1. Mushaf Al Quran
Tiada ragu lagi bahawa pengertian mushaf adalah nama bagilembaran-lembaran yang ditulisi
Al-Quran. Ini bermaksud keseluruhan lembaran termasuk disekeliling atau diluarnya kawasan
yang ada tulisannya dan juga bahagian yang kosong diantara huruf-huruf Al-Quran.
Adapun kulit Al-Quran haram menyentuhnya selagi ia berganding dengan mashafnya, ini
menurut pendapat Imam Ibnu Hajar. Sedangkan menurut Imam Ar Ramli haram menyentuh
kulit mashaf sama ada masih berganding atau sudah berpisah.
Dalam hukum membawa yang dilihat adalah keseluruhan huruf Al-Quran dan keseluruhan huruf
– huruf tafsirnya. Sedangkan dalam hukum menyentuh tafsir yang dilihat adalah kawasan
dimana tangan diletakkan, sama ada tempat yang terkena tangan lebih banyak huruf Al-Quran
atau lebih banyak hurufnya tafsir. Kalau ternyata tempat tersebut lebih banyak huruf
Al-Qurannya maka haram menyentuhnya.
Mashaf Al Quran
Imam Ibnu Hajar pernah ditanya mengenai hukumnya orang yang menjumpai lembaran yang
disitu ada nama Allah atau ada tulisan Al-Quran, apa yang harus dia buat?
Beliau menjawab seperti yang pernah difatwakan Imam Ibnu Abdissalam yaitu hendaklah
dibasuh sehingga hilang tulisannya, jangan diselitkan dicelah-celah dinding sebab boleh jadi
nanti akan jatuh dan bila itu terjadi, bermakna kita membiarkan lafaz-lafaz yang mulia terdedah
kepada penghinaan. Adajuga pendapat yang mengatakan supaya huruf-hurufnya
dipisah-pisahkan, bila sudah terpisah-pisah, maka bolehlah dibuang begitu sahaja pun sudah
tidak berdosa. Demikian penjelasan ibnu Hajar.
( Rujukan Kitab I’anatut Thalibin Juz 1 halaman 77.78)
1/1
Powered by TCPDF (www.tcpdf.org)