SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 13
PEJABAT PELAJARAN DAERAH HULU
PERAK
JALAN HAJI MEOR YAHYA,
33300 GERIK
PERAK DARUL RIDZUAN
MINIT CURAI
1. Kepada : Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Perak
2. Daripada: En. Mohamad Nazri Bin Ishak – FasiLINUS Numerasi
3. Salinan Kepada : Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Perak
Penolong PPD (Bahasa)
Penolong PPD Sains dan Matematik
Semua FasiLINUS PPD Hulu Perak
4. Rujukan : KP(BPG)9131/600/20/4 Jld.4 (34)
5. Perkara : KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI DAN KURIKULUM FASILINUS ZON TENGAH SIRI 2 2011
6. Tarikh dan Masa : 10 Julai – 13 Julai 2011 (Ahad – Rabu)
7. Tempat : Hotel Seri Malaysia, Ipoh
8. Anjuran : Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia
9. Pengerusi : En. Shahrim Bin Shafie – Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK)
10. Turut Hadir :
Wakil-wakil Bahagian:
En. Belizan Bin Baghdadi – Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH)
En. Aziz Bin Naim – Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK)
En. Ahmad Bin Yusof – Lembaga Peperiksaan (LP)
Pn. Zainab – Institut Pendidikan Guru Malaysia Cyberjaya (IPGM)
Pn. Hajah Zaleha Binti Osman – Bahagian Pendidikan Khas (BPKHAS)
En. R. Krishnan – Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK)
Pegawai-pegawai JPN Perak, Selangor, WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya
11. Tujuan Kursus : Untuk mengukuhkan dan memantapkan kurikulum dan pedagogi FasiLINUS dalam
melaksanakan proses penyeliaan dan bimbingan kepada guru-guru LINUS di sekolah.
12. Isi kandungan Kursus :
10 JULAI 2011
SLOT 1 (3.30 PM – 4.30 PM)
TAKLIMAT BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
EN. AZMAN B KOSNAN – UNIT PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU, BPG
1. Kata alu-aluan dan penghargaan kepada FasiLINUS kerana dapat hadir ke kursus ini.
2. FasiLINUS adalah pemudah cara kepada guru-guruLINUS di sekolah dan bukan sahaja pegawai data.
3. Terdapat FasiLINUS yang telah menolak jawatan tersebut dan kembali ke sekolah. Ada juga di antaranya yang
telah dan sedang dikenakan tindakan kerana melanggar peraturan yang telah ditetapkan.
4. Pelbagai cabaran dan rintangan perlu dihadapi oleh FasiLINUS dalam menjalankan tugas.
5. Para FasiLINUS perlu mewujudkan budaya kerja berpasukan dan bekerjasama di antara satu sama lain demi
menjayakan program LINUS.
6. FasiLINUS diminta menyampaikan kepada pihak sekolah supaya tidak menipu data kerana pihak JNJK akan
memantau data di sekolah selepas proses audit data LINUS-NKRA dijalankan oleh pihak audit luar yang telah
dilantik oleh KPM.
7. FasiLINUS sering diperhatikan kerana program LINUS melibatkan belanjawan yang besar.
8. Jawatan FasiLINUS tidak akan berakhir pada tahun 2012.
9. Jangan timbulkan konflik dengan pihak pentadbir sekolah terutama GB dan guru-guru LINUS.
10. Kursus pemantapan FasiLINUS Siri 3 2011 akan dijalankan pada bulan Oktober 2011 dan bergantung kepada
peruntukan (sekiranya ada).
TAKLIMAT URUSETIA
EN. NOR HISHAM BIN FAHMI – PEN. PENGARAH MATEMATIK JPN PERAK
1. Housekeeping
a. Urusetia utama kursus ialah En, Shahrim Bin Shafie dari BPG.
b. Surat dan jadual kursus untuk semua negeri telah dihantar dan diharap semua FasiLINUS telah
menerimanya.
c. Slot Update NKRA akan diadakan sekiranya Pegawai NKRA, En. Zuhairi Bin Duhashim datang. Jika
beliau tidak hadir, maka akan diisi dengan slot lain.
2. Keterangan jadual kursus bermula 10 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011.
3. Waktu makan sebanyak 6 kali iaitu:
a. Sarapan pagi – 7.00 am
b. Minum pagi – 10.30 am
c. Makan tengah hari – 12.30 pm
d. Minum petang – 4.30 pm
e. Makan malam – 7.00 pm
f. Minum malam – 10.00 pm
4. Peringatan :
a. Lap top dan barangan berharga hendaklah dibawa bersama sepanjang kursus ke dewan bagi
mengelakkan sebarang kehilangan.
b. Pakaian semasa kursus adalah pakaian rasmi.
5. Slot malam akan bermula 8.30 pm disebabkan waktu Maghrib masuk pada pukul 7.30 pm dan semua peserta
diingatkan sudah berada dalam dewan tepat 8.30 pm.
SLOT 2 (8.30 pm – 10.30 pm)
UPDATE NKRA DAN PENGOPERASIAN FASILINUS
EN. BELIZAN BIN BAGHDADI – PEGAWAI UNIT AKADEMIK BPSH, KPM
1. Melaporkan Laporan Lengkap Mesyarat Pelaporan Dan Tindakan Susulan Saringan 4 (Kohort 1) dan Saringan
1 (Kohort 2) Program LINUS 2011.
2. Pembentangan data Saringan 4 dan Saringan 1 adalah seperti berikut:
a. Pencapaian Kebangsaan
Peratus Murid Perdana Kohort 1 Saringan 4 Kohort 2 Saringan 1
Literasi 90.59 % 62.73%
Numerasi 94.79% 73.25%
b. Pencapaian Negeri (Literasi)
Peratus Murid Perdana Kohort 1 Saringan 4 Kohort 2 Saringan 1
Negeri Tertinggi
WP Putrajaya WP Putrajaya
98.02% 80.73%
Negeri Terendah
Sabah Sabah
83.03% 48.10%
- Terdapat lebih kurang 10 300 murid tegar Tahun 2 selepasa Saringan 4.
- 3 951 murid ada ciri-ciri pendidikan khas selepas saringan khas dijalankan.
c. Pencapaian Negeri (Numerasi)
Peratus Murid Perdana Kohort 1 Saringan 4 Kohort 2 Saringan 1
Negeri Tertinggi
WP Putrajaya WP Putrajaya
99.11% 84.65%
Negeri Terendah
Sabah Sabah
89.34% 60.88%
d. Pencapaian Daerah (Literasi)
Peratus Murid Perdana Kohort 1 Saringan 4 Kohort 2 Saringan 1
Negeri Tertinggi
WP Putrajaya WP Putrajaya
98.02% 80.73%
Negeri Terendah Pitas Baram
59.29% 27.15%
e. Pencapaian Negeri (Numerasi)
Peratus Murid Perdana Kohort 1 Saringan 4 Kohort 2 Saringan 1
Negeri Tertinggi
Seremban Seremban
99.11% 86.81%
Negeri Terendah
Pitas Julau
62.45% 27.81%
3. Analisis Pencapaian Negeri Saringan 1 Kohort 2
Kategori Linus Tegar Linus Perdana
Literasi
10.26% 21.47% 68.27%
(9) (11) (7)
Numerasi
3.69% 17.19% 79.20%
(5) (13) (5)
4. Analisis Pencapaian Negeri Saringan 4 Kohort 1
Kategori Linus Tegar Linus Perdana
Literasi
3.28% 7.09% 89.63%
(4) (7) (11)
Numerasi
1.24% 3.81% 94.95%
(7) (8) (9)
5. Perletakan jawatan sebagai FasiLINUS akan dipertimbangkan jika memenuhi 2 sebab berikut sahaja iaitu:
a. Mendapat tawaran jawatan Guru Cemerlang
b. Kenaikan gred jawatan
Pertukaran antara negeri perlu dijalankan dengan prosedur pertukaran guru biasa iaitu melalui e-GTukar.
FasiLINUS perlu meletak jawatan dan bertukar sekiranya jawatan tersebut tiada di tempat bertukar
11 JULAI 2011
SLOT 3 (8.30 am – 12.30 pm)
KURIKULUM DAN KONSTRUK LINUS BERASASKAN KSSR
EN. AZIZ BIN NAIM – BAHAGIAN PERKEMBANGAN KURIKULUM, KPM
1. Kejayaan program LINUS amat bergantung kepada murid LINUS Tegar.
2. Kurikulum yang digunapakai sekarang ialah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang lebih
menggunakan pendekatan modular.
3. Isu-isu yang dikenalpasti dalam pelaksanaan program LINUS di sekolah ialah:
a. Terdapat 2 kumpulan murid yang pelbagai tahap pencapaian dalam kelas (murid LINUS dan aliran
perdana).
b. Penulisan RPH guru LINUS yang tidak mementingkan objektif kuantitatif.
c. Penglibatan murid yang tidak menyeluruh
d. Kawalan kelas dan disiplin
e. Berlainan aktiviti.
4. Bahan yang digunakan dalam P&P perlulah yang boleh merangsang minda murid.
5. Guru-guru LINUS perlu dibimbing untuk mengadakan P&P berkesan dan mengajar secara hierarki.
6. Guru-guru perlu digalakkan supaya lebih kreatif dalam menyediakan BBM/ABM untuk P&P.
7. Penggunaan benda maujud yang boleh dipegang dan disentuh oleh murid dapat membantu murid faham
tentang objektif yang hendak diajar.
8. Bahan-bahan yang digunakan perlu mencabar tetapi kesan kepada murid tetap berlaku dalam P&P tersebut.
Guru-guru LINUS dibimbing untuk menangani murid ‘slow learner’ dengan mengambil kira factor-faktor seperti
persekitaran, tugasan dan pengurusan.
SLOT 3 (11.00 am – 1.00 pm)
SESI 2
KURIKULUM DAN KONSTRUK LINUS BERASASKAN KSSR
EN. AZIZ BIN NAIM – BAHAGIAN PERKEMBANGAN KURIKULUM, KPM
1. Perubahan perlu dalam paradigma guru Matematik.
2. LINUS diadakan untuk memenuhi keperluan KSSR di mana KSSR mengutamakan ‘mastery learning’ dan
LINUS merupakan program sokongannya.
3. Konsep KSSR ialah lebih kepada penaakulan(reasoning) dan bukannya penghafalan.
4. Sistem band murid ialah seperti berikut:
Band Kriteria penilaian
1 Tahu
2 Tahu dan faham
3 Tahu, faham dan boleh buat
4 Tahu, faham, boleh buat dan beradab (tertib)
5 Tahu, faham, boleh buat, beradab dan terpuji (pelbagai strategi.
6
Tahu, faham, boleh buat, beradab, terpuji (pelbagai strategi dan boleh ajar
orang lain.
5. Konsep-konsep darab ialah:
a. Tambah berulang
b. Konsep luas – panjang dan lebar
c. Konsep lajur-baris
d. Ganda
6. 4 perkara yang perlu dipastikan wujud semasa P&P matematik ialah:
a. Show (Tunjuk)
b. Say (Sebut)
c. Draw (Lukis)
d. Write (Tulis)
SLOT 3 (2.30 pm – 4.30 pm)
SESI 3
KURIKULUM DAN KONSTRUK LINUS BERASASKAN KSSR (sambungan)
EN. AZIZ BIN NAIM – BAHAGIAN PERKEMBANGAN KURIKULUM, KPM
1. Self-Access Learning (SAL) perlu diwujudkan di sekolah.
2. Dicadangkan 1 PPD 1 SAL.
3. Bahan-bahan yang terdapat di SAL perlu dikongsi bersama-sama di antara sekolah di bawah PPD tersebut.
4. Mesti ada sekurang-kurangnya 3 aktiviti dalam SAL.
5. Prinsip pembinaan aktiviti SAL ialah:
a. Memahami hierarki kurikulum.
b. Mesti dikodkan (coding)
6. Bahan-bahan dalam SAL ialah:
a. Think Tank
b. My Rummy
c. Kusria
7. Perbengkelan pembinaan bahan-bahan SAL.
8. Pembentangan kumpulan tentang hasil kerja yang telah dibengkelkan.
SLOT 4 (8.30 pm – 10.30 pm)
INTERPRETASI DATA SARINGAN
EN. AHMAD BIN YUSOF – LEMBAGA PEPERIKSAAN, KPM
1. LP juga melakukan pemantauan pentadbiran saringan untuk mendapatkan input.
2. FasiLINUS diminta menjalankan tugas sebagai pegawai dan jangan terbawa-bawa gaya guru semasa
memberikan bimbingan dan penyeliaan.
3. Perkara normal yang berlaku ialah penguasaan literasi lebih lambat daripada penguasaan numerasi.
4. FasiLINUS berperanan untuk menasihati pihak sekolah dengan memberi teguran kepada kesalahan dan
memberikan nasihat dan pandangan kepada kesilapan.
5. Penjelasan tentang perkara-perkara penting berkaitan saringan LINUS:
a. Konsep saringan
b. Pentadbiran saringan
c. Peranan FasiLINUS
d. Analisis data
e. Tindakan susulan
6. Perancangan KPI daerah perlu selaras dengan KPI kebangsaan.
7. Kedudukan Daerah Hulu Perak daripada 142 PPD di Malaysia selepas saringan 4 ialah seperti berikut:
a. Literasi : 121/142
b. Numerasi : 118/142
8. Pihak LP memahami masalah dan isu yang timbul di Daerah Hulu Perak.
12 JULAI 2011
SLOT 5 (8.30 am – 10.30 am)
KEMAHIRAN-KEMAHIRAN FASILITATOR
PN. ZAINAB - IPGM CYBERJAYA
SESI 1 – KENALI DIRI
1. FasiLINUS perlu mengenali ciri-ciri yang terdapat pada diri sendiri.
2. Penampilan diri perlu dijaga kerana melambangkan imej dan personaliti.
3. Pengetahuan tentang kekuatan dan kelemahan yang ada dalam diri penting sebagai persediaaan untuk
mengenali diri dan memperbaiki kelemahan diri.
4. Elakkan menjalankan tugas dalam keterpaksaan.
5. Diri sendiri perlu dinilai dan jangan takut terhadap penilaian orang lain terhadap diri sendiri.
6. Setiap manusia mempunyai kelebihan tersendiri dan perlu berusaha untuk meningkatkan keupayaan diri.
7. Kemahiran berkomunikasi terbahagi kepada komunikasi lisan (verbal) dan komunikasi bukan lisan (non-verbal).
8. FasiLINUS perlu mempunyai kemahiran komunikasi yang baik serta bersedia menjadi pendengar yang baik
untuk memastikan masalah yang dihadapi oleh klien dapat difahami dan diambil tindakan yang sewajarnya.
9. Terdapat situasi yang memerlukan FasiLINUS bertindak fleksibel dan terdapat juga situasi yang memerlukan
FasiLINUS bertindak tidak fleksibel.
10. Penjagaan penampilan diri dan kemahiran berkomunikasi amat penting kepada seseorang FasiLINUS untuk
menjalankan tugas dengan lebih berkesan.
11. Rumusannya, setiap FasiLINUS perlu meningkatkan kemahiran berkomunikasi ke arah memantapkan proses
bimbingan dan penyeliaan guru-guru LINUS di sekolah.
SLOT 5 (11.00 am – 1.00 am)
SESI 2 – TANGGUNGJAWAB DAN AMALAN FASILINUS
1. FasiLINUS perlu memahami tanggungjawab dan amalan yang perlu dilakukan di PPD.
2. Perbezaan tanggungjawab dan amalan perlu diketahui supaya pelaksanaan tugas di PPD akan menjadi lebih
sistematik dan berkesan.
3. FasiLINUS sepatutnya menjadi pemudah cara kepada setiap kliennya.
4. FasiLINUS perlu mengetahui maklumat-maklumat sesuatu sekolah terlebih dahulu sebelum mengadakan
proses bimbingan dan penyeliaan.
5. Perlu menunjukkan keyakinan dalam perbincangan dan penyeliaan yang dijalankan.
6. Perbincangan sepatutnya dijalankan dalam suasana yang kondusif.
7. FasiLINUS mesti bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan masalah yang akan timbul dalam
perbincangan yang dijalankan.
8. Rumusannya, FasiLINUS seharusnya memahami peranan, tanggungjawab dan amalannya dalam menjalankan
tugas sebagai seorang pegawai di PPD.
SLOT 5 (2.30 pm – 4.30 pm)
SESI 3 – PELAN TINDAKAN FASILINUS
1. FasiLINUS perlu memahami bidang tugas yang telah ditetapkan.
2. Kefahaman tentang bidang tugas amat penting dalam menyediakan pelan tindakan untuk program LINUS.
3. FasiLINUS sewajarnya tidak mempersoalkan tugas yang diberikan oleh pihak PPD sebaliknya perlu
melaksanakan tugas tersebut di samping ‘core bussiness’ yang telah ditetapkan oleh pihak NKRA.
4. Perbengkelan penyediaan pelan tindakan FasiLINUS meliputi:
a. Matlamat/objektif
b. Tindakan – siapa?
c. Sumber – perlu jelas walaupun hanya kertas mahjong digunakan untuk sesuatu program.
d. Jangkamasa program
e. Tarikh semakan
f. Ciri-ciri pencapaian – KPI
g. Tarikh sasaran dicapai.
5. Pembentangan pelan tindakan mengikut kumpulan PPD.
SLOT 6
INSTRUMEN SARINGAN PENGESANAN MURID LINUS TEGAR
PUAN HAJAH ZALEHA BINTI OSMAN – BPKHAS, KPM
1. Murid Tegar yang masih tinggal selepas disaring dengan instrumen pengesanan murid bermasalah dalam
pembelajaran wajar diberi hak belajar yang sama dengan murid lain.
2. Instrumen saringan tersebut digubal kerana dalam 20 300 murid LINUS Tegar tersebut kemungkinan terdapat
murid yang berkeperluan khas.
3. Instrumen digubal dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia.
4. Telah diadakan saringan rintis pada bulan Mac dan melibatkan Daerah Hulu Perak – dapatan split bar 0.846
(sangat tinggi kesahannya)
5. Selepas dimurnikan, saringan tersebut telah dijalankan kepada 20 300 murid LINUS Tegar tetapi hanya lebih
kurang 15 700 murid sahaja yang disaring – baki murid tersebut tidak menjalani saringan kerana ada murid
yang telah mencapai LINUS poada saringan 4, berpindah sekolah dan sebagainya.
6. Terdapat juga sekolah yang memberi alasan PPD tidak menyampaikan taklimat berkaitan saringan tersebut –
pegawai meja di PPD yang bertanggungjawab ialah Penolong PPD Pendidikan Khas.
7. Instrumen tersebut perlu disimpan oleh guru dalam fail murid dan perlu dibawa semasa perjumpaan dengan
pegawai perubatan.
8. Surat siaran pelaksanaan saringan tersebut masih dalam proses dan FasiLINUS dipohon untuk mengambil
tindakan sebaik sahaja surat tersebut sampai ke PPD – adakan taklimat kepada pentadbir dan Guru LINUS.
9. Objektif instrumen saringan pengesanan murid LINUS Tegar:
a. Untuk mengesan murid LINUS Tegar yang mempunyai ciri-ciri keperluan khas.
b. Untuk memastikan murid dapat mengakses perkhidmatan pendidikan yang sesuai mengikut keperluan.
10. Sasaran saringan ini ialah kepada:
a. Murid LINUS Tegar
b. Murid pemulihan khas
c. Murid yang mempunyai kebarangkalian berkeperluan khas.
11. Kriteria murid yang dipilih ialah:
a. Telah melalui proses pembelajaran untuk tempoh tidak kurang daripada 6 bulan.
b. Murid prestasi rendah.
c. Kesukaran dalam penguasaan membaca, menulis dan mengira.
d. Murid yang telah melalui program pemulihan khas.
12. Kriteria penilai ialah:
a. Penilai telah mengajar murid yang hendak binilai sekurang-kurangnya selama 6 bulan.
b. Contoh-contoh penilai ialah:
i. Guru Bahasa Melayu
ii. Guru Matematik
iii. Guru pemulihan khas
iv. Guru kelas
13. Prosedur saringan tidak formal dan boleh dijalankan tanpa had masa dalam tempoh seminggu.
13 JULAI 2011
SLOT 7 (8.30 am – 10.30 am)
PENEMUAN DAPATAN PEMERIKSAAN KHAS
ENCIK R KRISHNAN – JNJK PERAK
1. Tujuan pemeriksaan khas adalah untuk memantau pengurusan:
a. Dokumentasi
b. Program sokongan
c. Perancangan
2. Aspek pemantauan ialah berdasarkan 5P iaitu:
a. Perancangan program/aktiviti LINUS
b. Pelaksanaan
c. Penyeliaan dan pemantauan
d. Penilaian
e. Penambahbaikan
3. Pihak JNJK lebih memberikan penekanan tentang impak daripada sesuatu program yang telah dilaksanakan
dalam proses pemantauan.
4. Aspek dokumentasi meliputi:
a. Apa maklumat/data?
b. Berapa bilangan?
c. Isi kandangan – lengkap dan terkini?
5. Dapatan pemantauan dan peluang untuk penambahbaikan (OFI) selepas pemeriksaan khas adalah seperti
berikut:
a. Dokumen, data dan maklumat LINUS kurang lengkap, sukar diakses dan kurang disebar luas kepada
warga sekolah dan komuniti.
b. Program LINUS belum menjadi salah satu agenda utama dalam mesyuarat kurikulum dan mesyuarat
panitia. Peranan panitia dalam pelaksanaan program LINUS adalah terhad. Program LINUS dianggap
sebagai program untuk guru LINUS sahaja dan bukan satu program sekolah. Justeru, penglibatan guru
lain dalam program LINUS adalah terbatas.
c. Pencerapan berfokus terhadap guru LINUS untuk menilai keberkesanan P&P LINUS (dalam Model
Kelas Kecil) amat kurang dijalankan oleh Guru Besar.
d. Bagi sekolah yang menjalankan pencerapan terhadap guru LINUS, hasilnya tidak dianalisis, dirumus
dan dibincang bagi tujuan penambahbaikan.
e. Kebanyakan sekolah tidak menyediakan Rancangan Jangka Pendek dan pelunjuran (TOV dan ETR)
selepas saringan.
f. Kebanyakan guru LINUS tidak dapat memberi bimbingan kepada murid LINUS dalam Model Kelas
Kecil dengan berkesan kerana masa P&P per se yang diperuntukkan untuk murid tidak mencukupi.
g. Penilaian terhadap program khas/ program sokongan LINUS belum dibuat secara tersurat bagi
menjalankan tindakan penambahbaikan dan tindakan susulan.
h. Masalah ketidakhadiran murid menjejaskan proses pemulihan murid LINUS, khususnya murid LINUS
Tegar.
i. 9.Program sokongan LINUS yang kreatif / inovatif dan boleh menjadi contoh sukar dikesan dalam
pemeriksaan LINUS yang dijalankan..
j. Senarai semak kemajuan pencapaian murid LINUS tidak disediakan oleh kebanyakan sekolah.
k. Walaupun jawatankuasa LINUS telah membincang masalah dan kekangan dalam pelaksanaan P&P
LINUS, program-program khas berdasarkan masalah dan kekangan tersebut tidak dirancang dan
dilaksana oleh kebanyakan sekolah.
6. Isu-isu pelaksanaan program LINUS yang dikesan semasa pemeriksaan khas JNJK ialah:
a. Guru LINUS bukan beropsyen Matematik dan BM mengajar LINUS.
b. Guru GSTT mengajar LINUS.
c. Data sekolah tidak selari dengan Portal NKRA.
d. Terdapat guru yang sama mengajar literasi bagi Tahun 1 dan 2. Begitu juga, guru yang sama mengajar
kelas numerasi bagi Tahun 1 dan 2. Ini membebankan guru terlibat.
e. Pemantauan dan penyeliaan serta perbincangan penambahbaikan Program LINUS tidak dilakukan di
sebilangan kecil sekolah.
f. Penekanan mekanisme penulisan:
i. Huruf ditulis terbalik
ii. Angka ditulis terbalik
g. Pengajaran mengikut KSSR:
i. Banyak kemahiran diajar.
ii. Teknik menulis nombor belum dikuasai.
h. Penggunaan modul LINUS murid tidak dimanfaatkan.
7. Kelemahan-kelemahan dalam P&P kelas LINUS ialah:
a. Guru LINUS tidak menyediakan objektif dan aktiviti berasingan bagi Murid LINUS berdasarkan modul
LINUS.
b. Penekanan terhadap latih tubi, pengulangan dan congak fakta asas tidak dijalankan secarakonsisten
kepada murid LINUS.
c. Sumber pendidikan kurang dipelbagaikan – tiada penggunaan ABM/BBM dalam P&P.
d. Pemeriksaan buku latihan murid kurang konstruktif.
e. Pembetulan tidak dibuat oleh murid kerana tidak ditekankan oleh guru.
f. Hasil kerja murid kurang kemas dan tidak teratur.
g. Peneguhan belum diberi perhatian yang secukupnya.
h. Teknik penulisan yang betul tidak ditekankan oleh sebilangan kecil guru.
i. Hampir semua guru yang dicerap didapati tidak menggunakan sumber pendidikan ICT dalam P&P
,ereka.
j. Guru tidak mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan harian serta pengetahuan dan pengalaman
murid agar pembelajaran menjadi lebih bermakna kepada murid.
k. Tiada catatan refleksi/ impak/ pencapaian objektif dalam buku rekod RPH.
SLOT 8 (11.00 am – 12.30 pm)
SOAL JAWAB DAN RUMUSAN AKHIR KURSUS
ENCIK SHAHRIM BIN SHAFIE – BPG, KPM
1. Sesi soal jawab
a. Cadangan Encik Zulhisyam (PPD Klang) – Pihak yang berkenaan dipohon supaya dapat memberikan
garis panduan atau menggubal satu instrumen penyeliaaan dan bimbingan yang lebih lengkap dan
selaras di semua negeri bagi memantapkan proses penyeliaan semua FasiLINUS
i. Maklum balas daripada En. Shahrim – Hal ini akan dipanjangkan kepada pihak BPSH dan
BPK.
b. Soalan Encik Harun (PPD LMS) – Apakah tindakan untuk memaklumkan ralat pada mukas surat 20
Buku Panduan dan Pengoperasi Program LINUS?
i. Maklum balas daripada En. Shahrim - akan disampaikan kepada pihak BPSH dan memohon
kerjasama BPKHAS untuk memaklumkan perkara ini kepada pihak sekolah.
c. Cadangan oleh Encik Faizal (PPD Kerian) – Adakan masa bertenang selepas saringan bertulis dan
sebelum pengisisan data di portal NKRA. Perkara ini telah dibangkitkan semasa kursus Siri 1 di Hotel
Empress pada bulan Februari yang lalu.
i. Maklum balas En. Shahrim – perkara ini akan dimaklumkan dalam mesyuarat di pihak atasan.
d. Cadangan oleh Encik Sazali (PPD LMS) – Memohon semua FasiLINUS didedahkan dengan slot P&P
untuk 3 kumpulan murid pada kursus pemantapan FasiLINUS yang akan datang.
i. Maklum balas daripada En. Shahrim – akan dicadangkan dalam kursus pada bulan November
nanti dan akan dibincangkan dalam mesyuarat di peringkat atasan.
e. Cadangan dan pendapat oleh Encik Zulhisyam (PPD Klang)
i. Mohon pihak yang terlibat mengambil tindakan terhadap persoalan yang masih tidak terjawab
dengan menyenaraikan persoalan dan tindakan pihak mana.
ii. Laluan kerjaya FasiLINUS masih kabur dan mohon dijelaskan pada kursus yang akan datang.
iii. Wujudkan portal khas untuk FAsiLINUS berinteraksi dengan bahagian-bahagian lain KPM yang
bertanggungjawab dalam program LINUS NKRA bagi memudahkan urusan soal jawab secara
online.
2. Rumusan akhir kursus:
a. Bahan-bahan kursus dibekalkan dalam CD – bahan terhad tidak disertakan atas sebab-sebab tertentu.
b. Bahan-bahan berkaiatan yang lain akan disampaikan kepada pihak JPN untuk diturunkan kepada
FasiLINUS di PPD masing-masing.
c. Diharap semua peserta dapat melengkapkan borang maklumat FasiLINUS dan borang penilaian
kursus.
d. Penghargaan kepada semua pegawai JPN dan FasiLINUS yang hadir dan mengikuti kursus sehingga
selesai.
e. Harapan pihak NKRA adalah supaya FasiLINUS dapat membimbing guru dan murid LINUS
berdasarkan segala input yang disampaikan semasa kursus.
f. Kemungkinan FasiLINUS yang menyelia SKMOA akan dipanggil untuk kursus atau latihan khas pada
masa akan datang.
g. FasiLINUS dipohon untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan menggunakan budi bicara yang
sesuai semasa menjalankan penyeliaan di sekolah.
3. Kursus ditangguhkan pada pukul 12.30 tengah hari.
Pegawai pencatat,
MOHAMAD NAZRI BIN ISHAK
FasiLINUS Numerasi PPD Hulu Perak
Contoh minit curai kursus

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Sistem fail sekolah
Sistem fail sekolahSistem fail sekolah
Sistem fail sekolahilhafiz
 
Pengurusan PSS: Proses Teknik Bahan dan Buku Pusat Sumber
Pengurusan PSS: Proses Teknik Bahan dan Buku Pusat SumberPengurusan PSS: Proses Teknik Bahan dan Buku Pusat Sumber
Pengurusan PSS: Proses Teknik Bahan dan Buku Pusat SumberRicca Bong
 
Taklimat kenaikan gaji
Taklimat kenaikan gajiTaklimat kenaikan gaji
Taklimat kenaikan gajiEkhwan Sitam
 
Kegiatan dan sumbangan di luar tugas rasmi
Kegiatan dan sumbangan di luar tugas rasmiKegiatan dan sumbangan di luar tugas rasmi
Kegiatan dan sumbangan di luar tugas rasmimahandren mahandren
 
contoh surat panggilan mesyuarat kurikulum
contoh surat panggilan mesyuarat kurikulumcontoh surat panggilan mesyuarat kurikulum
contoh surat panggilan mesyuarat kurikulumROSMAWATIE
 
Surat jemputan program jom ke sekolah skpm ydp pibg
Surat jemputan program jom ke sekolah skpm ydp pibgSurat jemputan program jom ke sekolah skpm ydp pibg
Surat jemputan program jom ke sekolah skpm ydp pibgMuhammad Mukhlis
 
02 modul pengajaran pend kesihatan thn 1
02 modul pengajaran pend kesihatan thn 102 modul pengajaran pend kesihatan thn 1
02 modul pengajaran pend kesihatan thn 1Mark Karis
 
Surat mohon sumbangan hamper
Surat mohon sumbangan hamperSurat mohon sumbangan hamper
Surat mohon sumbangan hamperMastura Hasim
 
Perintah Am Bab D (Kelakuan dan Tatatertib)
Perintah Am Bab D (Kelakuan dan Tatatertib)Perintah Am Bab D (Kelakuan dan Tatatertib)
Perintah Am Bab D (Kelakuan dan Tatatertib)Norhafiza Osman
 
SPK Bil. 8/2012: Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Perseko...
SPK Bil. 8/2012: Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Perseko...SPK Bil. 8/2012: Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Perseko...
SPK Bil. 8/2012: Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Perseko...Fadzliaton Zainudin
 
Garis panduan penilaian prestasi tahunan
Garis panduan penilaian prestasi tahunanGaris panduan penilaian prestasi tahunan
Garis panduan penilaian prestasi tahunanINTAN Bukit Kiara
 
Swot kurikulum baru
Swot kurikulum baruSwot kurikulum baru
Swot kurikulum baruLIMSIUENGMoe
 
2022 TAKLIMAT DISIPLIN & PERATURAN SEKOLAH.pptx
2022 TAKLIMAT DISIPLIN & PERATURAN SEKOLAH.pptx2022 TAKLIMAT DISIPLIN & PERATURAN SEKOLAH.pptx
2022 TAKLIMAT DISIPLIN & PERATURAN SEKOLAH.pptxillyana3
 
Surat mohon sumbangan ihya' ramadhan 2013
Surat mohon sumbangan ihya' ramadhan 2013Surat mohon sumbangan ihya' ramadhan 2013
Surat mohon sumbangan ihya' ramadhan 2013Nur Auni Syafiah
 
Surat acara jemputan
Surat acara jemputan Surat acara jemputan
Surat acara jemputan akmarizan
 
PERINTAH AM BAB D : Kelakuan dan Tatatertib
PERINTAH AM BAB D : Kelakuan dan TatatertibPERINTAH AM BAB D : Kelakuan dan Tatatertib
PERINTAH AM BAB D : Kelakuan dan TatatertibNorain Binti Jaafar
 

Mais procurados (20)

Pelan operasi
Pelan operasiPelan operasi
Pelan operasi
 
Sistem fail sekolah
Sistem fail sekolahSistem fail sekolah
Sistem fail sekolah
 
Pengurusan PSS: Proses Teknik Bahan dan Buku Pusat Sumber
Pengurusan PSS: Proses Teknik Bahan dan Buku Pusat SumberPengurusan PSS: Proses Teknik Bahan dan Buku Pusat Sumber
Pengurusan PSS: Proses Teknik Bahan dan Buku Pusat Sumber
 
Surat minta sumbangan
Surat minta sumbanganSurat minta sumbangan
Surat minta sumbangan
 
Taklimat kenaikan gaji
Taklimat kenaikan gajiTaklimat kenaikan gaji
Taklimat kenaikan gaji
 
Kegiatan dan sumbangan di luar tugas rasmi
Kegiatan dan sumbangan di luar tugas rasmiKegiatan dan sumbangan di luar tugas rasmi
Kegiatan dan sumbangan di luar tugas rasmi
 
Larian berhalangan
Larian berhalangan Larian berhalangan
Larian berhalangan
 
contoh surat panggilan mesyuarat kurikulum
contoh surat panggilan mesyuarat kurikulumcontoh surat panggilan mesyuarat kurikulum
contoh surat panggilan mesyuarat kurikulum
 
Surat jemputan program jom ke sekolah skpm ydp pibg
Surat jemputan program jom ke sekolah skpm ydp pibgSurat jemputan program jom ke sekolah skpm ydp pibg
Surat jemputan program jom ke sekolah skpm ydp pibg
 
02 modul pengajaran pend kesihatan thn 1
02 modul pengajaran pend kesihatan thn 102 modul pengajaran pend kesihatan thn 1
02 modul pengajaran pend kesihatan thn 1
 
Surat mohon sumbangan hamper
Surat mohon sumbangan hamperSurat mohon sumbangan hamper
Surat mohon sumbangan hamper
 
Perintah Am Bab D (Kelakuan dan Tatatertib)
Perintah Am Bab D (Kelakuan dan Tatatertib)Perintah Am Bab D (Kelakuan dan Tatatertib)
Perintah Am Bab D (Kelakuan dan Tatatertib)
 
SPK Bil. 8/2012: Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Perseko...
SPK Bil. 8/2012: Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Perseko...SPK Bil. 8/2012: Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Perseko...
SPK Bil. 8/2012: Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Perseko...
 
Garis panduan penilaian prestasi tahunan
Garis panduan penilaian prestasi tahunanGaris panduan penilaian prestasi tahunan
Garis panduan penilaian prestasi tahunan
 
Swot kurikulum baru
Swot kurikulum baruSwot kurikulum baru
Swot kurikulum baru
 
2022 TAKLIMAT DISIPLIN & PERATURAN SEKOLAH.pptx
2022 TAKLIMAT DISIPLIN & PERATURAN SEKOLAH.pptx2022 TAKLIMAT DISIPLIN & PERATURAN SEKOLAH.pptx
2022 TAKLIMAT DISIPLIN & PERATURAN SEKOLAH.pptx
 
Surat mohon sumbangan ihya' ramadhan 2013
Surat mohon sumbangan ihya' ramadhan 2013Surat mohon sumbangan ihya' ramadhan 2013
Surat mohon sumbangan ihya' ramadhan 2013
 
Surat acara jemputan
Surat acara jemputan Surat acara jemputan
Surat acara jemputan
 
PERINTAH AM BAB D : Kelakuan dan Tatatertib
PERINTAH AM BAB D : Kelakuan dan TatatertibPERINTAH AM BAB D : Kelakuan dan Tatatertib
PERINTAH AM BAB D : Kelakuan dan Tatatertib
 
Sistem pengkelasan dewey
Sistem pengkelasan deweySistem pengkelasan dewey
Sistem pengkelasan dewey
 

Semelhante a Contoh minit curai kursus

MINIT MESYUARAT LINUS 2.0
MINIT MESYUARAT LINUS 2.0MINIT MESYUARAT LINUS 2.0
MINIT MESYUARAT LINUS 2.0Teacher Nasrah
 
Laporan taklimat jemaah nazir jaminan kualiti 2013 bil 1
Laporan taklimat jemaah nazir jaminan kualiti 2013 bil 1Laporan taklimat jemaah nazir jaminan kualiti 2013 bil 1
Laporan taklimat jemaah nazir jaminan kualiti 2013 bil 1aishahsukar2777
 
BUKU PENGURUSAN UNIT KURIKULUM 2021 (3).pptx
BUKU PENGURUSAN UNIT KURIKULUM 2021 (3).pptxBUKU PENGURUSAN UNIT KURIKULUM 2021 (3).pptx
BUKU PENGURUSAN UNIT KURIKULUM 2021 (3).pptxInaAwatifAwalina
 
Contoh minit curai perkongsian pintar
Contoh minit curai perkongsian pintarContoh minit curai perkongsian pintar
Contoh minit curai perkongsian pintarMat Rodi Abdulah
 
Ketetapan Kurikulum: SMK Kuala Penyu
Ketetapan Kurikulum: SMK Kuala PenyuKetetapan Kurikulum: SMK Kuala Penyu
Ketetapan Kurikulum: SMK Kuala PenyuAbu Bakar Sani
 
Failmeja gpm
Failmeja gpmFailmeja gpm
Failmeja gpmmelrance
 
Minitmesyuaratlinus 130622115602-phpapp02
Minitmesyuaratlinus 130622115602-phpapp02Minitmesyuaratlinus 130622115602-phpapp02
Minitmesyuaratlinus 130622115602-phpapp02alexander alexander
 
kertas kerja Modul PBD sejarah.docx
kertas kerja Modul PBD sejarah.docxkertas kerja Modul PBD sejarah.docx
kertas kerja Modul PBD sejarah.docxMUHAMMADBINMOHDZAINK
 
Fail meja-penolong-kanan-kurikulum
Fail meja-penolong-kanan-kurikulumFail meja-penolong-kanan-kurikulum
Fail meja-penolong-kanan-kurikulumZai Muhd
 
Fail meja pk kurikulum
Fail meja pk kurikulumFail meja pk kurikulum
Fail meja pk kurikulumLan Sempoi
 
Laporan kssr & pbs tahun 4 2013 daerah tuaran sabah
Laporan kssr & pbs tahun 4 2013 daerah tuaran sabahLaporan kssr & pbs tahun 4 2013 daerah tuaran sabah
Laporan kssr & pbs tahun 4 2013 daerah tuaran sabahNorafsah Awang Kati
 
Mesyuarat guru 1 2014
Mesyuarat guru 1 2014Mesyuarat guru 1 2014
Mesyuarat guru 1 2014rosnita wahab
 
77999331 minit-mesyuarat-panitia-sains-kali-ke-2
77999331 minit-mesyuarat-panitia-sains-kali-ke-277999331 minit-mesyuarat-panitia-sains-kali-ke-2
77999331 minit-mesyuarat-panitia-sains-kali-ke-2Bungolale
 
25360002 pekeliling-waktu-bertugas-guru-media
25360002 pekeliling-waktu-bertugas-guru-media25360002 pekeliling-waktu-bertugas-guru-media
25360002 pekeliling-waktu-bertugas-guru-mediaMohd Yusoff Walat
 
Plan strategik linus sk ulu sungai merah
Plan strategik linus sk ulu sungai merahPlan strategik linus sk ulu sungai merah
Plan strategik linus sk ulu sungai merahmieptp
 
Minit mesyuarat-mbmmbi-2-2013
Minit mesyuarat-mbmmbi-2-2013Minit mesyuarat-mbmmbi-2-2013
Minit mesyuarat-mbmmbi-2-2013Mohd Fahmi Yusoff
 

Semelhante a Contoh minit curai kursus (20)

MINIT MESYUARAT LINUS 2.0
MINIT MESYUARAT LINUS 2.0MINIT MESYUARAT LINUS 2.0
MINIT MESYUARAT LINUS 2.0
 
Laporan taklimat jemaah nazir jaminan kualiti 2013 bil 1
Laporan taklimat jemaah nazir jaminan kualiti 2013 bil 1Laporan taklimat jemaah nazir jaminan kualiti 2013 bil 1
Laporan taklimat jemaah nazir jaminan kualiti 2013 bil 1
 
BUKU PENGURUSAN UNIT KURIKULUM 2021 (3).pptx
BUKU PENGURUSAN UNIT KURIKULUM 2021 (3).pptxBUKU PENGURUSAN UNIT KURIKULUM 2021 (3).pptx
BUKU PENGURUSAN UNIT KURIKULUM 2021 (3).pptx
 
Contoh minit curai perkongsian pintar
Contoh minit curai perkongsian pintarContoh minit curai perkongsian pintar
Contoh minit curai perkongsian pintar
 
Lesson Study in Malaysia
Lesson Study in MalaysiaLesson Study in Malaysia
Lesson Study in Malaysia
 
Ketetapan Kurikulum: SMK Kuala Penyu
Ketetapan Kurikulum: SMK Kuala PenyuKetetapan Kurikulum: SMK Kuala Penyu
Ketetapan Kurikulum: SMK Kuala Penyu
 
Failmeja gpm
Failmeja gpmFailmeja gpm
Failmeja gpm
 
Failmejapkkurikulum
FailmejapkkurikulumFailmejapkkurikulum
Failmejapkkurikulum
 
Minitmesyuaratlinus 130622115602-phpapp02
Minitmesyuaratlinus 130622115602-phpapp02Minitmesyuaratlinus 130622115602-phpapp02
Minitmesyuaratlinus 130622115602-phpapp02
 
kertas kerja Modul PBD sejarah.docx
kertas kerja Modul PBD sejarah.docxkertas kerja Modul PBD sejarah.docx
kertas kerja Modul PBD sejarah.docx
 
Fail meja-penolong-kanan-kurikulum
Fail meja-penolong-kanan-kurikulumFail meja-penolong-kanan-kurikulum
Fail meja-penolong-kanan-kurikulum
 
Fail meja pk kurikulum
Fail meja pk kurikulumFail meja pk kurikulum
Fail meja pk kurikulum
 
Laporan kssr & pbs tahun 4 2013 daerah tuaran sabah
Laporan kssr & pbs tahun 4 2013 daerah tuaran sabahLaporan kssr & pbs tahun 4 2013 daerah tuaran sabah
Laporan kssr & pbs tahun 4 2013 daerah tuaran sabah
 
Mesyuarat guru 1 2014
Mesyuarat guru 1 2014Mesyuarat guru 1 2014
Mesyuarat guru 1 2014
 
77999331 minit-mesyuarat-panitia-sains-kali-ke-2
77999331 minit-mesyuarat-panitia-sains-kali-ke-277999331 minit-mesyuarat-panitia-sains-kali-ke-2
77999331 minit-mesyuarat-panitia-sains-kali-ke-2
 
Minit curai
Minit curaiMinit curai
Minit curai
 
25360002 pekeliling-waktu-bertugas-guru-media
25360002 pekeliling-waktu-bertugas-guru-media25360002 pekeliling-waktu-bertugas-guru-media
25360002 pekeliling-waktu-bertugas-guru-media
 
Plan strategik linus sk ulu sungai merah
Plan strategik linus sk ulu sungai merahPlan strategik linus sk ulu sungai merah
Plan strategik linus sk ulu sungai merah
 
Fail mejagb
Fail mejagbFail mejagb
Fail mejagb
 
Minit mesyuarat-mbmmbi-2-2013
Minit mesyuarat-mbmmbi-2-2013Minit mesyuarat-mbmmbi-2-2013
Minit mesyuarat-mbmmbi-2-2013
 

Mais de Mat Rodi Abdulah

Mais de Mat Rodi Abdulah (11)

Slide kemurungan
Slide kemurunganSlide kemurungan
Slide kemurungan
 
Arahan Solt Berjemaah
Arahan Solt BerjemaahArahan Solt Berjemaah
Arahan Solt Berjemaah
 
F2 f aktivi 1_menyelesai masalah_proses pm_2013
F2 f aktivi 1_menyelesai masalah_proses pm_2013F2 f aktivi 1_menyelesai masalah_proses pm_2013
F2 f aktivi 1_menyelesai masalah_proses pm_2013
 
Contoh minit curai sekolah
Contoh minit curai sekolahContoh minit curai sekolah
Contoh minit curai sekolah
 
Jantung7
Jantung7Jantung7
Jantung7
 
Jantung5
Jantung5Jantung5
Jantung5
 
Jantung 3
Jantung 3Jantung 3
Jantung 3
 
Jantung 2
Jantung 2Jantung 2
Jantung 2
 
Rawatan sakit jantung guna ayat al
Rawatan sakit jantung guna ayat alRawatan sakit jantung guna ayat al
Rawatan sakit jantung guna ayat al
 
K ertas kerja program elit
K ertas kerja program elitK ertas kerja program elit
K ertas kerja program elit
 
Perancangan strategik bi 2
Perancangan strategik bi 2Perancangan strategik bi 2
Perancangan strategik bi 2
 

Contoh minit curai kursus

  • 1. PEJABAT PELAJARAN DAERAH HULU PERAK JALAN HAJI MEOR YAHYA, 33300 GERIK PERAK DARUL RIDZUAN MINIT CURAI 1. Kepada : Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Perak 2. Daripada: En. Mohamad Nazri Bin Ishak – FasiLINUS Numerasi 3. Salinan Kepada : Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Perak Penolong PPD (Bahasa) Penolong PPD Sains dan Matematik Semua FasiLINUS PPD Hulu Perak 4. Rujukan : KP(BPG)9131/600/20/4 Jld.4 (34) 5. Perkara : KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI DAN KURIKULUM FASILINUS ZON TENGAH SIRI 2 2011 6. Tarikh dan Masa : 10 Julai – 13 Julai 2011 (Ahad – Rabu) 7. Tempat : Hotel Seri Malaysia, Ipoh 8. Anjuran : Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia 9. Pengerusi : En. Shahrim Bin Shafie – Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) 10. Turut Hadir : Wakil-wakil Bahagian: En. Belizan Bin Baghdadi – Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) En. Aziz Bin Naim – Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) En. Ahmad Bin Yusof – Lembaga Peperiksaan (LP) Pn. Zainab – Institut Pendidikan Guru Malaysia Cyberjaya (IPGM) Pn. Hajah Zaleha Binti Osman – Bahagian Pendidikan Khas (BPKHAS) En. R. Krishnan – Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) Pegawai-pegawai JPN Perak, Selangor, WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya 11. Tujuan Kursus : Untuk mengukuhkan dan memantapkan kurikulum dan pedagogi FasiLINUS dalam melaksanakan proses penyeliaan dan bimbingan kepada guru-guru LINUS di sekolah. 12. Isi kandungan Kursus :
  • 2. 10 JULAI 2011 SLOT 1 (3.30 PM – 4.30 PM) TAKLIMAT BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU EN. AZMAN B KOSNAN – UNIT PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU, BPG 1. Kata alu-aluan dan penghargaan kepada FasiLINUS kerana dapat hadir ke kursus ini. 2. FasiLINUS adalah pemudah cara kepada guru-guruLINUS di sekolah dan bukan sahaja pegawai data. 3. Terdapat FasiLINUS yang telah menolak jawatan tersebut dan kembali ke sekolah. Ada juga di antaranya yang telah dan sedang dikenakan tindakan kerana melanggar peraturan yang telah ditetapkan. 4. Pelbagai cabaran dan rintangan perlu dihadapi oleh FasiLINUS dalam menjalankan tugas. 5. Para FasiLINUS perlu mewujudkan budaya kerja berpasukan dan bekerjasama di antara satu sama lain demi menjayakan program LINUS. 6. FasiLINUS diminta menyampaikan kepada pihak sekolah supaya tidak menipu data kerana pihak JNJK akan memantau data di sekolah selepas proses audit data LINUS-NKRA dijalankan oleh pihak audit luar yang telah dilantik oleh KPM. 7. FasiLINUS sering diperhatikan kerana program LINUS melibatkan belanjawan yang besar. 8. Jawatan FasiLINUS tidak akan berakhir pada tahun 2012. 9. Jangan timbulkan konflik dengan pihak pentadbir sekolah terutama GB dan guru-guru LINUS. 10. Kursus pemantapan FasiLINUS Siri 3 2011 akan dijalankan pada bulan Oktober 2011 dan bergantung kepada peruntukan (sekiranya ada). TAKLIMAT URUSETIA EN. NOR HISHAM BIN FAHMI – PEN. PENGARAH MATEMATIK JPN PERAK 1. Housekeeping a. Urusetia utama kursus ialah En, Shahrim Bin Shafie dari BPG. b. Surat dan jadual kursus untuk semua negeri telah dihantar dan diharap semua FasiLINUS telah menerimanya. c. Slot Update NKRA akan diadakan sekiranya Pegawai NKRA, En. Zuhairi Bin Duhashim datang. Jika beliau tidak hadir, maka akan diisi dengan slot lain. 2. Keterangan jadual kursus bermula 10 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011. 3. Waktu makan sebanyak 6 kali iaitu: a. Sarapan pagi – 7.00 am b. Minum pagi – 10.30 am c. Makan tengah hari – 12.30 pm d. Minum petang – 4.30 pm e. Makan malam – 7.00 pm f. Minum malam – 10.00 pm 4. Peringatan : a. Lap top dan barangan berharga hendaklah dibawa bersama sepanjang kursus ke dewan bagi mengelakkan sebarang kehilangan. b. Pakaian semasa kursus adalah pakaian rasmi.
  • 3. 5. Slot malam akan bermula 8.30 pm disebabkan waktu Maghrib masuk pada pukul 7.30 pm dan semua peserta diingatkan sudah berada dalam dewan tepat 8.30 pm. SLOT 2 (8.30 pm – 10.30 pm) UPDATE NKRA DAN PENGOPERASIAN FASILINUS EN. BELIZAN BIN BAGHDADI – PEGAWAI UNIT AKADEMIK BPSH, KPM 1. Melaporkan Laporan Lengkap Mesyarat Pelaporan Dan Tindakan Susulan Saringan 4 (Kohort 1) dan Saringan 1 (Kohort 2) Program LINUS 2011. 2. Pembentangan data Saringan 4 dan Saringan 1 adalah seperti berikut: a. Pencapaian Kebangsaan Peratus Murid Perdana Kohort 1 Saringan 4 Kohort 2 Saringan 1 Literasi 90.59 % 62.73% Numerasi 94.79% 73.25% b. Pencapaian Negeri (Literasi) Peratus Murid Perdana Kohort 1 Saringan 4 Kohort 2 Saringan 1 Negeri Tertinggi WP Putrajaya WP Putrajaya 98.02% 80.73% Negeri Terendah Sabah Sabah 83.03% 48.10% - Terdapat lebih kurang 10 300 murid tegar Tahun 2 selepasa Saringan 4. - 3 951 murid ada ciri-ciri pendidikan khas selepas saringan khas dijalankan. c. Pencapaian Negeri (Numerasi) Peratus Murid Perdana Kohort 1 Saringan 4 Kohort 2 Saringan 1 Negeri Tertinggi WP Putrajaya WP Putrajaya 99.11% 84.65% Negeri Terendah Sabah Sabah 89.34% 60.88% d. Pencapaian Daerah (Literasi) Peratus Murid Perdana Kohort 1 Saringan 4 Kohort 2 Saringan 1 Negeri Tertinggi WP Putrajaya WP Putrajaya 98.02% 80.73% Negeri Terendah Pitas Baram
  • 4. 59.29% 27.15% e. Pencapaian Negeri (Numerasi) Peratus Murid Perdana Kohort 1 Saringan 4 Kohort 2 Saringan 1 Negeri Tertinggi Seremban Seremban 99.11% 86.81% Negeri Terendah Pitas Julau 62.45% 27.81% 3. Analisis Pencapaian Negeri Saringan 1 Kohort 2 Kategori Linus Tegar Linus Perdana Literasi 10.26% 21.47% 68.27% (9) (11) (7) Numerasi 3.69% 17.19% 79.20% (5) (13) (5) 4. Analisis Pencapaian Negeri Saringan 4 Kohort 1 Kategori Linus Tegar Linus Perdana Literasi 3.28% 7.09% 89.63% (4) (7) (11) Numerasi 1.24% 3.81% 94.95% (7) (8) (9) 5. Perletakan jawatan sebagai FasiLINUS akan dipertimbangkan jika memenuhi 2 sebab berikut sahaja iaitu: a. Mendapat tawaran jawatan Guru Cemerlang b. Kenaikan gred jawatan Pertukaran antara negeri perlu dijalankan dengan prosedur pertukaran guru biasa iaitu melalui e-GTukar. FasiLINUS perlu meletak jawatan dan bertukar sekiranya jawatan tersebut tiada di tempat bertukar 11 JULAI 2011 SLOT 3 (8.30 am – 12.30 pm) KURIKULUM DAN KONSTRUK LINUS BERASASKAN KSSR EN. AZIZ BIN NAIM – BAHAGIAN PERKEMBANGAN KURIKULUM, KPM 1. Kejayaan program LINUS amat bergantung kepada murid LINUS Tegar. 2. Kurikulum yang digunapakai sekarang ialah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang lebih menggunakan pendekatan modular. 3. Isu-isu yang dikenalpasti dalam pelaksanaan program LINUS di sekolah ialah: a. Terdapat 2 kumpulan murid yang pelbagai tahap pencapaian dalam kelas (murid LINUS dan aliran perdana). b. Penulisan RPH guru LINUS yang tidak mementingkan objektif kuantitatif. c. Penglibatan murid yang tidak menyeluruh
  • 5. d. Kawalan kelas dan disiplin e. Berlainan aktiviti. 4. Bahan yang digunakan dalam P&P perlulah yang boleh merangsang minda murid. 5. Guru-guru LINUS perlu dibimbing untuk mengadakan P&P berkesan dan mengajar secara hierarki. 6. Guru-guru perlu digalakkan supaya lebih kreatif dalam menyediakan BBM/ABM untuk P&P. 7. Penggunaan benda maujud yang boleh dipegang dan disentuh oleh murid dapat membantu murid faham tentang objektif yang hendak diajar. 8. Bahan-bahan yang digunakan perlu mencabar tetapi kesan kepada murid tetap berlaku dalam P&P tersebut. Guru-guru LINUS dibimbing untuk menangani murid ‘slow learner’ dengan mengambil kira factor-faktor seperti persekitaran, tugasan dan pengurusan. SLOT 3 (11.00 am – 1.00 pm) SESI 2 KURIKULUM DAN KONSTRUK LINUS BERASASKAN KSSR EN. AZIZ BIN NAIM – BAHAGIAN PERKEMBANGAN KURIKULUM, KPM 1. Perubahan perlu dalam paradigma guru Matematik. 2. LINUS diadakan untuk memenuhi keperluan KSSR di mana KSSR mengutamakan ‘mastery learning’ dan LINUS merupakan program sokongannya. 3. Konsep KSSR ialah lebih kepada penaakulan(reasoning) dan bukannya penghafalan. 4. Sistem band murid ialah seperti berikut: Band Kriteria penilaian 1 Tahu 2 Tahu dan faham 3 Tahu, faham dan boleh buat 4 Tahu, faham, boleh buat dan beradab (tertib) 5 Tahu, faham, boleh buat, beradab dan terpuji (pelbagai strategi. 6 Tahu, faham, boleh buat, beradab, terpuji (pelbagai strategi dan boleh ajar orang lain. 5. Konsep-konsep darab ialah: a. Tambah berulang b. Konsep luas – panjang dan lebar c. Konsep lajur-baris d. Ganda 6. 4 perkara yang perlu dipastikan wujud semasa P&P matematik ialah: a. Show (Tunjuk) b. Say (Sebut) c. Draw (Lukis)
  • 6. d. Write (Tulis) SLOT 3 (2.30 pm – 4.30 pm) SESI 3 KURIKULUM DAN KONSTRUK LINUS BERASASKAN KSSR (sambungan) EN. AZIZ BIN NAIM – BAHAGIAN PERKEMBANGAN KURIKULUM, KPM 1. Self-Access Learning (SAL) perlu diwujudkan di sekolah. 2. Dicadangkan 1 PPD 1 SAL. 3. Bahan-bahan yang terdapat di SAL perlu dikongsi bersama-sama di antara sekolah di bawah PPD tersebut. 4. Mesti ada sekurang-kurangnya 3 aktiviti dalam SAL. 5. Prinsip pembinaan aktiviti SAL ialah: a. Memahami hierarki kurikulum. b. Mesti dikodkan (coding) 6. Bahan-bahan dalam SAL ialah: a. Think Tank b. My Rummy c. Kusria 7. Perbengkelan pembinaan bahan-bahan SAL. 8. Pembentangan kumpulan tentang hasil kerja yang telah dibengkelkan. SLOT 4 (8.30 pm – 10.30 pm) INTERPRETASI DATA SARINGAN EN. AHMAD BIN YUSOF – LEMBAGA PEPERIKSAAN, KPM 1. LP juga melakukan pemantauan pentadbiran saringan untuk mendapatkan input. 2. FasiLINUS diminta menjalankan tugas sebagai pegawai dan jangan terbawa-bawa gaya guru semasa memberikan bimbingan dan penyeliaan. 3. Perkara normal yang berlaku ialah penguasaan literasi lebih lambat daripada penguasaan numerasi. 4. FasiLINUS berperanan untuk menasihati pihak sekolah dengan memberi teguran kepada kesalahan dan memberikan nasihat dan pandangan kepada kesilapan. 5. Penjelasan tentang perkara-perkara penting berkaitan saringan LINUS: a. Konsep saringan b. Pentadbiran saringan c. Peranan FasiLINUS d. Analisis data e. Tindakan susulan 6. Perancangan KPI daerah perlu selaras dengan KPI kebangsaan. 7. Kedudukan Daerah Hulu Perak daripada 142 PPD di Malaysia selepas saringan 4 ialah seperti berikut: a. Literasi : 121/142 b. Numerasi : 118/142 8. Pihak LP memahami masalah dan isu yang timbul di Daerah Hulu Perak.
  • 7. 12 JULAI 2011 SLOT 5 (8.30 am – 10.30 am) KEMAHIRAN-KEMAHIRAN FASILITATOR PN. ZAINAB - IPGM CYBERJAYA SESI 1 – KENALI DIRI 1. FasiLINUS perlu mengenali ciri-ciri yang terdapat pada diri sendiri. 2. Penampilan diri perlu dijaga kerana melambangkan imej dan personaliti. 3. Pengetahuan tentang kekuatan dan kelemahan yang ada dalam diri penting sebagai persediaaan untuk mengenali diri dan memperbaiki kelemahan diri. 4. Elakkan menjalankan tugas dalam keterpaksaan. 5. Diri sendiri perlu dinilai dan jangan takut terhadap penilaian orang lain terhadap diri sendiri. 6. Setiap manusia mempunyai kelebihan tersendiri dan perlu berusaha untuk meningkatkan keupayaan diri. 7. Kemahiran berkomunikasi terbahagi kepada komunikasi lisan (verbal) dan komunikasi bukan lisan (non-verbal). 8. FasiLINUS perlu mempunyai kemahiran komunikasi yang baik serta bersedia menjadi pendengar yang baik untuk memastikan masalah yang dihadapi oleh klien dapat difahami dan diambil tindakan yang sewajarnya. 9. Terdapat situasi yang memerlukan FasiLINUS bertindak fleksibel dan terdapat juga situasi yang memerlukan FasiLINUS bertindak tidak fleksibel. 10. Penjagaan penampilan diri dan kemahiran berkomunikasi amat penting kepada seseorang FasiLINUS untuk menjalankan tugas dengan lebih berkesan. 11. Rumusannya, setiap FasiLINUS perlu meningkatkan kemahiran berkomunikasi ke arah memantapkan proses bimbingan dan penyeliaan guru-guru LINUS di sekolah. SLOT 5 (11.00 am – 1.00 am) SESI 2 – TANGGUNGJAWAB DAN AMALAN FASILINUS 1. FasiLINUS perlu memahami tanggungjawab dan amalan yang perlu dilakukan di PPD. 2. Perbezaan tanggungjawab dan amalan perlu diketahui supaya pelaksanaan tugas di PPD akan menjadi lebih sistematik dan berkesan. 3. FasiLINUS sepatutnya menjadi pemudah cara kepada setiap kliennya. 4. FasiLINUS perlu mengetahui maklumat-maklumat sesuatu sekolah terlebih dahulu sebelum mengadakan proses bimbingan dan penyeliaan. 5. Perlu menunjukkan keyakinan dalam perbincangan dan penyeliaan yang dijalankan. 6. Perbincangan sepatutnya dijalankan dalam suasana yang kondusif. 7. FasiLINUS mesti bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan masalah yang akan timbul dalam perbincangan yang dijalankan. 8. Rumusannya, FasiLINUS seharusnya memahami peranan, tanggungjawab dan amalannya dalam menjalankan tugas sebagai seorang pegawai di PPD. SLOT 5 (2.30 pm – 4.30 pm)
  • 8. SESI 3 – PELAN TINDAKAN FASILINUS 1. FasiLINUS perlu memahami bidang tugas yang telah ditetapkan. 2. Kefahaman tentang bidang tugas amat penting dalam menyediakan pelan tindakan untuk program LINUS. 3. FasiLINUS sewajarnya tidak mempersoalkan tugas yang diberikan oleh pihak PPD sebaliknya perlu melaksanakan tugas tersebut di samping ‘core bussiness’ yang telah ditetapkan oleh pihak NKRA. 4. Perbengkelan penyediaan pelan tindakan FasiLINUS meliputi: a. Matlamat/objektif b. Tindakan – siapa? c. Sumber – perlu jelas walaupun hanya kertas mahjong digunakan untuk sesuatu program. d. Jangkamasa program e. Tarikh semakan f. Ciri-ciri pencapaian – KPI g. Tarikh sasaran dicapai. 5. Pembentangan pelan tindakan mengikut kumpulan PPD. SLOT 6 INSTRUMEN SARINGAN PENGESANAN MURID LINUS TEGAR PUAN HAJAH ZALEHA BINTI OSMAN – BPKHAS, KPM 1. Murid Tegar yang masih tinggal selepas disaring dengan instrumen pengesanan murid bermasalah dalam pembelajaran wajar diberi hak belajar yang sama dengan murid lain. 2. Instrumen saringan tersebut digubal kerana dalam 20 300 murid LINUS Tegar tersebut kemungkinan terdapat murid yang berkeperluan khas. 3. Instrumen digubal dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia. 4. Telah diadakan saringan rintis pada bulan Mac dan melibatkan Daerah Hulu Perak – dapatan split bar 0.846 (sangat tinggi kesahannya) 5. Selepas dimurnikan, saringan tersebut telah dijalankan kepada 20 300 murid LINUS Tegar tetapi hanya lebih kurang 15 700 murid sahaja yang disaring – baki murid tersebut tidak menjalani saringan kerana ada murid yang telah mencapai LINUS poada saringan 4, berpindah sekolah dan sebagainya. 6. Terdapat juga sekolah yang memberi alasan PPD tidak menyampaikan taklimat berkaitan saringan tersebut – pegawai meja di PPD yang bertanggungjawab ialah Penolong PPD Pendidikan Khas. 7. Instrumen tersebut perlu disimpan oleh guru dalam fail murid dan perlu dibawa semasa perjumpaan dengan pegawai perubatan. 8. Surat siaran pelaksanaan saringan tersebut masih dalam proses dan FasiLINUS dipohon untuk mengambil tindakan sebaik sahaja surat tersebut sampai ke PPD – adakan taklimat kepada pentadbir dan Guru LINUS. 9. Objektif instrumen saringan pengesanan murid LINUS Tegar: a. Untuk mengesan murid LINUS Tegar yang mempunyai ciri-ciri keperluan khas. b. Untuk memastikan murid dapat mengakses perkhidmatan pendidikan yang sesuai mengikut keperluan. 10. Sasaran saringan ini ialah kepada: a. Murid LINUS Tegar
  • 9. b. Murid pemulihan khas c. Murid yang mempunyai kebarangkalian berkeperluan khas. 11. Kriteria murid yang dipilih ialah: a. Telah melalui proses pembelajaran untuk tempoh tidak kurang daripada 6 bulan. b. Murid prestasi rendah. c. Kesukaran dalam penguasaan membaca, menulis dan mengira. d. Murid yang telah melalui program pemulihan khas. 12. Kriteria penilai ialah: a. Penilai telah mengajar murid yang hendak binilai sekurang-kurangnya selama 6 bulan. b. Contoh-contoh penilai ialah: i. Guru Bahasa Melayu ii. Guru Matematik iii. Guru pemulihan khas iv. Guru kelas 13. Prosedur saringan tidak formal dan boleh dijalankan tanpa had masa dalam tempoh seminggu. 13 JULAI 2011 SLOT 7 (8.30 am – 10.30 am) PENEMUAN DAPATAN PEMERIKSAAN KHAS ENCIK R KRISHNAN – JNJK PERAK 1. Tujuan pemeriksaan khas adalah untuk memantau pengurusan: a. Dokumentasi b. Program sokongan c. Perancangan 2. Aspek pemantauan ialah berdasarkan 5P iaitu: a. Perancangan program/aktiviti LINUS b. Pelaksanaan c. Penyeliaan dan pemantauan d. Penilaian e. Penambahbaikan 3. Pihak JNJK lebih memberikan penekanan tentang impak daripada sesuatu program yang telah dilaksanakan dalam proses pemantauan. 4. Aspek dokumentasi meliputi: a. Apa maklumat/data? b. Berapa bilangan? c. Isi kandangan – lengkap dan terkini? 5. Dapatan pemantauan dan peluang untuk penambahbaikan (OFI) selepas pemeriksaan khas adalah seperti berikut: a. Dokumen, data dan maklumat LINUS kurang lengkap, sukar diakses dan kurang disebar luas kepada warga sekolah dan komuniti. b. Program LINUS belum menjadi salah satu agenda utama dalam mesyuarat kurikulum dan mesyuarat panitia. Peranan panitia dalam pelaksanaan program LINUS adalah terhad. Program LINUS dianggap
  • 10. sebagai program untuk guru LINUS sahaja dan bukan satu program sekolah. Justeru, penglibatan guru lain dalam program LINUS adalah terbatas. c. Pencerapan berfokus terhadap guru LINUS untuk menilai keberkesanan P&P LINUS (dalam Model Kelas Kecil) amat kurang dijalankan oleh Guru Besar. d. Bagi sekolah yang menjalankan pencerapan terhadap guru LINUS, hasilnya tidak dianalisis, dirumus dan dibincang bagi tujuan penambahbaikan. e. Kebanyakan sekolah tidak menyediakan Rancangan Jangka Pendek dan pelunjuran (TOV dan ETR) selepas saringan. f. Kebanyakan guru LINUS tidak dapat memberi bimbingan kepada murid LINUS dalam Model Kelas Kecil dengan berkesan kerana masa P&P per se yang diperuntukkan untuk murid tidak mencukupi. g. Penilaian terhadap program khas/ program sokongan LINUS belum dibuat secara tersurat bagi menjalankan tindakan penambahbaikan dan tindakan susulan. h. Masalah ketidakhadiran murid menjejaskan proses pemulihan murid LINUS, khususnya murid LINUS Tegar. i. 9.Program sokongan LINUS yang kreatif / inovatif dan boleh menjadi contoh sukar dikesan dalam pemeriksaan LINUS yang dijalankan.. j. Senarai semak kemajuan pencapaian murid LINUS tidak disediakan oleh kebanyakan sekolah. k. Walaupun jawatankuasa LINUS telah membincang masalah dan kekangan dalam pelaksanaan P&P LINUS, program-program khas berdasarkan masalah dan kekangan tersebut tidak dirancang dan dilaksana oleh kebanyakan sekolah. 6. Isu-isu pelaksanaan program LINUS yang dikesan semasa pemeriksaan khas JNJK ialah: a. Guru LINUS bukan beropsyen Matematik dan BM mengajar LINUS. b. Guru GSTT mengajar LINUS. c. Data sekolah tidak selari dengan Portal NKRA. d. Terdapat guru yang sama mengajar literasi bagi Tahun 1 dan 2. Begitu juga, guru yang sama mengajar kelas numerasi bagi Tahun 1 dan 2. Ini membebankan guru terlibat. e. Pemantauan dan penyeliaan serta perbincangan penambahbaikan Program LINUS tidak dilakukan di sebilangan kecil sekolah. f. Penekanan mekanisme penulisan: i. Huruf ditulis terbalik ii. Angka ditulis terbalik g. Pengajaran mengikut KSSR: i. Banyak kemahiran diajar. ii. Teknik menulis nombor belum dikuasai. h. Penggunaan modul LINUS murid tidak dimanfaatkan. 7. Kelemahan-kelemahan dalam P&P kelas LINUS ialah: a. Guru LINUS tidak menyediakan objektif dan aktiviti berasingan bagi Murid LINUS berdasarkan modul LINUS.
  • 11. b. Penekanan terhadap latih tubi, pengulangan dan congak fakta asas tidak dijalankan secarakonsisten kepada murid LINUS. c. Sumber pendidikan kurang dipelbagaikan – tiada penggunaan ABM/BBM dalam P&P. d. Pemeriksaan buku latihan murid kurang konstruktif. e. Pembetulan tidak dibuat oleh murid kerana tidak ditekankan oleh guru. f. Hasil kerja murid kurang kemas dan tidak teratur. g. Peneguhan belum diberi perhatian yang secukupnya. h. Teknik penulisan yang betul tidak ditekankan oleh sebilangan kecil guru. i. Hampir semua guru yang dicerap didapati tidak menggunakan sumber pendidikan ICT dalam P&P ,ereka. j. Guru tidak mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan harian serta pengetahuan dan pengalaman murid agar pembelajaran menjadi lebih bermakna kepada murid. k. Tiada catatan refleksi/ impak/ pencapaian objektif dalam buku rekod RPH. SLOT 8 (11.00 am – 12.30 pm) SOAL JAWAB DAN RUMUSAN AKHIR KURSUS ENCIK SHAHRIM BIN SHAFIE – BPG, KPM 1. Sesi soal jawab a. Cadangan Encik Zulhisyam (PPD Klang) – Pihak yang berkenaan dipohon supaya dapat memberikan garis panduan atau menggubal satu instrumen penyeliaaan dan bimbingan yang lebih lengkap dan selaras di semua negeri bagi memantapkan proses penyeliaan semua FasiLINUS i. Maklum balas daripada En. Shahrim – Hal ini akan dipanjangkan kepada pihak BPSH dan BPK. b. Soalan Encik Harun (PPD LMS) – Apakah tindakan untuk memaklumkan ralat pada mukas surat 20 Buku Panduan dan Pengoperasi Program LINUS? i. Maklum balas daripada En. Shahrim - akan disampaikan kepada pihak BPSH dan memohon kerjasama BPKHAS untuk memaklumkan perkara ini kepada pihak sekolah. c. Cadangan oleh Encik Faizal (PPD Kerian) – Adakan masa bertenang selepas saringan bertulis dan sebelum pengisisan data di portal NKRA. Perkara ini telah dibangkitkan semasa kursus Siri 1 di Hotel Empress pada bulan Februari yang lalu. i. Maklum balas En. Shahrim – perkara ini akan dimaklumkan dalam mesyuarat di pihak atasan. d. Cadangan oleh Encik Sazali (PPD LMS) – Memohon semua FasiLINUS didedahkan dengan slot P&P untuk 3 kumpulan murid pada kursus pemantapan FasiLINUS yang akan datang. i. Maklum balas daripada En. Shahrim – akan dicadangkan dalam kursus pada bulan November nanti dan akan dibincangkan dalam mesyuarat di peringkat atasan. e. Cadangan dan pendapat oleh Encik Zulhisyam (PPD Klang) i. Mohon pihak yang terlibat mengambil tindakan terhadap persoalan yang masih tidak terjawab dengan menyenaraikan persoalan dan tindakan pihak mana. ii. Laluan kerjaya FasiLINUS masih kabur dan mohon dijelaskan pada kursus yang akan datang. iii. Wujudkan portal khas untuk FAsiLINUS berinteraksi dengan bahagian-bahagian lain KPM yang
  • 12. bertanggungjawab dalam program LINUS NKRA bagi memudahkan urusan soal jawab secara online. 2. Rumusan akhir kursus: a. Bahan-bahan kursus dibekalkan dalam CD – bahan terhad tidak disertakan atas sebab-sebab tertentu. b. Bahan-bahan berkaiatan yang lain akan disampaikan kepada pihak JPN untuk diturunkan kepada FasiLINUS di PPD masing-masing. c. Diharap semua peserta dapat melengkapkan borang maklumat FasiLINUS dan borang penilaian kursus. d. Penghargaan kepada semua pegawai JPN dan FasiLINUS yang hadir dan mengikuti kursus sehingga selesai. e. Harapan pihak NKRA adalah supaya FasiLINUS dapat membimbing guru dan murid LINUS berdasarkan segala input yang disampaikan semasa kursus. f. Kemungkinan FasiLINUS yang menyelia SKMOA akan dipanggil untuk kursus atau latihan khas pada masa akan datang. g. FasiLINUS dipohon untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan menggunakan budi bicara yang sesuai semasa menjalankan penyeliaan di sekolah. 3. Kursus ditangguhkan pada pukul 12.30 tengah hari. Pegawai pencatat, MOHAMAD NAZRI BIN ISHAK FasiLINUS Numerasi PPD Hulu Perak