SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 14
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI DURIAN 
36000 TELUK INTAN, PERAK DARUL RIDZUAN 
KEMAHIRAN INGAT SIFIR 
MELALUI OPERASI DARAB DAN BAHAGI 
DALAM KALANGAN MURID-MURID TAHUN EMPAT DAN TAHUN LIMA 
MOHD FAIZUL HAFIZ BIN A. RAZAK 
( PPPS DG 41 ) 
JULAI 2009 
1
1.0. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU 
Selepas semua murid tahun empat dan tahun lima menduduki Ujian Pengesanan 1 
( Bulan April ) yang telah diadakan pada 31 Mac hingga 2 April 2009, penulis berasa dukacita 
dan terkejut kerana semua soalan yang melibatkan operasi darab dan bahagi dalam Matematik 
Kertas 1 dan Kertas 2 tidak dijawab dan jawapan yang diberikan adalah salah oleh murid-murid 
tersebut. Impaknya, peratus lulus Matematik tahun empat dan tahun lima dalam ujian tersebut 
ialah masing-masing 33 % dan 75 %. Penulis telah mengambil langkah segera dalam 
permasalahan ini dengan berjumpa murid-murid tersebut pada sesi pengajaran dan pembelajaran 
yang berikutnya. Kelemahan yang saya peroleh ialah murid-murid tidak menghafal sifir 
sepenuhnya. 
Penulis memandang serius kelemahan-kelemahan tersebut dan berusaha untuk 
menyelesaikan masalah melalui kajian tindakan saya yang bertajuk “ Meningkatkan Kemahiran 
Ingat Sifir Melalui Operasi Darab Dan Bahagi Dalam Kalangan Murid-Murid Tahun Empat Dan 
Tahun Lima ”. 
2.0. ISU KEPRIHATINAN 
Setelah penulis mendapati murid-murid tahun empat dan tahun lima tidak dapat 
menjawab soalan yang melibatkan operasi darab dan operasi bahagi, saya telah berusaha untuk 
menyelesaikan masalah tersebut melalui kajian tindakan penulis pada tahun 2009. 
Kajian tindakan penulis pada tahun ini memberi fokus kepada peringkat pertama iaitu 
meningkatkan kemahiran ingat sifir dan diteruskan dengan peringkat kedua iaitu menyelesaikan 
soalan yang melibatkan operasi darab dan bahagi. 
2
3.0. OBJEKTIF 
Objektif Umum : 
Pada akhir kajian tindakan ini, akan dapat : 
1. meningkatkan peratus lulus Matematik dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah 
( UPSR ). 
Objektif Khusus : 
Pada akhir kajian tindakan ini, murid-murid akan dapat : 
1. menyampaikan secara lisan sifir 2 hingga sifir 12 dengan baik dan lancar di hadapan guru 
Matematik. 
2. menjawab 8 daripada 10 soalan operasi darab yang diberikan dengan betul. 
3. menjawab 8 daripada 10 operasi bahagi yang diberikan dengan betul. 
4.0. KUMPULAN SASARAN 
Kajian tindakan ini menggunakan sampel kajian seramai tujuh orang yang terdiri 
daripada murid-murid tahun empat dan tahun lima Sekolah Kebangsaan Sungai Durian, 36000 
Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan. 
Jadual 1 : Bilangan Murid Mengikut Kelas dan Jantina 
Kelas Bilangan Murid ( Orang ) 
Lelaki Perempuan Jumlah 
4 Bestari 2 1 3 
5 Usaha 4 0 4 
Jumlah 6 1 7 
( Sumber : Sistem Maklumat Murid SK Sungai Durian ) 
5.0. PELAKSANAAN KAJIAN 
3
5.1. Tinjauan Masalah 
Sebelum kajian tindakan ini dijalankan, penulis telah membuat tinjauan dan mengenal 
pasti masalah melalui keputusan Ujian Pengesanan 1 ( Bulan April ) yang telah diadakan pada 31 
Mac hingga 2 April 2009. Keseluruhannya, murid-murid tahun empat dan tahun lima : 
i. tidak menjawab langsung soalan operasi darab dan bahagi. 
ii. tidak menjawab sebahagian soalan operasi darab dan bahagi. 
iii. menjawab salah soalan operasi darab dan bahagi. 
Selain itu, melalui sesi temu bual yang telah dijalankan, penulis mendapati murid-murid 
tahun empat dan tahun lima tidak lancar dalam sifir 2 hingga sifir 12. Ini diperkukuh lagi dengan 
soalan sifir diajukan secara rawak dalam tahun empat dan tahun lima. 
5.2. Analisis Masalah 
Hasil daripada tinjauan masalah tersebut, beberapa jadual di bina untuk menunjukkan 
dapatan kajian dalam kajian tindakan ini. 
Jadual 2 : Bilangan Murid Yang Menjawab Soalan Operasi Darab Dan Bahagi 
Soalan Operasi Bilangan Murid Yang Menjawab 
Betul 
( 8 dan ke atas ) 
Salah 
( 5 dan ke atas ) 
1 hingga 10 Darab 2 5 
11 hingga 20 Bahagi 1 6 
( Sumber : Latih Tubi Darab dan Bahagi ) 
Rumusan daripada jadual 2 yang di atas menunjukkan bilangan murid yang menjawab 
salah soalan darab lebih banyak daripada bilangan murid yang menjawab betul. Seramai 2 orang 
sahaja yang menjawab betul dan selebihnya seramai 5 orang telah menjawab salah. Ini 
menunjukkan hanya 28 % sahaja murid yang menjawab betul bagi soalan darab. Manakala bagi 
4
soalan bahagi hanya seorang sahaja yang menjawab betul dan 6 orang lagi menjawab salah. Ini 
menunjukkan hanya 14 % sahaja murid yang menjawab betul. 
Kenyataan yang di atas telah dikukuhkan lagi dengan analisis soal selidik yang telah 
penulis jalankan. Analisis tersebut adalah seperti yang berikut. 
Jadual 3 : Bilangan Murid Bersetuju Dengan Kenyataan Yang Berkaitan Matematik 
Soalan Bilangan Murid Yang 
Bersetuju 
1. Saya meminati mata pelajaran Matematik. 3 orang 
2. Saya suka guru Matematik saya. 7 orang 
3. Guru Matematik saya mengajar dengan jelas. 7 orang 
4. Guru Matematik saya memberikan latihan yang mencukupi. 7 orang 
5. Guru Matematik saya sering menyuruh saya menghafal 
7 orang 
sifir. 
6. Saya telah menghafal sifir 2 hingga sifir 4. 5 orang 
7. Saya telah menghafal sifir 5 hingga sifir 9. 3 orang 
8. Saya telah menghafal sifir 10 hingga sifir 12. 0 orang 
9. Saya boleh menyelesaikan soalan darab satu digit secara 
4 orang 
lisan. 
10. Saya boleh menyelesaikan soalan darab satu digit secara 
lazim. 
6 orang 
11. Saya boleh menyelesaikan soalan darab dua digit secara 
lisan. 
1 orang 
12. Saya boleh menyelesaikan soalan darab dua digit secara 
lazim. 
4 orang 
13. Saya boleh menyelesaikan soalan bahagi satu digit secara 
lisan. 
4 orang 
14. Saya boleh menyelesaikan soalan bahagi satu digit secara 
lazim. 
5 orang 
15. Saya boleh menyelesaikan soalan bahagi dua digit secara 
lisan. 
1 orang 
16. Saya boleh menyelesaikan soalan bahagi dua digit secara 
lazim. 
5 orang 
17. Saya boleh menyelesaikan soalan darab lebih daripada dua 
digit secara lisan dan lazim. 
0 orang 
18. Saya boleh menyelesaikan soalan bahagi lebih daripada 
dua digit secara lisan dan lazim. 
2 orang 
19. Saya sering bertanya dengan guru jika saya tidak faham 6 orang 
5
soalan darab dan bahagi. 
20. Saya sering membuat latihan tambahan di rumah. 4 orang 
21. Saya sering bertanya ahli keluarga saya jika saya tidak 
7 orang 
faham soalan darab dan bahagi. 
22. Saya senang faham jika guru saya mengajar dalam Bahasa 
Inggeris. 
2 orang 
23. Saya senang faham jika guru saya mengajar dalam Bahasa 
Melayu. 
7 orang 
24. Skim Baucer Tuisyen ( SBT ) dapat meningkatkan prestasi 
mata pelajaran Matematik saya. 
7 orang 
( Sumber : Fail Kajian Tindakan 2009 ) 
Rumusan daripada jadual yang di atas jelas menunjukkan murid-murid tahun empat dan 
tahun lima tidak menguasai sepenuhnya sifir dua hingga sifir 12. Ini dibuktikan dengan purata 
bilangan murid yang bersetuju dengan soalan 6 hingga soalan 8 adalah seramai dua orang murid 
sahaja. Kesannya, hanya purata seramai tiga orang murid sahaja yang berjaya menguasai 
menjawab soalan darab dan bahagi dalam pelbagai bentuk soalan. 
Penyataan masalah ini saya kukuhkan lagi dengan analisis Uji Sifir yang telah diadakan. 
Penulis menganalisis Uji Sifir tersebut dalam bentuk catatan minit. Analisis adalah seperti yang 
di sebelah. 
Jadual 4 : Bilangan Murid Yang Menjawab Uji Sifir Mengikut Catatan Minit 
Catatan Minit Bilangan Murid 
1 hingga 10 minit 0 orang 
11 hingga 20 minit 0 orang 
21 hingga 30 minit 1 orang 
31 hingga 40 minit 0 orang 
41 minit dan lebih 6 orang 
6
( Sumber : Fail Kajian Tindakan 2009 ) 
Rumusannya, murid-murid tahun empat dan tahun lima belum lagi menguasai sifir untuk 
menjawab soalan operasi darab yang telah diuji melalui program Uji Sifir yang dijalankan. 
Seramai seorang murid sahaja yang dapat menjawab dalam tempoh 30 minit. Ini tidak relevan 
dengan jumlah soalan yang diberikan iaitu sebanyak 10 soalan sahaja. 
Masalah ini dapat dikukuhkan buktinya melalui satu program Hafal Sifir yang dianjurkan 
oleh pihak panitia. Keputusan murid yang dapat menguasai setiap sifir dipamerkan seperti yang 
berikut. 
Jadual 5 : Bilangan Murid Yang Menghafal Sifir Dua Hingga Sifir 12 
Sifir Bilangan Murid 
Sifir 2 7 orang 
Sifir 3 7 orang 
Sifir 4 5 orang 
Sifir 5 5 orang 
Sifir 6 3 orang 
Sifir 7 3 orang 
Sifir 8 3 orang 
Sifir 9 2 orang 
Sifir 10 2 orang 
Sifir 11 1 orang 
Sifir 12 1 orang 
( Sumber : Fail Panitia Matematik SK Sungai Durian ) 
Rumusan daripada jadual yang di atas menunjukkan bilangan murid yang menghafal sifir 
semakin menurun. Penguasaan semua murid dalam sifir hanya dalam sifir dua dan sifir tiga 
sahaja. Manakala dalam sifir empat dan sifir lima masing-masing hanya lima orang dan sifir 
7
enam hingga sifir lapan hanya tiga orang sahaja. Sifir Sembilan hingga sifir 12 hanya dua dan 
tiga orang sahaja. Ini jelas menunjukkan murid-murid masih belum menguasai semua sifir. 
Hasil daripada pengumpulan semua data analisis yang diperoleh daripada pelbagai 
sumber jelas menunjukkan murid-murid tahun empat dan tahun lima tidak menguasai sifir dan 
sekaligus menyebabkan mereka tidak menguasai menjawab soalan yang melibatkan operasi 
darab dan bahagi. 
5.3. Tindakan Yang Dijalankan 
Setelah meneliti dan menganalisis masalah yang dikaji, dua kaedah tindakan telah dan 
akan dijalankan. Kaedah tindakan yang dijalankan ialah adalah :- 
5.3.1. Pembinaan Rumah Sifir 
Setiap kali sebelum menjawab soalan yang melibatkan operasi darab dan bahagi, penulis 
akan meminta semua murid tahun empat dan tahun lima membina rumah sifir. 
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 
2 4 6 8 10 12 14 16 18 20 22 24 
3 6 9 12 15 18 21 24 27 30 33 36 
4 8 12 16 20 24 28 32 36 40 44 48 
5 10 15 20 25 30 35 40 45 50 55 60 
6 12 18 24 30 36 42 48 54 60 66 72 
8
7 14 21 28 35 42 49 56 63 70 77 84 
8 16 24 32 40 48 56 64 72 80 88 96 
9 18 27 36 45 54 63 72 81 90 99 108 
10 20 30 40 50 60 70 80 90 100 110 120 
11 22 33 44 55 66 77 88 99 110 121 132 
12 24 36 48 60 72 84 96 108 120 132 144 
5.3.2. Ujian Pra. 
Ujian Pra Sifir akan diadakan sebelum program Hafal Sifir dijalankan. Ia bertujuan untuk 
menguji tahap kemampuan seseorang murid menguasai sifir 2 hingga sifir 12. Sebanyak 10 
soalan yang melibatkan operasi darab dan 10 soalan yang melibatkan operasi bahagi. 
Selepas keputusan ujian tersebut diperolehi, program Hafal Sifir dijalankan setiap subjek 
Matematik. 10 minit pertama akan digunakan untuk hafal sifir. Tempoh masa yang digunakan 
untuk program Hafal Sifir ialah selama 4 minggu sebelum Ujian Post dijalankan dengan 
menggunakan soalan yang sama dengan Ujian Pra. 
5.3.3. Ujian Post 
Ujian Post diadakan selepas program Hafal Sifir dijalankan. Sebanyak 10 soalan yang 
melibatkan operasi darab dan 10 soalan yang melibatkan operasi bahagi. Keputusannya adalah 
seperti yang di bawah. 
Jadual 6 ( I ) : Perbandingan Bilangan Murid Yang Menjawab Betul 
Dalam Soalan Operasi Darab dan Bahagi 
Soalan Operasi Bilangan Murid Yang Menjawab Betul 
Ujian Pra Ujian Post Beza 
Bil. % Bil. % Bil. % 
1 hingga 10 Darab 2 29 4 57 2 28 
11 hingga 20 Bahagi 1 14 4 57 2 43 
( Sumber : Fail Kajian Tindakan 2009 ) 
9
Jadual 6 ( II ) : Perbandingan Bilangan Murid Yang Menjawab Salah 
Dalam Soalan Operasi Darab dan Bahagi 
Soalan Operasi Bilangan Murid Yang Menjawab Salah 
Ujian Pra Ujian Post Beza 
Bil. % Bil. % Bil. % 
1 hingga 10 Darab 5 71 3 43 2 28 
11 hingga 20 Bahagi 6 86 3 43 3 43 
( Sumber : Fail Kajian Tindakan 2009 ) 
Walaupun keputusannya tidak memberangsangkan tetapi terdapat peningkatan dalam 
kedua-dua operasi yang dijalankan. Dalam operasi darab, bilangan murid yang menjawab betul 
dalam Ujian Pra hanya 2 orang sahaja atau 29 % manakala bilangan murid yang menjawab salah 
dalam Ujian Pra ialah 5 orang atau 71 %. 
Dalam operasi bahagi pula, bilangan murid yang menjawab betul dalam Ujian Pra hanya 
1 orang sahaja atau 14 % manakala bilangan murid yang menjawab salah dalam Ujian Pra ialah 6 
orang atau 86 %. 
Walaubagaimanapun, selepas Ujian Pra dijalankan, penulis telah mengambil langkah 
untuk mengatasi masalah ini dengan mengambil masa 10 minit masa pertama untuk menghafal 
dan membaca sifir 2 hingga sifir 12 selama 4 minggu. Kemudian, Ujian Post akan dijalankan. 
Hasilnya, berlaku peningkatan dalam murid yang menjawab betul dan berlaku penurunan 
dalam bilangan murid yang menjawab salah. Dalam operasi darab, peratus murid yang menjawab 
betul meningkat sebanyak 28 % atau seramai 4 orang atau 57 %. Manakala peratus murid yang 
menjawab salah menurun sebanyak 28 % atau seramai 3 orang atau 43 %. Dalam operasi bahagi, 
peratus murid yang menjawab betul meningkat sebanyak 43 % atau seramai 4 orang atau 57 %. 
Manakala peratus murid yang menjawab salah menurun sebanyak 28 % atau seramai 3 orang 
atau 43 %. 
10
5.4. Refleksi 
Hasil kajian tindakan yang telah penulis jalankan, kekuatan-kekuatan yang dapat 
ditunjukkan oleh guru Matematik ialah :- 
i. guru Matematik telah mengajar dengan jelas dan terang. 
ii. guru Matematik telah memberi latihan yang secukupnya kepada murid-murid. 
iii. guru Matematik sentiasa mengingatkan murid-murid supaya menghafal sifir. 
Kelemahan-kelemahan yang ditunjukkan oleh murid-murid ialah :- 
i. murid-murid tidak menghafal sifir. 
ii. murid-murid tidak memahami konsep darab dan bahagi. 
iii. Penguasaan bahasa Inggeris yang lemah. 
Bagi mengatasi semua kelemahan yang diperoleh, penulis telah mengambil masa 2 bulan untuk 
menyelesaikan masalah tersebut seperti yang telah dijelaskan dalam para 5 : Pelaksanaan Kajian. 
6. CADANGAN UNTUK TINDAKAN YANG SETERUSNYA 
Penulis mencadangakan untuk tindakan yang seterusnya ialah :- 
i. mengadakan program Mentor Mentee Matematik. Semasa perjumpaan bersama-sama 
murid dan mentor, satu sifir mesti dihafal dan dapat disampaikan dengan lancar di hadapan 
mentor. 
11
ii. Latih Tubi soalan asas operasi seperti tambah, tolak, darab dan bahagi setiap 2 minggu 
sekali dalam masa Matematik. 
iii. Kajian dalam aspek-aspek lain dalam bidang Matematik perlu diperluas sama ada oleh 
guru akademik biasa atau guru cemerlang Matematik dan dibentangkan di hadapan semua guru 
Matematik. 
7. BIBLIOGRAFI 
Azli Bin Abdul Kadir ( 2004 ), Kajian Tindakan ‘ Mengatasi Kelemahan Murid Dalam 
Menguasai Soalan Pecahan ’, Teluk Intan : Sekolah Kebangsaan Sungai Durian. 
Lee Gik Lean, Rabiyah Binti Fakir Mohd dan Wan Yusof Bin Wan Ngah ( 2005 ), Kurikulum 
Bersepadu Sekolah Rendah –KBSR : Mathematics Teacher’s Guidebook Year 5, Kuala 
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 
Marzita Binti Puteh, Mohamad Khairuddi Bin Yahya dan Santi Periasamy ( 2006 ), Kurikulum 
Bersepadu Sekolah Rendah –KBSR : Mathematics Teacher’s Guidebook Year 4, Kuala 
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 
Pusat Pengembangan Kurikulum, ( 2008 ), Soalan Kemahiran Mengira Program Pemulihan 3M 
– PROTIM, Kuala Lumpur : Kementerian Pelajaran Malaysia. 
12
13
LAMPIRAN 
14

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Pola Kesilapan Murid Tahun Tiga Wira Menyelesaikan Draf2
Pola Kesilapan Murid Tahun Tiga Wira Menyelesaikan Draf2Pola Kesilapan Murid Tahun Tiga Wira Menyelesaikan Draf2
Pola Kesilapan Murid Tahun Tiga Wira Menyelesaikan Draf2KPM
 
Contoh kajian tindakan matematik
Contoh kajian tindakan  matematik Contoh kajian tindakan  matematik
Contoh kajian tindakan matematik Jerry Jessy
 
Sikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik
Sikapdan Minat Pelajar terhadap MatematikSikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik
Sikapdan Minat Pelajar terhadap MatematikPuspachacha89
 
Soal selidik didik hibur
Soal selidik didik hiburSoal selidik didik hibur
Soal selidik didik hiburEda Muryanti
 
Borang maklum balas pelajar
Borang maklum balas pelajarBorang maklum balas pelajar
Borang maklum balas pelajarIntan Zahedi
 
Kajian tindakan matematik
Kajian tindakan matematikKajian tindakan matematik
Kajian tindakan matematikTeacher Nasrah
 
kajian-tindakan-matematik
kajian-tindakan-matematikkajian-tindakan-matematik
kajian-tindakan-matematikYee Chin
 
Post mortem bm upsr 2012
Post mortem bm upsr 2012Post mortem bm upsr 2012
Post mortem bm upsr 2012aaunii
 
Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer Melalui Kaed...
Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer Melalui Kaed...Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer Melalui Kaed...
Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer Melalui Kaed...Izzati Hamid
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidikZainal Mohd
 
Kajian tindakan maths darab silang
Kajian tindakan maths darab silangKajian tindakan maths darab silang
Kajian tindakan maths darab silangNurul Syuhada
 
Kajian tindakan
Kajian tindakanKajian tindakan
Kajian tindakankpr4063
 

Mais procurados (20)

Kaedah petak sifir
Kaedah petak sifirKaedah petak sifir
Kaedah petak sifir
 
691 1344-1-sm (2)
691 1344-1-sm (2)691 1344-1-sm (2)
691 1344-1-sm (2)
 
Bahagi dengan 1 digit
Bahagi dengan 1 digitBahagi dengan 1 digit
Bahagi dengan 1 digit
 
Soal selidik
Soal selidikSoal selidik
Soal selidik
 
Pola Kesilapan Murid Tahun Tiga Wira Menyelesaikan Draf2
Pola Kesilapan Murid Tahun Tiga Wira Menyelesaikan Draf2Pola Kesilapan Murid Tahun Tiga Wira Menyelesaikan Draf2
Pola Kesilapan Murid Tahun Tiga Wira Menyelesaikan Draf2
 
Contoh kajian tindakan matematik
Contoh kajian tindakan  matematik Contoh kajian tindakan  matematik
Contoh kajian tindakan matematik
 
Sikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik
Sikapdan Minat Pelajar terhadap MatematikSikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik
Sikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik
 
Soal selidik didik hibur
Soal selidik didik hiburSoal selidik didik hibur
Soal selidik didik hibur
 
Borang kaji selidik
Borang kaji selidikBorang kaji selidik
Borang kaji selidik
 
Borang maklum balas pelajar
Borang maklum balas pelajarBorang maklum balas pelajar
Borang maklum balas pelajar
 
Kajian tindakan matematik
Kajian tindakan matematikKajian tindakan matematik
Kajian tindakan matematik
 
kajian-tindakan-matematik
kajian-tindakan-matematikkajian-tindakan-matematik
kajian-tindakan-matematik
 
Post mortem bm upsr 2012
Post mortem bm upsr 2012Post mortem bm upsr 2012
Post mortem bm upsr 2012
 
Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer Melalui Kaed...
Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer Melalui Kaed...Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer Melalui Kaed...
Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer Melalui Kaed...
 
enriquez oribio
enriquez oribioenriquez oribio
enriquez oribio
 
Kajian
KajianKajian
Kajian
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 
Kajian 2017
Kajian 2017Kajian 2017
Kajian 2017
 
Kajian tindakan maths darab silang
Kajian tindakan maths darab silangKajian tindakan maths darab silang
Kajian tindakan maths darab silang
 
Kajian tindakan
Kajian tindakanKajian tindakan
Kajian tindakan
 

Destaque

Soalan ulangkaji matematik tahun 5 pksr
Soalan ulangkaji matematik tahun 5 pksrSoalan ulangkaji matematik tahun 5 pksr
Soalan ulangkaji matematik tahun 5 pksrmazidah binti ali
 
Latihan Pra No. Sifir 1, 2, 3_Tahun 1
Latihan Pra No. Sifir 1, 2, 3_Tahun 1Latihan Pra No. Sifir 1, 2, 3_Tahun 1
Latihan Pra No. Sifir 1, 2, 3_Tahun 1apex kip
 
BINA JADUAL SIFIR 1 - 9
BINA JADUAL SIFIR 1 - 9BINA JADUAL SIFIR 1 - 9
BINA JADUAL SIFIR 1 - 9MOHD AFIQ
 
Contoh rancangan mengajar matematik (darab tahun 4 kssr)
Contoh rancangan mengajar matematik (darab tahun 4 kssr) Contoh rancangan mengajar matematik (darab tahun 4 kssr)
Contoh rancangan mengajar matematik (darab tahun 4 kssr) Engku Farahana
 
Modul pdp matematik kssr tahun 5 sk bhg 1
Modul pdp matematik kssr tahun 5 sk bhg 1Modul pdp matematik kssr tahun 5 sk bhg 1
Modul pdp matematik kssr tahun 5 sk bhg 1Shamrizal Fauzi
 
MATEMATIK KERTAS 2 TAHUN 5
MATEMATIK KERTAS 2 TAHUN 5MATEMATIK KERTAS 2 TAHUN 5
MATEMATIK KERTAS 2 TAHUN 5richieroyston
 
Kertas Ujian Matematik Kertas 1 Tahun 5 KSSR
Kertas Ujian Matematik Kertas 1 Tahun 5 KSSRKertas Ujian Matematik Kertas 1 Tahun 5 KSSR
Kertas Ujian Matematik Kertas 1 Tahun 5 KSSRar-rifke.com
 
Lembaran Kerja Darab, Bahagi dan Pecahan Tahun 2
Lembaran Kerja Darab, Bahagi dan Pecahan Tahun 2Lembaran Kerja Darab, Bahagi dan Pecahan Tahun 2
Lembaran Kerja Darab, Bahagi dan Pecahan Tahun 2Norazlin Mohd Rusdin
 
Modul p&p matematik tahun 4 (kssr)
Modul p&p matematik tahun 4 (kssr)Modul p&p matematik tahun 4 (kssr)
Modul p&p matematik tahun 4 (kssr)ahmad shah
 
UJIAN SUMATIF 1 MATEMATIK TAHUN 5 2016
UJIAN SUMATIF 1 MATEMATIK TAHUN 5 2016UJIAN SUMATIF 1 MATEMATIK TAHUN 5 2016
UJIAN SUMATIF 1 MATEMATIK TAHUN 5 2016walnut tree
 
Latihan ulangkaji matematik tahun 4 kssr
Latihan ulangkaji matematik tahun 4 kssrLatihan ulangkaji matematik tahun 4 kssr
Latihan ulangkaji matematik tahun 4 kssrKak Min Min
 

Destaque (16)

Soalan ulangkaji matematik tahun 5 pksr
Soalan ulangkaji matematik tahun 5 pksrSoalan ulangkaji matematik tahun 5 pksr
Soalan ulangkaji matematik tahun 5 pksr
 
Tablas de multiplicar
Tablas de multiplicarTablas de multiplicar
Tablas de multiplicar
 
ABM eTAM MATEMATIK
ABM eTAM MATEMATIKABM eTAM MATEMATIK
ABM eTAM MATEMATIK
 
Darab Tahun 4
Darab Tahun 4Darab Tahun 4
Darab Tahun 4
 
Latihan Pra No. Sifir 1, 2, 3_Tahun 1
Latihan Pra No. Sifir 1, 2, 3_Tahun 1Latihan Pra No. Sifir 1, 2, 3_Tahun 1
Latihan Pra No. Sifir 1, 2, 3_Tahun 1
 
BINA JADUAL SIFIR 1 - 9
BINA JADUAL SIFIR 1 - 9BINA JADUAL SIFIR 1 - 9
BINA JADUAL SIFIR 1 - 9
 
Contoh rancangan mengajar matematik (darab tahun 4 kssr)
Contoh rancangan mengajar matematik (darab tahun 4 kssr) Contoh rancangan mengajar matematik (darab tahun 4 kssr)
Contoh rancangan mengajar matematik (darab tahun 4 kssr)
 
Sifir
SifirSifir
Sifir
 
Sifir Darab
Sifir DarabSifir Darab
Sifir Darab
 
Modul pdp matematik kssr tahun 5 sk bhg 1
Modul pdp matematik kssr tahun 5 sk bhg 1Modul pdp matematik kssr tahun 5 sk bhg 1
Modul pdp matematik kssr tahun 5 sk bhg 1
 
MATEMATIK KERTAS 2 TAHUN 5
MATEMATIK KERTAS 2 TAHUN 5MATEMATIK KERTAS 2 TAHUN 5
MATEMATIK KERTAS 2 TAHUN 5
 
Kertas Ujian Matematik Kertas 1 Tahun 5 KSSR
Kertas Ujian Matematik Kertas 1 Tahun 5 KSSRKertas Ujian Matematik Kertas 1 Tahun 5 KSSR
Kertas Ujian Matematik Kertas 1 Tahun 5 KSSR
 
Lembaran Kerja Darab, Bahagi dan Pecahan Tahun 2
Lembaran Kerja Darab, Bahagi dan Pecahan Tahun 2Lembaran Kerja Darab, Bahagi dan Pecahan Tahun 2
Lembaran Kerja Darab, Bahagi dan Pecahan Tahun 2
 
Modul p&p matematik tahun 4 (kssr)
Modul p&p matematik tahun 4 (kssr)Modul p&p matematik tahun 4 (kssr)
Modul p&p matematik tahun 4 (kssr)
 
UJIAN SUMATIF 1 MATEMATIK TAHUN 5 2016
UJIAN SUMATIF 1 MATEMATIK TAHUN 5 2016UJIAN SUMATIF 1 MATEMATIK TAHUN 5 2016
UJIAN SUMATIF 1 MATEMATIK TAHUN 5 2016
 
Latihan ulangkaji matematik tahun 4 kssr
Latihan ulangkaji matematik tahun 4 kssrLatihan ulangkaji matematik tahun 4 kssr
Latihan ulangkaji matematik tahun 4 kssr
 

Semelhante a 21952149 kemahiran-ingat-sifir-melalui-operasi-darab-dan-bahagi

Meningkatkan Kemahiran Fakta Asas Darab
Meningkatkan Kemahiran Fakta Asas DarabMeningkatkan Kemahiran Fakta Asas Darab
Meningkatkan Kemahiran Fakta Asas DarabHamidah Samsiah
 
Jurnal Kajian Tindakan
Jurnal Kajian TindakanJurnal Kajian Tindakan
Jurnal Kajian Tindakankoperasi
 
contoh penulisan Minit mesyuarat kurikulum
contoh penulisan Minit mesyuarat kurikulum contoh penulisan Minit mesyuarat kurikulum
contoh penulisan Minit mesyuarat kurikulum Shika Nara
 
Kajian tindakan bm skj
Kajian tindakan bm skjKajian tindakan bm skj
Kajian tindakan bm skjAtok Shila
 
D20102046009 (bab 3 metodologi)
D20102046009 (bab 3   metodologi)D20102046009 (bab 3   metodologi)
D20102046009 (bab 3 metodologi)Haslina Ina
 
Kpr 5063 e(tugasan 1)
Kpr 5063 e(tugasan 1)Kpr 5063 e(tugasan 1)
Kpr 5063 e(tugasan 1)iedadyna
 
kaedah penyelidikan dalam pendidikan
kaedah penyelidikan dalam pendidikan kaedah penyelidikan dalam pendidikan
kaedah penyelidikan dalam pendidikan Siti Nur Ain
 
Perlakuan metakognitif murid tahun lima dalam penyelesaian masalah matematik
Perlakuan metakognitif murid tahun lima dalam penyelesaian masalah matematikPerlakuan metakognitif murid tahun lima dalam penyelesaian masalah matematik
Perlakuan metakognitif murid tahun lima dalam penyelesaian masalah matematikweeshehuey
 
Pola kesilapan murid tahun tiga wira menyelesaikan draf2
Pola kesilapan murid tahun tiga wira menyelesaikan draf2Pola kesilapan murid tahun tiga wira menyelesaikan draf2
Pola kesilapan murid tahun tiga wira menyelesaikan draf2UPSI2010
 
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...Arifah Nur Zul
 
167008491 rph-matematik-pemulihan
167008491 rph-matematik-pemulihan167008491 rph-matematik-pemulihan
167008491 rph-matematik-pemulihanmatesem6
 
Kemahiran penyelesaian masalah nombor berarah berdasarkan model polya cai yi
Kemahiran penyelesaian masalah nombor berarah berdasarkan model polya cai yiKemahiran penyelesaian masalah nombor berarah berdasarkan model polya cai yi
Kemahiran penyelesaian masalah nombor berarah berdasarkan model polya cai yiZarah Ahmad
 
Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayu
Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayuEmm 333 kaedah mengajar bahasa melayu
Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayuCahaya Adah II
 
Kajian tind 3 rohani 2012
Kajian  tind 3 rohani  2012  Kajian  tind 3 rohani  2012
Kajian tind 3 rohani 2012 Rohani Othman
 
Kpr 4063 presentation
Kpr 4063 presentationKpr 4063 presentation
Kpr 4063 presentationFaz Azlan
 
Post mortem uppm 1 tahuin 2014
Post mortem uppm 1 tahuin 2014Post mortem uppm 1 tahuin 2014
Post mortem uppm 1 tahuin 2014leeram75
 

Semelhante a 21952149 kemahiran-ingat-sifir-melalui-operasi-darab-dan-bahagi (20)

Kpd3026 tugasan 3 kajian tindakan
Kpd3026 tugasan 3 kajian tindakanKpd3026 tugasan 3 kajian tindakan
Kpd3026 tugasan 3 kajian tindakan
 
Bab 4 analisis data
Bab 4 analisis dataBab 4 analisis data
Bab 4 analisis data
 
Meningkatkan Kemahiran Fakta Asas Darab
Meningkatkan Kemahiran Fakta Asas DarabMeningkatkan Kemahiran Fakta Asas Darab
Meningkatkan Kemahiran Fakta Asas Darab
 
Jurnal Kajian Tindakan
Jurnal Kajian TindakanJurnal Kajian Tindakan
Jurnal Kajian Tindakan
 
contoh penulisan Minit mesyuarat kurikulum
contoh penulisan Minit mesyuarat kurikulum contoh penulisan Minit mesyuarat kurikulum
contoh penulisan Minit mesyuarat kurikulum
 
Kajian tindakan bm skj
Kajian tindakan bm skjKajian tindakan bm skj
Kajian tindakan bm skj
 
OPERASI-DARAB-NOMBOR.docx
OPERASI-DARAB-NOMBOR.docxOPERASI-DARAB-NOMBOR.docx
OPERASI-DARAB-NOMBOR.docx
 
D20102046009 (bab 3 metodologi)
D20102046009 (bab 3   metodologi)D20102046009 (bab 3   metodologi)
D20102046009 (bab 3 metodologi)
 
Kpr 5063 e(tugasan 1)
Kpr 5063 e(tugasan 1)Kpr 5063 e(tugasan 1)
Kpr 5063 e(tugasan 1)
 
kaedah penyelidikan dalam pendidikan
kaedah penyelidikan dalam pendidikan kaedah penyelidikan dalam pendidikan
kaedah penyelidikan dalam pendidikan
 
Perlakuan metakognitif murid tahun lima dalam penyelesaian masalah matematik
Perlakuan metakognitif murid tahun lima dalam penyelesaian masalah matematikPerlakuan metakognitif murid tahun lima dalam penyelesaian masalah matematik
Perlakuan metakognitif murid tahun lima dalam penyelesaian masalah matematik
 
Pola kesilapan murid tahun tiga wira menyelesaikan draf2
Pola kesilapan murid tahun tiga wira menyelesaikan draf2Pola kesilapan murid tahun tiga wira menyelesaikan draf2
Pola kesilapan murid tahun tiga wira menyelesaikan draf2
 
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...
 
167008491 rph-matematik-pemulihan
167008491 rph-matematik-pemulihan167008491 rph-matematik-pemulihan
167008491 rph-matematik-pemulihan
 
Kemahiran penyelesaian masalah nombor berarah berdasarkan model polya cai yi
Kemahiran penyelesaian masalah nombor berarah berdasarkan model polya cai yiKemahiran penyelesaian masalah nombor berarah berdasarkan model polya cai yi
Kemahiran penyelesaian masalah nombor berarah berdasarkan model polya cai yi
 
Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayu
Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayuEmm 333 kaedah mengajar bahasa melayu
Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayu
 
Kajian tind 3 rohani 2012
Kajian  tind 3 rohani  2012  Kajian  tind 3 rohani  2012
Kajian tind 3 rohani 2012
 
Kpr 4063 presentation
Kpr 4063 presentationKpr 4063 presentation
Kpr 4063 presentation
 
Minit 3 panitia bi 2014
Minit 3 panitia bi 2014Minit 3 panitia bi 2014
Minit 3 panitia bi 2014
 
Post mortem uppm 1 tahuin 2014
Post mortem uppm 1 tahuin 2014Post mortem uppm 1 tahuin 2014
Post mortem uppm 1 tahuin 2014
 

21952149 kemahiran-ingat-sifir-melalui-operasi-darab-dan-bahagi

  • 1. SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI DURIAN 36000 TELUK INTAN, PERAK DARUL RIDZUAN KEMAHIRAN INGAT SIFIR MELALUI OPERASI DARAB DAN BAHAGI DALAM KALANGAN MURID-MURID TAHUN EMPAT DAN TAHUN LIMA MOHD FAIZUL HAFIZ BIN A. RAZAK ( PPPS DG 41 ) JULAI 2009 1
  • 2. 1.0. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU Selepas semua murid tahun empat dan tahun lima menduduki Ujian Pengesanan 1 ( Bulan April ) yang telah diadakan pada 31 Mac hingga 2 April 2009, penulis berasa dukacita dan terkejut kerana semua soalan yang melibatkan operasi darab dan bahagi dalam Matematik Kertas 1 dan Kertas 2 tidak dijawab dan jawapan yang diberikan adalah salah oleh murid-murid tersebut. Impaknya, peratus lulus Matematik tahun empat dan tahun lima dalam ujian tersebut ialah masing-masing 33 % dan 75 %. Penulis telah mengambil langkah segera dalam permasalahan ini dengan berjumpa murid-murid tersebut pada sesi pengajaran dan pembelajaran yang berikutnya. Kelemahan yang saya peroleh ialah murid-murid tidak menghafal sifir sepenuhnya. Penulis memandang serius kelemahan-kelemahan tersebut dan berusaha untuk menyelesaikan masalah melalui kajian tindakan saya yang bertajuk “ Meningkatkan Kemahiran Ingat Sifir Melalui Operasi Darab Dan Bahagi Dalam Kalangan Murid-Murid Tahun Empat Dan Tahun Lima ”. 2.0. ISU KEPRIHATINAN Setelah penulis mendapati murid-murid tahun empat dan tahun lima tidak dapat menjawab soalan yang melibatkan operasi darab dan operasi bahagi, saya telah berusaha untuk menyelesaikan masalah tersebut melalui kajian tindakan penulis pada tahun 2009. Kajian tindakan penulis pada tahun ini memberi fokus kepada peringkat pertama iaitu meningkatkan kemahiran ingat sifir dan diteruskan dengan peringkat kedua iaitu menyelesaikan soalan yang melibatkan operasi darab dan bahagi. 2
  • 3. 3.0. OBJEKTIF Objektif Umum : Pada akhir kajian tindakan ini, akan dapat : 1. meningkatkan peratus lulus Matematik dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah ( UPSR ). Objektif Khusus : Pada akhir kajian tindakan ini, murid-murid akan dapat : 1. menyampaikan secara lisan sifir 2 hingga sifir 12 dengan baik dan lancar di hadapan guru Matematik. 2. menjawab 8 daripada 10 soalan operasi darab yang diberikan dengan betul. 3. menjawab 8 daripada 10 operasi bahagi yang diberikan dengan betul. 4.0. KUMPULAN SASARAN Kajian tindakan ini menggunakan sampel kajian seramai tujuh orang yang terdiri daripada murid-murid tahun empat dan tahun lima Sekolah Kebangsaan Sungai Durian, 36000 Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan. Jadual 1 : Bilangan Murid Mengikut Kelas dan Jantina Kelas Bilangan Murid ( Orang ) Lelaki Perempuan Jumlah 4 Bestari 2 1 3 5 Usaha 4 0 4 Jumlah 6 1 7 ( Sumber : Sistem Maklumat Murid SK Sungai Durian ) 5.0. PELAKSANAAN KAJIAN 3
  • 4. 5.1. Tinjauan Masalah Sebelum kajian tindakan ini dijalankan, penulis telah membuat tinjauan dan mengenal pasti masalah melalui keputusan Ujian Pengesanan 1 ( Bulan April ) yang telah diadakan pada 31 Mac hingga 2 April 2009. Keseluruhannya, murid-murid tahun empat dan tahun lima : i. tidak menjawab langsung soalan operasi darab dan bahagi. ii. tidak menjawab sebahagian soalan operasi darab dan bahagi. iii. menjawab salah soalan operasi darab dan bahagi. Selain itu, melalui sesi temu bual yang telah dijalankan, penulis mendapati murid-murid tahun empat dan tahun lima tidak lancar dalam sifir 2 hingga sifir 12. Ini diperkukuh lagi dengan soalan sifir diajukan secara rawak dalam tahun empat dan tahun lima. 5.2. Analisis Masalah Hasil daripada tinjauan masalah tersebut, beberapa jadual di bina untuk menunjukkan dapatan kajian dalam kajian tindakan ini. Jadual 2 : Bilangan Murid Yang Menjawab Soalan Operasi Darab Dan Bahagi Soalan Operasi Bilangan Murid Yang Menjawab Betul ( 8 dan ke atas ) Salah ( 5 dan ke atas ) 1 hingga 10 Darab 2 5 11 hingga 20 Bahagi 1 6 ( Sumber : Latih Tubi Darab dan Bahagi ) Rumusan daripada jadual 2 yang di atas menunjukkan bilangan murid yang menjawab salah soalan darab lebih banyak daripada bilangan murid yang menjawab betul. Seramai 2 orang sahaja yang menjawab betul dan selebihnya seramai 5 orang telah menjawab salah. Ini menunjukkan hanya 28 % sahaja murid yang menjawab betul bagi soalan darab. Manakala bagi 4
  • 5. soalan bahagi hanya seorang sahaja yang menjawab betul dan 6 orang lagi menjawab salah. Ini menunjukkan hanya 14 % sahaja murid yang menjawab betul. Kenyataan yang di atas telah dikukuhkan lagi dengan analisis soal selidik yang telah penulis jalankan. Analisis tersebut adalah seperti yang berikut. Jadual 3 : Bilangan Murid Bersetuju Dengan Kenyataan Yang Berkaitan Matematik Soalan Bilangan Murid Yang Bersetuju 1. Saya meminati mata pelajaran Matematik. 3 orang 2. Saya suka guru Matematik saya. 7 orang 3. Guru Matematik saya mengajar dengan jelas. 7 orang 4. Guru Matematik saya memberikan latihan yang mencukupi. 7 orang 5. Guru Matematik saya sering menyuruh saya menghafal 7 orang sifir. 6. Saya telah menghafal sifir 2 hingga sifir 4. 5 orang 7. Saya telah menghafal sifir 5 hingga sifir 9. 3 orang 8. Saya telah menghafal sifir 10 hingga sifir 12. 0 orang 9. Saya boleh menyelesaikan soalan darab satu digit secara 4 orang lisan. 10. Saya boleh menyelesaikan soalan darab satu digit secara lazim. 6 orang 11. Saya boleh menyelesaikan soalan darab dua digit secara lisan. 1 orang 12. Saya boleh menyelesaikan soalan darab dua digit secara lazim. 4 orang 13. Saya boleh menyelesaikan soalan bahagi satu digit secara lisan. 4 orang 14. Saya boleh menyelesaikan soalan bahagi satu digit secara lazim. 5 orang 15. Saya boleh menyelesaikan soalan bahagi dua digit secara lisan. 1 orang 16. Saya boleh menyelesaikan soalan bahagi dua digit secara lazim. 5 orang 17. Saya boleh menyelesaikan soalan darab lebih daripada dua digit secara lisan dan lazim. 0 orang 18. Saya boleh menyelesaikan soalan bahagi lebih daripada dua digit secara lisan dan lazim. 2 orang 19. Saya sering bertanya dengan guru jika saya tidak faham 6 orang 5
  • 6. soalan darab dan bahagi. 20. Saya sering membuat latihan tambahan di rumah. 4 orang 21. Saya sering bertanya ahli keluarga saya jika saya tidak 7 orang faham soalan darab dan bahagi. 22. Saya senang faham jika guru saya mengajar dalam Bahasa Inggeris. 2 orang 23. Saya senang faham jika guru saya mengajar dalam Bahasa Melayu. 7 orang 24. Skim Baucer Tuisyen ( SBT ) dapat meningkatkan prestasi mata pelajaran Matematik saya. 7 orang ( Sumber : Fail Kajian Tindakan 2009 ) Rumusan daripada jadual yang di atas jelas menunjukkan murid-murid tahun empat dan tahun lima tidak menguasai sepenuhnya sifir dua hingga sifir 12. Ini dibuktikan dengan purata bilangan murid yang bersetuju dengan soalan 6 hingga soalan 8 adalah seramai dua orang murid sahaja. Kesannya, hanya purata seramai tiga orang murid sahaja yang berjaya menguasai menjawab soalan darab dan bahagi dalam pelbagai bentuk soalan. Penyataan masalah ini saya kukuhkan lagi dengan analisis Uji Sifir yang telah diadakan. Penulis menganalisis Uji Sifir tersebut dalam bentuk catatan minit. Analisis adalah seperti yang di sebelah. Jadual 4 : Bilangan Murid Yang Menjawab Uji Sifir Mengikut Catatan Minit Catatan Minit Bilangan Murid 1 hingga 10 minit 0 orang 11 hingga 20 minit 0 orang 21 hingga 30 minit 1 orang 31 hingga 40 minit 0 orang 41 minit dan lebih 6 orang 6
  • 7. ( Sumber : Fail Kajian Tindakan 2009 ) Rumusannya, murid-murid tahun empat dan tahun lima belum lagi menguasai sifir untuk menjawab soalan operasi darab yang telah diuji melalui program Uji Sifir yang dijalankan. Seramai seorang murid sahaja yang dapat menjawab dalam tempoh 30 minit. Ini tidak relevan dengan jumlah soalan yang diberikan iaitu sebanyak 10 soalan sahaja. Masalah ini dapat dikukuhkan buktinya melalui satu program Hafal Sifir yang dianjurkan oleh pihak panitia. Keputusan murid yang dapat menguasai setiap sifir dipamerkan seperti yang berikut. Jadual 5 : Bilangan Murid Yang Menghafal Sifir Dua Hingga Sifir 12 Sifir Bilangan Murid Sifir 2 7 orang Sifir 3 7 orang Sifir 4 5 orang Sifir 5 5 orang Sifir 6 3 orang Sifir 7 3 orang Sifir 8 3 orang Sifir 9 2 orang Sifir 10 2 orang Sifir 11 1 orang Sifir 12 1 orang ( Sumber : Fail Panitia Matematik SK Sungai Durian ) Rumusan daripada jadual yang di atas menunjukkan bilangan murid yang menghafal sifir semakin menurun. Penguasaan semua murid dalam sifir hanya dalam sifir dua dan sifir tiga sahaja. Manakala dalam sifir empat dan sifir lima masing-masing hanya lima orang dan sifir 7
  • 8. enam hingga sifir lapan hanya tiga orang sahaja. Sifir Sembilan hingga sifir 12 hanya dua dan tiga orang sahaja. Ini jelas menunjukkan murid-murid masih belum menguasai semua sifir. Hasil daripada pengumpulan semua data analisis yang diperoleh daripada pelbagai sumber jelas menunjukkan murid-murid tahun empat dan tahun lima tidak menguasai sifir dan sekaligus menyebabkan mereka tidak menguasai menjawab soalan yang melibatkan operasi darab dan bahagi. 5.3. Tindakan Yang Dijalankan Setelah meneliti dan menganalisis masalah yang dikaji, dua kaedah tindakan telah dan akan dijalankan. Kaedah tindakan yang dijalankan ialah adalah :- 5.3.1. Pembinaan Rumah Sifir Setiap kali sebelum menjawab soalan yang melibatkan operasi darab dan bahagi, penulis akan meminta semua murid tahun empat dan tahun lima membina rumah sifir. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 2 4 6 8 10 12 14 16 18 20 22 24 3 6 9 12 15 18 21 24 27 30 33 36 4 8 12 16 20 24 28 32 36 40 44 48 5 10 15 20 25 30 35 40 45 50 55 60 6 12 18 24 30 36 42 48 54 60 66 72 8
  • 9. 7 14 21 28 35 42 49 56 63 70 77 84 8 16 24 32 40 48 56 64 72 80 88 96 9 18 27 36 45 54 63 72 81 90 99 108 10 20 30 40 50 60 70 80 90 100 110 120 11 22 33 44 55 66 77 88 99 110 121 132 12 24 36 48 60 72 84 96 108 120 132 144 5.3.2. Ujian Pra. Ujian Pra Sifir akan diadakan sebelum program Hafal Sifir dijalankan. Ia bertujuan untuk menguji tahap kemampuan seseorang murid menguasai sifir 2 hingga sifir 12. Sebanyak 10 soalan yang melibatkan operasi darab dan 10 soalan yang melibatkan operasi bahagi. Selepas keputusan ujian tersebut diperolehi, program Hafal Sifir dijalankan setiap subjek Matematik. 10 minit pertama akan digunakan untuk hafal sifir. Tempoh masa yang digunakan untuk program Hafal Sifir ialah selama 4 minggu sebelum Ujian Post dijalankan dengan menggunakan soalan yang sama dengan Ujian Pra. 5.3.3. Ujian Post Ujian Post diadakan selepas program Hafal Sifir dijalankan. Sebanyak 10 soalan yang melibatkan operasi darab dan 10 soalan yang melibatkan operasi bahagi. Keputusannya adalah seperti yang di bawah. Jadual 6 ( I ) : Perbandingan Bilangan Murid Yang Menjawab Betul Dalam Soalan Operasi Darab dan Bahagi Soalan Operasi Bilangan Murid Yang Menjawab Betul Ujian Pra Ujian Post Beza Bil. % Bil. % Bil. % 1 hingga 10 Darab 2 29 4 57 2 28 11 hingga 20 Bahagi 1 14 4 57 2 43 ( Sumber : Fail Kajian Tindakan 2009 ) 9
  • 10. Jadual 6 ( II ) : Perbandingan Bilangan Murid Yang Menjawab Salah Dalam Soalan Operasi Darab dan Bahagi Soalan Operasi Bilangan Murid Yang Menjawab Salah Ujian Pra Ujian Post Beza Bil. % Bil. % Bil. % 1 hingga 10 Darab 5 71 3 43 2 28 11 hingga 20 Bahagi 6 86 3 43 3 43 ( Sumber : Fail Kajian Tindakan 2009 ) Walaupun keputusannya tidak memberangsangkan tetapi terdapat peningkatan dalam kedua-dua operasi yang dijalankan. Dalam operasi darab, bilangan murid yang menjawab betul dalam Ujian Pra hanya 2 orang sahaja atau 29 % manakala bilangan murid yang menjawab salah dalam Ujian Pra ialah 5 orang atau 71 %. Dalam operasi bahagi pula, bilangan murid yang menjawab betul dalam Ujian Pra hanya 1 orang sahaja atau 14 % manakala bilangan murid yang menjawab salah dalam Ujian Pra ialah 6 orang atau 86 %. Walaubagaimanapun, selepas Ujian Pra dijalankan, penulis telah mengambil langkah untuk mengatasi masalah ini dengan mengambil masa 10 minit masa pertama untuk menghafal dan membaca sifir 2 hingga sifir 12 selama 4 minggu. Kemudian, Ujian Post akan dijalankan. Hasilnya, berlaku peningkatan dalam murid yang menjawab betul dan berlaku penurunan dalam bilangan murid yang menjawab salah. Dalam operasi darab, peratus murid yang menjawab betul meningkat sebanyak 28 % atau seramai 4 orang atau 57 %. Manakala peratus murid yang menjawab salah menurun sebanyak 28 % atau seramai 3 orang atau 43 %. Dalam operasi bahagi, peratus murid yang menjawab betul meningkat sebanyak 43 % atau seramai 4 orang atau 57 %. Manakala peratus murid yang menjawab salah menurun sebanyak 28 % atau seramai 3 orang atau 43 %. 10
  • 11. 5.4. Refleksi Hasil kajian tindakan yang telah penulis jalankan, kekuatan-kekuatan yang dapat ditunjukkan oleh guru Matematik ialah :- i. guru Matematik telah mengajar dengan jelas dan terang. ii. guru Matematik telah memberi latihan yang secukupnya kepada murid-murid. iii. guru Matematik sentiasa mengingatkan murid-murid supaya menghafal sifir. Kelemahan-kelemahan yang ditunjukkan oleh murid-murid ialah :- i. murid-murid tidak menghafal sifir. ii. murid-murid tidak memahami konsep darab dan bahagi. iii. Penguasaan bahasa Inggeris yang lemah. Bagi mengatasi semua kelemahan yang diperoleh, penulis telah mengambil masa 2 bulan untuk menyelesaikan masalah tersebut seperti yang telah dijelaskan dalam para 5 : Pelaksanaan Kajian. 6. CADANGAN UNTUK TINDAKAN YANG SETERUSNYA Penulis mencadangakan untuk tindakan yang seterusnya ialah :- i. mengadakan program Mentor Mentee Matematik. Semasa perjumpaan bersama-sama murid dan mentor, satu sifir mesti dihafal dan dapat disampaikan dengan lancar di hadapan mentor. 11
  • 12. ii. Latih Tubi soalan asas operasi seperti tambah, tolak, darab dan bahagi setiap 2 minggu sekali dalam masa Matematik. iii. Kajian dalam aspek-aspek lain dalam bidang Matematik perlu diperluas sama ada oleh guru akademik biasa atau guru cemerlang Matematik dan dibentangkan di hadapan semua guru Matematik. 7. BIBLIOGRAFI Azli Bin Abdul Kadir ( 2004 ), Kajian Tindakan ‘ Mengatasi Kelemahan Murid Dalam Menguasai Soalan Pecahan ’, Teluk Intan : Sekolah Kebangsaan Sungai Durian. Lee Gik Lean, Rabiyah Binti Fakir Mohd dan Wan Yusof Bin Wan Ngah ( 2005 ), Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah –KBSR : Mathematics Teacher’s Guidebook Year 5, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Marzita Binti Puteh, Mohamad Khairuddi Bin Yahya dan Santi Periasamy ( 2006 ), Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah –KBSR : Mathematics Teacher’s Guidebook Year 4, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Pusat Pengembangan Kurikulum, ( 2008 ), Soalan Kemahiran Mengira Program Pemulihan 3M – PROTIM, Kuala Lumpur : Kementerian Pelajaran Malaysia. 12
  • 13. 13