Pendidikan jasmani bertujuan meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal untuk membangunkan kemahiran motorik, kecergasan, dan sikap positif terhadap aktiviti fizikal. Ia memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal untuk mempengaruhi perkembangan fizikal, mental dan sosial murid. Objektifnya adalah membantu murid menjadi cergas dan mempelajari aspek kecergasan untuk diamalkan dalam ke
1. Pendidikan jasmani
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia
melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran-
kemahiran motor; pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan
keadaan baik; memperoleh pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti
fizikal Jenny (1961) dan Williams (1964) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani memberi
pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi semua perkembangan fizikal
termasuk perkembangan mental dan sosial.
Isi kandungan
1 Definisi Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
2 Maksud Pendidikan Kesihatan
3 Objektif Pendidikan Jasmani
o 3.1 Matlamat Pendidikan Kesihatan
4 Apakah Budaya Pembelajaran Pendidikan Jasmani?
5 Apakah Budaya Pembelajaran Pendidikan Kesihatan?
6 Kecergasan
7 Kecergasan Fizikal
8 Koordinasi
9 Berasaskan pelakuan motor
10 Kemahiran
11 Kesukanan
12 Kesihatan Diri dan Keluarga
13 Gaya Hidup Sihat
14 Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran
Definisi Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Barrow (1971, 1983) menyatakan Pendidikan Jasmani dalam konteks ‘pengalaman pendidikan
menyeluruh’ dan berkait dengan hal seumur hidup setiap individu.
Baley & Field (1976), satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organik,
neuromaskular, intelektual, sosial, budaya, emosional dan estetik, hasil melalui aktiviti-aktiviti
fizikal yang terpilih dan agak rancak,
2. Freeman (1977, 1992) menegaskan bahasa Pendidikan Jasmani meliputi pembangunan fizikal
dan mental dan menumpu pada tiga domain pendidikan, iaitu psikomotor, kognitif dan afektif.
Lumpkin (1990) berpendapat Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang membolehkan
individu mempelajari kemahiran-kemahiran fizikal, mental dan sosial serta tahap kecergasan
yang tinggi.
Dauer (1995) berpendapat Pendidikan Jasmani ialah sebahagian daripada program pendidikan
yang menyeluruh, yang memberi sumbangan pada asasnya melalui pengalaman-pengalaman
pergerakan kepada perkembangan dan pembangunan keseluruhan kanak-kanak.
Maksud Pendidikan Kesihatan
Pendidikan Kesihatan merupakan suatu proses membekalkan atau menggunakan pengalamaan
bagi mempengaruhi secara mendalam kefahaman, sikap dan amalan berhubung dengan kesihatan
individu, keluarga dan komuniti.
Objektif Pendidikan Jasmani
Bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviiti fizikal dan amalan
kecergasan. Pembelajaran dilakukan dengan mengutamakan tiga perkara utama :
Kognitif Mengetahui dan memahami akan aspek kecergasan dan boleh diamalkan dalam
kehidupan seharian
Matlamat Pendidikan Kesihatan
Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan,
memupuk sikap positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat
Apakah Budaya Pembelajaran Pendidikan Jasmani?
Penglibatan murid secara aktif dan selamat
Interaksi yang kreatif dengan rakan, bahan dan alatan
Penyimpanan rekod kegiatan murid sebagai bukti pembelajaran
Apakah Budaya Pembelajaran Pendidikan Kesihatan?
Penglibatan murid secara penghayatan ilmu
Interaksi dengan guru, rakan dan masyarakat
Penyimpanan rekod kesihatan dan kegiatan murid sebagai bukti pembelajaran
…==Kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani==
3. 1. Kecergasan
Konsep tunjang ini menitikberatkan keupayaan murid melakukan aktiviti fizikal secara
berterusan .
Tumpuan diberi kepada komponen kecergasan berasaskan fizikal.
1. Kecergasan Fizikal
Terdapat 2 cabang kecergasan berasaskan fizikal:
1. Kesihatan
2. Perlakuan Motor / kemahiran
1. Kesihatan
Imbangan
Ketangkasan
Kuasa
Masa Respons / tindak balas
Kepantasan
Koordinasi
2. Berasaskan pelakuan motor /
kemahiran
Daya tahan kardiovaskular
Daya tahan Otot
Kekuatan Otot
Kelenturan
Komposisi badan
2. Kemahiran
Konsep tunjang ini menitikberatkan keupayaan melakukan kemahiran daripada aspek pergerakan
otot Tumpuan diberi kepada kemahiran asas dalam permainan , olahraga, gimnastik, pergerakan
kreatif dan rekreasi
3.Kesukanan
Konsep tunjang ini menitik beratkan kefahaman dan pengetahuan bagi mengukuhkan amalan
pendidikan jasmani dan sukan. Tumpuan diberi kepada aspek keselamatan, pengurusan, kerjaya
etika dan isu-isu dalam pendidikan jasmani dan sukan.
4. Kesihatan Diri dan Keluarga
Konsep tunjang ini adalah penjagaan asas kesihatan diri, perasaan, kekeluargaan
Tumpuan diberi kepada kesihatan diri, seksualiti, kekeluargaan, perkahwinan dan
keibubapaan
Gaya Hidup Sihat
Konsep tunjang ini adalah pengalaman aktiviti kehidupan harian yang sihat dan menjauhi
tingkah laku berisiko secara berterusan.
Tumpuan diberi kepada penyelesaian konflik, pengurusan stres, kemahiran merancang,
pemakanan, penyalahgunaan bahan dan pencegahan dadah
Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran
Konsep tunjang ini adalah pemeliharaan kebersihan dan keselamatan persekitaran dan
pertolongan cemas