SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 13
PERBEZAAN PENCAPAIAN PENDUDUK LUAR BANDAR/BANDAR

1.0 PENGENALAN


1.1    PENCAPAIAN
Pencapaian akademik ialah pengetahuan atau kemahiran yang diperoleh dalam mata pelajaran
yang dipelajari di sekolah. Ia biasanya diukur dengan skor ujian atau markah-markah yang
diberikan oleh guru atau kedua-duanya. Pencapaian juga merujuk kepada kedudukan seseorang
pelajar berbanding dengan pelajar lain. Ini adalah berasaskan kemahiran atau pengetahuan yang
diperolehi dalam sesuatu penilaian yang piawai oleh Kementerian Malaysia atau sekolah itu
sendiri (Mat Razak Abdullah, 2004). Sofiah Nik Yassin (1991, dalam Ha Pick Yeng, 2000, m.s
12) mendefinisikan pencapaian akademik sebagai pencapaian pelajar mengikut kurikulum yang
diaja, yang ditentukan melalui ujian bulanan, ujian penggal, ujian pertengahan dan ujian akhir
bagi setiap sesi persekolahan.


1.2    MATEMATIK
Matematik merupakan mata pelajaran wajib yang mula dipelajari dari darjah 1 hingga tingkatan
5 atau tingkatan 6 di mana ia berkaitan dengan kemahiran pengiraan dan penyelesaian masalah.
Matematik melengkapi para pelajar dengan ilmu pengetahuan matematik yang berguna dan
berkaitan dengan kehidupan seharian. Ia menggalakkan perlembangan pemikiran analitis,
bersistem dan kritis serta kemahiran menyelesaikan masalah. Ini membolehkan pelajar
mengendalikan dunia teknologi yang sentiasa mengalami perubahan. Disamping kemahiran
mengira yang melibatkan daya kreativiti yang tinggi, ia juga memerlukan kefahaman sesuatu
konsep dengan tepat dan menyeluruh.


       6 Januari 2003 merupakan satu tarikh yang membawa seribu makna kepada sistem
pendidikan negara Malaysia. Pada tarikh itulah satu dasar baru diperkenalkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) dimana pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains dan
Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris. Dasar ini dilaksanakan secara berperingkat dan sebagai
permulaan hanya pelajar darjah 1, tingkatan 1 dan tingkatan 6 rendah yang diajar dalam Bahasa
Inggeris.
1.3        BANDAR
Menurut Melvin G.Marcus & Thomas R. Detwyler 1985, menyatakan bahawa terdapat 3 definisi
utama:
      1)    Pertamanya bandar adalah suatu unit politik, suatu petempatan yang didiami oleh
            sejumlah penduduk atau suatu kelompok rumah kediaman atau lain-lain struktur.
      2)    Keduanya bandar adalah satu gabungan antara tempat dengan penghuninya. Disini,
            bandar ditakrifkan untuk meliputi keseluruhan elemen semulajadi, sosial dan buatan
            manusia yang terkelompok dalam kawasan yang mempunyai ramai penduduk.
      3)    Ketiganya dari segi fungsi, ia boleh dianggap sebagai satu ekosistem terbuka yang
            mengembangkan kebudayaan bandar melalui pertukaran bahan dan tenaga.


1.4        LUAR BANDAR
Kawasan desa merupakan kawasan selain daripada kawasan bandar. Ia merupakan petempatan
yang meliputi semua jenis kampung dan penempatan kecil yang kurang daripada 10,000 orang
penduduk dan bercirikan kawasan pertanian serta kawasan sumber alam semulajadi seperti
kampung FELDA, kampung FELCRA, kampung Orang Asli, petempatan ladang, kampung baru
dan pusat-pusat petempatan atau bandar-bandar baru dalam kawasan Lembaga Kemajuan
Wilayah.


2.0 PENDIRIAN KAMI
Dari hasil carian yang kami cari dan huraikan di sini, apa yang kami ingin simpulkan bahawa
memang terdapat perbezaan pencapaian antara sekolah bandar / Luar bandar. Paling ketara
adalah dari sekolah luar bandar dimana prestasinya tidak memberangsangkan berbanding sekolah
bandar. Kami berkata demikian berdasarkan carian yang telah dibuat di mana segala pendapat
dan pandangan pelbagai pihak yang boleh dipercayai contohnya timbalan perdana menteri kita
dan merangkap menteri pendidikan turut berpendapat seperti kami. Ia lebih dikukuhkan lagi
berdasarkan statistik keputusan PMR dan SPM bandar/luar bandar 2009 yang ditunjukkan di
atas.


           Selain itu, pendapat seorang penulis blog, dengan nama samarannya Melayu, Nasional
dalam artikelnya bertajuk Pandangan Mengenai Jurang perbezaan pencapaian pelajar bandar dan
luar bandar mengatakan bahawa mengapa berlakunya jurang perbezaan ini adalah secara
logiknyakebanyakan pelajar-pelajar yang berpotensi yang berasalnya daripada kampung, sebaik
sahaja habis peperiksaan UPSR mereka telah ditawarkan untuk bersekolah di Sekolah Berasrama
Penuh, Maktab Rendah Sains MARA dan pelbagai lagi sekolah berkualiti di bandar-bandar, dan
yang tinggal di sekolah-sekolah kampung di luar bandar adalah para pelajar yang memang agak
kurang pencapaian akademiknya. Pendapatnya turut kami akui kebenarannya kerana sudah
tentulah sekolah-sekolah di kawasan luar bandar akan selalu ketinggalan dalam pencapaian
akademiknya kerana semua pelajar yang pandai sudahpun keluar meninggalkan kampung.


       Bagi menguatkan lagi pendirian kami, dibawah merupakan data-data yang menunjukkan
perbezaan pencapaian matematik sekolah luar Bandar dan Bandar. Data-data ini kami ambil dari
sekolah kami sendiri.
Di bawah adalah perbezaan pencapaian Matematik PMR (2007) sekolah Bandar/luar Bandar:
Sekolah                            Peratus Lulus (%)
Bandar (SMK. Seri Manjung)                 86.2
Luar Bandar (SMK. Jelai)           69.71


Di bawah adalah perbezaan pencapaian Matematik SPM (2007) sekolah Bandar/luar Bandar :
Sekolah                            Peratus Lulus (%)
Bandar (SMK. Seri Manjung)                 73.8
Luar Bandar (SMK. Jelai)           69.34


3.0 PENDAPAT/PANDANGAN
Dalam sebuah blog myjazmanie.com yang bertarikh 12 Mac 2010, artikel ‘Pandangan Mengenai
Jurang Perbezaan Pencapaian Pelajar Bandar dan Luar Bandar’ telah menyatakan pandangan
bersetuju dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri dan berpendapat sekolah-sekolah di
kawasan luar Bandar akan selalu ketinggalan dalam pencapaian akademiknya kerana semua
pelajar yang pandai sudahpun keluar meninggalkan kampung.


       Pendapat yang dipetik dari artikel ‘Mengurus Jurang Pendidikan’ dari blog u-wartawan
yang dimiliki oleh Astro Awani, menyatakan hal jurang perbezaan dalam pencapaian tersebut
bukanlah suatu yang baru dan memperlihatkan terdapat pengagihan pendidikan yang ketara.
Perbezaan pencapaian itu juga membayangkan adanya perbezaan-perbezaan dalam pelbagai
aspek yang terus membayangi segala keciciran dalam keputusan peperiksaan dan prasarana, dan
apakah jurang itu boleh dirapatkan atau ia sebenarnya semakin melebar. Hakikatnya juga, ramai
anak-anak luar bandar terpencil yang berjaya dalam pendidikan dan kini menjawat kedudukan
tinggi dalam kerjaya masing-masing.


       Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom menyatakan kepada Bernama
Utusan pada 19 November 2009, dari segi jurang pencapaian antara bandar dan luar bandar
dalam matapelajaran Matematik, beliau berkata, tiada perbezaan ketara walaupun penguasaan
mereka dalam matapelajaran itu meningkat setiap tahun. Peratusan murid luar bandar yang
menguasai kemahiran Matematik dan mendapat Gred ABCD mata pelajaran Matematik pada
PMR 2007 adalah 84.5 peratus berbanding 88.2 peratus murid bandar.


       Menurut kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang dipetik
dari Berita Harian pada 11 Mac 2010, jurang perbezaan pencapaian pelajar bandar dan luar
bandar dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini masih ketara. Beliau yang
juga Menteri Pelajaran, berkata beberapa usaha dan langkah sedang diambil bagi mengurangkan
seterusnya mengatasi jurang berkenaan secara berperingkat-peringkat.


       Pada 11 Mac 2010, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Dato’ Hj. Alimuddin bin
Hj. Mohd Dom semasa mengumumkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia, berkata usaha untuk
merapatkan jurang prestasi antara bandar dan luar bandar perlu dipergiatkan lagi sewaktu
mengumumkan keputusan SPM 2009. Ini adalah statistik yang membuktikan kenyataan beliau.


       Menurut laporan Jawatankuasa Pemandu Peningkatan Prestasi dalam Matematik (PPK),
(1991 dalam lampiran Kementerian Pendidikan Malaysia) kepada sekolah-sekolah telah
menyatakan, “…terdapat sebilangan sekolah yang mendapat pencapaian yang kurang baik,
terutamanya sekolah-sekolah di luar Bandar. Di sekolah rendah, pencapaian matematik dalam
UPSR bagi kebanyakan sekolah adalah kurang daripada 50%”.
Satu kajian telah dibuat oleh Kementerian Pendidikan, seperti mana yang disiarkan di
dalam The Star, 1991 bahawa taraf matematik sekolah rendah di luar bandar tidak langsung
memuaskan.


        Menurut Azlina (2003), ‘Masalah Pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris di
kalangan Pelajar Tingkatan Dua Luar Bandar’ (Johari Surif, Nor Hasniza Ibrahim, Meor Ibrahim
Kamaruddin) Matematik adalah antara mata pelajaran yang dianggap sebagai ‘killer subject’
terutamanya di kalangan pelajar luar bandar. Hal ini dibuktikan melalui pencapaian pelajar
dalam mata pelajaran Matematik dan merujuk kepada Jadual 1, didapati tidak ramai pelajar yang
memperolehi keputusan yang cemerlang dengan mendapat gred A dalam peperiksaan
pertengahan tahun di kalangan pelajar tingkatan 2 sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan di
daerah Pontian. Majoriti pelajar mendapat gred C dan terdapat juga pelajar yang gagal.


4.0 MENGAPA BERLAKU
Dari hasil yang diperolehi mendapati terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi kewujudan
permasalahan di kalangan pelajar untuk menguasai Matematik yang diajarkan dalam Bahasa
Inggeris. Dan disebabkan ini jugalah mungkin berlakunya perbezaan pencapaian antara sekolah
bandar dan luar bandar di mana pelajar-pelajar bandar mungkin kurang menghadapi masalah
walaupun matematik diajar di dalam Bahasa Inggeris kerana mereka lebih diberi dan mendapat
pendedahan Bahasa Inggeris di kalangan keluarga dan masyarakat sekeliling berbanding para
pelajar luar bandar. Antara faktor-faktor tersebut yang ketara dapat dilihat ialah dari segi:

4.1 Permasalahan Pembelajaran Matematik Dalam Bahasa Inggeris.

Dari segi permasalahan pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris dapat dijelaskan dari
segi dua faktor iaitu:




4.1.1   Pengajaran Guru Dalam Bahasa Inggeris
Guru juga merupakan faktor utama menyumbang kepada kecemerlangan pelajar dalam
akademik. Guru yang bijaksana akan menjadikan proses pengajaran sesuatu yang bermanfaat
(Widad, 1998). Menurutnya lagi kecekapan dan keberkesanan seseorang guru memainkan
peranan yang penting sebagai pembimbing atau model kerana ia akan mempengaruhi pelajar
untuk menunjukkan sikap yang positif terhadap pencapaian akademik. Menurut Robiah (1994),
faktor pengajaran guru sangat memberikan kesan kepada corak pembelajaran dan penglibatan
pelajar dalam Matematik. Di samping itu, daya tarikan sesuatu pelajaran amat bergantung kepada
kemahiran mengajar dan pengajaran guru (Kamaruddin, 1989). Sesuatu pengajaran yang baik
dan berkesan memerlukan guru yang pandai dan berkebolehan mempelbagaikan kaedah, teknik
dan aktiviti yang dijalankan dalam pengajarannya.

4.1.2   Tahap Penguasaan Bahasa Inggeris Pelajar.

Menurut Fathman (1986), kejayaan seseorang dalam mata pelajaran bahasa kedua dipengaruhi
oleh ciri-ciri individu pelajar itu sendiri. Pelajar yang bermasalah adalah pelajar yang tidak dapat
berkomunikasi dengan baik serta mempunyai asas bahasa Inggeris yang lemah. Erwin (1984),
mendapati bahawa dengan kekerapan latihan sahaja seseorang mungkin tidak dapat menguasai
bahasa yang dipelajari. Ianya perlu ditambah dengan pemahaman nahu dan pembinaan ayat
untuk penguasaan bahasa yang dipelajari. Polisi kerajaan Malaysia menjadikan bahasa Inggeris
sebagai bahasa terpenting selepas bahasa Melayu. Walaupun bahasa Inggeris menjadi bahasa
kedua terpenting selepas bahasa Melayu, namun kurang daripada 10 peratus rakyat Malaysia
yang boleh menggunakan bahasa Inggeris untuk berkomunikasi (Fasold, 1999). Menurut Taib
(1998), penggunaan bahasa Inggeris di Malaysia hanya tertumpu kepada golongan atasan sahaja.
Kesan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris terhadap pencapaian pelajar
masih berada pada tahap yang sederhana (Farahasnida, 2004). Hasil kajian mendapati, kesediaan
pelajar kurang mencukupi dan menghadapi banyak masalah semasa proses pengajaran dan
pembelajaran (Yen Yeong, 2004). Masalah-masalah yang dihadapi oleh para pelajar adalah
masalah dengan sebutan dan pemahaman istilah Matematik dalam bahasa Inggeris serta masalah
dalam menstrukturkan ayat. Ini menyebabkan pelajar jarang bertanya soalan kerana kesukaran
untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

4.2 Pelajar
Dari segi pelajar pula, faktor-faktor yang menyebabkan wujudnya jurang ini juga dapat
dijelaskan dengan membahagikan kepada 2 faktor iaitu:

4.2.1   Minat

Masalah perbezaan ini timbul juga mungkin disebabkan oleh minat yang mana mungkin pelajar
sekitar bandar lebih mempunyai minat yg tinggi dalam usaha mempelajari matematik ini
berbanding pelajar luar bandar. Hal in kerana mungkin pelajar luar bandar kurang diberi
dorongan dalam pembelajaran mereka menyebabkan mereka kurang berminat dalam subjek
matematik ini. Hal ini wujud mungkin disebabkan oleh faktor perbezaan pemikiran dalam diri
ibu bapa masing-masing di mana sikap dan pemikiran ibu bapa yang duduk di bandar dan di luar
bandar berbeza sama sekali. Hal ini adalah kerana, ibu bapa yang tinggal di bandar
kebayakannya mempunyai kelayakan akedemik yang baik dan sudah tentulah menjawat jawatan
yang tinggi berbanding ibu bapa yang tinggal di luar bandar yang kebanyakannya bekerja
sebagai penoreh getah,petani dan sebagainya. Mereka sudah tentulah lebih memberi dorongan
dan galakan kepada anak mereka agar lebih rajin dan berusaha dalam pelajaran tidak kiralah
matapelajaran matematik atau sebagainya kerana mereka lebih mengetahui betapa pentingnya
pencapaian pelajaran anak-anak mereka berbanding ibu bapa dari luar bandar yang mana kurang
memberi perhatian terhadap pelajaran anak-anak mereka. Melalui satu artikel iaitu bertajuk
“Minat tentukan", menyatakan minat boleh menentukan kecemerlangan atau kemunduran
seseorang pelajar di dalam matematik (“Minat tentukan", 2002, m.s. 1). Akibat tidak berminat
terhadap matematik, sudah tentulah murid tersebut tidak akan memberikan tumpuan yang
sepenuhnya terhadap pengajaran guru di dalam kelas.

4.2.2   Sikap

Faktor sikap amat penting dalam menentukan tahap kejayaan yang dicapai oleh pelajar-pelajar
dalam mata pelajaran tertentu. Ramai pengkaji (Ha Pick Yieng, 2000; Noriah Jahari, 1999; Md
Nasir Yaacob, 2000; Tee Poh Wah, 1989) telah melakukan kajian masing-masing mengenai
sikap pelajar terhadap matematik dan cuba menghubungkaitkannya dengan pencapaian. Menurut
Sharifah Alwiah Alsagoff (1987, m.s 174), “pengaruh sikap dan nilai terhadap pencapaian adalah
penting lebih-lebih lagi apabila melibatkan kelas sosial dan taraf sosio ekonomi”. Dan seperti
yang kita ketahui, sudah tentulah kelas ekonomi dan taraf sosio ekonomi pelajar luar bandar
adalah rendah berbanding pelajar bandar. Dan hal ini secara tidak langsung menimbulkan sikap
yang negatif pelajar sekolah luar bandar terhadap matematik dan ia sudah tentulah akan
mempengaruhi prestasi dan pencapaian pelajar dalam matematik. Berbanding dengan pelajar
sekolah bandar yang mempunyai taraf sosio ekonomi yang tinggi, sudah tentulah mempunyai
ransangan dan dorongan positif daripada ibu bapa mereka yang seperti diketahui mempunyai
banyak masa untuk diluangkan dengan anak-anak berbanding ibu bapa pelajar sekolah luar
bandar yang terpaksa bekerja keras siang dan malam. Dan ini, dapat membentuk sikap yang
positif kepada matematik di kalangan pelajar sekolah bandar dan sekaligus dapat mencapai
pencapaian yang tinggi berbanding sekolah luar bandar.

4.3 Ibu Bapa

Di dalam mempertingkatkan pencapaian pelajar-pelajar di dalam pelajaran mereka, tidak dapat
dinafikan bahawa ibu bapa dan keluarga mereka turut memainkan peranan yang penting. Oleh
itu, tidak dapat dinafikan secara tidak langsung ibu bapa juga turut mempengaruhi sebab
berlakunya perbezaan pencapaian dalam matematik antara sekolah bandar dan luar bandar. Hal
ini kerana wujudnya perbezaan sikap antara ibu bapa luar bandar dan bandar. Perbezaan ini
berlaku mungkin disebabkan oleh perbezaan akademik, taraf sosio ekonomi, kelas sosial dan
pemikiran mereka. Seperti yang diketahui, ibu bapa dari kawasan bandar lebih memberi
dorongan dan rangsangan agar anak-anak mereka rajin dalam pelajaran berbanding ibu bapa dari
luar bandar. Ini mungkin disebabkan oleh perbezaan akademik dan pemikiran yang dinyatakan
sebentar tadi.


       Ibu bapa merupakan orang yang pertama pelajar-pelajar kenali di dalam hidup mereka.
Pepatah inggeris yang berbunyi “The hand that rocks the cradle rules the world” yang membawa
pengertian “Tangan yang menghayun buaian itulah yang memerintah dunia” sudah cukup
menggambarkan betapa besarnya peranan yang dimainkan oleh ibu bapa. Dua orang ahli
matematik iaitu Poffenberger dan Norton (Md. Rodzi, 1998) menyatakan bahawa ibu bapa
memainkan peranan langsung di dalam mempengaruhi sikap pelajar. Khususnya dalam subjek
matematik melalui faktor psikologi dan sosial. Setiap perlakuan ibu bapa akan menjadi ikutan
kepada anak-anak baik dari segi psikologi mahupun sosial.
4.4 Sosio Ekonomi

Faktor sosio ekonomi juga turut menyumbang kepada perbezaan pencapaian antara sekolah
bandar dan luar bandar. Hal ini kerana, jika hendak dibandingkan antara pelajar bandar dan luar
bandar sudah tentulah taraf sosio ekonomi keluarga pelajar luar bandar kurang berbanding
pelajar bandar. Hal ini dapat dibuktikan berdasarkan graf markah sosio ekonomi sekolah bandar
iaitu Sekolah Menengah Seri perak iaitu sekolah menengah gred A, dan luar bandar iaitu Sekolah
Menengah Ulu Bernam iaitu sebuah sekolah gred B, hasil kajian yang dilakukan oleh Bastiar bin
md. Noh dalam tesisnya bertajuk hubungan persekitaran dan taraf sosio-ekonomi terhadap
pencapaian matematik pelajar-pelajar tingkatan dua antara sekolah bandar dengan luar bandar
(1991, m.s 36):

4.4.1   Perbandingan Sosio-Ekonomi
                              5   Kelas Markah              Kekerapan
                                   6    A                 40 – 49
                                   7    B                 50 – 59
                                   8    C                 60 – 69
                                   9    D                 70 – 79
                                   10 E                   80 - 89


Min markah sosio ekonomi bagi sekolah bandar = 76.63
Min markah sosio ekonomi sekolah luar bandar = 59.10
Dari data yang dipaparkan dapat dilihat perbezaan dari segi taraf sosio ekonomi adalah amat
ketara antara bandar dan luar bandar.




4.5 Sekolah

Dari segi faktor penyebab iaitu sekolah turut dapat dijelaskan dari segi 2 aspek iaitu:
4.5.1   Lokasi

Sebab berlakunya perbezaan pencapaian matematik sekolah bandar / luar bandar di mana dapat
dilihat pencapaian matematik sekolah luar bandar kurang memberangsangkan berbanding di
bandar kerana disebabkan oleh kedudukan sekolah-sekolah luar bandar itu sendiri menyebabkan
kesukaran berhubung dengan pihak tertentu untuk menerima segala pembaharuan dari segi
teknik dan peralatan yang terkini yang berkaitan dengan matapelajaran matematik. Murid luar
bandar akan menghadapi banyak kesukaran berbanding dengan murid di bandar kerana banyak
kemudahan yang terdapat di bandar sukar untuk didapati di luar bandar. Dengan itu mereka
memerlukan kemampuan yang lebih untuk menangani masalah ini supaya keputusan peperiksaan
mereka juga boleh dibanggakan.

4.5.2   Kemudahan Infrastruktur

Dari segi kemudahan infrastruktur dan suasana pembelajaran, memang sesuatu yang tidak boleh
dinafikan sekolah di bandar begitu lengkap kemudahan pembelajaran manakala di sesetengah
sekolah luar bandar keadaan infrstruktur adalah kurang memuaskan. Hal ini turut diakui oleh
Melayu, Nasional dalam artikelnya Pandangan Mengenai Jurang perbezaan pencapaian pelajar
bandar dan luar bandar. Selain turut mengatakan bahawa faktor ini sudah tentu memberikan
kesan kepada para pelajar. Apa yang ada di kalangan pelajar-pelajar di luar bandar adalah hanya
semangat dan kekuatan diri semata-mata untuk meneruskan pembelajaran dengan kemudahan
yang terhad.


5.0 CARA MENGATASI
Hakikatnya kita haruslah mengambil langkah yang berterusan dalam memastikan kemajuan
pendidikan di bandar seiring dengan pendidikan di kawasan luar bandar. Bagi mengatasi masalah
ini, kami telah mengkategorikan beberapa faktor utama untuk mengatasi masalah ini. Di
antaranya ialah:


5.1     Pelajar
Banyak pendapat menyatakan bahawa untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu bidang termasuk
belajar, individu harus memandang dan mempunyai sikap positif, barulah tumpuan dapat
diberikan dan pencapaian terbaik terhasil (“Minat tentukan”, 2002, m.s. 1). Kemampuan pelajar
dalam menangani masalah ini banyak dipengaruhi oleh sikap mereka sendiri selain dari faktor
guru dan persekolahan (Samsudin Husin,2000, m.s. 41). Dalam menuju ke arah kecemerlangan
matematik, kemantapan penguasaan asas murid amat perlu. Perkara ini memerlukan minat yang
lebih pada diri murid. Murid yang dapat melahirkan minat terhadap matematik akan mencapai
kejayaan yang baik. Sikap positif dan negatif pelajar terhadap sekolah menjadikan mereka sama
ada bersedia memberi tumpuan dan perhatian atau sebaliknya.


5.2    Guru
Guru harus kreatif untuk menangani masalah ini agar dapat mencari altenatif yang lebih baik dan
berkesan ke arah memupuk minat murid terhadap pembelajaran matematik. Hubungan antara
guru dengan murid juga memberi kesan kepada minat murid terhadap matematik terutama di
kawasan luar bandar. Dalam masa yang sama, guru matematik adalah memainkan peranan
sebagai penyampai dan penghurai ilmu berkenaan. Dari segi guru, aspek personaliti dan gaya
pengajaran mereka amat penting. Pengajaran di bandar berbeza dengan pengajaran di luar
bandar. Guru juga perlulah bijak dalam mempelbagaikan teknik pengajaran matematik agar
mudah diterima oleh para pelajar. Penggunaan Program Pengayaan dalam pengajaran dan
pembelajaran Matematik merupakan salah satu cara mengatasi perbezaan pencapaian.


5.3    Ibu bapa dan persekitaran
“Ibu bapa dan guru perlulah berusaha menyediakan persekitaran yang paling baik untuk
perkembangan kanak-kanak. Faktor-faktor yang paling signifikan di dalam persekitaran ialah
faktor-faktor yang menggalakkan suasana selamat, tenteram dan selesa. Potensi individu itu
besar kemungkinan akan tercapai jika persekitarannya dapat memberikan berbagai jenis
pengalaman kepada individu itu”( Sharifah Alawiyah Al Sagof (1987) yang dipetik dari tesis
saudara Bastiar (1991) ). Dalam mencapai kecemerlangan matematik, sumbangan masyarakat
amat besar. Jika masyarakat mempunyai tanggapan yang positif terhadap matematik, maka
murid juga akan mempunyai pandangan yang positif terhadap matematik. Kesannya minat murid
terhadap matematik akan bertambah.


5.4    Pengurusan Persekolahan
Pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah dan pihak-pihak terbabit harus menyediakan laporan
diagnsis yang mengandungi pencapaian pelajar. Organisasi bilik darjah memainkan peranan
penting dalam menarik minat murid mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran matematik.
Guru Besar/Pengetua selaku pentadbir organisasi sekolah hendaklah menerang dengan jelasnya
perkara-perkara berhubung dengan Panitia Matematik seperti dari segi struktur dan organisasi,
tujuan dan matlamatnya serta peranan-peranannya.


5.5    Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pada awal 1970 an Matematik Moden diperkenalkan bagi menggantikan Matematik Tradisional
dimana kaedah ini diharapkan dapat merangsang pelajar membuat penaakulan. Menempatkan
guru-guru matematik yang terbaik termasuk di luar bandar dan bandar. Memantapkan
perkhidmatan prasekolah di luar bandar di mana membina lebih 2,400 kelas yang akan memberi
faedah kepada hampir 61,000 kanak-kanak di seluruh negara serta penyediaan latihan guru pra
sekolah dan kemudahan komputer di kebanyakan sekolah luar bandar (Utusan Malaysia, 6
Oktober 2006). Perlu memberi fokus dalam usaha bagi merapatkan jurang pendidikan untuk
merapatkan jurang perbezaan antara sekolah bandar dengan luar bandar. Pembangunan
infrastruktur   di mana KPM telah bekerjasama dengan NationalImplementation Task Force
(NITF) untuk menambah baik serta mendapat peruntukan tambahan di bawah Projek Berimpak
Tinggi NITF.


6.0 REFLEKSI (MAKLUM-BALAS SETELAH PERBENTANGAN)
Berdasarkan apa yang telah dibentang berkenaan tajuk kumpulan kami, terdapat pendapat di
kalangan pendengar mengemukakan pendapat menyatakan bahawa berlakunya jurang perbezaan
ini adalah disebabkan oleh faktor utama iaitu faktor Ibu Bapa. Hal ini kerana sikap ibu bapa
amat mempengaruhi pembelajaran anak-anak mereka. Di dalam mempertingkatkan pencapaian
pelajar-pelajar di dalam pelajaran mereka, tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa dan keluarga
mereka turut memainkan peranan yang penting. Oleh itu, tidak dapat dinafikan secara tidak
langsung ibu bapa juga turut mempengaruhi sebab berlakunya perbezaan pencapaian dalam
matematik antara sekolah bandar dan luar bandar. Selain itu, isu berkenaan Sekularisme
Pendidikan juga turut dibangkitkan di mana mereka menyatakan bangsa Melayu lebih
menekankan pelajaran Agama dengan menghantar anak-anak mereka ke kelas Agama
berbanding bangsa lain yang mana lebih menekankan pencapaian akademik.

Mais conteúdo relacionado

Semelhante a Report trends 1

Jurang Pencapaian Matematik Murid Sekolah Rendah
Jurang Pencapaian Matematik Murid Sekolah RendahJurang Pencapaian Matematik Murid Sekolah Rendah
Jurang Pencapaian Matematik Murid Sekolah Rendahikhwankmk92
 
Kumpulan 1 jurang-pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Kumpulan 1   jurang-pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-Kumpulan 1   jurang-pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Kumpulan 1 jurang-pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-Irma Gurlz
 
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-intansyafika
 
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-Rain_Ain
 
(Group 1) jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah dari segi lokaliti
(Group 1) jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah dari segi lokaliti(Group 1) jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah dari segi lokaliti
(Group 1) jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah dari segi lokalitiDIHYAUDDIN SAAD
 
Kumpulan 1 jurang pencapaian matematik sekolah rendah (kumpulan 1)
Kumpulan 1 jurang pencapaian matematik sekolah rendah (kumpulan 1)Kumpulan 1 jurang pencapaian matematik sekolah rendah (kumpulan 1)
Kumpulan 1 jurang pencapaian matematik sekolah rendah (kumpulan 1)Izawati Saat
 
Cabaran semasa
Cabaran semasaCabaran semasa
Cabaran semasaIrul Erul
 
Akses dan ekuiti
Akses dan ekuitiAkses dan ekuiti
Akses dan ekuitiNad0209
 
Bidang keberhasilan utama nasional (nkra ) pendidikan
Bidang keberhasilan utama nasional (nkra ) pendidikanBidang keberhasilan utama nasional (nkra ) pendidikan
Bidang keberhasilan utama nasional (nkra ) pendidikanZulkifle Othman
 
Perancangan strategik g5 skm
Perancangan strategik g5 skmPerancangan strategik g5 skm
Perancangan strategik g5 skmTompok Manggis
 
Pentaksiran SME6044
Pentaksiran SME6044Pentaksiran SME6044
Pentaksiran SME6044hazwaniAM
 
Sosial memainkan peranan dalam pencapaian matematik?
Sosial memainkan peranan dalam pencapaian matematik?Sosial memainkan peranan dalam pencapaian matematik?
Sosial memainkan peranan dalam pencapaian matematik?Muhammad Affrini Azim Zahari
 
Perbezaan pencapaian matematik berdasarkan perbezaan kumpulan sosial
Perbezaan pencapaian matematik berdasarkan perbezaan kumpulan sosialPerbezaan pencapaian matematik berdasarkan perbezaan kumpulan sosial
Perbezaan pencapaian matematik berdasarkan perbezaan kumpulan sosialAhmad Razin
 
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...Ameer Chann
 

Semelhante a Report trends 1 (20)

Jurang Pencapaian Matematik Murid Sekolah Rendah
Jurang Pencapaian Matematik Murid Sekolah RendahJurang Pencapaian Matematik Murid Sekolah Rendah
Jurang Pencapaian Matematik Murid Sekolah Rendah
 
Kumpulan 1 jurang-pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Kumpulan 1   jurang-pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-Kumpulan 1   jurang-pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Kumpulan 1 jurang-pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
 
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
 
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
 
(Group 1) jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah dari segi lokaliti
(Group 1) jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah dari segi lokaliti(Group 1) jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah dari segi lokaliti
(Group 1) jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah dari segi lokaliti
 
Buletin anjakan bil.1 2016
Buletin anjakan bil.1 2016Buletin anjakan bil.1 2016
Buletin anjakan bil.1 2016
 
Kumpulan 1 jurang pencapaian matematik sekolah rendah (kumpulan 1)
Kumpulan 1 jurang pencapaian matematik sekolah rendah (kumpulan 1)Kumpulan 1 jurang pencapaian matematik sekolah rendah (kumpulan 1)
Kumpulan 1 jurang pencapaian matematik sekolah rendah (kumpulan 1)
 
Nkra
NkraNkra
Nkra
 
Contoh abstrak
Contoh abstrakContoh abstrak
Contoh abstrak
 
Cabaran semasa
Cabaran semasaCabaran semasa
Cabaran semasa
 
Akses dan ekuiti
Akses dan ekuitiAkses dan ekuiti
Akses dan ekuiti
 
Pentaksiran
PentaksiranPentaksiran
Pentaksiran
 
Bidang keberhasilan utama nasional (nkra ) pendidikan
Bidang keberhasilan utama nasional (nkra ) pendidikanBidang keberhasilan utama nasional (nkra ) pendidikan
Bidang keberhasilan utama nasional (nkra ) pendidikan
 
Perancangan strategik g5 skm
Perancangan strategik g5 skmPerancangan strategik g5 skm
Perancangan strategik g5 skm
 
Jurang pendidikan 4
Jurang pendidikan 4Jurang pendidikan 4
Jurang pendidikan 4
 
Pentaksiran SME6044
Pentaksiran SME6044Pentaksiran SME6044
Pentaksiran SME6044
 
Sosial memainkan peranan dalam pencapaian matematik?
Sosial memainkan peranan dalam pencapaian matematik?Sosial memainkan peranan dalam pencapaian matematik?
Sosial memainkan peranan dalam pencapaian matematik?
 
Ppsmi mbmmbi
Ppsmi mbmmbiPpsmi mbmmbi
Ppsmi mbmmbi
 
Perbezaan pencapaian matematik berdasarkan perbezaan kumpulan sosial
Perbezaan pencapaian matematik berdasarkan perbezaan kumpulan sosialPerbezaan pencapaian matematik berdasarkan perbezaan kumpulan sosial
Perbezaan pencapaian matematik berdasarkan perbezaan kumpulan sosial
 
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...
 

Report trends 1

  • 1. PERBEZAAN PENCAPAIAN PENDUDUK LUAR BANDAR/BANDAR 1.0 PENGENALAN 1.1 PENCAPAIAN Pencapaian akademik ialah pengetahuan atau kemahiran yang diperoleh dalam mata pelajaran yang dipelajari di sekolah. Ia biasanya diukur dengan skor ujian atau markah-markah yang diberikan oleh guru atau kedua-duanya. Pencapaian juga merujuk kepada kedudukan seseorang pelajar berbanding dengan pelajar lain. Ini adalah berasaskan kemahiran atau pengetahuan yang diperolehi dalam sesuatu penilaian yang piawai oleh Kementerian Malaysia atau sekolah itu sendiri (Mat Razak Abdullah, 2004). Sofiah Nik Yassin (1991, dalam Ha Pick Yeng, 2000, m.s 12) mendefinisikan pencapaian akademik sebagai pencapaian pelajar mengikut kurikulum yang diaja, yang ditentukan melalui ujian bulanan, ujian penggal, ujian pertengahan dan ujian akhir bagi setiap sesi persekolahan. 1.2 MATEMATIK Matematik merupakan mata pelajaran wajib yang mula dipelajari dari darjah 1 hingga tingkatan 5 atau tingkatan 6 di mana ia berkaitan dengan kemahiran pengiraan dan penyelesaian masalah. Matematik melengkapi para pelajar dengan ilmu pengetahuan matematik yang berguna dan berkaitan dengan kehidupan seharian. Ia menggalakkan perlembangan pemikiran analitis, bersistem dan kritis serta kemahiran menyelesaikan masalah. Ini membolehkan pelajar mengendalikan dunia teknologi yang sentiasa mengalami perubahan. Disamping kemahiran mengira yang melibatkan daya kreativiti yang tinggi, ia juga memerlukan kefahaman sesuatu konsep dengan tepat dan menyeluruh. 6 Januari 2003 merupakan satu tarikh yang membawa seribu makna kepada sistem pendidikan negara Malaysia. Pada tarikh itulah satu dasar baru diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dimana pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris. Dasar ini dilaksanakan secara berperingkat dan sebagai permulaan hanya pelajar darjah 1, tingkatan 1 dan tingkatan 6 rendah yang diajar dalam Bahasa Inggeris.
  • 2. 1.3 BANDAR Menurut Melvin G.Marcus & Thomas R. Detwyler 1985, menyatakan bahawa terdapat 3 definisi utama: 1) Pertamanya bandar adalah suatu unit politik, suatu petempatan yang didiami oleh sejumlah penduduk atau suatu kelompok rumah kediaman atau lain-lain struktur. 2) Keduanya bandar adalah satu gabungan antara tempat dengan penghuninya. Disini, bandar ditakrifkan untuk meliputi keseluruhan elemen semulajadi, sosial dan buatan manusia yang terkelompok dalam kawasan yang mempunyai ramai penduduk. 3) Ketiganya dari segi fungsi, ia boleh dianggap sebagai satu ekosistem terbuka yang mengembangkan kebudayaan bandar melalui pertukaran bahan dan tenaga. 1.4 LUAR BANDAR Kawasan desa merupakan kawasan selain daripada kawasan bandar. Ia merupakan petempatan yang meliputi semua jenis kampung dan penempatan kecil yang kurang daripada 10,000 orang penduduk dan bercirikan kawasan pertanian serta kawasan sumber alam semulajadi seperti kampung FELDA, kampung FELCRA, kampung Orang Asli, petempatan ladang, kampung baru dan pusat-pusat petempatan atau bandar-bandar baru dalam kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah. 2.0 PENDIRIAN KAMI Dari hasil carian yang kami cari dan huraikan di sini, apa yang kami ingin simpulkan bahawa memang terdapat perbezaan pencapaian antara sekolah bandar / Luar bandar. Paling ketara adalah dari sekolah luar bandar dimana prestasinya tidak memberangsangkan berbanding sekolah bandar. Kami berkata demikian berdasarkan carian yang telah dibuat di mana segala pendapat dan pandangan pelbagai pihak yang boleh dipercayai contohnya timbalan perdana menteri kita dan merangkap menteri pendidikan turut berpendapat seperti kami. Ia lebih dikukuhkan lagi berdasarkan statistik keputusan PMR dan SPM bandar/luar bandar 2009 yang ditunjukkan di atas. Selain itu, pendapat seorang penulis blog, dengan nama samarannya Melayu, Nasional dalam artikelnya bertajuk Pandangan Mengenai Jurang perbezaan pencapaian pelajar bandar dan
  • 3. luar bandar mengatakan bahawa mengapa berlakunya jurang perbezaan ini adalah secara logiknyakebanyakan pelajar-pelajar yang berpotensi yang berasalnya daripada kampung, sebaik sahaja habis peperiksaan UPSR mereka telah ditawarkan untuk bersekolah di Sekolah Berasrama Penuh, Maktab Rendah Sains MARA dan pelbagai lagi sekolah berkualiti di bandar-bandar, dan yang tinggal di sekolah-sekolah kampung di luar bandar adalah para pelajar yang memang agak kurang pencapaian akademiknya. Pendapatnya turut kami akui kebenarannya kerana sudah tentulah sekolah-sekolah di kawasan luar bandar akan selalu ketinggalan dalam pencapaian akademiknya kerana semua pelajar yang pandai sudahpun keluar meninggalkan kampung. Bagi menguatkan lagi pendirian kami, dibawah merupakan data-data yang menunjukkan perbezaan pencapaian matematik sekolah luar Bandar dan Bandar. Data-data ini kami ambil dari sekolah kami sendiri. Di bawah adalah perbezaan pencapaian Matematik PMR (2007) sekolah Bandar/luar Bandar: Sekolah Peratus Lulus (%) Bandar (SMK. Seri Manjung) 86.2 Luar Bandar (SMK. Jelai) 69.71 Di bawah adalah perbezaan pencapaian Matematik SPM (2007) sekolah Bandar/luar Bandar : Sekolah Peratus Lulus (%) Bandar (SMK. Seri Manjung) 73.8 Luar Bandar (SMK. Jelai) 69.34 3.0 PENDAPAT/PANDANGAN Dalam sebuah blog myjazmanie.com yang bertarikh 12 Mac 2010, artikel ‘Pandangan Mengenai Jurang Perbezaan Pencapaian Pelajar Bandar dan Luar Bandar’ telah menyatakan pandangan bersetuju dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri dan berpendapat sekolah-sekolah di kawasan luar Bandar akan selalu ketinggalan dalam pencapaian akademiknya kerana semua pelajar yang pandai sudahpun keluar meninggalkan kampung. Pendapat yang dipetik dari artikel ‘Mengurus Jurang Pendidikan’ dari blog u-wartawan yang dimiliki oleh Astro Awani, menyatakan hal jurang perbezaan dalam pencapaian tersebut
  • 4. bukanlah suatu yang baru dan memperlihatkan terdapat pengagihan pendidikan yang ketara. Perbezaan pencapaian itu juga membayangkan adanya perbezaan-perbezaan dalam pelbagai aspek yang terus membayangi segala keciciran dalam keputusan peperiksaan dan prasarana, dan apakah jurang itu boleh dirapatkan atau ia sebenarnya semakin melebar. Hakikatnya juga, ramai anak-anak luar bandar terpencil yang berjaya dalam pendidikan dan kini menjawat kedudukan tinggi dalam kerjaya masing-masing. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom menyatakan kepada Bernama Utusan pada 19 November 2009, dari segi jurang pencapaian antara bandar dan luar bandar dalam matapelajaran Matematik, beliau berkata, tiada perbezaan ketara walaupun penguasaan mereka dalam matapelajaran itu meningkat setiap tahun. Peratusan murid luar bandar yang menguasai kemahiran Matematik dan mendapat Gred ABCD mata pelajaran Matematik pada PMR 2007 adalah 84.5 peratus berbanding 88.2 peratus murid bandar. Menurut kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang dipetik dari Berita Harian pada 11 Mac 2010, jurang perbezaan pencapaian pelajar bandar dan luar bandar dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini masih ketara. Beliau yang juga Menteri Pelajaran, berkata beberapa usaha dan langkah sedang diambil bagi mengurangkan seterusnya mengatasi jurang berkenaan secara berperingkat-peringkat. Pada 11 Mac 2010, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Dato’ Hj. Alimuddin bin Hj. Mohd Dom semasa mengumumkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia, berkata usaha untuk merapatkan jurang prestasi antara bandar dan luar bandar perlu dipergiatkan lagi sewaktu mengumumkan keputusan SPM 2009. Ini adalah statistik yang membuktikan kenyataan beliau. Menurut laporan Jawatankuasa Pemandu Peningkatan Prestasi dalam Matematik (PPK), (1991 dalam lampiran Kementerian Pendidikan Malaysia) kepada sekolah-sekolah telah menyatakan, “…terdapat sebilangan sekolah yang mendapat pencapaian yang kurang baik, terutamanya sekolah-sekolah di luar Bandar. Di sekolah rendah, pencapaian matematik dalam UPSR bagi kebanyakan sekolah adalah kurang daripada 50%”.
  • 5. Satu kajian telah dibuat oleh Kementerian Pendidikan, seperti mana yang disiarkan di dalam The Star, 1991 bahawa taraf matematik sekolah rendah di luar bandar tidak langsung memuaskan. Menurut Azlina (2003), ‘Masalah Pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris di kalangan Pelajar Tingkatan Dua Luar Bandar’ (Johari Surif, Nor Hasniza Ibrahim, Meor Ibrahim Kamaruddin) Matematik adalah antara mata pelajaran yang dianggap sebagai ‘killer subject’ terutamanya di kalangan pelajar luar bandar. Hal ini dibuktikan melalui pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Matematik dan merujuk kepada Jadual 1, didapati tidak ramai pelajar yang memperolehi keputusan yang cemerlang dengan mendapat gred A dalam peperiksaan pertengahan tahun di kalangan pelajar tingkatan 2 sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan di daerah Pontian. Majoriti pelajar mendapat gred C dan terdapat juga pelajar yang gagal. 4.0 MENGAPA BERLAKU Dari hasil yang diperolehi mendapati terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi kewujudan permasalahan di kalangan pelajar untuk menguasai Matematik yang diajarkan dalam Bahasa Inggeris. Dan disebabkan ini jugalah mungkin berlakunya perbezaan pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar di mana pelajar-pelajar bandar mungkin kurang menghadapi masalah walaupun matematik diajar di dalam Bahasa Inggeris kerana mereka lebih diberi dan mendapat pendedahan Bahasa Inggeris di kalangan keluarga dan masyarakat sekeliling berbanding para pelajar luar bandar. Antara faktor-faktor tersebut yang ketara dapat dilihat ialah dari segi: 4.1 Permasalahan Pembelajaran Matematik Dalam Bahasa Inggeris. Dari segi permasalahan pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris dapat dijelaskan dari segi dua faktor iaitu: 4.1.1 Pengajaran Guru Dalam Bahasa Inggeris
  • 6. Guru juga merupakan faktor utama menyumbang kepada kecemerlangan pelajar dalam akademik. Guru yang bijaksana akan menjadikan proses pengajaran sesuatu yang bermanfaat (Widad, 1998). Menurutnya lagi kecekapan dan keberkesanan seseorang guru memainkan peranan yang penting sebagai pembimbing atau model kerana ia akan mempengaruhi pelajar untuk menunjukkan sikap yang positif terhadap pencapaian akademik. Menurut Robiah (1994), faktor pengajaran guru sangat memberikan kesan kepada corak pembelajaran dan penglibatan pelajar dalam Matematik. Di samping itu, daya tarikan sesuatu pelajaran amat bergantung kepada kemahiran mengajar dan pengajaran guru (Kamaruddin, 1989). Sesuatu pengajaran yang baik dan berkesan memerlukan guru yang pandai dan berkebolehan mempelbagaikan kaedah, teknik dan aktiviti yang dijalankan dalam pengajarannya. 4.1.2 Tahap Penguasaan Bahasa Inggeris Pelajar. Menurut Fathman (1986), kejayaan seseorang dalam mata pelajaran bahasa kedua dipengaruhi oleh ciri-ciri individu pelajar itu sendiri. Pelajar yang bermasalah adalah pelajar yang tidak dapat berkomunikasi dengan baik serta mempunyai asas bahasa Inggeris yang lemah. Erwin (1984), mendapati bahawa dengan kekerapan latihan sahaja seseorang mungkin tidak dapat menguasai bahasa yang dipelajari. Ianya perlu ditambah dengan pemahaman nahu dan pembinaan ayat untuk penguasaan bahasa yang dipelajari. Polisi kerajaan Malaysia menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa terpenting selepas bahasa Melayu. Walaupun bahasa Inggeris menjadi bahasa kedua terpenting selepas bahasa Melayu, namun kurang daripada 10 peratus rakyat Malaysia yang boleh menggunakan bahasa Inggeris untuk berkomunikasi (Fasold, 1999). Menurut Taib (1998), penggunaan bahasa Inggeris di Malaysia hanya tertumpu kepada golongan atasan sahaja. Kesan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris terhadap pencapaian pelajar masih berada pada tahap yang sederhana (Farahasnida, 2004). Hasil kajian mendapati, kesediaan pelajar kurang mencukupi dan menghadapi banyak masalah semasa proses pengajaran dan pembelajaran (Yen Yeong, 2004). Masalah-masalah yang dihadapi oleh para pelajar adalah masalah dengan sebutan dan pemahaman istilah Matematik dalam bahasa Inggeris serta masalah dalam menstrukturkan ayat. Ini menyebabkan pelajar jarang bertanya soalan kerana kesukaran untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. 4.2 Pelajar
  • 7. Dari segi pelajar pula, faktor-faktor yang menyebabkan wujudnya jurang ini juga dapat dijelaskan dengan membahagikan kepada 2 faktor iaitu: 4.2.1 Minat Masalah perbezaan ini timbul juga mungkin disebabkan oleh minat yang mana mungkin pelajar sekitar bandar lebih mempunyai minat yg tinggi dalam usaha mempelajari matematik ini berbanding pelajar luar bandar. Hal in kerana mungkin pelajar luar bandar kurang diberi dorongan dalam pembelajaran mereka menyebabkan mereka kurang berminat dalam subjek matematik ini. Hal ini wujud mungkin disebabkan oleh faktor perbezaan pemikiran dalam diri ibu bapa masing-masing di mana sikap dan pemikiran ibu bapa yang duduk di bandar dan di luar bandar berbeza sama sekali. Hal ini adalah kerana, ibu bapa yang tinggal di bandar kebayakannya mempunyai kelayakan akedemik yang baik dan sudah tentulah menjawat jawatan yang tinggi berbanding ibu bapa yang tinggal di luar bandar yang kebanyakannya bekerja sebagai penoreh getah,petani dan sebagainya. Mereka sudah tentulah lebih memberi dorongan dan galakan kepada anak mereka agar lebih rajin dan berusaha dalam pelajaran tidak kiralah matapelajaran matematik atau sebagainya kerana mereka lebih mengetahui betapa pentingnya pencapaian pelajaran anak-anak mereka berbanding ibu bapa dari luar bandar yang mana kurang memberi perhatian terhadap pelajaran anak-anak mereka. Melalui satu artikel iaitu bertajuk “Minat tentukan", menyatakan minat boleh menentukan kecemerlangan atau kemunduran seseorang pelajar di dalam matematik (“Minat tentukan", 2002, m.s. 1). Akibat tidak berminat terhadap matematik, sudah tentulah murid tersebut tidak akan memberikan tumpuan yang sepenuhnya terhadap pengajaran guru di dalam kelas. 4.2.2 Sikap Faktor sikap amat penting dalam menentukan tahap kejayaan yang dicapai oleh pelajar-pelajar dalam mata pelajaran tertentu. Ramai pengkaji (Ha Pick Yieng, 2000; Noriah Jahari, 1999; Md Nasir Yaacob, 2000; Tee Poh Wah, 1989) telah melakukan kajian masing-masing mengenai sikap pelajar terhadap matematik dan cuba menghubungkaitkannya dengan pencapaian. Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1987, m.s 174), “pengaruh sikap dan nilai terhadap pencapaian adalah penting lebih-lebih lagi apabila melibatkan kelas sosial dan taraf sosio ekonomi”. Dan seperti
  • 8. yang kita ketahui, sudah tentulah kelas ekonomi dan taraf sosio ekonomi pelajar luar bandar adalah rendah berbanding pelajar bandar. Dan hal ini secara tidak langsung menimbulkan sikap yang negatif pelajar sekolah luar bandar terhadap matematik dan ia sudah tentulah akan mempengaruhi prestasi dan pencapaian pelajar dalam matematik. Berbanding dengan pelajar sekolah bandar yang mempunyai taraf sosio ekonomi yang tinggi, sudah tentulah mempunyai ransangan dan dorongan positif daripada ibu bapa mereka yang seperti diketahui mempunyai banyak masa untuk diluangkan dengan anak-anak berbanding ibu bapa pelajar sekolah luar bandar yang terpaksa bekerja keras siang dan malam. Dan ini, dapat membentuk sikap yang positif kepada matematik di kalangan pelajar sekolah bandar dan sekaligus dapat mencapai pencapaian yang tinggi berbanding sekolah luar bandar. 4.3 Ibu Bapa Di dalam mempertingkatkan pencapaian pelajar-pelajar di dalam pelajaran mereka, tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa dan keluarga mereka turut memainkan peranan yang penting. Oleh itu, tidak dapat dinafikan secara tidak langsung ibu bapa juga turut mempengaruhi sebab berlakunya perbezaan pencapaian dalam matematik antara sekolah bandar dan luar bandar. Hal ini kerana wujudnya perbezaan sikap antara ibu bapa luar bandar dan bandar. Perbezaan ini berlaku mungkin disebabkan oleh perbezaan akademik, taraf sosio ekonomi, kelas sosial dan pemikiran mereka. Seperti yang diketahui, ibu bapa dari kawasan bandar lebih memberi dorongan dan rangsangan agar anak-anak mereka rajin dalam pelajaran berbanding ibu bapa dari luar bandar. Ini mungkin disebabkan oleh perbezaan akademik dan pemikiran yang dinyatakan sebentar tadi. Ibu bapa merupakan orang yang pertama pelajar-pelajar kenali di dalam hidup mereka. Pepatah inggeris yang berbunyi “The hand that rocks the cradle rules the world” yang membawa pengertian “Tangan yang menghayun buaian itulah yang memerintah dunia” sudah cukup menggambarkan betapa besarnya peranan yang dimainkan oleh ibu bapa. Dua orang ahli matematik iaitu Poffenberger dan Norton (Md. Rodzi, 1998) menyatakan bahawa ibu bapa memainkan peranan langsung di dalam mempengaruhi sikap pelajar. Khususnya dalam subjek matematik melalui faktor psikologi dan sosial. Setiap perlakuan ibu bapa akan menjadi ikutan kepada anak-anak baik dari segi psikologi mahupun sosial.
  • 9. 4.4 Sosio Ekonomi Faktor sosio ekonomi juga turut menyumbang kepada perbezaan pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar. Hal ini kerana, jika hendak dibandingkan antara pelajar bandar dan luar bandar sudah tentulah taraf sosio ekonomi keluarga pelajar luar bandar kurang berbanding pelajar bandar. Hal ini dapat dibuktikan berdasarkan graf markah sosio ekonomi sekolah bandar iaitu Sekolah Menengah Seri perak iaitu sekolah menengah gred A, dan luar bandar iaitu Sekolah Menengah Ulu Bernam iaitu sebuah sekolah gred B, hasil kajian yang dilakukan oleh Bastiar bin md. Noh dalam tesisnya bertajuk hubungan persekitaran dan taraf sosio-ekonomi terhadap pencapaian matematik pelajar-pelajar tingkatan dua antara sekolah bandar dengan luar bandar (1991, m.s 36): 4.4.1 Perbandingan Sosio-Ekonomi 5 Kelas Markah Kekerapan 6 A 40 – 49 7 B 50 – 59 8 C 60 – 69 9 D 70 – 79 10 E 80 - 89 Min markah sosio ekonomi bagi sekolah bandar = 76.63 Min markah sosio ekonomi sekolah luar bandar = 59.10 Dari data yang dipaparkan dapat dilihat perbezaan dari segi taraf sosio ekonomi adalah amat ketara antara bandar dan luar bandar. 4.5 Sekolah Dari segi faktor penyebab iaitu sekolah turut dapat dijelaskan dari segi 2 aspek iaitu:
  • 10. 4.5.1 Lokasi Sebab berlakunya perbezaan pencapaian matematik sekolah bandar / luar bandar di mana dapat dilihat pencapaian matematik sekolah luar bandar kurang memberangsangkan berbanding di bandar kerana disebabkan oleh kedudukan sekolah-sekolah luar bandar itu sendiri menyebabkan kesukaran berhubung dengan pihak tertentu untuk menerima segala pembaharuan dari segi teknik dan peralatan yang terkini yang berkaitan dengan matapelajaran matematik. Murid luar bandar akan menghadapi banyak kesukaran berbanding dengan murid di bandar kerana banyak kemudahan yang terdapat di bandar sukar untuk didapati di luar bandar. Dengan itu mereka memerlukan kemampuan yang lebih untuk menangani masalah ini supaya keputusan peperiksaan mereka juga boleh dibanggakan. 4.5.2 Kemudahan Infrastruktur Dari segi kemudahan infrastruktur dan suasana pembelajaran, memang sesuatu yang tidak boleh dinafikan sekolah di bandar begitu lengkap kemudahan pembelajaran manakala di sesetengah sekolah luar bandar keadaan infrstruktur adalah kurang memuaskan. Hal ini turut diakui oleh Melayu, Nasional dalam artikelnya Pandangan Mengenai Jurang perbezaan pencapaian pelajar bandar dan luar bandar. Selain turut mengatakan bahawa faktor ini sudah tentu memberikan kesan kepada para pelajar. Apa yang ada di kalangan pelajar-pelajar di luar bandar adalah hanya semangat dan kekuatan diri semata-mata untuk meneruskan pembelajaran dengan kemudahan yang terhad. 5.0 CARA MENGATASI Hakikatnya kita haruslah mengambil langkah yang berterusan dalam memastikan kemajuan pendidikan di bandar seiring dengan pendidikan di kawasan luar bandar. Bagi mengatasi masalah ini, kami telah mengkategorikan beberapa faktor utama untuk mengatasi masalah ini. Di antaranya ialah: 5.1 Pelajar Banyak pendapat menyatakan bahawa untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu bidang termasuk belajar, individu harus memandang dan mempunyai sikap positif, barulah tumpuan dapat
  • 11. diberikan dan pencapaian terbaik terhasil (“Minat tentukan”, 2002, m.s. 1). Kemampuan pelajar dalam menangani masalah ini banyak dipengaruhi oleh sikap mereka sendiri selain dari faktor guru dan persekolahan (Samsudin Husin,2000, m.s. 41). Dalam menuju ke arah kecemerlangan matematik, kemantapan penguasaan asas murid amat perlu. Perkara ini memerlukan minat yang lebih pada diri murid. Murid yang dapat melahirkan minat terhadap matematik akan mencapai kejayaan yang baik. Sikap positif dan negatif pelajar terhadap sekolah menjadikan mereka sama ada bersedia memberi tumpuan dan perhatian atau sebaliknya. 5.2 Guru Guru harus kreatif untuk menangani masalah ini agar dapat mencari altenatif yang lebih baik dan berkesan ke arah memupuk minat murid terhadap pembelajaran matematik. Hubungan antara guru dengan murid juga memberi kesan kepada minat murid terhadap matematik terutama di kawasan luar bandar. Dalam masa yang sama, guru matematik adalah memainkan peranan sebagai penyampai dan penghurai ilmu berkenaan. Dari segi guru, aspek personaliti dan gaya pengajaran mereka amat penting. Pengajaran di bandar berbeza dengan pengajaran di luar bandar. Guru juga perlulah bijak dalam mempelbagaikan teknik pengajaran matematik agar mudah diterima oleh para pelajar. Penggunaan Program Pengayaan dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik merupakan salah satu cara mengatasi perbezaan pencapaian. 5.3 Ibu bapa dan persekitaran “Ibu bapa dan guru perlulah berusaha menyediakan persekitaran yang paling baik untuk perkembangan kanak-kanak. Faktor-faktor yang paling signifikan di dalam persekitaran ialah faktor-faktor yang menggalakkan suasana selamat, tenteram dan selesa. Potensi individu itu besar kemungkinan akan tercapai jika persekitarannya dapat memberikan berbagai jenis pengalaman kepada individu itu”( Sharifah Alawiyah Al Sagof (1987) yang dipetik dari tesis saudara Bastiar (1991) ). Dalam mencapai kecemerlangan matematik, sumbangan masyarakat amat besar. Jika masyarakat mempunyai tanggapan yang positif terhadap matematik, maka murid juga akan mempunyai pandangan yang positif terhadap matematik. Kesannya minat murid terhadap matematik akan bertambah. 5.4 Pengurusan Persekolahan
  • 12. Pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah dan pihak-pihak terbabit harus menyediakan laporan diagnsis yang mengandungi pencapaian pelajar. Organisasi bilik darjah memainkan peranan penting dalam menarik minat murid mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran matematik. Guru Besar/Pengetua selaku pentadbir organisasi sekolah hendaklah menerang dengan jelasnya perkara-perkara berhubung dengan Panitia Matematik seperti dari segi struktur dan organisasi, tujuan dan matlamatnya serta peranan-peranannya. 5.5 Kementerian Pelajaran Malaysia. Pada awal 1970 an Matematik Moden diperkenalkan bagi menggantikan Matematik Tradisional dimana kaedah ini diharapkan dapat merangsang pelajar membuat penaakulan. Menempatkan guru-guru matematik yang terbaik termasuk di luar bandar dan bandar. Memantapkan perkhidmatan prasekolah di luar bandar di mana membina lebih 2,400 kelas yang akan memberi faedah kepada hampir 61,000 kanak-kanak di seluruh negara serta penyediaan latihan guru pra sekolah dan kemudahan komputer di kebanyakan sekolah luar bandar (Utusan Malaysia, 6 Oktober 2006). Perlu memberi fokus dalam usaha bagi merapatkan jurang pendidikan untuk merapatkan jurang perbezaan antara sekolah bandar dengan luar bandar. Pembangunan infrastruktur di mana KPM telah bekerjasama dengan NationalImplementation Task Force (NITF) untuk menambah baik serta mendapat peruntukan tambahan di bawah Projek Berimpak Tinggi NITF. 6.0 REFLEKSI (MAKLUM-BALAS SETELAH PERBENTANGAN) Berdasarkan apa yang telah dibentang berkenaan tajuk kumpulan kami, terdapat pendapat di kalangan pendengar mengemukakan pendapat menyatakan bahawa berlakunya jurang perbezaan ini adalah disebabkan oleh faktor utama iaitu faktor Ibu Bapa. Hal ini kerana sikap ibu bapa amat mempengaruhi pembelajaran anak-anak mereka. Di dalam mempertingkatkan pencapaian pelajar-pelajar di dalam pelajaran mereka, tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa dan keluarga mereka turut memainkan peranan yang penting. Oleh itu, tidak dapat dinafikan secara tidak langsung ibu bapa juga turut mempengaruhi sebab berlakunya perbezaan pencapaian dalam matematik antara sekolah bandar dan luar bandar. Selain itu, isu berkenaan Sekularisme Pendidikan juga turut dibangkitkan di mana mereka menyatakan bangsa Melayu lebih
  • 13. menekankan pelajaran Agama dengan menghantar anak-anak mereka ke kelas Agama berbanding bangsa lain yang mana lebih menekankan pencapaian akademik.