SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 5
Baixar para ler offline
JENRY BIN SAIPARUDIN          CT11210669

TUGASAN 2 TD10003: PERANAN GURU PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN DALAM
MENANGANI PENYAKIT BERJANGKIT DAN TIDAK BERJANGKIT.

Pengenalan

        Kesihatan mempunyai pelbagai cabang, kualiti dinamik menunjukkan kesihatan optimum
dan berkemampuan untuk berfungsi setiap masa. Kesihatan adalah sesuatu yang wujud dari
psikologi, rohani, fizikal, sosial, vokasional dan sumber persekitaran yang membenarkan kehidupan
yang memuaskan dan produktif. Murid-murid sekolah adalah sasaran utama dalam penyebaran
pelbagai penyakit. Ini kerana keadaan persekitaran sekolah yang terbuka. Guru memainkan peranan
penting dalam menangani atau mengesan secara langsung memberikan pendedahan dan informasi
berkaitan penyakit kepada murid melalui pembelajaran dan pengajaran.

Peranan guru

       Guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan memainkan peranan penting dalam membantu
mencegah penyakit. Sepertimana yang perlaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (
Pendidikan Jasmani TAHUN 1 ) memfokuskan kepada skop PEERS.

PEERS memberi kesedaran dan membantu murid membentuk pandangan yang positif tentang
kesihatan reproduktif dan sosial, menyediakan maklumat yang perlu diketahui supaya mereka
mengambil berat tentang kesihatan seksual, dan membantu mereka memperoleh kemahiran
membuat keputusan yang bertanggungjawab pada masa kini serta masa depan.

Peka kepada keperluan terhadap PEERS yang dilaksanakan melalui mata pelajaran Pendidikan
Kesihatan, maka kurikulum Pendidikan Kesihatan sentiasa disemak dan ditambah baik dari semasa
ke semasa. Bermula tahun 2011, Pendidikan Kesihatan akan diajar secara berasingan sebagai satu
mata pelajaran dan tidak bercantum dengan mana-mana mata pelajaran lain.

Sebelum ini Pendidikan Kesihatan digabung dengan Pendidikan Jasmani dan diajar sebagai mata
pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK). Pendidikan Kesihatan diberi
peruntukan satu waktu (30 minit) setiap minggu bermula dengan Tahun 1 pada tahun 2011.

Aspek dalam penerapan kesihatan

    Guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan perlu menerapkan dan menitik-beratkan nilai-nilai yang
berkaitan dengan kebersihan kepada murid. Antara pengurusan dalam kesihatan yang dirasakan
penting adalah seprti berikut ;

   1.   Pengurusan Diri
   2.   Pengurusan pakaian
   3.   Pengurusan tahap kesihatan
   4.   Pengurusan pemakanan sihat
   5.   Pengurusan berat
   6.   Pengurusan tekanan
Pengurusan kesihatan diri secara bijak adalah merupakan langkah awal yang boleh diamalkan
setiap individu bagi mengekalkan kesihatan secara optimum. Berdasarkan kepada pengurusan
diatas, disenaraikan aspek pengurusan diri yang harus diambil berat oleh setiap individu.

Aspek pengurusan kesihatan diri terbahagi kepada enam iaitu pengurusan kebersihan tubuh,
pengurusan kebersihan pakaian, pengurusan tahap kesihatan, pengurusan pemakanan yang sihat,
pengurusan berat badan dan pengurusan tekanan iaitu stress.

        Pengurusan kebersihan tubuh terbahagi kepada tubuh badan, tangan, rambut dan mulut.
Bagi kebersihan tubuh badan, kita perlulah membersihkan badan dengan mandi sekurang-kurangnya
dua kali sehari dengan menggunakan sabun dan air. Ia akan mengelakkan badan dari berbau dan
juga dari dijangkiti kudis.

Tidur yang cukup dan berkualiti juga diperlukan oleh tubuh. Masa yang diperlukan oleh kanak-kanak
tidur adalah lebih lama berbanding dewasa. Manakala pengurusan kebersihan tangan adalah dengan
membasuhnya setiap kali keluar atau masuk tandas dengan sabun dan air. Sebelum makan juga
memerlukan kita untuk membasuh tangan. Kuku juga perlulah dipotong jika ia panjang. Kebersihan
rambut juga perlu diambil berat iaitu dengan membasuhnya dengan syampu yang bersesuaian
dengan jenis kulit kepala iaitu sama ada berkulit kering atau berminyak dan menggunakan air dalam
dua hari sekali. Ia adalah untuk mengelakkan kulit kepala daripada dijangkiti kutu. Jika berlaku
masalah, kita perlulah mendapatkan rawatan dan nasihat di klinik. Penjagaan mulut termasuk gigi
juga penting iaitu dengan memberus gigi atau menggunakan floss untuk membuang sisa-sisa
makanan setiap kali selepas makan atau sebelum tidur. Pemeriksaan gigi juga perlu dijalankan
sebanyak dua kali setahun.

         Pengurusan kebersihan pakaian juga penting dalam kehidupan. Pakaian yang hendak dipakai
perlulah bersih dan ia perlu dibersihkan sebelum dipakai. Pakaian perlulah ditukar setiap hari.
Bantal, selimut, tilam dan cadar perlulah ditukar dan dibersihkan untuk mengelakkan hama.

Pengurusan tahap kesihatan juga amat penting. Ini adalah kerana ia membolehkan kita mengetahui
tanda-tanda awal sesuatu penyakit. Antara jenis-jenis pemeriksaan yang boleh dijalankan untuk
mengetahui tahap kesihatan kita ialah pemeriksaan tekanan darah, saringan paras glukos darah,
saringan paras kolesterol, indeks jisim badan, pemeriksaan kanser serviks dan payudara, ujian kadar
lemak dan saringan minda sihat.

         Pengurusan pemakanan yang sihat membenarkan kita menikmati keenakan pelbagai jenis
makanan sambil mengekalkan tahap pemakanan dan kesihatan kita. Pengurusan pemakanan sihat
ini juga adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian kita dan pada masa yang sama,
mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang
berkaitan dengan pemakanan. Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis
makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat. Ia boleh
dicapai dengan mengingati tiga perkara iaitu keseimbangan, kepelbagaian dan kesederhanaan. Ia
boleh dicapai dengan menggabungkan kesemua kumpulan makanan dalam piramid makanan.
Makanan yang berlainan membekalkan kombinasi tenaga (kalori) dan nutrient seperti karbohidrat,
protein, lemak, vitamin, mineral dan gentian yang berbeza. Memakan pelbagai jenis makanan adalah
cara yang terbaik untuk memenuhi keperluan tenaga dan nutrient kita untuk membesar,
berkembang, bergerak, bekerja, bermain, berfikir dan belajar. Ada juga pengurusan amalan makan
yang tidak sihat yang boleh menyebabkan peningkatan utama masalah kesihatan masyarakat di
negara ini. Antaranya ialah tidak mengambil makanan semasa waktu makanan utama, tidak
mengambil pelbagai jenis makanan seimbang, mengambil snek yang tidak sihat, mengambil secara
berlebihan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi dan juga tinggi kadar lemak dan
minyak serta garam.

         Pengurusan berat badan amat penting kerana jika berat badan berlebihan, ia akan
mengurangkan kualiti dan keriangan hidup. Ia juga boleh mengakibatkan peningkatan kadar
penyakit-penyakit seperti kencing manis, penyakit jantung, angin ahmar dan tekanan darah tinggi. Ia
juga boleh meningkatkan risiko kejadian kanser, batu karang, penyakit gout, osteoarthritis,
kemandulan dan lain-lain lagi. Individu yang mengalami masalah ini juga mempunyai harga diri yang
rendah dan selalu muram disebabkan imej badan yang tidak menarik. Ada lima panduan diet bagi
pengurusan berat badan iaitu pertama, nikmati banyak buah-buahan, sayur-sayuran, makanan bijirin
penuh dan kekacang. Kedua, makan dengan kadar sederhana makanan seperti daging kurang lemak,
ikan, tenusu rendah lemak dan protein.

        Ketiga, makan dengan sukatan sederhana terutamanya makanan yang mengandungi tenaga
padat. Keempat, pengambilan sajian makanan dan snek kerap dapat mengelakkan makan dengan
keterlaluan. Kelima, sukatan makanan harus diawasi.

        Pengurusan tekanan stress dapat mengurangkan tekanan dan juga dapat mengenalpasti
tekanan yang dihadapi serta kaedah untuk mengurangkan serta mengatasi tekanan. Jika sedikit
tekanan yang dihadapi, ia boleh dianggap sebagai motivasi tetapi jika berat tekanan yang dihadapi,
ia boleh menyebabkan seseorang itu boleh terlibat dengan dadah dan alcohol jika mereka salah
dalam memilih kaedah untuk menangani stress.

Penjagaan kesihatan diri amat penting kerana ia memberi pengukuhan fizikal, emosi, rohani dan
jasmani bagi setiap individu supaya lebih bersedia untuk mengetahui akan kesihatan, kecantikan,
kekemasan dan kebersihan diri yang sempurna.

Selain itu, guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan perlu merangka aktiviti-aktiviti menjurus kepada
kesedaran mengenai penyakit.

        Hasrat bagi pembangunan jasmani murid adalah terjemahkan melalui Dasar 1 Murid 1
Sukan. Setiap murid dapat melibatkan diri dalam sekurang-kurangnya satu sukan. Penglibatan ini
memberi peluang kepada murid menguasai aspek kemahiran dan pengetahuan dalam sukan melalui
pendekatan yang berasaskan learning through play. Ia juga merupakan tunjang kepada sukan di
sekolah dalam merealisasikan perlaksanaan Sukan untuk Semua dan Sukan untuk Kecemerlangan di
sekolah. Murid-murid yang aktif dan berpotensi dalam sukan boleh mengembangkan bakat melalui
sukan untuk kecemerlangan setelah dikenalpasti melalui program pengenalpastian bakat Talent
detection dan talent identification and Development (TID). Kedua-duanya, iaitu cabang Sukan Untuk
Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan merupakan inisiatif yang menyookong kea rah
pembangunan modal insan yang sihat dan cergas sebagai matlamat jangka panjang.

Selain itu juga, ia adalah untuk melahirkan murid yang sihat dan aktif ke arah pembentukkan satu
masyarakat yang sihat,cegas dan berdaya saing tinggi. Pendekatan ini akan mencapai matlamat
strategic Kementerian Pelajaran Malaysia dalam melahirkan modal insan yang sihat dan cergas dan
bukan sahaja berkualiti dari segi nilai-hidup kompetetif, kreatif dan inovatif.

Penganjuran Aktiviti / Program Kesihatan

         Penganjuran program-program seperti Anti-dadah, Tak Nak Merokok dan Jauhi alcohol perlu
dititikberatkan bagi memberikan pendedahan dan informasi kepada murid bagi menangani masalah
yang boleh mengakibatkan atau mendatangkan sebarang penyakit. Maklumat terus dari pihak NGO
amat memberikan kesan yang baik terhadap murid. Justeru, penglibatan semua lapisan pihak dalam
menjayakan program ini amat di alu-alukan, disamping kerjasama semua pihak demi kesihatan anak-
anak.

       Selain itu, aktiviti kesihatan sekolah harus dijalankan secara berterusan dan menerapkan
program sebagai aktiviti wajib di sekolah. Aktiviti Rancangan Kesihatan Sekolah (RKS) iaitu;
perkhidmatan kesihatan, pendidikan kesihatan, hidup sihat di sekolah, kerjasama antara sekolah dan
masyarakat untuk kesihatan.

Perkhidmatan kesihatan bertujuan untuk mewujudkan kesedaran mengenai status kesihatan sendiri
dan menggalakkan amalan mendapatkan penilaian kesihatan di kalangan murid-murid. Selain itu, ia
dapat juga mengesan masalah kesihatan seawall yang mungkin serta membuat rujukan
mendapatkan rawatan bagi murid-murid yang berkenaan,secara langsung dapat mengawal penyakit-
penyakit berjangkit.

Hidup sihat di sekolah adalah tema yang baik dalam membentuk warga sekolah yang sihat dari segi
fizikal dan mental. Program ini dapat mengekalkan kesihatan yang optimum dan memajukan
keselamatan masyarakat sekolah. Disamping itu, ia dapat menyemai tabiat kesihatan yang baik,
sikap dan amalan yang bersesuaian dengan hidup sihat. Keadaan kesejahteraan dan keselamatan di
kalangan murid-murid dan masyarakat sekolah lain.

Kerjasama sekolah dengan masyarakat lain untuk mengintergrasikan aktiviti-aktiviti kesihatan
masyarakat bagi mempertingkatkan status dan taraf kesihatan murid-murid. Agensi-agensi sukarela
yang boleh membantu adalah seperti Persatuan Bulan Sabit Merah, St John Ambulan, Kelab Rotary,
PIBG, Jawatankuasa keselamatan dan kemajuan kampong dan agensi-agensi kerajaan dan bukan
kerajaan.

Penutup

        Kempen Cara Hidup Sihat dan Keselamatan telah menghasilkan satu program 3K iaitu
Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan. Program ini merupakan satu platform bagi menyebar
informasi terkini mengenai kesihatan yang diusahakan oleh pihak sekolah bersama agensi-agensi
terbabit kepada golongan sasaran iaitu murid dan komuniti setempat. Ia juga dapat dilihat sebagai
pemangkin kepada amalan gaya hidup sihat yang sering diabaikan oleh masyarakat yang
sememamngnya kurang prihatin dan mengambil-berat mengenai kesihatan. Melalui program ini
juga, murid-murid dan masyarakat setempat akan didedahkan mengenai kepentingan belajar di
dalam persekitaran sekolah yang bersih dan ceria, amalan gaya hidup sihat dan perlu dipupuk sejak
di bangku sekolah lagi.
RUJUKAN


  1. DOKUMEN STANDARD PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 1; KSSR TAHUN 1

  2. DOKUMEN STANDARD PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 3; KSSR TAHUN 3

  3. Taklimat DASAR 1M 1S; Bahagian Sukan;KPM (2010)

  4. Modul Aktiviti Fizikal 4 ; http://www.mysihat.gov.my/

  5. To’ Pn Dr Hajah Safurah Jaafar; Family Health Development Division; UM (2012)

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Assignment obesiti qgk 3013
Assignment obesiti qgk 3013Assignment obesiti qgk 3013
Assignment obesiti qgk 3013Ahmad NazRi
 
Program intervensi obesiti RAZI 2012
Program intervensi obesiti RAZI 2012Program intervensi obesiti RAZI 2012
Program intervensi obesiti RAZI 2012manrazi1980
 
Makalah pola hidup sehat dan bersih fitrahmawati
Makalah pola hidup sehat  dan bersih fitrahmawatiMakalah pola hidup sehat  dan bersih fitrahmawati
Makalah pola hidup sehat dan bersih fitrahmawatiSeptian Muna Barakati
 
Makalah hidup sehat dan bersih siti andriani
Makalah hidup sehat dan bersih siti andrianiMakalah hidup sehat dan bersih siti andriani
Makalah hidup sehat dan bersih siti andrianiSeptian Muna Barakati
 
Pengertian anak sehat
Pengertian anak sehatPengertian anak sehat
Pengertian anak sehatChavandava
 
perkembangan dan pemeliharaan kesehatan anak usia dini
perkembangan dan pemeliharaan kesehatan anak usia diniperkembangan dan pemeliharaan kesehatan anak usia dini
perkembangan dan pemeliharaan kesehatan anak usia diniBoyolali
 
Makalah pola hidup sehat dan bersih irmayani
Makalah pola hidup sehat  dan bersih irmayaniMakalah pola hidup sehat  dan bersih irmayani
Makalah pola hidup sehat dan bersih irmayaniSeptian Muna Barakati
 
KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DA...
KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DA...KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DA...
KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DA...Muhammad Nasrullah
 
Akalah promosi kesehatan upaya promosi kesehatan pranikah
Akalah promosi kesehatan upaya promosi kesehatan pranikahAkalah promosi kesehatan upaya promosi kesehatan pranikah
Akalah promosi kesehatan upaya promosi kesehatan pranikahWarnet Raha
 

Mais procurados (17)

Assignment obesiti qgk 3013
Assignment obesiti qgk 3013Assignment obesiti qgk 3013
Assignment obesiti qgk 3013
 
Program intervensi obesiti RAZI 2012
Program intervensi obesiti RAZI 2012Program intervensi obesiti RAZI 2012
Program intervensi obesiti RAZI 2012
 
Makalah keperawatan anak
Makalah keperawatan anakMakalah keperawatan anak
Makalah keperawatan anak
 
Materi lilik fitra AKPER PEMKAB MUNA
Materi lilik fitra AKPER PEMKAB MUNA Materi lilik fitra AKPER PEMKAB MUNA
Materi lilik fitra AKPER PEMKAB MUNA
 
Makalah pola hidup sehat dan bersih fitrahmawati
Makalah pola hidup sehat  dan bersih fitrahmawatiMakalah pola hidup sehat  dan bersih fitrahmawati
Makalah pola hidup sehat dan bersih fitrahmawati
 
Gaya hidup sihat
Gaya hidup sihatGaya hidup sihat
Gaya hidup sihat
 
Makalah hidup sehat dan bersih siti andriani
Makalah hidup sehat dan bersih siti andrianiMakalah hidup sehat dan bersih siti andriani
Makalah hidup sehat dan bersih siti andriani
 
Makalah pola hidup sehat
Makalah pola hidup sehatMakalah pola hidup sehat
Makalah pola hidup sehat
 
Pembahasan fitra
Pembahasan fitraPembahasan fitra
Pembahasan fitra
 
Makalah pola hidup sehat dan bersih
Makalah pola hidup sehat  dan bersihMakalah pola hidup sehat  dan bersih
Makalah pola hidup sehat dan bersih
 
Makalah hidup sehat
Makalah hidup sehatMakalah hidup sehat
Makalah hidup sehat
 
Pengertian anak sehat
Pengertian anak sehatPengertian anak sehat
Pengertian anak sehat
 
perkembangan dan pemeliharaan kesehatan anak usia dini
perkembangan dan pemeliharaan kesehatan anak usia diniperkembangan dan pemeliharaan kesehatan anak usia dini
perkembangan dan pemeliharaan kesehatan anak usia dini
 
Makalah pola hidup sehat dan bersih irmayani
Makalah pola hidup sehat  dan bersih irmayaniMakalah pola hidup sehat  dan bersih irmayani
Makalah pola hidup sehat dan bersih irmayani
 
KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DA...
KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DA...KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DA...
KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DA...
 
Akalah promosi kesehatan upaya promosi kesehatan pranikah
Akalah promosi kesehatan upaya promosi kesehatan pranikahAkalah promosi kesehatan upaya promosi kesehatan pranikah
Akalah promosi kesehatan upaya promosi kesehatan pranikah
 
112856675 perilaku-hidup-bersih
112856675 perilaku-hidup-bersih112856675 perilaku-hidup-bersih
112856675 perilaku-hidup-bersih
 

Semelhante a Td10003 latihan 2 jenry saiparudin

Cth karangan gaya hidup sihat 1
Cth karangan gaya hidup sihat 1Cth karangan gaya hidup sihat 1
Cth karangan gaya hidup sihat 1ramlahcm69
 
Health and wellness (mpu3313)
Health and wellness (mpu3313)Health and wellness (mpu3313)
Health and wellness (mpu3313)Lydia Ungam
 
Makalah hidup sehat dan bersih siti andriani
Makalah hidup sehat dan bersih siti andrianiMakalah hidup sehat dan bersih siti andriani
Makalah hidup sehat dan bersih siti andrianiSeptian Muna Barakati
 
Makalah hidup sehat dan bersih siti andriani
Makalah hidup sehat dan bersih siti andrianiMakalah hidup sehat dan bersih siti andriani
Makalah hidup sehat dan bersih siti andrianiWarnet Raha
 
Materi Kelompok 2 Kep. Anak Reg 22B.pptx
Materi Kelompok 2 Kep. Anak Reg 22B.pptxMateri Kelompok 2 Kep. Anak Reg 22B.pptx
Materi Kelompok 2 Kep. Anak Reg 22B.pptxyukmakan
 
Gaya hidup sihat
Gaya hidup sihatGaya hidup sihat
Gaya hidup sihatone piece
 
Bab 3 phbs, toga, isfa, btp, obat generik
Bab 3 phbs, toga, isfa, btp, obat generikBab 3 phbs, toga, isfa, btp, obat generik
Bab 3 phbs, toga, isfa, btp, obat generikDameRia1
 
Pendidikan kesehatan dan ilmu perilaku resume
Pendidikan kesehatan dan ilmu perilaku resumePendidikan kesehatan dan ilmu perilaku resume
Pendidikan kesehatan dan ilmu perilaku resumePancarini Cici
 
Pendidikan kesehatan dan ilmu perilaku resume
Pendidikan kesehatan dan ilmu perilaku resumePendidikan kesehatan dan ilmu perilaku resume
Pendidikan kesehatan dan ilmu perilaku resumeUlva Yulianti
 
Definisi kesihatan
Definisi kesihatanDefinisi kesihatan
Definisi kesihatanraniastudio
 
PJ GIZI Gizi Seimbang & Ptgnya TTD.pptx
PJ GIZI Gizi Seimbang & Ptgnya TTD.pptxPJ GIZI Gizi Seimbang & Ptgnya TTD.pptx
PJ GIZI Gizi Seimbang & Ptgnya TTD.pptxCITRANILAMSARIBAKHTI
 
Pembinaan uks
Pembinaan uksPembinaan uks
Pembinaan uksArry Arie
 
Teori Dasar Promosi Kesehatan
Teori Dasar Promosi KesehatanTeori Dasar Promosi Kesehatan
Teori Dasar Promosi Kesehatanpjj_kemenkes
 
Teori Dasar Promosi Kesehatan
Teori Dasar Promosi KesehatanTeori Dasar Promosi Kesehatan
Teori Dasar Promosi Kesehatanpjj_kemenkes
 
Dsk pendidikan kesihatan thn 4
Dsk pendidikan kesihatan thn 4Dsk pendidikan kesihatan thn 4
Dsk pendidikan kesihatan thn 4FREE FILE DOWNLOAD
 
Gaya hidup sihat
Gaya hidup sihatGaya hidup sihat
Gaya hidup sihatKADATM
 

Semelhante a Td10003 latihan 2 jenry saiparudin (20)

Cth karangan gaya hidup sihat 1
Cth karangan gaya hidup sihat 1Cth karangan gaya hidup sihat 1
Cth karangan gaya hidup sihat 1
 
Health and wellness (mpu3313)
Health and wellness (mpu3313)Health and wellness (mpu3313)
Health and wellness (mpu3313)
 
Makalah hidup sehat dan bersih siti andriani
Makalah hidup sehat dan bersih siti andrianiMakalah hidup sehat dan bersih siti andriani
Makalah hidup sehat dan bersih siti andriani
 
Makalah hidup sehat dan bersih siti andriani
Makalah hidup sehat dan bersih siti andrianiMakalah hidup sehat dan bersih siti andriani
Makalah hidup sehat dan bersih siti andriani
 
PJK2102W
PJK2102WPJK2102W
PJK2102W
 
Materi Kelompok 2 Kep. Anak Reg 22B.pptx
Materi Kelompok 2 Kep. Anak Reg 22B.pptxMateri Kelompok 2 Kep. Anak Reg 22B.pptx
Materi Kelompok 2 Kep. Anak Reg 22B.pptx
 
Gaya hidup sihat
Gaya hidup sihatGaya hidup sihat
Gaya hidup sihat
 
PT 1.pptx
PT 1.pptxPT 1.pptx
PT 1.pptx
 
prinsip - prinsip ilmu gizi
prinsip - prinsip ilmu giziprinsip - prinsip ilmu gizi
prinsip - prinsip ilmu gizi
 
Bab 3 phbs, toga, isfa, btp, obat generik
Bab 3 phbs, toga, isfa, btp, obat generikBab 3 phbs, toga, isfa, btp, obat generik
Bab 3 phbs, toga, isfa, btp, obat generik
 
Pendidikan kesehatan dan ilmu perilaku resume
Pendidikan kesehatan dan ilmu perilaku resumePendidikan kesehatan dan ilmu perilaku resume
Pendidikan kesehatan dan ilmu perilaku resume
 
Pendidikan kesehatan dan ilmu perilaku resume
Pendidikan kesehatan dan ilmu perilaku resumePendidikan kesehatan dan ilmu perilaku resume
Pendidikan kesehatan dan ilmu perilaku resume
 
Definisi kesihatan
Definisi kesihatanDefinisi kesihatan
Definisi kesihatan
 
Total.wellness
Total.wellnessTotal.wellness
Total.wellness
 
PJ GIZI Gizi Seimbang & Ptgnya TTD.pptx
PJ GIZI Gizi Seimbang & Ptgnya TTD.pptxPJ GIZI Gizi Seimbang & Ptgnya TTD.pptx
PJ GIZI Gizi Seimbang & Ptgnya TTD.pptx
 
Pembinaan uks
Pembinaan uksPembinaan uks
Pembinaan uks
 
Teori Dasar Promosi Kesehatan
Teori Dasar Promosi KesehatanTeori Dasar Promosi Kesehatan
Teori Dasar Promosi Kesehatan
 
Teori Dasar Promosi Kesehatan
Teori Dasar Promosi KesehatanTeori Dasar Promosi Kesehatan
Teori Dasar Promosi Kesehatan
 
Dsk pendidikan kesihatan thn 4
Dsk pendidikan kesihatan thn 4Dsk pendidikan kesihatan thn 4
Dsk pendidikan kesihatan thn 4
 
Gaya hidup sihat
Gaya hidup sihatGaya hidup sihat
Gaya hidup sihat
 

Mais de Jenry Saiparudin

Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaranPeranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaranJenry Saiparudin
 
Statistik bacaan nilam bulanan
Statistik bacaan nilam bulananStatistik bacaan nilam bulanan
Statistik bacaan nilam bulananJenry Saiparudin
 
Struktur dan fungsi (biologi)
Struktur dan fungsi (biologi)Struktur dan fungsi (biologi)
Struktur dan fungsi (biologi)Jenry Saiparudin
 
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajarKanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajarJenry Saiparudin
 
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...Jenry Saiparudin
 
Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...
Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...
Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...Jenry Saiparudin
 
KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...
KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...
KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...Jenry Saiparudin
 
Td20103 tugasan 2 jenry saiparudin
Td20103 tugasan 2 jenry saiparudinTd20103 tugasan 2 jenry saiparudin
Td20103 tugasan 2 jenry saiparudinJenry Saiparudin
 
Td20103 tugasan 1 jenry saiparudin
Td20103 tugasan 1 jenry saiparudinTd20103 tugasan 1 jenry saiparudin
Td20103 tugasan 1 jenry saiparudinJenry Saiparudin
 

Mais de Jenry Saiparudin (20)

ITEM TV20106b
ITEM TV20106bITEM TV20106b
ITEM TV20106b
 
Force
ForceForce
Force
 
Pressure formulalist
Pressure formulalistPressure formulalist
Pressure formulalist
 
Formula of light mind map
Formula of light  mind mapFormula of light  mind map
Formula of light mind map
 
TD20003
TD20003TD20003
TD20003
 
Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaranPeranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
 
Heat formula list
Heat formula listHeat formula list
Heat formula list
 
PERANAN ICT
PERANAN ICTPERANAN ICT
PERANAN ICT
 
PERANAN ICT
PERANAN ICTPERANAN ICT
PERANAN ICT
 
Statistik bacaan nilam bulanan
Statistik bacaan nilam bulananStatistik bacaan nilam bulanan
Statistik bacaan nilam bulanan
 
Struktur dan fungsi (biologi)
Struktur dan fungsi (biologi)Struktur dan fungsi (biologi)
Struktur dan fungsi (biologi)
 
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajarKanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
 
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...
 
Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...
Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...
Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...
 
KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...
KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...
KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...
 
Tz20006b rph50mwithpict
Tz20006b rph50mwithpictTz20006b rph50mwithpict
Tz20006b rph50mwithpict
 
Kit transisi11
Kit transisi11Kit transisi11
Kit transisi11
 
Pemikiran lateral de bono
Pemikiran lateral de bonoPemikiran lateral de bono
Pemikiran lateral de bono
 
Td20103 tugasan 2 jenry saiparudin
Td20103 tugasan 2 jenry saiparudinTd20103 tugasan 2 jenry saiparudin
Td20103 tugasan 2 jenry saiparudin
 
Td20103 tugasan 1 jenry saiparudin
Td20103 tugasan 1 jenry saiparudinTd20103 tugasan 1 jenry saiparudin
Td20103 tugasan 1 jenry saiparudin
 

Td10003 latihan 2 jenry saiparudin

  • 1. JENRY BIN SAIPARUDIN CT11210669 TUGASAN 2 TD10003: PERANAN GURU PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN DALAM MENANGANI PENYAKIT BERJANGKIT DAN TIDAK BERJANGKIT. Pengenalan Kesihatan mempunyai pelbagai cabang, kualiti dinamik menunjukkan kesihatan optimum dan berkemampuan untuk berfungsi setiap masa. Kesihatan adalah sesuatu yang wujud dari psikologi, rohani, fizikal, sosial, vokasional dan sumber persekitaran yang membenarkan kehidupan yang memuaskan dan produktif. Murid-murid sekolah adalah sasaran utama dalam penyebaran pelbagai penyakit. Ini kerana keadaan persekitaran sekolah yang terbuka. Guru memainkan peranan penting dalam menangani atau mengesan secara langsung memberikan pendedahan dan informasi berkaitan penyakit kepada murid melalui pembelajaran dan pengajaran. Peranan guru Guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan memainkan peranan penting dalam membantu mencegah penyakit. Sepertimana yang perlaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( Pendidikan Jasmani TAHUN 1 ) memfokuskan kepada skop PEERS. PEERS memberi kesedaran dan membantu murid membentuk pandangan yang positif tentang kesihatan reproduktif dan sosial, menyediakan maklumat yang perlu diketahui supaya mereka mengambil berat tentang kesihatan seksual, dan membantu mereka memperoleh kemahiran membuat keputusan yang bertanggungjawab pada masa kini serta masa depan. Peka kepada keperluan terhadap PEERS yang dilaksanakan melalui mata pelajaran Pendidikan Kesihatan, maka kurikulum Pendidikan Kesihatan sentiasa disemak dan ditambah baik dari semasa ke semasa. Bermula tahun 2011, Pendidikan Kesihatan akan diajar secara berasingan sebagai satu mata pelajaran dan tidak bercantum dengan mana-mana mata pelajaran lain. Sebelum ini Pendidikan Kesihatan digabung dengan Pendidikan Jasmani dan diajar sebagai mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK). Pendidikan Kesihatan diberi peruntukan satu waktu (30 minit) setiap minggu bermula dengan Tahun 1 pada tahun 2011. Aspek dalam penerapan kesihatan Guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan perlu menerapkan dan menitik-beratkan nilai-nilai yang berkaitan dengan kebersihan kepada murid. Antara pengurusan dalam kesihatan yang dirasakan penting adalah seprti berikut ; 1. Pengurusan Diri 2. Pengurusan pakaian 3. Pengurusan tahap kesihatan 4. Pengurusan pemakanan sihat 5. Pengurusan berat 6. Pengurusan tekanan
  • 2. Pengurusan kesihatan diri secara bijak adalah merupakan langkah awal yang boleh diamalkan setiap individu bagi mengekalkan kesihatan secara optimum. Berdasarkan kepada pengurusan diatas, disenaraikan aspek pengurusan diri yang harus diambil berat oleh setiap individu. Aspek pengurusan kesihatan diri terbahagi kepada enam iaitu pengurusan kebersihan tubuh, pengurusan kebersihan pakaian, pengurusan tahap kesihatan, pengurusan pemakanan yang sihat, pengurusan berat badan dan pengurusan tekanan iaitu stress. Pengurusan kebersihan tubuh terbahagi kepada tubuh badan, tangan, rambut dan mulut. Bagi kebersihan tubuh badan, kita perlulah membersihkan badan dengan mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari dengan menggunakan sabun dan air. Ia akan mengelakkan badan dari berbau dan juga dari dijangkiti kudis. Tidur yang cukup dan berkualiti juga diperlukan oleh tubuh. Masa yang diperlukan oleh kanak-kanak tidur adalah lebih lama berbanding dewasa. Manakala pengurusan kebersihan tangan adalah dengan membasuhnya setiap kali keluar atau masuk tandas dengan sabun dan air. Sebelum makan juga memerlukan kita untuk membasuh tangan. Kuku juga perlulah dipotong jika ia panjang. Kebersihan rambut juga perlu diambil berat iaitu dengan membasuhnya dengan syampu yang bersesuaian dengan jenis kulit kepala iaitu sama ada berkulit kering atau berminyak dan menggunakan air dalam dua hari sekali. Ia adalah untuk mengelakkan kulit kepala daripada dijangkiti kutu. Jika berlaku masalah, kita perlulah mendapatkan rawatan dan nasihat di klinik. Penjagaan mulut termasuk gigi juga penting iaitu dengan memberus gigi atau menggunakan floss untuk membuang sisa-sisa makanan setiap kali selepas makan atau sebelum tidur. Pemeriksaan gigi juga perlu dijalankan sebanyak dua kali setahun. Pengurusan kebersihan pakaian juga penting dalam kehidupan. Pakaian yang hendak dipakai perlulah bersih dan ia perlu dibersihkan sebelum dipakai. Pakaian perlulah ditukar setiap hari. Bantal, selimut, tilam dan cadar perlulah ditukar dan dibersihkan untuk mengelakkan hama. Pengurusan tahap kesihatan juga amat penting. Ini adalah kerana ia membolehkan kita mengetahui tanda-tanda awal sesuatu penyakit. Antara jenis-jenis pemeriksaan yang boleh dijalankan untuk mengetahui tahap kesihatan kita ialah pemeriksaan tekanan darah, saringan paras glukos darah, saringan paras kolesterol, indeks jisim badan, pemeriksaan kanser serviks dan payudara, ujian kadar lemak dan saringan minda sihat. Pengurusan pemakanan yang sihat membenarkan kita menikmati keenakan pelbagai jenis makanan sambil mengekalkan tahap pemakanan dan kesihatan kita. Pengurusan pemakanan sihat ini juga adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian kita dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan. Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat. Ia boleh dicapai dengan mengingati tiga perkara iaitu keseimbangan, kepelbagaian dan kesederhanaan. Ia boleh dicapai dengan menggabungkan kesemua kumpulan makanan dalam piramid makanan. Makanan yang berlainan membekalkan kombinasi tenaga (kalori) dan nutrient seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin, mineral dan gentian yang berbeza. Memakan pelbagai jenis makanan adalah cara yang terbaik untuk memenuhi keperluan tenaga dan nutrient kita untuk membesar, berkembang, bergerak, bekerja, bermain, berfikir dan belajar. Ada juga pengurusan amalan makan
  • 3. yang tidak sihat yang boleh menyebabkan peningkatan utama masalah kesihatan masyarakat di negara ini. Antaranya ialah tidak mengambil makanan semasa waktu makanan utama, tidak mengambil pelbagai jenis makanan seimbang, mengambil snek yang tidak sihat, mengambil secara berlebihan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi dan juga tinggi kadar lemak dan minyak serta garam. Pengurusan berat badan amat penting kerana jika berat badan berlebihan, ia akan mengurangkan kualiti dan keriangan hidup. Ia juga boleh mengakibatkan peningkatan kadar penyakit-penyakit seperti kencing manis, penyakit jantung, angin ahmar dan tekanan darah tinggi. Ia juga boleh meningkatkan risiko kejadian kanser, batu karang, penyakit gout, osteoarthritis, kemandulan dan lain-lain lagi. Individu yang mengalami masalah ini juga mempunyai harga diri yang rendah dan selalu muram disebabkan imej badan yang tidak menarik. Ada lima panduan diet bagi pengurusan berat badan iaitu pertama, nikmati banyak buah-buahan, sayur-sayuran, makanan bijirin penuh dan kekacang. Kedua, makan dengan kadar sederhana makanan seperti daging kurang lemak, ikan, tenusu rendah lemak dan protein. Ketiga, makan dengan sukatan sederhana terutamanya makanan yang mengandungi tenaga padat. Keempat, pengambilan sajian makanan dan snek kerap dapat mengelakkan makan dengan keterlaluan. Kelima, sukatan makanan harus diawasi. Pengurusan tekanan stress dapat mengurangkan tekanan dan juga dapat mengenalpasti tekanan yang dihadapi serta kaedah untuk mengurangkan serta mengatasi tekanan. Jika sedikit tekanan yang dihadapi, ia boleh dianggap sebagai motivasi tetapi jika berat tekanan yang dihadapi, ia boleh menyebabkan seseorang itu boleh terlibat dengan dadah dan alcohol jika mereka salah dalam memilih kaedah untuk menangani stress. Penjagaan kesihatan diri amat penting kerana ia memberi pengukuhan fizikal, emosi, rohani dan jasmani bagi setiap individu supaya lebih bersedia untuk mengetahui akan kesihatan, kecantikan, kekemasan dan kebersihan diri yang sempurna. Selain itu, guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan perlu merangka aktiviti-aktiviti menjurus kepada kesedaran mengenai penyakit. Hasrat bagi pembangunan jasmani murid adalah terjemahkan melalui Dasar 1 Murid 1 Sukan. Setiap murid dapat melibatkan diri dalam sekurang-kurangnya satu sukan. Penglibatan ini memberi peluang kepada murid menguasai aspek kemahiran dan pengetahuan dalam sukan melalui pendekatan yang berasaskan learning through play. Ia juga merupakan tunjang kepada sukan di sekolah dalam merealisasikan perlaksanaan Sukan untuk Semua dan Sukan untuk Kecemerlangan di sekolah. Murid-murid yang aktif dan berpotensi dalam sukan boleh mengembangkan bakat melalui sukan untuk kecemerlangan setelah dikenalpasti melalui program pengenalpastian bakat Talent detection dan talent identification and Development (TID). Kedua-duanya, iaitu cabang Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan merupakan inisiatif yang menyookong kea rah pembangunan modal insan yang sihat dan cergas sebagai matlamat jangka panjang. Selain itu juga, ia adalah untuk melahirkan murid yang sihat dan aktif ke arah pembentukkan satu masyarakat yang sihat,cegas dan berdaya saing tinggi. Pendekatan ini akan mencapai matlamat
  • 4. strategic Kementerian Pelajaran Malaysia dalam melahirkan modal insan yang sihat dan cergas dan bukan sahaja berkualiti dari segi nilai-hidup kompetetif, kreatif dan inovatif. Penganjuran Aktiviti / Program Kesihatan Penganjuran program-program seperti Anti-dadah, Tak Nak Merokok dan Jauhi alcohol perlu dititikberatkan bagi memberikan pendedahan dan informasi kepada murid bagi menangani masalah yang boleh mengakibatkan atau mendatangkan sebarang penyakit. Maklumat terus dari pihak NGO amat memberikan kesan yang baik terhadap murid. Justeru, penglibatan semua lapisan pihak dalam menjayakan program ini amat di alu-alukan, disamping kerjasama semua pihak demi kesihatan anak- anak. Selain itu, aktiviti kesihatan sekolah harus dijalankan secara berterusan dan menerapkan program sebagai aktiviti wajib di sekolah. Aktiviti Rancangan Kesihatan Sekolah (RKS) iaitu; perkhidmatan kesihatan, pendidikan kesihatan, hidup sihat di sekolah, kerjasama antara sekolah dan masyarakat untuk kesihatan. Perkhidmatan kesihatan bertujuan untuk mewujudkan kesedaran mengenai status kesihatan sendiri dan menggalakkan amalan mendapatkan penilaian kesihatan di kalangan murid-murid. Selain itu, ia dapat juga mengesan masalah kesihatan seawall yang mungkin serta membuat rujukan mendapatkan rawatan bagi murid-murid yang berkenaan,secara langsung dapat mengawal penyakit- penyakit berjangkit. Hidup sihat di sekolah adalah tema yang baik dalam membentuk warga sekolah yang sihat dari segi fizikal dan mental. Program ini dapat mengekalkan kesihatan yang optimum dan memajukan keselamatan masyarakat sekolah. Disamping itu, ia dapat menyemai tabiat kesihatan yang baik, sikap dan amalan yang bersesuaian dengan hidup sihat. Keadaan kesejahteraan dan keselamatan di kalangan murid-murid dan masyarakat sekolah lain. Kerjasama sekolah dengan masyarakat lain untuk mengintergrasikan aktiviti-aktiviti kesihatan masyarakat bagi mempertingkatkan status dan taraf kesihatan murid-murid. Agensi-agensi sukarela yang boleh membantu adalah seperti Persatuan Bulan Sabit Merah, St John Ambulan, Kelab Rotary, PIBG, Jawatankuasa keselamatan dan kemajuan kampong dan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan. Penutup Kempen Cara Hidup Sihat dan Keselamatan telah menghasilkan satu program 3K iaitu Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan. Program ini merupakan satu platform bagi menyebar informasi terkini mengenai kesihatan yang diusahakan oleh pihak sekolah bersama agensi-agensi terbabit kepada golongan sasaran iaitu murid dan komuniti setempat. Ia juga dapat dilihat sebagai pemangkin kepada amalan gaya hidup sihat yang sering diabaikan oleh masyarakat yang sememamngnya kurang prihatin dan mengambil-berat mengenai kesihatan. Melalui program ini juga, murid-murid dan masyarakat setempat akan didedahkan mengenai kepentingan belajar di dalam persekitaran sekolah yang bersih dan ceria, amalan gaya hidup sihat dan perlu dipupuk sejak di bangku sekolah lagi.
  • 5. RUJUKAN 1. DOKUMEN STANDARD PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 1; KSSR TAHUN 1 2. DOKUMEN STANDARD PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 3; KSSR TAHUN 3 3. Taklimat DASAR 1M 1S; Bahagian Sukan;KPM (2010) 4. Modul Aktiviti Fizikal 4 ; http://www.mysihat.gov.my/ 5. To’ Pn Dr Hajah Safurah Jaafar; Family Health Development Division; UM (2012)