Dokumen ini memberikan ringkasan tentang definisi luka dan patah tulang serta rawatannya. Luka didefinisikan sebagai kecederaan pada jaringan tubuh yang menyebabkan pendarahan eksternal atau internal, sedangkan patah tulang adalah keretakan atau kepatahan pada tulang. Dokumen ini juga menjelaskan jenis-jenis luka dan patah tulang serta langkah-langkah dasar dalam memberikan pertolongan pertama untuk kedua
3. DEFINISI
Luka ialah sejenis kecederaan kpd
tisu-tisu badan yg mengakibatkan
pengaliran darah dibahagian luar
atau dalam badan disebabkan alat
tajam atau tumpul.
4. PENDARAHAN KECIL
Terbahagi kepada tiga iaitu:
1) pendarahan eksternal (dibahagian luar)
– luka terhiris -disebabkan benda tajam seperti
pisau
– luka terkoyak -disebabkan cakaran binatang
atau dawai
– luka berdarah -kena pukulan tepat benda tidak
tajam
– luka tembus -seperti kena tikaman pisau, atau
jarum
5. 2.a) pendarahan internal (dibahagian dalam)
perut –muntah berdarah
rahim – tumpah darah
tali usus – darah pada dubur
buah pinggang – kencing berdarah
paru-paru / salur pernafasan – batuk berdarah
tengkorak – darah mengalir melalui telinga
dan hidung
2.b) pendarahan internal tanpa kesan
limpa dan hati pecah
pendarahan dalam otak
6. JENIS JENIS LUKA
Terbahagi kepada 2 kategori:
1) Luka terbuka- luka teruk yang melibatkan
organ-organ lain, menyebabkan tumpahan
darah yang banyak, renjatan dan juga jangkitan
kuman.
2) Luka tertutup- kebiasaannya kulit tidak pecah,
tumpahan darah terjadi dalam tisu dan
bahagian yang tercedera menjadi lebam.
8. Luka terhiris (Incision)
- disebabkanalat tajam seperti pisau atau kaca.
- Luka senang dirawat dan bercantum semula.
- Mungkin berlaku pendarahan yg banyak
disebabkan terpotong salur darah.
9. Luka tikaman (punctured)
-Disebabkan tercucuk paku, jarum atau serpihan kayu
-Mempunyai liang yg kecil tetapi dalam
-Luka dalam menyebabkan kekotoran atau kuman
mudah meresap dan risiko jangkitan tinggi.
14. Luka tembakan (Shot wound)
- Disebabkan terkena peluru tembakan
- Mengakibatkan kecederaan dalaman yg teruk
- Luka kecil dibahagian tembusan tetapi luas diruang
keluar
16. Lebam (contusion)
– Akibat drpd terkena pukulan yg kuat spt ketukan tukul
besi
– darah yg keluar bewarna kemerahan berkumpul
dibawah lapisan kulit
17. Haematoma
- pembekuan darah kebiru-hitaman
- berlaku didalam organ atau tisu disebabkan kecederaan
atau pembedahan
19. RAWATAN PENDARAHAN
EKSTERNAL SECARA UMUM
A) Luka-luka kecil.
- memerlukan pembalutan kecil seperti plaster sahaja.
- perlu diberi untuk mengelakkan risiko jangkitan kuman.
- Langkah-langkah rawatannya adalah:
# bersihkan tangan dengan sabun.
# Jangan sentuh luka dengan tangan kotor.
# cuci luka supaya tidak dijangkiti kuman.
# keringkan menggunakan tisu atau tuala yang steril.
# lekatkan plaster mengikut saiz luka.
# Jangan bercakap atau batuk ke arah tempat luka.
# gunakan pembalut untuk memegang plaster.
20. B) luka kecil yang ada benda asing.
Sekiranya ada benda asing yang sukar untuk dikeluarkan dari luka seperti kaca
yang terbenam atau objek-objek lain, jangan keluarkan objek tersebut.
Tindakan ini akan mengakibatkan lebih banyak kerosakan pada tisu dan
pendarahan.
Matlamat rawatan adalah untuk mencegah pendarahan tanpa menekan atau
mencabut objek dan mendapatkan rawatan perubatan.
21. Langkah-langkah rawatannya
bersihkan tangan dengan sabun.
Jangan sentuh luka dengan tangan kotor.
cuci luka supaya tidak dijangkiti kuman.
keringkan perlahan-lahan menggunakan tisu atau tuala yang telah
disteril.
kawal pendarahan dengan menggunakan tekanan yang teguh ke atas
kedua-dua bahagian atau sekitar tepi objek.
tutup luka dengan sekeping pembalut kasa untuk mengurangkan risiko
jangkitan kuman.
Kemudian buat balutan sekeliling objek sehingga boleh membalut tanpa
menekan objek.
bawa mangsa ke hospital.
22. CARA MENAHAN DARAH
a) Tekanan tepat -
tekan terus pada luka tersebut dengan kain bersih
jika tiada apa-apa benda pada luka atau luka tidak
disertai dengan patah.
1. Pembebatan (dressing) sebaik-baiknya gunakan kain
/ bahan yang disterilkan.
2. Pada keadaan mendesak, tangan kosong boleh juga
digunakan dengan menekan pada tempat berdarah.
3. Gunakan pembalut (bandage) untuk memegang
pembebat.
4. Penekanan hendaklah dikekalkan sampai darah
berhenti biasanya 10 – 15 minit.
23. b) Tekanan tidak tepat –
Tekan pada urat nadi.
Gunakan ikatan penjerut (tourniquet).
Jangan biarkan ikatan penjerut lebih dari 15 minit.
Komplikasi penggunaan cara ini ialah boleh menyebabkan
kecederaan pada otot, saraf dan pembuluh darah jika terlalu
ketat.
Ikatan yang longgar memburukkan lagi pendarahan.
Ikatan yang lupa dilonggarkan sehingga beberapa jam
menyebabkan anggota mati dan terpaksa dipotong.
Gunakan kaedah ini jika anda mahir dengan ikatan tersebut.
24. c) Anggota terputus –
Kawal darah dari berterusan keluar.
Bahagian putus hendaklah dibungkus dengan kain
kasa yang basah, sebaik-baiknya dibasah dengan
air garam isotonik yang suci kuman.
Masukkan anggota putus dalam bekas plastik.
Masukkan plastik tersebut ke dalam satu lagi
bekas plastik yang mengandungi ketulan ais.
Jangan rendam anggota putus secara langsung
ke dalam ais.
Hantar mangsa ke hospital.
25. PEMBEBATAN & PEMBALUTAN
Pembebatan adalah diperbuat daripada jenis kain kasa yang boleh
digunakan untuk menutup luka.
Fungsi pembebat dan balutan adalah:
Mencegah jangkitan kuman
Menyerap kotoran yang keluar seperti tanah dan darah
Mengwal pendarahan dan melindungi luka
Jenis-jenis pembebatan ialah:
Paraffin – biasanya digunakan untuk luka besar
Pembebat melekat – plaster, digunakan untuk luka kecil
Pembebat berubat – kain kasa yang disapu ubat pembunuh
kuman
Pembebat biasa – gauze
26. PEMBEBATAN & PEMBALUTAN
Peraturan membalut:
Bersihkan tangan dengan sabun. Jangan sentuh luka dengan
tangan kotor.
Cuci luka dari tempat luka ke arah keluar supaya kuman tidak
masuk ke kawasan luka.
Lekatkan pembebat mengikut saiz luka. Jangan bercakap atau
batuk kearah tempat luka.
Gunakan pembalut untuk memegang pembebat.
Jenis-jenis pembalut yang biasa ialah :
Pembalut bergulung – berasal dari kain kasa, WOW bandage
Pembalut segi tiga, lebar dan tirus – terdiri dari kain segi tiga
dari jenis kain kaliko
Pembalut cincin – diperbuat dari pembalut tirus
Pembalut kain krep – biasanya digunakan untuk kes terseliuh
27. PATAH TULANG
Definisi
– sebarang kepatahan atau keretakan pada tulang.
Sebab Patah
- Kekuatan hentakan tepat (direct force)
- Kekuatan hentakan sipi (indirect force)
29. Patah tebu (Green stick fracture)
– kepatahan separa di mana
tulang patah dan
membengkok
- Darah tidak mengalir keluar
- selalu terjadi kepada
kanak-kanak.
30. Patah remuk (Comminuted)
-Kepatahan tulang yang
menjadi serpihann kecil
akibat dari impak yang
sangat kuat.
31. Patah melintang (Tranverse)
-kepatahan yang mendatar
atau merentas disebabkan
oleh aktiviti yang sangat
lasak.
34. Patah lesung (Impacted)
-patah yg tulangnya
cucuk-mencucuk antara
satu sama lain.
-kepatahan yang terjadi
akibat terjatuh dari tempat
yang tinggi dan terpecah
dari pelbagai sudut.
35. TANDA-TANDA KECEDERAAN
TULANG
Rasa sakit pada bahagian tulang, sendi atau otot.
Mangsa mendengar bunyi atau merasa tulang patah.
Tidak berupaya menggerakkan anggota cedera.
Bunyi atau terasa geselan hujung tulang yang tak
normal.
Keadaan bengkak atau warna kebiruan pada
tulang,sendi atau otot.
Bentuk,kedudukan atau pergerakan sendi tidak
normal.
36. PRINSIP RAWATAN SECARA AM
Prinsip rawatan untuk kecederaan patah adalah seperti berikut :
Memberi rawatan segera sekiranya berlaku keadaan yang
mengancam nyawa seperti gangguan pernafasan dan pendarahan
yang banyak.
Jangan pindahkan pesakit kecuali nyawanya terancam. Lakukan
rawatan ditempat kejadian.
Kurangkan kesemua pergerakan mangsa dan anggota yang cedera.
Jangan cuba meluruskan bahagian yang cedera.
Sekiranya kulit dibahagian patah terluka, jangan sentuh. Tutup
dengan kain yang bersih.
Haling / ampu pergerakan anggota yang patah menggunakan belat
(splin), anduh dan pembebat.
Periksa denyutan nadi seberapa kerap yang boleh dan pastikan jari-
jari tangan tidak menjadi kebas akibat pembebatan yang terlalu
ketat.