SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 13
Masyarakat negara kita sering terdedah dengan pelbagai
masalah kesihatan yang kronik dan akhirnya mengundang
kepada kematian. Ia adalah kesan daripada amalan gaya
hidup yang tidak sihat dan ketidakseimbangan kesihatan
rohani dan jasmani dalam kitaran hidup seharian.
Kementerian Kesihatan kerap kali mengadakan kempen
kesihatan untuk memberi kesedaran kepada awam tentang
penjagaan kesihatan yang perlu dipupuk dalam budaya
hidup kita malah perlu disemai sejak awal
lagi agar kita tidak tergolong dalam
kalangan yang mempunyai masalah
kesihatan. Namun, adakah kempen gaya
hidup sihat, “Tak Nak Merokok”, makanan
berkhasiat dan kempen kecerdasan mampu
mengubah pandangan masyarakat kita
tentang peri pentingnya menjaga kesihatan
sekaligus mengamalkan gaya hidup yang sihat? Mungkin
ada sesetengah golongan menyedari akan hakikat ini dan
ada juga segelintirnya yang menganggap kesihatan hanya
perlu dijaga apabila sudah berusia ataupun ada sesetengah
golongan merasakan usia muda menjadi tiket untuk mereka
terus kekal sihat. Bagi golongan ini, apakah jaminan
mereka? Usahkan menunggu sehingga umur tua, sedangkan
yang masih kecil lagipun sudah mengidap pelbagai
penyakit. Usia bukan jaminan untuk kita terus kekal sihat,
tetapi usia boleh dijadikan satu pemangkin untuk kita
menjaga kesihatan agar boleh menjalani hidup yang
bermakna pada masa hadapan.

                   http://prauniversiti6.blogspot.com
“Kesihatan melambangkan kekayaan” dan “Badan sihat,
otak cerdas” sering diungkapkan oleh orang ramai. Oleh
itu, kesihatan amat penting kepada kita dan kita wajar
menjaganya dengan sempurna. Kita sanggup melakukan
pelbagai aktiviti untuk mencapai tahap kesihatan optimum
                   seperti mengambil pelbagai produk
                   kesihatan dan ubat-ubatan. Kesihatan
                   diri     sebagai       mahkota     hidup
                   kita.Sekiranya kita sakit,semestinya kita
                   tidak bermaya untuk melakukan sesuatu
                   pekerjaan.Oleh       itu,kita    mestilah
menajaga kesihatan diri kita supaya kita dapat hidup dalam
keadaan        yang        bebas       tanpa       penyakit.
Kesihatan merupakan suatu kekayaan. Walau sehebat
manapun seseorang individu, sihat masih lagi menjadi
agenda utama yang perlu dikekalkan. Secara umumnya,
umur 40 tahun adalah tempoh yang paling ketara pelbagai
penyakit dikesan tetapi jika kita menyedari akan
kepentingan penjagaan kesihatan sejak dari awal lagi,
pelbagai langkah pencegahan boleh diambil dan merupakan
satu cara yang terbaik daripada kita mengubatinya.
Peningkatan utama masalah kesihatan masyarakat di negara
kita adalah kerana gaya hidup yang tidak sihat dan
seimbang termasuklah kurangnya kesedaran dalam
menjaga keseimbangan dan kesederhanaan dalam hidup.
Gaya hidup yang berlebihan ini akan mengakibatkan
tekanan dan akhirnya memberi kesan timbulnya pelbagai
penyakit. Ruang lingkup keseimbangan rohani, jasmani,
                   http://prauniversiti6.blogspot.com
akli,    dan      sosial     perlu
dirangkumkan agar ia dapat
diterjemahkan sebagai gaya hidup
yang sihat. Oleh itu, penjagaan
kesihatan secara menyeluruh perlu
dilaksanakan bagi setiap individu
agar dapat meneruskan amanah dan tanggungjawab
masing- masing secara harmoni. Kesihatan jasmani boleh
dikekalkan melalui pengambilan makanan yang sihat dan
seimbang serta melakukan aktiviti fizikal seperti senaman.
Kita juga perlu menjauhkan diri daripada tabiat merokok
yang boleh merosakkan kesihatan. Kesihatan jasmani yang
baik juga akan memberi kesan kepada kesihatan rohani
yang mantap. Makanan yang halal dan baik mampu
melahirkan insan yang berkualiti dari aspek rohani dan
jasmani. Kesihatan mental yang baik pula mempamerkan
bahawa seseorang itu mampu mengawal tekanan hidup
yang dihadapi secara bijaksana dan bebas daripada
gangguan mental yang boleh mengubah keupayaan
seseorang individu. Manakala kesihatan sosial ialah,
individu mampu menambah atau mengekalkan jaringan
hubungan antara masyarakat yang akhirnya dapat
mengekalkan kesihatan diri sendiri mahupun masyarakat
umumnya. Gabungjalin antara kesemua unsur itu perlu
            diamalkan bagi setiap individu dalam suasana
            hari ini agar tidak mengundang pelbagai
            penyakit moden yang kini kian menular dalam
            masyarakat kita.




                   http://prauniversiti6.blogspot.com
Pelbagai penyakit timbul kerana masyarakat kini
kurang mengamalkan gaya hidup sihat. Kesuntukan masa
untuk bersukan serta amalan pemakanan yang tidak
seimbang mengundang pelbagai penyakit. Menurut pakar
kesihatan, aktiviti riadah seperti berjogging sebenarnya
cara yang terbaik, mudah dan murah untuk kita
mengekalkan berat badan yang sesuai dengan umur kita, di
samping mengelakkan diri daripada terkena penyakit serius
seperti kencing manis, darah tinggi, serangan sakit jantung
dan juga angin ahmar. Masyarakat pada masa ini berlumba-
lumba mengejar kemewahan dan kebendaan. Mereka tiada
masa untuk berehat demi menjaga kesihatan diri.
Menyedari hakikat ini, kerajaan telah membina dan
membuka pelbagai pelbagai tempat rekreasi yang
dilengkapi dengan pelbagai kemudahahan untuk menarik
hati pengunjung-pengunjung. Di tempat-tempat rekreasi ini
pengunjung-pengunjung boleh menjalankan aktiviti riadah
seperti berjogging, berkhemah, memancing, dan
menunggang kuda. Kepenatan dan beban di tempat kerja
akan menimbulkan pelbagai masalah sampingan. Kita
mungkin akan murung, kerap marah dan sebagainya.
Apabila kita melakukan aktiviti riadah dengan kekerapan
                yang konsisten dan berterusan, maka akan
                memudahkan         pembakaran         lemak
                berlebihan, melancarkan aliran darah,
                meningkatkan kadar denyutan jantung agar
                mengepam darah dengan sempurna dan
optimum, serta mengurangkan tekanan mental yang kita
hadapi. Cara ini bersesuaian dengan cogan kata Badan
cergas otak sihat. Aktiviti ini lebih menyeronokan
                   http://prauniversiti6.blogspot.com
sekiranya dilakukan bersama-sama keluarga atau kawan-
kawan. Secara tidak langsung kita boleh mengeratkan
hubungan silatulrahim. Mungkin selama ini ibu bapa sibuk
bekerja hingga tiada masa untuk bersama keluarga. Ibu
bapa boleh menggunakan peluang ini untuk bermesra
dengan anak-anak dan bertanyakan masalah yang dihadapi
oleh mereka. Hubungan yang erat sesama ahli keluarga
seperti isi dengan kuku dapat melahirkan keluarga yang
harmonis dan mengurangkan masalah sosial dalam kalangan
remaja.




                  http://prauniversiti6.blogspot.com
http://prauniversiti6.blogspot.com
.       Tindakan awal ialah seseorang itu perlu mengamalkan
satu bentuk pemakanan yang seimbang dalam
kehidupannya. Dalam keadaan kehidupan sebenar, orang
ramai lebih suka mengambil makanan yang bersifat mudah
seperti mengamalkan pengambilan makanan ringan
ataupun makanan segera. Tidak kurang juga masyarakan
kita hari ini yang lupa kesan pengambilan makanan
           berlemak ataupun makanan yang mempunyai
           kandungan garam, gula atau sodium glutamit yang
           tinggi. Hal ini boleh mendatangkan pelbagai
           penyakit kronik seperti sakit jantung, darah tinggi
           ataupun kencing manis yang juga menjadi punca
           kematian tertinggi di negara kita. Orang ramai juga
           mesti menjauhi amalan buruk seperti merokok atau
meminum arak kerana kesannya amat membahayakan.
Jelaslah, diet yang seimbang membolehkan kita semua
mencapai kehidupan yang ceria kerana semua nutrien yang
diperlukan oleh badan diperoleh menerusi pemakanan yang
seimbang.
.
..........Selain itu, aktiviti senaman yang berkala mampu
menjadikan kehidupan yang dijalani oleh seseorang itu
lebih sihat dan menceriakan. Kita boleh menjalankan
aktiviti seperti bersukan, berekreasi, berjalan atau berlari
         bersendirian atau bersama-sama keluarga ketika
         hujung minggu. Aktiviti senaman seperti ini diakui
         oleh pakar perubatan mampu menjadikan sistem
         peredaran darah manusia lebih baik serta menjadikan
sistem imunisasi mereka tinggi. Mereka yang gemar
bersukan biasanya memiliki badan yang sihat dan minda
yang cerdas berbanding dengan orang yang jarang
                    http://prauniversiti6.blogspot.com
bersukan. Jelasnya, semakin kerap senaman dilakukan
maka semakin tinggilah tahap kesihatan seseorang itu
kerana minda yang cerdas datangnya daripada badan yang
cergas.

.
..........Orang ramai juga perlu mengutamakan kebersihan
diri pada setiap masa bagi memastikan mereka terhindar
daripada sebarang penyakit. Keperluan asas seperti
menggosok gigi, mandi, berpakaian bersih, waktu tidur dan
rehat yang cukup juga perlu dijadikan amalan hidup
seharian. Bagi mengelakkan jangkitan kuman atau
penyakit, mereka juga perlulah mengamalkan budaya
mendisiplinkan diri dengan asas-asas kebersihan seperti
                     mencuci tangan dengan bersih sebelum
                     makan, menutup makanan dengan baik
                     agar tidak diharung lalat mahupun
                     memilih gerai atau tempat makan yang
                     bersih semasa menjamu selera. Sikap
                     sambil lewa masyarakat dalam aspek
berkenaan mungkin boleh membawa padah. Justeru,
amalan sebegini harus diutamakan agar dapat membentuk
gaya hidup yang sihat dalam kalangan masyarakat.
.


..........Pada masa yang sama selain mengutamakan
kesihatan diri dan makanan, masyarakat juga perlu menjaga
kebersihan persekitaran mereka. Persekitaran yang bersih
perlu dijadikan amalan dan gaya hidup agar kita terhindar
daripada sebarang penyakit. Umpamanya, orang ramai
                  http://prauniversiti6.blogspot.com
digalakkan mengadakan gotong-royong untuk
membersihkan kawasan taman perumahan dengan
                  membersihkan sampah-sarap atau
                  memastikan kawasan persekitaran mereka
                  sentiasa bersih.
                  Amalan seperti ini
                  dapat mengelakkan
                  pembiakan agen-
                  agen pembawa
penyakit seperti nyamuk, lipas,
lalat dan sebagainya. Tempat-tempat pembiakan nyamuk di
dalam atau di luar rumah seperti pelapik pasu bunga
ataupun tempat takungan air mestilah kerap dibersihkan
ataupun ditukar. Dengan cara demikian, orang ramai akan
dapat menjauhkan diri mereka daripada pelbagai penyakit
serta membentuk kehidupan yang sihat.
.
..........Gaya hidup yang sihat juga melibatkan aspek
psikologi dan sosial seseorang itu. Mereka yang lebih
terbuka dan bersedia untuk berkongsi masalah dengan
orang lain didapati lebih bermakna kehidupannya
berbanding dengan individu yang suka bersendirian atau
menyimpan masalah mereka. Sikap berkawan dan
                     menghabiskan masa bersama-sama
                     mereka menjadikan keperluan psikologi
                     manusia dipenuhi dengan efektif.
                     Masyarakat digalakkan menjalin
                     hubungan komunikasi yang mesra
                     bersama-sama rakan atau jiran tetangga.
                     Hubungan baik yang berkekalan biasanya
                     dapat melahirkan satu bentuk kehidupan
                   http://prauniversiti6.blogspot.com
yang ceria dan menggembirakan. Sesungguhnya, aspek
psikologi dan sosial manusia perlu dipenuhi bagi
memperoleh gaya hidup yang sihat ini.
.
..........Pada masa yang sama sikap atau mentaliti positif
penting untuk dimiliki oleh seseorang itu bagi menangani
tekanan kehidupan dalam era moden ini. Pemikiran yang
positif menjadikan seseorang itu mampu menyelesaikan
pelbagai kemelut yang melanda kehidupannya dengan baik
tanpa tertekan. Kehidupan zaman moden yang penuh
cabaran terutama tekanan di pejabat memerlukan satu
persepsi positif daripada ahli masyarakat kita. Kepada
mereka yang menghadapi tekanan hidup, mereka mungkin
boleh mendapatkan bantuan daripada pakar motivasi
ataupun rakan-taulan di sekeliling mereka. Hal ini perlu
kerana tekanan yang dialami boleh menjuruskan seseorang
pada perlakuan negatif seperti
mendera, menagih dadah atau
melakukan sesuatu perkara di luar
jangkaan. Jadi, semakin positif
minda seseorang itu maka semakin
tinggilah gaya hidup sihat yang
mampu dicapainya kelak.
                                              .
                                                   ..........



Kesimpulannya, gaya hidup yang sihat ini boleh diperoleh
            menerusi semua amalan yang dipaparkan
            tadi. Gaya hidup sihat hanya
                    http://prauniversiti6.blogspot.com
boleh dicapai sekiranya masyarakat mengamalkan semua
aspek kehidupan berlandaskan ciri-ciri manusia sihat.
Cuma sikap masyarakat yang masih memandang rendah
kepentingan gaya hidup sebeginilah yang menyebabkan
pelbagai masalah kesihatan timbul kelak. Kita semua
perlulah memahami bahawa mencegah lebih baik daripada
mengubatinya. Nyata hari ini, masyarakat kurang
menyayangi diri mereka dengan tidak mengamalkan
pemakanan halal dan sihat, gaya hidup yang tidak sihat,
terdedah kepada tekanan yang juga menjadi akar umbi
kepada masalah kesihatan dan juga tidak menitikberatkan
soal kesihatan rohani.. Oleh itu, sudah sampai masanya
masyarakat muhasabah kembali kesilapan dan
memperbetulkannya serta perlu menjadikan kesihatan
sebagai satu amalan penting dalam hidup tidak kira semua
lapisan umur. Gaya hidup yang sihat memerlukan kita
menjaga keseimbangan antara rohani dan jasmani bagi
mengelakkan pelbagai serangan penyakit moden kini dan
seterusnya kita boleh meneruskan kehidupan ini dengan
kekal sihat dan teratur.




  1.   http://www.scribd.com/
  2.   http://www.docstoc.com/docs/9154817/Gaya-
       Hidup-Sihat
  3.   http://digg.com/health/Amalan_gaya_hidup_sihat
                   http://prauniversiti6.blogspot.com
4.   http://fitmall.blogspot.com/
 5.   http://pmr.penerangan.gov.my/
 6.   http://anizyn.blogspot.com/2009/06/tip-gaya-hidup-
      sihat.html
 7.   http://kongsiilmu.21.forumer.com/a/gaya-hidup-
      sihat_post14.html
 8.   http://www.kck.usm.my/index.php/Laporan-
      Aktiviti-HUSM/kempen-gaya-hidup-sihat.html
 9.   http://pendita.com/2008/gaya-hidup-sihat/




Peta Minda

Pendahuluan


Kepentingan
                   http://prauniversiti6.blogspot.com
Langkah – Langkah


Rujukan




          http://prauniversiti6.blogspot.com

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados (20)

Teks syarahan
Teks syarahanTeks syarahan
Teks syarahan
 
Makanan seimbang
Makanan seimbangMakanan seimbang
Makanan seimbang
 
Obesiti
ObesitiObesiti
Obesiti
 
Organisasi sel badan manusia
Organisasi sel badan manusiaOrganisasi sel badan manusia
Organisasi sel badan manusia
 
Sistem respirasi
Sistem respirasiSistem respirasi
Sistem respirasi
 
Gaya hidup sihat
Gaya hidup sihatGaya hidup sihat
Gaya hidup sihat
 
7 amalan hidup sihat yang mudah dilakukan
7 amalan hidup sihat yang mudah dilakukan7 amalan hidup sihat yang mudah dilakukan
7 amalan hidup sihat yang mudah dilakukan
 
Penyakit tidak berjangkit
Penyakit tidak berjangkitPenyakit tidak berjangkit
Penyakit tidak berjangkit
 
Bab 4-kesihatan-manusia
Bab 4-kesihatan-manusiaBab 4-kesihatan-manusia
Bab 4-kesihatan-manusia
 
Pembangunan modal insan
Pembangunan modal insanPembangunan modal insan
Pembangunan modal insan
 
Tanggungjawab warganegara
Tanggungjawab warganegaraTanggungjawab warganegara
Tanggungjawab warganegara
 
Bab 2 nutrisi (Kelas Makanan)
Bab 2   nutrisi (Kelas Makanan)Bab 2   nutrisi (Kelas Makanan)
Bab 2 nutrisi (Kelas Makanan)
 
Kawalan biologi
Kawalan biologiKawalan biologi
Kawalan biologi
 
MEMBRAN SEL
MEMBRAN SELMEMBRAN SEL
MEMBRAN SEL
 
Bab 2 nutrisi (Sistem pencernaan)
Bab 2 nutrisi (Sistem pencernaan)Bab 2 nutrisi (Sistem pencernaan)
Bab 2 nutrisi (Sistem pencernaan)
 
Gaya hidup sihat
Gaya hidup sihatGaya hidup sihat
Gaya hidup sihat
 
Minggu 8 dan 10 topik 5 kesihatan dan kesejahteraan diri
Minggu 8 dan 10 topik 5 kesihatan dan kesejahteraan diriMinggu 8 dan 10 topik 5 kesihatan dan kesejahteraan diri
Minggu 8 dan 10 topik 5 kesihatan dan kesejahteraan diri
 
Kebaikan sukan
Kebaikan sukanKebaikan sukan
Kebaikan sukan
 
Alkohol
AlkoholAlkohol
Alkohol
 
Perbandingan antara Mitosis dan Meiosis
Perbandingan antara Mitosis dan MeiosisPerbandingan antara Mitosis dan Meiosis
Perbandingan antara Mitosis dan Meiosis
 

Semelhante a Gaya hidup sihat

Semelhante a Gaya hidup sihat (20)

Pola hidup sehat2
Pola hidup sehat2Pola hidup sehat2
Pola hidup sehat2
 
Pola hidup sehat2
Pola hidup sehat2Pola hidup sehat2
Pola hidup sehat2
 
Gaya hidup sihat
Gaya hidup sihatGaya hidup sihat
Gaya hidup sihat
 
Definisi kesihatan
Definisi kesihatanDefinisi kesihatan
Definisi kesihatan
 
Makalah pola hidup sehat dan bersih belum
Makalah pola hidup sehat  dan bersih belumMakalah pola hidup sehat  dan bersih belum
Makalah pola hidup sehat dan bersih belum
 
Gaya hidup sihat
Gaya hidup sihatGaya hidup sihat
Gaya hidup sihat
 
Makalah pola hidup sehat dan bersih irmayani
Makalah pola hidup sehat  dan bersih irmayaniMakalah pola hidup sehat  dan bersih irmayani
Makalah pola hidup sehat dan bersih irmayani
 
Pentingnya kesehatan tubuh
Pentingnya kesehatan tubuhPentingnya kesehatan tubuh
Pentingnya kesehatan tubuh
 
Amalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihatAmalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihat
 
Pola hidup sehat
Pola hidup sehatPola hidup sehat
Pola hidup sehat
 
Pola hidup sehat
Pola hidup sehatPola hidup sehat
Pola hidup sehat
 
Td10003 latihan 2 jenry saiparudin
Td10003 latihan 2 jenry saiparudinTd10003 latihan 2 jenry saiparudin
Td10003 latihan 2 jenry saiparudin
 
PJK2102W
PJK2102WPJK2102W
PJK2102W
 
New microsoft word document
New microsoft word documentNew microsoft word document
New microsoft word document
 
Bukubab2
Bukubab2Bukubab2
Bukubab2
 
Budaya hidup sehat = sehat kesehatan pribadi-kesehatan lingkungan
Budaya hidup sehat = sehat kesehatan pribadi-kesehatan lingkunganBudaya hidup sehat = sehat kesehatan pribadi-kesehatan lingkungan
Budaya hidup sehat = sehat kesehatan pribadi-kesehatan lingkungan
 
Health and wellness (mpu3313)
Health and wellness (mpu3313)Health and wellness (mpu3313)
Health and wellness (mpu3313)
 
Doc1
Doc1Doc1
Doc1
 
Aktiviti fizikal mampu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular
Aktiviti fizikal mampu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskularAktiviti fizikal mampu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular
Aktiviti fizikal mampu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular
 
Bab i budaya hidup sehat
Bab i budaya hidup sehatBab i budaya hidup sehat
Bab i budaya hidup sehat
 

Gaya hidup sihat

  • 1. Masyarakat negara kita sering terdedah dengan pelbagai masalah kesihatan yang kronik dan akhirnya mengundang kepada kematian. Ia adalah kesan daripada amalan gaya hidup yang tidak sihat dan ketidakseimbangan kesihatan rohani dan jasmani dalam kitaran hidup seharian. Kementerian Kesihatan kerap kali mengadakan kempen kesihatan untuk memberi kesedaran kepada awam tentang penjagaan kesihatan yang perlu dipupuk dalam budaya hidup kita malah perlu disemai sejak awal lagi agar kita tidak tergolong dalam kalangan yang mempunyai masalah kesihatan. Namun, adakah kempen gaya hidup sihat, “Tak Nak Merokok”, makanan berkhasiat dan kempen kecerdasan mampu mengubah pandangan masyarakat kita tentang peri pentingnya menjaga kesihatan sekaligus mengamalkan gaya hidup yang sihat? Mungkin ada sesetengah golongan menyedari akan hakikat ini dan ada juga segelintirnya yang menganggap kesihatan hanya perlu dijaga apabila sudah berusia ataupun ada sesetengah golongan merasakan usia muda menjadi tiket untuk mereka terus kekal sihat. Bagi golongan ini, apakah jaminan mereka? Usahkan menunggu sehingga umur tua, sedangkan yang masih kecil lagipun sudah mengidap pelbagai penyakit. Usia bukan jaminan untuk kita terus kekal sihat, tetapi usia boleh dijadikan satu pemangkin untuk kita menjaga kesihatan agar boleh menjalani hidup yang bermakna pada masa hadapan. http://prauniversiti6.blogspot.com
  • 2. “Kesihatan melambangkan kekayaan” dan “Badan sihat, otak cerdas” sering diungkapkan oleh orang ramai. Oleh itu, kesihatan amat penting kepada kita dan kita wajar menjaganya dengan sempurna. Kita sanggup melakukan pelbagai aktiviti untuk mencapai tahap kesihatan optimum seperti mengambil pelbagai produk kesihatan dan ubat-ubatan. Kesihatan diri sebagai mahkota hidup kita.Sekiranya kita sakit,semestinya kita tidak bermaya untuk melakukan sesuatu pekerjaan.Oleh itu,kita mestilah menajaga kesihatan diri kita supaya kita dapat hidup dalam keadaan yang bebas tanpa penyakit. Kesihatan merupakan suatu kekayaan. Walau sehebat manapun seseorang individu, sihat masih lagi menjadi agenda utama yang perlu dikekalkan. Secara umumnya, umur 40 tahun adalah tempoh yang paling ketara pelbagai penyakit dikesan tetapi jika kita menyedari akan kepentingan penjagaan kesihatan sejak dari awal lagi, pelbagai langkah pencegahan boleh diambil dan merupakan satu cara yang terbaik daripada kita mengubatinya. Peningkatan utama masalah kesihatan masyarakat di negara kita adalah kerana gaya hidup yang tidak sihat dan seimbang termasuklah kurangnya kesedaran dalam menjaga keseimbangan dan kesederhanaan dalam hidup. Gaya hidup yang berlebihan ini akan mengakibatkan tekanan dan akhirnya memberi kesan timbulnya pelbagai penyakit. Ruang lingkup keseimbangan rohani, jasmani, http://prauniversiti6.blogspot.com
  • 3. akli, dan sosial perlu dirangkumkan agar ia dapat diterjemahkan sebagai gaya hidup yang sihat. Oleh itu, penjagaan kesihatan secara menyeluruh perlu dilaksanakan bagi setiap individu agar dapat meneruskan amanah dan tanggungjawab masing- masing secara harmoni. Kesihatan jasmani boleh dikekalkan melalui pengambilan makanan yang sihat dan seimbang serta melakukan aktiviti fizikal seperti senaman. Kita juga perlu menjauhkan diri daripada tabiat merokok yang boleh merosakkan kesihatan. Kesihatan jasmani yang baik juga akan memberi kesan kepada kesihatan rohani yang mantap. Makanan yang halal dan baik mampu melahirkan insan yang berkualiti dari aspek rohani dan jasmani. Kesihatan mental yang baik pula mempamerkan bahawa seseorang itu mampu mengawal tekanan hidup yang dihadapi secara bijaksana dan bebas daripada gangguan mental yang boleh mengubah keupayaan seseorang individu. Manakala kesihatan sosial ialah, individu mampu menambah atau mengekalkan jaringan hubungan antara masyarakat yang akhirnya dapat mengekalkan kesihatan diri sendiri mahupun masyarakat umumnya. Gabungjalin antara kesemua unsur itu perlu diamalkan bagi setiap individu dalam suasana hari ini agar tidak mengundang pelbagai penyakit moden yang kini kian menular dalam masyarakat kita. http://prauniversiti6.blogspot.com
  • 4. Pelbagai penyakit timbul kerana masyarakat kini kurang mengamalkan gaya hidup sihat. Kesuntukan masa untuk bersukan serta amalan pemakanan yang tidak seimbang mengundang pelbagai penyakit. Menurut pakar kesihatan, aktiviti riadah seperti berjogging sebenarnya cara yang terbaik, mudah dan murah untuk kita mengekalkan berat badan yang sesuai dengan umur kita, di samping mengelakkan diri daripada terkena penyakit serius seperti kencing manis, darah tinggi, serangan sakit jantung dan juga angin ahmar. Masyarakat pada masa ini berlumba- lumba mengejar kemewahan dan kebendaan. Mereka tiada masa untuk berehat demi menjaga kesihatan diri. Menyedari hakikat ini, kerajaan telah membina dan membuka pelbagai pelbagai tempat rekreasi yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahahan untuk menarik hati pengunjung-pengunjung. Di tempat-tempat rekreasi ini pengunjung-pengunjung boleh menjalankan aktiviti riadah seperti berjogging, berkhemah, memancing, dan menunggang kuda. Kepenatan dan beban di tempat kerja akan menimbulkan pelbagai masalah sampingan. Kita mungkin akan murung, kerap marah dan sebagainya. Apabila kita melakukan aktiviti riadah dengan kekerapan yang konsisten dan berterusan, maka akan memudahkan pembakaran lemak berlebihan, melancarkan aliran darah, meningkatkan kadar denyutan jantung agar mengepam darah dengan sempurna dan optimum, serta mengurangkan tekanan mental yang kita hadapi. Cara ini bersesuaian dengan cogan kata Badan cergas otak sihat. Aktiviti ini lebih menyeronokan http://prauniversiti6.blogspot.com
  • 5. sekiranya dilakukan bersama-sama keluarga atau kawan- kawan. Secara tidak langsung kita boleh mengeratkan hubungan silatulrahim. Mungkin selama ini ibu bapa sibuk bekerja hingga tiada masa untuk bersama keluarga. Ibu bapa boleh menggunakan peluang ini untuk bermesra dengan anak-anak dan bertanyakan masalah yang dihadapi oleh mereka. Hubungan yang erat sesama ahli keluarga seperti isi dengan kuku dapat melahirkan keluarga yang harmonis dan mengurangkan masalah sosial dalam kalangan remaja. http://prauniversiti6.blogspot.com
  • 7. . Tindakan awal ialah seseorang itu perlu mengamalkan satu bentuk pemakanan yang seimbang dalam kehidupannya. Dalam keadaan kehidupan sebenar, orang ramai lebih suka mengambil makanan yang bersifat mudah seperti mengamalkan pengambilan makanan ringan ataupun makanan segera. Tidak kurang juga masyarakan kita hari ini yang lupa kesan pengambilan makanan berlemak ataupun makanan yang mempunyai kandungan garam, gula atau sodium glutamit yang tinggi. Hal ini boleh mendatangkan pelbagai penyakit kronik seperti sakit jantung, darah tinggi ataupun kencing manis yang juga menjadi punca kematian tertinggi di negara kita. Orang ramai juga mesti menjauhi amalan buruk seperti merokok atau meminum arak kerana kesannya amat membahayakan. Jelaslah, diet yang seimbang membolehkan kita semua mencapai kehidupan yang ceria kerana semua nutrien yang diperlukan oleh badan diperoleh menerusi pemakanan yang seimbang. . ..........Selain itu, aktiviti senaman yang berkala mampu menjadikan kehidupan yang dijalani oleh seseorang itu lebih sihat dan menceriakan. Kita boleh menjalankan aktiviti seperti bersukan, berekreasi, berjalan atau berlari bersendirian atau bersama-sama keluarga ketika hujung minggu. Aktiviti senaman seperti ini diakui oleh pakar perubatan mampu menjadikan sistem peredaran darah manusia lebih baik serta menjadikan sistem imunisasi mereka tinggi. Mereka yang gemar bersukan biasanya memiliki badan yang sihat dan minda yang cerdas berbanding dengan orang yang jarang http://prauniversiti6.blogspot.com
  • 8. bersukan. Jelasnya, semakin kerap senaman dilakukan maka semakin tinggilah tahap kesihatan seseorang itu kerana minda yang cerdas datangnya daripada badan yang cergas. . ..........Orang ramai juga perlu mengutamakan kebersihan diri pada setiap masa bagi memastikan mereka terhindar daripada sebarang penyakit. Keperluan asas seperti menggosok gigi, mandi, berpakaian bersih, waktu tidur dan rehat yang cukup juga perlu dijadikan amalan hidup seharian. Bagi mengelakkan jangkitan kuman atau penyakit, mereka juga perlulah mengamalkan budaya mendisiplinkan diri dengan asas-asas kebersihan seperti mencuci tangan dengan bersih sebelum makan, menutup makanan dengan baik agar tidak diharung lalat mahupun memilih gerai atau tempat makan yang bersih semasa menjamu selera. Sikap sambil lewa masyarakat dalam aspek berkenaan mungkin boleh membawa padah. Justeru, amalan sebegini harus diutamakan agar dapat membentuk gaya hidup yang sihat dalam kalangan masyarakat. . ..........Pada masa yang sama selain mengutamakan kesihatan diri dan makanan, masyarakat juga perlu menjaga kebersihan persekitaran mereka. Persekitaran yang bersih perlu dijadikan amalan dan gaya hidup agar kita terhindar daripada sebarang penyakit. Umpamanya, orang ramai http://prauniversiti6.blogspot.com
  • 9. digalakkan mengadakan gotong-royong untuk membersihkan kawasan taman perumahan dengan membersihkan sampah-sarap atau memastikan kawasan persekitaran mereka sentiasa bersih. Amalan seperti ini dapat mengelakkan pembiakan agen- agen pembawa penyakit seperti nyamuk, lipas, lalat dan sebagainya. Tempat-tempat pembiakan nyamuk di dalam atau di luar rumah seperti pelapik pasu bunga ataupun tempat takungan air mestilah kerap dibersihkan ataupun ditukar. Dengan cara demikian, orang ramai akan dapat menjauhkan diri mereka daripada pelbagai penyakit serta membentuk kehidupan yang sihat. . ..........Gaya hidup yang sihat juga melibatkan aspek psikologi dan sosial seseorang itu. Mereka yang lebih terbuka dan bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain didapati lebih bermakna kehidupannya berbanding dengan individu yang suka bersendirian atau menyimpan masalah mereka. Sikap berkawan dan menghabiskan masa bersama-sama mereka menjadikan keperluan psikologi manusia dipenuhi dengan efektif. Masyarakat digalakkan menjalin hubungan komunikasi yang mesra bersama-sama rakan atau jiran tetangga. Hubungan baik yang berkekalan biasanya dapat melahirkan satu bentuk kehidupan http://prauniversiti6.blogspot.com
  • 10. yang ceria dan menggembirakan. Sesungguhnya, aspek psikologi dan sosial manusia perlu dipenuhi bagi memperoleh gaya hidup yang sihat ini. . ..........Pada masa yang sama sikap atau mentaliti positif penting untuk dimiliki oleh seseorang itu bagi menangani tekanan kehidupan dalam era moden ini. Pemikiran yang positif menjadikan seseorang itu mampu menyelesaikan pelbagai kemelut yang melanda kehidupannya dengan baik tanpa tertekan. Kehidupan zaman moden yang penuh cabaran terutama tekanan di pejabat memerlukan satu persepsi positif daripada ahli masyarakat kita. Kepada mereka yang menghadapi tekanan hidup, mereka mungkin boleh mendapatkan bantuan daripada pakar motivasi ataupun rakan-taulan di sekeliling mereka. Hal ini perlu kerana tekanan yang dialami boleh menjuruskan seseorang pada perlakuan negatif seperti mendera, menagih dadah atau melakukan sesuatu perkara di luar jangkaan. Jadi, semakin positif minda seseorang itu maka semakin tinggilah gaya hidup sihat yang mampu dicapainya kelak. . .......... Kesimpulannya, gaya hidup yang sihat ini boleh diperoleh menerusi semua amalan yang dipaparkan tadi. Gaya hidup sihat hanya http://prauniversiti6.blogspot.com
  • 11. boleh dicapai sekiranya masyarakat mengamalkan semua aspek kehidupan berlandaskan ciri-ciri manusia sihat. Cuma sikap masyarakat yang masih memandang rendah kepentingan gaya hidup sebeginilah yang menyebabkan pelbagai masalah kesihatan timbul kelak. Kita semua perlulah memahami bahawa mencegah lebih baik daripada mengubatinya. Nyata hari ini, masyarakat kurang menyayangi diri mereka dengan tidak mengamalkan pemakanan halal dan sihat, gaya hidup yang tidak sihat, terdedah kepada tekanan yang juga menjadi akar umbi kepada masalah kesihatan dan juga tidak menitikberatkan soal kesihatan rohani.. Oleh itu, sudah sampai masanya masyarakat muhasabah kembali kesilapan dan memperbetulkannya serta perlu menjadikan kesihatan sebagai satu amalan penting dalam hidup tidak kira semua lapisan umur. Gaya hidup yang sihat memerlukan kita menjaga keseimbangan antara rohani dan jasmani bagi mengelakkan pelbagai serangan penyakit moden kini dan seterusnya kita boleh meneruskan kehidupan ini dengan kekal sihat dan teratur. 1. http://www.scribd.com/ 2. http://www.docstoc.com/docs/9154817/Gaya- Hidup-Sihat 3. http://digg.com/health/Amalan_gaya_hidup_sihat http://prauniversiti6.blogspot.com
  • 12. 4. http://fitmall.blogspot.com/ 5. http://pmr.penerangan.gov.my/ 6. http://anizyn.blogspot.com/2009/06/tip-gaya-hidup- sihat.html 7. http://kongsiilmu.21.forumer.com/a/gaya-hidup- sihat_post14.html 8. http://www.kck.usm.my/index.php/Laporan- Aktiviti-HUSM/kempen-gaya-hidup-sihat.html 9. http://pendita.com/2008/gaya-hidup-sihat/ Peta Minda Pendahuluan Kepentingan http://prauniversiti6.blogspot.com
  • 13. Langkah – Langkah Rujukan http://prauniversiti6.blogspot.com