat dengan rumah mereka. Promosi juga mesti dipergiatkan untuk melariskan produk keluaranya agar sentiasa mendapat tempat di hati pengguna. Penyelidik juga menyarankan agar Syarikat Buku Popular Sdn Bhd membuat lebih banyak perhubungan awam dengan masyarakat sekeliling agar syarikat ini lebih dikenali ramai.
  • 28. 28 7.0 RUJUKAN Armstrong, Gary & Kotler. Marketing : An Introduction, Tenth Edition. England : Person Education Limited http://pts.com.my/index.php/berita/kedai-buku-popular-terima-anugerah-emas-pts/# diakses pada 16 Ogos 2015 https://www.popular.com.sg/ diakses pada 7 Julai 2015 Kamus Dewan Edisi Ketiga, 2002. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Laman Web Rasmi Syarikat Buku Popular Sdn Bhd. https://www.popular.com.my/ diakses pada 23 Julai 2015 Nik Rahimah Nik Yacob, 1992. Asas Pemasaran, Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd Sabitha Merican, 2005. Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Kuala Lumpur : Prentice Hall / Pearson Malaysia Sabri Hj. Hussin, 2002. Pengenalan Kepada Perniagaan. Kuala Lumpur: Thomson Learning. Zahari Ab. Hamid, 2014. Promosi. Diakses pada 10 Julai 2015, daripada http://www.scribd.com/doc/38794346/PROMOSI#scribd
  • 29. 29 LAMPIRAN Foto : Logo Syarikat Buku Popular Sdn Bhd Foto : Laman Web Rasmi Syarikat Buku Popular Sdn Bhd
  • 30. 30 Foto : Antara produk yang ditawarkan oleh Syarikat Buku Popular Sdn Bhd Foto : Promosi yang dijalankan oleh Syarikat Buku Popular Sdn Bhd pada musim perayaan
  • 31. 31 Foto : Antara promosi lain yang dijalankan oleh Syarikat Buku Popular Sdn Bhd Foto : Laman web untuk pelanggan membeli secara online