SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 16
Seminar Pembangunan Bakat

APA BAKAT SAYA?
“Bakat anda adalah masa hadapan anda”




            Disediakan Oleh:




                                        1
1.0 RASIONAL



         "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah
  memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
 untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
   emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
  berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan
 berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
       keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."
                     --Falsafah Pendidikan Kebangsaan--


      Dalam usaha membangunkan generasi masa hadapan yang cemerlang,
penekanan kepada potensi individu pelajar memainkan peranan penting. Bakat
dan kelebihan semula jadi pelajar, jika dikenal pasti dan bangunkan secara sedar
sistematik , bakal menjadi sumber kejayaan jangka masa panjang pelajar. Apabila
pelajar mengetahui bakat dan kelebihan diri sendiri, maka proses pendidikan akan
lebih bermakna dan mereka tidak akan mempersiakan masa hadapan mereka
dengan perkara yang tidak baik dan memudaratkan.


      Tambahan     pula   ekonomi   masa    hadapan    yang   berteraskan   ilmu
pengetahuan sangat mementingkan kreativiti dan inovasi individu. Makanya faktor
bakat individu adalah menjadi keutamaan strategik. Cabaran kita adalah untuk



                                                                                2
memastikan para pelajar yang keluar sistem pendidikan kita membangunkan bakat
mereka secara maksimum.


      Disamping      itu,    Kementerian     Pelajaran      Malaysia     baru-baru    ini
mengumumkan perlaksanaan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK)
yang mana memberikan penekanan holistik terhadap perkembangan pendidikan
pelajar. Di bawah sistem baru ini, pergantungan kepada pernilaian peperiksaan
akan dikurangkan sambil fokus kepada pembangunan bakat pelajar yang
bersepadu melalui penaksiran personaliti, penglibatan aktiviti dan sebagainya.


      Sejajar   dengan       aspirasi   Kementerian      Pelajaran     Malaysia,   Talent
Development Consulting selaku peneraju latihan pembangunan bakat di Malaysia,
mencadangkan untuk menganjurkan Seminar Pembangunan Bakat ‘APA BakAT
SAYA? di sekolah-sekolah seluruh negara. Seminar ini bertujuan memberi
kesedaran dan mendefinisikan semula maksud kepintaran. Ia cuba menanam
keyakinan diri bahawa maksud kejayaan adalah luas dengan mendedahkan kisah-
kisah tokoh individu yang telah menempah nama mereka pada hari ini. Daripada
Chef Wan sehingga kepada Datuk Lat dan banyak lagi. Seminar ini cuba
membawa pembaharuan bahawa setiap orang unik maka jalan penyelesaian yang
berbeza diperlukan. Bukan sekadar menyatakan bahawa hanya terdapat satu cara
sahaja untuk berjaya.


      Program ini juga cuba mengupas dan mendedahkan bagaimana tokoh yang
telah berjaya pada hari ini berjaya. Pelajar dibawa dengan melihat kejayaan
daripada perspektif bakat.


      Dengan menghadiri seminar ini, pelajar sebenarnya diperkenalkan dengan
pelajaran paling besar dalam hidup mereka. Program ini memberi kesedaran
mengenai rahsia diri yang berbeza antara individu lain baik adik beradik sendiri.


      Kesannya, pelajar akan lebih berminat untuk ke sekolah. Mereka
merasakan bahawa wujudnya perkara lain yang penting untuk dibangunkan


                                                                                       3
dengan menghadiri ke sekolah selain berjaya dalam bidang akademik. Ini secara
tidak langsung membuatkan mereka bertenaga dan berkeyakinan terhadap diri
sendiri. Selain daripada itu, seminar ini bertujuan membentuk perspektif baru
bahawa kejayaan adalah subjektif mempunyai maksud yang luas.




2.0 OBJEKTIF


Objektif seminar ini adalah seperti berikut:
       2.1 Menjadi platform bagi peserta mengenal pasti keistimewaan dan bakat
          peribadi.
       2.2 Membangkitkan kesedaran diri peserta mengenai keunikan dan
          kehebatan peribadi.
       2.3 Membangunkan potensi diri peserta dalam mengoptimumkan proses
          pembelajaran.
       2.4 Membantu peserta mengenali personaliti diri dan personaliti belajar bagi
          memudahkan mereka mengadaptasi diri pada posisi pembangunan
          bakat yang tepat.
       2.5 Membantu pihak berkepentingan sama ada ibu bapa ataupun sekolah
          dalam mengenal pasti keistimewaan, bakat diri dan personaliti belajar
          peserta bagi perancangan pelan pembangunan bakat yang lebih
          sistematik.


3.0 KANDUNGAN SEMINAR APA BAKAT SAYA?


   3.1 Ceramah ‘Saya adalah unik’
       Sinopsis




                                                                                 4
Ia suatu ceramah perkongsian mengenali proses pembangunan bakat
   sebagai suatu usaha mencipta masa hadapan yang gemilang. Slot interaktif
   ini dikendalikan oleh Encik Ahmad Naim Jaafar, pengasas Sekolah Bakat
   dan juga Pengarah Eksekutif, Talent Development Consulting.


3.2 Kajian kes mengenai resipi kejayaan tokoh yang sudah berjaya.
   Sinopsis
   Slot ini mengupas resipi kejayaan tokoh hebat pelbagai bidang. Ia penting
   untuk mengenal pasti faktor kekuatan setiap bakat kendiri individu di
   samping menanamkan motivasi ke dalam diri peserta. Berikut adalah tokoh
   pilihan Sekolah Bakat:


         -Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah
         -Dato’ A. Samad Said
         -Datuk Siti Nurhaliza
         -Tun Dr. Mahathir Mohamad
         - Datuk Lat
         -Chef Wan
         -Ibrahim Hussein
         -Datuk Nicol Ann David
         -Hijjas Kasturi
         -Faisal Tehrani
         -Rozita Bte Ibrahim
         -Habsah Hassan
         -Datuk Abdul Wahid Omar
         -Datuk Dr.Jamilah Mahmood
         -Mahathir Lokman
         -Dato’ Tony Fernandes
         -Eng Tay
         -Dato Jimmy Choo
         -Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary
         -Prof. Dr.Sidek Baba


                                                                          5
3.3 Apa itu ‘Sekolah Bakat’?
   Sinopsis
   Slot ini menjawab persoalan?
      •   Adakah saya berbakat?
      •   Apa bakat saya?
      •   Bagaimana sekolah bakat dapat membantu dalam membangunkan
          bakat saya?
      •   Adakah saya mampu berjaya dengan bakat?
   Slot ini juga akan mengetengahkan tentang:
   1.Mitos Kejayaan
      Mitos 1 : Sama ada saudara pandai ataupun tidak pandai,itu sahaja
      Mitos 2 : Jika saudara gagal dalam peperiksaan,saudara gagal dalam
      hidup
      Mitos 3 : Seseorang dianggap pandai jika IQ tinggi
      Mitos 4 :Sudah ditakdirkan ada pelajar genius dan pelajar lembap
      Mitos 5 :Skor A sebagai lesen agung kejayaan
       Mitos 6 :Jika saudara dapat nombor 34 di dalam kelas, maknanya
       saudara tidak mempunyai motivasi, bermasalah dan tidak ada masa
       hadapan
   2.Kecenderungan
      Membongkar rahsia memaksimumkan penggunaan potensi otak kanan
      dan kiri sesuai dengan bakat dan kelebihan semula jadi peserta.
   3.Kepintaran pelbagai (Multiple intelligence)
      Setiap daripada memiliki kebijaksanaan dan proses pembelajaran yang
      sesuai dengan kebijaksanaan kita yang dapat memberikan keputusan
      yang terbaik.
   4.Mendefinisikan semula maksud kepintaran
      Semua orang mampu cemerlang sesuai dengan kepintaran peribadi
      masing-masing. Kenal pasti kepintaran itu dan kembangkan demi
      kecemerlangan yang maksimum dan menggembirakan.



                                                                          6
4.0 BAHAN-BAHAN SEMINAR


   4.1 Buku ‘Apa bakat Saya?’
   4.2 Bantuan alatan untuk pembentangan
   4.3 Laporan dan Pelan Perancangan Pembangunan Bakat
   4.4 Banner, Bunting dan Backdrop stand




5.0 SASARAN
   •   Kumpulan sasaran terdiri daripada pelajar – pelajar sekolah rendah dan
       menengah
   •   Jumlah sasaran program adalah tidak kurang daripada 100 (bergantung
       kepada perbincangan).



6.0 TARIKH
   6.1 Tarikh bergantung kepada pihak sekolah.
   6.2 Hari cadangan adalah pada hujung minggu.


7.0 MASA*


Empat jam (Cadangan 8.30 pagi-12.30 tengahari)
* Bergantung kepada pihak sekolah



8.0 LOKASI
Berdasarkan perbincangan dengan Pihak Sekolah.


9.0 METODOLOGI SEMINAR




                                                                           7
Cadangan metodologi penyampaian kursus adalah seperti berikut:
            o Ceramah berpandukan modul ‘Apa Bakat Saya?’
            o Aktiviti berpasangan
            o Permainan kumpulan
            o Simulasi
            o Tayangan video
            o Refleksi mengenai bakat diri
            o Aktiviti rawak untuk pengukuhan pemahaman mengenai bakat




10.0 PAKEJ SEMINAR


    10.1 Pakej 1
    Bayaran Individu peserta
        •    Ceramah ‘Apa Bakat Saya?’
        •    Setiap pelajar diberi senaskhah buku ‘Apa Bakat Saya?’
        •    Buku ini membongkar rahsia dalam mengenal pasti dan membangun
             bakat sehingga berjaya.
        •    Laporan dan Pelan Perancangan Pembangunan Bakat
             (Laporan ini akan diserahkan kepada pihak sekolah seminggu selepas
             seminar)
        •    Jamuan disediakan oleh pihak sekolah
        •    Harga adalah RM50 bagi setiap peserta yang menyertai –(minimum
             100 orang peserta)
                     •   Cadangan:     Bayaran   perunding   (Consultancy   fees)
                         ditanggung oleh pihak Sekolah/PIBG dengan bayaran
                         dikenakan sebanyak RM50 bagi setiap pelajar yang
                         menyertai.
                     •   Cadangan:     Bayaran   perunding   (Consultancy   fees)
                         ditanggung oleh pihak Sekolah/PIBG iaitu RM30. Baki


                                                                               8
sebanyak RM20/orang ditanggung oleh pelajar yang
                       menyertai.




11.0 TENTATIF SEMINAR
8.30Pagi     :Pendaftaran
9.00 pagi    : Taklimat & Ice Breaking
9.30 Pagi    :Ceramah ‘Saya adalah unik’
             “Mencipta Masa Hadapan”
             Oleh : Saudara Ahmad Naim Jaafar
             Pengarah Eksekutif Pengasas Sekolah Bakat
10.30 Pagi   :Jamuan Pagi (jika perlu)
11.00 Pagi   :Kajian kes mengenai resipi kejayaan tokoh yang sudah berjaya
             -Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah
             -Dato’ A. Samad Said
             -Datuk Siti Nurhaliza
             -Tun Dr. Mahathir Mohamad
             -Datuk Lat
             -Chef Wan
             -Ibrahim Hussein
             -Datuk Nicol Ann David
             -Hijjas Kasturi
             -Faisal Tehrani
             -Rozita Bte Ibrahim


                                                                             9
-Habsah Hassan
             -Datuk Abdul Wahid Omar
             -Datuk Dr.Jamilah Mahmood
             -Mahathir Lokman
             -Dato’ Tony Fernandes
             -Eng Tay
             -Dato Jimmy Choo
             -Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary
             -Tan Sri Alimuddin Mohd Dom (Ketua Pengarah Pelajaran)
             -Prof Sidek Baba
         .
12.30 Tghari : Makan tengahari
2.00 Petang : Apa itu ‘Sekolah Bakat’?
         •   Mitos kejayaan.1001 perkara tentang mitos kejayaan yang perlu
             anda tahu.
         •   Kecenderungan
             Otak kanan VS Otak kiri
         •   Apa itu kepintaran pelbagai?
         •   Mendefinisikan kejayaan masa hadapan
3.30 Petang : Aktiviti berkumpulan
4.30 Petang : Jamuan Petang
5.30 Petang : Bersurai




                                                                        10
12.0 PENUTUP


        Kesedaran tentang bakat penting dalam proses membentuk sebuah
masyarakat yang yakin terhadap diri dan seterusnya dapat menyumbang terhadap
kemajuan negara. Bakat adalah satu aset dan dengan meletakkannya pada
tempat yang betul, kita mampu pergi lebih jauh lagi dari segi konteks kejayaan.


        Seminar ini menyedarkan pelajar bahawa mereka mempunyai potensi yang
besar. Selain itu, seminar ini bertujuan untuk meraikan bakat dan cuba melihat
pada kesamaan iaitu betapa pentingnya proses pembangunan bakat pada diri
seseorang.


        Tambahan, seminar ini diharap memberi kesedaran pada ibu bapa tentang
kepentingan pembangunan bakat. Membuat mereka sedar dan mula melihat anak
mereka daripada perspektif bakat dan bukannya keputusan peperiksaan semata-
mata.


        Tiada apa yang paling bermakna melainkan anugerah yang diberi
digunakan pada tempatnya. Marilah bersama-sama meraikan bakat yang ada
pada diri. Seminar ‘Apa Bakat Saya?’ adalah oasis untuk meraikan bakat pelajar.


                                                                                  11
Semoga dengan kerjasama pihak sekolah dalam usaha membangun bakat,
dapat memenuhi inspirasi “Pelan Induk Pembangunan Pendidikan” terutama teras
membangun modal insan.


Disediakan Oleh
Talent Development Consulting




                                                                   Lampiran 1


                  PROFIL PENGASAS & PENCERAMAH UTAMA




      Pengasas & Pengarah Eksekutif Talent Development Consulting

Ahmad Naim Jaafar adalah pengasas Program Sekolah Bakat dan juga Pengarah
Eksekutif Talent Development Consulting. Berkelulusan dan berpengalaman dalam
bidang perundangan korporat. Memiliki Pengalaman luas dalam bidang latihan
modal insan di seluruh Malaysia melalui kursus, seminar dan persidangan. Beliau
menghasilkan 10 buah buku dalam bidang pengurusan, kecantikan dan
ketampanan sosial dan kepimpinan organisasi. Beliau bertanggungjawab
memperkenalkan konsep latihan pembangunan bakat ke Malaysia melalui


                                                                            12
kerjasama dengan organisasi korporat dalam aktiviti tanggungjawab sosial
korporat (CSR). Beliau adalah ahli The Goerge Lucas Educational Foundation
yang beribu pejabat di California, Amerika Syarikat.




                             Pengarah Eksekutif




                     Mohd Ikram Mohammad Nor Wazir

Mohd Ikram Mohammad Nor Wazir adalah Pengarah Eksekutif Talent
Development Consulting. Berpengalaman luas dalam bidang penerbitan sejak
beliau menyertai Kumpulan PTS. Menjadi ketua unit penerbitan PTS Millennia Sdn.
Bhd., anak syarikat kumpulan PTS yang menerbitkan buku-buku popular pelbagai
judul dan siri seperti buku motivasi, kepimpinan, pengurusan, kesihatan,
kecantikan, perhubungan, biografi, isu semasa, Islam kontemporari dan langkah
demi langkah. Beliau juga berpengalaman dalam menjadi jurulatih dan
penceramah dalam bidang pembangunan diri khususnya dalam bidang
kepimpinan, pengucapan awam dan kecantikan dan ketampanan sosial sejak
tahun 2000 sehingga kini.Beliau terlibat secara langsung daripada awal lagi


                                                                            13
dengan pengasas Program Sekolah Bakat iaitu Tuan Ahmad Naim Jaafar. Beliau
bertanggungjawab bersama-sama membangunkan konsep latihan pembangunan
bakat di bawah Talent Development Consulting.




                   Pengarah Projek & Perunding Utama




                           Mohd Helmi Md Suhaimi

Mohd Helmi Md Suhaimi merupakan seorang Perunding Profesional Talent
Development Consulting khusus untuk pembangunan diri serta motivasi.
Pemfokusan beliau adalah kepada individu, kumpulan dan juga organisasi seluruh
Malaysia sejak tahun 2001 sehingga kini. Berpengalaman luas memberikan
ceramah dan latihan kepada pelbagai kelompok masyarakat berbilang kaum dan
peringkat umur terdiri daripada pelbagai agensi dan kementerian. Beliau
berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi pengkhususan dalam
Ekonomi Islam di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kemudian beliau
menyambung Ijazah Sarjana (Master) di universiti yang sama. Beliau merupakan


                                                                           14
antara penerima Anugerah Pelajar Mithali Negeri Johor pada tahun 2000. Kini
merupakan Personaliti slot motivasi Radio SALAM FM kelolaan JAKIM dan juga
personaliti rancangan Motivasi Pagi TV3.




                                                                 Lampiran 2

                 Sekilas pandang mengenai Sekolah Bakat




                        Web:www.sekolahbakat.com

                 SELAMAT DATANG KE SEKOLAH BAKAT

      DI SINI, BAKAT DAN KELEBIHAN SEMULAJADI ANDA DIRAIKAN

Sekolah Bakat adalah salah satu cabang program pembangunan bakat di bawah
kelolaan Talent Development Consulting. Sekolah bakat adalah sekolah yang
mana pelajar dihargai dan dinilai berdasarkan bakat dan kelebihan semula jadi
mereka. melalui siri pembangunan bakat, peserta melalui pengalaman belajar
secara menyeluruh mengenai kelebihan dan bakat semula jadi dan proses
pembangunan dan pengembangan bakat mereka. Sekolah bakat diasas
berteraskan kepada prinsip bahawa setiap individu mempunyai bakat dan
kelebihan semula jadi dan menjadi tugas sekolah bakat bagi menjadi platform


                                                                          15
dalam memberikan pengalaman belajar praktikal, ‘tiada peperiksaan standard’,
interaktif dan beronrientasikan masa hadapan. Di sekolah bakat, tiada pelajar yang
terasing dan tersisih kerana setiap daripada mereka dinilai berdasarkan bakat.




                                                                               16

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Sebelum majlis bermula
Sebelum majlis bermulaSebelum majlis bermula
Sebelum majlis bermula
Dayang Aimi
 
Panduan tugas-jawatankuasa-pertandingan
Panduan tugas-jawatankuasa-pertandinganPanduan tugas-jawatankuasa-pertandingan
Panduan tugas-jawatankuasa-pertandingan
fairyzan
 
Contoh format terkini contoh kertas kerja kkb
Contoh format terkini contoh kertas kerja kkbContoh format terkini contoh kertas kerja kkb
Contoh format terkini contoh kertas kerja kkb
Wan Suhaimi Wan Setapa
 
KERTAS KERJA KURSUS KEPIMPINAN 2020.pdf
KERTAS KERJA KURSUS KEPIMPINAN 2020.pdfKERTAS KERJA KURSUS KEPIMPINAN 2020.pdf
KERTAS KERJA KURSUS KEPIMPINAN 2020.pdf
AsmalizaMamat2
 
Laporan ceramah motivasi masih ada sinar
Laporan ceramah motivasi masih ada sinarLaporan ceramah motivasi masih ada sinar
Laporan ceramah motivasi masih ada sinar
Cik Bahari
 
Borang kategori 1a guru
Borang kategori 1a   guruBorang kategori 1a   guru
Borang kategori 1a guru
Sony Vaio
 
Kertas kerja forum intelek iii
Kertas kerja forum intelek iiiKertas kerja forum intelek iii
Kertas kerja forum intelek iii
Faten Norfatihah
 
CONTOH OPR - SKDA.docx
CONTOH OPR - SKDA.docxCONTOH OPR - SKDA.docx
CONTOH OPR - SKDA.docx
WMRabani
 
Skrip pengacara majlis sambutan pk kokurikulum baharu
Skrip pengacara majlis sambutan pk kokurikulum baharuSkrip pengacara majlis sambutan pk kokurikulum baharu
Skrip pengacara majlis sambutan pk kokurikulum baharu
Sanusi Mohd
 

Mais procurados (20)

Kertas cadangan hari terbuka pkg ampgn
Kertas cadangan hari terbuka pkg ampgnKertas cadangan hari terbuka pkg ampgn
Kertas cadangan hari terbuka pkg ampgn
 
Kertas kerja projek prs
Kertas kerja projek prsKertas kerja projek prs
Kertas kerja projek prs
 
Sebelum majlis bermula
Sebelum majlis bermulaSebelum majlis bermula
Sebelum majlis bermula
 
Panduan tugas-jawatankuasa-pertandingan
Panduan tugas-jawatankuasa-pertandinganPanduan tugas-jawatankuasa-pertandingan
Panduan tugas-jawatankuasa-pertandingan
 
Contoh format terkini contoh kertas kerja kkb
Contoh format terkini contoh kertas kerja kkbContoh format terkini contoh kertas kerja kkb
Contoh format terkini contoh kertas kerja kkb
 
Penilaian pertandingan keceriaan kelas
Penilaian pertandingan keceriaan kelasPenilaian pertandingan keceriaan kelas
Penilaian pertandingan keceriaan kelas
 
PLC Panitia .docx
PLC Panitia .docxPLC Panitia .docx
PLC Panitia .docx
 
KERTAS KERJA KURSUS KEPIMPINAN 2020.pdf
KERTAS KERJA KURSUS KEPIMPINAN 2020.pdfKERTAS KERJA KURSUS KEPIMPINAN 2020.pdf
KERTAS KERJA KURSUS KEPIMPINAN 2020.pdf
 
Borang dg44
Borang dg44Borang dg44
Borang dg44
 
Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) - Pendidikan Pembangunan Lestari /...
Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) - Pendidikan Pembangunan Lestari /...Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) - Pendidikan Pembangunan Lestari /...
Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) - Pendidikan Pembangunan Lestari /...
 
Laporan ceramah motivasi masih ada sinar
Laporan ceramah motivasi masih ada sinarLaporan ceramah motivasi masih ada sinar
Laporan ceramah motivasi masih ada sinar
 
Kertas kerja rehat minda 2019
Kertas kerja rehat minda 2019Kertas kerja rehat minda 2019
Kertas kerja rehat minda 2019
 
Borang kategori 1a guru
Borang kategori 1a   guruBorang kategori 1a   guru
Borang kategori 1a guru
 
Sijil-Penghargaan-Pengawas.doc
Sijil-Penghargaan-Pengawas.docSijil-Penghargaan-Pengawas.doc
Sijil-Penghargaan-Pengawas.doc
 
Kertas kerja forum intelek iii
Kertas kerja forum intelek iiiKertas kerja forum intelek iii
Kertas kerja forum intelek iii
 
PIKeBM Slide
PIKeBM SlidePIKeBM Slide
PIKeBM Slide
 
Sinopsis buku murni 2021
Sinopsis buku murni 2021Sinopsis buku murni 2021
Sinopsis buku murni 2021
 
Contoh pengiraan-skor-keberhasilan-pbppp
Contoh pengiraan-skor-keberhasilan-pbpppContoh pengiraan-skor-keberhasilan-pbppp
Contoh pengiraan-skor-keberhasilan-pbppp
 
CONTOH OPR - SKDA.docx
CONTOH OPR - SKDA.docxCONTOH OPR - SKDA.docx
CONTOH OPR - SKDA.docx
 
Skrip pengacara majlis sambutan pk kokurikulum baharu
Skrip pengacara majlis sambutan pk kokurikulum baharuSkrip pengacara majlis sambutan pk kokurikulum baharu
Skrip pengacara majlis sambutan pk kokurikulum baharu
 

Semelhante a Kertas Kerja Seminar Apa Bakat Saya

Proposal Kursus Kreativiti & Inovasi
Proposal Kursus Kreativiti & InovasiProposal Kursus Kreativiti & Inovasi
Proposal Kursus Kreativiti & Inovasi
Mohd Helmi Md Suhaimi
 
Kem kepimpinan pengawas 2014 pemasaran
Kem kepimpinan pengawas 2014 pemasaranKem kepimpinan pengawas 2014 pemasaran
Kem kepimpinan pengawas 2014 pemasaran
Kem Nur Hijrah
 
kebijakan dikti ttg kkni dan kurikulum
kebijakan dikti ttg kkni dan kurikulumkebijakan dikti ttg kkni dan kurikulum
kebijakan dikti ttg kkni dan kurikulum
Abi Muhlies
 

Semelhante a Kertas Kerja Seminar Apa Bakat Saya (20)

Kertas Kerja Kursus Eksplorasi Bakat Kepimpinan Sekolah
Kertas Kerja Kursus Eksplorasi Bakat Kepimpinan SekolahKertas Kerja Kursus Eksplorasi Bakat Kepimpinan Sekolah
Kertas Kerja Kursus Eksplorasi Bakat Kepimpinan Sekolah
 
Program Kemahiran Kejayaan
Program Kemahiran KejayaanProgram Kemahiran Kejayaan
Program Kemahiran Kejayaan
 
Seminar kerjaya
Seminar kerjayaSeminar kerjaya
Seminar kerjaya
 
Program Transformasi Minda
Program Transformasi MindaProgram Transformasi Minda
Program Transformasi Minda
 
Kem aspirasi perdana mergong
Kem aspirasi perdana mergongKem aspirasi perdana mergong
Kem aspirasi perdana mergong
 
Proposal Kursus Kreativiti & Inovasi
Proposal Kursus Kreativiti & InovasiProposal Kursus Kreativiti & Inovasi
Proposal Kursus Kreativiti & Inovasi
 
Learning organization
Learning organizationLearning organization
Learning organization
 
Guru cerdas dan mencerdaskan anak bangsa yang berwawasan global
Guru cerdas dan mencerdaskan anak bangsa yang berwawasan globalGuru cerdas dan mencerdaskan anak bangsa yang berwawasan global
Guru cerdas dan mencerdaskan anak bangsa yang berwawasan global
 
Bengkel Perubahan Inovasi Minda
Bengkel Perubahan Inovasi MindaBengkel Perubahan Inovasi Minda
Bengkel Perubahan Inovasi Minda
 
2. pedagogi
2. pedagogi2. pedagogi
2. pedagogi
 
Elemen KBAT dalam pedagogi
Elemen KBAT dalam pedagogiElemen KBAT dalam pedagogi
Elemen KBAT dalam pedagogi
 
Kem kepimpinan pengawas 2014 pemasaran
Kem kepimpinan pengawas 2014 pemasaranKem kepimpinan pengawas 2014 pemasaran
Kem kepimpinan pengawas 2014 pemasaran
 
Learning organization
Learning organizationLearning organization
Learning organization
 
kebijakan dikti ttg kkni dan kurikulum
kebijakan dikti ttg kkni dan kurikulumkebijakan dikti ttg kkni dan kurikulum
kebijakan dikti ttg kkni dan kurikulum
 
Modul Pesyuma
Modul Pesyuma   Modul Pesyuma
Modul Pesyuma
 
kebijakan dikti ttg kkni dan kurikulum
 kebijakan dikti ttg kkni dan kurikulum kebijakan dikti ttg kkni dan kurikulum
kebijakan dikti ttg kkni dan kurikulum
 
Profesion Keguruan
Profesion Keguruan Profesion Keguruan
Profesion Keguruan
 
Aspirasi iTHINK 2015
Aspirasi iTHINK 2015Aspirasi iTHINK 2015
Aspirasi iTHINK 2015
 
Anjakan 10
Anjakan 10Anjakan 10
Anjakan 10
 
Anjakan 10
Anjakan 10Anjakan 10
Anjakan 10
 

Mais de Mohd Helmi Md Suhaimi

Proposal Talent Management & Succession Planning
Proposal Talent Management & Succession PlanningProposal Talent Management & Succession Planning
Proposal Talent Management & Succession Planning
Mohd Helmi Md Suhaimi
 

Mais de Mohd Helmi Md Suhaimi (20)

Bengkel Design Thinking
Bengkel Design ThinkingBengkel Design Thinking
Bengkel Design Thinking
 
How to Win People Heart & Mind
How to Win People Heart & MindHow to Win People Heart & Mind
How to Win People Heart & Mind
 
Building Creative & Innovative Culture
Building Creative & Innovative CultureBuilding Creative & Innovative Culture
Building Creative & Innovative Culture
 
Profil Ringkas INSPIRASI BAKAT
Profil Ringkas INSPIRASI BAKATProfil Ringkas INSPIRASI BAKAT
Profil Ringkas INSPIRASI BAKAT
 
Profil Inspirasi Bakat 2013
Profil Inspirasi Bakat 2013Profil Inspirasi Bakat 2013
Profil Inspirasi Bakat 2013
 
Pendaftaran Kementerian Kewangan, Inspirasi Bakat
Pendaftaran Kementerian Kewangan, Inspirasi BakatPendaftaran Kementerian Kewangan, Inspirasi Bakat
Pendaftaran Kementerian Kewangan, Inspirasi Bakat
 
Proposal Talent Management & Succession Planning
Proposal Talent Management & Succession PlanningProposal Talent Management & Succession Planning
Proposal Talent Management & Succession Planning
 
Seronok Bekerja
Seronok BekerjaSeronok Bekerja
Seronok Bekerja
 
Pakej Perkhidmatan INSPIRASI BAKAT
Pakej Perkhidmatan INSPIRASI BAKATPakej Perkhidmatan INSPIRASI BAKAT
Pakej Perkhidmatan INSPIRASI BAKAT
 
INSPIRASI BAKAT PROFILE
INSPIRASI BAKAT PROFILEINSPIRASI BAKAT PROFILE
INSPIRASI BAKAT PROFILE
 
Helmi Suhaimi
Helmi SuhaimiHelmi Suhaimi
Helmi Suhaimi
 
Helmi Suhaimi
Helmi SuhaimiHelmi Suhaimi
Helmi Suhaimi
 
Talent Development Consulting
Talent Development Consulting Talent Development Consulting
Talent Development Consulting
 
Innovation University
Innovation UniversityInnovation University
Innovation University
 
Talent Development Consulting NEW*
Talent Development Consulting NEW*Talent Development Consulting NEW*
Talent Development Consulting NEW*
 
Seminar Revolusi Bakat
Seminar Revolusi BakatSeminar Revolusi Bakat
Seminar Revolusi Bakat
 
SCHOOL OF TALENT Learning Center Project
SCHOOL OF TALENT Learning Center ProjectSCHOOL OF TALENT Learning Center Project
SCHOOL OF TALENT Learning Center Project
 
Bakat
BakatBakat
Bakat
 
Talent Revolution Workshop
Talent Revolution WorkshopTalent Revolution Workshop
Talent Revolution Workshop
 
Membina Pasukan Kelas Dunia
Membina Pasukan Kelas DuniaMembina Pasukan Kelas Dunia
Membina Pasukan Kelas Dunia
 

Último

PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
dpp11tya
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
ssuser35630b
 
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
NurindahSetyawati1
 

Último (20)

PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
 
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfMODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
HiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaHiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING...
PELAKSANAAN  + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY &  WAREHOUSING...PELAKSANAAN  + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY &  WAREHOUSING...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING...
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
 
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk HidupUT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 
presentasi lembaga negara yang ada di indonesia
presentasi lembaga negara yang ada di indonesiapresentasi lembaga negara yang ada di indonesia
presentasi lembaga negara yang ada di indonesia
 
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfMAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
 
PPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah Dasar
PPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah DasarPPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah Dasar
PPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah Dasar
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
 
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaIntegrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
 
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
 

Kertas Kerja Seminar Apa Bakat Saya

  • 1. Seminar Pembangunan Bakat APA BAKAT SAYA? “Bakat anda adalah masa hadapan anda” Disediakan Oleh: 1
  • 2. 1.0 RASIONAL "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara." --Falsafah Pendidikan Kebangsaan-- Dalam usaha membangunkan generasi masa hadapan yang cemerlang, penekanan kepada potensi individu pelajar memainkan peranan penting. Bakat dan kelebihan semula jadi pelajar, jika dikenal pasti dan bangunkan secara sedar sistematik , bakal menjadi sumber kejayaan jangka masa panjang pelajar. Apabila pelajar mengetahui bakat dan kelebihan diri sendiri, maka proses pendidikan akan lebih bermakna dan mereka tidak akan mempersiakan masa hadapan mereka dengan perkara yang tidak baik dan memudaratkan. Tambahan pula ekonomi masa hadapan yang berteraskan ilmu pengetahuan sangat mementingkan kreativiti dan inovasi individu. Makanya faktor bakat individu adalah menjadi keutamaan strategik. Cabaran kita adalah untuk 2
  • 3. memastikan para pelajar yang keluar sistem pendidikan kita membangunkan bakat mereka secara maksimum. Disamping itu, Kementerian Pelajaran Malaysia baru-baru ini mengumumkan perlaksanaan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) yang mana memberikan penekanan holistik terhadap perkembangan pendidikan pelajar. Di bawah sistem baru ini, pergantungan kepada pernilaian peperiksaan akan dikurangkan sambil fokus kepada pembangunan bakat pelajar yang bersepadu melalui penaksiran personaliti, penglibatan aktiviti dan sebagainya. Sejajar dengan aspirasi Kementerian Pelajaran Malaysia, Talent Development Consulting selaku peneraju latihan pembangunan bakat di Malaysia, mencadangkan untuk menganjurkan Seminar Pembangunan Bakat ‘APA BakAT SAYA? di sekolah-sekolah seluruh negara. Seminar ini bertujuan memberi kesedaran dan mendefinisikan semula maksud kepintaran. Ia cuba menanam keyakinan diri bahawa maksud kejayaan adalah luas dengan mendedahkan kisah- kisah tokoh individu yang telah menempah nama mereka pada hari ini. Daripada Chef Wan sehingga kepada Datuk Lat dan banyak lagi. Seminar ini cuba membawa pembaharuan bahawa setiap orang unik maka jalan penyelesaian yang berbeza diperlukan. Bukan sekadar menyatakan bahawa hanya terdapat satu cara sahaja untuk berjaya. Program ini juga cuba mengupas dan mendedahkan bagaimana tokoh yang telah berjaya pada hari ini berjaya. Pelajar dibawa dengan melihat kejayaan daripada perspektif bakat. Dengan menghadiri seminar ini, pelajar sebenarnya diperkenalkan dengan pelajaran paling besar dalam hidup mereka. Program ini memberi kesedaran mengenai rahsia diri yang berbeza antara individu lain baik adik beradik sendiri. Kesannya, pelajar akan lebih berminat untuk ke sekolah. Mereka merasakan bahawa wujudnya perkara lain yang penting untuk dibangunkan 3
  • 4. dengan menghadiri ke sekolah selain berjaya dalam bidang akademik. Ini secara tidak langsung membuatkan mereka bertenaga dan berkeyakinan terhadap diri sendiri. Selain daripada itu, seminar ini bertujuan membentuk perspektif baru bahawa kejayaan adalah subjektif mempunyai maksud yang luas. 2.0 OBJEKTIF Objektif seminar ini adalah seperti berikut: 2.1 Menjadi platform bagi peserta mengenal pasti keistimewaan dan bakat peribadi. 2.2 Membangkitkan kesedaran diri peserta mengenai keunikan dan kehebatan peribadi. 2.3 Membangunkan potensi diri peserta dalam mengoptimumkan proses pembelajaran. 2.4 Membantu peserta mengenali personaliti diri dan personaliti belajar bagi memudahkan mereka mengadaptasi diri pada posisi pembangunan bakat yang tepat. 2.5 Membantu pihak berkepentingan sama ada ibu bapa ataupun sekolah dalam mengenal pasti keistimewaan, bakat diri dan personaliti belajar peserta bagi perancangan pelan pembangunan bakat yang lebih sistematik. 3.0 KANDUNGAN SEMINAR APA BAKAT SAYA? 3.1 Ceramah ‘Saya adalah unik’ Sinopsis 4
  • 5. Ia suatu ceramah perkongsian mengenali proses pembangunan bakat sebagai suatu usaha mencipta masa hadapan yang gemilang. Slot interaktif ini dikendalikan oleh Encik Ahmad Naim Jaafar, pengasas Sekolah Bakat dan juga Pengarah Eksekutif, Talent Development Consulting. 3.2 Kajian kes mengenai resipi kejayaan tokoh yang sudah berjaya. Sinopsis Slot ini mengupas resipi kejayaan tokoh hebat pelbagai bidang. Ia penting untuk mengenal pasti faktor kekuatan setiap bakat kendiri individu di samping menanamkan motivasi ke dalam diri peserta. Berikut adalah tokoh pilihan Sekolah Bakat: -Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah -Dato’ A. Samad Said -Datuk Siti Nurhaliza -Tun Dr. Mahathir Mohamad - Datuk Lat -Chef Wan -Ibrahim Hussein -Datuk Nicol Ann David -Hijjas Kasturi -Faisal Tehrani -Rozita Bte Ibrahim -Habsah Hassan -Datuk Abdul Wahid Omar -Datuk Dr.Jamilah Mahmood -Mahathir Lokman -Dato’ Tony Fernandes -Eng Tay -Dato Jimmy Choo -Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary -Prof. Dr.Sidek Baba 5
  • 6. 3.3 Apa itu ‘Sekolah Bakat’? Sinopsis Slot ini menjawab persoalan? • Adakah saya berbakat? • Apa bakat saya? • Bagaimana sekolah bakat dapat membantu dalam membangunkan bakat saya? • Adakah saya mampu berjaya dengan bakat? Slot ini juga akan mengetengahkan tentang: 1.Mitos Kejayaan Mitos 1 : Sama ada saudara pandai ataupun tidak pandai,itu sahaja Mitos 2 : Jika saudara gagal dalam peperiksaan,saudara gagal dalam hidup Mitos 3 : Seseorang dianggap pandai jika IQ tinggi Mitos 4 :Sudah ditakdirkan ada pelajar genius dan pelajar lembap Mitos 5 :Skor A sebagai lesen agung kejayaan Mitos 6 :Jika saudara dapat nombor 34 di dalam kelas, maknanya saudara tidak mempunyai motivasi, bermasalah dan tidak ada masa hadapan 2.Kecenderungan Membongkar rahsia memaksimumkan penggunaan potensi otak kanan dan kiri sesuai dengan bakat dan kelebihan semula jadi peserta. 3.Kepintaran pelbagai (Multiple intelligence) Setiap daripada memiliki kebijaksanaan dan proses pembelajaran yang sesuai dengan kebijaksanaan kita yang dapat memberikan keputusan yang terbaik. 4.Mendefinisikan semula maksud kepintaran Semua orang mampu cemerlang sesuai dengan kepintaran peribadi masing-masing. Kenal pasti kepintaran itu dan kembangkan demi kecemerlangan yang maksimum dan menggembirakan. 6
  • 7. 4.0 BAHAN-BAHAN SEMINAR 4.1 Buku ‘Apa bakat Saya?’ 4.2 Bantuan alatan untuk pembentangan 4.3 Laporan dan Pelan Perancangan Pembangunan Bakat 4.4 Banner, Bunting dan Backdrop stand 5.0 SASARAN • Kumpulan sasaran terdiri daripada pelajar – pelajar sekolah rendah dan menengah • Jumlah sasaran program adalah tidak kurang daripada 100 (bergantung kepada perbincangan). 6.0 TARIKH 6.1 Tarikh bergantung kepada pihak sekolah. 6.2 Hari cadangan adalah pada hujung minggu. 7.0 MASA* Empat jam (Cadangan 8.30 pagi-12.30 tengahari) * Bergantung kepada pihak sekolah 8.0 LOKASI Berdasarkan perbincangan dengan Pihak Sekolah. 9.0 METODOLOGI SEMINAR 7
  • 8. Cadangan metodologi penyampaian kursus adalah seperti berikut: o Ceramah berpandukan modul ‘Apa Bakat Saya?’ o Aktiviti berpasangan o Permainan kumpulan o Simulasi o Tayangan video o Refleksi mengenai bakat diri o Aktiviti rawak untuk pengukuhan pemahaman mengenai bakat 10.0 PAKEJ SEMINAR 10.1 Pakej 1 Bayaran Individu peserta • Ceramah ‘Apa Bakat Saya?’ • Setiap pelajar diberi senaskhah buku ‘Apa Bakat Saya?’ • Buku ini membongkar rahsia dalam mengenal pasti dan membangun bakat sehingga berjaya. • Laporan dan Pelan Perancangan Pembangunan Bakat (Laporan ini akan diserahkan kepada pihak sekolah seminggu selepas seminar) • Jamuan disediakan oleh pihak sekolah • Harga adalah RM50 bagi setiap peserta yang menyertai –(minimum 100 orang peserta) • Cadangan: Bayaran perunding (Consultancy fees) ditanggung oleh pihak Sekolah/PIBG dengan bayaran dikenakan sebanyak RM50 bagi setiap pelajar yang menyertai. • Cadangan: Bayaran perunding (Consultancy fees) ditanggung oleh pihak Sekolah/PIBG iaitu RM30. Baki 8
  • 9. sebanyak RM20/orang ditanggung oleh pelajar yang menyertai. 11.0 TENTATIF SEMINAR 8.30Pagi :Pendaftaran 9.00 pagi : Taklimat & Ice Breaking 9.30 Pagi :Ceramah ‘Saya adalah unik’ “Mencipta Masa Hadapan” Oleh : Saudara Ahmad Naim Jaafar Pengarah Eksekutif Pengasas Sekolah Bakat 10.30 Pagi :Jamuan Pagi (jika perlu) 11.00 Pagi :Kajian kes mengenai resipi kejayaan tokoh yang sudah berjaya -Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah -Dato’ A. Samad Said -Datuk Siti Nurhaliza -Tun Dr. Mahathir Mohamad -Datuk Lat -Chef Wan -Ibrahim Hussein -Datuk Nicol Ann David -Hijjas Kasturi -Faisal Tehrani -Rozita Bte Ibrahim 9
  • 10. -Habsah Hassan -Datuk Abdul Wahid Omar -Datuk Dr.Jamilah Mahmood -Mahathir Lokman -Dato’ Tony Fernandes -Eng Tay -Dato Jimmy Choo -Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary -Tan Sri Alimuddin Mohd Dom (Ketua Pengarah Pelajaran) -Prof Sidek Baba . 12.30 Tghari : Makan tengahari 2.00 Petang : Apa itu ‘Sekolah Bakat’? • Mitos kejayaan.1001 perkara tentang mitos kejayaan yang perlu anda tahu. • Kecenderungan Otak kanan VS Otak kiri • Apa itu kepintaran pelbagai? • Mendefinisikan kejayaan masa hadapan 3.30 Petang : Aktiviti berkumpulan 4.30 Petang : Jamuan Petang 5.30 Petang : Bersurai 10
  • 11. 12.0 PENUTUP Kesedaran tentang bakat penting dalam proses membentuk sebuah masyarakat yang yakin terhadap diri dan seterusnya dapat menyumbang terhadap kemajuan negara. Bakat adalah satu aset dan dengan meletakkannya pada tempat yang betul, kita mampu pergi lebih jauh lagi dari segi konteks kejayaan. Seminar ini menyedarkan pelajar bahawa mereka mempunyai potensi yang besar. Selain itu, seminar ini bertujuan untuk meraikan bakat dan cuba melihat pada kesamaan iaitu betapa pentingnya proses pembangunan bakat pada diri seseorang. Tambahan, seminar ini diharap memberi kesedaran pada ibu bapa tentang kepentingan pembangunan bakat. Membuat mereka sedar dan mula melihat anak mereka daripada perspektif bakat dan bukannya keputusan peperiksaan semata- mata. Tiada apa yang paling bermakna melainkan anugerah yang diberi digunakan pada tempatnya. Marilah bersama-sama meraikan bakat yang ada pada diri. Seminar ‘Apa Bakat Saya?’ adalah oasis untuk meraikan bakat pelajar. 11
  • 12. Semoga dengan kerjasama pihak sekolah dalam usaha membangun bakat, dapat memenuhi inspirasi “Pelan Induk Pembangunan Pendidikan” terutama teras membangun modal insan. Disediakan Oleh Talent Development Consulting Lampiran 1 PROFIL PENGASAS & PENCERAMAH UTAMA Pengasas & Pengarah Eksekutif Talent Development Consulting Ahmad Naim Jaafar adalah pengasas Program Sekolah Bakat dan juga Pengarah Eksekutif Talent Development Consulting. Berkelulusan dan berpengalaman dalam bidang perundangan korporat. Memiliki Pengalaman luas dalam bidang latihan modal insan di seluruh Malaysia melalui kursus, seminar dan persidangan. Beliau menghasilkan 10 buah buku dalam bidang pengurusan, kecantikan dan ketampanan sosial dan kepimpinan organisasi. Beliau bertanggungjawab memperkenalkan konsep latihan pembangunan bakat ke Malaysia melalui 12
  • 13. kerjasama dengan organisasi korporat dalam aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR). Beliau adalah ahli The Goerge Lucas Educational Foundation yang beribu pejabat di California, Amerika Syarikat. Pengarah Eksekutif Mohd Ikram Mohammad Nor Wazir Mohd Ikram Mohammad Nor Wazir adalah Pengarah Eksekutif Talent Development Consulting. Berpengalaman luas dalam bidang penerbitan sejak beliau menyertai Kumpulan PTS. Menjadi ketua unit penerbitan PTS Millennia Sdn. Bhd., anak syarikat kumpulan PTS yang menerbitkan buku-buku popular pelbagai judul dan siri seperti buku motivasi, kepimpinan, pengurusan, kesihatan, kecantikan, perhubungan, biografi, isu semasa, Islam kontemporari dan langkah demi langkah. Beliau juga berpengalaman dalam menjadi jurulatih dan penceramah dalam bidang pembangunan diri khususnya dalam bidang kepimpinan, pengucapan awam dan kecantikan dan ketampanan sosial sejak tahun 2000 sehingga kini.Beliau terlibat secara langsung daripada awal lagi 13
  • 14. dengan pengasas Program Sekolah Bakat iaitu Tuan Ahmad Naim Jaafar. Beliau bertanggungjawab bersama-sama membangunkan konsep latihan pembangunan bakat di bawah Talent Development Consulting. Pengarah Projek & Perunding Utama Mohd Helmi Md Suhaimi Mohd Helmi Md Suhaimi merupakan seorang Perunding Profesional Talent Development Consulting khusus untuk pembangunan diri serta motivasi. Pemfokusan beliau adalah kepada individu, kumpulan dan juga organisasi seluruh Malaysia sejak tahun 2001 sehingga kini. Berpengalaman luas memberikan ceramah dan latihan kepada pelbagai kelompok masyarakat berbilang kaum dan peringkat umur terdiri daripada pelbagai agensi dan kementerian. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi pengkhususan dalam Ekonomi Islam di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kemudian beliau menyambung Ijazah Sarjana (Master) di universiti yang sama. Beliau merupakan 14
  • 15. antara penerima Anugerah Pelajar Mithali Negeri Johor pada tahun 2000. Kini merupakan Personaliti slot motivasi Radio SALAM FM kelolaan JAKIM dan juga personaliti rancangan Motivasi Pagi TV3. Lampiran 2 Sekilas pandang mengenai Sekolah Bakat Web:www.sekolahbakat.com SELAMAT DATANG KE SEKOLAH BAKAT DI SINI, BAKAT DAN KELEBIHAN SEMULAJADI ANDA DIRAIKAN Sekolah Bakat adalah salah satu cabang program pembangunan bakat di bawah kelolaan Talent Development Consulting. Sekolah bakat adalah sekolah yang mana pelajar dihargai dan dinilai berdasarkan bakat dan kelebihan semula jadi mereka. melalui siri pembangunan bakat, peserta melalui pengalaman belajar secara menyeluruh mengenai kelebihan dan bakat semula jadi dan proses pembangunan dan pengembangan bakat mereka. Sekolah bakat diasas berteraskan kepada prinsip bahawa setiap individu mempunyai bakat dan kelebihan semula jadi dan menjadi tugas sekolah bakat bagi menjadi platform 15
  • 16. dalam memberikan pengalaman belajar praktikal, ‘tiada peperiksaan standard’, interaktif dan beronrientasikan masa hadapan. Di sekolah bakat, tiada pelajar yang terasing dan tersisih kerana setiap daripada mereka dinilai berdasarkan bakat. 16