SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 4
Page 1
Pengenalan
Kreativiti adalah penghasilan idea. Kebolehan seseorang untuk menghasilkan idea baru atau
mengumpul idea adalah kebolehan kreatif dan ia berkait rapat dengan kemahiran serta daya
pemikiran seseorang. Ianya dapat dipupuk melalui minat dan usaha yang berterusan. Kreativiti
sering dihubungkaitkan dengan tugas guru dan penglibatan murid di dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran. Menurut Storm & Storm, 2002. Kepentingan kreativiti dalam pembangunan
masyarakat dan Negara telah lama disedari. Para pemimpin, ahli perniagaan, saintis, ahli sejarah,
pendidik dan ahli Psikologi menyatakan bahwa kreativiti sangat diperlukan untuk kelangsungan
hidup penduduk di dalam sesebuah negara terutamanya dalam era globalisasi. Perkembangan pesat
dalam bidang teknologi dan komunikasi memberi kesan kepada cara hidup masyarakat kini.
Ulasan Artikel
Berdasarkan artikel tersebut terdapat banyak pandangan dan kajian yang perlu di ambil kira supaya
ianya sesuai dan selari dengan usaha dan harapan yang di pacu oleh kementerian pendidikan
Malaysia dalam membangunkan pendidikan dalam usahanya untuk menambahbaik sistem
pendidikan dan kurikulum negara supaya setanding dengan negara maju iaitu pemupukan potensi
individu secara menyeluruh.
Mengikut pusat pekembangan kurikulum , 2001 salah satu objektif KBSR adalah untuk
mengembangkan dan meningkatkan daya pemikiran kreatif pelajar, oleh itu pelbagai usaha
diperkenalkan untuk melahirkan guru yang berketerampilan dan berinovasi yang mampu membawa
pembaharuan dalam gaya pengajaran guru. Menurut “Ikhsan dan Norila, 2005. Dalam KBSR
menyatakan gaya pengajaran guru yang berpusatkan murid adalah ditekankan berbanding dengan
KLSR yang berpusatkan guru. Ini kerana seharusnya murid diberi banyak ruang dan peluang untuk
mengalami proses pertumbuhan dan perkembangan dengan cara yang sihat.
Meskipun pelbagai usaha dan cadangan penambahbaikan telah diusahakan oleh pelbagai pihak
khasnya kementerian pelajaran sendiri, kepada para guru bagi melahirkan murid yang mempunyai
kreativiti yang menarik seperti kursus, seminar dan sebagainya, namun harapan tersebut masih
belum tercapai. Situasi ini berlaku kerana masih terdapat guru yang kurang berpengetahuan dan
tidak cekap dalam memupuk kreativiti murid bahkan segelintir guru masih menggunakan kaedah
pengajaran yang berpusatkan guru ataupun “chalk and talk”
Page 2
Kekuatan Artikel
Seperti mana saranan Shallcross(1981) agar para guru menyediakan iklim persekitaran yang
membantu pembangkitan tingkahlaku kreatif di kalangan pelajar. Oleh itu guru perlu mengambil
kira tiga faktor utama iaitu fizikal, mental dan emosi murid. Iklim fizikal adalah susunan fizikal
bilik darjah yang akan menyokong segala aktiviti yang akan dijalankan oleh guru. Contohnya
kepelbagaian ruang untuk aktiviti yang berbeza. Iklim mental/intelektual merujuk kepada jenis
ransangan dan dan cabaran untuk disesuaikan dengan keperluan tindak balas murid. Namun iklim
fizikal dan iklim intelektual yang sesuai sahaja tidak mencukupi seandainya tiada sokongan dari
iklim emosional. Iklim emosional bermaksud memberi pelajar keselamatan peribadi untuk bereaksi
terhadap rangsangan fizikal dan intelektual yang para guru sediakan.
Untuk meningkatkan kreativiti murid dalam pembelajaran, Cropley (2001), pula menekankan
kepada tiga aspek yang terdapat dalam diri pelajar iaitu kognitif, personaliti dan motivasi. Kognitif
pelajar bermaksud guru meningkatkan kemahiran menganalisa, berkemampuan untuk
mendifinisikan masalah dan berkebolehan untuk merancang pembelajaran sendiri pelajarnya.
Aspek personaliti pula ialah guru mempromosi ciri-ciri personaliti seperti autonomi, toleransi
terhadap kekaburan dan kecenderungan untuk memikirkan perkara-perkara kompleks, akhirnya
penekanan motivasi akan membantu guru memupuk perasaan ingin tahu, kebebasan daripada
ransangan ganjaran, kesediaan mengambil risiko pada diri pelajar.
Artikel ini banyak mengambil pandangan ramai tokoh ilmuan yang berkaliber bagi meluaskan lagi
elemen kreativiti yang seharusnya diguna pakai para guru. Menurut Soh (2000) seorang guru boleh
secara langsung menggalakkan kreativiti melalui interaksinya dengan pelajar dengan memberi
ganjaran terhadap usaha dan penghasilan yang kreatif. Contohnya mengadakan persekitaran sosial
yang menyokong kreativiti melalui perkataan dan tingkah laku.
Berbeza dengan pengajaran kreatif yang diperkenalkan oleh Mayer, 1983, iaitu merujuk kepada
teknik pengajaran yang bermatlamatkan untuk membantu pelajar mempelajari sesuatu bahan
pengajaran dengan cara yang membolehkan pelajar memindahkan apa yang dipelajari kepada
masalah baru untuk menyelesaikan masalah baru tersebut. Dengan kata mudah kreativiti tersebut
ialah apabila guru mengajar sesuatu mata pelajaran dengan cara yang dapat membantu pelajar
memindahkan apa yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah baru dengan lebih kratif.
Page 3
Kelemahan Artikel
Menurut Yong(1989), berpendapat bahawa walaupun pelbagai usaha telah dijalankan untuk
memajukan proses pengajaran guru, namun sekolah masih lagi cenderung untuk menghasilkan
para pelajar yang berorientasikan peperiksaan. Oleh itu hasrat untuk melihat kekreativiti murid
terganggu kerana guru mengajar adalah untuk memberi pencapaian yang terbaik kepada murid.
Menurut (Toh, 2003) penekanan kepada peperiksaan terutamanya peperiksaan piawai bagi
keseluruhan pelajar di akhir tahun KBSR dan KBSM juga telah menyebabkan guru lebih cenderung
untuk melaksanakan proses pengajaranyang ber[usatkan guru terbukti lebih berkesan untuk
menghasilkan pelajar yang akan mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan.
Kreativiti murid sebaiknya bermula dari peringkat awal persekolahan bagi memudahkan murid
menerima pengalaman yang terbaik, namun sebagaimana menurut Gardner (1991) menyatakan
bahawa tempuh umur antara dua hingga tujuh tahun merupakan tempoh yang kritikal untuk
kreativiti diluahkan. Walaubagaimanapun sebaik sahaja murid memasuki alam persekolahan
mereka kurang menjadi inovasi dan lebih berhati-hati. Ini disebabkan bilangan murid yang ramai
menjadikan guru untuk lebih berdisiplin bagi memudahkan kawalan kelas. Situasi seperti ini
menjadi lebih kritikal kerana rakan sebaya, para guru dan sistem pendidikan Negara itu sendiri
yang menyekat dan mengawal kekreativiti murid sejak awal lagi.
System pendidikan yang berorentasikan peperiksaan, menggalakkan guru banyak memberi
pembelajaran secara hafalan dan mengikut sukatan pelajaran. Situasi ini menyekat dan
membantutkan kreativiti pelajar
Cadangan Penambahbaikkan
Pelbagai usaha telah dilakukan untuk menambahbaikkan kaedah dan teknik pengajaran guru dalam
mengembangkan kreativiti pelajar. Menurut falsafah pendidikan Negara yang menjadi panduan
dan aku janji para pendidik, matlamat utama pendidikan adalah untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Oleh itu menjadi kewajipan
para guru untuk berusaha sedaya mungkin membantu pihak berkenaan melahirkan murid yang
kreatif berdasarkan falsafah tersebut.
Untuk mencapai hasrat melahirkan pelajar dan generasi modal insan yang mempunyai kreativiti
yang tinggi semua pihak perlu memainkan peranan sebaik mungkin, seperti ibubapa, masyarakat,
guru, pemimpin, institusi pendidikan dan kememterian pendidikan sendiri perlu menyesuaikan
keperluan pendidikan sesuai dengan zamannya. Guru masa kini terikat denga sistem peperiksaan
Page 4
yang menjadi kayu ukur kejayaan seseorang pelajar telah menjadikan guru lebih menekankan
kepada cara mencapai skor peperiksaan tanpa menambil kira kreativiti yang mungkin ada pada
murid . oleh itu beberapa perkara yang boleh membantu guru untuk menggalakkan pelajar lebih
kreatif seperti pengurangan subjek mata pelajaran dan digantikan dengan ruangan masa untuk guru
lebih banyak berinteraksi atau mengadakan perbincangan secara luwes dengan pelajar, hubungan
dua hala ini akan dapat membantu pelajar menjana minda kreatif. Guru tidak seharusnya
mendominasi dan mengawal aktiviti pembelajaran tetapi pelajar juga harus memainkan peranan
yang aktif di samping memberikan maklum balas.
Guru menerima pelajar sebagai setaraf dengannya, situasi ini bukan bermakna pelajar akan bebas
melakukan sesuatu yang tidak menghormati guru, ianya adalah menjadikan diri guru seorang yang
mudah dihubungi oleh pelajar untuk berbincang khasnya mengenai pelajaran samada di dalam atau
di luar sesi persekolahan sebagai contoh mengadakan ruangan kumpulan untuk ber “what up”,
Face book dan menggunakan kemudahan IT yang sesuai.
Sebagai guru yang memahami kesukaran menjadi pelajar dan ingin melahirkan pelajarnya yang
mempunyai kreativiti yang menarik ,guru perlu berusaha untuk menjadi model terbaik kepada
pelajar terutama dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dengan semangat yang ditunjukkan oleh
guru akan mendorong pelajar untuk lebih berdikari dan terasa kebebasan mendalami ilmu.
Kesimpulan.
Kreativiti memainkan peranan yang sangat penting dalam mencapai kejayaan dalam pelbagai
bidang samada bidang pentadbiran, perniagaan, keusahawanan, kejuruteraan dan juga perguruan.
Guru yang kreatif akan melahirkan pelajar cemerlang sesuai dengan dunia global hari ini
memerlukan bukan sahaja bijak pandai tetapi ahli akademik yang tinggi kreativitinya.
Rujukan.
Jamal@Nordin Yunus. Khuan Wai Bing, Marinah Awang, Suzyanty Mohd Shokory, Zuraidah
Zainol, 2013 Pemikiran Kritis dan Kreatif, Teori dan Aplikasi, KAISAR MEDIA
KREATIF
Kementerian Pelajaran Malaysia, Bahagian Pembangunan Kurikulum, 62604 Putra Jaya
mahirfikir.wordpress.com/buku-buku-kb/jurnal

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Guru agen penyampai kecemerlangan pendidikan
Guru agen penyampai kecemerlangan pendidikanGuru agen penyampai kecemerlangan pendidikan
Guru agen penyampai kecemerlangan pendidikanuminisa1411
 
Tajuk 5 : Cabaran profesion keguruan (refleksi isu isu pendidikan global)
Tajuk 5 : Cabaran profesion keguruan (refleksi isu isu pendidikan global)Tajuk 5 : Cabaran profesion keguruan (refleksi isu isu pendidikan global)
Tajuk 5 : Cabaran profesion keguruan (refleksi isu isu pendidikan global)Nur Syamimi Ahmad Othman
 
Review makalah inovasi kurikulum
Review makalah inovasi kurikulumReview makalah inovasi kurikulum
Review makalah inovasi kurikulumRossiana Fazri
 
Tugasan 3083 noraini othman
Tugasan 3083 noraini othmanTugasan 3083 noraini othman
Tugasan 3083 noraini othmanmuhammad
 
diagram of 21st century pedagogy
diagram of 21st century pedagogydiagram of 21st century pedagogy
diagram of 21st century pedagogyNailul Hasibuan
 
profesion keguruan 2
profesion keguruan 2profesion keguruan 2
profesion keguruan 2muhammad
 
9 character of 21Century Learning
9 character of 21Century Learning9 character of 21Century Learning
9 character of 21Century LearningNailul Hasibuan
 
Tugasan Individu Folio Pengurusan Pembelajaran (KPS3014)
Tugasan Individu Folio Pengurusan Pembelajaran (KPS3014)Tugasan Individu Folio Pengurusan Pembelajaran (KPS3014)
Tugasan Individu Folio Pengurusan Pembelajaran (KPS3014)NurulNajihah51
 
peranan guru dalam pendidikan moral
peranan guru dalam pendidikan moralperanan guru dalam pendidikan moral
peranan guru dalam pendidikan moralWan Nor Faezah
 
PEDAGOGI ALAF BARU
PEDAGOGI ALAF BARUPEDAGOGI ALAF BARU
PEDAGOGI ALAF BARUEow Yee Leng
 
47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikan
47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikan47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikan
47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikanJalalludin Ibrahim
 
Kesiapan guru dalam menghadapi kurikulum baru
Kesiapan guru dalam menghadapi kurikulum baruKesiapan guru dalam menghadapi kurikulum baru
Kesiapan guru dalam menghadapi kurikulum baruPristiadi Utomo
 
Manajemen Berbasis Sekolah
Manajemen Berbasis SekolahManajemen Berbasis Sekolah
Manajemen Berbasis SekolahJoko Prasetiyo
 
menjadi guru yang kreatif dan inovatif
menjadi guru yang kreatif dan inovatifmenjadi guru yang kreatif dan inovatif
menjadi guru yang kreatif dan inovatifnillamutia
 
belajar pembelajaran
belajar pembelajaranbelajar pembelajaran
belajar pembelajaranahmadfwzzy
 
Tajuk 5 peranan-guru-sekolah-rendah
Tajuk 5 peranan-guru-sekolah-rendahTajuk 5 peranan-guru-sekolah-rendah
Tajuk 5 peranan-guru-sekolah-rendahNor Azizah Ahmad
 
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolahPendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolahNorulhuda Ahmad
 

Mais procurados (20)

Guru agen penyampai kecemerlangan pendidikan
Guru agen penyampai kecemerlangan pendidikanGuru agen penyampai kecemerlangan pendidikan
Guru agen penyampai kecemerlangan pendidikan
 
Tajuk 5 : Cabaran profesion keguruan (refleksi isu isu pendidikan global)
Tajuk 5 : Cabaran profesion keguruan (refleksi isu isu pendidikan global)Tajuk 5 : Cabaran profesion keguruan (refleksi isu isu pendidikan global)
Tajuk 5 : Cabaran profesion keguruan (refleksi isu isu pendidikan global)
 
Review makalah inovasi kurikulum
Review makalah inovasi kurikulumReview makalah inovasi kurikulum
Review makalah inovasi kurikulum
 
Kode
KodeKode
Kode
 
Proposal Hibah PPM 2013
Proposal Hibah PPM 2013Proposal Hibah PPM 2013
Proposal Hibah PPM 2013
 
Tugasan 3083 noraini othman
Tugasan 3083 noraini othmanTugasan 3083 noraini othman
Tugasan 3083 noraini othman
 
diagram of 21st century pedagogy
diagram of 21st century pedagogydiagram of 21st century pedagogy
diagram of 21st century pedagogy
 
profesion keguruan 2
profesion keguruan 2profesion keguruan 2
profesion keguruan 2
 
9 character of 21Century Learning
9 character of 21Century Learning9 character of 21Century Learning
9 character of 21Century Learning
 
Tugasan Individu Folio Pengurusan Pembelajaran (KPS3014)
Tugasan Individu Folio Pengurusan Pembelajaran (KPS3014)Tugasan Individu Folio Pengurusan Pembelajaran (KPS3014)
Tugasan Individu Folio Pengurusan Pembelajaran (KPS3014)
 
peranan guru dalam pendidikan moral
peranan guru dalam pendidikan moralperanan guru dalam pendidikan moral
peranan guru dalam pendidikan moral
 
PEDAGOGI ALAF BARU
PEDAGOGI ALAF BARUPEDAGOGI ALAF BARU
PEDAGOGI ALAF BARU
 
47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikan
47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikan47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikan
47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikan
 
Forum 3
Forum 3Forum 3
Forum 3
 
Kesiapan guru dalam menghadapi kurikulum baru
Kesiapan guru dalam menghadapi kurikulum baruKesiapan guru dalam menghadapi kurikulum baru
Kesiapan guru dalam menghadapi kurikulum baru
 
Manajemen Berbasis Sekolah
Manajemen Berbasis SekolahManajemen Berbasis Sekolah
Manajemen Berbasis Sekolah
 
menjadi guru yang kreatif dan inovatif
menjadi guru yang kreatif dan inovatifmenjadi guru yang kreatif dan inovatif
menjadi guru yang kreatif dan inovatif
 
belajar pembelajaran
belajar pembelajaranbelajar pembelajaran
belajar pembelajaran
 
Tajuk 5 peranan-guru-sekolah-rendah
Tajuk 5 peranan-guru-sekolah-rendahTajuk 5 peranan-guru-sekolah-rendah
Tajuk 5 peranan-guru-sekolah-rendah
 
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolahPendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
 

Semelhante a Dr khuan kreativiti 2014

01. sosialisai pendampingan belajar guru IPS.pdf
01. sosialisai pendampingan belajar guru IPS.pdf01. sosialisai pendampingan belajar guru IPS.pdf
01. sosialisai pendampingan belajar guru IPS.pdfZULPANSSi
 
Soal ujian mid semester 2015 landasan
Soal ujian mid semester 2015 landasanSoal ujian mid semester 2015 landasan
Soal ujian mid semester 2015 landasanAndriani Widi Astuti
 
Diferesiasi pembeldjaran.pptx
Diferesiasi pembeldjaran.pptxDiferesiasi pembeldjaran.pptx
Diferesiasi pembeldjaran.pptxssuser535474
 
53662192 konstruktivisme-dalam-p-p-sains
53662192 konstruktivisme-dalam-p-p-sains53662192 konstruktivisme-dalam-p-p-sains
53662192 konstruktivisme-dalam-p-p-sainsNurilza Salleh
 
ARTIKEL UNTUK DIANALISIS.pdf
ARTIKEL  UNTUK DIANALISIS.pdfARTIKEL  UNTUK DIANALISIS.pdf
ARTIKEL UNTUK DIANALISIS.pdfJamaalChannel
 
jurnal 1 modul 3.pdf
jurnal 1 modul 3.pdfjurnal 1 modul 3.pdf
jurnal 1 modul 3.pdfZakiCell1
 
HMEF5073_v2 curriculum development
HMEF5073_v2 curriculum developmentHMEF5073_v2 curriculum development
HMEF5073_v2 curriculum developmentnana8883
 
322093 model-model-pembelajaran-inovatif
322093 model-model-pembelajaran-inovatif322093 model-model-pembelajaran-inovatif
322093 model-model-pembelajaran-inovatifmuhammad husnul fikri
 
Perencanaan pembelajaran tik
Perencanaan pembelajaran tikPerencanaan pembelajaran tik
Perencanaan pembelajaran tikAde Rifai Kolot
 
Pembelajaran Konstektual
Pembelajaran KonstektualPembelajaran Konstektual
Pembelajaran KonstektualGigyh Ardians
 
Peningkatan keaktifan belajar anak pada mata pelajaran ipa materi hubungan a...
Peningkatan keaktifan belajar anak pada mata pelajaran ipa  materi hubungan a...Peningkatan keaktifan belajar anak pada mata pelajaran ipa  materi hubungan a...
Peningkatan keaktifan belajar anak pada mata pelajaran ipa materi hubungan a...Operator Warnet Vast Raha
 
Tugasan hbml (repaired)
Tugasan hbml (repaired)Tugasan hbml (repaired)
Tugasan hbml (repaired)Cyn Deb
 
Paikem plpg 2011-new pisan
Paikem   plpg 2011-new pisanPaikem   plpg 2011-new pisan
Paikem plpg 2011-new pisanRahmat Kosala
 
Paikem plpg 2011-new pisan
Paikem   plpg 2011-new pisanPaikem   plpg 2011-new pisan
Paikem plpg 2011-new pisanRahmat Kosala
 

Semelhante a Dr khuan kreativiti 2014 (20)

01. sosialisai pendampingan belajar guru IPS.pdf
01. sosialisai pendampingan belajar guru IPS.pdf01. sosialisai pendampingan belajar guru IPS.pdf
01. sosialisai pendampingan belajar guru IPS.pdf
 
Soal ujian mid semester 2015 landasan
Soal ujian mid semester 2015 landasanSoal ujian mid semester 2015 landasan
Soal ujian mid semester 2015 landasan
 
Hakikat-Pendidikan.pptx
Hakikat-Pendidikan.pptxHakikat-Pendidikan.pptx
Hakikat-Pendidikan.pptx
 
Diferesiasi pembeldjaran.pptx
Diferesiasi pembeldjaran.pptxDiferesiasi pembeldjaran.pptx
Diferesiasi pembeldjaran.pptx
 
53662192 konstruktivisme-dalam-p-p-sains
53662192 konstruktivisme-dalam-p-p-sains53662192 konstruktivisme-dalam-p-p-sains
53662192 konstruktivisme-dalam-p-p-sains
 
JURNAL.docx
JURNAL.docxJURNAL.docx
JURNAL.docx
 
2.docx
2.docx2.docx
2.docx
 
ARTIKEL UNTUK DIANALISIS.pdf
ARTIKEL  UNTUK DIANALISIS.pdfARTIKEL  UNTUK DIANALISIS.pdf
ARTIKEL UNTUK DIANALISIS.pdf
 
jurnal 1 modul 3.pdf
jurnal 1 modul 3.pdfjurnal 1 modul 3.pdf
jurnal 1 modul 3.pdf
 
HMEF5073_v2 curriculum development
HMEF5073_v2 curriculum developmentHMEF5073_v2 curriculum development
HMEF5073_v2 curriculum development
 
322093 model-model-pembelajaran-inovatif
322093 model-model-pembelajaran-inovatif322093 model-model-pembelajaran-inovatif
322093 model-model-pembelajaran-inovatif
 
Perencanaan pembelajaran tik
Perencanaan pembelajaran tikPerencanaan pembelajaran tik
Perencanaan pembelajaran tik
 
Pembelajaran Konstektual
Pembelajaran KonstektualPembelajaran Konstektual
Pembelajaran Konstektual
 
Pptfilsafat
PptfilsafatPptfilsafat
Pptfilsafat
 
Peningkatan keaktifan belajar anak pada mata pelajaran ipa materi hubungan a...
Peningkatan keaktifan belajar anak pada mata pelajaran ipa  materi hubungan a...Peningkatan keaktifan belajar anak pada mata pelajaran ipa  materi hubungan a...
Peningkatan keaktifan belajar anak pada mata pelajaran ipa materi hubungan a...
 
SOSIO ANTRO.pptx
SOSIO ANTRO.pptxSOSIO ANTRO.pptx
SOSIO ANTRO.pptx
 
5 fasa needham
5 fasa needham5 fasa needham
5 fasa needham
 
Tugasan hbml (repaired)
Tugasan hbml (repaired)Tugasan hbml (repaired)
Tugasan hbml (repaired)
 
Paikem plpg 2011-new pisan
Paikem   plpg 2011-new pisanPaikem   plpg 2011-new pisan
Paikem plpg 2011-new pisan
 
Paikem plpg 2011-new pisan
Paikem   plpg 2011-new pisanPaikem   plpg 2011-new pisan
Paikem plpg 2011-new pisan
 

Dr khuan kreativiti 2014

  • 1. Page 1 Pengenalan Kreativiti adalah penghasilan idea. Kebolehan seseorang untuk menghasilkan idea baru atau mengumpul idea adalah kebolehan kreatif dan ia berkait rapat dengan kemahiran serta daya pemikiran seseorang. Ianya dapat dipupuk melalui minat dan usaha yang berterusan. Kreativiti sering dihubungkaitkan dengan tugas guru dan penglibatan murid di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Menurut Storm & Storm, 2002. Kepentingan kreativiti dalam pembangunan masyarakat dan Negara telah lama disedari. Para pemimpin, ahli perniagaan, saintis, ahli sejarah, pendidik dan ahli Psikologi menyatakan bahwa kreativiti sangat diperlukan untuk kelangsungan hidup penduduk di dalam sesebuah negara terutamanya dalam era globalisasi. Perkembangan pesat dalam bidang teknologi dan komunikasi memberi kesan kepada cara hidup masyarakat kini. Ulasan Artikel Berdasarkan artikel tersebut terdapat banyak pandangan dan kajian yang perlu di ambil kira supaya ianya sesuai dan selari dengan usaha dan harapan yang di pacu oleh kementerian pendidikan Malaysia dalam membangunkan pendidikan dalam usahanya untuk menambahbaik sistem pendidikan dan kurikulum negara supaya setanding dengan negara maju iaitu pemupukan potensi individu secara menyeluruh. Mengikut pusat pekembangan kurikulum , 2001 salah satu objektif KBSR adalah untuk mengembangkan dan meningkatkan daya pemikiran kreatif pelajar, oleh itu pelbagai usaha diperkenalkan untuk melahirkan guru yang berketerampilan dan berinovasi yang mampu membawa pembaharuan dalam gaya pengajaran guru. Menurut “Ikhsan dan Norila, 2005. Dalam KBSR menyatakan gaya pengajaran guru yang berpusatkan murid adalah ditekankan berbanding dengan KLSR yang berpusatkan guru. Ini kerana seharusnya murid diberi banyak ruang dan peluang untuk mengalami proses pertumbuhan dan perkembangan dengan cara yang sihat. Meskipun pelbagai usaha dan cadangan penambahbaikan telah diusahakan oleh pelbagai pihak khasnya kementerian pelajaran sendiri, kepada para guru bagi melahirkan murid yang mempunyai kreativiti yang menarik seperti kursus, seminar dan sebagainya, namun harapan tersebut masih belum tercapai. Situasi ini berlaku kerana masih terdapat guru yang kurang berpengetahuan dan tidak cekap dalam memupuk kreativiti murid bahkan segelintir guru masih menggunakan kaedah pengajaran yang berpusatkan guru ataupun “chalk and talk”
  • 2. Page 2 Kekuatan Artikel Seperti mana saranan Shallcross(1981) agar para guru menyediakan iklim persekitaran yang membantu pembangkitan tingkahlaku kreatif di kalangan pelajar. Oleh itu guru perlu mengambil kira tiga faktor utama iaitu fizikal, mental dan emosi murid. Iklim fizikal adalah susunan fizikal bilik darjah yang akan menyokong segala aktiviti yang akan dijalankan oleh guru. Contohnya kepelbagaian ruang untuk aktiviti yang berbeza. Iklim mental/intelektual merujuk kepada jenis ransangan dan dan cabaran untuk disesuaikan dengan keperluan tindak balas murid. Namun iklim fizikal dan iklim intelektual yang sesuai sahaja tidak mencukupi seandainya tiada sokongan dari iklim emosional. Iklim emosional bermaksud memberi pelajar keselamatan peribadi untuk bereaksi terhadap rangsangan fizikal dan intelektual yang para guru sediakan. Untuk meningkatkan kreativiti murid dalam pembelajaran, Cropley (2001), pula menekankan kepada tiga aspek yang terdapat dalam diri pelajar iaitu kognitif, personaliti dan motivasi. Kognitif pelajar bermaksud guru meningkatkan kemahiran menganalisa, berkemampuan untuk mendifinisikan masalah dan berkebolehan untuk merancang pembelajaran sendiri pelajarnya. Aspek personaliti pula ialah guru mempromosi ciri-ciri personaliti seperti autonomi, toleransi terhadap kekaburan dan kecenderungan untuk memikirkan perkara-perkara kompleks, akhirnya penekanan motivasi akan membantu guru memupuk perasaan ingin tahu, kebebasan daripada ransangan ganjaran, kesediaan mengambil risiko pada diri pelajar. Artikel ini banyak mengambil pandangan ramai tokoh ilmuan yang berkaliber bagi meluaskan lagi elemen kreativiti yang seharusnya diguna pakai para guru. Menurut Soh (2000) seorang guru boleh secara langsung menggalakkan kreativiti melalui interaksinya dengan pelajar dengan memberi ganjaran terhadap usaha dan penghasilan yang kreatif. Contohnya mengadakan persekitaran sosial yang menyokong kreativiti melalui perkataan dan tingkah laku. Berbeza dengan pengajaran kreatif yang diperkenalkan oleh Mayer, 1983, iaitu merujuk kepada teknik pengajaran yang bermatlamatkan untuk membantu pelajar mempelajari sesuatu bahan pengajaran dengan cara yang membolehkan pelajar memindahkan apa yang dipelajari kepada masalah baru untuk menyelesaikan masalah baru tersebut. Dengan kata mudah kreativiti tersebut ialah apabila guru mengajar sesuatu mata pelajaran dengan cara yang dapat membantu pelajar memindahkan apa yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah baru dengan lebih kratif.
  • 3. Page 3 Kelemahan Artikel Menurut Yong(1989), berpendapat bahawa walaupun pelbagai usaha telah dijalankan untuk memajukan proses pengajaran guru, namun sekolah masih lagi cenderung untuk menghasilkan para pelajar yang berorientasikan peperiksaan. Oleh itu hasrat untuk melihat kekreativiti murid terganggu kerana guru mengajar adalah untuk memberi pencapaian yang terbaik kepada murid. Menurut (Toh, 2003) penekanan kepada peperiksaan terutamanya peperiksaan piawai bagi keseluruhan pelajar di akhir tahun KBSR dan KBSM juga telah menyebabkan guru lebih cenderung untuk melaksanakan proses pengajaranyang ber[usatkan guru terbukti lebih berkesan untuk menghasilkan pelajar yang akan mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan. Kreativiti murid sebaiknya bermula dari peringkat awal persekolahan bagi memudahkan murid menerima pengalaman yang terbaik, namun sebagaimana menurut Gardner (1991) menyatakan bahawa tempuh umur antara dua hingga tujuh tahun merupakan tempoh yang kritikal untuk kreativiti diluahkan. Walaubagaimanapun sebaik sahaja murid memasuki alam persekolahan mereka kurang menjadi inovasi dan lebih berhati-hati. Ini disebabkan bilangan murid yang ramai menjadikan guru untuk lebih berdisiplin bagi memudahkan kawalan kelas. Situasi seperti ini menjadi lebih kritikal kerana rakan sebaya, para guru dan sistem pendidikan Negara itu sendiri yang menyekat dan mengawal kekreativiti murid sejak awal lagi. System pendidikan yang berorentasikan peperiksaan, menggalakkan guru banyak memberi pembelajaran secara hafalan dan mengikut sukatan pelajaran. Situasi ini menyekat dan membantutkan kreativiti pelajar Cadangan Penambahbaikkan Pelbagai usaha telah dilakukan untuk menambahbaikkan kaedah dan teknik pengajaran guru dalam mengembangkan kreativiti pelajar. Menurut falsafah pendidikan Negara yang menjadi panduan dan aku janji para pendidik, matlamat utama pendidikan adalah untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Oleh itu menjadi kewajipan para guru untuk berusaha sedaya mungkin membantu pihak berkenaan melahirkan murid yang kreatif berdasarkan falsafah tersebut. Untuk mencapai hasrat melahirkan pelajar dan generasi modal insan yang mempunyai kreativiti yang tinggi semua pihak perlu memainkan peranan sebaik mungkin, seperti ibubapa, masyarakat, guru, pemimpin, institusi pendidikan dan kememterian pendidikan sendiri perlu menyesuaikan keperluan pendidikan sesuai dengan zamannya. Guru masa kini terikat denga sistem peperiksaan
  • 4. Page 4 yang menjadi kayu ukur kejayaan seseorang pelajar telah menjadikan guru lebih menekankan kepada cara mencapai skor peperiksaan tanpa menambil kira kreativiti yang mungkin ada pada murid . oleh itu beberapa perkara yang boleh membantu guru untuk menggalakkan pelajar lebih kreatif seperti pengurangan subjek mata pelajaran dan digantikan dengan ruangan masa untuk guru lebih banyak berinteraksi atau mengadakan perbincangan secara luwes dengan pelajar, hubungan dua hala ini akan dapat membantu pelajar menjana minda kreatif. Guru tidak seharusnya mendominasi dan mengawal aktiviti pembelajaran tetapi pelajar juga harus memainkan peranan yang aktif di samping memberikan maklum balas. Guru menerima pelajar sebagai setaraf dengannya, situasi ini bukan bermakna pelajar akan bebas melakukan sesuatu yang tidak menghormati guru, ianya adalah menjadikan diri guru seorang yang mudah dihubungi oleh pelajar untuk berbincang khasnya mengenai pelajaran samada di dalam atau di luar sesi persekolahan sebagai contoh mengadakan ruangan kumpulan untuk ber “what up”, Face book dan menggunakan kemudahan IT yang sesuai. Sebagai guru yang memahami kesukaran menjadi pelajar dan ingin melahirkan pelajarnya yang mempunyai kreativiti yang menarik ,guru perlu berusaha untuk menjadi model terbaik kepada pelajar terutama dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dengan semangat yang ditunjukkan oleh guru akan mendorong pelajar untuk lebih berdikari dan terasa kebebasan mendalami ilmu. Kesimpulan. Kreativiti memainkan peranan yang sangat penting dalam mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang samada bidang pentadbiran, perniagaan, keusahawanan, kejuruteraan dan juga perguruan. Guru yang kreatif akan melahirkan pelajar cemerlang sesuai dengan dunia global hari ini memerlukan bukan sahaja bijak pandai tetapi ahli akademik yang tinggi kreativitinya. Rujukan. Jamal@Nordin Yunus. Khuan Wai Bing, Marinah Awang, Suzyanty Mohd Shokory, Zuraidah Zainol, 2013 Pemikiran Kritis dan Kreatif, Teori dan Aplikasi, KAISAR MEDIA KREATIF Kementerian Pelajaran Malaysia, Bahagian Pembangunan Kurikulum, 62604 Putra Jaya mahirfikir.wordpress.com/buku-buku-kb/jurnal