SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 108
PAKAT JAHAT JENAYAH SEKSYEN 120A/B
Seksyen 120A Takrif Pakat jahat Jenayah
Apabila dua orang atau lebih daripada dua orang bersetuju melakukan atau
menyebabkan supaya melakukan:-
(a) suatu perbuatan yang menyalahi undang-undang atau
(b) suatu perbuatan yang tidak menyalahi undang-undang dengan jalan
menyalahi undang-undang, maka persetujuan yang demikian itu adalah
dinamakan pakat jahat jenayah:
Dengan syarat bahawa apa-apa jua persetujuan, kecuali suatu persetujuan
bagi melakukan sesuatu kesalahan, tidaklah terjumlah kepada suatu pakat
jahat jenayah melainkan jika sesuatu perbuatan selain daripada persetujuan itu
dilakukan oleh satu atau beberapa pihak yang membuat persetujuan itu pada
menurut persetujuan itu.
KESALAHAN-KESALAHAN TERHADAP NEGARA
Seksyen 121 Berperang atau mencuba berperang atau
menyubahati perang melawan Yang di-Pertuan Agong,
Raja atau Yang di-Pertua Negeri.
Barang siapa berperang atau cuba berperang atau
menyubahati perang melawan Yang di-Pertuan Agong
atau mana-mana Raja atau Yang di-Pertua Negeri,
hendaklah diseksa dgn bunuh atau penjara seumur
hidup jika tidak disiksa dgn bunuh dan bolehlah juga
dikenakan denda.
KESALAHAN-KESALAHAN TERHADAP NEGARA
Seksyen 121 A kesalahan-kesalahan terhadap tubuh
Yang di-Pertuan Agong atau Yang d-Pertua Negeri.
Barang siapa merancang, mengada-ada, mereka-reka,
berikhtiar atau berusaha akan kematian atau kecederaan
atau penjaraan atau terhalang Yang di-Pertuan Agong
atau mana-mana Raja atau Yang di-Pertua Negeri, bakal-
bakal atau penganti-penganti mereka hendaklah diseksa
dgn bunuh dan bolehlah juga dikenakan denda.
Kesalahan Terhadap Tubuh Manusia
DARIHAL CEDERA
PENDAHULUAN
Seksyen 319 - 338 berkaitan dengan kesalahan-kesalahan terhadap tubuh badan.
Kesalahan-kesalahan tersebut boleh dibahagikan kepada tajuk-tajuk berikut :-
Cedera : Seksyen 319, 321, 323, 324, 327, 328, 330 dan 332
Cedera Parah : Seksyen 320, 322, 325, 326, 329, 331 dan 333;
Cedera atau cedera parah atau bangkitan marah (provokasi) Seksyen 334- 335;
dan Gopoh atau cuai menyebabkan cedera atau cedera parah; Seksyen 336 - 338.
Sek. 319 CEDERA
Barang siapa menyebabkan kesakitan, penyakit, atau kelemahan
tubuh kepada seseorang adalah dikata menyebakan cedera.
ELEMEN
Tertuduh menyebabkan kesakitan, penyakit atau kelemahan tubuh kepada
seseorang.
Contoh:
Tikaman dengan senjata ke atas tuuh seseorang ( menyebabkan kesakitan )
Menyimbah air panas ke atas seseorang (menyebabkan kesakitan). Memberi
minum copper sulphate kepada seseorang (menyebabkan kelemahan tubuh).
ULASAN
Tidak semestinya berlaku persentuhan fizikal diantara tertuduh dengan mangsa
bagi menyebabkan berlakunya cedera. Di dalam seksyen ini ‘actus reus’ yang
menyebabkan menjadi kesalahan adalah kesakitan pada tubuh badan, penyakit
atau kelemahan pada tubuh badan kepada seseorang. Manakala ‘mens rea’
pula adalah niat untuk menyebabkan cedera dan pengetahuannya tentang
kecederaan akan terjadi kepada sesiapa yang dicederakan
SEK. 320 CEDERA PARAH
ELEMEN
Hanya jenis-jenis cedera yang berikut sahaja dinamakan "parah" –
Pertama - Hilang tenaga kelakian.
Ketua - Hilang selama-lamanya penglihatan salah atau mata.
Ketiga - Hilang selama-lamanya pendengaran salah satu telinga.
Keempat - Hilang sesuatu anggota atau sendi.
Kelima - Binasa atau lemah selama-lamanya daya sesuatu anggota atau sendi
Keenam - Cacat selama-lamanya kepala atau muka.
Ketujuh - Patah atau retak tulang atau selisih sendi.
Kelapan - Apa-apa cedera yang membahayakan nyawa atau yang menyebabkan
orang yang tercedera itu menderita kesakitan tubuh yang amat sangat atau tidak
boleh menjalankan pekerjaannya yang biasa selama 20 hari.
SEK. 321 DENGAN SENGAJA MENYEBABKAN CEDERA
Barang siapa melakukan apa-apa perbuatan dengan niat dengan jalan demikian
itu hendak menyebabkan cedera kepada seseorang, atau dengan mengetahui
bahawa ia mungkin dengan jalan demikian itu menyebabkan cedera kepada
seseorang adalah dikatakan "dengan sengaja menyebabkan cedera“
ELEMEN
Tertuduh dengan perbuatannya menyebabkan kesakitan, penyakit atau
kelemahan tubuh kepada seseorang.
Tertuduh melakukan perbuatan itu dengan niat atau dengan mengetahui ia
mungkin menyebabkan cedera.
SEK. 322 DENGAN SENGAJA MENYEBABKAN CEDERA PARAH
Barang siapa dengan sengaja menyebabkan, cedera jika cedera yang ia
bermaksud hendak menyebabkan atau ketahui mungkin menyebabkan itu ialah
cedera parah, dan jika cedera yang ia sebabkan itu ialah cedera parah, adalah
dikatakan "dengan segaja menyebabkan cedera parah".
ELEMEN
Tertuduh menyebabkan cedera dari sebarang jenis yang dihuraikan di bawah
Sek. 320.
Tertuduh mempunyai niat atau mengetahui mungkin menyebabkan cedera parah
dari sebarang jenis yang dihuraikan.
Tertuduh melakukannya denan sengaja.
SEK. 323 SEKSAAN KERANA DENGAN SENGAJA MENYEBABKAN CEDERA
Barang siapa, kecuali dalam hal yang diperuntukkan oleh Seksyen 334, dengan
sengaja menyebabkan cedera, hendaklah di seksa dengan penjara selama tempoh
yang boleh sampai setahun, atau dengan denda yang boleh sampai dua ribu ringgit,
atau dengan kedua-duanya.
Penjelasan
Sekyen ini menerangkan seksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera.
KES: MUHAMMAD IBRAHIM LWN SHAIK DAVOOD (1920 44 MD 27)
Ibrahim, penjaga kedai, berkedai, berkelahi dengan isterinya. Dalam perkelahian itu,
Ibrahim mengetuk kepada isterinya dengan besi seberat 250 gm menyebabkan
isterinya mati. Doktor mengesahkan bahawa kecederaan yang dialami oleh si mati
hanyalah kecederaan ringan dan tidak ada bukti bahawa kematiannya disebabkan
oleh kecederaan yang dialaminya.
KEPUTUSAN: Ibrahim bersalah di bawah seksyen 323 sahaja dan bukan kesalahan
membunuh di bawah seksyen 302 K.K.
SEK. 324 DENGAN SENGAJA MENYEBABKAN CEDERA DENGAN
JALAN MENGGUNAKAN SENJATA ATAU LAIN-LAIN BENDA YANG
MERBAHAYA
Barang siapa, kecuali dalam hal yang diperuntukkan oleh Seksyen 334,
dengan sengaja menyebabkan cedera dengan jalan menggunakan
apa-apa alat untuk menembak, menikam, atau memotong, atau apa-
apa alat yang, jika digunakan seagai senjata untuk menyerang,
mungkin menyebabkan kematian, atau dengan jalan menggunakan api
atau apa-apa benda melecur, atau dengan jalan menggunakan apa-apa
racun atau apa-apa benda letupan, atau dengan jalan menggunakan
apa-apa benda yang merbahaya kepada tubuh manusia apabila
dihisap, ditelan atau dimasukkan ke dalam darahnya, atau dengan jalan
menggunakan apa-apa haiwan, hendaklah diseksa dengan penjara
selama tempoh yang boleh sampai tiga tahun, atau dengan mana-mana
dua daripada seksaan-seksaan itu.
ELEMEN
Tertuduh dengan perbuatannya menyebabkan kesakitan, penyakit atau
kelemahan tubuh kepada seseorang.
Tertuduh melakukan perbuatan itu dengan niat atau dengan mengetahui akan
menyebabkan kesakitan, dll.
Tertuduh menyebabkannya dengan menggunakan sesuatu alat untuk menembak,
menikam atau memotong; atau alat yang jika digunakan sebagai senjata mungkin
menyebabkan kematian; atau dengan jalan menggunakan api, dll; atau dengan
jalan menggunakan racun, dll; atau dengan jalan menggunakan apa-apa benda
yang merbahaya kepada tubuh manusia apabila dihisap, dll;
SEKSAAN
Penjara yang boleh sampai 3 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua
daripada seksaan-seksaan itu.
ULASAN
Seksyen ini berkaitan dengan sengaja mendatangkan cedera dengan
menggunakan alat yang jika digunakan alat yang jika digunakan untuk menyerang
mungkin menyebabkan kematian. Alat itu mestilah dari jenis yang mungkin
menyebabkan kematian.
SEK. 325 SEKSAAN KERANA DENGAN SENGAJA MENYEBABKAN CEDERA
PARAH
Barang siapa, kecuali dalam hal yang diperuntukkan oleh Seksyen 335, dengan
sengaja menyebabkan cedera parah, hendaklah diseksa dengan penjara selama
tempoh yang boleh sampai tujuh tahun, dan bolehlah juga dikenakan denda.
Kesalahan di bawah seksyen ini terletak di antara cedera dan mendatangkan
kematian. Bagi mendapatkan sabitan, mestilah ditunjukkan tertuduh menyebabkan
cedera parah kepada mangsa.
Adalah menjadi tugas Mahkamah memutuskan samada cedera yang disebabkan
itu adalah cedera parah berdasarkan dari fakta dan keterangan pegawai
perubatan.
KES: EMPRESS OF INDIA LWN IDU EG. ILR (1881) 3 ALL 776 (HC, ALLAHARS,
INDIA)
Idu Beg memukul di bahagian kiri badan isterinya dengan hentakan yang kuat dan
bertenaga. Pukulan ini menyebabkan isterinya mati dengan serta merta.
KEPUTUSAN: Idu Beg bersalah di bawah seksyen ini kerana dengan sengaja
menyebabkan cedera parah pada isterinya.
SEK. 326 DENGAN SENGAJA MENYEBABKAN CEDERA PARAH
DENAN JALAN MENGGUNAKAN SENJATA ATAU LAIN-LAIN BENDA
YANG MERBAHAYA
Barang siapa, kecuali dalam hal yang diperuntukkan oleh Seksyen 335,
dengan sengaja menyebabkan cedera parah dengan jalan
menggunakan apa-apa alat untuk menembak, menikam, atau
memotong, atau apa-apa alat yang, jika digunakan sebagai senjata
untuk menyerang, mungkin menyebabkan kematian, atau dengan jalan
menggunakan api atau apa-apa benda hangat, atau dengan jalan
menggunakan apa-apa racun atau apa-apa benda melecur, atau
dengan jalan menggunakan apa-apa benda yang merbahaya kepada
tubuh manusia apabila dihisap, ditelan atau dimasukkan ke dalam
darahnya, atau dengan jalan menggunakan apa-apa haiwan, hendaklah
diseksa dengan penjara yang boleh sampai dua puluh tahun dan
bolehlah juga dikenakan denda atau sebat.
ELEMEN
Tertuduh menyebabkan cedera parah kepada seseorang.
Cedera parah itu disebabkan dengan sengaja.
Cedera parah itu disebabkan dengan sesuatu alat untuk menembak, dll; atau
apa-apa alat yang jika digunakan seagai senjata untuk menyerang, mungkin
menyebabkan kematian; atau dengan jalan menggunakan api, dll; atau dengan
jalan menggunakan apa-apa racun, dll; atau dengan jalan menggunakan apa-apa
racun, dll; atau dengan jalan menggunakan apa-apa benda yang merbahaya
kepada tubuh manusia apabila dihisap, dll; atau dengan jalan menggunakan apa-
apa haiwan.
SEKSAAN
Penjara yang boleh sampai 20 tahun dan bolehlah dikenakan denda atau sebat.
ULASAN
Seksyen ini sama dengan sek. 324 yang berbeza ialah cedera yang disebabkan
di bawah seksyen ini ialah cedera parah.
SEK. 327 DENGAN SENGAJA MENYEBABKAN CEDERA BAGI MEMAKSA
SUPAYA PERBUATAN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG DILAKUKAN.
Barang siapa, dengan sengaja menyebabkan cedera kepada seseorang bagi maksud
hendak memeras daripada orang itu, atau daripada seseorang yang ada kepentingan
dengan orang itu, apa-apa harta atau cagaran berharga, atau hendak memaksa
orang itu, atau seseorang yang ada kepentingan dengan orang itu, supaya
melakukan sesuatu perkara yang menyalahi undang-undang, atau yang boleh
menyenangkan sesuatu kesalahan dilakukan, hendaklah diseksa dengan penjara
selama tempoh yang boleh sampai sepuluh tahun, dan bolehlah juga dikenakan
denda atau sebat.
ELEMEN
Tertuduh menyebabkan cedera
Tertuduh menyebabkan cedera tersebut bagi maksud memeras daripada seseorang
atau daripada seseorang yang ada kepentingan dengan orang itu apa-apa harta atau
cagaran berharga; atau memaksa orang itu atau seseorang yang ada kepentingan
dengan orang itu supaya melakukan sesuatu perkara yang menyalahi undang-
undang; atau menyenangkan sesuatu kesalahan dilakukan.
SEKSAAN
Penjara yang boleh sampai 10 tahun dan bolehlah juga dikenakan denda atau sebat
SEK. 328 MENYEBABKAN CEDERA DENGAN ALAT MENGGUNAKAN RACUN,
DSB, DENGAN NIAT HENDAK MELAKUKAN KESALAHAN
Barang siapa mengenakan kepada seseorang atau menyebabkan supaya dimakan
oleh seseorang, apa-apa racun atau apa-apa dadah atau lain-lain benda yang
menghilangkan akal, yang memabukkan atau yang merosakan kesihatan, dengan
niat hendak menyebabkan cedera kepada orang itu, atau dengan niat hendak
melakukan atau menyenangkan sesuatu kesalahan dilakukan, atau dengan
mengetahui mungkin bahawa ia akan dengan jalan demikian itu menyebabkan
cedera, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai
sepuluh tahun, dan bolehlah juga dikenakan denda.
ELEMEN
Tertuduh mengenakan atau menyebabkan seseorang memakan sesuatu bahan.
Bahawa bahan tersebut adalah racun, atau lain-lain benda yang menghilangkan
akal, memabukkan atau yang merosakkan kesihatan.
Tertuduh melakukan sedemikian dengan niat menyebabkan cedera atau
mengetahui mungkin bahawa ia akan dengan jalan demikian itu menyebabkan
cedera atau niat hendak melakukan atau menyenangkan sesuatu kesalahan
dilakukan.
SEKSAAN
Penjara yang boleh sampai 10 tahun dan bolehlah juga didenda.
ULASAN
Seksyen ini bertujuan terutamanya menghukum penjenayah yang merompak atau
mencabul kehormatan orang ramai dengan menghilangkan akal mereka dengan
jalan mengenakan dadah, yang menyenangkan sesuatu kesalahan dilakukan dan
menghalangnya dari dikesan.
KES ILUSTRASI
Di dalam kes Hanumakka AIR 1943 Mad 396 seorang isteri telah mencampurkan
serbuk aconite ke dalam makanan suaminya dengan niat hendak mendatangkan
kelemahan tubuh kepada suaminya, dengan itu suaminya berada di bawah
penguasaannya. Akibatnya suaminya mati. Diputuskan oleh Mahkamah bahawa si
isteri bersalah di bawah seksyen dan tidak di bawah kesalahan homisid oleh
kerana niat si isteri hanyalah hendak mendatangkan kelemahan kepada tubuh.
SEK. 329 DENGAN SENGAJA MENYEBABKAN CEDERA PARAH BAGI MEMERAS
HARTA, ATAU BAGI MEMAKSA SUPAYA PERBUATAN YANG MENYALAHI
UNDANG-UNDANG DILAKUKAN.
Barang siapa dengan segaja menyebabkan cedera parah kepada seseorang bagi
maksud hendak memeras daripada orang itu, atau daripada seseorang yang ada
kepentingan dengan orang itu, apa-apa harta atau cagaran berharga, atau hendak
memaksa orang itu, atau seseorang yang ada kepentingan dengan orang itu, supaya
melakukan seseuatu perkara yang menyalahi undang-undang, atau yang
menyenangkan sesuatu kesalahan dilakukan, hendaklah diseksa dengan penjara
yang boleh sampai dua puluh tahun dan bolehlah juga dikenakan denda atau sebat.
ELEMEN
Bahawa cedera parah disebabkan oleh tertuduh bahawa ia dilakukan dengan
sengaja.Tertuduh melakukannya dengan maksud memeras daripada seseorang atau
orang yang ada kepentingan dengan orang itu atau memaksa orang itu atau orang
yang ada kepentingan dengannya melakukan perkara yang menyalahi undang-
undang atau menyenangkan sesuatu kesalahan dilakukan.
SEKSAAN
Penjara yang boleh sampai 20 tahun dan bolehlah juga dikenakan denda atau sebat.
SEK. 330 DENGAN SENGAJA MENYEBABKAN CEDERA BAGI MEMERAS
PENGAKUAN BERSALAH ATAU BAGI MEMAKSA SUPAYA HARTA
DIPULANGKAN.
ELEMEN
Tertuduh dengan sengaja menyebabkan cedera.
Tertuduh menyebabkan cedera
bagi memeras daripada seseorang atau orang yang ada kepentingan dengan
orang itu apa-apa pengakuan bersalah atau maklumat yang boleh membawa
kepada diketahui sesuatu kesalahan atau salahlaku, atau bagi maksud memaksa
orang sedemikian memulangkan apa-apa harta atau cagaran berharga, atau
supaya memberi maklumat yang boleh membawa kepada pemulangan apa-apa
harta atau cagaran berharga.
SEKSAAN
Penjara yang boleh sampai 7 tahun dan bolehlah juga didenda
ULASAN
Matlamat utama seksyen ini adalah untuk mencegah penyeksaan oleh anggota
polis. Tetapi seksyen ini meliputi semua jenis penyeksaan walau apa jua
maksud tujuan seksaan itu. Maklumat yang dicari mungkin untuk mencapai
keadilan tetapi undang-undang tidak bertolakansur terhadap penggunaan cara
sedemikian. Harta yang dipaksa dipulangkan mungkin harta pesalah yang
dipinjam oleh pengadu tetapi pengadu enggan memulangkan nya dengan cara
menyalahi undang-undang. Tuntutan itu mungkin tuntutan yang berpatutan
tetapi undang-undang tidak bertoleransi dengan penggunaan cara-cara yang
dinyatakan yang boleh dihukum di bawah seksyen ini.
KES ILUSTRASI
LAI KIM HON & Ors v PP
Tertuduh seorang Cif Inspektor bersama beberapa orang anggota pasukan
penyiasat telah memukul seorang tahanan semasa menyoalsiasat. Akibatnya
tahanan mati. Mereka dituduh di bawah Sek. 330 dibaca bersama Sek. 324.
Diputuskan, tertuduh bersalah di bawah Sek. 330 oleh kerana tiada niat hendak
menyebabkan kematian
SEK. 332 DENGAN SENGAJA MENYEBABKAN CEDERA
BAGI MENAKUTKAN PENJAWAT AWAM DARIPADA
MENJALANKAN KEWAJIPANNYA
ELEMEN
Tertuduh dengan sengaja menyebabkan cedera kepada
seseorang penjawat awam.
Cedera itu disebabkan:
Semasa penjawat awam itu menjalankan kewajipannya sebagai penjawat
awam, atau dengan niat hendak menahan atau menakutkan penjawat awam
itu atau seseorang penjawat awam lain daripada menjalankan kewajipannya
sebagai penjawat awam, atau oleh sebabsesuatu perkara yang dilakukan atau
cuba dilakukan oleh penjawat awam itu tatakala menjalankan kewajipan
dengan sah disisi undang-undang sebagai penjawat awam.
SEKSAAN
Penjara yang boleh sampai 3 tahun atau denda atau kedua-duanya,
Perlindungan yang diberi oleh seksyen ini tidak hanya kepada seseorang
penjawat awam bahkan juga kepada seseorang yang bertindak di bawah arahan
seorang penjawat awam dengan suci hati.
KES ILUSTRASI
Di dalam kes Srinivasa Chetty LN AIR 1070 Mad 359, Inspektor Majlis Bandaran
merampas sebuah basikal seorang budak oleh kerana tidak mempunyai lesen.
Tertuduh dan bapa budak itu telah menampar pipi pengadu dan dengan cara
paksa mengambil semula basikal tersebut. Keterangan menunjukkan Inspektor
tersebut telah menjalankan tugas sebagai penjawat awam. Diputuskan tertuduh
bersalah di bawah Sek. 332.
Kesalahan Terhadap Tubuh Manusia
SEK. 339 HALANGAN SALAH
Barang siapa dengan sengaja menggalang seseorang bagi menahan
orang itu daripada pergi ke arah mana-mana yang orang itu berhak
pergi, adalah dikatakan menghalang orang itu dengan salah.
Kecualian - Menggalang sesuatu jalan persendirian atas darat atau
atas air, yang seseorang percaya dengan suci hati ia ada hak yang
sah di sisi undang-undang bagi menghalang, tidaklah menjadi suatu
kesalahan dalam erti seksyen ini.
MISALAN
A menghalang suatu jalan yang Z ada hak melalui manakala A tidak percaya
dengan suci hati yang ia ada hak menutup jalan itu. Dengan demikian Z adalah
tertahan daripada melaluinya. A adalah menghalang Z dengan salah.
ELEMEN
Tertuduh dengan segaja menggalang seseorang Galangan itu menahan orang
itu pergi ke mana-mana arah yang ia berhak pergi.
SEK. 340 PENGURUNGAN SALAH
Barang siapa menghalang dengan salah seseorang secara yang menahan orang itu
keluar dari sesuatu had yang terlingkung, adalah dikatakan "mengurung dengan
salah" orang itu.
MISALAN-MISALAN
A menyebabkan Z masuk ke dalam suatu tempat yang berdinding kelilingnya dan
kunci Z di dalamnya. Dengan demikian Z adalah tertahan daripada keluar dari
lingkungan dinding itu sama sekali. A adalah mengurung Z dengan salah.
A tempatkan orang-orang dengan senjata-senjata api di jalan-jalan keluar dari
sebuah bangunan dan beritahu Z bahawa mereka akan menembak Z jika Z cuba
meninggalkan bangunan itu. A adalah mengurung Z dengan salah.
ELEMEN
Tertuduh menghalang dengan salah seseorang. Halangan menahan orang itu
keluar dari sesuatu had yang terlingkung
SEK. 341 SEKSAAN BAGI HALANGAN SALAH
Barang siapa menghalang seseorang dengan salah hendaklah diseksa dengan
penjara selama tempoh yang boleh sampai sebulan, atau dengan denda yang
boleh sampai seribu ringgit, atau dengan kedua-duanya.
ELEMEN
Tertuduh menghalang seseorang Halangan tersebut menahan orang itu dari pergi
ke arah yang ia berhak pergi. Tertuduh menyebabkan halangan tersebut dengan
segaja.
SEKSAAN
Penjara yang boleh sampai sebulan atau denda yang boleh sampai RM1000 atau
kedua-duanya.
SEK. 342 SEKSAAN BAGI PENGURUNGAN SALAH
Barang siapa mengurung seseorang dengan salah hendaklah diseksa dengan
penjara selama tempoh yang boleh sampai setahun, atau dengan denda yang
boleh sampai dua ribu ringgit, atau dengan kedua-duanya.
ELEMEN
Tertuduh menghalang seseorang. Bahawa halangan sedemikian adalah dengan
sengaja. Akibat dari halangan tersebut ialah menahan orang itu dari pergi
melebihi sesuatu had. Halangan tersebut adalah dengan salah.
SEKSAAN
Penjara yang boleh sampai 1 tahun atau denda yang boleh sampai RM2,000 atau
kedua-duanya
SEK. 343 PENGURUNGAN SALAH SELAMA TIGA HARI ATAU LEBIH
Barang siapa mengurung seseorang dengan salah selama tiga hari atau lebih,
hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun,
atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya.
ELEMEN
Elemen serupa sebagaimana elemen di Sek. 342 dan seterusnya pengurungan
tersebut di dalam tempoh 3 hari atau lebih.
SEKSAAN
Penjara yang boleh sampai 2 tahun atau denda atau kedua-duanya.
SEK. 344 PENGURUNGAN SALAH SELAMA SEPULUH HARI ATAU LEBIH
Barang siapa mengurung seseorang dengan salah selama sepuluh hari atau
lebih, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga
tahun, dan bolehlah juga dikenakan denda.
ELEMEN
Elemen serupa sebagaimana di Sek. 342 dan seterusnsya pengurungan tersebut
di dalam tempoh 10 hari atau lebih.
SEKSAAN
Penjara yang boleh sampai 3 tahun dan bolah juga dikenakan denda.
SEK. 345 PENGURUNGAN SALAH MENGENAI ORANG YANG MANA WRIT
UNTUK PEMBEBASANNYA TELAH DIKELUARKAN.
Barang siapa mengurung seseorang dengan salah dengan mengetahui bahawa
suatu writ untuk pembebasan orang itu telah sempurna dikeluarkan, hendaklah
diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun, selain
daripada apa-apa tempoh penjara yang ia boleh dikenakan di bawah mana-mana
seksyen lain Kanun ini.
ELEMEN
Tertuduh mengurung seseorang di dalam kurungan.
Kurungan sedemikian adalah salah.
Writ untuk pembebasan telah pun dikeluarkan.
Tertuduh mengetahui tentang writ sedemikian bila ia mengurung orang itu dengan
salah.
SEKSAAN
Penjara yang boleh sampai 2 tahun, selain dari apa-apa tempoh penjara ia boleh
dikenakan di bawah mana-mana seksyen lain kanun ini.
SEK. 346 PENGURUNGAN SALAH DALAM SULIT
Barang siapa mengurung seseorang dengan salah secara yang menunjukkan
suatu niat bahawa pengurungan orang itu tidak boleh diketahui oleh seseorang
yang ada kepentingan dengan orang yang dikurung itu, atau oleh seseorang
penjawat awam, atau bahawa tempat pengurungan itu tidak boleh diketahui
atau dijumpai oleh mana-mana orang yang tersebut itu atau mana-mana
penjawat awam, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang
boleh sampai dua tahun, selain daripada apa-apa seksaan lain yang ia boleh
dikenakan bagi pengurungan salah itu.
ELEMEN
Pengurungan itu atau tempat pengurungan itu adalah sulit kepada seseorang
orang yang ada kepentingan dengan orang yang dikurung itu, atau Seseorang
penjawat awam
SEKSAAN
Apa-apa seksaan yang boleh dikenakan bagi pengurungan salah sebagai
tambahan, penjara yang boleh sampai 2 tahun.
SEK. 347 PENGURUNGAN SALAH BAGI MAKSUD MEMERAS HARTA ATAU
HENDAK MEMAKSA SUPAYA PERBUATAN YANG MENYALAH UNDANG
UNDANG DILAKUKAN
Barang siapa mengurung seseorang dengan salah bagi maksud hendak
memeras daripada orang yang dikurung itu, atau daripada seseorang yang ada
kepentingan dengan orang yang dikurung itu apa-apa harta atau cagaran
berharga, atau hendak memaksa orang yang dikurung itu, atau seseorang yang
ada kepentingan dengan orang yang dikurung itu supaya melakukan sesuatu
yang menyalahi undang-undang atau supaya memberi apa-apa maklumat yang
mungkin menyenangkan sesuatu kesalahan dilakukan, hendaklah diseksa
dengan penjara selama tempoh yang bolehsampai tiga tahun, dan bolehlah
juga dikenakan denda.
ELEMEN
Pengurungan tersebut bertujuan memeras daripada orang yang dikurung atau
seseorang yang ada kepentingan dengan orang yang dikurung. Apa-apa harta,
atau Cagaran berharga; atau Memaksa melakukan sesuatu yang menyalahi
undang-undang atau supaya memberi apa-apa maklumat yang mungkin
menyenangkan sesuatu kesalahan dilakukan.
SEKSAAN
Penjara yang boleh sampai 3 tahun dan hendaklah juga dikenakan denda
Seksyen 354 Menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada
seseorang dgn niat hendak mencabul kehormatan.
Barang siapa menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kpd mana-
mana org, dgn maksud hendak mencabul atau dgn mengatahui mkin bahawa ia
akan dgn jln demikian itu mencabul kehormatan org itu, hendaklah disiksa dgn
penjara selama tempoh yg boleh sampai sepuluh tahun, atau denda atau dgn
sebat, atau dgn mana-mana daripada siksaan itu.
SEK. 348 PENGURUNGAN SALAH BAGI MAKSUD HENDAK MEMERAS
PENGAKUAN BERSALAH ATAU HENDAK MEMAKSA SUPAYA HARTA
DIPULANGKAN
Barang siapa mengurung seseorang dengan salah bagi maksud hendak
memeras daripada orang yang dikurung itu, atau daripada seseorang yang ada
kepentingan dengan orang yang dikurung itu, apa-apa pengakuan bersalah atau
apa-apa maklumat yang mungkin membawa kepada diketahui sesuatu
kesalahan atau salahlaku, atau bagi maksud hendak memaksa orang yang
dikurung itu atau seseorang yang ada kepentingan dengan orang yang dikurung
itu supaya memulangkan atau menyebab dipulangkan apa-apa harta atau
cagaran berharga, atau supaya memberi apa-apa maklumat yang boleh
membawa kepada pemulangan apa-apa harta atau cagaran berharga,
hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga
tahun, dan bolehlah juga dikenakan denda.
ELEMEN
Serupa sebagaimana elemen (1) hingga (4) di Sek. 342
dan seterusnya :-
Pengurungan tersebut adalah bagi maksud memeras daripada orang yang
dikurung itu atau daripada seseorang yang ada kepentingan dengan orang
yang dikurung apa-apa pengakuan bersalah; atau mendapatkan apa-apa
maklumat yang mungkin membawa kepada diketahui sesuatu kesalahan
atau salahlaku; atau memaksa supaya memulangkan atau menyebabkan
dipulangkan apa-apa harta atau cagaran berharga atau menunaikan apa-apa
tuntutan atau permintaan; supaya memberi maklumat yang boleh membawa
kepada pemulangan apa-apa harta atau cagaran berharga.
SEKSAAN
Penjara yang boleh sampai 3 tahun dan bolehlah juga
dikenakan denda.
DARIHAL PENCOLEKAN, MELARIKAN ORANG, KEABDIAN
SEK. 359 PENCOLEKAN
Pencolekan adalah dua jenis:
Pencolekan dari Malaysia, dan pencolekan dari penjagaan yang sah di sisi
undang-undang.
Ada 2 jenis:-
Pencolekan dari Malaysia
Pencolekan dari penjagaan yang sah disisi undang-undang.
SEK. 360 MENCOLEK DARI PERSEKUTUAN
Barang siapa membawa mana-mana orang keluar dari kawasan Malaysia dengan
tiada kerelaan orang itu, atau kerelaan seseorang yang berkuasa disisi undang-
undang memberi kerelaan bagi pihak orang itu, adalah dikatakan mencolek orang
itu dari Malaysia.
ELEMEN
Membawa mana-mana orang keluar dari kawasan Malaysia
Membawa tersebut dengan tiada kerelaan orang itu, atau kerelaan seseorang
yang berkuasa di sisi undang-undang memberi kerelaan bagi pihak orang itu.
SEK. 361 MENCOLEK DARI PENJAGAAN YANG SAH DI SISI UNDANG-
UNDANG
Barang siapa mengambil atau memikat mana-mana budak yang berumur kurang
daripada empat belas tahun jika lelaki, atau kurang daripada enam belas tahun
jika perempuan, atau mana-mana orang yang tidak sempurna akal, dari
pemeliharaan penjaga budak atau orang yang tidak sempurna akal itu yang sah
di sisi undang-undang, dengan tiada kerelaan penjaga itu, adalah dikatakan
mencolek budak atau orang itu dari penjagaan yang sah di sisi undang-undang.
Huraian - Perkataan " penjaga yang sah di sisi undang-undang" dalam seksyen
ini termasuklah mana-mana orang yang diamanahkan memelihara atau menjaga
budak atau orang itu
Kecualian –
Seksyen ini tidaklah termasuk perbuatan mana-mana orang yang dengan suci hati
percaya dirinya sebagai bapa kepada seorang kanak-kanak luar nikah atau yang
dengan suci hati percaya dirinya sebagai berhak menjadi penjaga kanak-kanak itu
yang sah di sisi undang-undang, melainkan jika perbuatan itu dilakukan bagi
sesuatu maksud yang lucah atau yang menyalahi undang-undang.
ELEMEN
Mengambil atau memikat mana-mana budak atau orang yang tidak sempurna
akal.
Budak itu berumur kurang dari 14 tahun jika lelaki, atau kurang dari 16 tahun jika
perempuan.
Mengambil atau memikat dari pemeliharaan penjaga yang sah di sisi undang-
undang kepada budak atau orang yang tidak sempurna akal itu.
Mengambil atau memikat itu tanpa kerelaan penjaga tersebut.
SEK. 362 MELARIKAN ORANG
Barang siapa dengan kekerasan memaksa, atau dengan apa-apa jalan
perdayaan mendorong, mana-mana orang supaya pergi dari mana-mana
tempat, adalah dikata melarikan orang itu.
ELEMEN
Dengan kekerasan memaksa atau dengan apa-apa jalan perdayaan
mendorong.
Matlamat paksaan atau dorongan itu ialah supaya mana-mana orang pergi dari
mana-mana tempat.
SEK. 363 SEKSAAN BAGI PENCOLEKAN
Barang siapa mencolek mana-mana orang dari Malaysia atau dari penjagaan
yang sah di sisi undang-undang, hendaklah diseksa dengan penjara selama
tempoh yang boleh sampai tujuh tahun, dan bolehlah juga dikenakan denda.
ELEMEN
BAGI PENCOLEKAN DARI MALAYSIA
Orang yang dicolek tinggal di Malaysia semasa kesalahan berlaku
Tertuduh membawa orang itu keluar dari kawasan Malaysia
Tertuduh melakukannya tanpa kerelaan orang itu atau kerelaan seseorang yang
berkuasa di sisi undang-undang memberi kerelaan bagi pihak orang itu.
BAGI PENCOLEKAN DARI PENJAGAAN YANG SAH DI SISI UNDANG-
UNDANG
Orang yang dicolek adalah budak yang berumur di bawah 14 tahun jika lelaki,
atau berumur di bawah 16 tahun jika perempuan; atau orang itu tidak
sempurna akal.
Orang itu adalah di dalam jagaan penjaga yang sah.
Tertuduh mengambil atau memikat orang itu dari jagaan tersebut.
Tertuduh melakukannya tanpa kerelaan penjaga yang sah.
SEKSAAN
Penjara yang boleh sampai 7 tahun dan bolehlah juga dikenakan denda.
SEK. 364 MENCOLEK ATAU MELARIKAN ORANG DENGAN TUJUAN
HENDAK MEMBUNUH
Baran siapa mencolek atau melarikan mana-mana oran denan
tujuan supaya orang itu dibunuh atau dilepaskan dengan
sedemikian hingga mendatangkan kepadanya bahaya dibunuh,
hendaklah diseksa dengan bunuh atau dengan penjara yang boleh
sampai dua puluh tahun.
MISALAN-MISALAN
A mencolek Z dari Malaysia, dengan maksud atau dengan
mengetahui mungkin bahawa Z. boleh dikorbankan untuk suatu
berhala. A telah melakukan kesalahan yang ditakrifkan dalam
seksyen ini.
A membawa B pergi dengan paksa atau memikat B supaya pergi
dari rumahnya dengan tujuan supaya B dibunuh. A telah
melakukan kesalahan yang ditakrifkan dalam seksyen ini.
ELEMEN
Tertuduh mencolek seseorang
Pencolekan adalah bagi maksud untuk membunuh orang yang dicolek; atau
Orang itu dilepaskan dengan sedemikian hingga mendatangkan kepadanya
bahaya dibunuh.
Di dalam kes melarikan orang :-
Tertuduh memaksa oran yang dilarikan pergi dari tempat yang berkenaan.
Tertuduh memaksanya dengan kekerasan atau mendoronnya dengan jalan
tipudaya.
Tertuduh melarikan orang :-
Untuk dibunuh Orang itu mungkin dilepaskan dengan sedemikian hingga
Mendatangkan kepadanya bahaya dibunuh.
SEKSAAN
Hukuman mati atau penjara yang boleh sampai 20 tahun.
SEK. 365 MENCOLEK DAN MELARIKAN SESEORANG DENGAN NIAT
HENDAK MENGURUNGNYA DENGAN SULIT DAN DENGAN SALAH.
Barang siapa mencolek atau melarikan mana-mana orang dengan niat hendak
menyebabkan orang itu dikurung dengan sulit dan dengan salah, hendaklah
diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun, dan
bolehlah juga dikenakan denda.
ELEMEN
Tertuduh mencolek atau melarikan seseorang.
Tertuduh melakukan sedemikian dengan niat mengurungnya dengan sulit dan
dengan salah.
Tertuduh mempunyai niat sedemikian semasa mencolek atau melarikan.
Walaupun motif bukanlah matan, kadangkala ia penting didalam hal perkara
mendapatkan (inflicting) hukuman.
SEKSAAN
Penjara yang boleh sampai 7 tahun dan bolehlah juga dikenakan denda.
SEK. 366 MENCOLEK ATAU MELARIKAN PEREMPUAN BAGI
MEMAKSA BERKAHWIN, DSB
Barang siapa mencolek atau melarikan mana-mana perempuan dengan
niat supaya perempuan itu boleh dipaksa, atau dengan mengetahui
mungkin bahawa ia akan dipaksa, berkahwin dengan mana-mana orang
bertentangan dengan kemahuannya, atau supaya ia dipaksa atau dipujuk
melakukan persetuuhan luar nikah, atau supaya hidup seagai seorang
sundal, atau dengan mengetahui mungkin bahawa ia akan dipaksa atau
dipujuk melakukan persetuuhan luar nikah, atau supaya hidup seagai
seorang sundal, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang
boleh sampai sepuluh tahun, dan bolehlah juga dikenakan denda.
ELEMEN
Tertuduh mencolek atau melarikan orang. Orang yang dicolek atau dilarikan
adalah perempuan.Tertuduh mempunyai niat atau mengetahui mungkin :-
Perempuan yang dicolek atau dilarikan akan dipaksa berkahwin dengan
mana-mana orang bertentangan dengan kemahuannya; Perempuan
tersebut akan dipaksa atau dipujuk melakukan persetubuhan luar nikah;
atau Perempuan tersebut dipaksa atau dipujuk supaya hidup sebagai
seorang sundal.
SEK. 367 MENCOLEK ATAU MELARIKAN ORANG DENGAN TUJUAN
HENDAK MENGENAKANNYA CEDERA PARAH, ATAU MENJADIKANNYA
ABDI, DSB.
Barang siapa mencolek atau melarikan mana-mana orang dengan tujuan
supaya orang itu dikenakan, atau dilepaskan dengan sedemikian hingga
mendatangkan kepadanya ahaya dikenakan, cedera parah atau dijadikan abdi
atau digunakan agi memuaskan nafsu luar tabii seseorang, atau dengan
mengetahui mungkin bahawa orang itu akan dikenakan, dijadikan, digunakan
atau dilepaskan dengan demikian itu, hendaklah diseksa dengan penjara
selama tempoh yang boleh sampai sepuluh tahun, dan bolehlah juga
dikenakan denda.
ELEMEN
Tertuduh mencolek atau melarikan seseorang Orang itu dicolek atau dilarikan
dengan sedemikian hingga mendatangkan kepadanya bahawa dikenakan:
Cedera parah; atau Dijadikan abdi; atau Memuaskan nafsu luar tabii seseorang
Dengan mengetahui mungkin orang itu akan dikenakan, dijadikan,digunakan
atau dilepaskan dengan sedemikian hingga mendatangkan kepadanya bahaya
dikenakan;
Cedera parah; atau dijadikan abdi; atau memuaskan nafsi luar tabii.
SEKSAAN
Penjara sehingga boleh sampai 10 tahun dan hendaklah juga
dikenakan denda.
SEK. 368 MENYEMBUNYIKAN ATAU MENGURUNG DENGAN SALAH
SESEORANG YANG DICOLEK
Barang siapa, yang ketahui bahawa seseorang telah dicolek atau telah dilarikan,
menyembunyikan atau mengurung orang itu dengan salah, hendaklah diseksa
seolah-olah ia telah mencolek atau melarikan orang itu dengan niat atau
pengetahuan atau bagi maksud yang ia menyembunyikan atau mengurung
orang itu.
ELEMEN
Seseorang telah dicolek atau dilarikan. Tertuduh mengetahui tentang fakta
dicolek atau dilarikan itu dengan mempunyai pengetahuan sedemikian,
menyembunyikan atau mengurung orang itu dengan salah.
SEKSAAN
Dengan seolah-olah ia telah mencolek atau melarikan orang itu dengan niat
atau pengetahuan atau bagi maksud yang ia menyembunyikan atau mengurung
orang itu.
SEK. 369 MENCOLEK ATAU MELARIKAN KANAK YANG BERUMUR KURANG
DARIPADA 10 TAHUN DENGAN NIAT MENCURI HARTA YANG BOLEH DIALIH
DARI TUBUH KANAK-KANAK ITU.
Barang siapa mencolek atau melarikan mana-mana kanak-kanak yang berumur
kurang daripada sepuluh tahun, dengan niat hendak mengambil dengan curang
apa-apa harta yang oleh dialih dari tubuh kanak-kanak itu, hendaklah diseksa
dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun, dan bolehlah juga
dikenakan denda.
ELEMEN
Tertuduh mencolek atau melarikan seseorang
Bahawa orang itu adalah kanak-kanak yang berumur di bawah 10 tahun.
Tertuduh berniat mengambil dengan curang apa-apa harta yang boleh dialih dari
tubuh kanak-kanak itu.
SEKSAAN
Penjara selama oleh sampai 7 tahun dan bolehlah juga dikenakan denda.
SEK. 370 MEMEBELI ATAU MEMBERIKAN MANA-MANA ORANG SEBAGAI
ABDI ( Hamba )
Barang siapa mengimport, mengekspot, memindahkan, membeli, menjual atau
memberikan mana-mana orang sebagai seorang abdi, atau menerima,
mendapat, atau menahan mana-mana orang sebagai seorang abdi bertentangan
dengan kemahuannya, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang
boleh sampai tujuh tahun, dan bolehlah juga dikenakan denda.
ELEMEN
Mengimpot, mengekspot, memindahkan, membeli, menjual atau memberikan
mana-mana orang sebagai seorang abdi.
Menerima, mendapat atau menahan mana-mana orang sebagai seorang abdi
bertentangan dengan kemahuannya.
SEKSAAN
Penjara sehingga boleh sampai 7 tahun dan bolehlah juga dikenakan denda.
SEK. 371 LAZIM MEMPERNIAGAKAN ABDI
Barang siapa dengan lazimnya mengimpot, mengeksport, memindahkan,
membeli, menjual, memperdagangkan atau memperniagakan abdi-abdi,
hendaklah diseksa dengan penjara yang boleh sampai dua puluh tahun dan
bolehlah juga dikenakan denda.
ELEMEN
Tertuduh mengimpot, mengekspot, memindahkan, membeli, menjual,
memperdagangkan atau memperniagakan abdi-abdi. Tertuduh melakukan
sedemikian dengan lazim.
SEKSAAN
Penjara sehingga boleh sampai 20 tahun dan bolehlah juga dikenakan
denda.
SEK. 372 MENJUAL BUDAK BAGI MAKSUD PERSUNDALAN, DSB
Barang siapa menjual, menyewakan, atau dengan jalan lain memberikan mana-
mana orang berumur kurang daripada dua puluh satu tahun dengan niat supaya
orang itu, pada bila-bila masa umurnya, diberi kerja atau digunakan bagi maksud
persundalan atau persetubuhan yang ditegah dengan mana-mana orang atau
bagi apa-apa maksud yang menyalahi undang-undang dan yang lucah, atau
dengan mengetahui mungkin bahawa orang itu akan, pada bila-bila masa
umurnya, diberi kerja atau digunakan bagi mana-mana maksud itu hendaklah
diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai sepuluh tahun, dan
bolehlah juga dikenakan denda.
Huraian –
Apabila seorang perempuan yang berumur kurang daripada dua puluh satu tahun
dijual, disewakan, atau dengan jalan lain diberikan kepada seorang sundal atau
kepada mana-mana orang yang menyimpan atau mengurus rumah sundal, maka
orang yang memerikan perempuan itu dengan demikian itu hendaklah, sehingga
akasnya dibuktikan, dianggap telah memberikan perempuan itu dengan niat
supaya ia digunakan bagi maksud persundalan.
ELEMEN
Menjual, menyewakan atau dengan jalan lain memberikan mana-mana
orang.
Orang itu berumur kurang daripada 21 tahun. Menjual,menyewakan atau
dengan jalan lain memberikan adalah dengan niat atau pengetahuan
mungkin orang itu pada bila-bila masa umurnya akan diberi kerja atau
digunakan agi:- maksud persundalan; atau persetubuhan haram dengan
mana-mana orang, atau apa-apa maksud yang menyalahi undang-undang
dan yang lucah.
SEKSAAN
Penjara sehingga oleh sampai 10 tahun dan bolehlah juga
didenda.
SEK. 373 MEMBELI BUDAK BAGI MAKSUD PERSUNDALAN, DSB
Barang siapa membeli, menyewa atau dengan jalan lain mendapat
seseorang yang berumur kurang daripada dua puluh satu tahun dengan niat
supaya orang itu, pada bila-bila masa umurnya, diberi kerja tau digunakan
bagi maksud persundalan atau persetubuhan luar nikah dengan mana-mana
orang atau bagi apa-apa maksud yang menyalahi undang-undang dan yang
lucah, atau dengan mengetahui mungkin bahawa orang itu akan, pada bila-
bila masa umurnya, diberi kerja atau digunakan bagi mana-mana maksud itu,
hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai
sepuluh tahun, dan bolehlah juga dikenakan denda.
Huraian –
Mana-mana orang sundal, atau mana-mana orang yang menyimpan atau
mengurus rumah sundal, yang membeli, menyewa atau dengan jalan lain
mendapat seseorang perempuan yang berumur kurang daripada dua puluh
satu tahun hendaklah, sehingga akasnya dibuktikan, dianggap telah
mendapat perempuan itu dengan niat supaya ia digunakan bagi maksud
persundalan.
ELEMEN
Membeli, menyewa atau dengan jalan lain mendapat seseorang
Orang itu berumur kurang daripada 21 tahun Membeli, menyewa atau
dengan jalan lain mendapatkan itu adalah dengan niat atau pengetahuan
mungkin orang itu pada bila-bila masa umurnya, diberi kerja atau digunakan
bagi:-
Maksud persundalan, atau Persetubuhan haram, atau Apa-apa maksud
yang menyalahi undang-undang dan yang lucah.
SEKSAAN
Penjara sehingga boleh sampai 10 tahun dan bolehlah juga didenda.
SEK. 373 A MENGIMPOT BAGI MAKSUD PERSUNDALAN
Barang siapa dengan apa-apa cara palsu, pernyataan palsu, atau dengan jalan
tipuan atau perdayaan membawa, atau menolong membawa masuk ke dalam
Malaysia mana-mana perempuan dengan niat supaya perempuan itu boleh
diberi kerja atau digunakan agi maksud persundalan; dan barang siapa
membawa, atau menolong membawa, masuk ke dalam Malaysia mana-mana
perempuan dengan niat supaya perempuan itu boleh dijual atau dibeli bagi
maksud persundalan; dan barang siapa menjual atau memeli mana-mana
perempuan bagi maksud persundalan, hendaklah diseksa dengan penjara
selama tempoh tidak leih daripada sepuluh tahun, dan bolehlah juga dikenakan
denda.
ELEMEN
Tertuduh dengan apa-apa cara palsu, pernyataan palsu atau dengan jalan
tipuan atau perdayaan membawa, atau menolong membawa masuk ke dalam
Malaysia mana-mana perempuan dengan niat supaya perempuan itu boleh
diberi kerja atau digunakan bagi maksud persundalan.
Tertuduh membawa atau menolong membawa masuk ke dalam Malaysia
mana-mana perempuan dengan niat supaya perempuan itu boleh dijual atau
dibeli bagi maksud persundalan. Tertuduh menjual atau membeli mana-mana
perempuan bagi maksud persundalan.
SEKSAAN
Penjara tidak lebih daripada 10 tahun dan bolehlah juga dikenakan denda.
SEK. 374 KERJA PAKSA YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG
Barang siapa yang menyalahi undang-undang memaksa mana-mana orang
bekerja bertentangan dengan kemahuan orang itu, hendaklah diseksa dengan
penjara selama tempoh yang boleh sampai setahun, atau dengan denda, atau
dengan kedua-duanya.
ELEMEN
Tertuduh dengan menyalahi undang-undang memaksa mana-mana orang
bekerja.
Paksaan bekerja iatu adalah bertentangan dengan kemahuan orang itu.
SEKSAAN
Penjara sehingga boleh sampai 1 tahun atau dengan denda atau dengan
kedua-duanya.
DARIHAL KESALAHAN TERHADAP SERANGAN SEKSUAL
SEK. 354. MENYERANG ATAU MENGGUNAKAN KEKERASAN JENAYAH
Barang siapa menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada mana-
man orang, dengan maksud hendak mencabul atau dengan mengetahui mungkin
bahawa ia akan dengan jalan demikian itu mencabul kehormatan orang itu,
hendaklah disiksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai sepuluh
tahun atau dengan denda, atau dengan sebat, atau dengan mana-mana dua
daripada siksaan-siksaan itu.
ELEMEN
Serangan atau penggunaan kekerasan jenayah kepada mana-mana orang.
Serangan atau penggunaan kekerasan jenayah dilakukan
dengan niat hendak mencabul kehormatan; atau
dengan mengetahui mungkin bahawa ia akan dengan jalan demikian itu mencabul
kehormatan orang itu.
SEKSAAN
Penjara sehingga boleh sampai 10 tahun, atau dengan denda, atau dengan sebat,
atau dengan mana-mana dua daripada seksaan-seksaan.
SEK. 375 ROGOL
Seseorang lelaki adalah dikata melakukan "rogol" jika ia, kecuali dalam
hal yang dikecualikan kemudian daripada ini, bersetubuh dengan
seseorang perempuan.
ELEMEN
# Seorang lelaki bersetubuh dengan seorang perempuan.
# Serangan atau penggunaan kekerasan jenayah dilakukan.
# Bertentangan dengan kemahuan perempuan itu.
# Dengan tiada kerelaan perempuan itu.
# Dengan kerelaan perempuan itu manakala kerelaannya telah didapati
dengan mendatangkan kepadanya atau mana-mana orang lain
ketakutan mati atau cedera, atau telah didapati melalui salah tanggapan
fakta dan lelaki itu tahu atau ada sebab untuk mempercayai bahawa
kerelaan itu telah diberi akibat dari salah tanggapan tersebut.
# Dengan kerelaan perempuan itu manakala lelaki itu ketahui bahawa
ia bukan suaminya, dan kerelaan itu diberi kerana perempuan itu
percaya lelaki itu ialah seorang lelaki yang menjadi atau yang ia
percaya menjadi suaminya yang sah di sisi undang-undang atau yang
kepadanya ia akan memberi kerelaan.
# Dengan kerelaannya, jika pada masa memberi kerelaan itu dia tidak
boleh memahami jenis dan akibat mengenai apa yang dia memberi
kerelaan.
# Sama ada dengan kerelaan perempuan itu atau tidak jika perempuan
itu di bawah umur enam belas tahun.
Huraian - Kemasukan adalah memadai bagi persetubuhan yang perlu bagi
kesalahan rogol.
Kecualian - Persetubuhan oleh seseorang lelaki dengan isterinya dengan
perkahwinan yang sah di bawah mana-mana undang-undang bertulis pada masa
itu berkuatkuasa, atau diiktiraf dalam Persekutuan sebagai sah, bukanlah rogol.
Huraian 1 - Seorang perempuan tinggal berasingan dari suaminya di bawah dekri
permisahan Kehakimanan atau suatu dekri tidak dibuat mutlak; atau yang
memperolehi injunksi menyekat suaminya dari melakukan persetubuhan
dengannya, hendaklah disifatkan sebagai bukan isteri.
Huraian 2 - Seorang perempuan Islam yang tinggal berasingan dari suaminya
dalam tempoh edah, yang mana akan dihitung mengikut Hukum Syarak,
hendaklah disifatkan sebagai bukan isteri suaminya.
SEK. 376 SEKSAAN BAGI ROGOL
Barang siapa melakukan rogol hendaklah diseksa dengan penjara selama
tempoh tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih dari dua puluh tahun, dan
bolehlah juga dikenakan sebat.
Seksyen 376A Sumbang Mahram
Seseorang itu dikatakan melakukan sumbang mahram
jika seorang lelaki atau seorang perempuan melakukan
persetubuhan dgn org lain dimana hubungan lelaki dan
perempuan itu adalah tidak dibenarkan, di bawah undang-
undang, hukum agama, adat atau kebiasaan yg berkaitan
bagi lelaki dan perempuan tersebut, utk berjahwin dgn org
itu.
SEK. 377 PERSETUBUHAN LUAR TABII DENGAN HAIWAN
Barang siapa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan
dengan aturan tabii dengan haiwan hendaklah diseksa dengan penjara selama
tempoh yang boleh sampai dua puluh tahun, dan bolehlah juga dikenakan denda,
atau sebat.
ELEMEN
# Tertuduh melakukan persetubuhan dengan haiwan
# Tertuduh melakukan perbuatan itu dengan sengaja
# Berlaku kemasukkan
SEKSAAN
Penjara yang boleh sampai 20 tahun dan bolehlah juga dikenakan denda atau
sebat.
SEK. 377A PERSETUBUHAN YANG BERTENTANGAN DENGAN ATURAN
TABII
Mana-mana orang yang melakukan perhubungan seks dengan seseorang lain
dengan memasukkan zakarnya ke dalam dubur atau mulut seseorang lain itu
dikata melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii.
ELEMEN
Tertuduh melakukan perhubungan seks dengan seseorang lain
Persetubuhan dilakukan dengan memasukkan zakarnya ke dalam dubur atau
mulut seseorang lain itu.
SEK. 377B SEKSAAN KERANA MELAKUKAN PERSETUBUHAN YANG
BERTENTANGAN DENGAN ATURAN TABII
Barang siapa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan
dengan aturan tabii hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang
boleh sampai dua puluh tahun, dan bolehlah juga dikenakan sebat.
SEK. 377C MELAKUKAN PERSETUBUHAN YANG BERTENTANGAN DENGAN
ATURAN TABII TANPA KERELAAN DSB
Barang siapa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan
dengan aturan luar tabii ke atas seseorang lain tanpa kerelaannya, atau
bertentangan dengan kemahuannya atau dengan meletakkan orang lain dalam
ketakutan mati atau cedera kepada orang itu atau kepada mana-mana orang lain,
hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh tidak kurang dari lima tahun
dan tidak lebih dari dua puluh tahun, dan bolehlah juga dikenakan sebat.
ELEMEN
# Tertuduh melakukan persetubuhan dengan seseorang lain
# Persetubuhan itu bertentangan dengan aturan tabii
# Tertuduh melakukannya dengan sengaja
# Persetubuhan itu dilakukan ke atas seseorang lain tanpa kerelaannya;
bertentangan dengan kemahuannya; atau
# meletakkan orang itu dalam ketakutan mati atau cedera kepada orang itu
atau kepada mana-mana orang lain.
SEKSAAN
Penjara di antara 5 hingga 20 tahun dan bolehlah juga dikenakan sebat.
SEK. 377 D MELANGGAR KESOPANAN
Mana-mana orang lelaki yang melakukan, atau bersubahat melakukan,
atau mendapat atau mencuba mendapat supaya dilakukan oleh mana-
mana orang lelaki, apa-apa perbuatan kelucahan melampau dengan
seorang lelaki lain di tempat awam atau di tempat persendirian,
hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua
tahun.
ELEMEN
# Tertuduh adalah seorang lelaki yang melakukan; bersubahat melakukan;
atau mendapat atau mencuba mendapat supaya dilakukan oleh mana-mana
orang lelaki.
# Apa-apa perbuatan kelucahan melampau
# Perbuatan kelucahan melampau itu dilakukan dengan seorang lelaki
lain
# Perbuatan itu dilakukan di tempat awam atau di tempat persendirian.
SEKSAAN
Penjara boleh sampai 2 tahun.
SEK. 377E MERANGSANG SEORANG KANAK-KANAK UNTUK MELAKUKAN
SUATU PERBUATAN KELUCAHAN MELAMPAU
Mana-mana orang yang merangsang seorang kanak-kanak di bawah umur
empat belas tahun untuk melakukan suatu perbuatan kelucahan melampau
dengannya atau dengan orang lain hendaklah diseksa dengan penjara selama
tempoh yang boleh sampai lima tahun, dan bolehlah juga dikenakan sebat.
ELEMEN
# Tertuduh merangsang seseorang untuk melakukan suatu perbuatan
kelucahan melampau dengannya atau dengan orang lain.
# Orang yang dirangsang ialah kanak-kanak di bawah umur 14 tahun
SEKSAAN
Penjara yang boleh sampai 5 tahun dan bolehlah juga dikenakan sebat.
Kesalahan Terhadap Harta
CURI, MENYIMPAN HARTA CURI DAN PECAHRUMAH
SEK. 378 CURI
Barang siapa, yang bermaksud hendak mengambil dengan curangnya apa-apa
harta yang boleh dialih daripada milik mana-mana orang dengan tiada kerelaan
orang itu, menggerakkan harta itu dengan tujuan mengambilnya, adakah
dikataka melakukan kesalahan mencuri.
ELEMEN
# Bermaksud hendak mengambil dengan curang.
# Harta itu boleh dialih.
# Daripada milik mana-mana orang.
# Dengan tiada kerelaan orang itu.
# Harta itu digerakkan dengan tujuan hendak mengambilnya.
Penerangan
Seksyen ini adalah takfiran apa dikatakan kesalahan mencuri. Niat
dengan curang -Rujuk seksyen 24KK. Bermakna sek. ini mestilah
mengandongi kedua-dua elemen dalam sek. 24 KK, sekiranya salah
satu elemen tidak diwujud dalam kesalahan , ini bermakna bukanlah
kesalahan mencuri. Sekiranya semasa melakukan kesalahan ini,
tertudoh walaupun telah berjaya menggerakkan harta tetapi tidak
dapat mengambilnya ini adalah kesalahan cuba mencuri. - Sek.
511KK dibaca bersama sek. 379KK.
Harta boleh alih - Rujuk sek. 22 KK.
Daripada milik - Intipati ini menekankan pemilik kepada sesuatu harta dan
bukanlah kepada tuanpunyanya.
Contohnya A meminjamkan motosikalnya kepada B untuk digunakan selama
sehari. Ini bermaksud pada tempoh itu pemilik ialah B.
Tiada kerelaan - Bermakna persetujuan, kebenaran dan sebagainya.
Menggerakkan tujuan hendak mengambilnya - Ini bermakna harta itu mestilah
digerakkan walaupun jarak yang cukup singkat tetapi telah disifatkan sebagai
telah mengambilnya dan boleh disabitkan dibawah sek. ini.
Huraian 1 - Menerangkan harta yang kekal bercantum dengan bumi tetapi
sekiranya boleh diputuskan daripada cantuman bumi, maka harta ini telah
dijadikan yang boleh alih.
Huraian 2 - Ini sambungan daripada huraian 1, dimana sesiapa menggerakkan
harta yang telah putus itu, dikatakan telah mencurinya.
Huraian 3 – Melepaskan rintangan juga sebagai satu kesalahan mencuri.
Contohnya- melepaskan tali yang terikat kepada se ekor haiwan.
Huraian 4 – Menyebabkan haiwan bergerak bersama segala benda yang
digerakkan oleh haiwan itu, juga disifatkan telah menggerakkan sesuatu harta
oleh tertudoh walaupun ia tidak langsung menyentoh kepada benda itu.
Huraian 5 – Kerelaan yang disifatkan ada – Melalui kesefahaman kedua-dua
pihak . Contoh- perhubungan kawan karib yang sering menggunakan barang
keperluan tanpa perlu meminta kebenaran kerana perbuatan itu sering dilaku.
Perbuatan tersebut adalah merupakan satu kebiasaan bagi kedua-dua pihak.
SEK. 379 SEKSAAN BAGI KESALAHAN MENCURI
ELEMEN
Penjara yang boleh sampai 7 tahun dengan denda atau dengan kedua-duanya.
Bagi kesalahan kali kedua dan seterusnya, bolehlah dikenakan penjara dan
bolehlah juga dikenakan denda atau sebat.
SEK. 379 A SEKSAAN BAGI KESALAHAN MENCURI SEBUAH KENDERAAN
MOTOR
Barang siapa melakukan kesalahan mencuri sebuah kenderaan motor atau mana-
mana bahagian komponen sebuah kenderaan motor hendaklah diseksa dengan
penjara selama tempoh tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari tujuh
tahun, dan bolehlah juga dikenakan denda.
ELEMEN
Serupa sebagaimana (5) elemen di Sek. 378 dan curi kenderaan ini sebagai
elemen tambahan. ( 6)
Harta yang dicuri ialah sebuah kenderaan motor atau mana-mana bahagian
komponen sebuah kenderaan motor.
HURAIAN
"Bahagian komponen," berhubung dengan sebuah kenderaan motor,
termasuklah tayar, aksesori atau peralatan – maksud "komponen" ini adalah
terlalu umum sangat. Untuk lebih tepat kepada ertinya, dikatakan melakukan
kesalahan dibawah sek. ini, maka bahagian komponen yang boleh menjejaskan
fungsi kepada kenderaan itu. Contohnya - no. plate sebuah kenderaan – ini
tidak akan menjejaskan fungsinya.
"Kenderaan motor" ertinya segala kenderaan yang didorongi oleh jentera yang
dicadangkan atau disesuaikan supaya dapat digunakan diatas jalan, dan
termasuklah sebuah trailer yang ditarik oleh sebuah kenderaan motor. Contoh -
basikal yang dipasang dengan motor atau kenderaan yang digerakkan dengan
kuasa solar.
SEK. 380 MENCURI DALAM RUMAH
Barang siapa melakukan kesalahan mencuri dalam mana-mana bangunan,
khemah atau perahuan, iaitu bangunan, khemah atau perahuan yang
digunakan sebagai tempat kediaman manusia, atau untuk simanan harta
benda, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai
sepuloh tahun, dan boleh juga dikenakan denda, dan bagi kesalahan kali yang
kedua atau yang kemudian hendaklah diseksa dengan penjara dan bolehlah
juga dikenakan denda atau sebat.
ELEMEN
Harta yang dicuri adalah dari dalam bangunan, khemah atau perahuan yang
digunakan sebagai tempat kediaman manusia atau untuk simpanan harta
benda.
Kelima-lima elemen adalah seperti dalam sek. 378 KK. Tajuk sek. ini dijadikan
elemen tambahan. (6)
Orang yang boleh melakukan kesalahan ini , ialah pada peringkat awalnya dapt
ekses untuk masuk kedalam sebuah bangunan kemudian melakukan kecurian
dalam bangunan tersebut. Contoh – mencuri dalam pasar raya.
Penerangan
Rumah kediaman – yang sesuai untuk kediaman manusia sahaja.
Contoh – kaki lima rumah bukanlah sebagai tempat kediaman manusia.
SEKSAAN
Penjara yang boleh sampai 10 tahun dan bolehlah juga didenda.
Bagi kesalahan kali kedua dan seterusnya, hendaklah dipenjara dan bolehlah
juga didenda atau disebat.
SEK. 381 KERANI ATAU ORANG GAJI MENCURI HARTA DALAM MILIK
TUANNYA
Barang siapa, yang menjadi seorang kerani atau orang gaji, atau yang diberi kerja
sebagai seorang kerani atau orang gaji, melakukan kesalahan mencuri apa-apa
harta dalam milik tuanpunya atau majikannyam hendaklah diseksa dengan
penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun, dan bolehlah juga
dikenakan denda.
ELEMEN
Serupa sebagaiman elemen (1) hingga elemen (5) di Sek. 378 dan sebagai
tambahan-
Tertuduh adalah pada masa itu kerani atau orang gaji atau diberi kerja
Penerangan
Seorang kerani atau orang gaji dikatakan melakukan kesalahan ini, rujuk sek.
27 KK.
Orang yang diberi kerja sebagai kerani atau orang gaji - bermakna orang
dalam katogeri ini mungkin bekerja dengan semantara, sebagai sukarelawan
atau tugas hakikinya bukan sebagai seorang kerani atau orang gaji. Orang ini
bukanlah menjadi satu alasan walaupun tidak diberi upah dan sebagainya.
SEKSAAN
Penjara selama yang boleh sampai 7 tahun dan bolehlah juga dikenakan
denda.
SEK. 382 MENCURI SETELAH DIBUAT PERSIAPAN BAGI MENYEBABKAN
KEMATIAN ATAU CEDERA DENGAN TUJUAN HENDAK MELAKUKAN
KESALAHAN ITU
Barang siapa melakukan kesalahan mencuri, setelah membuat persiapan bagi
menyebabkan kematian atau cedera atau halangan atau ketakutan bahawa mana-
mana orang akan dibunuh, dicederakan atau dihalang bahawa dengan tujuan
hendak melakukan kesalahan mencuri itu, atau dengan tujuan hendak
membolehkan ia lari setelah melakukan kesalahan itu, atau dengan tujuan hendak
menyimpan harta yang telah diambil dengan jalan kesalahan itu, hendaklah diseksa
dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai sepuloh tahun, dan bolehlah
juga dikenakan denda atau sebat.
ELEMEN
Serupa sebagaimana elemen no. (1) hingga no. (5) didalam Sek. 378 dan sebagai
tambahan
Tertuduh, semasa melakukan curi, membuat persediaan bagi menyebabkan
kematian, cedera, atau hilangan, atau ketakutan kepada kematian, cedera atau
halangan kepada mana-mana orang.
Tertuduh berbuat demikian dengan tujuan:-
Hendak, melakukan kesalahan mencuri; membolehkan ia lari setelah
melakukan kesalahan itu; atau menyimpan harta yang telah diambil
dengan jalan kesalahan itu.
Penerangan
Seksyen ini agak hampir dengan kesalahan rompak. Semasa tertuduh
melakukan kesalahan ini ada memiliki sesuatu senjata tetapi tidak
digunakan semasa melakukan kesalahan ini. Pada saat ia
menunjukkan atau menggunakan sahaja, ini akan menjadi kesalahan
dibawah sek. 392KK.
SEKSAAN
Penjara selama yang boleh sampai 10 tahun dan bolehlah juga
dikenakan denda atau sebat.
DARIHAL PEMERASAN
SEK. 383 PEMERASAN
Barang siapa dengan sengaja mendatangkan kepada mana-mana orang ketakutan
bahawa apa-apa bencana akan berlaku ke atas orang itu atau ke atas mana-mana
orang lain, dan dengan jalan demikian itu mendorong dengan curangnya orang
yang didatangkan ketakutan itu supaya menyerahkan kepada mana-mana orang
apa-apa harta atau cagaran berharga atu sesuatu yang bertandatangan atau
bermeteri yang boleh dijadikan suatu cagaran berharga adalah melakukan
"pemerasan“
ELEMEN
Dengan sengaja
mendatangkan kepada mana-mana orang ketakutan bahawa apa-apa bencana
akan berlaku ke atas orang itu atau ke atas mana-mana orang lain.
Dorongan itu dilakukan dengan curang.
Dengan jalan demikian mendorong orang yang didatangkan ketakutan itu
menyerahkan kepada mana-mana orang apa-apa harta atau cagaran berharga
atau sesuatu yang bertandatangan atau bermeteri yang boleh dijadikan suatu
cagaran berharga
Penerangan
Kesalahan ini dilakukan dengan cara ialah pada peringkat permulaan memberi
sesuatu ketakutan kepada mangsa dan kemudian mendorongnya untuk
menyerahkan sesuatu harta berharga.
Niat dengan sengaja – rujuk sek. 39KK
Ketakutan bencana – rujuk sek.44KK- ketakutan itu bermaksud mangsa akan rasa
bimbang yang amat sangat sekiranya tidak menurut perintah atau kehendak
daripada tertuduh,sesuatu yang tidak di ingini akan berlaku kepadanya.
Sekiranya mangsa langsung tidak ada kebimbangan yang disebut seperti para (2),
ini bermakna kesalahan itu hanya satu ugutan sahaja.
"Orang itu" – secara langsung kepada mangsa. Bagi "orang-orang lain" bermakna
orang yang rapat atau ada kepentingan dengan mangsa.
Dengan curang – rujuk sek. 24 KK
Mendorong- bermakna melalui cara pujukan.
Harta – rujuk sek. 22KK
Cagaran berharga – rujuk sek. 30KK
SEK. 384 SEKSAAN BAGI PEMERASAN
Penjara yang boleh sampai 10 tahun atau denda, atau sebat atau mana-mana dua
daripada seksaan-seksaan itu.
SEK. 385 MENDATANGKAN KEPADA SESEORANG KETAKUTAN BENCANA
DENGAN TUJUAN HENDAK MELAKUKAN PEMERASAN
Barang siapa, dengan tujuan hendak melakukan pemerasan mendatangkan kepada
man-man orang, atau mencuba mendatangkan kepada mana-mana orang
ketakutan bahawa apa-apa bencana akan berlaku, hendaklah diseksa dengan
penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun atau dengan denda atau
dengan sebat atau dengan mana-mana dua daripada seksaan-seksaan itu.
ELEMEN
Dengan tujuan hendak mendatangkan kepada mana-mana orang ketakutan
bahawa apa-apa bencana akan berlaku. Tujuannya adalah hendak melakukan
pemerasan.
Penerangan
Dengan tujuan hendak- bermakna kesalahan ini telah pun berlaku tetapi tertuduh
masih tidak dapat apa-apa harta atau hasil bermakna ini adalah kesalahan
percubaan.
SEKSAAN
Penjara yang boleh sampai 7 tahun, atau denda, atau sebat atau mana-mana dua
daripada seksaan-seksaan itu.
SEK. 386 PEMERASAN DENGAN MENDATANGKAN KEPADA SESEORANG
KETAKUTAN PEMBUNUHAN ATAU CEDERA PARAH
Barang siapa melakukan pemerasan dengan mendatangkan kepada mana-mana
orang ketakutan bahawa ia atau mana-mana orang akan dibunuh atau dikenakan
cedera parah, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh
sampai empat belas tahun dan bolehlah juga dikenakan denda atau sebat.
ELEMEN
Mendatangkan kepada mana-mana orang ketakutan bahawa ia atau mana-mana
orang akan dibunuh atau dikenakan cedera parah.
Mendorong orang yang didatangkan ketakutan itu menyerahkan kepada mana-
mana orang apa-apa harta atau cagaran berharga atau sesuatu yang
bertandatanngan atau bermeteri yang boleh dijadikan suatu cagaran berharga.
Tertuduh melakukan itu dengan curang.
SEKSAAN
Penjara yang boleh sampai 14 tahun, dan bolehlah juga dikenakan denda atau
sebat
SEK. 387 MENDATANGKAN KEPADA SESEORANG KETAKUTAN
PEMBUNUHAN ATAU CEDERA PARAH DENGAN TUJUAN HENDAK
MELAKUKAN PEMERASAN
Barang siapa, dengan tujuan hendak melakukan pemerasan mendatangkan atau
mencuba mendatangkan kepada mana-mana orang ketakutan bahawa ia atau
mana-mana orang akan dibunuh atau dikenakan cedera parah, hendaklah diseksa
dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai sepuluh tahun, dan bolehlah
juga dikenakan denda atau sebat.
ELEMEN
Tertuduh melakukan sedemikian dengan tujuan hendak melakukan pemerasan.
Tertuduh mendatangkan atau cuba mendatangkan keakutan kepada mana-mana
orang bahawa ia atau mana-mana orang akan dibunuh atau dikenakan cedera
parah.
SEKSAAN
Penjara yang boleh sampai 10 tahun dan bolehlah juga dikenakan denda atau
sebat
DARIHAL ROMPAK DAN ROMPAK BERKUMPUL
Seksyen 390 Rompak
1.Dlm segala rompak ada kesalahan mencuri atau pemerasan
2.Kesalahan mencuri ialah “ Rompak” dgn tujuan hendak melakukan atau pada
melakukan kesalahan mencuri itu, atau pada membawa lari atau mencuba
mambawa lari harta yg didapati dgn jalan kesalahan itu, pesalah itu bermaksud dgn
sengaja menyebabkan atau cuba menyebabkan kepada mana-mana org dgn
kematian atau cedera atau halangan salah atau ketakutan bahawa pembunuhan
serta merta atau cedera serta merta atau halangan salah serta merta akan berlaku.
3. Pemerasan ialah “ Rompak” jika pesalah pada waktu itu melakukan pemerasan,
ada org dihadapan dgn mendatangkan ketakutan dan melakukan pemerasan
hingga mendatangkan ketakutan menyebabkan dibunuh serta merta, dicederakan
serta merta, atau dihalang salah serta merta supaya mendorong org yg dlm
ketakutan itu menyerahkan benda atau harta yg diperas.
Seksyen 391 Rompak Berkumpulan
Apabila dua org atau lebih bersama melakukan atau cuba
melakukan rompak atau org yg hadir bersama-sama melakukan
atau cuba melakukan rompak itu jumlahnya dua orang atau lebih
maka tiap-tiap org yg melakukan, cuba melakukan atau membantu
adalah dikira melakukan “ Rompak Berkumpulan.
Seksyen 392 Seksaan bagi rompak
Barang siapa melakukan rompak hendaklah disiksa dgn penjara
selama tempoh yg boleh sampai empat belas tahun, dan boleh
dikenakan denda dan sebat.
Seksyen 393 Mencuba melakukan rompak
Barang siapa mencuba melakukan rompak hendaklah disiksa dgn
penjara selama tempoh yg boleh sampai tujuh tahun, dan boleh
dikenakan denda.
Seksyen 394 Dengan sengaja menyebabkan cedera masa
melakukan rompak.
Barang siapa melakukan rompak atau pada mencuba melakukan
rompak, dgn sengaja menyebabkan cedera hendaklah disiksa dgn
penjara selama tempoh yg boleh sampai dua puluh tahun, dan
boleh dikenakan denda dan sebat.
Seksyen 395 Seksaan bagi rompak berkumpulan
Barang siapa mencuba melakukan rompak hendaklah disiksa dgn
penjara selama tempoh yg boleh sampai dua puluh tahun, dan
boleh dikenakan sebat.
Seksyen 405 Pecah Amanah Jenayah
Barang siapa, yabg dgn apa-apa cara telah diamanahkan dgn
harta sama ada sendirian atau bersama-sama dgn mana-mana org
lain, atau dgn apa-apa kuasa atas harta, dgn curangnya
menyalahgunakan harta itu atau menjadikanya kegunaan sendiri,
atau dgn curang menggunakan atau melepaskan harta itu dgn
melanggar apa-apa arahan undang-undang yg menetapkan cara
bagaimana amanah itu disempurnakan atau dgn sengaja
membiarkan mana-mana org lain berbuat demikian adalah
melakukan “ Pecah Amanah Jenayah”.
Seksyen 406 Seksaan Bagi Pecah Amanah Jenayah
Barang siapa melakukan pecah amanah jenayah hendaklah
disiksa dgn penjara selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun
dan sebat dan boleh dikenakan denda.
MENERIMA HARTA CURI
SEK. 410 HARTA CURI
Harta yang pemilikannya telah dipindahkan dengan jalan curi, atau dengan jalan
pemerasan, atau dengan jalan rompak, dan harta yang telah disalahgunakan secara
jenayah atau yang mengenainya pecah amanah jenayah atau tipu telah dilakukan,
adalah dinamakan "harta curi" sama ada pindaan itu telah dibuat atau salahguna atau
pecah amanah atau tipu itu telah dilakukan dalam atau di luar Malaysia. Tetapi jika
harta itu kemudiannya dimiliki oleh seseorang yang berhak di sisi undang-undang
memilikinya, maka harta itu tidaklah lagi menjadi harta curi.
Harta menjadi harta curi jika pemilikan harta itu dipindahkan dengan jalan:-
Curi;
Pemerasan;
Rompak;
Harta yang telah disalahgunakan secara jenayah;
Harta yang mengenainya pecah amanah jenayah telah dilakukan; atau
Harta yang mengenainya tipu telah dilakukan
Samada pindahan itu telah dibuat atau salahguna atau pecah amanah atau tipu itu
telah dilakukan dalam atau diluar Malaysia. Harta itu tidak lagi menjadi harta curi jika
harta itu kemudiannya dimiliki oleh seseorang yang berhak disisi undang-undang
memiliknya.
SEK. 411 MENERIMA HARTA CURI DENGAN CURANG
Barang siapa dengan curangnya menerima atau penyimpan apa-apa harta
curi, dengan mengetahui atau dengan ada sebab mempercayainya sebagai
harta curi, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh
sampai lima tahun, atau dengan denda selama tempoh yang boleh sampai
lima tahun, atau dengan denda atau dengan kedua-duanya, dan jika harta
curi itu sebuah kenderaan motor atau mana-mana bahagian komponen
sebuah kenderaan motor sebagaimana yang ditakrifkan dalam sek. 379A,
hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh tidak kurang dari enam
bulan dan tidak lebih dari lima tahun, dan bolehlah juga dikenakan denda.
ELEMEN
Harta itu telah dicuri.
Harta itu dengan curangnya telah diterima atau disimpan oleh tertuduh.
Tertuduh mengetahui atau ada sebab mempercayai harta itu adalah harta curi.
Bahawa seorang lain dari tertuduh memiliki harta curi itu sebelum tertuduh
mendapat pemilikan.
SEKSAAN
Penjara yang boleh sampai 5 tahun atau denda ataukedua-duanya. Jika harta curi
itu sebuah kenderaan motor atau mana-mana bahagian komponen sebuah
kenderaan motor sebagaimana takrif dalam Sek. 379A, hendaklah dipenjara
selama diantara 6 bulan hingga 7 tahun, dan bolehlah juga didenda.
SEK. 441 : PENCEROBOHAN JENAYAH
Barang siapa masuk ke dalam atau ke atas harta yang dimiliki oleh
seseorang lain dengan niat hendak melakukan sesuatu kesalahan atau
hendak menakutkan, mengaibkan atau menggusarkan mana-aman orang
yang memiliki harta itu, atau setelah dengan sah di sisi undang-undang
masuk ke dalam atau ke atas harta itu, tinggal di situ dengan menyalahi
undang-undang dengan niat dengan jalan demikian itu hendak menakutkan,
mengaibkan atau menggusarkan mana-mana orang itu, atau dengan niat
hendak melakukan sesuatu kesalahan, adalah dikatakan melakukan
‘pencerobohan jenayah’.
Elemen.
Masuk ke dalam atau ke atas harta yang dimiliki oleh seseorang lain. Jika
masuk ke dalam atau ke atas harta itu dengan sah di sisi undang- undang,
kemudian tinggal di situ dengan menyalahi undang-undang, Kemasukan itu
atau tinggal di situ dengan menyalahi undang-undang dengan niat :-
melakukan sesuatu kesalahan; atau menakutkan,mengaibkan atau
menggusarkan mana-mana orang yang memiliki harta itu.
SEK. 442 : PENCEROBOHAN RUMAH
Barang siapa melakukan pencerobohan jenayah dengan memasuki atau
tinggal di dalam mana-mana bangunan, khemah atau perahu yang
digunakan sebagai tempat kediaman manusia atau mana-mana bangunan
yang digunakan sebagai suatu tempat untuk sembahyang, atau suatu
tempat untuk simpanan harta benda adalah dikatakan melakukan
‘pencerobohan rumah’.
Elemen.
Tertuduh melakukan pencerobohan jenayah Pencerobohan jenayah itu
dilakukan dengan memasuki atau tinggal di dalam mana-mana bangunan,
khemah atau perahuan Bangunan, khemah atau perahuan itu digunakan
sebagai tempat kediaman manusia atau tempat untuk sembahyang atau
tempat untuk simpanan harta benda. Apa-apa bahagian tubuh tertuduh
memasuki tempat-tempat tersebut.
SEK. 445 : PECAH RUMAH
Seseorang yang melakukan pencerobohan rumah adalah dikata melakukan
‘pencerobohan rumah’, jika ia masuk ke dalam rumah itu atau mana-mana
bahagiannya dengan mana-mana daripada enam cara yang tersebut di bawah ini
atau jika setelah berada di dalam rumah itu atau mana-aman bahagiannya bagi
maksud melakukan sesuatu kesalahan, atau setelah melakukan sesuatu
kesalahan di dalamnya ia keluar dari rumah itu atau mana-mana bahagia dengan
mana-mana daripada enam cara itu:-
[a] jika ia masuk atau keluar melalui satu lubang yang dibuat olehnya, atau oleh
seseorang pensubahat dalam pencerobohan rumah itu bagi maksud melakukan
pencerobohan rumah itu.
[b] Jika ia masuk atau keluar melalui mana-mana lubang yang tidak dimaksudkan
oleh sesiapa, melainkan ia atau pensubahat kesalahan itu untuk jalan masuk bagi
bagi manusia atau melalui mana-mana lubang yang telah dapat dimasukinya
dengan jalan meragang atau memanjat mana-mana dinding atau bangunan.
[c] Jika ia masuk atau keluar melalui mana-mana lubang yang telah dibuka
olehnya atau oleh seseorang pensubahat dalam pencerobohan rumah itu,
bagi maksud melakukan pencerobohan rumah itu dengan apa-apa cara yang
tidak dimaksudkan oleh penduduk rumah itu baginya dibukanya.
[d] Jika ia masuk atau keluar dengan membuka mana-mana kunci bagi
maksud melakukan pencerobohan rumah itu atau bagi maksud keluar dari
rumah itu selepas melakukan pencerobohan rumah itu.
[e] Jika ia dapat masuk atau keluar dengan menggunakan kekerasan jenayah
atau melakukan sesuatu serangan atau dengan mengugut hendak
menyerang seseorang.
[f] Jika ia masuk atau keluar melalui mana-aman lubang yang diketahuinya
telah ditutup berkancing bagi menahan sesiapa masuk atau keluar dan yang
telah dibuka oleh atau oleh pensubahat dalam pencerobohan rumah itu.
Elemen.
Tertuduh melakukan pencerobohan jenayah
Tertuduh masuk ke dalam sebuah rumah atau mana-mana dari pada
enam cara yang tersebut di bawah ini, atau jika, setelah berada di
dalam rumah itu atau mana-mana bahagiannya bagi maksud melaku
kan, atau setelah melakukan sesuatu kesalahan di dalamnya, ia
keluar dari rumah itu atau mana-mana bahagiannya dengan mana-
mana daripada enam cara itu
Pertama - Jika ia masuk atau keluar melalui suatu lubang yang
dibuat olehnya, atau oleh seseorang pensubahat dalam
pencerobohan rumah itu.
Kedua - Jika ia masuk atau keluar melalui mana-mana lubang yang
telah dimaksudkan oleh sesiapa, melainkan ia atau pensubahat
kesalahan itu, untuk jalan masuk bagi manusia; atau melalui mana-
mana lubang yang telah dapat dimasukinya dengan jalan meragang
atau memanjat mana-mana dinding atau bangunan.
Ketiga - Jika ia masuk atau keluar melalui mana-mana lubang yang telah
dibuka olehnya atau oleh seseorang pensubahat dalam pencerobohan rumah
itu, bagi maksud melakukan pencerobohan rumah itu,dengan apa-apa cara
yang tidak dimaksudkan oleh penduduk rumah itu baginya dibukakan.
Keempat - Jika ia masuk atau keluar dengan membuka mana-mana kunci bagi
maksud melakukan pencerobohan rumah itu, atau bagi maksud keluar dari
rumah itu selepas melakukan pencerobohan rumah itu
Kelima - Jika ia dapat masuk atau keluar dengan menggunakan kekerasan
jenayah atau melakukan sesuatu serangan, atau dengan mengugut hendak
menyerang seseorang.
Keenam - Jika ia masuk atau keluar melalui mana-mana lubang yang
diketahuinya telah ditutup berkancing bagi menahan sesiapa masuk atau
keluar dan yang telah dibuka olehnya atau oleh pensubahat dalam
pencerobohan rumah itu.
SEK. 446 : PECAH RUMAH PADA WAKTU MALAM
Barang siapa melakukan pecah rumah selepas matahari masuk dan
sebelum matahari terbit, adalah dikata melakukan ‘pecah rumah pada
waktu malam’.
Elemen.
Tertuduh melakukan pecah rumah Kesalahan itu dilakukan selepas
matahari masuk dan sebelum matahari terbit.
SEK. 447 : SEKSAAN BAGI PENCEROBOHAN JENAYAH
Penjara yang boleh sampai 3 bulan, atau denda yang boleh sampai
RM 1,000 atau kedua-duanya.
SEK. 448 : SEKSAAN BAGI PENCEROBOHAN RUMAH
Penjara yang boleh sampai 1 tahun atau denda yang boleh sampai RM 2,000
atau kedua-duanya.
Penerangan.
Seksaan untuk Sek. 442KK.
Mulai seksyen ini sehingga Sek. 452KK – khusus kepada pencerobohan
rumah sahaja – rujuk Sek. 442KK.
SEK. 449 : PENCEROBOHAN RUMAH BAGI MAKSUD MELAKUKAN
KESALAHAN YANG BOLEH DI SEKSA DENGAN BUNUH
Barang siapa melakukan pencerobohan bagi maksud melaku kan sesuatu
kesalahan yang boleh diseksa dengan bunuh, hendak lah diseksa dengan
penjara yang boleh sampai dua puluh tahun dan bolehlah juga dikenakan
denda.
Elemen.
Tertuduh melakukan pencerobohan rumah.
Kesalahan itu dilakukan bagi maksud melakukan kesalahan yang boleh di
seksa dengan bunuh.
Penerangan.
Bunuh – rujuk Sek. 300KK.
Kesalahan yang boleh diseksa dengan bunuh. Contoh – Sek. 121, 121A, 302
& 396KK.
Niat untuk melakukan kesalahan boleh diseksa dengan bunuh mesti
dibuktikan.
Seksaan.
SEK. 450 : PENCEROBOHAN RUMAH BAGI MAKSUD MELAKUKAN
KESALAHAN YANG BOLEH DISEKSA DENGAN PENJARA SEUMUR HIDUP
Barang siapa melakukan pencerobohan rumah bagi maksud melaku
kan sesuatu kesalahan yang boleh diseksa dengan penjara seumur
hidup, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang tidak
lebih daripada sepuluh tahun, dan boleh juga dikenakan denda.
Elemen.
Tertuduh melakukan pencerobohan rumah. Kesalahan itu dilakukan
bagi maksud melakukan kesalahan yang boleh di hukum dengan
penjara seumur hidup.
Penerangan.
Bersamaan dengan Sek. 449KK, hanya berbeza dengannya ialah
kesalahan yang akan dipenjara.
Contoh, Sek. 121B, 122, 124, 304, 376, 395 dll.
Seksaan.
Penjara selama tidak lebih 10 tahun dan bolehlah juga dikenakan denda.
SEK. 451 : PENCEROBOHAN RUMAH BAGI MAKSUD
MELAKUKAN KESALAHAN YANG BOLEH DI SEKSA DENGAN PENJARA
Barang siapa melakukan pencerobohan rumah bagi maksud melakukan sesuatu
kesalahan yang boleh diseksa dengan penjara, hendaklah diseksa dengan
penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun dan bolehlah juga
dikenakan denda dan jika kesalahan yang dimaksud hendak dilakukan itu ialah
kesalahan mencuri, maka tempoh penjara itu bolehlah dilanjutkan hingga tujuh
tahun.
Elemen.
Tertuduh melakukan pencerobohan rumah. Kesalahan itu dilakukan bagi
maksud melakukan kesalahan yang boleh di hukum dengan penjara atau
kesalahan curi.
Penerangan.Seksyen ini sedikit berbeza dibandingkan dengan seksyen-seksyen
sebelum ini. Ia adalah peruntukan kesalahan mencuri selepas pecah rumah
dilakukan. Takrif kesalahan mencuri – rujuk Sek. 378KK.
Seksyen ini dijeniskan sebagai pencerobohan rumah dan mencuri pada waktu
siang hari tetapi tidak ada bersembunyi dilakukan.
Seksaan.
Penjara yang boleh sampai 2 tahun dan bolehlah juga di denda Jika kesalahan
yang dimaksudkan hendak dilakukan itu ialah mencuri, maka tempoh penjara itu
bolehlah dilanjutkan hingga 7 tahun.
SEK. 452 : PENCEROBOHAN RUMAH SETELAH PERSIAPAN
DI BUAT BAGI MENYEBABKAN CEDERA KEPADA SESEORANG
Elemen.
Tertuduh melakukan pencerobohan rumah Kesalahan itu dilakukan setelah
membuat persiapan bagi menyebabkan cedera kepada seseorang, atau
bagi menyerang seseorang, atau bagi menghalang dengan salah seseorang
atau bagi mendatangkan ketakutan kepada seseorang kepada cedera,
serangan atau halangan salah.
Seksaan.
Penjara yang boleh sampai 7 tahun dan bolehlah juga di denda

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

HAK ORANG MELAYU
HAK ORANG MELAYUHAK ORANG MELAYU
HAK ORANG MELAYUayuapiz
 
Konsep perlembagaan
Konsep perlembagaanKonsep perlembagaan
Konsep perlembagaanross
 
Undang-undang antarabangsa
Undang-undang antarabangsaUndang-undang antarabangsa
Undang-undang antarabangsafiro HAR
 
Nota lengkap tasawwur islam ting 5
Nota lengkap tasawwur islam ting 5Nota lengkap tasawwur islam ting 5
Nota lengkap tasawwur islam ting 5Muhammad Rezel Masah
 
Shariah - Perempuan yang haram dikahwini
Shariah - Perempuan yang haram dikahwiniShariah - Perempuan yang haram dikahwini
Shariah - Perempuan yang haram dikahwiniNaimAlmashoori
 
Jenayah Dalam Islam (Pendidikan Syariah Islamiah)
Jenayah Dalam Islam (Pendidikan Syariah Islamiah)Jenayah Dalam Islam (Pendidikan Syariah Islamiah)
Jenayah Dalam Islam (Pendidikan Syariah Islamiah)najwanabila
 
Konsep Pemilikan Dalam Islam
Konsep Pemilikan Dalam IslamKonsep Pemilikan Dalam Islam
Konsep Pemilikan Dalam IslamMahyuddin Khalid
 
Hudud,qisas,diat,dan takzir
Hudud,qisas,diat,dan takzirHudud,qisas,diat,dan takzir
Hudud,qisas,diat,dan takzirshashahussein
 
Format kertas cadangan/ proposal/kertas kerja
Format kertas cadangan/ proposal/kertas kerjaFormat kertas cadangan/ proposal/kertas kerja
Format kertas cadangan/ proposal/kertas kerjaNur Suhadah
 
Kertas kerja lawatan ke rumah anak yatim
Kertas kerja lawatan ke rumah anak yatimKertas kerja lawatan ke rumah anak yatim
Kertas kerja lawatan ke rumah anak yatimAmira Dolce Farhana
 
Nota kontrak – Pelepasan melalui doktrin kekecewaan
Nota kontrak – Pelepasan melalui doktrin kekecewaanNota kontrak – Pelepasan melalui doktrin kekecewaan
Nota kontrak – Pelepasan melalui doktrin kekecewaansurrenderyourthrone
 
Makanan halal menurut islam dan konsep halalan toyyiban
Makanan halal menurut islam dan konsep halalan toyyibanMakanan halal menurut islam dan konsep halalan toyyiban
Makanan halal menurut islam dan konsep halalan toyyibanSiti Nadzirah Md Supar
 
Sumber Yang Tidak Disepakati Oleh Ulama
Sumber Yang Tidak Disepakati Oleh UlamaSumber Yang Tidak Disepakati Oleh Ulama
Sumber Yang Tidak Disepakati Oleh UlamaInteger
 
Jenayah siber
Jenayah siber Jenayah siber
Jenayah siber Darx Sidez
 

Mais procurados (20)

Tort - Kacau ganggu (Nuisance)
Tort - Kacau ganggu (Nuisance)Tort - Kacau ganggu (Nuisance)
Tort - Kacau ganggu (Nuisance)
 
HAK ORANG MELAYU
HAK ORANG MELAYUHAK ORANG MELAYU
HAK ORANG MELAYU
 
Konsep perlembagaan
Konsep perlembagaanKonsep perlembagaan
Konsep perlembagaan
 
Undang-undang antarabangsa
Undang-undang antarabangsaUndang-undang antarabangsa
Undang-undang antarabangsa
 
Perbezaan Antara Sistem Ekonomi Islam vs Ekonomi Konvensional
Perbezaan Antara Sistem Ekonomi Islam vs Ekonomi KonvensionalPerbezaan Antara Sistem Ekonomi Islam vs Ekonomi Konvensional
Perbezaan Antara Sistem Ekonomi Islam vs Ekonomi Konvensional
 
Nota lengkap tasawwur islam ting 5
Nota lengkap tasawwur islam ting 5Nota lengkap tasawwur islam ting 5
Nota lengkap tasawwur islam ting 5
 
Shariah - Perempuan yang haram dikahwini
Shariah - Perempuan yang haram dikahwiniShariah - Perempuan yang haram dikahwini
Shariah - Perempuan yang haram dikahwini
 
Full assignment
Full assignmentFull assignment
Full assignment
 
Undang-undang siber
Undang-undang siberUndang-undang siber
Undang-undang siber
 
Jenayah Dalam Islam (Pendidikan Syariah Islamiah)
Jenayah Dalam Islam (Pendidikan Syariah Islamiah)Jenayah Dalam Islam (Pendidikan Syariah Islamiah)
Jenayah Dalam Islam (Pendidikan Syariah Islamiah)
 
Konsep Pemilikan Dalam Islam
Konsep Pemilikan Dalam IslamKonsep Pemilikan Dalam Islam
Konsep Pemilikan Dalam Islam
 
Hudud,qisas,diat,dan takzir
Hudud,qisas,diat,dan takzirHudud,qisas,diat,dan takzir
Hudud,qisas,diat,dan takzir
 
Format kertas cadangan/ proposal/kertas kerja
Format kertas cadangan/ proposal/kertas kerjaFormat kertas cadangan/ proposal/kertas kerja
Format kertas cadangan/ proposal/kertas kerja
 
Kertas kerja lawatan ke rumah anak yatim
Kertas kerja lawatan ke rumah anak yatimKertas kerja lawatan ke rumah anak yatim
Kertas kerja lawatan ke rumah anak yatim
 
Nota kontrak – Pelepasan melalui doktrin kekecewaan
Nota kontrak – Pelepasan melalui doktrin kekecewaanNota kontrak – Pelepasan melalui doktrin kekecewaan
Nota kontrak – Pelepasan melalui doktrin kekecewaan
 
Hutang (Muamalat)
Hutang (Muamalat)Hutang (Muamalat)
Hutang (Muamalat)
 
Bab 3. konsep ibadat
Bab 3. konsep ibadatBab 3. konsep ibadat
Bab 3. konsep ibadat
 
Makanan halal menurut islam dan konsep halalan toyyiban
Makanan halal menurut islam dan konsep halalan toyyibanMakanan halal menurut islam dan konsep halalan toyyiban
Makanan halal menurut islam dan konsep halalan toyyiban
 
Sumber Yang Tidak Disepakati Oleh Ulama
Sumber Yang Tidak Disepakati Oleh UlamaSumber Yang Tidak Disepakati Oleh Ulama
Sumber Yang Tidak Disepakati Oleh Ulama
 
Jenayah siber
Jenayah siber Jenayah siber
Jenayah siber
 

Mais de NaimAlmashoori

Az-Zahrawi / Abulcasis
Az-Zahrawi / AbulcasisAz-Zahrawi / Abulcasis
Az-Zahrawi / AbulcasisNaimAlmashoori
 
Penentangan rakyat pulau jawa terhadap Belanda
Penentangan rakyat pulau jawa terhadap BelandaPenentangan rakyat pulau jawa terhadap Belanda
Penentangan rakyat pulau jawa terhadap BelandaNaimAlmashoori
 
Islamic legal maxims- Qawaid Fiqhiyyah
Islamic legal maxims- Qawaid FiqhiyyahIslamic legal maxims- Qawaid Fiqhiyyah
Islamic legal maxims- Qawaid FiqhiyyahNaimAlmashoori
 
The imams of maqasid shariah 5 AH-8 AH
The imams of maqasid shariah 5 AH-8 AHThe imams of maqasid shariah 5 AH-8 AH
The imams of maqasid shariah 5 AH-8 AHNaimAlmashoori
 
Campur tangan British di Myanmar
Campur tangan British di MyanmarCampur tangan British di Myanmar
Campur tangan British di MyanmarNaimAlmashoori
 
School of History - Muslim Historiography
School of History - Muslim HistoriographySchool of History - Muslim Historiography
School of History - Muslim HistoriographyNaimAlmashoori
 
Introduction to Muslim Historiography
Introduction to Muslim HistoriographyIntroduction to Muslim Historiography
Introduction to Muslim HistoriographyNaimAlmashoori
 
Forms - Muslim Historiography
Forms - Muslim HistoriographyForms - Muslim Historiography
Forms - Muslim HistoriographyNaimAlmashoori
 
Nota Sejarah Polis Malaysia
Nota Sejarah Polis MalaysiaNota Sejarah Polis Malaysia
Nota Sejarah Polis MalaysiaNaimAlmashoori
 
Italy Occupation On Libya
Italy Occupation On LibyaItaly Occupation On Libya
Italy Occupation On LibyaNaimAlmashoori
 
Introduction to Usul Fiqh:Ijtihad
Introduction to Usul Fiqh:IjtihadIntroduction to Usul Fiqh:Ijtihad
Introduction to Usul Fiqh:IjtihadNaimAlmashoori
 
Introduction to Usul Fiqh : Amal ahl al-madinah
Introduction to Usul Fiqh : Amal ahl al-madinahIntroduction to Usul Fiqh : Amal ahl al-madinah
Introduction to Usul Fiqh : Amal ahl al-madinahNaimAlmashoori
 
Introduction to Usul Fiqh :Uruf as a source of law
Introduction to Usul Fiqh :Uruf as a source of lawIntroduction to Usul Fiqh :Uruf as a source of law
Introduction to Usul Fiqh :Uruf as a source of lawNaimAlmashoori
 
Introduction to Usul Fiqh :mahkum fih + mahkum alayh
Introduction to Usul Fiqh :mahkum fih + mahkum alayhIntroduction to Usul Fiqh :mahkum fih + mahkum alayh
Introduction to Usul Fiqh :mahkum fih + mahkum alayhNaimAlmashoori
 
Introduction to Usul Fiqh : istihsan
Introduction to Usul Fiqh : istihsanIntroduction to Usul Fiqh : istihsan
Introduction to Usul Fiqh : istihsanNaimAlmashoori
 
Introduction to Usul Fiqh : al hukm al-taklifi 2
Introduction to Usul Fiqh : al hukm al-taklifi 2Introduction to Usul Fiqh : al hukm al-taklifi 2
Introduction to Usul Fiqh : al hukm al-taklifi 2NaimAlmashoori
 
Introduction to Usul Fiqh :hukm taklifi 1
Introduction to Usul Fiqh :hukm taklifi 1Introduction to Usul Fiqh :hukm taklifi 1
Introduction to Usul Fiqh :hukm taklifi 1NaimAlmashoori
 
Introduction to Usul Fiqh : al hukm al-sharii
Introduction to Usul Fiqh : al hukm al-shariiIntroduction to Usul Fiqh : al hukm al-sharii
Introduction to Usul Fiqh : al hukm al-shariiNaimAlmashoori
 

Mais de NaimAlmashoori (20)

Az-Zahrawi / Abulcasis
Az-Zahrawi / AbulcasisAz-Zahrawi / Abulcasis
Az-Zahrawi / Abulcasis
 
Penentangan rakyat pulau jawa terhadap Belanda
Penentangan rakyat pulau jawa terhadap BelandaPenentangan rakyat pulau jawa terhadap Belanda
Penentangan rakyat pulau jawa terhadap Belanda
 
Abu Daud- Hadith
Abu Daud- HadithAbu Daud- Hadith
Abu Daud- Hadith
 
Islamic legal maxims- Qawaid Fiqhiyyah
Islamic legal maxims- Qawaid FiqhiyyahIslamic legal maxims- Qawaid Fiqhiyyah
Islamic legal maxims- Qawaid Fiqhiyyah
 
The imams of maqasid shariah 5 AH-8 AH
The imams of maqasid shariah 5 AH-8 AHThe imams of maqasid shariah 5 AH-8 AH
The imams of maqasid shariah 5 AH-8 AH
 
Campur tangan British di Myanmar
Campur tangan British di MyanmarCampur tangan British di Myanmar
Campur tangan British di Myanmar
 
School of History - Muslim Historiography
School of History - Muslim HistoriographySchool of History - Muslim Historiography
School of History - Muslim Historiography
 
Introduction to Muslim Historiography
Introduction to Muslim HistoriographyIntroduction to Muslim Historiography
Introduction to Muslim Historiography
 
Forms - Muslim Historiography
Forms - Muslim HistoriographyForms - Muslim Historiography
Forms - Muslim Historiography
 
Nota Sejarah Polis Malaysia
Nota Sejarah Polis MalaysiaNota Sejarah Polis Malaysia
Nota Sejarah Polis Malaysia
 
Abu Hamid Al-Gharnati
Abu Hamid Al-GharnatiAbu Hamid Al-Gharnati
Abu Hamid Al-Gharnati
 
Italy Occupation On Libya
Italy Occupation On LibyaItaly Occupation On Libya
Italy Occupation On Libya
 
Introduction to Usul Fiqh:Ijtihad
Introduction to Usul Fiqh:IjtihadIntroduction to Usul Fiqh:Ijtihad
Introduction to Usul Fiqh:Ijtihad
 
Introduction to Usul Fiqh : Amal ahl al-madinah
Introduction to Usul Fiqh : Amal ahl al-madinahIntroduction to Usul Fiqh : Amal ahl al-madinah
Introduction to Usul Fiqh : Amal ahl al-madinah
 
Introduction to Usul Fiqh :Uruf as a source of law
Introduction to Usul Fiqh :Uruf as a source of lawIntroduction to Usul Fiqh :Uruf as a source of law
Introduction to Usul Fiqh :Uruf as a source of law
 
Introduction to Usul Fiqh :mahkum fih + mahkum alayh
Introduction to Usul Fiqh :mahkum fih + mahkum alayhIntroduction to Usul Fiqh :mahkum fih + mahkum alayh
Introduction to Usul Fiqh :mahkum fih + mahkum alayh
 
Introduction to Usul Fiqh : istihsan
Introduction to Usul Fiqh : istihsanIntroduction to Usul Fiqh : istihsan
Introduction to Usul Fiqh : istihsan
 
Introduction to Usul Fiqh : al hukm al-taklifi 2
Introduction to Usul Fiqh : al hukm al-taklifi 2Introduction to Usul Fiqh : al hukm al-taklifi 2
Introduction to Usul Fiqh : al hukm al-taklifi 2
 
Introduction to Usul Fiqh :hukm taklifi 1
Introduction to Usul Fiqh :hukm taklifi 1Introduction to Usul Fiqh :hukm taklifi 1
Introduction to Usul Fiqh :hukm taklifi 1
 
Introduction to Usul Fiqh : al hukm al-sharii
Introduction to Usul Fiqh : al hukm al-shariiIntroduction to Usul Fiqh : al hukm al-sharii
Introduction to Usul Fiqh : al hukm al-sharii
 

Último

Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTIndraAdm
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxmawan5982
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxmawan5982
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1udin100
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxsukmakarim1998
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDNurainiNuraini25
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxssuser35630b
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5ssuserd52993
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..ikayogakinasih12
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptxHendryJulistiyanto
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 

Último (20)

Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 

SEKSYEN 120A PAKAT JAHA

  • 1. PAKAT JAHAT JENAYAH SEKSYEN 120A/B Seksyen 120A Takrif Pakat jahat Jenayah Apabila dua orang atau lebih daripada dua orang bersetuju melakukan atau menyebabkan supaya melakukan:- (a) suatu perbuatan yang menyalahi undang-undang atau (b) suatu perbuatan yang tidak menyalahi undang-undang dengan jalan menyalahi undang-undang, maka persetujuan yang demikian itu adalah dinamakan pakat jahat jenayah: Dengan syarat bahawa apa-apa jua persetujuan, kecuali suatu persetujuan bagi melakukan sesuatu kesalahan, tidaklah terjumlah kepada suatu pakat jahat jenayah melainkan jika sesuatu perbuatan selain daripada persetujuan itu dilakukan oleh satu atau beberapa pihak yang membuat persetujuan itu pada menurut persetujuan itu.
  • 2. KESALAHAN-KESALAHAN TERHADAP NEGARA Seksyen 121 Berperang atau mencuba berperang atau menyubahati perang melawan Yang di-Pertuan Agong, Raja atau Yang di-Pertua Negeri. Barang siapa berperang atau cuba berperang atau menyubahati perang melawan Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Raja atau Yang di-Pertua Negeri, hendaklah diseksa dgn bunuh atau penjara seumur hidup jika tidak disiksa dgn bunuh dan bolehlah juga dikenakan denda.
  • 3. KESALAHAN-KESALAHAN TERHADAP NEGARA Seksyen 121 A kesalahan-kesalahan terhadap tubuh Yang di-Pertuan Agong atau Yang d-Pertua Negeri. Barang siapa merancang, mengada-ada, mereka-reka, berikhtiar atau berusaha akan kematian atau kecederaan atau penjaraan atau terhalang Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Raja atau Yang di-Pertua Negeri, bakal- bakal atau penganti-penganti mereka hendaklah diseksa dgn bunuh dan bolehlah juga dikenakan denda.
  • 4. Kesalahan Terhadap Tubuh Manusia DARIHAL CEDERA PENDAHULUAN Seksyen 319 - 338 berkaitan dengan kesalahan-kesalahan terhadap tubuh badan. Kesalahan-kesalahan tersebut boleh dibahagikan kepada tajuk-tajuk berikut :- Cedera : Seksyen 319, 321, 323, 324, 327, 328, 330 dan 332 Cedera Parah : Seksyen 320, 322, 325, 326, 329, 331 dan 333; Cedera atau cedera parah atau bangkitan marah (provokasi) Seksyen 334- 335; dan Gopoh atau cuai menyebabkan cedera atau cedera parah; Seksyen 336 - 338.
  • 5. Sek. 319 CEDERA Barang siapa menyebabkan kesakitan, penyakit, atau kelemahan tubuh kepada seseorang adalah dikata menyebakan cedera. ELEMEN Tertuduh menyebabkan kesakitan, penyakit atau kelemahan tubuh kepada seseorang. Contoh: Tikaman dengan senjata ke atas tuuh seseorang ( menyebabkan kesakitan ) Menyimbah air panas ke atas seseorang (menyebabkan kesakitan). Memberi minum copper sulphate kepada seseorang (menyebabkan kelemahan tubuh). ULASAN Tidak semestinya berlaku persentuhan fizikal diantara tertuduh dengan mangsa bagi menyebabkan berlakunya cedera. Di dalam seksyen ini ‘actus reus’ yang menyebabkan menjadi kesalahan adalah kesakitan pada tubuh badan, penyakit atau kelemahan pada tubuh badan kepada seseorang. Manakala ‘mens rea’ pula adalah niat untuk menyebabkan cedera dan pengetahuannya tentang kecederaan akan terjadi kepada sesiapa yang dicederakan
  • 6. SEK. 320 CEDERA PARAH ELEMEN Hanya jenis-jenis cedera yang berikut sahaja dinamakan "parah" – Pertama - Hilang tenaga kelakian. Ketua - Hilang selama-lamanya penglihatan salah atau mata. Ketiga - Hilang selama-lamanya pendengaran salah satu telinga. Keempat - Hilang sesuatu anggota atau sendi. Kelima - Binasa atau lemah selama-lamanya daya sesuatu anggota atau sendi Keenam - Cacat selama-lamanya kepala atau muka. Ketujuh - Patah atau retak tulang atau selisih sendi. Kelapan - Apa-apa cedera yang membahayakan nyawa atau yang menyebabkan orang yang tercedera itu menderita kesakitan tubuh yang amat sangat atau tidak boleh menjalankan pekerjaannya yang biasa selama 20 hari.
  • 7.
  • 8. SEK. 321 DENGAN SENGAJA MENYEBABKAN CEDERA Barang siapa melakukan apa-apa perbuatan dengan niat dengan jalan demikian itu hendak menyebabkan cedera kepada seseorang, atau dengan mengetahui bahawa ia mungkin dengan jalan demikian itu menyebabkan cedera kepada seseorang adalah dikatakan "dengan sengaja menyebabkan cedera“ ELEMEN Tertuduh dengan perbuatannya menyebabkan kesakitan, penyakit atau kelemahan tubuh kepada seseorang. Tertuduh melakukan perbuatan itu dengan niat atau dengan mengetahui ia mungkin menyebabkan cedera.
  • 9. SEK. 322 DENGAN SENGAJA MENYEBABKAN CEDERA PARAH Barang siapa dengan sengaja menyebabkan, cedera jika cedera yang ia bermaksud hendak menyebabkan atau ketahui mungkin menyebabkan itu ialah cedera parah, dan jika cedera yang ia sebabkan itu ialah cedera parah, adalah dikatakan "dengan segaja menyebabkan cedera parah". ELEMEN Tertuduh menyebabkan cedera dari sebarang jenis yang dihuraikan di bawah Sek. 320. Tertuduh mempunyai niat atau mengetahui mungkin menyebabkan cedera parah dari sebarang jenis yang dihuraikan. Tertuduh melakukannya denan sengaja.
  • 10. SEK. 323 SEKSAAN KERANA DENGAN SENGAJA MENYEBABKAN CEDERA Barang siapa, kecuali dalam hal yang diperuntukkan oleh Seksyen 334, dengan sengaja menyebabkan cedera, hendaklah di seksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai setahun, atau dengan denda yang boleh sampai dua ribu ringgit, atau dengan kedua-duanya. Penjelasan Sekyen ini menerangkan seksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera. KES: MUHAMMAD IBRAHIM LWN SHAIK DAVOOD (1920 44 MD 27) Ibrahim, penjaga kedai, berkedai, berkelahi dengan isterinya. Dalam perkelahian itu, Ibrahim mengetuk kepada isterinya dengan besi seberat 250 gm menyebabkan isterinya mati. Doktor mengesahkan bahawa kecederaan yang dialami oleh si mati hanyalah kecederaan ringan dan tidak ada bukti bahawa kematiannya disebabkan oleh kecederaan yang dialaminya. KEPUTUSAN: Ibrahim bersalah di bawah seksyen 323 sahaja dan bukan kesalahan membunuh di bawah seksyen 302 K.K.
  • 11. SEK. 324 DENGAN SENGAJA MENYEBABKAN CEDERA DENGAN JALAN MENGGUNAKAN SENJATA ATAU LAIN-LAIN BENDA YANG MERBAHAYA Barang siapa, kecuali dalam hal yang diperuntukkan oleh Seksyen 334, dengan sengaja menyebabkan cedera dengan jalan menggunakan apa-apa alat untuk menembak, menikam, atau memotong, atau apa- apa alat yang, jika digunakan seagai senjata untuk menyerang, mungkin menyebabkan kematian, atau dengan jalan menggunakan api atau apa-apa benda melecur, atau dengan jalan menggunakan apa-apa racun atau apa-apa benda letupan, atau dengan jalan menggunakan apa-apa benda yang merbahaya kepada tubuh manusia apabila dihisap, ditelan atau dimasukkan ke dalam darahnya, atau dengan jalan menggunakan apa-apa haiwan, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga tahun, atau dengan mana-mana dua daripada seksaan-seksaan itu.
  • 12.
  • 13. ELEMEN Tertuduh dengan perbuatannya menyebabkan kesakitan, penyakit atau kelemahan tubuh kepada seseorang. Tertuduh melakukan perbuatan itu dengan niat atau dengan mengetahui akan menyebabkan kesakitan, dll. Tertuduh menyebabkannya dengan menggunakan sesuatu alat untuk menembak, menikam atau memotong; atau alat yang jika digunakan sebagai senjata mungkin menyebabkan kematian; atau dengan jalan menggunakan api, dll; atau dengan jalan menggunakan racun, dll; atau dengan jalan menggunakan apa-apa benda yang merbahaya kepada tubuh manusia apabila dihisap, dll; SEKSAAN Penjara yang boleh sampai 3 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan-seksaan itu. ULASAN Seksyen ini berkaitan dengan sengaja mendatangkan cedera dengan menggunakan alat yang jika digunakan alat yang jika digunakan untuk menyerang mungkin menyebabkan kematian. Alat itu mestilah dari jenis yang mungkin menyebabkan kematian.
  • 14. SEK. 325 SEKSAAN KERANA DENGAN SENGAJA MENYEBABKAN CEDERA PARAH Barang siapa, kecuali dalam hal yang diperuntukkan oleh Seksyen 335, dengan sengaja menyebabkan cedera parah, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun, dan bolehlah juga dikenakan denda. Kesalahan di bawah seksyen ini terletak di antara cedera dan mendatangkan kematian. Bagi mendapatkan sabitan, mestilah ditunjukkan tertuduh menyebabkan cedera parah kepada mangsa. Adalah menjadi tugas Mahkamah memutuskan samada cedera yang disebabkan itu adalah cedera parah berdasarkan dari fakta dan keterangan pegawai perubatan. KES: EMPRESS OF INDIA LWN IDU EG. ILR (1881) 3 ALL 776 (HC, ALLAHARS, INDIA) Idu Beg memukul di bahagian kiri badan isterinya dengan hentakan yang kuat dan bertenaga. Pukulan ini menyebabkan isterinya mati dengan serta merta. KEPUTUSAN: Idu Beg bersalah di bawah seksyen ini kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah pada isterinya.
  • 15. SEK. 326 DENGAN SENGAJA MENYEBABKAN CEDERA PARAH DENAN JALAN MENGGUNAKAN SENJATA ATAU LAIN-LAIN BENDA YANG MERBAHAYA Barang siapa, kecuali dalam hal yang diperuntukkan oleh Seksyen 335, dengan sengaja menyebabkan cedera parah dengan jalan menggunakan apa-apa alat untuk menembak, menikam, atau memotong, atau apa-apa alat yang, jika digunakan sebagai senjata untuk menyerang, mungkin menyebabkan kematian, atau dengan jalan menggunakan api atau apa-apa benda hangat, atau dengan jalan menggunakan apa-apa racun atau apa-apa benda melecur, atau dengan jalan menggunakan apa-apa benda yang merbahaya kepada tubuh manusia apabila dihisap, ditelan atau dimasukkan ke dalam darahnya, atau dengan jalan menggunakan apa-apa haiwan, hendaklah diseksa dengan penjara yang boleh sampai dua puluh tahun dan bolehlah juga dikenakan denda atau sebat.
  • 16. ELEMEN Tertuduh menyebabkan cedera parah kepada seseorang. Cedera parah itu disebabkan dengan sengaja. Cedera parah itu disebabkan dengan sesuatu alat untuk menembak, dll; atau apa-apa alat yang jika digunakan seagai senjata untuk menyerang, mungkin menyebabkan kematian; atau dengan jalan menggunakan api, dll; atau dengan jalan menggunakan apa-apa racun, dll; atau dengan jalan menggunakan apa-apa racun, dll; atau dengan jalan menggunakan apa-apa benda yang merbahaya kepada tubuh manusia apabila dihisap, dll; atau dengan jalan menggunakan apa- apa haiwan. SEKSAAN Penjara yang boleh sampai 20 tahun dan bolehlah dikenakan denda atau sebat. ULASAN Seksyen ini sama dengan sek. 324 yang berbeza ialah cedera yang disebabkan di bawah seksyen ini ialah cedera parah.
  • 17. SEK. 327 DENGAN SENGAJA MENYEBABKAN CEDERA BAGI MEMAKSA SUPAYA PERBUATAN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG DILAKUKAN. Barang siapa, dengan sengaja menyebabkan cedera kepada seseorang bagi maksud hendak memeras daripada orang itu, atau daripada seseorang yang ada kepentingan dengan orang itu, apa-apa harta atau cagaran berharga, atau hendak memaksa orang itu, atau seseorang yang ada kepentingan dengan orang itu, supaya melakukan sesuatu perkara yang menyalahi undang-undang, atau yang boleh menyenangkan sesuatu kesalahan dilakukan, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai sepuluh tahun, dan bolehlah juga dikenakan denda atau sebat. ELEMEN Tertuduh menyebabkan cedera Tertuduh menyebabkan cedera tersebut bagi maksud memeras daripada seseorang atau daripada seseorang yang ada kepentingan dengan orang itu apa-apa harta atau cagaran berharga; atau memaksa orang itu atau seseorang yang ada kepentingan dengan orang itu supaya melakukan sesuatu perkara yang menyalahi undang- undang; atau menyenangkan sesuatu kesalahan dilakukan. SEKSAAN Penjara yang boleh sampai 10 tahun dan bolehlah juga dikenakan denda atau sebat
  • 18. SEK. 328 MENYEBABKAN CEDERA DENGAN ALAT MENGGUNAKAN RACUN, DSB, DENGAN NIAT HENDAK MELAKUKAN KESALAHAN Barang siapa mengenakan kepada seseorang atau menyebabkan supaya dimakan oleh seseorang, apa-apa racun atau apa-apa dadah atau lain-lain benda yang menghilangkan akal, yang memabukkan atau yang merosakan kesihatan, dengan niat hendak menyebabkan cedera kepada orang itu, atau dengan niat hendak melakukan atau menyenangkan sesuatu kesalahan dilakukan, atau dengan mengetahui mungkin bahawa ia akan dengan jalan demikian itu menyebabkan cedera, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai sepuluh tahun, dan bolehlah juga dikenakan denda. ELEMEN Tertuduh mengenakan atau menyebabkan seseorang memakan sesuatu bahan. Bahawa bahan tersebut adalah racun, atau lain-lain benda yang menghilangkan akal, memabukkan atau yang merosakkan kesihatan. Tertuduh melakukan sedemikian dengan niat menyebabkan cedera atau mengetahui mungkin bahawa ia akan dengan jalan demikian itu menyebabkan cedera atau niat hendak melakukan atau menyenangkan sesuatu kesalahan dilakukan. SEKSAAN Penjara yang boleh sampai 10 tahun dan bolehlah juga didenda.
  • 19. ULASAN Seksyen ini bertujuan terutamanya menghukum penjenayah yang merompak atau mencabul kehormatan orang ramai dengan menghilangkan akal mereka dengan jalan mengenakan dadah, yang menyenangkan sesuatu kesalahan dilakukan dan menghalangnya dari dikesan. KES ILUSTRASI Di dalam kes Hanumakka AIR 1943 Mad 396 seorang isteri telah mencampurkan serbuk aconite ke dalam makanan suaminya dengan niat hendak mendatangkan kelemahan tubuh kepada suaminya, dengan itu suaminya berada di bawah penguasaannya. Akibatnya suaminya mati. Diputuskan oleh Mahkamah bahawa si isteri bersalah di bawah seksyen dan tidak di bawah kesalahan homisid oleh kerana niat si isteri hanyalah hendak mendatangkan kelemahan kepada tubuh.
  • 20. SEK. 329 DENGAN SENGAJA MENYEBABKAN CEDERA PARAH BAGI MEMERAS HARTA, ATAU BAGI MEMAKSA SUPAYA PERBUATAN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG DILAKUKAN. Barang siapa dengan segaja menyebabkan cedera parah kepada seseorang bagi maksud hendak memeras daripada orang itu, atau daripada seseorang yang ada kepentingan dengan orang itu, apa-apa harta atau cagaran berharga, atau hendak memaksa orang itu, atau seseorang yang ada kepentingan dengan orang itu, supaya melakukan seseuatu perkara yang menyalahi undang-undang, atau yang menyenangkan sesuatu kesalahan dilakukan, hendaklah diseksa dengan penjara yang boleh sampai dua puluh tahun dan bolehlah juga dikenakan denda atau sebat. ELEMEN Bahawa cedera parah disebabkan oleh tertuduh bahawa ia dilakukan dengan sengaja.Tertuduh melakukannya dengan maksud memeras daripada seseorang atau orang yang ada kepentingan dengan orang itu atau memaksa orang itu atau orang yang ada kepentingan dengannya melakukan perkara yang menyalahi undang- undang atau menyenangkan sesuatu kesalahan dilakukan. SEKSAAN Penjara yang boleh sampai 20 tahun dan bolehlah juga dikenakan denda atau sebat.
  • 21. SEK. 330 DENGAN SENGAJA MENYEBABKAN CEDERA BAGI MEMERAS PENGAKUAN BERSALAH ATAU BAGI MEMAKSA SUPAYA HARTA DIPULANGKAN. ELEMEN Tertuduh dengan sengaja menyebabkan cedera. Tertuduh menyebabkan cedera bagi memeras daripada seseorang atau orang yang ada kepentingan dengan orang itu apa-apa pengakuan bersalah atau maklumat yang boleh membawa kepada diketahui sesuatu kesalahan atau salahlaku, atau bagi maksud memaksa orang sedemikian memulangkan apa-apa harta atau cagaran berharga, atau supaya memberi maklumat yang boleh membawa kepada pemulangan apa-apa harta atau cagaran berharga. SEKSAAN Penjara yang boleh sampai 7 tahun dan bolehlah juga didenda
  • 22. ULASAN Matlamat utama seksyen ini adalah untuk mencegah penyeksaan oleh anggota polis. Tetapi seksyen ini meliputi semua jenis penyeksaan walau apa jua maksud tujuan seksaan itu. Maklumat yang dicari mungkin untuk mencapai keadilan tetapi undang-undang tidak bertolakansur terhadap penggunaan cara sedemikian. Harta yang dipaksa dipulangkan mungkin harta pesalah yang dipinjam oleh pengadu tetapi pengadu enggan memulangkan nya dengan cara menyalahi undang-undang. Tuntutan itu mungkin tuntutan yang berpatutan tetapi undang-undang tidak bertoleransi dengan penggunaan cara-cara yang dinyatakan yang boleh dihukum di bawah seksyen ini. KES ILUSTRASI LAI KIM HON & Ors v PP Tertuduh seorang Cif Inspektor bersama beberapa orang anggota pasukan penyiasat telah memukul seorang tahanan semasa menyoalsiasat. Akibatnya tahanan mati. Mereka dituduh di bawah Sek. 330 dibaca bersama Sek. 324. Diputuskan, tertuduh bersalah di bawah Sek. 330 oleh kerana tiada niat hendak menyebabkan kematian
  • 23. SEK. 332 DENGAN SENGAJA MENYEBABKAN CEDERA BAGI MENAKUTKAN PENJAWAT AWAM DARIPADA MENJALANKAN KEWAJIPANNYA ELEMEN Tertuduh dengan sengaja menyebabkan cedera kepada seseorang penjawat awam. Cedera itu disebabkan: Semasa penjawat awam itu menjalankan kewajipannya sebagai penjawat awam, atau dengan niat hendak menahan atau menakutkan penjawat awam itu atau seseorang penjawat awam lain daripada menjalankan kewajipannya sebagai penjawat awam, atau oleh sebabsesuatu perkara yang dilakukan atau cuba dilakukan oleh penjawat awam itu tatakala menjalankan kewajipan dengan sah disisi undang-undang sebagai penjawat awam.
  • 24. SEKSAAN Penjara yang boleh sampai 3 tahun atau denda atau kedua-duanya, Perlindungan yang diberi oleh seksyen ini tidak hanya kepada seseorang penjawat awam bahkan juga kepada seseorang yang bertindak di bawah arahan seorang penjawat awam dengan suci hati. KES ILUSTRASI Di dalam kes Srinivasa Chetty LN AIR 1070 Mad 359, Inspektor Majlis Bandaran merampas sebuah basikal seorang budak oleh kerana tidak mempunyai lesen. Tertuduh dan bapa budak itu telah menampar pipi pengadu dan dengan cara paksa mengambil semula basikal tersebut. Keterangan menunjukkan Inspektor tersebut telah menjalankan tugas sebagai penjawat awam. Diputuskan tertuduh bersalah di bawah Sek. 332.
  • 25. Kesalahan Terhadap Tubuh Manusia SEK. 339 HALANGAN SALAH Barang siapa dengan sengaja menggalang seseorang bagi menahan orang itu daripada pergi ke arah mana-mana yang orang itu berhak pergi, adalah dikatakan menghalang orang itu dengan salah. Kecualian - Menggalang sesuatu jalan persendirian atas darat atau atas air, yang seseorang percaya dengan suci hati ia ada hak yang sah di sisi undang-undang bagi menghalang, tidaklah menjadi suatu kesalahan dalam erti seksyen ini. MISALAN A menghalang suatu jalan yang Z ada hak melalui manakala A tidak percaya dengan suci hati yang ia ada hak menutup jalan itu. Dengan demikian Z adalah tertahan daripada melaluinya. A adalah menghalang Z dengan salah. ELEMEN Tertuduh dengan segaja menggalang seseorang Galangan itu menahan orang itu pergi ke mana-mana arah yang ia berhak pergi.
  • 26. SEK. 340 PENGURUNGAN SALAH Barang siapa menghalang dengan salah seseorang secara yang menahan orang itu keluar dari sesuatu had yang terlingkung, adalah dikatakan "mengurung dengan salah" orang itu. MISALAN-MISALAN A menyebabkan Z masuk ke dalam suatu tempat yang berdinding kelilingnya dan kunci Z di dalamnya. Dengan demikian Z adalah tertahan daripada keluar dari lingkungan dinding itu sama sekali. A adalah mengurung Z dengan salah. A tempatkan orang-orang dengan senjata-senjata api di jalan-jalan keluar dari sebuah bangunan dan beritahu Z bahawa mereka akan menembak Z jika Z cuba meninggalkan bangunan itu. A adalah mengurung Z dengan salah. ELEMEN Tertuduh menghalang dengan salah seseorang. Halangan menahan orang itu keluar dari sesuatu had yang terlingkung
  • 27. SEK. 341 SEKSAAN BAGI HALANGAN SALAH Barang siapa menghalang seseorang dengan salah hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai sebulan, atau dengan denda yang boleh sampai seribu ringgit, atau dengan kedua-duanya. ELEMEN Tertuduh menghalang seseorang Halangan tersebut menahan orang itu dari pergi ke arah yang ia berhak pergi. Tertuduh menyebabkan halangan tersebut dengan segaja. SEKSAAN Penjara yang boleh sampai sebulan atau denda yang boleh sampai RM1000 atau kedua-duanya.
  • 28. SEK. 342 SEKSAAN BAGI PENGURUNGAN SALAH Barang siapa mengurung seseorang dengan salah hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai setahun, atau dengan denda yang boleh sampai dua ribu ringgit, atau dengan kedua-duanya. ELEMEN Tertuduh menghalang seseorang. Bahawa halangan sedemikian adalah dengan sengaja. Akibat dari halangan tersebut ialah menahan orang itu dari pergi melebihi sesuatu had. Halangan tersebut adalah dengan salah. SEKSAAN Penjara yang boleh sampai 1 tahun atau denda yang boleh sampai RM2,000 atau kedua-duanya
  • 29. SEK. 343 PENGURUNGAN SALAH SELAMA TIGA HARI ATAU LEBIH Barang siapa mengurung seseorang dengan salah selama tiga hari atau lebih, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya. ELEMEN Elemen serupa sebagaimana elemen di Sek. 342 dan seterusnya pengurungan tersebut di dalam tempoh 3 hari atau lebih. SEKSAAN Penjara yang boleh sampai 2 tahun atau denda atau kedua-duanya.
  • 30. SEK. 344 PENGURUNGAN SALAH SELAMA SEPULUH HARI ATAU LEBIH Barang siapa mengurung seseorang dengan salah selama sepuluh hari atau lebih, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga tahun, dan bolehlah juga dikenakan denda. ELEMEN Elemen serupa sebagaimana di Sek. 342 dan seterusnsya pengurungan tersebut di dalam tempoh 10 hari atau lebih. SEKSAAN Penjara yang boleh sampai 3 tahun dan bolah juga dikenakan denda.
  • 31. SEK. 345 PENGURUNGAN SALAH MENGENAI ORANG YANG MANA WRIT UNTUK PEMBEBASANNYA TELAH DIKELUARKAN. Barang siapa mengurung seseorang dengan salah dengan mengetahui bahawa suatu writ untuk pembebasan orang itu telah sempurna dikeluarkan, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun, selain daripada apa-apa tempoh penjara yang ia boleh dikenakan di bawah mana-mana seksyen lain Kanun ini. ELEMEN Tertuduh mengurung seseorang di dalam kurungan. Kurungan sedemikian adalah salah. Writ untuk pembebasan telah pun dikeluarkan. Tertuduh mengetahui tentang writ sedemikian bila ia mengurung orang itu dengan salah. SEKSAAN Penjara yang boleh sampai 2 tahun, selain dari apa-apa tempoh penjara ia boleh dikenakan di bawah mana-mana seksyen lain kanun ini.
  • 32. SEK. 346 PENGURUNGAN SALAH DALAM SULIT Barang siapa mengurung seseorang dengan salah secara yang menunjukkan suatu niat bahawa pengurungan orang itu tidak boleh diketahui oleh seseorang yang ada kepentingan dengan orang yang dikurung itu, atau oleh seseorang penjawat awam, atau bahawa tempat pengurungan itu tidak boleh diketahui atau dijumpai oleh mana-mana orang yang tersebut itu atau mana-mana penjawat awam, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun, selain daripada apa-apa seksaan lain yang ia boleh dikenakan bagi pengurungan salah itu. ELEMEN Pengurungan itu atau tempat pengurungan itu adalah sulit kepada seseorang orang yang ada kepentingan dengan orang yang dikurung itu, atau Seseorang penjawat awam SEKSAAN Apa-apa seksaan yang boleh dikenakan bagi pengurungan salah sebagai tambahan, penjara yang boleh sampai 2 tahun.
  • 33. SEK. 347 PENGURUNGAN SALAH BAGI MAKSUD MEMERAS HARTA ATAU HENDAK MEMAKSA SUPAYA PERBUATAN YANG MENYALAH UNDANG UNDANG DILAKUKAN Barang siapa mengurung seseorang dengan salah bagi maksud hendak memeras daripada orang yang dikurung itu, atau daripada seseorang yang ada kepentingan dengan orang yang dikurung itu apa-apa harta atau cagaran berharga, atau hendak memaksa orang yang dikurung itu, atau seseorang yang ada kepentingan dengan orang yang dikurung itu supaya melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang atau supaya memberi apa-apa maklumat yang mungkin menyenangkan sesuatu kesalahan dilakukan, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang bolehsampai tiga tahun, dan bolehlah juga dikenakan denda. ELEMEN Pengurungan tersebut bertujuan memeras daripada orang yang dikurung atau seseorang yang ada kepentingan dengan orang yang dikurung. Apa-apa harta, atau Cagaran berharga; atau Memaksa melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang atau supaya memberi apa-apa maklumat yang mungkin menyenangkan sesuatu kesalahan dilakukan. SEKSAAN Penjara yang boleh sampai 3 tahun dan hendaklah juga dikenakan denda
  • 34. Seksyen 354 Menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada seseorang dgn niat hendak mencabul kehormatan. Barang siapa menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kpd mana- mana org, dgn maksud hendak mencabul atau dgn mengatahui mkin bahawa ia akan dgn jln demikian itu mencabul kehormatan org itu, hendaklah disiksa dgn penjara selama tempoh yg boleh sampai sepuluh tahun, atau denda atau dgn sebat, atau dgn mana-mana daripada siksaan itu.
  • 35. SEK. 348 PENGURUNGAN SALAH BAGI MAKSUD HENDAK MEMERAS PENGAKUAN BERSALAH ATAU HENDAK MEMAKSA SUPAYA HARTA DIPULANGKAN Barang siapa mengurung seseorang dengan salah bagi maksud hendak memeras daripada orang yang dikurung itu, atau daripada seseorang yang ada kepentingan dengan orang yang dikurung itu, apa-apa pengakuan bersalah atau apa-apa maklumat yang mungkin membawa kepada diketahui sesuatu kesalahan atau salahlaku, atau bagi maksud hendak memaksa orang yang dikurung itu atau seseorang yang ada kepentingan dengan orang yang dikurung itu supaya memulangkan atau menyebab dipulangkan apa-apa harta atau cagaran berharga, atau supaya memberi apa-apa maklumat yang boleh membawa kepada pemulangan apa-apa harta atau cagaran berharga, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga tahun, dan bolehlah juga dikenakan denda.
  • 36. ELEMEN Serupa sebagaimana elemen (1) hingga (4) di Sek. 342 dan seterusnya :- Pengurungan tersebut adalah bagi maksud memeras daripada orang yang dikurung itu atau daripada seseorang yang ada kepentingan dengan orang yang dikurung apa-apa pengakuan bersalah; atau mendapatkan apa-apa maklumat yang mungkin membawa kepada diketahui sesuatu kesalahan atau salahlaku; atau memaksa supaya memulangkan atau menyebabkan dipulangkan apa-apa harta atau cagaran berharga atau menunaikan apa-apa tuntutan atau permintaan; supaya memberi maklumat yang boleh membawa kepada pemulangan apa-apa harta atau cagaran berharga. SEKSAAN Penjara yang boleh sampai 3 tahun dan bolehlah juga dikenakan denda.
  • 37. DARIHAL PENCOLEKAN, MELARIKAN ORANG, KEABDIAN SEK. 359 PENCOLEKAN Pencolekan adalah dua jenis: Pencolekan dari Malaysia, dan pencolekan dari penjagaan yang sah di sisi undang-undang. Ada 2 jenis:- Pencolekan dari Malaysia Pencolekan dari penjagaan yang sah disisi undang-undang.
  • 38. SEK. 360 MENCOLEK DARI PERSEKUTUAN Barang siapa membawa mana-mana orang keluar dari kawasan Malaysia dengan tiada kerelaan orang itu, atau kerelaan seseorang yang berkuasa disisi undang- undang memberi kerelaan bagi pihak orang itu, adalah dikatakan mencolek orang itu dari Malaysia. ELEMEN Membawa mana-mana orang keluar dari kawasan Malaysia Membawa tersebut dengan tiada kerelaan orang itu, atau kerelaan seseorang yang berkuasa di sisi undang-undang memberi kerelaan bagi pihak orang itu.
  • 39. SEK. 361 MENCOLEK DARI PENJAGAAN YANG SAH DI SISI UNDANG- UNDANG Barang siapa mengambil atau memikat mana-mana budak yang berumur kurang daripada empat belas tahun jika lelaki, atau kurang daripada enam belas tahun jika perempuan, atau mana-mana orang yang tidak sempurna akal, dari pemeliharaan penjaga budak atau orang yang tidak sempurna akal itu yang sah di sisi undang-undang, dengan tiada kerelaan penjaga itu, adalah dikatakan mencolek budak atau orang itu dari penjagaan yang sah di sisi undang-undang. Huraian - Perkataan " penjaga yang sah di sisi undang-undang" dalam seksyen ini termasuklah mana-mana orang yang diamanahkan memelihara atau menjaga budak atau orang itu
  • 40. Kecualian – Seksyen ini tidaklah termasuk perbuatan mana-mana orang yang dengan suci hati percaya dirinya sebagai bapa kepada seorang kanak-kanak luar nikah atau yang dengan suci hati percaya dirinya sebagai berhak menjadi penjaga kanak-kanak itu yang sah di sisi undang-undang, melainkan jika perbuatan itu dilakukan bagi sesuatu maksud yang lucah atau yang menyalahi undang-undang. ELEMEN Mengambil atau memikat mana-mana budak atau orang yang tidak sempurna akal. Budak itu berumur kurang dari 14 tahun jika lelaki, atau kurang dari 16 tahun jika perempuan. Mengambil atau memikat dari pemeliharaan penjaga yang sah di sisi undang- undang kepada budak atau orang yang tidak sempurna akal itu. Mengambil atau memikat itu tanpa kerelaan penjaga tersebut.
  • 41. SEK. 362 MELARIKAN ORANG Barang siapa dengan kekerasan memaksa, atau dengan apa-apa jalan perdayaan mendorong, mana-mana orang supaya pergi dari mana-mana tempat, adalah dikata melarikan orang itu. ELEMEN Dengan kekerasan memaksa atau dengan apa-apa jalan perdayaan mendorong. Matlamat paksaan atau dorongan itu ialah supaya mana-mana orang pergi dari mana-mana tempat.
  • 42. SEK. 363 SEKSAAN BAGI PENCOLEKAN Barang siapa mencolek mana-mana orang dari Malaysia atau dari penjagaan yang sah di sisi undang-undang, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun, dan bolehlah juga dikenakan denda. ELEMEN BAGI PENCOLEKAN DARI MALAYSIA Orang yang dicolek tinggal di Malaysia semasa kesalahan berlaku Tertuduh membawa orang itu keluar dari kawasan Malaysia Tertuduh melakukannya tanpa kerelaan orang itu atau kerelaan seseorang yang berkuasa di sisi undang-undang memberi kerelaan bagi pihak orang itu.
  • 43. BAGI PENCOLEKAN DARI PENJAGAAN YANG SAH DI SISI UNDANG- UNDANG Orang yang dicolek adalah budak yang berumur di bawah 14 tahun jika lelaki, atau berumur di bawah 16 tahun jika perempuan; atau orang itu tidak sempurna akal. Orang itu adalah di dalam jagaan penjaga yang sah. Tertuduh mengambil atau memikat orang itu dari jagaan tersebut. Tertuduh melakukannya tanpa kerelaan penjaga yang sah. SEKSAAN Penjara yang boleh sampai 7 tahun dan bolehlah juga dikenakan denda.
  • 44. SEK. 364 MENCOLEK ATAU MELARIKAN ORANG DENGAN TUJUAN HENDAK MEMBUNUH Baran siapa mencolek atau melarikan mana-mana oran denan tujuan supaya orang itu dibunuh atau dilepaskan dengan sedemikian hingga mendatangkan kepadanya bahaya dibunuh, hendaklah diseksa dengan bunuh atau dengan penjara yang boleh sampai dua puluh tahun. MISALAN-MISALAN A mencolek Z dari Malaysia, dengan maksud atau dengan mengetahui mungkin bahawa Z. boleh dikorbankan untuk suatu berhala. A telah melakukan kesalahan yang ditakrifkan dalam seksyen ini. A membawa B pergi dengan paksa atau memikat B supaya pergi dari rumahnya dengan tujuan supaya B dibunuh. A telah melakukan kesalahan yang ditakrifkan dalam seksyen ini.
  • 45. ELEMEN Tertuduh mencolek seseorang Pencolekan adalah bagi maksud untuk membunuh orang yang dicolek; atau Orang itu dilepaskan dengan sedemikian hingga mendatangkan kepadanya bahaya dibunuh. Di dalam kes melarikan orang :- Tertuduh memaksa oran yang dilarikan pergi dari tempat yang berkenaan. Tertuduh memaksanya dengan kekerasan atau mendoronnya dengan jalan tipudaya. Tertuduh melarikan orang :- Untuk dibunuh Orang itu mungkin dilepaskan dengan sedemikian hingga Mendatangkan kepadanya bahaya dibunuh. SEKSAAN Hukuman mati atau penjara yang boleh sampai 20 tahun.
  • 46. SEK. 365 MENCOLEK DAN MELARIKAN SESEORANG DENGAN NIAT HENDAK MENGURUNGNYA DENGAN SULIT DAN DENGAN SALAH. Barang siapa mencolek atau melarikan mana-mana orang dengan niat hendak menyebabkan orang itu dikurung dengan sulit dan dengan salah, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun, dan bolehlah juga dikenakan denda. ELEMEN Tertuduh mencolek atau melarikan seseorang. Tertuduh melakukan sedemikian dengan niat mengurungnya dengan sulit dan dengan salah. Tertuduh mempunyai niat sedemikian semasa mencolek atau melarikan. Walaupun motif bukanlah matan, kadangkala ia penting didalam hal perkara mendapatkan (inflicting) hukuman. SEKSAAN Penjara yang boleh sampai 7 tahun dan bolehlah juga dikenakan denda.
  • 47. SEK. 366 MENCOLEK ATAU MELARIKAN PEREMPUAN BAGI MEMAKSA BERKAHWIN, DSB Barang siapa mencolek atau melarikan mana-mana perempuan dengan niat supaya perempuan itu boleh dipaksa, atau dengan mengetahui mungkin bahawa ia akan dipaksa, berkahwin dengan mana-mana orang bertentangan dengan kemahuannya, atau supaya ia dipaksa atau dipujuk melakukan persetuuhan luar nikah, atau supaya hidup seagai seorang sundal, atau dengan mengetahui mungkin bahawa ia akan dipaksa atau dipujuk melakukan persetuuhan luar nikah, atau supaya hidup seagai seorang sundal, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai sepuluh tahun, dan bolehlah juga dikenakan denda.
  • 48. ELEMEN Tertuduh mencolek atau melarikan orang. Orang yang dicolek atau dilarikan adalah perempuan.Tertuduh mempunyai niat atau mengetahui mungkin :- Perempuan yang dicolek atau dilarikan akan dipaksa berkahwin dengan mana-mana orang bertentangan dengan kemahuannya; Perempuan tersebut akan dipaksa atau dipujuk melakukan persetubuhan luar nikah; atau Perempuan tersebut dipaksa atau dipujuk supaya hidup sebagai seorang sundal.
  • 49. SEK. 367 MENCOLEK ATAU MELARIKAN ORANG DENGAN TUJUAN HENDAK MENGENAKANNYA CEDERA PARAH, ATAU MENJADIKANNYA ABDI, DSB. Barang siapa mencolek atau melarikan mana-mana orang dengan tujuan supaya orang itu dikenakan, atau dilepaskan dengan sedemikian hingga mendatangkan kepadanya ahaya dikenakan, cedera parah atau dijadikan abdi atau digunakan agi memuaskan nafsu luar tabii seseorang, atau dengan mengetahui mungkin bahawa orang itu akan dikenakan, dijadikan, digunakan atau dilepaskan dengan demikian itu, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai sepuluh tahun, dan bolehlah juga dikenakan denda.
  • 50. ELEMEN Tertuduh mencolek atau melarikan seseorang Orang itu dicolek atau dilarikan dengan sedemikian hingga mendatangkan kepadanya bahawa dikenakan: Cedera parah; atau Dijadikan abdi; atau Memuaskan nafsu luar tabii seseorang Dengan mengetahui mungkin orang itu akan dikenakan, dijadikan,digunakan atau dilepaskan dengan sedemikian hingga mendatangkan kepadanya bahaya dikenakan; Cedera parah; atau dijadikan abdi; atau memuaskan nafsi luar tabii. SEKSAAN Penjara sehingga boleh sampai 10 tahun dan hendaklah juga dikenakan denda.
  • 51. SEK. 368 MENYEMBUNYIKAN ATAU MENGURUNG DENGAN SALAH SESEORANG YANG DICOLEK Barang siapa, yang ketahui bahawa seseorang telah dicolek atau telah dilarikan, menyembunyikan atau mengurung orang itu dengan salah, hendaklah diseksa seolah-olah ia telah mencolek atau melarikan orang itu dengan niat atau pengetahuan atau bagi maksud yang ia menyembunyikan atau mengurung orang itu. ELEMEN Seseorang telah dicolek atau dilarikan. Tertuduh mengetahui tentang fakta dicolek atau dilarikan itu dengan mempunyai pengetahuan sedemikian, menyembunyikan atau mengurung orang itu dengan salah. SEKSAAN Dengan seolah-olah ia telah mencolek atau melarikan orang itu dengan niat atau pengetahuan atau bagi maksud yang ia menyembunyikan atau mengurung orang itu.
  • 52. SEK. 369 MENCOLEK ATAU MELARIKAN KANAK YANG BERUMUR KURANG DARIPADA 10 TAHUN DENGAN NIAT MENCURI HARTA YANG BOLEH DIALIH DARI TUBUH KANAK-KANAK ITU. Barang siapa mencolek atau melarikan mana-mana kanak-kanak yang berumur kurang daripada sepuluh tahun, dengan niat hendak mengambil dengan curang apa-apa harta yang oleh dialih dari tubuh kanak-kanak itu, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun, dan bolehlah juga dikenakan denda. ELEMEN Tertuduh mencolek atau melarikan seseorang Bahawa orang itu adalah kanak-kanak yang berumur di bawah 10 tahun. Tertuduh berniat mengambil dengan curang apa-apa harta yang boleh dialih dari tubuh kanak-kanak itu. SEKSAAN Penjara selama oleh sampai 7 tahun dan bolehlah juga dikenakan denda.
  • 53. SEK. 370 MEMEBELI ATAU MEMBERIKAN MANA-MANA ORANG SEBAGAI ABDI ( Hamba ) Barang siapa mengimport, mengekspot, memindahkan, membeli, menjual atau memberikan mana-mana orang sebagai seorang abdi, atau menerima, mendapat, atau menahan mana-mana orang sebagai seorang abdi bertentangan dengan kemahuannya, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun, dan bolehlah juga dikenakan denda. ELEMEN Mengimpot, mengekspot, memindahkan, membeli, menjual atau memberikan mana-mana orang sebagai seorang abdi. Menerima, mendapat atau menahan mana-mana orang sebagai seorang abdi bertentangan dengan kemahuannya. SEKSAAN Penjara sehingga boleh sampai 7 tahun dan bolehlah juga dikenakan denda.
  • 54. SEK. 371 LAZIM MEMPERNIAGAKAN ABDI Barang siapa dengan lazimnya mengimpot, mengeksport, memindahkan, membeli, menjual, memperdagangkan atau memperniagakan abdi-abdi, hendaklah diseksa dengan penjara yang boleh sampai dua puluh tahun dan bolehlah juga dikenakan denda. ELEMEN Tertuduh mengimpot, mengekspot, memindahkan, membeli, menjual, memperdagangkan atau memperniagakan abdi-abdi. Tertuduh melakukan sedemikian dengan lazim. SEKSAAN Penjara sehingga boleh sampai 20 tahun dan bolehlah juga dikenakan denda.
  • 55. SEK. 372 MENJUAL BUDAK BAGI MAKSUD PERSUNDALAN, DSB Barang siapa menjual, menyewakan, atau dengan jalan lain memberikan mana- mana orang berumur kurang daripada dua puluh satu tahun dengan niat supaya orang itu, pada bila-bila masa umurnya, diberi kerja atau digunakan bagi maksud persundalan atau persetubuhan yang ditegah dengan mana-mana orang atau bagi apa-apa maksud yang menyalahi undang-undang dan yang lucah, atau dengan mengetahui mungkin bahawa orang itu akan, pada bila-bila masa umurnya, diberi kerja atau digunakan bagi mana-mana maksud itu hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai sepuluh tahun, dan bolehlah juga dikenakan denda. Huraian – Apabila seorang perempuan yang berumur kurang daripada dua puluh satu tahun dijual, disewakan, atau dengan jalan lain diberikan kepada seorang sundal atau kepada mana-mana orang yang menyimpan atau mengurus rumah sundal, maka orang yang memerikan perempuan itu dengan demikian itu hendaklah, sehingga akasnya dibuktikan, dianggap telah memberikan perempuan itu dengan niat supaya ia digunakan bagi maksud persundalan.
  • 56. ELEMEN Menjual, menyewakan atau dengan jalan lain memberikan mana-mana orang. Orang itu berumur kurang daripada 21 tahun. Menjual,menyewakan atau dengan jalan lain memberikan adalah dengan niat atau pengetahuan mungkin orang itu pada bila-bila masa umurnya akan diberi kerja atau digunakan agi:- maksud persundalan; atau persetubuhan haram dengan mana-mana orang, atau apa-apa maksud yang menyalahi undang-undang dan yang lucah. SEKSAAN Penjara sehingga oleh sampai 10 tahun dan bolehlah juga didenda.
  • 57. SEK. 373 MEMBELI BUDAK BAGI MAKSUD PERSUNDALAN, DSB Barang siapa membeli, menyewa atau dengan jalan lain mendapat seseorang yang berumur kurang daripada dua puluh satu tahun dengan niat supaya orang itu, pada bila-bila masa umurnya, diberi kerja tau digunakan bagi maksud persundalan atau persetubuhan luar nikah dengan mana-mana orang atau bagi apa-apa maksud yang menyalahi undang-undang dan yang lucah, atau dengan mengetahui mungkin bahawa orang itu akan, pada bila- bila masa umurnya, diberi kerja atau digunakan bagi mana-mana maksud itu, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai sepuluh tahun, dan bolehlah juga dikenakan denda. Huraian – Mana-mana orang sundal, atau mana-mana orang yang menyimpan atau mengurus rumah sundal, yang membeli, menyewa atau dengan jalan lain mendapat seseorang perempuan yang berumur kurang daripada dua puluh satu tahun hendaklah, sehingga akasnya dibuktikan, dianggap telah mendapat perempuan itu dengan niat supaya ia digunakan bagi maksud persundalan.
  • 58. ELEMEN Membeli, menyewa atau dengan jalan lain mendapat seseorang Orang itu berumur kurang daripada 21 tahun Membeli, menyewa atau dengan jalan lain mendapatkan itu adalah dengan niat atau pengetahuan mungkin orang itu pada bila-bila masa umurnya, diberi kerja atau digunakan bagi:- Maksud persundalan, atau Persetubuhan haram, atau Apa-apa maksud yang menyalahi undang-undang dan yang lucah. SEKSAAN Penjara sehingga boleh sampai 10 tahun dan bolehlah juga didenda.
  • 59. SEK. 373 A MENGIMPOT BAGI MAKSUD PERSUNDALAN Barang siapa dengan apa-apa cara palsu, pernyataan palsu, atau dengan jalan tipuan atau perdayaan membawa, atau menolong membawa masuk ke dalam Malaysia mana-mana perempuan dengan niat supaya perempuan itu boleh diberi kerja atau digunakan agi maksud persundalan; dan barang siapa membawa, atau menolong membawa, masuk ke dalam Malaysia mana-mana perempuan dengan niat supaya perempuan itu boleh dijual atau dibeli bagi maksud persundalan; dan barang siapa menjual atau memeli mana-mana perempuan bagi maksud persundalan, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh tidak leih daripada sepuluh tahun, dan bolehlah juga dikenakan denda.
  • 60. ELEMEN Tertuduh dengan apa-apa cara palsu, pernyataan palsu atau dengan jalan tipuan atau perdayaan membawa, atau menolong membawa masuk ke dalam Malaysia mana-mana perempuan dengan niat supaya perempuan itu boleh diberi kerja atau digunakan bagi maksud persundalan. Tertuduh membawa atau menolong membawa masuk ke dalam Malaysia mana-mana perempuan dengan niat supaya perempuan itu boleh dijual atau dibeli bagi maksud persundalan. Tertuduh menjual atau membeli mana-mana perempuan bagi maksud persundalan. SEKSAAN Penjara tidak lebih daripada 10 tahun dan bolehlah juga dikenakan denda.
  • 61. SEK. 374 KERJA PAKSA YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG Barang siapa yang menyalahi undang-undang memaksa mana-mana orang bekerja bertentangan dengan kemahuan orang itu, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai setahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya. ELEMEN Tertuduh dengan menyalahi undang-undang memaksa mana-mana orang bekerja. Paksaan bekerja iatu adalah bertentangan dengan kemahuan orang itu. SEKSAAN Penjara sehingga boleh sampai 1 tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya.
  • 62. DARIHAL KESALAHAN TERHADAP SERANGAN SEKSUAL SEK. 354. MENYERANG ATAU MENGGUNAKAN KEKERASAN JENAYAH Barang siapa menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada mana- man orang, dengan maksud hendak mencabul atau dengan mengetahui mungkin bahawa ia akan dengan jalan demikian itu mencabul kehormatan orang itu, hendaklah disiksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai sepuluh tahun atau dengan denda, atau dengan sebat, atau dengan mana-mana dua daripada siksaan-siksaan itu. ELEMEN Serangan atau penggunaan kekerasan jenayah kepada mana-mana orang. Serangan atau penggunaan kekerasan jenayah dilakukan dengan niat hendak mencabul kehormatan; atau dengan mengetahui mungkin bahawa ia akan dengan jalan demikian itu mencabul kehormatan orang itu. SEKSAAN Penjara sehingga boleh sampai 10 tahun, atau dengan denda, atau dengan sebat, atau dengan mana-mana dua daripada seksaan-seksaan.
  • 63. SEK. 375 ROGOL Seseorang lelaki adalah dikata melakukan "rogol" jika ia, kecuali dalam hal yang dikecualikan kemudian daripada ini, bersetubuh dengan seseorang perempuan. ELEMEN # Seorang lelaki bersetubuh dengan seorang perempuan. # Serangan atau penggunaan kekerasan jenayah dilakukan. # Bertentangan dengan kemahuan perempuan itu. # Dengan tiada kerelaan perempuan itu. # Dengan kerelaan perempuan itu manakala kerelaannya telah didapati dengan mendatangkan kepadanya atau mana-mana orang lain ketakutan mati atau cedera, atau telah didapati melalui salah tanggapan fakta dan lelaki itu tahu atau ada sebab untuk mempercayai bahawa kerelaan itu telah diberi akibat dari salah tanggapan tersebut.
  • 64. # Dengan kerelaan perempuan itu manakala lelaki itu ketahui bahawa ia bukan suaminya, dan kerelaan itu diberi kerana perempuan itu percaya lelaki itu ialah seorang lelaki yang menjadi atau yang ia percaya menjadi suaminya yang sah di sisi undang-undang atau yang kepadanya ia akan memberi kerelaan. # Dengan kerelaannya, jika pada masa memberi kerelaan itu dia tidak boleh memahami jenis dan akibat mengenai apa yang dia memberi kerelaan. # Sama ada dengan kerelaan perempuan itu atau tidak jika perempuan itu di bawah umur enam belas tahun.
  • 65. Huraian - Kemasukan adalah memadai bagi persetubuhan yang perlu bagi kesalahan rogol. Kecualian - Persetubuhan oleh seseorang lelaki dengan isterinya dengan perkahwinan yang sah di bawah mana-mana undang-undang bertulis pada masa itu berkuatkuasa, atau diiktiraf dalam Persekutuan sebagai sah, bukanlah rogol. Huraian 1 - Seorang perempuan tinggal berasingan dari suaminya di bawah dekri permisahan Kehakimanan atau suatu dekri tidak dibuat mutlak; atau yang memperolehi injunksi menyekat suaminya dari melakukan persetubuhan dengannya, hendaklah disifatkan sebagai bukan isteri. Huraian 2 - Seorang perempuan Islam yang tinggal berasingan dari suaminya dalam tempoh edah, yang mana akan dihitung mengikut Hukum Syarak, hendaklah disifatkan sebagai bukan isteri suaminya. SEK. 376 SEKSAAN BAGI ROGOL Barang siapa melakukan rogol hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih dari dua puluh tahun, dan bolehlah juga dikenakan sebat.
  • 66. Seksyen 376A Sumbang Mahram Seseorang itu dikatakan melakukan sumbang mahram jika seorang lelaki atau seorang perempuan melakukan persetubuhan dgn org lain dimana hubungan lelaki dan perempuan itu adalah tidak dibenarkan, di bawah undang- undang, hukum agama, adat atau kebiasaan yg berkaitan bagi lelaki dan perempuan tersebut, utk berjahwin dgn org itu.
  • 67. SEK. 377 PERSETUBUHAN LUAR TABII DENGAN HAIWAN Barang siapa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dengan haiwan hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua puluh tahun, dan bolehlah juga dikenakan denda, atau sebat. ELEMEN # Tertuduh melakukan persetubuhan dengan haiwan # Tertuduh melakukan perbuatan itu dengan sengaja # Berlaku kemasukkan SEKSAAN Penjara yang boleh sampai 20 tahun dan bolehlah juga dikenakan denda atau sebat.
  • 68. SEK. 377A PERSETUBUHAN YANG BERTENTANGAN DENGAN ATURAN TABII Mana-mana orang yang melakukan perhubungan seks dengan seseorang lain dengan memasukkan zakarnya ke dalam dubur atau mulut seseorang lain itu dikata melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii. ELEMEN Tertuduh melakukan perhubungan seks dengan seseorang lain Persetubuhan dilakukan dengan memasukkan zakarnya ke dalam dubur atau mulut seseorang lain itu. SEK. 377B SEKSAAN KERANA MELAKUKAN PERSETUBUHAN YANG BERTENTANGAN DENGAN ATURAN TABII Barang siapa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua puluh tahun, dan bolehlah juga dikenakan sebat.
  • 69. SEK. 377C MELAKUKAN PERSETUBUHAN YANG BERTENTANGAN DENGAN ATURAN TABII TANPA KERELAAN DSB Barang siapa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan luar tabii ke atas seseorang lain tanpa kerelaannya, atau bertentangan dengan kemahuannya atau dengan meletakkan orang lain dalam ketakutan mati atau cedera kepada orang itu atau kepada mana-mana orang lain, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih dari dua puluh tahun, dan bolehlah juga dikenakan sebat. ELEMEN # Tertuduh melakukan persetubuhan dengan seseorang lain # Persetubuhan itu bertentangan dengan aturan tabii # Tertuduh melakukannya dengan sengaja # Persetubuhan itu dilakukan ke atas seseorang lain tanpa kerelaannya; bertentangan dengan kemahuannya; atau # meletakkan orang itu dalam ketakutan mati atau cedera kepada orang itu atau kepada mana-mana orang lain. SEKSAAN Penjara di antara 5 hingga 20 tahun dan bolehlah juga dikenakan sebat.
  • 70. SEK. 377 D MELANGGAR KESOPANAN Mana-mana orang lelaki yang melakukan, atau bersubahat melakukan, atau mendapat atau mencuba mendapat supaya dilakukan oleh mana- mana orang lelaki, apa-apa perbuatan kelucahan melampau dengan seorang lelaki lain di tempat awam atau di tempat persendirian, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun. ELEMEN # Tertuduh adalah seorang lelaki yang melakukan; bersubahat melakukan; atau mendapat atau mencuba mendapat supaya dilakukan oleh mana-mana orang lelaki. # Apa-apa perbuatan kelucahan melampau # Perbuatan kelucahan melampau itu dilakukan dengan seorang lelaki lain # Perbuatan itu dilakukan di tempat awam atau di tempat persendirian. SEKSAAN Penjara boleh sampai 2 tahun.
  • 71. SEK. 377E MERANGSANG SEORANG KANAK-KANAK UNTUK MELAKUKAN SUATU PERBUATAN KELUCAHAN MELAMPAU Mana-mana orang yang merangsang seorang kanak-kanak di bawah umur empat belas tahun untuk melakukan suatu perbuatan kelucahan melampau dengannya atau dengan orang lain hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai lima tahun, dan bolehlah juga dikenakan sebat. ELEMEN # Tertuduh merangsang seseorang untuk melakukan suatu perbuatan kelucahan melampau dengannya atau dengan orang lain. # Orang yang dirangsang ialah kanak-kanak di bawah umur 14 tahun SEKSAAN Penjara yang boleh sampai 5 tahun dan bolehlah juga dikenakan sebat.
  • 72. Kesalahan Terhadap Harta CURI, MENYIMPAN HARTA CURI DAN PECAHRUMAH SEK. 378 CURI Barang siapa, yang bermaksud hendak mengambil dengan curangnya apa-apa harta yang boleh dialih daripada milik mana-mana orang dengan tiada kerelaan orang itu, menggerakkan harta itu dengan tujuan mengambilnya, adakah dikataka melakukan kesalahan mencuri. ELEMEN # Bermaksud hendak mengambil dengan curang. # Harta itu boleh dialih. # Daripada milik mana-mana orang. # Dengan tiada kerelaan orang itu. # Harta itu digerakkan dengan tujuan hendak mengambilnya.
  • 73. Penerangan Seksyen ini adalah takfiran apa dikatakan kesalahan mencuri. Niat dengan curang -Rujuk seksyen 24KK. Bermakna sek. ini mestilah mengandongi kedua-dua elemen dalam sek. 24 KK, sekiranya salah satu elemen tidak diwujud dalam kesalahan , ini bermakna bukanlah kesalahan mencuri. Sekiranya semasa melakukan kesalahan ini, tertudoh walaupun telah berjaya menggerakkan harta tetapi tidak dapat mengambilnya ini adalah kesalahan cuba mencuri. - Sek. 511KK dibaca bersama sek. 379KK.
  • 74. Harta boleh alih - Rujuk sek. 22 KK. Daripada milik - Intipati ini menekankan pemilik kepada sesuatu harta dan bukanlah kepada tuanpunyanya. Contohnya A meminjamkan motosikalnya kepada B untuk digunakan selama sehari. Ini bermaksud pada tempoh itu pemilik ialah B. Tiada kerelaan - Bermakna persetujuan, kebenaran dan sebagainya. Menggerakkan tujuan hendak mengambilnya - Ini bermakna harta itu mestilah digerakkan walaupun jarak yang cukup singkat tetapi telah disifatkan sebagai telah mengambilnya dan boleh disabitkan dibawah sek. ini. Huraian 1 - Menerangkan harta yang kekal bercantum dengan bumi tetapi sekiranya boleh diputuskan daripada cantuman bumi, maka harta ini telah dijadikan yang boleh alih. Huraian 2 - Ini sambungan daripada huraian 1, dimana sesiapa menggerakkan harta yang telah putus itu, dikatakan telah mencurinya.
  • 75. Huraian 3 – Melepaskan rintangan juga sebagai satu kesalahan mencuri. Contohnya- melepaskan tali yang terikat kepada se ekor haiwan. Huraian 4 – Menyebabkan haiwan bergerak bersama segala benda yang digerakkan oleh haiwan itu, juga disifatkan telah menggerakkan sesuatu harta oleh tertudoh walaupun ia tidak langsung menyentoh kepada benda itu. Huraian 5 – Kerelaan yang disifatkan ada – Melalui kesefahaman kedua-dua pihak . Contoh- perhubungan kawan karib yang sering menggunakan barang keperluan tanpa perlu meminta kebenaran kerana perbuatan itu sering dilaku. Perbuatan tersebut adalah merupakan satu kebiasaan bagi kedua-dua pihak. SEK. 379 SEKSAAN BAGI KESALAHAN MENCURI ELEMEN Penjara yang boleh sampai 7 tahun dengan denda atau dengan kedua-duanya. Bagi kesalahan kali kedua dan seterusnya, bolehlah dikenakan penjara dan bolehlah juga dikenakan denda atau sebat.
  • 76. SEK. 379 A SEKSAAN BAGI KESALAHAN MENCURI SEBUAH KENDERAAN MOTOR Barang siapa melakukan kesalahan mencuri sebuah kenderaan motor atau mana- mana bahagian komponen sebuah kenderaan motor hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari tujuh tahun, dan bolehlah juga dikenakan denda. ELEMEN Serupa sebagaimana (5) elemen di Sek. 378 dan curi kenderaan ini sebagai elemen tambahan. ( 6) Harta yang dicuri ialah sebuah kenderaan motor atau mana-mana bahagian komponen sebuah kenderaan motor.
  • 77. HURAIAN "Bahagian komponen," berhubung dengan sebuah kenderaan motor, termasuklah tayar, aksesori atau peralatan – maksud "komponen" ini adalah terlalu umum sangat. Untuk lebih tepat kepada ertinya, dikatakan melakukan kesalahan dibawah sek. ini, maka bahagian komponen yang boleh menjejaskan fungsi kepada kenderaan itu. Contohnya - no. plate sebuah kenderaan – ini tidak akan menjejaskan fungsinya. "Kenderaan motor" ertinya segala kenderaan yang didorongi oleh jentera yang dicadangkan atau disesuaikan supaya dapat digunakan diatas jalan, dan termasuklah sebuah trailer yang ditarik oleh sebuah kenderaan motor. Contoh - basikal yang dipasang dengan motor atau kenderaan yang digerakkan dengan kuasa solar.
  • 78. SEK. 380 MENCURI DALAM RUMAH Barang siapa melakukan kesalahan mencuri dalam mana-mana bangunan, khemah atau perahuan, iaitu bangunan, khemah atau perahuan yang digunakan sebagai tempat kediaman manusia, atau untuk simanan harta benda, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai sepuloh tahun, dan boleh juga dikenakan denda, dan bagi kesalahan kali yang kedua atau yang kemudian hendaklah diseksa dengan penjara dan bolehlah juga dikenakan denda atau sebat. ELEMEN Harta yang dicuri adalah dari dalam bangunan, khemah atau perahuan yang digunakan sebagai tempat kediaman manusia atau untuk simpanan harta benda. Kelima-lima elemen adalah seperti dalam sek. 378 KK. Tajuk sek. ini dijadikan elemen tambahan. (6) Orang yang boleh melakukan kesalahan ini , ialah pada peringkat awalnya dapt ekses untuk masuk kedalam sebuah bangunan kemudian melakukan kecurian dalam bangunan tersebut. Contoh – mencuri dalam pasar raya.
  • 79. Penerangan Rumah kediaman – yang sesuai untuk kediaman manusia sahaja. Contoh – kaki lima rumah bukanlah sebagai tempat kediaman manusia. SEKSAAN Penjara yang boleh sampai 10 tahun dan bolehlah juga didenda. Bagi kesalahan kali kedua dan seterusnya, hendaklah dipenjara dan bolehlah juga didenda atau disebat.
  • 80. SEK. 381 KERANI ATAU ORANG GAJI MENCURI HARTA DALAM MILIK TUANNYA Barang siapa, yang menjadi seorang kerani atau orang gaji, atau yang diberi kerja sebagai seorang kerani atau orang gaji, melakukan kesalahan mencuri apa-apa harta dalam milik tuanpunya atau majikannyam hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun, dan bolehlah juga dikenakan denda. ELEMEN Serupa sebagaiman elemen (1) hingga elemen (5) di Sek. 378 dan sebagai tambahan- Tertuduh adalah pada masa itu kerani atau orang gaji atau diberi kerja
  • 81. Penerangan Seorang kerani atau orang gaji dikatakan melakukan kesalahan ini, rujuk sek. 27 KK. Orang yang diberi kerja sebagai kerani atau orang gaji - bermakna orang dalam katogeri ini mungkin bekerja dengan semantara, sebagai sukarelawan atau tugas hakikinya bukan sebagai seorang kerani atau orang gaji. Orang ini bukanlah menjadi satu alasan walaupun tidak diberi upah dan sebagainya. SEKSAAN Penjara selama yang boleh sampai 7 tahun dan bolehlah juga dikenakan denda.
  • 82. SEK. 382 MENCURI SETELAH DIBUAT PERSIAPAN BAGI MENYEBABKAN KEMATIAN ATAU CEDERA DENGAN TUJUAN HENDAK MELAKUKAN KESALAHAN ITU Barang siapa melakukan kesalahan mencuri, setelah membuat persiapan bagi menyebabkan kematian atau cedera atau halangan atau ketakutan bahawa mana- mana orang akan dibunuh, dicederakan atau dihalang bahawa dengan tujuan hendak melakukan kesalahan mencuri itu, atau dengan tujuan hendak membolehkan ia lari setelah melakukan kesalahan itu, atau dengan tujuan hendak menyimpan harta yang telah diambil dengan jalan kesalahan itu, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai sepuloh tahun, dan bolehlah juga dikenakan denda atau sebat. ELEMEN Serupa sebagaimana elemen no. (1) hingga no. (5) didalam Sek. 378 dan sebagai tambahan Tertuduh, semasa melakukan curi, membuat persediaan bagi menyebabkan kematian, cedera, atau hilangan, atau ketakutan kepada kematian, cedera atau halangan kepada mana-mana orang.
  • 83. Tertuduh berbuat demikian dengan tujuan:- Hendak, melakukan kesalahan mencuri; membolehkan ia lari setelah melakukan kesalahan itu; atau menyimpan harta yang telah diambil dengan jalan kesalahan itu. Penerangan Seksyen ini agak hampir dengan kesalahan rompak. Semasa tertuduh melakukan kesalahan ini ada memiliki sesuatu senjata tetapi tidak digunakan semasa melakukan kesalahan ini. Pada saat ia menunjukkan atau menggunakan sahaja, ini akan menjadi kesalahan dibawah sek. 392KK. SEKSAAN Penjara selama yang boleh sampai 10 tahun dan bolehlah juga dikenakan denda atau sebat.
  • 84. DARIHAL PEMERASAN SEK. 383 PEMERASAN Barang siapa dengan sengaja mendatangkan kepada mana-mana orang ketakutan bahawa apa-apa bencana akan berlaku ke atas orang itu atau ke atas mana-mana orang lain, dan dengan jalan demikian itu mendorong dengan curangnya orang yang didatangkan ketakutan itu supaya menyerahkan kepada mana-mana orang apa-apa harta atau cagaran berharga atu sesuatu yang bertandatangan atau bermeteri yang boleh dijadikan suatu cagaran berharga adalah melakukan "pemerasan“ ELEMEN Dengan sengaja mendatangkan kepada mana-mana orang ketakutan bahawa apa-apa bencana akan berlaku ke atas orang itu atau ke atas mana-mana orang lain. Dorongan itu dilakukan dengan curang. Dengan jalan demikian mendorong orang yang didatangkan ketakutan itu menyerahkan kepada mana-mana orang apa-apa harta atau cagaran berharga atau sesuatu yang bertandatangan atau bermeteri yang boleh dijadikan suatu cagaran berharga
  • 85. Penerangan Kesalahan ini dilakukan dengan cara ialah pada peringkat permulaan memberi sesuatu ketakutan kepada mangsa dan kemudian mendorongnya untuk menyerahkan sesuatu harta berharga. Niat dengan sengaja – rujuk sek. 39KK Ketakutan bencana – rujuk sek.44KK- ketakutan itu bermaksud mangsa akan rasa bimbang yang amat sangat sekiranya tidak menurut perintah atau kehendak daripada tertuduh,sesuatu yang tidak di ingini akan berlaku kepadanya. Sekiranya mangsa langsung tidak ada kebimbangan yang disebut seperti para (2), ini bermakna kesalahan itu hanya satu ugutan sahaja. "Orang itu" – secara langsung kepada mangsa. Bagi "orang-orang lain" bermakna orang yang rapat atau ada kepentingan dengan mangsa. Dengan curang – rujuk sek. 24 KK Mendorong- bermakna melalui cara pujukan. Harta – rujuk sek. 22KK Cagaran berharga – rujuk sek. 30KK SEK. 384 SEKSAAN BAGI PEMERASAN Penjara yang boleh sampai 10 tahun atau denda, atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan-seksaan itu.
  • 86. SEK. 385 MENDATANGKAN KEPADA SESEORANG KETAKUTAN BENCANA DENGAN TUJUAN HENDAK MELAKUKAN PEMERASAN Barang siapa, dengan tujuan hendak melakukan pemerasan mendatangkan kepada man-man orang, atau mencuba mendatangkan kepada mana-mana orang ketakutan bahawa apa-apa bencana akan berlaku, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua daripada seksaan-seksaan itu. ELEMEN Dengan tujuan hendak mendatangkan kepada mana-mana orang ketakutan bahawa apa-apa bencana akan berlaku. Tujuannya adalah hendak melakukan pemerasan. Penerangan Dengan tujuan hendak- bermakna kesalahan ini telah pun berlaku tetapi tertuduh masih tidak dapat apa-apa harta atau hasil bermakna ini adalah kesalahan percubaan. SEKSAAN Penjara yang boleh sampai 7 tahun, atau denda, atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan-seksaan itu.
  • 87. SEK. 386 PEMERASAN DENGAN MENDATANGKAN KEPADA SESEORANG KETAKUTAN PEMBUNUHAN ATAU CEDERA PARAH Barang siapa melakukan pemerasan dengan mendatangkan kepada mana-mana orang ketakutan bahawa ia atau mana-mana orang akan dibunuh atau dikenakan cedera parah, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai empat belas tahun dan bolehlah juga dikenakan denda atau sebat. ELEMEN Mendatangkan kepada mana-mana orang ketakutan bahawa ia atau mana-mana orang akan dibunuh atau dikenakan cedera parah. Mendorong orang yang didatangkan ketakutan itu menyerahkan kepada mana- mana orang apa-apa harta atau cagaran berharga atau sesuatu yang bertandatanngan atau bermeteri yang boleh dijadikan suatu cagaran berharga. Tertuduh melakukan itu dengan curang. SEKSAAN Penjara yang boleh sampai 14 tahun, dan bolehlah juga dikenakan denda atau sebat
  • 88. SEK. 387 MENDATANGKAN KEPADA SESEORANG KETAKUTAN PEMBUNUHAN ATAU CEDERA PARAH DENGAN TUJUAN HENDAK MELAKUKAN PEMERASAN Barang siapa, dengan tujuan hendak melakukan pemerasan mendatangkan atau mencuba mendatangkan kepada mana-mana orang ketakutan bahawa ia atau mana-mana orang akan dibunuh atau dikenakan cedera parah, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai sepuluh tahun, dan bolehlah juga dikenakan denda atau sebat. ELEMEN Tertuduh melakukan sedemikian dengan tujuan hendak melakukan pemerasan. Tertuduh mendatangkan atau cuba mendatangkan keakutan kepada mana-mana orang bahawa ia atau mana-mana orang akan dibunuh atau dikenakan cedera parah. SEKSAAN Penjara yang boleh sampai 10 tahun dan bolehlah juga dikenakan denda atau sebat
  • 89. DARIHAL ROMPAK DAN ROMPAK BERKUMPUL
  • 90. Seksyen 390 Rompak 1.Dlm segala rompak ada kesalahan mencuri atau pemerasan 2.Kesalahan mencuri ialah “ Rompak” dgn tujuan hendak melakukan atau pada melakukan kesalahan mencuri itu, atau pada membawa lari atau mencuba mambawa lari harta yg didapati dgn jalan kesalahan itu, pesalah itu bermaksud dgn sengaja menyebabkan atau cuba menyebabkan kepada mana-mana org dgn kematian atau cedera atau halangan salah atau ketakutan bahawa pembunuhan serta merta atau cedera serta merta atau halangan salah serta merta akan berlaku. 3. Pemerasan ialah “ Rompak” jika pesalah pada waktu itu melakukan pemerasan, ada org dihadapan dgn mendatangkan ketakutan dan melakukan pemerasan hingga mendatangkan ketakutan menyebabkan dibunuh serta merta, dicederakan serta merta, atau dihalang salah serta merta supaya mendorong org yg dlm ketakutan itu menyerahkan benda atau harta yg diperas.
  • 91. Seksyen 391 Rompak Berkumpulan Apabila dua org atau lebih bersama melakukan atau cuba melakukan rompak atau org yg hadir bersama-sama melakukan atau cuba melakukan rompak itu jumlahnya dua orang atau lebih maka tiap-tiap org yg melakukan, cuba melakukan atau membantu adalah dikira melakukan “ Rompak Berkumpulan. Seksyen 392 Seksaan bagi rompak Barang siapa melakukan rompak hendaklah disiksa dgn penjara selama tempoh yg boleh sampai empat belas tahun, dan boleh dikenakan denda dan sebat.
  • 92. Seksyen 393 Mencuba melakukan rompak Barang siapa mencuba melakukan rompak hendaklah disiksa dgn penjara selama tempoh yg boleh sampai tujuh tahun, dan boleh dikenakan denda. Seksyen 394 Dengan sengaja menyebabkan cedera masa melakukan rompak. Barang siapa melakukan rompak atau pada mencuba melakukan rompak, dgn sengaja menyebabkan cedera hendaklah disiksa dgn penjara selama tempoh yg boleh sampai dua puluh tahun, dan boleh dikenakan denda dan sebat. Seksyen 395 Seksaan bagi rompak berkumpulan Barang siapa mencuba melakukan rompak hendaklah disiksa dgn penjara selama tempoh yg boleh sampai dua puluh tahun, dan boleh dikenakan sebat.
  • 93. Seksyen 405 Pecah Amanah Jenayah Barang siapa, yabg dgn apa-apa cara telah diamanahkan dgn harta sama ada sendirian atau bersama-sama dgn mana-mana org lain, atau dgn apa-apa kuasa atas harta, dgn curangnya menyalahgunakan harta itu atau menjadikanya kegunaan sendiri, atau dgn curang menggunakan atau melepaskan harta itu dgn melanggar apa-apa arahan undang-undang yg menetapkan cara bagaimana amanah itu disempurnakan atau dgn sengaja membiarkan mana-mana org lain berbuat demikian adalah melakukan “ Pecah Amanah Jenayah”. Seksyen 406 Seksaan Bagi Pecah Amanah Jenayah Barang siapa melakukan pecah amanah jenayah hendaklah disiksa dgn penjara selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda.
  • 94. MENERIMA HARTA CURI SEK. 410 HARTA CURI Harta yang pemilikannya telah dipindahkan dengan jalan curi, atau dengan jalan pemerasan, atau dengan jalan rompak, dan harta yang telah disalahgunakan secara jenayah atau yang mengenainya pecah amanah jenayah atau tipu telah dilakukan, adalah dinamakan "harta curi" sama ada pindaan itu telah dibuat atau salahguna atau pecah amanah atau tipu itu telah dilakukan dalam atau di luar Malaysia. Tetapi jika harta itu kemudiannya dimiliki oleh seseorang yang berhak di sisi undang-undang memilikinya, maka harta itu tidaklah lagi menjadi harta curi. Harta menjadi harta curi jika pemilikan harta itu dipindahkan dengan jalan:- Curi; Pemerasan; Rompak; Harta yang telah disalahgunakan secara jenayah; Harta yang mengenainya pecah amanah jenayah telah dilakukan; atau Harta yang mengenainya tipu telah dilakukan Samada pindahan itu telah dibuat atau salahguna atau pecah amanah atau tipu itu telah dilakukan dalam atau diluar Malaysia. Harta itu tidak lagi menjadi harta curi jika harta itu kemudiannya dimiliki oleh seseorang yang berhak disisi undang-undang memiliknya.
  • 95. SEK. 411 MENERIMA HARTA CURI DENGAN CURANG Barang siapa dengan curangnya menerima atau penyimpan apa-apa harta curi, dengan mengetahui atau dengan ada sebab mempercayainya sebagai harta curi, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai lima tahun, atau dengan denda selama tempoh yang boleh sampai lima tahun, atau dengan denda atau dengan kedua-duanya, dan jika harta curi itu sebuah kenderaan motor atau mana-mana bahagian komponen sebuah kenderaan motor sebagaimana yang ditakrifkan dalam sek. 379A, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh tidak kurang dari enam bulan dan tidak lebih dari lima tahun, dan bolehlah juga dikenakan denda.
  • 96. ELEMEN Harta itu telah dicuri. Harta itu dengan curangnya telah diterima atau disimpan oleh tertuduh. Tertuduh mengetahui atau ada sebab mempercayai harta itu adalah harta curi. Bahawa seorang lain dari tertuduh memiliki harta curi itu sebelum tertuduh mendapat pemilikan. SEKSAAN Penjara yang boleh sampai 5 tahun atau denda ataukedua-duanya. Jika harta curi itu sebuah kenderaan motor atau mana-mana bahagian komponen sebuah kenderaan motor sebagaimana takrif dalam Sek. 379A, hendaklah dipenjara selama diantara 6 bulan hingga 7 tahun, dan bolehlah juga didenda.
  • 97. SEK. 441 : PENCEROBOHAN JENAYAH Barang siapa masuk ke dalam atau ke atas harta yang dimiliki oleh seseorang lain dengan niat hendak melakukan sesuatu kesalahan atau hendak menakutkan, mengaibkan atau menggusarkan mana-aman orang yang memiliki harta itu, atau setelah dengan sah di sisi undang-undang masuk ke dalam atau ke atas harta itu, tinggal di situ dengan menyalahi undang-undang dengan niat dengan jalan demikian itu hendak menakutkan, mengaibkan atau menggusarkan mana-mana orang itu, atau dengan niat hendak melakukan sesuatu kesalahan, adalah dikatakan melakukan ‘pencerobohan jenayah’. Elemen. Masuk ke dalam atau ke atas harta yang dimiliki oleh seseorang lain. Jika masuk ke dalam atau ke atas harta itu dengan sah di sisi undang- undang, kemudian tinggal di situ dengan menyalahi undang-undang, Kemasukan itu atau tinggal di situ dengan menyalahi undang-undang dengan niat :- melakukan sesuatu kesalahan; atau menakutkan,mengaibkan atau menggusarkan mana-mana orang yang memiliki harta itu.
  • 98. SEK. 442 : PENCEROBOHAN RUMAH Barang siapa melakukan pencerobohan jenayah dengan memasuki atau tinggal di dalam mana-mana bangunan, khemah atau perahu yang digunakan sebagai tempat kediaman manusia atau mana-mana bangunan yang digunakan sebagai suatu tempat untuk sembahyang, atau suatu tempat untuk simpanan harta benda adalah dikatakan melakukan ‘pencerobohan rumah’. Elemen. Tertuduh melakukan pencerobohan jenayah Pencerobohan jenayah itu dilakukan dengan memasuki atau tinggal di dalam mana-mana bangunan, khemah atau perahuan Bangunan, khemah atau perahuan itu digunakan sebagai tempat kediaman manusia atau tempat untuk sembahyang atau tempat untuk simpanan harta benda. Apa-apa bahagian tubuh tertuduh memasuki tempat-tempat tersebut.
  • 99. SEK. 445 : PECAH RUMAH Seseorang yang melakukan pencerobohan rumah adalah dikata melakukan ‘pencerobohan rumah’, jika ia masuk ke dalam rumah itu atau mana-mana bahagiannya dengan mana-mana daripada enam cara yang tersebut di bawah ini atau jika setelah berada di dalam rumah itu atau mana-aman bahagiannya bagi maksud melakukan sesuatu kesalahan, atau setelah melakukan sesuatu kesalahan di dalamnya ia keluar dari rumah itu atau mana-mana bahagia dengan mana-mana daripada enam cara itu:- [a] jika ia masuk atau keluar melalui satu lubang yang dibuat olehnya, atau oleh seseorang pensubahat dalam pencerobohan rumah itu bagi maksud melakukan pencerobohan rumah itu. [b] Jika ia masuk atau keluar melalui mana-mana lubang yang tidak dimaksudkan oleh sesiapa, melainkan ia atau pensubahat kesalahan itu untuk jalan masuk bagi bagi manusia atau melalui mana-mana lubang yang telah dapat dimasukinya dengan jalan meragang atau memanjat mana-mana dinding atau bangunan.
  • 100. [c] Jika ia masuk atau keluar melalui mana-mana lubang yang telah dibuka olehnya atau oleh seseorang pensubahat dalam pencerobohan rumah itu, bagi maksud melakukan pencerobohan rumah itu dengan apa-apa cara yang tidak dimaksudkan oleh penduduk rumah itu baginya dibukanya. [d] Jika ia masuk atau keluar dengan membuka mana-mana kunci bagi maksud melakukan pencerobohan rumah itu atau bagi maksud keluar dari rumah itu selepas melakukan pencerobohan rumah itu. [e] Jika ia dapat masuk atau keluar dengan menggunakan kekerasan jenayah atau melakukan sesuatu serangan atau dengan mengugut hendak menyerang seseorang. [f] Jika ia masuk atau keluar melalui mana-aman lubang yang diketahuinya telah ditutup berkancing bagi menahan sesiapa masuk atau keluar dan yang telah dibuka oleh atau oleh pensubahat dalam pencerobohan rumah itu.
  • 101. Elemen. Tertuduh melakukan pencerobohan jenayah Tertuduh masuk ke dalam sebuah rumah atau mana-mana dari pada enam cara yang tersebut di bawah ini, atau jika, setelah berada di dalam rumah itu atau mana-mana bahagiannya bagi maksud melaku kan, atau setelah melakukan sesuatu kesalahan di dalamnya, ia keluar dari rumah itu atau mana-mana bahagiannya dengan mana- mana daripada enam cara itu Pertama - Jika ia masuk atau keluar melalui suatu lubang yang dibuat olehnya, atau oleh seseorang pensubahat dalam pencerobohan rumah itu. Kedua - Jika ia masuk atau keluar melalui mana-mana lubang yang telah dimaksudkan oleh sesiapa, melainkan ia atau pensubahat kesalahan itu, untuk jalan masuk bagi manusia; atau melalui mana- mana lubang yang telah dapat dimasukinya dengan jalan meragang atau memanjat mana-mana dinding atau bangunan.
  • 102. Ketiga - Jika ia masuk atau keluar melalui mana-mana lubang yang telah dibuka olehnya atau oleh seseorang pensubahat dalam pencerobohan rumah itu, bagi maksud melakukan pencerobohan rumah itu,dengan apa-apa cara yang tidak dimaksudkan oleh penduduk rumah itu baginya dibukakan. Keempat - Jika ia masuk atau keluar dengan membuka mana-mana kunci bagi maksud melakukan pencerobohan rumah itu, atau bagi maksud keluar dari rumah itu selepas melakukan pencerobohan rumah itu Kelima - Jika ia dapat masuk atau keluar dengan menggunakan kekerasan jenayah atau melakukan sesuatu serangan, atau dengan mengugut hendak menyerang seseorang. Keenam - Jika ia masuk atau keluar melalui mana-mana lubang yang diketahuinya telah ditutup berkancing bagi menahan sesiapa masuk atau keluar dan yang telah dibuka olehnya atau oleh pensubahat dalam pencerobohan rumah itu.
  • 103. SEK. 446 : PECAH RUMAH PADA WAKTU MALAM Barang siapa melakukan pecah rumah selepas matahari masuk dan sebelum matahari terbit, adalah dikata melakukan ‘pecah rumah pada waktu malam’. Elemen. Tertuduh melakukan pecah rumah Kesalahan itu dilakukan selepas matahari masuk dan sebelum matahari terbit. SEK. 447 : SEKSAAN BAGI PENCEROBOHAN JENAYAH Penjara yang boleh sampai 3 bulan, atau denda yang boleh sampai RM 1,000 atau kedua-duanya.
  • 104. SEK. 448 : SEKSAAN BAGI PENCEROBOHAN RUMAH Penjara yang boleh sampai 1 tahun atau denda yang boleh sampai RM 2,000 atau kedua-duanya. Penerangan. Seksaan untuk Sek. 442KK. Mulai seksyen ini sehingga Sek. 452KK – khusus kepada pencerobohan rumah sahaja – rujuk Sek. 442KK. SEK. 449 : PENCEROBOHAN RUMAH BAGI MAKSUD MELAKUKAN KESALAHAN YANG BOLEH DI SEKSA DENGAN BUNUH Barang siapa melakukan pencerobohan bagi maksud melaku kan sesuatu kesalahan yang boleh diseksa dengan bunuh, hendak lah diseksa dengan penjara yang boleh sampai dua puluh tahun dan bolehlah juga dikenakan denda.
  • 105. Elemen. Tertuduh melakukan pencerobohan rumah. Kesalahan itu dilakukan bagi maksud melakukan kesalahan yang boleh di seksa dengan bunuh. Penerangan. Bunuh – rujuk Sek. 300KK. Kesalahan yang boleh diseksa dengan bunuh. Contoh – Sek. 121, 121A, 302 & 396KK. Niat untuk melakukan kesalahan boleh diseksa dengan bunuh mesti dibuktikan. Seksaan.
  • 106. SEK. 450 : PENCEROBOHAN RUMAH BAGI MAKSUD MELAKUKAN KESALAHAN YANG BOLEH DISEKSA DENGAN PENJARA SEUMUR HIDUP Barang siapa melakukan pencerobohan rumah bagi maksud melaku kan sesuatu kesalahan yang boleh diseksa dengan penjara seumur hidup, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang tidak lebih daripada sepuluh tahun, dan boleh juga dikenakan denda. Elemen. Tertuduh melakukan pencerobohan rumah. Kesalahan itu dilakukan bagi maksud melakukan kesalahan yang boleh di hukum dengan penjara seumur hidup. Penerangan. Bersamaan dengan Sek. 449KK, hanya berbeza dengannya ialah kesalahan yang akan dipenjara. Contoh, Sek. 121B, 122, 124, 304, 376, 395 dll. Seksaan. Penjara selama tidak lebih 10 tahun dan bolehlah juga dikenakan denda.
  • 107. SEK. 451 : PENCEROBOHAN RUMAH BAGI MAKSUD MELAKUKAN KESALAHAN YANG BOLEH DI SEKSA DENGAN PENJARA Barang siapa melakukan pencerobohan rumah bagi maksud melakukan sesuatu kesalahan yang boleh diseksa dengan penjara, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun dan bolehlah juga dikenakan denda dan jika kesalahan yang dimaksud hendak dilakukan itu ialah kesalahan mencuri, maka tempoh penjara itu bolehlah dilanjutkan hingga tujuh tahun. Elemen. Tertuduh melakukan pencerobohan rumah. Kesalahan itu dilakukan bagi maksud melakukan kesalahan yang boleh di hukum dengan penjara atau kesalahan curi. Penerangan.Seksyen ini sedikit berbeza dibandingkan dengan seksyen-seksyen sebelum ini. Ia adalah peruntukan kesalahan mencuri selepas pecah rumah dilakukan. Takrif kesalahan mencuri – rujuk Sek. 378KK. Seksyen ini dijeniskan sebagai pencerobohan rumah dan mencuri pada waktu siang hari tetapi tidak ada bersembunyi dilakukan. Seksaan. Penjara yang boleh sampai 2 tahun dan bolehlah juga di denda Jika kesalahan yang dimaksudkan hendak dilakukan itu ialah mencuri, maka tempoh penjara itu bolehlah dilanjutkan hingga 7 tahun.
  • 108. SEK. 452 : PENCEROBOHAN RUMAH SETELAH PERSIAPAN DI BUAT BAGI MENYEBABKAN CEDERA KEPADA SESEORANG Elemen. Tertuduh melakukan pencerobohan rumah Kesalahan itu dilakukan setelah membuat persiapan bagi menyebabkan cedera kepada seseorang, atau bagi menyerang seseorang, atau bagi menghalang dengan salah seseorang atau bagi mendatangkan ketakutan kepada seseorang kepada cedera, serangan atau halangan salah. Seksaan. Penjara yang boleh sampai 7 tahun dan bolehlah juga di denda