SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 18
Baixar para ler offline
PENGENALAN ILMU UKUR                                           C1005/UNIT 1/1




    UNIT 1      PENGENALAN ILMU UKUR




                       MA FITKEJBO
                       Memahami pengetahuan asas cabang ilmu ukur dalam
                       bidang ukur kejuruteraan


Unit

1
                       SUSUHK FITKEJBO

                       Di akhir unit ini anda akan dapat :-

                              Menyatakan definisi ilmu ukur, ukur satah dan
                              ukur geodetik.

                              Menerangkan cabang-cabang ilmu ukur
                              mengikut tujuan.

                              Menerangkan prinsip ilmu ukur, tujuan dan
                              penggunaannya.

                              Menerangkan perkembangan teknologi ukur.
PENGENALAN ILMU UKUR                                             C1005/UNIT 1/2




      INPUT



1.1   PENGENALAN ILMU UKUR
      Ilmu ukur boleh ditakrifkan sebagai cara atau kesenian membuat ukuran
      terhadap kedudukan relatif bagi titik-titik yang berada di atas permukaan
      bumi untuk menghasilkan keadaan sebenar perihal kawasan tersebut.
      Apabila titik tersebut dipelot di atas sekeping kertas lukisan dengan
      menggunakan skala yang sesuai, maka bentuk mukabumi semulajadi
      atau ciptajadi seperti bukit, sungai, jalanraya, landasan keretapi,
      bangunan dan lain-lain dapat dibentuk dalam rupa sebuah pelan atau peta
      dengan betul. Dalam erti kata yang lain, ilmu ukur adalah penggambaran
      muka bumi dalam bentuk pelan ataupun muka keratan tegak yang
      berskala untuk tujuan menentukan dimensi, bentuk dan keluasan
      kawasan yang diukur.

      1.1.1 Pengkelasan Ilmu Ukur
             Pengkelasan ilmu ukur boleh dibahagikan berdasarkan :
            a. Tujuan mengukur
            b. Penggunaan alat-alat ukur yang utama.

      1.1.1.1. Berdasarkan Kepada Tujuan Mengukur.

              a. Ukur Satah

                 Ukur satah adalah satu kaedah pengukuran bagi menentukan
                 kedudukan titik di atas permukaan bumi. Dalam ukur satah,
                 permukaan bumi dianggap mendatar. Kaedah ini memadai
                 bagi kawasan yang mempunyai keluasan dalam lingkungan
                 tidak melebihi 250km persegi atau 55 km panjang kerana ralat
                 yang wujud tidak memberikan kesan terhadap ketepatan
                 pengukuran. Ukuran-ukuran di padang diterima sebagai
                 ukuran benar dan apabila dipelot di atas kertas merupakan
                 unjuran di atas satah mendatar. Satah mendatar ini
                 bermaksud satah yang berada dalam keadaan tepat atau
                 normal terhadap garis graviti. Garisan graviti dapat dibentuk
                 dengan menggantung pelambab dengan tali halus di atas
                 permukaan bumi.
PENGENALAN ILMU UKUR                                           C1005/UNIT 1/3


                b. Ukur Geodetik

                  Satu lagi kaedah dalam menentukan kedudukan sesuatu titik
                  di atas permukaan bumi. Dalam kaedah ini, lengkung bumi
                  diambil kira dalam kerja-kerja hitungan dan konsep tentang
                  geometri sfera diperlukan. Kaedah ini digunakan bagi
                  kawasan yang melebihi 250 km persegi atau 55 km panjang.
                  Dengan menggunakan peralatan yang moden dan canggih
                  pengukuran geodetik boleh dijalankan bagi keseluruhan
                  sesebuah negara. Jaringan yang dihasilkan dari ukuran
                  geodetik ini digunakan bagi mengawal lain-lain ukuran.

      1.1.1.2    Berdasarkan Kepada Alat Ukur Yang Utama.

                 a.   Ukur Rantai
                 b.   Ukur Kompas
                 c.   Ukur Aras
                 d.   Ukur Meja
                 e.   Ukur Tiodolit


1.2   CABANG-CABANG ILMU UKUR

      Ilmu Ukur boleh dibahagikan kepada beberapa cabang dengan mengikut
      tujuan seperti berikut :-

      a.   Ukur Kejuruteraan
      b.   Ukur Kadaster
      c.   Ukur Hidrografi
      d.   Ukur Topografi
      e.   Ukur Geodetik
      f.   Astronomi
      g.   Sistem Penentududukan Global ( GPS )
      h.   Fotogrametri
      i.   Penderiaan Jauh.

      1.2.1. Ukur Kejuruteraan

              Merupakan asas yang sangat penting dalam semua kerja-kerja
              rekabentuk dalam kejuruteraan awam. Semua pengukuran diikat
              kepada tanda-tanda ukur yang sah seperti tanda sempadan, tanda
              ukur kawalan, batu aras, monumen penyegitigaan, monumen GPS
              dan sebagainya yang mempunyai nilai-nilai kawalan mendatar dan
              menegak.
PENGENALAN ILMU UKUR                                              C1005/UNIT 1/4


           1.2.1.1 Tujuan Ukur Kejuruteraan

                     Ia dijalankan bagi memenuhi keperluan berikut :-

                 a. Perolehan data-data spatial bumi untuk kegunaan
                    rekabentuk kerja-kerja kejuruteraan awam.
                 b. ‘Setting out’ struktur binaan kejuruteraan awam kepada
                    parameter-parameter yang ditetapkan.
                 c. Menghasilkan pelan lengkap bagi tujuan kerja-kerja
                    kejuruteraan.

           1.2.1.2 Jenis-Jenis Ukur Kejuruteraan

                 a. Ukur kawalan mendatar.
                 b. Ukur kawalan menegak.
                 c. Penandaan (monumenting).
                 d. Kerja-kerja ‘setting out’ untuk jalan, landasan keretapi,
                    talian paip, parit dan tali air, talian elektrik dan
                    sebagainya.
                 e. ‘Cross-sectioning’ dan ‘profiling’
                 f. Kontur dan butiran
                 g. Pengawalan deformasi struktur-struktur binaan seperti
                    bangunan, jambatan empangan, pelabuhan dan
                    sebagainya.

     1.2.2 Ukur Kadaster

           Ukur kadaster adalah pengukuran bagi tujuan pengeluaran surat
           hakmilik tanah termasuklah pengeluaran hakmilik strata dan hak
           milik stratum. Tugas-tugas pengeluaran hakmilik tanah di
           Semenanjung Malaysia adalah diperuntukan di dalam Kanun
           Tanah Negara 1965. Di Sabah tertakluk kepada Ordinan Tanah
           (Sabah Bab 68) dan di Sarawak pula ialah Akta Tanah (Sarawak
           Bab 81)

           1.2.2.1     Jenis-Jenis Ukur Kadaster

                       a. Penentuan sempadan-sempadan negeri, daerah
                          mukim, bandar dan seksyen.
                       b. Pelupusan tanah termasuk tanah desa, bandar dan
                          kampung.
                       c. Pelupusan tanah bawah tanah (Stratum).
                       d. Pengambilan balik tanah bermilik.
                       e. Pecah bahagi, pecah tanah dan penyatuan tanah.
                       f. Pecah bahagi bangunan (Strata)
                       g. Ukuran kawalan tanah bermilik bagi pengukuran-
                          pengukuran hakmilik tanah dan kejuruteraan.
PENGENALAN ILMU UKUR                                           C1005/UNIT 1/5


            1.2.2.2 Tujuan

                    a. Pengeluaran surat hakmilik
                    b. Merizab tanah bagi kegunaan kerajaan seperti
                       - jalan
                       - taliair
                       - landasan keretapi
                       - takungan air dan sebagainya.
                    c. Pengambilan balik tanah untuk tujuan awam seperti ;
                       - sekolah
                       - masjid
                       - tanah perkuburan dan sebagainya.
                    d. Ukur Kawalan

     1.2.3 Ukur Hidrografi

           Ukur hidrografi dijalankan untuk kegunaan dalam penyusunan dan
           penyediaan carta nautika, carta batimetrik, kerja-kerja pembinaan
           dan penyenggaraan pelabuhan. Kini kegunaannya lebih meluas
           dengan berkembangnya kerja-kerja carigali minyak dan gas asli di
           luar pantai. Prinsip pengukuran hidrografi tidak banyak bezanya
           dengan ukur tanah. Perbezaan yang ketara adalah pada teknik-
           teknik dan peralatan yang digunakan.

     1.2.4 Ukur Topografi.

           Ukur topografi adalah pemungutan dan pengumpulan data
           mengenai kedudukan dan bentuk paramuka-paramuka di
           permukaan bumi samaada semulajadi atau ciptajadi. Ia dijalankan
           bagi tujuan untuk mengeluarkan peta topografi dengan skala di
           antara 1:25000 hingga 1:1000000 dan peta tematik (peta kegunaan
           khusus) untuk kegunaan tentera. Antara kaedah-kaedah yang
           digunakan di dalam ukur topografi ialah Ukur Aras, Tekimetri, Meja
           Datar, Fotogrammetri dan Penderiaan Jauh.

     1.2.5 Ukur Geodetik

           Merupakan pengukuran permukaan bumi bagi menentukan bentuk
           permukaan bumi dengan menggunakan peralatan yang berkejituan
           tinggi. Prinsip ukur geodetik adalah dari keseluruhan kepada
           sebahagian. Satu jaringan utama dengan ketepatan paling tinggi
           yang meliputi sesebuah negara perlu dibentuk. Jaringan itu
           kemudiannya akan dipecahkan kepada jaringan penyegitigaan
           peringkat kedua dan seterusnya peringkat ketiga sehingga terdapat
           titik kawalan yang mencukupi bagi sesebuah negara. Hasil
           daripada kerja ukur geodetik juga dapat membentuk satu elipsoid
           yang paling sesuai bagi sesuatu kawasan.
PENGENALAN ILMU UKUR                                             C1005/UNIT 1/6


     1.2.6 Astronomi

           Dalam bidang astronomi khusus bagi ukur tanah, cerapan
           dijalankan ke atas ‘heavenly bodies’ seperti matahari, bulan dan
           bintang bagi menentukan posisi di permukaan bumi dalam bentuk
           latitud dan longitud astronomi, seterusnya mendapatkan azimut
           bagi mengawal azimut pada titik di bumi. Nilai cerapan, hasil
           perhitungan dan lain-lain data yang digunakan adalah dalam
           bentuk sudut.

     1.2.7 Sistem Penentududukan Global (GPS)

           Sistem Penentududukan Global (GPS) adalah satu kaedah canggih
           dalam menentukan kedudukan di atas bumi. Ia terdiri dari alat
           penerima (receiver) yang boleh menerima isyarat dari satelit-satelit
           yang dilancarkan ke angkasa lepas khusus bagi tujuan
           penentududukan. Sateli tersebut berada dalam edaran orbit di
           angkasa lepas. Salah satu kaedah penentududukan adalah dengan
           mengesan sekurang-kurangnya 4 satelit berkenaan. Data yang
           diterima diproses dengan komputer bagi mendapatkan nilai posisi
           sesuatu stesen GPS itu dalam 3 dimensi. Kaedah ini telah
           digunakan untuk mempertingkatkan mutu kordinat–kordinat
           jaringan titik kawalan negara yang dahulunya ditentukan dengan
           kaedah konvensional.

     1.2.8 Fotogrametri

           Penggambaran udara merupakan kaedah penderiaan jauh yang
           paling awal diperkenalkan. Penggambaran dijalankan dengan
           kamera khas yang dipasang pada pesawat terbang yang stabil
           seperti kapalterbang dan helikopter. Ketinggian penerbangan
           sewaktu penggambaran adalah bergantung kepada skala foto yang
           akan dihasilkan. Biasanya skala foto udara yang diperlukan adalah
           1:40,000 bagi skala kecil dan 1:5,000 bagi kala besar. Saiz foto
           udara yang biasa adalah 23cm x 23cm. Penggambaran adalah
           dalam hitam putih atau warna mengikut keperluan. Pengukuran
           dan penterjemahan foto udara dilakukan dengan menggunakan
           alat-alat stereoskop dan ‘stereoplotter’. Susunan foto-foto udara
           yang telah dibetulkan (rectified) dengan alat yang khusus
           menghasilkan mozek dan peta foto. Maklumat dari gambar udara
           juga digunakan untuk menyediakan peta.


     1.2.9 Penderiaan Jauh

           Penderian jauh adalah kaedah pemungutan data mengenai objek
           atau bahan di permukaan bumi atau ruang udara dengan alat
PENGENALAN ILMU UKUR                                               C1005/UNIT 1/7


           penderia (sensor) dari platform yang terletak jauh dari objek itu.
           Dengan pelancaran satelit-satelit yang dilengkapkan dengan
           penderia (sensor), isyarat daripadanya dapat diterima dan dirakam
           di stesyen-stesyen bumi. Data digital yang dirakam boleh dianalisis
           dan diproses dengan komputer untuk menghasilkan gambaran
           (imageri) kawasan-kawasan di permukaan bumi. Imegeri-imegeri
           dari ‘airborne’ dan ‘space borne’ boleh digunakan untuk
           menyediakan peta topografi, peta tumbuhan, peta geologi dan
           sebagainya. Memandangkan kesesuaian aplikasi penderiaan jauh
           adalah dalam bidang ukur tanah, teknologi yang canggih ini telah
           diterima sebagai salah satu disiplin dalam ilmu ukur




                                          Untuk menguji kefahaman anda, sila buat
                                          aktiviti berikut. Jika anda tidak berpuashati
                                          dengan jawapan anda, sila buat ulangkaji
                                          pada input yang anda rasa masih kabur.


                                               SELAMAT MENCUBA !!!!!!!!!!!
PENGENALAN ILMU UKUR                                        C1005/UNIT 1/8




                                     AKTIVITI 1a


  • UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN INPUT
    SELANJUTNYA

  • SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN
    BERIKUTNYA


        1.1      Berikan definisi am ilmu ukur ?


        1.2      Nyatakan tujuan atau kegunaan cabang-cabang ilmu ukur di
                 bawah :-

                 a.   Ukur Kejuruteraan
                 b.   Ukur Kadaster
                 c.   Ukur Hidrografi
                 d.   Geodetik
                 e.   Penderiaan Jauh
PENGENALAN ILMU UKUR                                           C1005/UNIT 1/9




                         MAKLUMBALAS
                       KEPADA AKTIVITI 1a



     1.1   Definisi am ilmu ukur

           Ilmu ukur boleh ditakrifkan sebagai cara atau kesenian membuat
           ukuran terhadap kedudukan relatif bagi titik-titik yang berada di
           atas permukaan bumi untuk menghasilkan keadaan sebenar
           perihal kawasan tersebut.


     1.2   Tujuan atau kegunaan cabang-cabang ilmu ukur :-

           a. Ukur kejuruteraan – Perolehan data spatial bumi untuk
              kegunaan rekabentuk kerja-kerja kejuruteraan awam, ‘setting
              out’ struktur binaan kepada parameter-parameter yang
              ditetapkan dan menghasilkan pelan lengkap bagi tujuan kerja-
              kerja kejuruteraan.
           b. Ukur Kadaster – Pengeluaran surat hakmilik, merizab tanah
              bagi kegunaan kerajaan seperti pengambilan balik tanah untuk
              tujuan awam dan ukur kawalan
           c. Ukur hidrografi - Dijalankan untuk kegunaan dalam penyusunan
              dan penyediaan carta nautika, carta batimetrik, kegunaan kerja-
              kerja pembinaan dan penyenggaraan pelabuhan.
           d. Geodetik - Menentukan bentuk permukaan bumi dengan
              menggunakan peralatan yang berkejituan tinggi
           e. Penderiaan Jauh - Pemungutan data mengenai objek atau
              bahan di permukaan bumi atau ruang udara dengan alat
              penderia ( sensor ) dari platform yang terletak jauh dari objek
              itu.
PENGENALAN ILMU UKUR                                          C1005/UNIT 1/10




      INPUT


1.3   KAEDAH KERJA DALAM UKUR KEJURUTERAAN

      1.3.1 Prinsip-Prinsip Asas Ilmu Ukur

            Prinsip ukur adalah mudah. Untuk menghasilkan pelan atau peta,
            dua titik di atas permukaan bumi dipilih dan jarak diantaranya
            diukur. Jarak di antara dua titik yang telah diukur kemudian
            ditukarkan kepada jarak mengikut skala yang telah dipilih dan
            dilukis. Garisan tersebut akan digunakan sebagai asas untuk
            membuat pengukuran seterusnya. Pengukuran titik-titik selanjutnya
            boleh dijalankan dengan salah satu kaedah berikut :-

            a) Kaedah ukur rantai – pengukuran titik ketiga dan seterusnya
               dijalankan dengan rantai ukur.
            b) Kaedah ofset – mengukur titik yang di luar garisan bersudut
               tepat terhadap garisan asas.
            c) Kaedah terabas – mengukur jarak dan sudut dari mana-mana
               titik asas dengan menggunakan kompas prisma atau tiodolit
               dan rantai ukur.
            d) Kaedah penigasudutan – mengukur sudut-sudut pada setiap
               titik.

      1.3.2 Peringkat Asas Kerja-Kerja Ukur

            Pada keseluruhannya kerja ukur boleh dibahagikan kepada tiga
            peringkat asas :-

            a. Ukuran Tinjauan

               Tinjauan ke atas kawasan yang hendak diukur adalah perlu
               untuk mendapatkan gambaran keseluruhan kawasan. Hasil
               tinjauan ini   membolehkan    perancangan dibuat dan
               mengenalpasti keperluan mengenai pengukuran yang hendak
               dijalankan.

            b. Cerapan Dan Pengukuran Sebenar

               Menentukan semua perkara yang perlu dalam menentududukan
               kawasan serta saiz bentuk rupabumi samada semulajadi atau
               ciptajadi di atas permukaan bumi kawasan tersebut.
PENGENALAN ILMU UKUR                                             C1005/UNIT 1/11


               c. Persembahan Hasil Kerja Ukuran

                  Maklumat mengenai kawasan yang dipungut semasa peringkat
                  cerapan dan pengukuran sebenar akan dipersembahkan dalam
                  bentuk-bentuk yang diperlukan samada buku kerjaluar, lampiran
                  proses hitungan, pelan atau peta yang menunjukkan semua
                  maklumat berkenaan.

     1.3.3. Kebolehpercayaan Pengukuran (Reliability)

               Semua teknik pengukuran adalah tertakluk kepada ralat yang tidak
               dapat dielakkan. Kewujudan jenis-jenis, punca-punca dan
               bagaimana ralat memberi kesan kepada hasil pengukuran harus
               disedari dan diketahui . Ketepatan sesuatu pengukuran merupakan
               nilai terhampir kepada nilai sebenar bacaan yang diambil. Oleh
               yang demikian, teknik pengukuran yang dipilih harus boleh
               menghasilkan ketepatan yang memadai dan diperlukan.


1.4. PERKEMBANGAN TEKNOLOGI ILMU UKUR

     Pada umumnya peralatan ukur telah mengalami proses permodenan yang
     sangat pesat sejak tiga dekad yang lalu.

     i.   Peralatan Konvesional

          Alat-alat  konvensional   memerlukan      pengendalian   manusia
          sepenuhnya. Oleh itu masa operasi adalah panjang serta memerlukan
          sumber tengaga manusia yang banyak. Antaranya :-

          a. Tiodolit vernier, tiodolit optikal dan kompas prisma.
          b. Rantai ukur, pita ukur keluli dan pita ukur biasa.
          c. Alat aras dompot dan alat aras jongkit.
          d. Mesin kira mekanikal, sifir-sifir logaritma trigonometri       dan
             sebagainya.
          e. ‘Stereoplotter’.
          f. ‘Lead line sounder’.

     ii. Peralatan Moden

          Sejak lebih kurang 3 dekad yang lalu, alat-alat ukur telah melalui
          proses    pengembangan        dan    permodenan  selaras   dengan
          perkembangan teknologi canggih masa kini yang banyak dipengaruhi
          oleh teknologi elektronik. Antaranya :-

          a. Tiodolit elektronik, pengukuran jarak elektronik dan sistem ukur
             total (Total station).
PENGENALAN ILMU UKUR                                             C1005/UNIT 1/12


        b. Alat aras digital.
        c. Kalkulator elektronik, komputer dan perisian-perisian menggantikan
           peralatan hitungan serta sifir-sifir berkaitan.
        d. ‘Digital stereoplotter’
        e. ‘Echo sounder’
        f. Global Positioning System pula merupakan satu penemuan baru
           dalam penentududukan di atas permukaan bumi.

     Perkembangan teknologi yang pesat dalam beberapa dekad yang lalu
     telah banyak mempengaruhi     ilmu ukur untuk terus berkembang.
     Kepesatan perkembangan ilmu ukur kini meliputi lain-lain bidang seperti
     perancangan, pembinaan, carigali, teknologi sistem maklumat seperti
     maklumat Geografi (Geographic Information Syatem–GIS) dan
     sebagainya.




                                           Untuk menguji kefahaman anda, sila buat
                                           aktiviti berikut. Jika anda tidak berpuashati
                                           dengan jawapan anda, sila buat ulangkaji
                                           pada input yang anda rasa masih kabur.


                                                SELAMAT MENCUBA !!!!!!!!!!!
PENGENALAN ILMU UKUR                                           C1005/UNIT 1/13




                                      AKTIVITI 1b



  • UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN INPUT
    SELANJUTNYA

  • SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN
    BERIKUTNYA




        1.1      Terangkan 3 peringkat asas kerja ukur ?


        1.2      Terdapat 2 kategori peralatan yang digunakan dalam kerja
                 ukur   pada   masa   kini.   Nyatakan   kedua-dua      kategori
                 peralatan tersebut dan berikan 5 contoh setiap satu.
PENGENALAN ILMU UKUR                                                C1005/UNIT 1/14




                               MAKLUMBALAS
                             KEPADA AKTIVITI 1b


     1.1     Peringkat Asas Kerja-Kerja Ukur

             a. Ukuran tinjauan
                Tinjauan ke atas kawasan yang hendak diukur adalah perlu
                untuk mendapatkan gambaran keseluruhan kawasan. Hasil
                tinjauan ini    membolehkan   perancangan dibuat dan
                mengenalpasti keperluan mengenai pengukuran yang hendak
                dijalankan.

             b. Cerapan dan pengukuran sebenar.
                Menentukan semua perkara yang perlu dalam menentududukan
                kawasan serta saiz bentuk rupabumi samada semulajadi atau
                ciptajadi di atas permukaan bumi kawasan tersebut.

             c.   Persembahan hasil kerja ukuran
                  Maklumat mengenai kawasan yang dipungut semasa peringkat
                  cerapan dan pengukuran sebenar akan dipersembahkan dalam
                  bentuk yang diperlukan samada buku kerjaluar, lampiran proses
                  hitungan, pelan atau peta yang menunjukkan semua maklumat
                  berkenaan.

       1.2        Dua jenis peralatan dengan 5 contohnya :

                           Konvensional                         Moden

                                                     -Tiodolit elektronik,
                   -Tiodolit vernier, tiodolit         pengukuran jarak
                     optikal & kompas prisma.          elektronik dan sistem ukur
                   - Rantai ukur, pita ukur keluli     total (Total station)
                     dan pita ukur biasa.            - Alat aras digital
                   - Alat aras dompot dan alat       - ‘Digital stereoplotter’
                     aras jongkit                    - ‘Echo sounder’
                   - ‘Stereoplotter’                 - Global Positioning System
                   - ‘Lead line sounder’
PENGENALAN ILMU UKUR                                         C1005/UNIT 1/15




                            PENILAIAN KENDIRI



  UNTUK MENGUKUR PRESTASI ANDA, ANDA MESTILAH MENJAWAP
  SEMUA SOALAN PENILAIAN KENDIRI INI UNTUK DINILAI OLEH
  PENSYARAH ANDA.



  1) Berikan 2 definisi ilmu ukur yang anda pelajari ?

  2) Nyatakan perbezaan di antara ukur satah dengan ukur geodetik ?

  3) Terangkan kaedah-kaedah pengukuran di bawah ?

        a. Kaedah ofset
        b. Kaedah terabas
        c. Kaedah penigasudutan

  4) Berikan penerangan kepada cabang-cabang ilmu ukur di bawah :-

        a.   Ukur topografi
        b.   Sistem penentuan global (GPS)
        c.   Fotogrammetri
        d.   Ukur Hidrografi
        e.   Astronomi




                            TAHNIAH!
              Anda telah berjaya menyelesaikan
              semua soalan dalam penilaian kendiri.

              Sila semak jawapan anda pada
              maklumbalas untuk memastikan jawapan
              anda adalah betul.
PENGENALAN ILMU UKUR                                              C1005/UNIT 1/16




                               MAKLUM BALAS
                              KEPADA PENILAIAN
                                  KENDIRI


                    SUDAH MENCUBA ?
                    SILA SEMAK JAWAPAN ANDA DAN BANDINGKAN
                    DENGAN JAWAPAN DI BAWAH.


     1)       Dua definisi ilmu ukur

                 Cara atau kesenian membuat ukuran terhadap kedudukan
                 relatif bagi titik-titik yang berada diatas permukaan bumi untuk
                 menghasilkan keadaan sebenar perihal perihal kawasan
                 tersebut
                 Penggambaran muka bumi dalam bentuk pelan ataupun muka
                 keratan tegak yang berskala untuk tujuan menentukan dimensi,
                 bentuk dan keluasan kawasan yang diukur

     2)       Perbezaan ukur satah dan ukur geodetik


                      Ukur Satah                       Ukur Geodetik
          •    Memerlukan bacaan di atas •       Kelengkungan bumi diambil
               permukaan       bumi    yang      kira.
               mendatar sahaja               •   Keluasan kawasan melebihi
          •    Keluasan    kawasan     tidak     250 km persegi atau 55 km
               melebihi 250 km persegi atau      panjang
               55 km panjang                 •   c.Memerlukan alatan yang
          •    Tidak memerlukan alatan           berkejituan tinggi kerana ralat
               yang     berkejituan   tinggi     tidak memberi kesan terhadap
               kerana ralat tidak memberi        ketepatan pengukuran
               kesan terhadap ketepatan
               pengukuran
PENGENALAN ILMU UKUR                                          C1005/UNIT 1/17


     3)    Kaedah pengukuran

           a)       Kaedah ofset – mengukur titik yang berada di luar garisan
                    bersudut tepat terhadap garisan asas.
           b)       Kaedah terabas – mengukur jarak dan sudut dari mana-
                    mana titik asas dengan menggunakan kompas prisma
                    atau tiodolit dan rantai ukur.
           c)       Kaedah penigasudutan – mengukur sudut-sudut pada
                    setiap titik.

     4)    Cabang-cabang ilmu ukur

           a.    Ukur Hidrografi

           Ukur hidrografi dijalankan untuk kegunaan dalam penyusunan dan
           penyediaan carta nautika, carta batimetrik, kegunaan kerja-kerja
           pembinaan dan penyenggaraan pelabuhan. Kini kegunaannya lebih
           meluas denga berkembangnya kerja-kerja carigali minyak dan gas
           asli di luar pantai. Prinsip pengukuran hidrografi tidak banyak
           bezanya dengan ukur tanah. Perbezaan yang ketara adalah pada
           teknik-teknik dan peralatan yang digunakan.

           b.    Ukur Topografi

           Ukur topografi adalah pemungutan dan pengumpulan data
           mengenai kedudukan dan bentuk paramuka-paramuka di atas
           permukaan bumi samada semulajadi atau ciptajadi. Ia dijalankan
           bagi tujuan untuk mengeluarkan peta topografi dengan skala di
           antara 1:25000 hingga 1:1000000 dan peta tematik (peta kegunaan
           khusus) untuk kegunaan tentera. Antara kaedah-kaedah yang
           digunakan dalam ukur topografi ialah ukur aras, tekimetri, meja
           datar, fotogrametri dan penderiaan jauh.

           c.    Astronomi

           Dalam bidang astronomi khusus bagi ukur tanah, cerapan
           dijalankan ke atas ‘heavenly bodies’ seperti matahari, bulan dan
           bintang bagi menentukan posisi di atas permukaan bumi dalam
           bentuk latitud dan longitud astronomi dan seterusnya mendapatkan
           azimut bagi mengawal azimut pada titik di bumi. Nilai cerapan dan
           lain-lain data yang digunakan serta hasil perhitungan yang
           dijalankan adalah dalam bentuk sudut.

           d.    Sistem Penentududukan Global (GPS)

           Sistem Penentududukan Global (GPS) adalah satu kaedah canggih
           dalam menentukan kedudukan di atas bumi. Ia terdiri dari alat
PENGENALAN ILMU UKUR                                          C1005/UNIT 1/18


           penerima (receiver) yang boleh menerima isyarat dari satelit yang
           dilancarkan ke angkasa lepas khusus bagi tujuan penentududukan.
           Satelit tersebut berada pada edaran orbit di angkasa lepas. Salah
           satu kaedah penentududukan adalah dengan mengesan sekurang-
           kurangnya 4 satelit berkenaan. Data yang diterima, diproses
           dengan komputer bagi mendapatkan nilai posisi sesuatu stesen
           GPS dalam 3 dimensi. Kaedah ini telah digunakan untuk
           mempertingkatkan mutu kordinat–kordinat jaringan titik kawalan
           negara yang dahulunya ditentukan dengan kaedah konvensional.

           e.    Fotogrametri

           Penggambaran udara merupakan kaedah penderiaan jauh yang
           paling awal diperkenalkan. Penggambaran dijalankan dengan
           kamera khas yang dipasang pada pesawat terbang yang stabil
           seperti kapalterbang dan helikopter. Ketinggian penerbangan
           sewaktu penggambaran adalah bergantung kepada skala foto yang
           akan dihasilkan. Biasanya skala foto udara yang diperlukan adalah
           1:40,000 bagi skala kecil dan 1:5,000 bagi kala besar. Saiz foto
           udara yang biasa adalah 23cm x 23cm. Penggambaran adalah
           dalam hitam putih atau warna mengikut keperluan. Pengukuran
           dan penterjemahan foto udara dilakukan dengan menggunakan
           alat-alat stereoskop dan ‘stereoplotter’. Susunan foto-foto udara
           yang telah dibetulkan (rectified) dengan alat yang khusus
           menghasilkan mozek dan peta foto. Maklumat dari gambar udara
           juga digunakan untuk menyediakan peta.




                                    TAHNIAH SEKIRANYA ANDA
                                      DAPAT MENJAWABNYA
                                    DENGAN BETUL. MARI KITA
                                      BERPINDAH KE UNIT 2

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

SISTEM BEKALAN AIR SEJUK
SISTEM BEKALAN AIR SEJUKSISTEM BEKALAN AIR SEJUK
SISTEM BEKALAN AIR SEJUKfaizsyafieza
 
Alatan tangan-dalam-kerja-kayu
Alatan tangan-dalam-kerja-kayuAlatan tangan-dalam-kerja-kayu
Alatan tangan-dalam-kerja-kayuIlyanie Hasan
 
Jenis- Jenis Penyelenggaraan
Jenis- Jenis PenyelenggaraanJenis- Jenis Penyelenggaraan
Jenis- Jenis PenyelenggaraanYong Shahriah
 
Sistem bekalan air
Sistem bekalan air Sistem bekalan air
Sistem bekalan air UTHM
 
pihak yang terlibat dalam projek pembinaan
pihak yang terlibat dalam projek pembinaanpihak yang terlibat dalam projek pembinaan
pihak yang terlibat dalam projek pembinaanFiQahh AmiNn
 
Ukur aras-levelling
Ukur aras-levellingUkur aras-levelling
Ukur aras-levellingUTHM
 
Plan pra hitungan
Plan pra hitunganPlan pra hitungan
Plan pra hitunganzurinnor
 
Sistem bekalan air di dalam bangunan
Sistem bekalan air di dalam bangunanSistem bekalan air di dalam bangunan
Sistem bekalan air di dalam bangunanUngku OmarPolytechnic
 
Full report of survey camp at Linggi, Malacca
Full report of survey camp at Linggi, Malacca Full report of survey camp at Linggi, Malacca
Full report of survey camp at Linggi, Malacca Aini Habir
 
52889391 hidrologi
52889391 hidrologi52889391 hidrologi
52889391 hidrologihanimbee
 
372968160-konkrit-bancuhan.ppt
372968160-konkrit-bancuhan.ppt372968160-konkrit-bancuhan.ppt
372968160-konkrit-bancuhan.pptSyamsul7511
 
ISI KANDUNGAN PROJEK
ISI KANDUNGAN PROJEKISI KANDUNGAN PROJEK
ISI KANDUNGAN PROJEKAhmad Amir
 

Mais procurados (20)

SISTEM BEKALAN AIR SEJUK
SISTEM BEKALAN AIR SEJUKSISTEM BEKALAN AIR SEJUK
SISTEM BEKALAN AIR SEJUK
 
Alatan tangan-dalam-kerja-kayu
Alatan tangan-dalam-kerja-kayuAlatan tangan-dalam-kerja-kayu
Alatan tangan-dalam-kerja-kayu
 
Konkrit
KonkritKonkrit
Konkrit
 
Jenis- Jenis Penyelenggaraan
Jenis- Jenis PenyelenggaraanJenis- Jenis Penyelenggaraan
Jenis- Jenis Penyelenggaraan
 
Azlanmohdnorf
AzlanmohdnorfAzlanmohdnorf
Azlanmohdnorf
 
Bab2
Bab2Bab2
Bab2
 
Sistem bekalan air
Sistem bekalan air Sistem bekalan air
Sistem bekalan air
 
Chapter 1
Chapter 1Chapter 1
Chapter 1
 
pihak yang terlibat dalam projek pembinaan
pihak yang terlibat dalam projek pembinaanpihak yang terlibat dalam projek pembinaan
pihak yang terlibat dalam projek pembinaan
 
Ukur aras-levelling
Ukur aras-levellingUkur aras-levelling
Ukur aras-levelling
 
Sistem Rawatan air
Sistem Rawatan air Sistem Rawatan air
Sistem Rawatan air
 
TURBIDITY TEST
TURBIDITY TESTTURBIDITY TEST
TURBIDITY TEST
 
Plan pra hitungan
Plan pra hitunganPlan pra hitungan
Plan pra hitungan
 
Unit ukuran
Unit ukuranUnit ukuran
Unit ukuran
 
Sistem bekalan air di dalam bangunan
Sistem bekalan air di dalam bangunanSistem bekalan air di dalam bangunan
Sistem bekalan air di dalam bangunan
 
Rawatan air
Rawatan airRawatan air
Rawatan air
 
Full report of survey camp at Linggi, Malacca
Full report of survey camp at Linggi, Malacca Full report of survey camp at Linggi, Malacca
Full report of survey camp at Linggi, Malacca
 
52889391 hidrologi
52889391 hidrologi52889391 hidrologi
52889391 hidrologi
 
372968160-konkrit-bancuhan.ppt
372968160-konkrit-bancuhan.ppt372968160-konkrit-bancuhan.ppt
372968160-konkrit-bancuhan.ppt
 
ISI KANDUNGAN PROJEK
ISI KANDUNGAN PROJEKISI KANDUNGAN PROJEK
ISI KANDUNGAN PROJEK
 

Destaque

Structure Reinforced Concrete
Structure Reinforced ConcreteStructure Reinforced Concrete
Structure Reinforced ConcreteNik M Farid
 
Tiodolit dan penggunaannya
Tiodolit dan penggunaannyaTiodolit dan penggunaannya
Tiodolit dan penggunaannyaNik M Farid
 
Super Conduting Train
Super Conduting Train Super Conduting Train
Super Conduting Train mbrsalman
 
Jenis jenis ujian objektif
Jenis jenis ujian objektifJenis jenis ujian objektif
Jenis jenis ujian objektifSohib AlQuran
 
Leveling final-report
Leveling final-reportLeveling final-report
Leveling final-reportFelix Vong
 
Site surveying-report-leveling
Site surveying-report-levelingSite surveying-report-leveling
Site surveying-report-levelingXinYee Khoo
 
Contoh perbezaan objektif kajian edit dr. azman
Contoh perbezaan objektif kajian edit dr. azmanContoh perbezaan objektif kajian edit dr. azman
Contoh perbezaan objektif kajian edit dr. azmanFatimah Mustaffa
 
Laporan praktikum ilmu ukur tanah theodolit
Laporan praktikum ilmu ukur tanah theodolitLaporan praktikum ilmu ukur tanah theodolit
Laporan praktikum ilmu ukur tanah theodolitRpbowo
 
Site Surveying Report 1 (Levelling)
Site Surveying Report 1 (Levelling)Site Surveying Report 1 (Levelling)
Site Surveying Report 1 (Levelling)Haziq1511
 
Contoh assignment pai jad
Contoh assignment pai jadContoh assignment pai jad
Contoh assignment pai jadSilent Artist
 
Penghargaan
PenghargaanPenghargaan
Penghargaanzainipr
 

Destaque (20)

Reinfored beam
Reinfored beamReinfored beam
Reinfored beam
 
Ukur kompas
Ukur kompasUkur kompas
Ukur kompas
 
Structure Reinforced Concrete
Structure Reinforced ConcreteStructure Reinforced Concrete
Structure Reinforced Concrete
 
Reinforced slab
Reinforced slabReinforced slab
Reinforced slab
 
Tiodolit dan penggunaannya
Tiodolit dan penggunaannyaTiodolit dan penggunaannya
Tiodolit dan penggunaannya
 
Pengenalan Ilmu Ukur Tanah
Pengenalan Ilmu Ukur TanahPengenalan Ilmu Ukur Tanah
Pengenalan Ilmu Ukur Tanah
 
Presentation2
Presentation2Presentation2
Presentation2
 
ukur tekimetri
ukur tekimetriukur tekimetri
ukur tekimetri
 
Cg302 kadaster ukur 3
Cg302 kadaster ukur 3Cg302 kadaster ukur 3
Cg302 kadaster ukur 3
 
ukur kejuruteraan
ukur kejuruteraanukur kejuruteraan
ukur kejuruteraan
 
Super Conduting Train
Super Conduting Train Super Conduting Train
Super Conduting Train
 
Jenis jenis ujian objektif
Jenis jenis ujian objektifJenis jenis ujian objektif
Jenis jenis ujian objektif
 
Leveling final-report
Leveling final-reportLeveling final-report
Leveling final-report
 
Site surveying-report-leveling
Site surveying-report-levelingSite surveying-report-leveling
Site surveying-report-leveling
 
Contoh perbezaan objektif kajian edit dr. azman
Contoh perbezaan objektif kajian edit dr. azmanContoh perbezaan objektif kajian edit dr. azman
Contoh perbezaan objektif kajian edit dr. azman
 
Laporan praktikum ilmu ukur tanah theodolit
Laporan praktikum ilmu ukur tanah theodolitLaporan praktikum ilmu ukur tanah theodolit
Laporan praktikum ilmu ukur tanah theodolit
 
Site Surveying Report 1 (Levelling)
Site Surveying Report 1 (Levelling)Site Surveying Report 1 (Levelling)
Site Surveying Report 1 (Levelling)
 
Contoh assignment pai jad
Contoh assignment pai jadContoh assignment pai jad
Contoh assignment pai jad
 
contoh Penghargaan
contoh Penghargaan contoh Penghargaan
contoh Penghargaan
 
Penghargaan
PenghargaanPenghargaan
Penghargaan
 

Semelhante a Pengenalan ilmu ukur

Pengantar survey-dan-pemetaan-1
Pengantar survey-dan-pemetaan-1Pengantar survey-dan-pemetaan-1
Pengantar survey-dan-pemetaan-1khalid munandar
 
SURVEY PEMETAAN UNTUK PERENCANAAN JALAN RAYA.pptx
SURVEY PEMETAAN UNTUK PERENCANAAN JALAN RAYA.pptxSURVEY PEMETAAN UNTUK PERENCANAAN JALAN RAYA.pptx
SURVEY PEMETAAN UNTUK PERENCANAAN JALAN RAYA.pptxYudantoEkoPrabowo
 
Kelompok 6 Ilmu Ukur Tanah.docx
Kelompok 6 Ilmu Ukur Tanah.docxKelompok 6 Ilmu Ukur Tanah.docx
Kelompok 6 Ilmu Ukur Tanah.docxAltaEiSultan
 
Ilmu Ukur Tanah by Yuli Kusumawati
Ilmu Ukur Tanah by Yuli KusumawatiIlmu Ukur Tanah by Yuli Kusumawati
Ilmu Ukur Tanah by Yuli Kusumawatiyulika usman
 
Paparan Topografi pada proyek pembangunan jalan tol
Paparan Topografi pada proyek pembangunan jalan tolPaparan Topografi pada proyek pembangunan jalan tol
Paparan Topografi pada proyek pembangunan jalan tolErwangga1
 
Kerangka acuan kerja survey pemetaan topografi
Kerangka acuan kerja survey pemetaan topografiKerangka acuan kerja survey pemetaan topografi
Kerangka acuan kerja survey pemetaan topografiAnindya N. Rafitricia
 
Dasar dasar perpetaan
Dasar dasar perpetaanDasar dasar perpetaan
Dasar dasar perpetaanZia Ul Maksum
 
Penyelidikan Geologi Teknik.pptx
Penyelidikan Geologi Teknik.pptxPenyelidikan Geologi Teknik.pptx
Penyelidikan Geologi Teknik.pptxSusanApriliani1
 
MODUL AJAR PENGANTAR SURVEY PEMETAAN.pdf
MODUL AJAR PENGANTAR SURVEY PEMETAAN.pdfMODUL AJAR PENGANTAR SURVEY PEMETAAN.pdf
MODUL AJAR PENGANTAR SURVEY PEMETAAN.pdfihsan386426
 
Bahan tayang pemetaan tematik-ddrtp 2016
Bahan tayang pemetaan tematik-ddrtp 2016Bahan tayang pemetaan tematik-ddrtp 2016
Bahan tayang pemetaan tematik-ddrtp 2016hadiarnowo
 
Laporan kdv akmal
Laporan kdv akmalLaporan kdv akmal
Laporan kdv akmalAkmal_sidiq
 
Bab 2 pendahuluan halsel 2017
Bab 2 pendahuluan halsel 2017Bab 2 pendahuluan halsel 2017
Bab 2 pendahuluan halsel 2017Hendy Hidayat
 
Metode eksplorasi dengan gravitasi
Metode eksplorasi dengan gravitasiMetode eksplorasi dengan gravitasi
Metode eksplorasi dengan gravitasiRidwan Tedjokusumo
 
Laporan praktikum corel draw
Laporan praktikum corel drawLaporan praktikum corel draw
Laporan praktikum corel draw'Oke Aflatun'
 

Semelhante a Pengenalan ilmu ukur (20)

Pengantar survey-dan-pemetaan-1
Pengantar survey-dan-pemetaan-1Pengantar survey-dan-pemetaan-1
Pengantar survey-dan-pemetaan-1
 
SURVEY PEMETAAN UNTUK PERENCANAAN JALAN RAYA.pptx
SURVEY PEMETAAN UNTUK PERENCANAAN JALAN RAYA.pptxSURVEY PEMETAAN UNTUK PERENCANAAN JALAN RAYA.pptx
SURVEY PEMETAAN UNTUK PERENCANAAN JALAN RAYA.pptx
 
Kelompok 6 Ilmu Ukur Tanah.docx
Kelompok 6 Ilmu Ukur Tanah.docxKelompok 6 Ilmu Ukur Tanah.docx
Kelompok 6 Ilmu Ukur Tanah.docx
 
Teori perhitungan teodolith
Teori perhitungan teodolithTeori perhitungan teodolith
Teori perhitungan teodolith
 
Makalah geomatika
Makalah geomatika Makalah geomatika
Makalah geomatika
 
Ilmu Ukur Tanah by Yuli Kusumawati
Ilmu Ukur Tanah by Yuli KusumawatiIlmu Ukur Tanah by Yuli Kusumawati
Ilmu Ukur Tanah by Yuli Kusumawati
 
Paparan Topografi pada proyek pembangunan jalan tol
Paparan Topografi pada proyek pembangunan jalan tolPaparan Topografi pada proyek pembangunan jalan tol
Paparan Topografi pada proyek pembangunan jalan tol
 
Kerangka acuan kerja survey pemetaan topografi
Kerangka acuan kerja survey pemetaan topografiKerangka acuan kerja survey pemetaan topografi
Kerangka acuan kerja survey pemetaan topografi
 
1. PENDAHULUAN.ppt
1. PENDAHULUAN.ppt1. PENDAHULUAN.ppt
1. PENDAHULUAN.ppt
 
13891716.ppt
13891716.ppt13891716.ppt
13891716.ppt
 
Dasar dasar perpetaan
Dasar dasar perpetaanDasar dasar perpetaan
Dasar dasar perpetaan
 
Penyelidikan Geologi Teknik.pptx
Penyelidikan Geologi Teknik.pptxPenyelidikan Geologi Teknik.pptx
Penyelidikan Geologi Teknik.pptx
 
MODUL AJAR PENGANTAR SURVEY PEMETAAN.pdf
MODUL AJAR PENGANTAR SURVEY PEMETAAN.pdfMODUL AJAR PENGANTAR SURVEY PEMETAAN.pdf
MODUL AJAR PENGANTAR SURVEY PEMETAAN.pdf
 
Bahan tayang pemetaan tematik-ddrtp 2016
Bahan tayang pemetaan tematik-ddrtp 2016Bahan tayang pemetaan tematik-ddrtp 2016
Bahan tayang pemetaan tematik-ddrtp 2016
 
Bab i jalan raya
Bab i jalan rayaBab i jalan raya
Bab i jalan raya
 
Laporan kdv akmal
Laporan kdv akmalLaporan kdv akmal
Laporan kdv akmal
 
Bab 2 pendahuluan halsel 2017
Bab 2 pendahuluan halsel 2017Bab 2 pendahuluan halsel 2017
Bab 2 pendahuluan halsel 2017
 
Metode eksplorasi dengan gravitasi
Metode eksplorasi dengan gravitasiMetode eksplorasi dengan gravitasi
Metode eksplorasi dengan gravitasi
 
Laporan praktikum corel draw
Laporan praktikum corel drawLaporan praktikum corel draw
Laporan praktikum corel draw
 
Pengukuran mendatar
Pengukuran mendatarPengukuran mendatar
Pengukuran mendatar
 

Pengenalan ilmu ukur

  • 1. PENGENALAN ILMU UKUR C1005/UNIT 1/1 UNIT 1 PENGENALAN ILMU UKUR MA FITKEJBO Memahami pengetahuan asas cabang ilmu ukur dalam bidang ukur kejuruteraan Unit 1 SUSUHK FITKEJBO Di akhir unit ini anda akan dapat :- Menyatakan definisi ilmu ukur, ukur satah dan ukur geodetik. Menerangkan cabang-cabang ilmu ukur mengikut tujuan. Menerangkan prinsip ilmu ukur, tujuan dan penggunaannya. Menerangkan perkembangan teknologi ukur.
  • 2. PENGENALAN ILMU UKUR C1005/UNIT 1/2 INPUT 1.1 PENGENALAN ILMU UKUR Ilmu ukur boleh ditakrifkan sebagai cara atau kesenian membuat ukuran terhadap kedudukan relatif bagi titik-titik yang berada di atas permukaan bumi untuk menghasilkan keadaan sebenar perihal kawasan tersebut. Apabila titik tersebut dipelot di atas sekeping kertas lukisan dengan menggunakan skala yang sesuai, maka bentuk mukabumi semulajadi atau ciptajadi seperti bukit, sungai, jalanraya, landasan keretapi, bangunan dan lain-lain dapat dibentuk dalam rupa sebuah pelan atau peta dengan betul. Dalam erti kata yang lain, ilmu ukur adalah penggambaran muka bumi dalam bentuk pelan ataupun muka keratan tegak yang berskala untuk tujuan menentukan dimensi, bentuk dan keluasan kawasan yang diukur. 1.1.1 Pengkelasan Ilmu Ukur Pengkelasan ilmu ukur boleh dibahagikan berdasarkan : a. Tujuan mengukur b. Penggunaan alat-alat ukur yang utama. 1.1.1.1. Berdasarkan Kepada Tujuan Mengukur. a. Ukur Satah Ukur satah adalah satu kaedah pengukuran bagi menentukan kedudukan titik di atas permukaan bumi. Dalam ukur satah, permukaan bumi dianggap mendatar. Kaedah ini memadai bagi kawasan yang mempunyai keluasan dalam lingkungan tidak melebihi 250km persegi atau 55 km panjang kerana ralat yang wujud tidak memberikan kesan terhadap ketepatan pengukuran. Ukuran-ukuran di padang diterima sebagai ukuran benar dan apabila dipelot di atas kertas merupakan unjuran di atas satah mendatar. Satah mendatar ini bermaksud satah yang berada dalam keadaan tepat atau normal terhadap garis graviti. Garisan graviti dapat dibentuk dengan menggantung pelambab dengan tali halus di atas permukaan bumi.
  • 3. PENGENALAN ILMU UKUR C1005/UNIT 1/3 b. Ukur Geodetik Satu lagi kaedah dalam menentukan kedudukan sesuatu titik di atas permukaan bumi. Dalam kaedah ini, lengkung bumi diambil kira dalam kerja-kerja hitungan dan konsep tentang geometri sfera diperlukan. Kaedah ini digunakan bagi kawasan yang melebihi 250 km persegi atau 55 km panjang. Dengan menggunakan peralatan yang moden dan canggih pengukuran geodetik boleh dijalankan bagi keseluruhan sesebuah negara. Jaringan yang dihasilkan dari ukuran geodetik ini digunakan bagi mengawal lain-lain ukuran. 1.1.1.2 Berdasarkan Kepada Alat Ukur Yang Utama. a. Ukur Rantai b. Ukur Kompas c. Ukur Aras d. Ukur Meja e. Ukur Tiodolit 1.2 CABANG-CABANG ILMU UKUR Ilmu Ukur boleh dibahagikan kepada beberapa cabang dengan mengikut tujuan seperti berikut :- a. Ukur Kejuruteraan b. Ukur Kadaster c. Ukur Hidrografi d. Ukur Topografi e. Ukur Geodetik f. Astronomi g. Sistem Penentududukan Global ( GPS ) h. Fotogrametri i. Penderiaan Jauh. 1.2.1. Ukur Kejuruteraan Merupakan asas yang sangat penting dalam semua kerja-kerja rekabentuk dalam kejuruteraan awam. Semua pengukuran diikat kepada tanda-tanda ukur yang sah seperti tanda sempadan, tanda ukur kawalan, batu aras, monumen penyegitigaan, monumen GPS dan sebagainya yang mempunyai nilai-nilai kawalan mendatar dan menegak.
  • 4. PENGENALAN ILMU UKUR C1005/UNIT 1/4 1.2.1.1 Tujuan Ukur Kejuruteraan Ia dijalankan bagi memenuhi keperluan berikut :- a. Perolehan data-data spatial bumi untuk kegunaan rekabentuk kerja-kerja kejuruteraan awam. b. ‘Setting out’ struktur binaan kejuruteraan awam kepada parameter-parameter yang ditetapkan. c. Menghasilkan pelan lengkap bagi tujuan kerja-kerja kejuruteraan. 1.2.1.2 Jenis-Jenis Ukur Kejuruteraan a. Ukur kawalan mendatar. b. Ukur kawalan menegak. c. Penandaan (monumenting). d. Kerja-kerja ‘setting out’ untuk jalan, landasan keretapi, talian paip, parit dan tali air, talian elektrik dan sebagainya. e. ‘Cross-sectioning’ dan ‘profiling’ f. Kontur dan butiran g. Pengawalan deformasi struktur-struktur binaan seperti bangunan, jambatan empangan, pelabuhan dan sebagainya. 1.2.2 Ukur Kadaster Ukur kadaster adalah pengukuran bagi tujuan pengeluaran surat hakmilik tanah termasuklah pengeluaran hakmilik strata dan hak milik stratum. Tugas-tugas pengeluaran hakmilik tanah di Semenanjung Malaysia adalah diperuntukan di dalam Kanun Tanah Negara 1965. Di Sabah tertakluk kepada Ordinan Tanah (Sabah Bab 68) dan di Sarawak pula ialah Akta Tanah (Sarawak Bab 81) 1.2.2.1 Jenis-Jenis Ukur Kadaster a. Penentuan sempadan-sempadan negeri, daerah mukim, bandar dan seksyen. b. Pelupusan tanah termasuk tanah desa, bandar dan kampung. c. Pelupusan tanah bawah tanah (Stratum). d. Pengambilan balik tanah bermilik. e. Pecah bahagi, pecah tanah dan penyatuan tanah. f. Pecah bahagi bangunan (Strata) g. Ukuran kawalan tanah bermilik bagi pengukuran- pengukuran hakmilik tanah dan kejuruteraan.
  • 5. PENGENALAN ILMU UKUR C1005/UNIT 1/5 1.2.2.2 Tujuan a. Pengeluaran surat hakmilik b. Merizab tanah bagi kegunaan kerajaan seperti - jalan - taliair - landasan keretapi - takungan air dan sebagainya. c. Pengambilan balik tanah untuk tujuan awam seperti ; - sekolah - masjid - tanah perkuburan dan sebagainya. d. Ukur Kawalan 1.2.3 Ukur Hidrografi Ukur hidrografi dijalankan untuk kegunaan dalam penyusunan dan penyediaan carta nautika, carta batimetrik, kerja-kerja pembinaan dan penyenggaraan pelabuhan. Kini kegunaannya lebih meluas dengan berkembangnya kerja-kerja carigali minyak dan gas asli di luar pantai. Prinsip pengukuran hidrografi tidak banyak bezanya dengan ukur tanah. Perbezaan yang ketara adalah pada teknik- teknik dan peralatan yang digunakan. 1.2.4 Ukur Topografi. Ukur topografi adalah pemungutan dan pengumpulan data mengenai kedudukan dan bentuk paramuka-paramuka di permukaan bumi samaada semulajadi atau ciptajadi. Ia dijalankan bagi tujuan untuk mengeluarkan peta topografi dengan skala di antara 1:25000 hingga 1:1000000 dan peta tematik (peta kegunaan khusus) untuk kegunaan tentera. Antara kaedah-kaedah yang digunakan di dalam ukur topografi ialah Ukur Aras, Tekimetri, Meja Datar, Fotogrammetri dan Penderiaan Jauh. 1.2.5 Ukur Geodetik Merupakan pengukuran permukaan bumi bagi menentukan bentuk permukaan bumi dengan menggunakan peralatan yang berkejituan tinggi. Prinsip ukur geodetik adalah dari keseluruhan kepada sebahagian. Satu jaringan utama dengan ketepatan paling tinggi yang meliputi sesebuah negara perlu dibentuk. Jaringan itu kemudiannya akan dipecahkan kepada jaringan penyegitigaan peringkat kedua dan seterusnya peringkat ketiga sehingga terdapat titik kawalan yang mencukupi bagi sesebuah negara. Hasil daripada kerja ukur geodetik juga dapat membentuk satu elipsoid yang paling sesuai bagi sesuatu kawasan.
  • 6. PENGENALAN ILMU UKUR C1005/UNIT 1/6 1.2.6 Astronomi Dalam bidang astronomi khusus bagi ukur tanah, cerapan dijalankan ke atas ‘heavenly bodies’ seperti matahari, bulan dan bintang bagi menentukan posisi di permukaan bumi dalam bentuk latitud dan longitud astronomi, seterusnya mendapatkan azimut bagi mengawal azimut pada titik di bumi. Nilai cerapan, hasil perhitungan dan lain-lain data yang digunakan adalah dalam bentuk sudut. 1.2.7 Sistem Penentududukan Global (GPS) Sistem Penentududukan Global (GPS) adalah satu kaedah canggih dalam menentukan kedudukan di atas bumi. Ia terdiri dari alat penerima (receiver) yang boleh menerima isyarat dari satelit-satelit yang dilancarkan ke angkasa lepas khusus bagi tujuan penentududukan. Sateli tersebut berada dalam edaran orbit di angkasa lepas. Salah satu kaedah penentududukan adalah dengan mengesan sekurang-kurangnya 4 satelit berkenaan. Data yang diterima diproses dengan komputer bagi mendapatkan nilai posisi sesuatu stesen GPS itu dalam 3 dimensi. Kaedah ini telah digunakan untuk mempertingkatkan mutu kordinat–kordinat jaringan titik kawalan negara yang dahulunya ditentukan dengan kaedah konvensional. 1.2.8 Fotogrametri Penggambaran udara merupakan kaedah penderiaan jauh yang paling awal diperkenalkan. Penggambaran dijalankan dengan kamera khas yang dipasang pada pesawat terbang yang stabil seperti kapalterbang dan helikopter. Ketinggian penerbangan sewaktu penggambaran adalah bergantung kepada skala foto yang akan dihasilkan. Biasanya skala foto udara yang diperlukan adalah 1:40,000 bagi skala kecil dan 1:5,000 bagi kala besar. Saiz foto udara yang biasa adalah 23cm x 23cm. Penggambaran adalah dalam hitam putih atau warna mengikut keperluan. Pengukuran dan penterjemahan foto udara dilakukan dengan menggunakan alat-alat stereoskop dan ‘stereoplotter’. Susunan foto-foto udara yang telah dibetulkan (rectified) dengan alat yang khusus menghasilkan mozek dan peta foto. Maklumat dari gambar udara juga digunakan untuk menyediakan peta. 1.2.9 Penderiaan Jauh Penderian jauh adalah kaedah pemungutan data mengenai objek atau bahan di permukaan bumi atau ruang udara dengan alat
  • 7. PENGENALAN ILMU UKUR C1005/UNIT 1/7 penderia (sensor) dari platform yang terletak jauh dari objek itu. Dengan pelancaran satelit-satelit yang dilengkapkan dengan penderia (sensor), isyarat daripadanya dapat diterima dan dirakam di stesyen-stesyen bumi. Data digital yang dirakam boleh dianalisis dan diproses dengan komputer untuk menghasilkan gambaran (imageri) kawasan-kawasan di permukaan bumi. Imegeri-imegeri dari ‘airborne’ dan ‘space borne’ boleh digunakan untuk menyediakan peta topografi, peta tumbuhan, peta geologi dan sebagainya. Memandangkan kesesuaian aplikasi penderiaan jauh adalah dalam bidang ukur tanah, teknologi yang canggih ini telah diterima sebagai salah satu disiplin dalam ilmu ukur Untuk menguji kefahaman anda, sila buat aktiviti berikut. Jika anda tidak berpuashati dengan jawapan anda, sila buat ulangkaji pada input yang anda rasa masih kabur. SELAMAT MENCUBA !!!!!!!!!!!
  • 8. PENGENALAN ILMU UKUR C1005/UNIT 1/8 AKTIVITI 1a • UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA • SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA 1.1 Berikan definisi am ilmu ukur ? 1.2 Nyatakan tujuan atau kegunaan cabang-cabang ilmu ukur di bawah :- a. Ukur Kejuruteraan b. Ukur Kadaster c. Ukur Hidrografi d. Geodetik e. Penderiaan Jauh
  • 9. PENGENALAN ILMU UKUR C1005/UNIT 1/9 MAKLUMBALAS KEPADA AKTIVITI 1a 1.1 Definisi am ilmu ukur Ilmu ukur boleh ditakrifkan sebagai cara atau kesenian membuat ukuran terhadap kedudukan relatif bagi titik-titik yang berada di atas permukaan bumi untuk menghasilkan keadaan sebenar perihal kawasan tersebut. 1.2 Tujuan atau kegunaan cabang-cabang ilmu ukur :- a. Ukur kejuruteraan – Perolehan data spatial bumi untuk kegunaan rekabentuk kerja-kerja kejuruteraan awam, ‘setting out’ struktur binaan kepada parameter-parameter yang ditetapkan dan menghasilkan pelan lengkap bagi tujuan kerja- kerja kejuruteraan. b. Ukur Kadaster – Pengeluaran surat hakmilik, merizab tanah bagi kegunaan kerajaan seperti pengambilan balik tanah untuk tujuan awam dan ukur kawalan c. Ukur hidrografi - Dijalankan untuk kegunaan dalam penyusunan dan penyediaan carta nautika, carta batimetrik, kegunaan kerja- kerja pembinaan dan penyenggaraan pelabuhan. d. Geodetik - Menentukan bentuk permukaan bumi dengan menggunakan peralatan yang berkejituan tinggi e. Penderiaan Jauh - Pemungutan data mengenai objek atau bahan di permukaan bumi atau ruang udara dengan alat penderia ( sensor ) dari platform yang terletak jauh dari objek itu.
  • 10. PENGENALAN ILMU UKUR C1005/UNIT 1/10 INPUT 1.3 KAEDAH KERJA DALAM UKUR KEJURUTERAAN 1.3.1 Prinsip-Prinsip Asas Ilmu Ukur Prinsip ukur adalah mudah. Untuk menghasilkan pelan atau peta, dua titik di atas permukaan bumi dipilih dan jarak diantaranya diukur. Jarak di antara dua titik yang telah diukur kemudian ditukarkan kepada jarak mengikut skala yang telah dipilih dan dilukis. Garisan tersebut akan digunakan sebagai asas untuk membuat pengukuran seterusnya. Pengukuran titik-titik selanjutnya boleh dijalankan dengan salah satu kaedah berikut :- a) Kaedah ukur rantai – pengukuran titik ketiga dan seterusnya dijalankan dengan rantai ukur. b) Kaedah ofset – mengukur titik yang di luar garisan bersudut tepat terhadap garisan asas. c) Kaedah terabas – mengukur jarak dan sudut dari mana-mana titik asas dengan menggunakan kompas prisma atau tiodolit dan rantai ukur. d) Kaedah penigasudutan – mengukur sudut-sudut pada setiap titik. 1.3.2 Peringkat Asas Kerja-Kerja Ukur Pada keseluruhannya kerja ukur boleh dibahagikan kepada tiga peringkat asas :- a. Ukuran Tinjauan Tinjauan ke atas kawasan yang hendak diukur adalah perlu untuk mendapatkan gambaran keseluruhan kawasan. Hasil tinjauan ini membolehkan perancangan dibuat dan mengenalpasti keperluan mengenai pengukuran yang hendak dijalankan. b. Cerapan Dan Pengukuran Sebenar Menentukan semua perkara yang perlu dalam menentududukan kawasan serta saiz bentuk rupabumi samada semulajadi atau ciptajadi di atas permukaan bumi kawasan tersebut.
  • 11. PENGENALAN ILMU UKUR C1005/UNIT 1/11 c. Persembahan Hasil Kerja Ukuran Maklumat mengenai kawasan yang dipungut semasa peringkat cerapan dan pengukuran sebenar akan dipersembahkan dalam bentuk-bentuk yang diperlukan samada buku kerjaluar, lampiran proses hitungan, pelan atau peta yang menunjukkan semua maklumat berkenaan. 1.3.3. Kebolehpercayaan Pengukuran (Reliability) Semua teknik pengukuran adalah tertakluk kepada ralat yang tidak dapat dielakkan. Kewujudan jenis-jenis, punca-punca dan bagaimana ralat memberi kesan kepada hasil pengukuran harus disedari dan diketahui . Ketepatan sesuatu pengukuran merupakan nilai terhampir kepada nilai sebenar bacaan yang diambil. Oleh yang demikian, teknik pengukuran yang dipilih harus boleh menghasilkan ketepatan yang memadai dan diperlukan. 1.4. PERKEMBANGAN TEKNOLOGI ILMU UKUR Pada umumnya peralatan ukur telah mengalami proses permodenan yang sangat pesat sejak tiga dekad yang lalu. i. Peralatan Konvesional Alat-alat konvensional memerlukan pengendalian manusia sepenuhnya. Oleh itu masa operasi adalah panjang serta memerlukan sumber tengaga manusia yang banyak. Antaranya :- a. Tiodolit vernier, tiodolit optikal dan kompas prisma. b. Rantai ukur, pita ukur keluli dan pita ukur biasa. c. Alat aras dompot dan alat aras jongkit. d. Mesin kira mekanikal, sifir-sifir logaritma trigonometri dan sebagainya. e. ‘Stereoplotter’. f. ‘Lead line sounder’. ii. Peralatan Moden Sejak lebih kurang 3 dekad yang lalu, alat-alat ukur telah melalui proses pengembangan dan permodenan selaras dengan perkembangan teknologi canggih masa kini yang banyak dipengaruhi oleh teknologi elektronik. Antaranya :- a. Tiodolit elektronik, pengukuran jarak elektronik dan sistem ukur total (Total station).
  • 12. PENGENALAN ILMU UKUR C1005/UNIT 1/12 b. Alat aras digital. c. Kalkulator elektronik, komputer dan perisian-perisian menggantikan peralatan hitungan serta sifir-sifir berkaitan. d. ‘Digital stereoplotter’ e. ‘Echo sounder’ f. Global Positioning System pula merupakan satu penemuan baru dalam penentududukan di atas permukaan bumi. Perkembangan teknologi yang pesat dalam beberapa dekad yang lalu telah banyak mempengaruhi ilmu ukur untuk terus berkembang. Kepesatan perkembangan ilmu ukur kini meliputi lain-lain bidang seperti perancangan, pembinaan, carigali, teknologi sistem maklumat seperti maklumat Geografi (Geographic Information Syatem–GIS) dan sebagainya. Untuk menguji kefahaman anda, sila buat aktiviti berikut. Jika anda tidak berpuashati dengan jawapan anda, sila buat ulangkaji pada input yang anda rasa masih kabur. SELAMAT MENCUBA !!!!!!!!!!!
  • 13. PENGENALAN ILMU UKUR C1005/UNIT 1/13 AKTIVITI 1b • UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA • SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA 1.1 Terangkan 3 peringkat asas kerja ukur ? 1.2 Terdapat 2 kategori peralatan yang digunakan dalam kerja ukur pada masa kini. Nyatakan kedua-dua kategori peralatan tersebut dan berikan 5 contoh setiap satu.
  • 14. PENGENALAN ILMU UKUR C1005/UNIT 1/14 MAKLUMBALAS KEPADA AKTIVITI 1b 1.1 Peringkat Asas Kerja-Kerja Ukur a. Ukuran tinjauan Tinjauan ke atas kawasan yang hendak diukur adalah perlu untuk mendapatkan gambaran keseluruhan kawasan. Hasil tinjauan ini membolehkan perancangan dibuat dan mengenalpasti keperluan mengenai pengukuran yang hendak dijalankan. b. Cerapan dan pengukuran sebenar. Menentukan semua perkara yang perlu dalam menentududukan kawasan serta saiz bentuk rupabumi samada semulajadi atau ciptajadi di atas permukaan bumi kawasan tersebut. c. Persembahan hasil kerja ukuran Maklumat mengenai kawasan yang dipungut semasa peringkat cerapan dan pengukuran sebenar akan dipersembahkan dalam bentuk yang diperlukan samada buku kerjaluar, lampiran proses hitungan, pelan atau peta yang menunjukkan semua maklumat berkenaan. 1.2 Dua jenis peralatan dengan 5 contohnya : Konvensional Moden -Tiodolit elektronik, -Tiodolit vernier, tiodolit pengukuran jarak optikal & kompas prisma. elektronik dan sistem ukur - Rantai ukur, pita ukur keluli total (Total station) dan pita ukur biasa. - Alat aras digital - Alat aras dompot dan alat - ‘Digital stereoplotter’ aras jongkit - ‘Echo sounder’ - ‘Stereoplotter’ - Global Positioning System - ‘Lead line sounder’
  • 15. PENGENALAN ILMU UKUR C1005/UNIT 1/15 PENILAIAN KENDIRI UNTUK MENGUKUR PRESTASI ANDA, ANDA MESTILAH MENJAWAP SEMUA SOALAN PENILAIAN KENDIRI INI UNTUK DINILAI OLEH PENSYARAH ANDA. 1) Berikan 2 definisi ilmu ukur yang anda pelajari ? 2) Nyatakan perbezaan di antara ukur satah dengan ukur geodetik ? 3) Terangkan kaedah-kaedah pengukuran di bawah ? a. Kaedah ofset b. Kaedah terabas c. Kaedah penigasudutan 4) Berikan penerangan kepada cabang-cabang ilmu ukur di bawah :- a. Ukur topografi b. Sistem penentuan global (GPS) c. Fotogrammetri d. Ukur Hidrografi e. Astronomi TAHNIAH! Anda telah berjaya menyelesaikan semua soalan dalam penilaian kendiri. Sila semak jawapan anda pada maklumbalas untuk memastikan jawapan anda adalah betul.
  • 16. PENGENALAN ILMU UKUR C1005/UNIT 1/16 MAKLUM BALAS KEPADA PENILAIAN KENDIRI SUDAH MENCUBA ? SILA SEMAK JAWAPAN ANDA DAN BANDINGKAN DENGAN JAWAPAN DI BAWAH. 1) Dua definisi ilmu ukur Cara atau kesenian membuat ukuran terhadap kedudukan relatif bagi titik-titik yang berada diatas permukaan bumi untuk menghasilkan keadaan sebenar perihal perihal kawasan tersebut Penggambaran muka bumi dalam bentuk pelan ataupun muka keratan tegak yang berskala untuk tujuan menentukan dimensi, bentuk dan keluasan kawasan yang diukur 2) Perbezaan ukur satah dan ukur geodetik Ukur Satah Ukur Geodetik • Memerlukan bacaan di atas • Kelengkungan bumi diambil permukaan bumi yang kira. mendatar sahaja • Keluasan kawasan melebihi • Keluasan kawasan tidak 250 km persegi atau 55 km melebihi 250 km persegi atau panjang 55 km panjang • c.Memerlukan alatan yang • Tidak memerlukan alatan berkejituan tinggi kerana ralat yang berkejituan tinggi tidak memberi kesan terhadap kerana ralat tidak memberi ketepatan pengukuran kesan terhadap ketepatan pengukuran
  • 17. PENGENALAN ILMU UKUR C1005/UNIT 1/17 3) Kaedah pengukuran a) Kaedah ofset – mengukur titik yang berada di luar garisan bersudut tepat terhadap garisan asas. b) Kaedah terabas – mengukur jarak dan sudut dari mana- mana titik asas dengan menggunakan kompas prisma atau tiodolit dan rantai ukur. c) Kaedah penigasudutan – mengukur sudut-sudut pada setiap titik. 4) Cabang-cabang ilmu ukur a. Ukur Hidrografi Ukur hidrografi dijalankan untuk kegunaan dalam penyusunan dan penyediaan carta nautika, carta batimetrik, kegunaan kerja-kerja pembinaan dan penyenggaraan pelabuhan. Kini kegunaannya lebih meluas denga berkembangnya kerja-kerja carigali minyak dan gas asli di luar pantai. Prinsip pengukuran hidrografi tidak banyak bezanya dengan ukur tanah. Perbezaan yang ketara adalah pada teknik-teknik dan peralatan yang digunakan. b. Ukur Topografi Ukur topografi adalah pemungutan dan pengumpulan data mengenai kedudukan dan bentuk paramuka-paramuka di atas permukaan bumi samada semulajadi atau ciptajadi. Ia dijalankan bagi tujuan untuk mengeluarkan peta topografi dengan skala di antara 1:25000 hingga 1:1000000 dan peta tematik (peta kegunaan khusus) untuk kegunaan tentera. Antara kaedah-kaedah yang digunakan dalam ukur topografi ialah ukur aras, tekimetri, meja datar, fotogrametri dan penderiaan jauh. c. Astronomi Dalam bidang astronomi khusus bagi ukur tanah, cerapan dijalankan ke atas ‘heavenly bodies’ seperti matahari, bulan dan bintang bagi menentukan posisi di atas permukaan bumi dalam bentuk latitud dan longitud astronomi dan seterusnya mendapatkan azimut bagi mengawal azimut pada titik di bumi. Nilai cerapan dan lain-lain data yang digunakan serta hasil perhitungan yang dijalankan adalah dalam bentuk sudut. d. Sistem Penentududukan Global (GPS) Sistem Penentududukan Global (GPS) adalah satu kaedah canggih dalam menentukan kedudukan di atas bumi. Ia terdiri dari alat
  • 18. PENGENALAN ILMU UKUR C1005/UNIT 1/18 penerima (receiver) yang boleh menerima isyarat dari satelit yang dilancarkan ke angkasa lepas khusus bagi tujuan penentududukan. Satelit tersebut berada pada edaran orbit di angkasa lepas. Salah satu kaedah penentududukan adalah dengan mengesan sekurang- kurangnya 4 satelit berkenaan. Data yang diterima, diproses dengan komputer bagi mendapatkan nilai posisi sesuatu stesen GPS dalam 3 dimensi. Kaedah ini telah digunakan untuk mempertingkatkan mutu kordinat–kordinat jaringan titik kawalan negara yang dahulunya ditentukan dengan kaedah konvensional. e. Fotogrametri Penggambaran udara merupakan kaedah penderiaan jauh yang paling awal diperkenalkan. Penggambaran dijalankan dengan kamera khas yang dipasang pada pesawat terbang yang stabil seperti kapalterbang dan helikopter. Ketinggian penerbangan sewaktu penggambaran adalah bergantung kepada skala foto yang akan dihasilkan. Biasanya skala foto udara yang diperlukan adalah 1:40,000 bagi skala kecil dan 1:5,000 bagi kala besar. Saiz foto udara yang biasa adalah 23cm x 23cm. Penggambaran adalah dalam hitam putih atau warna mengikut keperluan. Pengukuran dan penterjemahan foto udara dilakukan dengan menggunakan alat-alat stereoskop dan ‘stereoplotter’. Susunan foto-foto udara yang telah dibetulkan (rectified) dengan alat yang khusus menghasilkan mozek dan peta foto. Maklumat dari gambar udara juga digunakan untuk menyediakan peta. TAHNIAH SEKIRANYA ANDA DAPAT MENJAWABNYA DENGAN BETUL. MARI KITA BERPINDAH KE UNIT 2