1. Wang HINGGA RM10
Tarikh : 8 September 2011
Masa : 0930 - 1000
Kelas : TAHUN 1
Bilangan pelajar : 31 orang
Mata Pelajaran : Matematik
Bidang : Wang
Tajuk : Wang Hingga RM10
Standard Kandungan : Murid-murid dibimbing untuk mengenalpasti wang .
Standard Pembelajaran : Murid-murid berupaya untuk menukarkan duit syiling
sehingga RM1 dan wang kertas sehingga RM10
Objektif pelajaran : Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran ini,
murid-murid dapat :
a) menyebut dan menulis nilai wang hingga 10
b) mengenalpasti mata wang Malaysia
Pengetahuan Sedia Ada : Murid-murid telah mengenal wang
Nilai : Bertanggungjawab dan menghargai Wang.
Bahan Bantu Mengajar : Cetakan duit syiling/ wang kertas bersaiz besar/
Sampel duit syiling/wang kertas/ Lembaran aktiviti
2. Langkah-langkah Pembelajaran
1. Murid duduk secara berpasangan. Edarkan set sampel duit syiling kepada setiap
pasangan.
2. Lekatkan cetakan duit syiling dua puluh sen bersaiz besar pada papan tulis. Soal
Jawab:
Tunjukkan cikgu duit syiling yang sama nilainya dengan saiz dua puluh
sen.
(Semak jawapan murid dan minta seorang murid melekatkan cetakan duit
syiling yang sama nilainya pada papan tulis)
3. Soal jawab:
Adakah nilai wang ini……..
(Tunjukkan kepada cetakan duit syiling dua puluh sen tadi)
…….. sama nilainya dengan ini?
(Tunjukkan kepada cetakan dua keping duit syiling sepuluh sen)
Mengapa?
(Mereka sepatutnya boleh menyatakan “Sepuluh dan sepuluh jadi dua
puluh’)
4. Soal jawab:
Siapa ada jawapan lain?
(Ulangi soal jawab dalasm langkah 4 bagi kombinasi duit syiling ini)
5. Ulangi langkah 2 hingga 5 dengan memberikan contoh-contoh yang lain.
6. Edarkan Lembaran Aktiviti 7.3 (a) kepada setiap murid. Minta murid berbincang
bersama pasangan dan kemudian bincangkan jawapan mereka bersama-sama.
Bimbing mereka melihat pelbagai kemungkinan jawapan yang betul. Minta
mereka melekatkan lembaran aktiviti tersebut dalam buku latihan.
3.
4.
5. REFLEKSI
KEKUATAN
Dalam sesi pengajaran hari ini , bahan bantu mengajar yang saya sediakan banyak
membantu mencapai objektif pembelajaran . Murid-murid menunjukkan ketekunan
dalam aktiviti menukar wang syiling sehingga RM1 dan juga wang kertas
sehingga RM10 .
KELEMAHAN
Saya sememangnya sudah menjangkakan tajuk ini sangat mencabar keupayaan
murid. Bagi murid cerdas , mereka tidak menghadapi masalah dalam tajuk ini .
Manakala bagi murid kumpulan sederhana dan lemah , mereka amat bermasalah
dalam tajuk sebegini . Keadaan ini sudah diramal dari mula lagi berdasarkan
pengalaman saya dari tahun-tahun yang sebelumnya . Di sini , kemahiran seorang
guru matematik amat diperlukan dalam mengenalpasti masalah murid dan
penyelesaiannya .
CARA MENGATASI
Dengan menggunakan sampel wang syiling dan wang kertas , murid-murid
dibimbing secara kumpulan dalam aktiviti menukar wang ataupun mencari nilai
wang setara . Bahan bantu mengajar digunakan secara maksimum untuk memberi
penjelasan dan kefahaman kepada murid-murid . Aktiviti yang saya jalankan juga
tidak terlalu mendesak murid . Sebelum mengedarkan lembaran kerja , murid-murid
juga telah diberi arahan yang jelas supaya mereka adapt menyiapkan tugasan
dengan tepat .