SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 16
BAB 1
PENGENALAN KEPADA
KENEGARAAN MALAYSIA
(PEMBINAAN NEGARA BANGSA)
By Mohd Ammyrul Ashraf Sairan
PENGENALAN
Pembinaan negara bangsa sering kali menjadi
matlamat utama yang hendak dicapai oleh
sesebuah negara terutamanya negara yang
didiami oleh masyarakat pelbagai kaum.
Keupayaan membina sebuah negara bangsa
dilihat sebagai kemuncak kejayaan sesebuah
negara, pentadbiran dan penduduknya.
KONSEP NEGARA BANGSA
Pada kebiasaannya negara bangsa
merupakan gabungan tiga komponen
utama,
Konsep
Negara Bangsa
Negara
Individu
Bangsa
Negara
Negara secara mudahnya bolehlah dirujuk kepada wilayah
kewujudan kelompok manusia. Negara atau 'state' adalah satu unit
politik yang mempunyai kedaulatan dan mempunyai tanggungjawab
dan kuasa menjalankan hal ehwal pentadbiran sendiri.
Sains politik mendefinisikan negara sebagai sekumpulan manusia
yang menduduki sesebuah wilayah yang tetap di bawah
penyelenggaraan kerajaan dan tidak tertakluk kepada kuasa luar (K.
Ramanathan,1992).
ELEMEN
BERNEGARA
Wilayah
(sempadan)
Kerajaan
Kedaulatan
Penduduk
(rakyat atau
populasi)
Justeru, sebuah negara menurut undang-undang antarabangsa haruslah mempunyai elemen-elemen
berikut, iaitu penduduk (rakyat atau populasi), wilayah (sempadan), kerajaan dan kedaulatan.
• Penduduk (Rakyat atau Populasi) - Setiap negara wujud apabila rakyat atau penduduk yang mengakui
dan mengiktiraf bumi yang dipijak atau wilayah yang didiami itu sebagai tanah leluhurnya.
• Wilayah (Sempadan) - Wilayah adalah merupakan satu kemestian bagi pembentukan sesebuah negara.
Wilayah sering dirujuk sebagai tanah leluhur atau tanah tumpah darah ataupun tempat kelahiran dan
berkembangnya sesebuah bangsa.
• Kerajaan - Negara secara umumnya sering kali dikenali juga sebagai kerajaan. Kerajaan adalah lambang
kehidupan kelompok manusia dalam keadaan yang teratur dan tersusun serta bersistem. Tanpa
kerajaan kehidupan sesebuah bangsa akan menjadi sukar disebabkan perpecahan dan perebutan kuasa.
• Kedaulatan - Kewujudan sesebuah negara akan menjadi sia-sia tanpa pengiktirafan negara-negara lain
di sekelilingnya ataupun pihak antarabangsa.
Individu
Secara umumnya individu adalah manusia.
Pembinaan negara bangsa tidak akan
tercipta dan sempurna tanpa kewujudan
individu. Individu adalah tenaga penggerak
kepada terbinanya bangsa dan seterusnya
negara.
Bangsa
Bangsa pula secara umumnya merupakan satu
kesatuan manusia yang hidup dalam sesebuah
negara. Ia selalu diertikan sebagai kewujudan dalam
kumpulan manusia dengan beberapa ciri yang sama.
Persamaan ini boleh terjadi daripada berbagai-bagai
perkara seperti unsur-unsur jasmani, politik, dan
kebudayaan. Bangsa ialah satu kumpulan besar yang
ahli-ahlinya mempunyai kepercayaan bahawa
mereka semua terikat atas asas perkongsian identiti
sebagai satu kumpulan manusia atau masyarakat.
CIRI-CIRI SEBUAH NEGARA BANGSA
Sesebuah negara bangsa itu terdiri bukanlah hanya dengan menggabungkan dua
perkataan yang dibincangkan sebelum ini iaitu negara dan bangsa. Terdapat
tiga syarat utama yang sering dihubungkan dengan pembentukan sebuah
negara bangsa, iaitu (Mohd Idris Salleh,1999):
(i)Kehidupan masyarakat dalam negara tersebut adalah bersatu padu tanpa
berlaku sebarang pemisahan atau diskriminasi dalam masyarakat yang
tinggal di situ.
(ii)Di samping itu, penduduk dan rakyat negara itu juga mestilah berkongsi
pegangan kepada satu ideologi politik yang sama.
(iii)Selain itu, penduduk dalam negara tersebut juga haruslah mempunyai
kepercayaan dan keyakinan yang sepenuhnya terhadap sistem pemerintahan
dan undang-undang negara.
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI NEGARA
BANGSA
Lima faktor yang menjadi pemangkin kepada
pembinaan sesebuah negara bangsa ialah
integrasi, nasionaliti, nasionalisme,
patriotisme dan demokrasi. Lima faktor yang
menjadi ancaman pembentukan sesebuah negara
bangsa pula ialah globalisme, kepelbagaian
budaya, pluralisme, neo-feudalisme dan
liberalisme.
Faktor Pemangkin Pembinaan Negara
Bangsa
Faktor-faktor tersebut ialah:
• Integrasi - Integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu
identiti nasional di kalangan kumpulan-kumpulan yang terpisah daripada
segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik. Integrasi
terdiri daripada integrasi wilayah, integrasi ekonomi, integrasi kebudayaan
dan integrasi sosial juga integrasi pendidikan dan integrasi politik.
Integrasi adalah merupakan perkara asas bagi proses pengukuhan
perpaduan dan penyatuan masyarakat dalam sesebuah negara.
• Nasionaliti - Nasionaliti secara mudahnya diertikan sebagai
kewarganegaraan. Ia merupakan elemen penting dalam menjadi pemangkin
kepada terbentuknya sesebuah negara bangsa. Elemen ini mewujudkan satu
bentuk identiti kepada semua orang di dalam negara itu iaitu sebagai
penduduk atau warganegara tersebut.
• Nasionalisme - Nasionalisme secara mudahnya bolehlah dimaksudkan
sebagai perasaan cinta kepada tanah leluhur. Ia merupakan satu elemen
penting yang menjadi pemangkin pembentukan sesebuah negara bangsa.
• Patriotisme - Elemen patriotisme hadir setelah wujud perasaan nasionalisme.
Secara umumnya ia adalah elemen penting tentang kasih dan kesedaran seseorang
terhadap kewarganegaraannya dan betapa ia cinta akan tanah leluhurnya. Pada
kemuncaknya patriotisme merupakan kesetiaan teragung oleh rakyat yang bersedia
berkorban nyawa untuk tanah air yang dicintainya (Kellas, 1998).
• Demokrasi - Dimaksudkan secara mudah sebagai “dari rakyat untuk rakyat
kepada rakyat”. Ia jelas menunjukkan peranan demokrasi itu sendiri sebagai alat
mewujudkan keutuhan pentadbiran yang direstui rakyat secara keseluruhan.
Faktor Ancaman Pembinaan Negara
Bangsa
Faktor-faktor persekitaran yang memungkinkan kegagalan pembinaan sesebuah negara
bangsa. Di antara faktor-faktor yang menjadi ancaman kepada pembinaan negara bangsa ialah:
• Globalisme - Globalisme dikenali secara mudah sebagai kesejagatan ataupun dunia tanpa
sempadan. Menurut Kenichi Ohmae, globalisme adalah dunia tanpa sempadan dengan setiap
negara terpaut kepada jaringan aliran maklumat secara global yang ditunjangi kecanggihan
teknologi. Pertukaran maklumat yang cepat dan pantas telah menjadikan dunia begitu kecil
tanpa sempadan (Ohmae,1995). Pada diri beliau sempadan negara bangsa akan berakhir.
Kenyataan tersebut memberi gambaran betapa globalisme adalah satu ancaman besar
kepada konsep negara bangsa yang sedia ada.
• Kepelbagaian Budaya - wujudnya kepelbagaian budaya hasil daripada perbezaan cara
hidup juga kepercayaan. Kewujudan pelbagai aliran kebudayaan yang menjadi amalan
penduduk di sesebuah negara bermasyarakat majmuk tidak dapat dinafikan boleh
mewujudkan ancaman besar kepada proses pembinaan sesebuah negara bangsa.
• Pluralisme - Pluralisme atau sifat kepelbagaian yang terbentuk dari proses kepelbagaian
penduduk. Pada kebiasaannya ia terbina hasil proses penjajahan di sesebuah negara. Dasar
ini dilakukan sebagai memenuhi prinsip kolonialisme bagi menghalang sebarang penyatuan
yang memungkinkan pemberontakan massa. Ini secara jelas menjadi ancaman kepada
konsep kesatuan dalam pembinaan negara bangsa.
• Neo Feudalisme – feudalisme yang dirujuk ialah sistem pemerintahan oleh golongan elit
yang menguasai segala aspek ekonomi, politik dan sosial sesebuah negara. Sekiranya wujud
kaedah yang seumpamanya pada hari ini dibimbangkan tercetusnya pemerintahan yang
penuh dengan penyalahgunaan kuasa, penyelewengan, penipuan dan kuku besi. Ini jelas
menggambarkan ancaman yang boleh dilahirkan oleh kewujudan neo feudalisme ini.
• Liberalisme - Liberalisme bermaksud kesederhanaan atau keterbukaan secara
umumnya Biarpun begitu keterbukaan dan kesederhanaan yang keterlaluan
dibimbangkan akan merosakkan negara bangsa itu sendiri. Keterbukaan tanpa ada had
akan mengganggu kelicinan pentadbiran dan sekali gus menggugat perkembangan
negara.
PEMBINAAN NEGARA BANGSA DI
MALAYSIA
Sejak merdeka pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan juga masih kurang berjaya dan 13 Mei
1969 menjadi manifestasi sebenar keadaan tersebut. Hanya setelah proses penyusunan semula
masyarakat menerusi Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan seterusnya usaha bersungguh-sungguh
kerajaan dengan pelbagai dasar seperti Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Dasar Pendidikan
Kebangsaan, Rukun Negara dan pembentukan parti politik pelbagai kaum seperti Barisan
Nasional dapat membuka ruang kepada bina bangsa yang dicari. Biarpun begitu hakikat tetap
menunjukkan perjalanan yang perlu masih jauh.
Kekuatan yang harus digunakan oleh negara ini bagi mencapai matlamat ini ialah Nasionalisme.
Nasionalisme yang menjadi pegangan ialah pemilikan rasa atau semangat kebangsaan oleh
semua warganegara berasaskan nilai-nilai kebangsaan yang dikongsi bersama. Perkongsian
nilai dari sudut sejarah sebagai anak Malaysia merdeka, perkongsian identiti kebangsaan
seperti Jalur Gemilang, perkongsian sistem keadilan seperti perlembagaan juga perkongsian
dalam segenap segi yang boleh bagi mewujudkan rasa kekitaan yang kukuh dan tidak berbelah
bahagi terhadap negara bangsa Malaysia.
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya konsep pembinaan negara bangsa adalah
sesuatu yang melibatkan proses yang berpanjangan. Pembinaan
negara bangsa yang mantap memerlukan penyertaan menyeluruh
dari setiap anggota masyarakat dan jentera kerajaan.
Faktor-faktor seperti integrasi, nasionaliti, nasionalisme,
patriotisme dan demokrasi perlu difahami, dihayati dan
diaplikasikan bagi mengukuhkan usaha pembinaan negara bangsa.
Manakala faktor-faktor seperti globalisme, pluralisme, kepelbagaian
budaya, neo- feudalisme dan liberalisme pula ditangani dengan
bijak agar ancaman yang dibawa dapat dielakkan sementara nilai
yang positif dimanfaatkan negara.

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

gerakan komunis di Asia Tenggara -Filipina-
gerakan komunis di Asia Tenggara -Filipina-gerakan komunis di Asia Tenggara -Filipina-
gerakan komunis di Asia Tenggara -Filipina-STZ
 
Masalah perpaduan di malaysia
Masalah perpaduan di malaysiaMasalah perpaduan di malaysia
Masalah perpaduan di malaysiaDeeba Arumugam
 
SOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIAL
SOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIALSOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIAL
SOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIALsyuherna nandu
 
PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN MALAYSIA
PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN MALAYSIAPERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN MALAYSIA
PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN MALAYSIANajihah Wahdaniah
 
INTELEKTUAL ( SUMBANGAN TOKOH)
INTELEKTUAL ( SUMBANGAN TOKOH)INTELEKTUAL ( SUMBANGAN TOKOH)
INTELEKTUAL ( SUMBANGAN TOKOH)suziana15
 
SEJARAH TINGKATAN 4 (PERKEMBANGAN DI EROPAH)
SEJARAH TINGKATAN 4 (PERKEMBANGAN DI EROPAH)SEJARAH TINGKATAN 4 (PERKEMBANGAN DI EROPAH)
SEJARAH TINGKATAN 4 (PERKEMBANGAN DI EROPAH)Nursyuhadah Rahwi
 
Cabaran perkhidmatan tenaga asing yang dihadapi oleh malaysia
Cabaran perkhidmatan tenaga asing yang dihadapi oleh malaysiaCabaran perkhidmatan tenaga asing yang dihadapi oleh malaysia
Cabaran perkhidmatan tenaga asing yang dihadapi oleh malaysiaSivapriya Gopi
 
Sejarah STPM: 1.2 Masyarakat Agraria (Belanda & China abad 16-17)
Sejarah STPM: 1.2 Masyarakat Agraria (Belanda & China abad 16-17)Sejarah STPM: 1.2 Masyarakat Agraria (Belanda & China abad 16-17)
Sejarah STPM: 1.2 Masyarakat Agraria (Belanda & China abad 16-17)Presley Marcel
 
Hubungan antarabangsa
Hubungan antarabangsaHubungan antarabangsa
Hubungan antarabangsafiro HAR
 
STPM SEM1 SEJARAH INSTITUSI PEMERINTAHAN RUSIA
STPM SEM1 SEJARAH INSTITUSI PEMERINTAHAN RUSIASTPM SEM1 SEJARAH INSTITUSI PEMERINTAHAN RUSIA
STPM SEM1 SEJARAH INSTITUSI PEMERINTAHAN RUSIANurZahidah22
 
Cabaran yang harus dihadapi bagi membolehkan malaysia mencapai taraf negara maju
Cabaran yang harus dihadapi bagi membolehkan malaysia mencapai taraf negara majuCabaran yang harus dihadapi bagi membolehkan malaysia mencapai taraf negara maju
Cabaran yang harus dihadapi bagi membolehkan malaysia mencapai taraf negara majuJANGAN TINGGAL DAKU
 
Faktor faktor tercetus perang kemerdekaan amerika (sej stpm sem 1)
Faktor faktor tercetus perang kemerdekaan amerika (sej stpm sem 1)Faktor faktor tercetus perang kemerdekaan amerika (sej stpm sem 1)
Faktor faktor tercetus perang kemerdekaan amerika (sej stpm sem 1)azam_hazel
 
Topik 3 etika dlm masyarakat kepelbagaian
Topik 3 etika dlm masyarakat kepelbagaianTopik 3 etika dlm masyarakat kepelbagaian
Topik 3 etika dlm masyarakat kepelbagaianSharifahNurAbu
 
Sistem Ekonomi Perancangan Pusat 2009
Sistem Ekonomi Perancangan Pusat 2009Sistem Ekonomi Perancangan Pusat 2009
Sistem Ekonomi Perancangan Pusat 2009Mr. H
 

Mais procurados (20)

gerakan komunis di Asia Tenggara -Filipina-
gerakan komunis di Asia Tenggara -Filipina-gerakan komunis di Asia Tenggara -Filipina-
gerakan komunis di Asia Tenggara -Filipina-
 
Tema 1 - Sistem Feudal
Tema 1 - Sistem FeudalTema 1 - Sistem Feudal
Tema 1 - Sistem Feudal
 
Dasar negara
Dasar negaraDasar negara
Dasar negara
 
Teori kedatangan Islam ke Tanah Melayu
Teori kedatangan Islam ke Tanah MelayuTeori kedatangan Islam ke Tanah Melayu
Teori kedatangan Islam ke Tanah Melayu
 
Masalah perpaduan di malaysia
Masalah perpaduan di malaysiaMasalah perpaduan di malaysia
Masalah perpaduan di malaysia
 
SOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIAL
SOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIALSOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIAL
SOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIAL
 
PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN MALAYSIA
PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN MALAYSIAPERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN MALAYSIA
PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN MALAYSIA
 
INTELEKTUAL ( SUMBANGAN TOKOH)
INTELEKTUAL ( SUMBANGAN TOKOH)INTELEKTUAL ( SUMBANGAN TOKOH)
INTELEKTUAL ( SUMBANGAN TOKOH)
 
Kegiatan penyeludupan
Kegiatan penyeludupanKegiatan penyeludupan
Kegiatan penyeludupan
 
SEJARAH TINGKATAN 4 (PERKEMBANGAN DI EROPAH)
SEJARAH TINGKATAN 4 (PERKEMBANGAN DI EROPAH)SEJARAH TINGKATAN 4 (PERKEMBANGAN DI EROPAH)
SEJARAH TINGKATAN 4 (PERKEMBANGAN DI EROPAH)
 
Cabaran perkhidmatan tenaga asing yang dihadapi oleh malaysia
Cabaran perkhidmatan tenaga asing yang dihadapi oleh malaysiaCabaran perkhidmatan tenaga asing yang dihadapi oleh malaysia
Cabaran perkhidmatan tenaga asing yang dihadapi oleh malaysia
 
Sejarah STPM: 1.2 Masyarakat Agraria (Belanda & China abad 16-17)
Sejarah STPM: 1.2 Masyarakat Agraria (Belanda & China abad 16-17)Sejarah STPM: 1.2 Masyarakat Agraria (Belanda & China abad 16-17)
Sejarah STPM: 1.2 Masyarakat Agraria (Belanda & China abad 16-17)
 
Hubungan antarabangsa
Hubungan antarabangsaHubungan antarabangsa
Hubungan antarabangsa
 
STPM SEM1 SEJARAH INSTITUSI PEMERINTAHAN RUSIA
STPM SEM1 SEJARAH INSTITUSI PEMERINTAHAN RUSIASTPM SEM1 SEJARAH INSTITUSI PEMERINTAHAN RUSIA
STPM SEM1 SEJARAH INSTITUSI PEMERINTAHAN RUSIA
 
Cabaran yang harus dihadapi bagi membolehkan malaysia mencapai taraf negara maju
Cabaran yang harus dihadapi bagi membolehkan malaysia mencapai taraf negara majuCabaran yang harus dihadapi bagi membolehkan malaysia mencapai taraf negara maju
Cabaran yang harus dihadapi bagi membolehkan malaysia mencapai taraf negara maju
 
Integriti
IntegritiIntegriti
Integriti
 
Tema 1 : Masyarakat
Tema 1 : MasyarakatTema 1 : Masyarakat
Tema 1 : Masyarakat
 
Faktor faktor tercetus perang kemerdekaan amerika (sej stpm sem 1)
Faktor faktor tercetus perang kemerdekaan amerika (sej stpm sem 1)Faktor faktor tercetus perang kemerdekaan amerika (sej stpm sem 1)
Faktor faktor tercetus perang kemerdekaan amerika (sej stpm sem 1)
 
Topik 3 etika dlm masyarakat kepelbagaian
Topik 3 etika dlm masyarakat kepelbagaianTopik 3 etika dlm masyarakat kepelbagaian
Topik 3 etika dlm masyarakat kepelbagaian
 
Sistem Ekonomi Perancangan Pusat 2009
Sistem Ekonomi Perancangan Pusat 2009Sistem Ekonomi Perancangan Pusat 2009
Sistem Ekonomi Perancangan Pusat 2009
 

Semelhante a BAB_1.pptx

1 pengenalan kepada kenegaran malaysia
1 pengenalan kepada kenegaran malaysia1 pengenalan kepada kenegaran malaysia
1 pengenalan kepada kenegaran malaysiaNur Az
 
Topik 5 pembinaan masyarakat majmuk
Topik 5 pembinaan masyarakat majmukTopik 5 pembinaan masyarakat majmuk
Topik 5 pembinaan masyarakat majmukSharifahNurAbu
 
Topik 5 - Pembinaan Peradaban Majmuk (iPdP) copy.pptx
Topik 5 - Pembinaan Peradaban Majmuk (iPdP) copy.pptxTopik 5 - Pembinaan Peradaban Majmuk (iPdP) copy.pptx
Topik 5 - Pembinaan Peradaban Majmuk (iPdP) copy.pptxFARHABINTIMUHAMMADPT
 
TAJUK : CABARAN-CABARAN DALAM PROSES PEMBINAAN NEGARA BANGSA
TAJUK : CABARAN-CABARAN DALAM PROSES PEMBINAAN NEGARA BANGSATAJUK : CABARAN-CABARAN DALAM PROSES PEMBINAAN NEGARA BANGSA
TAJUK : CABARAN-CABARAN DALAM PROSES PEMBINAAN NEGARA BANGSANorakma Abdullah
 
Kenegaraan malaysia
Kenegaraan malaysiaKenegaraan malaysia
Kenegaraan malaysiaAdi Hassim
 
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnik
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan EtnikPandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnik
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnikkhatijah1889
 
konsep negara bangsa
 konsep negara bangsa konsep negara bangsa
konsep negara bangsasafeqa
 
Asigment kenegaraan kontrak sosial membentuk perpaduan
Asigment kenegaraan    kontrak sosial membentuk perpaduanAsigment kenegaraan    kontrak sosial membentuk perpaduan
Asigment kenegaraan kontrak sosial membentuk perpaduanRosli Dol Haji
 
21 hubungan etnik-peranan-kerajaan-dan-masyarakat
21 hubungan etnik-peranan-kerajaan-dan-masyarakat21 hubungan etnik-peranan-kerajaan-dan-masyarakat
21 hubungan etnik-peranan-kerajaan-dan-masyarakatintan mastura
 
06 Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA .pptx
06 Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA .pptx06 Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA .pptx
06 Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA .pptxStacksApp
 
Hubungan etnik-di-malaysia-1
Hubungan etnik-di-malaysia-1Hubungan etnik-di-malaysia-1
Hubungan etnik-di-malaysia-1su ana
 
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...magdalenne Marie Magdalyn
 
PENGAJIAN KENEGARAAN konsep negara dan kerajaan
PENGAJIAN KENEGARAAN konsep negara dan kerajaanPENGAJIAN KENEGARAAN konsep negara dan kerajaan
PENGAJIAN KENEGARAAN konsep negara dan kerajaanAmin Upsi
 
skema soalan sejarah form 4
skema soalan sejarah form 4skema soalan sejarah form 4
skema soalan sejarah form 4Muhammad Fansuri
 
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...Mastura Ismail
 
Bab 6 he ke arah masyarakat berintegrasi
Bab 6 he ke arah masyarakat berintegrasiBab 6 he ke arah masyarakat berintegrasi
Bab 6 he ke arah masyarakat berintegrasiDhani Ahmad
 
hubungan etnik
hubungan etnikhubungan etnik
hubungan etnikhjik85
 

Semelhante a BAB_1.pptx (20)

1 pengenalan kepada kenegaran malaysia
1 pengenalan kepada kenegaran malaysia1 pengenalan kepada kenegaran malaysia
1 pengenalan kepada kenegaran malaysia
 
Topik 5 pembinaan masyarakat majmuk
Topik 5 pembinaan masyarakat majmukTopik 5 pembinaan masyarakat majmuk
Topik 5 pembinaan masyarakat majmuk
 
Topik 5 - Pembinaan Peradaban Majmuk (iPdP) copy.pptx
Topik 5 - Pembinaan Peradaban Majmuk (iPdP) copy.pptxTopik 5 - Pembinaan Peradaban Majmuk (iPdP) copy.pptx
Topik 5 - Pembinaan Peradaban Majmuk (iPdP) copy.pptx
 
TAJUK : CABARAN-CABARAN DALAM PROSES PEMBINAAN NEGARA BANGSA
TAJUK : CABARAN-CABARAN DALAM PROSES PEMBINAAN NEGARA BANGSATAJUK : CABARAN-CABARAN DALAM PROSES PEMBINAAN NEGARA BANGSA
TAJUK : CABARAN-CABARAN DALAM PROSES PEMBINAAN NEGARA BANGSA
 
Kenegaraan malaysia
Kenegaraan malaysiaKenegaraan malaysia
Kenegaraan malaysia
 
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnik
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan EtnikPandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnik
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnik
 
konsep negara bangsa
 konsep negara bangsa konsep negara bangsa
konsep negara bangsa
 
Asigment kenegaraan kontrak sosial membentuk perpaduan
Asigment kenegaraan    kontrak sosial membentuk perpaduanAsigment kenegaraan    kontrak sosial membentuk perpaduan
Asigment kenegaraan kontrak sosial membentuk perpaduan
 
21 hubungan etnik-peranan-kerajaan-dan-masyarakat
21 hubungan etnik-peranan-kerajaan-dan-masyarakat21 hubungan etnik-peranan-kerajaan-dan-masyarakat
21 hubungan etnik-peranan-kerajaan-dan-masyarakat
 
06 Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA .pptx
06 Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA .pptx06 Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA .pptx
06 Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA .pptx
 
Hubungan etnik-di-malaysia-1
Hubungan etnik-di-malaysia-1Hubungan etnik-di-malaysia-1
Hubungan etnik-di-malaysia-1
 
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
 
PENGAJIAN KENEGARAAN konsep negara dan kerajaan
PENGAJIAN KENEGARAAN konsep negara dan kerajaanPENGAJIAN KENEGARAAN konsep negara dan kerajaan
PENGAJIAN KENEGARAAN konsep negara dan kerajaan
 
skema soalan sejarah form 4
skema soalan sejarah form 4skema soalan sejarah form 4
skema soalan sejarah form 4
 
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
 
Kuliah 1
Kuliah 1Kuliah 1
Kuliah 1
 
Bab 6 he ke arah masyarakat berintegrasi
Bab 6 he ke arah masyarakat berintegrasiBab 6 he ke arah masyarakat berintegrasi
Bab 6 he ke arah masyarakat berintegrasi
 
Kuliah 8
Kuliah 8Kuliah 8
Kuliah 8
 
hubungan etnik
hubungan etnikhubungan etnik
hubungan etnik
 
Pembinaan negara bangsa
Pembinaan negara bangsaPembinaan negara bangsa
Pembinaan negara bangsa
 

BAB_1.pptx

  • 1. BAB 1 PENGENALAN KEPADA KENEGARAAN MALAYSIA (PEMBINAAN NEGARA BANGSA) By Mohd Ammyrul Ashraf Sairan
  • 2. PENGENALAN Pembinaan negara bangsa sering kali menjadi matlamat utama yang hendak dicapai oleh sesebuah negara terutamanya negara yang didiami oleh masyarakat pelbagai kaum. Keupayaan membina sebuah negara bangsa dilihat sebagai kemuncak kejayaan sesebuah negara, pentadbiran dan penduduknya.
  • 3. KONSEP NEGARA BANGSA Pada kebiasaannya negara bangsa merupakan gabungan tiga komponen utama, Konsep Negara Bangsa Negara Individu Bangsa
  • 4. Negara Negara secara mudahnya bolehlah dirujuk kepada wilayah kewujudan kelompok manusia. Negara atau 'state' adalah satu unit politik yang mempunyai kedaulatan dan mempunyai tanggungjawab dan kuasa menjalankan hal ehwal pentadbiran sendiri. Sains politik mendefinisikan negara sebagai sekumpulan manusia yang menduduki sesebuah wilayah yang tetap di bawah penyelenggaraan kerajaan dan tidak tertakluk kepada kuasa luar (K. Ramanathan,1992).
  • 6. Justeru, sebuah negara menurut undang-undang antarabangsa haruslah mempunyai elemen-elemen berikut, iaitu penduduk (rakyat atau populasi), wilayah (sempadan), kerajaan dan kedaulatan. • Penduduk (Rakyat atau Populasi) - Setiap negara wujud apabila rakyat atau penduduk yang mengakui dan mengiktiraf bumi yang dipijak atau wilayah yang didiami itu sebagai tanah leluhurnya. • Wilayah (Sempadan) - Wilayah adalah merupakan satu kemestian bagi pembentukan sesebuah negara. Wilayah sering dirujuk sebagai tanah leluhur atau tanah tumpah darah ataupun tempat kelahiran dan berkembangnya sesebuah bangsa. • Kerajaan - Negara secara umumnya sering kali dikenali juga sebagai kerajaan. Kerajaan adalah lambang kehidupan kelompok manusia dalam keadaan yang teratur dan tersusun serta bersistem. Tanpa kerajaan kehidupan sesebuah bangsa akan menjadi sukar disebabkan perpecahan dan perebutan kuasa. • Kedaulatan - Kewujudan sesebuah negara akan menjadi sia-sia tanpa pengiktirafan negara-negara lain di sekelilingnya ataupun pihak antarabangsa.
  • 7. Individu Secara umumnya individu adalah manusia. Pembinaan negara bangsa tidak akan tercipta dan sempurna tanpa kewujudan individu. Individu adalah tenaga penggerak kepada terbinanya bangsa dan seterusnya negara.
  • 8. Bangsa Bangsa pula secara umumnya merupakan satu kesatuan manusia yang hidup dalam sesebuah negara. Ia selalu diertikan sebagai kewujudan dalam kumpulan manusia dengan beberapa ciri yang sama. Persamaan ini boleh terjadi daripada berbagai-bagai perkara seperti unsur-unsur jasmani, politik, dan kebudayaan. Bangsa ialah satu kumpulan besar yang ahli-ahlinya mempunyai kepercayaan bahawa mereka semua terikat atas asas perkongsian identiti sebagai satu kumpulan manusia atau masyarakat.
  • 9. CIRI-CIRI SEBUAH NEGARA BANGSA Sesebuah negara bangsa itu terdiri bukanlah hanya dengan menggabungkan dua perkataan yang dibincangkan sebelum ini iaitu negara dan bangsa. Terdapat tiga syarat utama yang sering dihubungkan dengan pembentukan sebuah negara bangsa, iaitu (Mohd Idris Salleh,1999): (i)Kehidupan masyarakat dalam negara tersebut adalah bersatu padu tanpa berlaku sebarang pemisahan atau diskriminasi dalam masyarakat yang tinggal di situ. (ii)Di samping itu, penduduk dan rakyat negara itu juga mestilah berkongsi pegangan kepada satu ideologi politik yang sama. (iii)Selain itu, penduduk dalam negara tersebut juga haruslah mempunyai kepercayaan dan keyakinan yang sepenuhnya terhadap sistem pemerintahan dan undang-undang negara.
  • 10. FAKTOR YANG MEMPENGARUHI NEGARA BANGSA Lima faktor yang menjadi pemangkin kepada pembinaan sesebuah negara bangsa ialah integrasi, nasionaliti, nasionalisme, patriotisme dan demokrasi. Lima faktor yang menjadi ancaman pembentukan sesebuah negara bangsa pula ialah globalisme, kepelbagaian budaya, pluralisme, neo-feudalisme dan liberalisme.
  • 11. Faktor Pemangkin Pembinaan Negara Bangsa Faktor-faktor tersebut ialah: • Integrasi - Integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional di kalangan kumpulan-kumpulan yang terpisah daripada segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik. Integrasi terdiri daripada integrasi wilayah, integrasi ekonomi, integrasi kebudayaan dan integrasi sosial juga integrasi pendidikan dan integrasi politik. Integrasi adalah merupakan perkara asas bagi proses pengukuhan perpaduan dan penyatuan masyarakat dalam sesebuah negara. • Nasionaliti - Nasionaliti secara mudahnya diertikan sebagai kewarganegaraan. Ia merupakan elemen penting dalam menjadi pemangkin kepada terbentuknya sesebuah negara bangsa. Elemen ini mewujudkan satu bentuk identiti kepada semua orang di dalam negara itu iaitu sebagai penduduk atau warganegara tersebut.
  • 12. • Nasionalisme - Nasionalisme secara mudahnya bolehlah dimaksudkan sebagai perasaan cinta kepada tanah leluhur. Ia merupakan satu elemen penting yang menjadi pemangkin pembentukan sesebuah negara bangsa. • Patriotisme - Elemen patriotisme hadir setelah wujud perasaan nasionalisme. Secara umumnya ia adalah elemen penting tentang kasih dan kesedaran seseorang terhadap kewarganegaraannya dan betapa ia cinta akan tanah leluhurnya. Pada kemuncaknya patriotisme merupakan kesetiaan teragung oleh rakyat yang bersedia berkorban nyawa untuk tanah air yang dicintainya (Kellas, 1998). • Demokrasi - Dimaksudkan secara mudah sebagai “dari rakyat untuk rakyat kepada rakyat”. Ia jelas menunjukkan peranan demokrasi itu sendiri sebagai alat mewujudkan keutuhan pentadbiran yang direstui rakyat secara keseluruhan.
  • 13. Faktor Ancaman Pembinaan Negara Bangsa Faktor-faktor persekitaran yang memungkinkan kegagalan pembinaan sesebuah negara bangsa. Di antara faktor-faktor yang menjadi ancaman kepada pembinaan negara bangsa ialah: • Globalisme - Globalisme dikenali secara mudah sebagai kesejagatan ataupun dunia tanpa sempadan. Menurut Kenichi Ohmae, globalisme adalah dunia tanpa sempadan dengan setiap negara terpaut kepada jaringan aliran maklumat secara global yang ditunjangi kecanggihan teknologi. Pertukaran maklumat yang cepat dan pantas telah menjadikan dunia begitu kecil tanpa sempadan (Ohmae,1995). Pada diri beliau sempadan negara bangsa akan berakhir. Kenyataan tersebut memberi gambaran betapa globalisme adalah satu ancaman besar kepada konsep negara bangsa yang sedia ada. • Kepelbagaian Budaya - wujudnya kepelbagaian budaya hasil daripada perbezaan cara hidup juga kepercayaan. Kewujudan pelbagai aliran kebudayaan yang menjadi amalan penduduk di sesebuah negara bermasyarakat majmuk tidak dapat dinafikan boleh mewujudkan ancaman besar kepada proses pembinaan sesebuah negara bangsa.
  • 14. • Pluralisme - Pluralisme atau sifat kepelbagaian yang terbentuk dari proses kepelbagaian penduduk. Pada kebiasaannya ia terbina hasil proses penjajahan di sesebuah negara. Dasar ini dilakukan sebagai memenuhi prinsip kolonialisme bagi menghalang sebarang penyatuan yang memungkinkan pemberontakan massa. Ini secara jelas menjadi ancaman kepada konsep kesatuan dalam pembinaan negara bangsa. • Neo Feudalisme – feudalisme yang dirujuk ialah sistem pemerintahan oleh golongan elit yang menguasai segala aspek ekonomi, politik dan sosial sesebuah negara. Sekiranya wujud kaedah yang seumpamanya pada hari ini dibimbangkan tercetusnya pemerintahan yang penuh dengan penyalahgunaan kuasa, penyelewengan, penipuan dan kuku besi. Ini jelas menggambarkan ancaman yang boleh dilahirkan oleh kewujudan neo feudalisme ini. • Liberalisme - Liberalisme bermaksud kesederhanaan atau keterbukaan secara umumnya Biarpun begitu keterbukaan dan kesederhanaan yang keterlaluan dibimbangkan akan merosakkan negara bangsa itu sendiri. Keterbukaan tanpa ada had akan mengganggu kelicinan pentadbiran dan sekali gus menggugat perkembangan negara.
  • 15. PEMBINAAN NEGARA BANGSA DI MALAYSIA Sejak merdeka pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan juga masih kurang berjaya dan 13 Mei 1969 menjadi manifestasi sebenar keadaan tersebut. Hanya setelah proses penyusunan semula masyarakat menerusi Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan seterusnya usaha bersungguh-sungguh kerajaan dengan pelbagai dasar seperti Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Dasar Pendidikan Kebangsaan, Rukun Negara dan pembentukan parti politik pelbagai kaum seperti Barisan Nasional dapat membuka ruang kepada bina bangsa yang dicari. Biarpun begitu hakikat tetap menunjukkan perjalanan yang perlu masih jauh. Kekuatan yang harus digunakan oleh negara ini bagi mencapai matlamat ini ialah Nasionalisme. Nasionalisme yang menjadi pegangan ialah pemilikan rasa atau semangat kebangsaan oleh semua warganegara berasaskan nilai-nilai kebangsaan yang dikongsi bersama. Perkongsian nilai dari sudut sejarah sebagai anak Malaysia merdeka, perkongsian identiti kebangsaan seperti Jalur Gemilang, perkongsian sistem keadilan seperti perlembagaan juga perkongsian dalam segenap segi yang boleh bagi mewujudkan rasa kekitaan yang kukuh dan tidak berbelah bahagi terhadap negara bangsa Malaysia.
  • 16. KESIMPULAN Secara keseluruhannya konsep pembinaan negara bangsa adalah sesuatu yang melibatkan proses yang berpanjangan. Pembinaan negara bangsa yang mantap memerlukan penyertaan menyeluruh dari setiap anggota masyarakat dan jentera kerajaan. Faktor-faktor seperti integrasi, nasionaliti, nasionalisme, patriotisme dan demokrasi perlu difahami, dihayati dan diaplikasikan bagi mengukuhkan usaha pembinaan negara bangsa. Manakala faktor-faktor seperti globalisme, pluralisme, kepelbagaian budaya, neo- feudalisme dan liberalisme pula ditangani dengan bijak agar ancaman yang dibawa dapat dielakkan sementara nilai yang positif dimanfaatkan negara.