Membasuh tangan dengan sabun dan air secara kerap dapat menghilangkan kuman dan mencegah penyakit seperti COVID-19. Penggunaan pelitup muka dan penjarakan sosial satu meter adalah penting untuk mengurangkan penularan wabak ini, terutamanya di kawasan ramai orang. Elakkan bersentuhan dengan orang lain.
Membasuh tangan terutama sebelum makan atau selepa.docx
1. 1. Membasuh tangan terutama sebelum makan atau selepas mengguna tandas bukan sesuatu yang
baharu dalammasyarakat.Sebaliknya,ia menjadi satu kelaziman di Malaysia.Apa yang
dimaksudkan membasuh tangan sebagai kebiasaan baharu ialah mencuci tangan lebih kerap
walaupun tidak makan atau tidak menggunakan tandas.Inilah yangkebiasaan baharu yangperlu
dijadikan norma baharu.Tangan adalah bahagian anggota badan yangpalingkerap menyentuh
pelbagai permukaan dan tempat yangmempunyai kuman. Membasuh tangan dapat cegah
penyakit dan menyebarkan jangkitan kepada oranglain kerana ;
Kelazimannya kita kerap menyentuh mata, hidung dan mulut tanpa sedar.Tangan yang
tercemar akan memindahkan kuman ke saluran pernafasan melalui mata,hidungdan
mulut
Kuman dari tangan yangtidak dibasuh boleh berpindah ke objek yang disentuh seperti
tombol pintu, telefon bimbit, duitdan juga semasa bersalaman
Membasuh tangan dengan sabun dan air dapatmenyingkirkan kuman dan mencegah pelbagai
penyakit termasuk jangkitan COVID-19.Jika sukar akses tempat membasuh tangan, anda boleh
mengguna cecair pemasmi kuman (hand sanitizer).Pada pengguna pengangkutan awam, anda amat
digalakkan membawa sebotol kecil hand sanitizer sebagai persediaan pencegahan kerana kita
menyentuh tempat/barang yang kerap disentuh orangramai walaupun sekarangkerap dicuci oleh
kakitangan pembersihan.
Memakai sarungtangan (terutama yang seringdipakai juruwangdi kaunter bayaran),tidak bermakna
anda tidak perlu basuh tangan. Risiko yangsama juga kerana anda menyentuh bahagian tercemar
kemudian menyentuh bahagian muka.Oleh itu, KKM seringmenasihatkan orangramai kerap
membasuh tangan mengguna air dan sabun sekurang-kurangnya 20 saat.
2. Pemakaian pelitup muka ketika berada di kawasan umum terutama di tempat yangsesak dan
tertutup memang digalakkan bagi mencegah dan mengawal penularan pandemik COVID-19.
OrangAwam digalakkan untuk memakai pelitup muka terutama bagi mereka yangbergejala dan
jika kita berada di kawasan orangramai termasuk pengangkutan awam dan pusatbeli belah.
3. Elakkan bersentuhan seperti bersalaman,memeluk atau mencium. Jangan bersalaman dan
bersentuhan termasuk lagakan anggota badan cukup hanya hormat dengan meletak tangan di
dada dan tunduk hormat bukan sahajayangmempunyai gejala malah kepada semua orang
awam.
4. Amalan jarak sosial amatpentingbagi memutuskan rantaian Covid-19.Pastikan orangawam
mengamalkan jarak sosial selamat1 meter daripada individu lain jikaanda berada di luar rumah
untuk urusan kerja atau membeli barangan keperluan harian.ini kerana PENJARAKAN sosial
2. adalah 'vaksin' terbaik yangperlu dilaksanakan semua pihak bagi menangani penularan wabak
Covid-19.
5.