SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 83
PENGENALAN KEPADA
   PEMASARAN
PENGERTIAN PEMASARAN
Maksud Pemasaran

1. Pemasaran ialah aktiviti-aktiviti perniagaan
yang dilakukan untuk menyalurkan barang-
barang atau perkhidmatan daripada pengeluar
kepada pengguna terakhir.
2. Melalui aktiviti pemasaran, barang-barang
dan perkhidmatan dapat diagihkan daripada
pengeluar kepada pengguna untuk memberi
kepuasan kepada pengguna dengan memenuhi
keperluan dan kehendak pengguna.
3. Pemasaran mempunyai sifat-sifat yang berikut :
a) Ia berhubung dengan tugas-tugas pengurusan
   dalam memperdagangkan keluaran.
b) Ia mengalirkan barang-barang dan
   perkhidmatan
c) Keluaran adalah untuk mencapai matlamat
   keuntungan atau faedah kepada pengeluar dan
   pengguna.
Permintaan Sesuatu Produk dengan
     keperluan dan kehendak
1. Manusia mempunyai banyak keperluan dan
   kehendak manusia, pelbagai produk telah
   dikeluarkan oleh pengeluar.
2. Maka pengeluaran sesuatu produk adalah
   berorientasikan permintaan pengguna.
3. Hubungan antara konsep permintaan dengan
   keperluan dan kehendak dapat ditunjukkan
   oleh rajah di bawah.
Keperluan dan Kehendak -> mewujudkan
Permintaan -> mewujudkan Pengeluaran

4. Oleh itu, untuk memastikan produk yang
dikeluarkan dapat memenuhi keperluan dan
kehendak pengguna, para pengeluar perlu
mengkaji gelagat pengguna.
5.   Misalnya pengeluar perlu mematuhi
a)   Apakah produk yang diminati pengguna?
b)   Di manakah pengguna membeli?
c)   Apakah harga yang sanggup dibayar oleh
     pengguna?
d)   Bagaimana menarik pengguna untuk membeli?
e)   Berapa banyakkah pengguna membeli?
f)   Bilakah pengguna membeli?
g)   Mengapakah pengguna membeli?
Perbezaan antara Jualan dan
              Pemasaran
Jualan
1. Jualan adalah aktiviti pertukaran hak milik
   sesuatu produk antara penjual dan pembeli.
2. Tujuan jualan adalah mendapat keuntungan
   yang maksimum. Oleh itu, penjual akan
   berusaha untuk melariskan produknya.
3. Jualan tidak mementingkan kualiti barang.
Pemasaran
1. Pemasaran ialah kegiatan menyalurkan
   barang-barang atau perkhidmatan daripada
   pengeluar dan pengguna.
2. Pemasaran lebih tertumpu kepada
   memenuhi keperluan dan kehendak
   pengguna. Oleh itu, pengguna akan membeli
   barang atau perkhidmatan jika pengeluar
   dapat memenuhi keperluan dan kehendak
   mereka.
3. Pemasaran mementingkan kualiti barang.
4. Perbezaan antara jualan dengan pemasaran :
   Aspek               Jualan                Pemasaran
   a) Definisi         Pertukaran hak        Kegiatan
                       milik barang antara   menyalurkan
                       penjual dengan        barang atau
                       pembeli.              perkhidmatan
                                             daripada pengeluar
                                             kepada pengguna
                                             akhir.
   b) Tujuan           Memaksimumkan         Memenuhi
                       keuntungan.           keperluan dan
                                             kehendak
                                             pengguna.
   c) Kualiti barang   Tidak                 Mementingkan
                       mementingkan          kualiti barang.
                       kualiti barang
Fungsi Pemasaran
1. Pemasaran memainkan peranan dalam
    memasarkan produk. Tanpa pemasaran, produk
    tidak dapat sampai ke pengguna akhir.
2. Dua fungsi pemasaran :
a) Membantu pengeluar mewujudkan sistem
    pasaran yang cekap
i) Pemasaran mengandungi rangkaian perniagaan
yang terdiri daripada pengeluar, pemborong, dan
peniaga dalam memasarkan produk kepada
pengguna.
ii) Semakin luas rangkaian perniagaan ini,
semakin ramai pengguna dapat mengetahui
tentang sesuatu produk di pasaran, maka secara
tidak langsung ia akan mewujudkan satu sistem
pemasaran yang cekap.
b) Meningkatkan jualan atau
             permintaan
i) Pemasaran yang berkesan dapat
    meningkatkan permintaan produk kerana ia
    dapat memenuhi keperluan dan kehendak
    pengguna.
ii) Peningkatan permintaan pengguna dapat
    meningkatkan jualan dan keuntungan
    peniaga.
Mengenal Pasti Fungsi Pemasaran
1. Fungsi pemasaran melibatkan bidang yang
   luas. Rajah di bawah menunjukkan fungsi
   pemasaran.
                 Fungsi
               Pemasaran

    Konsep                   Teknik
  Pemasaran                Pemasaran


               Strategi     Peranan Agensi
              Pemasaran       Pemasaran
a) Konsep pemasaran memberi gambaran umum
   tentang bagaimana sesuatu produk dipasarkan.
b) Strategi pemasaran meliputi sasaran pasaran
   dan campuran pemasaran. Ia melibatkan
   kebolehan pengeluar meneliti faktor-faktor
   yang mempengaruhi strategi pemasaran.
c) Teknik pemasaran merujuk kepada cara yang
   sesuai untuk memasarkan sesuatu produk.
d) Peranan agensi pemasaran pula menerangkan
   peranan yang dimainkan oleh agensi kerajaan
   dan swasta dalam aktiviti pemasaran.
Objektif dan Aktiviti Pemasaran
1. Objektif pemasaran adalah satu pernyataan
   yang menentukan apakah yang perlu dicapai
   melalui aktiviti pemasaran.
2. Setiap pengeluar barang atau perkhidmatan
   mempunyai satu set objektif atau matlamat
   yang hendak dicapai.
Objektif Pemasaran
1. Menawarkan barang atau perkhidmatan yang
   dapat memenuhi keperluan dan kehendak
   pengguna.
2. Memaksimumkan keuntungan.
3. Mengharapkan produk berada lama di
   pasaran.
4. Objektif pemasaran perlu juga menyatakan
tempoh masa pencapaian objektif tersebut.
5. Strategi pemasaran yang dijalankan haruslah
mempunyai matlamat yang sama dengan
objektif pemasaran.
Aktiviti Pemasaran
1.   Jadual di bawah menerangkan aktiviti pemasaran.
     Aktiviti pemasaran          Penerangan
     a) Perniagaan               Kegiatan membeli dan
                                 menjual untuk mendapat
                                 keuntungan
     b) Pergudangan              Kegiatan menyimpan barang
                                 dalam gudang atau stor.
                                 Melibatkan aktiviti akhir
                                 seperti menimbang, ,
                                 menggred, membungkus,
                                 menjenama, dan melabel
                                 barang.
     c) Pengangkutan             Kegiatan mengagihkan barang
                                 dari suatu tempat ke tempat
                                 yang memerlukannnya.
     d) Promosi                  Kegiatan memperkenalkan
                                 barang melalui aktiviti
                                 pengiklanan, promosi jualan,
                                 jualan langsung dan publisiti.
Masalah Pemasaran
1. Pesaing
Pengeluar menghadapi pesaing-pesaing yang
mengeluarkan barang-barang yang sama untuk
dipasarkan.
2. Contohnya pengeluar telefon bimbit
   mempunyai banyak pesaing seperti Nokia,
   Motorola, Sony Ericson, dan sebagainya.
3. Pengeluar harus memahami aktiviti dan
   kelebihan pesaing supaya berupaya membentuk
   strategi pemasaran yang berkesan.
4) Antara strategi yang boleh dilakukan adalah
mereka bentuk produk yang berkualiti, menjual
pada harga yang berpatutan, menjalankan
promosi secara menyeluruh, dan memberikan
perkhidmatan selepas jualan bagi menarik
pengguna untuk membelinya.
2. Keadaan Ekonomi
a) Keadaan ekonomi sama ada melambung atau
   meleset akan mendatangkan kesan kepada
   aktiviti pemasaran.
b) Semasa ekonomi negara melambung,
   pendapatan pengguna meningkat, maka kuasa
   beli pengguna turut meningkat. Hal ini akan
   meningkatkan jualan perniagaan. Pengeluaran
   yang dilakukan pada masa ini akan menarik
   pelanggan untuk membeli.
c) Sebaliknya, ketika ekonomi negara meleset,
pengangguran meningkat, pendapatan
pengguna menurun. Hal ini menyebabkan kuasa
beli pengguna jatuh. Kesannya, pengguna akan
mengurangkan pembelian barangan dan ini akan
menjejaskan jualan perniagaan. Pengeluaran
barangan pada masa ini tidak akan dapat
sambutan daripada pengguna.
Masalah lain
a) Kehendak tidak terhad : Terdapat had bagi
   seseorang pengeluar untuk memenuhi
   kehendak pengguna yang tidak terhad.
b) Bercanggar tujuan : Memuaskan kehendak satu
   golongan masyarakat, pengeluar ada kalanya
   menimbulkan ketidakpuasan kepada golongan
   yang lain.
c) Barangan tidak tahan lama: Sesetengah barang
   seperti sayur-sayuran dan buah-buahan tidak
   tahan lama dan perlu dipasarkan dalam jangka
   masa yang singkat.
d) Cita rasa : Cita rasa pengguna sentiasa
berubah mengikut perubahan masa seperti
fesyen pakaian.

e) Ketidakstabilan harga : Harga sesetengah
barang tidak stabil, iaitu sering berubah sama
ada naik atau turun.
Strategi Pemasaran
1. Strategi Pemasaran ialah usaha atau
   perancangan yang dijalankan untuk mencapai
   objektif pemasaran secara lebih baik dan
   berkesan.
2. Strategi pemasaran melibatkan perancangan
   pemasaran yang strategik dan dinamik.
3. Dua faktor penting dalam pelaksanaan strategi
   pemasaran ialah :
a) Sasaran pasaran
b) Campuran pemasaran
4. Dalam pelaksanaan strategi pemasaran,
sasaran pasaran(marketing target) merupakan
kumpulan pengguna yang mempunyai ciri-ciri
dan kehendak yang sama.

5. Dengan adanya pengetahuan tentang ciri-ciri
dan kehendak pengguna, pengeluar dapat
memasarkan keluarannya dengan lebih
berkesan.
6. Campuran pemasaran yang terdiri daripada
   produk, harga, promosi, dan tempat memainkan
   peranan yang penting untuk menjayakan
   sesuatu perniagaan.
7. Promosi yang berkesan dan tempat yang sesuai
   dapat membantu meningkatkan jualan sesuatu
   produk.
8. Penentuan harga yang sanggup dibayar oleh
   pengguna akan dapat meningkatkan permintaan
   terhadap sesuatu keluaran.
Sasaran Pasaran
1. Sasaran pasaran ialah usaha untuk
   mendapatkan bakal pelanggan bagi sesuatu
   produk.
2. Pengeluar akan memecahkan pasaran yang
   terdiri daripada individu-individu yang
   mempunyai keperluan dan kehendak yang
   berlainan kepada kumpulan-kumpulan kecil
   yang mempunyai ciri-ciri dan kehendak yang
   sama.
3. Misalnya sasaran pasaran mungkin terdiri
daripada kumpulan kanak-kanak, orang dewasa,
orang tua, kumpulan wanita, lelaki dan sebagainya.

4. Para pengeluar mendapati adalah sukar untuk
menarik semua orang dengan suatu produk atau
perkhidmatan. Sebaliknya aktiviti pemasaran lebih
mudah dijalankan dengan membahagikan pasaran
kepada kumpulan tertentu.
5. Contohnya, sasaran pasaran bagi barang
kosmetik ialah kumpulan wanita. Untuk menarik
kumpulan ini membeli produk kosmetik,
pengeluar boleh membuat pengiklanan dalam
majalah wanita.
6. Para pengeluar perlu menentukan sasaran
pasaran terlebih dahulu sebelum menjalankan
aktiviti pemasaran yang lain.
7. Sasaran pasaran akan menentukan strategi
pemasaran yang lain serta kejayaan atau
kegagalan strategi pemasaran yang lain.
Campuran Pemasaran
1. Campuran pemasaran juga dikenal sebagai
   “4P” kerana setiap elemen pemasaran
   bermula dengan huruf “P” dalam Bahasa
   Inggeris, iaitu product, price, place dan
   promotion.
2. Campuran pemasaran ialah gabungan empat
   komponen pemasaran, iaitu produk, harga,
   tempat, dan promosi.
3. Untuk memastikan kejayaan perniagaan, para
pengeluar perlu membuat perancangan yang
rapi terhadap campuran pemasaran yang bakal
digunakan untuk mencapai matlamat mereka,
iaitu keuntungan dan kepuasan pengguna yang
optimum.
Elemen Campuran Pemasaran
1.   Empat elemen campuran pemasaran:
a)   Produk
b)   Harga
c)   Tempat
d)   Promosi
Produk
1. Produk merangkumi barang-barang
   berbentuk fizikal dan bukan
   fizikal(perkhidmatan).
a) Produk berbentuk fizikal adalah seperti alat-
   alat elektrik dan pakaian.
b) Manakala produk berbentuk bukan fizikal
   terdiri daripada perkhidmatan seperti
   perkhidmatan guru, doktor dan guaman.
2. Produk mesti mempunyai ciri-ciri yang dapat
memenuhi kehendak pengguna supaya ada
permintaan terhadapnya di samping memberi
keuntungan yang maksimum kepada perniagaan.
3. Ciri-ciri produk yang baik :
a) Kualiti
i) Kualiti produk meliputi ketahanan,
kebolehpercayaan produk, kemudahan
penggunaan, dan pembaikan serta lain-lain sifat
yang bernilai yang terdapat pada sesuatu produk.
ii) Produk yang berkualiti tinggi akan menarik
minat pembeli untuk membeli dan memberi
lebih kepuasan kepada pengguna yang
membelinya.
iii) Produk yang berkualiti tinggi dapat
menjamin pasaran kerana pengguna tetap akan
membelinya walaupun harga produk lebih tinggi
berbanding dengan produk yang kurang
berkualiti.
b) Jenama
i) Jenama adalah nama atau identiti sesuatu
     produk. Ia terdiri daripada perkataan, simbol,
     reka bentuk, atau gabungan kesemua ini.
ii) Jenama sesuatu produk dapat membezakan
     produk pengeluar dengan produk yang lain di
     pasaran.
iii) Penjenamaan produk adalah penting kerana
     pengguna melihat jenama sebagai salah satu
     faktor dalam membuat pemilihan barang.
iv) Jenama produk yang sudah terkenal biasanya
akan memberi nilai tambah kepada produk
berkenaan. Contoh jenama yang terkenal ialah
Rolex(jam tangan), Prada(kasut dan beg), Coca-
cola(minuman), dan Mercedes(motokar).
c) Pembungkusan
i) Pembungkusan merujuk kepada aktiviti
    membungkus produk untuk menambah daya
    tarikan produk dan memberi perlindungan
    kepada produk tersebut.
ii) Antara ciri pembungkusan yang baik adalah
    ia mestilah menarik, tidak mudah pecah,
    mudah diangkut dan disimpan, serta
    mengandungi semua maklumat tentang
    barang tersebut.
iii) Kaedah pembungkusan yang biasa digunakan
adalah menggunakan kertas, plastik, kotak,
bekas tin, dan sebagainya.
iv) Pembungkusan yang menarik akan memikat
pengguna dan seterusnya mempengaruhi
mereka untuk membeli.
d) Jaminan dan khidmat sampingan
i) Jaminan merujuk kepada tanggungjawab
    pengeluar terhadap produk yang dihasilkan.
    Pengguna akan berasa lebih selamat dan yakin
    apabila produk tersebut mempunyai jaminan
    pengeluar.
ii) Khidmat sampingan ialah perkhidmatan
    tambahan yang diberi oleh pengeluar dan
    penguna seperti perkhidmatan selepas jualan,
    perkhidmatan penyenggaraan berkala,
    perkhidmatan pembaikan, dan sebagainya.
iii) Jaminan dan khidmat sampingan yang
ditawarkan oleh pengeluar juga membolehkan
pengguna membuat pertanyaan atau aduan
apabila berlaku masalah terhadap penggunaan
produk tersebut.
Perbezaan pemasaran barang dengan
           perkhidmatan :
Barang                                    Perkhidmatan
1. Produk – dalam bentuk fizikal, iaitu   1. Kemahiran atau kebolehan diri.
boleh dilihat.
2. Harga – biasanya berasaskan faktor     2. Biasanya berasakan kepada kemahiran
seperti kos, persaingan dan permintaan.   dan pengalaman.
3. Promosi - Cara promosi adalah banyak   3. Cara promosi adalah terhad dan ada
seperti pengiklanan, jualan langsung,     sesetengah perniagaan profesional
pemberian sampel dan demonstrasi.         seperti doktor dan guaman tidak
                                          dibenarkan mengiklankan langsung.
4. Agihan – ada pelbagai jenis saluran    4. Ada hubungan terus antara pemberi
agihan yang sesuai mengikut jenis         perkhidmatan dengan pengguna.
keluaran.
Harga
1. Harga merupakan kos kepada pembeli untuk
   memiliki barang-barang atau perkhidmatan.
2. Harga yang ditentukan seharusnya
   berpatutan kerana jika menetapkan harga
   terlalu tinggi akan mengurangkan jualan
   manakala harga yang terlalu rendah akan
   menjejaskan keuntungan.
3. Dalam penetapan harga, faktor yang perlu
dipertimbangkan oleh pengeluar ialah :
a) Permintaan Pengguna
      i) Jika permintaan pengguna terhadap
sesuatu produk adalah tinggi, maka pengeluar
boleh menjual produk tersebut dengan harga
yang tinggi supaya untung dapat
dimaksimumkan.
ii) Sebaliknya, jika permintaan pengguna
terhadap sesuatu produk adalah rendah, strategi
peletakan harga yang sesuai ialah menjual pada
harga yang rendah.
b) Kos
i) Harga sesuatu barang dipengaruhi oleh kos.
Kos yang tinggi akan meningkat harga jualan dan
sebaliknya kos yang rendah akan menurunkan
harga jualan.
ii) Biasanya sebelum harga jualan seunit
ditentukan, kos pengeluaran seunit perlu
dihitung terlebih dahulu.
iii) Pengeluar biasanya menetapkan jualan
berdasarkan peratus keuntungan yang
dikehendaki.
    Harga = Kos Pengeluaran seunit + % keuntungan
c) Persaingan
i) Persaingan antara pengeluar di pasaran akan
     menetapkan suatu paras harga yang diterima
     umum oleh semua pengeluar.
ii) Harga pasaran ini akan menjadi panduan
     kepada pengeluar untuk menetapkan harga
     jualannya.
iii) Pengeluar boleh memilih untuk meletakkan
     harganya mengikut harga pasaran, lebih tinggi
     ataupun lebih rendah daripada harga pasaran.
Mesej penting
Di Malaysia, barang kawalan seperti beras,
tepung, gula, dan minyak tertakluk kepada Akta
Kawalan Harga 1946. Para pengguna tidak boleh
menjual barang tersebut dengan harga yang
lebih tinggi daripada harga yang ditetapkan oleh
kerajaan.
4. Dalam proses penentuan harga, pengeluar
harus membuat keputusan sepertin yang berikut
:
a) Tingkat harga
b) Kadar diskaun
c) Tempoh bayaran
d) Syarat-syarat kredit
Kesalahan lazim
x (Salah)                                 (Betul
Murid menganggap kesan harga psikologi   Harga psikologi yang diletakkan pada RM
seperti harga RM 59.90akan memberi       59.90 adalah lebih berkesan kerana bakal
kesan yang sama kepada pembeli.          pembeli akan menyatakan “ tak sampai
                                         enam puluh ringgit”
Tempat
1. Pemilihan tempat yang sesuai untuk
   memasarkan produk adalah penting kerana
   kejayaan atau kegagalan sesuatu perniagaan
   amat bergantung kepada faktor ini.
2. Tempat yang dipilih haruslah strategik,
   senang dikunjungi dan selesa.
3. Antara faktor yang perlu dipertimbangkan
   oleh pengeluar sebe;um menentukan tempat
   perniagaan yang sesuai ialah:
a) Jenis Perniagaan
i) Jenis perniagaan akan mempengaruhi
     keputusan memilih tempat perniagaan.
ii) Misalnya perniagaan runcit besar-besaran
     perlu dijalankan di kawasan bandar yang
     mempunyai ramai penduduk.
iii) Perniagaan yang melibatkan pasaran luar
     negara biasanya ditempatkan di kawasan
     yang berhampiran dengan pelabuhan.
b) Modal
i) Pengusaha perniagaan yang mempunyai
    modal yang besar boleh menjalankan
    perniagaannya di kawasan yang strategik
    seperti di pusat bandar yang menjadi
    tumpuan orang ramai.
ii) Jika modal perniagaan adalah kecil,
    perniagaan mungkin tidak dapat dijalankan
    di kawasan-kawasan di mana kos sewa dan
    gaji pekerja adalah tinggi.
c) Perniagaan
i) Persaingan adalah faktor penting dalam
    pemilihan tempat perniagaan. Oleh itu,
    peniaga harus mengetahui kebolehannya
    untuk bersaing dengan peniaga-peniaga lain
    di tempat tersebut.
ii) Tempat yang mempunyai persaingan yang
    hebat memerlukan strategi pemasaran yang
    dapat menarik pelanggan.
iii) Antara faktor yang perlu dikaji ialah bilangan
pesaing, promosi yang dijalankan oleh pesaing,
kelebihan dan kekurangan pesaing.
d) Jenis Pelanggan
i) Pelanggan adalah berbeza dari segi jantina,
     agama, budaya, umur, persepsi, tingkat
     pendidikan dan pendapatan.
ii) Perbezaan ini akan mempengaruhi seseorang
     pelanggan membuat keputusan untuk membeli.
iii) Oleh itu, faktor pelanggan perlu dikaji dan
     dikenal pasti sebelum memilih tempat
     perniagaan supaya keperluan dan kehendak
     pengguna dapat dipenuhi.
e) Kemudahan infrastuktur
i) Tempat perniagaan yang baik perlu
    mempunyai kemudahan infrastruktur seperti
    tempat letak kereta, bekalan air, elektrik,
    serta sistem pengangkutan dan komunikasi.
ii) Kemudahan-kemudahan ini akan
    memudahkan peniaga dan pelanggan.
f) Undang-undang dan peraturan
i) Pihak berkuasa tempatan biasanya akan
    menetapkan undang-undang dan peraturan
    yang perlu dipatuhi oleh peniaga.
ii) Maka segala aktiviti perniagaan yang
    dijalankan haruslah mematuhi undang-
    undang dan peraturan tempat tersebut.
Promosi
1. Promosi merupakan usaha yang dijalankan
   oleh pihak penjual untuk mewujud,
   melariskan, dan mengekalkan pasaran bagi
   sesuatu keluaran.
2. Promosi yang berkesan bagi sesuatu produk
   akan menentukan kejayaan produk tersebut
   di pasaran.
3. Antara matlamat promosi adalah seperti berikut:
a) Memberitahu pelanggan tentang produk baru.
b) Memujuk pelanggan membeli produknya.
c) Meningkatkan penggunaan produk yang telah
    lama berada di pasaran.
d) Meningkatkan dan meluaskan jualan di
    pasaran.
e) Mengekalkan imej produk di pasaran.
f) Mengatasi pesaing-pesaing yang menjual
    barang yang sama.
4. Cara promosi:
a) Pengiklanan
      i) Pengiklanan ialah bentuk persembahan
yang dapat menyampaikan mesej produk
dengan menggunakan pelbagai media seperti
surat khabar, majalah, poster, radio, televisyen,
papan iklan, dan internet.
ii) Pengiklanan boleh diulangi beberapa kali
supaya para pembeli mengenali jenama dan
produk pengeluar dengan mudah.
iii) Pengiklanan dapat dibahagikan kepada:
a) Iklan penerangan
b) Iklan memujuk
c) Iklan mengingat.
Iklan Penerangan
• Menyampaikan penerangan atau maklumat tentang sesuatu jenis barang atau
  perkhidmatan.
• Tidak bertujuan mempengaruhi pengguna untuk membeli.
• Contoh : Iklan kerajaan “ Jauhi Dadah”.
Iklan Memujuk
• Menggunakan pelbagai cara untuk memujuk pengguna supaya mereka membeli
  produk yang diiklankan.
• Menunjukkan kelebihan produk yang diiklankan.

• Contoh : Iklan kosmetik “ Krim ini akan nmenjadikan kulit anda putih dan halus
  macam kulit bayi”
Iklan Mengingat
• Mengingatkan pengguna tentang sesuatu produk di pasaran supaya mereka
  mengekalkan penggunaan barangan tersebut.
• Contoh : iklan ubat gigi “Baik untuk gigi anda”.
b) Jualan Langsung
i) Dilakukan oleh tenaga jualan pengeluar secara
     terus kepada pelanggan dengan mengunjungi
     rumah atau pejabat pelanggan.
ii) Latihan dan teknik memujuk akan diajar kepada
     jurujual sebelum mereka menjumpai pelanggan.
iii) Jualan langsung membolehkan pengeluar
     menjalin hubungan yang erat dengan pelanggan
     dan pelanggan boleh memberi maklum balas
     secara langsung kepada jurujual.
c) Promosi Jualan
i) Promosi jualan merupakan insentif untuk
    menggalakkan pembelian sesuatu produk.
    Promosi jualan yang biasa dilakukan adalah
    seperti memberi kupon, hadiah percuma,
    pemberian diskaun dan cabutan bertuah.
ii) Promosi jualan dapat meningkatkan jualan.
d) Publisiti
i) Publisiti merujuk kepada promosi sesuatu
     produk yang dilakukan oleh pihak tertentu
     seperti pakar dalam bidang produk itu tetapi
     tidak ada kepentingan dengan pengeluar.
ii) Publisiti boleh dilakukan oleh pakar tersebut
     dalam bentuk rencana, sesi dialog atau berita.
iii) Publisiti dapat meningkatkan jualan kerana
     pengguna lebih percaya kepada pakar daripada
     pengeluar.
5.5.4.Kepentingan Campuran
              Pemasaran
1. Elemen campuran pemasaran memainkan
   peranan yang penting kerana setiap elemen
   campuran pemasaran dapat membantu peniaga
   mencapai matlamatnya.
2. Antara kepentingannaya ialah :
a) Memperkenalkan produk
Aktiviti promosi yang bersesuaian dapat
memperkenalkan produk kepada pelanggan dan
seterusnya menggalakkan jualan dan keuntungan.
b) Menarik minat pembeli
Produk yang berkualiti dengan jenama yang sudah
dikenali ramai, serta pembungkusan yang menarik
mampu menarik minat pembeli untuk membeli produk
tersebut.
c) Meningkatkan jualan.
Tempat yang strategik dan selesa, mudah menjadi
tumpuan pelanggan.
d) Keuntungan yang tinggi
Perletakan harga produk yang bersesuaian dengan kualiti
produk dapat menggalakkan pembelian dan melariskan
jualan.
5.5.5 Tempat yang sesuai untuk
     memasarkan sesuatu produk
1. Lokasi memasarkan produk adalah amat
   penting kerana ia dapat menentukan
   kejayaan atau kegagalan sesuatu perniagaan.
2. Antara ciri tempat perniagaan yang strategik
   adalah seperti berikut :
a) Berhampiran pelanggan
i) Tempat perniagaan yang berhampiran
   dengan pelanggan memudahkan pelanggan
   mengunjungi.
ii) Pelanggan lebih suka membeli-belah di
tempat yang berhampiran berbanding tempat
yang jauh kerana dapat menjimatkan masa dan
kos pengangkutan.
b) Kemudahan infrastruktur
i) Tempat perniagaan perlu dilengkapi dengan
    segala kemudahan asas untuk memudahkan
    pelanggan.
ii) Contohnya tandas, tempat letak kereta,
    tangga bergerak, hawa dingin, telefon awam,
    dan sebagainya.
c) Kemudahan pengangkutan
i) Tempat perniagaan yang dilengkapi dengan
    kemudahan pengangkutan memudahkan
    pelanggan mengunjungi.
ii) Jaringan jalan raya yang baik dapat
    memudahkan proses pemasaran dan
    menjayakan usaha pemasaran.
5.5.6 Memilih Cara Promosi yang
    sesuai untuk Tujuan Pemasaran
1. Faktor-faktor yang menentukan pemilihan
    cara promosi adalah:
a) Jenis Produk
i) Pemilihan jenis promosi bergantung kepada
    jenis dan sifat produk tersebut.
ii) Barang-barang seperti pakaian wanita,
    kosmetik dan alatan suri rumah tangga
    adalah sesuai diiklankan di majalah wanita.
iii) Barang-barang yang bersifat teknikal dan
penggunaannya perlu dibantu oleh jurujual atau
juruteknik adalah sesuai dipromosikan di
pameran atau ekspo untuk barangan yang
berkesan.
b) Kos mempromosi
i) Kos promosi merupakan faktor penting dan
    perlu dipertimbang terlebih dahulu sebelum
    menjalankan sesuatu promosi.
ii) Kos promosi yang tinggi akan mengurangkan
    untung jualan manakala kos promosi yang
    rendah mungkin akan menyebabkan
    matlamat promosi tidak dapat dicapai.
iii) Produk yang mempunyai pasaran luas, dan
pengeluarnya mempunyai modal yang besar patut
memilih jenis promosi yang lebih mahal di mana
sebaran mesejnya adalah lebih meluas seperti
radio, majalah, dan suratkhabar.

iv) Sebaliknya, bagi produk yang pasarannya terhad,
kos promosi haruslah haruslah dikawal supaya
keuntungan perniagaan tidak terjejas oleh aktiviti
promosi.
c) Saiz perniagaan
i) Perniagaan yang bersaiz besar mampu
    mempromosikan produknya dengan
    menggunakan media-media yang mahal
    seperti televisyen, radio, dan internet.
ii) Sebaliknya bagi perniagaan yang bersaiz kecil
    akan memilih media yang lebih murah
    seperti poster dan risalah.
d) Sasaran pengguna
i) Pengeluar perlu menentukan sasaran
    pengguna untuk produknya dan promosi
    hendaklah dituju kepada golongan tersebut.
ii) Misalnya bagi alat-alat permainankanak-
    kanak, sasaran penggunanya ialah kanak-
    kanak dan ia harus dipromosikan menerusi
    televisyen semasa program khas untuk
    kanak-kanak.
e) Tujuan mempromosi
i) Cara promosi yang dijalankan haruslah
    bersesuaian dengan tujuan promosi.
ii) Tujuan promosi mungkin ingin
    memperkenalkan produk baru, memujuk
    pengguna untuk membeli atau
    meningkatkan jualan keluaran yang telah
    lama berada di pasaran.
iii) Jika tujuannya adalah untuk memujuk
pengguna membeli, maka iklan memujuk boleh
digunakan. Jika tujuan promosi adalah untuk
memperkenalkan produk, baru, maka
pemberian sampel produk kepada orang ramai
untuk mencubanya boleh digunakan.

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Perniagaan & persekitaran stpm sem 1
Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1
Perniagaan & persekitaran stpm sem 1Norazul89
 
CONTOH PBS Pengajian Perniagaann [Rancangan Perniagaan Produk Penjagaan Kulit...
CONTOH PBS Pengajian Perniagaann [Rancangan Perniagaan Produk Penjagaan Kulit...CONTOH PBS Pengajian Perniagaann [Rancangan Perniagaan Produk Penjagaan Kulit...
CONTOH PBS Pengajian Perniagaann [Rancangan Perniagaan Produk Penjagaan Kulit...Park Hae Ra
 
Topik 2 Penjanaan idea Perniagaan
Topik 2  Penjanaan idea PerniagaanTopik 2  Penjanaan idea Perniagaan
Topik 2 Penjanaan idea PerniagaanAyubkhan Kks
 
Bab 1 1.0 hingga 1.4
Bab 1 1.0 hingga 1.4Bab 1 1.0 hingga 1.4
Bab 1 1.0 hingga 1.4Sapiah Khalid
 
Bab 1 Pengenalan Ekonomi
Bab 1 Pengenalan EkonomiBab 1 Pengenalan Ekonomi
Bab 1 Pengenalan EkonomiSyahira Md Desa
 
Nota pemilikan perniagaan
Nota pemilikan perniagaanNota pemilikan perniagaan
Nota pemilikan perniagaanSRMORAD
 
GELAGAT PENGGUNA
GELAGAT PENGGUNAGELAGAT PENGGUNA
GELAGAT PENGGUNACkg Nizam
 
Perkhidmatan kepada pelanggan(dr lee edited)
Perkhidmatan kepada pelanggan(dr lee edited)Perkhidmatan kepada pelanggan(dr lee edited)
Perkhidmatan kepada pelanggan(dr lee edited)Lee Oi Wah
 
2.2 KONTRAK JUALAN BARANG-BARANG
2.2 KONTRAK JUALAN  BARANG-BARANG2.2 KONTRAK JUALAN  BARANG-BARANG
2.2 KONTRAK JUALAN BARANG-BARANGCkg Nizam
 
Pengaruh pengiklanan kepada pengguna (kebaikan dan kelemahan
Pengaruh pengiklanan kepada pengguna (kebaikan dan kelemahanPengaruh pengiklanan kepada pengguna (kebaikan dan kelemahan
Pengaruh pengiklanan kepada pengguna (kebaikan dan kelemahanMOHD SHAHRIN SN
 
Bab 1-Perniagaan-dan-Persekitarannya
Bab 1-Perniagaan-dan-PersekitarannyaBab 1-Perniagaan-dan-Persekitarannya
Bab 1-Perniagaan-dan-PersekitarannyaCkg Nizam
 
Strategi penyasaran pasaran
Strategi penyasaran pasaranStrategi penyasaran pasaran
Strategi penyasaran pasaranchew15
 
Penentuan harga.
Penentuan harga.Penentuan harga.
Penentuan harga.liltraxx
 
BAB 6:PROMOSI (jenis-jenis promosi)..
BAB 6:PROMOSI (jenis-jenis promosi)..BAB 6:PROMOSI (jenis-jenis promosi)..
BAB 6:PROMOSI (jenis-jenis promosi)..nakirah
 
Topik 3 campuran pemasaran
Topik 3  campuran pemasaranTopik 3  campuran pemasaran
Topik 3 campuran pemasaranAyubkhan Kks
 
Pengajian Perniagaan Semester 2 - Topik 1.4 Pengorganisasian
Pengajian Perniagaan Semester 2 - Topik 1.4 PengorganisasianPengajian Perniagaan Semester 2 - Topik 1.4 Pengorganisasian
Pengajian Perniagaan Semester 2 - Topik 1.4 PengorganisasianNurul Hanum
 
Unit 2 Campuran Pemasaran - Perletakan Harga
Unit 2 Campuran Pemasaran - Perletakan HargaUnit 2 Campuran Pemasaran - Perletakan Harga
Unit 2 Campuran Pemasaran - Perletakan HargaSyahira Md Desa
 
Saluran agihan
Saluran agihan Saluran agihan
Saluran agihan Kit Cokiez
 
Bab 1 Pengenalan Kepada Pemasaran
Bab 1 Pengenalan Kepada PemasaranBab 1 Pengenalan Kepada Pemasaran
Bab 1 Pengenalan Kepada PemasaranSyahira Md Desa
 

Mais procurados (20)

Perniagaan & persekitaran stpm sem 1
Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1
Perniagaan & persekitaran stpm sem 1
 
CONTOH PBS Pengajian Perniagaann [Rancangan Perniagaan Produk Penjagaan Kulit...
CONTOH PBS Pengajian Perniagaann [Rancangan Perniagaan Produk Penjagaan Kulit...CONTOH PBS Pengajian Perniagaann [Rancangan Perniagaan Produk Penjagaan Kulit...
CONTOH PBS Pengajian Perniagaann [Rancangan Perniagaan Produk Penjagaan Kulit...
 
Rancangan perniagaan
Rancangan perniagaanRancangan perniagaan
Rancangan perniagaan
 
Topik 2 Penjanaan idea Perniagaan
Topik 2  Penjanaan idea PerniagaanTopik 2  Penjanaan idea Perniagaan
Topik 2 Penjanaan idea Perniagaan
 
Bab 1 1.0 hingga 1.4
Bab 1 1.0 hingga 1.4Bab 1 1.0 hingga 1.4
Bab 1 1.0 hingga 1.4
 
Bab 1 Pengenalan Ekonomi
Bab 1 Pengenalan EkonomiBab 1 Pengenalan Ekonomi
Bab 1 Pengenalan Ekonomi
 
Nota pemilikan perniagaan
Nota pemilikan perniagaanNota pemilikan perniagaan
Nota pemilikan perniagaan
 
GELAGAT PENGGUNA
GELAGAT PENGGUNAGELAGAT PENGGUNA
GELAGAT PENGGUNA
 
Perkhidmatan kepada pelanggan(dr lee edited)
Perkhidmatan kepada pelanggan(dr lee edited)Perkhidmatan kepada pelanggan(dr lee edited)
Perkhidmatan kepada pelanggan(dr lee edited)
 
2.2 KONTRAK JUALAN BARANG-BARANG
2.2 KONTRAK JUALAN  BARANG-BARANG2.2 KONTRAK JUALAN  BARANG-BARANG
2.2 KONTRAK JUALAN BARANG-BARANG
 
Pengaruh pengiklanan kepada pengguna (kebaikan dan kelemahan
Pengaruh pengiklanan kepada pengguna (kebaikan dan kelemahanPengaruh pengiklanan kepada pengguna (kebaikan dan kelemahan
Pengaruh pengiklanan kepada pengguna (kebaikan dan kelemahan
 
Bab 1-Perniagaan-dan-Persekitarannya
Bab 1-Perniagaan-dan-PersekitarannyaBab 1-Perniagaan-dan-Persekitarannya
Bab 1-Perniagaan-dan-Persekitarannya
 
Strategi penyasaran pasaran
Strategi penyasaran pasaranStrategi penyasaran pasaran
Strategi penyasaran pasaran
 
Penentuan harga.
Penentuan harga.Penentuan harga.
Penentuan harga.
 
BAB 6:PROMOSI (jenis-jenis promosi)..
BAB 6:PROMOSI (jenis-jenis promosi)..BAB 6:PROMOSI (jenis-jenis promosi)..
BAB 6:PROMOSI (jenis-jenis promosi)..
 
Topik 3 campuran pemasaran
Topik 3  campuran pemasaranTopik 3  campuran pemasaran
Topik 3 campuran pemasaran
 
Pengajian Perniagaan Semester 2 - Topik 1.4 Pengorganisasian
Pengajian Perniagaan Semester 2 - Topik 1.4 PengorganisasianPengajian Perniagaan Semester 2 - Topik 1.4 Pengorganisasian
Pengajian Perniagaan Semester 2 - Topik 1.4 Pengorganisasian
 
Unit 2 Campuran Pemasaran - Perletakan Harga
Unit 2 Campuran Pemasaran - Perletakan HargaUnit 2 Campuran Pemasaran - Perletakan Harga
Unit 2 Campuran Pemasaran - Perletakan Harga
 
Saluran agihan
Saluran agihan Saluran agihan
Saluran agihan
 
Bab 1 Pengenalan Kepada Pemasaran
Bab 1 Pengenalan Kepada PemasaranBab 1 Pengenalan Kepada Pemasaran
Bab 1 Pengenalan Kepada Pemasaran
 

Destaque

Pengenalan kepada pemasaran
Pengenalan kepada pemasaranPengenalan kepada pemasaran
Pengenalan kepada pemasaranWan Aini
 
1. pengenalan pemasaran
1. pengenalan pemasaran1. pengenalan pemasaran
1. pengenalan pemasaranyunnach
 
34019126 modul-pengurusan-pemasaran
34019126 modul-pengurusan-pemasaran34019126 modul-pengurusan-pemasaran
34019126 modul-pengurusan-pemasaranmiem68
 
Strategi mempertingkatkan kerjasama dan semangat kerja berpasukan di
Strategi mempertingkatkan kerjasama dan semangat kerja berpasukan diStrategi mempertingkatkan kerjasama dan semangat kerja berpasukan di
Strategi mempertingkatkan kerjasama dan semangat kerja berpasukan dimiziology
 

Destaque (6)

Bab 4
Bab 4Bab 4
Bab 4
 
Pengenalan kepada pemasaran
Pengenalan kepada pemasaranPengenalan kepada pemasaran
Pengenalan kepada pemasaran
 
1. pengenalan pemasaran
1. pengenalan pemasaran1. pengenalan pemasaran
1. pengenalan pemasaran
 
34019126 modul-pengurusan-pemasaran
34019126 modul-pengurusan-pemasaran34019126 modul-pengurusan-pemasaran
34019126 modul-pengurusan-pemasaran
 
Strategi mempertingkatkan kerjasama dan semangat kerja berpasukan di
Strategi mempertingkatkan kerjasama dan semangat kerja berpasukan diStrategi mempertingkatkan kerjasama dan semangat kerja berpasukan di
Strategi mempertingkatkan kerjasama dan semangat kerja berpasukan di
 
Promosi.
Promosi.Promosi.
Promosi.
 

Semelhante a Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

Semelhante a Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran) (20)

Marketing Mix ;-)
Marketing Mix ;-)Marketing Mix ;-)
Marketing Mix ;-)
 
Pemasaran
PemasaranPemasaran
Pemasaran
 
Manajemen pemasaran
Manajemen pemasaranManajemen pemasaran
Manajemen pemasaran
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
Bab i 2
Bab i 2Bab i 2
Bab i 2
 
Pemasaran Produk
Pemasaran  ProdukPemasaran  Produk
Pemasaran Produk
 
Pemasaran
PemasaranPemasaran
Pemasaran
 
sim pemasaran
sim pemasaransim pemasaran
sim pemasaran
 
Manajemen Pemasaran Lanjutan.pptx
Manajemen Pemasaran Lanjutan.pptxManajemen Pemasaran Lanjutan.pptx
Manajemen Pemasaran Lanjutan.pptx
 
Management Pemasaran
Management PemasaranManagement Pemasaran
Management Pemasaran
 
ASPEK-PASAR-PEMASARAN.ppt
ASPEK-PASAR-PEMASARAN.pptASPEK-PASAR-PEMASARAN.ppt
ASPEK-PASAR-PEMASARAN.ppt
 
ASPEK-PASAR-PEMASARAN.ppt
ASPEK-PASAR-PEMASARAN.pptASPEK-PASAR-PEMASARAN.ppt
ASPEK-PASAR-PEMASARAN.ppt
 
Management pemasaran
Management pemasaranManagement pemasaran
Management pemasaran
 
PERSONAL SELLING SKILL (VI).pptx
PERSONAL SELLING SKILL (VI).pptxPERSONAL SELLING SKILL (VI).pptx
PERSONAL SELLING SKILL (VI).pptx
 
Bab promosi
Bab promosiBab promosi
Bab promosi
 
Bab promosi
Bab promosiBab promosi
Bab promosi
 
Bab 2 strategi bauran
Bab 2  strategi bauranBab 2  strategi bauran
Bab 2 strategi bauran
 
EKMA4570 - Penganggaran - Modul 4
EKMA4570 -  Penganggaran - Modul 4EKMA4570 -  Penganggaran - Modul 4
EKMA4570 - Penganggaran - Modul 4
 
UAS M. Pemasaran Pendidikan M. AGUNG PANGHONA.doc
UAS M. Pemasaran Pendidikan M. AGUNG PANGHONA.docUAS M. Pemasaran Pendidikan M. AGUNG PANGHONA.doc
UAS M. Pemasaran Pendidikan M. AGUNG PANGHONA.doc
 
PPT YENSISKO DAN MARTINA EVA.pptx
PPT YENSISKO DAN MARTINA EVA.pptxPPT YENSISKO DAN MARTINA EVA.pptx
PPT YENSISKO DAN MARTINA EVA.pptx
 

Mais de Nazie War

Konsumerisme form 3
Konsumerisme form 3Konsumerisme form 3
Konsumerisme form 3Nazie War
 
Pkh perdagangan(bab 2)
Pkh perdagangan(bab 2)Pkh perdagangan(bab 2)
Pkh perdagangan(bab 2)Nazie War
 
Pkh form 2 (thursday, 3.4.2013)bab 2 penubuhan dan pengendalian perniagaan
Pkh form 2 (thursday, 3.4.2013)bab 2 penubuhan dan pengendalian perniagaanPkh form 2 (thursday, 3.4.2013)bab 2 penubuhan dan pengendalian perniagaan
Pkh form 2 (thursday, 3.4.2013)bab 2 penubuhan dan pengendalian perniagaanNazie War
 
Pkh(perd),bab 1 pengenalan kepada perniagaan
Pkh(perd),bab  1 pengenalan kepada perniagaanPkh(perd),bab  1 pengenalan kepada perniagaan
Pkh(perd),bab 1 pengenalan kepada perniagaanNazie War
 
Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)
Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)
Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)Nazie War
 
Pkh perdagangan(bab 2)
Pkh perdagangan(bab 2)Pkh perdagangan(bab 2)
Pkh perdagangan(bab 2)Nazie War
 

Mais de Nazie War (6)

Konsumerisme form 3
Konsumerisme form 3Konsumerisme form 3
Konsumerisme form 3
 
Pkh perdagangan(bab 2)
Pkh perdagangan(bab 2)Pkh perdagangan(bab 2)
Pkh perdagangan(bab 2)
 
Pkh form 2 (thursday, 3.4.2013)bab 2 penubuhan dan pengendalian perniagaan
Pkh form 2 (thursday, 3.4.2013)bab 2 penubuhan dan pengendalian perniagaanPkh form 2 (thursday, 3.4.2013)bab 2 penubuhan dan pengendalian perniagaan
Pkh form 2 (thursday, 3.4.2013)bab 2 penubuhan dan pengendalian perniagaan
 
Pkh(perd),bab 1 pengenalan kepada perniagaan
Pkh(perd),bab  1 pengenalan kepada perniagaanPkh(perd),bab  1 pengenalan kepada perniagaan
Pkh(perd),bab 1 pengenalan kepada perniagaan
 
Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)
Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)
Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)
 
Pkh perdagangan(bab 2)
Pkh perdagangan(bab 2)Pkh perdagangan(bab 2)
Pkh perdagangan(bab 2)
 

Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

  • 1. PENGENALAN KEPADA PEMASARAN
  • 2. PENGERTIAN PEMASARAN Maksud Pemasaran 1. Pemasaran ialah aktiviti-aktiviti perniagaan yang dilakukan untuk menyalurkan barang- barang atau perkhidmatan daripada pengeluar kepada pengguna terakhir.
  • 3. 2. Melalui aktiviti pemasaran, barang-barang dan perkhidmatan dapat diagihkan daripada pengeluar kepada pengguna untuk memberi kepuasan kepada pengguna dengan memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.
  • 4. 3. Pemasaran mempunyai sifat-sifat yang berikut : a) Ia berhubung dengan tugas-tugas pengurusan dalam memperdagangkan keluaran. b) Ia mengalirkan barang-barang dan perkhidmatan c) Keluaran adalah untuk mencapai matlamat keuntungan atau faedah kepada pengeluar dan pengguna.
  • 5. Permintaan Sesuatu Produk dengan keperluan dan kehendak 1. Manusia mempunyai banyak keperluan dan kehendak manusia, pelbagai produk telah dikeluarkan oleh pengeluar. 2. Maka pengeluaran sesuatu produk adalah berorientasikan permintaan pengguna. 3. Hubungan antara konsep permintaan dengan keperluan dan kehendak dapat ditunjukkan oleh rajah di bawah.
  • 6. Keperluan dan Kehendak -> mewujudkan Permintaan -> mewujudkan Pengeluaran 4. Oleh itu, untuk memastikan produk yang dikeluarkan dapat memenuhi keperluan dan kehendak pengguna, para pengeluar perlu mengkaji gelagat pengguna.
  • 7. 5. Misalnya pengeluar perlu mematuhi a) Apakah produk yang diminati pengguna? b) Di manakah pengguna membeli? c) Apakah harga yang sanggup dibayar oleh pengguna? d) Bagaimana menarik pengguna untuk membeli? e) Berapa banyakkah pengguna membeli? f) Bilakah pengguna membeli? g) Mengapakah pengguna membeli?
  • 8. Perbezaan antara Jualan dan Pemasaran Jualan 1. Jualan adalah aktiviti pertukaran hak milik sesuatu produk antara penjual dan pembeli. 2. Tujuan jualan adalah mendapat keuntungan yang maksimum. Oleh itu, penjual akan berusaha untuk melariskan produknya. 3. Jualan tidak mementingkan kualiti barang.
  • 9. Pemasaran 1. Pemasaran ialah kegiatan menyalurkan barang-barang atau perkhidmatan daripada pengeluar dan pengguna. 2. Pemasaran lebih tertumpu kepada memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Oleh itu, pengguna akan membeli barang atau perkhidmatan jika pengeluar dapat memenuhi keperluan dan kehendak mereka.
  • 10. 3. Pemasaran mementingkan kualiti barang. 4. Perbezaan antara jualan dengan pemasaran : Aspek Jualan Pemasaran a) Definisi Pertukaran hak Kegiatan milik barang antara menyalurkan penjual dengan barang atau pembeli. perkhidmatan daripada pengeluar kepada pengguna akhir. b) Tujuan Memaksimumkan Memenuhi keuntungan. keperluan dan kehendak pengguna. c) Kualiti barang Tidak Mementingkan mementingkan kualiti barang. kualiti barang
  • 11. Fungsi Pemasaran 1. Pemasaran memainkan peranan dalam memasarkan produk. Tanpa pemasaran, produk tidak dapat sampai ke pengguna akhir. 2. Dua fungsi pemasaran : a) Membantu pengeluar mewujudkan sistem pasaran yang cekap i) Pemasaran mengandungi rangkaian perniagaan yang terdiri daripada pengeluar, pemborong, dan peniaga dalam memasarkan produk kepada pengguna.
  • 12. ii) Semakin luas rangkaian perniagaan ini, semakin ramai pengguna dapat mengetahui tentang sesuatu produk di pasaran, maka secara tidak langsung ia akan mewujudkan satu sistem pemasaran yang cekap.
  • 13. b) Meningkatkan jualan atau permintaan i) Pemasaran yang berkesan dapat meningkatkan permintaan produk kerana ia dapat memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. ii) Peningkatan permintaan pengguna dapat meningkatkan jualan dan keuntungan peniaga.
  • 14. Mengenal Pasti Fungsi Pemasaran 1. Fungsi pemasaran melibatkan bidang yang luas. Rajah di bawah menunjukkan fungsi pemasaran. Fungsi Pemasaran Konsep Teknik Pemasaran Pemasaran Strategi Peranan Agensi Pemasaran Pemasaran
  • 15. a) Konsep pemasaran memberi gambaran umum tentang bagaimana sesuatu produk dipasarkan. b) Strategi pemasaran meliputi sasaran pasaran dan campuran pemasaran. Ia melibatkan kebolehan pengeluar meneliti faktor-faktor yang mempengaruhi strategi pemasaran. c) Teknik pemasaran merujuk kepada cara yang sesuai untuk memasarkan sesuatu produk. d) Peranan agensi pemasaran pula menerangkan peranan yang dimainkan oleh agensi kerajaan dan swasta dalam aktiviti pemasaran.
  • 16. Objektif dan Aktiviti Pemasaran 1. Objektif pemasaran adalah satu pernyataan yang menentukan apakah yang perlu dicapai melalui aktiviti pemasaran. 2. Setiap pengeluar barang atau perkhidmatan mempunyai satu set objektif atau matlamat yang hendak dicapai.
  • 17. Objektif Pemasaran 1. Menawarkan barang atau perkhidmatan yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. 2. Memaksimumkan keuntungan. 3. Mengharapkan produk berada lama di pasaran.
  • 18. 4. Objektif pemasaran perlu juga menyatakan tempoh masa pencapaian objektif tersebut. 5. Strategi pemasaran yang dijalankan haruslah mempunyai matlamat yang sama dengan objektif pemasaran.
  • 19. Aktiviti Pemasaran 1. Jadual di bawah menerangkan aktiviti pemasaran. Aktiviti pemasaran Penerangan a) Perniagaan Kegiatan membeli dan menjual untuk mendapat keuntungan b) Pergudangan Kegiatan menyimpan barang dalam gudang atau stor. Melibatkan aktiviti akhir seperti menimbang, , menggred, membungkus, menjenama, dan melabel barang. c) Pengangkutan Kegiatan mengagihkan barang dari suatu tempat ke tempat yang memerlukannnya. d) Promosi Kegiatan memperkenalkan barang melalui aktiviti pengiklanan, promosi jualan, jualan langsung dan publisiti.
  • 20. Masalah Pemasaran 1. Pesaing Pengeluar menghadapi pesaing-pesaing yang mengeluarkan barang-barang yang sama untuk dipasarkan. 2. Contohnya pengeluar telefon bimbit mempunyai banyak pesaing seperti Nokia, Motorola, Sony Ericson, dan sebagainya. 3. Pengeluar harus memahami aktiviti dan kelebihan pesaing supaya berupaya membentuk strategi pemasaran yang berkesan.
  • 21. 4) Antara strategi yang boleh dilakukan adalah mereka bentuk produk yang berkualiti, menjual pada harga yang berpatutan, menjalankan promosi secara menyeluruh, dan memberikan perkhidmatan selepas jualan bagi menarik pengguna untuk membelinya.
  • 22. 2. Keadaan Ekonomi a) Keadaan ekonomi sama ada melambung atau meleset akan mendatangkan kesan kepada aktiviti pemasaran. b) Semasa ekonomi negara melambung, pendapatan pengguna meningkat, maka kuasa beli pengguna turut meningkat. Hal ini akan meningkatkan jualan perniagaan. Pengeluaran yang dilakukan pada masa ini akan menarik pelanggan untuk membeli.
  • 23. c) Sebaliknya, ketika ekonomi negara meleset, pengangguran meningkat, pendapatan pengguna menurun. Hal ini menyebabkan kuasa beli pengguna jatuh. Kesannya, pengguna akan mengurangkan pembelian barangan dan ini akan menjejaskan jualan perniagaan. Pengeluaran barangan pada masa ini tidak akan dapat sambutan daripada pengguna.
  • 24. Masalah lain a) Kehendak tidak terhad : Terdapat had bagi seseorang pengeluar untuk memenuhi kehendak pengguna yang tidak terhad. b) Bercanggar tujuan : Memuaskan kehendak satu golongan masyarakat, pengeluar ada kalanya menimbulkan ketidakpuasan kepada golongan yang lain. c) Barangan tidak tahan lama: Sesetengah barang seperti sayur-sayuran dan buah-buahan tidak tahan lama dan perlu dipasarkan dalam jangka masa yang singkat.
  • 25. d) Cita rasa : Cita rasa pengguna sentiasa berubah mengikut perubahan masa seperti fesyen pakaian. e) Ketidakstabilan harga : Harga sesetengah barang tidak stabil, iaitu sering berubah sama ada naik atau turun.
  • 26. Strategi Pemasaran 1. Strategi Pemasaran ialah usaha atau perancangan yang dijalankan untuk mencapai objektif pemasaran secara lebih baik dan berkesan. 2. Strategi pemasaran melibatkan perancangan pemasaran yang strategik dan dinamik. 3. Dua faktor penting dalam pelaksanaan strategi pemasaran ialah : a) Sasaran pasaran b) Campuran pemasaran
  • 27. 4. Dalam pelaksanaan strategi pemasaran, sasaran pasaran(marketing target) merupakan kumpulan pengguna yang mempunyai ciri-ciri dan kehendak yang sama. 5. Dengan adanya pengetahuan tentang ciri-ciri dan kehendak pengguna, pengeluar dapat memasarkan keluarannya dengan lebih berkesan.
  • 28. 6. Campuran pemasaran yang terdiri daripada produk, harga, promosi, dan tempat memainkan peranan yang penting untuk menjayakan sesuatu perniagaan. 7. Promosi yang berkesan dan tempat yang sesuai dapat membantu meningkatkan jualan sesuatu produk. 8. Penentuan harga yang sanggup dibayar oleh pengguna akan dapat meningkatkan permintaan terhadap sesuatu keluaran.
  • 29. Sasaran Pasaran 1. Sasaran pasaran ialah usaha untuk mendapatkan bakal pelanggan bagi sesuatu produk. 2. Pengeluar akan memecahkan pasaran yang terdiri daripada individu-individu yang mempunyai keperluan dan kehendak yang berlainan kepada kumpulan-kumpulan kecil yang mempunyai ciri-ciri dan kehendak yang sama.
  • 30. 3. Misalnya sasaran pasaran mungkin terdiri daripada kumpulan kanak-kanak, orang dewasa, orang tua, kumpulan wanita, lelaki dan sebagainya. 4. Para pengeluar mendapati adalah sukar untuk menarik semua orang dengan suatu produk atau perkhidmatan. Sebaliknya aktiviti pemasaran lebih mudah dijalankan dengan membahagikan pasaran kepada kumpulan tertentu.
  • 31. 5. Contohnya, sasaran pasaran bagi barang kosmetik ialah kumpulan wanita. Untuk menarik kumpulan ini membeli produk kosmetik, pengeluar boleh membuat pengiklanan dalam majalah wanita. 6. Para pengeluar perlu menentukan sasaran pasaran terlebih dahulu sebelum menjalankan aktiviti pemasaran yang lain.
  • 32. 7. Sasaran pasaran akan menentukan strategi pemasaran yang lain serta kejayaan atau kegagalan strategi pemasaran yang lain.
  • 33. Campuran Pemasaran 1. Campuran pemasaran juga dikenal sebagai “4P” kerana setiap elemen pemasaran bermula dengan huruf “P” dalam Bahasa Inggeris, iaitu product, price, place dan promotion. 2. Campuran pemasaran ialah gabungan empat komponen pemasaran, iaitu produk, harga, tempat, dan promosi.
  • 34. 3. Untuk memastikan kejayaan perniagaan, para pengeluar perlu membuat perancangan yang rapi terhadap campuran pemasaran yang bakal digunakan untuk mencapai matlamat mereka, iaitu keuntungan dan kepuasan pengguna yang optimum.
  • 35. Elemen Campuran Pemasaran 1. Empat elemen campuran pemasaran: a) Produk b) Harga c) Tempat d) Promosi
  • 36. Produk 1. Produk merangkumi barang-barang berbentuk fizikal dan bukan fizikal(perkhidmatan). a) Produk berbentuk fizikal adalah seperti alat- alat elektrik dan pakaian. b) Manakala produk berbentuk bukan fizikal terdiri daripada perkhidmatan seperti perkhidmatan guru, doktor dan guaman.
  • 37. 2. Produk mesti mempunyai ciri-ciri yang dapat memenuhi kehendak pengguna supaya ada permintaan terhadapnya di samping memberi keuntungan yang maksimum kepada perniagaan. 3. Ciri-ciri produk yang baik : a) Kualiti i) Kualiti produk meliputi ketahanan, kebolehpercayaan produk, kemudahan penggunaan, dan pembaikan serta lain-lain sifat yang bernilai yang terdapat pada sesuatu produk.
  • 38. ii) Produk yang berkualiti tinggi akan menarik minat pembeli untuk membeli dan memberi lebih kepuasan kepada pengguna yang membelinya. iii) Produk yang berkualiti tinggi dapat menjamin pasaran kerana pengguna tetap akan membelinya walaupun harga produk lebih tinggi berbanding dengan produk yang kurang berkualiti.
  • 39. b) Jenama i) Jenama adalah nama atau identiti sesuatu produk. Ia terdiri daripada perkataan, simbol, reka bentuk, atau gabungan kesemua ini. ii) Jenama sesuatu produk dapat membezakan produk pengeluar dengan produk yang lain di pasaran. iii) Penjenamaan produk adalah penting kerana pengguna melihat jenama sebagai salah satu faktor dalam membuat pemilihan barang.
  • 40. iv) Jenama produk yang sudah terkenal biasanya akan memberi nilai tambah kepada produk berkenaan. Contoh jenama yang terkenal ialah Rolex(jam tangan), Prada(kasut dan beg), Coca- cola(minuman), dan Mercedes(motokar).
  • 41. c) Pembungkusan i) Pembungkusan merujuk kepada aktiviti membungkus produk untuk menambah daya tarikan produk dan memberi perlindungan kepada produk tersebut. ii) Antara ciri pembungkusan yang baik adalah ia mestilah menarik, tidak mudah pecah, mudah diangkut dan disimpan, serta mengandungi semua maklumat tentang barang tersebut.
  • 42. iii) Kaedah pembungkusan yang biasa digunakan adalah menggunakan kertas, plastik, kotak, bekas tin, dan sebagainya. iv) Pembungkusan yang menarik akan memikat pengguna dan seterusnya mempengaruhi mereka untuk membeli.
  • 43. d) Jaminan dan khidmat sampingan i) Jaminan merujuk kepada tanggungjawab pengeluar terhadap produk yang dihasilkan. Pengguna akan berasa lebih selamat dan yakin apabila produk tersebut mempunyai jaminan pengeluar. ii) Khidmat sampingan ialah perkhidmatan tambahan yang diberi oleh pengeluar dan penguna seperti perkhidmatan selepas jualan, perkhidmatan penyenggaraan berkala, perkhidmatan pembaikan, dan sebagainya.
  • 44. iii) Jaminan dan khidmat sampingan yang ditawarkan oleh pengeluar juga membolehkan pengguna membuat pertanyaan atau aduan apabila berlaku masalah terhadap penggunaan produk tersebut.
  • 45. Perbezaan pemasaran barang dengan perkhidmatan : Barang Perkhidmatan 1. Produk – dalam bentuk fizikal, iaitu 1. Kemahiran atau kebolehan diri. boleh dilihat. 2. Harga – biasanya berasaskan faktor 2. Biasanya berasakan kepada kemahiran seperti kos, persaingan dan permintaan. dan pengalaman. 3. Promosi - Cara promosi adalah banyak 3. Cara promosi adalah terhad dan ada seperti pengiklanan, jualan langsung, sesetengah perniagaan profesional pemberian sampel dan demonstrasi. seperti doktor dan guaman tidak dibenarkan mengiklankan langsung. 4. Agihan – ada pelbagai jenis saluran 4. Ada hubungan terus antara pemberi agihan yang sesuai mengikut jenis perkhidmatan dengan pengguna. keluaran.
  • 46. Harga 1. Harga merupakan kos kepada pembeli untuk memiliki barang-barang atau perkhidmatan. 2. Harga yang ditentukan seharusnya berpatutan kerana jika menetapkan harga terlalu tinggi akan mengurangkan jualan manakala harga yang terlalu rendah akan menjejaskan keuntungan.
  • 47. 3. Dalam penetapan harga, faktor yang perlu dipertimbangkan oleh pengeluar ialah : a) Permintaan Pengguna i) Jika permintaan pengguna terhadap sesuatu produk adalah tinggi, maka pengeluar boleh menjual produk tersebut dengan harga yang tinggi supaya untung dapat dimaksimumkan.
  • 48. ii) Sebaliknya, jika permintaan pengguna terhadap sesuatu produk adalah rendah, strategi peletakan harga yang sesuai ialah menjual pada harga yang rendah. b) Kos i) Harga sesuatu barang dipengaruhi oleh kos. Kos yang tinggi akan meningkat harga jualan dan sebaliknya kos yang rendah akan menurunkan harga jualan.
  • 49. ii) Biasanya sebelum harga jualan seunit ditentukan, kos pengeluaran seunit perlu dihitung terlebih dahulu. iii) Pengeluar biasanya menetapkan jualan berdasarkan peratus keuntungan yang dikehendaki. Harga = Kos Pengeluaran seunit + % keuntungan
  • 50. c) Persaingan i) Persaingan antara pengeluar di pasaran akan menetapkan suatu paras harga yang diterima umum oleh semua pengeluar. ii) Harga pasaran ini akan menjadi panduan kepada pengeluar untuk menetapkan harga jualannya. iii) Pengeluar boleh memilih untuk meletakkan harganya mengikut harga pasaran, lebih tinggi ataupun lebih rendah daripada harga pasaran.
  • 51. Mesej penting Di Malaysia, barang kawalan seperti beras, tepung, gula, dan minyak tertakluk kepada Akta Kawalan Harga 1946. Para pengguna tidak boleh menjual barang tersebut dengan harga yang lebih tinggi daripada harga yang ditetapkan oleh kerajaan.
  • 52. 4. Dalam proses penentuan harga, pengeluar harus membuat keputusan sepertin yang berikut : a) Tingkat harga b) Kadar diskaun c) Tempoh bayaran d) Syarat-syarat kredit
  • 53. Kesalahan lazim x (Salah)  (Betul Murid menganggap kesan harga psikologi Harga psikologi yang diletakkan pada RM seperti harga RM 59.90akan memberi 59.90 adalah lebih berkesan kerana bakal kesan yang sama kepada pembeli. pembeli akan menyatakan “ tak sampai enam puluh ringgit”
  • 54. Tempat 1. Pemilihan tempat yang sesuai untuk memasarkan produk adalah penting kerana kejayaan atau kegagalan sesuatu perniagaan amat bergantung kepada faktor ini. 2. Tempat yang dipilih haruslah strategik, senang dikunjungi dan selesa. 3. Antara faktor yang perlu dipertimbangkan oleh pengeluar sebe;um menentukan tempat perniagaan yang sesuai ialah:
  • 55. a) Jenis Perniagaan i) Jenis perniagaan akan mempengaruhi keputusan memilih tempat perniagaan. ii) Misalnya perniagaan runcit besar-besaran perlu dijalankan di kawasan bandar yang mempunyai ramai penduduk. iii) Perniagaan yang melibatkan pasaran luar negara biasanya ditempatkan di kawasan yang berhampiran dengan pelabuhan.
  • 56. b) Modal i) Pengusaha perniagaan yang mempunyai modal yang besar boleh menjalankan perniagaannya di kawasan yang strategik seperti di pusat bandar yang menjadi tumpuan orang ramai. ii) Jika modal perniagaan adalah kecil, perniagaan mungkin tidak dapat dijalankan di kawasan-kawasan di mana kos sewa dan gaji pekerja adalah tinggi.
  • 57. c) Perniagaan i) Persaingan adalah faktor penting dalam pemilihan tempat perniagaan. Oleh itu, peniaga harus mengetahui kebolehannya untuk bersaing dengan peniaga-peniaga lain di tempat tersebut. ii) Tempat yang mempunyai persaingan yang hebat memerlukan strategi pemasaran yang dapat menarik pelanggan.
  • 58. iii) Antara faktor yang perlu dikaji ialah bilangan pesaing, promosi yang dijalankan oleh pesaing, kelebihan dan kekurangan pesaing.
  • 59. d) Jenis Pelanggan i) Pelanggan adalah berbeza dari segi jantina, agama, budaya, umur, persepsi, tingkat pendidikan dan pendapatan. ii) Perbezaan ini akan mempengaruhi seseorang pelanggan membuat keputusan untuk membeli. iii) Oleh itu, faktor pelanggan perlu dikaji dan dikenal pasti sebelum memilih tempat perniagaan supaya keperluan dan kehendak pengguna dapat dipenuhi.
  • 60. e) Kemudahan infrastuktur i) Tempat perniagaan yang baik perlu mempunyai kemudahan infrastruktur seperti tempat letak kereta, bekalan air, elektrik, serta sistem pengangkutan dan komunikasi. ii) Kemudahan-kemudahan ini akan memudahkan peniaga dan pelanggan.
  • 61. f) Undang-undang dan peraturan i) Pihak berkuasa tempatan biasanya akan menetapkan undang-undang dan peraturan yang perlu dipatuhi oleh peniaga. ii) Maka segala aktiviti perniagaan yang dijalankan haruslah mematuhi undang- undang dan peraturan tempat tersebut.
  • 62. Promosi 1. Promosi merupakan usaha yang dijalankan oleh pihak penjual untuk mewujud, melariskan, dan mengekalkan pasaran bagi sesuatu keluaran. 2. Promosi yang berkesan bagi sesuatu produk akan menentukan kejayaan produk tersebut di pasaran.
  • 63. 3. Antara matlamat promosi adalah seperti berikut: a) Memberitahu pelanggan tentang produk baru. b) Memujuk pelanggan membeli produknya. c) Meningkatkan penggunaan produk yang telah lama berada di pasaran. d) Meningkatkan dan meluaskan jualan di pasaran. e) Mengekalkan imej produk di pasaran. f) Mengatasi pesaing-pesaing yang menjual barang yang sama.
  • 64. 4. Cara promosi: a) Pengiklanan i) Pengiklanan ialah bentuk persembahan yang dapat menyampaikan mesej produk dengan menggunakan pelbagai media seperti surat khabar, majalah, poster, radio, televisyen, papan iklan, dan internet.
  • 65. ii) Pengiklanan boleh diulangi beberapa kali supaya para pembeli mengenali jenama dan produk pengeluar dengan mudah. iii) Pengiklanan dapat dibahagikan kepada: a) Iklan penerangan b) Iklan memujuk c) Iklan mengingat.
  • 66. Iklan Penerangan • Menyampaikan penerangan atau maklumat tentang sesuatu jenis barang atau perkhidmatan. • Tidak bertujuan mempengaruhi pengguna untuk membeli. • Contoh : Iklan kerajaan “ Jauhi Dadah”. Iklan Memujuk • Menggunakan pelbagai cara untuk memujuk pengguna supaya mereka membeli produk yang diiklankan. • Menunjukkan kelebihan produk yang diiklankan. • Contoh : Iklan kosmetik “ Krim ini akan nmenjadikan kulit anda putih dan halus macam kulit bayi” Iklan Mengingat • Mengingatkan pengguna tentang sesuatu produk di pasaran supaya mereka mengekalkan penggunaan barangan tersebut. • Contoh : iklan ubat gigi “Baik untuk gigi anda”.
  • 67. b) Jualan Langsung i) Dilakukan oleh tenaga jualan pengeluar secara terus kepada pelanggan dengan mengunjungi rumah atau pejabat pelanggan. ii) Latihan dan teknik memujuk akan diajar kepada jurujual sebelum mereka menjumpai pelanggan. iii) Jualan langsung membolehkan pengeluar menjalin hubungan yang erat dengan pelanggan dan pelanggan boleh memberi maklum balas secara langsung kepada jurujual.
  • 68. c) Promosi Jualan i) Promosi jualan merupakan insentif untuk menggalakkan pembelian sesuatu produk. Promosi jualan yang biasa dilakukan adalah seperti memberi kupon, hadiah percuma, pemberian diskaun dan cabutan bertuah. ii) Promosi jualan dapat meningkatkan jualan.
  • 69. d) Publisiti i) Publisiti merujuk kepada promosi sesuatu produk yang dilakukan oleh pihak tertentu seperti pakar dalam bidang produk itu tetapi tidak ada kepentingan dengan pengeluar. ii) Publisiti boleh dilakukan oleh pakar tersebut dalam bentuk rencana, sesi dialog atau berita. iii) Publisiti dapat meningkatkan jualan kerana pengguna lebih percaya kepada pakar daripada pengeluar.
  • 70. 5.5.4.Kepentingan Campuran Pemasaran 1. Elemen campuran pemasaran memainkan peranan yang penting kerana setiap elemen campuran pemasaran dapat membantu peniaga mencapai matlamatnya. 2. Antara kepentingannaya ialah : a) Memperkenalkan produk Aktiviti promosi yang bersesuaian dapat memperkenalkan produk kepada pelanggan dan seterusnya menggalakkan jualan dan keuntungan.
  • 71. b) Menarik minat pembeli Produk yang berkualiti dengan jenama yang sudah dikenali ramai, serta pembungkusan yang menarik mampu menarik minat pembeli untuk membeli produk tersebut. c) Meningkatkan jualan. Tempat yang strategik dan selesa, mudah menjadi tumpuan pelanggan. d) Keuntungan yang tinggi Perletakan harga produk yang bersesuaian dengan kualiti produk dapat menggalakkan pembelian dan melariskan jualan.
  • 72. 5.5.5 Tempat yang sesuai untuk memasarkan sesuatu produk 1. Lokasi memasarkan produk adalah amat penting kerana ia dapat menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu perniagaan. 2. Antara ciri tempat perniagaan yang strategik adalah seperti berikut : a) Berhampiran pelanggan i) Tempat perniagaan yang berhampiran dengan pelanggan memudahkan pelanggan mengunjungi.
  • 73. ii) Pelanggan lebih suka membeli-belah di tempat yang berhampiran berbanding tempat yang jauh kerana dapat menjimatkan masa dan kos pengangkutan.
  • 74. b) Kemudahan infrastruktur i) Tempat perniagaan perlu dilengkapi dengan segala kemudahan asas untuk memudahkan pelanggan. ii) Contohnya tandas, tempat letak kereta, tangga bergerak, hawa dingin, telefon awam, dan sebagainya.
  • 75. c) Kemudahan pengangkutan i) Tempat perniagaan yang dilengkapi dengan kemudahan pengangkutan memudahkan pelanggan mengunjungi. ii) Jaringan jalan raya yang baik dapat memudahkan proses pemasaran dan menjayakan usaha pemasaran.
  • 76. 5.5.6 Memilih Cara Promosi yang sesuai untuk Tujuan Pemasaran 1. Faktor-faktor yang menentukan pemilihan cara promosi adalah: a) Jenis Produk i) Pemilihan jenis promosi bergantung kepada jenis dan sifat produk tersebut. ii) Barang-barang seperti pakaian wanita, kosmetik dan alatan suri rumah tangga adalah sesuai diiklankan di majalah wanita.
  • 77. iii) Barang-barang yang bersifat teknikal dan penggunaannya perlu dibantu oleh jurujual atau juruteknik adalah sesuai dipromosikan di pameran atau ekspo untuk barangan yang berkesan.
  • 78. b) Kos mempromosi i) Kos promosi merupakan faktor penting dan perlu dipertimbang terlebih dahulu sebelum menjalankan sesuatu promosi. ii) Kos promosi yang tinggi akan mengurangkan untung jualan manakala kos promosi yang rendah mungkin akan menyebabkan matlamat promosi tidak dapat dicapai.
  • 79. iii) Produk yang mempunyai pasaran luas, dan pengeluarnya mempunyai modal yang besar patut memilih jenis promosi yang lebih mahal di mana sebaran mesejnya adalah lebih meluas seperti radio, majalah, dan suratkhabar. iv) Sebaliknya, bagi produk yang pasarannya terhad, kos promosi haruslah haruslah dikawal supaya keuntungan perniagaan tidak terjejas oleh aktiviti promosi.
  • 80. c) Saiz perniagaan i) Perniagaan yang bersaiz besar mampu mempromosikan produknya dengan menggunakan media-media yang mahal seperti televisyen, radio, dan internet. ii) Sebaliknya bagi perniagaan yang bersaiz kecil akan memilih media yang lebih murah seperti poster dan risalah.
  • 81. d) Sasaran pengguna i) Pengeluar perlu menentukan sasaran pengguna untuk produknya dan promosi hendaklah dituju kepada golongan tersebut. ii) Misalnya bagi alat-alat permainankanak- kanak, sasaran penggunanya ialah kanak- kanak dan ia harus dipromosikan menerusi televisyen semasa program khas untuk kanak-kanak.
  • 82. e) Tujuan mempromosi i) Cara promosi yang dijalankan haruslah bersesuaian dengan tujuan promosi. ii) Tujuan promosi mungkin ingin memperkenalkan produk baru, memujuk pengguna untuk membeli atau meningkatkan jualan keluaran yang telah lama berada di pasaran.
  • 83. iii) Jika tujuannya adalah untuk memujuk pengguna membeli, maka iklan memujuk boleh digunakan. Jika tujuan promosi adalah untuk memperkenalkan produk, baru, maka pemberian sampel produk kepada orang ramai untuk mencubanya boleh digunakan.