PERANAN AMERIKA SYARIKAT DALAM MENGUASAI SENARIO POLITIK DUNIA MENURUT PERSPEKTIF TAMADUN MASA KINI
LAN 1012 TAMADUN ISLAM DAN
ASIA TENGGARA
TAJUK : KUMPULAN 5
“PERANAN AMERIKA SYARIKAT DALAM MENGUASAI SENARIO
POLITIK DUNIA MENURUT PERSPEKTIF TAMADUN MASA KINI”
Disediakan Oleh :
TITAS/FKJ3 1
Nama No.Matrik Jurusan
MUHAMMAD REYZUL EDRY BIN
MUSTAFA
2140818 ZK50
MOHAMAD NAZRIN BIN OTHMAN 2140809 ZK50
MUHAMMAD NOR AL-BAIN BIN
NORJAMAL
2140814 ZK50
WASIM AKRAM BIN ZAKARIA 2149811 ZK08
Amerika Syarikat telah memperolehi kemerdekaannya daripada British
pada 4 Julai 1776 melalui satu revolusi yang besar.
Ia dianggap sebagai satu proses penting dalam pembentukan Amerika
Syarikat sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi-
liberal.
Amerika Syarikat menguasai lebih daripada separuh kawasan benua
Amerika Utara dan merupakan negara keempat terbesar di dunia selepas
Russia yang merangkumi keluasan 3.79 batu persegi.
Kepelbagaian ras dan etnik yang mendiami Amerika Syarikat telah
memberikan implikasi besar terhadap politik negara itu dan disifatkan
sebagai pelbagai(diversity) serta majmuk (plural).
TITAS/FKJ3 2
Dasar luar Amerika Syarikat bukan hanya saling berkait dengan
perkembangan politik domestik malahan juga mempengaruhi
perkembangan politik antarabangsa.
Terdapat dua bentuk dasar luar yang pernah diamalkan oleh Amerika
Syarikat iaitu dasar isolasi (pengasingan) dan dasar campurtangan.
Polisi atau dasar luar Amerika Syarikat pada peringkat awalnya, ia lebih
kepada pengecualian kuasa di mana ketika itu mereka lebih menumpukan
perhatian dalam perkara-perkara yang berhubung dengan hal-hal dalam
negeri.
Polisi atau dasar luar Amerika Syarikat pada peringkat awalnya, ia lebih
kepada pengecualian kuasa di mana ketika itu mereka lebih menumpukan
perhatian dalam perkara-perkara yang berhubung dengan hal-hal dalam
negeri.
TITAS/FKJ3 3
*** Ini adalah selaras dengan kandungan Doktrin Monroe yang
diisytiharkan oleh Presiden James Monroe dan ia dianggap sebagai asas
kepada polisi luar Amerika.
Antara Kandungan Doktrin :-
i. Hemisfera Barat tidak terbuka untuk dijajah oleh mana-mana kuasa
Eropah
ii. Sebarang percubaan mana-mana negara Eropah untuk menubuhkan
koloni-koloni baru atau mengawal negara Amerika akan dianggap
sebagai tindakan tidak bersahabat dengan Amerika.
iii. Amerika tidak boleh campur tangan dalam urusan-urusan Eropah atau
dalam sebarang urusan koloni-koloni yang telah sedia bebas.
iv. Pada masa yang sama, Eropah juga tidak boleh mengganggu status
politik mana-mana negara yang bebas di Hemisfera Barat.
TITAS/FKJ3 4
I. Memelihara keselamatan negara daripada tindakan keganasan
dan subversif.
II. Meningkatkan kekayaan dalaman.
III. Memelihara nilai-nilai kebebasan dan demokrasi dalaman dan luar
negara.
IV. Bertindak secara konsisten mengikut nilai-nilai kemanusiaan negara.
V. Memerangi sebarang tindakan yang mencabul ketertinggian undang-
undang dan kestabilan domestik terutamanya dalam soal keganasan dan
penyeludupan dadah.
TITAS/FKJ3 5
I. Menjadikan dunia ini terbuka dan selesa, mengikut peristilahan semasa
untuk globalisasi, khususnya syarikat transnasional yang berpengkalan di
Amerika.
II. Memperkukuhkan penyata kewangan kontraktor pertahanan di dalam
negara yang bermurah hati memberi sumbangan kepada ahli Kongres dan
penghuni Rumah Putih.
III. Mencegah kebangkitan mana-mana masyarakat yang boleh menjadi
contoh alternatif yang berjaya daripada model kapitalis.
IV. Memperluaskan sebanyak mungkin hegemoni politik dan ketenteraan
terhadap mana-mana bahagian di dunia demi untuk menghalang
kebangkitan sebarang kuasa serantau yang mampu mencabar keagungan
Amerika, dan mewujudkan orde baru dunia mengikut acuan mereka
selaras dengan kehendak satu-satunya sahaja kuasa besar dunia.
TITAS/FKJ3 6
Menurut K.J. Holsti (1977), dalam konteks hubungan antarabangsa kuasa merupakan kapasiti
umum sebuah negara dalam mengawal tindakan-tindakan negara lain.
Sekiranya ini merupakan asas kepada semua proses-proses politik antarabangsa, kapasiti
untuk mengawal tingkahlaku boleh dilihat dalam beberapa cara seperti :
Pengaruh :-
Iaitu penggunaan beberapa bentuk kapabiliti sebagai instrumen pendorong, pemujukan,
penghargaan, ancaman atau hukuman.
Proses :-
Merujuk kepada proses yang menunjukkan bahawa terdapatnya perhubungan di antara A dan B.
Kuasa :-
Kuasa dianggap sebagai kuantiti atau boleh diukur yang akan memaksa B untuk
akur kepada. Walau bagaimanapun, kuasa sebgai satu kuantiti hanya akan bermakna apabila
ia dibandingkan dengan kuasa aktor-aktor lain.
TITAS/FKJ3 7
Samuel P. Huntington (1999) di dalam buku bertajuk “The Lonely
Superpower”mendefinisikan kuasa unipolar sebagai A system would have
one superpower, no significant major powers and many minor powers.
Keruntuhan Soviet Union dan perpecahan Eropah Timur sebagai kuasa
paksi komunisme serta kebungkaman kepimpinan Asia Barat dan dunia
Islam pada tahun 1991.
Telah menobatkan Amerika Syarikat sama ada secara langsung atau tidak
langsung, sebagai sebuah kuasa besar dunia yang tunggal.
Fenomena ini ditambah lagi dengan proses pensejagatan dalam bidang
demokrasi liberal dan perdagangan bebas.
Faktor keseimbangan kuasa yang selama ini melingkungi era Perang
Dingin telah mengalami kemusnahan dan menandakan sejarah permusuhan
di antara dua kuasa besar iaitu Amerika Syarikat dan Soviet Union telah
berakhir.
TITAS/FKJ3 8
Pada tahun 1990-an, dunia hanya mempunyai satu superpower yang tiada
tolok bandingannya iaitu Amerika Syarikat.
Pada masa kini Amerika Syarikat sedang menandai hegemoni dunia dalam
kebanyakan bidang terutamanya politik, ekonomi, kebudayaan, sosial dan
ketenteraan.
Dominasi tersebut tidak pernah dialami oleh dunia sebelum ini di mana
sebuah kuasa besar itu menikmati kelebihan yang terbesar dalam
keupayaan material seperti pertahanan, ekonomi, teknologi dan geografi
menurut G. John Ikenberry, Michael Mastanduno dan William C.
Wohlforth .
Kekuatan dan keupayaan Amerika Syarikat terutamanya dalam bidang
ketenteraan telah menjadikan kuasa negara itu berada di dalam kelasnya
yang tersendiri.
Kenyataan ini disokong oleh laporan Stockholm International Peace
Research Institue pada tahun 2006 yang mencatatkan bahawa perbelanjaan
ketenteraan Amerika Syarikat mewakili 46 peratus daripada perbelanjaan
ketenteraan dunia dan 65.6 peratus daripada perbelanjaan ketenteraan
kuasa-kuasa besar.
TITAS/FKJ3 9
Mantan Presiden Amerika Syarikat, George H. Bush ketika berucap dalam
persidangan Kongres pada 11 September 1990 menyatakan bahawa dunia
hari ini sedang bergelut dengan penghidupan baru, satu dunia yang mana
negara-negara mengenalpasti tanggungjawab bersama untuk memupuk
kebebasan dan keadilan serta negara yang kuat menghormati hak-hak
negara yang lemah .
Justeru, beliau telah menggariskan secara objektif mengenai pembentukan
dan kewujudan oder baru dunia yang bebas daripada ancaman keganasan,
kuat mempertahankan keadilan dan lebih menjamin kepada kewujudan
keamanan dunia.
Menurut Mittleman, jika berdasarkan intipati ucapan tersebut adalah wajar
agar semua pihak mengalu-alukannya atas dasar keamanan, keharmonian
dan kemakmuran.
TITAS/FKJ3 10
Berdasarkan perkembangan politik dunia hari ini ternyata itu
hanyalah retorik semata-mata dan Amerika Syarikat jelas gagal dalam
usaha untuk menjamin keamanan dunia.
Beberapa tindakan negara kuasa besar tunggal ini dalam kebanyakan isu
antarabangsa yang cuba ditanganai bukan sekadar menimbulkan
kontroversi malahan semakin merumitkan lagi konflik yang telah sedia
ada.
Pembentukan dunia unipolar dan tindakan unilateral pada masa kini telah
membolehkan Amerika Syarikat bertindak bermaharajalela tanpa sebarang
kawalan.
Keadaan seperti ini tidak sepatutnya terjadi kerana dalam konteks
hubungan antarabangsa ada tatacara antara satu Negara dengan Negara
Jiran yang perlu diikuti dan disanjung tinggi.
TITAS/FKJ3 11
Proses penguasaan, pendominasian dan pensejagatan yang merupakan
antara ciri-ciri sistem unipolar adalah suatu agenda kesinambungan
daripada proses kolonialisme serta imperialisme.
Beberapa peristiwa yang berlaku di benua Afrika seperti konflik Darfur
contohnya dapat membuktikan hakikat tersebut.
Konflik yang berpunca akibat beberapa faktor seperti bencana alam,
oportunis politik, masalah politik serantau, pembangunan tidak seimbang
di antara pusat bandar di sekitar Sungai Nil dan wilayah pinggiran seperti
Darfur sebenarnya tidak kena mengena dengan Amerika Syarikat.
Sebaliknya Amerika Syarikat sendiri yang beriya-iya untuk campurtangan
dalam konflik tersebut untuk mengalihkan pandangan dunia terhadap
pencerobohan mereka di Iraq yang mendapat kecaman pelbagai pihak.
TITAS/FKJ3 12
Tindakan tersebut juga merupakan satu tekanan terhadap Kerajaan Sudan
dan ia menjadi lebih buruk selepas tragedi 11 September 2001.
Peristiwa itu telah mencetuskan fenomena “ Islamiphobia” apabila
Amerika Syarikat bersama sekutu rapatnya Britain mensasarkan
kemarahan mereka terhadap pemerintahan pro Islam seperti Sudan.
Bekas Menteri Luar Negeri Sudan, Muhammad Najib El Khair pernah
mengatakan bahawa keadaan di Darfur bukan satu pembersihan etnik atau
pembunuhan beramai-ramai yang memerlukan campurtangan asing,
sebaliknya ia semata-mata berpunca daripada perebutan hasil bumi
Walau atas apa sahaja alasan yang dikemukakan adalah jelas bahawa
kekacauan di Darfur (barat Sudan) sebenarnya merupakan batu loncatan
kepada Amerika Syarikat untuk masuk ke wilayah tersebut demi meraih
potensi kekayaan alam di situ.
Apa yang nyata campurtangan Amerika dengan kuasa unipolar yang
dimiliki hanya menambahkan kecelaruan kepada konflik yang sedia ada.
TITAS/FKJ3 13
Isu keganasan antarabangsa begitu banyak dibicarakan terutamanya selepas
peristiwa pengeboman ke atas bangunan berkembar Pusat Dagangan Dunia
di Manhattan, New York pada 11 September 2001.
Malahan, semua elemen yang berkaitan dengan Islam dianggap negatif
daripada kacamata negara-negara barat.
Senario ini telah mengubah lanskap politik antarabangsa apabila pihak
Barat diketuai oleh Amerika Syarikat melancarkan dasar agresif terhadap
negara-negara dan pertubuhan Islam yang dikaitkan dengan jenama
pengganas untuk menghalalkan cara dan tindakannya (Kassim Thukiman
dan Dr. Durrishah Idrus).
Tuduhan barat bahawa Islam menaja keganasan adalah tidak tepat kerana
unsur tersebut sebenarnya terdapat juga di kalangan bangasa serta agama
lain yang merasa diri mereka ditindas.
TITAS/FKJ3 14
Tun Dr Mahathir Mohammad pernah mencadangkan agar mentakrifkan
semula istilah ` terrorism` secara universal yang sepatutnya diformulakan
secara sistematik agar dapat diterima oleh semua pihak.
Mengaitkan Islam dengan pengganas adalah merupakan sesuatu
yang “completely unjustified”.
Pendekatan ini penting untuk melandasi perbincangan secara intelektual
dan tidak menyebelahi mana-mana pihak. Jika hanya pihak Barat sahaja
yang dibenarkan mendefinisikannya sudah pasti ia tidak adil dan bersifat
berat sebelah.
Ini adalah kerana aktiviti pengganas tidak hanya terhad ke atas negara-
negara Islam tetapi boleh berlaku di mana-mana sahaja.
Sejarah juga telah menunjukkan dan membuktikan fenomena tersebut turut
pernah berlaku di bumi Amerika Syarikat, Amerika Selatan, Asia Timur
dan benua Eropah.
Agak menghairankan dalam menangani isu keganasan antarabangsa ini
Amerika Syarikat kelihatan seperti hilang punca dan ketiadaan pemikiran
rasional untuk melihat semula atau merenung jauh ke dalam seterusnya
mencari punca boleh berlaku fenomena tersebut.
TITAS/FKJ3 15
Walaupun memegang status selaku kuasa besar tunggal di dunia dan
memiliki daya keintelektualan yang selama ini disanjung tinggi
olehmasyarakat dunia, mereka tiba-tiba bertindak di luar pemikiran
rasional.
Kecanggihan teknologi yang dimiliki hanya dijadikan alat untuk menindas
golongan lemah.
Tanpa sebarang penyelidikan dan penelitian apatah lagi bukti yang sahih,
Amerika Syarikat lantas menuduh bahawa Osama bin Laden adalah ketua
pengganas dan merupakan individu yang bertanggungjawab terhadap
tragedi 11 September 2011.
Pada masa yang sama mereka terus mengaitkannya dengan pertubuhan Al-
Qaeda yang selama ini bersikap anti-Amerika Syarikat.
Kerajaan Afghanistan yang dipimpin oleh kumpulan Taliban pula telah
menjadi sasaran mereka & tindakan tidak rasional ini walaupun dilakukan
atas nama menentang keganasan, ia menimbulkan ketegangan
antarabangsa dan telah dikecam oleh para pencinta keamanan dunia.
TITAS/FKJ3 16
Amerika Syarikat jelas menguasai pentas politik dunia dalam isu
memerangi keganasan terutama yang melibatkan umat Islam.
Satu persoalan yang menjadi fokus ialah mengapa tindakan negara Uncle
Sam itu menjajah dan menceroboh beberapa buah negara seperti
Nicaragua, Somalia, Sudan, Kuwait, Libya, Vietnam, Iran dan Iraq tidak
pula dianggap sebagai pengganas antarbangsa.
Pada masa yang sama amat jelas betapa organisasi antarabangsa seperti
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang dikuasai oleh Amerika
Syarikat hanya berdiam diri dan tidak membuat sebarang tindakan tegas
untuk menyekat perbuatan ganas Israel terhadap umat Islam Palestin sejak
sekian lama.
Amerika Syarikat kelihatan teragak-agak untuk membuat ketetapan
mengecam negara tersebut seperti dalam peristiwa pembunuhan beramai-
ramai di kem pelarian Sabra dan Shatila.
TITAS/FKJ3 17
Krisis di Palestin ini terus berlarutan dan masyarakat dunia terutama
Amerika Syarikat yang menjadi satu-satunya kuasa besar tidak mampu
menghalang pembinaan tembok keselamatan yang dibina oleh pihak Israel.
Pada masa yang sama pembunuhan secara terbuka pihak Israel terhadap
penduduk awam Israel terus berlaku walaupun pelbagai perjanjian damai
telah ditandatangani di seluruh dunia.
Pihak barat terutamanya Amerika Syarikat tidak wajar mempersalahkan
tindakan kumpulan jihad Islam, Hamas dan Hizbullah untuk bertindakbalas
terhadap militan Israel di atas kezaliman tersebut.
Malah bekas pemimpin utama pergerakan Hamas yang berpangkalan di
Bandaraya Gaza iaitu allahyarham Sheikh Ahmad Yassin pernah
menyimpulkan bahawa tindakan Amerika Syarikat melakukan
pencerobohan serta peperangan adalah merupaka tindakan berterusan
untuk memusuhi dunia Islam.
TITAS/FKJ3 18
Sama ada disedari atau tidak realiti yang paling penting pada masa kini yang
mencabar tamadun Islam dan tamadun Asia ialah globalisasi kebudayaan
kebendaan yang dicipta dan didominasi oleh dunia Barat moden.
Menyedari kesan dan dampak dunia Barat moden ke atas kita dengan
sepenuhnya, kita tidakakan dapat merancang masa depan kita dengan sebaik-
baiknya.
Kesan dan dampak dunia Barat moden ke atas masyarakat Islam dan Asia
sangat mendalam sehingga hampir menghilangkan sama sekali ciri-ciri jati diri
(identiti) bagi seseorang Islam atau seseorang Asia pada peringkat individu dan
jati diri tamadun Islam dan jati diri tamadun-tamadun Asia pada peringkat
kolektif.
Keseluruhan dunia pada hari inikelihatan seolah-olah ‘sebuah dunia Barat yang
besar’ yang bersifat hegemonik, yang tidak langsung memperlihatkan identiti
selain daripada identiti tamadun Barat.
TITAS/FKJ3 19
Penjajahan Barat mempunyai kesan yang meluas dan mendalam ke atas
masyarakat Islam dan Asia sehingga merubah struktur ekonomi, institusi
politik dan nilai budayanya.
Meskipun kini kebanyakan negara atau masyarakat Islam dan Asia telah
mencapai kemerdekaan, tetapi kesan pemerintahan dan dominasi penjajah
masih ketara.
Masyarakat Islam dan Asia sukar dikenali dengan ciri-ciri kebangsaan
yang tersendiri dalam semua lapangan kehidupan sama ada yang berkaitan
dengan gaya hidup seseorang sehingga kepada kedaulatan negara dalam
membuat keputusan.
TITAS/FKJ3 20
Kemerdekaan sesebuah negara pada masa kini tidak mempunyai makna yang
besar selain daripada tampuk pemerintahan diserahkan kepada masyarakat
tempatan.
Sukar untuk dinafikan bahawa politik antarabangsa hari ini didominasi
sepenuhnya oleh beberapa buah negara kuasa besar (super power) yang secara
tidak langsung menggambarkan dominasi dunia Barat.
Malahan struktur PBB sendiri mencerminkan keadaan politik dunia selepas
Perang Dunia Kedua, di mana negara-negara seperti Amerika Syarikat, Britain
dan Perancis yang telah berjaya mengalahkan Jerman dan Jepun, memperolehi
kuasa veto.
Amerika Syarikat adalah negara terkuat di kalangannya yang mendominasikan
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dengan kuasa
vetonya bersama-sama dengan negara Rusia, United Kingdom, Perancis dan
China.
Kedudukan Amerika Syarikat sebagai sebuah kuasa politik global adalah
disebabkan terutamanya oleh kekuatan ketenteraan atau militari.
TITAS/FKJ3 21
zaman penjajahan sebelum ini penjajah Barat mendominasikan sumber-
sumber semula jadi wilayah yang dijajah, maka hari ini keadaan yang
hampir sama berlaku.
Syarikat-syarikat multinasional dari Barat seperti Amerika Syarikat, United
Kingdom dan negara-negara Eropah yang lain termasuk juga Jepun telah
menguasai kegiatan perdagangan antarabangsa.
Sistem kewangan antarabangsa pula dikawal oleh sejumlah kecil syarikat-
syarikat kewangan gergasi, sekumpulan bank, pedagang-pedagang mata
wang dan juga pengurus-pengurus dana pelaburan spekulatif antarabangsa,
yang secara tidak langsung meneruskan dominasi dunia Barat ke atas
bangsa-bangsa manusia yang lain.
Fenomena seperti ini merupakan satu bentuk penjajahan baru yang
terselindung di sebalik gagasan perdagangan tanpa sempadan, perdagangan
bebas, atau economic globalisation.
TITAS/FKJ3 22
Amerika Syarikat telah membanjiri dunia dengan pengeskportan
budayanya.
Pengaruh yang paling berkesan atau signifikan ialah hiburan. Pada hari ini
filem,muzik, nyanyian, kartun dan komik dari Amerika Syarikat telah
tersebar dengan meluasnya di seluruh dunia sehingga mempengaruhi cara
hidup remaja di seluruh dunia.
American Idol juga telah tersebar luas dan ditiru di beberapa negara lain
termasuk Malaysia sebagai satu fenomena globalisasi budaya, di mana cita-
cita remaja diberi ekspresi secara kompetitif, dan nilai-nilai seperti
menghormati dan menjaga perasaan seseorang individu tidak lagi
diutamakan, atas nama keterbukaan di dalam memberi pandangan.
Budaya hidup Barat yang ditonjolkan melalui jenama-janama seperti Coca-
cola, McDonalds, Levi’s dan lain-lain telah menjadi sebahagian daripada
budaya global.
TITAS/FKJ3 23
Masyarakat manusia di merata tempat telah menyedut dan
mengasimilasikan jenis-jenis makanan, pakaian dan hiburan ala-Amerika
dalam jumlah yang besar dan belum pernah berlaku dalam sejarah sebelum
ini.
Penguasaan kuasa Barat yang begitu mencengkam ke atas bangsa-bangsa
manusia yang lain termasuklah masyarakat Islam dan Asia.
Gergasi media Barat khususnya dari Amerika Syarikat seperti CNN, telah
menyesuaikan diri dengan tuntutan dan suasana dalam masyarakat Islam
dan Asia di mana mereka beroperasi.
TITAS/FKJ3 24
Perkembangan politik dunia pasca Perang Dingin adalah dikuasai oleh
Amerika Syarikat selaku kuasa besar yang tunggal dan dominasi mereka
dalam pelbagai isu antarabangsa memang tidak dapat dinafikan lagi.
Kassim Thukiman dan Prof. Madya Dr. Durrishah Idrus -Suatu Tinjauan
Awal berpendapat bahawa pada masa kini, dunia antarabangsa kelihatan
menumpukan secara mutlak apa sahaja dasar yang diputuskan oleh
kepimpinan Rumah Putih dan PENTAGON.
Dasar luar Washington yang agresif dan bersifat militer terutama selepas
tragedi 11 September 2011 hanya banyak mengundang lebih banyak
keganasan berleluasa.
Misi keamanan di beberapa buah negara menjadi sebaliknya apabila
penduduk tempatan bangun untuk memberontak menentang dasar
campurtangan tersebut.
TITAS/FKJ3 25
Tamadun Islam dan barat boleh wujud bersama, jika barat berusaha
memahami Islam dan umat Islam.
Sangat sukar dicapai kerana dari kajian yang dibuat, barat tidak pernah
ikhlas untuk melakukannya.
Fenomena ini terjadi akibat dari persepsi barat bahawa Islam telah menjadi
ancaman kepada mereka.
Mereka sentiasa mengkritik dan mencemuh tamadun Islam dengan desakan
supaya Islam akan tunduk kepada dasar dan cara berfikir barat.
Kemunculan kelompok Islam liberal yang banyak dipengaruhi oleh
kelompok orienstalis yang menanggap Islam sebagai kolot, dogmatik dan
literal telah membantu secara tidak langsung pihak barat menjayakan
agenda mensekularisasikan fahaman umat Islam.
TITAS/FKJ3 26