2. 5. Tukar penggunaan "kata" atau "tanya" dalam ayat asal.
contoh:
i. Ayat penyata : berkata, memberitahu, menjelaskan, menceritakan, menerangkan dan sebagainya yang
sesuai dengan situasi.
ii. Ayat silaan : mempersilakan, menjemput, mengundang, mengajak.
iii. Ayat permintaan : meminta, merayu, menggesa, mencadangkan, menasihati.
iv. Ayat suruhan : menyuruh, mengarahkan, memerintahkan.
v. Ayat larangan : melarang, tidak membenarkan, menegah, menghalang.
vi. Ayat tanya : bertanya, menanyakan, ingin tahu, ingin kepastian.
vii. Ayat seruan : (bergantung kepada situasi ayat itu diucapkan sama ada "marah, hairan, terkejut,
menyindir, memarahi, mencabar, merayu dan sebagainya".
6. Contoh penukaran ayat:
i. "Orang itu menerpa dan memberi hadiah ini kepada saya" kata Ali kepada Chan.
Jawapah: Ali memberitahu Chan bahawa orang itu menerpa dan memberinya hadiah tersebut.
ii. "Dunia pada hari ini semakin panas kerana berlaku penipisan ozon" kata guru itu.
Jawapan: Guru itu menerangkan bahawa dunia pada hari ini semakin panas kerana berlakunya penipisan
ozon.
iii. "Mengapakah kamu datang lewat ke sekolah hari ini, Raju?" tanya guru disiplin itu.
Jawapan: Guru disiplin itu ingin tahu punca Raju datang lewat ke sekolah pada hari tersebut.
iv. "Jemput makan kuih itu!" kata Mak Chan kepada Cik Lim.
Jawapan: Mak Chan menjemput Cik Lim supaya makan kuih itu.
v. "Pak cik mesti makan ubat yang saya beri ini" kata doktor kepada pesakit itu.
Jawapan: Doktor tersebut menasihati pesakitnya seorang tua supaya makan ubat yang diberinya itu.
vi. "Amboi, bagusnya anak dara. Pukul 11.00 baru bangun tidur!'' kata Mak Tan kepada Michelle.
Jawapan: Mak Tan menyindir Michelle yang baru bangun daripada tidur walaupun sudah pukul 11.00
pagi.
vii. "Hai, apa khabar Sally?" kata Fai Jun Pui.
Jawapan: Fai Jun Pui menegur Sally sambil bertanyakan khabar.
3. Latihan Pengukuhan
Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah
1. "Orang itu menerpa dan memberi hadiah ini kepada saya" kata Ali kepada Chan.
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
2. "Dunia pada hari ini semakin panas kerana berlaku penipisan ozon" kata guru itu.
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
3. "Mengapakah kamu datang lewat ke sekolah hari ini, Raju?" tanya guru disiplin itu.
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
4. "Jemput makan kuih itu!" kata Salbiah kepada Cikgu Hazimah.
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
5. "Pak cik mesti makan ubat yang saya beri ini" kata doktor kepada pesakit itu.
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
6. "Hai, apa khabar Munirah?" kata Fai Jun Pui.
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
7. MAWI : Wah, sedap betul mi ini. Apa namanya ?
FELIX : Mi Pedas.
MAWI : Yalah ,minya pedas.Memang pedas......... tapi apa namanya ?
FELIX : Mi pedas. Si Dolah tu kata namanya Mi Pedas.
MAWI : Oh begitu, jadi kau masuk ke kedai ini sengaja nak makan Mi Pedaslah?
FELIX : Yalah. Kan aku dah janji nak belanja kau dulu.Inilah dia.
4. MENUKARKAN AYAT CAKAP AJUK/PINDAH:
Jawapan:
1. Ali memberitahu Azim bahawa orang itu menerpa dan memberinya hadiah tersebut.
2. Guru itu menerangkan bahawa dunia pada hari ini semakin panas kerana berlakunya penipisan
ozon
3. Guru disiplin itu ingin tahu punca Raju datang lewat ke sekolah pada hari tersebut
4. Salbiah menjemput Cikgu Salbiah supaya makan kuih itu.
5. Doktor tersebut menasihati pesakitnya seorang tua supaya makan ubat yang diberinya itu.
6. Ashikin menegur Munirah sambil bertanyakan khabarnya
7.
Dengan kagum Mawi menyatakan bahawa mi itu sedap sambil bertanya namanya kepada Felix.
Felix memberitahu kepada Mawi bahawa namanya ialah Mi Pedas. Mawi menyatakan bahawa
dia tahu Mi itu pedas tetapi dia ingin mendapatkan kepastian namanya sekali lagi daripada Felix.
Felix memberitahu bahawa mengikut kata Si Dollah nama mi itu ialah Mi Pedas. Mawi
mengiyakan dan bertanya Felix adakah tujuan masuk ke kedai itu hanya semata- mata makan Mi
Pedas. Felix mengiyakan dan menyatakan bahawa dia telah berjanji untuk membelanja Mawi
makan dahulu
5. LATIHAN CAKAP AJUK DAN CAKAP PINDAH
Tulis semula perbualan di bawah ke dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap pindah.
Latihan 1:
“ Bagaimana dengan rancangan awak ? “ tanya Salleh.
“ Rancangan apa? “ jawab Ani.
“ Rancangan mendaki gunung yang awak kata pada saya tempoh hari, “ kata Salleh.
“ Oh, itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Sabtu depan. “ jelas Ani.
“ Bagus Ani, bagus. Saya sokong rancangan itu ! “
Ani tersenyum puas apabila mendengar kata-kata sahabat karibnya itu.
Latihan 2:
“Ani tak ada sapa-sapa. Ani sorang.......”
“Ani tak boleh tinggal sini.Di sini bahaya,” kata Tuk Yahya sambil meneliti mata belolok anak itu.
“Ani tak ada sapa-sapa,” rengek Ani lagi.
“Ya, Tuk Yahya tahu.........”
“Ani tak mahu tinggal di rumah lagi.Nanti bom jatuh lagi. Datuk tak ada, datuk tak ada”,jelas anak itu
hampir meraung.
“Ani ada Tuk Yahya, Ani ada comot,” pujuk Tuk Yahya.
Latihan 3:
“Salim, mengapakah awak kelihatan muram sahaja?” tanya Nizam.
“Pagi tadi, Cikgu Khairul bertanyakan saya tentang yuran peperiksaan yang masih belum saya bayar,”
beritahu Salim dengan perasaan sayu.
“Eh, bukankah awak mendapat biasiswa! Mengapakah kamu tidak gunakan duit tersebut untuk
membayar yuran?” tanya Nizam dengan perasaan hairan.
“Duit biasiswa itu telah saya gunakan untuk perbelanjaan rawatan abang saya yang dimasukkan ke
hospital baru-baru ini,” jelas Salim.
“Oh begitu! Salim, saya cadangkan awak berjumpa dengan Cikgu Khairul dan jelaskan perkara yang
sebenarnya,” kata Nizam.
“Tapi, saya takutlah Nizam. Cikgu Khairul tu garang sangat,” kata Salim......