SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 18
Naveen96
1
PENDAHULUAN
nternet merupakan teknologi asas dalam pembangunan teknologi maklumat. Kini, internet
merupakan salah satu saluran rangkaian perhubung dunia yang telah mengecilkan dunia.
Dunia tanpa sempadan diealisasikan dengan adanya jaringan internet ini.
Walaubagaimanapun, teknologi internet ini kerap disalahgunakan sehingga menjadi saluran yang
boleh membawa kemudaratan. Manakala menurut Kamus Dewan Edisi keempat, internet
bermaksud rangkaian komputer antarabangsa yang membolehkan pengguna komputer di seluruh
dunia berhubung antara satu dengan yang lain dan mencapai maklumat pangkalan data dari
seluruh duniaIa satu rangkaian yang besar terdiri daripada rangkaian yang kecil. Penggunaan
jaringan internet kini semakin meluas ke serata dunia di era zaman moden ini. Pada masa kini,
pelbagai kemudahan telah muncul kesan daripada pembangunan sains dan teknologi. Kemajuan
teknologi semakin berkembang pesat dan maju dari hari ke hari. Segala kemudahan ini telah
menjadikan kehidupan manusia maju ke hadapan.Tanpa internet, kita akan ketinggalan ke
belakang. Maklumat juga tidak dapat disebarkan dengan cepat dan pantas. Kita akan sukar
mendapatkan maklumat dan informasi yang terkini.Pada hari ini juga manusia tidak perlu lagi
bersusah payah untuk memperolehi maklumat atau mendapatkan sesuatu barangan yang
diperlukan. Segala keperluan dan kehendak dapat dicapai dengan mudah dan dalam tempoh yang
singkat. Kini segala-galanya hanya di hujung jari kita. Internet
berfungsi menyampaikan maklumat dalam keadaan yang
lebih pantas dan singkat jika dibandingkan dengan alat-
alat perhubungan yang sedia ada seperti pos dan
telefon. Pelbagai maklumat terkini boleh didapati
kerana sentiasa diperbaharui dari semasa ke semasa
untuk keperluan pengguna. Kita sebagai pengguna
internetyang berhemah, Internet adalah sebuah dunia
yang bebas. Penggunaanya ialah penghuni kepada
dunia ini. Oleh itu, sesiapapun berhak untuk
menggunakan internet secara meluas. Ini bermakna
I
Naveen96
2
tanggungjawab untuk menggunakan internet secara rasional terletak diatas bahu masing-masing.
Secara warasnya internet sangat berguna kepada dunia terutama kepada pelajar. Oleh itu, sebagai
seorang pelajar, kita seharusnya menggunakan kemajuan teknologi internet ini dengan sebaik
mungkin. Manfaatkan faedahnya tanpa disalahgunakan. Kita hendaklah mengetahui sedikit
pengetahuan dalam penggunaan internet dengan kaedeh yang betul. Kos internet menjimatkan
serta mudah dicapai, menjadikan pelajar gemar mengaplikasikanya dalam kehidupan seharian.
Hanya dengan menggunakan kata kunci dan menekan butang kekunci, maklumat yang dicari
mampu diperolehi dengan mudah, cepat dan pantas. Oleh yang demikian, pelajar akhir-akhir ini
lebih cenderung menggunakan internet. Tambahan pula pelbagai maklumat boleh diperolehi
berdasarkan kehendak dan keperluan pelajar pada waktu tersebut. Berdasarkan statistik di atas,
dapatlah kita simpulkan bahawa penggunaan internet di Malaysia adalah bukan sesuatu yang asing
di kalangan para pelajar. Oleh hal yang demikian, terdapatnya kesan positif dan juga negatif hasil
penggunaan internet dalam kalangan pelajar khususnya.
Naveen96
3
KESAN POSITIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM
KALANGAN PELAJAR
Setiap sesuatu benda atau perkara itu pasti ada kebaikan dan keburukannya. Manusia juga masing-
masing mempunyai kelebihan dan kekurangan. Tiada manusia yang sempurna dalam dunia ini.
Sama juga seperti internet ini ada manfaat dan ada juga kemudaratan jika menggunakannya terlalu
kerap sehingga mengakibatkan ketagihan. Antara kesan positif penggunaan internet kepada
pelajar ialah:
1. Maklumat
2. Alat komunikasi
3. Hiburan
4. Penjimatan kos dan masa.
5. E-learning
6. Peluang perniagaan
7. Permohonan online
8. Medium bersuara
9. Penguasaan Bahasa
10. pengiklanan
Maklumat
Melalui internet, kita akan menerima maklumat dengan mudah dan pantas. Carian maklumat juga
tidak dihadkan. Maklumat carian juga bukan sahaja dalam bentuk teks tetapi juga dalam bentuk
bergambar rajah mahupun jadual, carta grafik, audio, animasi dan lain lain dalam bentuk media
elektronik. Bermacam-macam maklumat kita boleh dapati melalui internet. Ada berita, laporan
cuaca, sukan, pasaran saham, hiburan dan kadang-kadang kita akan berjumpa maklumat yang kita
sendiri tak pernah fikirkan. Malah kita juga boleh membaca surat khabar menerusi internet.
Sekalipun kita sudah terlepas isu terbitan cetakannya tetapi kini kita masih ada peluang
membacanya menggunakan internet.. Hal ini adalah sangat penting kerana dapat mendedahkan
pelajar kepada dunia teknologi yang semakin berkembang pesat dan dalam usaha meletakkan
Naveen96
4
mereka seiring dengan kemajuan dunia IT. Melalui cara ini, pelajar lebih didedahkan kepada World
Wide Web (www) untuk mencari maklumat
yang dikehendaki. Sebagai contoh, pelajar
tidak perlu ke perpustakaan kerana mereka
boleh melayari internet di mana sahaja
untuk mendapatkan maklumat yang mereka
mahukan dengan kadar segera.
Alat Komunikasi
Dari segi komunikasi, internet merupakan
salah satu perantaraan yang sangat efektik dan
efisen untuk melakukan pertukaran informasi jarak jauh atau dekat. Kebanyakkan manusia
sekarang mengunakan internet untuk berkomunikasi dengan pelbagai cara. Capaian kepada
internet melibatkan banyak elemen seperti media elektronik (e-mel), carian fail, kumpulan
perbincangan dan perbualan (chatting). Ada yang menggunakan media elektronik (e-mel) untuk
berhubung dengan sahabat handai, saudara mara, keluarga atau sesiapa sahaja. Penggunaan e-
mel dengan perbualan menerusi internet akan mendedahkan mereka kepada pelbagai
sosiobudaya masyarakat dunia. Dan, ada pula pelajar yang menggunakan kumpulan perbincangan
dan perbualan (chatting) untuk mencari dan menambah kenalan di seluruh dunia serta bertukar-
tukar fikiran serta idea dalam minat yang sama. Justeru, mereka boleh bertukar-tukar
maklumat budaya, sejarah dan geografi
antara rakan siber mereka.
Pelajar juga boleh menggunakan
talian internet untuk menonton
video dan mendengar apa-apa
muzik yang mereka minat melalui
perkhidmatan yang disediakan. Ianya amat mudah dan tanpa memerlukan
kos yang tinggi. Penggunaan messenger seperti Yahoo, Skype dan Hotmail telah memudahkan lagi
komunikasi antara pelbagai pihak dan penggunaanya amat meluas. Selain berkomunikasi dengan
menggunakan teks, penggunaaannya telah dipertingkatkan lagi dengan penggunaan suara dan
Naveen96
5
video di mana kita boleh berkomunikasi dengan menggunakan suara sambil melihat wajah masing-
masing dengan menggunakan Video Conferencing ataupun Tele-conference. Sebagai contoh,
pelajar Sabah atau Sarawak yang melanjutkan pelajaran di Semenanjung Malaysia dapat
menghubungi keluarga mereka dengan menggunakan pelbagai messenger. Ternyata lebih
menjimatkan wang.
Hiburan
Terdapat pelbagai bentuk hiburan boleh didapati hanya dengan melayari internet. Kita boleh
menonton drama atau filem secara atas talian dengan hanya melayari laman-laman web yang
menyediakan perkhidmatan tersebut seperti http://www.youtube.com dan
http://www.dailymotion.com Selain daripada itu terdapat juga permainan yang boleh di main
secara atas talian bersama-sama dengan pemain dari pelbagai pelusuk dunia. Hiburan-hiburan lain
adalah seperti mendengar muzik dan juga
berkenalan
dengan
kawan-
kawan baru di
alam maya.
Misalnya, jika pelajar stress dengan
pembelajaran mahupun ujian dan peperiksaan mereka pasti akan mencari hiburan yang mampu
mengurangkan stress mereka walaupun untuk seketika.
Penjimatan kos dan masa
Naveen96
6
Penggunaan internet ini secara tidak langsung telah menjimatkan kos seperti kos panggilan telefon
dan juga kos-kos lain seperti kos pengangkutan. Bagi penjimatan kos panggilan misalnya,
kebiasaannya kos panggilan ke antarabangsa dengan menggunakan telefon analog amat mahal
jika dibandingkan dengan penggunaan skype yang ternyata tiada caj dikenakan. Disamping itu
penggunaan voice over internet protocol (VOIP) ternyata caj yang dikenakan jauh lebih murah
berbanding kos panggilan biasa. Sebagai contoh, jika pelajar mahu membuat rujukan tetapi tidak
mencukupi wang untuk membeli buku. Mereka boleh
melayari internet sahaja untuk mencari sumber
rujukan yg betul dan relevan. Dalam masa yang sama,
ini dapat menjimatkan kos dan masa. Tidak
membebankan pelajar mahupun mengganggu
pembelajaran mereka.
e-learning
ia juga dapat membantu pelajar dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Selain itu, internet
sangat berguna untuk tujuan pembelajaran. Sebagai contoh, e-Learning. Di Malaysia, penggunaan
internet sebagai salah satu medium untuk membantu pelajar dan tenaga pengajar dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Ia juga memainkan peranan sebagai pendidik atau `tutor' siber yang
berkesan. Subjek seperti Matematik dan Sains boleh diajar kepada golongan kanak-kanak dengan
lebih berkesan. Bahan sains dan
matematik yang ditambah
dengan kesan multimedia dapat
menarik minat kanak-kanak
untuk mengikuti program
pembelajaran dan seterusnya
menanam minat. Kelebihan ini
menandingi cara pembelajaran
konvensional
Naveen96
7
Peluang perniagaan
Kebaikan internet yang seterusnya ialah ia membantu aktiviti perniagaan. Peluang perniagaan
melalui internet ini amatlah luas. Malah kita boleh berniaga melalui internet hanya melalui rumah
sahaja. Kini ramai usahawan yang muncul dengan hanya menjana wang dari rumah. Peniaga boleh
mengiklan dan menjual barang-barang keluaran
syarikat mereka secara langsung kepada pelanggan
di seluruh dunia. Dengan ini peniaga pasti akan
mendapat keuntungan yang lebih banyak.
Pelanggan juga dapat mengurangkan kos apabila
membeli barang-barang daripada internet.
Permohonan online
Untuk bakal pelajar yang bakal bergelar pelajar universiti , sudah semestinya mereka akan
berpusu-pusu mengisi borang-borang biasiswa secara talian dengan menggunakan aplikasi yang
di bangunkan oleh kerajaan mahupun badan swasta, untuk permohonan ke matirukulasi mahupun
Institusi Pengajian Tinggi Awam(IPTA) , memerlukan pelajar untuk memperlengkapkan butiran
peribadi mereka secara talian dan di hantar terus ke unit kemasukan pelajar, dan pada masa yang
sama, pekerja tidak perlu lagi mengasingkan surat-surat butiran peribadi yang dahulunya dipos
kepada Kementerian Pelajaran Tinggi. Malah, kebanyakan maklumat mula disebarkan melalui
laman sesawang sosial facebook sahaja tentang pembatalan kuliah, jemputan ke majlis-majlis
tertentu tanpa melalui surat-surat jemputan lagi, malah ada yang menggunakan facebook untuk
menjemput untuk menghadiri majlis perkahwinan
mereka tanpa perlu pergi rumah ke rumah untuk
menjemput datang ke majlis mereka. Pendek kata,
kebanyakan urusan permohonan kerja, semakan gaji
mula menggunakan internet sebagai medium
penyemakan dan penyebaran maklumat tertentu
berikutan bilangan penggunaan internet semakin
bertambah hari demi hari bak cendawan tumbuh selepas
Naveen96
8
hujan. Para usahawan juga dilihat semakin giat mempromosikan produk mereka di facebook yang
dilihat mampu memikat hati pelanggan global sama ada dalam Malaysia mahupun luar negara.
Dapat dirumuskan disini bahawa penggunaan internet mampu untuk memudahkan banyak
urusan.
Medium untuk bersuara
kebaikan internet yang lain ialah sebagai medium untuk pelajar bersuara, yakni melalui laman-
laman sesawang sosial seperti facebook untuk bersuara melalui saluran yang betul seperti laman
sesawang Perdana Menteri ataupun menghantar aduan kepada stesyen-stesyen televisyen untuk
menyalurkan maklumat yang berkaitan atau aduan tentang sesuatu masalah yang sedang berlaku
dan memerlukan pemantauan pihak berkuasa. Jika aduan atau cadangan yang dilontarkan
berasas, pihak-pihak berkuasa akan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menangani
masalah yang sedang berlaku, cara ini mungkin akan lebih berkesan kerana wakil-wakil rakyat mula
menggunakan laman sesawang sosial sebagai medium untuk mendekatkan diri dengan rakyat dan
mendengar semua keluhan dan aduan rakyat yang perlu diambil berat. Menggunakan laman
sesawang sosial pemimpin boleh berkongsi pendapat dan pelan tindakan yang yang dirancangya
serta boleh meminta pandangan rakyat sama ada sesuai
untuk diserapkan dalam pentadbiran masing-masing.
Dengan ini, pemimpin tidak lagi hanya boleh mendengar
aduan rakyat pelajar jika turun untuk melakukan khidmat
masyarakat, tetapi mampu untuk mengetahui banyak
masalah yang berlaku hanya dengan melalui laman
sesawang. Melalui internet juga, individu yang tidak
mempunyai keberanian untuk bersuara secara berdepan
dengan pemimpin juga mampu untuk tampil membuat
cadangan atau kritikan secara lebih sihat tanpa melalui
demonstrasi jalanan yang dianjurkan pihak tertentu
untuk tampil bersuara. Namu kerjasama dari pihak
pemimpin juga amat diperlukan untuk menjayakan lagi
pendekatan ini supaya mampu meberikan peluang kepada
Naveen96
9
rakyat untuk membuat penambahbaikan dalam sistem-sistem tertentu untuk memperkasakan lagi
corak pentadibiran negara dalam proses untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020.
Justeru, terbukti internet mampu untuk menjadi medium untuk rakyat bersuara demi kemajuan
negara bangsa tercinta.
Penguasaan Bahasa
kebaikan internet yang lain ialah mampu meningkatkan penguasaan bahasa inggeris di kalangan
pelajar. Kita sudah sedia maklum bahawa bahasa inggeris, yakni bahasa paling banyak digunakan
di dunia, dan menjadi ‘lingua franca’ di zaman melinium ini. Sangatlah penting bagi seseorang yang
ingin berjaya dalam apa jua bidang untuk menguasai bahasa ini dengan sebaik mungkin kerana
bahasa ini secara tidak langsung dijadikan bahasa ‘rasmi’ dalam pelbagai urusan yang dijalankan
samada di dalam negara mahupun luar negara, sesuai dengan kata-kata seorang tokoh barat yang
bermaksud ‘untuk menjadi yang terbaik, anda mesti menguasai apa yang terbaik’ yakni menguasai
bahasa yang utama mampu menjadikan kita lebih berjaya. Seperti sedia maklum, kebanyakan
laman sesawang di internet menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar dan
membolehkan si pembaca boleh belajar secara tidak langsung mengenai cara penyusunan
ayat,teknik mengarang dan dalam masa yang sama mampu menambah perkataan-perkataan baru
yang boleh digunakan. Untuk pengguna lama sesawang sosial seperti facebook, twitter dan
sebagainya, kebanyakan pengkemaskinian status banyak dibuat dalam bahasa inggeris dan
pengguna boleh belajar sedikit sebanyak tentang
tatabahasa dan mampu memerikan keberanian kepada
pengguna untuk menggunakan bahasa inggeris dalam
kehidupan seharian. Bagi pengguna yang mempunyai
blog, amat digalakkan untuk mengemas kini entri anda
dalam bahasa inggeris mampu untuk meningkatkan
teknik penulisan anda sedikit sebanyak kerana
pengunjung yang membaca blog anda patinya akan
menegur setiap kesalahan membolehkan anda mendapat
ilmu dan teknik penulisan yang betul untuk masa yang
akan datang, melalui internet, banyak perubahan dalam bahasa inggeris yang dapat dilihat.
Naveen96
10
Peningkatan ini boleh dibuktikan dengan peningkatan keputusan gred purata bahasa inggeris
keseluruhan bagi SPM 2011 dan kajian mendapati ramai pelajar yang menulis jawapan dalam
bahasa inggeris berbanding tahun-tahun sebelumnya dalam subjek-subjek sains yang
menyediakan ayat secara dwibahasa untuk soalan dan jawapan. Dengan itu, internet antara
medium terbaik untuk meningkatkan penguasaan bahasa inggeris di kalangan pengguna.
Pengiklanan
Internet dijadikan alat untuk mengiklan produk atau
acara, aktiviti untuk sesebuah pelajar. Ianya bukan
sahaja murah malah ianya lebih berkesan kerana ianya
boleh di lihat di seluruh pelusuk dunia. Dengan ini
mereka mudah untuk menjana pendapatan, malah tanpa menggangu ibu bapa untuk duit belanja
dan mengiklankan sesuatu aktiviti masyarakat.
Naveen96
11
KESAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM
KALANGAN PELAJAR
Di sebalik kecanggihan internet, selaras dengan perkembangan semasa namun banyak juga
budaya negatif yang meracuni minda pelajar masa kini. Budaya ini perlu dibendung supaya tidak
merosakkan minda pelajar masa kini. Antara keburukan internet terhadap pelajar ialah:
1. Bebas melayari laman lucah
2. Kurang fokus pada pelajaran
3. Menyemai sifat malas
4. Terdedah kepada jenayah siber
5. Menjejaskan keharmonian dan perpaduan
6. Tertipu dengan kes-kes penipuan siber
7. Terikut budaya negative
8. Menghabiskan masa dengan internet
9. Enggan bersosial
10. Mendedahkan pelajar dengan banyak iklan dan
kandungan yang tidak sesuai.
Bebas melayari laman lucah
Mereka bebas melayari laman web tanpa kawalan kerana internet dikatakan dunia tanpa
sempadan. Bahan-bahan lucah sering menjadi kegilaan remaja kerana dapat dilayari tanpa
kawalan. Bahan lucah seperti ini
merupakan budaya yang patut dibuang
terhadap diri masing-masing kerana ia
dapat merosakkan akidah dan jati diri
seorang pelajar. Di samping itu, kesan
daripada penyebaran laman web secara
tidak terkawal ini menjadi penyumbang kepada masalah social yang semakin menjadi-jadi
Naveen96
12
sehingga ke kancah zina. Contohnya,isu video porno dikalangan tersebar kepada masyarakat.
Perilaku seksual tidak bermoral ini menjadi kelaziman pelajar sekarang. Keseronokan menonton
bahan lucah mendorong individu menjadi gila seks selain perlakuan ini bakal mengundang
perlakuan seks bebas. Kesan daripada seks bebas ini akan mendorong kepada perlakuan isu
membuang bayi tidak berdosa. Membincangkan kes pembuangan bayi ini tidak dapat lari daripada
isu anak luar nikah dan persoalan zina yang makin berleluasa kebelakangan ini. Justeru, untuk
mengatasi permasalahan ini daripada berleluasa kepada pelajar, jalan yang boleh menuju ke arah
perlakuan zina harus ditutup serapat-rapatnya,terutamanya di internet. Ini termasuk mengakses
kepada bahan pornografi di internet. Firman Allah bermaksud: “Dan janganlah kamu mendekati
zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan keji dan suatu jalan yang buruk.” (Surah Al-
Isra: 32).
Kurang fokus pada pelajaran
Selain itu, internet juga dapat melekakan seseorang pelajar daripada fokus kepada proses
pembelajarannya. Pelajar banyak menghabiskan masa dengan melayari laman web yang
berbentuk hiburan semata-mata hanya untuk keseronokan yang tidak mendatangkan sebarang
input. Masa yang patut diperuntukkan untuk mengulang kaji pelajaran terbuang begitu sahaja
dengan melayari laman sosial seperti facebook,twitter dan sebagainya. Namun demikian jika
pelajar terdedah dengan laman sosial yang terlalu bebas tanpa sebarang kawalan boleh
menjerumus pelajar melakukan jenayah. Oleh itu, pelajar akan ketinggalan dari segi akademik dan
gagal menyempurnakan
tugasan mereka di institusi.
Seharusnya, perkara ini
dikawal dan di dalam setiap
diri pelajar perlu tanam
sikap yang positif untuk
generasi kelak.
Terikut budaya negatif
Naveen96
13
Menurut sumber Harian Metro
yang dikupas oleh Ketua Polis
Pahang Datuk Shariffudin Abd
Ghani Lee berkata melalui laman
sosial pelajar akan mengenali
individu tertentu. Contohnya
budaya barat seperti “Black
Metal”, “Punk”, dan “Skin Head”
yang menjerumus pemikiran
remaja di Malaysia. Oleh yang
demikian, perkara ini boleh
mengakibatkan pelajar
terjerumus kepada masalah gensterisme di Malaysia. Sememangnya pelajar harus bersosial akan
tetapi haruslah dihadkan waktu penggunaannya. Di samping itu, kepelbagaian aplikasi menarik
seperti permainan yang terdapat di laman sosial membuatkan pelajar suka untuk menghabiskan
masa dengan permainan tersebut. Hal ini, banyak member impak yang buruk terhadap pelajar
kerana mereka akan berasa seronok dengan perkara yang tidak sewajarnya mereka lakukan
sehingga terabai tanggunjawab mereka sebagai pelajar. Dan ia juga membawa kesan negative
yang amat teruk sekali seperti, kecenderungan akhlak dan sebagainya di kalangan pelajar.
Menyemai sifat malas
Penggunaan internet secara berlebihan dan tanpa kawalan juga menyebabkan remaja menjadi
malas untuk bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum. Aktiviti kokurikulum seperti bersukan dan
berpersatuan dapat menyihatkan badan tidak mendapat sambutan daripada pelajar. Pelajar kini
lebih suka menghabiskan masa di hadapan komputer. Perkara ini amat merisaukan kerana ia
mendatangkan banyak kesan negatif. Antaranya, pelajar akan jadi malas kerana badan tidak aktif
sewaktu di dalam kelas. Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia akan merosotkan prestasi pelajar
sewaktu di dalam kelas. Aktiviti sukan yang dianjurkan oleh institusi pengajian bertujuan untuk
mencergaskan badan di samping mencerdaskan minda. Oleh yang demikian pelajar harus bergiat
aktif untuk melahirkan pelajar yang mantap dari segi lahiriah dan rohaniah. Akan tetapi, mereka
Naveen96
14
menganggap menyertai kegiatan kokurikulum hanyalah membuang masa dan mereka mahu masa
tersebut hanya untuk memenuhi keperluan mereka sendiri, seperti untuk menghabiskan melayari
laman sosial di rumah dan kafe siber. Situasi begini boleh melahirkan pelajar yang kurang sihat dan
ia memberi impak di masa yang akan datang. Di
samping itu, hal ini juga akan melahirkan
pelajar yang kurang inovatif kerana
kokurikulum menggalakkan aktiviti
berpersatuan. Persatuan amatlah penting
untuk pelajar supaya lebih
bertanggungjawab dalam menguruskan
organisasi. Akan tetapi pelajar masa kini
lebih aktif dengan persatuan sosial yang
boleh mendatangkan masalah moral seperti
“Gay”, “Lesbian”, dan sebagainya. Situasi ini
amat serius disebabkan laman sosial mereka tidak bergiat dengan persatuan yang sewajarnya
diikuti.
Terdedah kepada jenayah siber
Selain menjadikan remaja malas mengikuti aktiviti kokurikulum, penggunaan internet tanpa had
juga mendedahkan pelajar kepada jenayah siber. Jenayah siber ini terdiri daripada unsur penipuan,
kerosakan atau pengubahsuaian program atau data komputer, pencurian maklumat, penggodam
dan lain-lain. Oleh hal yang demikian, pelajar akan melakukan jenayah siber terhadap institusi
mereka sendiri atau mereka diupah dan dipergunakan oleh pihak tertentu untuk melakukan
jenayah. Berdasarkan sumber akhbar Berita Harian laporan terkini dikeluarkan pihak CyberSecurity
menunjukkan kadar jenayah siber di negara ini meningkat sehingga 88 peratus pada tahun lalu
berbanding hanya 8.090 kes pada tahun sebelumnya. Isu ini amat membimbangkan sekiranya
berlaku masalah seperti pelajar menggodam portal institusi pengajian, menyebarkan fitnah secara
Naveen96
15
berleluasa, menukar sumber
maklumat di institusi dan
sebagainya. Di samping itu,
isu ini akan mempengaruhi
minda pelajar dengan
kenyataan kenyataan yang
salah dari kenyataan yang
tidak sepatutnya. Jenayah
siber ini juga boleh
merosakkan minda pelajar
dari segi politil, terlalu
banyak isu politik yang palsu
terdedah di internet mengakibatkan tanggapan remaja kepada ahli politik menjadi negatif serta
merta. Ia akan melahirkan pelajar yang tidak produktif hasil dari penipuan di internet. Ini
merupakan suatu permasalahan yang sangat besar dan perlu diatasi. Perkara ini sewajarnya dititik
beratkan supaya tidak berleluasa. Kecendorongan pelajar kepada fakta-fakta yang mengandungi
unsur penipuan amat membimbangka contohnya di laman sosial yang sangat popular iaitu Twitter
ada sesetengah pihak menggunakan nama Ustaz Azhar Idrus mengeluarkan kenyataan yang direka
sendiri.
Menjejaskan keharmonian dan perpaduan
Selain itu, penggunaan internet juga berupaya untuk
menjejaskan keharmonian dan perpaduan negara
kita, di antara pelajar. Sudah ada banyak halaman
web yang sengaja menyebarkan pelbagai fitnah dan
gosip serta propaganda negatif untuk memastikan
rakyat di negara ini menerima maklumat yang salah
lalu berlakunya kekacauan pula. Semua bahan yang
ditulis itu mampu untuk mencetuskan salah faham
Naveen96
16
dan pergaduhan antara masyarakat berbilang kaum di negara ini dengan begitu mudah. Jelaslah,
internet memudahkan penyebaran pelbagai maklumat palsu dan mengelirukan kepada
masyarakat. Terdapat juga penyebaran bahan berunsur fitnah dan hasutan yang menggugat
keamanan dan keharmonian negara. Ini akan menyebabkan negara tidak aman sehingga
menjadikan kehidupan tidak selesa dan akan memberikan kesan kepada negara pada masa
hadapan.
Tertipu dengan kes-kes penipuan siber
Revolusi internet turut membuka peluang berlakunya kes-kes penipuan. Kita sudah banyak kali
mendengar rungutan dan aduan masyarakat mengenai diri mereka ditipu oleh pihak tertentu
terutama berkaitan dengan perniagaan secara elektronik yang semakin mendapat tempat di
internet sekarang ini. Pelajar-pelajar yang tidak begitu mengetahui aspek internet telah ditipu
dengan begitu mudah dalam jumlah yang banyak oleh golongan tertentu sehingga memberikan
imej buruk kepada dunia perniagaan internet yang lain pula. Jadi, internet menyebabkan
berlakunya kerugian kewangan yang banyak kepada masyarakat negara ini.
Menghabiskan masa dengan internet
pelajar sering menghabiskan masa mereka dengan melayari internet sebaik sahaja mereka pulang
dari sekolah. Lihat sahaja kafeteria siber yang penuh sesak dengan pelajar-pelajar kita itu baik di
bandar mahupun di desa. Semuanya menghabiskan tempoh masa yang lama dengan membazir
sahaja selain menghabiskan
sejumlah wang yang banyak pula untuk
melayari internet. Remaja
seolah-olah menganggap melayari
internet lebih penting daripada
menelaah pelajaran atau
menghabikan masa membuat latihan
yang diberikan oleh guru sekolah
mereka.
Naveen96
17
Enggan bersosial
sebagai pengguna internet, pelajar juga dikatakan golongan masyarakat
yang enggan bersosial kerana mereka lebih suka menghabiskan masa di
hadapan komputer sahaja. Keadaan ini menyebabkan masa
bersama-sama keluarga, sahabat dan jiran semakin
dilupakan sehingga hubungan itu menjadi renggang
pula. Sudah pasti keadaan ini tidak sesuai buat
mana-mana pihak terutama remaja yang perlu
menjalani kehidupan sebenar di luar yang boleh
memberi banyak pengajaran kepada mereka kelak. Semakin lama seseorang itu melayari internet
semakin kuranglah masa yang mereka habiskan dalam dunia realiti sebenarnya.
Mendedahkan pelajar dengan banyak iklan dan kandungan yang tidak sesuai.
Banyak rancangan televisyen dan iklan menggambarkan seksualiti dan keganasan serta stereotaip
dan penggunaan dadah dan alkohol terutamanya di internet, serta kandungan yang tidak sesuai
untuk tumbesaran & perkembangan minda kanak kanak boleh terjejas dengan lambakan
kandungan yang tidak sesuai untuk mereka di khuatiri boleh menyebabkan berlakunya kegiatan
tidak sihat.
Naveen96
18
KESIMPULAN
Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan makmur mestilah melengkapkan masyarakatnya
dengan standard etika yang cemerlang bagi melayari alam siber yang penuh dengan keselesaan.
Islam sebagai agama yang membawa rahmat hendaklah dijadikan rujukan utama di dalam
penggubalan standard etika kepenggunaan Internet, sesuai dengan ciri Islam itu sendiri yang
membawa perubahan menyeluruh samada dari sudut sosial, ekonomi, politik dan sebagainya.
Islam mewajibkan kepada seluruh kaum muslimin agar hormat menghormati antara satu sama
lain, kita menjaga kemuliaan diri dan masyarakat di sekeliling kita. Isu berkenaan pelajar terdedah
dengan bahan lucah dapat dibendung jika nilai-nilai agama diterapkan dalam diri pelajar . Pihak
tertentu perlu ambil tindakan untuk mengawal secara rapi supaya pelajar tidak cenderung kepada
masalah social. Tiada lagi unsur yang yang boleh meracuni keutuhan masyarakat yang disebar
melalui internet yang akan diakses oleh manusia sejagat. Pengaruh ICT dalam tahap kemodenan
dan kehidupan masa kini tidak dapat dielakkan dan mempunyai pengaruh yang besar dalam
kehidupan khususnya generasi muda atau pelajar. Ianya telah menjadi sebahagian daripada
kehidupan moden kini yang akan terus meningkat penggunaan dan pengaruhnya dari masa ke
semasa. Penggunaan dan pengaruh dalam kehidupan masyarakat Malaysia kini sudah tidak dapat
dipisahkan dengan ICT dalam banyak aspek kehidupan. Bagi mengelak atau mengurangkan kesan
negatif dan menghancurkan nilai-nilai positif agama dan budaya masyarakat kita serta
menonjolkan nilai-nilai positif masyarakat, semua pihak dan dari berbagai peringkat mestilah
memainkan peranan mengukuhkan nilai agama, moral dan etika masyarakat kita, khususnya bagi
generasi muda bagi mengelak daripada kesan negatif yang akan semakin
parah. Kesan negatif sukar dihapuskan sepenuhnya, tetapi apa yang
mungkin dapat dilakukan adalah tingkatkan kesan positif dan
kurangkan kesan yang negatif. Dasar-dasar kerajaan berkaitan
dengan pendidikan dan budaya mestilah juga meletakkan isu salah
guna dan kesan negatif internet ini sebagai suatu yang penting bagi
pemodenan dan pembangunan Negara bangsa Malaysia.

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( ...
Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( ...Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( ...
Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( ...Thanushah Soniyasee
 
Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya noraidahyaakub1
 
Pindaan perlembagaan
Pindaan perlembagaanPindaan perlembagaan
Pindaan perlembagaannasywah79
 
Rumusan kajian
Rumusan kajianRumusan kajian
Rumusan kajianmunnianwar
 
17 nilai murni yang utama
17 nilai murni yang utama17 nilai murni yang utama
17 nilai murni yang utamaMARTIN JANTAI
 
Cabaran media sosial dalam masyarakat dalam memastikan kestabilan dalam masya...
Cabaran media sosial dalam masyarakat dalam memastikan kestabilan dalam masya...Cabaran media sosial dalam masyarakat dalam memastikan kestabilan dalam masya...
Cabaran media sosial dalam masyarakat dalam memastikan kestabilan dalam masya...Freedy Kalang
 
Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam - SPM
Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam - SPMPendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam - SPM
Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam - SPMMuhammad Fareez Iqmal
 
Pembuangan bayi
Pembuangan bayiPembuangan bayi
Pembuangan bayiArra Asri
 
Perancangan memajukan ekonomi negara 2
Perancangan memajukan ekonomi negara 2Perancangan memajukan ekonomi negara 2
Perancangan memajukan ekonomi negara 2Mak Winson
 
Langkah Mengatasi Pemerdagangan Manusia
Langkah Mengatasi Pemerdagangan ManusiaLangkah Mengatasi Pemerdagangan Manusia
Langkah Mengatasi Pemerdagangan ManusiaNicholas Lidang Mud
 
Kepentingan perpaduan kaum sejarah pt3
Kepentingan perpaduan kaum  sejarah pt3Kepentingan perpaduan kaum  sejarah pt3
Kepentingan perpaduan kaum sejarah pt3Umizah Khamis
 
Contoh metodologi kajian
Contoh metodologi kajianContoh metodologi kajian
Contoh metodologi kajianAtok Shila
 
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysiaImplikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysiamothy
 
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapatSalasiah Hassan Bahari
 
Faktor penentangan terhadap malayan union
Faktor penentangan terhadap malayan unionFaktor penentangan terhadap malayan union
Faktor penentangan terhadap malayan unionMie Pa
 

Mais procurados (20)

Kepentingan plbgaan..
Kepentingan plbgaan..Kepentingan plbgaan..
Kepentingan plbgaan..
 
Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( ...
Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( ...Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( ...
Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( ...
 
Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya
 
Pengenalan kepada falsafah
Pengenalan kepada falsafah Pengenalan kepada falsafah
Pengenalan kepada falsafah
 
Pindaan perlembagaan
Pindaan perlembagaanPindaan perlembagaan
Pindaan perlembagaan
 
Rumusan kajian
Rumusan kajianRumusan kajian
Rumusan kajian
 
17 nilai murni yang utama
17 nilai murni yang utama17 nilai murni yang utama
17 nilai murni yang utama
 
Cabaran media sosial dalam masyarakat dalam memastikan kestabilan dalam masya...
Cabaran media sosial dalam masyarakat dalam memastikan kestabilan dalam masya...Cabaran media sosial dalam masyarakat dalam memastikan kestabilan dalam masya...
Cabaran media sosial dalam masyarakat dalam memastikan kestabilan dalam masya...
 
Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam - SPM
Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam - SPMPendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam - SPM
Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam - SPM
 
Pembuangan bayi
Pembuangan bayiPembuangan bayi
Pembuangan bayi
 
Perancangan memajukan ekonomi negara 2
Perancangan memajukan ekonomi negara 2Perancangan memajukan ekonomi negara 2
Perancangan memajukan ekonomi negara 2
 
Langkah Mengatasi Pemerdagangan Manusia
Langkah Mengatasi Pemerdagangan ManusiaLangkah Mengatasi Pemerdagangan Manusia
Langkah Mengatasi Pemerdagangan Manusia
 
Kepentingan perpaduan kaum sejarah pt3
Kepentingan perpaduan kaum  sejarah pt3Kepentingan perpaduan kaum  sejarah pt3
Kepentingan perpaduan kaum sejarah pt3
 
Contoh metodologi kajian
Contoh metodologi kajianContoh metodologi kajian
Contoh metodologi kajian
 
Teks syarahan
Teks syarahan Teks syarahan
Teks syarahan
 
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysiaImplikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
 
Kepentingan alam sekitar
Kepentingan alam sekitarKepentingan alam sekitar
Kepentingan alam sekitar
 
Pembinaan negara bangsa
Pembinaan negara bangsaPembinaan negara bangsa
Pembinaan negara bangsa
 
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
 
Faktor penentangan terhadap malayan union
Faktor penentangan terhadap malayan unionFaktor penentangan terhadap malayan union
Faktor penentangan terhadap malayan union
 

Semelhante a PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR

Semelhante a PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR (20)

Tugasan individu
Tugasan individuTugasan individu
Tugasan individu
 
Oumh1103
Oumh1103 Oumh1103
Oumh1103
 
Oumh1103 learning skills for open distance learners
Oumh1103 learning skills for open distance learnersOumh1103 learning skills for open distance learners
Oumh1103 learning skills for open distance learners
 
Tugasan 3 kajian tinjauan
Tugasan 3 kajian tinjauanTugasan 3 kajian tinjauan
Tugasan 3 kajian tinjauan
 
Manfaat internet sebagai media pendidikan
Manfaat internet sebagai media pendidikanManfaat internet sebagai media pendidikan
Manfaat internet sebagai media pendidikan
 
Manfaat internet sebagai media pendidikan
Manfaat internet sebagai media pendidikanManfaat internet sebagai media pendidikan
Manfaat internet sebagai media pendidikan
 
Mengenal dunia internet
Mengenal dunia internetMengenal dunia internet
Mengenal dunia internet
 
Artikel tentang manfaat teknologi pada dunia pendidikan
Artikel tentang manfaat teknologi pada dunia pendidikanArtikel tentang manfaat teknologi pada dunia pendidikan
Artikel tentang manfaat teknologi pada dunia pendidikan
 
Bahasa penelitian
Bahasa penelitianBahasa penelitian
Bahasa penelitian
 
Dampak positif dan negatif penggunaan internet dikalangan remaja
Dampak positif dan negatif penggunaan internet dikalangan remajaDampak positif dan negatif penggunaan internet dikalangan remaja
Dampak positif dan negatif penggunaan internet dikalangan remaja
 
Topik 5 etika penggunaan internet
Topik 5   etika penggunaan internetTopik 5   etika penggunaan internet
Topik 5 etika penggunaan internet
 
Dampak internet bagi remaja2
Dampak internet bagi remaja2Dampak internet bagi remaja2
Dampak internet bagi remaja2
 
Eri widiawati
Eri widiawatiEri widiawati
Eri widiawati
 
Bab i1
Bab i1Bab i1
Bab i1
 
Bab i1
Bab i1Bab i1
Bab i1
 
Bab i1
Bab i1Bab i1
Bab i1
 
Bab i1
Bab i1Bab i1
Bab i1
 
Bab i1
Bab i1Bab i1
Bab i1
 
Bab i1
Bab i1Bab i1
Bab i1
 
Tugas muhamad hudri andrian NRP:132083
Tugas muhamad hudri andrian NRP:132083Tugas muhamad hudri andrian NRP:132083
Tugas muhamad hudri andrian NRP:132083
 

Mais de Naveen Segaran

rekabentuk storyboard wireframe
rekabentuk storyboard wireframerekabentuk storyboard wireframe
rekabentuk storyboard wireframeNaveen Segaran
 
Proposal discipline management system (kertas cadangan)
Proposal discipline management system (kertas cadangan)Proposal discipline management system (kertas cadangan)
Proposal discipline management system (kertas cadangan)Naveen Segaran
 
KELEMAHAN MENYIMPAN MAKLUMAT DALAM BENTUK PANGKALAN DATA
KELEMAHAN MENYIMPAN MAKLUMAT DALAM BENTUK PANGKALAN DATAKELEMAHAN MENYIMPAN MAKLUMAT DALAM BENTUK PANGKALAN DATA
KELEMAHAN MENYIMPAN MAKLUMAT DALAM BENTUK PANGKALAN DATANaveen Segaran
 
LIMA DOMAIN KEBOLEHLAKSANAAN SISTEM
 LIMA DOMAIN KEBOLEHLAKSANAAN SISTEM LIMA DOMAIN KEBOLEHLAKSANAAN SISTEM
LIMA DOMAIN KEBOLEHLAKSANAAN SISTEMNaveen Segaran
 
MODEL KITAR HAYAT PEMBANGUNAN SISTEM
 MODEL KITAR HAYAT PEMBANGUNAN SISTEM MODEL KITAR HAYAT PEMBANGUNAN SISTEM
MODEL KITAR HAYAT PEMBANGUNAN SISTEMNaveen Segaran
 
KITAR HAYAT PEMBANGUNAN SISTEM (6 langkah proses pembangunan sistem )
KITAR HAYAT PEMBANGUNAN SISTEM (6 langkah proses pembangunan sistem )KITAR HAYAT PEMBANGUNAN SISTEM (6 langkah proses pembangunan sistem )
KITAR HAYAT PEMBANGUNAN SISTEM (6 langkah proses pembangunan sistem )Naveen Segaran
 
pengenalan kepada laman web
pengenalan kepada laman webpengenalan kepada laman web
pengenalan kepada laman webNaveen Segaran
 
KONSEP PANGKALAN DATA (DBMS)
KONSEP PANGKALAN DATA (DBMS)KONSEP PANGKALAN DATA (DBMS)
KONSEP PANGKALAN DATA (DBMS)Naveen Segaran
 
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJARKESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJARNaveen Segaran
 
Respons terhadap realiti kehidupan
Respons terhadap realiti kehidupanRespons terhadap realiti kehidupan
Respons terhadap realiti kehidupanNaveen Segaran
 
konsep-asas-pangkalan-data (database management system)
konsep-asas-pangkalan-data (database management system)konsep-asas-pangkalan-data (database management system)
konsep-asas-pangkalan-data (database management system)Naveen Segaran
 
asas pangkalan data(konsep pangkalan data )
asas pangkalan data(konsep pangkalan data )asas pangkalan data(konsep pangkalan data )
asas pangkalan data(konsep pangkalan data )Naveen Segaran
 
How to install adobe dreamweaver step by step with pictures
How to install adobe dreamweaver step by step with picturesHow to install adobe dreamweaver step by step with pictures
How to install adobe dreamweaver step by step with picturesNaveen Segaran
 
kertas cadangan e-learrnig management system (proposal)
kertas cadangan e-learrnig management system (proposal)kertas cadangan e-learrnig management system (proposal)
kertas cadangan e-learrnig management system (proposal)Naveen Segaran
 
Definisi usahawan dan keusahawanan
Definisi usahawan dan keusahawananDefinisi usahawan dan keusahawanan
Definisi usahawan dan keusahawananNaveen Segaran
 
Dialogue Session Between scammer, victim, police
Dialogue Session Between scammer, victim, policeDialogue Session Between scammer, victim, police
Dialogue Session Between scammer, victim, policeNaveen Segaran
 
SAMPLE RESUME IN ENGLISH
SAMPLE RESUME IN ENGLISHSAMPLE RESUME IN ENGLISH
SAMPLE RESUME IN ENGLISHNaveen Segaran
 
contoh surat permohonan kerja kosong (assignment insaniah)
contoh surat permohonan kerja kosong (assignment insaniah)contoh surat permohonan kerja kosong (assignment insaniah)
contoh surat permohonan kerja kosong (assignment insaniah)Naveen Segaran
 
Kitar hayat pembangunan aturcara / sistem
Kitar hayat pembangunan aturcara / sistemKitar hayat pembangunan aturcara / sistem
Kitar hayat pembangunan aturcara / sistemNaveen Segaran
 
Peranan ibu bapa dalam mengurangkan gejala sosial
Peranan ibu bapa dalam mengurangkan gejala sosialPeranan ibu bapa dalam mengurangkan gejala sosial
Peranan ibu bapa dalam mengurangkan gejala sosialNaveen Segaran
 

Mais de Naveen Segaran (20)

rekabentuk storyboard wireframe
rekabentuk storyboard wireframerekabentuk storyboard wireframe
rekabentuk storyboard wireframe
 
Proposal discipline management system (kertas cadangan)
Proposal discipline management system (kertas cadangan)Proposal discipline management system (kertas cadangan)
Proposal discipline management system (kertas cadangan)
 
KELEMAHAN MENYIMPAN MAKLUMAT DALAM BENTUK PANGKALAN DATA
KELEMAHAN MENYIMPAN MAKLUMAT DALAM BENTUK PANGKALAN DATAKELEMAHAN MENYIMPAN MAKLUMAT DALAM BENTUK PANGKALAN DATA
KELEMAHAN MENYIMPAN MAKLUMAT DALAM BENTUK PANGKALAN DATA
 
LIMA DOMAIN KEBOLEHLAKSANAAN SISTEM
 LIMA DOMAIN KEBOLEHLAKSANAAN SISTEM LIMA DOMAIN KEBOLEHLAKSANAAN SISTEM
LIMA DOMAIN KEBOLEHLAKSANAAN SISTEM
 
MODEL KITAR HAYAT PEMBANGUNAN SISTEM
 MODEL KITAR HAYAT PEMBANGUNAN SISTEM MODEL KITAR HAYAT PEMBANGUNAN SISTEM
MODEL KITAR HAYAT PEMBANGUNAN SISTEM
 
KITAR HAYAT PEMBANGUNAN SISTEM (6 langkah proses pembangunan sistem )
KITAR HAYAT PEMBANGUNAN SISTEM (6 langkah proses pembangunan sistem )KITAR HAYAT PEMBANGUNAN SISTEM (6 langkah proses pembangunan sistem )
KITAR HAYAT PEMBANGUNAN SISTEM (6 langkah proses pembangunan sistem )
 
pengenalan kepada laman web
pengenalan kepada laman webpengenalan kepada laman web
pengenalan kepada laman web
 
KONSEP PANGKALAN DATA (DBMS)
KONSEP PANGKALAN DATA (DBMS)KONSEP PANGKALAN DATA (DBMS)
KONSEP PANGKALAN DATA (DBMS)
 
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJARKESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR
 
Respons terhadap realiti kehidupan
Respons terhadap realiti kehidupanRespons terhadap realiti kehidupan
Respons terhadap realiti kehidupan
 
konsep-asas-pangkalan-data (database management system)
konsep-asas-pangkalan-data (database management system)konsep-asas-pangkalan-data (database management system)
konsep-asas-pangkalan-data (database management system)
 
asas pangkalan data(konsep pangkalan data )
asas pangkalan data(konsep pangkalan data )asas pangkalan data(konsep pangkalan data )
asas pangkalan data(konsep pangkalan data )
 
How to install adobe dreamweaver step by step with pictures
How to install adobe dreamweaver step by step with picturesHow to install adobe dreamweaver step by step with pictures
How to install adobe dreamweaver step by step with pictures
 
kertas cadangan e-learrnig management system (proposal)
kertas cadangan e-learrnig management system (proposal)kertas cadangan e-learrnig management system (proposal)
kertas cadangan e-learrnig management system (proposal)
 
Definisi usahawan dan keusahawanan
Definisi usahawan dan keusahawananDefinisi usahawan dan keusahawanan
Definisi usahawan dan keusahawanan
 
Dialogue Session Between scammer, victim, police
Dialogue Session Between scammer, victim, policeDialogue Session Between scammer, victim, police
Dialogue Session Between scammer, victim, police
 
SAMPLE RESUME IN ENGLISH
SAMPLE RESUME IN ENGLISHSAMPLE RESUME IN ENGLISH
SAMPLE RESUME IN ENGLISH
 
contoh surat permohonan kerja kosong (assignment insaniah)
contoh surat permohonan kerja kosong (assignment insaniah)contoh surat permohonan kerja kosong (assignment insaniah)
contoh surat permohonan kerja kosong (assignment insaniah)
 
Kitar hayat pembangunan aturcara / sistem
Kitar hayat pembangunan aturcara / sistemKitar hayat pembangunan aturcara / sistem
Kitar hayat pembangunan aturcara / sistem
 
Peranan ibu bapa dalam mengurangkan gejala sosial
Peranan ibu bapa dalam mengurangkan gejala sosialPeranan ibu bapa dalam mengurangkan gejala sosial
Peranan ibu bapa dalam mengurangkan gejala sosial
 

Último

Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdfsdn3jatiblora
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptxMiftahunnajahTVIBS
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxIgitNuryana13
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxssuser35630b
 
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxPurmiasih
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxSlasiWidasmara1
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxmawan5982
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptxcontoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptxHR MUSLIM
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxsukmakarim1998
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxssuser50800a
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDNurainiNuraini25
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5ssuserd52993
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfElaAditya
 
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfMODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfNurulHikmah50658
 

Último (20)

Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptxcontoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptx
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
 
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfMODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
 

PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR

  • 1. Naveen96 1 PENDAHULUAN nternet merupakan teknologi asas dalam pembangunan teknologi maklumat. Kini, internet merupakan salah satu saluran rangkaian perhubung dunia yang telah mengecilkan dunia. Dunia tanpa sempadan diealisasikan dengan adanya jaringan internet ini. Walaubagaimanapun, teknologi internet ini kerap disalahgunakan sehingga menjadi saluran yang boleh membawa kemudaratan. Manakala menurut Kamus Dewan Edisi keempat, internet bermaksud rangkaian komputer antarabangsa yang membolehkan pengguna komputer di seluruh dunia berhubung antara satu dengan yang lain dan mencapai maklumat pangkalan data dari seluruh duniaIa satu rangkaian yang besar terdiri daripada rangkaian yang kecil. Penggunaan jaringan internet kini semakin meluas ke serata dunia di era zaman moden ini. Pada masa kini, pelbagai kemudahan telah muncul kesan daripada pembangunan sains dan teknologi. Kemajuan teknologi semakin berkembang pesat dan maju dari hari ke hari. Segala kemudahan ini telah menjadikan kehidupan manusia maju ke hadapan.Tanpa internet, kita akan ketinggalan ke belakang. Maklumat juga tidak dapat disebarkan dengan cepat dan pantas. Kita akan sukar mendapatkan maklumat dan informasi yang terkini.Pada hari ini juga manusia tidak perlu lagi bersusah payah untuk memperolehi maklumat atau mendapatkan sesuatu barangan yang diperlukan. Segala keperluan dan kehendak dapat dicapai dengan mudah dan dalam tempoh yang singkat. Kini segala-galanya hanya di hujung jari kita. Internet berfungsi menyampaikan maklumat dalam keadaan yang lebih pantas dan singkat jika dibandingkan dengan alat- alat perhubungan yang sedia ada seperti pos dan telefon. Pelbagai maklumat terkini boleh didapati kerana sentiasa diperbaharui dari semasa ke semasa untuk keperluan pengguna. Kita sebagai pengguna internetyang berhemah, Internet adalah sebuah dunia yang bebas. Penggunaanya ialah penghuni kepada dunia ini. Oleh itu, sesiapapun berhak untuk menggunakan internet secara meluas. Ini bermakna I
  • 2. Naveen96 2 tanggungjawab untuk menggunakan internet secara rasional terletak diatas bahu masing-masing. Secara warasnya internet sangat berguna kepada dunia terutama kepada pelajar. Oleh itu, sebagai seorang pelajar, kita seharusnya menggunakan kemajuan teknologi internet ini dengan sebaik mungkin. Manfaatkan faedahnya tanpa disalahgunakan. Kita hendaklah mengetahui sedikit pengetahuan dalam penggunaan internet dengan kaedeh yang betul. Kos internet menjimatkan serta mudah dicapai, menjadikan pelajar gemar mengaplikasikanya dalam kehidupan seharian. Hanya dengan menggunakan kata kunci dan menekan butang kekunci, maklumat yang dicari mampu diperolehi dengan mudah, cepat dan pantas. Oleh yang demikian, pelajar akhir-akhir ini lebih cenderung menggunakan internet. Tambahan pula pelbagai maklumat boleh diperolehi berdasarkan kehendak dan keperluan pelajar pada waktu tersebut. Berdasarkan statistik di atas, dapatlah kita simpulkan bahawa penggunaan internet di Malaysia adalah bukan sesuatu yang asing di kalangan para pelajar. Oleh hal yang demikian, terdapatnya kesan positif dan juga negatif hasil penggunaan internet dalam kalangan pelajar khususnya.
  • 3. Naveen96 3 KESAN POSITIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR Setiap sesuatu benda atau perkara itu pasti ada kebaikan dan keburukannya. Manusia juga masing- masing mempunyai kelebihan dan kekurangan. Tiada manusia yang sempurna dalam dunia ini. Sama juga seperti internet ini ada manfaat dan ada juga kemudaratan jika menggunakannya terlalu kerap sehingga mengakibatkan ketagihan. Antara kesan positif penggunaan internet kepada pelajar ialah: 1. Maklumat 2. Alat komunikasi 3. Hiburan 4. Penjimatan kos dan masa. 5. E-learning 6. Peluang perniagaan 7. Permohonan online 8. Medium bersuara 9. Penguasaan Bahasa 10. pengiklanan Maklumat Melalui internet, kita akan menerima maklumat dengan mudah dan pantas. Carian maklumat juga tidak dihadkan. Maklumat carian juga bukan sahaja dalam bentuk teks tetapi juga dalam bentuk bergambar rajah mahupun jadual, carta grafik, audio, animasi dan lain lain dalam bentuk media elektronik. Bermacam-macam maklumat kita boleh dapati melalui internet. Ada berita, laporan cuaca, sukan, pasaran saham, hiburan dan kadang-kadang kita akan berjumpa maklumat yang kita sendiri tak pernah fikirkan. Malah kita juga boleh membaca surat khabar menerusi internet. Sekalipun kita sudah terlepas isu terbitan cetakannya tetapi kini kita masih ada peluang membacanya menggunakan internet.. Hal ini adalah sangat penting kerana dapat mendedahkan pelajar kepada dunia teknologi yang semakin berkembang pesat dan dalam usaha meletakkan
  • 4. Naveen96 4 mereka seiring dengan kemajuan dunia IT. Melalui cara ini, pelajar lebih didedahkan kepada World Wide Web (www) untuk mencari maklumat yang dikehendaki. Sebagai contoh, pelajar tidak perlu ke perpustakaan kerana mereka boleh melayari internet di mana sahaja untuk mendapatkan maklumat yang mereka mahukan dengan kadar segera. Alat Komunikasi Dari segi komunikasi, internet merupakan salah satu perantaraan yang sangat efektik dan efisen untuk melakukan pertukaran informasi jarak jauh atau dekat. Kebanyakkan manusia sekarang mengunakan internet untuk berkomunikasi dengan pelbagai cara. Capaian kepada internet melibatkan banyak elemen seperti media elektronik (e-mel), carian fail, kumpulan perbincangan dan perbualan (chatting). Ada yang menggunakan media elektronik (e-mel) untuk berhubung dengan sahabat handai, saudara mara, keluarga atau sesiapa sahaja. Penggunaan e- mel dengan perbualan menerusi internet akan mendedahkan mereka kepada pelbagai sosiobudaya masyarakat dunia. Dan, ada pula pelajar yang menggunakan kumpulan perbincangan dan perbualan (chatting) untuk mencari dan menambah kenalan di seluruh dunia serta bertukar- tukar fikiran serta idea dalam minat yang sama. Justeru, mereka boleh bertukar-tukar maklumat budaya, sejarah dan geografi antara rakan siber mereka. Pelajar juga boleh menggunakan talian internet untuk menonton video dan mendengar apa-apa muzik yang mereka minat melalui perkhidmatan yang disediakan. Ianya amat mudah dan tanpa memerlukan kos yang tinggi. Penggunaan messenger seperti Yahoo, Skype dan Hotmail telah memudahkan lagi komunikasi antara pelbagai pihak dan penggunaanya amat meluas. Selain berkomunikasi dengan menggunakan teks, penggunaaannya telah dipertingkatkan lagi dengan penggunaan suara dan
  • 5. Naveen96 5 video di mana kita boleh berkomunikasi dengan menggunakan suara sambil melihat wajah masing- masing dengan menggunakan Video Conferencing ataupun Tele-conference. Sebagai contoh, pelajar Sabah atau Sarawak yang melanjutkan pelajaran di Semenanjung Malaysia dapat menghubungi keluarga mereka dengan menggunakan pelbagai messenger. Ternyata lebih menjimatkan wang. Hiburan Terdapat pelbagai bentuk hiburan boleh didapati hanya dengan melayari internet. Kita boleh menonton drama atau filem secara atas talian dengan hanya melayari laman-laman web yang menyediakan perkhidmatan tersebut seperti http://www.youtube.com dan http://www.dailymotion.com Selain daripada itu terdapat juga permainan yang boleh di main secara atas talian bersama-sama dengan pemain dari pelbagai pelusuk dunia. Hiburan-hiburan lain adalah seperti mendengar muzik dan juga berkenalan dengan kawan- kawan baru di alam maya. Misalnya, jika pelajar stress dengan pembelajaran mahupun ujian dan peperiksaan mereka pasti akan mencari hiburan yang mampu mengurangkan stress mereka walaupun untuk seketika. Penjimatan kos dan masa
  • 6. Naveen96 6 Penggunaan internet ini secara tidak langsung telah menjimatkan kos seperti kos panggilan telefon dan juga kos-kos lain seperti kos pengangkutan. Bagi penjimatan kos panggilan misalnya, kebiasaannya kos panggilan ke antarabangsa dengan menggunakan telefon analog amat mahal jika dibandingkan dengan penggunaan skype yang ternyata tiada caj dikenakan. Disamping itu penggunaan voice over internet protocol (VOIP) ternyata caj yang dikenakan jauh lebih murah berbanding kos panggilan biasa. Sebagai contoh, jika pelajar mahu membuat rujukan tetapi tidak mencukupi wang untuk membeli buku. Mereka boleh melayari internet sahaja untuk mencari sumber rujukan yg betul dan relevan. Dalam masa yang sama, ini dapat menjimatkan kos dan masa. Tidak membebankan pelajar mahupun mengganggu pembelajaran mereka. e-learning ia juga dapat membantu pelajar dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Selain itu, internet sangat berguna untuk tujuan pembelajaran. Sebagai contoh, e-Learning. Di Malaysia, penggunaan internet sebagai salah satu medium untuk membantu pelajar dan tenaga pengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia juga memainkan peranan sebagai pendidik atau `tutor' siber yang berkesan. Subjek seperti Matematik dan Sains boleh diajar kepada golongan kanak-kanak dengan lebih berkesan. Bahan sains dan matematik yang ditambah dengan kesan multimedia dapat menarik minat kanak-kanak untuk mengikuti program pembelajaran dan seterusnya menanam minat. Kelebihan ini menandingi cara pembelajaran konvensional
  • 7. Naveen96 7 Peluang perniagaan Kebaikan internet yang seterusnya ialah ia membantu aktiviti perniagaan. Peluang perniagaan melalui internet ini amatlah luas. Malah kita boleh berniaga melalui internet hanya melalui rumah sahaja. Kini ramai usahawan yang muncul dengan hanya menjana wang dari rumah. Peniaga boleh mengiklan dan menjual barang-barang keluaran syarikat mereka secara langsung kepada pelanggan di seluruh dunia. Dengan ini peniaga pasti akan mendapat keuntungan yang lebih banyak. Pelanggan juga dapat mengurangkan kos apabila membeli barang-barang daripada internet. Permohonan online Untuk bakal pelajar yang bakal bergelar pelajar universiti , sudah semestinya mereka akan berpusu-pusu mengisi borang-borang biasiswa secara talian dengan menggunakan aplikasi yang di bangunkan oleh kerajaan mahupun badan swasta, untuk permohonan ke matirukulasi mahupun Institusi Pengajian Tinggi Awam(IPTA) , memerlukan pelajar untuk memperlengkapkan butiran peribadi mereka secara talian dan di hantar terus ke unit kemasukan pelajar, dan pada masa yang sama, pekerja tidak perlu lagi mengasingkan surat-surat butiran peribadi yang dahulunya dipos kepada Kementerian Pelajaran Tinggi. Malah, kebanyakan maklumat mula disebarkan melalui laman sesawang sosial facebook sahaja tentang pembatalan kuliah, jemputan ke majlis-majlis tertentu tanpa melalui surat-surat jemputan lagi, malah ada yang menggunakan facebook untuk menjemput untuk menghadiri majlis perkahwinan mereka tanpa perlu pergi rumah ke rumah untuk menjemput datang ke majlis mereka. Pendek kata, kebanyakan urusan permohonan kerja, semakan gaji mula menggunakan internet sebagai medium penyemakan dan penyebaran maklumat tertentu berikutan bilangan penggunaan internet semakin bertambah hari demi hari bak cendawan tumbuh selepas
  • 8. Naveen96 8 hujan. Para usahawan juga dilihat semakin giat mempromosikan produk mereka di facebook yang dilihat mampu memikat hati pelanggan global sama ada dalam Malaysia mahupun luar negara. Dapat dirumuskan disini bahawa penggunaan internet mampu untuk memudahkan banyak urusan. Medium untuk bersuara kebaikan internet yang lain ialah sebagai medium untuk pelajar bersuara, yakni melalui laman- laman sesawang sosial seperti facebook untuk bersuara melalui saluran yang betul seperti laman sesawang Perdana Menteri ataupun menghantar aduan kepada stesyen-stesyen televisyen untuk menyalurkan maklumat yang berkaitan atau aduan tentang sesuatu masalah yang sedang berlaku dan memerlukan pemantauan pihak berkuasa. Jika aduan atau cadangan yang dilontarkan berasas, pihak-pihak berkuasa akan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menangani masalah yang sedang berlaku, cara ini mungkin akan lebih berkesan kerana wakil-wakil rakyat mula menggunakan laman sesawang sosial sebagai medium untuk mendekatkan diri dengan rakyat dan mendengar semua keluhan dan aduan rakyat yang perlu diambil berat. Menggunakan laman sesawang sosial pemimpin boleh berkongsi pendapat dan pelan tindakan yang yang dirancangya serta boleh meminta pandangan rakyat sama ada sesuai untuk diserapkan dalam pentadbiran masing-masing. Dengan ini, pemimpin tidak lagi hanya boleh mendengar aduan rakyat pelajar jika turun untuk melakukan khidmat masyarakat, tetapi mampu untuk mengetahui banyak masalah yang berlaku hanya dengan melalui laman sesawang. Melalui internet juga, individu yang tidak mempunyai keberanian untuk bersuara secara berdepan dengan pemimpin juga mampu untuk tampil membuat cadangan atau kritikan secara lebih sihat tanpa melalui demonstrasi jalanan yang dianjurkan pihak tertentu untuk tampil bersuara. Namu kerjasama dari pihak pemimpin juga amat diperlukan untuk menjayakan lagi pendekatan ini supaya mampu meberikan peluang kepada
  • 9. Naveen96 9 rakyat untuk membuat penambahbaikan dalam sistem-sistem tertentu untuk memperkasakan lagi corak pentadibiran negara dalam proses untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Justeru, terbukti internet mampu untuk menjadi medium untuk rakyat bersuara demi kemajuan negara bangsa tercinta. Penguasaan Bahasa kebaikan internet yang lain ialah mampu meningkatkan penguasaan bahasa inggeris di kalangan pelajar. Kita sudah sedia maklum bahawa bahasa inggeris, yakni bahasa paling banyak digunakan di dunia, dan menjadi ‘lingua franca’ di zaman melinium ini. Sangatlah penting bagi seseorang yang ingin berjaya dalam apa jua bidang untuk menguasai bahasa ini dengan sebaik mungkin kerana bahasa ini secara tidak langsung dijadikan bahasa ‘rasmi’ dalam pelbagai urusan yang dijalankan samada di dalam negara mahupun luar negara, sesuai dengan kata-kata seorang tokoh barat yang bermaksud ‘untuk menjadi yang terbaik, anda mesti menguasai apa yang terbaik’ yakni menguasai bahasa yang utama mampu menjadikan kita lebih berjaya. Seperti sedia maklum, kebanyakan laman sesawang di internet menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar dan membolehkan si pembaca boleh belajar secara tidak langsung mengenai cara penyusunan ayat,teknik mengarang dan dalam masa yang sama mampu menambah perkataan-perkataan baru yang boleh digunakan. Untuk pengguna lama sesawang sosial seperti facebook, twitter dan sebagainya, kebanyakan pengkemaskinian status banyak dibuat dalam bahasa inggeris dan pengguna boleh belajar sedikit sebanyak tentang tatabahasa dan mampu memerikan keberanian kepada pengguna untuk menggunakan bahasa inggeris dalam kehidupan seharian. Bagi pengguna yang mempunyai blog, amat digalakkan untuk mengemas kini entri anda dalam bahasa inggeris mampu untuk meningkatkan teknik penulisan anda sedikit sebanyak kerana pengunjung yang membaca blog anda patinya akan menegur setiap kesalahan membolehkan anda mendapat ilmu dan teknik penulisan yang betul untuk masa yang akan datang, melalui internet, banyak perubahan dalam bahasa inggeris yang dapat dilihat.
  • 10. Naveen96 10 Peningkatan ini boleh dibuktikan dengan peningkatan keputusan gred purata bahasa inggeris keseluruhan bagi SPM 2011 dan kajian mendapati ramai pelajar yang menulis jawapan dalam bahasa inggeris berbanding tahun-tahun sebelumnya dalam subjek-subjek sains yang menyediakan ayat secara dwibahasa untuk soalan dan jawapan. Dengan itu, internet antara medium terbaik untuk meningkatkan penguasaan bahasa inggeris di kalangan pengguna. Pengiklanan Internet dijadikan alat untuk mengiklan produk atau acara, aktiviti untuk sesebuah pelajar. Ianya bukan sahaja murah malah ianya lebih berkesan kerana ianya boleh di lihat di seluruh pelusuk dunia. Dengan ini mereka mudah untuk menjana pendapatan, malah tanpa menggangu ibu bapa untuk duit belanja dan mengiklankan sesuatu aktiviti masyarakat.
  • 11. Naveen96 11 KESAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR Di sebalik kecanggihan internet, selaras dengan perkembangan semasa namun banyak juga budaya negatif yang meracuni minda pelajar masa kini. Budaya ini perlu dibendung supaya tidak merosakkan minda pelajar masa kini. Antara keburukan internet terhadap pelajar ialah: 1. Bebas melayari laman lucah 2. Kurang fokus pada pelajaran 3. Menyemai sifat malas 4. Terdedah kepada jenayah siber 5. Menjejaskan keharmonian dan perpaduan 6. Tertipu dengan kes-kes penipuan siber 7. Terikut budaya negative 8. Menghabiskan masa dengan internet 9. Enggan bersosial 10. Mendedahkan pelajar dengan banyak iklan dan kandungan yang tidak sesuai. Bebas melayari laman lucah Mereka bebas melayari laman web tanpa kawalan kerana internet dikatakan dunia tanpa sempadan. Bahan-bahan lucah sering menjadi kegilaan remaja kerana dapat dilayari tanpa kawalan. Bahan lucah seperti ini merupakan budaya yang patut dibuang terhadap diri masing-masing kerana ia dapat merosakkan akidah dan jati diri seorang pelajar. Di samping itu, kesan daripada penyebaran laman web secara tidak terkawal ini menjadi penyumbang kepada masalah social yang semakin menjadi-jadi
  • 12. Naveen96 12 sehingga ke kancah zina. Contohnya,isu video porno dikalangan tersebar kepada masyarakat. Perilaku seksual tidak bermoral ini menjadi kelaziman pelajar sekarang. Keseronokan menonton bahan lucah mendorong individu menjadi gila seks selain perlakuan ini bakal mengundang perlakuan seks bebas. Kesan daripada seks bebas ini akan mendorong kepada perlakuan isu membuang bayi tidak berdosa. Membincangkan kes pembuangan bayi ini tidak dapat lari daripada isu anak luar nikah dan persoalan zina yang makin berleluasa kebelakangan ini. Justeru, untuk mengatasi permasalahan ini daripada berleluasa kepada pelajar, jalan yang boleh menuju ke arah perlakuan zina harus ditutup serapat-rapatnya,terutamanya di internet. Ini termasuk mengakses kepada bahan pornografi di internet. Firman Allah bermaksud: “Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan keji dan suatu jalan yang buruk.” (Surah Al- Isra: 32). Kurang fokus pada pelajaran Selain itu, internet juga dapat melekakan seseorang pelajar daripada fokus kepada proses pembelajarannya. Pelajar banyak menghabiskan masa dengan melayari laman web yang berbentuk hiburan semata-mata hanya untuk keseronokan yang tidak mendatangkan sebarang input. Masa yang patut diperuntukkan untuk mengulang kaji pelajaran terbuang begitu sahaja dengan melayari laman sosial seperti facebook,twitter dan sebagainya. Namun demikian jika pelajar terdedah dengan laman sosial yang terlalu bebas tanpa sebarang kawalan boleh menjerumus pelajar melakukan jenayah. Oleh itu, pelajar akan ketinggalan dari segi akademik dan gagal menyempurnakan tugasan mereka di institusi. Seharusnya, perkara ini dikawal dan di dalam setiap diri pelajar perlu tanam sikap yang positif untuk generasi kelak. Terikut budaya negatif
  • 13. Naveen96 13 Menurut sumber Harian Metro yang dikupas oleh Ketua Polis Pahang Datuk Shariffudin Abd Ghani Lee berkata melalui laman sosial pelajar akan mengenali individu tertentu. Contohnya budaya barat seperti “Black Metal”, “Punk”, dan “Skin Head” yang menjerumus pemikiran remaja di Malaysia. Oleh yang demikian, perkara ini boleh mengakibatkan pelajar terjerumus kepada masalah gensterisme di Malaysia. Sememangnya pelajar harus bersosial akan tetapi haruslah dihadkan waktu penggunaannya. Di samping itu, kepelbagaian aplikasi menarik seperti permainan yang terdapat di laman sosial membuatkan pelajar suka untuk menghabiskan masa dengan permainan tersebut. Hal ini, banyak member impak yang buruk terhadap pelajar kerana mereka akan berasa seronok dengan perkara yang tidak sewajarnya mereka lakukan sehingga terabai tanggunjawab mereka sebagai pelajar. Dan ia juga membawa kesan negative yang amat teruk sekali seperti, kecenderungan akhlak dan sebagainya di kalangan pelajar. Menyemai sifat malas Penggunaan internet secara berlebihan dan tanpa kawalan juga menyebabkan remaja menjadi malas untuk bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum. Aktiviti kokurikulum seperti bersukan dan berpersatuan dapat menyihatkan badan tidak mendapat sambutan daripada pelajar. Pelajar kini lebih suka menghabiskan masa di hadapan komputer. Perkara ini amat merisaukan kerana ia mendatangkan banyak kesan negatif. Antaranya, pelajar akan jadi malas kerana badan tidak aktif sewaktu di dalam kelas. Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia akan merosotkan prestasi pelajar sewaktu di dalam kelas. Aktiviti sukan yang dianjurkan oleh institusi pengajian bertujuan untuk mencergaskan badan di samping mencerdaskan minda. Oleh yang demikian pelajar harus bergiat aktif untuk melahirkan pelajar yang mantap dari segi lahiriah dan rohaniah. Akan tetapi, mereka
  • 14. Naveen96 14 menganggap menyertai kegiatan kokurikulum hanyalah membuang masa dan mereka mahu masa tersebut hanya untuk memenuhi keperluan mereka sendiri, seperti untuk menghabiskan melayari laman sosial di rumah dan kafe siber. Situasi begini boleh melahirkan pelajar yang kurang sihat dan ia memberi impak di masa yang akan datang. Di samping itu, hal ini juga akan melahirkan pelajar yang kurang inovatif kerana kokurikulum menggalakkan aktiviti berpersatuan. Persatuan amatlah penting untuk pelajar supaya lebih bertanggungjawab dalam menguruskan organisasi. Akan tetapi pelajar masa kini lebih aktif dengan persatuan sosial yang boleh mendatangkan masalah moral seperti “Gay”, “Lesbian”, dan sebagainya. Situasi ini amat serius disebabkan laman sosial mereka tidak bergiat dengan persatuan yang sewajarnya diikuti. Terdedah kepada jenayah siber Selain menjadikan remaja malas mengikuti aktiviti kokurikulum, penggunaan internet tanpa had juga mendedahkan pelajar kepada jenayah siber. Jenayah siber ini terdiri daripada unsur penipuan, kerosakan atau pengubahsuaian program atau data komputer, pencurian maklumat, penggodam dan lain-lain. Oleh hal yang demikian, pelajar akan melakukan jenayah siber terhadap institusi mereka sendiri atau mereka diupah dan dipergunakan oleh pihak tertentu untuk melakukan jenayah. Berdasarkan sumber akhbar Berita Harian laporan terkini dikeluarkan pihak CyberSecurity menunjukkan kadar jenayah siber di negara ini meningkat sehingga 88 peratus pada tahun lalu berbanding hanya 8.090 kes pada tahun sebelumnya. Isu ini amat membimbangkan sekiranya berlaku masalah seperti pelajar menggodam portal institusi pengajian, menyebarkan fitnah secara
  • 15. Naveen96 15 berleluasa, menukar sumber maklumat di institusi dan sebagainya. Di samping itu, isu ini akan mempengaruhi minda pelajar dengan kenyataan kenyataan yang salah dari kenyataan yang tidak sepatutnya. Jenayah siber ini juga boleh merosakkan minda pelajar dari segi politil, terlalu banyak isu politik yang palsu terdedah di internet mengakibatkan tanggapan remaja kepada ahli politik menjadi negatif serta merta. Ia akan melahirkan pelajar yang tidak produktif hasil dari penipuan di internet. Ini merupakan suatu permasalahan yang sangat besar dan perlu diatasi. Perkara ini sewajarnya dititik beratkan supaya tidak berleluasa. Kecendorongan pelajar kepada fakta-fakta yang mengandungi unsur penipuan amat membimbangka contohnya di laman sosial yang sangat popular iaitu Twitter ada sesetengah pihak menggunakan nama Ustaz Azhar Idrus mengeluarkan kenyataan yang direka sendiri. Menjejaskan keharmonian dan perpaduan Selain itu, penggunaan internet juga berupaya untuk menjejaskan keharmonian dan perpaduan negara kita, di antara pelajar. Sudah ada banyak halaman web yang sengaja menyebarkan pelbagai fitnah dan gosip serta propaganda negatif untuk memastikan rakyat di negara ini menerima maklumat yang salah lalu berlakunya kekacauan pula. Semua bahan yang ditulis itu mampu untuk mencetuskan salah faham
  • 16. Naveen96 16 dan pergaduhan antara masyarakat berbilang kaum di negara ini dengan begitu mudah. Jelaslah, internet memudahkan penyebaran pelbagai maklumat palsu dan mengelirukan kepada masyarakat. Terdapat juga penyebaran bahan berunsur fitnah dan hasutan yang menggugat keamanan dan keharmonian negara. Ini akan menyebabkan negara tidak aman sehingga menjadikan kehidupan tidak selesa dan akan memberikan kesan kepada negara pada masa hadapan. Tertipu dengan kes-kes penipuan siber Revolusi internet turut membuka peluang berlakunya kes-kes penipuan. Kita sudah banyak kali mendengar rungutan dan aduan masyarakat mengenai diri mereka ditipu oleh pihak tertentu terutama berkaitan dengan perniagaan secara elektronik yang semakin mendapat tempat di internet sekarang ini. Pelajar-pelajar yang tidak begitu mengetahui aspek internet telah ditipu dengan begitu mudah dalam jumlah yang banyak oleh golongan tertentu sehingga memberikan imej buruk kepada dunia perniagaan internet yang lain pula. Jadi, internet menyebabkan berlakunya kerugian kewangan yang banyak kepada masyarakat negara ini. Menghabiskan masa dengan internet pelajar sering menghabiskan masa mereka dengan melayari internet sebaik sahaja mereka pulang dari sekolah. Lihat sahaja kafeteria siber yang penuh sesak dengan pelajar-pelajar kita itu baik di bandar mahupun di desa. Semuanya menghabiskan tempoh masa yang lama dengan membazir sahaja selain menghabiskan sejumlah wang yang banyak pula untuk melayari internet. Remaja seolah-olah menganggap melayari internet lebih penting daripada menelaah pelajaran atau menghabikan masa membuat latihan yang diberikan oleh guru sekolah mereka.
  • 17. Naveen96 17 Enggan bersosial sebagai pengguna internet, pelajar juga dikatakan golongan masyarakat yang enggan bersosial kerana mereka lebih suka menghabiskan masa di hadapan komputer sahaja. Keadaan ini menyebabkan masa bersama-sama keluarga, sahabat dan jiran semakin dilupakan sehingga hubungan itu menjadi renggang pula. Sudah pasti keadaan ini tidak sesuai buat mana-mana pihak terutama remaja yang perlu menjalani kehidupan sebenar di luar yang boleh memberi banyak pengajaran kepada mereka kelak. Semakin lama seseorang itu melayari internet semakin kuranglah masa yang mereka habiskan dalam dunia realiti sebenarnya. Mendedahkan pelajar dengan banyak iklan dan kandungan yang tidak sesuai. Banyak rancangan televisyen dan iklan menggambarkan seksualiti dan keganasan serta stereotaip dan penggunaan dadah dan alkohol terutamanya di internet, serta kandungan yang tidak sesuai untuk tumbesaran & perkembangan minda kanak kanak boleh terjejas dengan lambakan kandungan yang tidak sesuai untuk mereka di khuatiri boleh menyebabkan berlakunya kegiatan tidak sihat.
  • 18. Naveen96 18 KESIMPULAN Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan makmur mestilah melengkapkan masyarakatnya dengan standard etika yang cemerlang bagi melayari alam siber yang penuh dengan keselesaan. Islam sebagai agama yang membawa rahmat hendaklah dijadikan rujukan utama di dalam penggubalan standard etika kepenggunaan Internet, sesuai dengan ciri Islam itu sendiri yang membawa perubahan menyeluruh samada dari sudut sosial, ekonomi, politik dan sebagainya. Islam mewajibkan kepada seluruh kaum muslimin agar hormat menghormati antara satu sama lain, kita menjaga kemuliaan diri dan masyarakat di sekeliling kita. Isu berkenaan pelajar terdedah dengan bahan lucah dapat dibendung jika nilai-nilai agama diterapkan dalam diri pelajar . Pihak tertentu perlu ambil tindakan untuk mengawal secara rapi supaya pelajar tidak cenderung kepada masalah social. Tiada lagi unsur yang yang boleh meracuni keutuhan masyarakat yang disebar melalui internet yang akan diakses oleh manusia sejagat. Pengaruh ICT dalam tahap kemodenan dan kehidupan masa kini tidak dapat dielakkan dan mempunyai pengaruh yang besar dalam kehidupan khususnya generasi muda atau pelajar. Ianya telah menjadi sebahagian daripada kehidupan moden kini yang akan terus meningkat penggunaan dan pengaruhnya dari masa ke semasa. Penggunaan dan pengaruh dalam kehidupan masyarakat Malaysia kini sudah tidak dapat dipisahkan dengan ICT dalam banyak aspek kehidupan. Bagi mengelak atau mengurangkan kesan negatif dan menghancurkan nilai-nilai positif agama dan budaya masyarakat kita serta menonjolkan nilai-nilai positif masyarakat, semua pihak dan dari berbagai peringkat mestilah memainkan peranan mengukuhkan nilai agama, moral dan etika masyarakat kita, khususnya bagi generasi muda bagi mengelak daripada kesan negatif yang akan semakin parah. Kesan negatif sukar dihapuskan sepenuhnya, tetapi apa yang mungkin dapat dilakukan adalah tingkatkan kesan positif dan kurangkan kesan yang negatif. Dasar-dasar kerajaan berkaitan dengan pendidikan dan budaya mestilah juga meletakkan isu salah guna dan kesan negatif internet ini sebagai suatu yang penting bagi pemodenan dan pembangunan Negara bangsa Malaysia.