SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 19
Bahasa Melayu Penulisan Bahagian B
Bahasa Melayu Penulisan
Bahagian B
Untuk Bahasa Melayu Penulisan Bahagian B, murid diminta menulis karangan mengikut format-
format tertentu. Antaranya ialah:
• Surat Kiriman Tidak Rasmi
• Surat Kiriman Rasmi
• Biografi
• Autobiografi
• Temu Ramah
• Diari/ Catatan
• Dialog
• Melengkapkan Cerita
• Cerita
• Keperihalan
• Laporan
• Syarahan
• Berita
• Ucapan
• Peribahasa
• Perbincangan
• Tindakan
• Gambaran
Panjang karangan yang perlu dibuat sekurang-kurangnya 80 patah perkataan bagi Sekolah
Kebangsaan, manakala 60 patah perkataan bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina/Tamil. Berikut
adalah contoh-contoh karangan dalam Bahagian B:
Ceritakan tentang kebaikan sahabat-sahabat kamu.
Setiap orang pasti mempunyai sahabat. Saya juga mempunyai ramai
sahabat sama ada di sekolah ataupun di kawasan tempat tinggal saya. Saya
suka akan sahabat-sahabat saya ini kerana mereka amat baik dengan saya.
Antara kebaikan sahabat-sahabat saya ini ialah mereka suka
membantu saya dalam pelajaran. Misalnya, jikalau saya menghadapi masalah
dalam menyelesaikan soalan Matematik, mereka akan membantu saya
mencari penyelesaiannya. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan
penguasaan saya dalam mata pelajaran Matematik.
Selain itu, sahabat saya juga suka mengajak saya bermain bersama-
sama mereka. Contohnya saya suka bermain bola sepak bersama-sama
mereka di padang permainan berhampiran dengan rumah saya. Ini dapat
mengeratkan hubungan persahabatan di samping dapat menyihatkan tubuh
badan kami.
Seterusnya sahabat saya ini juga memberikan bantuan jika saya
berada dalam kesusahan. Misalnya, saya pernah kehilangan wang di kantin
sekolah. Sahabat saya telah bermurah hati memberikan sedikit wang
kepada saya untuk dibuat belanja membeli makanan.
Akhir sekali, sahabat saya sering meminjamkan buku cerita kepada
saya. Contohnya, kami sering bertukar-tukar buku cerita atau komik yang
kami beli di kedai buku. Ini secara tidak langsung dapat menanbahkan
pengetahuan kami bersama.
Kesimpulannya, saya bersyukur kerana mempunyai sahabat-sahabat
yang baik hati.Bagai isi dengan kuku begitulah perumpamaan yang sesuai
untuk menggambarkan hubungan persahabatan saya ini. Harapan saya
semoga persahabatan saya ini akan berkekalan.
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PENERBITAN MAJALAH
Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Juru,
14100 Simpang Ampat,
PULAU PINANG.
_______________________________________________________
________________________
Tuan Pengarah Urusan,
Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd.,
50-54, Lorong Rahim Kajai 14,
Taman Tun Dr.Ismail,
60000 KUALA LUMPUR. 6 OGOS 2015
Tuan,
Lawatan Sambil Belajar Ke Penerbitan Karangkraf
Merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa ahli-ahli Persatuan
Bahasa Melayu sekolah kami bercadang untuk ke penerbitan tuan. Lawatan
tersebut sebagai satu cara untuk mendedahkan ahli dengan pengalaman
penerbitan. Ini selaras dengan hasrat kami untuk menerbitkan buletin
persatuan.
2. Ini merupakan lawatan pertama dari sekolah kami ke penerbitan
tuan. Ahli-ahli memang berharap sangat untuk mengetahui cara-cara
penerbitan majalah ‘Dewan Pelajar’. Untuk pengetahuan tuan, majalah
tersebut kami langgani sebanyak 200 naskah sebulan.
3. Sehubungan dengan itu , bersama-sama ini disertakan butir-butir
lengkap untuk maklumat pihak tuan.
3.1. Tarikh : Sabtu, 24 OGOS 2015
3.2. Waktu : 9:30 pagi – 11:30 tengahari
3.3. Peserta : 40 orang murid dan empat orang guru
4. Bagaimanapun, jika tarikh tersebut tidak sesuai, pihak tuan boleh
mengubah tarikh lain. Kami sedia menanti waktu yang sesuai ke tempat
tuan. Namun, sama ada kunjungan kami diterima atau tidak, diharapkan
berilah jawapan segera untuk memudahkan kami membuat persiapan.
5. Kerjasama dan perhatian tuan memang kami harapkan. Kami yakin pihak
tuan tidak akan mengecewakan harapan kami. Sesungguhnya ada jalan untuk
kami ke penerbitan tuan.
Sekian, terima kasih.
Yang menjalankan tugas,
(RAGU A/L MURUGAN)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Juru.
Soalan :
Sekolah kamu telah menganjurkan bulan kemerdekaan.
Tuliskan berita tentang bulan kemerdekaan tersebut.
SIMPANG AMPAT, Jumaat- Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Juru,
telah menganjurkan Bulan Kemerdekaan pada bulan Ogos baru-baru ini.
Banyak aktiviti menarik telah diadakan sepanjang bulan tersebut.
Tujuan Bulan Kemerdekaan ini diadakan adalah untuk menyemai
sikap patriotik di kalangan murid-murid. Di samping itu, aktiviti ini dapat
memberi pendedahan kepada murid-murid tentang sejarah kemerdekaan
negara. Murid-murid juga dapat mengenal tokoh-tokoh pejuang
kemerdekaan.
Pada 15 Ogos, upacara perasmian dan pelancaran telah dilakukan
oleh tuan Guru Besar. Beliau mengingatkan murid-murid supaya bersyukur
dapat tinggal di negara yang aman. Keamanan ini perlu dipertahankan oleh
generasi muda.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan pidato,
pertandingan menulis esei, pertandingan melukis poster dan pameran
tentang sejarah kemerdekaan. Pertandingan terbuka untuk murid-murid
Tahap 1 dan Tahap 2. Pertandingan Kibar Jalur Gemilang antara kelas juga
turut diadakan.
Pada acara penutup,Guru Besar telah menyampaikan hadiah kepada
para pemenang pertandingan. Para pemenang telah menerima hadiah berupa
trofi dan hamper. Sebelum bersurai, semua murid diminta melaungkan
kalimah ‘Merdeka’ dengan penuh semangat.
Pihak sekolah berharap semangat sayang akan negara tetap terus
berkekalan di jiwa setiap murid di sekolah ini
Soalan :
Tuliskan syarahan yang bertajuk ‘ Pentingnya Menjaga Kebersihan di
Sekolah’
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru
Besar, para hakim yang adil lagi bijaksana, guru-guru dan rakan sekalian.
Selamat sejahtera saya ucapkan. Pada pagi ini saya ingin
menyampaikan syarahan yang bertajuk “Pentingnya Menjaga Kebersihan
Sekolah”.
Hadirin yang dihormati,
Kebersihan penting dalam hidup seseorang insan. Hidup yang bersih
menerajui hidup yang sihat. Selain kebersihan diri, pakaian dan tempat
tinggal, kebersihan sekolah juga perlu dititikberatkan.
Sekolah ialah tempat untuk menimba ilmu pengetahuan dan
membentuk sahsiah murid. Persekitaran yang bersih memudahkan
penerimaan pelajaran yang diajar. Kesannya, suasana kelas yang kondusif
merangsang murid untuk mengikuti pembelajaran.
Hadirin yang dikasihi,
Sekolah yang bersih menimbulkan suasana yang ceria dan selesa.
Suasana ini merangsang murid untuk berfikiran positif dan mempunyai
minda yang tenang. Oleh itu, murid-murid dapat menjauhkan diri daripada
gejala negatif.
Selain itu, sekolah yang bersih dapat meningkatkan imej sekolah di
mata masyarakat. Hal ini kerana masyarakat menilai sekolah bukan sahaja
dari segi kelakuan dan pencapaian murid, tetapi juga persekitaran sekolah
yang bersih. Dengan itu ibu bapa dan anggota masyarakat akan berasa
seronok untuk berkunjung ke sekolah yang sentiasa bersih.
Akhir sekali, menjaga kebersihan sekolah itu penting adalah untuk
memupuk rasa kecintaan murid terhadap sekolah. Contohnya, murid-murid
sentiasa bekerjasama menjaga kebersihan kelas dan persekitaran sekolah
dan tidak membuang sampah merata-rata. Hal ini akan membentuk murid-
murid yang sayang akan sekolahnya.
Hadirin yang dimuliakan,
Jelaslah kebersihan sekolah patut dijaga. Oleh itu sama-samalah
kita menjaga kebersihan sekolah demi kebaikan bersama.
Sekian, terima kasih.
Soalan.
Kamu menyertai perkhemahan pada cuti sekolah yang
lalu. Tulis catatan tentang aktiviti perkhemahan tersebut.
Jawapan Contoh:
Sabtu, 12 Mac 2011
7.00 pagi
Aku bangun awal pagi. Aku bersiap-siap untuk menyertai perkhemahan yang
dianjurkan oleh Persatuan Pengakap. Ayah menghantar aku ke sekolah.
7.30 pagi
Kami berkumpul di sekolah. Cikgu Rashid meneliti senarai nama para
peserta. Setelah itu kami pun bertolak ke Hutan Reakreasi Ulu Yam. Kami
ke sana dengan bas. Pemandangan sepanjang jalan ke sana memang indah.
Keadaan jalan agak bengkang-bengkok.
10.30 pagi
Kami tiba di tempat perkhemahan itu. Kami segera mencari tapak yang
sesuai untuk mendirikan khemah. Kami bersama-sama mendirikan khemah.
Cikgu Rashid membahagi-bahagikan tugas. Aku dan Fuad diminta mengambil
air. Beberapa orang membantu Cikgu Rashid untuk menyediakan makanan.
Selepas makan, kami rehat seketika.
2.30 petang
Kami mengadakan sukaneka, pertandingan membuat ikatan, dan mencari
harta karun. Aku telah memenangi acara membuat ikatan. Kemudian, kami
berehat sambil minum petang. Aku dan beberapa orang rakan bermandi-
manda di air terjun yang terdapat di situ. Airnya memang sejuk. Tiba-tiba
Suresh menjerit. Kami segera mendapatkannya. Rupa-rupanya seekor pacat
di kakinya. Mohan segera membuang pacat itu. Kami ketawa apabila melihat
wajah Suresh.
8.30 malam
Selepas makan malam, kami membuat unggun api dan duduk mengelilinginya.
Kami bernyanyi sambil bertepuk tangan. Ada pelbagai persembahan turut
diadakan. Antaranya tarian, nyanyian, lakonan dan sebagainya. Sebelum
masuk tidur, kami berbual-bual seketika. Suasana alam itu sungguh nyaman.
Kedengaran deruan air terjun.
Ahad, 13 Mac 2011
7.40 pagi
Kami bangun awal pagi. Kami membuat senam robik. Setelah itu, kami masak
nasi goreng untuk sarapan. Cikgu Rashid membenarkan kami mandi-manda di
air terjun. Kemudian, kami mengemaskan barang untuk pulang. Kami
membersihkan kawasan perkhemahan itu. Aku berasa gembira kerana
berpeluang menyertai perkhemahan seperti ini.
Soalan:
Baru-baru ini rakan kamu telah terpilih sebagai Tokoh Nilam. Kamu telah
menemu ramahnya untuk mengetahui tentang faedah-faedah membaca
buku. Tulis temu ramah kamu itu selengkapnya.
Jawapan Contoh
Anita : Apa khabar Zambri? Tahniah kerana tepilih sebagai Tokoh
Nilam.
Zambri : Khabar baik. Terima Kasih atas penghargaan kamu itu.
Anita : Kamu memang rajin membaca. Saya ingin mengetahui apakah
kelebihannya apabila kita banyak membaca buku cerita?
Zambri : Sebenarnya Anita, dengan membaca kita dapat menambahkan
ilmu pengetahuan. Sebagai contoh, apabila saya membaca buku-
buku sejarah negara kita. Kesannya, saya lebih menghormati
dan menyanjung tinggi pengorbanan para pemimpin negara
yang telah banyak berjasa.
Anita : Bagaimana dengan kemahiran kita berbahasa kamu?
Zambri : Membaca dapat meningkatkan penguasaan saya dalam
berbahasa. Sebagai contoh, sekiranya saya menemui kosa kata
yang tidak saya fahami, saya akan terus merujuki kamus.
Penguasaan bahasa saya bertambah baik dan saya mampu
mengarang dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Anita : Adakah tabiat itu tidak membuang masa?
Zambri : Sebenarnya dengan membaca, kita telah mengguna masa
terluang kita dengan baik. Hal ini dapat mengelakkan kita
daripada bergaul dengan budak-budak nakal. Dengan
demikian tidaklah kita terjebak ke dalam kancah gejala sosial.
Anita : Bagaimanakah perasaan kamu setelah selesai membaca sesuatu
buku?
Zambri : Membaca buku ibarat hiburan kepada saya. Setelah selesai
membaca sesuatu buku, saya akan berasa seronok dan puas.
Fikiran saya akan menjadi tenang dan selepas itu mudahlah
untuk saya mengulang kaji pelajaran.
Anita : Terima kasih kerana sudi ditemu ramah. Tahniah sekali lagi saya
ucapkan.
Zambri : Terima kasih. Mari saya tunjukkan koleksi buku saya.
Pengalaman menghadiri majlis perkahwinan .
Pada cuti persekolahan yang lalu, saya sekeluarga telah menghadiri
suatu majlis perkahwinan saudara saya yang diadakan di kampung ayah saya
di Jelapang. Kami pergi ke sana dengan menaiki kereta yang dipandu oleh
ayah.
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Jelapang mengambil masa kira-kira
tiga jam. Ayah menggunakan Lebuh Raya PLUS kerana ingin cepat sampai.
Pemandangan semasa perjalanan ke sana sungguh menarik serta
mengasyikkan.
Kami tiba di rumah saudara kami kira-kira pada pukul 10.00 pagi.
Ketibaan kami disambut oleh datuk dan nenek. Suasa di sana riuh-rendah
dan keadaan menjadi sibuk dengan kehadiran saudara mara yang turut sama
membantu. Saya dan ayah turut sama membantu menyusun kerusi dan meja
untuk tetamu, manakala kakak dan ibu pula membantu menghias pelamin.
Pada pukul 11.30 pagi, segala persiapan telah selesai. Banyak
jemputan, saudara mara dan sahabat handai yang hadir untuk memeriahkan
majlis perkahwinan tersebut. Saya dan jiran tetangga yang lain membantu
mengangkat hidangan dan melayan tetamu yang hadir.
Tepat pada pukul 2.00 petang, kehadiran pengantin lelaki telah
disambut dengan paluan kompang. Selepas itu, kedua-dua mempelai
bersanding di atas pelamin. Mereka kelihatan sama cantik seperti pinang
dibelah dua. Banyak hadiah yang diterima oleh pengantin tersebut.
Pada pukul 5.00 petang, majlis perkahwinan tersebut telah selesai.
Pada keesokan harinya, kami sekeluarga pulang semula ke Kuala Lumpur.
Saya berasa amat gembira dan pengalaman ini tidak dapat saya lupakan.
Kebaikan dan Keburukan Menggunakan Internet
Internet merupakan sistem komunikasi yang direka cipta untuk
menyampaikan maklumat dari serata dunia. Sistem ini boleh dicapai melalui
komputer dan televisyen. Dengan kecanggihan teknologi masa kini, internet
boleh juga dilayari melalui telefon bimbit.
Melalui internet, kita akan dapat mengetahui sesuatu maklumat dari
serata dunia dengan lebih cepat terutamanya tentang perkara-perkara
yang berkaitan dengan hal ehwal semasa. Oleh itu, minda kita akan lebih
terbuka dan sentiasa terkini dengan berita-berita dari seluruh pelosok
dunia.
Kita juga boleh menambahkan pengetahuan dengan menjadikan
internet sebagai tempat untuk mencari maklumat yang ingin kita ketahui.
Contohnya kita dapat mengetahui perkembangan dalam bidang sains dan
teknologi melalui laman sesawang tertentu. Ini boleh menjadi satu sumber
rujukan dan membantu proses pembelajaran di dalam kelas.
Namun begitu, keburukan internet tidak dapat disangkal terutama
tentang budaya kuning. Bagi mereka yang mudah terpengaruh, mereka akan
meniru bulat-bulat perkara negatif yang dipaparkan. Hal demikian akan
menyebabkan perkara-perkara negatif meresap masuk dalam budaya
masyarakat kita hari ini.
Bagi sesetengah golongan murid pula, internet akan menyebabkan
mereka membuang masa dengan sia-sia . Kerana terlalu asyik dengan
internet, mereka malas untuk mengulang kaji pelajaran. Akibatnya,
pelajaran mereka merosot dan keputusan peperiksaan mereka terjejas.
Sistem komunikasi internet ini sememangnya ada kebaikan dan
keburukannya. Teknologi ini perlu dipelajari dan digunakan dengan sebaik-
baiknya. Oleh itu, kita perlu pandai memilih dan menilai untuk mendapat
manfaat daripadanya.
Suasana pada malam itu agak dingin kerana hujan turun renyai-renyai. Jam
pada dinding menunjukkan pukul 10.00 malam. Ibu dan ayahku masih belum
pulang. Tiba-tiba…
Tiba-tiba aku terdengar satu bunyi dentuman yang kuat dari luar
rumahku. Aku meluru ke tingkap. Aku mengintai keluar, namun objek yang
aku lihat tidak jelas kerana suasana agak kelam. Aku mengambil keputusan
untuk keluar menyiasat. Aku mencapai payung yang terletak di tepi pintu.
Setelah aku menghampiri tempat tersebut, barulah aku dapat
melihat rupa-rupanya satu kemalangan telah berlaku. Kemalangan tersebut
melibatkan sebuah kereta dengan sebuah motosikal. Kedua-dua kenderaan
tersebut datang dari arah yang bertentangan.
Aku agak terkejut apabila ternampak penunggang motosikal tu
terperosok di bawah kereta. Pemandu kereta itu pula kelihatan cedera
parah dan pengsan di tempat duduknya. Aku segera masuk semula ke dalam
rumah lalu menghubungi talian kecemasan bagi mendapatkan bantuan
ambulans dan polis.
Setelah itu, aku keluar dan memanggil jiran-jiran untuk
memaklumkan kejadian tersebut. Ada juga yang sudah menjengah-jengah di
muka pintu kerana mereka turut mendengar bunyi dentuman tadi. Mereka
segera datang memberi bantuan. Kami cuba mengeluarkan pemandu dan
penunggang yang cedera itu dengan berhati-hati.
Sejurus kami dapat mengeluarkan penunggang motosikal itu dari
bawah kereta, ambulans pun tiba. Rawatan lanjut diberikan kepadanya.
Kedua-dua mereka segera dikejarkan ke hospital.
Tidak lama kemudian ibu bapaku pulang. Aku menceritakan apa yang
telah berlaku kepada mereka. Aku bersyukur kerana dapat menghulurkan
bantuan kepada mangsa kemalangan itu. Kejadian itu memberi peringatan
kepadaku agar lebih berhati-hati ketika di jalan raya.
Akhiri karangan anda dengan….kejadian itu tetap dalam ingatanku hingga ke
hari ini.
Aku mengimbas kembali kejadian yang berlaku beberapa tahun lalu.
Ketika itu aku dan rakan-rakanku gemar berbasikal bersama-sama. Kami
juga suka menunggang basikal dengan laju sambil bersaing-saing.
Petang itu seperti biasa kami berbasikal ketika pulang dari latihan
sukan di sekolah. Azmi telah mengajak kami berlumba hingga ke hujung
simpang. Tanpa berlengah, kamipun menyahut cabarannya.
Sedang asyik berlumba, malang tidak berbau. Azmi tidak dapat
mengawal basikalnya lalu terhumban ke dalam sebuah longkang besar.
Badannya berlumuran dengan darah. Basikalnya remuk kerana terlanggar
tembok longkang.
Kami berasa amat cemas dan panik melihat kejadian yang berlaku
dalam sekelip mata itu. Namun apabila melihat Azmi meraung kesakitan,
kami segera menghulurkan bantuan. Kami memapahkan Azmi keluar dari
longkang lalu membaringkannya di atas rumput.
Aku segera mengeluarkan sapu tangan lalu mengelap darah pada
bahagian kepala dan kaki Azmi. Azmi berkerut menahan kesakitan,
sementara itu nasib kami baik apabila ada seorang pemuda memberhentikan
kereta lalu memberikan pertolongan. Azmi segera dikejarkan ke hospital.
Akibat kecederaan yang agak parah, Azmi telah diberikan sepuluh
jahitan pada lukanya. Kakinya pula berbalut dengan simen kerana tulangnya
patah. Kami benar-benar insaf melihat tragedi yang menimpa Azmi.
Wlaupun telah lama berlalu, namun demikian kejadian itu tetap dalam
ingatanku hingga ke hari ini.
Kepentingan Perpustakaan
Setiap sekolah pasti dilengkapi dengan perpustakaan. Di
perpustakaan terdapat pelbagai jenis bahan bacaan, antaranya buku cerita,
novel, majalah dan akhbar. Buku-buku cerita yang terdapat di perpustakaan
boleh dipinjam dengan menggunakan kad pinjaman.
Antara kepentingan perpustakaan adalah dapat memupuk amalan
membaca serta mampu meningkatkan pengetahuan seseorang. Sebagai
contoh jika kita membaca buku tentang sejarah tokoh negara, kita akan
menambahkan pengetahuan tentang sejarah negarawan. Pengetahuan yang
ditimba itu dapat menyemai semangat patriotik terhadap negara.
Jika kita sering mengunjungi perpustakaan, kita dapat
memanfaatkan masa lapang. Hal yang demikian menjadikan kita tidak
membazirkan masa yang terluang. Kita juga tidak terjebak dengan perkara-
perkara yang tidak berfaedah seperti bergaul dengan budak-budak nakal.
Membaca buku-buku yang terdapat di perpustakaan dapat memberi
hiburan kepada kita. Contohnya kita akan terhibur dengan cerita-cerita
lucu yang dibaca atau mendapat pengajaran dan iktibar daripada cerita
tersebut. Hati kita akan menjadi tenang dan gembira dengan bacaan
tersebut.
Melalui buku-buku yang dipinjam dan dibaca dari perpustakaan juga
akan dapat meningkatkan penguasaan bahasa seseorang murid. Contohnya
kita dapat mempelajari kosa kata baru yang boleh digunakan semula dalam
penulisan karangan. Jika kita tidak tahu makna sesuatu perkataan pula,
boleh dirujuk di dalam kamus. Secara tidak langsung kita dapat
menambahkan perbendaharaan kata yang baik dan berguna untuk kita.
Sesungguhnya, perpustakaan merupakan gedung ilmu yang perlu
dikunjungi oleh setiap murid. Kemudahan yang ada di perpustakaan jangan
dipersia-siakan. Sama-samalah kita menjaga buku-buku yang ada di dalam
perpustakaan kerana buku-buku itu akan digunakan oleh orang lain pula.
Pengalaman Menyertai Kem Motivasi UPSR
Pada minggu yang lepas, sekolah saya telah mengadakan Kem
Motivasi UPSR. Kem motivasi sehari ini telah diadakan bertempat di dewan
sekolah saya. Saya dan rakan-rakan turut tidak ketinggalan menyertai
program yang amat bermanfaat kepada murid-murid tahun enam ini.
Pagi itu, saya dan rakan-rakan telah mendaftarkan diri dengan guru
kelas masing-masing. Kami telah mendapat fail yang berisi bahan-bahan
pembelajaran. Kemudian kami telah diarahkan beratur untuk masuk ke
dalam dewan.
Setelah masuk ke dalam dewan, Cikgu Azlina selaku penyelaras kem
motivasi telah memberikan taklimat. Kami telah diberitahu tentang atur
cara dan peraturan kem motivasi ini. Kemudian Guru Besar telah dijemput
untuk menyampaikan ucapan dan merasmikan kem motivasi ini.
Seterusnya bermulalah ceramah teknik menjawab soalan UPSR.
Ceramah yang diadakan selama dua jam bagi setiap mata pelajaran meliputi
subjek Bahasa Malaysia, Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris.
Penceramah yang dijemput merupakan guru-guru pakar dan berpengalaman
dalam bidang masing-masing.
Saya dan rakan-rakan berasa sungguh berkeyakinan dan teruja
setelah mendengar ceramah motivasi tersebut. Banyak pengetahuan dan
ilmu yang bermanfaat dapat ditimba melalui penceramah-penceramah. Ini
menjadikan saya lebih bersemangat untuk menghadapi peperiksaan UPSR.
Setelah seharian berada di dalam dewan untuk mendengar ceramah,
kami pun dibenarkan pulang kira-kira pada pukul 6.30 petang. Walaupun
agak kepenatan namun saya dan rakan-rakan menyimpan azam untuk belajar
bersungguh-sungguh bagi mendapat 8A dalam peperiksaan UPSR kelak.
Tuliskan suatu cerita berdasarkan peribahasa “ Air Dicencang Tidak Akan
Putus”
Abang Farid dengan Kak Mazni perang dingin. Beberapa bulan
mereka tidak bertegur sapa. Puncanya ialah kebun getah yang ditinggalkan
oleh ayah. Sebelum ayah meninggal dunia, ayah telah mewasiatkan kebun
getah itu kepada aku, Abang Farid dan Kak Mazni. Arwah ayah berharap
agar kami mengusahakan kebun itu bersama-sama. Aku tahu bahawa niat
arwah ayah baik. Beliau mahu kami adik-beradik bersatu hati. Namun
begitu, niat arwah ayah tidak tercapai gara-gara sikap Abang Farid dan Kak
Mazni.
Kak Mazni mahu menjual kebun getah itu. Alasannya tiada sesiapa
ingin mengusahakannya. Lagipun, tidak ada sesiapa antara kami tinggal di
kampung. Masing-masing ada kerjaya sendiri.
Abang Farid tetap tidak bersetuju akan cadangan kakak Mazni.
Lagipun, arwah ayah sudah berpesan agar jangan sekali-kali menjual tanah
itu. Kak Mazni menyatakan bahawa ada ejen hartanah yang sanggup
membeli tanah itu dengan harga yang tinggi. Kak Mazni menuduh abang
Farid ingin membolot harta itu. Akibatnya, abang Farid dengan Kak Mazni
bermasam muka.
Hari ini Abang Farid mengadakan kenduri arwah di rumah pusaka
kami. Banyak saudara- mara dan jiran yang hadir ke majlis itu. Aku
memberitahu Kak Mazni tentang kenduri itu. Aku mengajaknya pulang ke
kampung. Aku tertunggu-tunggu kedatangan Kak Mazni tetapi hingga majlis
itu selesai, Kak Mazni tidak juga muncul.
Ketika aku dan Abang Farid mengemas di halaman rumah, sebuah
kereta masuk. Sebaik sahaja kereta itu berhenti, Kak Mazni terus keluar
dari kereta itu. Dia terus menerpa ke arah aku dan Abang Farid. Dia terus
bersalam dengan Abang Farid. Dia memohon maaf atas sikapnya. Air mata
kegembiraan berlinang di kelopak mataku. Inilah saat-saat yang aku nanti-
nantikan. Aku ingin melihat adik-beradikku berbaik semula seperti dahulu.
Begitulah kata orang, “air dicencang tidak akan putus”.
Ucapan Sempena Hari Guru.
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru
Besar, guru-guru yang dikasihi, dan rakan-rakan yang budiman. Selamat pagi
dan selamat sejahtera saya ucapkan. Saya mewakili murid-murid sekolah ini
untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada guru-guru yang kami kasihi.
Hadirin yang saya hormati,
Hari guru disambut bagi mengenang jasa-jasa dan pengorbanan
guru, Sesungguhnya, jasa dan pengorbanan para guru terhadap kami amat
bernilai dan rasanya tidak terbalas dengan wang ringgit. Tanpa guru kami
umpama orang buta yang kehilangan tongkat. Guru umpama lilin, membakar
dirinya semata-mata untuk kesejahteraan orang lain.
Tugas sebagai guru memang mencabar dan memerlukan kesabaran.
Guru memberikan bimbingan dan pendidikan kepada kami. Tiada lain harapan
mereka selain ingin melihat kami berjaya demi masa depan. Guru bukan
sahaja mengajar malah terpaksa menghadapi pelbagai karenah kami.
Selain itu, guru turut berusaha untuk membantu serta memberi
galakan kepada kami untuk berusaha demi kejayaan yang cemerlang dalam
pelajaran. Segala tunjuka ajar dan nasihat gurun amat kami hargai. Guru
berbuat demikian demi kebaikan kami juga.
Hadirin yang dikasihi,
Pada hari yang bersejarah ini, saya serta rakan-rakan yang lain
ingin mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang telah mendidik kami.
Sebagai tanda ingatan kami terhadap jasa dan pengorbanan guru, saya
serta murid-murid yang lain ingin menyampaikan cenderamata kepada Tuan
guru Besar. Akhir kata, sekali lagi saya ucapkan selamat hari guru. Semoga
guru-guru yang kami kasihi dilimpahi kesejahteraan dan terus mendidik
kami tanpa berasa jemu.
Sekian, terima kasih.

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Esei tahun 6 (latest)
Esei tahun 6 (latest)Esei tahun 6 (latest)
Esei tahun 6 (latest)Bong Shuying
 
Bahan skema bm penulisan
Bahan skema bm penulisanBahan skema bm penulisan
Bahan skema bm penulisanwan murshid
 
Contoh karangan jenis fakta (1)
Contoh karangan jenis fakta (1)Contoh karangan jenis fakta (1)
Contoh karangan jenis fakta (1)Vivian Wmn
 
Karangan kemalangan jalan raya
Karangan kemalangan jalan rayaKarangan kemalangan jalan raya
Karangan kemalangan jalan rayaruvin83
 
Contoh karangan ucapan
Contoh karangan ucapanContoh karangan ucapan
Contoh karangan ucapanDorisca
 
Contoh kertas 1&2 BM PT3 2019
Contoh kertas 1&2 BM PT3 2019Contoh kertas 1&2 BM PT3 2019
Contoh kertas 1&2 BM PT3 2019LatiSigub
 
Karangan berbentukk tindakan
Karangan berbentukk tindakanKarangan berbentukk tindakan
Karangan berbentukk tindakanBong Shuying
 
Kerja lapangan geografi tingkatan 3
Kerja lapangan geografi tingkatan 3Kerja lapangan geografi tingkatan 3
Kerja lapangan geografi tingkatan 3Ummu Umar
 
551920773-Bahasa-Melayu-Standard-Kempimpinan-Melalui-Teladan (1).pdf
551920773-Bahasa-Melayu-Standard-Kempimpinan-Melalui-Teladan (1).pdf551920773-Bahasa-Melayu-Standard-Kempimpinan-Melalui-Teladan (1).pdf
551920773-Bahasa-Melayu-Standard-Kempimpinan-Melalui-Teladan (1).pdfLIMXINGHOOIMoe
 
Contoh aktiviti minggu bahasa melayu panitia bm
Contoh aktiviti minggu bahasa melayu panitia bmContoh aktiviti minggu bahasa melayu panitia bm
Contoh aktiviti minggu bahasa melayu panitia bmNorazelin Mat Isa
 
Nota Pola ayat
Nota Pola ayatNota Pola ayat
Nota Pola ayatNurull Sya
 

Mais procurados (20)

Esei tahun 6 (latest)
Esei tahun 6 (latest)Esei tahun 6 (latest)
Esei tahun 6 (latest)
 
Bahan skema bm penulisan
Bahan skema bm penulisanBahan skema bm penulisan
Bahan skema bm penulisan
 
Nota kata adjektif
Nota kata adjektifNota kata adjektif
Nota kata adjektif
 
Jenis jenis contoh surat kiriman
Jenis jenis contoh surat kirimanJenis jenis contoh surat kiriman
Jenis jenis contoh surat kiriman
 
Contoh karangan jenis fakta (1)
Contoh karangan jenis fakta (1)Contoh karangan jenis fakta (1)
Contoh karangan jenis fakta (1)
 
Subjek & Predikat
Subjek & PredikatSubjek & Predikat
Subjek & Predikat
 
Koleksi Contoh Karangan 2
Koleksi Contoh Karangan 2Koleksi Contoh Karangan 2
Koleksi Contoh Karangan 2
 
Buku bina ayat
Buku bina ayat  Buku bina ayat
Buku bina ayat
 
Karangan kemalangan jalan raya
Karangan kemalangan jalan rayaKarangan kemalangan jalan raya
Karangan kemalangan jalan raya
 
Faedah menabung
Faedah menabungFaedah menabung
Faedah menabung
 
Teks syarahan
Teks syarahan Teks syarahan
Teks syarahan
 
Contoh karangan ucapan
Contoh karangan ucapanContoh karangan ucapan
Contoh karangan ucapan
 
Imbuhan pinjaman
Imbuhan pinjamanImbuhan pinjaman
Imbuhan pinjaman
 
Contoh kertas 1&2 BM PT3 2019
Contoh kertas 1&2 BM PT3 2019Contoh kertas 1&2 BM PT3 2019
Contoh kertas 1&2 BM PT3 2019
 
Karangan berbentukk tindakan
Karangan berbentukk tindakanKarangan berbentukk tindakan
Karangan berbentukk tindakan
 
Kerja lapangan geografi tingkatan 3
Kerja lapangan geografi tingkatan 3Kerja lapangan geografi tingkatan 3
Kerja lapangan geografi tingkatan 3
 
Latihan kata pemeri
Latihan kata pemeriLatihan kata pemeri
Latihan kata pemeri
 
551920773-Bahasa-Melayu-Standard-Kempimpinan-Melalui-Teladan (1).pdf
551920773-Bahasa-Melayu-Standard-Kempimpinan-Melalui-Teladan (1).pdf551920773-Bahasa-Melayu-Standard-Kempimpinan-Melalui-Teladan (1).pdf
551920773-Bahasa-Melayu-Standard-Kempimpinan-Melalui-Teladan (1).pdf
 
Contoh aktiviti minggu bahasa melayu panitia bm
Contoh aktiviti minggu bahasa melayu panitia bmContoh aktiviti minggu bahasa melayu panitia bm
Contoh aktiviti minggu bahasa melayu panitia bm
 
Nota Pola ayat
Nota Pola ayatNota Pola ayat
Nota Pola ayat
 

Semelhante a Contoh karangan bm

Peperiksaa setara akhir tahun JPNJ BMTahun5(1)
Peperiksaa setara akhir tahun JPNJ BMTahun5(1)Peperiksaa setara akhir tahun JPNJ BMTahun5(1)
Peperiksaa setara akhir tahun JPNJ BMTahun5(1)Siti Aminah Ramlan
 
Penulisan bahagian b
Penulisan bahagian bPenulisan bahagian b
Penulisan bahagian bnurul yusof
 
345472254 contoh-contoh-karangan-upsr-2017
345472254 contoh-contoh-karangan-upsr-2017345472254 contoh-contoh-karangan-upsr-2017
345472254 contoh-contoh-karangan-upsr-2017Stephen Tan
 
Cara mudah menulis karangan upsr
Cara mudah menulis karangan upsrCara mudah menulis karangan upsr
Cara mudah menulis karangan upsrEdward Ngu
 
Bahasa indonesia
Bahasa indonesiaBahasa indonesia
Bahasa indonesiaMif Tah
 
Bahasa indonesia kelas 3
Bahasa indonesia kelas 3Bahasa indonesia kelas 3
Bahasa indonesia kelas 3novalianaanna
 
Bahasa indonesia Kelas 1 Sekolah Dasar
Bahasa indonesia Kelas 1 Sekolah DasarBahasa indonesia Kelas 1 Sekolah Dasar
Bahasa indonesia Kelas 1 Sekolah DasarlombkTBK
 
Bahasa indonesia i
Bahasa indonesia iBahasa indonesia i
Bahasa indonesia iAna_Mazidah
 
Bahasa indonesia
Bahasa indonesiaBahasa indonesia
Bahasa indonesia2412199
 
Teks Ucapan Hari Guru Ketua Pengawas 2023.doc
Teks Ucapan Hari Guru Ketua Pengawas 2023.docTeks Ucapan Hari Guru Ketua Pengawas 2023.doc
Teks Ucapan Hari Guru Ketua Pengawas 2023.docshikyatim
 
Pgesanan setengah tahun_jpnj_2012
Pgesanan setengah tahun_jpnj_2012Pgesanan setengah tahun_jpnj_2012
Pgesanan setengah tahun_jpnj_2012Siti Aminah Ramlan
 
Pendidikan kewarganegaraan
Pendidikan kewarganegaraanPendidikan kewarganegaraan
Pendidikan kewarganegaraanasih yuliana
 

Semelhante a Contoh karangan bm (20)

Peperiksaa setara akhir tahun JPNJ BMTahun5(1)
Peperiksaa setara akhir tahun JPNJ BMTahun5(1)Peperiksaa setara akhir tahun JPNJ BMTahun5(1)
Peperiksaa setara akhir tahun JPNJ BMTahun5(1)
 
Isi ringkas karangan 2
Isi ringkas karangan 2Isi ringkas karangan 2
Isi ringkas karangan 2
 
Bm 012 uppm3_2011_jpn_-_johor
Bm 012 uppm3_2011_jpn_-_johorBm 012 uppm3_2011_jpn_-_johor
Bm 012 uppm3_2011_jpn_-_johor
 
Penulisan bahagian b
Penulisan bahagian bPenulisan bahagian b
Penulisan bahagian b
 
345472254 contoh-contoh-karangan-upsr-2017
345472254 contoh-contoh-karangan-upsr-2017345472254 contoh-contoh-karangan-upsr-2017
345472254 contoh-contoh-karangan-upsr-2017
 
Cara mudah menulis karangan upsr
Cara mudah menulis karangan upsrCara mudah menulis karangan upsr
Cara mudah menulis karangan upsr
 
Bahasa indonesia
Bahasa indonesiaBahasa indonesia
Bahasa indonesia
 
Bahasa indonesia
Bahasa indonesiaBahasa indonesia
Bahasa indonesia
 
Bahasa indonesia kelas 3
Bahasa indonesia kelas 3Bahasa indonesia kelas 3
Bahasa indonesia kelas 3
 
Bahasa indonesia Kelas 1 Sekolah Dasar
Bahasa indonesia Kelas 1 Sekolah DasarBahasa indonesia Kelas 1 Sekolah Dasar
Bahasa indonesia Kelas 1 Sekolah Dasar
 
Bahasa indonesia i
Bahasa indonesia iBahasa indonesia i
Bahasa indonesia i
 
Bahasa indonesia
Bahasa indonesiaBahasa indonesia
Bahasa indonesia
 
Bahasa indonesia 2
Bahasa indonesia 2Bahasa indonesia 2
Bahasa indonesia 2
 
Bahasa indonesia kelas 1 sd - iskandar
Bahasa indonesia kelas 1 sd  - iskandarBahasa indonesia kelas 1 sd  - iskandar
Bahasa indonesia kelas 1 sd - iskandar
 
Kelas01 ips inoki
Kelas01 ips inokiKelas01 ips inoki
Kelas01 ips inoki
 
Teks Ucapan Hari Guru Ketua Pengawas 2023.doc
Teks Ucapan Hari Guru Ketua Pengawas 2023.docTeks Ucapan Hari Guru Ketua Pengawas 2023.doc
Teks Ucapan Hari Guru Ketua Pengawas 2023.doc
 
Pgesanan setengah tahun_jpnj_2012
Pgesanan setengah tahun_jpnj_2012Pgesanan setengah tahun_jpnj_2012
Pgesanan setengah tahun_jpnj_2012
 
Pendidikan kewarganegaraan
Pendidikan kewarganegaraanPendidikan kewarganegaraan
Pendidikan kewarganegaraan
 
Pendidikan kewarganegaraan
Pendidikan kewarganegaraanPendidikan kewarganegaraan
Pendidikan kewarganegaraan
 
Pendidikan kewarganegaraan
Pendidikan kewarganegaraanPendidikan kewarganegaraan
Pendidikan kewarganegaraan
 

Último

TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHANTUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHANwawan479953
 
668579210-Visi-Gp-Berdasarkan-Tahapan-Bagja.pdf
668579210-Visi-Gp-Berdasarkan-Tahapan-Bagja.pdf668579210-Visi-Gp-Berdasarkan-Tahapan-Bagja.pdf
668579210-Visi-Gp-Berdasarkan-Tahapan-Bagja.pdfAfriYani29
 
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptxPANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptxfitriaoskar
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...pipinafindraputri1
 
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptxPPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptxMaskuratulMunawaroh
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxIvvatulAini
 
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan BerkelanjutanTopik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan BerkelanjutanAyuApriliyanti6
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfIwanSumantri7
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxPPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxriscacriswanda
 
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusiaKonseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusiaharnosuharno5
 
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptxPrakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptxHaryKharismaSuhud
 
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxKisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxFitriaSarmida1
 
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXIksanSaputra6
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfJarzaniIsmail
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptnabilafarahdiba95
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfEniNuraeni29
 

Último (20)

TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHANTUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
 
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
 
668579210-Visi-Gp-Berdasarkan-Tahapan-Bagja.pdf
668579210-Visi-Gp-Berdasarkan-Tahapan-Bagja.pdf668579210-Visi-Gp-Berdasarkan-Tahapan-Bagja.pdf
668579210-Visi-Gp-Berdasarkan-Tahapan-Bagja.pdf
 
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptxPANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
 
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptxPPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
 
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan BerkelanjutanTopik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxPPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
 
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusiaKonseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
 
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptxPrakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
 
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxKisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
 
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
 

Contoh karangan bm

  • 1. Bahasa Melayu Penulisan Bahagian B Bahasa Melayu Penulisan Bahagian B Untuk Bahasa Melayu Penulisan Bahagian B, murid diminta menulis karangan mengikut format- format tertentu. Antaranya ialah: • Surat Kiriman Tidak Rasmi • Surat Kiriman Rasmi • Biografi • Autobiografi • Temu Ramah • Diari/ Catatan • Dialog • Melengkapkan Cerita • Cerita • Keperihalan • Laporan • Syarahan • Berita • Ucapan • Peribahasa • Perbincangan • Tindakan • Gambaran Panjang karangan yang perlu dibuat sekurang-kurangnya 80 patah perkataan bagi Sekolah Kebangsaan, manakala 60 patah perkataan bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina/Tamil. Berikut adalah contoh-contoh karangan dalam Bahagian B:
  • 2. Ceritakan tentang kebaikan sahabat-sahabat kamu. Setiap orang pasti mempunyai sahabat. Saya juga mempunyai ramai sahabat sama ada di sekolah ataupun di kawasan tempat tinggal saya. Saya suka akan sahabat-sahabat saya ini kerana mereka amat baik dengan saya. Antara kebaikan sahabat-sahabat saya ini ialah mereka suka membantu saya dalam pelajaran. Misalnya, jikalau saya menghadapi masalah dalam menyelesaikan soalan Matematik, mereka akan membantu saya mencari penyelesaiannya. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan penguasaan saya dalam mata pelajaran Matematik. Selain itu, sahabat saya juga suka mengajak saya bermain bersama- sama mereka. Contohnya saya suka bermain bola sepak bersama-sama mereka di padang permainan berhampiran dengan rumah saya. Ini dapat mengeratkan hubungan persahabatan di samping dapat menyihatkan tubuh badan kami. Seterusnya sahabat saya ini juga memberikan bantuan jika saya berada dalam kesusahan. Misalnya, saya pernah kehilangan wang di kantin sekolah. Sahabat saya telah bermurah hati memberikan sedikit wang kepada saya untuk dibuat belanja membeli makanan. Akhir sekali, sahabat saya sering meminjamkan buku cerita kepada saya. Contohnya, kami sering bertukar-tukar buku cerita atau komik yang kami beli di kedai buku. Ini secara tidak langsung dapat menanbahkan pengetahuan kami bersama. Kesimpulannya, saya bersyukur kerana mempunyai sahabat-sahabat yang baik hati.Bagai isi dengan kuku begitulah perumpamaan yang sesuai untuk menggambarkan hubungan persahabatan saya ini. Harapan saya semoga persahabatan saya ini akan berkekalan.
  • 3. LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PENERBITAN MAJALAH Persatuan Bahasa Melayu, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Juru, 14100 Simpang Ampat, PULAU PINANG. _______________________________________________________ ________________________ Tuan Pengarah Urusan, Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd., 50-54, Lorong Rahim Kajai 14, Taman Tun Dr.Ismail, 60000 KUALA LUMPUR. 6 OGOS 2015 Tuan, Lawatan Sambil Belajar Ke Penerbitan Karangkraf Merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa ahli-ahli Persatuan Bahasa Melayu sekolah kami bercadang untuk ke penerbitan tuan. Lawatan tersebut sebagai satu cara untuk mendedahkan ahli dengan pengalaman penerbitan. Ini selaras dengan hasrat kami untuk menerbitkan buletin persatuan. 2. Ini merupakan lawatan pertama dari sekolah kami ke penerbitan tuan. Ahli-ahli memang berharap sangat untuk mengetahui cara-cara penerbitan majalah ‘Dewan Pelajar’. Untuk pengetahuan tuan, majalah tersebut kami langgani sebanyak 200 naskah sebulan. 3. Sehubungan dengan itu , bersama-sama ini disertakan butir-butir lengkap untuk maklumat pihak tuan. 3.1. Tarikh : Sabtu, 24 OGOS 2015 3.2. Waktu : 9:30 pagi – 11:30 tengahari 3.3. Peserta : 40 orang murid dan empat orang guru
  • 4. 4. Bagaimanapun, jika tarikh tersebut tidak sesuai, pihak tuan boleh mengubah tarikh lain. Kami sedia menanti waktu yang sesuai ke tempat tuan. Namun, sama ada kunjungan kami diterima atau tidak, diharapkan berilah jawapan segera untuk memudahkan kami membuat persiapan. 5. Kerjasama dan perhatian tuan memang kami harapkan. Kami yakin pihak tuan tidak akan mengecewakan harapan kami. Sesungguhnya ada jalan untuk kami ke penerbitan tuan. Sekian, terima kasih. Yang menjalankan tugas, (RAGU A/L MURUGAN) Setiausaha, Persatuan Bahasa Melayu, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Juru.
  • 5. Soalan : Sekolah kamu telah menganjurkan bulan kemerdekaan. Tuliskan berita tentang bulan kemerdekaan tersebut. SIMPANG AMPAT, Jumaat- Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Juru, telah menganjurkan Bulan Kemerdekaan pada bulan Ogos baru-baru ini. Banyak aktiviti menarik telah diadakan sepanjang bulan tersebut. Tujuan Bulan Kemerdekaan ini diadakan adalah untuk menyemai sikap patriotik di kalangan murid-murid. Di samping itu, aktiviti ini dapat memberi pendedahan kepada murid-murid tentang sejarah kemerdekaan negara. Murid-murid juga dapat mengenal tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan. Pada 15 Ogos, upacara perasmian dan pelancaran telah dilakukan oleh tuan Guru Besar. Beliau mengingatkan murid-murid supaya bersyukur dapat tinggal di negara yang aman. Keamanan ini perlu dipertahankan oleh generasi muda. Antara aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan pidato, pertandingan menulis esei, pertandingan melukis poster dan pameran tentang sejarah kemerdekaan. Pertandingan terbuka untuk murid-murid Tahap 1 dan Tahap 2. Pertandingan Kibar Jalur Gemilang antara kelas juga turut diadakan. Pada acara penutup,Guru Besar telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan. Para pemenang telah menerima hadiah berupa trofi dan hamper. Sebelum bersurai, semua murid diminta melaungkan kalimah ‘Merdeka’ dengan penuh semangat. Pihak sekolah berharap semangat sayang akan negara tetap terus berkekalan di jiwa setiap murid di sekolah ini Soalan :
  • 6. Tuliskan syarahan yang bertajuk ‘ Pentingnya Menjaga Kebersihan di Sekolah’ Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, para hakim yang adil lagi bijaksana, guru-guru dan rakan sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan. Pada pagi ini saya ingin menyampaikan syarahan yang bertajuk “Pentingnya Menjaga Kebersihan Sekolah”. Hadirin yang dihormati, Kebersihan penting dalam hidup seseorang insan. Hidup yang bersih menerajui hidup yang sihat. Selain kebersihan diri, pakaian dan tempat tinggal, kebersihan sekolah juga perlu dititikberatkan. Sekolah ialah tempat untuk menimba ilmu pengetahuan dan membentuk sahsiah murid. Persekitaran yang bersih memudahkan penerimaan pelajaran yang diajar. Kesannya, suasana kelas yang kondusif merangsang murid untuk mengikuti pembelajaran. Hadirin yang dikasihi, Sekolah yang bersih menimbulkan suasana yang ceria dan selesa. Suasana ini merangsang murid untuk berfikiran positif dan mempunyai minda yang tenang. Oleh itu, murid-murid dapat menjauhkan diri daripada gejala negatif. Selain itu, sekolah yang bersih dapat meningkatkan imej sekolah di mata masyarakat. Hal ini kerana masyarakat menilai sekolah bukan sahaja dari segi kelakuan dan pencapaian murid, tetapi juga persekitaran sekolah yang bersih. Dengan itu ibu bapa dan anggota masyarakat akan berasa seronok untuk berkunjung ke sekolah yang sentiasa bersih.
  • 7. Akhir sekali, menjaga kebersihan sekolah itu penting adalah untuk memupuk rasa kecintaan murid terhadap sekolah. Contohnya, murid-murid sentiasa bekerjasama menjaga kebersihan kelas dan persekitaran sekolah dan tidak membuang sampah merata-rata. Hal ini akan membentuk murid- murid yang sayang akan sekolahnya. Hadirin yang dimuliakan, Jelaslah kebersihan sekolah patut dijaga. Oleh itu sama-samalah kita menjaga kebersihan sekolah demi kebaikan bersama. Sekian, terima kasih.
  • 8. Soalan. Kamu menyertai perkhemahan pada cuti sekolah yang lalu. Tulis catatan tentang aktiviti perkhemahan tersebut. Jawapan Contoh: Sabtu, 12 Mac 2011 7.00 pagi Aku bangun awal pagi. Aku bersiap-siap untuk menyertai perkhemahan yang dianjurkan oleh Persatuan Pengakap. Ayah menghantar aku ke sekolah. 7.30 pagi Kami berkumpul di sekolah. Cikgu Rashid meneliti senarai nama para peserta. Setelah itu kami pun bertolak ke Hutan Reakreasi Ulu Yam. Kami ke sana dengan bas. Pemandangan sepanjang jalan ke sana memang indah. Keadaan jalan agak bengkang-bengkok. 10.30 pagi Kami tiba di tempat perkhemahan itu. Kami segera mencari tapak yang sesuai untuk mendirikan khemah. Kami bersama-sama mendirikan khemah. Cikgu Rashid membahagi-bahagikan tugas. Aku dan Fuad diminta mengambil air. Beberapa orang membantu Cikgu Rashid untuk menyediakan makanan. Selepas makan, kami rehat seketika. 2.30 petang Kami mengadakan sukaneka, pertandingan membuat ikatan, dan mencari harta karun. Aku telah memenangi acara membuat ikatan. Kemudian, kami berehat sambil minum petang. Aku dan beberapa orang rakan bermandi- manda di air terjun yang terdapat di situ. Airnya memang sejuk. Tiba-tiba Suresh menjerit. Kami segera mendapatkannya. Rupa-rupanya seekor pacat di kakinya. Mohan segera membuang pacat itu. Kami ketawa apabila melihat wajah Suresh.
  • 9. 8.30 malam Selepas makan malam, kami membuat unggun api dan duduk mengelilinginya. Kami bernyanyi sambil bertepuk tangan. Ada pelbagai persembahan turut diadakan. Antaranya tarian, nyanyian, lakonan dan sebagainya. Sebelum masuk tidur, kami berbual-bual seketika. Suasana alam itu sungguh nyaman. Kedengaran deruan air terjun. Ahad, 13 Mac 2011 7.40 pagi Kami bangun awal pagi. Kami membuat senam robik. Setelah itu, kami masak nasi goreng untuk sarapan. Cikgu Rashid membenarkan kami mandi-manda di air terjun. Kemudian, kami mengemaskan barang untuk pulang. Kami membersihkan kawasan perkhemahan itu. Aku berasa gembira kerana berpeluang menyertai perkhemahan seperti ini.
  • 10. Soalan: Baru-baru ini rakan kamu telah terpilih sebagai Tokoh Nilam. Kamu telah menemu ramahnya untuk mengetahui tentang faedah-faedah membaca buku. Tulis temu ramah kamu itu selengkapnya. Jawapan Contoh Anita : Apa khabar Zambri? Tahniah kerana tepilih sebagai Tokoh Nilam. Zambri : Khabar baik. Terima Kasih atas penghargaan kamu itu. Anita : Kamu memang rajin membaca. Saya ingin mengetahui apakah kelebihannya apabila kita banyak membaca buku cerita? Zambri : Sebenarnya Anita, dengan membaca kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Sebagai contoh, apabila saya membaca buku- buku sejarah negara kita. Kesannya, saya lebih menghormati dan menyanjung tinggi pengorbanan para pemimpin negara yang telah banyak berjasa. Anita : Bagaimana dengan kemahiran kita berbahasa kamu? Zambri : Membaca dapat meningkatkan penguasaan saya dalam berbahasa. Sebagai contoh, sekiranya saya menemui kosa kata yang tidak saya fahami, saya akan terus merujuki kamus. Penguasaan bahasa saya bertambah baik dan saya mampu mengarang dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Anita : Adakah tabiat itu tidak membuang masa? Zambri : Sebenarnya dengan membaca, kita telah mengguna masa terluang kita dengan baik. Hal ini dapat mengelakkan kita daripada bergaul dengan budak-budak nakal. Dengan demikian tidaklah kita terjebak ke dalam kancah gejala sosial. Anita : Bagaimanakah perasaan kamu setelah selesai membaca sesuatu buku?
  • 11. Zambri : Membaca buku ibarat hiburan kepada saya. Setelah selesai membaca sesuatu buku, saya akan berasa seronok dan puas. Fikiran saya akan menjadi tenang dan selepas itu mudahlah untuk saya mengulang kaji pelajaran. Anita : Terima kasih kerana sudi ditemu ramah. Tahniah sekali lagi saya ucapkan. Zambri : Terima kasih. Mari saya tunjukkan koleksi buku saya.
  • 12. Pengalaman menghadiri majlis perkahwinan . Pada cuti persekolahan yang lalu, saya sekeluarga telah menghadiri suatu majlis perkahwinan saudara saya yang diadakan di kampung ayah saya di Jelapang. Kami pergi ke sana dengan menaiki kereta yang dipandu oleh ayah. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Jelapang mengambil masa kira-kira tiga jam. Ayah menggunakan Lebuh Raya PLUS kerana ingin cepat sampai. Pemandangan semasa perjalanan ke sana sungguh menarik serta mengasyikkan. Kami tiba di rumah saudara kami kira-kira pada pukul 10.00 pagi. Ketibaan kami disambut oleh datuk dan nenek. Suasa di sana riuh-rendah dan keadaan menjadi sibuk dengan kehadiran saudara mara yang turut sama membantu. Saya dan ayah turut sama membantu menyusun kerusi dan meja untuk tetamu, manakala kakak dan ibu pula membantu menghias pelamin. Pada pukul 11.30 pagi, segala persiapan telah selesai. Banyak jemputan, saudara mara dan sahabat handai yang hadir untuk memeriahkan majlis perkahwinan tersebut. Saya dan jiran tetangga yang lain membantu mengangkat hidangan dan melayan tetamu yang hadir. Tepat pada pukul 2.00 petang, kehadiran pengantin lelaki telah disambut dengan paluan kompang. Selepas itu, kedua-dua mempelai bersanding di atas pelamin. Mereka kelihatan sama cantik seperti pinang dibelah dua. Banyak hadiah yang diterima oleh pengantin tersebut. Pada pukul 5.00 petang, majlis perkahwinan tersebut telah selesai. Pada keesokan harinya, kami sekeluarga pulang semula ke Kuala Lumpur. Saya berasa amat gembira dan pengalaman ini tidak dapat saya lupakan.
  • 13. Kebaikan dan Keburukan Menggunakan Internet Internet merupakan sistem komunikasi yang direka cipta untuk menyampaikan maklumat dari serata dunia. Sistem ini boleh dicapai melalui komputer dan televisyen. Dengan kecanggihan teknologi masa kini, internet boleh juga dilayari melalui telefon bimbit. Melalui internet, kita akan dapat mengetahui sesuatu maklumat dari serata dunia dengan lebih cepat terutamanya tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan hal ehwal semasa. Oleh itu, minda kita akan lebih terbuka dan sentiasa terkini dengan berita-berita dari seluruh pelosok dunia. Kita juga boleh menambahkan pengetahuan dengan menjadikan internet sebagai tempat untuk mencari maklumat yang ingin kita ketahui. Contohnya kita dapat mengetahui perkembangan dalam bidang sains dan teknologi melalui laman sesawang tertentu. Ini boleh menjadi satu sumber rujukan dan membantu proses pembelajaran di dalam kelas. Namun begitu, keburukan internet tidak dapat disangkal terutama tentang budaya kuning. Bagi mereka yang mudah terpengaruh, mereka akan meniru bulat-bulat perkara negatif yang dipaparkan. Hal demikian akan menyebabkan perkara-perkara negatif meresap masuk dalam budaya masyarakat kita hari ini. Bagi sesetengah golongan murid pula, internet akan menyebabkan mereka membuang masa dengan sia-sia . Kerana terlalu asyik dengan internet, mereka malas untuk mengulang kaji pelajaran. Akibatnya, pelajaran mereka merosot dan keputusan peperiksaan mereka terjejas. Sistem komunikasi internet ini sememangnya ada kebaikan dan keburukannya. Teknologi ini perlu dipelajari dan digunakan dengan sebaik- baiknya. Oleh itu, kita perlu pandai memilih dan menilai untuk mendapat manfaat daripadanya.
  • 14. Suasana pada malam itu agak dingin kerana hujan turun renyai-renyai. Jam pada dinding menunjukkan pukul 10.00 malam. Ibu dan ayahku masih belum pulang. Tiba-tiba… Tiba-tiba aku terdengar satu bunyi dentuman yang kuat dari luar rumahku. Aku meluru ke tingkap. Aku mengintai keluar, namun objek yang aku lihat tidak jelas kerana suasana agak kelam. Aku mengambil keputusan untuk keluar menyiasat. Aku mencapai payung yang terletak di tepi pintu. Setelah aku menghampiri tempat tersebut, barulah aku dapat melihat rupa-rupanya satu kemalangan telah berlaku. Kemalangan tersebut melibatkan sebuah kereta dengan sebuah motosikal. Kedua-dua kenderaan tersebut datang dari arah yang bertentangan. Aku agak terkejut apabila ternampak penunggang motosikal tu terperosok di bawah kereta. Pemandu kereta itu pula kelihatan cedera parah dan pengsan di tempat duduknya. Aku segera masuk semula ke dalam rumah lalu menghubungi talian kecemasan bagi mendapatkan bantuan ambulans dan polis. Setelah itu, aku keluar dan memanggil jiran-jiran untuk memaklumkan kejadian tersebut. Ada juga yang sudah menjengah-jengah di muka pintu kerana mereka turut mendengar bunyi dentuman tadi. Mereka segera datang memberi bantuan. Kami cuba mengeluarkan pemandu dan penunggang yang cedera itu dengan berhati-hati. Sejurus kami dapat mengeluarkan penunggang motosikal itu dari bawah kereta, ambulans pun tiba. Rawatan lanjut diberikan kepadanya. Kedua-dua mereka segera dikejarkan ke hospital. Tidak lama kemudian ibu bapaku pulang. Aku menceritakan apa yang telah berlaku kepada mereka. Aku bersyukur kerana dapat menghulurkan bantuan kepada mangsa kemalangan itu. Kejadian itu memberi peringatan kepadaku agar lebih berhati-hati ketika di jalan raya.
  • 15. Akhiri karangan anda dengan….kejadian itu tetap dalam ingatanku hingga ke hari ini. Aku mengimbas kembali kejadian yang berlaku beberapa tahun lalu. Ketika itu aku dan rakan-rakanku gemar berbasikal bersama-sama. Kami juga suka menunggang basikal dengan laju sambil bersaing-saing. Petang itu seperti biasa kami berbasikal ketika pulang dari latihan sukan di sekolah. Azmi telah mengajak kami berlumba hingga ke hujung simpang. Tanpa berlengah, kamipun menyahut cabarannya. Sedang asyik berlumba, malang tidak berbau. Azmi tidak dapat mengawal basikalnya lalu terhumban ke dalam sebuah longkang besar. Badannya berlumuran dengan darah. Basikalnya remuk kerana terlanggar tembok longkang. Kami berasa amat cemas dan panik melihat kejadian yang berlaku dalam sekelip mata itu. Namun apabila melihat Azmi meraung kesakitan, kami segera menghulurkan bantuan. Kami memapahkan Azmi keluar dari longkang lalu membaringkannya di atas rumput. Aku segera mengeluarkan sapu tangan lalu mengelap darah pada bahagian kepala dan kaki Azmi. Azmi berkerut menahan kesakitan, sementara itu nasib kami baik apabila ada seorang pemuda memberhentikan kereta lalu memberikan pertolongan. Azmi segera dikejarkan ke hospital. Akibat kecederaan yang agak parah, Azmi telah diberikan sepuluh jahitan pada lukanya. Kakinya pula berbalut dengan simen kerana tulangnya patah. Kami benar-benar insaf melihat tragedi yang menimpa Azmi. Wlaupun telah lama berlalu, namun demikian kejadian itu tetap dalam ingatanku hingga ke hari ini.
  • 16. Kepentingan Perpustakaan Setiap sekolah pasti dilengkapi dengan perpustakaan. Di perpustakaan terdapat pelbagai jenis bahan bacaan, antaranya buku cerita, novel, majalah dan akhbar. Buku-buku cerita yang terdapat di perpustakaan boleh dipinjam dengan menggunakan kad pinjaman. Antara kepentingan perpustakaan adalah dapat memupuk amalan membaca serta mampu meningkatkan pengetahuan seseorang. Sebagai contoh jika kita membaca buku tentang sejarah tokoh negara, kita akan menambahkan pengetahuan tentang sejarah negarawan. Pengetahuan yang ditimba itu dapat menyemai semangat patriotik terhadap negara. Jika kita sering mengunjungi perpustakaan, kita dapat memanfaatkan masa lapang. Hal yang demikian menjadikan kita tidak membazirkan masa yang terluang. Kita juga tidak terjebak dengan perkara- perkara yang tidak berfaedah seperti bergaul dengan budak-budak nakal. Membaca buku-buku yang terdapat di perpustakaan dapat memberi hiburan kepada kita. Contohnya kita akan terhibur dengan cerita-cerita lucu yang dibaca atau mendapat pengajaran dan iktibar daripada cerita tersebut. Hati kita akan menjadi tenang dan gembira dengan bacaan tersebut. Melalui buku-buku yang dipinjam dan dibaca dari perpustakaan juga akan dapat meningkatkan penguasaan bahasa seseorang murid. Contohnya kita dapat mempelajari kosa kata baru yang boleh digunakan semula dalam penulisan karangan. Jika kita tidak tahu makna sesuatu perkataan pula, boleh dirujuk di dalam kamus. Secara tidak langsung kita dapat menambahkan perbendaharaan kata yang baik dan berguna untuk kita. Sesungguhnya, perpustakaan merupakan gedung ilmu yang perlu dikunjungi oleh setiap murid. Kemudahan yang ada di perpustakaan jangan dipersia-siakan. Sama-samalah kita menjaga buku-buku yang ada di dalam perpustakaan kerana buku-buku itu akan digunakan oleh orang lain pula.
  • 17. Pengalaman Menyertai Kem Motivasi UPSR Pada minggu yang lepas, sekolah saya telah mengadakan Kem Motivasi UPSR. Kem motivasi sehari ini telah diadakan bertempat di dewan sekolah saya. Saya dan rakan-rakan turut tidak ketinggalan menyertai program yang amat bermanfaat kepada murid-murid tahun enam ini. Pagi itu, saya dan rakan-rakan telah mendaftarkan diri dengan guru kelas masing-masing. Kami telah mendapat fail yang berisi bahan-bahan pembelajaran. Kemudian kami telah diarahkan beratur untuk masuk ke dalam dewan. Setelah masuk ke dalam dewan, Cikgu Azlina selaku penyelaras kem motivasi telah memberikan taklimat. Kami telah diberitahu tentang atur cara dan peraturan kem motivasi ini. Kemudian Guru Besar telah dijemput untuk menyampaikan ucapan dan merasmikan kem motivasi ini. Seterusnya bermulalah ceramah teknik menjawab soalan UPSR. Ceramah yang diadakan selama dua jam bagi setiap mata pelajaran meliputi subjek Bahasa Malaysia, Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris. Penceramah yang dijemput merupakan guru-guru pakar dan berpengalaman dalam bidang masing-masing. Saya dan rakan-rakan berasa sungguh berkeyakinan dan teruja setelah mendengar ceramah motivasi tersebut. Banyak pengetahuan dan ilmu yang bermanfaat dapat ditimba melalui penceramah-penceramah. Ini menjadikan saya lebih bersemangat untuk menghadapi peperiksaan UPSR. Setelah seharian berada di dalam dewan untuk mendengar ceramah, kami pun dibenarkan pulang kira-kira pada pukul 6.30 petang. Walaupun agak kepenatan namun saya dan rakan-rakan menyimpan azam untuk belajar bersungguh-sungguh bagi mendapat 8A dalam peperiksaan UPSR kelak.
  • 18. Tuliskan suatu cerita berdasarkan peribahasa “ Air Dicencang Tidak Akan Putus” Abang Farid dengan Kak Mazni perang dingin. Beberapa bulan mereka tidak bertegur sapa. Puncanya ialah kebun getah yang ditinggalkan oleh ayah. Sebelum ayah meninggal dunia, ayah telah mewasiatkan kebun getah itu kepada aku, Abang Farid dan Kak Mazni. Arwah ayah berharap agar kami mengusahakan kebun itu bersama-sama. Aku tahu bahawa niat arwah ayah baik. Beliau mahu kami adik-beradik bersatu hati. Namun begitu, niat arwah ayah tidak tercapai gara-gara sikap Abang Farid dan Kak Mazni. Kak Mazni mahu menjual kebun getah itu. Alasannya tiada sesiapa ingin mengusahakannya. Lagipun, tidak ada sesiapa antara kami tinggal di kampung. Masing-masing ada kerjaya sendiri. Abang Farid tetap tidak bersetuju akan cadangan kakak Mazni. Lagipun, arwah ayah sudah berpesan agar jangan sekali-kali menjual tanah itu. Kak Mazni menyatakan bahawa ada ejen hartanah yang sanggup membeli tanah itu dengan harga yang tinggi. Kak Mazni menuduh abang Farid ingin membolot harta itu. Akibatnya, abang Farid dengan Kak Mazni bermasam muka. Hari ini Abang Farid mengadakan kenduri arwah di rumah pusaka kami. Banyak saudara- mara dan jiran yang hadir ke majlis itu. Aku memberitahu Kak Mazni tentang kenduri itu. Aku mengajaknya pulang ke kampung. Aku tertunggu-tunggu kedatangan Kak Mazni tetapi hingga majlis itu selesai, Kak Mazni tidak juga muncul. Ketika aku dan Abang Farid mengemas di halaman rumah, sebuah kereta masuk. Sebaik sahaja kereta itu berhenti, Kak Mazni terus keluar dari kereta itu. Dia terus menerpa ke arah aku dan Abang Farid. Dia terus bersalam dengan Abang Farid. Dia memohon maaf atas sikapnya. Air mata kegembiraan berlinang di kelopak mataku. Inilah saat-saat yang aku nanti- nantikan. Aku ingin melihat adik-beradikku berbaik semula seperti dahulu. Begitulah kata orang, “air dicencang tidak akan putus”.
  • 19. Ucapan Sempena Hari Guru. Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru yang dikasihi, dan rakan-rakan yang budiman. Selamat pagi dan selamat sejahtera saya ucapkan. Saya mewakili murid-murid sekolah ini untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada guru-guru yang kami kasihi. Hadirin yang saya hormati, Hari guru disambut bagi mengenang jasa-jasa dan pengorbanan guru, Sesungguhnya, jasa dan pengorbanan para guru terhadap kami amat bernilai dan rasanya tidak terbalas dengan wang ringgit. Tanpa guru kami umpama orang buta yang kehilangan tongkat. Guru umpama lilin, membakar dirinya semata-mata untuk kesejahteraan orang lain. Tugas sebagai guru memang mencabar dan memerlukan kesabaran. Guru memberikan bimbingan dan pendidikan kepada kami. Tiada lain harapan mereka selain ingin melihat kami berjaya demi masa depan. Guru bukan sahaja mengajar malah terpaksa menghadapi pelbagai karenah kami. Selain itu, guru turut berusaha untuk membantu serta memberi galakan kepada kami untuk berusaha demi kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Segala tunjuka ajar dan nasihat gurun amat kami hargai. Guru berbuat demikian demi kebaikan kami juga. Hadirin yang dikasihi, Pada hari yang bersejarah ini, saya serta rakan-rakan yang lain ingin mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang telah mendidik kami. Sebagai tanda ingatan kami terhadap jasa dan pengorbanan guru, saya serta murid-murid yang lain ingin menyampaikan cenderamata kepada Tuan guru Besar. Akhir kata, sekali lagi saya ucapkan selamat hari guru. Semoga guru-guru yang kami kasihi dilimpahi kesejahteraan dan terus mendidik kami tanpa berasa jemu. Sekian, terima kasih.